0 Pengenalan

19
1.0 Pengenalan Menurut Berita Harian Online, dalam kajian Universiti Putra Malaysia oleh Tamrin SBM dan rakan, mendapati 58.3 peratus murid yang dikaji melaporkan sakit di belakang yang dikaitkan dengan membawa beg berat. Sejak itulah isu beg berat menjadi topik hangat yang kian dibincangkan dari kedai kopi hingga ke parlimen. Di samping itu, penyelidik mengatakan sakit yang ada pada bahagian boleh dikaitkan dengan fakta kebanyakan para pelajar yang dikaji membawa beg berat 15 peratus daripada berat tubuh mereka. Tambahan pula, pelajar perempuan juga tidak mampu menanggung beban di belakang mereka seperti yang ditunjukkan dalam kajian. Perkara ini lebih ketara di kawasan bandar jika berbanding dengan kawasan luar bandar atau pedalaman. Betapa kasihannya murid-murid yang baru sahaja menjejak kaki ke bangku sekolah dan perlu membawa beg-beg yang berat sehingga membongkokkan tubuh badan mereka. Golongan pelajar ini berkemungkinan besar untuk menghadapi kesan sampingan yang tercetus daripada memikul beg berat dan berdepan dengan sakit belakang yang kronik apabila dewasa nanti. Bagaimana mereka berhadapan dengan masyarakat kelak dengan badan yang bonggok? Keyakinan diri mereka akan menurun sekiranya masyarakat memandang rendah terhadap mereka. 1

Transcript of 0 Pengenalan

1.0 Pengenalan

Menurut Berita Harian Online, dalam kajian Universiti Putra

Malaysia oleh Tamrin SBM dan rakan, mendapati 58.3 peratus murid

yang dikaji melaporkan sakit di belakang yang dikaitkan dengan

membawa beg berat. Sejak itulah isu beg berat menjadi topik

hangat yang kian dibincangkan dari kedai kopi hingga ke parlimen.

Di samping itu, penyelidik mengatakan sakit yang ada pada

bahagian boleh dikaitkan dengan fakta kebanyakan para pelajar

yang dikaji membawa beg berat 15 peratus daripada berat tubuh

mereka. Tambahan pula, pelajar perempuan juga tidak mampu

menanggung beban di belakang mereka seperti yang ditunjukkan

dalam kajian. Perkara ini lebih ketara di kawasan bandar jika

berbanding dengan kawasan luar bandar atau pedalaman.

Betapa kasihannya murid-murid yang baru sahaja menjejak kaki

ke bangku sekolah dan perlu membawa beg-beg yang berat sehingga

membongkokkan tubuh badan mereka. Golongan pelajar ini

berkemungkinan besar untuk menghadapi kesan sampingan yang

tercetus daripada memikul beg berat dan berdepan dengan sakit

belakang yang kronik apabila dewasa nanti. Bagaimana mereka

berhadapan dengan masyarakat kelak dengan badan yang bonggok?

Keyakinan diri mereka akan menurun sekiranya masyarakat memandang

rendah terhadap mereka.

1

Oleh itu, kita perlulah mencari punca berlakunya beg berat.

Kita perlu ‘menyediakan payung sebelum hujan’ untuk mengelakkan

fenomena ini daripada terus berlaku dan tidak seperti ‘nasi

menjadi bubur’. Hal ini amat penting kerana generasi-generasi

muda ini merupakan aset negara kita. Dengan kesihatan yang ada,

mereka boleh menjana ekonomi negara dan meningkatkan produktiviti

negara kita agar imej negara terukir megah di persada

antarabangsa.

2.0 Grafik Sebab Berlakunya Isu beg Berat

2

PelajaKedudukangeografi

Keliru jadua

Lokar rosak, tidak dapat

Sikap malas

Tidak mendapatjadual

Tidak mengambil tahu tentang subjek yang

Tidak berdisi

Kurang didikan keluarga

Bandar-mempunyaipersaingan yang tinggi

-Lebih banyak buku rujukan

-Dekat

Luar bandar-kurang persaingan

-Tidak

-Tidak memberi perhatian isu beg berat

-Tidak memberi peruntukan untuk

2.1 Huraian

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya fenomena

beg berat.

