Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

36
KONSTRUKTIVISME

Transcript of Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Page 1: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

KONSTRUKTIVISME

Page 2: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Apakah Konstruktivisme?

Konstruktivisme ialah falsafah pembelajaran yang diasaskan kepada beberapa teori pembelajaran, di antaranya teori perkembangan kognitif dan teori kognitif sosial.

Konstruktivisme mencadangkan bahawa manusia membina pemahaman dan pengetahuannya sendiri tentang dunia di sekelilingnya dengan mengalami dan membuat refleksi ke atas pengalaman tersebut.

Page 3: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Mengikut konstruktivisme, manusia belajar melalui interaksi dengan persekitaran mereka.

Apabila bertemu dengan sesuatu yang baru, manusia merujuk kepada pengalaman dari idea yang sedia ada, dan membuat perubahan atau penyesuaian kepada apa yang sudah diketahui.

Jika maklumat baru bertentangan dengan pengetahuan sedia ada, manusia mungkin menolak maklumat baru kerana dianggap tidak relevan atau tidak benar.

Page 4: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Pembelajaran yang baru diasaskan kepada pengalaman lampau.

Manusia adalah pencipta pengetahuannya sendiri – melalui penglibatannya yang aktif – sama ada bertanya, meneroka dan menilai kembali apa yang telah diketahuinya.

Oleh itu, pembelajaran ialah proses mengubahsuai skema sedia ada untuk menyelaraskan pengalaman-pengalaman baru dengan pengalaman lampau.

Page 5: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

2 aspek dalam konstuktivisme

Idea konstruktivisme telah wujud sejak Socrates menggunakan kaedah bertanya soalan untuk membimbing pelajarnya berfikir.

Dialog Socrates masih menjadi alat penting bagi guru konstruktivis untuk menilai pembelajaran pelajar dan merancang pengalaman baru untuk pelajar.

Page 6: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Konsep konstruktivisme dipengaruhi oleh beberapa teori termasuk teori perkembangan kognitig Piaget dan teori kognitif sosial Vygotsky.

Konsep konstruktivisme terbahagi dua iaitu

konstruktivisme radikal yang dipengaruhi oleh teori Piaget dan konstruktivisme sosial yang dipengaruhi oleh teori Vygotsky.

Page 7: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Konstruktivisme radikal

Piaget – ahli psikologi Swiss – percaya bahawa manusia membina struktur logikal satu demi satu yang dipanggil sebagai ‘skema’.

Beliau mendapati logik kanak-kanak dan pemikiran kanak-kanak berbeza daripada orang dewasa.

Page 8: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Kajian Piaget dalam perkembangan intelek & bagaimana kanak-kanak berfikir merumuskan:-

Kanak-kanak sentiasa berusaha memahami persekitaran mereka.

Kanak-kanak secara semula jadi, ada rasa ingin tahu.

Rasa ingin tahu ini menjadi motivasi kepada kanak-kanak untuk membina perwakilan mental (skema) tentang pengalaman mereka.

Page 9: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Keinginan untuk memahami mendorong kanak-kanak menyiasat dan membina teori mereka sendiri tentang persekitaran mereka.

Semakin kanak-kanak membesar, semakin berkembang bahasa mereka dan ingatan mereka menjadi lebih baik.

Ini menunjukkan perwakilan mental (skema) mereka menjadi bertambah kompleks & abstrak.

Page 10: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Mengikut Piaget, pedagogi yang baik…

“must involve presenting the child with situations in which

he himself experiments, in the broadest sense of that term

– trying things out to see what happens, manipulating

things, manipulating symbols, posing questions and

seeking his own answers, reconciling what he finds one

time with what he finds at another, comparing his findings

with those of other children.

(Duckworth, 1964)

Page 11: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Konstruktivisme sosial

Vygotsky hidup sezaman dengan Piaget.

Mengikut beliau, intelek berkembang apabila individu cuba memahami pengalaman baru.

Mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan lampau akan melahirkan makna baru.

Berbeza daripada Piaget – Vygotsky menekankan aspek pembelajaran melalui interaksi sosial.

Page 12: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Budaya penting menentukan perkembangan manusia. Hanya manusia membina budaya. Setiap anak manusia berkembang dalam budaya.

