PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DI MALAYSIA WORD

32
PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DI MALAYSIA

Transcript of PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DI MALAYSIA WORD

PERAKAUNAN AKRUANDALAM SEKTOR AWAM DI

MALAYSIA

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

KANDUNGAN1.0 PENGENALAN.......................................................22.0 DEFINISI PERAKAUNAN TUNAI DAN PERAKAUNAN AKRUAN..................3

3.0 FAEDAH PERAKAUNAN AKRUAN.........................................3Akauntibiliti.......................................................3

Mampan..............................................................4Ukuran yang lebih baik..............................................4

Kecekapan dan keberkesanan organisasi...............................4Integriti...........................................................5

4.0 MIGRASI PERAKAUNAN AKRUAN........................................55.0 TIMELINE PERAKAUNAN AKRUAN.......................................6

6.0 PERBANDINGAN ASAS TUNAI, ASAS TUNAI UBAHSUAI DAN ASAS PERAKRUAN. .77.0 ISU-ISU PERLAKSANAAN............................................12

8.0 STRATEGI PELAKSANAAN............................................13Piawaian & Polisi..................................................13

Adaptasi IPSAS kepada MPSAS........................................14Undang-Undang & Peraturan..........................................15

Proses & Teknologi.................................................18Sumber manusia.....................................................19

9.0 CABARAN KEJAYAAN................................................20Komitmen pengurusan tertinggi......................................20

Resistance to change...............................................20Tidak dapat pengesahan penyata kewangan............................20

Rekod dan daftar aset tidak lengkap................................20Kesukaran berantaramuka dengan sistem luar.........................21

11.0 CONTOH PELAKSANAAN PERAKAUNAN AKRUAN DI LUAR NEGARA............22HONG KONG..........................................................22

1

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

12.0 PENUTUP........................................................23RUJUKAN.............................................................24

1.0 PENGENALANKerajaan telah menetapkan lapan (8) Inisiatif Pembaharuan

Strategik (IPS) bagi merealisasikan Model Ekonomi Baru (MEB)

melalui Program Transformasi Ekonomi. Antara IPS yang ditetapkan

ialah Mengukuhkan Sektor Awam. Salah satu Langkah Dasar Strategik

(Strategy Policy Measure) bagi mengukuhkan sektor awam ialah melalui

Disiplin Fiskal dan Pembaharuan. Untuk tujuan ini, Sistem

Perakaunan Akruan akan dilaksanakan bagi memastikan pengurusan

fiskal yang lebih berhemat dan seterusnya dapat melaksanakan

pengurusan kewangan sector awam yang lebih efektif dan standing

dengan negara maju. Perakaunan merupakan satu proses

mengenalpasti, merekod, mengkelas dan meringkas semua urusniaga

secara sistematik dalam nilai wang dan melaporkan serta

mentafsirkannya.

Pada 11 Mei 2011, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak,

Perdana Menteri Malaysia telah meluluskan pelaksanaan perakaunan

akruan bermula tahun 2015 untuk Kerajaan Persekutuan manalaka

bagi kerajaan negeri pula pada tahun 2016. Kerajaan Persekutuan

kini mengamalkan asas perakaunan tunai ubahsuai dan akan

menukarkannya kepada perakaunan akruan dalam tempoh terdekat.

Antara negara yang telah melaksanakan Perakaunan Akruan ini ialah

2

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

Iceland (1992), New Zealand (1992), Sweden (1994), Australia

(1995), Amerika Syarikat (1998), United Kingdom (2000) dan Kanada

(2002)

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah ditugaskan sebagai

lead agency dalam membangun dan mempertingkatkan keupayaan serta

kecekapan system pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan

Persekutuan melalui Pelaksanaan Perakaunan Akruan. Bagi

menjayakan projek ini, beberapa aktiviti seperti Pengumpulan

Data, Penyediaan Manual Perakaunan, Pengurusan Perubahan,

Penerangan IPSAS. IPSAS adalah satu standard perakaunan sector

awam yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Standard Perakaunan

Sektor Awam Antarabangsa (IPSASB). Ia berfungsi sebagai satu

standard perakaunan yang komprehensif di peringkat antarabangsa

yang meliputi laporan kewangan bagi kerajaan dan entiti sektor

awam.

