Post on 30-Mar-2023
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
AKADEMIK PENGAJIAN ISLAM
Ijazah Sarjana Muda Perbankan Dan Kewangan Islam
(Kepujian)
Tajuk:
Masalah-Masalah Kutipan Balik Pinjaman Perniagaan : Satu
Kajian Di Majlis Agama Islam Melaka, Bahagian Agihan Zakat.
Disediakan Oleh:
Azira Binti Azmi B 1220043 Semester 5
ISI KANDUNGAN
BAB 1: PENGENALAN ......................................................................................................1
1.1 Pendahuluan .........................................................................................................1
1.2 Latar Belakang Kajian .........................................................................................2
1.3 Permasalahan Kajian ...........................................................................................3
1.4 Persoalan Kajian...................................................................................................4
1.5 Objektif Kajian .....................................................................................................4
1.5.1 Umum ............................................................................................................4
1.5.2 Khusus ...........................................................................................................4
1.6 Kesignifikanan Kajian ..........................................................................................4
1.7 Hipotesis Kajian ....................................................................................................4
1.8 Batasan Kajian......................................................................................................5
1.9 Definisi Operational ..............................................................................................5
1.10 Kesimpulan ...........................................................................................................5
BAB 2: KAJIAN LEPAS .....................................................................................................7
2.1 Pendahuluan .........................................................................................................7
2.2 Pendekatan Teori ..................................................................................................7
2.3 Kajian-Kajian Lepas ............................................................................................7
2.4 Kesimpulan ......................................................................................................... 17
BAB 3: METODOLOGI .................................................................................................... 18
3.1 Pendahuluan ....................................................................................................... 18
3.2 Reka Bentuk Kajian ........................................................................................... 18
3.3 Responden Kajian ............................................................................................... 18
3.4 Sampel Kajian..................................................................................................... 19
3.5 Alat Kajian .......................................................................................................... 19
3.6 Tatacara Kajian .................................................................................................. 20
3.7 Analisis Kajian .................................................................................................... 21
3.8 Kesimpulan ........................................................................................................ 32
BAB 4 : KEPUTUSAN ....................................................................................................... 32
4.1 Pendahuluan ...................................................................................................... 32
4.2 Maklumat Diskriptif Responden ....................................................................... 33
4.3 Dapatan Kajian Hipotesis ................................................................................. 33
4.3.1 Definisi pinjaman perniagaan di Majlis Agama Islam Melaka. ............... 34
4.3.2 Syarat-syarat pinjaman perniagaan .......................................................... 34
4.3.3 Masalah-masalah kutipan balik pinjaman perniagaan. ........................... 34
4.3.3.1 Kekurangan kakitangan di MAIM ............................................................ 35
4.3.3.2 Peminjam yang menjalankan perniagaan bermusim ............................... 37
4.3.3.3 Peminjam yang tidak bertanggungjawab ................................................. 37
4.3.3.4 Masalah dari pesaing yang melaksanakan pinjaman perniagaan ............ 41
4.3.3.5 Masalah dari sikap peminjam sendiri ....................................................... 42
4.3.3.6 Masalah yang sama sering terjadi ............................................................. 43
4.3.4 Jenis Perniagaan Yang Layak Memohon .................................................. 44
4.3.5 Golongan Yang Layak ............................................................................... 44
4.3.6 Kadar Pinjaman ......................................................................................... 45
4.3.7 Sumber Wang pinjaman ............................................................................ 46
4.3.8 Kesan Dan Cadangan................................................................................. 46
4.3.8.1 Kesan .......................................................................................................... 47
4.3.8.2 Cadangan ................................................................................................... 47
4.4 Rumusan .............................................................................................................. 47
BAB 5 : PERBINCANGAN DAN PENUTUP ................................................................... 49
5.1 Pendahuluan ....................................................................................................... 50
5.2 Perbincangan Keputusan ................................................................................... 50
5.2.1 Mengenalpasti masalah-masalah dalam kutipan balik pinjaman
perniagaan. ................................................................................................................. 50
5.2.2 Mengetahui syarat-syarat untuk membuat pinjaman perniagaan di Majlis
Agama Islam Melaka ................................................................................................. 51
5.2.3 Untuk mengenalpasti kadar pinjaman yang di berikan oleh pihak MAIM
kepada peminjamnya. ................................................................................................ 52
5.3 Cadangan ........................................................................................................... 52
5.3.1 Cadangan kepada Majlis Agama Islam Melaka. ....................................... 53
5.3.2 Cadangan kepada pengkaji masa hadapan ................................................ 54
1
BAB 1: PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Realiti dunia hari ini menyaksikan manusia bekerja dan berusaha keras siang
dan malam untuk mencari kesenangan dan keselesaaan hidup. Sudah menjadi lumrah
manusia mendambakan kehidupan yang serba mewah dengan berkereta besar,
mendiami rumah yang dilengkapi dengan perabot dan kemudahan yang serba canggih
dan eksklusif, berpakaian dan memiliki aksesori diri berjenama terkenal, tampak
bergaya dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tidak semua orang dapat menikmati
keindahan dan keseronokan dunia meskipun setelah bertungkus lumus dan berhempas
pulas mencari rezeki. Ini kerana soal takdir, rezeki, nasib baik dan buruk seseorang itu
terletak dibawah kekuasaan dan rahmat Allah SWT yang Maha Mengetahui segala
hikmah dan rahsia lagi Maha Bijaksana dalam mengatur perjalanan kehidupan seluruh
umat manusia. Hakikat ini dapat difahami menerusi firman Allah SWT dalam surah
al-Zukhruf, ayat 32:
“(mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa
membahagi-bahagikan (perkara-perkara kerohanian dan keagamaan yang menjadi
sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (Wahai Muhammad), seolah-olah Kami hanya
berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja? Mereka tidak ingkarkan:
Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam
kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin
menderita); dan juga Kami telah jadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat
setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang
2
mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) sesetengah yang
lain. Dan lagi rahmatnya Tuhanmu (yang meliputi kebahagian dunia dan akhirat)
adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka
kumpulkan.
Rata-ratanya masyarakat terpaksa berhutang atau membuat pinjaman
kewangan untuk menikmati taraf hidup yang lebih selesa dengan tujuan untuk
memiliki keperluan asas seperti kenderaan, rumah, perabot dan sebagainya. Terdapat
juga mereka yang berhutang bagi tujuan menceburkan diri dalam bidang perniagaan
atau meluaskan lagi empayar perniagaan. Malah seakan-akan sudah menjadi trend
dalam dunia hari ini, ramai yang terpaksa mendapatkan pinjaman kewangan bagi
tujuan melanjutkan pelajaran atau mendapatkan pendidikan dengan dibiayai oleh
pihak-pihak tertentu. Dalam situasi ini, seseorang itu boleh berhutang tetapi jumlah
hutang tersebut mestilah berkadaran dengan jumlah pendapatan di mana individu
tersebut dapat melunaskan hutangnya dan menjalani kehidupan dengan baki
pendapatan yang ada. Berdasarkan statistik rasmi yang dikeluarkan oleh Bank Negara
Malaysia, sehingga September 2008, nilai pinjaman menerusi kad kredit yang
direkodkan di negara ini adalah berjumlah RM23.8 billion. Manakala jumlah
pinjaman peribadi adalah sebanyak RM4.5 billion. Statistik tersebut menggambarkan
bahawa berhutang sebenarnya telah sebati dan menjadi sebahagian daripada gaya
hidup masyarakat pada hari ini.
1.2 Latar Belakang Kajian
Dari kaca mata perundangan Islam, pinjaman dibahagikan kepada dua kategori
iaitu al-ariyah dan al-qard. Al-ariyah melibatkan sesuatu barangan atau harta oleh
pemberi pinjaman kepada peminjam bagi tujuan penggunaan manfaat barang atau
harta tersebut secara percuma. Hak pemilikan ke atas barang tersebut masih kekal
pada pemberi pinjaman dan peminjam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kerosakan atau susut nilai bagi barang tersebut kecuali kecuaian adalah berpunca
daripada peminjam sendiri ( Ab. Mumin Ab. Ghani, 2006) . Barang yang dipinjam
hendaklah dipulangkan kepada tuannya dan bukan memulangkan gantian barang
tersebut. Pinjaman secara ‛ariyah hanya melibatkan barangan atau benda yang tidak
musnah apabila digunakan yang boleh dikembalikan dalam keadaan asal misalnya
3
kereta, telefon bimbit, baju dan buku. Sekiranya barang tersebut merupakan barang
yang mudah musnah atau susut nilai seperti sabun, maka akad pinjaman tersebut tidak
sah.
Manakala al-qard merupakan komoditi yang boleh dianggarkan dan diganti
mengikut bilangan, sukatan atau timbangan. Kadangkala orang Arab menyebutnya
sebagai salaf (hutang) iaitu pinjaman yang dibayar balik kepada pemiutang tanpa
syarat keuntungan. Kesan daripada transaksi ini ialah wujudnya hutang atau
keberhutangan daripada satu pihak iaitu penghutang kepada satu pihak yang lain iaitu
pemberi hutang (pemiutang). Peminjam (penghutang) hendaklah memulangkan
kembali barang yang dipinjam dalam bentuk gantian dan bukan merupakan benda
yang asal. Misalnya, A memberi pinjaman RM1,000 kepada B. Selepas tempoh
tertentu B dikehendaki memulangkan kembali nilai wang yang sama iaitu RM1,000
dan bukan memulangkan wang kertas yang asal. Perniagaan merupakan salah satu
bentuk usaha yang sah dan dibenarkan oleh syara‟ malah digalakkan dalam Islam
dengan syarat tidak mengabaikan nilai-nilai akhlak murni dalam perlaksanaannya.
Selain itu, tidak hanyut dibawa arus kesibukan perniagaan sehingga mengabaikan
tuntutan wajib terhadap Allah S.W.T
1.3 Permasalahan Kajian
Di Majlis Agama Islam Melaka telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan
antaranya pinjaman perniagaan bagi golongan bawahan yang kurang berkemampuan
untuk memodalkan perniagaan mereka, dan peminjam haruslah membayar semula
pinjaman setelah perniagaan mereka maju. Permasalahan yang sering di hadapi oleh
MAIM adalah berkaitan dengan kutipan balik pinjaman pernigaan yang dilaksanakan
di MAIM. Melihat kepada kemelut tersebut, maka penyelidik merasakan perlu untuk
mengkaji berkaitan masalah-masalah kutipan balik pinjaman perniagaan yang
dihadapi oleh MAIM khususnya di Bahagian Agihan Zakat.
4
1.4 Persoalan Kajian
Mengapa peminjam lambat membayar balik pinjaman perniagaan Majlis
Agama Islam Melaka?
Mengapa peminjam tidak membayar balik pinjaman perniagaan Majlis Agama
Islam Melaka?
Apakah kesan yang di hadapi oleh MAIM jika peminjam tidak membayar
pinjaman perniagaan?
1.5 Objektif Kajian
1.5.1 Umum
Untuk mengetahui apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Majlis Agama
Islam Melaka di Bahagian Agihan Zakat khususnya dalam kutipan
pembayaran balik pinjaman perniagaan.
1.5.2 Khusus
Untuk mengenalpasti masalah-masalah dalam kutipan pembayaran balik
pinjaman pernigaan
Untuk mengetahui sebab peminjam tidak membayar balik pinjaman
perniagaan di MAIM.
Untuk mengetahui kesan yang di hadapi oleh MAIM jika peminjam tidak
membayar pinjaman perniagaan.
1.6 Kesignifikanan Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti masalah-
masalah dalam kutipan pinjaman perniagaan, secara tidak langsung pengkaji juga
berharap agar kajian ini dapat membantu Bahagian Agihan Zakat di Majlis Agama
Islam Melaka tentang pembayaran balik pinjaman perniagaan.
1.7 Hipotesis Kajian
Hipotesis awal pengkaji mendapati terdapat masalah-masalah dalam kutipan
balik pembayaran pinjaman perniagaan di MAIM. Kemungkinan perkara ini berpunca
5
kerana pihak MAIM tidak meletakkan syarat yang ketat terhadap peminjam. Oleh itu,
pengkaji ingin mengkaji tentang masalah tersebut.
1.8 Batasan Kajian
Kajian adalah melibatkan pegawai yang menguruskan pembiayaan perniagaan
MAIM. Limitasi kajian adalah tertumpu kepada masalah-masalah pembayaran balik
pinjaman perniagaan. Kajian ini dilakukan di Majlis Agama Islam Melaka di
Bahagian Agihan Zakat.
1.9 Definisi Operational
Masalah Kutipan : Sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau
keadaan yang menimbulkan kesukaran atau kesulitan. (Kamus dewan edisi keempat,
2010) satu pungutan (Kamus dewan edisi keempat, 2010)
Pembayaran Balik : Perihal (tindakan dan sebagainya) membayar, penjelasan
(harga barang dan lain-lain), pelunasan (hutang). (Kamus dewan edisi keempat, 2010)
Kembali, pulang. (Kamus dewan edisi keempat, 2010)
Pinjaman Perniagaan : Pinjaman Perniagaan merupakan satu penyelesaian
pembiayaan eksklusif yang diberikan kepada entiti perniagaan bagi membiayai
keperluan modal kerja.
1.10 Kesimpulan
Islam merupakan agama yang telah menyediakan hamparan jalan kehidupan
yang syumul dengan menganjurkan umatnya bijak menguruskan kehidupan temasuk
dalam aspek pengurusan kewangan. Meskipun Islam mengharuskan umatnya
berhutang atau membuat pinjaman kewangan, namun tindakan tersebut tidak
sewajarnya dijadikan sebagai amalan atau budaya melainkan dalam keadaan terdesak
atau sangat memerlukan. Tabiat gemar berhutang wajar dihindari kerana kesannya
mengakibatkan seseorang itu hidup dalam kegusaran, kerisauan dan tertekan sehingga
menjejaskan kerukunan institusi kekeluargaan serta merenggangkan hubungan
persaudaraan dan persahabatan. Umat Islam dianjurkan untuk menjalani kehidupan
secara bersederhana dan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah atas
6
daya usaha masing-masing. Malah mereka diseru agar berhati-hati ketika membuat
pinjaman kewangan agar tidak terjebak dalam kancah hutang yang bukan sahaja
bertentangan dengan aspek perundangan negara malah melampaui batas-batas murni
yang digariskan oleh Islam. (Syahnaz binti Sulaiman, 2011)
Sesungguhnya konsep perniagaan dlam Islam itu amat luas. Keluasannya
berpunca daripada implikasi di dunia dan di akhirat. Perniagaan menurut Islam
bermula dengan hubungan manusia dengan Allah S.W.T atau habluminallah. Mereka
yang beriman, bertakwa dan beramal salih merupakan mereka yang mendapat
keuntungan di dunia dan di akhirat kerana itulah perniagaan yang sebenar dengan
Allah S.W.T. perniagaan yang merupakan pertukaran barang dengan barang, barang
dengan wang, wang dengan perkhidmatan dan sebagainya juga termasuk dalam
konsep perniagaan di dalam Islam iaitu hablumminannas. Implikasinya juga di dunia
juga keuntungan dan dapat menyempurnakan keperluan umat Islam iaitu fardu kifayah
dan pahala serta ganjaran syurga di akhirat. Perniagaan yang mendatangkan kerugian
juga mendapat pahala asalkan berlandaskan syarak kerana ia di anggap sebagai ibadat
umum yang terpenting dan utama sehingga tarafnya sama dengan sembahyang dan
ibadat haji. (Mustafa Haji Daud,1994
7
BAB 2: KAJIAN LEPAS
2.1 Pendahuluan
Ulasan kajian literatur sangat penting kerana ia akan memberikan idea dan
hala tuju tentang kajian yang akan di jalankan. Dalam menulis kajian literatur,
tumpuan perlu diberikan kepada tajuk kajian, rekabentuk kajian, alat kajian, subjek
kajian, dapatan kajian serta perbincangan.
