Tokoh Akhlak

48
PENGENALAN Masyarakat hari ini semakin berilmu dan berpegang kepada akhlak Islam yang sebenar. Mengikut Al-Ghazali, akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dan sebati dalam jiwa seseorang menghasilkan segala perbuatan dengan mudah (spontan) tanpa memerlukan pertimbangan pemikiran (teragak-agak). Tokoh adalah seseorang yang terkemuka atau kenamaan di bidangnya, atau seseorang yang memegang peranan penting dalam suatu bidang atau aspek kehidupan tertentu dalam masyarakat. Dalam dunia Islam, terdapat beberapa individu yang layak diangkat sebagai tokoh yang memberikan banyak sumbangan dalam memperjuangkan kesucian agama Islam. Tokoh-tokoh ini sentiasa cuba menyampaikan maklumat dan menyeru umat Islam supaya menjalankan kehidupan berlandaskan syariat Islam yang sebenar melalui dakwah, sesi ceramah, penulisan buku, penulisan kertas ilmiah dan pelbagai bentuk media lain dalam menyampaikan mesej mereka. Sesungguhnya, usaha mereka ini tidak sia-sia kerana penulisan mereka dijadikan rujukan oleh masyarakat Islam hari ini walaupun mereka sudah meninggal dunia seperti Imam Al-Ghazali, HAMKA dan Iman Ahmad Hambal. Malah masih ada tokoh-tokoh seperti ini yang masih hidup yang terus menerus 1

Transcript of Tokoh Akhlak

PENGENALAN

Masyarakat hari ini semakin berilmu dan berpegang kepada

akhlak Islam yang sebenar. Mengikut Al-Ghazali, akhlak ialah

suatu sifat yang tertanam dan sebati dalam jiwa seseorang

menghasilkan segala perbuatan dengan mudah (spontan) tanpa

memerlukan pertimbangan pemikiran (teragak-agak). Tokoh adalah

seseorang yang terkemuka atau kenamaan di bidangnya, atau

seseorang yang memegang peranan penting dalam suatu bidang atau

aspek kehidupan tertentu dalam masyarakat.  Dalam dunia Islam,

terdapat beberapa individu yang layak diangkat sebagai tokoh yang

memberikan banyak sumbangan dalam memperjuangkan kesucian agama

Islam. Tokoh-tokoh ini sentiasa cuba menyampaikan maklumat dan

menyeru umat Islam supaya menjalankan kehidupan berlandaskan

syariat Islam yang sebenar melalui dakwah, sesi ceramah,

penulisan buku, penulisan kertas ilmiah dan pelbagai bentuk media

lain dalam menyampaikan mesej mereka. Sesungguhnya, usaha mereka

ini tidak sia-sia kerana penulisan mereka dijadikan rujukan oleh

masyarakat Islam hari ini walaupun mereka sudah meninggal dunia

seperti Imam Al-Ghazali, HAMKA dan Iman Ahmad Hambal. Malah masih

ada tokoh-tokoh seperti ini yang masih hidup yang terus menerus1

memberikan sumbangan dalam menegakkan syariat Islam seperti Dr

Fadzilah Kamsah, Profesor Dr Sidek Baba dan Ustaz Azhar Idrus .

Sumbangan tokoh-tokoh ini amat jelas bukan sahaja melalui ilmu

yang mereka sampaikan malah berdasarkan keperibadian yang mereka

turut sama tunjukkan kepada masyarakat supaya keperibadian mereka

akan diikuti dan dicontohi.

IMAM AL-GHAZALI

LATAR BELAKANG

Nama sebenar Imam Alghazali adalah Muhammad bin Muhammad At-

Thusi Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali. Beliau dilahirkan di Thus

pada tahun 450 Hijrah (1058M). Beliau berasal daripada keluarga

yang sederhana. Bapanya seorang yang tidak berpelajaran namun

ayahnya amat mementingkan pendidikan kerana enggan anak-anaknya

hidup seperti dirinya. Oleh itu, ayahnya telah mewasiatkan Al-

Ghazali dan seorang saudaranya iaitu Ahmad kepada seorang ahli

2

sufi yang merupakan sahabat beliau. Sejak kecil lagi Al-Ghazali

menunjukkan minatnya dalam menuntut ilmu dan beliau banyak

mengembara untuk berguru dengan toko-tokoh terkenal seperti

mempelajari ilmu-fiqh dengan Imam Al-Radzakani di Thus, belajar

pula dengan Imam Al-Abi Nash Al-Isma’ili di Jurjan dan

kemudiannya mendampingi Imam Al-Haramain Abu Ma’ali Al-Juwaini

(419-478 Hijrah) di Nisabur. Kalau hendak disenaraikan, Imam Al-

Ghazali meluaskan skop pengetahuannya dengan mempelajari dengan

ramai guru daripada pelbagai bidang tidak hanya terikat dengan

ilmu agama semata-mata apabila dengan As Syeikh Ahmad bin

Muhammad Ar Razakani, beliau turut mempelajari ilmu matematik dan

bahasa Arab. Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir,

ahli filsafat Islam, pemidato, dan ahli akademik terkemuka yang

banyak memberi sumbangan bagi perkembangan kemajuan manusia.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai penasihat agung

Perdana Menteri di Muaskar dan Naib Kanselor di Madrasah

Nizhamiyah, pusat pengajian tinggi di Baghdad semasa berumur 34

tahun. Beliau meninggal dunia di Thus pada 14 Jamadil Akhir tahun

505 Hijrah bersamaan 18 Disember 1111M.

3

Karya-karya

Karya-karya Imam Al-Ghazali dapat dibahagikan kepada

beberapa bidang iaitu seperti bidang Fiqh dan usul al-fiqh, ilmu

kalam dan usul al-din, bidang falsafah dan bidang-bidang lain.

Bagi karya beliau dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh adalah al-

Taʿliqa, al-Mankhul min taʿliqat al-iṣul, al-Basiṭ, Al-wasiṭ fi

al-mathab, al-Wajiz fi fiqh al-imam al-shafiʿi, Khulaṣat al-

mukhtaṣr wa naqawat al-muʿtaṣr, Kitab tahẓib al-Iṣul, dan Fatawy

al-Ghazali.   Dalam bidang Ilmu Kalam dan Usul al-Din, karya-

karya beliau antaranya adalah al-Mustaẓhiri or Fadaʾih al-

baṭiniyya wa faḍaʾil al-mustaẓhiriyya, Fayaṣl al-tafriqa bayn al-

Islam wa-l-zandaqa, Mishkat al-anwar, Iljam al-ʿawamm ʿan ʿilm

al-kalam, Al-ḥikmah fi makhluqat illah, serta Qanun al-ta'wil .

Bukan itu sahaja, Imam Alghazali turut menghasilkan karya-karya

lain seperti Maktubat imam ghazālī (Correspondences of Imam

Ghazālī) Islam dan Majmuʿt Rasiʾl al-Imam al-Ghazālī.

Sumbangan

Bidang Pendidikan

4

Dalam bidang pendidikan, Al-Ghazali telah menyarankan kaedah

pendidikan berasaskan Islam yang masih menjadi rujukan tokoh

pendidik seluruh dunia termasuk di Malaysia. Beliau amat

menekankan asas tabii manusia berdasarkan pengalaman peribadi

beliau. Oleh itu, beliau menyarankan supaya kanak-kanak

diterapkan dengan nilai-nilai agama semasa kecil kerana pada

ketika ini kanak-kanak amat mendengarkan kata. Oleh itu penerapan

dari segi jiwa amat mudah. Imam Al-Ghazali juga menekankan

penglibatan agama dalam pembelajaran di samping menyarankan juga

konsep hubungan guru dan pelajar di samping guru menjadi role

model kepada pelajarnya. Ini memperlihatkan bagaimana saranan

pengajaran yang diberikan beliau mampu menjadikan generasi muda

yang dilahirkan berkelakuan selaras dengan syariat Islam.

Tambahan pula, sememangnya Islam sendiri menekankan pengajaran

anak-anak bermula daripada kecil kerana mereka semua ibarat kain

putih yang memerlukan didikan yang baik dalam memastikan kain

putih itu tidak tercemar.