2.0 DEFINISI PERAKAUNAN TUNAI DAN PERAKAUNAN AKRUANKerajaan Persekutuan menggunakan Perakaunan Tunai Ubahsuai yang

bermaksud pengiktirafan dan perekodan hasil dan belanja hanya

dibuat berdasarkan kepada penerimaan dan pembayaran tunai suatu

urusniaga dalam tempoh Akaun Kena Bayar (AKB) iaitu pada bulan

Januari tahun berikutnya. Melalui kaedah ini, perbelanjaan asset

3

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

tidak dimodalkan dan liability tidak dilaporkan di dalam penyata

kewangan, segala perbelanjaan akan menggunakan peruntukan tahun

semasa dan pembayaran dibuat sehingga bulan Januari tahun

berikutnya. Perakaunan Akruan pula mengiktiraf sesuatu urusniaga

dan peristiwa apabila ianya berlaku dan merekodkan urusniaga

dalam tempoh urusniaga berlaku. Perakaunan Akruan juga

memperakaunkan semua asset dan liabiliti. Semua urusniaga

tersebut dilaporkan dalam penyata kewangan dalam tempoh yang

sama.

3.0 FAEDAH PERAKAUNAN AKRUAN

AkauntibilitiSebelum ini, kerajaan menggunakan sistem perakaunan tunai

ubahsuai dengan kedudukan kewangan kerajaan hanya mengiktiraf dan

merekod sesuatu urusniaga kewangan apabila tunai diterima atau

dibayar dalam tempoh perakaunan berkenaan, Rakyat hanya

mengetahui kedudukan kewangan kerajaan hanya melalui transaksi

tunai dengan liabiliti tidak direkodkan menyebabkan kita tidak

mengetahui jumlah sebenar hutang kerajaan. Tetapi melalui

perakaunan akruan ini, hutang Negara akan ditunjukkan dalam nota

akaun atau penyata kewangan sekaligus ia menjadikan sistem

kewangan Negara lebih telus dan rakyat dapat mengetahui sama ada

kerajaan benar-benar berhemah dalam berbelanja wang mereka.

Menyediakan maklumat yang lebih tepat dan lengkap di masa ia

4

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

merekodkan semasa urusniaga hasil dan belanja sebenar yang

berlaku dalam sesuatu tempoh perakaunan. Faedah pelaksanaan

sistem ini, ia sekaligus dapat meningkatkan ketelusan dana

auntabiliti kerajaan dalam pengurusan kewangan serta akaun selain

menambahbaik pengurusan kewangan dan perakaunan kerajaan melalui

tadbir urus yang baik serta menjurus kepada 'value for money'.

MampanSistem perakaunan akruan ini akan memberi gambaran yang lebih

tepat tentang prestasi operasi dan kedudukan kewangan negeri /

jabatan kerana mengambil kira semua hasil dan belanja dalam

sesuatu tempoh tanpa mengambil kira pergerakan tunai sebenar.

Ukuran yang lebih baikMeningkatkan kebolehbandingan penyata kewangan dari satu tempoh

ke tempoh yang lain kerana ianya mematuhi prinsip perakaunan yang

diterima umum. Ini kerana setiap jenis urusan perniagaan yang

dijalankan akan dicatat di dalam akaun tanpa mengambil kira

aliran tunai sebenar. Ini seterusnya akan menunjukkan jumlah

kedudukan kewangan sebenar serta liabiliti yang ditanggung bagi

sesebuah jabatan kerajaan bagi suatu tempoh perakaunan.

5

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

Kecekapan dan keberkesanan organisasiMemberi petunjuk yang lebih baik dalam pengurusan kewangan kearah

mengahasilkan keputusan yang lebih tepat dan berkesan.

Keterbukaan kerajaan kini yang ingin mengunakan sistem perakaunan

akruan membolehkan kewangan kerajaan boleh dikawal dengan baik

pada masa hadapan. Sistem perakaunan akruan ini akan memberi

gambaran yang lebih tepat tentang prestosi operasi dan kedudukan

kewangan negeri / jabatan kerana mengambil kira semua hasil dan

belanja dalam sesuatu tempoh tanpa mengambil kira pergerakan

tunai sebenar. Hal ini membolehkan sesebuah jabatan kerajaan

dapat membuat bajet atau aggaran perbelajaan yang akan digunakan

pada masa seterusnya dengan lebih tepat dan mengelakkan

pembaziran. Seterusnya, apabila kewangan kerajaan dikawal dengan

baik dan pembaziran dapat dielakkan, kerajaan akan dapat membuat

lebih banyak pembangunan yang dapat memberi kebajikan dan manfaat

kepada rakyat.

IntegritiKetika ini, Jabatan Akauntan Negara (JAN) sebagai agensi peneraju

pelaksanaan Sistem Perakaunan Akruan sedang giat memberikan

latihan kepada semua pegawai dan kakitangan awam yang terbabit

secara langsung. Dianggarkan lebih 70,000 pegawai dan kakitangan

perkhidmatan awam akan terbabit secara langsung dalam

melaksanakan sistem ini, dan kecekapan mereka ini, perlu standing6

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

dengan kecanggihan sistem teknologi maklumat (IT) yang bakal

digunakan. Hal ini seterusnya akan meningkatkan tahap

kecekapan ,kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pengurusan

kewangan dan akaun serta pelaporan mengikut keperluan. Di dalam

migrasi sistem perakaunan tunai kepada akruan.

