1
ANTOLOGI PUISI DAN CERPEN, MUDA-MUDI
RINGKASAN EKSEKUTIF
Legasi Oakheart ditubuhkan pada bulan April 2012 dan kini mempunyai 29
orang ahli. Ideanya diasaskan oleh Sayidah Mu’izzah Kamarul Shukri dan
Mohammad Hafiz Abdul Latiff, bertujuan untuk mengangkat dan memartabatkan
jagat seni dan sastera di Malaysia. Penubuhan Legasi Oakheart turut bertujuan
memberi peluang kepada penulis-penulis yang memiliki minat dan bakat melalui
jalan yang tersusun untuk mendekati dunia penulisan dan penerbitan tanpa
mengabaikan nilai jati diri dan agama.
Legasi Oakheart telah melancarkan beberapa buah buku secara persendirian
juga secara kerjasama dengan beberapa pihak, antaranya Institut Terjemahan dan
Buku Malaysia (ITBM) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Buku-buku tersebut
termasuklah sebuah antologi yang menjadi buku terlaris di Pesta Buku
Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yakni Antologi Cerpen, Proses Kreatif & Skrip
Filem Pendek Cantuman Mimpi hasil kerjasama antara Legasi Oakheart dan ITBM.
Selain daripada itu, Legasi Oakheart turut menerbitkan lima buah filem pendek.
Beberapa penulis Legasi Oakheart juga telah menghasilkan novel secara
individu. Ahli-ahli Legasi Oakheart aktif menghasilkan karya dan telah
menempatkan karya-karya mereka sama ada di majalah-majalah terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka seperti Tunas Cipta, Dewan Budaya, Dewan Siswa, Pelita
Bahasa dan lain-lain, juga di akhbar-akhbar tempatan. Hampir kesemua ahli Legasi
Oakheart merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran Dewan
Bahasa dan Pustaka.
OBJEKTIF
Memberi pendedahan yang lebih luas mengenai seni dan sastera terutamanya kepada golongan penulis muda.
Memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu. Mengenengahkan seni dan sastera kepada khalayak remaja. Meningkatkan jati diri remaja melalui bahasa, seni dan sastera dalam
perkembangan sahsiah masyarakat.
2
KELOMPOK SASAR
Para penulis muda (berumur 30 tahun ke bawah) yang berminat untuk
menghasilkan karya baru dan karyanya menepati syarat-syarat yang ditetapkan seterusnya
berpotensi untuk dipasarkan.
JAWATANKUASA
Penerbit
Legasi Oakheart Komrad Seni
Penasihat/Konsep
Hafiz Latiff Sayidah Mu’izzah
Ketua Editor
Sayidah Mu’izzah
Editor Kanan Shamsul Amin Fatin Wahab
Fathul Khair Mohd Dahlan Sanisha Bogaraja
Reka Bentuk Kulit
Fathul Khair Mohd Dahlan Sanisha Bogaraja
Tipografi
Amen Amami Norfarahin Athirah
Promosi dan Hebahan
Haniff Yusoff Misraini Wazir
Pencetak
Univision Press Sdn Bhd, Lot 47-50, Jalan Utama Serdang, Serdang Jaya, Seri Kembangan, 43300, Selangor Darul Ehsan.
3
Fasilitator
Ameen Amami Damdarash
Farahin Athirah Fatin Wahab Haniff Yusoff
Misraini Wazir Syamil Adzman
Wafa Awla
Penceramah Fathul Khair Mohd Dahlan
Hafiz Latiff Sayidah Mu’izzah
Shamsul Amin
Fotografi FIA Photography
Logistik dan Cenderamata
Hafiz Latiff Wafa Awla
Makanan & Penginapan (GSK)
Tanah Aina Farouq, Raub, Pahang
Makanan & Tempat (Majlis Pelancaran) Tappers Café
MAKLUMAT PROJEK
Antologi Puisi dan Cerpen, Muda-Mudi merupakan sebuah platform bagi bakat-
bakat penulis muda menghasilkan karya-karya yang berbentuk puisi moden dan cerpen.
Antologi ini bakal menghimpunkan 20 karya; 10 cerpen dan 10 puisi moden.
Proses antologi ini akan dijalankan secara beberapa peringkat:
1. Menghantar dan menilai karya
Penulis-penulis yang berminat untuk menghantar karya diberi tempoh 3
bulan untuk menghantar karya mereka bermula 1 Januari 2014 – 30 April
2013. Berikut adalah syarat-syarat penyertaan:
Berusia 30 tahun ke bawah.
4
Tema bebas selagi tidak melanggar sensetiviti agama, politik, bangsa
dan seangkatan dengannya.
Karya bebas dari unsur porno dan semiporno.
Terbuka kepada warganegara Malaysia di dalam atau luar negara.
Karya mestilah asli dan tidak pernah diterbitkan di mana-mana
penerbitan sebelum ini.
