ANTOLOGI CERPEN DAN PUISI

13
1 ANTOLOGI PUISI DAN CERPEN, MUDA-MUDI RINGKASAN EKSEKUTIF Legasi Oakheart ditubuhkan pada bulan April 2012 dan kini mempunyai 29 orang ahli. Ideanya diasaskan oleh Sayidah Mu’izzah Kamarul Shukri dan Mohammad Hafiz Abdul Latiff, bertujuan untuk mengangkat dan memartabatkan jagat seni dan sastera di Malaysia. Penubuhan Legasi Oakheart turut bertujuan memberi peluang kepada penulis-penulis yang memiliki minat dan bakat melalui jalan yang tersusun untuk mendekati dunia penulisan dan penerbitan tanpa mengabaikan nilai jati diri dan agama. Legasi Oakheart telah melancarkan beberapa buah buku secara persendirian juga secara kerjasama dengan beberapa pihak, antaranya Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Buku-buku tersebut termasuklah sebuah antologi yang menjadi buku terlaris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yakni Antologi Cerpen, Proses Kreatif & Skrip Filem Pendek Cantuman Mimpi hasil kerjasama antara Legasi Oakheart dan ITBM. Selain daripada itu, Legasi Oakheart turut menerbitkan lima buah filem pendek. Beberapa penulis Legasi Oakheart juga telah menghasilkan novel secara individu. Ahli-ahli Legasi Oakheart aktif menghasilkan karya dan telah menempatkan karya-karya mereka sama ada di majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Tunas Cipta, Dewan Budaya, Dewan Siswa, Pelita Bahasa dan lain-lain, juga di akhbar-akhbar tempatan. Hampir kesemua ahli Legasi Oakheart merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. OBJEKTIF Memberi pendedahan yang lebih luas mengenai seni dan sastera terutamanya kepada golongan penulis muda. Memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu. Mengenengahkan seni dan sastera kepada khalayak remaja. Meningkatkan jati diri remaja melalui bahasa, seni dan sastera dalam perkembangan sahsiah masyarakat.

Transcript of ANTOLOGI CERPEN DAN PUISI

1

ANTOLOGI PUISI DAN CERPEN, MUDA-MUDI

RINGKASAN EKSEKUTIF

Legasi Oakheart ditubuhkan pada bulan April 2012 dan kini mempunyai 29

orang ahli. Ideanya diasaskan oleh Sayidah Mu’izzah Kamarul Shukri dan

Mohammad Hafiz Abdul Latiff, bertujuan untuk mengangkat dan memartabatkan

jagat seni dan sastera di Malaysia. Penubuhan Legasi Oakheart turut bertujuan

memberi peluang kepada penulis-penulis yang memiliki minat dan bakat melalui

jalan yang tersusun untuk mendekati dunia penulisan dan penerbitan tanpa

mengabaikan nilai jati diri dan agama.

Legasi Oakheart telah melancarkan beberapa buah buku secara persendirian

juga secara kerjasama dengan beberapa pihak, antaranya Institut Terjemahan dan

Buku Malaysia (ITBM) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Buku-buku tersebut

termasuklah sebuah antologi yang menjadi buku terlaris di Pesta Buku

Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yakni Antologi Cerpen, Proses Kreatif & Skrip

Filem Pendek Cantuman Mimpi hasil kerjasama antara Legasi Oakheart dan ITBM.

Selain daripada itu, Legasi Oakheart turut menerbitkan lima buah filem pendek.

Beberapa penulis Legasi Oakheart juga telah menghasilkan novel secara

individu. Ahli-ahli Legasi Oakheart aktif menghasilkan karya dan telah

menempatkan karya-karya mereka sama ada di majalah-majalah terbitan Dewan

Bahasa dan Pustaka seperti Tunas Cipta, Dewan Budaya, Dewan Siswa, Pelita

Bahasa dan lain-lain, juga di akhbar-akhbar tempatan. Hampir kesemua ahli Legasi

Oakheart merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran Dewan

Bahasa dan Pustaka.

OBJEKTIF

Memberi pendedahan yang lebih luas mengenai seni dan sastera terutamanya kepada golongan penulis muda.

Memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu. Mengenengahkan seni dan sastera kepada khalayak remaja. Meningkatkan jati diri remaja melalui bahasa, seni dan sastera dalam

perkembangan sahsiah masyarakat.

2

KELOMPOK SASAR

Para penulis muda (berumur 30 tahun ke bawah) yang berminat untuk

menghasilkan karya baru dan karyanya menepati syarat-syarat yang ditetapkan seterusnya

berpotensi untuk dipasarkan.

JAWATANKUASA

Penerbit

Legasi Oakheart Komrad Seni

Penasihat/Konsep

Hafiz Latiff Sayidah Mu’izzah

Ketua Editor

Sayidah Mu’izzah

Editor Kanan Shamsul Amin Fatin Wahab

Fathul Khair Mohd Dahlan Sanisha Bogaraja

Reka Bentuk Kulit

Fathul Khair Mohd Dahlan Sanisha Bogaraja

Tipografi

Amen Amami Norfarahin Athirah

Promosi dan Hebahan

Haniff Yusoff Misraini Wazir

Pencetak

Univision Press Sdn Bhd, Lot 47-50, Jalan Utama Serdang, Serdang Jaya, Seri Kembangan, 43300, Selangor Darul Ehsan.

3

Fasilitator

Ameen Amami Damdarash

Farahin Athirah Fatin Wahab Haniff Yusoff

Misraini Wazir Syamil Adzman

Wafa Awla

Penceramah Fathul Khair Mohd Dahlan

Hafiz Latiff Sayidah Mu’izzah

Shamsul Amin

Fotografi FIA Photography

Logistik dan Cenderamata

Hafiz Latiff Wafa Awla

Makanan & Penginapan (GSK)

Tanah Aina Farouq, Raub, Pahang

Makanan & Tempat (Majlis Pelancaran) Tappers Café

MAKLUMAT PROJEK

Antologi Puisi dan Cerpen, Muda-Mudi merupakan sebuah platform bagi bakat-

bakat penulis muda menghasilkan karya-karya yang berbentuk puisi moden dan cerpen.

Antologi ini bakal menghimpunkan 20 karya; 10 cerpen dan 10 puisi moden.

Proses antologi ini akan dijalankan secara beberapa peringkat:

1. Menghantar dan menilai karya

Penulis-penulis yang berminat untuk menghantar karya diberi tempoh 3

bulan untuk menghantar karya mereka bermula 1 Januari 2014 – 30 April

2013. Berikut adalah syarat-syarat penyertaan:

Berusia 30 tahun ke bawah.

4

Tema bebas selagi tidak melanggar sensetiviti agama, politik, bangsa

dan seangkatan dengannya.

Karya bebas dari unsur porno dan semiporno.

Terbuka kepada warganegara Malaysia di dalam atau luar negara.

Karya mestilah asli dan tidak pernah diterbitkan di mana-mana

penerbitan sebelum ini.

Karya mesti dalam Bahasa Melayu, kecuali jika ada istilah khas

hendaklah dicondongkan/italic

Format bagi penghantaran karya adalah seperti berikut:

Aksara: Cambria

Saiz aksara: 12

Jarak: Langkau 2.0

Jumalah halaman: Cerpen, 8-12 halaman/Puisi, 1-3 halaman

Sertakan butiran penulis;

Nama penuh

Nama pena (jika ada)

No. kad pengenalan

Alamat surat-menyurat

No. telefon

Gambar

Latar belakang ringkas

Hantarkan karya ke [email protected], subjek email; cerpen

muda-mudi/puisi muda-mudi.

Karya yang terpilih akan dimaklumkan oleh pihat urusetia.

2. Gebang Seni Kreatif; Muda-Mudi

Butiran mengenai bengkel Antologi Puisi dan Cerpen, Muda-Mudi adalah

seperti berikut;

Tarikh: 9, 10 & 11 Mei 2013

Tempat: Tanah Aina Farouq, Raub, Pahang

5

ATURCARA MAJLIS

Jumaat

4:00 ptg – 5:00 ptg : Pendaftaran

5:00 ptg – 6:00 ptg : Taklimat

6:00 ptg - 8:00 mlm : Rehat dan makan malam

8:00 mlm - 11:00 mlm : Tayangan & Resensi Filem

Sabtu

8:00 pg – 9:00 pg : Sesi Pecah Bendungan 1

9:00 pg – 9.30 pg : Sarapan

9:30 pg – 12.30 tgh : Sesi 1

“Budaya dalam Puisi”

