Post on 17-Jan-2023
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Industri perhotelan adalah berkait rapat dengan sektor
pelancongan dan perdagangan kerana fungsinya adalah membekalkan
tempat kediaman atau tempat persinggahan yang bersifat sementara
kepada pengunjung-pengunjung. Menurut Lucas (2004), kebanyakan
kerja dalam hospitaliti dan pelancongan seperti perhotelan,
restoran, dan catering mempunyai perhubungan yang sama dari segi
aktiviti. Hal ini bermaksud, sektor pelancongan memerlukan
industri perhotelan dan sebaliknya.
Berdasarkan statistik yang diambil daripada Malaysian
Association of Hotels (2013) mengenai jumlah hotel yang berdaftar
di seluruh negara, sebanyak 2445 hotel berdaftar (163194 bilik)
beroperasi di seluruh negara. Perkembangan sektor pelancongan di
Malaysia membolehkan pertambahan bilangan pelancong dari luar
negara datang ke Malaysia. Hal ini sekaligus, meningkatkan jumlah
pelancong untuk mendiami hotel yang sedia ada dalam jangka masa
pendek.
Mengikut statistik daripada Tourism Malaysia (2002),
sebanyak 47 peratus daripada penginap hotel merupakan pelancong
dari luar negara. Statistik ketibaan pelancong asing ke Malaysia
menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Perkembangan sektor
pelancongan turut menyebabkan perkembangan dan pertambahan jumlah
hotel dalam industri perhotelan.
Selain itu, peluang perkerjaan yang banyak dalam industri
perhotelan perlu dimanfaatkan oleh pengurus untuk memilih
perkerja mereka yang berkualiti. Menurut sumber yang diperolehi
daripada World Travel and Tourism Council (WTTC) (2010), industri
pelancongan dan hospitality negara telah mewujudkan 1.3 juta
peluang pekerjaan pada tahun 2010 di mana jumlah ini adalah 11.9
peratus daripada kesemua jumlah pekerjaan di seluruh negara.
Jumlah ini menunjukkan sektor pelancongan dan perhotelan
menyumbang kadar peluang pekerjaan yang tinggi dan pemilihan
pekerja yang betul-betul berkelayakan untuk berkerja adalah
perlu.
Malaysia merupakan antara negara yang wajib dilawat oleh
pelancong luar dan dalam negara pada tahun 2014 sempena Tahun
Melawat Malaysia. Malaysia menduduki kedudukan 10 negara yang
perlu dilawat. Berdasarkan fakta-fakta tersebut, Malaysia
mempunyai potensi untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan yang
terbesar di rantau Asia.
1.2 Latar Belakang Kajian
Industri perhotelan bermula sejak tamadun Babylon daripada
tahun 2067 sehingga 2025 sebelum Masihi (Karim, 2007). Ia
berkembang dengan pesat. Pada masa itu, pedagang-pedagang
bertukar barang dagangan dari serata pelosok rantau dan tempat
persinggahan sementara merupakan salah satu tukaran dagangan pada
masa itu bagi pedagang yang berasal daripada jauh dari negeri
asal.
Di Malaysia, industri ini bermula pada zaman kesultanan
Melayu Melaka apabila banyak pedagang asing datang berdagang di
pelabuhan Melaka. Pedagang asing dari China, Arab, Eropah dan
negara-negara lain tinggal di tempat persinggahan sementara
(motel) sebelum balik ke negara asal mereka.
Sejak tahun 1980 hingga 1990-an, industri perhotelan
berkembang dengan pesat. Perkembangan yang paling ketara adalah
pada tahun 1990-an apabila banyak syarikat hotel gergasi bertapak
di Malaysia. Antara hotel antarabangsa yang mula beroperasi pada
masa itu adalah Sheraton, Marriot, Ritz Carlton dan Regent
(Karim, 2007).
Kini, pembangunan industri pelancongan di Malaysia adalah
pada tahap yang membanggakan. Pembangunan industri pelancongan
yang begitu pesat dewasa ini memerlukan jumlah tenaga kerja yang
besar bagi menyokong sektor-sektor perkhidmatan seperti
perhotelan, restoran dan sebagainya. Sektor ini memerlukan
pekerja yang mahir dan mempunyai tahap pendidikan yang formal
untuk menjamin kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada
pelancong (Lockyer and Scholarios, 2005). Bagi melatih tenaga
kerja mahir dalam bidang perhotelan, pelbagai institusi pengajian
tinggi, politeknik dan kolej komuniti menawarkan program-program
seperti pengurusan pelancongan dan hospitaliti, seni kulinari,
dan pengurusan acara yang mempunyai permintaan yang tinggi
daripada masyarakat.
Masyarakat sekarang amat cenderung untuk melanjutkan
pelajaran mereka dalam bidang hospitaliti. Graduan yang
menamatkan pengajian dalam bidang hospitaliti dijangka akan
menyumbangkan kepakaran mereka dalam sektor perhotelan.
Walaubagaimanapun, berdasarkan kajian literatur, kebanyakan
graduan program tersebut kurang berminat untuk memasuki pasaran
kerja dalam sektor-sektor perhotelan yang memerlukan tenaga kerja
yang insentif (Chuang at al,. 2007). Hal ini didorong oleh minat
mereka dalam membuat keputusan pemilihan kerja. Graduan bidang
pelancongan seperti perhotelan dijangka akan meninggalkan
industri perhotelan secara pra-matang iaitu mereka hanya
berkhidmat di antara tiga hingga lima tahun (Chuang at al,.
2007). Selepas tempoh tersebut, kebanyakan graduan tersebut akan
berhenti dari pekerjaan mereka.
Berdasarkan statistik yang diambil daripada laporan WTTC
(2002), mengenai impak pelancongan ke atas ekonomi dan
pertambahan pekerjaan kepada negara, terdapat sebanyak 231 hotel
di Sarawak iaitu sebanyak 11,616 bilik hotel boleh di dapati di
Kuching, Sarawak sahaja.
Pengurusan sesebuah hotel yang baik adalah bergantung kepada
kualiti perkerja sesebuah hotel tersebut. Maka, proses
pengrekrutan dan penapisan perkerja perlu dilakukan sebelum
mengambil seseorang berkerja. Kekurangan kemahiran dalam
pengrekrutan menyebabkan matlamat untuk mendapatkan pekerja yang
terbaik dalam industri hotel tidak tercapai (Lockyer and
Scholarios, 2005). Pekerja yang berkemahiran dapat memudahkan
organisasi untuk mencapai objektif mereka.
Di samping itu, individu akan tertarik untuk memohon bekerja
di sesebuah syarikat di mana kebajikan pekerjanya dijaga. Menurut
Goss (1994: 122), kebajikan pekerja perlu dijaga jika hendak
pekerja mereka setia dengan syarikat mereka. Hal ini bermakna,
pekerja tidak akan berhenti dari kerja mereka jika pihak atasan
membuat aktiviti kebajikan kepada mereka. Sebagai contoh, hari
keluarga bersama semua pekerja syarikat, percutian ke pusat
peranginan bagi pekerja yang telah lama berkhidmat dan banyak
lagi.
Kawasan Kuching, Sarawak telah dipilih sebagai kes kajian
kerana Kuching merupakan salah satu kawasan yang mempunyai banyak
kawasan pelancongan. Hal ini menyebabkan permintaan untuk bilik
hotel amat tinggi. Selain itu, industri perhotelan di sini amat
unik kerana menawarkan pelbagai kemudahan dan mempunyai pelbagai
jenis hotel daripada hotel mampu milik sehinggalah hotel jenis
mewah.
1.2 Pernyataan Masalah
Kajian ini melihat faktor tolakan dan tarikan yang
mempengaruhi pekerjaan dalam industri hotel. Kebelakangan ini,
lambakan pekerja dalam industri hospitaliti berlaku. Ramai
pekerja yang hendak bekerja dalam industri hospitaliti seperti
perhotelan, restoran dan pelancongan. Ketiga-tiga indsutri
tersebut adalah saling berkait rapat. Walaubagaimanapun, lebihan
pekerja dalam industri ini menimbulkan masalah kepada individu
lain.
Untuk memasuki ataupun bekerja dalam industri hotel pada
hari ini memerlukan kelulusan yang setaraf dengan jawatan yang
dipohon. Jumlah yang kecil bagi graduan lepasan hospitaliti
seperti hotel management atau kulinari memberi masalah kepada
industri hospitaliti untuk mewujudkan pekerja yang benar-benar
berkualiti.
Walaupun bandaraya Kuching terkenal dengan pembangunan pesat
bagi sektor perhotelan, terdapat halangan yang dihadapi. Kuching
menjadi kawasan tumpuan bagi pelancong kerana kawasan yang banyak
tempat peranginan. Ini menjadikan kawasan ini padat dan hotel-
hotel sedia ada tidak dapat menampung pengunjung yang datang ke
Kuching pada hujung tahun.
Organisasi menghadapi masalah untuk merekrut ataupun mencari
pekerja yang boleh bekerja lama dengan mereka. Masalah yang
dihadapi adalah seperti kurang efisien dalam pelaksanaan dan
penjagaan kebajikan pekerja mereka. Oleh itu, pernyataan masalah
disini hendak melihat apakah aktiviti yang dijalankan oleh
majikan untuk menarik pekerja bekerja dalam organisasi mereka?