Pertamanya ialah sikap pelajar sendiri. Sikap mereka yang

malas mengemas beg merupakan antara sebab berlakunya beg berat.

Mereka hanya menyumbatkan helaian atau kerja rumah yang diedarkan

oleh guru ke dalam beg mereka tanpa mengeluarkan helaian atau

kerja rumah yang lama. Beg pelajar tersebut seolah-olah ‘harta

karun’ kerana kita akan menjumpai banyak benda yang tidak

berkaitan dalam beg seperti buku latihan yang lama, pembaris,3

Ibu Guru/pihak

Pihak kerajaan

Tidak mampumembeli begyang beroda

Sibuk bekerja

Tidak meneliti jadual

Tidak mengambil berat

Terlalu memanjak-an anak-

-Memberi kerja rumah yangterlampau banyak

-Perancangan pengajaran

-Memaksapelajar sentiasamembawa buku teks setiap hari

-Mewajibkan ibu bapa membeli buku latihan tambahan

-Tidak membenarkan pelajar meninggalkan

-Menerbit buku teks yang terlalu tebal

-Subjek minor mempunyai buku teks

-Terlalu

pensel, stapler dan sebagainya. Maka, beg tersebut akan bertambah

berat dan berlakunya isu beg berat. Selain itu, pelajar yang

tidak mengambil tahu tentang jadual harian mereka. Walaupun cikgu

sudah mengedarkan jadual harian kepada murid-murid, mereka tidak

menghargainya dan berpotensi besar untuk membuangkannya ke dalam

tong sampah. Kurang didikan daripada keluarga turut menyebabkan

para pelajar tidak berdikari untuk mengemaskan beg sekolahnya

sendiri. Secara umumnya,ibu bapa memainkan peranan yang penting

untuk membentuk sikap dan perangai anak-anak mereka.

Seterusnya, kemudahan yang disediakan di sekolah seperti lokar

telah rosak dan menyebabkan para pelajar tidak dapat menyimpan

buku-buku mereka dan terpaksa menyimpan buku-buku mereka di dalam

beg. Seperkara lagi, ibu bapa yang mementingkan akademik anak-

anak mereka biasanya akan menghantar anak-anak mereka ke pusat

tuisyen selepas jam persekolahan. Sesetengah pelajar akan keliru

buku yang digunakan semasa di sekolah dan di pusat tuisyen, jadi

untuk menyelesaikan masalah ini, mereka terus memasukkan buku-

buku ke dalam beg sekolah yang sama dan menyebabkan berat beg

bertambah secara mendadak. Terdapat segolongan pelajar yang tidak

mendapat jadual harian mereka dan tidak ingat subjek yang diajar

pada hari tersebut, oleh itu, mereka berasa selamat sekiranya

membawa kesemua buku teks ke sekolah.

Dari segi faktor keibubapaan pula, kesibukan mereka dengan

urusan masing-masing menyebabkan anak-anak mereka tidak diberi

perhatian dan kurangnya kasih sayang. Ibu bapa mereka tidak dapat

4

meluangkan masa untuk menyemak kerja rumah dan memeriksa beg

sekolah. Kesan daripada perkara ini, pelajar tidak akan

mengeluarkan misalnya buku latihan untuk disemak oleh ibu bapa

dan biarkan ‘berkulat’ dalam beg sekolahnya. Selain itu, bak kata

pepatah, ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Hal ini

amat penting kerana asuhan ibu bapa perlu bermula daripada usia

yang kecil. Kurangnya didikan ibu bapa untuk membentuk pelajar

yang berdisiplin turut menyebabkan seseorang pelajar tidak

mempunyai disiplin untuk mengemas beg sekolahnya sendiri. Ibu

bapa yang tidak meneliti jadual waktu anak-anak juga menyebabkan

berlakunya beg berat. Mereka hanya memasukkan semua buku ke dalam

beg anak mereka. Masalah ekonomi keluarga turut menyumbang

berlakunya beg berat.Harga beg beroda adalah lebih mahal jika

berbanding dengan beg sekolah yang biasa.