4.0 MIGRASI PERAKAUNAN AKRUANPelaksanaan perakaunan akruan sejajar dengan Dasar Transformasi

Sektor Awam dalam Model Baru Ekonomi bertujuan memantapkan

pengurusan fiscal berhemat serta mempertingkatkan kecekapan

pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan Persekutuan. Migrasi

Perakaunan Akruan ini melibatkan Perakaunan Tunai Ubahsuai ke

Perakaunan Akruan. Migrasi ini dilakukan secara berperingkat-

peringkat bermula pada tahun 2012 lagi. Perakaunan Tunai Ubahsuai

yang sedia ada mempunyai ciri-ciri seperti aset tidak

dipermodalkan, mematuhi IPSAS perakaunan tunai, liabiliti direkod

diluar system perakaunan dan kos maklumat yang tidak

diintegrasikan. Apabila perakaunan akruan dilaksanakan maka aset

dan liabiliti akan direkod, mematuhi IPSAS perakaunan akruan,

berintegrasi dengan Outcome Based Budgeting (OBB), kos data output,

program dana ktiviti, merekod Akaun Belum Bayar (ABB) dan merekod

Akaun Belum Terima (ABT). Apabila dilaksanakan nanti pada 2015

oleh Kerajaan Persekutuan. Perakaunan Akruan akan memberikan

gambaran penuh prestasi dan kedudukan kewangan kerajaan. Maklumat

yang lengkap bagi penggunaan sumber aset dan juga liabiliti akan

boleh diperolehi dengan cepat dan tepat. Selain itu, perbandingan

7

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

hasil dan kos serta maklumat kos bagi setiap polisi dan aktiviti

yang dijalankan juga boleh diperolehi dengan tepat dan terkini.

Transformasi Perakaunan Akruan penting untuk kemajuan negara bagi

memastikan komitmen perbelanjaan serta penggunaan peruntukan

Kerajaan dinyatakan dengan lebih jelas, telus serta mampu untuk

meletakkan Malaysia setaraf dengan negara-negara maju sejajar

dengan aspirasi Kerajaan dalam mencapai taraf Negara

berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

5.0 TIMELINE PERAKAUNAN AKRUAN

8

5

AA Go Live !

New Biz Requirement

SI AppointmentSys Development and Testing

Data Migration

Awareness

System Documentation and Manuals

Sys Design

Review and Approve Amendment of FC, FPA 1957 And Relevant Acts

Development Accounting Standards

OBB Integration

Costing Go Live!

Data Collection

Accounting Policies Approval

TOT & EUT

Core Team Training

CFO Training

Collection Data Training (Asset)

Consultant Appointment

SAD’s Set Up

Core Team Set UpGASAC Set Up

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

6.0 PERBANDINGAN ASAS TUNAI, ASAS TUNAI UBAHSUAI DAN ASAS PERAKRUAN

ASAS TUNAI ASAS TUNAI UBAHSUAI ASAS AKRUANPerakaunan yang

mengiktiraf dan

merekod sesuatu

urusniaga dan

peristiwa apabila

tunai telah diterima

dan dibayar dalam

tempoh perakaunan

tersebut

Perbelanjaan oleh

kerajaan menggunakan

peruntukan tahun

semasa dan

pembayaran dibuat

dalam bulan Januari

tahun berikutnya.

Tempoh perakaunan

dilanjutkan menjadi

tiga belas bulan

atau dikenali

sebagai akaun kena

bayar (AKB)

Perakaunan yang

mengkiktiraf sesuatu

urusniaga dan

peristiwa apabila

ianya berlaku dan

merekodkan dalam

rekod perakaunan

dalam tempoh urus

niaga tersebut

berlaku.

Perbelanjaan –

incurred

Hasil – earned

Terdapat beberapa perbezaan dari segi pengiktirafan dan perekodan

untuk setiap kelas akaun bagi asas tunai dan asas akruan.

Perbezaan yang dinyatakan seperti di Jadual 1

KELAS

AKAUNASAS TUNAI ASAS AKRUAN

Hasil Pengiktirafan dan perekodan

hanya dibuat berdasarkan

Pengiktirafan dan

perekodan dibuat

9

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

kepada penerimaan tunai. apabila hasil telah

dikenalpasti boleh

atau layak diterima

pada sesuatu masa

walaupun tiada

penerimaan tunai.

Belanja

Pengiktirafan dan perekodan

hanya dibuat berdasarkan

kepada pembayaran tunai.

Pengiktirafan dan

perekodan dibuat

apabila urusniaga

perbelanjaan berlaku

walaupun pembayaran

belum dibuat.