Apakah faktor tarikan dan tolakan yang mempengaruhi individu
untuk bekerja dalam sektor hotel?
1.3 2 PERSOALAN KAJIAN
a) Apakah aktiviti yang dijalankan oleh HRM untuk menjaga
kebajikan pekerjanya?
b) Apakah faktor penarik yang mempengaruhi seseorang berkerja
dalam industri hotel?
1.4 2 OBJEKTIF KAJIAN
Untuk mencapai matlamat kajian yang dilakukan, perspektif
pihak pengurusan hospitaliti tentang bidang perkerjaan harus
diketahui supaya dapat mengetahui apakah kriteria-kriteria yang
perlu ada pada seseorang untuk berkerja dengan mereka. Perspektif
seseorang perkerja juga perlu diketahui supaya dapat diketahui
apakah sebab mereka berkerja dalam sesebuah hotel. Oleh itu,
secara umumnya, objektif kajian adalah seperti berikut:
a) Mengenalpasti aktiviti-aktiviti kebajikan pekerja yang
dijalankan oleh Jabatan Pembangunan Sumber dan Manusia untuk
menarik masyarakat untuk bekerja di hotel.
b) Mengenalpasti apakah faktor penarik dan penolak yang
mempengaruhi pekerjaan dalam industri hotel.
1.5 Skop Kajian
Kajian ini dijalankan keatas hotel-hotel dalam kawasan
kajian sahaja dan kajian ini tidak melibatkan resort ataupun
jenis penginapan yang lain. Hotel yang dikaji dalam kajian ini
adalah hotel-hotel yang terletak di kota-kota dan kawasan yang
ramai pengunjung kerana dijangka banyak kemudahan yang disediakan
oleh hotel-hotel tersebut. Menurut kajian Okoroh at al. (2002),
hotel-hotel bersaiz sederhana merujuk kepada hotel yang mempunyai
bilik di antara 26 hingga 50 buah bilik.
Skop kajian ini memfokuskan apakah faktor individu menceburi
bidang pekerjaan dalam industri hotel sama ada faktor tarikan
ataupun tolakan. Kawasan kajian yang dipilih adalah kawasan
bahagian bandaraya Kuching, Sarawak kerana di kawasan ini,
bilangan hotel adalah banyak disebabkan pengunjung yang ramai
berkunjung ke Sarawak. Persaingan hotel-hotel di Kuching adalah
sangat pesat dalam pengambilan ataupun pengrekrutan pekerja.
Beberapa hotel telah dipilih sebagai responden kajian dalam
menjalankan kajian ini.
1.6 Kepentingan kajian
Industri perhotelan merupakan salah satu bentuk pelaburan
yang baru di Malaysia. Negara Malaysia merupakan salah satu
negara yang memandang serius di dalam pembangunan industri
pelancongan. Industri pelancongan ini telah dikenal pasti sebagai
salah satu bentuk pelaburan yang boleh mendatangkan pendapatan
besar kepada negara. Industri perhotelan merupakan salah satu
komponen yang menyumbang kepada pendapatan negara. Peranan
industri perhotelan telah di kaji bagi mendapatkan faedah kepada
negara. Malahan, industri perhotelan telah mendapat banyak
latihan daripada pihak yang berkaitan seperti kerajaan bagi
menaiktarafkan lagi sektor perhotelan di negara Malaysia.
Prospek kerjaya dalam sektor perhotelan adalah banyak namun
masalah kekurangan perkerja di hotel-hotel tetap berlaku.
Penglibatan serius Kerajaan dalam sektor perhotelan meningkatkan
lagi pembangunan industri perhotelan. Peluang-peluang perkerjaan
dibuka dengan luas kepada masyarakat.
Oleh itu, kajian ini dapat mengenalpasti faktor-faktor
seseorang untuk berkerja di hotel. Selain itu, kajian ini juga
diharapkan dapat menjadi bahan rujukan kepada agensi-agensi
kerajaan dalam aspek pengrekrutan pekerja di industri hotel.
BAB 2
ULASAN KARYA (ULASAN KARYA)
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini, perkara yang akan dibincangkan adalah
mengenai rujukan bahan bertulis dan karya-karya lepas mengenai
teori yang berkaitan dengan kajian. Ulasan dibuat berdasarkan
kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji dalam penyelidikan
lepas. Selain itu, beberapa definisi dan konsep-konsep asas yang
digunakan dalam kajian ini disertakan seperti konsep hotel dan
konsep pelancongan kerana hotel amat berkait rapat dengan
pelancongan.
2.2 Konsep dan pentakrifan
2.2.1 Konsep Hotel
Hotel adalah satu bentuk perusahaan yang diusahakan oleh
pemilik ataupun majikan dengan menyediakan makanan, minuman,
perkhidmatan, dan kemudahan tempat tidur kepada orang ramai yang
sedang melancong sama ada dari luar negara ataupun dalam negara.
Konsep hotel adalah pelanggan mampu membayar dengan jumlah yang
sesuai dan telah ditetapkan oleh pihak hotel sesuai dengan
layanan ataupun perkhidmatan yang ditawarkan tanpa ada perjanjian
yang khusus antara pelanggan dan pihak hotel.
Menurut Grolier Electronic Publishing Inc. (1995) menyatakan
bahawa hotel adalah satu usaha komersial yang menyediakan tempat
penginapan, makanan dan layanan-layanan lain untuk pelanggan
mereka. Perkhidmatan-perkhidmatan yang baik dan dapat memuaskan
kehendak pelanggan adalah polisi yang diamalkan oleh kebanyakan
hotel.
United State Lodging Industry ada menyatakan bahawa hotel
terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
a) Transient Hotel, yang terletak di tengah kota di mana
pelanggan-pelanggan yang menetap biasanya untuk urusan
bisnes dan syarikat. Hotel ini juga berkonsepkan sementara
di mana pelanggan biasanya tidak akan menetap terlalu lama.
b) Residential hotel adalah hotel yang pada dasarnya merupakan
tempat penginapan berbentuk apartmen dengan bilik-biliknya
disewakan secara bulanan ataupun tahunan. Hotel jenis ini
juga menyediakan perkhidmatan seperti transient hotel di
mana terdapat restoran, pelayan makanan yang menghantar ke
bilik, dan pelayan untuk membersihkan bilik.
c) Resort hotel adalah hotel yang umumnya berlokasi di pusat-
pusat peranginan ataupun pelancongan seperti di tepi-tepi
pantai dan pergunungan. Fasiliti resort hotel ini adalah
sangat baik kerana kepuasan pelanggan adalah diutamakan.
2.1.2 Konsep Pelancongan
Perkataan ‘tour’ berasal dari Latin iaitu ‘tornare’ dan
Greek ‘tornos’ yang bermaksud ‘a lathe or a circle’ iaitu
pergerakan yang mengelilingi titik pusat (axis). Dalam bahasa
Inggeris Moden, perkataan ini mewakili satu pusingan (one’s
turn). Imbuhan akhiran ‘ism’ditakrifkan sebagai satu pergerakan
dan proses, perlakuan atau kuantiti. Apabila perkataan ‘tour’ dan
‘ism’ digabungkan, ia bermaksud satu perlakuan bergerak
mengelilingi satu pusingan yang akhirnya berpatah balik kepada
garisan permulaan (Thebald, 1994: 6). Oxford Dictionary pula
mendefinisikan pelancongan sebagai orang yang membuat lawatan
atau kunjungan pada masa lapang (Honey, 1999).
Pelancongan adalah berkait rapat dengan industri perhotelan.
Pelancongan adalah gerakan sementara manusia ke destinasi lain di
luar tempat kerja dan tempat tinggalnya yang biasa. Pelancongan
dianggap sebagai satu kemewahan kerana hanya segelintir orang
sahaja yang mempunyai masa dan wang untuk melancong. Menurut
Matthieson dan Wall (1991), waktu senggang yang banyak, ekonomi
yang semakin baik dan kemudahan pengangkutan yang sempurna
membolehkan lebih ramai orang pergi melancong.
Dalam konteks masa kini, pelancongan adalah satu kegiatan
ekonomi dan sosial yang amat penting. Jumlah pelancong dalam
negeri dan antarabangsa semakin meningkat, malahan beberapa buah
negara menjadikan pelancongan sebagai sektor utama kepada
pendapatan Negara (Inskeep, 1996). Peranan pelancongan kepada
sesebuah negara adalah sangat penting. Pelancongan merupakan satu
medium yang tepat untuk memperkenalkan tempat ataupun kawasan
yang menarik kepada negara-negara lain. Walaubagaimanapun,
keserasian antara pembangunan sektor pelancongan dan sektor
perhotelan perlu serasi untuk mengimbangi peningkatan jumlah
pelancong. Peranan pelancongan juga saling berkait rapat di
antara kerajaan, bukan kerajaan dan orang awam (Salah Wahab dan
Cooper, 2003).
Secara umumnya, pelancongan boleh dibahagikan kepada tiga,
iaitu eko-pelancongan, pelancongan luar bandar, dan pelancongan
tani.
a) Eko-pelancongan: pelancongan ini bersandarkan kepada
penghayatan ekologi yang bertanggungjawab dan berdaya tahan.
