2 PEMASARAN

10
PEMASARAN Pemasaran adalah salah satu elemen yang utama dalam sesebuah perniagaan bagi meneruskan dan mengembangkan operasi perniagaan tersebut. Oleh itu, dalam menjalankan kajian keusahawanan ini, kami telah bersepakat menggunakan elemen permasaran yang utama iaitu 4P (‘place’, ‘product’, ‘price’ dan ‘promotion’). Berikut merupakan beberapa strategi yang kami gunakan dari berdasarkan 4P; PLACE (Lokasi Perniagaan) Kawasan hadapan butik. Lokasi perniagaan dijalankan di Taman Cempaka, Ipoh iaitu berdekatan dengan kawasan tempat tinggal pelajar Politeknik Ungku Omar. Pemilik butik telah memilih lokasi perniagaan yang sesuai kerana lokasi tersebut berdekatan dengan kawasan perumahan pelajar serta pelajar tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk datang ke butik. Berikut merupakan lokasi MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE, Ipoh;

Transcript of 2 PEMASARAN

PEMASARANPemasaran adalah salah satu elemen yang utama dalam sesebuah

perniagaan bagi meneruskan dan mengembangkan operasi

perniagaan tersebut. Oleh itu, dalam menjalankan kajian

keusahawanan ini, kami telah bersepakat menggunakan elemen

permasaran yang utama iaitu 4P (‘place’, ‘product’, ‘price’

dan ‘promotion’). Berikut merupakan beberapa strategi yang

kami gunakan dari berdasarkan 4P;

PLACE (Lokasi Perniagaan)

► Kawasan hadapan butik.

Lokasi perniagaan dijalankan di Taman Cempaka, Ipoh

iaitu berdekatan dengan kawasan tempat tinggal pelajar

Politeknik Ungku Omar. Pemilik butik telah memilih

lokasi perniagaan yang sesuai kerana lokasi tersebut

berdekatan dengan kawasan perumahan pelajar serta

pelajar tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk

datang ke butik. Berikut merupakan lokasi MUSLIMA

PARADISE BOUTIQUE, Ipoh;

Gambar 1: Berikut merupakan lokasi MUSLIMA PARADISE

BOUTIQUE, Ipoh.

Sepertimana yang terdapat dalam gambar tersebut,

kawasan sekeliling MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE, Ipoh masih

memerlukan pengubahsuaian terutamanya sekali di halaman

butik. Ini kerana, halaman butik merupakan pandangan

pertama untuk menarik minat pelanggan untuk mengunjungi

butik serta dengan adanya kawasan butik yang menarik,

pelanggan juga akan turut selesa untuk membeli belah di

lokasi tersebut.

► Persekitaran di sisi dan di belakang butik.

Gambar 2: Berikut merupakan kawasan di sisi dan di

belakang butik.

Gambar di atas jelas menunjukkan sekitar kawasan sisi

dan belakang butik harus dibersihkan dan diubahsuai bagi

menceriakan lagi suasana persekitaran butik. Ini kerana,

pemilik mengalami masalah untuk membersihkan kawasan

tersebut. Oleh itu, kami memberi cadangan kepada pemilik

butik untuk menghubungi pihak agensi pembantu rumah bagi

membantu pemilik kedai membersihkan kawasan di sisi dan

di belakang butik. Pemilik butik bersetuju dan akan

mengambil tindakan dalam jangka masa yang terdekat.

PRODUCT (Produk yang dijual)

MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE menjalankan perniagaan yang

berkonsepkan ‘vendor boutique’ iaitu memberi peluang

kepada usahawan ‘online’ untuk menjual dan mengembangkan

produk perniagaan mereka di butik-butik tertentu. Oleh

itu, usahawan ‘online’ akan meletakkan produk mereka dan

membayar sewa kepada pemilik butik tersebut. Sewa yang

dikenakan untuk setiap slot usahawan tidak melebihi

RM150 sebulan mengikut jenis produk. Walaubagaimanapun,

pemilik butik juga menjual barangan sendiri iaitu

selendang ‘wideshawl’ yang menjadi trend remaja-remaja

sekarang. Malah, pemilik butik juga menjual barangan

secara borong. Berikut merupakan produk-produk pemilik

butik dan produk-produk usahawan ‘online’ yang berada di

MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE;

Gambar 4: Berikut merupakan produk-produk yang dijual di

MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE, Ipoh. Antara barangan yang

sering menjadi tumpuan pelanggan adalah ‘Basic Tee’,

Kurti, jubah, selendang ‘wideshawl’, barangan jagaan

muka dan badan, kain skirt, bag dan lain-lain.