Selain itu juga beliau banyak memperkenalkan teori-teori

pembaharuan dalam pendidikan yang membantu kepada pembentukan

akhlak yang baik kepada umat Islam seperti pendidikan bukan5

sekadar untuk mengejar duniawi tetapi untuk mengenali Allah

dengan lebih mendalam dan mengagumi ciptaannya. Ini menunjukkan

bagaimana saranan teori pendidikan yang dibawanya menunjukkan

kepentingan agama diutamakan berbanding teori pendidikan Barat

yang menekankan duniawi semata-mata dan pelaksanaannya mampu

melihatkan peranan pendidikan dalam menerapkan akhlak mulia dalam

kalangan generasi pelajar Islam.

Di samping itu, Al-Ghazali juga turut memperkenalkan konsep

adab menuntut ilmu antara pelajar dan guru serta perhubungan baik

antara kedua-duanya. Keadaan ini sekali gus mengangkat nama umat

Islam dan masyarakat Islam tidak lagi perlu mengikuti kaedah-

kaedah yang diperkenalkan Barat semata-mata yang kalau kita lihat

kesemua kaedah pendidikan yang diperkenalkan memisahkan agama

daripada kehidupan atau yang kita namakan elemen sekularisme yang

amat kuat seperti teori-teori Freud, Pavlov, dan Carl Jung.

Sesungguhnya, teori yang disarankan Al-Ghazali merupakan cara

penerapan nilai akhlak berlandaskan Islam untuk kanak-kanak

secara langsung dan tidak langsung dan amat bersesuaian sekali

tahap yang disarankan kerana bak kata pepatah Melayu “ Melentur

buluh biar dari rebungnya” serta sekali gus memastikan umat Islam tidak6

tercalar dengan ideologi sekularisme yang amat bercanggah dengan

tauhid umat Islam.

Imam al-Ghazali juga turut menekankan faktor pembelajaran

sosial iaitu pergaulan dengan orang-orang yang soleh sebagai

salah satu daripada tiga kaedah membentuk akhlak yang mulia

dalam diri seseorang (Muhamad Abul Quasem 1975). Ini adalah

kerana manusia itu secara semula jadi bersifat meniru di mana

seseorang itu boleh memperoleh kedua-dua sifat baik dan buruk

daripada keadaan seseorang yang lain. Jika seseorang itu bergaul

dengan seseorang yang baik dalam tempoh tertentu, dia akan

memperoleh dalam dirinya sesuatu kebaikan daripada orang tersebut

dan secara tidak disedari banyak mempelajari sesuatu Faktor

Persekitaran Sosial daripadanya (M. Umaruddin 2003). Kaedah yang

ditekankan Al-Ghazali ini amat baik sekali dan telah menjadi satu

panduan yang diikuti oleh masyarakat Islam kerana pendekatan

beliau ini memang membantu dalam pembentukan akhlak umat Islam.

Tambahan pula memang tepat sekali kaedah yang disarankan beliau

ini kerana memang diperakui oleh teori Barat sendiri yang

persekitaran amat memainkan peranan dalam pembentukan peribadi

seseorang itu terutamanya dari peringkat kanak-kanak lagi.7

Bidang Akidah

Al-Ghazali banyak menghasilkan karya-karya berkenaan akidah

yang menjadi rujukan umat Islam hingga ke hari ini seperti

Qawa‘id al-‘Aqa’id dan al-Risalah al-Qudsiyyah fi Qawa‘id

al-‘Aqa’id dalam Ihya’ ‘Ulumal-Din, al-Arba‘in fi Usul al-Din,

al-Iqtisad fi al-I‘tiqad, al-Maqsad al-Asna, Fada’ih al-

Batiniyyah, dan al-Munqidhmin al-Dalal yang juga boleh

dikategorikan sebagai karya tasawuf kerana ia merupakan huraian

penghayatan terhadap topik akidah yang memberi kesan kepada

akhlak manusia.

Ghazali juga menghasilkan karya yang mendapat pengiktirafan

antarabangsa yang mana karyanya seperti Ihya’ ‘Ulum al-Din pada

fasal akidah telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Pocock yang

dimuatkan dalam Specimen Historiae Arabum. Selain itu, Al-Ghazali

berjaya mendorong masyarakat meninggalkan kejumudan dan membawa

pemikiran alternatif yang lebih baik pada aspek akidah dan

amalan. Dorongan tersebut merangkumi pelbagai aspek kehidupan

seperti spiritual, kebudayaan, sosial dan politik. Malah, hasil-

hasil penulisannya turut menjadi dasar kepada sebuah gerakan

8

intelektual yang kuat dan merupakan sumber inspirasi kepada

generasi berikutnya. Pemikiran al-Ghazali memberi kesan yang amat

mendalam kepada sejarah Islam sehingga hari ini dan telah diguna

pakai buah fikirannya. Malah kehebatannya diakui oleh para

penyokong dan para pengkritiknya.

Kalau hendak dihuraikan, sumbangan Al-Ghazali begitu luas

dan merangkumi pelbagai bidang yang secara langsung atau tidak

langsung menyumbang kepada pembentukan akhlak yang baik dalam

kalangan umat Islam. Malah beliau tidak terikat dengan gelaran

ulama semata-mata dan turut menjadi seorang ilmuwan dan ahli

akademik yang hasil kerjanya mendapat pengakhiran dunia dan masih

diguna pakai sehingga hari ini. Sumbangannya bertaraf

antarabangsa dan diakui oleh ilmuwan Barat sendiri dan menjadi

rujukan mereka sendiri dalam akademik.

IMAM AHMAD BIN HAMBAL

LATAR BELAKANG

Nama sebenar beliau adalah Abu Abdullah bin Muhammad bin

Hanbali bin Hilal bin Asad al-Marwazi al-Baghdadi. Beliau lebih

dikenali dengan nama Imam Hanbali. Imam Hanbali bin Hambal adalah

9

Imam yang keempat dari fuqahak Islam dan pengasas bagi mazhab

Hanbali. Beliau dilahirkan di Baghdad pada bulan Rabiul Awal

tahun 164 Hijrah. Ayahnya seorang mujahid Islam dan meninggal

dunia pada umur amat muda iaitu 30 tahun dan kemudiannya beliau

dibesarkan oleh ibunya Saifiyah binti Maimunah. Imam Ahmad bin

Hanbal menghafal al-Qur’an sejak kecil iaitu semasa umur masih 14

tahun dan pada umurnya 16 tahun beliau sudah menjadi penghafal

hadith yang terkenal. Imam Hanbali hidup dalam keadaan susah

namun Imam Hanbali tetap meneruskan pengajian hadithnya dengan

ramai guru seperti Imam as-Syafi‘e, Abu Yusuf, Husain ibn Abi

Hazim al-Washithi, Umar ibn Abdullah ibn Khalid, Abdurrahman ibn

Mahdi dan Abu Bakar ibn Iyasy dan Abdurrazzaq ibn Humam. Imam

Hambali memang banyak menuntut ilmu dari pelbagai ulama

sehinggakan pada akhir hayatnya, beliau dikatakan telah menghafal

lebih daripada sejuta hadith termasuk barisan perawinya. Imam

Hanbali telah meninggal dunia pada hari Jumaat tanggal 12 Rabiul

Awal tahun 241 H/855 M pada usia 77 tahun. Semasa sembahyang

jenazahnya, beliau disembahyangkan dengan lebih daripada 130,000

orang muslimin.

10

Antara hasil karya-karya beliau adalah Kitab Al-Irja,

As’ilatu `Ani r-Ruwati s-Siqati Wadh-Dhu`afa,, Al-Asma’ Wal-Kuna,

Al-Asyribatu As-Saghir, Al-Asyribatu Al-Kabir, Kitab Al-Imamah,

Ahlu l-Milalu War-Riddatu Waz-Zanadiqatu Watariku s-Salati Wal-

Fara’idhi, Al-Iman, Bab Ahkamu n-Nisa’, dan Kitab Al-Wuqufu Wal-

Wasaya.