Ekopelancongan adalah lawatan yang bertanggungjawab terhadap
alam sekitar kepada kawasan semula jadi (Ceballos dan
Lascurain, 1996).
b) Pelancongan luar bandar: Pelancongan luar bandar menumpukan
aspek-aspek yang berada di luar bandar dan tidak terdapat di
bandar. Lane (1994) melalui Sharpley dan Telfer. et. al
(2002) mendefinisikan pelancongan luar bandar sebagai “
Rural tourism extends beyond farm-based tourism to include
special-interest nature holidays and ecotourism, walking,
climbing and riding holidays, adventure, sport and health
tourism, hunting and angling, educational travel, arts and
heritage tourism, and in some areas, ethnic tourism’’. Ini
bermaksud segala aktiviti yang boleh dijalankan di luar
bandar kerana fasiliti di luar bandar yang membolehkan
aktiviti tersebut dilakukan.
c) Pelancongan tani: Pelancongan tani ini adalah berasaskan
kepada pertanian di mana pelancongan ini melibatkan
urusniaga yang dilakukan oleh petani sama ada untuk tujuan
persendirian, pendidikan, mempromosi produk ladang ataupun
menambah pendapatan pengusaha ladang (Hilchey, 1993).
2.2 Peranan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia
Pengurusan sumber manusia sangat penting dalam mana-mana
organisasi seperti perhotelan. Sebuah pasukan Pembangunan Sumber
Manusia (Human Resource Department) dikategorikan baik sekiranya
dapat menjalankan tugas dengan kesemua ahli pasukan mempunyai
tanggungjawab yang berbeza, analisis kerja, pengrekrutan dan
latihan (Dessler, 2006).
Pegawai Sumber Manusia perlu memainkan peranan mereka dalam
menarik perhatian orang ramai untuk memasuki bidang perkerjaan
mereka. Latihan yang ditawarkan di hotel, cara pengrekrutan dan
kebajikan pekerja adalah faktor yang dapat mempengaruhi individu
untuk berkerja dalam sektor perhotelan.
2.2.1 Aktiviti Latihan dan Pembangunan (Training and Development)
Aktiviti ini dibuat untuk menambahbaik ataupun meningkatkan
kemahiran, abiliti dan pengetahuan pekerja. Aktiviti Latihan yang
berkesan adalah kunci kepada kejayaan dalam industri hotel.
Majikan kebiasaanya kurang memberi pandangan dan pendapat dalam
konteks pekerjaan mereka ataupun tanggungjawab dari jabatan
sehinggalah sesuatu yang buruk berlaku (Dessler, 2006). Latihan
ataupun praktikal yang baik akan memberi peluang yang cerah dan
mempengaruhi sikap pekerja mereka di samping memberi impak yang
besar dalam penerimaan pemohon untuk bekerja.
Terdapat dua Latihan ataupun praktikal yang biasa dijalankan
oleh industri hotel ataupun mana-mana industri.
a) On-the-job training: Latihan ini adalah berbentuk secara
langsung di mana pekerja akan menerima latihan ketika
waktu bekerja. Latihan ini tidak memerlukan kos yang
tinggi. Melalui latihan ini, pekerja akan dapat
meningkatkan kemahiran mereka. Pengetahuan mereka
terhadap sesuatu perkara juga bertambah. Latihan ini juga
biasanya berbentuk bengkel di mana kemahiran terus akan
ditunjukkan kepada pekerja.
b) Of-the-job training: Latihan ini pula membolehkan pekerja
meningkatkan kemahiran mereka secara meluas. Latihan ini
terbahagi kepada tiga kaedah, iaitu dalam rumah, luaran
(external), dan persendirian (independent). Latihan dalam
rumah mengambil beberapa kaedah seperti kuliah,
perbincangan, pertunjukan (demonstration), kajian kes dan
simulasi. Perkara yang membezakan in-house training ini
adalah, ia dijalankan dengan lokasi yang berdekatan
dengan tempat kerja mereka, berhampiran dengan lokasi
organisasi.
2.3 Teori Kajian
2.3.1 Teori Kepuasaan Maslow
Memasuki alam pekerjaan bermaksud melaksanakan suatu tugas
dimana akan diakhiri dengan kepuasan yang dinikmati oleh manusia.
Aktiviti dalam pekerjaan juga mengandungi unsur kegiatan sosial
yang dapat dilihat dalam konteks interaksi antara sesama pekerja
dalam sesebuah organisasi. Aktiviti ini turut dapat memenuhi
keinginan ataupun kehendak bagi seorang pekerja. Pekerja juga
menerima imbuhan berbentuk wang ringgit seperti upah dan gaji
hasil daripada kerja yang dilakukannya. Seseorang bekerja bukan
sahaja untuk meneruskan kelangsungan hidupnya tetapi untuk
memperbaiki taraf hidupnya (Locke, 1996).
Sesuatu pekerjaan biasanya dikaitkan dengan dorongan.
Dorongan tersebut merupakan satu gerakan yang membuatkan
seseorang untuk melakukan sesuatu dalam pekerjaan. Dorongan juga
membolehkan seseorang melakukan sesuatu perbuatan untuk tujuan
yang tertentu. Dorongan turut membolehkan seorang pekerja bawahan
untuk terus bekerja keras dengan memberikan semua kemampuan dan
pengetahuan untuk mencapai matlamatnya (Hasibuan, 2005).
Menurut Hierarki Maslow (1943:1970), mengemukakan manusia
memiliki lima tingkat berbentuk piramid yang perlu dicapai dalam
Aktualisasi diriPenghargaan
SosialKeamananFisiologi
hidup. Lima tingkat tersebut bermula dengan tingkat fisiologi
ataupun keperluan asas dan di tingkat teratas sekali adalah
tingkat kepuasan diri (Lihat Rajah 1). Dasar teori ini
menerangkan kehendak manusia adalah tidak terbatas dan sukar
untuk dipenuhi dalam satu-satu masa (Hoffman, 1988, p.191)
Rajah 1: Piramid Hierarki Kepuasan Maslow
Tingkat Kepuasan tersebut dapat dijelaskan seperti berikut.
1. Fisiologi: Tingkat ini adalah tingkat yang perlu dipenuhi
terlebih dahulu kerana ia merupakan keperluan asas. Sebelum
tingkat yang lain dipenuhi, tingkat ini perlu dipenuhi
terlebih dahulu kerana tanpa keperluan ini, manusia tidak
dapat meneruskan kehidupan. Antara yang terkandung dalam
tingkat ini adalah makanan, tempat tinggal dan pakaian.
2. Keamanan (Safety needs): Keamanan terbahagi kepada dua iaitu
keamanan dari segi mental, di mana pemimpin sesebuah
organisasi dapat memberikan keamanan (kesejahteraan) kepada
pekerjanya. Keamanan yang kedua adalah berbentuk insurans
seperti insurans hayat.
3. Sosial: Tingkat ini terbahagi kepada empat golongan iaitu,
sense of belonging, sense of importance, sense of achievement, dan sense of
participation. Manusia akan berusaha untuk memenuhkan keempat-
empat keperluan sosial ini untuk mencapai kepuasan yang
tinggi.
4. Penghargaan: Semakin tinggi jawatan seseorang, semakin besar
penghargaan yang ingin diterima oleh seseorang. Penghargaan
yang diberikan kepada pekerja dapat memotivasikan mereka
agar bekerja lebih keras lagi dan meningkatkan produktiviti
mereka.
5. Aktualisasi diri (Self-actualization): Tingkat ini
menunjukkan setiap manusia ingin mengembangkan tahap kerja
mereka melalui pelbagai kerja seperti di sektor perhotelan,
akademik dan pelabuhan.
2.3.2 Teori Poter
Porter ( 1985) menyediakan rangka kerja yang dipanggil lima
daya Porter . Tujuannya adalah untuk mendapatkan pemahaman yang
menyeluruh tentang tertentu industri dengan menganalisis kuasa
tawar-menawar, pelanggan pembekal kuasa tawar-menawar, Persaingan
antara firma yang sedia ada, ancaman pasaran baru peserta, dan
ancaman produk ganti . Kuasa industrI menjelaskan prestasi dalam
bahawa kejayaan firma bergantung kepada bagaimana ia bertindak
balas terhadap isyarat pasaran dan bagaimana dengan tepat
meramalkan evolusi kuasa-kuasa industri (Kim dan Oh, 2004).
Apabila pengusaha hotel memahami kesan setiap kuasa industri,
mereka boleh mengambil sama ada tindakan defensif atau
menyakitkan hati bagi meletakkan diri mereka dalam kedudukan yang
sesuai terhadap tekanan yang dikenakan oleh industri ini kuasa
(Ormanidhi dan Stringa, 2008). Daripada faktor-faktor lima
berkuat kuasa, ancaman pengganti dan kuasa tawar-menawar pembekal
seolah-olah tidak mempunyai pengaruh yang besar kepada strategi
kompetitif.