Oleh: Sayidah Mu’izzah

12:30 tgh – 2:00 ptg. : Rehat & Solat Zuhur

2:00 ptg – 4:30 ptg : Sesi 2

“Penulisan Cerpen”

Oleh: Shamsul Amin

4:30 ptg – 5:00 ptg : Rehat & Solat Asar

5:00 ptg – 7:00 ptg : Sesi Pecah Bendungan 2

8:00 ptg – 11: 00 mlm : Bedah karya – Cerpen & Puisi

Ahad

8:00 pg – 9:00 pg : Riadah pagi

9:00 pg – 11:00 pg : Sesi 3

“Terjah Media & Etika”

Oleh: Hafiz Latiff

11:00 pg – 12:00 tgh : Penutup

12:00 tgh : Bersurai

PROFIL PENCERAMAH

1. SAYIDAH MU’IZZAH

6

SAYIDAH MU’IZZAH atau nama sebenarnya Sayidah Mu’izzah Kamarul

Shukri merupakan Pengasas dan Penasihat Legasi Oakheart. Penulis yang berasal

dari Kuala Terengganu ini merupakan alumni Minggu Penulis Remaja 2007 dan

alumni Akademi Sastera 2010 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau turut

melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Sayidah Mu’izzah memulakan perjalanannya dalam dunia penulisan dan

sastera sejak berusia 16 tahun yakni sejak karya-karyanya mendapat tempat di

majalah-majalah dan akhbar-akhbar tempatan. Pada tahun 2010, cerpen beliau yang

bertajuk Segregasi yang diterbitkan dalam majalah Al-Islam telah

disenaraipendekkan sebagai calon pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan

2009. Sehingga kini Sayidah Mu’izzah aktif dalam menghasilkan karya dalam genre

puisi dan cerpen di media cetak tempatan. Beliau turut menghasilkan beberapa

buah novel di syarikat penerbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan JS Adiwarna Sdn. Bhd.

Sayidah Mu’izzah juga pernah menjadi kolumnis kritikan filem di majalah Tunas

Cipta terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2012.

Pada bulan Mac 2013, Sayidah Mu’izzah telah terpilih sebagai salah seorang

peserta Kembara Penulis Muda ke United Kingdom anjuran Institut Terjemahan dan

Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).

2. HAFIZ LATIFF

7

HAFIZ LATIFF atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Abdul Latiff

merupakan Pengasas Al Hafiz Consultants, juga Pengasas dan Penasihat Legasi

Oakheart yang ditubuhkan bersama-sama isterinya, Sayidah Mu’izzah. Beliau juga

merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR 2002). Hafiz memenangi

Hadiah Utama Kategori Puisi bagi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan pada tahun

2010 dengan puisinya, Pantul. Novel sulungnya, Manifestasi Postmortal telah

diterbitkan pada tahun 2011. Hafiz menulis dalam pelbagai genre iaitu puisi, cerpen,

novel dan juga rencana (non-kreatif). Karya-karyanya termuat dalam Antologi

Penyair Muda Malaysia-Indonesia (2009), Antologi Res Judicata (HSKU 2010),

Antologi Karya Sasterawan (2011), Antologi Puisi Elegan (2012), Antologi Cerpen,

Proses Kreatif & Skrip Filem Pendek Cantuman Mimpi (2013), majalah-majalah

tempatan seperti Tunas Cipta dan akhbar tempatan seperti Mingguan Malaysia dan

Berita Minggu. Hafiz juga menerima undangan untuk mengadakan program

motivasi dan kepimpinan, seminar kerjaya, bengkel penulisan kreatif (puisi, cerpen,

novel, terjah media & etika) dan juga undangan deklamasi puisi.

3. SHAMSUL AMIN

8

SHAMSUL AMIN ialah nama media bagi Mohamad Shamsul Amin Md Yusof.