2.2 Pendekatan Teori
Di dalam permasalahan kutipan balik pinjaman pernigaan ini, pengkaji
membuat kaji selidik di Bahagian Agihan Zakat dan Bahagian Kewangan dan Akaun
di Majlis Agama Islam Melaka bagi melengkapkan kertas kerja beliau, dalam bentuk
pinjaman perniagaan selain dibahagikan secara langsung dalam bentuk wang tunai
atau keperluan harian. Pembahagian melalui pembiayaan perniagaan ini bertujuan
untuk membolehkan asnaf dapat berdikari dan seterusnya membebaskan diri daripada
terus bergantung kepada bantuan zakat.
2.3 Kajian-Kajian Lepas
Kebanyakkan kajian tempatan yang dijalankan mengenai aspek ini adalah
kajian-kajian ilmiah dan isu semasa yang berkaitan dengan faktor peningkatan kutipan
zakat. Suhaili bin Sarif, (2011) menjalankan kajian yang bertajuk pembiayaan
Perniagaan Melalui Zakat. Kajian ini, menjelaskan tentang pembiayaan perniagaan
kepada asnaf-asnaf yang layak menerima pembiayaan perniagaan melalui zakat.
Selain itu, pengkaji juga menekankan dalam aspek keislaman iaitu Islam menuntut
umatnya berdikari, ini kerana Ahmad Sufian bin Che Abdullah (2011) menjelaskan
bahawa mengharapkan bantuan semata-mata tanpa ada usaha yang gigih amat di tegah
sama sekali dalam islam. Islam menggalakkan umatnya berdikari melalui cara yang
halal sebagaimana saranan Rasulullah :
8
“Barang sesiapa yang memikul tali dan membawa kayu api lalu menjualnya demi
keredhaan Allah, maka ianya lebih bermaruah daripada meminta-minta sama ada
permintaannya diterima atau ditolak” Sahih Bukhari, Kitab al-Zakah
Seterusnya, pengkaji Suhaili bin Sarif, (2011) menjelaskan bahawa, bekerja
mencari kehidupan merupakan fardhu terhadap semua umat Islam. Ianya bukan sahaja
untuk diri sendiri tetapi juga suatu pelengkap kepada ibadah orang lain dengan bantu-
membantu dalam ketaatan (mu‟awanah „al Ta‟ah). Al-Syaibani dalam Kitabnya al-
Iktisab fi al-Rizq al-Mustatab menjelaskan:
“Untuk membolehkan seseorang itu sembahyang seseorang itu harus membasuh
mukanya, ini memerlukan seseorang lain untuk mengangkat air daripada telaga,
begitu juga halnya bagi membolehkan seseorang menutup aurat, dia memerlukan
seorang penenun untuk menghasilkan kain untuknya”.
Muhammad Ibn Hassan (1938), Ini dapat difahami secara langsung bahawa
sesuatu kerja yang perlu bagi menyempurnakan sesuatu ibadah adalah juga merupakan
ibadah. Oleh itu, tidak hairanlah bahawa kerja juga diumpamakan dengan jihad.
Malah „Umar pernah menyatakan bahawa beliau rela mati di atas pelana kudanya
dalam mencari rezeki kerana Allah daripada mati terbunuh ketika berjihad di
jalanNya”. Selain itu, Suhaili bin Sarif, (2011) menyatakan berkenaan zakat sebagai
mekanisme pembiayaan perniagaan menurut Fiqh. Zakat boleh dibahagikan dalam
bentuk pembiayaan perniagaan selain dibahagikan secara langsung dalam bentuk
wang tunai atau keperluan harian. Pembahagian melalui pembiayaan perniagaan ini
bertujuan untuk membolehkan asnaf dapat berdikari dan seterusnya membebaskan diri
daripada terus bergantung kepada bantuan zakat.
Zakat merupakan satu mekanisme jaminan sosial bagi mengurangkan jurang
pendapatan khususnya di kalangan umat Islam. Meskipun begitu pembahagian yang
tidak nefisien dan tidak sistematik tidak dapat merubah dan menambah baik keadaan
ekonomi individu. Mungkin jika dilihat dari sudut sejarah pembahagian zakat di
Malaysia tumpuan hanya diberikan kepada pembahagian secara mudah kepada asnaf
yang dirasakan layak. Ini menyebabkan bukan sahaja zakat di sesetengah negeri
kurang berkesan, malah menimbulkan pelbagai kontroversi dan ketidakpuasan hati
9
pelbagai pihak. Sesetengah negeri pula tidak menjadikan golongan fakir miskin
sebagai fokus dengan pembahagian lebih banyak kepada golongan asnaf yang lain. Ini
secara tidak langsung bercanggah dengan objektif asas zakat itu sendiri Zulkifly
Abdul Karim (2006). Oleh yang demikian, pengagihan zakat perlu berubah mengikut
keperluan dan perubahan sosio ekonomi masyarakat. Ini penting bagi memastikan
zakat terus relevan dalam menangani masalah sosial dan ekonomi umat Islam yang
semakin mencabar.
Suhaili bin Sarif, (2011) juga menjelaskan berkenaan dengan kelayakan
menerima bantuan, iaitu Penerima zakat telah jelas dinyatakan oleh Allah dalam al-
Quran yang meliputi lapan asnaf iaitu fakir, miskin, amil, muallaf, penghutang,
hamba, fi sabilillah dan ibnu sabil. Setiap kumpulan mempunyai kriteria dan
kelayakan masing-masing. Para ulama tidak sepakat dalam urusan pembahagian zakat
ini. Sebahagian mensyaratkan zakat perlu diberikan kepada semua asnaf manakala
sebahagian lain berpendapat sebaliknya. Mazhab Shafi‟i dan Hambali pada dasarnya
menetapkan bahawa ianya diagihkan kepada sekurang-kurangnya tiga golongan asnaf,
berbanding mazhab Hanafi yang memadai dengan satu kumpulan asnaf sahaja. Selain
daripada itu, kemampuan bekerja juga menjadi percanggahan kepada ulama. Ulama
Hanafi berpegang bahawa seseorang boleh diberikan wang zakat walaupun mampu
bekerja sekiranya hartanya tidak lebih daripada kadar nisab. Ini kerana mereka
menjadikan kadar nisab sebagai ukuran seseorang sama ada miskin atau kaya. Walau
bagaimanapun, ada ulama menyanggah pendapat ini kerana Abu Hanifah sendiri
dalam hal-hal tertentu tidak menerima konsep nisab seperti dalam hal zakat pertanian.
Ini menunjukkan konsep nisab sebagai ukuran kekayaan adalah kurang konsisten.
Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang
bermaksud:
“Zakat tidak halal kepada orang yang kaya dan mampu bekerja”.
Oleh yang demikian, majoriti ulama berpendapat bahawa memberi zakat
dalam apa jua bentuk padahal seseorang itu masih mampu untuk bekerja adalah suatu
yang tidak dibenarkan. Ini bermakna zakat tidak boleh diberikan kepada bakal-bakal
usahawan asnaf.
10
Dalam hal ini beberapa ulama seperti al-Nawawi dan al-Shirazi berpendapat bahawa
pembahagian adalah harus sekiranya seseorang itu menganggur dan benar-benar
memerlukan bantuan. Ini kerana hanya kuat tubuh badan bukanlah jaminan seseorang
itu boleh terlepas daripada kemiskinan. Selain daripada mereka, Abu „Ubayd juga
berpendapat bahawa golongan yang mampu bekerja perlu diberikan bantuan agar
mereka dapat berpeluang manjalankan kerja mengikut kepakaran masing-masing.
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh „Ubaidullah ibn „Udiy Ibn Khiyar
bahawa dua orang lelaki telah datang berjumpa Rasulullah meminta bantuan zakat.
Lalu Rasulullah memandang kepada mereka dan mendapati mereka nampaknya kuat
dan berkemampuan. Rasulullah bersabda;
“Jika kamu mahu aku akan berikan tetapi orang kaya dan orang yang kuat
tidak ada bahagian dalam zakat”.
Kata-kata Rasulullah itu tidak menggambarkan larangan yang kuat dalam
pembahagian kepada orang miskin yang mampu bekerja. Dalam hal ini Ibnu Humam
menegaskan bahawa meminta zakat adalah tidak dibenarkan bagi golongan yang kuat,
tetapi menerima tanpa meminta adalah dibolehkan. Manakala al-Shaukani
berpendapat bahawa hadis ini menunjukkan bahawa adalah sunat memberi nasihat
kepada bakal penerima mengenai kelayakan tersebut. Sementara itu Suhaili bin Sarif,
(2011) mengkaji berkenaan dengan Penerima Pembiayaan Perniagaan bagi asnaf fakir,
miskin dan muallaf. Setiap asnaf mempunyai keperluan dan kriteria masing-masing.
Ini sekaligus menentukan corak dan kadar pembahagian yang layak bagi mereka.
Pembahagian zakat bagi tujuan perniagaan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya
diberikan kepada mana-mana asnaf tanpa mengambil kira kelayakan mereka. Secara
amnya asnaf zakat layak menerima sejumlah yang mencukupi bagi mencapai objektif
masing-masing. Penghutang hanya layak menerima jumlah yang secukupnya bagi
menjelaskan hutangnya. Hamba dan pengembara layak menerima jumlah bagi masing-
masing memerdekakan diri dan meneruskan perjalanan sehingga destinasi. Amil pula
berhak mendapat upah sejajar dengan kerjanya. Hanya fakir, miskin, muallaf dan fi
sabilillah sahaja yang agak longgar dari segi penggunaan dana zakat. Fi sabilillah
yang banyak merujuk kepada pejuang-pejuang Islam dalam kitab-kitab klasik
11
membenarkan pembahagian tanpa mengira kekayaan seseorang. Begitu juga halnya
dengan muallaf. Manakala fakir dan miskin pula diberikan secukupnya sehingga
mereka mampu melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan. Kelonggaran inilah
yang diperlukan bagi memastikan penggunaan wang zakat dapat digunakan dengan
kreatif membiayai pelbagai kegiatan ekonomi umat. Pelaksanaan Pembiayaan
perniagaan melalui zakat adalah seperti berikut:
1. Pemberian zakat dalam bentuk modal ataupun keperluan perniagaan.
Perniagaan yang biasa mendapat pembiayaan melibatkan industri makanan,
jahitan dan ternakan. Selain aktiviti perniagaan, aktiviti-aktiviti sara hidup lain
juga diberikan tumpuan. Ini termasuklah pemberian wang untuk deposit
pembelian teksi, keperluan perikanan dan juga sewaan tanah pertanian. Ada
program-program ini yang dipantau secara aktif oleh pihak zakat manakala
yang selebihnya tertakluk sepenuhnya kepada inisiatif asnaf sendiri.
2. Pihak zakat memainkan peranan aktif membina sebuah pusat berorentasikan
pengeluaran seperti kilang dan sebagainya. Para asnaf terpilih akan bekerja
dan mendapat upah berdasarkan bulanan ataupun kadar pengeluaran. Di
Selangor contohnya Lembaga Zakat Selangor telah menubuhkan pusat-pusat
jahitan bagi mengeluarkan pakaian dan menggaji para asnaf yang
berkelayakan.
3. Pihak zakat dengan kerjasama pihak atau badan-badan lain menubuhkan satu
pusat pengeluaran berasaskan kontrak di mana hasil akan dijamin dari segi
pemasarannya. Pihak zakat bertanggungjawab menyediakan tempat dan juga
keperluan pengeluaran. Sebagai contoh, pihak zakat menjalinkan usahasama
dengan sebuah syarikat luar bagi tujuan pertanian kontrak. Pihak luar tersebut
akan menyediakan input-input pertanian manakala pihak zakat akan
menyediakan ladang dan alatan-alatan yang asas yang diperlukan. Para asnaf
yang terpilih akan mengusahakan ladang tersebut secara berkelompok dan
sebahagian hasil pendapatan mereka akan digunakan untuk membayar kembali
sebahagian modal awal projek sebagaimana yang dipersetujui dalam
perjanjian. Pada beberapa bulan sebelum pengeluaran, pihak zakat akan
12
memberikan elaun sara hidup bagi peserta terbabit. Tidak seperti pembiayaan
biasa, pembiayaan jenis ini memerlukan modal yang besar dan agak berisiko.
Oleh sebab itu, peserta yang tidak menunjukkan prestasi yang baik akan
diberhentikan.
4. Berbeza dengan kaedah ketiga, pihak zakat tanpa kerjasama pihak luar
menyediakan keperluan perniagaan berskala agak besar dan memilih asnaf
yang layak untuk mengusahakannya. Pihak zakat menyediakan premis
perniagaan seperti kedai dobi, kedai bakeri, lori kecil bagi tujuan perniagaan
bergerak dan sebagainya. Para peserta terpilih yang benar-benar berkelayakan
sahaja akan dipilihan untuk mengendalikannya dan mereka dikehendaki
membuat pembayaran balik ke atas modal awal penyediaan keperluan
perniagaan tersebut. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan mereka
disingkirkan daripada program dan kemudahan perniagaan akan ditarik balik.
