Nota PJK peralihan

8
Posisi pemain Bola Keranjang Bola Tampar

description

PJK peralihan

Transcript of Nota PJK peralihan

Page 1: Nota PJK peralihan

Posisi pemain Bola Keranjang

Bola Tampar

Page 2: Nota PJK peralihan
Page 3: Nota PJK peralihan

Sepak Takraw

Posisi sepak takraw

Gimnastik birama

Page 4: Nota PJK peralihan

Gimnastik artistik

Page 5: Nota PJK peralihan

Duduk dekam Tekan tubi

Pertolongan Cemas➣ Pertolongan cemas ialah bantuan awal yang diberikan kepada mangsa di 

     tempat kemalangan sebelum mangsa mendapatkan rawatan susulan daripada 

     doktor.

➣ Bantuan awal yang diberikan kepada mangsa berupaya menyelamatkan nyawa.

➣ Kecederaan boleh dirawat menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dalam 

     peti kecemasan dan pesakit akan dirujuk kepada doktor  selepas bantuan  

     mula diberikan.

Kecederaan RinganKecederaan ringan ialah kecederaan yang kecil dan tidak teruk seperti luka kecil, calar, lebam dan

terseliuh.

A) Luka kecil dan calar:

Luka kecil dan calar berlaku apabila kulit tergores pada permukaan yang kasar dan tajam. Keadaan ini

menyebabkan darah mengalir ke permukaan kulit.

Cara-cara memberi bantuan:

      (1)   Hentikan pengaliran darah.

      (2)   Cuci luka atau calar-calar dengan air yang bersih. 

      (3)   Gunakan antiseptic untuk mencegah pembiakan bacteria. Sapukan ubat  

            dengan kain kasa. Balut atau tutup luka dengan menggunakan plaster  

            berubat.

Page 6: Nota PJK peralihan

B) Lebam:

Lebam berlaku disebabkan terkena hentakan. Bahagian yang cedera menjadi bengkak dan berwarna biru

kehitaman. Keadaan ini mengakibatkan saluran darah di bawah kulit tercedera.

(C) Terseliuh:

Kecederaan ini terjadi apabila ligament di sekeliling sendi terkoyak atau tercedera. Bahagian yang

terseliuh menjadi bengkak dan lebam.

Cara-cara memberi bantuan:

      (1)   Tanggalkan kasut.

      (2)   Tekapkan ais yang dibalut dengan kain bersih pada bahagian yang tercedera.

      (3)   Tinggikan anggota badan yang tercedera.