SUMBANGAN

Karya al-Musnad

Sumbangan teragung Imam Ahmad bin Hanbal kepada dunia

Islam kitab hadithnya yang terkenal iaitu “al-

Musnad” yang mengandungi lebih kurang 30,000 hadith Rasulullah

s.a.w dan para sahabat r.a yang sehingga hari ini menjadi rujukan

umat Islam. Dalam karyanya ini, Imam Hanbali telah mengumpulkan

semua hadis-hadis Rasulullah ini berdasarkan seseorang sahabat,

tabiin dan generasi selepas mereka yang meriwayatkannya. Selain

ini hadis-hadis yang dikumpulkan juga disusun periwayatnya

mengikut aturan yang amat sistematik iaitu mengikut tertib

keislaman mereka, mengikut kemasyhuran mereka, mengikut susunan

11

huruf abjad ataupun dengan cara mengikut kabilah, negara

kelahiran serta nama keluarga dan sebagainya. Karya ini memang

diakui oleh para ulama sebagai kitab paling unggul dengan

mengandungi 30-40 ribu buah hadis. Imam Hanbali memperlihatkan

ketelitiannya dan memudahkan umat Islam mengesan kesahihan hadis

tersebut dengan mendahulukan hadis-hadis Abu Bakar daripada

hadis-hadis sahabat yang lain, diikuti dengan hadis 10 orang

sahabat yang dijamin masuk syurga, atau tentang khalifah yang

empat, mengikut siapa yang lebih dahulu yang memeluk Islam dan

sebagainya serta juga dengan menapis hadis-hadis nya terlebih

dahulu.

Penghasilan kitab musnad ini memberikan sumbangan yang amat

besar kepada umat Islam keseluruhannya. Ini kerana hadis-hadis

yang disertai oleh Imam Ahmad ini memastikan umat Islam tidak

keliru dengan sumber hukum dalam Islam selain daripada Al-Quran,

Ijma atau Qiyas. Sumbangan beliau ini amat penting kerana tanpa

satu hasil rujukan hukum yang sahih dan tepat sudah pasti setiap

amalan yang dilakukan umat Islam tidak sah dan ditolak amalannya.

Oleh itu penghasilan musnad ini membantu umat Islam dalam

menjalani syariat Islam dalam kehidupan mereka. Malah musnad ini12

juga mampu membuatkan umat Islam mengenal pasti serta melakukan

perbuatan yang baik serta meninggalkan perbuatan yang jahat

kerana jelas diperkatakan dalam musnad ini apakah kelakuan yang

dianjurkan dan ditolak oleh Islam dan apakah hukuman yang akan

dihadapi oleh umat yang melanggar ajaran Islam. Sebagai contohnya

melalui musnad Abu Bakar As-Siddiq yang menceritakan ganjaran

bagi umat Islam yang mengikut ajaran Islam yang sebenar:

“Diceritakan yang Qais menyatakan:Abu Bakar bangun dan memuji sertamengagungkan Allah dan kemudiannya diaberkata “wahai manusia, Oh kamu yangpercaya! Jagalah diri kamu. Jika kamuikut ajaran (yang benar) dan melakukanperkara yang betul ( Tuhan ini satu dansemua perkara yang disuruh dalam Islam)serta meninggalkan perkara yang salah(kepercayaan kepada tuhan bukan satu,tidak percaya pada ajaran Islam sertamelakukan semua percaya yang Islamlarang) tiada kesakitan yang bolehdatang pada kamu berbanding daripadasesiapa yang melakukan dosa” [al-Mai’dah5:105]

Pengasasan mazhab

Mazhab menurut kamus dewan adalah: "Cabang ajaran Islam yang

diikuti oleh umat Islam".  Dalam Islam terdapat empat mazhab

13

fiqih Islam yang terkenal seperti Hanafi, Maliki, Syafi’i dan

Hanbali adalah salah satu darinya. Mengikut Ahamad Djazuli pula,

madzhab adalah aliran-aliran dalam fiqih yang disebabkan oleh

terjadinya perbezaan penggunaan metode sehingga berakibat pada

perbezaan pendapat dan membentuk kelompok pendukung (murid imam)

sebagai penerus Imamnya dan terus berkembang menjadi mazhab

tertentu. Pada awalnya mazhab Hanbali hanya berkembang di Baghdad

dan diikuti Mesir pada abad ke-6 Hijrah. Berkat usaha Ibnu

Taimiyyah dan Ibnu Qayyim, perkembangan pesat terjadi pada abad

ke-11 dan ke-12 H. Kedua-dua tokoh inilah yang membuka mata

banyak orang untuk memberikan perhatian pada fikih mazhab

Hanbali, khususnya dalam bidang muamalah.

Ini bermaksud ajaran Imam Hanbali dijadikan rujukan oleh

umat Islam terutamanya masyarakat Timur Tengah apabila mereka

berhadapan dengan masalah berkaitan agama. Ajaran yang dibawa

oleh Imam Hanbali ini menggunakan Al-Quran dan As-Sunah sebagai

rujukan dan sememangnya kita ketahui kewujudan mazhab penting

dalam membolehkan kita memahami agama Islam. Dengan wujudnya

mazhab ini ianya amat membantu umat Islam yang tidak mempunyai

ilmu agama yang secukupnya untuk berijtihad. Sesungguhnya dengan14

pengasasan Mazhad oleh Imam Ahmad ini, beliau telah membantu

dalam pembentukan umat Islam yang berakhlak selaras dengan

suruhan Islam dan membantu umat Islam supaya mengamalkan ajaran

Islam yang sebenarnya.

Malah menurut Ibnu Qayyim, salah seorang pengikut mazhab

Hanbali, ada lima landasan pokok yang dijadikan dasar penetapan

hukum dan fatwa mazhab Hanbali. Pertama, nas (Al-Qur'an dan

Sunnah). Jika ia menemukan nas, maka ia akan merujuk Al-Qur'an

dan Sunnah dan tidak menggunakan sumber lainnya. Kedua, semua

fatwa sahabat yang datang dari sahaba yang dikenali dia tidak

akan menidakkan fatwa itu. Ketiga, jika para sahabat berbeza

pendapat, ia akan memilih pendapat yang dinilainya lebih sesuai

dengan Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah. Jika ternyata pendapat

yang ada tidak jelas bersesuaiannya dengan Al-Qur'an dan Sunnah,

maka ia tidak akan menetapkan salah satunya, tetapi mengambil

sikap diam atau meriwayatkan kedua-duanya. Yang keempat, beliau

mengambil hadits mursal (hadits yang dalam sanadnya tidak

disebutkan nama perawinya), dan hadits dhaif (hadits yang lemah,

namun bukan 'maudu', atau hadits lemah). Dalam hal ini, hadits

dhaif didahulukan daripada qias. Dan kelima adalah qias, atau15

analogi. Qias digunakan bila tidak ditemukan dasar hukum dari

keempat sumber di atas. Ini menjelaskan bagaimana telitinya Imam

Ahmad ini dalam memastikan umat Islam tidak tersasar daripada

ajaran Islam yang sepatutnya.

Kesimpulannya, ini membuktikan yang sumbangan Imam Hanbali

amat penting sekali dalam kehidupan orang Islam kerana beliau

memberikan satu garis panduan yang jelas kepada umat Islam dalam

mempraktikkan kehidupan secara Islam dan beramal. Tanpa sumbangan

beliau ini mungkin umat Islam akan salah atau tersilap dalam

ibadatnya sehingga menyebabkan semua amalannya tidak diterima.

Oleh itu jelaslah Imam Hanbali boleh dianggap sebagai seorang

tokoh agama dan seorang tokoh akhlak.

Biografi Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)

LATAR BELAKANG

Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau dikenali sebagai Hamka

merupakan seorang tokoh yang terkenal dengan penulisan berkenaan

hal-hal keagamaan mahupun kesusasteraan bertemakan Islamik. Hamka

memang selayaknya diangkat sebagai seorang tokoh akhlak dengan

lebih daripada 79 karya yang pelbagai namun masih menekankan tema

16

keagamaan dalam penulisannya. Beliau juga seorang ulama, aktivis

politik dan penulis Indonesia yang amat terkenal di alam

Nusantara. Beliau lahir pada 17 Februari 1908 di kampung Molek,

Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Ayahnya ialah Syeikh Abdul

Karim bin Amrullah atau kenali sebagai Haji Rasul yang merupakan

seorang pelopor Gerakan Islah di Minangkabau. HAMKA lebih banyak

belajar sendiri dan melakukan penyelidikan meliputi pelbagai

bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah kesusasteraan, sejarah,

sosiologi dan politik, sama ada Islam ataupun Barat. Disebabkan

beliau mempunyai kemahiran berbahasa Arab dengan fasih, HAMKA

banyak melakukan penyelidikan karya-karya dari Timur Tengah

seperti karya Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-'Aqqad,

Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal. Melalui bahasa Arab

juga, beliau meneliti karya sarjana dari Perancis, Inggeris dan

Jerman seperti Albert Camus, William James, Freud, Toynbee, Jean

Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Selain itu, beliau juga sering

melakukan perbincangan dengan tokoh-tokoh terkenal dari Jakarta

seperti HOS Chokroaminoto, Raden MasSurjoparonoto, Haji Fakrudin,

Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo untuk menambah

pengetahuannnya.

