Post on 16-Jan-2023
PENGARUH BAHASA ISYARAT DALAM PENULISAN KARANGAN PELAJARBERMASALAH PENDENGARAN DI DAERAH MIRI, SARAWAK
Bab 1
1.0 Pendahuluan
Isu kurikulum yang masih hangat diperkatakan di
serata tanah air kita melalui program tranformasi
kerajaan yang telah mendapat pelbagai reaksi dari semua
lapisan masyarakat. Dialog Pendidikan Nasional yang
dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada
bulan Mei yang lalui telah memberikan gambaran yang jelas
bahawa terdapat kepincangan dalam sistem pendidikan
negara kita. Banyak elemen baharu yang hendak diterapkan
dalam sistem yang sedia ada dengan hasrat untuk
memurnikan kurikulum. Ramai pihak yang menyuarakan
pandangan dan cadangan untuk menegakkan pendirian masing-
masing serta tidak ketinggalan juga yang menunjukkan
emosi semasa memberikan cadangan.
Namun begitu, ramai pihak yang terlepas pandang dan
tidak menyedari keperluan golongan pelajar bermasalah
pendengaran. Jika ada pun hanya berkisar tentang
pembangunan infrastruktur sekolah tanpa menimbulkan
1
persoalan berkaitan dengan kurikulum yang sesuai dengan
pelajar bermasalah pendengaran dalam bidang pendidikan
khas. Hal ini kerana masih belum ada kesedaran dalam
pihak kementerian untuk mewujudkan kurikulum khas untuk
golongan yang bermasalah pendengaran. Masalah utama yang
dihadapi oleh golongan ini ialah berkenaan dengan bahasa.
Setiap insan yang lahir ke dunia ini memerlukan
sekurang-kurangnya satu bahasa untuk membolehkannya
berkomunikasi atau berhubung dengan dirinya sendiri dan
dengan individu lain. Oleh itu, tidak ada sekelompok
manusia pun yang wujud pada masa sekarang atau pun yang
diketahui pernah wujud pada masa lalu yang tidak memiliki
bahasa yang boleh memenuhi keperluan komunikasi mereka
(Lyon, 1987:10 dalam Zulkifley Hamid, 1994).
Pelajar bermasalah pendengaran juga mempunyai bahasa
mereka sendiri untuk berkomunikasi dan mempunyai budaya
mereka yang tersendiri yang terbentuk secara semula jadi.
Kebolehan berbahasa juga yang membezakan manusia dengan
makhluk-makhluk lain. Kenyataan ini telah ditegaskan
oleh Marshall (1987:22 dalam Zulkifley Hamid, 1994) yang
2
mengatakan bahawa bahasa amat berbeza daripada semua
bentuk komunikasi binatang yang diketahui setakat ini.
Bahasa Jiwa Bangsa, merupakan madah pujangga yang
sering kita dengar dan lihat apabila tibanya bulan Bahasa
Melayu di negara kita. Di negara kita Bahasa Melayu
merupakan bahasa yang telah wujud begitu lama dan
merupakan bahasa yang menjadi kebanggaan kita semua.
Bahasa Melayu mempunyai nilai yang tinggi di negara
kita selepas negara mencapai kemerdekaan. Perkara 152
dalam Perlembagaan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan
1963 dan 1971 meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi dan bahasa penghantar dalam sisitem pendidikan
kebangsaan. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama
dalam sistem pendidikan kebangsaan terbukti apabila pada
16 Mei 1956 melalui Penyata Razak (1956) yang diluluskan
oleh Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu
(Federal Legislative Council) yang menyatakan semua aliran
persekolahan rendah dan menengah menggunakan Bahasa
Melayu sebagai matapelajaran dalam kurikulum kebangsaan.
3
Namun begitu, dalam bidang pendidikan khas negara kita
agak terkebelakang jika dibandingkan dengan negara-negara
Barat dalam keperihatinan terhadap golongan orang kurang
upaya seperti orang yang mempunyai masalah pendengaran.
