LAPORAN KEMBARA ILMU DAN KEMASYARAKATAN DI SATUN

11
LAPORAN KEMBARA ILMU DAN KEMASYARAKATAN DI SATUN & TRANG, THAILAND. 1. Kok Payum Village Oleh : 2. Mambang Mosque – Satun, Thailand Oleh: Nur `Atiqah Abd Samad 3. Mambang Temple, Wat Chanathip Chalom Oleh: 4. Satun National Museum, Kuden Mansion, Satun Oleh: 5. Phraya Ratsadanupradit Mahison Phakdi Musem, Trang Oleh: 6. Gotong Royong Pantai Pakmeng Oleh:

Transcript of LAPORAN KEMBARA ILMU DAN KEMASYARAKATAN DI SATUN

LAPORAN KEMBARA ILMU DAN KEMASYARAKATAN DI SATUN & TRANG,THAILAND.

1. Kok Payum VillageOleh :

2. Mambang Mosque – Satun, ThailandOleh: Nur `Atiqah Abd Samad

3. Mambang Temple, Wat Chanathip ChalomOleh:

4. Satun National Museum, Kuden Mansion, Satun Oleh:

5. Phraya Ratsadanupradit Mahison Phakdi Musem, Trang

Oleh:

6. Gotong Royong Pantai PakmengOleh:

Kembara Ilmu dan Kemasyarakatan : Mambang Mosque – Satun,

Thailand

Oleh: Nur `Atiqah Abd Samad

“ Berbeza Negara, di rumahMu kami ketemu”

Seawal Jam 8 pagi, misi kembara Ilmu dan kemasyarakatan di

Satun Thailand diteruskan dengan lawatan ke masjid utama di Buri

Wanit Road and Satun Thani, Satun iaitu Masjid Mambang. Terletak

di tengah-tengah bandar Satun, Masjid Mambang merupakan masjid

utama bagi masyarakat Islam di daerah ini.

Sejarah penubuhan masjid ini dicatatkan di atas plak masjid.

Masjid ini didirikan oleh Tunku Mohammad Akem yang dulunya

memerintah di Kota Satun. Pada awal pembangunan, Masjid Mambang

Satul memiliki luas 13 x 15 meter. Pada tahun 1974 bangunan

tersebut dihancurkan dan dibangun kembali pada tahun 1974 dengan

menelan biaya pengubahsuaian sebanyak 11,98 juta Baht. Masjid ini

kemudiaannya telah dirasmikan oleh Raja Thailand pada 20

September 1979.

Setibanya rombongan kami di Masjid ini, kami di sambut mesra

oleh beberapa ahli jawatankuasa masjid termasuklah Imam Utama

Masjid Mambang, Ustaz Abdullah. Kemampuan Ustaz Abdullah

berbicara dalam bahasa melayu ternyata menggembirakan kami

memandangkan sangat sukar menjumpai rakyat Thailand yang mampu

bertutur di dalam bahasa melayu. Menurut beliau, hanya generasi

lama Satul mampu bertutur bahasa melayu yang dipelajari daripada

nenek moyang.

Ustaz Abdullah berbesar hati membawa kami mengelilingi

kawasan sekitar masjid antaranya Bilik Seminar, Bilik Belajar,

Perpustakaan dan lain-lain. Dalam masa yang sama, Ustaz Abdullah

turut menerangkan serba sedikit mengenai pengurusan masjid.

Ternyata walaupun secara luaran masjid ini kelihatan agak kecil,

namun masjid ini mampu menampung hampir 500 jemaah dalam satu

masa. Suasana persekitaran masjid juga sungguh aman dan

mendamaikan.

Usai lawatan di sekitar masjid, Ketua Delegasi rombongan, Dr

Amalina Bt Ahmad Tajudin menyerahkan beberapa naskah al-quran

yang diwakafkan oleh Pelajar-pelajar Fakulti Syariah dan Undang-

undang beserta sumbangan wang bagi kegunaan pihak masjid.

Walaupun jumlah al-quran yang diwakafkan tidak mencapai tahap

yang telah ditetapkan oleh kami, namun kami masih berpuas hati

mampu menyumbangkan al-quran-al-quran tersebut bagi kegunaan

penduduk Satun. Tidak dilupakan, sedikit cenderahati fakulti

turut sama diserahkan kepada Ustaz Abdullah.

Program yang berlarutan sehingga jam 12.00 tengahhari dan

semua pihak rombongan sama-sama melaksanakan rukun Islam kedua

iaitu solat Zohor secara berjemaah diimamkan oleh Ustaz Abdullah.

Dengan hati yang berat, rombongan kami meninggalkan masjid

mambang yang tersergam indah dan Ustaz Abdullah yang peramah.

Semoga pertemuan ini bukan yang terakhir buat semua rombongan.

Ketibaan rombongan di sambut mesra oleh Ustaz Abdullah (berkaca mata) dan ahlijawatankuasa masjid

Ustaz Abdullah membawa pihak rombongan melawat Bilik Seminar (Gambar atas) danjuga Bilik Belajar (Bawah)

Ketua Delegasi, Dr Amalina Bt Ahmad Tajudin menyerahkan sumbanganwakaf al-quran dan wang (Gambar Kiri) dan cenderahati dari Fakulti

(Gambar Kanan).