Faktor yang seterusnya adalah guru. Sebagai warga pendidik,

mereka sepatutnya bertimbang rasa. Pemberian kerja rumah yang

banyak menyebabkan beg pelajar semakin berat dan mereka berasa

ketekanan. Selain itu, menurut Pusat Sumber Bahagian Teknologi

Pendidikan Negeri Sarawak daripada laman web

http://psbtpnsarawak.wordpress.com/2010/12/30/isu-beg-sekolah-

berat-adakah-masih-relevan/ peranan guru sangat penting dalam

menyediakan perancangan pengajaran yang berkesan. Perancangan

sangat penting dalam apa juga situasi yang kita hadapi. Begitu

juga dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran. Kita

sedia maklum bahawa guru-guru pada umumnya sangat terlatih dan

5

mampu mengurus sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan,

namun mungkin ada ketika berlakunya kekeliruan tentang apa yang

hendak diajar pada hari tersebut berlainan dengan apa yang

dinyatakan kepada pelajar. Perancangan pengajaran yang tidak

berkesan turut menyumbang berlakunya isu beg berat terus menular.

Amat tidak wajarlah sekiranya guru menggunakan buku teks dalam

satu masa yang singkat. Seperkara lagi, isu beg berat ini

berlaku kerana mereka dipaksa oleh guru untuk sentiasa membawa

buku teks setiap hari persekolahan. Sesiapa yang tidak membawa

buku tersebut akan didenda atau dihukum. Oleh itu, untuk

mengelakkan diri daripada didenda atau dihukum, para pelajar

terpaksalah membawa buku teks dalam beg mereka setiap hari

persekolahan. Di samping itu, jadual persekolahan yang terlampau

padat turut mendorong para pelajar membawa banyak buku ke

sekolah. Isu beg berat juga lebih ketara di Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina (SJK C) berbanding sekolah rendah yang lain.

Terdapat pihak sekolah yang mewajibkan ibu bapa membeli sekurang-

kurang lima buah buku latihan tambahan untuk setiap subjek.

Sebagai contoh, untuk mata pelajaran Bahasa Cina, murid-murid

perlu menggunakan enam jenis buku latihan seperti tulisan, ejaan,

kosa kata, dikte, kaligrafi dan membina ayat. Apabila hari yang

mempunyai subjek Bahasa Cina, murid-murid perlu membawa enam buah

buku latihan bersama-sama dengan buku teks ke sekolah. Bayangkan

bagaimana pelajar membawa beg sekolah mereka jika bagi mereka

yang berjalan kaki ke sekolah? Amatlah kasihan nampak mereka yang

masih belum matang dan perlu mendukung beg sekolahnya yang berat6

itu ke sekolah. Seperkara lagi, guru-guru yang tidak membenarkan

para pelajar meninggalkan buku teks di dalam laci juga memaksa

mereka menyimpan buku dalam beg mereka. Sekiranya pihak sekolah

yang terjumpa buku teks pelajar di dalam laci, mereka akan

mencatat nama pelajar dan pelajar tersebut akan didenda. Sekali

lagi para pelajar takut didenda oleh pihak sekolah, hanya satu

jalan penyelesaian bagi mereka iaitu meletakkan kesemua buku ke

dalam beg mereka. Seperkara lagi, walaupun sesetengah sekolah

mempunyai sistem yang canggih, mengapa masih berlakunya fenomena

beg berat? Hal ini demikian guru-guru mengganggap adalah lebih

bagus mengedarkan buku latihan kepada murid-murid dan menyuruh

mereka buat di dalamnya berbanding membuat soalan dalam bentuk

‘soft copy’ . Tugasan yang dihantar mungkin bukan daripada hasil

karya pelajar itu sendiri.