Para sarjana dalam negara yang membuat kajian berkaitan
dengan masalah pendengaran juga masih kurang.
Misalnya nasib kanak-kanak masalah pendengaran di
negara kita mula terbela pada tahun 1952 kerana inisiatif
seorang pakar kesihatan pada masa itu, Dr. C. Elaine
Field. Sedangkan kanak-kanak cacat penglihatan mempunyai
sekolah pendidikan khas, iaitu Sekolah St. Nicholas yang
telah diasaskan pada tahun 1928. Di atas kesedaran
inilah, maka Dr. Field berasa bahawa sekolah pendidikan
khas untuk kanak-kanak cacat pendengaran juga patut
ditubuhkan. Lantaran itu, beliau memaklumkan hakikat ini
kepada Toh Puan Lady Edith Margery Templer, isteri
Pesuruhjaya Tinggi Malaya yang mengadakan lawatan rasmi
ke Pulau Pinang pada ketika itu. Berikutan dari
peristiwa itu satu mesyuarat khas di Residensi, Pulau
Pinang telah diadakan pada 9 Disember 1952 dan
jawatankuasa rayuan telah ditubuhkan untuk menerima
4
sumbangan wang bagi tujuan pembinaan sebuah sekolah khas
untuk kanak-kanak cacat pendengran.
Namun pada hari ini kita boleh melihat sendiri
semakin banyak sekolah yang telah bertapak di setiap
negeri bagi menjanjikan pendidikan kepada golongan yang
mempunyai masalah pendengaran ini. Oleh itu, nasib
mereka akan lebih terbela dan mampu hidup berdikari serta
dapat mengecapi kejayaan seperti orang lain. Hal ini
terbukti dengan adanya golongan ini yang mampu menjejak
kaki ke menara gading dan berjaya dalam hidup mereka.
Pengorbanan yang paling penting dalam diri seseorang
untuk mengecapi sesuatu kejayaan, tanpa pengorbanan kita
akan selalu menghadapi kesukaran dalam meneruskan
kehidupan pada abad ini.
1.2 Sejarah Pendidikan Khas
Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah
menyediakan program khusus untuk kanak-kanak istimewa
termasuk mereka yang bermasalah pendengaran. Pendidikan
khas ialah pengajaran yang bercorak individu dan direka
bagi memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan
5
berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Dalam
peraturan-peraturan pendidikan (Pendidikan Khas) 1997
Bahagian 1, Kementerian pendidikan dinyatakan “program
pendidikan khas” bererti:
I. Program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-
murid yang mempunyai kecacatan penglihatan dan
pendengaran.
II. Program percantuman di sekolah biasa bagi murid-
murid yang mempunyai kecacatan pendengaran ataupun
mempunyai masalah pembelajaran.
III. Program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan
keperluan khas dan mereka boleh menghadiri kelas
biasa bersama-sama dengan murid normal.
Selain itu, dinyatakan juga dalam Bahagian II bahawa:
I. Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, murid-
murid dengan keperluan khas yang boleh menerima
pendidikan layak menghadiri program pendidikan khas
kecuali bagi murid-murid yang berikut:
6
a. Murid yang cacat anggota tetapi mempunyai
kebolehan mental untuk belajar seperti murid
biasa.
b. Murid yang mempunyai pelbagai kecacatan ataupun
cacat sangat anggotanya ataupun yang terencat
mental yang berat.
II. Seseorang murid dengan keperluan khas boleh dididik
jika dia mampu menguruskan diri sendiri tanpa
bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan
oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan,
pegawai daripada kementerian pendidikan dan pegawai
dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya
mengikuti program pendidikan kebangsaan.