Menurut kepada Kim dan Oh (2004) dan Olsen dan Roper
(1998), tawar-menawar kuasa pembekal dalam industri hotel
kelihatan rendah kerana jumlah yang besar daripada pembekal. Ini
menunjukkan bahawa tiada pembekal menguasai persaingan pasaran
penginapan. Gentian juga merupakan hanya satu ancaman kecil dalam
industri hospitaliti. Ini berlaku apabila hotel menawarkan produk
dan perkhidmatan yang sama atau jisim (Dale , 2000).Sebagai kuasa
tawar-menawar pembekal dan ancaman pengganti cenderung mempunyai
pengaruh sedikit pada melaksanakan kompetitif strategi,
perniagaan hotel kebanyakannya didorong oleh pelanggan, pesaing,
dan peserta hotel baru.Oleh itu, kajian ini memberi penekanan
hanya ketiga-tiga kuasa-faktor persaingan antara hotel sedia ada
firma, kuasa tawar-menawar pelanggan, dan ancaman baru hotel
peserta.
2.4 Kajian Lepas
Dengan lebih kecil, tenaga kerja yang lebih cekap,
organisasi hotel bersaing untuk mengekalkan pengurus yang sangat
bernilai. Tekanan kerja sering dinamakan prekursor untuk bekerja
dan tekanan keluarga, dan bersama-sama faktor-faktor pengaruh
niat pekerja untuk meninggalkan organisasi. Walau bagaimanapun,
kerja-kerja dan isu keluarga telah menerima sedikit perhatian
dalam hospitaliti dan risalah pelancongan. Menggunakan kumpulan
fokus dan temu bual separa berstruktur dengan tiga kumpulan
peserta (peserta baru ke dalam industri hotel, pengurus hotel,
dan isteri-isteri mereka), penulis meneroka sambungan antara
ciri-ciri kerja, kerja tekanan, dan antara muka kerja-keluarga.
Hasil penyelidikan kualitatif yang multisource mencadangkan
bahawa panjang, waktu tidak menentu mewujudkan tekanan individu
dan keluarga yang berkaitan.Tambahan pula, terdapat persetujuan
di kalangan ketiga-tiga sumber mengenai tekanan dan manfaat yang
berkaitan dengan bekerja dalam industri hotel. Perbincangan
kajian akan datang dan amalan dibentangkan.
Penurunan dalam perjalanan perniagaan dan pelancongan pada
tahun 2001 hingga 2003 dicabar organisasi hotel secara kritis
memeriksa operasi dan prestasi dan untuk menilai semula strategi
untuk mendapat kelebihan dalam sektor ini sangat kompetitif yang
ekonomi. Jumlah dagangan adalah salah satu yang paling lazim,
kebimbangan yang sudah lama dalam industri hotel, yang telah
disifatkan sebagai mempunyai "budaya perolehan" (Deery & Shaw,
1997, ms 377;.Wasmuth & Davis, 1983a, 1983b, 1983c). Tinggi kadar
perolehan mempunyai kesan yang besar ke atas keuntungan industri.
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pekerjaan dalam
bidang industri perhotelan. Satu kajian literatur mendedahkan
bahawa isu-isu kerja dan keluarga yang menjadi topik yang semakin
popular dalam penyelidikan organisasi kontemporari, menerima
sedikit perhatian dalam perhotelan jurnal (Mulvaney, O’Neill,
Cleveland, & Crouter, 2006). Walaupun kekurangan penyelidikan,
banyak ciri ciri pekerjaan dalam industry perhotelan telah lama
dikaitkan dengan konflik kerja-keluarga dan tekanan kebimbangan
dalam kesusasteraan lain. Contohnya, jam lama dijadualkan pada
masa masa yang tidak standard, on-call-jam, penekanan kepada masa
muka dan geografi bebas bergerak sebagai syarat untuk kemajuan
kerjaya. Selain itu, terdapat bukti bahawa ciri-ciri ini adalah
kerja tekanan kerja berpotensi yang berkaitan dengan niat
perolehan (Hom, 2002). Tambahan pula, ciri-ciri kerja adalah
sering latar belakang konflik kerja-keluarga.
Satu matlamat yang sama untuk mengendalikan apa-apa
perniagaan adalah untuk berjaya dalam keuntungan yang tinggi dan
peningkatan prestasi. Strategi kompetitif adalah salah satu
faktor yang mempunyai pengaruh yang besar kepada objektif
pencapaian pekerjaan di sesebuah hotel. Membangunkan strategi
kompetitif, bagaimanapun, adalah tugas mencabar bagi ramai
pengusaha hotel kerana industri hotel ini berubah secara dramatik
dalam menghadapi persaingan sengit, meningkatkan kecanggihan
pelanggan, dan kemajuan teknologi yang pesat. Harrison (2003)
mencadangkan beberapa pertimbangan untuk hotel ini strategic
pembangunan sebelum ia melaksanakan mana-mana strategi berdaya
saing, seperti: (1) Bagaimana hotel boleh mengambil kesempatan
daripada perubahan yang dijangka berlaku dalam industri? (2)
Adakah terdapat apa-apa sumber atau keupayaan hotel boleh
membangunkan untuk mencapai kelebihan daya saing?
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Bab ini merupakan bahagian yang menerangkan kaedah atau
teknik yang telah digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan
maklumat daripada responden dalam kajian ini. Dalam membuat
kajian, kaedah ataupun teknik yang digunakan hendaklah
bersesuaian dengan konteks kajian. Hal ini demikian kerana untuk
memastikan data ataupun maklumat yang diperolehi hendaklah tepat
dan selari dengan objektif kajian. Bab ini juga menerangkan
sampel kajian yang digunakan serta kaedah pengumpulan data. Akhir
sekali akan diterangkan limitasi kajian sepanjang kajian ini
dijalankan dan siap sepenuhnya.
3.2 Latarbelakang Organisasi
The LimeTree hotel terletak di tengah-tengah Bandar kuching
dan mengambil beberapa minit daripada kawasan Chinatown Padungan.
Hotel ini dibina pada tahun 2007 oleh pemiliknya dan mula
beroperasi sejak tahun 2009. The LimeTree hotel menawarkan 50
bilik dengan set peralatan yang lengkap, dan mempunyai internet
wifi free di kesemua bilik. Hotel The LimeTree ini mempunyai
keunikan yang tersendiri kerana ciri-ciri konsep hotel yang
berasaskan buah limau nipis. Nama hotel ini The LimeTree
diperolehi daripada pemiliknya yang terlalu taksub dengan buah
limau nipis sehingga memberi nama hotel ini The LimeTree. Pemilik
tersebut mempunyai perniagaan sendiri milik keluarganya, iaitu
perniagaan limau nipis. Pemiliknya juga telah membuangkan banyak
masa dan penyelidikan dibuat di ladang miliknya sendiri.
Konsep hotel ini adalah bertemakan kehijauan, iaitu sempena
dengan warna limau tersebut. Hotel ini telah memenangi satu
anugerah daripada AsiaRooms.com dengan menduduki 10 tangga yang
terpilih (top ten) di Asia, Austrilia dan New Zealand untuk “Best
Eco-Friendly Initiative.
Hotel LimeTree mengharamkan 100% tidak boleh merokok di
kawasan hotel mahupun di dalam bilik hotel. Individu yang
didapati merokok akan dikenakan tindakan dan penalti akan diberi
berupa denda yang akan dibayar berserta dengan bill sewa bilik
mereka.
3.3 Populasi kajian
Populasi kajian ini adalah di semua hotel-hotel yang
terdapat di Bandar kuching. Pengkaji memilih “The LimeTree hotel”
sebagai tempat kajian. Hotel The LimeTree adalah terletak di
tengah-tengah Bandar Kuching. Peta di bawah menunjukkan lokasi
kawasan kajian.
3.4 Sampel Kajian
Sample kajian adalah bahagian set responden yang dipilih
daripada populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian. Kami
memilih hotel The LimeTree sebagai sampel kajian kami dan jumlah
sample responden kajian yang dipilih adalah sebanyak 20 orang.
Persampelan rawak telah digunakan untuk memilih sampel bagi
mewakili kawasan yang dikaji. Pengkaji telah mengedarkan set
borang soal selidik kepada 20 orang responden yang terpilih.
3.5 Reka bentuk kajian
Dalam kajian ini, reka bentuk kajian yang digunakan untuk
mengkaji faktor yang mempengaruhi pekerjaan dalam industri hotel
di Kuching adalah berbentuk deskriftif dengan menggunakan kaedah
tinjauan (survey) ataupun kaedah kualitatif. Kaedah tinjauan
menggunakan teknik temu bual dan borang soal selidik.Kaedah ini
adalah kaedah yang sesuai untuk mengumpul dan mendapatkan
maklumat daripada responden. Penggunaankaedah kualitatif ini
dapat mendalami lebih dalam tentang kajian ini dan mendapat
maklumat secara terperinci dan secara langsung daripada responden
di sesebuah organisasi tersebut. Responden daripada kajian ini
adalah dalam kalangan pekerja-pekerja hotel The LimeTree.