Selain kaedah-kaedah di atas, mungkin terdapat kaedah lain yang sentiasa
berubah dari semasa ke semasa. Ini adalah bergantung kepada inisiatif pihak berkuasa
zakat tempatan dan juga sambutan para asnaf setempat. Walau bagaimanapun,
program-program pembahagian tersebut melibatkan beberapa implikasi dalam fiqh
yang perlu diambil perhatian agar tidak terlencong daripada objektif asal pensyariatan
zakat itu sendiri.Selain itu, ada mengkaji mengenai konsep pinjaman menurut
perspektif islam, di mana pengkaji menjelaskan tentang hukum-hukum meminjam
dalam islam.
Di dalam kajian beliau mengatakan bahawa rata-ratanya masyarakat terpaksa
berhutang atau membuat pinjaman kewangan untuk menikmati taraf hidup yang lebih
selesa dengan tujuan untuk memiliki keperluan asas seperti kenderaan, rumah, perabot
dan sebagainya. Terdapat juga mereka yang berhutang bagi tujuan menceburkan diri
dalam bidang perniagaan atau meluaskan lagi empayar perniagaan. Syahnaz binti
Sulaiman (2011) juga menjelaskan tentang pandangan islam mengenai amalan
berhutang, seperti Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang atau membuat
pinjaman kewangan terutama sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas
kehidupan.
13
Fenomena yang menimbulkan kerisauan dalam masyarakat hari ini ialah
wujudnya sikap segelintir anggota masyarakat yang membenarkan tabiat berhutang
menguasai kehidupan mereka sehingga membawa kemudaratan bukan sahaja kepada
diri sendiri malah ahli keluarga. Lebih-lebih lagi dalam dunia hari ini di mana
pelbagai pihak misalnya bank, koperasi juga khidmat pinjaman menerusi saluran yang
tidak diiktiraf oleh undang-undang seperti syarikat pemberi pinjaman wang tidak
berlesen atau ah long begitu mudah menyediakan pinjaman kepada orang ramai
melalui skim pinjaman peribadi, kad kredit dan sebagainya Senario ini menyebabkan
tabiat berhutang semakin menular dalam masyarakat yang bukan sahaja melibatkan
golongan berpendapatan rendah malah turut membabitkan golongan di peringkat
pertengahan, berpendapatan tinggi dan profesional sama ada kakitangan kerajaan,
swasta atau bekerja sendiri.
Budaya suka berhutang sebegini amat ditegah oleh Islam kerana agama yang
mulia ini menganjurkan umatnya menjalani kehidupan secara wasatiyyah atau
bersederhana dan mengutamakan sikap qana‟ah. Keinginan manusia terhadap
kesenangan dunia sememangnya tiada batasan dan sempadan namun keinginan
tersebut wajar diseimbangkan dengan keimanan serta penghayatan nilai-nilai murni
yang digariskan oleh Islam. Terdapat suatu kisah yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah bahawa Rasulullah SAW enggan menyembahyangkan jenazah seorang
sahabat yang telah meninggal dunia setelah mengetahui sahabat yang meninggal dunia
tersebut belum melangsaikan hutangnya. Tindakan Rasulullah SAW ini
menggambarkan dosa orang tidak menjelaskan hutangnya begitu berat lebih-lebih lagi
dalam situasi sekiranya hutangnya itu dilipat gandakan dengan riba.
Sementara itu, pengakaji Syahnaz binti Sulaiman (2011) mengkaji mengenai
konsep pinjaman dalam Islam. Dari kaca mata perundangan Islam, pinjaman
dibahagikan kepada 2 kategori iaitu al-„ariyah dan al-qard. Al-„ariyah merujuk
kepada pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh
pemberi pinjaman kepada peminjam bagi tujuan penggunaan manfaat barang atau
harta tersebut secara percuma. Hak pemilikan ke atas barang tersebut masih kekal
pada pemberi pinjaman dan peminjam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
14
kerosakan atau susut nilai bagi barang tersebut kecuali kecuaian adalah berpunca
daripada peminjam sendiri. Barang yang dipinjam hendaklah dipulangkan kepada
tuannya dan bukan memulangkan gantian barang tersebut.
Pinjaman secara ‛ariyah hanya melibatkan barangan atau benda yang tidak
musnah apabila digunakan yang boleh dikembalikan dalam keadaan asal misalnya
kereta, telefon bimbit, baju dan buku. Sekiranya barang tersebut merupakan barang
yang mudah musnah atau susut nilai seperti sabun, maka akad pinjaman tersebut tidak
sah. Manakala al-qard ialah pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan
barangan atau komoditi yang boleh dianggarkan dan diganti mengikut bilangan,
sukatan atau timbangan. Kadangkala orang Arab menyebutnya sebagai salaf (hutang)
iaitu pinjaman yang dibayar balik kepada pemiutang tanpa syarat keuntungan. Kesan
daripada transaksi ini ialah wujudnya hutang atau keberhutangan daripada satu pihak
iaitu penghutang kepada satu pihak yang lain iaitu pemberi hutang (pemiutang).
Peminjam (penghutang) hendaklah memulangkan kembali barang yang dipinjam
dalam bentuk gantian dan bukan merupakan benda yang asal. Misalnya, A memberi
pinjaman RM1,000 kepada B. Selepas tempoh tertentu B dikehendaki memulangkan
kembali nilai wang yang sama iaitu RM1,000 dan bukan memulangkan wang kertas
yang asal.
Selain itu, Syahnaz binti Sulaiman (2011) menerangkan mnegenai definisi al-
qard. Al-qard dari segi bahasa bermaksud al-qat‛u (potong). Harta yang diberikan
kepada orang yang berhutang dinamakan qard kerana pemiutang memotong
(mengambil) sebahagian hartanya untuk diberikan kepada penghutang. Dari segi
istilah, al-qard merujuk kepada penyerahan sesuatu barang atau harta daripada
pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama
nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang
penambahan. Sebarang tambahan terhadap barang atau wang yang diberi pinjam
adalah ditegah dalam Islam kerana ia dianggap sebagai riba atau lebihan yang tidak
mempunyai ganti yang dikenakan oleh pemberi pinjaman sementara menunggu
bayaran balik. Orang yang berhutang mempunyai tanggungjawab untuk memulangkan
barang yang sama atau serupa dengan apa yang dipinjam tanpa apa-apa tambahan
terhadap harta yang dipinjam itu. Kebiasaannya barang yang menjadi objek bagi akad
15
qard ialah wang atau lain-lain medium pertukaran yang diterima oleh orang ramai. Al-
Qard dikategorikan sebagai akad tabarru‟ iaitu kontrak yang berteraskan kepada
konsep kebajikan. Ini kerana faedah atau manfaat daripada transaksi yang berlaku
hanya diperolehi oleh satu pihak sahaja iaitu penghutang.
Mohd Nizho bin Abdul Rahman dan Mohd Shukri bin Hanapi (2008)
membuat kajian bertajuk Etika Perniagaan dari Perspektif al-Quran. Beliau
menjelaskan bahawa, Al-Quran merupakan sumber hukum Islam yang utama, asli dan
abadi. Ia merupakan sebuah kitab yang lengkap, yang menjadi panduan kepada semua
umat manusia. Kandungannya merangkumi pelbagai hukum dan peraturan hidup
untuk manusia dalam segala aspek kehidupan termasuklah bidang perniagaan. Oleh
itu, maka sudah pasti terdapat banyak ayat daripada surah-surah yang berbeza-beza
dalam al-Quran yang membicarakan tentang etika perniagaan. Tujuan etika
perniagaan ini adalah untuk memastikan setiap manusia yang berkecimpung dalam
bidang perniagaan itu mengelakkan diri dari segala sifat terkeji (mazmumah) dan
menghiasinya dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah). Sebenarnya hal ini bagi
menjamin kemaslahatan manusia dapat dipelihara dan segala unsur yang boleh
mencetuskan pergaduhan, perbalahan, pertikaian, penindasan dan rasa ketidakpuasan
hati dapat dihalang. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan etika perniagaan
dari perspektif al-Quran serta cara-cara pelaksanaannya.
Selain itu, Mohd Nizho bin Abdul Rahman dan Mohd Shukri bin Hanapi
(2008) mengkaji mengenai galakan Al-quran terhadap perniagaan. Di dalam al-Quran
banyak dijelaskan pengajaran dan peraturan untuk perniagaan. Di antaranya firman
Allah s.w.t:
Maksudnya: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di
muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu
hajati dari limpah kurnia Allah”. (Surah al-Jumu‟at, 62:10)
Perniagaan yang dimaksudkan itu bukan di satu tempat sahaja, malahan
digalakkan perniagaan keluar dari sesuatu kawasan ke kawasan lain walaupun
merentasi lautan seperti yang dinyatakan dalam firman Allah s.w.t:
16
Maksudnya: “... Dan kamu dapat melihat kapal-kapal membelah air laut supaya kamu
dapat mencari kurniaan Allah dan mudah-mudahan kamu bersyukur”. (Surah al-
Fatir, 35:12)
Dalam ayat yang lain Allah s.w.t menjelaskan:
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya bahawa Dia mengirimkan
angin sebagai berita gembira dan supaya Dia memberikan rasa rahmatNya
kepadamu dan supaya kapal dapat belayar dengan perintahNya dan supaya kamu
dapat mencari rezeki kurniaanNya dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Rum,
30:46)
Berdasarkan ketiga-tiga maksud ayat di atas, jelas sekali bahawa Allah s.w.t
menciptakan alam ini dengan segala anugerah dan kemudahan yang disediakan supaya
manusia dapat berusaha untuk mencari kurniaanNya. Para mufassir berpendapat
antara yang dimaksudkan dengan mencari anugerah Allah s.w.t dalam ayat-ayat di
atas ialah melalui aktiviti-aktiviti perniagaan (Abdur Rahman I. Doi, 1992 : 348-349).
Selain daripada ayat-ayat di atas yang menjelaskan usaha mencari rezeki secara
umum, terdapat juga beberapa ayat al-Quran yang secara khusus menyebutkan
perkataan perniagaan (tijarah) atau jual beli (al-Bay') secara khusus. Antaranya
seperti firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “... Dan Allah menghalalkan jual beli (al-Bay') dan mengharamkan
riba”. (Surah al-Baqarah, 2:275)
Allah s.w.t telah menjelaskan secara khusus bahawa hakikat berjual beli atau
perniagaan merupakan suatu aktiviti yang dihalalkan. Pernyataan al-Quran yang
sangat jelas tentang kedudukan perniagaan ini dengan sendirinya menolak fahaman
bahawa al-Quran merupakan sebuah kitab agama dalam pengertiannya yang sempit
iaitu khusus kepada persoalan kepercayaan kepada yang ghaib dan persoalan ibadat
ritual sahaja. Bahkan lebih dari itu, al-Quran juga menjelaskan etika dalam perniagaan
yang perlu diikuti oleh para peniaga. Dalam satu ayat lain Allah s.w.t berfirman:
17
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (atau ambil)
harta orang lain secara batil (tidak sah) melainkan melalui perniagaan (tijarah)
(yang dilakukan secara) redha-meredhai antara kamu”. (Surah al-Nisa‟, 4:29)
Ayat ini secara lebih jelas lagi memperlihatkan galakan al-Quran kepada
orang-orang yang beriman untuk menceburkan diri dalam perniagaan. Allah s.w.t
menyebutkan dengan jelas sekali bahawa cara untuk mendapatkan harta atau
kepunyaan orang lain ialah melalui perniagaan yang dilakukan secara jujur dan
amanah. Melalui perniagaan yang jujur ini, kedua-dua pihak akan berpuas hati dengan
barang yang telah dijual belikan. Perniagaan dalam Islam adalah perniagaan yang
beretika dan tidak akan menjejaskan orang lain bahkan semua pihak menerima
manfaat dari perniagaan itu.
2.4 Kesimpulan
Pembiayaan perniagaan melalui zakat merupakan satu pendekatan yang baik
dan perlu diteruskan. Meskipun begitu, pelaksanaannya bukanlah suatu yang mudah
kerana asnaf merupakan individu istimewa yang perlu dibantu dalam pelbagai aspek
tidak terhad kepada material sahaja. Pemberian mudah tanpa pemantauan akan hanya
menggagalkan program tersebut. Program-program ini juga memerlukan jumlah
peruntukan yang besar dan berisiko tinggi tetapi mempunyai potensi yang besar.
Adalah lebih baik mengagihkan kepada asnaf yang lain atau membuat pengagihan
secara langsung sekiranya program seumpama ini tidak mampu dilaksanakan dengan
baik. Pihak berkuasa perlu mempersiapkan diri dalam mengurus pembahagian cara
baru ini yang menuntut perubahan minda dan cara bekerja. Meskipun bantuan luar
daripada perunding diperlukan tetapi dana yang digunakan bukanlah suatu yang begitu
mudah dibelanjakan. Segala perbelanjaan perlulah mengikut lunas-lunas syarak.
Adalah menjadi harapan agar semua pihak yang terlibat sama ada pihak zakat
mahupun pihak luar dapat bekerja dengan penuh dedikasi dan keinsafan agar objektif
pensyariatan zakat dapat dicapai sepenuhnya.
18
BAB 3: METODOLOGI
3.1 Pendahuluan
Dalam bahagian ini akan menerangkan tentang kaedah penyelidikan strategi
kajian, rekabentuk kajian, pemilihan subjek, instrumen, teknik pengumpulan data dan
penganalisisan data.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Pengkaji telah menggunakan kaedah kajian deskriptif. Ia dijalankan untuk
memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri sesuatu populasi
yang diminati secara fakta dan tepat. (Sidek Mohd Noah:2002). Kajian berbentuk
deskriptif dipilih kerana bersesuaian dengan tajuk kajian serta berdasarkan objektif
kajian. Kajian berbentuk analisis kandungan dimana pengkaji menganalisis data-data
primer dari laporan yang diperolehi dari MAIM. Data-data analisis itu, dianalisis
menggunakan statistik peratusan, jumlah, minimum dan maksimum.
3.3 Responden Kajian
Pengkaji telah memilih Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam Melaka sebagai
populasi kajian. Pengakaji hanya mengambil dua orang responden iaitu Cik Joriza
binti Jauhari iaitu selaku Pegawai Tadbir Bahagian Agihan Zakat Negeri Melaka dan
Puan Maslinda binti Salleh selaku Pembantu Akauntan MAIM dan mereka dijadikan
sebagai sampel utama dalam kajian ini. Kajian ini memfokuskan responden yang
terdapat di Majlis Agama Islam Melaka Bahagian Agihan Zakat. Pengkaji mengambil
Cik Joriza Binti Jauhari sebagai responden kerana beliau seorang yang berpengalaman
dalam melaksanakan pinjaman perniagaan di Majlis Agama Islam Melaka ini. Selain
itu, beliau juga merupakan pegawai tadbir dalam Bahagian Agihan Zakat dan
memiliki ilmu yang mendalam berkaitan pengagihan ini. Bukan itu sahaja, beliau juga
telah dianugerah perkhidmatan cemerlang selama dua tahun berturut-turut atas
khidmat yang diberikan kepada MAIM. Oleh itu pengkaji merasa Cik Joriza adalah
responden yang terbaik untuk di temubual berkaitan kajian yang hendak
dilakukannya.