Lahir pada tanggal 26 Mei 1993 di Kota Bharu, Kelantan. Penulis yang pernah dikurniai

Anugerah Tokoh Penulis Muda Pahang 2009 ini merupakan mantan peserta Minggu

Penulis Remaja (MPR) tahun 2010. Terbaru, Shamsul telah menerima Anugerah Pelajar

Cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 oleh Majlis Peperiksaan

Malaysia. Shamsul juga telah terpilih untuk menjadi salah seorang peserta Kembara

Penulis Muda Ke United Kingdom anjuran Institut Terjemahan dan Buku Malaysia

(ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA). Aktif menulis dalam genre

puisi dan cerpen dan karya-karya beliau banyak diterbitkan di media cetak tempatan.

4. Suntingan karya

Peserta diberi tempoh 45 hari untuk menyunting karya mereka bagi

menambah baik karya yang telah dihantar.

5. Proses pembukuan

Segala proses pembukuan bermula dari aspek suntingan, susunan karya,

reka bentuk fasa akhir, hinggalah pencetakkan dilakukan. Tempoh bagi

kesemua proses yang dinyatakan selama 3 bulan.

9

DRAFT KULIT BUKU

Draft 1

10

Draft 2

Draft 3

11

6. Majlis Pelancaran.

Butiran majlis pelancaran adalah seperti berikut;

Tarikh:

Tempat: Tappers Café, PV 128, Danau kota, Kuala Lumpur

Draft 3

12

ATURCARA MAJLIS

3:30ptg – 4:00 ptg : Ketibaan tetamu

4:00ptg – 6:00 ptg : Bacaan doa

Ucapan dari pengasas Legasi Oakheart

SAYIDAH MU’IZZAH

Bacaan naskah

Cerpen

Puisi

Resensi buku

SN DATO DR ANWAR RIDHUWAN

6:00ptg – 6.30ptg : Jamuan

6:30ptg : Bersurai

PENUTUP

Melalui program yang akan dilaksanakan ini, objektif yang telah dinyatakan sedikit

sebanyak dapat menyumbangkan manfaat dalam pembinaan jati diri dan pengayaan

bahasa kebangsaan dalam kalangan pelapis negara khususnya.

13

ANGGARAN KOS PENERBITAN ANTOLOGI CERPEN DAN PUISI MUDA-MUDI

PERKARA BUTIRAN KOS TENAGA KERJA KETUA EDITOR

EDITOR KANAN PEREKA KULIT BUKU PEREKA TIPOGRAFI PENCERAMAH FASILITATOR

RM 3,000.00 RM 2,700.00x4 orang = RM 10,800.00 RM 1,500.00x2 orang = RM3,000.00 RM 1,500.00x2 orang = RM3,000.00 RM 500.00x4 orang=RM2,000.00 RM100.00x3 harix8 orang = RM2,400.00

PAKEJ PENGINAPAN 3H 2M (31 ORANG)

6 BILIK DEWAN MAKAN (SARAPAN, MAKAN TENGAH HARI, MINUM PETANG, MAKAN MALAM) PENJAGA KAWASAN AKTIVITI LUAR KATIL TAMBAHAN ASTRO WIFI

RM5,000.00

MAKANAN; MAJLIS PELANCARAN (50 ORANG)

SANDWICH SUP CENDAWAN ROTI GARLIC KOPI TEH

RM22.00x50 orang = RM1,100.00

KERTAS KERJA FAIL BAHAN FOTOKOPI

RM0.40 x 20 unit = RM8.00 RM0.05 x 3 set x 20 unit=RM345.00

CENDERAMATA PEN BUKU NOTA MAJALAH LEGASI BEG

RM0.65 x 20 unit = RM13.00 RM0.80 x 20 unit = RM16.00 RM5.00 x 20 unit = RM100.00 RM1.20 x 20 unit =RM24.00

PAKEJ FOTO DAN VIDEO (3HARI)

2 ALBUM 2 PHOTOBOOK 3 GAMBAR 12R (FRAME) MONTAGE (12 MINIT) SALINAN SEMUA GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI

RM 7,200.00

PAKEJ PROMOSI GEGANTUNG 2’X5’(8) POSTER A3 (20)

RM12.00x8= RM96.00 RM5.00x20= RM100.00

PROJEKTOR RM150.00x3 hari = RM450.00 JUMLAH KESELURUHAN

RM38,652.00