Karya mesti dalam Bahasa Melayu, kecuali jika ada istilah khas
hendaklah dicondongkan/italic
Format bagi penghantaran karya adalah seperti berikut:
Aksara: Cambria
Saiz aksara: 12
Jarak: Langkau 2.0
Jumalah halaman: Cerpen, 8-12 halaman/Puisi, 1-3 halaman
Sertakan butiran penulis;
Nama penuh
Nama pena (jika ada)
No. kad pengenalan
Alamat surat-menyurat
No. telefon
Gambar
Latar belakang ringkas
Hantarkan karya ke [email protected], subjek email; cerpen
muda-mudi/puisi muda-mudi.
Karya yang terpilih akan dimaklumkan oleh pihat urusetia.
2. Gebang Seni Kreatif; Muda-Mudi
Butiran mengenai bengkel Antologi Puisi dan Cerpen, Muda-Mudi adalah
seperti berikut;
Tarikh: 9, 10 & 11 Mei 2013
Tempat: Tanah Aina Farouq, Raub, Pahang
5
ATURCARA MAJLIS
Jumaat
4:00 ptg – 5:00 ptg : Pendaftaran
5:00 ptg – 6:00 ptg : Taklimat
6:00 ptg - 8:00 mlm : Rehat dan makan malam
8:00 mlm - 11:00 mlm : Tayangan & Resensi Filem
Sabtu
8:00 pg – 9:00 pg : Sesi Pecah Bendungan 1
9:00 pg – 9.30 pg : Sarapan
9:30 pg – 12.30 tgh : Sesi 1
“Budaya dalam Puisi”
Oleh: Sayidah Mu’izzah
12:30 tgh – 2:00 ptg. : Rehat & Solat Zuhur
2:00 ptg – 4:30 ptg : Sesi 2
“Penulisan Cerpen”
Oleh: Shamsul Amin
4:30 ptg – 5:00 ptg : Rehat & Solat Asar
5:00 ptg – 7:00 ptg : Sesi Pecah Bendungan 2
8:00 ptg – 11: 00 mlm : Bedah karya – Cerpen & Puisi
Ahad
8:00 pg – 9:00 pg : Riadah pagi
9:00 pg – 11:00 pg : Sesi 3
“Terjah Media & Etika”
Oleh: Hafiz Latiff
11:00 pg – 12:00 tgh : Penutup
12:00 tgh : Bersurai
PROFIL PENCERAMAH
1. SAYIDAH MU’IZZAH
6
SAYIDAH MU’IZZAH atau nama sebenarnya Sayidah Mu’izzah Kamarul
Shukri merupakan Pengasas dan Penasihat Legasi Oakheart. Penulis yang berasal
dari Kuala Terengganu ini merupakan alumni Minggu Penulis Remaja 2007 dan
alumni Akademi Sastera 2010 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau turut
melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Sayidah Mu’izzah memulakan perjalanannya dalam dunia penulisan dan
sastera sejak berusia 16 tahun yakni sejak karya-karyanya mendapat tempat di
majalah-majalah dan akhbar-akhbar tempatan. Pada tahun 2010, cerpen beliau yang
bertajuk Segregasi yang diterbitkan dalam majalah Al-Islam telah
disenaraipendekkan sebagai calon pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan
2009. Sehingga kini Sayidah Mu’izzah aktif dalam menghasilkan karya dalam genre
puisi dan cerpen di media cetak tempatan. Beliau turut menghasilkan beberapa
buah novel di syarikat penerbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan JS Adiwarna Sdn. Bhd.
Sayidah Mu’izzah juga pernah menjadi kolumnis kritikan filem di majalah Tunas
Cipta terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2012.
Pada bulan Mac 2013, Sayidah Mu’izzah telah terpilih sebagai salah seorang
peserta Kembara Penulis Muda ke United Kingdom anjuran Institut Terjemahan dan
Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).
2. HAFIZ LATIFF
7
HAFIZ LATIFF atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Abdul Latiff
merupakan Pengasas Al Hafiz Consultants, juga Pengasas dan Penasihat Legasi
Oakheart yang ditubuhkan bersama-sama isterinya, Sayidah Mu’izzah. Beliau juga
merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR 2002). Hafiz memenangi
Hadiah Utama Kategori Puisi bagi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan pada tahun
2010 dengan puisinya, Pantul. Novel sulungnya, Manifestasi Postmortal telah
diterbitkan pada tahun 2011. Hafiz menulis dalam pelbagai genre iaitu puisi, cerpen,
novel dan juga rencana (non-kreatif). Karya-karyanya termuat dalam Antologi
Penyair Muda Malaysia-Indonesia (2009), Antologi Res Judicata (HSKU 2010),
Antologi Karya Sasterawan (2011), Antologi Puisi Elegan (2012), Antologi Cerpen,
Proses Kreatif & Skrip Filem Pendek Cantuman Mimpi (2013), majalah-majalah
tempatan seperti Tunas Cipta dan akhbar tempatan seperti Mingguan Malaysia dan
Berita Minggu. Hafiz juga menerima undangan untuk mengadakan program
motivasi dan kepimpinan, seminar kerjaya, bengkel penulisan kreatif (puisi, cerpen,
novel, terjah media & etika) dan juga undangan deklamasi puisi.