19
Pemilihan responden kedua pula, iaitu Puan Maslinda binti Salleh, kerana
untuk mendapatkan data-data kutipan balik pinjaman bagi tahun-tahun tertentu. Bukan
itu sahaja, pengkaji memilih beliau kerana, beliau seorang yang komited dan
berpengalaman dalam pembayaran pinjaman perniagaan. Oleh itu, pengkaji
merasakan beliau sesuai untuk dijadikan responden dalam kajian ini.
3.4 Sampel Kajian
Penentuan saiz sampel yang munasabah bagi sesuatu kajian banyak berkaitan
dengan reka bentuk kajian yang digubal oleh penyelidik. (Sidek Mohd Noah:2002).
Sampel kajian ini terus diambil daripada populasi kajian yang berjumlah dua orang.
Ini adalah kerana responden adalah Pegawai Tadbir Bahagian Agihan Zakat dan
Pembantu Akauntan Bahagian Kewangan dan Akaun Majlis Agama Islam Melaka.
3.5 Alat Kajian
Alat kajian yang telah digunakan dalam kajian ini adalah melalui soalan
temubual yang telah dikemukakan oleh pengkaji. Pengkaji menggunakan temu duga
berstruktur kerana soalan mengikut bahagian yang telah ditetapkan oleh pengkaji.
Maklumat lengkap akan di perolehi melalui kajian ini disamping mempunyai peluang
untuk meneliti dan mengkaji perkara yang berkaitan secara tidak langsung dengan
tujuan kajian secara lebih mendalam. (Sidek Mohd Noah:2002)
Teknik temu duga yang digunakan oleh pengkaji ialah temu duga individu
iaitu untuk orang perseorangan dan untuk memperolehi maklumat yang lebih
personal. Ia membolehkan responden memberi respon yang lebih mendalam tanpa
rasa malu dan curiga. (Sidek Mohd Noah:2002)
Pengkaji juga menggunakan jenis soalan berstruktur. Ia digunakan dalam
kajian ini kerana jawapan yang diberikan kepada responden adalah mengikut bahagian
yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Selain itu, pengkaji menggunakan jenis soalan
berbentuk skala ordinal iaitu skala pengkelasan mengikut susunan, peringkat atau
pangkat. ( Rusyda binti Yahya : 2007 ).
20
Terdapat Sembilan bahagian dalam soalan temubual. Soalan bahagian A
mengenai definisi pinjaman perniagaan di Majlis Agama Islam Melaka. Ia
mengandungi satu soalan. Manakala bahagian B mengenai syarat-syarat khas dan
syarat-syarat am untuk memohon pinjaman perniagaan di Majlis Agama Islam Melaka
yang mengadungi satu soalan juga. Sementara pada bahagian C pula berkaitan dengan
masalah-masalah dalam kutipan balik pinjaman perniagaan di Majlis Agama Islam
Melaka. Soalan pada bahagian ini mengandungi lima soalan. Pada bahagian D
mengenai soalan jenis perniagaan yang layak menerima pinjaman perniagaan di
Majlis Agama Islam Melaka. Terdapat satu soalan sahaja pada bahagian ini. Bahagian
E pula mengandungi satu soalan sahaja mengenai golongan yang layak menerima
pinjaman perniagaan ini.
Sementara pada bahagian F pula berkaitan kadar pinjaman yang dikenakan
oleh Majlis Agama Islam Melaka kepada peminjam. Soalan mengandungi tiga soalan.
Seterusnya pada bahagian G mengenai sumber wang yang digunakan dalam
perlaksanaan pinjaman perniagaan di Majlis Agama Islam Melaka. Kandungan soalan
hanya satu sahaja, dan yang terakhir adalah bahagian H iaitu mengenai kesan dan juga
cadangan untuk menyelesaikan masalah-maslah berkaitan pembayaran balik pinjaman
perniagaan di Majlis agama Islam Melaka ini. Soalan ini mengandungi dua soalan.
Durasi masa untuk menjawab keseluruhan soalan ialah 45 minit.
3.6 Tatacara Kajian
Langkah pertama yang dibuat oleh penyelidik ialah menentukan bidang mana
yang hendak dikaji melalui pembacaan kajian-kajian lepas serta rujukan daripada
perpustakaan, bahan bacaan dan internet. Dalam kajian ini, terdapat dua jenis data
iaitu data primer dan data sekunder. Data primer diperoleh daripada subjek kajian iaitu
melalui soalan temubual. Sementara itu, data sekunder diperolehi daripada
perpustakaan dan kajian-kajian lepas. Bagi menjalankan kajian di tempat yang telah
dikenal pasti, langkah berikut telah dijalankan iaitu :
1. Menyediakan kertas cadangan penyelidikan
2. Memohon kebenaran untuk membuat penyelidikan daripada Majlis Agama
Islam Melaka bahagian Baitulmal.
3. Menyediakan set soalan temubual.
21
4. Membuat temujanji dengan pihak Majlis Agama Islam Melaka bahagian
Baitumal iaitu Ketua Unit Agihan Zakat untuk menjalankan sesi temubual.
5. Membuat penganalisisan data
6. Menulis laporan akhir kajian.
Berkaitan dengan soalan temubual, penerangan yang teliti telah diberikan oleh
Pegawai Tadbir Bahagian Agihan Zakat iaitu Cik Joriza binti Jauhari. Penerangan
yang teliti juga diberikan secara bertulis bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan
kesilapan. Responden juga diberitahu bahawa mereka harus menjawab mengikut
pendapat sendiri dan bukannya mengikut tanggapan orang lain atau majikan. Segala
maklumat yang diberi akan dirahsiakan dan adalah untuk tujuan kajian semata-mata.
3.7 Analisis Kajian
Di dalam kajian ini, data yang diperolehi oleh pengkaji adalah daripada soalan
temubual. Data-data yang diperolehi daripada soalan temubual akan dianalisis
menggunakan statistik diskriptif iaitu membuat kesimpulan ke atas data melalui graf,
carta atau jadual. (Rusyda binti Yahya : 2007)
Kemudian hasil daripada kajian ini akan dianalisis mengikut objektif kajian.
Pengkaji akan menyemak segala data-data yang telah diberikan oleh responden.
Objektif khusus yang pertama pengkaji ialah untuk mengenalpasti masalah-masalah
kutipan balik pinjaman perniagaan. Responden menyatakan masalah berkaitan kutipan
balik pinjaman perniagaan ini adalah kekurangan kakitangan di MAIM untuk
menguruskan pinjaman tersebut. Oleh itu responden melampirkn carta organisasi
kakitangan Bahagian Agihan Zakat.
22
Rajah 1.1 CARTA ORGANISASI BAHAGIAN AGIHAN ZAKAT
Sumber: Bahagian Agihan Zakat Majlis Agama Islam Melaka
Selain itu, responden menyatakan masalah tentang pesaingan pinjaman
perniagaan di MAIM ini. Contoh pesaing adalah TEKUN. Ini kerana menurut
responden pinjaman di MAIM terdapat kelebihannya dan juga kekurangan tidak
kurang juga pinjaman di organisasi lain. Oleh itu, responden mengatakan dengan
adanya pesaing yang melaksanakan pinjaman perniagaan ini boleh menarik peminjam
membuat pinjaman di organisasi lain. Tetapi peminjam juga mempunyai hak untuk
BAITULMAL
HJ. Mohd Sharif Bin Somathullah
Pengurus Bahagian Baitulmal
(N48)
ZAKAT
En. Mohd Hairulamin Bin Mohd Sis
Penolong Setiausaha Bahagian Agihan Zakat
(S41)
BAHAGIAN AGIHAN
Cik Joriza Binti Jauhari
Pegawai Tadbir Bahagian Agihan Zakat
(N41)
Wardah Binti Mo'min
Pembantu Tadbir
(N17)
Norazurah Binti Kamarudin
Pembantu Tadbir
(N17)
Zaidah Binti Musa
Pembantu Tadbir
(N17)
Menguruskan berkaitan pinjaman
perniagaan
Mohd Nasir Bin Mohamad
Pembantu Tadbir
(N17)
23
memilih di organisasi manakah yang patut mereka pilih untuk memodalkan
perniagaan mereka.
Rajah 2.1 PERBEZAAN PINJAMAN PERNIAGAAN DI MAIM DAN DI
TEKUN
Rajah di atas menunjukkan perbezaan pinjaman di MAIM dan di TEKUN. Apa
yang dapat di rumuskan berkaitan pinjaman di MAIM dan di TEKUN adalah caj yang
dikenakan MAIM tidak mengenakan sebarang caj seperti TEKUN mengenakan caj
perkhidmatan kepada peminjam yang membuat pinjaman di TEKUN. Selain itu kadar
pinjaman yang diberi oleh MAIM ialah maksimum sebanyak RM3,000.00 manakala
di TEKUN maksimum sebanyak RM50,000.00. bagi tempoh pembayaran balik
pinjaman di MAIM adalah selama satu bulan hingga 2 tahun 9 bulan. Manakala di
TEKUN selama 1 bulan sehingga 5 tahun. Oleh itu, peminjam boleh memikirkan yang
mana terbaik untuk mereka melakukan pinjaman, jelas responden. Beliau juga
menyatakan pinjaman di MAIM menggunakan konsep qard hasan iaitu konsep bantu
membantu tanpa mengenakan caj. Berbanding TEKUN yang mengenakan caj
perkhidmatan kepada peminjam kata responden lagi.
selama 1 bulan sehingga 5 tahun tempoh bayar balik
RM500.00 hingga ke RM50,000.00
4% caj perkhidmatan
Selama 1 bulan hingga 2 tahun 9 bulan tempoh
bayar balik
RM100.00 hingga ke RM3,000.00
0% tiada caj dikenakan
24
Selain itu, antara objektif khusus pengkaji adalah untuk mengetahui syarat-syarat
untuk membuat pinjaman perniagaan. Responden memberi pengkaji syarat-syarat
yang dikenakan MAIM. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
1. Hanya satu permohonan bagi satu keluarga.
2. Telah menjalankan perniagaan (minimum 3 bulan) dan mempunyai lesen
pendaftaran perniagaan.
3. Umur minimum untuk memohon adalah 21 tahun ke atas dan telah berkeluarga
(mempunyai tanggungan).
4. Tidak terikat dengan mana-mana pinjaman kewangan untuk tujuan perniagaan
(contoh: TEKUN, AIM)
5. Perniagaan yang dijalankan mestilah berskala kecil, bukan berbentuk
pertanian, perikanan, penternakan, bukan bermusim iaitu tidak hanya
menjalankan perniagaan pada musim perayaan dan bukan jualan langsung
(MLM).
Contoh perniagaan yang dibenarkan:
Menjual goreng pisang, kuih-muih, nasi lemak dan lain-lain.
Menjual minuman (contoh:air tebu)
Warung makanan dan
Perniagaan di rumah (contoh: membuat kuih-muih dan jahitan yang
mempunyai pelanggan tetap).
Responden kedua iaitu Puan Maslinda Binti Salleh, Pembantu akauntan
MAIM memberi pengkaji laporan pinjaman perniagaan mengikut daerah pada tahun
2011. Berikut adalah bilangan jantina bagi peminjam di setiap daerah
25
Sumber: Bahagian Kewangan dan Akaun Majlis Agama Islam Melaka.
Graf 3.1 di atas, menunjukkan bilangan jantina lelaki dan perempuan yang
meminjam pinjaman perniagaan di Majlis Agama Islam Melaka. Di Daerah Melaka
Tengah, jumlah peminjam pada tahun 2010 adalah seramai 190 orang. Lelaki
menunjukkan seramai 75 orang yang meminjam dan seramai 115 orang perempuan
yang meminjam. Di daerah Melaka Tengah menunjukkan golongan wanita lebih
ramai yang membuat pinjaman di MAIM berbanding golongan lelaki. Ini kerana,
menurut responden golongan wanita lebih minat untuk berniaga. Bukan itu sahaja,
golongan ini ingin menambahkan lagi pendapatan isi rumah dan tidak mengharapkan
mata pencarian dari suami semata-mata.
Bagi daerah Jasin pula, jumlah peminjan seramai 60 orang, menunjukkan
golongan lelaki yang meminjam adalah seramai 30 orang dan perempuan seramai 30
orang juga. Di daerah Jasin menunjukkan bilangan peminjam lelaki dan perempuan
sama. Ini menunjukkan golongan lelaki dan wanita di daerah Jasin mempunyai minat
yang sama dalam perniagaan.
Di Alor Gajah pula, jumlah peminjam seramai 40 orang, peminjam lelaki
seramai 10 orang sahaja dan peminjam perempuan seramai 30 orang. Ini menunjukkan
golongan wanita lebih ramai berbanding lelaki. Menurut responden lagi, kemungkinan
golongan wanita di daerah Alor Gajah lebih cenderung dalam bidang perniagaan
berbanding lelaki. Selain itu, tujuan golongan wanita lebih ramai meminjam kerana
0
50
100
150
MelakaTengah
Jasin Alor Gajah
BIL
AN
GA
N O
RA
NG
DAERAH
Graf 3.1 PEMINJAM PINJAMAN PERNIAGAAN MENGIKUT JANTINA PADA TAHUN 2011
Lelaki
Perempuan
26
ingin memulakan perniagaan dan membantu suami untuk menambahkan lagi
pendapatan isi rumah. Ini kerana, kebanyakkan yang membuat pinjaman di MAIM ini,
adalah dari golongan yang berpendapatan rendah dan tergolong dari golongan miskin.
Selain itu respoden telah memberi data peminjam yang tidak menyelesaikan
pinjaman dan yang telah selesaikan pinjaman mereka. Pengkaji membuat satu sampel
sebagai contoh dengan tujuan pembelajaran. Berikut adalah contoh peminjam yang
tidak dapat membayar dan contoh peminjam yang telah selesai membayar pinjaman
perniagaan di Majlis Agama Islam Melaka.