Usaha-usaha memurnikan pendidikan khas di negara
kita telah dilaksanakan dengan melaksanakan kurikulum
yang berlainan daripada sekolah aliran perdana yang ada
pada hari ini. Namun demikian, banyak lagi kelemahan dan
kepincangan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah
pendidikan khas. Guru-guru yang terlatih juga diperlukan
dalam pendidikan khas untuk memastikan tidak ada masalah
yang timbul semasa berhadapan dengan pelajar berkeperluan
7
khas. Namun begitu, pada hakikatnya penempatan guru
mengikut opesyen tidak dapat dilakukan oleh kerajaan.
Langkah pengambilan pelajar ke institusi pendidikan yang
bakal melahirkan golongan pendidik tidak dikaji dengan
sebaiknya sehingga terdapat lambakkan guru mengikut
opsyen tertentu.
1.3 Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia
Pendidikan khas dimulakan dengan penglibatan badan
sukarela seawall tahun 1920-an. Peringkat awal penubuhan
sekolah pendidikan khas di Malaysia hanya melibatkan
perkhidmatan untuk pelajar bermasalah penglihatandi
Sekolah Rendah Pendidikan Khas St. Nicholas di Pulau
Pinang dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas Puteri
Elizabeth di Johor Baharu. Manakala, Sekolah Menengah
Kebangsaan Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang,
untuk masalah pendengaran. Pada awalnya sekolah-sekolah
ini adalah sekolah bukan kerajaan. Secara berperingkat
sekolah ini melalui proses peralihan kepada Sekolah Khas
Separuh Bantuan dan pada hari ini statusnya menjadi
Sekolah-Sekolah Pendidikan Khas Bantuan Penuh.
8
Pada tahun 1954, Sekolah Kanak-Kanak Pekak
Persekutuan Pulau Pinang (Federation School for Deaf atau
FSD, Penang) dibuka secara rasmi di No. 47, Jalan Northam
Pulau Pinang, (sekarang Kelab Maple Gold di Jalan Sultan
Ahmad Shah). FSD merupakan sekolah yang terulung di
seluruh Malaya pada ketika itu tetapi hanya menyediakan
pendidikan setakat peringkat rendah sahaja. Berikut
adalah serba sedikit tentang sejarah sekolah masalah
pendengaran di negara kita.
Pada tahun 1963, latihan guru-guru khas dimulakan
dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah
Penglihatan dan Bermasalah Pendengaran di Maktab Ilmu
Khas di Kuala Lumpur. Program latihan yang diwujudkan di
maktab ini telah memberikan nafas baharu untuk melahirkan
lebih ramai golongan pendidik yang mengkhusus dalam
bidang pendidikan khas bermasalah pendengaran.
1.4 Guru Pendidikan Khas
Guru pendidikan khas merupakan guru-guru yang
mengajar pelajar berkeperluan khas sama ada dalam
kategori bermasalah pembelajaran, bermasalah penglihatan,
9
bermasalah pendengaran dan pintar cerdas. Namun terdapat
isu yang sukar ditangani dan semakin menular berkenaan
dengan guru pendidikan khas. Pihak Kementerian
Pendidikan, Bahagian Pendidikan Khas dan Jabatan
pendidikan Negeri tidak dapat menempatkan guru pendidikan
khas mengikut opsyen. Ramai dalam kalangan guru p
pendidikan khas merupakan “guru celop”. Ini merupakan
masalah besar yang sedang menular dalam bidang pendidikan
khas di negara kita. Chua Tee Tee 1981, menyatakan
bahawa bilangan guru-guru terlatih khas bagi kanak-kanak
bermasalah pendengaran dan kanak-kanak lembam amatlah
kecil.
1.5 Kategori Pelajar Berkeperluan Khas
Istilah berkeperluan khas merupakan istilah yang
sangat halus dari aspek kemanusiaannya. Hal ini kerana,
istilah cacat merupakan perkataan yang kurang enak
didengar kita sebagai masyarakat Timur. Oleh itu,
istilah berkeperluan khas harus diterimapakai oleh semua
pihak tanpa mempertikaikannya.
