perkembangan jawi di malaysia

26
SEJARAH PERKEMBANGAN JAWI DI MALAYSIA Disediakan oleh : ROSLAN SURAJI YUSRI MOHD SYARIP BMM3112

Transcript of perkembangan jawi di malaysia

SEJARAH PERKEMBANGAN JAWI DI MALAYSIA

Disediakan oleh :

ROSLAN SURAJIYUSRI MOHD SYARIP

BMM3112

• Huruf Jawi berasal daripada huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu.

• Merupakan salah satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Brunei, dan juga dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia.

• Tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh abjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan keagamaan dan kebudayaan.

• Penulisan Jawi seharian dipelihara di kawasan-kawasan yang diduduki masyarakat Melayu yang lebih konservatif, misalnya Sulu di Filipina, Pattani di Thailand, Kelantan di Malaysia dan beberapa kawasan petempatan Melayu di Indonesia.

TULISAN JAWI - سن� ول�ي��� ا��وي�ت����������������� ج��������

SEJARAH AWAL - اول ا��ر��ه�� ج������� س������• Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu.

• Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan Islam, khususnya daripada orang Parsi.

• Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan.

• Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu ca pa, ga nga, va dan nya.

• Tinggalan tulisan Jawi purba yang terawal ditemui pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 M (702 H) dan juga Syair Bidasari tulisan sekitar 1300–1399 M yang ditemui di Sumatera, sementara penggunaan terawal abjad Rumi untuk bahasa Melayu datang dari akhir abad ke-19.

Batu Bersurat Terengganu, tulisan tahun 1303M, merupakan artifak bertulisan Jawi yang tertua pernah dijumpai. Ia bercatatkan undang-undang setempat yang dipengaruh oleh Syariah, maka merupakan bukti terawal pengaruh Islam di Malaysia.

•Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi.

•Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British.

•Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.

•Tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan.

•Sebagai contoh, ia digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.

•Selain itu, Pemasyuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

SURAT SULTAN BANJAR

SURAT KEBENARAN BERNIAGA

UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA

HIKAYAT SERI RAMA

HIKAYAT ABDULLAH

PENGISYTIHARAN TANAH MELAYU

• Tulisan ini adalah antara tulisan terawal. Ia berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai, kemudian kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17.

• Bukti kewujudannya dengan terjumpa Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H/1303M, manakala tulisan rumi yang paling awal pada akhir kurun ke-19.

• Tulisan jawi yang tertua dapat dikesan di Kuala Terengganu, mengikut Syed Muhammad Najib al-Attas, bertarikh Jumaat 4 Rejab 702H = 22 Februari 1303M

• Prasasti Terengganu ini ditemui oleh saudagar keturunan Arab bernama Syed Husin Ghulam al-Bukhori.

• Tempatnya di Sungai Tarekat di Kuala Berang.

•Perakuan Penyata Razak – Tulisan dan bacaan jawi diajar kepada murid-murid Melayu sebagai sebahagian daripada sukatan Pelajaran Agama Islam.

•Tahun 1964, pelajaran jawi adalah mata pelajaran pilihan dimestikan di sekolah kebangsaan (darjah 1-3 )

•Tahun 1965, menyebut pelajaran jawi termasuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, diajar di sekolah kebangsaan mulai darjah 2, sementara sukatan mata pelajaran bahasa kebangsaan tidak menyebut ada pelajaran jawi.

•Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan memperuntukkan 60 minit seminggu untuk pelajaran jawi dengan menggunakan waktu pilihan di sekolah kebangsaan dan guru Agama Islam dibenarkan mengajar mata pelajaran itu sekiranya tiada guru biasa boleh mengajar jawi.

•Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris, pelajaran jawi diajar dalam mata pelajaran Agama Islam seperti dilaksanakan sejak 1957.

•1969, kementerian menegaskan guru-guru agama Islam membantu mengajar jawi jika sekolah menghadapi masalah kekurangan guru.

•1970, pelajaran jawi diajar mulai tahun satu di sekolah kebangsaan sahaja sementara di SJK Inggeris bermula Kelas Peralihan.

• Tahun 1972, Bahasa Melayu menjadi Bahasa Malaysia, pelajaran jawi masih diajar sebagai sebahagian daripada Bahasa Melayu dan diajar mulai tahun 2 – 2 waktu seminggu tanpa peruntukan masa khas.

• Guru Bahasa Melayu dibenarkan mengajar dan dibantu guru agama Islam.

• Mulai 16 Ogos 1979, sukatan pelajaran bersama dibina – cantuman Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia yang disebut Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia.

• Murid-murid bukan Melayu tidak wajar belajar pelajaran jawi.

•Tahun 1983, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) meletakkan pelajaran jawi di bawah Bahasa Melayu dan diajar mulai tahap dua (Tahun4).

•Tetapi dalam pelaksanaan pelajaran jawi dirangkumkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

•Tahun 1990, Pelajaran Jawi diletakkan dalam Pendidikan Islam, diajar mulai tahun 1 dengan peruntukan masa 30 minit tambahan seminggu.

• Manakala di SRJK, murid-murid Islam ada belajar mata pelajaran Pendidikan Islam, pelajaran Jawi diajarkan secara sisipan dan sekali gus diajar oleh guru-guru Agama Islam.

• Tahun 1995, dicadangkan “Pengajian dan Pembelajaran Tulisan Jawi di Sekolah Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu” – diluluskan pada 20 Oktober 1995, kemudian dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

• Akhirnya, Pelajaran Jawi kekal sebagai sebahagian daripada mata Pelajaran Pendidikan Islam seperti yang dilaksanakan sekarang.

BAGAIMANAKAH KEDUDUKAN TULISAN JAWI DALAM KONTEKS PENDIDIKAN?

JABATAN PEGUAM NEGARA menjelaskan :•Tidak ada percanggahan dari segi Perlembagaan menjadikan Jawi sebahagian daripada Bahasa Melayu dan memasukkannya ke dalam sukatan pelajaran.

•Tidak ada percanggahan undang-undang bagi kementerian menyuruh sekolah mengajarkan Pelajaran Jawi. Tetapi bercanggah dengan semangat Akta Bahasa Kebangsaan 1993 memaksa penuntut mempelajari Jawi sebahagian daripada Bahasa Malaysia.

•Sekiranya Jawi dijadikan satu mata pelajaran berasingan daripada Bahasa Malaysia, tidak ada percanggahan undang-undang memaksa sekolah mengajarnya dan memaksa murid-murid mempelajarinya.

Profesor Dr. Kang :

“Sudah sampai masanya untuk semua rakyat Malaysia menguasai bahasa kebangsaan Malaysia iaitu bahasa Melayu dalam tulisan aslinya iaitu tulisan jawi di samping tulisan

rumi.”

TERIMA KASIH