17

HAMKA juga mendapat pelbagai pengiktirafan sepanjang

hidupnya dari pelbagai pihak seperti sebagai ulama Minang, Hamka

mendapat gelaran “Tuanku Syaikh”, yang bermaksud ulama besar yang

memiliki keanggotaan dengan jabatan Imam Khatib menurut adat Budi

Caniago. Sebagai seorang pejuang, Hamka memperoleh gelaran

kehormatan sebagai “Pangeran Wiroguno” dari Pemerintah Indonesia.

Sebagai seorang tokoh intelektual Islam, Hamka memperoleh

penghargaan gelaran “Ustadzyyah Fakhryyah” (Doktor Kehormatan)

dari Universiti Al-Azhar, Mesir, pada tahun 1959. Pada tahun 1974

gelaran yang sama turut diperolehnya dari Universiti Kebangsaan

Malaysia. Nama HAMKA turut disebut oleh bekas Perdana Menteri

Malaysia iaitu Tun Abdul Razak semasa upacara di Parlimen

Malaysia dengan gelaran “Promovendus Professor Doctor Hamka”.

Sepanjang hayatnya, HAMKA berhadapan dengan pelbagai cabaran

dan rintangan. HAMKA telah dipenjarakan selama 2 tahun 4 bulan

kerana mempunyai pandangan politik yang berbeza dengan pemerintah

Indonesia ketika itu iaitu Presiden Soekarno. Selain itu, beliau

juga difitnah dengan tuduhan cubaan menggulingkan Presiden

Soekarna dan menghasut pelajar muda memberontak. Namun begitu,

selepas dibebaskan dari penjara, HAMKA tidak berputus asa dan18

terus berkarya. Pada 24 Julai 1981, HAMKA kembali ke rahmatullah

di samping keluarga, sahabat dan rakan seperjuangnnya.

SUMBANGAN HAMKA

Sepanjang hayatnya, HAMKA telah menghasilkan pelbagai karya

yang memberi pengetahuan dan ikhtibar kepada individu yang

membacanya sama ada kesedaran dari segi agama, politik, adat

mahupun kehidupan. Antara hasil karyanya adalah Khatibul Ummah

Jilid 1-3, Si Sabariah (1928) Pembela Islam (Tarikh Saidina Abu

Bakar Shiddiq) 1929, Adat Minangkabau dan agama Islam (1929),

Ringkasan tarikh Ummat Islam (1929), Kepentingan melakukan

tabligh (1929), Hikmat Isra' dan Mikraj, Arkanul Islam (1932),

Laila Majnun (1932), Majallah 'Tentera' (4 nomor) (1932),

Majallah Al-Mahdi (1932), Mati mengandung malu (Salinan Al-

Manfaluthi) 1934, Falsafah Hidup (1939), Sejarah Umat Islam, Adat

Minangkabau Menghadapi Revolusi dan banyak lagi karya-karya lain.

Sebagai contohnya karya beliau Tafsir Al-Azhar yang mana

menjadi panduan kepada umat Islam seluruh dunia terutamanya

golongan belia di Indonesia yang ketika itu tidak boleh berbahasa

Arab tetapi berminat untuk mendalami agama Islam. Ini sekali gus

19

membantu golongan belia di Indonesia dalam memahami, menghayati

dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar yang sekali gus akan

menjadi asas kepada pembentukan akhlak yang mulia dalam diri

mereka. Selain itu, dalam karyanya itu juga, Hamka banyak

menggunakan contoh-contoh yang bersesuaian dengan situasi yang

sedang berlaku di Indonesia dengan membawakan persoalan polemik

agama antara Islam dengan Kristian, antara umat Islam yang

berlainan mazhab, ancaman Ahmadiyyah, Komunisme dan sebagainya.

Pada masa yang sama juga, beliau menghasilkan tafsir bagi

membersihkan tafsir Al-Quran daripada cerita-cerita karut dan

dongeng yang terbit daripada kisah-kisah Israiliyyat yang mana

cerita yang dibawa oleh orang Yahudi ke dalam Islam yang mana

amat penting dalam pembentukan akhlak umat Islam kerana dapat

memastikan umat Islam tidak mendapat maklumat yang salah atau

mengamalkan kelakuan yang tidak sepatutnya mereka lakukan apabila

mereka menjadikan tafsir Al-Quran tersebut sebagai rujukan.

Selain itu, Hamka juga cuba untuk mengubah pemikiran orang

Barat dalam memperkatakan isu yang berkaitan kedudukan wanita

yang sebenar berdasarkan Islam dalam karyanya Agama Islam dan

Perempuan (1939). Ini kerana Isu wanita selalu menjadi mainan dan20

sering disalah tafsir oleh pihak Barat dan orang Islam yang cetek

pengetahuannya mengenai Islam. Dalam karyanya itu, beliau telah

membela kedudukan wanita sebagai ibu dan menentang penindasan

kaum lelaki terhadap wanita, terutamanya di Minangkabau yang

terkenal dengan adatnya itu di samping beliau turut menimbulkan

persoalan memuliakan wanita selaku ibu, penghormatan dan kasih

sayang terhadap kaum Hawa dan hak-hak wanita yang sekali gus

akan mampu membentuk kelakuan akhlak yang baik dalam kalangan

umat Islam lelaki terutamanya dalam layanan mereka terhadap kaum

wanita. Ini kerana seperti yang kita ketahui ramai wanita Islam

masih ditindas dan didera oleh suami mereka yang jahil serta

tidak memahami hukum Islam sebenarnya dengan menggunakan hukum

“Isteri harus mentaati suami” semata-mata . Oleh itu, melalui

pembelaan yang dilakukan oleh Hamka mampu membetulkan pandangan

dan membuka mata umat Islam berkenaan perkara ini.

Dalam bidang akidah pula, HAMKA juga cuba memperbetulkan

pandangan orang-orang Islam dalam bidang ini dan salah satu

daripada tindakan HAMKA ialah beliau menolak pandangan Mu’amar

Qadhafi, Presiden Libya yang menyatakan bahawa, ‘kita orang Islam

berpegang kepada Al-Quran sahaja, tidak perlu berpegang kepada21

Hadis dan Sunah Rasulullah’. Ini kerana bagi HAMKA, Qadhafi

bersikap begitu kerana beliau dikelilingi oleh pihak komunis yang

sentiasa memuji-muji kepimpinan beliau, namun tidak pula

dipedulikan oleh negara-negara Islam yang lain. Ketegasan HAMKA

dalam memelihara akidah juga dapat dilihat melalui tindakan

beliau mengeluarkan fatwa menolak pendapat pihak pemerintahan

iaitu Menteri Agama berhubungan isu ‘Natal Bersama’ melalui

Majlis Ulama’ Indonesia (MUI). Tindakan HAMKA itu mendapat

tentangan Kerajaan dan beliau diarahkan menarik semula fatwa itu.

Namun, HAMKA tetap tegas dan apabila persetujuan tidak dicapai,

beliau mengundurkan diri sebagai Ketua MUI. Tindakan yang

dilakukan oleh Hamka ini sememangnya amat memberi sumbangan

terhadap pembentukan akhlak umat Islam kerana ajaran akidah

adalah sebahagian dalam membentuk kelakuan yang baik. Apabila

akidah yang diamalkan benar berasaskan Islam maka mulialah akhlak

yang diamalkan.

Kesimpulannya, peranan HAMKA dalam memperkukuhkan akhlak

umat Islam sama ada di Indonesia mahupun dunia sememangnya tidak

dapat disangkal. Karya-karya HAMKA sehingga sekarang masih

digunapakai sebagai rujukan oleh ahli akademik Barat, akademik22

Islam dan umat Islam umumnya walaupun selepas ketiadaan beliau.

Ini sekaligus membuktikan yang HAMKA benar-benar telah berjaya

dalam perjuangannya untuk menegakkan kemurnian dan kebenaran

agama Islam di mata dunia serta membentuk akhlak yang mulia dalam

kalangan umat Islam.