3.6 Instrumen Kajian
Dalam menjalankan kajian ini, instrumen kajian yang kami
gunakan untuk mengumpul data adalah dengan menggunakan proses
temu bual dan menggunakan borang kajian soal selidik, di mana
borang kajian soal selidik ini merupakan instrumen yang penting
yang perlu diedarkan kepada sampal responden yang dipilih dalam
kajian ini bagi proses pengumpulan maklumat berkaitan dengan
faktor yang mempengaruhi pekerjaan dalam industri hotel The
Limetree. Manakala dalam proses temubual pula kami menggunakan
instrumen set soal selidik dalam proses pengumpulan data seperti
kamera, rekod suara dan buku diari untuk merekod serta mencatat
segala maklumat yang kami dapat daripada responden semasa proses
temu bual tersebut. Selain itu juga kami menggunakan beberapa
peralatan tulis seperti pen, pensil, kertas A4, pembaris dan
sebagainya untuk menyiapkan kajian ini, kamijuga menggunakan
laptop dan printer untuk menaip dan menyiapkan sepenuhnya kajian
ini.
Perakam suara merupakan salah satu instrumen yang sangat
penting dalam kajian ini, kerana ia dapat merakam segala maklumat
iaitu segala pendapat dan pandangan responden yang dipilih
terhadap faktor yang mempengaruhi pekerjaan dalam industri hotel
The LimeTree, dan ia dapat memudahkan kami untuk membuat laporan
dan menyiapkan kajian ini sepenuhnya.
3.7 Kaedah Pengumpulan data
Dalam kajian ini, kaedah pengumpulan data yang digunakan
oleh pengkaji adalah kaedah bagi memperolehi data primer dan data
sekunder.
3.7.1 Data Primer
Data primer adalah data yang diperolehi secara langsung
daripada responden yang melibatkan borang soal selidik dan kaedah
temubual.
Kaedah soal selidik
Kaedah ini menggunakan borang soal selidik yang mengandungi
soalan-soalan untuk mendapatkan data atau maklumat daripada
responden di kawasan kajian. Soalan-soalan ini adalah berbentuk
soalan tertutup (closed-ended question).Jenis soalan tertutup ini
melibatkan ‘Rating Scale’ di mana memerlukan jawapan ‘rating’
dari 1 hingga 5. Dalam teknik ini, penyelidik juga menerangkan
soalan yang terdapat dalam borang soal selidik.Tujuan penyelidik
adalah supaya responden memahami kehendak soalan serta
mendapatkan jawapan yang lebih tepat. Set soal selidik terbahagi
kepada tiga bahagian, iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian
C. Bahagian A merupakan bahagian yang menkaji latar belakang
demografi responden. Bahagian B pula adalah untuk mengetahui
aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh organisasi tersebut kepada
pekerja mereka manakala bahagian C pula merupakan bahagian
tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pekerjaan dalam sektor
perhotelan.
Kaedah temubual
Pengkaji telah menjalankan sesi temubual dengan responden
untuk mendapatkan maklumat tambahan. Pengkaji menggunakan kaedah
temubual ini untuk mendapatkan maklumat secara langsung daripada
organisasi tersebut. Pengkaji membaca dan memberikan soalan
kepada responden untuk mendapatkan jawapan secara langsung
daripada responden.
3.7.2 Data Sekunder
Data sekunder melibatkan data atau maklumat yang diperolehi
daripada rujukan di perpustakaan seperti jurnal, artikel, risalah
dan buku. Selain daripada itu, maklumat juga diperolehi melalui
laman web rasmi jabatan-jabatan seperti Malaysian Association of
Hotel, Portal Rasmi Pelancongan dan Budaya Malaysia serta lain-
lain lagi.
3.8 Analisis data
Melalui borang soal selidik yang diedarkan dan temu bual
yang dilakukan, data-data yang diperolehi akan dianalisis untuk
mendapatkan data deskritif mengenai latar belakang responden,
aktiviti yang dijalankan oleh organisasi tersebut dan juga faktor
yang mempengaruhi pekerjaan dalam industri hotel tersebut.
Analisis data yang diperolehi dilakukan secara berasingan.
Analisis data mengenai latar belakang demografi diperolehi
daripada hasil borang selidik dalam bahagian A. Maklumat yang
diperolehi telah dibahagikan kepada beberapa jenis demografi
iaitu, jantina, umur, kelayakan akademik, pengalaman bekerja dan
yang terakhir sama ada responden mempunyai latihan formal sebelum
bekerja dalam organisasi tersebut atau sebaliknya. Menurut
analisis yang di buat terhadap 20 orang responden yang dipilih,
12 responden merupakan pekerja lelaki dan selebihnya adalah
pekerja wanita.Rata-rata umur pekerja yang bekerja dalam
organisasi tersebut adalah antara 18-30 tahun, dan antara 30-55
tahun. Kelayakan akademik pekerja dalam organisasi perhotelan The
LimeTree mempunyai kelayakan diploma adalah yang tertinggi dan
diikuti dengan kelayakan SPM. Manakalah pengalaman bekerja 2-5
tahun adalah paling ramai iaitu 17 responden dan kebanyakan
pekerja yang berada dalam organisasi ini mempunyai latihan formal
sebelum bekerja dalam industri perhotelan.
Analisis data mengenai aktiviti yang dijalankan oleh
organisasi hotel The LimeTree terhadap pekerjanya diperolehi
dalam borang soal selidik bahagian B. daripada data yang
diperolehi daripada responden, organisasi hotel The LimeTee telah
menjalankan banyak aktiviti-aktiviti dan program untuk
pekerjanya, aktiviti ini dapat menarik minat para pekerja untuk
terus bekerja dalam organisasi tersebut, kerana aktiviti-aktiviti
dan program yang dijalankan dapat meningkatkan taraf sosial,
kemahiran dan kebajikan para pekerja, seperti sambutan hari
keluarga dalam organisasi tersebut, program krusus latihan untuk
meningkatkan kemahiran pekerja, penyediaan kemudahan untuk para
pekerja dan lain-lain telah dilakukan dalam organisasi perhotelan
ini bagi menarik minat para pekerja untuk terus bekerja dalam
organisasi ini.
Manakala data analisis mengenai faktor yang mempengaruhi
pekerjaan dalam industri perhotelan ini diperolehi dalam borang
soal selidik bahagian C. Dalam data yang diperolehi faktor yang
mempengaruhi terbahagi kepada dua faktor, iaitu faktor tarikan
dan faktor tolakan. Melalui data yang diperolehi oleh para
responden yang dipilih, Faktor tarikan yang utama mempengaruhi
pekerja untuk bekerja dalam organisasi tersebut adalah kadar
upah yang ditawarkan, selain daripada faktor-faktor lain yang
menarik minat para pekerja untuk bekerja dalam organisasi
tersebut. Kadar upah yang semakin tinggi menyebabkan lebih ramai
pekerja berminat untuk bekerja dalam organisasi tersebut dan
sebaliknya.
3.9 Limitasi Kajian
Dalam menjalankan kajian ini, pelbagai masalah telah
dihadapi.Antaranya adalah menghadapi masalah dari segi kerjasama
daripada responden. Sesetengah responden atau sesebuah organisasi
tidak mahu memberi kerjasama sepenuhnya kerana mereka khuatir
pekerjaan mereka terganggu. Hal ini kerana, pengkaji menjalankan
kajian semasa responden sedang bekerja.Sesetengah responden
berpendapat kajian ini sebagai sesuatu yang remeh dan hanya
membuang masa mereka. Oleh itu, mereka menjawab soalan-soalan
temubual dengan tidak bersungguh-sungguh.
Selain itu, batasan lain yang dihadapi dalam menjalankan
kajian ini adalah kesahihan maklumat yang diberikan oleh
responden. Hal ini kerana, sukar untuk membuktikan kejujuran
daripada responden tentang maklum balas yang mereka berikan. Ada
sesetengah responden yang tidak tahu menjawab soalan-soalan
temubual yang dikemukakan oleh pengkaji. Keadaan ini akan
menyebabkan berlaku kesukaran untuk memperolehi data dan apabila
ingin membuat analisis di akhir kajian nanti.
Di samping itu juga terdapat kesukaran untuk mendapatkan
maklumat dalam data analisis. Hal ini kerana, dalam memperolehi
maklumat dalam data analisis terdapat dua kaedah iaitu
kuantitatif dan juga kualitatif yang menyukarkan untuk
menganalisis dan mentafsir data-data tersebut.
Masalah dalam pengumpulan maklumat sekunder turut dihadapi.
Maklumat-maklumat sekunder seperti jurnal dan artikel berkaitan
dengan tajuk kajian sukar untuk ditemui.
BAB 4
HASIL KAJIAN
4.1 Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan hasil kajian berdasarkan tujuan
dan objektif kajian. Bahagian pertama akan menerangkan serba
sedikit tentang latar belakang responden. Bab ini akan
menerangkan aktiviti yang terhadap di hotel. Bab ini juga akan
menerangkan dapatan kajian tentang faktor yang mempengaruhi
pekerjaan dalam industri perhotelan. Untuk memudahkan
perbincangan terhadap hasil kajian, bab ini di bahagikan kepada
beberapa bahagian
4.2 Dapatan Kajian
4.2.1 Latar belakang peserta kajian.
Kajian ini dijalankan di Hotel The LimeTree, Kuching,
Sarawak. Fokus peserta dalam kajian ini adalah individu yang
bekerja dalam sektor perhotelan. Temubual ini dijalankan di
kawasan Hotel tersebut dan dijalankan pada waktu responden
bekerja. Temubual dilakukan pada waktu pagi kerana pada waktu
tersebut merupakan waktu yang sesuai untuk menemubual responden.