Pihak kerajaan juga menyumbangkan faktor kepada berlakunya

isu beg berat. Pertamanya, Kementerian Pelajaran Malaysia telah

menerbitkan buku teks yang terlalu tebal dan menjadikan sesuatu

beban kepada murid terutamanya murid sekolah rendah. Mereka perlu

memberi perhatian bahawa sekiranya murid-murid membawa beg yang

berat dalam jangka masa yang panjang, proses pertumbuhan mereka

akan terjejas. Sikap mereka yang bagai ‘melepaskan batuk di

tangga’ menyebabkan fenomena ini bertambah serius. Hal ini dapat

digambarkan apabila mereka tidak mengambil tindakan untuk

membaiki lokar yang rosak walaupun sudah banyak kali pihak

sekolah mengadu. Selain itu, pihak kerajaan yang tidak memberi

7

peruntukkan untuk membuat lokar di sekolah turut menyebabkan

para pelajar tidak mempunyai tempat untuk menyimpan buku-buku dan

akhirnya terpaksa menyimpan dalam beg sekolah mereka. Seperkara

lagi, subjek minor seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan juga

mempunyai buku teks. Hal ini akan menambahkan beban seseorang

pelajar. Pihak kerajaan yang terlalu fokus kepada media bercetak

seperti buku rujukan menyebabkan pelajar membawa ke sekolah.

Kedudukan geografi sesebuah sekolah itu turut merupakan

antara faktor berlakunya beg berat. Sebagai contoh, di kawasan

bandar. Secara umumnya, persaingan di bandar adalah lebih tinggi

berbanding dengan kawasan luar bandar. Tambahan pula, ibu bapa di

bandar lebih mementingkan bidang akademik anak-anak mereka.

Terdapat lebih banyak buku rujukan yang dijual di bandar dan

senang diperoleh. Masyarakat setempat beranggap sekiranya pelajar

membawa lebih banyak buku berbanding dengan rakan-rakannya, maka

seseorang tersebut lebih maju ke hadapan. Pusat hiburan yang

bagai cendawan tumbuh selepas hujan di bandar turut menarik

perhatian pelajar sekolah rendah yang masih belum matang

fikirannya. Beg sekolah mereka bukan hanya menyimpan buku teks,

tetapi menyimpan pakaian yang untuk ditukar setelah watku

persekolahan. Setelah tamat sesi pembelajaran, mereka akan pergi

ke tandas awam dan menukar pakaian tersebut dan berlepak di pusat

hiburan.

8

Huraian di atas merupakan sebab-sebab berlakunya beg berat

dalam kalangan pelajar di negara kita. Sekarang, marilah kita

berbincang tentang langkah-langkah untuk mengatasi fenomena ini.

3.0 Grafik Langkah Mengatasi Isu Beg Berat

9

Melapork-anlokaryangrosakkepada

Gunabegyangberasi

Membez-akanbuku

latihan

Perlumendapa-tkanjadual

Tidak mewajibkan membelibuku latihan

Tidak mendendapelajar jika tidak membawa

Pengajaran di luar bilik darjah (tidak memerluk

Mendidik anak-anakmengemas beg

Memeriksabeg anak-anak sentiasa

Mengawal pegerakananak-anak

Menyediaka-n peruntukkan membuat

Tidak perlu menggunakna buku teks

Memperken-alkan penggunaan ICT

3.1 Huraian

Untuk mengatasi fenomena beg berat, terdapat beberapa

langkah yang perlu kita ikuti.