Aset

Dikenakan sepenuhnya kepada

perbelanjaan pada masa ianya

diperolehi. Tiada belanja

susutnilai.

Diiktiraf dan

direkodkan selama

tempoh usia guna

serta dipermodalkan.

Susutnilai dikenakan

sepanjang tempoh

penggunaan.

Liabiliti

Tidak diiktiraf atau

direkodkan

Tanggungan /

Obligasi yang perlu

dibayar tetapi belum

dibuat bayaran akan

diiktiraf dan

10

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

direkodkan.

Jadual 1: Perbezaan antara asas tunai dan asas akruan

Keterangan lanjut mengenai perbandingan antara asas tunai dan

asas akruan seperti dibawah dan disertakan bersama dengan contoh.

Sebelum perlaksanaan akaun asas perakruan hasil dan belanja hanya

akan diiktiraf dan direkodkan pada tarikh penerimaan bayaran dan

pembayaran dibuat tetapi di dalam asas perakruan hasil dan

belanja itu akan direkodkan sebaik sahaja transaksi berlaku

dimana tarikh invois dihantar dan diterima.

11

HASIL

Asas tunai

D i i k t i r a f d a n

d i r e k o d k an h a n y a a p a b i l a t u n a i

d i t e r i m a

Asas

akruanD i i k t i r a f

d a n d i r e k o d d a l a m t e m p o h

p e n g h a n t ar a n

i n v o i s

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

Contoh:

Menerima pesanan daripada pelanggan pada 20 April 2016, pada 25

April 2016 invois dikeluarkan dan dihantar kepada pelanggan

bersama dengan barangan. Pembayaran oleh pelanggan diterima pada

5 Mei 2016.

ASAS TUNAI ASAS AKRUANHasil dan belanja diiktiraf pada

05 Mei 2016 apabila tunai

diterima dan dibayar.

Hasil dan belanja diiktiraf pada

25 April 2016 bersamaan tarikh

penghantaran dan penerimaan

invois walaupun pembayaran masih

belum dibuat atau diterima.

12

BELA

NJA

Asas

tun

ai Diiktiraf dan

direkodkan hanya apabila tunai

dibayar

Asas

akr

uan

Diiktiraf dan

direkod dalam tempoh

penerimaan invois

ASET

TETAP

Asas tunai

D i k e n a k a n k e p a d a

p e r b e l a n j a a n 1 0 0 % p a d a m a s a i a n y a d i p e r o l e h i

Asas akruan

D i i k t i r a f / d i r e k o d k a n

s e l a m a t e m p o h u s i a g u n a n y a

( m e n g a m b i l k i r a s u s u t n i l a i )

d a n d i p e r m o d a l k a n .

d i l a p o r k a n s e b a g a i a s e t

d i d a l a m p e n y a t a k e w a n g a n

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

Contoh:

Pada 25 Disember 2015, Jabatan Kerja Raya telah membeli sebuah

kenderaan pacuan 4 roda (Xtrail) pada harga RM100 000 dan membuat

pembayaran pada 5 Januari 2016 kenderaan ini dapat digunakan

selama 5 tahun.

Tahun Asas tunai Asas akruanPenyata kewangan

2012Belanja-RM100 000

Aset bersih(kenderaan) - RM80 000(balance sheet)

Belanja susutnilai - RM20 000 (profit & loss)

Penyata kewangan2013

-*tidak dinyatakan dalam penyata kewangan

Aset bersih (kenderaan) - RM60 000

Belanja susut nilai - RM20 000

13

LIABILITI

Asas tunai

T i d a k d i i k t i r a f a t a u d i r e k o d k an s e h i n g g a t u n a i b e r t u k a r t a n g a n

Asas akruan

D i r e k o d d a n d i i k t i r a f u n t u k t e m p o h i a n y a d i p e r o l e hi a t a u d i t a n g g u ng

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

Contoh:

Pada 20 Disember 2015, pesanan untuk bahan mentah telah dibuat

kepada pembekal dan pada 25 Disember 2015, pembekal talah

menghantar barang yang dipesan berserta dengan invois. Pada 5

Januari 2016, pembayaran kepada pembekal telah dibuat.

LIABILITI

ASAS TUNAI

Perbelanjaan diiktiraf dandirekod pada 5 Januari 2016di dalam Penyata Kewangan2016.

ASAS AKRUAN

Perbelanjaan diiktiraf dandirekod pada 25 Disember 2015dan dilapor sebagai LIABILITI didalam Penyata Kewangan 2015.

7.0 ISU-ISU PERLAKSANAANIsu-isu yang timbul semasa perlaksanaan perakauanan akruan dalam

sektor awam di Malaysia adalah seperti yang dinyatakan di bawah.14

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

1. Membangunkan polisi perakaunan dan piawaian dengan

menggunakan International Public Sector Accounting Standard

(IPSAS) sebagai panduan.