Terdapat beberapa responden yang meminta kebenaran daripada
pengkaji untuk ditemubual dan menjalankan soal selidik supaya
responden dengan rela hati untuk ditemu bual
Temubual dan soal selidik dijalankan pada 21.10.2013 hingga
23.10.2013. Kajian ini memakan masa selama 4 hari untuk
pengumpulan data. Peserta kajian terdiri daripada 20 orang
responden, di mana 14 orang responden adalah lelaki dan
selebihnya adalah perempuan. Majoriti responden adalah berumur
dalam lingkungan 18 –30 tahun dan hanya 25% daripada responden
berumur dalam lingkungan 31 – 55 tahun.
Kelayakan akademik responden pula adalah pada tahap Diploma,
Sijil Pelajaran Malaysia dan lain-lain.Responden yang ditemubual
telah mempunyai pengalaman kerja yang agak lama iaitu 2-5 tahun
manakala pekerja baru mereka iaitu 1 hingga 2 tahun hanya 4
orang. Apa yang menarik bagi responden yang terlibat adalah
mereka telah menerima latihan formal sebelum memasuki bidang
pekerjaan di hotel ini.
4.2.2 Aktiviti yang dijalankan oleh hotel
Untuk menarik orang luar datang bekerja dalam sektor
perhotelan, pihak majikan menjaga kebajikan para pekerjanya.
Aktiviti tersebut juga dijalankan agar pekerja sedia ada tidak
berhenti kerja ataupun berpindah ke tempat lain. Terdapat
beberapa aktiviti yang dapat menarik minat responden sebelum
memasuki bidang pekerjaan di hotel. Aktiviti tersebut dapat
ditunjukkan dalam carta pie di bawah.
Hari Keluarga
38%
Kursus Latihan dan Pembangunan (T&D)
42%
Pengangkutan16%
Susun jadual kerja4%
Carta 1: Aktiviti yang mempengaruhi responden dalam membuat keputusan untuk
bekerja dalam sektor perhotelan
Berdasarkan carta pie di atas, faktor yang amat mempengaruhi
dalam pekerjaan di hotel adalan Kursus Latihan dan Pembangunan (T
& D). Menurut seorang responden yang ditemubual iaitu Eline,
kursus seperti ini amat menjaga kebajikan seorang pekerja. Apa
yang menarik bagi responden adalah, mereka dihantar ke tempat
lain seperti di Kuala Lumpur untuk menghadiri kursus tersebut.
Hal ini dapat meningkatkan kemahiran mereka.
Selain itu, aktiviti seperti hari keluarga yang dianjurkan
oleh pihak majikan akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim.
Penganjuran ini akan membuang jurang sosial antara pekerja dan
majikan kerana bagi mereka taraf adalah sama pada hari tersebut.
Menurut seorang responden yang telah berkahwin, iaitu Tan,
penganjuran Hari Keluarga atau Family Outing amat menarik bagi
beliau. Sebelum dia berkahwin, beliau telah tahu setiap
organisasi biasanya akan menganjurkan Hari Keluarga kepada para
pekerja mereka.
“..pengangkutan amat perlu bagi orang yang tinggal jauh dari
Kuching. Kalau tiada pengangkutan, kuarters perlu ada”
(Tan, p.c, 2013).
Menurutnya, kebanyakan pekeja tinggal berhampiran dengan
tempat tinggal. Walaubagaimanapun terdapat responden yang tinggal
di luar kawasan Kuching. Majikan tidak menyediakan kemudahan
pengangkutan tetapi mereka ada menyediakan kuarters kepada para
pekerja mereka. Hal ini perlu dijaga oleh majikan jika hendak
dilihat dan diberi pandangan yang positif terhadap organisasi
mereka.
Kebebasan untuk memilih jadual waktu bekerja kurang menarik
perhatian responden sebelum memasuki pekerjaan. Umum mengetahui
majikan akan memberikan jadual bekerja mereka kepada pekerja
tetap dan bagi pekerja sementara pula, mereka boleh memohon untuk
menguruskan jadual mereka.
Bagi aktiviti-aktiviti dijalankan oleh majikan yang
berunsurkan menjaga kebajikan para pekerja kurang dilihat oleh
seseorang individu yang ingin memohon pekerjaan di hotel. Hal ini
demikian kerana mereka tidak tahu apakah aktiviti yang disediakan
oleh pekerjanya selain daripada caruman KWSP dan SOCSO.
4.2.3 Faktor Tarikan yang mempengaruhi pekerjaan di hotel
Terdapat pelbagai faktor tarikan bagi responden untuk
bekerja dalam sesebuah hotel. Antaranya adalah faktor gaji atau
upah serta faktor pendidikan. Bagi kebanyakan responden yang
ditemubual, mereka amat tertarik dengan upah yang lebih
tinggi.Sekiranya mereka mempunyai pendidikan yang tinggi, mereka
boleh menawarkan gaji kepada majikan yang mereka ingini. Hal ini
bermaksud, semakin tinggi kadar upah yang di tawarkan oleh
sesebuah organisasi, semakin ramai individu yang berminat untuk
bekerja dalam sektor tersebut. Lihat jadual dibawah, jadual
tersebut menunjukkan bilangan responden yang memilih apakah
faktor tarikan mereka ingin bekerja di hotel.
No.
Perkara 1 2 3 4 5
01 Salah satu faktor utama seseorang bekerja dalam industry hotel adalah
11 9
kadar upah yang ditawarkan. Kadar upah yang ditawarkan dalam organisasi ini sangat berpatutan.
02 Tahap pendidikan mempengaruhi jawatan yang di tawarkan dalam organisasi ini.
9 11
03 Hotel ini menyediakan faedah sampingan kepada para pekerjanya sama ada pekerjabaru ataupun lama
19 1
04 Faedah sampingan yang ditawarkan kepadapara pekerja mendorong mereka untuk bekerja lebih lama dalam organisasi tersebut
3 15 2
05 Kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel menarik minat orang ramai untuk bekerja dalam organisasi tersebut. Adakah hotel ini berbuat sedemikian iaitu menyediakan kemudahan kepada pekerjanya.
6 12 2
06 Jumlah pekerja yang direkut dalam organisasi ini semakin meningkat pada setiap tahun.
1 15 4
07 Organisasi ini menyediakan latihan dan praktikal kepada para pekerjanya untuk meningkatkan kemahiran dan melahirkan pekerja yang berdaya saing.
14 6
08 Pada pendapat anda, adakah sikap/tingkahlaku yang baik serta layanan yang mesra dapat menarik orang luar untuk bekerja dalam organisasi tersebut
11 5
Jadual 1: Faktor yang mempengaruhi pekerjaan responden
Berdasarkan rajah diatas, responden lebih memilih faktor
gaji, pendidikan dan faedah sampingan yang diperolehi oleh mereka
sekiranya bekerja dalam sesebuah hotel. Temubual dengan responden
mendapati gaji yang ditawarkan kepada pekerja adalah berpatutan
dan munasabah. Bagi pendidikan pula, kebanyakan responden
mempunyai pendidikan formal, dan boleh bertutur dalam dua bahasa.
Pendidikan yang tinggi akan membolehkan mereka mendapat gaji yang
lebih tinggi daripada tidak mempunyai pendidikan yang baik.
Walaubagaimanapun, sesebuah organisasi seperti perhotelan tidak
menitikberatkan pendidikan untuk memohon pekerjaan. Kelonggaran
syarat-syarat ini membolehkan ramai individu untuk memohon
bekerja.
Selain itu, 95% responden mengatakan faedah sampingan yang
diberikan oleh sesebuah hotel akan menarik minat orang ramai
untuk masuk bekerja dalam sektor hotel. Responden yang bernama
Barrie berkata,”faedah sampingan itu termasuklah elaun yang
diberikan oleh majikan kepada pekerjanya sekiranya mereka
mencapai target.Faedah sampingan itu juga berbentuk caruman KWSP
dan PERKESO. Kesmua ini penting untuk pekerja untuk menjaga
kebajikan mereka”.Faedah sampingan itu juga boleh berbentuk dalam
wang ringgit dan berbentuk percutian.
Jumlah pekerja yang direkrut setiap tahun adalah
tinggi.Walaubagaimanapun, responden berpendapat pengrekrutan yang
tinggi ini tidak memberikan kesan yang baik kepada para pekerja.
Hal ini kerana, pengrekrutan dalam jumlah yang ramai mendatangkan
risiko untuk dipecat sekiranya persembahan dalam kerja tidak
baik.
6 orang responden hanya bersetuju 50-50 terhadap fasiliti
yang terdapat di hotel menarik minat orang luar untuk bekerja.
Fasiliti yang dimaksudkan adalah fasiliti yang boleh digunakan
oleh pekerja sendiri untuk memenuhi kehendak mereka seperti kolam
renang. Hotel yang menyediakan fasiliti seperti ini menarik ramai
individu untuk bekerja di hotel tersebut. Walaubagaimanapun,
LimtTree hotel yang menjadi subjek kajian ini tidak mempunyai
fasiliti seperti kolam renang tersebut.