Pertamanya, pelajar sendiri haruslah mendapatkan jadual

daripada guru atau rakan-rakan. Setelah mendapat jadual, mereka

perlu mengemas beg dan hanya meletakkan buku yang digunakan pada

hari tersebut ke dalam beg mereka. Pelajar perlu mengambil tahu

subjek pada hari tersebut sekiranya mempunyai perubahan waktu

perlu bertanya kepada rakan-rakan dan guru. Di samping itu,

pelajar perlu peka dan membezakan buku latihan kelas tambahan dan

10

Langkah Mengatasi Isu Beg Berat

Pelajar

Perluberdikari

Guru

Perlu bertimbang rasa

Merancangpengajaran yang berkesan

Ibu bapa

Perlu meluangkan masa untuk menemani

Memohon bantuan pihak sekolah

Kerajaan

Menerbitkan buku teks yangberjilid

Bertumpu kepada media elektroni

Masyarakat

Perlu bertimbang rasa

Tidak hanya menumpu kepada

Mengubahsuai rekaan beg sekolah

buku latihan yang digunakan semasa di sekolah. Gunalah beg yang

berasingan untuk meletakkan buku-buku tersebut. Mereka tidak

patut meletakkan buku-buku tersebut dalam beg yang sama kerana ia

akan menambahkan berat beg. Selain itu, disiplin juga amatlah

penting. Murid-murid perlu berdisiplin iaitu mengemas beg sekolah

sendiri dan tidak perlu bergantung kepada ibu bapa. Mereka perlu

memahami bahawa ibu bapa sanggup berkorban masa, duit dan tenaga

untuk menghantar anak-anak ke sekolah untuk menimba ilmu dan

pengetahuan. Para pelajar perlu belajar berdikari. Di samping

itu, pelajar juga harus berkongsi masalah dan memberitahu

sekiranya mempunyai buku latihan yang perlu disemak oleh ibu

bapa. Hal ini dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara satu

sama lain. Selain itu, ibu bapa mampu lebih memahami pergerakan

anak-anak mereka di sekolah. Seperkara lagi, pelajar perlu

melaporkan kepada guru apabila mendapati lokar yang rosak. Lokar

rosak ini telah menghalang pelajar untuk menyimpan buku-buku

mereka dan memaksa mereka menyimpan semua buku di dalam beg

mereka dan ahkirnya berlakunya fenomena beg berat. Sekiranya

pelajar tidak mengetahui penggunaan lokar tersebut, mereka perlu

merujuk kepada rakan-rakan atau guru masing-masing. Pelajar turut

bertanggungjawab untuk menjaga lokar tersebut. Mereka tidak patut

merosakkannya dan akhirnya diri sendiri mendapat kesusahan.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mengatasi isu

beg berat ini. Walaupun dalam kesibukan, ibu bapa perlu

meluangkan masa untuk meneman anak-anak mereka. Mereka perlu

11

menyemak kerja rumah yang dibagi oleh guru dan memeriksa beg

anak-anak dari masa ke masa. Selain memeriksa beg anak-anak,

mereka juga perlu mendidik anak supaya berdikari dan berdisiplin.

Ibu bapa perlu memberitahu anak-anak tidak seperti pahat dengan

penukul, hanya mengemas beg apabila disuruh. Pemeriksaan beg

anak-anak dari semasa ke semasa amat penting kerana ibu bapa

mampu mengawal pergerakan anak-anak. Hal ini demikian berat beg

mereka bertambah bukan hanya disebabkan oleh buku-buku yang

dibawa ke sekolah, tetapi disebabkan oleh pakaian yang dibawa

untuk disalin selepas waktu persekolahan dan permainan-permainan

yang dibawa ke sekolah.

Langkah seterusnya ialah warga pendidik perlulah bersikap

bertimbang rasa. Mereka tidak patut mengenakan hukuman kepada

para pelajar yang tidak membawa buku teks dan membenarkan pelajar

menyimpan buku-buku dalam lokar yang telah disediakan.

Perancangan pengajaran juga patut diubah untuk menjadikan lebih

berkesan dan pelajar tidak perlu membawa buku teks balik ke

rumah. Mereka hanya perlu membawa kerja rumah balik ke rumah.

Bagaimana sekiranya mereka perlu mengulang kaji semasa

peperiksaan? Guru boleh mencadangkan pelajar membawa buku teks

secara berperingkat ke rumah. Setelah mengambil buku teks Bahasa

Melayu ke rumah, keesokkan harinya pelajar boleh membawa buku

teks Sains. Sekiranya waktu pembelajaran bagi subjek tersebut

amat singkat, tidak perlulah guru menyuruh pelajarnya membawa

kesemua buku-buku latihan ke sekolah. Selain itu, pihak sekolah

12

juga tidak patut mewajibkan ibu bapa membeli buku latihan

tambahan sedangkan buku-buku tersebut jarang digunakan di

sekolah. Hal ini mampu meringankan beg pelajar. Di samping itu,

guru-guru juga boleh memanipulasikan proses pengajaran. Tidak

semestinya murid-murid perlu belajar di dalam bilik darjah.