CONTOH PEMINJAM YANG TIDAK MENYELESAIKAN PINJAMAN
Peminjam 1:
JUMLAH PINJAMAN : RM 2,000.00
TARIKH DILULUSKAN : 06/08/2009
TARIKH MULA BAYAR : 07/10/2009
Tarikh Bayar No Resit Bayaran (RM)
09/10/2009 21952 60.00
JUMLAH BAYARAN : RM 60.00
BAKI BAYARAN : RM 1,940.00
Contoh pengiraan :
Formula yang digunakan adalah:
Jumlah di pinjam – Jumlah yang di bayar = Baki bayaran
(JP) – (JB) = BB
27
JP : Jumlah di pinjam
JB : Jumlah yang di bayar
BB : Baki bayaran
RM 2,000.00 – RM 60.00 = RM 1,940.00
Keterangan:
Sekiranya jumlah yang di bayar (JB) lebih rendah daripada Jumlah di pinjam (JP) [JB
> JP], menunjukkan peminjam tidak membayar balik pinjaman perniagaan sehingga
tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak MAIM. Oleh itu, peminjam perlu membayar
RM 1,940.00 untuk menyelesaikan pinjamannya.
Peminjam 2:
JUMLAH PINJAMAN : RM 1,000.00
TARIKH DILULUSKAN : 02/06/2009
TARIKH MULA BAYAR : 07/08/2009
Tarikh Bayar No Resit Bayaran (RM)
03/08/2009 19573 50.00
02/11/2009 22555 50.00
10/02/2010 26061 120.00
50/06/2010 29439 150.00
JUMLAH BAYARAN : RM 370.00
BAKI BAYARAN : RM 630.00
Contoh pengiraan :
Formula yang digunakan adalah:
JP : Jumlah di pinjam
JB : Jumlah yang di bayar
BB : Baki bayaran
Jumlah di pinjam – Jumlah yang di bayar = Baki bayaran
(JP) – (JB) = (BB)
28
RM 1,000.00 – RM 370.00 = RM 630.00
Keterangan:
Sekiranya jumlah yang di bayar (JB) lebih rendah daripada Jumlah di pinjam (JP) [JB
> JP], menunjukkan peminjam tidak membayar balik pinjaman perniagaan sehingga
tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak MAIM. Oleh itu peminjam perlu membayar
RM 630.00 untuk menyelesaikan pinjamannya
CONTOH PEMINJAM YANG TELAH MENYELESAIKAN PINJAMAN
Peminjam 3:
JUMLAH PINJAMAN : RM 1,500.00
TARIKH DILULUSKAN : 11/05/2010
TARIKH MULA BAYAR : 01/07/2010
Tarikh Bayar No Resit Bayaran (RM)
28/06/2010 29409 100.00
22/07/2010 30634 100.00
24/08/2010 31659 100.00
20/09/2010 31891 100.00
11/10/2010 32662 100.00
08/11/2010 33322 100.00
09/12/2010 34114 100.00
05/01/2011 34373 100.00
01/03/2011 36232 200.00
01/04/2011 36384 100.00
09/05/2011 37974 100.00
16/06/2011 39110 300.00
JUMLAH BAYARAN : RM 1,500.00
BAKI BAYARAN : RM 0.00
Contoh pengiraan :
29
Formula yang digunakan adalah:
Jumlah di pinjam – Jumlah yang di bayar = Baki bayaran
(JP) – (JB) = BB
JP : Jumlah di pinjam
JB : Jumlah yang di bayar
BB : Baki bayaran
RM 1,500.00 – RM 1,500.00 = RM 0.00
Keterangan:
Sekiranya jumlah di pinjam (JP) sama dengan jumlah yang di bayar (JB) [JP = JB], ini
menunjukkan peminjam telah membayar sepenuhnya pinjaman perniagaan di MAIM.
Jadual 4.1 JUMLAH PINJAMAN YANG PERLU DIKUTIP DAN JUMLAH YANG
TIDAK DAPAT DIKUTIP PADA TAHUN 2011.
DAERAH
JUMLAH YANG PERLU
DIKUTIP TAHUN 2011 (RM)
JUMLAH YANG TIDAK
DAPAT DIKUTIP TAHUN
2011 (RM)
JUMLAH YANG
DAPAT DIKUTIP
TAHUN 2011 (RM)
Melaka Tengah 102,830.00 65,069.00 37,761.00
Jasin 29,720.00 20,440.00 9,280.00
Alor Gajah 18,920.00 14,130.00 4,790.00
Jumlah 151,470.00 99,639.00 51,831
Sumber : Bahagian Kewangan dan Akaun Majlis Agama Islam Melaka
Jadual 4.1 diatas, menunjukkan jumlah yang perlu dikutip, jumlah yang tidak
dapat dikutip dan juga jumlah yang dapat dikutip. Di daerah Melaka Tengah jumlah
30
yang perlu dikutip ialah RM102,830.00, jumlah yang tidak dapat dikutip ialah
sebanyak RM65,069.00 dan jumlah yang dapat dikutip ialah RM37,761.00.
Di daerah Jasin pula, sebanyak RM29,720.00 jumlah yang perlu dikutip,
RM20,440.00 adalah jumlah yang tidak dapat dikutip pada tahun berkenaan dan
RM9,280.00 adalah jumlah yang dapat di kutip oleh MAIM.
Bagi daerah Alor Gajah pula, RM18,920.00 yang perlu dikutip, RM14,130.00
adalah jumlah yang tidak dapat dikutip dan RM4,790.00 adalah jumlah yang dapat
dikutip oleh MAIM pada tahun tersebut.
JUMLAH YANG TELAH DIBAYAR MENGIKUT DAERAH PADA TAHUN
2011
Formula yang pengkaji gunakan adalah:
Jumlah yang perlu di kutip – Jumlah yang tidak dapat di kutip = Jumlah yang
dapat di kutip
(JPK) – (JTDK) = JDK
JPK : Jumlah yang perlu di kutip
JTDK : Jumlah yang tidak dapat di kutip
JDK : Jumlah yang dapat di kutip
1. Daerah Melaka Tengah.
(JPK) – (JTDK) = JDK
RM102,830.00 – RM65,069.00 = RM37,761.0
2. Daerah Jasin
(JPK) – (JTDK) = JDK
RM29,720.00 – RM20,440.00 = RM9,280.00
31
3. Daerah Alor Gajah
(JPK) – (JTDK) = JDK
RM18,920.00 – RM14,130.00 = RM4,790.00
Kiraan diatas menunjukkan jumlah yang dapat dikutip bagi setiap daerah di daerah
Melaka Tengah jumlah yang dapat dikutip (JDK) sebanyak RM37,761.00 daripada
RM102,830.00 iaitu jumlah yang perlu dikutip (JPK). Bagi di daerah Jasin pula hanya
RM9,280.00 sahaja jumlah yang dapat dikutip (JDK) daripada RM29,720.00 iaitu
jumlah yang perlu dikutip (JPK) untuk daerah tersebut. Di Alor Gajah sebanyak
RM4,790.00 jumlah yang dapat dikutip (JDK) daripada RM18,920 iaitu jumlah yang
perlu dikutip (JPK). Kesimpulannya di semua daerah yang membuat pinjaman
perniagaan di MAIM tidak membayar pinjaman mengikut jumlah yang perlu dikutip
pada tahun tersebut.
Selain itu, objektif khusus pengkaji adalah untuk mengetahui kadar pinjaman yang
diberikan oleh pihak MAIM kepada peminjam. Oleh itu responden memberi pengkaji
laporan pinjaman perniagaan bagi tahun 2011 mengenai jumlah pinjaman yang telah
di keluarkan oleh pihak Majlis Agama Islam Melaka.
Jadual 5.1 LAPORAN JUMLAH PINJAMAN YANG DIKELUARKAN MAIM
PADA TAHUN 2011
DAERAH JUMLAH PINJAMAN (RM)
Melaka Tengah 269,300.00
Jasin 75,500.00
Alor Gajah 49,500.00
Jumlah 394,300.00
Sumber : Bahagian Kewangan dan Akaun Majlis Agama Islam Melaka
Jadual 5.1 diatas menunjukkan jumlah pinjaman yang di peruntukkan oleh Majlis
Agama Islam Melaka untuk pinjaman perniagaan pada tahun 2010.
32
Jadual 6.1 KADAR PINJAMAN PERNIAGAAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM
MELAKA TAHUN 2011
Tahap Kadar
Minimum RM 100.00
Maksimum RM 3000.00
Sumber : Bahagian Kewangan dan Akaun Majlis Agama Islam Melaka
Jadual 6.1 di atas menerangkan kadar minimum dan juga maksimum yang
layak di pinjam di MAIM kadar sebanyak RM100.00 adalah kadar minimum yang
boleh dipinjam dan kadar sebanyak RM3000.00 adalah kadar maksimum yang layak
dipinjam untuk pinjaman perniagaan.
3.8 Kesimpulan
Pada kesimpulannya dalam Bab Metodologi Kajian ini, pengkaji telah
melengkapkan kajiannya yang berkaitan dengan Rekabentuk Kajian, Populasi Kajian,
Sampel Kajian, Alat Kajian, Tatacara Kajian dan Analisis Kajian.
Di bawah tajuk Rekabentuk Kajian pengkaji telah menjelaskan kaedah yang
pengkaji gunakan dalam kajiannya. Di bawah tajuk Populasi Kajian pula, pengkaji
telah menerangkan tempat untuk membuat kajian, dan responden yang terlibat dalam
kajian beliau. Untuk sampel kajian pula, pengkaji menjelaskan sampel yang
digunakan dalam kajian ini. Alat kajian pula pengkaji menggunakan temubual untuk
melengkapkan kajiannya. Di bawah tajuk tatacara kajian pula, pengkaji menerangkan
langkah-langkah yang dilakukan untuk membuat kajian dan untuk analisis kajian pula
pengkaji memperolehi data-data melalui temubual.
BAB 4 : KEPUTUSAN
4.1 Pendahuluan
33
Dalam bahagian ini akan diterangkan tentang pemaklumat diskriptif
responden, dapatan kajian hipotesis dan juga rumusan
4.2 Maklumat Diskriptif Responden
Kajian ini telah dilakukan di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), yang
melibatkan dua orang responden yang terdiri daripada dua orang kakitangan di Majlis
Agama Islam Melaka. Responden yang dipilih oleh pengkaji terdiri daripada Ketua
Unit Agihan Zakat Negeri Melaka dan Pembantu Akauntan Majlis Agama Islam
Melaka. Pemilihan kedua-dua responden ini adalah berdasarkan kepada pengalaman
dan ilmu mereka yang berkaitan dengan skop tugas masing-masing serta pegawai
yang bertanggungjawab penuh dalam mengurus dan mengutip pinjaman perniagaan
Majlis Agama Islam Melaka. Justeru itu, pemilihan adalah berdasarkan kepada autoriti
mereka dalam memberikan maklumat dan fakta-fakta yang tepat.
Profil Responden
i. Nama Pegawai : Cik Joriza Binti Jauhari
Jawatan : Pegawai Tadbir Bahagian Agihan Zakat Majlis
Agama Islam Melaka.
ii. Nama Pegawai : Puan Maslinda Binti Salleh
Jawatan : Pembantu Akauntan Bahagian Kewangan dan
Akaun Majlis Agama Islam Melaka
4.3 Dapatan Kajian Hipotesis
Alat kajian yang digunakan untuk pengumpulan data dalam kajian ini ialah
satu set soal selidik. Set soal selidik inin mengandungi lapan bahagian iaitu, 1)
Bahagian A: Definisi Pinjaman Perniagaan Menurut MAIM, 2) Bahagian B: Syarat-
syarat Khas dan Am, 3) Bahagian C: Masalah-masalah Kutipan Balik Pinjaman
Perniagaan, 4) Bahagian D: Jenis-jenis Perniagaan Yang Layak Membuat Pinjaman,
5) Bahagian E: Golongan Yang Layak, 6) Bahagian F: Kadar Minimum Dan
Maksimum Pinjaman, 7) Bahagian G: Sumber Wang Pinjaman, dan 8) Bahagian H:
Kesan Dan Cadangan. (Sidek Mohd Noah:2002).
34
4.3.1 Definisi pinjaman perniagaan di Majlis Agama Islam Melaka.
Apa yang dijelaskan oleh Cik Joriza Binti Jauhari, definisi pinjaman
perniagaan di MAIM ini adalah sebagai bantuan perniagaan, yang diberikan kepada
sesiapa yang ingin memodalkan perniagaan masing-masing mengikut syarat-syarat
yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Agama Islam Melaka. Menurut Cik Joriza
Binti Jauhari lagi, pinjaman perniagaan di Majlis Agama Islam Melaka ini juga
dilaksanakan untuk membantu asnaf-asnaf yang ingin mencari pendapatan sendiri dan
dapat meningkatkan lagi ekonomi keluarga asnaf-asnaf tersebut. Selain itu, Cik Joriza
menjelaskan lagi, pinjaman perniagaan ini adalah untuk membantu golongan asnaf ini
untuk mencari pendapatan sendiri dan secara tidak langsung mengeluarkan mereka
daripada kelompok kemiskinan. Selain itu, untuk membantu rakyat negeri Melaka,
dari segi sosioekonomi bagi meningkatkan lagi ekonomi.
4.3.2 Syarat-syarat pinjaman perniagaan
Menurut Cik Joriza Binti Jauhari, antara syarat-syarat untuk membuat
pinjaman perniagaan ialah yang asasnya mestilah beragama islam, pemohon
hendaklah lahir dan bermastautin serta menjalankan perniagaan di Negeri Melaka.
Selain itu, pemohon mesti telah mempunyai dan menjalankan perniagaan. Bukan itu
sahaja, pemohon mesti telah mendaftar perniagaannya dengan pihak yang berkaitan.
Selain itu, pemohon tidak terikat dengan mana-mana pinjaman perniagaan dari lain-
lain agensi. Jika permohonan diluluskan, hendaklah membuat bayaran balik mengikut
syarat dan jumlah yang ditetapkan di dalam perjanjian. Seterusnya semua pemohon
mesti menggunakan borang asal.
Selain daripada syarat-syarat yang ditetapkan, menurut Cik Joriza Binti Jauhari
mengatakan pemohon haruslah melampirkan dokumen-dokumen sokongan seperti
setiap permohonan pinjaman perlu disertai dengan aliran dokumen-dokumen
sokongan yang disahkan. Dokumen-dokumen yang wajib disertakan adalah satu
keping gambar ukuran passport, satu salinan kad pengenalan diri dan tanggungan, satu
salinan lesen atau permit perniagaan, gambar premis perniagaan dan pelan lokasi
perniagaan.
4.3.3 Masalah-masalah kutipan balik pinjaman perniagaan.
35
Pada soalan mengenai masalah-masalah kutipan balik pinjaman perniagaan ini,
Cik Joriza Binti jauhari membahagikan kepada dua bahagian masalah. Iaitu masalah
kepada pihak Majlis Agama Islam Melaka dan masalah kepada si peminjam.