2. Format baru penyata kewangan selepas perlaksanaan perakauan

akruan.

3. Penyediaan adet dan penilaian aset.

4. Pengembangan model-model yang dipercayai bagi pengiktirafan

cukai pendapatan, pelan pencen dan ganjaran.

5. Isu aset tentera dan aset warisan dimana ia menjadi tanda

tanya sama ada ingin dikategorikan untuk dipermodalkan atau

dibelanjakan.

6. Kesediaan sistem perakaunan untuk mengendalikan akruan pada

masa hadapan.

7. Kekurangan kakitangan yang berkelayakan untuk kendalikan

perakuanan akruan di dalam sektor awam.

15

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

8.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Piawaian & Polisi

Polisi Perakaunan

Akruan yang merangkumi

aset, liabiliti, hasil dan perbelanjaan

telah disedia dan diluluskan oleh Jawatankuasa

Pemandu Perakaunan Akruan. Penubuhan Government Accounting

Standard Advisory Committee (GASAC). GASAC berperanan mengkaji,

menggubal dan meluluskan polisi perakaunan, piawaian perakaunan

dan cadangan pindaan perundangan berkaitan.

GASAC Dianggotai oleh:

Ketua Akauntan Kementerian terpilih;

Bendahari Negeri terpilih;

16

Undang-undang & Peraturan

Piawaian & Polisi

Sumber Manusia

Proses & Teknolog

i

Menggubal Piawaian Perakaunan Akruan Sektor Awam. Menggubal polisi perakaunan akruan.

Mengkajidan mencadang pindaan Perlemba

Melaksanakan analisisjurang.

Merekabentuk dan

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

Wakil Badan Berkanun terpilih;

Wakil Badan Profesional terpilih; dan

Wakil Universiti terpilih.

Adaptasi IPSAS kepada MPSAS Malaysia Public Sector Accounting Standards (MPSAS) telah

diadaptasi daripada International Public Sector Accounting

Standards (IPSAS) yang dikeluarkan oleh International Federation

of Accountants (IFAC) dan diperakukan oleh GASAC. MPSAS adalah

persediaan kerajaan Malaysia untuk beralih sistem perakaunan

daripada asas tunai kepada akruan.

Polisi Perakaunan adalah prinsip, asas, konvensyen, peraturan dan

amalan yang digunapakai oleh sesebuah entiti dalam menyediakan

dan mempersembahkan penyata kewangan. (MPSAS 3). Digubal untuk

membantu pengguna menggunapakai Piawaian Perakaunan Sektor Awam

Malaysia (Malaysian Public Sector Accounting Standards (MPSAS).

Sebelas (11) MPSAS telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu

Perakaunan Akruan :

MPSAS 1 - Pembentangan Penyata Kewangan

MPSAS 2 - Penyata Aliran Tunai

17

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

MPSAS 3 - Dasar Perakaunan, Perubahan dalam Anggaran

Perakaunan dan Kesilapan

MPSAS 4 - Kesan Perubahan dalam Kadar Pertukaran Asing

MPSAS 9 - Hasil Dari Transaksi Pertukaran

MPSAS 17 - Hartanah, Loji dan Peralatan

MPSAS 12 - Inventori

MPSAS 13 - Pajakan

MPSAS 16 - Hartanah Pelaburan

MPSAS 23 - Hasil Dari Urusniaga Bukan Pertukaran

MPSAS 24 - Pembentangan Bajet Maklumat dalam Penyata

Kewangan

Undang-Undang & Peraturan

18

Undang-undang & Peratura

n

Piawaian&

Polisi

Sumber Manusia

Proses & Teknolog

i

Menggubal PiawaianPerakaunan

Pengurusan Perubahan

Pembangunan

Melaksanakan analisis jurang.

Merekabentuk dan membangun

Mengkaji dan mencadangpindaan Perlembagaan Persekutuan, Akta Prosedur Kewangan 1957dan Akta berkaitan bersama Jabatan Peguam

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

I. Perlembagaan Persekutuan

Perkara 104, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tiada apa-

apa wang yang boleh dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan

melainkan jika wang-wang diperuntukkan atau diluluskan oleh

Parlimen.

II. Akta Tatacara Kewangan 1957

Seksyen 13 (5) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957 menjelaskan bahawa

wang yang dikeluarkan dari Kumpulan Wang Disatukan hanya bagi

maksud-maksud suatu amanah atau di bawah kuasa suatu undang-

undang.