Pembelajaran luar bilik darjah mampu menarik perhatian pelajar

dan meningkatkan kreativiti masing-masing. Lawatan sambil belajar

patut diadakan untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih

seronok. Semasa menggunakan komputer dalam sesi pembelajaran,

guru harus memastikan pelajar terus menghantar tugasan dalam masa

yang ditetapkan dan memantau pergerakan pelajar dalam kelas.

Pihak kerajaan turut bertanggungjawab untuk mengatasi

masalah beg berat. Mereka sepatutnya menerbit buku teks yang

berjilid. Pelajar hanya perlu membawa buku teks jilid pertama

bagi semester pertama dan secara tidak langsung beg sekolah

mereka tidaklah begitu berat. Pihak kerajaan boleh bertumpu

kepada media elektronik selain menggunakan media bercetak.

Kerajaan Terengganu telah mengedarkan eBook kepada para pelajar

untuk mengantikan buku teks yang tebal. Namun, proses penapisan

juga harus dijalankan kerana murid-murid terutamanya dari sekolah

rendah yang masih belum matang mudah terpengaruh dengan anasir-

anasir yang negatif. Kawalan yang ketat perlu dilaksanakan oleh

para guru di sekolah. Selain itu, pihak kerajaan juga perlu

menyediakan peruntukan untuk membuat lokar dan perlu membaiki

lokar yang telah rosak dengan secepat mungkin. Sikap bagai enau

13

dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis.

Seperkara lagi, kerajaan boleh bertimbangkan memansuhkan

penerbitan buku teks bagi subjek minor seperti Pendidikan Jasmani

dan Kesihatan. Hal ini dapat mengurangkan pembawaan buku teks ke

sekolah. Dalam era ledakan maklumat ini, banyak sekolah telahpun

menggunakan teknologi yang canggih semasa sesi pembelajaran.

Penggunaan LCD slaid dalam kelas mampu melahirkan suasana

pembelajaran yang tidak membosankan dan lebih seronok. Pelajar

hanya perlu melihat LCD slaid dan membuat latihan yang dibagi.

Masyarakat juga bersikap bertimbang rasa terhadap budak-

budak sekolah. Walaupun tingginya persaingan di bandar, mereka

tidak patut hanya menumpukan perhatian dalam bidang akademik.

Aktiviti kokurikulum juga patut diberi perhatian. Hal ini

demikian melalui kegiatan bersukan dan permainan, para pelajar

mampu menyihatkan tubuh badan. Bak kata pepatah, ‘badan

cergas,otak cerdas’. Dengan ini, negara kita mampu melahirkan

pelajar yang sentiasa sihat dan mempunyai otak yang pintar. Pihak

pengeluar beg sekolah juga perlu mengubah suai rekaan beg

pelajar. Mereka harus menghasilkan beg yang selesa dan mudah

dibawa.

Huraian di atas merupakan langkah-langkah yang perlu kita

ambil untuk mengatasi isu beg berat.

4.0 Penutup

14

Dalam isu beg berat ini, kita tidak semestinya hanya lihat

apa yang berlaku secara fizikalnya. Dari aspek fizikalnya,

pelajar mungkin tidak dapat jadual masa dan memasukkan kesemua

buku ke dalam beg sekolahnya. Selain itu, kesibukan ibu bapa yang

tidak mempunyai masa untuk memeriksa beg anak-anak mereka turut

mengundang berlakunya fenomena ini. Di samping itu, ketegasan

guru yang tidak membenarkan pelajar meninggalkan buku teks di

dalam laci juga memaksa pelajar menjadikan beg sekolahnya sebagai

‘kabinet buku’. Seterusnya, sikap pihak kerajaan yang suka

bertangguh masa tidak membaiki lokar yang rosak dengan secepat

mungkin turut mengakibatkan berlakunya isu beg berat.