4.2.4 Faktor Tolakan yang mempengaruhi pekerjaan di hotel
Perbezaan kadar upah yang dibayar oleh majikan kepada
pekerja lama dan pekerja baru adalah berbeza. Walaubagaimanapun,
perbezaan tersebut tidak menimbulkan rasa ketidakpuasaan hati
para pekerja. Hal ini kerana, perkara tersebut sudah tersenarai
dalam Handbook Crew ketika pertama kali mereka bekerja.Seramai 13
responden mengatakan mereka kurang bersetuju dengan timbulnya
ketidakpuasaan hati antara pekerja. Hal ini bermaksud, jurang
perbezaan gaji yang tidak ketara ini menarik minat bagi
kebanyakan responden
Seramai 11 responden daripada 20 responden mengatakan mereka
tidak bersetuju bahawa sektor hotel menitikberatkan pendidikan
dalam kemasukan pekerjaan ke sektor tersebut.Responden yang
selebih pula bersetuju. Majoriti responden tersebut melihat tidak
ada timbul syarat-syarat yang ketat dalam pengambilan pekerjaan.
Menurut Tan, orang yang hanya mempunyai kelayakan PMR sahaja pun
turut boleh bekerja dengan sesebuah hotel.
Tingkahlaku pekerja dalam sesebuah hotel memainkan peranan
yang penting untuk memberikan pandangan atau pun imej yang baik
kepada pengunjung mahupun individu yang baru hendak memohon
pekerjaan. Kualiti seorang pekerja perlu dititikberatkan.Begitu
juga etika seorang pekerja di tempat kerja. Imej yang buruk akan
memberikan pandangan negatif kepada orang luar.
4.3 Kepentingan setiap aspek dapatan kajian
Dapatan kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian di mana
bahagian satu adalah berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan
oleh setiap majikan ataupun Pegawai Pembangunan Sumber Manusia di
sesuatu organisasi. Pada bahagian ini menerangkan responden akan
tertarik untuk bekerja dalam sesebuah organisasi berdasarkan
aktiviti yang ada pada hotel tersebut. Sebagai contoh, setiap
tahun Hotel The LimeTree akan mengadakan hari keluarga ataupun
Family Outing. Aktiviti seperti ini amat penting untuk para
pekerja dan majikan. Hal ini demikian kerana melalui aktiviti
seperti ini pekerja dan majikan dapat saling berkenal-kenalan
antara satu sama lain. Bagi responden pula, mereka menganggap
aktiviti tersebut perlu ada bagi sesebuah organisasi. Selain itu,
bahagian ini juga menekankan betapa pentingnya peranan
Pembangunan Sumber Manusia terhadap para pekerjanya. Mereka
adalah tungjang utama dalam menggerakkan sesuatu aktiviti dalam
organisasi. Melalui pengiklanan tawaran pekerjaan, mereka
perlukan apakah bentuk kebajikan yang akan diberi oleh majikan.
Dapatan kajian yang kedua pula menekankan faktor yang
dipertimbangkan oleh responden untuk berkhidmat dalam sektor
hotel. Bahagian ini lebih menjurus kelebihan yang ada pada hotel
LimeTree. Responden bekerja dalam hotel LimeTree kerana kadar
upah yang diberikan berpatutan. Responden mengatakan bahawa kadar
upah bagi pekerja tetap adalah RM800 dan keatas. Bagi pekerja
yang baru sahaja mula bekerja sebagai pekerja tetap, mereka akan
menerima gaji yang lebih rendah. Hal ini kerana tempoh
perkhidmatan belum sampai tiga bulan. Polisi Hotel LimeTree dalam
mengambil pekerja adalah pekerja tersebut perlu berkhidmat selama
tiga bulan dan keatas. Jika tidak, mereka akan dikenakan
tindakan. Menurut responden bernama Barrie berkata “Pada mulanya,
saya bercadang hendak berhenti kerja selepas bulan pertama tetapi
kawan memberitahu saya bahawa saya tidak boleh berhenti”.
Bahagian ketiga pula menyentuh mengenai sama ada
ketidakpuasan dalam pengagihan gaji berlaku di sebabkan oleh
faktor kerja. Walaubagaimanapun, responden yang disoal selidik
menyatakan bahawa mereka tidak ada wujud iri hati berkenaan
dengan gaji yang berbeza. Sekiranya responden tersebut baru
bekerja dan mempunyai pendidikan yang tinggi, namun kadar upahnya
sama dengan responden yang telah bekerja lama, mereka tidak
berasa iri hati. Hal ini kerana mereka tahu faktor tersebut
adalah berkaitan antara satu sama lain.
4.4.1 Pemahaman Dapatan Kajian
Melalui kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji, pengkaji
mendapati dapatan kajian yang diperolehi amat penting bagi
masyarakat pada masa kini. Pengkaji mendapati pada masa kini
peluang pekerjaan dalam sektor perhotelan amat meluas melalui
statistik yang ditemui. Respons daripada responden yang terlibat
amat membantu pengkaji dalam memahami sebab mereka bekerja dalam
sektor perhotelan. Responden bekerja kerana ingin melangsungkan
kehidupan mereka dan untuk menyara kehidupan ahli keluarga mereka
yang lain. Tidak ada unsur paksaan dalam menentukan pekerjaan
seseorang individu.
Selain itu, melalui dapatan kajian juga pengkaji dapat
memahami jenis aktiviti yang dikehendaki oleh pekerja dalam
sesebuah organisasi. Pemahaman aktiviti yang terdapat dalam
sektor perhotelan amat penting dalam menentukan seseorang membuat
keputusan sama ada hendak berkecimpung dalam dunia pekerjaan
hotel ataupun tidak.
5.1 Pengenalan
Dalam bab ini, perkara yang akan dibincangkan adalah rumusan
daripada kajian yang telah dijalankan. Selain itu, bab ini juga
membincangkan bagaimana kajian ini dapat memberi penambahan
kepada kajian sedia ada. Akhir sekali bab ini akan menerangkan
pandangan ataupun cadangan yang perlu dilakukan oleh pengkaji
pada masa hadapan.
5.2 Rumusan daripada kajian
Kesimpulan yang boleh dicapai berhubung dengan topik atau isu
yang di kaji ialah dalam industri perhotelan HRM sememangnya
memainkan peranan yang sangat penting dalam mengurus organisasi
ini. HRM berperanan untuk menarik minat para pekerja untuk
bekerja dalam organisasi tersebut, pengurusan yang baik dapat
melahirkan pekerja yang berdaya saing yang dapat meningkatkan
kualiti pekerjaan dalam industri perhotean di organisasi
tersebut. Terdapat beberapa aktiviti-aktiviti yang dijalankan
oleh organisasi perhotelan ini kepada para pekerjanya yang dapat
menarik minat para pekerja untuk memohon pekerjaan dalam
organisasi tersebut, antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan
oleh organisasi tersebut terhadap para pekerjanya ialah memberi
kursus latihan dan pembangunan kepada pekerjanya untuk
meningkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan para pekerjanya
tentang pekerjaan yang dijalankan, menyediakan kemudahan
perkhidmatan kepada pekerja seperti perkhidmatan pengangkutan dan
sebagainya, memberi cuti sakit dan banyak lagi yang melibatkan
kebajikan pekerja.
Faktor tarikan yang terdapat dalam organisasi perhotelan juga
memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pekerjaan dalam
industri perhotelan, contohnya seperti kadar upah yang ditawarkan
oleh organisasi tersebut kepada pekerjanya, tahap pendidikan dan
jawatan yang ditawarkan, faedah-faedah sampingan yang di tawarkan
kepada pekerja, memberi latihan dan praktikal kepada pekerjanya
dan banyak lagi faktor tarikan yang mempengaruhi pekerjaan dalam
industri perhotelan, dan ini adalah sangat penting bagi memajukan
sesebuah organisasi tersebut, di mana HRM adalah pihak yang
bertanggungjawab bagi melakukan semua pekara ini. Dalam
menjalankan kajian ini, kami dapat mengenalpasti dengan lebih
terperinci tentang peranan dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan
oleh HRM di sesebuah organisasi tersebut iaitu dalam industri
perhotelan.
Oleh itu, HRM dalam sesebuah organisasi tersebut memainkan
peranan yang sangat penting bagi meningkatkan dan melahirkan
pekerja yang berkualiti. Sesebuah organisasi tersebut haruslah
pandai menyusun strategik bagi menarik perhatian para pekerja
untuk bekerja dalam organisasi tersebut.
5.2 How does this fit with existing knowledge
Kajian yang telah kami lakukan memerlukan pengetahuan yang
sedia ada.Pengetahuan tentang perhotelan adalah sangat penting
sebelum memulakan kajian di sesebuah hotel.Ini adalah kerana
industri perhotelan merupakan bagian dari hospitaliti industri
iaitu suatu industri yang menyediakan produk dan jasa kepada
pelanggan yang jauh dari rumah.Industri ini terdiri dari travel,
penginapan, makan, hiburan, rekreasi dan fasilitas permainan.