DATO’ FADZILAH KAMSAH

Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah dilahirkan pada

16 Julai 1951 di Sungai Pinang, Klang dan merupakan anak

yang ke -2 daripada 12 adik-beradik . Beliau telah

berkahwin dengan Sharifah Bt Md. Nor dan dikurniakan tiga

cahaya mata iaitu Nurhidayah, Muhammad Syakir dan Muhammad

Shazwan. Dr. Fadzilah Kamsah adalah pemegang ijazah B.S Agric

Science daripada Universiti Malaya pada tahun 1975 sebelum

melanjutkan pelajaran ke Wisconsin, USA pada tahun 1977 untuk

mengambil M.S Agricultural Journalism. Kemudiannya beliau

melanjutkan pelajarannya ke peringkat PhD. yang membawa gelaran

Dr. di tempat yang sama dalam bidang Organization Communication

pada tahun 1984.

 Kelebihannya dalam bidang komunikasi menyebabkan beliau sering

23

muncul di kaca TV, corong radio dan dada akhbar untuk

memberikan kata-kata motivasi dan memperkatakan isu-isu kehidupan

yang meliputi pembelajaran, kekeluargaan, perceraian dan

perkahwinan. Malah beliau juga merupakan seorang penulis buku

motivasi dan penulis novel. Selain itu, beliau juga adalah

pengarah urusan Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.

dan ketua pengarah di ETC Communications Sdn. Bhd. Yang

banyak menganjurkan kem-kem motivasi, siri ceramah, penerbitan

buku dan pelbagai lagi aktiviti berkaitan bidang motivasi kerana

itu merupakan bidang kepakarannya.

Penglibatan beliau secara aktif dalam mengadakan siri-siri

ceramah motivasi, penasihatan keluarga telah membolehkan beliau

menerima anugerah Tokoh Ma’al Hijrah pada 10 Januari 2008.

Selain itu, Beliau juga pernah mendapat Anugerah Skrin

2011 sebagai Rancangan Bual Bicara Terbaik. Dalam bidang

kejurulatihan, beliau pernah mengendalikan lebih 6,000

kursus dalam perkhidmatan untuk agensi-agensi kerajaan dan

swasta dalam bidang motivasi, komunikasi, perhubungan awam,

hubungan kemanusiaan, khidmat pelanggan, etika kerja, budaya

korporat, pidato umum, keibubapaan, teknik belajar, metodologi24

dakwah, keusahawanan, pembinaan pasukan, penulisan laporan,

etika sosial, minda dan pembangunan diri dan sebagainya.

Aktiviti-aktiviti ini masih bergiat di bawah syarikatnya iaitu

DMFK Inspirations.

Karya-karya

Karya-karya yang ditulis oleh Dr Fadzilah Kamsah amat banyak

sekali dan antaranya adalah 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang,

Minda Hebat, Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif, Strategi

Menghadapi Peperiksaan, Petua Pelajar Cemerlang, Petua Menjadi

Pelajar, Petua Untuk Sentiasa Ceria, Tips Menjadi Pelajar IPT

Cemerlang, Tips Belajar IPT Cemerlang, Pelajar Hebat, Langkah

Bijak Usahawan Terbilang, Menangani Anak Bermasalah, Menangani

Sifat Marah, Suami Mithali, Menempuh Gerbang Perkahwinan,

Menerobos Sempadan, Petua Membuat Suami Jatuh Cinta, Petua

Menangani Stress, Langkah Bestari Isteri Mithali, dan 55 Petua

Kerja Berpasukan serta banyak lagi karya-karya lain.

Sumbangan

Dari segi menggalakkan perkembangan institusi kekeluargaan

ke arah pembentukan akhlak mulia dalam kekeluargaan terutamanya

25

dari segi hubungan suami isteri yang mana Dr. Fadzilah Kamsah

amat memberikan banyak sumbangan melalui tulisan bukunya ataupun

melalui email persendirian malah melalui corong radio dan

televisyen. Beliau banyak memberikan nasihat dan tips dalam

membina keluarga yang bahagia yang merupakan sebahagian daripada

pengamalan akhlak yang mulia. Perkara ini dapat dilihat dalam

banyak karya-karyanya dan antara karyanya yang menarik untuk

dikupaskan bagi memperlihatkan sumbangannya adalah seperti buku

Langkah Bestari Suami Mithali yang memberi garis panduan kepada

suami dalam bagaimana untuk membentuk akhlak yang mulia dalam

menjaga keharmonian rumah tangga mereka dan berbuat baik dengan

isteri mereka yang merupakan satu akhlak yang mulia. Ini kerana

banyak masalah rumah tangga bermula disebabkan keegoan suami

untuk berusaha menjaga hati isteri atas alasan apabila sudah

berkahwin isteri adalah hak mereka dan mereka mempunyai autoriti

mutlak ke atas isteri sehingga tidak perlu berbaik-baik sangat

dengan isteri. Panduan-paduan yang diberikan oleh beliau amat

berguna dan boleh diikuti oleh suami-suami di luar sana seperti

berikut

26

1. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila

suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan

rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah. 

2. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap

hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan

suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan

isteri setiap hari .

3. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan

yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan

berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan

ataupun mesej tersebut.

Dr, Fadzilah Kamsah juga memberikan sumbangan penting dari

segi perkembangan akhlak dan mental pelajar juga melalui banyak

program dan karyanya menyentuh tentang pembentukan akhlak pelajar

dari kecil dan bagaimana pelajar ingin berjaya dalam

pembelajarannya. Siri ceramah beliau amat banyak sekali di

sekolah-sekolah mahupun melalui anjuran peribadinya di bawah DMFK

Inspirations.

27

Dalam bukunya Petua Mendidik Anak menjadi positif, banyak

nasihat beliau yang menggunakan pendekatan Islam yang bersesuaian

untuk diamalkan dengan konteks keadaan hari ini yang mana ibu

bapa terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan pembesaran anak-

anak yang seterusnya menjadi penyebab kepada masalah sosial pada

hari ini. Panduan beliau yang menarik untuk dikongsi kan kerana

beliau menggalakkan pembentukan akhlak anak-anak sejak dalam

perut lagi sehingga besar kerana persekitaran yang didiami oleh

kanak-kanak amat mempengaruhi tahap perkembangan akhlak dan

perkembangan kognitif anak-anak. Antara amalan yang disarankan

beliau untuk diamalkan ibu bapa adalah amalan semasa ibu

mengandung seperti perbanyakan membaca Al-Quran, solat sunat

supaya boleh memudahkan proses bersalin, banyak berzikir untuk

menenangkan diri dan mengamalkan akhlak yang terpuji yang mana

sememangnya bertujuan untuk membentuk akhlak mulia dalam diri

kanak-kanak Islam. Amalan yang sama juga harus dilakukan oleh si

ayah supaya kelahiran anak itu dipenuhi dengan persekitaran

keagamaan.

Dalam karyanya ini juga, beliau menyarankan agar ibu bapa

menjaga penampilan anak mereka sama ada lelaki atau perempuan28

mengikut batasan Islam di samping menekankan keseimbangan ilmu

agama dan duniawi pada anak mereka. Bukan itu sahaja, beliau juga

menetapkan supaya ibu bapa berkelakuan elok supaya boleh menjadi

role model yang baik kepada anak-anak di samping harus selalu

munasabah diri jika terjadi apa-apa dalam keluarga kerana kadang

kala ibu bapa penyebab anak-anak berkelakuan buruk. Ini

menunjukkan bagaimana Dr. melihat penerapan ajaran agama dalam

kehidupan seharian anak-anak harus dimulakan oleh ibu bapa

sendiri kerana ibu bapa adalah individu terpenting dalam hidup

anak-anak. Oleh itu, pembentukan akhlak melalui ibu bapa kepada

anak-anak adalah lebih berkesan daripada melalui sekolah semata-

mata dan teknik inilah yang dibangkitkan dan diterapkan oleh Dr.

Fadhilah Kamsah melalui karyanya.