4.3.3.1 Kekurangan kakitangan di MAIM
Cik Joriza Binti Jauhari berkata masalah-masalah kutipan balik pinjaman
perniagaan yang terdapat di pihak MAIM adalah, kakitangan Majlis Agama Islam
Melaka terpaksa membuat surat notis bayaran balik pinjaman perniagaan setiap
minggu untuk peminjam-peminjam yang enggan membayar semula pinjaman mereka.
Kerja-kerja seperti ini boleh membuatkan tugasan hakiki kakitangan tersebut
tergendala. Ini kerana jumlah surat notis yang perlu di buat bukanlah sedikit, malahan
boleh merangkumi sehingga beratus pucuk surat notis yang harus dibuat untuk
diedarkan kepada peminjam yang enggan membayar. Perkara seperti menjadi salah
satu masalah kepada pihak MAIM.
Bukan itu sahaja, Cik Joriza Binti Jauhari berkata masalah yang dihadapi oleh
Majlis Agama Islam Melaka adalah kakitangan yang tidak cukup untuk menguruskan
bahagian kutipan balik pinjaman perniagaan. Ini kerana, pada setiap minggu dalam
mesyuarat bersama Ketua Menteri Melaka, Y.A.B Datuk Seri Hj. Mohd Ali Bin Mohd
Rustam menekankan tentang kutipan balik pinjaman perniagaan ini. Beliau
menegaskan kepada kakitangan Majlis Agama Islam Melaka supaya pergi mencari
peminjam-peminjam yang tidak membayar pinjaman ini. Perkara ini menjadi salah
satu beban kepada kakitangan MAIM untuk melaksanakan.
Oleh itu, Cik Joriza memberi saya carta organisasi kakitangan Bahagian
Agihan Zakat untuk melihat sendiri bilangan kakitangan yang bertugas di bahagian
tersebut. Menurut Cik Joriza kakitangan yang menguruskan berkaitan pinjaman
perniagaan ini hanya seorang sahaja.
Rajah 8.1 Organisasi Kakitangan Yang Menguruskan Pinjaman Perniagaan
36
Sumber: Bahagian Agihan Zakat Majlis Agama Islam Melaka
Rajah 8.1 di atas menunjukkan kakitangan Majlis Agama Islam Melaka yang
menguruskan berkaitan pinjaman perniagaan. Hanya dua orang kakitangan sahaja
yang mengendalikan pinjaman tersebut dengan bilangan peminjam yang begitu ramai.
Responden membuat kesimpulan, mengenai kekurangan kakitangan dengan
menganggarkan jumlah peminjam pinjaman perniagaan di MAIM pada tahun 2010
adalah seramai 1500 orang bagi seluruh daerah di negeri Melaka dan kakitangan yang
menguruskan pinjaman ini adalah seorang sahaja. Ringkasnya adalah:
Bil.Pegawai Bil.Peminjam
1 1500
Bersamaan, 1 : 1500 (satu nisbah seribu lima ratus orang peminjam)
Oleh itu, dengan bilangan peminjam yang ramai dan kakitangan yang
menguruskannya hanya seorang. Maka sudah semestinya jumlah kakitangan yang ada
BAHAGIAN AGIHAN
Cik Joriza Binti Jauhari
Pegawai Tadbir Bahagian Agihan Zakat
(N41)
Zaidah Binti Musa
Pembantu Tadbir
(N17)
37
tidak mencukupi bagi menguruskan hal-hal dalam pinjaman ini dan secara tidak
langsung, ia menjadi satu masalah di organisasi Majlis Agama Islam Melaka.
4.3.3.2 Peminjam yang menjalankan perniagaan bermusim
Selain itu, masalah yang terdapat di organisasi MAIM dalam kutipan balik
pinjaman perniagaan ini adalah, apabila pihak MAIM berdepan dengan peminjam
yang menjalani perniagaan yang bermusim. Menurut Cik Joriza Binti Jauhari,
perniagaan bermusim bermaksud perniagaan yang mendapat sambutan apabila musim
perayaan sahaja. Contohnya perniagaan kuih raya, perniagaan mengambil upah
menjahit baju dan sebagainya yang sering menjadi permintaan di musim perayaan.
Cik Joriza Binti Jauhari berkata pihak MAIM berdepan dengan peminjam seperti ini
kerana mereka hanya mampu bayar balik pinjaman hanya pada ketika perniagaan
mereka mendapat sambutan sahaja, dan selepas itu mereka tidak membayar semula
pinjaman tersebut sehingga mendapat surat notis daripada pihak MAIM.
4.3.3.3 Peminjam yang tidak bertanggungjawab
Puan Maslinda Binti Salleh pembantu akauntan di MAIM iaitu responden
kedua saya telah memberi saya lejer bayaran pinjaman perniagaan Majlis Agama
Islam Melaka untuk senarai peminjam yang tidak membayar pinjaman mereka.
Tujuan beliau memberi lejer tersebut adalah untuk membei pengetahuan lebih
mendalam lagi berkenaan dengan peminjam yang tidak membayar semula pinjaman
mereka. Lejer tersebut adalah seperti berikut.
LEJER BAYARAN PINJAMAN PERNIAGAAN MAJLIS AGAMA ISLAM
MELAKA UNTUK PEMINJAM YANG TIDAK MEMBAYAR
Peminjam 1:
JUMLAH PINJAMAN : RM1,000.00
TARIKH DILULUSKAN : 10/10/2009
TARIKH MULA BAYAR : 07/12/2009
Tarikh Bayar No Resit Bayaran (RM)
13/01/2010 25553 100.00
38
19/03/2010 27111 100.00
21/12/2011 44966 200.00
JUMLAH BAYARAN : RM400.00
BAKI BAYARAN : RM600.00
Keterangan :
JP : Jumlah di pinjam
JB : Jumlah yang di bayar
BB : Baki bayaran
Lejer di atas menunjukkan jumlah pinjaman (JP) peminjam ini sebanyak
RM1,000.00 kepada MAIM bermula tarikh 10.10.2009 dan tarikh yang perlu mula
membayar adalah pada 07.12.2009. Mengikut jadual lejer diatas, peminjam mula
membayar pada 13.01.2010 sebanyak RM100.00 iaitu 3 bulan selepas mendapat
pinjaman. Seterusnya peminjam membayar sebanyak RM100.00 pada tarikh
19.03.2010 iaitu 3 bulan selepas bayaran yang pertama dan pada 21.12.2011
peminjam membayar sebanyak RM200.00 sahaja. .Oleh itu, jumlah bayaran (JB) yang
telah dibayar oleh peminjam sebanyak RM400.00 sahaja berbanding jumlah pinjaman
(JP) sebanyak RM1,000.00. Maka terdapat baki bayaran (BB) sebanyak RM600.00
yang gagal dibayar oleh peminjam.
Peminjam 2:
JUMLAH PINJAMAN : RM1,000.00
TARIKH DILULUSKAN : 05/06/2009
TARIKH MULA BAYAR : 07/08/2009
Tarikh Bayar No Resit Bayaran (RM)
20/07/2009 19545 30.00
25/08/2009 20502 30.00
JUMLAH BAYARAN : RM60.00
BAKI BAYARAN : RM940.00
39
Keterangan :
JP : Jumlah di pinjam
JB : Jumlah yang di bayar
BB : Baki bayaran
Lejer di atas menunjukkan jumlah pinjaman (JP) peminjam sebanyak
RM1,000.00 dan tarikh pinjaman diluluskan pada 05.06.2009 dan peminjam perlu
membayar semula pinjaman bermula tarikh 07.08.2009 iaitu selang 3 bulan selepas
pinjaman diluluskan. Tetapi peminjam mula membayar pada 20.7.2009 sebanyak
RM30.00 sahaja iaitu sebelum tarikh peminjam perlu membayar. Bermaksud
peminjam membayar awal sebulan dari tarikh yang perlu di bayar. Seterusnya
peminjam membayar pada 25.8.2009 sebanyak RM30.00 juga dan ini merupakan
yang terakhir peminjam membayar pinjamannya. Oleh itu, jumlah bayaran (JB) adalah
sebanyak RM60.00 sahaja daripada jumlah pinjaman (JP) yang di buat sebanyak
RM1,000.00. Maka, terdapat baki bayaran (BB) sebanyak RM940.00 yang gagal di
langsaikan oleh peminjam tersebut.
Peminjam 3:
JUMLAH PINJAMAN : RM2,000.00
TARIKH DILULUSKAN : 21/08/2009
TARIKH MULA BAYAR : 07/12/2009
Tarikh Bayar No Resit Bayaran (RM)
04/02/2010 25696 120.00
05/04/2010 27667 60.00
05/05/2010 28045 60.00
01/06/2010 28583 60.00
05/01/2012 45029 600.00
10/02/2012 46074 120.00
JUMLAH BAYARAN : RM1,020.00
BAKI BAYARAN : RM980.00
40
Keterangan :
JP : Jumlah di pinjam
JB : Jumlah yang di bayar
BB : Baki bayaran
Lejer diatas menunjukkan jumlah pinjaman (JP) peminjam sebanyak
RM2,000.00 dan mula diluluskan pada 21.8.2009 dan tarikh mula bayar pada
07.12.2009. Tetapi peminjam mula membayar pada 04.02.2010 sebanyak RM120.00,
seterusnya peminjam membayar pada 05.04.2010 sebanyak RM60.00 iaitu selang 3
bulan pada bayaran pertama. Pada tarikh 05.05.2010 peminjam membayar sebanyak
RM60.00 juga iaitu selepas sebulan membuat pembayaran yang lepas. Pada tarikh
01.06.2010, peminjam membayar sebanyak RM60.00 juga selepas sebulan membuat
bayaran yang lepas. Seterusnya peminjam membayar pada tarikh 05.01.2012 sebanyak
RM600.00 selepas 8 bulan membayar bayaran yang lepas dan pembayaran yang
terakhir pada 10.02.2012 sebanyak RM120.00 iaitu sebulan selepas pembayaran yang
lepas. Oleh itu jumlah bayaran (JB) peminjam adalah sebanyak RM1,020.00 sahaja
daripada jumlah pinjaman (JP) sebanyak RM2,000.00 maka baki bayaran (BB)
sebanyak RM980.00 yang tidak berbayar.
Sumber : Bahagian Kewangan Majlis Agama Islam Melaka
Graf 9.1 di atas, merumuskan di mana peminjam yang membayar pinjaman
mereka mengikut tahunan berdasarkan lejer yang di beri oleh responden ke dua
0 200 400 600 800
Peminjam 1
Peminjam 2
Peminjam 3
Jumlah Bayaran (RM)
Kate
gori
Pem
inja
m
Graf 9.1 Jumlah Bayaran Peminjam Bagi Tahun Tertentu
2012
2011
2010
2009
41
pengkaji. Bagi peminjam pertama, ia membayar pinjaman pada tahun 2010 sebanyak
RM200.00 dan pada tahun 2011 sebanyak RM200.00 juga tetapi, peminjam masih ada
baki bayaran yang tidak dibayar sebanyak RM600.00. Peminjam kedua pula,
peminjam membayar pada tahun 2009 sebanyak RM60.00 dan baki bayaran yang
masih belum diselesaikan adalah sebanyak RM940.00. Peminjam ke tiga pula,
membayar pinjamannya pada tahun 2010 sebanyak RM300.00 dan pada tahun 2012
peminjam hanya membayar sebanyak RM720.00 sahaja dan baki bayarannya adalah
sebanyak RM980.00 yang perlu di bayar.
4.3.3.4 Masalah dari pesaing yang melaksanakan pinjaman perniagaan
Selain itu, Cik Joriza Binti Jauhari menjelaskan lagi pemasalahan kutipan balik
pinjaman perniagaan di MAIM ialah terdapatnya persaingan peminjam. Ini kerana,
adanya organisasi lain yang melaksanakan pinjaman perniagaan seperti Tabung
Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga TEKUN dan Institusi Kewangan yang lain.
Jadual 10.1 PERBEZAAN PINJAMAN PERNIAGAAN DI MAIM DAN
PEMBIAYAAN PERNIAGAAN DI TEKUN
PINJAMAN DI MAIM
PEMBIAYAAN DI TEKUN
KADAR
PINJAMAN
RM100.00 hingga ke
RM3,000.00
RM500.00 hingga ke
RM50,000.00
KADAR CAJ 0%
4% (Caj Perkhidmatan)
Contoh Pengiraan:
Pinjam : RM 10,000.00
Tempoh : 3 tahun bersamaan
36 bulan
Caj perkhidmatan : 4%
RM10,000 × 4 ÷ 100
= RM 400
RM400×36
42
=RM14,400.00
Maka, jumlah yang perlu
dibayar ialah RM14,400.00
TEMPOH
BAYARAN
BALIK
Selama 1 bulan hingga 2 tahun
9 bulan
selama 1 bulan sehingga 5
tahun
CARA
BAYARAN
BALIK
Melalui Japerun di setiap
daerah
Bahagian Kewangan dan
Akaun Majlis Agama Islam
Melaka
Di cawangan TEKUN sahaja
Sumber : MAIM dan TEKUN
Jadual 10.1 diatas menunjukkan perbezaan antara pinjaman perniagaan di
MAIM dan juga pembiayaan perniagaan di TEKUN. Setelah di baca dengan teliti
terdapat banyak perbezaan antara dua pihak tersebut antaranya adalah dari segi kadar
yang diberi kepada peminjam di MAIM minimum adalah RM100.00 dan
maksimumnya adalah RM3000.00. Kadar pinjaman di TEKUN pula, minimum
RM500.00 dan maksimumnya sehingga RM50,000.00. selain itu, dapat dilihat
mengenai caj perkhidmatan yang dikenakan. MAIM tidak mengenakan caj
perkhidmatana atau mana-mana caj tetapi TEKUN mengenakan caj perkhidmatan
sebanyak 4% dalam pembiayaan perniagaan ini. Dari segi cara pembayaran balik pula,
MAIM membuka kaunter di Japerun di setiap daerah di Melaka ini tetapi TEKUN
perlu membayar di cawangan TEKUN sendiri. Itulah yang diperkatakan oleh Cik
Joriza berkenaan dengan saingan peminjam di MAIM.
4.3.3.5 Masalah dari sikap peminjam sendiri
Cik Joriza Binti Jauhari menerangkan masalah kepada peminjam pinjaman
perniagaan di MAIM pula, beliau menjelaskan bahawa ada peminjam yang berani
menipu pihak MAIM semata-mata untuk mendapatkan pinjaman perniagaan ini.