3. SHAMSUL AMIN
8
SHAMSUL AMIN ialah nama media bagi Mohamad Shamsul Amin Md Yusof.
Lahir pada tanggal 26 Mei 1993 di Kota Bharu, Kelantan. Penulis yang pernah dikurniai
Anugerah Tokoh Penulis Muda Pahang 2009 ini merupakan mantan peserta Minggu
Penulis Remaja (MPR) tahun 2010. Terbaru, Shamsul telah menerima Anugerah Pelajar
Cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 oleh Majlis Peperiksaan
Malaysia. Shamsul juga telah terpilih untuk menjadi salah seorang peserta Kembara
Penulis Muda Ke United Kingdom anjuran Institut Terjemahan dan Buku Malaysia
(ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA). Aktif menulis dalam genre
puisi dan cerpen dan karya-karya beliau banyak diterbitkan di media cetak tempatan.
4. Suntingan karya
Peserta diberi tempoh 45 hari untuk menyunting karya mereka bagi
menambah baik karya yang telah dihantar.
5. Proses pembukuan
Segala proses pembukuan bermula dari aspek suntingan, susunan karya,
reka bentuk fasa akhir, hinggalah pencetakkan dilakukan. Tempoh bagi
kesemua proses yang dinyatakan selama 3 bulan.
11
6. Majlis Pelancaran.
Butiran majlis pelancaran adalah seperti berikut;
Tarikh:
Tempat: Tappers Café, PV 128, Danau kota, Kuala Lumpur
Draft 3
12
ATURCARA MAJLIS
3:30ptg – 4:00 ptg : Ketibaan tetamu
4:00ptg – 6:00 ptg : Bacaan doa
Ucapan dari pengasas Legasi Oakheart
SAYIDAH MU’IZZAH
Bacaan naskah
Cerpen
Puisi
Resensi buku
SN DATO DR ANWAR RIDHUWAN
6:00ptg – 6.30ptg : Jamuan
6:30ptg : Bersurai
PENUTUP
Melalui program yang akan dilaksanakan ini, objektif yang telah dinyatakan sedikit
sebanyak dapat menyumbangkan manfaat dalam pembinaan jati diri dan pengayaan
bahasa kebangsaan dalam kalangan pelapis negara khususnya.
13
ANGGARAN KOS PENERBITAN ANTOLOGI CERPEN DAN PUISI MUDA-MUDI
PERKARA BUTIRAN KOS TENAGA KERJA KETUA EDITOR
EDITOR KANAN PEREKA KULIT BUKU PEREKA TIPOGRAFI PENCERAMAH FASILITATOR
RM 3,000.00 RM 2,700.00x4 orang = RM 10,800.00 RM 1,500.00x2 orang = RM3,000.00 RM 1,500.00x2 orang = RM3,000.00 RM 500.00x4 orang=RM2,000.00 RM100.00x3 harix8 orang = RM2,400.00
PAKEJ PENGINAPAN 3H 2M (31 ORANG)
6 BILIK DEWAN MAKAN (SARAPAN, MAKAN TENGAH HARI, MINUM PETANG, MAKAN MALAM) PENJAGA KAWASAN AKTIVITI LUAR KATIL TAMBAHAN ASTRO WIFI
RM5,000.00
MAKANAN; MAJLIS PELANCARAN (50 ORANG)
SANDWICH SUP CENDAWAN ROTI GARLIC KOPI TEH
RM22.00x50 orang = RM1,100.00
KERTAS KERJA FAIL BAHAN FOTOKOPI
RM0.40 x 20 unit = RM8.00 RM0.05 x 3 set x 20 unit=RM345.00
CENDERAMATA PEN BUKU NOTA MAJALAH LEGASI BEG
RM0.65 x 20 unit = RM13.00 RM0.80 x 20 unit = RM16.00 RM5.00 x 20 unit = RM100.00 RM1.20 x 20 unit =RM24.00
PAKEJ FOTO DAN VIDEO (3HARI)
2 ALBUM 2 PHOTOBOOK 3 GAMBAR 12R (FRAME) MONTAGE (12 MINIT) SALINAN SEMUA GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI
RM 7,200.00
PAKEJ PROMOSI GEGANTUNG 2’X5’(8) POSTER A3 (20)
RM12.00x8= RM96.00 RM5.00x20= RM100.00
PROJEKTOR RM150.00x3 hari = RM450.00 JUMLAH KESELURUHAN
RM38,652.00
Top Related