Jelaslah bahawa Dato Dr. Fadzilah Kamsah layak untuk diangkat

sebagai seorang tokoh akhlak kerana banyak dalam penulisan

karyanya memberi panduan dan nasihat kepada manusia bagaimana

untuk menghadapi masalah-masalah dari segi kekeluargaan,

perkahwinan, pembelajaran dan kepimpinan yang bersudut kan

landasan agama Islam sendiri. Malah beliau juga cuba untuk

mengukuhkan kesejahteraan masyarakat di Malaysia dengan tidak29

putus-putus membalas setiap pertanyaan masalah yang dihadapi

individu di luar sana melalui email, surat atau panggilan telefon

dengan harapan beban masalah yang dihadapi mereka dapat

diselesaikan atau hanya untuk diluahkan supaya tekanan yang

dihadapi dapat dikurangkan.

TOKOH PROF. DATUK DR. SIDEK BABA

Latar Belakang

Prof. Datuk Dr. Sidek Baba dilahirkan pada 12 Jun 1946 di

Kampung Pulau, Masjid Tanah Melaka. Beliau merupakan putera bagi

Baba Bin Maakip dan Jenah bt Hitam. Beliau mendapat pendidikan

awal dan menengah di Melaka iaitu di Sekolah Umum Jeram dan di

Sekolah Inggeris Gajah Berang. Setelah itu, beliau melanjutkan

pengajian perguruan selama 2 tahun di Maktab Perguruan Sultan

Idris (MPSI), Tanjung Malim setelah mendapat pangkat tiga dalam

Malaysian Certificate of Education (MCE). Kemudiannya beliau

mendirikan rumah tangga dengan Rohani Bt Haron pada 29 Julai 1973

dan dikurniakan 8 orang anak iaitu 6 orang lelaki dan 2 orang

perempuan. Beliau kemudiannya mengambungkan pelajarannya di

30

Universiti Malaya (UM) dalam bidang Pengajian Melayu dengan

Kementerian Pendidikan menawarkan separuh gaji sepanjang tempoh

pembelajaran. Kemudiannya Beliau menyambung pengajian di

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Diploma Pengajian

Islam. Seterusnya apabila beliau bekerja di Institut Pengurusan

Pendidikan Nasional (IPPN) atau Institut Aminuddin baki (IAB)

selepas tamat pengajiannya, beliau berpeluang untuk melanjutkan

pelajaran ke Amerika Syarikat dalam bidang Sarjana Sains

Pendidikan dan Doktor Pendidikan dalam bidang Kajian Dasar

Pendidikan.

Selain itu, beliau juga pernah terbabit secara aktif dalam

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bermula di UM lagi yang

kemudiannya berterusan di Amerika Syarikat semasa beliau

menyambungkan pelajaran di sama iaitu yang dikenali ABIM Amerika

Utara sehingga diangkat sebagai Yang DiPertua. Penglibatan beliau

dalam ABIM amat aktif sehinggalah Prof pernah diangkat untuk

memimpin ABIM di peringkat negeri Melaka dan juga Pusat. Pada 9

Mac 2009, beliau menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009

sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Malaysia

atas sumbangannya dalam bidang pendidikan. Setelah pulang dari31

luar negara, beliau masih meneruskan minatnya dalam penulisan

dengan menulis di ruangan Berita Harian, Utusan Malaysia dan

Majalah I, dan majalah Solusi serta mengisi ruangan Santapan

Rohani Radio IKIM FM dan program Santapan Minda di Selangor FM.

Selain itu, dengan berbekalkan gelaran lulusan luar negara,

beliau pernah menjadi Lembaga Pengarah IKIM, Lembaga Pengarah

Darul Quran Malaysia, Lembaga Pengarah di IKMAS, JAKIM, Lembaga

Penasihat Pendidikan Institut Integriti Malaysia, Lembaga

Muafakat MARA dan Lembaga Akademi Ketamadunan. Selain itu, beliau

pernah menjadi pensyarah di Institut Aminuddin Baki selama 5

tahun. Kemudiannya beliau dilantik pula sebagai Timbalan Dekan

Akademik Pusat Matrikulasi UIA dan Dekan Pusat Matrikulasi dari

1992-1994 sebelum menjadi Timbalan Rektor di Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia pada tahun 1994-2002. Di samping itu, Prof

juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Sukan Universiti-

universiti Malaysia. Kini, berkhidmat sebagai Profesor Pendidikan

di UIAM serta menetap di Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur.

Karya-karya

32

Beliau telah menghasilkan penulisan-penulisan dalam bentuk

buku, kertas kerja, artikel-artikel di dada-dada akhbar harian

dan tabloid serta majalah-majalah. Beliau juga turut

menyebarluaskan ilmu dalam bentuk cakera padat, ruangan blog di

laman sesawang, sering ke udara melalui media-media elektronik,

sering dijemput untuk menyampaikan ceramah-ceramah termasuk di

masjid dan surau serta menyampaikan ucap utama dalam seminar-

seminar dan konvensyen sama ada di peringkat nasional atau

antarabangsa. Melalui penulisannya di Syarikat penerbitan Alaf

21, antara karya yang ditulis adalah seperti buku Remaja Islam,

Keluarga Sakinah, acuan Minda, Melayu Perkasa, Wahai Remaja,

Pendidikan Rabbani dan Fitrahkah Kita. Karyanya yang mengikut

beliau sebagai satu pencapaian yang amat dibanggakan adalah buku

Seteguh Tekad yang menceritakan kisah hidup beliau dari kecil dan

rentetan perjuangan yang dilaluinya untuk sampai ke tahap hari

ini. Manakala kebanyakan hasil tulisan akademiknya pula berkaitan

dengan Islam seperti kertas kerja mengenai Pengurusan Islam

(Teori I), Integrasi dan Islamisasi Ilmu, keremajaan dan

keibubapaan serta dialog tamadun dan antara agama.

Sumbangan33

Dakwah ABIM

Prof Sidek memang selayaknya diangkat sebagai seorang tokoh

akhlak kerana beliau sejak pembabitannya di universiti tidak

pernah putus-putus untuk menyebarkan konsep Islam yang sejati

sehinggalah beliau ke luar negara melalui pembabitannya dalam

ABIM. Beliau sering mengikuti usrah-usrah dan ceramah malah turut

sama memberikan ceramah agama di Amerika Syarikat yang mana

ketika zaman beliau menyambungkan Sarjana dan Doktor Falsafah

pelajar Islam Malaysia di sana terbahagi kepada dua bahagian

iaitu yang berfikiran liberal dan yang benar-benar menjalankan

kehidupan Islam sejati. Oleh itu, pergerakan ABIM ketika itu

untuk mengukuhkan lagi iman dan akhlak orang-orang Islam di sana

yang tidak pernah kering dengan dugaan syaitan. Malah, beliau

juga ada menyatakan dalam bukunya iaitu Seteguh Tekad, beliau

berjaya menarik soalan saudara baru semasa di sana iaitu saudara

Adam. Ini menunjukkan bagaimana beliau sentiasa berusaha

memastikan pelajar Malaysia Islam di sana terpelihara akhlak

mereka yang selaras dengan Islam dan malah turut berusaha

mengukuhkan akhlak pelajar-pelajar di sana yang datang daripada

keluarga yang kurang didikan ilmu agama.34

Malah disebabkan pembabitannya dalam ABIM yang menyebabkan

beliau rapat dengan Dato Seri Anwar Ibrahim, beliau pernah

ditangkap di bawah akta ISA. Namun penangkapan nya itu tidak

pernah mengurangkan semangat perjuangannya dalam memberi

sumbangan kepada masyarakat.

Pendidikan Rabbani

Selain itu, sesuai dengan pembabitannya dalam bidang

pendidikan beliau sering menekankan pembabitan konsep Islam dalam

pendidikan masyarakat Islam hari ini yang memperlihatkan

keseimbangan dari sudut akademik dan pengajaran agama. Banyak

kertas kerja dan ceramahnya serta karya-karyanya menekankan

konsep ini. Beliau cuba menyedarkan ibu bapa tentang kepentingan

tidak hanya mengejar akademik semata-mata sehinggakan agama

dilupakan. Dalam karyanya seperti Remaja Islam, Keluarga Sakinah,

acuan Minda, Melayu Perkasa, Wahai Remaja, Hakikat Rukun

Pendidikan Rabbani dan Fitrahkah Kita semuanya menekankan konsep

yang sama iaitu Islam harus diterapkan dalam segenap kehidupan

dan melalui karya-karya ini juga diterapkan ajaran dalam

bagaimana untuk menerapkan pembentukan akhlak selaras dengan

35

ajaran agama Islam di dalamnya supaya dapat menimbulkan kesedaran

serta dijadikan rujukan oleh pembaca karya ini. Ini menunjukkan

pendiriannya yang cuba untuk diterapkan kepada masyarakat di

Malaysia terutamanya dan ini sekali gus adalah kaedah yang

digunakannya dan disuarakan kepada masyarakat untuk memastikan

pembentukan akhlak mulia dalam kalangan remaja Islam melalui

pendidikan.

