POWER POINT Konstruktivisme

download POWER POINT Konstruktivisme

of 13

Transcript of POWER POINT Konstruktivisme

  • INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIMMTE3073E

    PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

  • Proses pembelajaran adalah aktif dan dinamik.berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat seorang individu. Membina atau konstruk ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri. Pembelajaran merupakan satu proses yang aktif dan pelajar membina konsep baharu atau pengetahuan baharu berasaskan pengalaman. Setiap individu mempunyai perwakilan pengetahuan sendiri melalui pengalaman yang dialami. Pembelajaran berlaku apabila ketidakseimbangan berlaku di antara kerangka dengan maklumat baharu.

    TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

  • TOKOH- TOKOH Jean Piaget, Jerome Bruner, Lev Vygotsky, John Dewey Seymour Papert - Menurut penyokong konstruktivisme, apabila manusia berhadapan dengan sesuatu yang tidak diketahui, mereka akan ingin memahaminya.

  • Menurut teori konstruktivisme, pengetahuan adalah produk minda yang dibina dengan pengalaman dan input baharu yang diterima melalui deria-deria sebagai hasil persepsi

    Pembelajaran konstruktivisme adalah pembelajaran aktif dan dinamik. Ia terhasil daripada pengubahsuaian idea-idea yang sedia ada dengan input melalui proses asimilasi dan akomodasi dalam skema.

  • Setiap pelajar yang menerima maklumat akan memprosesnya secara kognitif untuk mencerminkan dan membayangkan keperluan, sifat semula jadi, pemikiran, sikap, kepercayaan dan perasaannya sendiri.

    Ahli konstruktivis menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar.

    Ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran lampau dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan.

    Prinsip-prinsip Konstruktivisme

  • Implikasi Teori Konstruktivisme Dalam Bilik Darjah 1. Pembinaan Ilmu Pengetahuan Kendiri - Pelajar membina pengetahuan sendiri daripada pengalaman, interaksi sosial dan persekitaran.2. Penaakulan dan Penggunaan Logik Diaplikasikan Secara Aktif- Pelajar menyedari bahawa ilmu atau maklumat yang ada padanya tidak serasi dengan penerangan baharu, pelajar tersebut akan bermotivasi untuk membetulkan ketidakseimbangan dalam dirinya. Pelajar berusaha menerima informasi baharu dan menganalisisnya sebelum menerima atau menolak.3. Penggunaan Bahan Bantu Belajar- Pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik disediakan oleh guru untuk membantu pelajar dalam proses pembelajaran kendiri dan cepat menguasai ilmu baharu.

  • 4. Penglibatan Secara Aktif - Para pelajar boleh membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pelajaran.

    5. Strategi Pembelajaran - Guru perlu merancang dan menggalakkan pembelajaran kumpulan koperatif, pembelajaran berasaskan projek dan pendidikan kajian luar yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengendalikan pembelajaran kendiri mereka. Pelajar perlu merancang strategik pembelajaran yang berkesan untuk diri sendiri serta membuka refleksi dan menilai tentang pembelajaran yang telah berlaku.

  • back CABARAN GURU KONSTRUKTIVIS

    Guru merasa mereka tidak mengajar.Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme dianggap tidak realistik.Guru merasa bahawa penerangan mereka tidak penting lagi.Kawalan kelas agak merosot.Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah.

  • PENUTUPSebagai kesimpulannya, teori konstruktivisme ini amat menekankan bahawa pembelajaran merupakan suatu proses yang aktif dan dinamik. Para pelajar dapat membina konsep dan pengetahuan baharu berasaskan pengalaman-pengalaman yang mereka perolehi. Melalui pengalaman mereka, setiap individu mempunyai perwakilan pengetahuan sendiri. Pembelajaran ini seterusnya berlaku apabila ketidakseimbangan berlaku di antara kerangka dengan maklumat baharu. Teori ini amat sesuai sekali untuk diaplikasikan ke dalam proses pembelajaran dan pelajaran seiring sistem pendidikan masa kini yang menuntut supaya setiap individu yang berkaitan mengaplikasikan kemajuan teknologi yang tersedia pada masa kini

  • SEKIAN, TERIMA KASIH

    *