Oleh itu, pengaruh utama ke atas perkembangan pembelajaran kanak-kanak ialah budaya – termasuk budaya yang ada dalam persekitaran keluarga.

Page 13: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Interaksi sosial mendorong pembinaan idea baru, dan meningkatkan perkembangan intelek.

Konsep Zon perkembangan proksimal ialah perbezaan antara tahap perkembangan sebenar dengan tahap perkembangan potensi seseorang.

Pembelajaran berlaku melalui interaksi sosial antara kanak-kanak dengan orang dewasa, kanak-kanak dengan guru atau kanak-kanak dengan rakan sebaya yang lebih berpengetahuan.

Page 14: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Zon perkembangan proksimal

Apa yang boleh dibuat oleh seseorang kanak-kanak jauh berbeza daripada apa yang boleh dibuatnya dengan bantuan orang lain. Perbezaan ini dipanggil

‘zon perkembangan proksimal’.

Kanak-kanakOrang dewasa

Zon perkembangan proksimal

---------------------------------------------------------------------------

Page 15: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Kanak-kanak belajar daripada budaya sekelilingnya dan menyelesaikan masalahnya melalui bantuan orang dewasa. Oleh itu adalah tidak sesuai membiarkan kanak-kanak belajar bersendirian.

Interaksi dengan budaya di sekelilingnya, di samping hubungannya dengan ibu bapa atau rakan sebaya yang lebih berkebolehan boleh membantu menyuburkan perkembangan intelek kanak-kanak.

Page 16: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Pandangan John Dewey

Dewey menekankan agar pendidikan diberi melalui pengalaman sebenar. Katanya, “if you have doubts about how learning happens, engage in sustained inquiry: study, ponder, consider alternative possibilities and arrive at your belief grounded in evidence.”

Inkuiri adalah penting dalam pembelajaran konstruktivis.

Page 17: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Pandangan Jerome Bruner

Bruner memulakan initiatif ke arah perubahan kurikulum berasaskan idea bahawa pembelajaran adalah proses sosial yang aktif, di mana pelajar membina pengetahuan baru berasaskan kepada pengetahuan mereka yang sedia ada.

Page 18: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Pandangan Seymour Papert

Seymour Papert memulakan penggunaan komputer untuk mengajar kanak-kanak menggunakan program LOGO dalam persekitaran konstruktivisme.

Teknologi komputer membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan bahan pembelajaran untuk membina pengalaman pembelajaran.

Perkembangan dalam teknologi komputer menggalakkan idea konstruktivisme.

Page 19: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Konsep Persepsi

Makna dibina melalui pengalaman. Makna mempengaruhi persepsi. Makna sesuatu pengalaman lampau kepada seseorang

mempengaruhi makna yang baru dibina dalam pengalaman baru.

Persepsi berbeza-beza terhadap pengalaman yang sama.

Realiti ialah binaan individu (Suchman, 1987).

Page 20: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Konsep Pembelajaran Konstruktivisme

Memberi fokus kepada perkembangan konsep dan kefahaman.

Proses mendapatkan jawapan amat penting – bagaimana pelajar mendapat jawapan lebih penting daripada jawapannya.

Kebenaran dan realiti lebih daripada satu. Jawapan mungkin lebih daripada satu.

Page 21: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Implikasi kepada Pengajaran

Tidak menekankan objektif yang ditentukan oleh guru.

Bahan pembelajaran mestilah pelbagai kerana pelajar mencipta makna melalui interaksi mereka dengan bahan, dengan guru, atau dengan rakan.

Page 22: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Suasana pembelajaran – kompleks dengan aktiviti yang authentik.

Pelajar diberi peluang berbincang bagi mencetus celik akal.

Isi pelajaran disusun dalam pelbagai mod – supaya pelajar dapat melihat daripada pelbagai perspektif.

Refleksi dan metakognisi digalakkan. Pelajar menentukan keperluan belajar mereka sendiri.

Page 23: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Implikasi kepada guru

Pengajaran disampaikan dalam pelbagai bentuk & kaedah.

Guru hormati idea dan pandangan pelajar – galakkan pelajar berfikir.