Gambar Kenangan ahli rombongan dihadapan Masjid Mambang

Gambar Kenangan ahli rombonganbersama ahli jawatankuasa masjid di

hadapan Masjid Mambang

Kembara Ilmu dan Kemasyarakatan : Mambang Temple, WatChanathip Chalom

Oleh: Nur `Atiqah Abd Samad

“kita berbeda, namun kita manusia…….”

Selesai lawatan ahli rombongan di Masjid Mambang, pihak kami

menuju ke rumah ibadat Buddha yang terletak berhampiran Masjid

Mambang iaitu Mambang Temple, Wat Chanathip Chalom. Memandangkan

Satun adalah salah satu daripada empat wilayah Thai dengan

majoriti yang beragama Islam, namun Wat Chanathip Chalom khas

dibina bagi kegunaan agama Buddha termasuklah Raja Thailand

Sendiri.

Wat Chanathip Chaloem adalah kuil pertama dibina di Bandar

Satun pada tahun 1882 yang terletak berhampiran pusat bandar.

Kuil ini berbeza daripada kuil-kuil lain di Thailand dari segi

senibinanya. Tarikan utama di Kuil ini adalah Yang Ubosot (dewan

Penyelarasan), yang dibina pada tahun 1930 iaitu sebuah bangunan

dua tingkat Thai-gaya menggunakan emas tulen. Tingkat yang

pertama adalah sebuah bangunan bata digunakan sebagai dewan

khutbah manakala tingkat yang kedua adalah sebuah bangunan kayu

untuk amalan agama oleh sami-sami Buddha. Kuil ini telah

diisytiharkan zon pemuliharaan alam sekitar.

Kuil ini dipilih sebagai tempat lawatan pihak rombongan bagitujuan memahami perbandingan antara agama Islam dan juga agamaBuddha dan menghormati perbezaan di antara kedua-duanya.

Setelah tiba di kuil, kami disambut oleh Phra Acharn Krinyang merupakan salah seorang penganut dan sami Buddha. Kamidibawa melawat kawasan sekitar kuil antaranya ruang ibadatpenganut Buddha, ruang ibadat Raja Thailand, ruang ibadat samidan juga tempat suci penyimpanan abu ketua Buddha.

Kami turut diberi penerangan mengenai aspek ibadah dankepercayaan orang Buddha. Walaupun anutan agama yang berbeza,lawatan ini telah memberi sedikit sebanyak input mengenai agamaBuddha dan peluang bagi ahli rombongan memahami perbezaan agama-agama. Selepas penerangan agama Buddha oleh Phra Acharn Krin,kami turut mengadakan diskusi singkat perbandingan agama Islamdan Budda. Diskusi ini ternyata berjaya melihat beberapa aspekpenting kedua-dua agama.

Pihak rombongan sangat berbesar hati atas kesudian pihakkuil Chanathip Chalom menerima kunjungan kami dan memberi layananyang baik sepanjang lawatan. Kami turut berbesar hati ataskesudian pihak kuil membuka bilik-bilik yang di anggapterpelihara sebagai menghormati kunjungan kami ke sana.

Bersama Phra AcharnKrin, sami di KuilChanathip Chalom

Phra Acharn Krin membawa ahlirombongan melawat kawasan sekitarKuil Chanathip Chalom

Ziarah : Phu Pha Petch CaveOleh: Nur `Atiqah Abd Samad

Duit tuah menurutkepercayaan penganut

Buddha di Satun

Pemandangan luar YangUbosot

Ruang ibadah khusus untuk RajaThailand

Ahli Rombongan bergambar kenangan dihadapan bangunan lama KuilChanathip Chalom

“ indahnya ciptaan Maha Hebat…”

Setelah dijanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan,

kami dibawa menuju ke Phu Pha Pecth Cave. Phu Pha Petch Cave

atau juga dikenali sebagai Gua Berlian merupakan gua terbesar di

Thailand, yang ketiga terbesar di dunia namun masih tidak

dikenali sebagai tempat pelancongan. Sebelum masuk ke gua

tersebut, pengunjug perlu memanjat lebih kurang 335 tangga untuk

sampai ke pintu gua ini. Uniknya, hanya terdapat satu pintu

masuk gua yang hanyalah berbentu lubang kecil cukup bagi seorang

untuk masuk dalam dan keluar dalam satu masa.

Sebelum masuk ke dalam gua, kami diberi penerangan oleh

pemandu pelancong mengenai latar belakang penemuan gua tersebut.

Ternyata, kami sangat terpegun melihat keindahan ciptaan

Allah tatkala kaki melangkah masuk ke dalam gua tersebut.

Kepelbagaian bentuk stalaktit dan stalakmit membuatkan

pemandangan di dalam gua ini sangat menakjubkan. Perjalanan

mengharungi titian selama hampir dua jam terasa singkat

disebabkan terpukau dengan kejadian alam ini.

Setelah dua jam, kami akhirnya berjaya menamatkan

pengembaraan di dalam gua ini yang mempunyai lebih kurang 4

penjuru. Ziarah ini sangat berbaloi memandangkan kepuasan yang

maksimum mampu di capai.

Phu Pha Petch Cave menjanjikan 1001kenangan

Tangga menuju ke pintu guan Satu-Satunya pintu masuk kedalam gua.