1.5.1 Pelajar Bermasalah Pendengaran
10
Cruikshaken dan Johnson 1975 (dalam Hasnah Udin
1992), mengatakan di Amerika Syarikat kanak-kanak
bermasalah pendengaran didefinisikan berdasarkan
kebolehan kanak-kanak itu menggunakan deria
pendengarannya dan juga bila masalah itu dialami.
Definisi ini telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu
pekak dan separuh pekak. Kanak-kanak pekak sepenuhnya
ialah golongan yang mempunyai deria dengar yang tidak
berfungsi langsung. Ketidakupayaan ini diperolehi sama
ada selepas atau sebelum kelahiran. Kanak-kanak separuh
pekak pula ialah kanak-kanak yang boleh mendengar tetapi
kurang jelas dan dengan adanya alat bantuan mendengar ia
boleh berfungsi dengan baik.
Kategori atau tahap-tahap masalah pendengaran yang
lazimnya dihadapi oleh para pelajar adalah seperti di
dalam jadual di bawah:
Bil
.
Kategori/
TahapCatatan
1. NORMAL Mengesan bunyi pada intensiti lebih
daripada 25dB
2. RINGAN Mula mengesan bunyi antara 25dB hingga
11
40dB
3. SEDERHANA Mula mengesan bunyi antara 41dB hingga
70dB
4. TERUK Mengesan bunyi pada intensiti 71dB hingga
90dB
5. SANGAT TERUK Mengesan pada intensity 90dB ke atas
Jadual 1.1 Kategori atau Tahap-Tahap MasalahPendengaran.
Sumber: Cruikshaken dan Johnson (1975 dalam HasnahUdin (1992).
Asmah Haji Omar (dalam Hasnah Udin 1992), mengatakan
bahawa kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah kanak-
kanak yang tidak dapat mengenal bunyi bahasa dan tidak
dapat mendengar atau tidak dapat bertindakbalas dengan
bunyi bahasa di sekelilingnya. Kanak-kanak bermasalah
pendengaran ini tidak dapat membaca dan mengenal serta
mentafsir pemikiran melalui bahasa.
1.5.2 Pelajar Bermasalah Penglihatan
The World For The Welfare of The Blind (Sumber:
http://www.nfb.org/images) mendefinisikan golongan
bermasalah penglihatan merujuk kepada seseorang yang
12
tidak dapat melihat langsung, kebolehan melihat tidak
lebih daripada 6/60 atau 20/200 melalui Ujian Snellen.
Cara menguji kebolehan mata dengan menggunakan carta
20/200 bermakna seseorang yang bermasalah penglihatan
dapat melihat sejauh 20 kaki, sedangan bagi orang normal
mereka dapat melihat sejauh 200 kaki.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1996) pula
menyatakan kanak-kanak bermasalah penglihatan adalah
kanak-kanak yang kehilangan deria penglihatan dan kadar
penglihatanya di antara 20/200 hingga 20/70 selepas ia
menjalani pembedahan. Kanak-kanak bermasalah penglihatan
ini terpaksa menerima bentuk pembelajaran menggunakan
kaedah “Braille” atau bagi kanak-kanak rabun atau
mengalami masalah penglihatan yang serius, mereka diberi
bentuk pembelajaran dengan teknik bahan bercetak yang
saiznya diperbesarkan (Unit Pendidikan Khas, 1997).
1.5.3 Pelajar Bermasalah Pembelajaran
Pembelajaran ialah proses yang dilalui dengan
penanggapan rangsangan yan diterima oleh pancaindera.