III. Piawaian Perakaunan Kerajaan

Di dalam Piawaian Perakaunan Kerajaan (PPK1) memperuntukkan semua

urus niaga terimaan dan bayaran kerajaan diakaunkan mengikut asas

tunai. Walau bagaimanapun, bekalan dan perkhidmatan yang diterima

sehingga 31 Disember boleh dikenakan kepada peruntukan tahun

kewangan berkenaan jika dibayar dalam bulan berikutnya melalui

Akaun kena bayar.

IV. Pekeliling Perbendaharaan Bil 8 Tahun 1974

19

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

Pekeliling ini mengarahkan pemakaian dasar perakaunan tunai

ubahsuai bagi bayaran Kerajaan Persekutuan dan negeri.

V. Arahan Perbendaharaan (AP) 58(a)

Arahan ini menjelaskan bahawa kelulusan khas diperlukan bagi

membayar/ menyelaras baucar perbelanjaan mengurus yang

dikemukakan dalam tahun kewangan semasa berkaitan dengan

pertanggungan-pertanggungan yang kena dibayar pada tahun kewangan

yang lama.

VI. Arahan Perbendaharaan 59

Pembayaran bagi barang-barang dan perkhidmatan yang dibekal

dengan suci hati dan tidak boleh ditahan. Peruntukan ini adalah

bagi bayaran yang dilakukan dengan keraguan oleh pegawai

bertanggungjawab dan bayaran tersebut mulanya dipertanggungkan

kepada akaun pendahuluan diri (pegawai awam). Pegawai Pengawal

perlu menyediakan laporan untuk dikemukakan kepada Perbendaharaan

dan sekiranya diluluskan, pelarasan Akaun Pendahuluan Diri perlu

dilakukan.

Pihak yang terlibat dengan pengurusan bayaran

I. Menteri Kewangan

20

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

Seksyen 6(1), Akta Acara Kewangan 1957 (dipinda 1972) menyatakan

pengurusan Kumpulan Wang Disatukan dan Arahan bagi semua perkara

berhubung dengan hal ehwal kewangan Persekutuan terletak pada

Menteri.

II. Pegawai Pengawal

AP10 menerangkan bahawa Pegawai Pengawal adalah pegawai yang

dilantik oleh Menteri Kewangan atau Pegawai Kewangan Negeri bagi

tiap-tiap maksud perbelanjaan yang diperuntukkan bagi mana-mana

tahun kewangan. Tanggungjawab Pegawai Pengawal

a) Mengawal perbelanjaan di bawah kawalannya supaya tidak

melebihi peruntukan (AP 54);

b) Mengawas perbelanjaan di bawah kawalannya (AP 57);

c) Memastikan perbelanjaan dibuat dengan betul (AP92(a)(i)); dan

d) Mengemukakan laporan perbelanjaan kepada Perbendaharaan

(AP92(a)(i)).

III. Pegawai Pembayar

Pegawai Pembayar adalah pegawai yang sebenarnya membelanjakan

wang awam. Tanggungjawab Pegawai Pembayar (AP 93)

a) Memastikan bayaran tidak melebihi peruntukan;

21

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

b) Memastikan perakuan ditandatangani oleh pegawai yang diberi

kuasa dan ‘Prima Facie’ pertanggungan adalah betul; dan

c) Memastikan potongan yang sepatutnya telah dibuat dengan betul.

iv) Pegawai Perakaunan

Seksyen 3 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] menyatakan

pegawai perakaunan adalah seorang pegawai yang ada urusan

berkenaan dengan wang awam atau aset awam.

Proses & Teknologi

22

Undang-undang

& Peratur

an

Piawaian&

Polisi

Sumber Manusia

Proses & Teknologi

Melaksanakan analisis jurang.Mereka bentuk dan membangunkan sistem perakaunan yang berasaskan Perakaunan Akruan.

Menggubal Piawaian Perakaunan Akruan Sektor Awam. Menggubal polisi perakaunan akruan.

Mengkaji dan mencadang pindaan Perlembagaan Persekutuan, Akta Prosedur Kewangan 1957 dan Akta berkaitan bersama Jabatan Peguam Negara.

Pengurusan PerubahanPembangunan Modal InsanPenglibatan pegawai kewangan dan akaun dalam pelaksanaan Perakaunan Akruan.

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

Kerajaan mula menggunakan 1Government Financial Management

Accounting System (1GFMAS) pada Oktober 2016 bagi menggantikan

sistem sedia ada iaitu Sistem Perancangan dan Belanjawan (E-SPKB)

yang menggunakan asas tunai. sistem 1GFMAS ini mempunyai pelbagai

keupayaan seperti Data Mart, boleh berantara muka dengan sistem

luar yang lain, fleksibel bagi perakaunan tunai dan akruan,

mempunyai data masa yang sebenar, catatan bajet yang lengkap,

meningkatkan keselamatan data akaun kerajaan dan merupakan One-

Single point entry. Apabila kerajaan mula melaksanakan perakaunan

asas akruan setiap kementerian yang terdiri daripada 25

kementerian dapat menyediakan penyata kewangan yang lebih tepat

dan lengkap. Dengan menggunakan sistem asas akruan ini juga,

setiap perbelanjaan dan hasil disetiap kementerian dapat

dianalisis bagi tujuan penyediaan belanjawan pada tahun akan

datang dan juga dapat mengatasi masalah-masalah salah laku

seperti penyelewengan wang kerajaan.