Pendidikan Rabbani adalah satu konsep yang cuba

diperkenalkan oleh beliau yang mana pendidikan disatukan dengan

Islam. Pendidikan Rabbani merupakan elemen utama tarbiyyah ruh

yang mana pada awal penurunan wahyu Ilahi, Allah S.W.T telah

menyatakan perkataan keramat yakni “IQRA” yg bererti “BACALAH”.

Pendidikan Rabbani yang pertama sekali diberikan oleh Allah Taala

kepada Nabi S.A.W adalah dalam keadaan buta huruf dan langsung

tidak tahu membaca walaupun satu perkataan. Beliau juga

memberikan kaedah-kaedah bagaimana konsep ini hendak dilaksanakan

oleh guru dalam pengajaran mereka. Kaedah yang pertama yang

disarankan beliau adalah dengan mewujudkan suasana persekitaran

dengan kehidupan beragama. Ini kerana sejarah telah membuktikan

yang Rasulullah S.A.W sendiri memilih melaksanakan kaedah ini36

dalam untuk melebarkan sayap pendidikan Rabbani (da’wah). Baginda

telah memilih dua Negara semasa proses penghijrahan iaitu di

Habsyah yang rakyatnya menganuti agama Nasrani dan ke Madinah

kerana melihatkan sifat penghuninya yg mudah dibentuk dengan

acuan Islam. Di sinilah kita lihat bagaimana Nabi S.A.W

mengaitkan wahyu Ilahi untuk dimasukkan ke dalam sistem

Pendidikan Rabbani semasa berhijrah ke sana. Ini menunjukkan

bahawa masyarakat yang beragama amat penting kerana agama adalah

faktor yang membangunkan masa depan sesebuah masyarakat bukannya

kepandaian semata-mata. Nabi S.A.W bersabda :

“ Agama itu adalah nasihat”. Maka para sahabat bertanya, : “Bagi

siapa?”. Rasulullah S.A.W menjawab : “Bagi Allah, bagi KitabNya,

bagi RasulNya, bagi pemerintah Muslim, pemimpin Muslim, Ulama

Islam dan bagi orang sesama Muslim”.

Kaedah kedua adalah dengan membuat sukatan pelajaran

pendidikan yang bersifat duniawi dan ukhrawi. Beliau membuktikan

yang sukatan pendidikan ini mampu untuk melahirkan rakyat yg

cemerlang dunia dan akhirat berdasarkan Firman Allah dalam surah

Al-Ahzab, ayat 21 yang berbunyi “ Demi sesungguhnya telah ada

37

pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yg baik”. Ini menunjukkan

kaedah pendekatan Rasulullah adalah yang terbaik kerana Baginda

tidak mengambil sukatan pelajaran lain selain yang terkandung

dalam Al Quran. Inilah yang membuktikan bahawa beliau adalah

hamba Allah yang tulen yang tidak mencampuradukkan antara yang

hal dan batil.

Malah baginda ada menyentuh perkara ini semasa menyampaikan

kuliah kepada para sahabat, baginda semasa kita mengajar kita

banyak menggunakan fungsi akaliah semata-mata tanpa menyentuh

fungsi naqliah sedangkan kita tidak mempunyai pengetahuan

melebihi apa yang diberikan oleh Allah. Malah sistem pendidikan

negara terlalu bercampur aduk antara hak dan batil serta antara

sekularisme dan Islamisme semata-mata. Lantaran itu, iktibar

utama yg perlu kita ambil ialah kita mestilah menjunjung terlebih

dahulu kitab Al Quran dan As Sunnah sebelum kita menyampaikan

sistem pendidikan kepada orang lain. Ini menunjukkan konsep ini

sendiri telah dilaksanakan Rasulullah dan keberkesanannya turut

terbukti dengan lahirkan tokoh-tokoh penting semasa itu seperti

Abdullah Bin Abbas, Ali Bin Abi Talib, Muaz Bin Jabal dan Usamah

Bin Zaid. Konsep yang dibawa oleh beliau berkenaan Pendidikan38

Rabbani sememangnya memaparkan usaha tidak henti-henti beliau

dalam memastikan sistem pendidikan di Malaysia tidak berlandaskan

sekular semata-mata. Malah sememangnya penerapan pendidikan ini

adalah selaras dengan ajaran Rasulullah dan terbukti mampu

membawa kepada pembentukan akhlak mulia dalam kalangan masyarakat

semasa pelaksanaannya pada zaman Rasul.

Ini menunjukkan sumbangan beliau dalam menggabungkan Islam

dalam sistem pendidikan hari ini amat aktif sekali. Konsep-konsep

yang diperkenalkan beliau cuba untuk melakukan perubahan dalam

masyarakat Islam di Malaysia dan antarabangsa yang mana kita

terlampau mengasingkan ilmu agama dengan terlampau bergantung

pada sistem pendidikan berorientasikan Barat yang menerapkan

ideologi sekularisme sehinggakan generasi yang lahir hari ini

semakin lemah pegangan akidah mereka dan semakin jahil dalam ilmu

agama. Oleh itu, jelaslah beliau semang amat layak untuk diangkat

sebagai tokoh akhlak disebabkan usahanya yang tidak pernah putus-

putus untuk membangkitkan kembali semangat Islam dalam diri

remaja hari ini.

USTAZ AZHAR IDRUS

39

Latar Belakang

Ustaz Azhar Idrus atau juga dikenali sebagai UAI merupakan

seorang penceramah agama yang semakin dikenali di Malaysia atas

gaya ceramahnya yang menggunakan unsur lawak dan santai yang

disukai oleh orang ramai terutamanya golongan belia dengan

menggunakan Media Facebook, Youtube dan Twitter selain daripada

menggunakan media arus perdana seperti televisyen. Beliau dipilih

sebagai tokoh akhlak dalam bagaimana kaedah atau pendekatan yang

digunakan oleh beliau dalam aktiviti dakwahnya mampu membuka mata

ramai orang terutamanya golongan muda. Ustaz Azhar Idrus mampu

membentuk akhlak yang mulia dalam kalangan golongan muda melalui

dakwah-dakwah yang dilakukannya. Beliau dilahirkan di Kampung

Ladang Kuala Terengganu pada 12 Februari 1964. Ustaz Azhar Idrus

mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Haji Mohd Sharif, Alor

Star, Kedah dan menyambung pengajian di Sekolah Menengah

Kebangsaan Darulaman, Alor Star, Kedah sampai ke tingkatan 2

sebelum beliau berpindah ke negeri kelahirannya di sekolah

Inggeris, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala

Terengganu sampai tamat pengajian tingkatan 6. Oleh itu, beliau

40

tidak mempunyai sebarang latar belakang pendidikan sehinggalah

pada tahun 1990. 

Beliau mulai mempelajari ilmu agama pada tahun 1990 setelah

rakan muziknya menghilang dan belajar agama di Patani. Selepas

peristiwa tersebut, beliau mula insaf dan bersara daripada

industri muzik serta berguru dengan Tuan Guru Hj Syed Mokhtar ,

Tuan Guru Mohd Tahir, Tuan Guru Mohd ,Tuan Guru Hj Hasyim, Tuan

Guru Hj Ibrahim Mesir , Tuan Guru Hj Muhammad Zubir , dan Tuan

Guru Hj Mohd Zain yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang

ilmu agama. Sebelum menjadi pendakwah bebas, beliau pernah

menjadi guru muzik, penyanyi, pernah mewakili Terengganu dalam

acara berbasikal pada tahun 1980an, bekerja dengan Utusan

Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik, dan

bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau

mempelajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Beliau

mempunyai 2 orang isteri dan 7 orang anak.

Sumbangan

Melalui Paparan Video Youtube

41

Ustaz Azhar Idrus memainkan peranan yang besar dalam mendekati

golongan muda dan membawa mereka ke arah pembentukan akhlak yang

mulia selaras dengan ajaran Islam di samping membantu golongan

ini memahami agama Islam dengan lebih terperinci dan mendalam.