Setiap rangsangan itu diproses dan disimpan sebagai
13
pengalaman. Seterusnya pengalaman yang tersimpan dapat
digunakan bagi mencapai matlamat dan bagi menyelesaikan
masalah. Namun begitu, kita juga mengetahui bahawa tidak
semua insane yang lahir ke dunia ini mampu mempelajari
sesuatu dengan baik. Golongan ini yang dikatakan
mengalami masalah pembelajaran.
Lazimnya masalah pembelajaran akan dikaitkan dengan
golongan yang tidak sempurnanya dari aspek jasmani,
emosi, rasional, intelek dan sosial. Jika dibuat
perbandingan mudah, golongan ini seperti bunga raya yang
mempunyai lima kelopak yang tidak sempurna. Masalah ini
menjadikan seseorang individu itu unik dan akan
menimbulkan masalah kepada diri mereka untuk mempelajari
sesuatu. Prestasi mereka menunjukkan mereka tidak ada
kebolehan bergerak secara normal dalam kerja-kerja
sekolah. Golongan ini merupakan golongan yang mempunyai
masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman,
penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir,
membaca, menulis, mengeja dan bermatematik.
1.6 Penyataan Masalah
14
Walaupun, Bahasa Melayu telah menjadi bahasa
pengantar di semua sekolah semenjak tahun 1983 tetapi
terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kajian berkenaan
pelajar bermasalah pendengaran masih kurang dan tidak
berfokus kepada keperluan golongan ini untuk menguasai
kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu dengan baik.
Fenomena yang berlaku di sekolah menunjukkan masalah yang
ketara dalam bahagian penulisan karangan Bahasa Melayu
seperti tiada noktahnya. Prestasi pelajar bermasalah
pendengaran yang agak suram dalam proses menulis
karangan memang tidak dapat dinafikan lagi.
Permasalahan penggunaan komunikasi seluruh yang
kurang dijadikan bahan kajian oleh golongan sarjana di
negara kita juga menyebabkan pendedahan yang sepatutnya
kepada guru-guru tidak dapat dilakukan. Sejauh manakah
bahasa isyarat yang sedia ada digunakan di sekolah
seperti Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dan Kod Tangan
Bahasa Melayu (KTBM) membantu pelajar pendengaran
mempelajari kemahiran menulis? Adakah mereka berupaya
menulis sesuatu yang diisyaratkan dengan betul?
15
Lazimnya mereka akan mengisyarat dengan betul tetapi
berlaku kesalahan yang ketara dalam aspek ejaan dan
struktur ayat apabila menterjemahkannya ke dalam bentuk
ayat. Perbendaharaan kata pelajar bermasalah pendengaran
juga sangat terhad dan hanya menggunakan perkataan yang
biasa digunakan setiap hari sama ada di sekolah atau pun
dalam persekitaran kehidupan mereka.
1.7 Objektif Kajian
Objektif umum kajian ini untuk mengenal pasti
permasalahan yang sering kali dialami oleh golongan yang
bermasalah pendengaran dalam kemahiran menulis dalam
Bahasa Melayu. Secara khusus, kajian ini berobjektif
untuk:
a. Mengenal pasti adakah faktor bahasa isyarat
mempengaruhi kesalahan dalam penulisan karangan
Bahasa Melayu pelajar bermasalah pendengaran.
b. Mengenal pasti faktor lain yang menyebabkan masalah
penulisan Bahasa Melayu pelajar bermasalah
pendengaran.
16
c. Mengenal pasti aras pengetahuan pelajar bermasalah
pendengaran dalam penulisan?
d. Mengenal pasti sistem penilaian yang dilalui oleh
pelajar bermasalah pendengaran?
1.8 Persoalan Kajian
Kajian ini untuk mengetahui sejauh mana pengaruh
bahasa isyarat mempengaruhi penulisan karangan bahasa
melayu dalam kalangan pelajar bermasalah pendengaran.