Secara garis besar, hospitaliti industri dibahagi kepada lodging
operations, food & beverage services, serta travel and tourism.
Kajian ini mnggunakan soal selidik hanya sebagai kaedah
kajian untuk mengumpul data.Jadi, kajian lanjut perlu mempunyai
kaedah kajian berganda untuk mengumpul maklumat secara
terperinci.Sesetengah daripada responden mungkin tidak mempunyai
kejujuran dan kesungguhan untuk mengisi soal selidik ini dan oleh
itu ini mungkin telah gagal dalam memberikan hasil yang
sesuai.Dengan itu, sebelum memulakan kajian, penyelidik perlulah
mempunyai seberapa banyak pengetahuan tentang bagaimana untuk
mengumpul data yang lebih sistematik.
5.3 Teori dan Dapatan kajian
Kajian yang telah kami lakukan memberikan sumbangan kepada
pengetahuan dan teori sedia ada. Ia membantu kami untuk
mengetahui lebih terperinci dan dalam lagi tentang faktor
pekerjaan dalam perhotelan. Sebagai contoh, faktor tolakan dan
tarikan pekerjaan dalam bidang industri hotel serta aktiviti
aktiviti yang dijalankan oleh pihak hotel untuk pekerjanya. Dalam
kajian ini kami menggunakan Teori Maslow. Dalam teori ini
menerangkan bekerja mengandungi erti melaksanakan satu tugas.
Motivasi sangat penting yang menyebabkan manusia bekerja.
Aktiviti dalam bekerja mengandungi unsur kegiatan social
menghasilkan sesuatu dan pada akhirnya ia bertujuan untuk
memenuhi keperluan manusia. Namun demikian, di sebalik dari
tujuan tidak langsung tersebut manusia bekerja juga untuk
mendapatkan hasil berbentuk upah atau gaji. Motivasi terhadap
yang berkerja dalam industri perhotelan diertikan dengan istilah
dorongan. Motivasi kerja mendorong tenaga kerja bawahan agar
mereka mahu bekerja keras dengan memberikan semua kemampuan dan
keterampilannya bagi mewujukan tujuan yang tertentu. Maka
motivasi kerja adalah sesuatu yang menimbulkan semangat atau
dorongan kerja dalam industri perhotelan organisasi.
Selain itu, teori permintaan dan penawaran tenaga kerja juga
boleh dilihat dan boleh diterapkan dalam sesebuah organisasi
industri perhotelan. Teori ini menerangkan keterlibatan tenaga
kerja dalam sesuatu indusrtri bertujuan untuk meningkatkan
kesejahteraan mereka baik masa kini mahupun masa akan datang.
Tenaga kerja yang ingin bekerja dalam industri perhotelan
memiliki motivasi yang tinggi untuk berkerja keras dalam usaha
memenuhi segala keinginan di masa akan datang sesuai dengan
kemampuan mereka. Untuk memenuhi keperluan tersebut biasanya akan
langsung mencari maklumat tentang peluang pekerjaan dalam
industri perhotelan yang memerlukan tenaga kerja.
5.4 Cadangan untuk kajian pada masa hadapan
Beberapa cadangan untuk kajian yang selanjutnya adalah,
diharap para pengkaji yang ingin menjalankan kajian haruslah
lebih bersedia lebih awal sebelum membuat kajian yang berkaitan
dengan pekerjaan dalam industri perhotelan. Pengkaji juga harusah
perlu mengetahui syarat-syarat yang perlu diikuti dalam menembual
responden untuk buat kajian dalam sesebuah organisasi tersebut.
Hal ini demikian kerana, terdapat beberapa organisasi perhotelan
yang sukar untuk memberi kerjasama dengan mudah, kerana mereka
terikat dengan perjanjian dalam organisasi tersebut. Oleh itu,
para pengkaji diharap dapat membuat temujanji ataupun mengikuti
prosedur yang sebaiknya.
Selain itu juga, dalam menjalankan kajian ini, pengkaji
haruslah menyediakan soalan-soalan yang lebih sesuai dan soalan
yang berbentuk peribadi haruslah dielakkan, kerana ini akan
menyebabkan para responden berasa tidak selesa dan sukar untuk
memberi tindak balas kepada soalan-soalan yang diajukan. Tambahan
pula, keadaan ini juga akan menyebabkan para pengkaji sukar untuk
memperolehi maklumat dan data dari para responden sehingga
menyebabkan kajian ini tidak akan berjalan dengan lebih lancar.
REFERENCE
Allison Ruby Reid-Cunningham. (2008). Human Needs. Maslow’s Theory of Motivation and Hierarchy of Human Needs: a critical analysis, 24.
Brown, J.R., Dev, C.S., 2000. Improving productivity in a servicebusiness: evidence from the hotel industry. Journal of Service Research 2 (4), 339–354.
Culture, M. o. (2013, February 28). Portal Rasmi Pelancongan dan BudayaMalaysia. Retrieved from Hotel berdaftar: http://www.motac.gov.my/en/check/registered-hotel.html
Elvi Susanti Drs.Lahmuddin Yusuf (1999), Konsep Usaha Sama Dalam Perancangan dan Pengurusan Program Pelancongan Homestay di Banghuris. Universiti Teknologi Malaysia.Tesis Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah.
Hotel, T. L. (2013, 11 13). The LimeTree Hotel. Retrieved from Official Site of LimeTree Hotel: http://www.limetreehotel.com.my/
Hotel, M. A. (2013, February 26). Malaysian Association of Hotel. Retrieved from Hotel Listing: file:///C:/Users/User/Downloads/J.Htl/Hotel/Welcome%20to%20Malaysian%20Association%20of%20Hotels%20(MAH).htm
Karim, M. S. (2007). Kerjaya Dalam Bidang Perhotelan. Kuala Lumpur: PTSProfessional Publishing Sdn. Bhd.
Malaysia, M. o. (2013, February 28). Portal Rasmi Pelancongan dan Budaya Malaysia. Retrieved from Hotel berdaftar: http://www.motac.gov.my/en/check/registered-hotel.html
Nickson, D. (2007). Human Resource Management for the hospitality and tourism industries. Great Britain: Elsevier Ltd. All rights reserved.
O’Neill, J.W., Mattila, A.S., 2004. Hotel branding strategy: its
relationship to guest satisfaction and room revenue. Journal of
Hospitality & Tourism Research 28 (2), 156–165.
O’Neill, J.W., Mattila, A.S., 2010. Hotel brand strategy.Cornell
Hospitality Quarterly 51 (1), 27–b34.
Lefever, M.M. (1989). Deans’ roundtable: The future of hotel
education. The Cornell Hotel and Restaurant Administration
Quarterly, 30(2), 42-27.
Selin S. (1999), Developing a Typology of Sustainable Tourism Partnerships, Journal Of Sustainable Tourism, Vol. 7, Nos 3 & 4: 260-273.
Simons, T., & Hinkin, T. (2006). The effect of employee turnover
on hotel profits: A test across multiple hotels. Retrieved April
28, 2006, from www.hotelschool.cornell.edu/chr/research/
inbrief/empturnover.html
Xiao, Y. (2009). THE IMPORTANCE OF STAFF TRAINING IN THE HOTEL INDUSTRY. Renaissance Shanghai Yuyuan Hotel, 9-10.
APPENDIKS
LOG REPORT
No Tarikh Aktiviti, Lokasi, Hasil Verifikasi01. 9.10.2013 Aktiviti: Perbincangan untuk
pemilihan tajuk kajianLokasi: FSS, TR6 & 7Hasil: Persetujuan dicapai
Selesai
02 15.10.2013-17.10.2013
Aktiviti: Perbincangan untuk soalan kajian, objektif kajian danborang soal selidikLokasi: FSS, CaisHasil: Perbincangan selesai dan perlu sedikit perubahan
Selesai
03. 18.10.2013 Aktiviti: Kemas kini untuk soalan kajian (soal selidik)Lokasi: Makmal FSSHasil: Borang Soal Selidik selesai
Selesai
04 02.11.2013 Aktiviti: Perbincangan dan pembahagian tugas untuk Bab 1 hingga 3Lokasi: CaisHasil: pembahagian tugas selesai dan setiap ahli kumpulan tahu tugas masing-masing
Selesai
05 09.11.2013 Aktiviti: Keluar untuk kali pertama bagi mendapatkan maklumatLokasi: KuchingHasil: Maklumat yang diperolehi tidak mencukupi
Dalam proses
06 17.11.2013 Aktiviti: Keluar untuk kali kedua bagi mendapatkan maklumatLokasi: KuchingHasil: Maklumat diperolehi
Selesai
07 19.11.2013–24.11.2013
Aktiviti: Menyiapkan tugasan bahagian masing-masingLokasi: FSSHasil: Tugasan berjaya disiapkan
Selesai
08 26.11.2013 Aktiviti: Penyerahan tugasanLokasi: FSS, TR6 & 7Hasil: Selesai
Tugasan disempurnakan
Gambar 1: Temu bualsecara tidak formaldan kaji soal selidik di Lobby LimeTree Hotel.
Gambar 2: Temubual dan soal selidik secara tidak formal di Catherine Hotel (tempat berehat salah seorang responden)