Perkara ini terjadi apabila kakitangan MAIM pergi berjumpa si peminjam untuk
membuat siasatan terhadap perniagaan mereka tetapi peminjam gagal membuktikan
bahawa mereka menjalankan perniagaan seperti mana yang termaktub di dalam surat
permohonan. Bukan itu sahaja peminjam juga sering menggunakan wang pinjaman
perniagaan untuk perkara lain seperti membeli baju sekolah anak, membayar hutang
untuk perkara lain selain memodalkan perniagaan mereka.
43
4.3.3.6 Masalah yang sama sering terjadi
Selain itu, Cik Joriza Bte Jauhari menjelaskan bahawa, sejak pinjaman
perniagaan ini di laksanakan hampir setiap tahun isu berkaitan masalah-masalah
kutipan balik pinjaman perniagaan ini berlaku.
Berdasarkan maklumat yang diberi oleh Pembantu Akauntan Majlis Agama
Islam Melaka Puan Maslinda Binti Salleh, laporan pinjaman perniagaan mengikut
daerah di negeri Melaka bagi tahun 2011.
Jadual 11.1 PINJAMAN PERNIAGAAN MENGIKUT DAERAH BAGI
TAHUN 2011
DAERAH
JUMLAH
PINJAMAN
(RM)
BIL
ORANG
JUMLAH YANG
PERLU DIKUTIP
TAHUN 2011
(RM)
JUMLAH YANG
TIDAK DAPAT
DIKUTIP TAHUN
2011 (RM)
MELAKA
TENGAH
(2010)
269,300.00
190
102,830.00
65,069.00
JASIN
(2010)
75,500.00 60 29,720.00 20,440.00
ALOR
GAJAH
(2010)
49,500.00
40
18,920.00
14,130.00
Jumlah 394,300.00 290 151,470.00 99,639.00
Sumber : Bahagian Kewangan dan Akaun Majlis Agama Islam Melaka
Keterangan :
JPK : Jumlah yang perlu di kutip
JTDK : Jumlah yang tidak dapat di kutip
JDK : Jumlah yang dapat di kutip
Berdasarkan jadual diatas, daerah Melaka Tengah menunjukkan jumlah yang
paling tinggi yang tidak dapat dikutip (JTDK) pada tahun 2011 iaitu sebanyak
44
RM65,069.00 berbanding yang sepatutnya dikutip (JPK) sebanyak RM102,830.00,
bagi daerah Jasin pula menunjukkan jumlah kedua tertinggi yang tidak dapat dikutip
(JTDK) pada tahun 2011 iaitu sebanyak RM20,440.00 berbanding yang perlu dikutip
(JPK) sebanyak RM29,720.00 di daerah Alor Gajah pula menunjukkan jumlah
terendah yang tidak dapat dikutip (JTDK) pada tahun 2011 iaitu sebanyak
RM14,130.00 berbanding jumlah yang perlu dikutip (JPK) ialah sebanyak
RM18,920.00
Berdasarkan laporan diatas, apa yang saya dapat rumuskan ialah jumlah yang
tidak dapat di kutip pada tahun 2011 adalah di daerah Melaka Tengah sebanyak
RM65,069.00 dari jumlah yang perlu dikutip sebanyak RM102,830.00 dengan jumlah
peminjam seramai 190 orang.
4.3.4 Jenis Perniagaan Yang Layak Memohon
Cik Joriza Binti Abas menjelaskan jenis-jenis perniagaan yang layak untuk
memohon dan menerima pinjaman perniagaan di Majlis Agama Islam Melaka. Antara
contoh perniagaan yang dibenarkan ialah, menjual goreng pisang, kuih-muih, nasi
lemak, dan lain-lain. Selain itu, perniagaan menjual minuman contoh air tebu,
perniagaan membuka warung makanan dan perniagaan dari rumah contohnya
membuat kuih-muih dan jahitan yang mempunyai pelanggan tetap.
4.3.5 Golongan Yang Layak
Apa yang di jelaskan oleh Cik Joriza binti Jauhari, golongan yang layak adalah
terbuka sama ada mereka penerima bantuan MAIM atau bukan penerima bantuan
MAIM dan tiga asanaf yang layak adalah asnaf fakir, miskin dan muallaf. Pemohon
yang hendak membuat pinjaman perlulah memenuhi syarat-syarat yang telah
ditetapkan oleh pihak MAIM.
Cik Joriza juga menerangkan takrifan untuk tiga asnaf ini. Fakir bermaksud
orang yang tidak mempunyai harta atau mata pencarian tetapi pendapatannya hanya
dapat menampung separuh keperluan asas untuk diri dan tanggungannya. Takrifan
untuk miskin pula ialah orang yang tiada mempunyai harta atau ada mata pencarian
tetapi masih tidak dapat menampung keseluruhan keperluan asas sama ada bagi
45
dirinya mahupun seisi keluarga di bawah tanggungannya dan takrifan untuk muallaf
pula ialah orang yang baru memeluk agama islam iaitu orang yang dijinakkan hatinya
dengan diberi bimbingan dan bantuan agar mereka tetap teguh mencintai Islam.
4.3.6 Kadar Pinjaman
Menurut Cik Joriza Binti Jauhari, kadar minimum yang diberi kepada
peminjam adalah sebanyak RM 100.00 dan maksimum sebanyak RM 3000.00. Cik
Joriza Binti Jauhari berkata, jumlah maksimum sejak pinjaman ini dilaksanakan
adalah sebanyak RM 2000.00 sahaja. Tetapi pada tahun 2012 pihak Majlis Agama
Islam Melaka, telah menaikkan kadar pinjaman maksimum sebanyak RM 3000.00. Ini
kerana, permintaan dari pihak peminjam sendiri.
Jadual 12.1 KADAR PINJAMAN PERNIAGAAN DI MAIM 2011
Tahap Kadar
Minimum RM 100.00
Maksimum RM 3000.00
Sumber : Bahagian Kewangan dan Akaun Majlis agama Islam Melaka
Pada graf 13.1 di atas, menerangkan kadar yang sering di pinjam oleh
peminjam. Pada kadar RM100.00 menunjukkan bilangan peminjam seramai 30 orang
0
50
100
150
200
Bila
nga
n p
emin
jam
Kadar Pinjaman
Graf 13.1 KADAR YANG SERING DIPINJAM
KADAR YANG SERING
DIPINJAM
46
sahaja. Ini kerana, peminjam menjalankan perniagaan yang menggunakan modal yang
rendah seperti menjalankan perniagaan menjual makanan ringan dan sebagainya yang
menggunakan modal yang rendah. Pada kadar RM500.00 pula, bilangan peminjam
seramai 50 orang. Kemungkinan peminjam menjalankan perniagaan yang
memerlukan modal sebanyak itu seperti perniagaan memjual nasi lemak secara kecil-
kecilan, menjual goreng pisang dan sebagainya.
Pada kadar RM1000.00, seramai 150 orang yang meminjam. Pada kadar ini,
menunjukkan bilangan yang tinggi berkemungkinan peminjam menjalankan
perniagaan yang memerlukan modal yang tinggi seperti perniagaan air tebu yang
memerlukan modal untuk membeli mesin tebu yang harganya sememangnya mahal.
Selain itu, pada kadar pinjaman RM2000.00 pula seramai 200 orang yang meminjam.
Ini menunjukkan bilangan peminjam yang paling tinggi. Mungkin kerana, peminjam
menjalankan perniagaan yang memerlukan modal yang tinggi contohnya perniagaan
menjahit baju. Untuk memulakan perniagaan ini memerlukan peminjam membeli
mesin jahit yang tinggi harganya dan barang-barang sampingan yang perlu digunakan
untuk menjalankan perniagaan tersebut.
Pada kadar maksimum pula seramai 100 orang sahaja yang meminjam pada
kadar tersebut. Kebiasaannya yang meminjam pada kadar tersebut adalah peminjam
yang ingin membuka kedai untuk pernigaan mereka. Seperti warung makanan dan
minuman yang memerlukan modal sebanyak itu, dan peminjam seperti ini selalunya
menggunakan wang simpanan mereka separuh untuk memodalkan perniagaanya.
4.3.7 Sumber Wang pinjaman
Menurut Cik Joriza Binti Jauhari, dana untuk membuat pinjaman perniagaan
ini adalah dari wang zakat, kerana tujuan utama pinjaman perniagaan adalah untuk
membantu.
4.3.8 Kesan Dan Cadangan
47
4.3.8.1 Kesan
Cik Joriza Binti Jauhari berkata, kesan positif yang terdapat di pengurusan
Majlis Agama Islam Melaka adalah, pihak Majlis Agama Islam Melaka dapat
mengurangkan peratus bantuan kepada golongan asnaf dan secara tidak langsung
dapat mengurangkan indeks golongan fakir dan miskin. Kerana MAIM telah memberi
bantuan dan mereka telah memajukan kehidupan mereka dengan memulakan
perniagaan. Selain itu, kesan negatif yang diterima oleh MAIM adalah perlu berdepan
dengan peminjam-peminjam yang mempunyai sikap tidak bertanggungjawab .
Menurut Cik Joriza Binti Jauhari, ada peminjam yang apabila hendak meminjam
mereka akan mengerah pegawai yang bertugas untuk mendapatkan pinjaman mereka
secepat mungkin, dan apabila sudah sampai masa mereka susah untuk memulangkan
pinjaman.
4.3.8.2 Cadangan
Cik Joriza Binti Jauhari mencadangkan bahawa, satu tindakan yang ringan
dikenakan ke atas penerima pinjaman akan membayar semula pinjaman mereka.
Selain dari itu, beliau juga mencadangkan bahawa pihak atasan Majlis Agama Islam
Melaka menambahkan lagi bilangan kakitangan di MAIM lebih-lebih lagi di bahagian
Agihan Zakat ini agar dapat melancarkan lagi tugasan mengutip pinjaman perniagaan
kepada peminjam-peminjam yang payah untuk membayar semula pinjaman, seperti
yang telah di sarankan oleh Ketua Menteri Melaka kita Y.A.B Datuk Seri Hj. Mohd
Ali Bin Mohd Rustam.
4.4 Rumusan
Di dalam bab ini pengkaji telah dapat menemubual responden dan telah
mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk pengkaji. Seperti
mana soal selidik yang telah diberikan kepada responden untuk mendapatkan jawapan
yang bernas lagi tepat. Didalam bab keputusan ini, pengkaji menyatakan mengenai
maklumat diskriptif responden, yang mengenalkan profil responden yang di
temuramah oleh pengkaji bagi menjayakan kajian beliau.
Selain itu, di dalam bab ini juga terdapat dapatan kajian hipotesis yang
menyatakan alat kajian yang digunakan pengkaji untuk mengumpul data dalam
48
kajiannya. Di dalam bab ini juga, pengkaji menyatakan mengenai soalan-soalan yang
dikemukakan kepada responden antaranya mengenai definisi pinjaman perniagaan di
Majlis Agama Islam Melaka, adalah bantuan perniagaan, yang diberikan kepada
sesiapa yang ingin memodalkan perniagaan mengikut syarat-syarat yang telah di
tetapkan oleh pihak Majlis Agama Islam Melaka.
Pengkaji juga, mengutarakan soalan berkaitan syarat-syarat pinjaman
perniagaan di MAIM dan responden menjelaskan dengan lengkap syarat-syarat yang
ditetapkan. Menurut responden syarat-syarat yang ditetapkan oleh MAIM, bersesuaian
dengan golongan fakir dan miskin yang ingin memulakan perniagaan.
Selain itu, di dalam bab ini juga, pengkaji menyatakan soalan berkenaan
objektif kajian pengkaji iaitu berkaitan masalah-masalah kutipan balik pinjaman
perniagaan di MAIM. Responden menjelaskan satu persatu berkaitan masalah tersebut
antaranya adalah mengenai kekurangan kakitangan di MAIM yang menjadi masalah
kutipan balik pinjaman perniagaan ini.
Selain itu, masalah peminjam yang menjalankan perniagaan bermusim,
menurut responden peminjam yang menjalankan perniagaan seperti ini yang sering
tidak membayar semula pinjamannya. Soalan seterusnya adalah berkaitan masalah
dari pesaing yang melaksanakan pinjaman perniagaan. Antaranya TEKUN dan
institusi kewangan yang lain.
Masalah dari sikap peminjam juga di nyatakan di bawah bab ini. Ini kerana,
untuk mengkuatkan lagi permasalahan kutipan balik pinjaman perniagaan yang
terdapat di Majlis Agama Islam Melaka. Bukan itu sahaja, dengan sikap peminjam
yang tidak bertanggungjawab boleh memberi masalah kepada pihak Majlis Agama
Islam Melaka.
Selain itu, masalah yang sama juga sering terjadi semenjak pinjaman
perniagaan ini dilaksanakan. Jenis-jenis perniagaan yang layak memohon juga di
nyatakan di dalam bab ini. Seterusnya golongan yang layak menerima pinjaman
perniagaan ini, kadar pinjaman yang di tetapkan oleh pihak MAIM, sumber wang
49
yang digunakan untuk melaksanakan pinjaman ini, kesan dalam perlaksanaan
pinjaman perniagaan dan juga cadangan dari pihak responden sendiri.
BAB 5 : PERBINCANGAN DAN PENUTUP
50
5.1 Pendahuluan
Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji telah memilih Majlis Agama Islam
Melaka untuk memastikan kajian ini mencapai objektifnya. Hasil dari kajian ini,
pengkaji dapatlah merumuskan apakah masalah-masalah dalam kutipan balik
pinjaman perniagaan di Majlis Agama Islam Melaka, serta mengetahui perancangan
yang dibuat oleh MAIM untuk menyelesaikan masalah dalam kutipan balik pinjaman
perniagaan tersebut.
5.2 Perbincangan Keputusan
Hasil dapatan daripada kajian ini mendapati bahawa terdapat tiga masalah
dalam kutipan balik pinjaman perniagaan di Majlis Agama Islam Melaka yang sering
berlaku sejak pinjaman perniagaan ini dilaksanakan di MAIM. Antara masalah yang
terdapat pada objektif umum pengkaji adalah untuk mengetahui apakah masalah-
masalah yang di hadapi oleh Majlis Agama Islam Melaka, di Bahagian Agihan Zakat
khususnya dalam kutipan pembayaran balik pinjaman perniagaan. Di dalam objektif
khusus pengkaji ingin mengenalpasti masalah-masalah dalam kutipan pembayaran
balik pinjaman perniagaan, mengetahui syarat-syarat untuk membuat pinjaman
perniagaan di Majlis Agama Islam Melaka dan untuk mengenalpasti kadar pinjaman
yang di berikan oleh pihak MAIM kepada peminjamnya.
5.2.1 Mengenalpasti masalah-masalah dalam kutipan balik pinjaman
perniagaan.