Secara khusus, kajian ini ingin menjawab empat persoalan
berikut:
a. Adakah kompenen Komunikasi Seluruh yang sedia ada
seperti Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dan Kod Tangan
Bahasa Melayu (KTBM) akan mempengaruhi pelajar
bermasalah pendengaran dalam kemahiran menulis
karangan Bahasa Melayu?
b. Apakah sebab wujudnya gangguan bahasa kepada
pelajar-pelajar bermasalah pendengaran dalam
kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu?
c. Adakah permasalahan tidak sama aras pengetahuan
wujud dalam kalangan pelajar bermasalah pendengaran?
17
d. Adakah pelajar bermasalah pendengaran melalui sistem
penilaian yang sama pada masa kini?
1.9 Kepentingan Kajian
Di Malaysia masih sedikit sahaja gologan sarjana
yang melibatkan diri secara aktif dalam bidang pendidikan
khas bermasalah pendengaran. Masalah yang ketara dalam
penulisan pelajar bermasalah pendengaran masih menjadi
topik utama yang diperkatakan oleh golongan warga
pendidik.
Saban hari juga kita dibebani tugasan di sekolah
serta berhadapan dengan pelajar ini, namun tiada
pendekatan yang boleh mengatasi masalah ini dengan
sebaiknya. 55 tahun negara kita telah mengecapi
kemerdekaan tetapi masih lagi kita di takuk yang lama
tanpa berganjak serta melahirkan golongan bermasalah
pendengaran yang mahir dalam bidang penulisan Bahasa
Melayu. Oleh itu kajian ini penting khususnya kepada
pihak-pihak terbabit:
i. Guru Bahasa Melayu akan dapat meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan adanya
18
maklumat yang lebih mendalam berkenaan dengan
pelajar bermasalah pendengaran. Guru yang mengajar
golongan ini akan lebih bersedia dan seharusnya
mengetahui perkara asas yang perlu dikuasai oleh
pelajar bermasalah pendengaran sebelum pengajaran
dimulakan.
ii. Ibu bapa atau penjaga kepada pelajar yang
bermasalah pendengaran juga seharusnya tidak
meletakkan sepenuhnya tanggungjawab mengajar anak
mereka kepada guru semata-mata. Dorongan dan
sokongan daripada ibu bapa dan penjaga sangat
penting dalam usaha meningkatkan kemahiran berbahasa
Melayu dalam kalangan pelajar bermasalah
pendengaran.
iii. Kementerian Pendidikan dan Bahagian
Pendidikan Khas (BPK) seharusnya telah celik serta
mengetahui masalah yang timbul di peringkat
pentadbiran serta penggubalan kurikulum untuk
pelajar bermasalah pendengaran. Budaya mencedok
kurikulum dan pendekatan di negara lain tidak boleh
dijadikan amalan lagi pada masa kini.
19
Tidak mungkin selepas 55 tahun mencapai
kemerdekaan kita masih tercari-cari identiti sendiri
dalam membangunkan anak bangsa sendiri. Masalah
tidak menyelidiki latar belakang seseorang yang
dipertanggungjawabkan memegang sesuatu portfolio
yang penting juga menjadi penyebab kepada masalah
pendengaran ini masih ketinggalan.
Sukatan pelajaran pelajar bermasalah
pendengaran tidak seharusnya sama dengan pelajar
yang normal. Penggubal sukatan pelajaran yang
bertanggungjawab menggubal sukatan pelajaran ini
seharusnya menempatkan diri mereka terlebih dahulu
seperti orang yang bermasalah pendengaran sebelum
menggubalnya. Jika tidak dibendung modul pengajaran
atau alat bantu belajar yang terhasil akan
mempengaruhi sikap dan motivasi banyak pihak
terutamanya kesan yang negatif kepada para pelajar.
iv. Institusi Pengajian Tinggi boleh menjadikan
kajian ini sebagai aset asas panduan penyelidikan
kepada penyelidikan yang seterusnya. Kelemahan yang
ada haruslah diperbaiki dan kekuatan yang ada
20
hendaklah digunakan sebaiknya untuk memastikan
golongan yang kurang bernasib baik ini terbela di
dunia dan di akhirat. Jangan abaikan sesuatu yang
tidak menguntungkan kita di dunia ini kerana
ganjaran yang lebih besar bukan pingat atau
kemahsyuran tetapi nikmat yang diperolehi di mata
Allah.