Sumber manusia

23

Undang-undang

& Peratur

an

Piawaian&

Polisi

Sumber Manusia

Proses &

Teknologi

Melaksanakan analisis jurang.Merekabentuk dan membangunkan sistem perakaunan yang berasaskan Perakaunan Akruan.

Menggubal Piawaian Perakaunan Akruan Sektor Awam. Menggubal polisi perakaunan akruan.

Mengkaji dan mencadang pindaan Perlembagaan Persekutuan, Akta Prosedur Kewangan 1957 dan Akta berkaitan bersama Jabatan Peguam Negara.

Pengurusan PerubahanPembangunan Modal InsanPenglibatan pegawai kewangan dan akaun dalam pelaksanaan Perakaunan Akruan.

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

Kerajaan telah mengambil langkah permulaan dengan menubuhkan

pasukan perlaksanaan perakaunan akruan dimana pasukan ini

bertanggungjawab dalam menyemak semula dan meminda undang-undang,

membangun dan meluluskan polisi perakaunan akruan kerajaan,

membangun dan meluluskan piawaian perakaunan akruan kerajaan,

penubuhan jabatan mengakaun sendiri (JMS) bagi 15 kementerian,

menjalankan program kesedaran dan latihan kepada kakitangan awam,

pembangunan sistem yang terlibat, pengumpulan data aset, akaun

belum terima dan akaun kena bayar dan perlaksanaan akruan

ubahsuai pada 2014 dan perakaunan akruan sepenuhnya pada 2015

serta Outcome Based Budgeing (OBB) dan Activity Based Costing

(ABC) integrasi pada 2016.

9.0 CABARAN KEJAYAAN

Komitmen pengurusan tertinggiMemantapkan struktur Pusat Tanggungjawab (PTJ) dengan pegawai

perkhidmatan perakaunan selaras dengan pelaksanaan perakaunan

24

Melaksanakan analisis jurang.Merekabentuk dan membangunkan sistem perakaunan yang berasaskan Perakaunan Akruan.

Pengurusan PerubahanPembangunan Modal InsanPenglibatan pegawai kewangan dan akaun dalam pelaksanaan Perakaunan Akruan.

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

akruan. Selain itu, Key Performance Indicator (KPI) berfungsi

mengukur prestasi kewangan.

Resistance to changeProgram Awareness Perakaunan Akruan kepada pengurusan atasan dan

semua penjawat awam negeri perlu dilaksanakan untuk memberi

pendedahan kepada penjawat awam pentingnya pelaksanaan perakaunan

akruan ini dilaksanakan. Selain itu, mengadakan capacity building

yang komprehensif seperti pembangunan sumber manusia untuk

meningkatkan kemahiran-kemahiran kepada penjawat awam. Program

latihan usahasama antara Institut Perakaunan Negara dengan badan

professional perakaunan dan universiti tempatan.

Tidak dapat pengesahan penyata kewanganPenggubalan polisi dan piawaian Perakaunan Akruan. Cadangan

pindahan terhadap Akta Tatacara Kewangan 1957 dan akta yang

berkaitan bagi menyelesaikan beberapa perkara yang ditetapkan di

bawah undang-undang sedia ada seperti konsep Kumpulan Wang

Disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman Disatukan

dan Akaun Amanah Disatukan.

Rekod dan daftar aset tidak lengkapPenetapan baki awal bagi aset dan liabiliti memandangkan rekod

mengenai sebahagian aset tidak diselenggarakan dengan teratur.

Pelaporan bagi aset warisan (heritage asset) atau aset yang

mempunyai nilai sejarah memandangkan kesukaran untuk menentukan

nilai aset berkenaan. Pada peringkat awal JANM tidak akan

melaporkan heritage asset. Pelaporan aset yang sensitif dan boleh

25

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

mengancam keselamatan negara seperti peralatan ketenteraan. Isu

yang timbul adalah sama ada aset-aset tersebut perlu dilaporkan

secara terperinci atau sebagai satu jumlah besar (lump-sum figure).

Selain itu, kompetensi pegawai di mana pegawai kewangan dan

perakaunan perlu menjalani latihan intensif dan komprehensif bagi

memastikan mereka boleh mencapai kompetinsi yang diperlukan untuk

melaksanakan perakaunan asas akruan.