Guru galakkan pelajar bertanya dan cari jawapan sendiri – meneroka, menyelidik dll.

Soalan-soalan terbuka dikemukakan – mencari jawapan bersama.

Page 24: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Pengalaman pelajar dalam pembelajaran mereka diterima.

Sifat ingin tahu pelajar yang semula jadi dipupuk.

Model mental (mental model) – skema pelajar diambil kira.

Kepercayaan dan sikap pelajar diberi perhatian.

Page 25: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Pembelajaran pelajar – apa yang pelajar pelajari, bukan pengajaran guru – diberi penekanan.

Belajar secara berdikari digalakkan - pelajar mengambil tindakan mereka sendiri dalam usaha belajar.

Pelajar dianggap sebagai individu yang mempunyai cara dan tujuan mereka sendiri.

Pembelajaran pelajar adalah satu proses – bukan matlamat.

Page 26: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Pembelajaran pelajar dinilai berasaskan hasil kerja dan pemahaman mereka.

Penggunaan istilah “ramal”, “bina atau cipta” dan “analisis” kerap digunakan dalam penilaian.

Penilaian mengambil kira proses pelajar belajar iaitu bagaimana pelajar belajar :-

- kaedah yang digunakan semasa belajar- langkah-langkah yang diambil semasa belajar.

Page 27: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Pelajar digalakkan berbincang dengan pelajar lain.

Pelajar diberi peluang belajar dalam kumpulan koperatif.

Pelajar dilibatkan dalam situasi sebenar.

Penekanan diberi kepada ‘context’ pembelajaran. Pelajar diberi peluang membina pengetahuan dan pemahaman baru daripada pengalaman sebenar.

Page 28: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Pelajar digalakkan berfikir pada aras tinggi.

Perbincangan, dialog dll. – interaksi pelajar-pelajar diperbanyakkan.

Pengalaman seperti membuat projek, menyelesai masalah, mengikuti latihan – sama ada secara sendirian atau kumpulan diperbanyakkan.

Penggunaan data dan maklumat daripada pelbagai sumber digalakkan.

Page 29: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Problem-based Learning Bermula di McMaster University Medical School, dicipta

oleh Barrows, 1986.

Kaedah alternatif menyediakan doktor pelatih menghadapi masalah perubatan dalam kes sebenar.

Mereka bekerja dalam kumpulan di bawah doktor bertauliah sebagai fasilitator.

Sekarang banyak digunakan dalam program pendidikan tinggi, sekolah menengah dan rendah seluruh dunia.

Page 30: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Pembelajaran berasaskan masalah(Problem-based learning)

PBL berperspektifkan konstruktivisme yang berlandaskan teori Piaget dan Vygotsky.

Semua pelajar aktif terlibat mencari maklumat & membina pengetahuan sendiri.

Pengetahuan BUKAN sesuatu yang statik – sentiasa diubah suai mengikut pengalaman baru.

Page 31: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Kurikulum PBL mengandungi masalah-masalah yang dipilih dan direka bentuk dengan teliti.

Memerlukan pelajar mencari pengetahuan kritikal, kecekapan menyelesaikan masalah, strategi pembelajaran arah kendiri, dan kemahiran bekerja dalam kumpulan

Masalah dalam PBL tidak berstruktur – tiada jawapan tepat.

Page 32: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Ia menyerupai masalah dalam dunia sebenar yang kompleks.

Ia relevan kepada situasi pelajar. Ia memerlukan pelajar mencari sumber maklumat yang

lain, selain daripada guru. Peranan guru – pelajar berubah. Pelajar

bertanggungjawab kepada pembelajaran mereka sendiri. Guru ialah fasilitator dan sumber maklumat, tutor, penilai

pemimpin kepada pelajar yang berusaha menyelesaikan masalah pembelajaran mereka.

Page 33: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Rujukan

Salomon, G. and Perkins, D. (1998) Individual and Social Aspects of Learning, In: P. Pearson and A. Iran-Nejad (Eds) Review of Research in Education 23, pp 1-24, American Educational Research Association,

Washington, DC.

●Vygotsky, L.S. (1978). Mind in society. Cambridge, MA:

Harvard University Press.

Page 34: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Catatan

Page 35: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Catatan

Page 36: Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus

Catatan