1.10 Batasan Kajian
Kajian ini akan dijalankan dalam kalangan pelajar
bermasalah pendengaran di Daerah Miri. Individu yang
terlibat sudah tentu dalam kalangan pelajar bermasalah
pendengaran di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (P)
Miri (Tahun 4, 5 dan 6 Bawah) dan Program Integrasi
Bermasalah Pendengaran di Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato Permaisuri, Miri (Tingkatan 1 dan 2).
Golongan ini berumur dalam lingkungan 9 tahun hingga
17 tahun. Tahap keupayaan mendengar dan tahap kebolehan
menulis karangan mereka juga berbeza-beza.
Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah triangulasi
untuk menganalisis data yang diperoleh. Kaedah temu
21
bual, pemerhatian dan analisis dokumen digunakan dalam
kajian ini memandangkan responden yang terdiri daripada
pelajar bermasalah pendengaran. Tambahan pula bahasa
isyarat yang akan digunakan mereka pelbagai iaitu BIM dan
KTBM. Kaedah triangulasi juga dapat meningkatkan kesahan
dan kebolehpercayaan dapatan kajian. Hal ini kerana data
yang diperoleh menggunakan kaedah ini akan saling
melengkapi antara satu sama lain.
1.11 Definisi Operasional
1.11.1 Bahasa
Manusia telah cuba mentakrifkan bahasa daripada
pelbagai segi. Takrifan tersebut termasuk perkara-
perkara berikut:
i. Satu sistem yang mewakili benda, tindakan, idea dan
keadaan.
ii. Satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan
konsep realiti mereka kepada fikiran orang lain.
iii. Satu sistem maksud yang dikongsikan antara mereka.
iv. Satu kod yang digunakan oleh pakar linguistik untuk
membezakan bentuk dan maksud.
22
v. Satu ucapan yang menepati tatabahasa yang telah
ditetapkan.
vi. Satu penuturan yang dapat difahami oleh masyarakat
linguistik.
vii. Satu bentuk pemikiran.
Menurut Kamus Bahasa Melayu (1994:28), bahasa ialah
sistem lambang-lambang bunyi yang dipakai sebagai alat
perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.
1.11.2 Komunikasi Seluruh
Hallahan dan Kauffman (1991), menyatakan komunikasi
seluruh merupakan gabungan penggunaan sisa pendengaran
untuk menggalakkan kemahiran pertuturan dan bacaan
pergerakan bibir melalui penggunaan alat bantu peribadi
atau sistem amplikasi yang lain secara konsisten untuk
jangka masa yang lama.
Komunikasi seluruh merupakan pendekatan yang
menyediakan suasana bahasa bagi pelajar bermasalah
pendengaran. Kaedah komunikasi yang lain seperti
tulisan, lukisan, gambar, cetakan dan Makaton termasuk
dalam komunikasi seluruh. Dengan kata lain, semua kaedah
23
komunikasi untuk orang bermasalah pendengaran tergolong
dalam komunikasi seluruh.
1.11.3 Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)
Bahasa isyarat merujuk kepada penggunaan pergerakan
seluruh anggota badan seperti tangan, muka, badan,
kepala, kaki, mimik muka dan sebagainya semasa
berkomunikasi. Pergerakan anggota-anggota tersebut
membawa makna tertentu semasa berkomunikasi. Komuniti
golongan bermasalah pendengaran di setiap negara telah
membentuk versi bahasa isyarat mereka tersendiri.