Kesukaran berantaramuka dengan sistem luarPerbincangan awal dengan semua pemilik sistem lain bagi

memastikan masa mencukupi untuk berantaramuka. Menyenaraikan

semua sistem-sistem lain, mengkaji setiap sistem dan

mengenalpasti kaedah dan point berantaramuka. Selain itu,

menetapkan tempoh antaramuka dengan sistem lain.

10.0 NEGARA YANG TELAH MELAKSANAKAN PERAKAUNAN AKRUAN

26

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

11.0 CONTOH PELAKSANAAN PERAKAUNAN AKRUAN DI LUAR NEGARA

HONG KONGNegara Hong Kong telah memutuskan untuk melaksanakan perakaunan

akruan sebagai alat untuk mengukur preatasi dan kedudukan

kewangan negara dengan lebih menyeluruh. Pengumuman pelaksanaan

projek ini telah dibuat secara menyeluruh kepada rakyat melalui

ucapan bajet yang disiarkan secara langsung melalui media masa

tempatan. Ini secara langsung menjadikan projek ini sebagai top

down approach yang melancarkan pelaksanaannya.

Selepas pengumuman ini dibuat, satu Task Force yang terdiri

daripada golongan professional dan akademik telah diwujudkan bagi

membuat kajian lanjut pelaksanaan akruan. Hasilnya, satu laporan

telah dikeluarkan yang mengandungi perkara seperti berikut:

I. Kerajaan akan terus menyedia dan mengeluarkan perakaunan

asas tunai.

II. Penyata kewangan asas akruan disediakan sebagai penyata

tambahan dan Stewardship Statement akan disediakan.

III. Setiap pertimbangan atau keputusan yang dibuat semasa tempoh

peralihan perlu mengambil kira aspek kos dan manfaat.

IV. Mengambil kira setiap keperluan oleh HKSAR.

FASA PELAKSANAAN

27

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

Fasa 1

- Penyata Kewangan asas

akruan pertama dikeluarkan

pada tahun 2002/2003.

- Aset tetap dan belanja

susut nilai tidak

dipermodalkan dan

diiktiraf.

- Dasar perakaunan utama

diamalkan.

Fasa 2

- Bermula tahun kewangan

2004/2005

- Aset tetap dipermodalkan

dan susutnilai akan

diiktiraf.

- Stewardship Statement

dikeluarkan.Jadual 2: Pelaksanaan Perakaunan Akruan Secara Berfasa

12.0 PENUTUP

Pelaksanaan Perakaunan Akruan akan menambah nilai dan memberi

gambaran yang lebih meluas mengenai kemampanan kewangan awam.

Selain itu, pelaksanaan Perakaunan Akruan akan menambah nilai

kepada pelaksanaan ‘Outcome Based Budgeting’ (OBB) dan ‘Activity

28

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

Based Costing’ (ABC) seterusnya dapat membawa kepada kecekapan

dan keberkesanan Dasar Fiskal Negara.

Sistem Perakaunan Akruan jelas sangat memberi impak yang positif

kepada sektor awam bagi memacu kearah kemajuan Negara kita supaya

seiring dengan wawasan 2020 iaitu menjadi sebuah Negara maju pada

tahun 2020. Oleh itu, sistem Perakaunan Akruan dalam sektor awam

juga mestilah dilakukan perubahan agar tidak ketinggalan dan

sentiasa relevan dengan peredaran zaman yang semakin moden.

Maklumat, data dan pelaporan kewangan kerajaan dilaksanakan

secara lebih menyeluruh berdasarkan prinsip “Benar dan Saksama”.

Komitmen, sokongan dan kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi

menjamin kejayaan tranformasi ini.

29

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

RUJUKAN

Ali, I. E. (2006). Perakaunan sektor awam di Malaysia. UUM Press.

Jabatan Akauntan Negara. 2014. http://portal.anm.gov.my/main.php. Dicapai pada 2 Disember

2014

Migrasi Perakaunan Akruan.http://www2.anm.gov.my/akruan/Pages/Migrasi-Perakaunan-

Akruan.aspx. Dicapai pada 2 Disember 2014.

Perakaunan Akruan.http://account.moh.gov.my/v3/upload/akruan/1.pdf. Dicapai pada

3 Disember 2014.

Akruan vs Tunai. http://radziandco.com/index.php/7-berita/339-akruan-vs-tunai. Dicapai

Pada 3 Disember 2014.

30

[PERAKAUNAN AKRUAN DALAM SEKTOR AWAM DIMALAYSIA] DISEDIAKAN OLEH

Kementerian Kewangan. 2013.

http://www2.anm.gov.my/PublishingImages/SitePages/Pekeliling%20Perbendaharaan/PP042013.pdf. Dicapai pada 2 Disember 2014.

31