Antara salah satu kaedah yang digunakan beliau adalah melalui

memaparkan video-video ceramah beliau di laman sesawang youtube

yang sememangnya menjadi tatapan para golongan muda pada masa

kini. Melalui paparan ceramah ini, beliau mampu menyampaikan

maklumat, berdakwah dan menimbulkan keinsafan kaum muda di mana-

mana sahaja dan tidak terbatas kerana video tersebut boleh

diakses secara percuma melalui internet dan tidak terbatas

paparannya.

Di samping itu, pendekatan beliau yang menggunakan lawak

jenaka dan sesi ceramah yang santai mampu menarik minat hati

golongan muda kerana dilihat sebagai tidak membosankan. Walaupun

menggunakan lawak namun lawak yang digunakan bukan seperti tin

kosong dan amat penuh dengan isi kandungannya yang meliputi

persoalan permasalahan agama, sesi soal jawab dan ceramah dakwah.

Penggunaan laman sesawang youtube amat berkesan dan setiap

paparan video ceramah Ustaz Azhar Idrus mencapai jumlah tontonan42

ribuan penonton. Malah dalam setiap sesi ceramah yang dipaparkan

mampu menjawab persoalan agama yang dekat dengan penontonnya

walaupun kelihatan mudah isu yang dipersoalkan. Namun melalui

maklumat-maklumat yang disampaikan beliau melalui youtube

membantu pembentukan akhlak kaum muda di Malaysia. Sebagai

contohnya melalui paparan video youtube ceramah beliau di Masjid

Pinang Merah bertajuk “15 Maksiat Yang Menurunkan Bala” telah mendapat

sambutan yang baik dalam kalangan penonton video yang mana

kebanyakan maklum balas yang diterima memperlihatkan keinsafan

yang dirasai oleh penonton. Selain daripada menimbulkan

keinsafan, paparan beliau tersebut turut memberikan maklumat,

menimbulkan ketakutan dan sekali gus membentuk akhlak yang baik

dalam diri individu yang menontonnya kerana mereka telah ketahui

apakah perkara yang dilihat sebagai maksiat dalam hukum Islam dan

balasan atas perbuatan tersebut.

Laman Sosial Facebook dan Twitter

Ustaz Azhar Idrus juga turut dipilih sebagai tokoh akhlak

dalam bagaimana beliau menggunakan Facebook dan Twitter yang

digunakan oleh sebahagian besar penduduk Malaysia sebagai medium

43

untuk beliau menyampaikan dakwah dan membentuk akhlak mulia dalam

kalangan umat Islam. Beliau menggunakan laman sosial yang

teraktif ini dengan memberikan jawapan secara terus kepada setiap

persoalan yang ditanya oleh setiap lapisan golongan masyarakat

berkenaan agama secara online. Melalui laman facebook sahabat.uia

dan twitter @UstazAzharIdrus, setiap orang boleh menghantar

sebarang kekeliruan berkaitan dengan agama terhadap beliau dan

akan terus dijawab dan dipaparkan kepada umum untuk berkongsi

maklumat. Kaedah ini mampu membetulkan setiap kesalahan hukum

berkaitan agama dan membolehkan umat Islam menjalankan hukum

agama dan ajaran Islam yang tepat dan benar.

Sebagai contohnya melalui akaun facebook nya terdapat

persoalan berkenaan isu artis Malaysia berkenaan Tema Anugerah

Skrin 2012 dan kelakuan golongan artis yang mana persoalan itu

dijawab oleh Ustaz dan hukum yang dikemukakan beliau berdasarkan

hukum Islam dikongsikan di laman facebook dan blog-blog

sehinggakan menimbulkan kesedaran bagaimana media Malaysia tidak

selaras pelaksanaannya dengan Islam. Malah dalam laman sosial ini

juga dipaparkan banyak hadis-hadis, hukum-hukum Islam dan ajaran

Rasulullah yang amat memberikan maklumat kepada umat Islam setiap44

lapisan umur terutamanya kaum muda dan menimbulkan kesedaran diri

mereka supaya dapat menjadi asas kepada pembentukan akhlak yang

mulia dalam diri mereka. Antara contoh perkongsian hadis yang

dibuat adalah:

Bau wangi syurga itu dapat dihidu dari

jarak 500 tahun perjalanan.” [Al-Muwatta’,

no. 1421]"

"Sesungguhnya Kami telah menjadikan

syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-

orang yang tidak beriman.” (Surah Al-A’raf

Ayat 27)

"Rasullullah SAW melaknat lelaki yang

menyerupai perempuan dan orang perempuan

yang menyerupai lelaki." -Bukhari

Karya Buku

Beliau juga menghasilkan 2 buah karya yang banyak memberikan

maklumat dan mampu membentuk kepada akhlak yang baik dalam

kalangan umat Islam yang menjadikannya sebagai rujukan. Beliau

menghasilkan buku “Ustaz Azhar Idrus Idrus Menjawab Berkenaan

45

Permasalahan Umat” jilid 1 dan jilid 2 yang penuh dengan jawapan-

jawapan kepada persoalan asas agama yang meliputi 10 aspek iaitu

Taharah dan Wuduk, Al-Quran, Solat, Jual beli, Pembahagian Harta,

dan Zakat, Puasa, Hudud dan pelbagai lagi aspek agama.

Persoalan yang dibangkitkan oleh beliau dalam bukunya amat

kelihatan asas tetapi kadang kala jawapan yang diberikannya

berlainan dengan fahaman yang kita telah ada. Ini menunjukkan

bagaimana Ustaz Azhar melalui karya bukunya membantu umat Islam

mengetahui ajaran Islam dengan jelas. Sebagainya hukum berkenaan

pemakaian inai dalam kalangan lelaki semasa berkahwin. Kebanyakan

orang Islam menganggap pemakaian inai tidak berdosa dalam hukum

Islam dan banyak daripada mereka mengamalkannya kerana anggapnya

sebagai satu hukum. Namun sebenarnya pemakaian inai ini bagi

lelaki haram kerana inai adalah pemakaian perhiasan wanita.

Begitu juga dengan persoalan berkenaan hukum melarang ibu

berkahwin yang menjadi kebiasaan pada hari ini apabila ibu yang

menjanda atau ibu tunggal dilarang oleh anak untuk berkahwin

lain. Perbuatan ini tidak didedahkan melalui media namun dengan

menimbulkan isu ini sekali gus mampu membuat anak-anak memahami

apakah hukum perkara ini melalui Islam dan sekali gus dapat46

membina suasana yang baik dan harmoni apabila perkara ini

ditimbulkan oleh ibu mereka selain daripada membentuk akhlak yang

baik dalam diri anak-anak ini dalam melayani kehendak ibu mereka.

Ini menunjukkan bagaimana Ustaz Azhar memainkan peranan dalam

membentuk akhlak mulia umat Islam melalui Persoalan dan jawapan

yang ditimbulkan beliau dalam karya bukunya,

Ini menunjukkan sumbangan beliau dalam menimbulkan satu

fenomena dakwah dan membentuk akhlak yang mulia dalam kalangan

orang Malaysia melalui Youtube, Facebook, dan Twitter yang

sebelum ini dilihat sebagai satu media gossip, maksiat dan tidak

mendatangkan faedah langsung. Malah penerbitan karya bukunya

iaitu “Ustaz Azhar Idrus Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan

Umat” yang memaparkan jawapan bagi setiap persoalan agama yang

dimiliki oleh masyarakat Islam Malaysia amat memberikan maklumat

lengkap bagi hukum-hukum yang dilihat sebagai remeh oleh umat

Islam pada mulanya namun sebenarnya boleh membawa kepada dosa

besar.

KESIMPULAN

47

Sememangnya, sumbangan-sumbangan yang dilakukan tokoh-tokoh

ini amat tinggi sekali dalam dunia masyarakat Islam. Mereka bukan

semata-mata mengajak umat Islam mengamalkan akhlak yang mulia

yang berdasarkan syariat Islam malahan mereka ini juga tidak

henti-henti melakukan dakwah dalam pelbagai bidang sama ada

pendidikan, agama, penggunaan media sosial dan secara kerohanian

(motivasi). Sesungguhnya, kalau hendak kita perkatakan betapa

besarkan sumbangan mereka ini semestinya sukar untuk diukur.

Namun nama-nama tokoh ini sudah tidak asing lagi dalam masyarakat

Islam dunia mahupun antarabangsa.

48