Setelah melihat sendiri gambar-gambar produk yang

terdapat di dalam MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE, Ipoh kami

memberi sedikit cadangan agar pemilik butik membuka

peluang yang lebih luas untuk menjual dan mengembangkan

lagi produk-produk usahawan ‘online’ yang menjadi trend

terkini. Oleh itu, pihak pemilik butik bersetuju untuk

membuka peluang bukan sahaja dari segi barangan

kecantikan dan hiasan wanita, malah pemilik butik akan

membuka peluang kepada usahawan ‘online’ yang menjual

makanan-makanan ringan yang sesuai diletakkan di butik.

Cadangan yang diberikan tentang membuka peluang kepada

usahawan ‘online’ yang menjual makanan-makanan ringan

masih di dalam proses pemilik kedai. Ini kerana,

persekitaran kawasan butik masih perlu diperbaiki dari

segi kebersihan. Oleh itu, kami dan pemilik butik

bersetuju untuk mencari jalan dalam membersihkan

persekitran butik agar perniagaan boleh berkembang

dengan lebih meluas dan dapat membantu usahawan ‘online’

memasarkan produk mereka.

MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE juga bukan sahaja menjual

produk-produk usahawan ‘online’ di butik, malah pemilik

butik juga membantu memasarkan dan menjual produk

usahawan ‘online’ yang lain melalui media social iaitu

‘Instagram’. Pemilik kedai akan melakukan sendiri proses

penghantaran produk kepada pelanggan yang membuat

pesanan melalui media pesanan ringkas ‘online’ iaitu

‘Whatsapp’ atau ‘WeChat’. Kaedah tambahan ini juga telah

menimbulkan sedikit beban kepada pemilik kedai. Oleh

itu, kami memberi cadangan agar pemilik butik menetapkan

waktu yang sesuai untuk membalas pesanan-pesanan dan

mengirimkan produk kepada pelanggan ‘online’. Ini dapat

mengurangkan sedikit sebanyak kerungsingan dan beban

pemilik kedai. Berikut merupakan produk yang dipasarkan

melalui media social utama MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE;

PRICE (Harga)

Pemilik butik meletakkan harga yang mampu dimiliki oleh

pelajar dan orang ramai. Oleh itu, pelanggan mampu

membeli dan menggayakan barangan-barangan yang dijual di

MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE, Ipoh. Bagi memudahkan

pelanggan merujuk harga-harga barangan di butik pemilik

kedai telah menampilkan harga pada setiap barangan.

Berikut merupakan harga-harga bagi setiap barangan di

butik;

Gambar 3: Berikut adalah cara pemilik butik memamparkan

harga bagi setiap barangan.

Harga barangan-barangan di MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE,

Ipoh ternyata mampu dimiliki dan jauh lebih murah

berbanding dengan harga di pasaran luar. Oleh itu,

kumpulan kami dan pihak pemilik butik telah bersetuju

untuk tidak melakukan penambahan atau pengui rangan dari

segi harga barangan butik.

PROMOTION (Promosi yang dijalankan)

MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE akan mengadakan promosi besar-

besaran sempena perayaan atau cuti-cuti umum. Ini dapat

menggalakkan lagi pelanggan untuk berkunjung dan tidak

melepaskan peluang untuk membeli belah ketika harga

promosi dan pada cuti umum. Seterusnya, pemilik butik

akan mengadakan ‘event-event’ yang dapat menarik minat

pelanggan untuk senintiasa menjaga pelanggan utama butik

ini. Berikut merupakan promosi yang dijalankan di laman

social utama MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE;

Gambar 5: Berikut merupakan promosi yang dijalankan

semasa hujung tahun

Dari segi promosi, kami bercadang bersama pemilik kedai

untuk mengadakn ‘event’ bagi mempromosikan sendiri

MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE kepada semua warga Politeknik

Ungku Omar. Malah, kami juga telah menyediakan poster

khas untuk butik tersebut serta mempamerkan di setiap

ruang papan tanda iklan di Politeknik Ungku Omar.

Berikut merupakan poster yang disediakan khas untuk

MUSLIMA PARADISE BOUTIQUE;