Di Malaysia juga terdapat banyak versi bahasa
isyarat yang terbentuk mengikut komuniti orang bermasalah
pendengaran yang wujud di sesuatu kawasan. Contohnya, di
negara England, British Sign Language (BSL) digunakan dengan
meluas. Sementara itu, di Amerika menggunakan Ameslan
atau American Sign Language (ASL) digunakan manakala di
Jerman menggunakan German Sign Language (GDB).
1.11.4 Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM)
Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) diperkenalkan di
Malaysia pada tahun 1978 (Sumber). Pada awalnya KTBM
24
dikenali sebagai Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT).
Sebanyak 1672 patah perkataan telah dibentuk. KTBM
dihasilkan melalui pergerakan alat-alat artikulator
isyarat seperti jejari, tangan, muka dan badan untuk
membentuk isyarat yang bermakna.
Asmah Haji Omar (1986), menyatakan KTBM dibentuk
menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip
Bahasa Melayu sebagaimana didengar, ditulis,
diperbualkan, dibaca dan difahami oleh rakyat Malaysia.
KTBM telah dilaksanakan dengan meluas di seluruh negara
untuk mengajar pelajar mempelajari Bahasa Melayu sama
dengan pelajar normal mempelajari Bahasa Melayu sama ada
di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan di
peringkat pengajian tinggi.
Pada peringkat awal pendekatan pertuturan sangat
popular digunakan untuk mengajar pelajar mempelajari
Bahasa Melayu tetapi pada tahun 70-an dan 80-an
pendekatan komunikasi seluruh digunakan dan KTBM telah
digunakan sebagai pendekatan rasmi dalam pengajaran
bahasa di sekolah-sekolah bantuan kerajaan (Chua 1976,
Kementerian Pendidikan, 1985).
25
1.12 Kesimpulan
Kajian terdahulu yang dijalankan oleh para sarjana
kita dalam bidang pendidikan khas bermasalah pendengaran
masih kurang dan terhad kepada penggunaan bahasa isyarat
sahaja. Penekanan kepada pendekatan komunikasi seluruh
yang sepatutnya menjadi medium utama penyampaian di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
tidak dilakukan dengan sebaiknya.
KTBM pada hakikatnya merupakan sejenis bahasa
isyarat ciptaan orang normal yang dikhususkan
penggunaannya untuk pelajar bermasalah pembelajaran
mempelajari Bahasa Melayu. Tujuannya adalah semata-mata
untuk memenuhi sistem-sistem yang ada dalam Bahasa Melayu
seperti sistem ejaan, imbuhan dan tatabahasa. Namun
begitu, tidak adil bagi golongan ini mempelajari sesuatu
menggunakan pendekatan yang tidak sewajarnya.
Tambahan pula matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu (KBSR) adalah untuk melengkapkan murid dengan
keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi
keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan
26
urusan harian. Selain itu, kemahiran bahasa yang
terkandung dalam sukatan pelajaran adalah merujuk kepada
empat kemahiran utama iaitu kemahiran mendengar,
kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran
menulis. Pelajar bermasalah pendengaran telah hilang
kemampuan untuk bertutur dan mendengar. Oleh itu sukatan
pelajaran yang ada tidak memihak kepada golongan ini.
Maklumat penting yang hendak disampaikan melalui
kajian ini ialah bahasa isyarat mempunyai tatabahasanya
sendiri yang berbeza dengan bahasa lisan yang dituturkan
dalam sesebuah negara. Di sekolah KTBM digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Di luar kelas pula golongan pelajar ini cenderung untuk
menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) yang ternyata
mudah digunakan untuk berkomunikasi dan mudah difahami.
Justeru itu, komunikasi seluruh sepatutnya menjadi
medium utama untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar
bermasalah pengajaran. KTBM dan BIM adalah di antara
kompenen komunikasi seluruh yang sepatutnya digabungkan
sebagai alat komunikasi utama bagi golongan ini. Sorotan
27