Sekiranya kita menilai dari aspek dalaman pula, isu beg

berat merupakan tekanan yang dibagi oleh masyarakat. Setelah kita

mengorak langkah ke zaman yang baru ini, banyak perubahan tidak

kira dari segi pembangunan, ekonomi, pendidikan dan sebagainya

telah berlaku. Jika dibandingkan dengan zaman dahulu, tidak

pernah berlaku fenomena beg berat. Persaingan kini telahpun

meningkat dan permintaan orang ramai kian bertambah. Sebagai

contoh, barang yang dihasilkan perlulah menepati kehendak orang

ramai. Sekiranya gagal menepatinya, barang tersebut akan

dilupakan dan berkemungkinan besar akan lenyap dalam dunia ini

selama-lamanya.

15

Oleh itu, kita perlu mengatasi masalah beg berat dengan

kerjasama semua pihak. Generasi muda ini merupakan tonggak utama

untuk sesebuah negara. Kita perlu melahirkan modal insan yang

seimbang dari segi jasmani, emosi , rohani dan intelek. Hal ini

amat penting dalam penjanaan ekonomi dan pembangunan di negara

kita.

Refleksi

Sebagai bakal guru, saya telah banyak memperoleh faedah

semasa menjalankan tugasan Kemahiran Berfikir ini. Menurut Mohd

Nashuha Jamidin dan rakan-rakan dalam bukunya Kemahiran Berfikir

dan Belajar, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)

mampu mendorong seseorang individu untuk menguji kebenaran

sesuatu perkara atau masalah agar tidak membentuk kesimpulan atau

keputusan yang salah, di samping keupayaan untuk memproses

maklumat dan menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Idea baru

terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada.

16

Daripada tugasan yang saya buat ini, saya perlu berfikir

secara kritis dan kreatif apakah sebab berlakunya isu beg berat

dan langkah-langkah untuk menyelesaikan fenomena beg berat. Saya

berasa hal ini amat penting kerana saya akan bertembung masalah

ini setelah saya menjadi guru sekolah rendah kelak. Saya telah

dilatih untuk menjadi lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu

yang berlaku di sekeliling. Saya bersimpati terhadap budak-budak

yang perlu

Selain itu, saya juga mampu meningkatkan pengetahuan saya,

saya perlu menilai, mengkritik,mengubah suai dan membina semula

pemahaman saya secara aktif dalam permikiran saya. Saya

berpendapat penguasaan berfikir secara kritis dan kreatif mampu

memupuk pembelajaran berdaya fikir.

Dengan siapnya tugasan ini, ia memberikan saya dimensi baru

kepada pemikiran kritis dan kreatif. Pemberian tugasan ini turut

melatih saya supaya lebih teliti dan mempunyai sikap menyelidik

terhadap perkara yang saya lakukan.

Bibliografi

Internet

17

Berita Harian Online http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Isulapukbegsekolahberatbelumselesai/Article/index_html diakses pada 7 Mac 2011

Cari Forum http://eforum1.cari.com.my/viewthread.php? tid=305137&extra=&ordertype=2 diakses pada 13 Mac 2011

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

http://psbtpnsarawak.wordpress.com/2010/12/30/isu-beg-sekolah-berat-adakah-masih-relevan/ diakses pada 13 Mac 2011

Adibah Amalina

http://adibahamalina.blogspot.com/2010/09/mati-di-hempap-beg-sekolah-berat-muatan.html diakses pada 13 Mac 2011

Utusan Malaysia Online http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm diakses pada 14 Mac 2011

Rohana

http://ana-mutiarahati.blogspot.com/2010/04/kesian-anak2-kitabeg-sekolah-berat.html

diakses pada 14 Mac 2011

Mohd Zhafran

18

http://hse-risk.com/2010/03/21/kesan-beg-berat-kepada-pelajar-sekolah/

diakses pada 14 Mac 2011

Buku

Mohd Nashuda Jamidin dan rakan-rakan. (1995) Kemahiran Berfikir dan

Belajar. Selangor Darul Ehsan. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Poh Swee Hiang. (2006) Kemahiran Berfikir Kurikulum Kursus Persediaan

Program Sarjana Muda Pendidikan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman

Sdn.Bhd.

19