Pengkaji telah mengenalpasti masalah-masalah yang terdapat dalam kutipan
pembayaran balik pinjaman perniagaan ini. Antara masalah yang dikenalpasti adalah:
1. Kekurangan kakitangan di Majlis Agama Islam Melaka, untuk menguruskan surat-
surat notis peminjam yang lewat membayar pinjaman. Perkara ini, menjadi
sebahagian masalah di organisasi MAIM dalam kutipan balik pinjaman
perniagaan. Kakitangan yang menguruskan pinjaman boleh di wakili dengan
1:1500 iaitu seorang kakitangan mewakili 1500 peminjam di setiap daerah, ini
menjadi beban kepada kakitangan tersebut untuk menguruskannya seorang diri.
2. Peminjam yang menjalankan perniagaan bermusim. Peminjam seperti ini, sering
tidak membayar pinjaman mereka semula. Kerana apa yang dikatakan dengan
51
perniagaan bermusim adalah, perniagaan seperti menjual kuih raya, mengambil
upah menjahit baju dan sebagainya yang hanya mendapat sambutan pada musim
perayaan sahaja. Oleh itu, peminjam yang menjalankan perniagaan seperti ini,
hanya dapat membayar semula pinjaman mereka pada waktu keuntungannya
tinggi sahaja dan selepas musim perayaan mereka tidak membayar balik pinjaman
mereka atas alasan tiada keuntungan.
3. Masalah peminjam yang tidak bertanggungjawab. Permasalahan berkaitan sikap
peminjam itu sendiri yang tidak bertanggungjawab untuk membayar semula
pinjaman mereka di MAIM. Sikap seperti inilah yang sering dihadapi pihak
MAIM dan menjadi masalah dalam kutipan balik pinjaman perniagaan.
5.2.2 Mengetahui syarat-syarat untuk membuat pinjaman perniagaan di Majlis
Agama Islam Melaka
Pengkaji ingin mengenalpasti syarat-syarat pinjaman perniagaan di MAIM
adalah untuk memikir sama ada disebabkan syarat yang ditetapkan oleh MAIM
peminjam tidak atau melengah-lengahkan pembayaran pinjaman ini. Antara syarat-
syaratnya adalah:
1. Hanya satu permohonan bagi satu keluarga.
2. Telah menjalankan perniagaan (minimum 3 bulan) dan mempunyai lesen
pendaftaran perniagaan.
3. Umur minimum untuk memohon adalah 21 tahun ke atas dan telah berkeluarga
(mempunyai tanggungan).
4. Tidak terikat dengan mana-mana pinjaman kewangan untuk tujuan perniagaan
(contoh: TEKUN, AIM)
5. Perniagaan yang dijalankan mestilah berskala kecil, bukan berbentuk
pertanian, perikanan, penternakan, bukan bermusim iaitu tidak hanya
menjalankan perniagaan pada musim perayaan dan bukan jualan langsung
(MLM).
Contoh perniagaan yang dibenarkan:
Menjual goreng pisang, kuih-muih, nasi lemak dan lain-lain.
Menjual minuman (contoh:air tebu)
Warung makanan dan
52
Perniagaan di rumah (contoh: membuat kuih-muih dan jahitan yang
mempunyai pelanggan tetap).
5.2.3 Untuk mengenalpasti kadar pinjaman yang di berikan oleh pihak MAIM
kepada peminjamnya.
Pengkaji mengenal pasti kadar yang diberikan oleh pihak MAIM kepada
peminjam. Responden menyatakan kadar minimum yang diberi kepada peminjam
adalah sebanyak RM 100.00 dan maksimum sebanyak RM 3000.00. Responden
berkata, jumlah maksimum sejak pinjaman ini dilaksanakan adalah sebanyak RM
2000.00 sahaja. Tetapi pada tahun 2012 pihak Majlis Agama Islam Melaka, telah
menaikkan kadar pinjaman maksimum sebanyak RM 3000.00. Ini kerana, permintaan
dari pihak peminjam sendiri.
Selain itu, pengakaji mendapati terdapat perbezaan yang ketara dalam
perlaksanaan pinjaman perniagaan di Majlis Agama Islam Melaka dan di perbankan
mahupun organisasi lain yang melaksanakan pinjaman perniagaan ini. Pengkaji juga,
mendapati terdapat kelebihan membuat pinjaman perniagaan di MAIM berbanding
institusi kewangan yang lain yang sering mengenakan caj pada setiap pembiayaan
yang dilaksanakan tetapi pinjaman di MAIM tidak mengenakan sebarang caj terhadap
peminjam. Tetapi peminjam mengambil kesempatan terhadap kelonggaran yang
diberikan oleh pihak MAIM.
Pengkaji mendapati pinjaman di MAIM ini adalah berdasarkan konsep qard
Hasan iaitu bantu membantu tanpa mengenakan sebarang caj. Bagi pengkaji, ini
adalah satu perlaksanaan yang terbaik dan dapat mengurang kadar peratusan
kemiskinan di kalangan masyarakat yang beragama islam di Melaka untuk
memodalkan perniagaan secara tidak langsung dapat menyara keluarga daripada hasil
perniagaan mereka itu sendiri.
5.3 Cadangan
53
5.3.1 Cadangan kepada Majlis Agama Islam Melaka.
1. Supaya pihak Majlis Agama Islam Melaka lebih mengetatkan lagi syarat-
syarat untuk membuat pinjaman perniagaan. Contohnya menyenaraikan
tindakan atau denda yang akan dikenakan terhadap peminjam yang tidak
membayar pinjaman atau lewat membayar pinjaman. Supaya peminjam dapat
membayar pinjaman mereka dengan segera.
2. Pihak Majlis Agama Islam Melaka, dapat menubuhkan Unit Badan Penasihat
dan Kaunseling kepada sesiapa yang membuat permohonan pinjaman ini.
Seperti memberi nasihat supaya membayar semula jika telah mendapat
pinjaman kelak, supaya peminjam timbul rasa bertanggungjawab untuk
membayar pinjaman secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah
kutipan balik pinjaman perniagaan di Majlis Agama Islam Melaka.
3. Organisasi Majlis Agama Islam Melaka dapat menambahkan lagi bilangan
kakitangan di Bahagian Agihan Zakat ini khususnya untuk menguruskan
berkaitan pinjaman perniagaan ini, supaya hal-hal mengenai pinjaman ini
berjalan dengan lancar sama ada hal berkaitan bayaran balik pinjaman,
permohonan pinjaman dan lain-lain lagi.
4. Pihak Majlis Agama Islam meletakkan penjamin untuk peminjam pinjaman
perniagaan, supaya masalah peminjam tipu atau lari untuk membayar balik
tidak berlaku. Penjamin yang layak untuk menjamin adalah seperti ketua
kampung, imam dan ketua daerah kecuali ahli keluarga. Ini kerana, jika
penjamin adalah ahli keluarga peminjam sendiri berkemungkinan boleh terjadi
komplot antara peminjam dan penjamin.
5. Pinjaman berunsurkan wang sepenuhnya dimansuhkan. Bermaksud, MAIM
akan membantu peminjam yang hendak memulakan perniagaan dengan
membelikan barang-barang asas untuk berniaga dan akan memberi pinjaman
wang separuh sahaja, contohnya peminjam ingin menjalankan perniagaan
goreng pisang. Oleh itu, MAIM akan membelikan barangan kelengkapan
seperti kuali, dapur, payung, meja dan barang kelengkapan yang lain.
Barangan keperluan seperti tepung, pisang, minyak dan lain-lain MAIM akan
memberi wang pinjaman untuk dibeli sendiri oleh peminjam. Pengkaji
merasakan dengan cara ini peminjam lebih bersemangat untuk memulakan
perniagaan mereka.
54
5.3.2 Cadangan kepada pengkaji masa hadapan
1. Dapat berjumpa dengan peminjam yang ada masalah mengenai pembayaran
balik pinjaman perniagaan di Majlis Agama Islam Melaka. Supaya dapat
mengenalpasti masalah-masalah peminjam itu sendiri.
2. Dapat membuat perbezaan antara pinjaman di Majlis Agama Islam dengan
pinjaman perniagaan di perbankan Islam selain TEKUN dan AIM.
3. Dapat memberi idea dan cadangan yang lebih bernas lagi kepada MAIM untuk
mengurangkan bilangan peminjam yang tidak membayar balik pinjaman.
4. Dapat mengenalpasti bilangan peminjam dari golongan fakir, miskin dan
muallaf yang membuat pinjaman di MAIM ini.
5. Menjadikan organisasi MAIM ini sebagai badan kerajaan yang hendak
membantu golongan asnaf untuk keluar dari kelompok kemiskinan dan bukan
badan kebajikan masyarakat.
5.4 Kesimpulan
Kajian telah membuktikan bahawa terdapat pelbagai masalah yang terpaksa
dihadapi oleh pihak MAIM khususnya di Bahagian Agihan Zakat dalam kutipan balik
pinjaman perniagaan ini. Kajian telah dilakukan dengan menemuramah dua orang
responden iaitu Pegawai Bahagian Zakat dan Agihan Majlis Agama Islam Melaka dan
juga responden iaitu Pembantu Akauntan Majlis Agama Islam Melaka. Kajian ini
dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah kutipan balik
pinjaman perniagaan di Majlis Agama Islam Melaka. Selain itu, kajian ini dijalankan
untuk mengenalpasti syarat-syarat yang ditetapkan untuk permohonan pinjaman ini,
tujuan pinjaman perniagaan ini dilaksanakan di Majlis Agama Islam Melaka dan juga
perbezaan pinjaman perniagaan di MAIM, pinjaman di institusi kewangan yang lain.
Bahagian ini akan membincangkan hasil kajian yang telah diperolehi dan kiraan
pinjaman perniagaan. Pengkaji berharap, peminjam yang telah membuat pinjaman
perlulah membayarnya semula dan tidak melengah-lengahkan.
Selain itu, pinjaman perniagaan di MAIM merupakan satu pendekatan yang
baik dan perlu diteruskan. Meskipun begitu, pelaksanaannya bukanlah suatu yang
55
mudah kerana asnaf merupakan individu istimewa yang perlu dibantu dalam pelbagai
aspek tidak terhad kepada material sahaja. Pemberian mudah tanpa pemantauan akan
hanya menggagalkan program tersebut. Program-program ini juga memerlukan
jumlah peruntukan yang besar dan berisiko tinggi tetapi mempunyai potensi yang
besar.
Adalah lebih baik mengagihkan kepada asnaf yang lain atau membuat
pengagihan secara langsung sekiranya program seumpama ini tidak mampu
dilaksanakan dengan baik. Pihak berkuasa perlu mempersiapkan diri dalam mengurus
pembahagian cara baru ini yang menuntut perubahan minda dan cara bekerja.
Meskipun bantuan luar daripada perunding diperlukan tetapi dana yang digunakan
bukanlah suatu yang begitu mudah dibelanjakan. Segala perbelanjaan perlulah
mengikut lunas-lunas syarak. Adalah menjadi harapan agar semua pihak yang terlibat
sama ada pihak MAIM mahupun pihak luar dapat bekerja dengan penuh dedikasi dan
keinsafan agar objektif mengurangkan kemiskinan dapat dicapai sepenuhnya.
RUJUKAN
56
Abdul Sami‟ al-Misri (1993). Perniagaan dalam Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur.
Ahmad Sufian bin Che Abdullah, Suhaili bin Sarif, Nor ‟Azzah binti Kamri dan Mohd
Abdul Wahab Fatoni bin Mohd Balwi (2008). Pembiayaan perniagaan
melalui zakat. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Keusahawanan Islam II
Peringkat Kebangsaan, anjuran UM dan Jakim, 15 Oktober .
Ahmad Sufian Che Abdullah, Mohd Abd Wahab Fatoni Mohd Balwi dan Suhaili Sarif
(2008). Fiqh al-Tijarah: Suatu Sorotan Awal Perniagaan Islam Secara
Komprehensifk. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Keusahawanan Islam II
Peringkat Kebangsaan 2008 SKIS 08 15 Oktober 2008 anjuran UM dan Jakim.
Mohd Nizho bin Abdul Rahman dan Mohd Shukri bin Hanapi (2008). Etika
Perniagaan dari Perspektif al-Quran: Satu Tinjauan. Kertas kerja dibentang di
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan 2008 SKIS 08
15 Oktober 2008 anjuran UM dan Jakim.
Mustafa Haji Daud, (1994). Perniagaan Menurut Islam. (siri pengurusan dan
pentadbiran utusan). Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.
Nor Mohamed Yakcop (1996). Teori, Amalan dan Prospek Sistem Kewangan Islam di
Malaysia. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Rosbi Abd Rahman, Sanep & Ahmad Hairunnizam Wahid (2008). Perlaksanaan
Bantuan Modal Zakat : Analisis Perbandingan. Kertas kerja dibentangkan di
Seminar Kebangsaan Ekonomi Malaysia 2008 Sesi III (A), Pusat Pengajian
Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi Selangor, 43600 Malaysia
Rosbi Abd Rahman, Sanep (2011). Strategi Pembangunan Keusahawanan Asnaf
57
Fakir dan Miskin melalui Agihan Bantuan Modal Zakat (Entrepreneurship
Development Strategy for Poor and Needy Recipients on Capital Assistance
through Zakat Distribution). Junal Pengurusan 33(2011) 37-34 (Disember/
December 2011).
Syahnaz binti Sulaiman (2011). Konsep Pinjaman Menurut Islam. Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia.
Sidek Mohd Noah. 2002. Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis.
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
E-Muamalat
http://www.islam.gov.my/muamalat/akhbarmajalah/kelebihan-pinjaman-islam
.10.02.2012
http://www2.islam.gov.my/muamalat/kertaspersidangan/fiqh-al-tijarah-suatu-sorotan-
awal perniagaan-islam-secara-komprehensif. 10.02.2012
Majlis Agama Islam Melaka
http://www.maim.gov.my/. 15.10.2012
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga
http://www.tekun.gov.my/web/guest/home . 15.02.2012
Universiti Kebangsaan Malaysia
http://www.ukm.my/penerbit/jp33-04.html,02.03.2012
http://www.ukm.my/hadhari/sites/default/files/prosiding/p22.pdf , 05.03.2012
LAMPIRAN KAJIAN
58
Bil. Kandungan
1. Borang memohon mengadakan temuramah berkaitan masalah-
masalah kutipan balik pinjaman perniagaan di MAIM
2. Soalan temuramah pengkaji untuk responden
3. Borang permohonan pinjaman perniagaan MAIM
Risalah Bahagian Agihan Zakat MAIM
5. Borang permohonan pembiayaan perniagaan di TEKUN