Posisi pemain Bola Keranjang
Bola Tampar
Sepak Takraw
Posisi sepak takraw
Gimnastik birama
Gimnastik artistik
Duduk dekam Tekan tubi
Pertolongan Cemas➣ Pertolongan cemas ialah bantuan awal yang diberikan kepada mangsa di
tempat kemalangan sebelum mangsa mendapatkan rawatan susulan daripada
doktor.
➣ Bantuan awal yang diberikan kepada mangsa berupaya menyelamatkan nyawa.
➣ Kecederaan boleh dirawat menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dalam
peti kecemasan dan pesakit akan dirujuk kepada doktor selepas bantuan
mula diberikan.
Kecederaan RinganKecederaan ringan ialah kecederaan yang kecil dan tidak teruk seperti luka kecil, calar, lebam dan
terseliuh.
A) Luka kecil dan calar:
Luka kecil dan calar berlaku apabila kulit tergores pada permukaan yang kasar dan tajam. Keadaan ini
menyebabkan darah mengalir ke permukaan kulit.
Cara-cara memberi bantuan:
(1) Hentikan pengaliran darah.
(2) Cuci luka atau calar-calar dengan air yang bersih.
(3) Gunakan antiseptic untuk mencegah pembiakan bacteria. Sapukan ubat
dengan kain kasa. Balut atau tutup luka dengan menggunakan plaster
berubat.
B) Lebam:
Lebam berlaku disebabkan terkena hentakan. Bahagian yang cedera menjadi bengkak dan berwarna biru
kehitaman. Keadaan ini mengakibatkan saluran darah di bawah kulit tercedera.
(C) Terseliuh:
Kecederaan ini terjadi apabila ligament di sekeliling sendi terkoyak atau tercedera. Bahagian yang
terseliuh menjadi bengkak dan lebam.
Cara-cara memberi bantuan:
(1) Tanggalkan kasut.
(2) Tekapkan ais yang dibalut dengan kain bersih pada bahagian yang tercedera.
(3) Tinggikan anggota badan yang tercedera.