Post on 17-Mar-2023
PEMASARANPemasaran adalah salah satu elemen yang utama dalam sesebuah
perniagaan bagi meneruskan dan mengembangkan operasi
perniagaan tersebut. Oleh itu, dalam menjalankan kajian
keusahawanan ini, kami telah bersepakat menggunakan elemen
permasaran yang utama iaitu 4P (‘place’, ‘product’, ‘price’
dan ‘promotion’). Berikut merupakan beberapa strategi yang
kami gunakan dari berdasarkan 4P;
PLACE (Lokasi Perniagaan)
► Kawasan hadapan butik.
Lokasi perniagaan dijalankan di Taman Cempaka, Ipoh
iaitu berdekatan dengan kawasan tempat tinggal pelajar
Politeknik Ungku Omar. Pemilik butik telah memilih
lokasi perniagaan yang sesuai kerana lokasi tersebut
berdekatan dengan kawasan perumahan pelajar serta
pelajar tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk
datang ke butik. Berikut merupakan lokasi MUSLIMA
PARADISE BOUTIQUE, Ipoh;
Gambar 1: Berikut merupakan lokasi MUSLIMA PARADISE
BOUTIQUE, Ipoh.
Sepertimana yang terdapat dalam gambar tersebut,
kawasan sekeliling MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE, Ipoh masih
memerlukan pengubahsuaian terutamanya sekali di halaman
butik. Ini kerana, halaman butik merupakan pandangan
pertama untuk menarik minat pelanggan untuk mengunjungi
butik serta dengan adanya kawasan butik yang menarik,
pelanggan juga akan turut selesa untuk membeli belah di
lokasi tersebut.
► Persekitaran di sisi dan di belakang butik.
Gambar 2: Berikut merupakan kawasan di sisi dan di
belakang butik.
Gambar di atas jelas menunjukkan sekitar kawasan sisi
dan belakang butik harus dibersihkan dan diubahsuai bagi
menceriakan lagi suasana persekitaran butik. Ini kerana,
pemilik mengalami masalah untuk membersihkan kawasan
tersebut. Oleh itu, kami memberi cadangan kepada pemilik
butik untuk menghubungi pihak agensi pembantu rumah bagi
membantu pemilik kedai membersihkan kawasan di sisi dan
di belakang butik. Pemilik butik bersetuju dan akan
mengambil tindakan dalam jangka masa yang terdekat.
PRODUCT (Produk yang dijual)
MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE menjalankan perniagaan yang
berkonsepkan ‘vendor boutique’ iaitu memberi peluang
kepada usahawan ‘online’ untuk menjual dan mengembangkan
produk perniagaan mereka di butik-butik tertentu. Oleh
itu, usahawan ‘online’ akan meletakkan produk mereka dan
membayar sewa kepada pemilik butik tersebut. Sewa yang
dikenakan untuk setiap slot usahawan tidak melebihi
RM150 sebulan mengikut jenis produk. Walaubagaimanapun,
pemilik butik juga menjual barangan sendiri iaitu
selendang ‘wideshawl’ yang menjadi trend remaja-remaja
sekarang. Malah, pemilik butik juga menjual barangan
secara borong. Berikut merupakan produk-produk pemilik
butik dan produk-produk usahawan ‘online’ yang berada di
MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE;
Gambar 4: Berikut merupakan produk-produk yang dijual di
MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE, Ipoh. Antara barangan yang
sering menjadi tumpuan pelanggan adalah ‘Basic Tee’,
Kurti, jubah, selendang ‘wideshawl’, barangan jagaan
muka dan badan, kain skirt, bag dan lain-lain.
Setelah melihat sendiri gambar-gambar produk yang
terdapat di dalam MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE, Ipoh kami
memberi sedikit cadangan agar pemilik butik membuka
peluang yang lebih luas untuk menjual dan mengembangkan
lagi produk-produk usahawan ‘online’ yang menjadi trend
terkini. Oleh itu, pihak pemilik butik bersetuju untuk
membuka peluang bukan sahaja dari segi barangan
kecantikan dan hiasan wanita, malah pemilik butik akan
membuka peluang kepada usahawan ‘online’ yang menjual
makanan-makanan ringan yang sesuai diletakkan di butik.
Cadangan yang diberikan tentang membuka peluang kepada
usahawan ‘online’ yang menjual makanan-makanan ringan
masih di dalam proses pemilik kedai. Ini kerana,
persekitaran kawasan butik masih perlu diperbaiki dari
segi kebersihan. Oleh itu, kami dan pemilik butik
bersetuju untuk mencari jalan dalam membersihkan
persekitran butik agar perniagaan boleh berkembang
dengan lebih meluas dan dapat membantu usahawan ‘online’
memasarkan produk mereka.
MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE juga bukan sahaja menjual
produk-produk usahawan ‘online’ di butik, malah pemilik
butik juga membantu memasarkan dan menjual produk
usahawan ‘online’ yang lain melalui media social iaitu
‘Instagram’. Pemilik kedai akan melakukan sendiri proses
penghantaran produk kepada pelanggan yang membuat
pesanan melalui media pesanan ringkas ‘online’ iaitu
‘Whatsapp’ atau ‘WeChat’. Kaedah tambahan ini juga telah
menimbulkan sedikit beban kepada pemilik kedai. Oleh
itu, kami memberi cadangan agar pemilik butik menetapkan
waktu yang sesuai untuk membalas pesanan-pesanan dan
mengirimkan produk kepada pelanggan ‘online’. Ini dapat
mengurangkan sedikit sebanyak kerungsingan dan beban
pemilik kedai. Berikut merupakan produk yang dipasarkan
melalui media social utama MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE;
PRICE (Harga)
Pemilik butik meletakkan harga yang mampu dimiliki oleh
pelajar dan orang ramai. Oleh itu, pelanggan mampu
membeli dan menggayakan barangan-barangan yang dijual di
MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE, Ipoh. Bagi memudahkan
pelanggan merujuk harga-harga barangan di butik pemilik
kedai telah menampilkan harga pada setiap barangan.
Berikut merupakan harga-harga bagi setiap barangan di
butik;
Gambar 3: Berikut adalah cara pemilik butik memamparkan
harga bagi setiap barangan.
Harga barangan-barangan di MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE,
Ipoh ternyata mampu dimiliki dan jauh lebih murah
berbanding dengan harga di pasaran luar. Oleh itu,
kumpulan kami dan pihak pemilik butik telah bersetuju
untuk tidak melakukan penambahan atau pengui rangan dari
segi harga barangan butik.
PROMOTION (Promosi yang dijalankan)
MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE akan mengadakan promosi besar-
besaran sempena perayaan atau cuti-cuti umum. Ini dapat
menggalakkan lagi pelanggan untuk berkunjung dan tidak
melepaskan peluang untuk membeli belah ketika harga
promosi dan pada cuti umum. Seterusnya, pemilik butik
akan mengadakan ‘event-event’ yang dapat menarik minat
pelanggan untuk senintiasa menjaga pelanggan utama butik
ini. Berikut merupakan promosi yang dijalankan di laman
social utama MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE;
Gambar 5: Berikut merupakan promosi yang dijalankan
semasa hujung tahun
Dari segi promosi, kami bercadang bersama pemilik kedai
untuk mengadakn ‘event’ bagi mempromosikan sendiri
MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE kepada semua warga Politeknik
Ungku Omar. Malah, kami juga telah menyediakan poster
khas untuk butik tersebut serta mempamerkan di setiap
ruang papan tanda iklan di Politeknik Ungku Omar.
Berikut merupakan poster yang disediakan khas untuk
MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE;