Reka Bentuk Kurikulum Kelab Berzanji

112
KELAB BARZANJI PEMBANGUNAN KURIKULUM (FCE 3800) NAMA AHLI KUMPULAN NO.MATRIK WAN RABIATUL ASMIDA BT WAN MOHAMMAD ABDOH 154941 ‘AFIFAH SYATHIRAH BT ABD HAMID 154333 MASHITAH BT ZAABA 154674 NAMA PENSYARAH: DR.NOR HAYATI BT HJ. ALWI

Transcript of Reka Bentuk Kurikulum Kelab Berzanji

KELAB BARZANJIPEMBANGUNAN KURIKULUM (FCE

3800)

NAMA AHLI KUMPULAN

NO.MATRIK

WAN RABIATUL ASMIDA BT WAN MOHAMMAD ABDOH 154941

‘AFIFAH SYATHIRAH BT ABD HAMID 154333

MASHITAH BT ZAABA

154674

NAMA PENSYARAH: DR.NOR HAYATI BT HJ. ALWI

34

SENARAI KANDUNGAN

PENDAHULUAN........................................................3

ANALISIS KEPERLUAN.................................................5PENYATAAN FALSAFAH................................................18

KONSEP PROGRAM....................................................21MATLAMAT..........................................................29

OBJEKTIF..........................................................31PENGALAMAN PEMBELAJARAN...........................................34

ISI KANDUNGAN...................................................36Pengetahuan....................................................37

Kemahiran......................................................41Nilai..........................................................45

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN............................50ORGANISASI PENGALAMAN PEMBELAJARAN................................59

KAEDAH PENILAIAN..................................................62LAMPIRAN..........................................................66

Lampiran 1......................................................67RUJUKAN...........................................................70

34

PENDAHULUAN

Berzanji atau Barzanji ialah suatu doa-doa, puji-pujian

dan penceritaan riwayat Nabi Muhammad s.a.w. yang dilafazkan

dengan suatu irama atau nada yang biasa dibacakan ketika

majlis aqiqah,khatan, perkahwinan dan Maulidur Rasul

[Wikipedia, 2010].

Isi berzanji menceritakan tentang kehidupan Nabi Muhammad,

yang disebutkan secara berturutan mengenai salasilah

keturunannya, zaman kanak-kanak, remaja, pemuda sehingga

diangkat menjadi rasul. Di dalamnya juga mengisahkan sifat-

sifat mulia yang dimiliki Nabi Muhammad, serta pelbagai

peristiwa untuk dijadikan teladan umat manusia [Wikipedia,

2010].

Nama Berzanji diambil dari nama pengarangnya iaitu Syekh

Ja'far al-Barzanji bin Husin bin Abdul Karim. Beliau lahir

di Madinah pada tahun 1690 dan meninggal dunia pada tahun 1766.

Barzanji berasal dari nama sebuah tempat di Kurdistan, Barzinj.

Karya tersebut sebenarnya berjudul 'Iqd al-Jawahir (Bahasa

Arab, bererti kalung permata) yang disusun untuk meningkatkan

rasa kecintaan kepada Nabi Muhammad saw, meskipun kini nama

penulisnya yang lebih dikenali [Wikipedia, 2010].

Pembacaan Berzanji pada umumnya dilakukan di majlis-majlis

dengan niat untuk mendapat keberkatan. Misalnya pada waktu

34

kelahiran bayi, mencukur rambut bayi (aqiqah), acara khatan,

perkahwinan dan sebagainya. Di masjid-masjid perkampungan,

biasanya jemaah duduk secara bersila. Bacaan Berzanji dialunkan

secara bergilir seorang demi seorang sambil disahuti oleh

jemaah lain dengan kalimah 'ALLAH'.

Di Malaysia, terdapat juga adat pembacaan Berzanji yang

dilakukan secara bersama -sama dengan bayi yang baru lahir

dicukur rambutnya dalam bulatan oleh Imam dan ahli keluarga

terdekat. Sementara baju atau kain orang-orang yang sudah

memegang bayi tersebut, kemudian diberi titisan minyak wangi.

Dewasa ini, bacaan berzanji semakin berkurangan walaupun

Buku Berzanji masih mudah didapati.

NAMA KELAB:

KELAB BARZANJI

MOTO KELAB:

“BERILMU, BERIMAN, BERAMAL”

LAGU KELAB:

AKHLAK MULIA, BUNGA DIRI

~Ae-man~

34

Ingat pesan….

Rasul junjungan….

Hiaskanlah dirimu…..

Dengan sifat – sifat yang mulia,

Ia fitrah semua manusia….

Dengan sifat – sifat

Akhlak yang mulia sangat istimewa

Jika menjadi hiasan diri

Ia disukai kawan dan lawan

Akhlak mulia bunga diri

Sabar, Redho, Syukur

Adalah sifat – sifat yang mulia

Kasih sayang, Memaafkan

Mestilah menghiasi diri

Lelaki dan Wanita

Tua atau muda

Mesti mengamalkan sifat mahmudah

Jika manusia tidak mengamalkan

Mereka bukan lagi manusia

Akhlak yang mulia ibarat bunga

Ia disukai semua manusia

Hati kan tertarik bila terpandangnya

ANALISIS KEPERLUAN

Tujuan Kajian: Untuk mengetahui pandangan

mahasiswa ke atas penubuhan Kelab

Barzanji.

Lokasi: Fakulti Pengajian Pendidikan,

Universiti Putra Malaysia

Populasi: 57 Orang Mahasiswa Fakulti

Pengajian Pendidikan yang mengikuti

program Bacelor Pendidikan ( Bahasa

Melayu ) Tahun Ketiga.

Sampel kajian: 40 orang secara rawak.

Instrumen: Borang Soal Selidik: Rujuk

Lampiran 1

Borang soal selidik ini terbahagi kepada tiga

bahagian utama iaitu:

A) LATAR BELAKANG RESPONDEN

Bahagian ini mengandungi nama, umur, jantina dan

negeri asal responden. Persoalan mengikut negeri

adalah penting kerana pendedahan setiap negeri

mengenai berzanji adalah berbeza. Sebagai contoh,

negeri Johor lebih terdedah secara mendalam

mengenai berzanji , tetapi kurang atau tidak di

negeri-negeri lain.

B) PENGETAHUAN RESPONDEN MENGENAI BERZANJI

Bagi memudahkan penganalisaan data responden,

soal selidik ini dibahagikan kepada dua peringkat

iaitu bahagian pertama yang melibatkan ya atau

tidak. Bahagian kedua yang menjelaskan tentang

pengetahuan responden mengenai berzanji sama ada

pernah mengetahui istilah barzanji dan pernah

mendengar alunan berzanji.

C) PANDANGAN TENTANG PENUBUHAN KELAB BERZANJI

Bahagian ini lebih menekankan kerelevanan

penubuhan kelab berzanji di sekolah. Dapatan yang

diperolehi akan dikaji semula mengikut kesesuaian

pandangan-pandangan responden. Selain itu

bertujuan untuk berkongsi pengetahuan mengetahui

berzanji melalui responden.

Dapatan Kajian: Berdasarkan soal selidik yang

telah dijalankan, dapatan kajian

yang diperoleh adalah seperti

berikut:

A) LATAR BELAKANG RESPONDEN

Jadual Jumlah Responden Yang Lebih BerpengetahuanTentang Barzanji

NEGERI

RESPONDEN

JUMLAH

RESPODEN/N

EGERI

JUMLAH

REPONDEN/PENDEDAHA

N BARZANJI

JUMLAH RESPONDEN

YANG TIDAK

MENGETAHUI MENGENAI

BERZANJIWilayah

Persekutuan dan

Selangor

9 0 9

Kedah, Perlis

dan Perak

9 5 4

Kelantan dan

Terengganu

12 6 6

Johor 10 10 0Jumlah (orang) 40 21 19

Jumlah Responden Yang Berpengetahuan Mengenai

Barzanji Mengikut Negeri (Orang).

Huraian

Berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan,

majoriti responden yang berasal dari negeri Johor

lebih berpengetahuan tentang barzanji berbanding

dengan responden yang berasal dari negeri lain.

B) PENGETAHUAN RESPONDEN MENGENAI BERZANJI

Soalan 1

Jadual Jumlah Responden Yang Mengetahui Dan Tidak

Mengetahui Mengenai Berzanji.

Responden Jumlah responden

yang mengetahui

berzanji (orang)

Jumlah responden

yang tidak

mengetahui berzanji

(orang)Lelaki 8 12Perempuan 13 7Jumlah 21 19

Jumlah Responden Yang Mengetahui Dan Tidak

Mengetahui Mengenai Berzanji (Orang).

Huraian

Keseluruhannya, 33 orang responden telah

mengetahui mengenai barzanji yang meliputi 15

orang lelaki dan 18 orang perempuan yang mewakili

82.5 % daripada 100 %.

Soalan 2

Jumlah Responden Yang Pernah Mendengar Alunan

Berzanji Dan Yang Tidak Pernah Mendegar Alunan

Berzanji (orang).

Responden Jumlah responden

yang pernah mendegar

alunan berzanji

(orang)

Jumlah responden

yang tidak pernah

mendegar alunan

berzanji (orang)

Lelaki 8 12Perempuan 13 7Jumlah 21 19

Jumlah Responden Yang Pernah Mendengar Alunan

Barzanji Dan Yang Tidak Pernah Mendengar Alunan

Barzanji (orang).

Huraian

Majoritinya 62.5 % daripada responden pernah

mendengar gaya persembahan barzanji dialunkan.

Seramai 10 orang dan 15 orang responden yang

masing-masing mewakili lelaki dan perempuan

pernah mendengar alunan berzanji.

Soalan 3

Peratusan Responden Yang Pernah Mendegar Alunan

Berzanji Mengikut Aktiviti Kemasyarakatan (%).

Responden Majlis

khatam Al-

Quran

(orang)

% Majlis

pernikah

an

(orang)

% Majlis

‘aqiqah dan

potong jambul

bayi

(orang)

%

Lelaki 5 25 9 45 6 30Perempuan 7 35 8 40 5 25Jumlah 12 17 11

Peratusan Responden Yang Pernah Mendegar Aluanan

Berzanji Mengikut Aktiviti Kemasyarakatan (%).

Huraian

45 % daripada responden lelaki pernah mendengar

alunan berzanji di majlis pernikahan, manakala 35

% responden perempuan mendengarnya sewaktu majlis

berkhatam Al-Quran. Pada keseluruhannya, semua

responden pernah mendengar alunan berzanji

melalui aktiviti kemasyarakatan.

Soalan 4

Jadual Jumlah Responden Yang Pernah Dan Tidak

Pernah Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Barzanji

Responden Jumlah responden

yang pernah

melibatkan diri

dalam aktiviti

berzanji

Jumlah responden

yang tidak pernah

melibatkan diri

dalam aktiviti

berzanjiLelaki 3 17Perempuan 6 14Jumlah 9 31

Jumlah Responden Yang Pernah Dan Tidak Pernah

Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Barzanji (orang).

Huraian

Sebanyak 15 % responden lelaki pernah melibatkan

diri dalam aktiviti barzanji yang mewakili 3

daripada 20 orang responden lelaki. Namun,

berbeza pula responden perempuan yang bilangannya

adalah dua kali ganda iaitu 6 daripada 20 orang

pernah menyertai barzanji dan peratusannya adalah

30 %.

Soalan 5

Jadual Jumlah Responden Yang Menyatakan Tujuan

Berzanji Untuk Memperingati Dan Tidak

Memperingati Rasulullah.

Responden Jumlah responden Jumlah responden

yang menyatakan

tujuan berzanji

untuk memperingati

Rasulullah

yang tidak

menyatakan tujuan

berzanji untuk

memperingati

RasulullahLelaki 3 17Perempuan 6 14Jumlah 9 31

Jumlah Responden Yang Menyatakan Tujuan Berzanji

Untuk Memperingati Dan Tidak Memperingati

Rasulullah (orang).

Huraian

23 % daripada responden lelaki dan perempuan

menyatakan tujuan barzanji adalah untuk

memperingati junjungan besar Rasulullah s.a.w.

manakala selebihnya menyatakan jawapan yang tidak

pasti.

Soalan 6

Jadual Jumlah Responden Yang Mengetahui Dan Tidak

Mengetahui Isi Kandungan Barzanji. (orang).

Responden Jumlah responden

yang mengetahui isi

kandungan berzanji

Jumlah responden

yang tidak

mengetahui isi

kandungan berzanjiLelaki 12 8Perempuan 13 7Jumlah 25 15

Jumlah Responden Yang Mengetahui Dan Tidak

Mengetahui Isi Kandungan Berzanji (orang).

Huraian

Sebahagian besar (65 %) responden lelaki dan

perempuan mengetahui isi kandungan barzanji.

Soalan 7

Jadual Jumlah Responden Yang Masyarakatnya

Mengamalkan Barzanji Dalam Sesuatu Majlis.

Responden Jumlah responden

yang masyarakatnya

mengamalkan bacaan

berzanji dalam

sesuatu majlis

Jumlah responden

yang masyarakatnya

tidak mengamalkan

bacaan berzanji

dalam sesuatu majlisLelaki 10 10Perempuan 13 7Jumlah 23 17

Huraian

50 % daripada responden lelaki menyatakan

masyarakat di tempat kelahiran mereka

mengamalkan bacaan barzanji di dalam majlis atau

hari-hari tertentu iaitu seramai 10 orang. Bagi

responden perempuan, sebanyak 65 % menyatakan ya

yang merangkumi 13 orang.

C) PANDANGAN TENTANG PENUBUHAN KELAB BARZANJI

Soalan 1

Jadual Jumlah Responden Yang Bersetuju Dengan

Penubuhan Kelab Barzanji.

Responden Jumlah responden

setuju kelab

berzanji relevan

ditubuhkan

Peratusan (%)

Lelaki 20 50Perempuan 20 50Jumlah 40 100

Huraian

Keseluruhan (100%) responden menyatakan kelab

berzanji adalah relevan ditubuhkan di sekolah.

Soalan 2

Jadual Peratusan Pandangan Responden Mengenai

Kerelevenan Barzanji.

Pandangan - pandangan responden mengenai

kerelevanan penubuhan kelab

Peratusan (%)

1. Bertujuan menerapkan nilai-nilai

murni kepada pelajar melalui sirah

Rasulullah

75

2. Bertujuan membentuk peribadi ahli

kelab

15

3. Supaya dapat bermuhasabah diri 54. Supaya umat Islam tidak melupakan

pengorbanan Rasulullah

5

Jumlah 100

Huraian

¾ atau 75 % daripada responden berpandangan kelab

barzanji relevan ditubuhkan adalah kerana ingin

menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar

melalui sirah Rasulullah s.a.w.

Soalan 3

Jadual Jumlah Responden Yang Berpandangan

Aktiviti Berikut Mampu Menarik Perhatian Ahli

Kelab.

Responden Melalui

permainan

Melalui

latihan dalam

kumpulan

Melalui

penceritaa

n

Lain -

lain

Lelaki 8 5 3 0

75 %

15 %

5 % 5 %

Perempuan 12 7 3 2Jumlah 20 12 6 2

Jumlah Responden Yang Berpandangan Aktiviti

Berikut Mampu Menarik Perhatian Ahli Kelab

(orang).

Huraian

Separuh (50 %) daripada responden, 8 lelaki dan

12 perempuan bersetuju bahawa sesuatu kelab dapat

menarik perhatian ahlinya melalui permainan. 30 %

lagi responden memilih melalui latihan dalam

kumpulan. Manakala, 15 % responden lagi memilih

melalui penceritaan dan selebihnya memilih

melalui nyanyian.

Huraian Dapatan Kajian

Pada keseluruhannya, dapatan kajian

menunjukkan responden bersetuju dengan penubuhan

kelab barzanji. Mereka bersetuju dan berpandangan

bahawa kelab ini relevan ditubuhkan di sekolah-

sekolah bagi mencapai matlamat mendidik generasi

yang berilmu dan berakhlak menerusi penghayatan

nilai yang terkandung barzanji.

PENYATAAN FALSAFAH

Membangunkan modal insan yang terdidik jiwa,

minda, emosi dan jasmani melalui seni barzanji yang

memiliki seribu satu nilai yang mampu mencorak

peribadi individu muslim dalam mendepani arus

kehidupan yang bergelora pada masa kini.

Huraian

Membangunkan modal insan yang terdidik jiwa,

minda, emosi dan jasmani membawa tafsiran bahawa

individu yang bakal melibatkan diri di dalam

kelab ini akan dibangunkan sebagai modal insan

negara dan agama yang bermula dengan aspek

didikan jiwa, diikuti dengan didikan minda,

didikan emosi dan secara tidak langsung menerima

didikan jasmani.

Penyusunan aspek didikan ini adalah

berteraskan moto kelab, iaitu “Berilmu, Beriman,

Beramal”. Bermula dengan pengisian ilmu berkenaan

barzanji yang menjadi santapan rohani mampu

menguatkan keazaman dan niat seseorang individu

ke arah pembentukan modal insan yang diingini.

Niat yang terpasak di hati akan disampaikan

kepada minda. Niat yang murni dan ditambah pula

dengan pengisian ilmu yang bermanfaat, secara

tidak langsung mendidik minda dengan input –

input positif yang bakal diolah dan diguna pakai

oleh minda tersebut dalam merefleksikan tindak

balas individu melalui emosi dan jasmani.

Konsep ini adalah berlandaskan sebuah hadis

rasulullah sollahu ‘alaihi wasallam yang

bermaksud;

Daripada Abu Abdillah Nu'man ibni Basyir r.a, dia berkata:

Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,.Sesungguhnya

yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya

terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak

diketahui oleh kebanyakan orang. Maka barangsiapa menjaga diri

daripada syubhat bererti dia telah menyelamatkan agama dan

kehormatannya. Dan barangsiapa terjerumus dalam perkara

syubhat,maka ia akan terjerumus dalam perkara yang

diharamkan. Sebagaimana penggembala yang meggembala

haiwan gembalaannya di sekitar (kawanan) yang terlarang, maka

lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap

raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang

diharamkan-Nya.Ketahuilah, bahawa di dalam tubuh terdapat

segumpal/seketul daging, jika dia baik, maka baiklah seluruh

tubuh,dan jika dia buruk,maka buruklah seluruh tubuh.

Ketahuilah, bahawa itu adalah hati. ~muttafaquh’alaih~ [H.R

BUKHARI dan MUSLIM, 1599].

Seterusnya, penyataan seni barzanji memiliki

seribu satu nilai adalah untuk menggambarkan

betapa banyaknya nilai yang terkandung di dalam

intisari barzanji sama ada yang tersurat; seperti

nilai penghargaan terhadap junjungan mulia

rasulullah, mahupun yang tersirat; seperti nilai

kreativiti dalam menyebarkan dakwah Islamiyah

yang ditunjukkan oleh pengasas Barzanji. Nilai –

nilai yang bakal dikupas sepanjang pelaksanaan

kelab ini nanti, mampu mencorak peribadi individu

muslim dengan izin Allah.

Nilai – nilai seperti keimanan, kepemimpinan,

kesyukuran, dan keadilan adalah antara nilai –

nilai yang seharusnya dimiliki oleh setiap

individu yang bergelar muslim. Dengan penerapan

nilai – nilai murni ini, diharapkan agar individu

tersebut mampu memiliki jati diri dalam

menghadapi dunia hari ini yang penuh cabaran dan

persaingan, atau dengan kata lainnya, mampu

mendepani arus kehidupan yang bergelora pada masa

kini.

Arus kehidupan yang bergelora ini adalah

masalah – masalah sosial dan situasi kehidupan

yang mampu mendorong dan mempengaruhi manusia ke

arah pemilihan dan pemilikan nilai - nilai

negatif seperti memilih dadah sebagai penyelesai

masalah berbanding memilih agama sebagai sumber

penyelesaian utama [eprints.utm.my,11859/1].

Rasional

Penubuhan Kelab Barzanji sebagai sebuah kelab

yang mendidik ahli kelabnya melalui seni barzanji

adalah kerana, situasi dunia hari ini penuh

dengan cabaran dan persaingan. Cabaran yang

dimaksudkan adalah cabaran yang bersifat

keduniaan yang mengajak manusia mengejar

kemewahan, pangkat dan jawatan serta nama yang

tersohor tanpa mengambil kira aspek – aspek

keimanan dan kemurniaan nilai insani seperti

mensyukuri segala nikmat yang dimiliki dan

menghargai kepercayaan yang diletakkan oleh orang

lain.

Persaingan pula tidak mampu dielakkan lagi,

memandangkan tuntutan dunia hari ini melihat

kepada potensi diri individu yang mampu

ditonjolkan dan dibuktikan melalui pemikiran,

tindakan dan tingkah laku. Individu yang mampu

meletakkan diri mereka di hadapan adalah individu

yang akan diangkat dan dipilih untuk menerajui

negara dan agamanya.

Selain itu, fenomena hiburan juga tidak asing

lagi dalam kamus hidup seseorang individu.

Hiburan – hiburan ini, ada kalanya membuatkan

anak – anak remaja semakin leka tanpa

menghiraukan keadaan dunia semasa yang semakin

meruncing dengan masalah sosial dan penjanaan

modal insan. Anak – anak remaja sangat suka

berhibur, namun sayangnya, hiburan yang dipilih

ada kalanya melampaui batas – batas yang

ditetapkan oleh agama terutamanya bagi mereka

yang beragama Islam [Ummu Wafa, 2010].

Justeru, inisiatif bagi menghadapi kemelut

masalah dunia yang melanda pada hari ini diambil,

dengan menubuhkan sebuah kelab yang menjadi

medium pendidikan dan pembentukan modal insan

melalui seni barzanji yang menggabungkan elemen

hiburan dengan elemen nilai kemahiran insaniah.

Barzanji adalah salah satu seni yang menjadi

santapan rohani, maka, disamping mendidik emosi

melalui hiburan, jiwa remaja juga dapat dididik.

Di sebalik intisari barzanji terkandung

banyak nilai yang dikhususkan kepada Nabi

Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wasallam. Oleh sebab

itu, berdasarkan nilai – nilai tersebut, minda

ahli kelab akan dididik dan disemai dengan nilai

yang boleh diterapkan melalui kupasan – kupasan

intisari barzanji. Jasmani pula akan terdidik

dengan aplikasi nilai – nilai yang akan

dipelajari sepanjang penglibatan dalam kelab ini.

KONSEP PROGRAM

Menggunakan pendekatan Teknikal Saintifik.

Tuhan dan Agama sebagai sumber reka bentuk.

Reka Bentuk Berpusatkan Masalah, Situasi

Kehidupan.

Pendekatan pendidikan melalui seni barzanji

berasaskan agama Islam khusus kepada sirah

nabawiyah.

Seni barzanji diterapkan secara asas sahaja

terhadap ahli kelab.

Pendidikan diterapkan melalui pelaksanaan mentor

– mentee, dan penglibatan aktiviti secara amali.

Menggunakan perkhidmatan tenaga pengajar

tambahan sekiranya diperlukan.

Menggunakan pendekatan Teknikal Saintifik

Huraian

Menggunakan pendekatan Teknikal Saintifik

bertujuan untuk memudahkan aspek pelaksanaan dan

penilaian kelab. Aspek pelaksanaan menjadi mudah

kerana organisasi pengalaman pembelajaran

dirancang dengan teliti terlebih dahulu sebelum

diguna pakai ketika aktiviti pengajaran dan

pembelajaran,(PNP). Penilaian juga dapat

dijalankan dengan mudah kerana perincian mengenai

kriteria yang hendak dinilai telah ditetapkan

sebelum pelaksanaan PNP. Kriteria yang digariskan

pula adalah berdasarkan objektif – objektif yang

hendak dicapai [Tyler,1949].

Rasional

Pendekatan Teknikal Saintifik dipilih kerana

pendekatan ini mengambil paradigma proses-hasil

yang mengusulkan bahawa hasil yang baik

dijangkakan akan terbentuk dengan adanya proses

yang tegas. Pendekatan ini juga mampu

memperkembangkan reka bentuk kurikulum program

dan dapat dinilai hasilnya [Tyler, 1949].

Proses perancangan yang tegas dan sistematik

akan lebih mudah untuk dilaksanakan memandangkan

pelaksanaan kelab adalah terikat dengan tempoh

waktu yang singkat. Memandangkan, pendekatan ini

juga adalah satu rancangan yang menyusun

persekitaran agar terdapat penyelarasan antara

unsur masa, ruang, aktiviti dan matlamat secara

teratur [Tyler,1949].

Jadi, pendekatan ini amat bertepatan dengan

pelaksanaan kelab dan penilaian terhadap

keberkesanannya.

Tuhan dan Agama Islam sebagai sumber reka

bentuk

Huraian

Tuhan dan Agama Islam sebagai sumber reka

bentuk bererti sumber rujukan utama bagi kelab

ini adalah Al quran dan hadis rasulullah Sollahu

‘Alaihi Wasallam. Di samping Kitab Barzanji

turut diguna pakai memandangkan kita ini

bertepatan dengan ajaran Islam yang memfokuskan

kepada sejarah kehidupan rasulullah.

“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat

selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah

(Al-Qur’an) dan sunnahku.” (HRMalik bin Anas dalam al-Muwattha'

- no: 1619)[dinulislam.saifulbahri.net].

Tuhan dan Agama Islam sebagai sumber reka

bentuk bertujuan untuk mendekatkan diri individu

dengan penciptanya serta agamanya. Mendekatkan

diri dengan pencipta bererti seseorang individu

mampu mengenali Tuhannya, beriman dengan

kewujudannya serta mampu beramal dengan segala

suruhan dan meninggalkan segala larangan

penciptanya.

Mendekatkan diri dengan agama pula bermaksud,

seseorang individu dapat mengetahui asal usul

agamanya dan tata cara kehidupan yang digaris

pandu oleh agamanya juga. Dengan ilmu yang

diperoleh, diharapkan dapat meningkatkan

kepercayaan dalam diri individu sekaligus

menterjemahkan kepercayaan itu kepada amalan yang

berterusan.

Rasional

Tuhan dan Agama Islam dipilih sebagai sumber

reka bentuk kerana sumber ini adalah sumber yang

sah serta merupakan sumber, yang tidak mampu

disangkal kebenarannya oleh manusia malah telah

terbukti kebenaran isinya melalui kajian – kajian

saintifik mahupun anologitik

[www.harunyahya.com].

Isu yang biasanya menjadi pergaulan hangat

adalah isu kewujudan Tuhan serta takdir. Isu ini

telah dijawab oleh salah seorang imam terkemuka

Islam iaitu Imam Ahmad Bin Hanbal melalui

kisahnya yang telah direkod dan diguna pakai oleh

para pendakwah masa kini [Mohd Zawawi & Amira

Hariyati,2007].

Jadi, menggunakan sumber ini adalah satu

tindakan yang tepat dan perlu dijadikan panduan

bersama.

Reka Bentuk Berpusatkan Masalah, Situasi

Kehidupan.

Huraian

Reka bentuk berpusatkan masalah memfokuskan

kepada masalah kehidupan sama ada pada tahap

individu ataupun pada tahap masyarakat.

[Ornstein, Hunkins, 1988]. Masalah individu yang

menjadi titik tolak perbincangan adalah masalah

penjanaan modal insan. Manakala, masalah pada

tahap masyarakat adalah masalah penyambung

warisan seni barzanji yang kian pupus di telan

zaman.

Jenis reka bentuk situasi – kehidupan pula

dipilih dengan tujuan untuk memberikan pengalaman

pembelajaran yang bermakna, yang mana pengalaman

tersebut dapat diaplikasikan ke dalam kehidupan

sebenar individu. Di samping, membentuk

keperibadian modal insan yang menyeluruh dari

aspek rohani, intelek, emosi dan jasmani melalui

pendekatan seni barzanji.

Rasional

Reka bentuk berpusatkan masalah, dipilih

kerana reka bentuk ini menjurus kepada

penyelesaian masalah sama ada pada tahap individu

mahupun masyarakat. Masalah ini perlu

diselesaikan agar modal insan yang ingin dijana

adalah modal insan yang peka dengan keadaan

sekeliling dan modal insan yang terdidik

keseluruhannya dengan ilmu – ilmu yang bermanfaat

untuk dirinya, masyarakatnya, negaranya, dan

agamanya [Shatar , 2009].

Jenis reka bentuk situasi kehidupan pula

dipilh atas dasar ingin membentuk modal insan

yang mampu menerapkan segala pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang dipelajari ke dalam

kehidupan masing – masing di samping

memanfaatkannya untuk kepentingan masyarakat,

negara dan agama pada masa akan datang.

Oleh sebab itu, reka bentuk yang dipilih

bertepatan dengan kedua – dua matlamat kelab yang

diimpikan.

Pendekatan pendidikan melalui barzanji

berlandaskan agama Islam khusus kepada sirah

nabawiyah.

Huraian

Pendekatan pendidikan melalui barzanji

bermaksud, barzanji akan diguna pakai dalam

kaedah pengajaran sebagai satu cara untuk

mendidik individu di dalam kelab ini dengan nilai

– nilai insaniah seperti nilai keazaman dan

pengorbanan. Barzanji merupakan salah satu seni

selain nasyid atau tarannum, yang berlandaskan

agama Islam kerana intisarinya berkenaan sirah

nabawiyah rasulullah yang sumbernya adalah Al

Quran dan hadis. [kitab barzanji…]

Barzanji dipilih sebagai salah satu

pendekatan pendidikan adalah untuk menerapkan

nilai – nilai murni yang terkandung dalam

intisari barzanji ke dalam diri setiap individu

yang terlibat dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran kelab ini. Nilai yang telah

diterapkan tersebut, diharapkan dapat

dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Rasional

Barzanji dipilih kerana barzanji mempunyai

nilai – nilai murni yang dikuhususkan kepada Nabi

Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wasallam yang

sememangnya sangat dikagumi dan patut dijadikan

qudwatun hasanah ataupun suri teladan anak – anak

remaja masa kini yang kian leka dan semakin lupa

akan ketokohan Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi

Wasallam sebagaimana yang telah termaktub dalam

Al Quran yang mulia.

Yang Maksudnya: “Sesungguhnya telah ada pada (diri)

Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam itu suri tauladan yang baik

bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan

(kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” [ Al-

Ahzab: 21].

Barzanji juga menjadi pilihan kerana seni ini

semakin hari semakin sepi dari kehidupan anak –

anak muda. Yang paling dikhuatiri lagi adalah,

jika seni ini tidak ada penyambung warisannya,

maka seni yang bernilai ini mungkin akan hilang

selama - lamanya. Seni yang memiliki nilai –

nilai murni ini seharusnya diteruskan dan

dijadikan sebagai salah satu seni yang tidak

asing dalam kehidupan anak muda.

Seni barzanji diterapkan secara asas sahaja

terhadap ahli kelab.

Huraian

Seni Barzanji diterapkan secara asas sahaja

bermaksud seni barzanji akan diperkenalkan dan

diajar bermula dari rawi pertama hingga rawi

keempat. Kitab barzanji terkandung sembilan belas

rawi di dalamnya. Setiap rawi pula mempunyai

bilangan harkat bacaan yang berbeza. Namun,

harkat – harkat tersebut menggunakan lahjah atau

wajah bacaan yang bermula dengan harkat satu,

kedua, ketiga dan keempat. Kemudiannya, wajah

bacaan ini akan diulang pakai untuk harkat kelima

hingga kelapan dan seterusnya.

Penerapan secara asas sahaja adalah bertujuan

untuk memaksimumkan potensi diri individu dalam

penguasaan pemahaman intisari dan kemahiran

mengalunkan barzanji. Dengan penguasaan tersebut,

individu terlibat akan memiliki penghayatan

semasa mengalunkan barzanji di samping mampu

mengaplikasikan pemahaman tersebut dalam

kehidupan dan mampu mengolah kemahiran

mengalunkan barzanji bagi rawi kelima hinggalah

ke sembilan belas.

Rasional

Penerapan seni alunan barzanji adalah secara

asas sahaja kerana penglibatan kelab ini bukanlah

bertujuan untuk memaksa setiap individu yang

melibatkan diri supaya dapat menguasai alunan

barzanji seperti yang dikehendaki. Sekurang –

kurangnya, cukuplah sekadar mereka mampu

mengalunkan barzanji sesedap telinga yang

mendengar.

Hal ini disebabkan, fokus kelab ini bukanlah

pada penguasaan alunannya semata – mata, akan

tetapi aspek pengetahuan dan nilai yang ingin

diterapkan secara menyeluruh. Dalam masa yang

sama, tempoh waktu yang singkat tidak mencukupi

untuk melatih ahli kelab supaya dapat menguasai

keseluruhan barzanji. Jadi, penguasaan asas

barzanji akan ditekankan sepenuhnya supaya

apabila ahli kelab telah mahir, mereka mampu

mengolah seni alunan barzanji tersebut.

Pelaksanaan mentor – mentee sebagai medium

pengisian, dan penglibatan dalam aktiviti

sebagai medium latihan kemahiran.

Huraian

Pelaksanaan mentor mentee dipilih sebagai

medium pengisian menjelaskan bahawa isi kandungan

kelab ini bagi aspek pengetahuan, kemahiran dan

nilai akan disampaikan kepada sasaran kelab

melaluinya. Pembahagian kumpulan mentor mentee

ini juga mampu meningkatkan kualiti pemahaman dan

kemahiran mengalunkan barzanji memandangkan

seorang tenaga pengajar dapat memfokuskan kepada

bilangan kumpulan sasaran yang lebih kecil

daripada keseluruhannya.

Penglibatan dalam aktiviti sebagai medium

latihan kemahiran pula menjelaskan bahawa

individu yang disasarkan oleh kelab ini akan

melibatkan diri dalam aktiviti sekolah dan

aktiviti kemasyarakatan. Melalui aktiviti

tersebut, mereka dapat melatih diri untuk

mengaplikasikan segala input yang diperoleh

daripada kelab dengan mengeluarkan output

berbentuk persembahan barzanji di samping membina

keyakinan diri.

Rasional

Rasionalnya pelaksanaan mentor – mentee ini

adalah kerana isi kandungan dapat disampaikan

secara berasingan antara lelaki dengan

perempuan.. Hal ini bertujuan supaya batas aurat

dan pergaulan dapat dipelihara. Selain itu,

kaedah ini sememangnya lebih efisyen kerana

pelaksanaan secara berkumpulan, memudahkan proses

pendidikan kerana kuantiti sasaran dapat

dikecilkan dan perhatian boleh difokuskan dengan

lebih lagi oleh mentor kumpulan.

Penglibatan dalam aktiviti pula dipilih

sebagai medium latihan disebabkan oleh sesetengah

individu tidak dapat menggambarkan suasana

ataupun situasi sebenar majlis barzanji

berlangsung. Tambahan pula, matlamat kelab yang

ingin menyambung generasi warisan barzanji,

memerlukan individu yang berkeyakinan dan

berkepemimpinan dalam menguruskan majlis

barzanji. Dengan latihan melalui aktiviti ini,

mereka mampu melihat situasi sebenar dan mampu

mendekatkan diri mereka dengan masyarakat

setempat.

Menggunakan perkhidmatan tenaga pengajar

tambahan sekiranya diperlukan.

Huraian

Menggunakan perkhidmatan tenaga pengajar

tambahan ini bermaksud kelab ini akan menggunakan

tenaga pengajar seperti ustaz ataupun seseorang

yang memiliki kemahiran mengalunkan barzanji

kerana, sekiranya tenaga pengajar kelab daripada

pihak sekolah hanyalah daripada kalangan guru

perempuan, maka menjadi satu keperluan bagi kelab

ini untuk menggunakan khidmat tenaga pengajar

lelaki luar.

Hal ini bertujuan untuk memelihara aurat

suara wanita. Firman Allah dalam Surah Al Ahzab

ayat 32, yang bermaksud,

“ Wahai isteri –isteri nabi! Kamu tidak seperti perempuan –

permpuan yang lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu

tunduk (melemah-lembutkan suara) dalam berbicara sehingga

bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan

ucapkanlah perkataan yang baik ” [Al Ahzab:32]

Rasional

Rasionalnya kaedah pembelajaran ini

diterapkan di dalam pelaksanaan kelab adalah

supaya setiap individu yang melibatkan diri dalam

kelab ini, dapat melihat aplikasi ajaran Islam

dalam situasi kehidupan. Di samping, individu

tersebut dapat dilatih untuk mematuhi ajaran

Islam tanpa menolak kehendak untuk berhibur

secara bersyariat. Melalui kaedah pengajaran

seperti ini, pelaksanaan ajaran Islam dapat

direalisasikan walaupun, sesetengah individu

melihat ajaran Islam agak mengongkong dan

membebankan mereka.

Sebagai contoh, isu suara wanita. Bukanlah

suara wanita langsung tidak boleh diperdengarkan

kepada kaum adam, mereka masih boleh menggunakan

suara mereka untuk berkomunikasi akan tetapi

tidak boleh dilunakkan kerana dikhuatiri, suara

tersebut dapat merangsang perasaan seorang lelaki

dan membawa kepada masalah perhubungan yang tidak

dihalalkan. Lantaran itu, garis panduan yang

diberikan dalam ajaran agama ini adalah bertujuan

untuk kemaslahatan manusia sejagat.

MATLAMAT

1. Melahirkan ahli kelab yang terdidik minda, jiwa,

emosi dan jasmani dengan nilai-nilai agama

Islam.

Huraian

Melahirkan bermaksud mewujudkan manakala ahli

kelab bermaksud perkumpulan ahli-ahli persatuan [

Kamus Dewan, 2005]. Ahli kelab yang terdidik

minda, jiwa, emosi dan jasmani ialah sekumpulan

pelajar yang menganggotai kelab atau persatuan

yang dapat menerima dan menerapkan nilai-nilai

yang baik dalam kehidupan. Dengan penerapan

nilai-nilai agama Islam yang boleh dipelajari

melalui intisari rawi-rawi barzanji, mereka boleh

mempraktikkannya dalam kehidupan harian lantas

melatih minda, jiwa, emosi dan jasmani untuk

kehidupan yang lebih bahagia. Antara nilai yang

boleh diterapkan ialah penghormatan dan

penghargaan terhadap individu yang lebih tua dan

banyak berjasa kepada kita, agama, bangsa dan

Negara.

Rasional

Pelajar-pelajar masa kini hanyut dalam arus

pemodenan Negara. Justeru, mereka telah hilang

nilai-nilai agama yang sepatutnya ada dalam diri

mereka. Oleh sebab itu, berdasarkan masalah

tersebut, kelab ini mensasarkan supaya ahli

kelabnya terdidik dari segi minda, jiwa, emosi

dan jasmani agar modal insan yang diimpikan

negara dapat dibangunkan sebagaimana yang

dinyatakan dalam Falsafah pendidikan.

2. Menyambung generasi warisan barzanji dalam

masyarakat setempat.

Huraian

Menyambung generasi bermakna meneruskan

tradisi kumpulan individu yang lahir pada waktu

yang lebih kurang sama dan perbuatannya itu akan

menjadi teladan kepada golongan yang akan datang.

Generasi yang terlibat dalam menyambung warisan

ini adalah daripada kalangan muda mudi remaja

masa kini. Remaja masa kini lebih terdedah kepada

arus perkembangan dunia teknologi yang membawa

kepada kealpaan mereka terhadap tradisi-tradisi

terdahulu. Remaja juga merupakan sebahagian

daripada masyarakat. Jadi, remaja jugalah yang

akan menyambung warisan masyarakat terdahulu.

Jika ini dapat diteruskan, warisan terdahulu

tidak akan terhapus ditelan arus pemodenan dan

modenisasi.

Rasional

Masyarakat pada hari ini terutamanya golongan

remaja kurang terdedah kepada seni barzanji. Hal

ini disebabkan kurangnya galakan daripada

golongan yang lebih arif dalam menarik minat

remaja untuk sama-sama menyertai aktiviti yang

bersifat kemasyarakatan yang mampu membina

ukhuwah antara masyarakat setempat. Jadi, kelab

ini mengambil inisiatif untuk menjadi satu medium

yang mendidik ahli kelabnya melalui seni barzanji

yang mampu mendekatkan remaja dengan masyarakat

di samping mendidik mereka menjadi modal insan

negara.

OBJEKTIF

1. Mendapat pendedahan dan pemahaman

barzanji dan nilai isinya melalui kupasan intisari

barzanji.

Huraian

Mendapat pendedahan bermaksud pencapaian

kepada kegiatan dan proses yang menjadikan

seseorang mengetahui atau memahami sesuatu yang

dulunya asing kepadanya [Kamus Dewan,

2005].Pemahaman yang tertera di sini menyatakan

perihal memahami, iaitu apa yang difahami tentang

sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami,

tanggapan. Pendedahan diberikan supaya pelajar

mendapat gambaran awal mengenai seni barzanji dan

pengaplikasiannya dalam kehidupan. Menekankan

pemahaman ahli kelab bahawa seni barzanji bukan

sekadar hiburan semata-mata, akan tetapi,

memiliki nilai-nilai tersendiri khususnya

berkaitan dengan peribadi Rasulullah S.A.W, yang

mampu dijadikan contoh bagi diaplikasikan dalam

kehidupan seharian.

Rasional

Memandangkan kebanyakan golongan remaja pada

masa kini masih kurang pendedahannya terhadap

seni barzanji, maka langkah pertama yang perlu

diambil oleh kelab ini bagi merealisasikan

matlamat pertama adalah dengan memberi pendedahan

dan pemahaman sebenar mengenai seni barzanji.

Melalui pemahaman ini barulah setiap ahli dapat

menghayati nilai yang terkandung dalam barzanji

sekaligus dapat mempraktikkannya dalam kehidupan.

2. Mengalunkan irama barzanji asas.

Huraian

Mengalunkan membawa makna menjadikan sesuatu

irama itu tinggi dan rendah. Irama bermaksud

ukuran masa atau tempo pada muzik di mana nada

perlahan digantikan dengan yang rancak [Kamus

Dewan, 2005]. Jadi, mengalunkan irama bermaksud

menjadikan irama tinggi rendah mengikut ukuran

masa tertentu supaya irama tersebut sedap

kedengaran lantas menarik minat orang lain untuk

menyertai aktiviti yang dijalankan. Seni barzanji

tidak akan lengkap tanpa alunannya yang

tersendiri. Jadi, mempelajari alunan barzanji

asas adalah penting bagi mendidik emosi ahli

kelab melalui hiburan yang tidak melalaikan,

ibarat lagu tanpa irama, akan sumbang bunyinya,

begitulah juga kalau barzanji tanpa alunannya,

tidak lengkaplah seninya.

Rasional

Berpandukan kepada sejarah seni barzanji yang

dikembangkan di tanah melayu, masyarakat tanah

melayu pada ketika itu amat suka akan hiburan,

namun sayangnya hiburan yang dipilih kurang

mendekatkan diri mereka dengan Pencipta. Jadi,

seni barzanji diasaskan oleh Sheikh Al-Barzanji

bagi mengatasi masalah tersebut. Rentetan itu,

kelab ini ingin menjadi medium untuk menyambung

usaha murni beliau dalam mendidik masyarakat ke

arah kehidupan yang seimbang di dunia dan akhirat

melalui hiburan yang bertepatan dengan agama

Islam.

3. Menerapkan nilai-nilai dalam barzanji melalui

aktiviti sekolah

Huraian

Menerapkan nilai bermaksud mempraktikkan

nilai-nilai dan falsafah Islam sebagai satu cara

hidup serta menghayatinya. Aktiviti sekolah ini

merujuk kepada takwim sekolah yang mengandungi

beberapa aktiviti yang boleh memberi manfaat

kepada pelajar. Melalui aktiviti sekolah, nilai-

nilai dapat diterapkan secara terus ke dalam

pengalaman yang bakal dilalui oleh ahli kelab

sepanjang penglibatan mereka. Aktiviti sekolah

yang bersifat kemahiran memberi pengalaman

pembelajaran yang terkumpul dalam diri ahli kelab

yang bermanfaat untuk diaplikasikan dalam

kehidupan seharian mereka ataupun pada masa akan

datang.

Rasional

Modal insan yang diimpikan negara adalah modal

insan yang memiliki kemahiran insaniah yang

meliputi aspek komunikasi, kepemimpinan,

keusahawanan, kerjasama, pembelajaran sepanjang

hayat, etika dan profesionalisme dan pemikiran

yang kritis dan kreatif. Aspek-aspek ini tidak

boleh dipelajari melalui teori semata-mata, akan

tetapi, melalui aktiviti kemahiran, pengalaman

pembelajaran dapat diterapkan.

4. Melibatkan diri ahli kelab dengan aktiviti

masyarakat melalui seni barzanji.

Huraian

Melibatkan diri ahli kelab dalam konteks ini

membawa makna menyebabkan ahli kelab terlibat

dalam aktiviti kemasyarakatan melalui seni

barzanji. Penglibatan golongan remaja dalam

aktiviti kemasyarakatan sangat penting supaya

golongan remaja merasakan diri mereka berharga di

sisi masyarakat serta mampu memberi sumbangan

dalam kehidupan masyarakat setempat di samping

menyambung warisan seni barzanji yang semakin

luput dek arus zaman.

Rasional

Golongan muda masa kini kurang melibatkan

diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang

menyebabkan jurang antara golongan remaja dengan

golongan dewasa semakin renggang. Kesannya,

persefahaman antara golongan remaja dengan

golongan dewasa menjadi tidak sehaluan. Jadi,

bagi merapatkan kembali jurang persefahaman ini,

kelab ini turut memilih objektif ini bagi

mengatasi masalah tersebut.

PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Istilah pengalaman pembelajaran bermaksud

tindak balas di antara ahli kelab dengan keadaan

yang ditemuinya dalam alam sekelilingnya.

Pengalaman pembelajaran berlaku melalui perubahan

dalam tingkah laku ahli kelab yang memerlukan

penglibatan ahli kelab yang aktif. Walaupun

luaran ahli kelab nampak sama, tetapi pengalaman

yang diperolehi setiap ahli kelab sebelum ini

adalah berlainan berdasarkan minat dan latar

belakang ahli kelab itu sendiri.

Bagi mencapai objektif, pemilihan pengalaman

pembelajaran yang dijalankan terbahagi kepada dua

bahagian iaitu pengisian (isi kandungan) dan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di dalam

isi kandungan, terdapat tiga domain utama iaitu

pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Pengetahuan ialah perihal mengetahui,

kepandaian dan kebijaksanaan [Kamus Dewan Bahasa

dan Pustaka, 1989]. Dari segi pengetahuan, ahli

kelab didedahkan mengenai pengetahuan umum bagi

setiap perkara yang mereka lakukan dalam setiap

minggu perjumpaan. Ini merupakan peringkat asas

yang perlu diketahui setiap ahli kelab mengenai

pembelajaran yang mereka perolehi sepanjang

proses pembelajaran semasa perjumpaan kelab

dijalankan.

Untuk meningkatkan lagi kefahaman dan

kefasihan ahli kelab, pelaksanaan kemahiran perlu

dilaksanakan supaya pengalaman pembelajaran yang

akan diperolehi oleh setiap ahli kelab akan

menjadi lebih bermakna. Kemahiran adalah

kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu [Kamus

Pelajar Edisi Kedua,2008]. Aspek kemahiran ini

akan dilaksanakan semasa organisasi pengalaman

pembelajaran dijalankan. Ahli kelab akan

memperolehi pengalaman terkumpul melalui domain

ini kerana ia menekankan aspek pelaksanaan sama

ada secara individu mahupun beramai-ramai yang

dilaksanakan di dalam dan di luar kelas (bersama

masyarakat).

Nilai pula adalah suatu standard yang agak

berkekalan dari segi masa, atau dalam pengertian

yang luas, suatu standard yang mengaturkan satu

sistem perlakuan. Domain nilai dapat diselitkan

melalui domain pengetahuan dan domain kemahiran.

Ini adalah kerana nilai dapat dipelajari sama ada

secara langsung mahupun tidak langsung semasa

organisasi pengalaman pembelajaran dijalankan.

Nilai-nilai yang diperolehi bukan sahaja dapat

diperolehi melalui aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dijalankan, malahan nilai yang

tersirat di sebalik intisari berzanji itu sendiri

dapat dipraktikkan oleh ahli kelab yang memahami

intisari barzanji tersebut.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

dilaksanakan adalah bagi mencapai objektif yang

dirancang. Ia adalah berbentuk teori dan

praktikal. Segala aktiviti yang dilaksanakan

adalah selaras dengan objektif-objektif yang

ingin dicapai supaya pengalaman pembelajaran yang

berlaku dapat mencapai objektif-objektif yang

dipilih.

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan perlu

mementingkan peningkatan dari segi pengetahuan,

kemahiran dan nilai supaya pengalaman

pembelajaran ahli kelab bukan sahaja dapat

mencapai objektif kelab malahan dapat menjana

pendapatan kelab iaitu dengan melaksanakan

aktiviti keusahawanan. Walaupun aktiviti

keusahawanan hanyalah aktiviti sampingan, namun

ianya penting dalam memajukan ekonomi sesuatu

kelab iaitu dengan menjana wang mengikut

kreativiti sesuatu kelab.

ISI KANDUNGAN

Pengetahuan Kemahiran Nilai 1. Pengenalan

barzanji

a. makna

barzanji

b. tujuan

barzanji

c. sejarah

barzanji

Komunikasi

Berbudi bahasa

Kepemimpinan

Yakin pada diri

sendiri

2. Pengenalan Empat

rawi pertama (rawi

1-4)

a. Intisari

barzanji

Kemahiran

memahami

intisari

barzanji

Penghargaan

Bersyukur

Memahami sejarah

Nabi Muhammad

S.A.W. 3. Cara bacaan empat

rawi pertama (rawi

1-4)

a. Taranum

Kemahiran

membaca taranum

yang diajar

Kemahiran

Berani mencuba

Ikhlas

mengingati

taranum4. Aplikasi barzanji

dalam kehidupan

seharian

a. Majlis

sambutan

maulidurrasul

b. Majlis khatam

al-Quran

c. Majlis cukur

jambul bayi

Pengorganisasia

n Ahli Kelab

(pembahagian

jawatan)

Pelaksanaan

bacaan berzanji

melalui

aktiviti

sekolah

Penglibatan

dalam majlis

kemasyarakatan.

Kepimpinan

Sistematik

Semangat kerjasama

Berbudi bahasa

Menghormati

golongan yang

lebih tua.

Pengetahuan

Pengenalan barzanji

Huraian

Pengetahuan ialah perihal mengetahui,

kepandaian dan kebijaksanaan [kamus dewan, edisi

ke-4]. Istilah tidak kenal maka tidak cinta amat

sesuai digunakan dalam konteks pengenalan pada

peringkat awal kelab ini. Pengenalan kepada

barzanji perlu dilakukan untuk memperkenalkan

kepada pelajar mengenai barzanji meliputi sejarah

barzanji, tujuan barzanji dan makna barzanji.

Ketiga – tiga aspek yang dikupas ini perlu

diselaraskan supaya semua pelajar memahami dan

mengetahui mengenai barzanji dengan fakta yang

tepat. Cara ini biasa dilakukan di dalam kelas

iaitu ketika pembelajaran formal mengenai

pengenalan kepada subjek dan topik. Sebagai

contoh, subjek kemahiran hidup dengan topik

lukisan teknik. Pelajar diperkenalkan dengan

alatan yang diperlukan dan diterangkan beberapa

contoh lukisan teknik yang akan dilakukan

sepanjang pembelajaran pada sesi persekolahan

tersebut. Begitu juga dengan kelab barzanji yang

akan menekankan tiga aspek dalam sesi pengenalan

ini iaitu sejarah barzanji, tujuan barzanji dan

makna barzanji.

Pendedahan mengenai sejarah barzanji masih

belum diketahui umum dalam masyarakat di

Malaysia. Perkataan Sejarah (History) yang kita

gunakan pada masa kini berpunca daripada

perkataan Arab iaitu Syajaratun yang bermaksud

Pohon. Dari sudut lain pula, istilah history

merupakan terjemahan dari perkataan Yunani iaitu

Histories yang membawa makna satu penyelidikan

ataupun pengkajian. Sejarah dalam erti kata lain

digunakan untuk mengetahui masa lampau

berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang

sahih bagi membolehkan manusia memperkayakan

pengetahuan dalam sesuatu perkara. Jadi,

pengenalan mengenai sejarah,tujuan dan makna

barzanji sangat penting kepada pelajar untuk

memperkayakan pengetahuan dalam bidang barzanji.

Rasional

Kepesatan ekonomi dan pembangunan Negara

menyebabkan anak remaja dinihari semakin

ketinggalan dalam penerokaan sejarah sesuatu

perkara seperti sejarah penyebaran agama islam,

sejarah kisah Nabi Muhammad S.A.W, dan sejarah

mengenai kemerdekaan Malaysia. Pengetahuan Am

tentang negara sendiri dipandang enteng oleh

sesetengah remaja hari ini menyebabkan negara

Malaysia tidak dapat melahirkan modal insan kelas

pertama yang telah diucapkan oleh bekas perdana

menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi

dalam Rancangan Malaysia ke – 9 (RMK – 9). Jadi,

adalah wajar untuk memperkenalkan dahulu mengenai

sejarah, makna dan tujuan barzanji bagi membuka

minda para remaja tentang barzanji yang sangat

menarik dan penuh dengan keinsafan melalui

intisari ayat dalam setiap rawi. Secara tidak

langsung, para pelajar dapat menambah ilmu

pengetahuan bukan sahaja mengenai barzanji

malahan juga tentang sejarah kisah Nabi Muhammad

S.A.W yang boleh dicontohi dalam kehidupan

seharian yang penuh ranjau berduri pada hari ini.

Pengenalan mengenai intisari ayat dalam rawi

Huraian

Rawi yang akan ditekankan adalah empat rawi

yang pertama dalam kitab barzanji. Rawi adalah

bahagian atau bab yang dipisahkan dalam kitab

barzanji. Setiap rawi mewakili sirah nabi

Muhammad S.A.W kecuali pada rawi pertama sahaja

yang menerangkan tentang kebesaran Allah dengan

setiap ciptaan - NYA. Intisari ayat dapat dikupas

bagi setiap rawi dalam aktiviti perbincangan dan

mentor mentee. Biasanya masyarakat hanya tahu

membaca dan melagukan rawi sahaja tanpa

mengetahui maksud ayat yang dibaca dalam setiap

rawi. Jadi, kelab barzanji yang ditubuhkan boleh

membentuk pelajar yang berupaya membaca barzanji

dan tahu makna ayat yang dibacanya.

Rasional

Jika dilihat pada zaman sekarang, ramai para

remaja yang tidak mengikut cara hidup Islam yang

sebenar. Para remaja banyak terpengaruh pada

budaya barat dalam cara berpakaian, cara

pergaulan dan cara pemakanan yang boleh mendorong

dalam masalah social di Malaysia. Bagi membendung

masalah ini, satu contoh teladan yang baik

haruslah diberikaan pada peringkat awal lagi

iaitu ketika awal remaja. Dengan memperkenalkan

contoh teladan yang baik yang dapat dikupas dalam

intisari barzanji iaitu mengenai sirah nabawiyah

dapat memberikan gambaran kepada para remaja

tentang cara hidup islam yang sempurna. Jika kita

melihat definisi cinta menurut bahasa ialah,

kasih sayang dan menurut istilah ialah

kecenderungan atau ikatan hati yang berlaku

antara kedua – dua belah pihak yang mencintai

[Fatimah Syarha:2009]. Bagi menyuburkan rasa

cinta kita terhadap nabi S.A.W, kita haruslah

melihat kisah beliau yang boleh kita jadikan

pengajaran dalam kehidupan seharian. Jadi,

melalui kelab barzanji yang dirancang ini diharap

para pelajar dapat mengaplikasikan nilai dan cara

hidup nabwiyah dalam kehidupan seharian.

Cara alunan barzanji (taranum)

Huraian

Dalam objektif kelab yang ke-dua telah

dinyatakan tentang mengalunkan bacaan barzanji.

Mengalunkan yang dinyatakan adalah cara membaca

barzanji dalam setiap rawi dengan menggunakan

taranum yang tertentu. Para pelajar akan

didedahkan dengan jenis – jenis taranum yang

digunakan dan cara harakat iaitu tahap tinggi dan

rendah dalam alunan tersebut. Melalui guru

pembimbing, para pelajar dapat memahami cara

bertaranum yang betul ketika membacakan barzanji

mengikut rawi. Rawi yang akan dialunkan adalah

empat rawi yang pertama sahaja. Empat rawi

pertama adalah asas bagi rawi yang lain iaitu

sebanyak 15 rawi lagi dalam kitab barzanji. Jika

empat rawi yang asas ini dapat dikuasai oleh para

pelajar, pastinya 15 rawi yang lain dapat

dibacakan dengan menggunakan alunan yang

dipelajari kerana alunan atau cara bacaan bagi

rawi yang lain adalah sama bagi semua rawi. Oleh

itu, para pengajar harus memastikan bahawa semua

pelajar dapat mengusai empat rawi asas ini.

Rasional

Jika kita meneroka dunia siber sekarang,

terlalu banyak hiburan yang diperkenalkan kepada

masyarakat kita di Malaysia. Kesan daripada

perkembangan ini, ramai remaja yang mahu terjun

ke dunia seni kerana melihat kemewahan yang dapat

dikecapi bagi setiap artis tidak kira artis di

Malaysia atau di negara yang lain. Pelbagai

program realiti yang dianjurkan di Malaysia

sangat mendapat sambutan daripada masyarakat

Malaysia terutama para remaja.

Jadi, kelab barzanji ini adalah satu medium

untuk para pelajar belajar mengenai seni taranum

bagi mengalunkan bacaan dalam setiap rawi.

Seterusnya, dapat mengelakkan para pelajar untuk

berlumba – lumba mengecapi impian bergelar artis

yang tidak akan berfaedah dan hanya untuk

keseronokan sahaja. Oleh itu, falsafah kelab ini

dapat dicapai dengan jayanya jika pelajar dapat

menguasai cara mengalunkan dan memahami intisari

ayat dalam setiap rawi yang dipelajari dalam

kelab ini.

Aplikasi barzanji

Huraian

Aplikasi barzanji yang dinyatakan di sini

adalah penglibatan secara langsung dalam

menjalankan aktiviti seperti sambutan maulidur

rasul dan majlis khatam al-quran. Para pelajar

akan merasai sendiri bagaimana barzanji ini

dialunkan dan dilakukan dalam sesuatu majlis.

Jika ketika dalam perbincangan hanya mengatakan

tentang cara bacaan dan intisari ayat sahaja,

sambutan yang dianjurkan ini dapat memberi

gambaran dan situasi sebenar kepada para pelajar

bagaimana bacaan barzanji ini diadaptasikan dalam

sesuatu majlis.

Rasional

Kebanyakkan remaja tidak tahu bagaimana

sambutan yang tertentu dijalankan kerana sikap

sambil lewa dan tidak ambik peduli terhadap

sesuatu majlis diadakan. Jadi, kelab ini

diharapkan dapat memberikan ruang kepada para

pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti

seperti ini. Para pelajar iaitu remaja merupakan

perintis generasi Negara yang akan datang. Adalah

wajar bagi semua remaja untuk mengetahui

bagaimana mengendalikan sesuatu majlis dengan

sempurna penuh dengan keharmonian. Sebagai

generasi yang akan membangunkan Negara, adalah

perlu dalam diri remaja sikap bantu – membantu

dan pandai menguruskan majlis tidak kira samaada

majlis yang besar atau hanya majlis kecil –

kecilan.

Remaja adalah sebahagian daripada masyarakat,

jadi, aplikasi sambutan majlis seperti majlis

cukur jambul pasti akan melibatkan masyarakat.

Majlis ini akan dapat membantu para pelajar untuk

menyesuaikan diri dengan masyarakat. Kita tidak

mahu, remaja Malaysia menjadi seperti ‘katak di

bawah tepurung’ yang hanya memtingkan diri

sendiri tanpa memikirkan orang sekeliling.

Kemahiran

Komunikasi dua – hala

Huraian

Melalui pengetahuan yang diberikan semasa

perbincangan atau pengajaran bersama guru

pembimbing, pelbagai kemahiran dapat diterapkan

dalam diri pelajar. Kemahiran komunikasi amat

penting dalam diri setiap individu. Secara

ringkas, komunikasi ialah perpindahan maklumat

daripada penyampai keapada penerima tanpa berlaku

sebarang penambahan dan pengurangan kepada

maklumat asal [Mohammad Shatar : 2009]. Pada

peringkat awal,para pelajar akan melakukan

aktiviti pengenalan dengan adanya sesi taaruf.

Pada sesi ini, semua pelajar haruslah

memperkenalkan diri mereka kepada semua ahli

kelab. Selain komunikasi, keyakinan dalan diri

juga dapat dibina apabila para pelajar mencuba

untuk bercakap di depan khalayak ramai. Kemahiran

komunikasi ini sangat penting bukan sahaja dalam

sesi taaruf tapi dalam setiap minggu dan

seterusnya dalam aktiviti seharian para pelajar.

Pada setiap minggu, para pelajar akan

ditemani dan dibimbing oleh guru pembimbing yang

akan berkomunikasi antara mereka bagi memahami

proses pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi

yang dinyatakan di sini adalah komunikasi dua –

hala iaitu konsep pemahaman dapat diterapkan

apabila para pelajar dapat bertanya soalan yang

tidak difahami kepada guru tersebut.

Rasional

Kemahiran komunikasi dapat dipupuk dalam diri

setiap pelajar. Komunikasi juga sangat penting

apabila para pelajar bercampur dengan aktiviti

kemasyarakatan. Masyarakat amat penting dalam

kehidupan berjiran. Jadi sebagai pelajar yang

ruang skop hanya kepada sosialisasi keluarga dan

rakan sebaya, adalah wajar untuk memperkenalkan

agen sosialisasi yang lain iaitu masyarakat.

Aktiviti luar yang akan diadakan dapat membantu

meningkatkan kemahiran pelajar untuk berhubung

dengan masyarakat luar. Pendedahan aktiviti

kemasyarakatan seperti ini juga dapat memberi

pengalaman kepada para pelajar untuk berada dalam

kalangan masyarakat. Para pelajar yang

didedahakan dengan aktiviti bersama masayarakat

tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung

yang tidak ambil tahu mengenai dunia luar. Oleh

itu, kelab barzanji adalah medium dalam

pembentukan kemahiran komunikasi para pelajar

bukan sahaja dalam ruang lingkup keluarga dan

rakan sebaya malahan juga dalam masyarakat yang

tugasnya juga penting dalam setiap diri individu.

Mengalunkan bacaan barzanji.

Huraian

Bacaan barzanji akan diajar selepas para

pelajar memahami intisari ayat dalam setiap rawi.

Kaedah taranum yang sesuai mengikut harakat akan

diterangkan pada pembelajaran ini. Pembelajaran

untuk mengalunkan barzanji sangat penting untuk

memperlihatkan bacaan barzanji yang unik dan

menarik. Pada rawi asas ini, taranum sikah dan

taranum ras sahaja yang akan diajarkan kepada

para pelajar. Alunan bacaan rawi adalah sama

dalam setiap rawi iaitu daripada rawi pertama

sehinggalah rawi yang ke – 19.

Rasional

Kemahiran mengalunkan ini memerlukan

pemahaman yang tinggi dalam diri individu supaya

alunan yang dibuat atau dilagukan tidak janggal

dan pelik kedengarannya. Kemahiran yang diberikan

ini diharapkan pelajar dapat mengelakkan diri

daripada terpengaruh dengan lagu – lagu zaman

sekarang yang tidak mempunyai makna yang

signifikan dan hanya melalaikan dan penuh dengan

emosi semata – mata.

Dunia hari ini banyak disogokkan dengan lagu

yang menarik dan sedap didengar tanpa mengandungi

makna yang relavan dan bermakna. Semua lagu yang

dicipta pada hari ini pasti melibatkan hati,

perasaan, emosi dan cinta sesama individu yang

tidak diketahui pengakhirannya.

Seharusnya segala perasaan terutama yang

melibatkan cinta hanyalah difokuskan kepada maha

pencipta iaitu Allah. Nabi Muhammad S.A.W ada

berpesan,

“ Tiada yang lebih membahagiakan dua orang yang saling

menyukai kecuali menikah. ”

(Riwayat Suyuti)

Jelas menunjukkan bahawa, perasaan kasih

sayang atau dunia sekarang mengatakan tentang

cinta antara manusia tidak akan memberi faedah

jika individu tersebut tidak dalam ikatan yang

sah iaitu perkahwinan. Harapan kepada para remaja

adalah sangat tinggi supaya remaja ini tidak lagi

lalai dengan duniawi semata – mata tanpa

memikirkan akibat yang akan diterima di akhirat

kelak. Jadi, melalui kelab barzanji yang akan

ditubuhkan ini diharapkan dapat melahirkan

pelajar yang pandai melagukan bacaan barzanji

dengan memahami maksud bacaan tersebut. Para

pelajar yang dididik akan faham mengenai cinta

sebenar hanya pada Allah Yang Esa bukan sesama

manusia yang belainan jantina. Kelab barzanji

dapat meningkatkan jati diri individu terhadap

agama Islam yang agung dengan ditambah dengan

pengajaran sirah Rasulullah S.A.W.

Kemahiran dalam pengumpulan fakta

Huraian

Pengumpulan fakta yang dibincangkan adalah

merangkumi intisari ayat samaada tersurat dan

tersirat dan kemahiran mendengar ketika waktu

pembelajaran untuk mengalunkan bacaan barzanji.

Aktiviti yang disusun akan memudahkan para

pelajar untuk mengumpul fakta mulai daripada

minggu pengenalan sehingga selesai sesi

persekolahan. Pengumpulan yang dilakukan adalah

satu proses pengenalan kepada kitab barzanji yang

mengandungi pelbagai kisah Rasullah yang harus

diteladani bagi setiap para pelajar.

Setiap intisari ayat dalam setiap rawi ada

cerita yang tersendiri mengikut riwayat hidup

Rasulullah. Jadi, untuk mengetahui riwayat hidup

Rasulullah tersebut, sudah pasti kita perlu

mencari kisah – kisah yang sebenar supaya jelas

dan dapat difahami dengan mudah apa yang ingin

disampaikan. Di sini kita dapat melihat setiap

pelajar mampu mencari sendiri kisah – kisah

riwayat hidup Rasulullah supaya mereka faham dan

dapat berkongsi maklumat dalam kumpulan ketika

aktiviti latihan dalam kumpulan ( LDK ).

Rasional

Melalui kelab berzanji para pelajar akan

mengetahui cara – cara untuk mencari fakta yang

benar dan sahih dan tidak terpesong dari Al-

quran dan hadis kerana ianya melibatkan sirah

Nabi Muhammad S.A.W. Sekarang tedapat pelbagai

sumber yang boleh diperolehi untuk mendapatkan

maklumat mengenai sirah Rasulullah seperti buku –

buku ilmiah, ensiklopedia, majalah, dan yang

paling cepat adalah internet. Tidak dinafikan,

apa sahaja tajuk atau topik yang hendak

dibincangkan, internet dapat memberikan maklumat

hanya di hujung jari dengan cepat. Masa yang

digunakan tidak dibuang dengan mencari buku atau

majalah di perpustakaan ataupun di kedai buku.

Tetapi, jika dibandingkan cara sumber tersebut

diperolehi, internet agak sukar untuk

dikenalpasti sumber yang terlibat. Jika rujukan

adalah daripada buku, sumber diperoleh adalah

benar dan boleh dipercayai.

Para pelajar juga dapat meningkatkan minat

dalam pembacaan. Para pelajar hari ini sangat

kurang menjadikan hobi atau aktiviti masa

senggang dengan membaca. Hal ini kerana,

permainan dinihari yang mengikuti teknologi

sekarang akan dipilih oleh pelajar untuk mengisi

masa lapang seperti PS 1, PS 2 dan permainan

computer yang lain. Melalui kaedah pengumpulan

data, para pelajar berupaya menjadikan hobi

mereka untuk berada di perpustakaan dan menelaah

buku rujukan tentang Rasulullah. Cara ini dapat

meningkatkan pemahaman para pelajar khasnya

pelajar kelab barzanji supaya dapat memahami

sirah Nabi Muhammad melalui sumber yang betul dan

benar selain daripada sumber rujukan utama iaitu

Al-Quran dan Hadith.

Nilai

Nilai yang tekandung dalam pengisian boleh

dibahagikan kepada lima iaitu,terhadap Allah,

Kumpulan Sosial(masyarakat), Alam Sekeliling dan

Diri Sendiri.

sikap terhadap Allah

Huraian

Allah adalah maha pencipta yang agung pada

setiap ciptaannya. Penubuhan kelab ini bukan

sahaja dapat melihat riwayat nabi Muhammad

S.A.W., malahan, penerangan tentang ciptaan Allah

juga akan ditekankan. Dalam rawi pertama sudah

diterangkan mengenai keagungan Allah dalam

ciptaan-NYA iaitu adanya langit dan bumi dan alam

sekeliling. Pendekatan rawi pertama dalam kitab

barzanji akan menitikberatkan tentang nilai

kesyukuran dan penghargaan kita kepada maha

pencipta yang agung.

Pada setiap perjumpaan, perkara yang lazim

yang akan dilakukan ialah membaca doa. Mebaca doa

adalah perkara yang akan dilakukan bagi setiap

umat islam. Ketika kelas kelab barzanji, doa akan

dibaca pada awal sebagai permulaan dan pada

penghujung kelas sebagai doa penutup. Seperti

firman Allah,

“dan apabila hamba – hambaKu bertanya kepadamu

tentang Aku maka jawablah bahawa Aku adalah dekat. Aku

mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia

memohon kepada – Ku maka hendaklah mereka memenuhi segala

perintah – Ku dan hendaklah mereka beriman kepada – Ku, agar

mereka selalu berada dalam kebenaran.”

( Al

- Baqarah : 186 )

Rasional

Hari ini terlalu banyak masalah yang berlaku

dalam instituisi keluarga di Malaysia, sebagai

contoh, masalah sumbang mahram. Melihat kepada

permasalahan itu, akar umbi yang harus ditekankan

adalah sikap individu terhadap pencipta-NYA. Jika

individu tersebut menjaga hubungan dengan Allah,

maka Allah menjaga hubungan individu dengan

individu yang lain. Jadi, masalah sumbang mahram

tidak berlaku jika semua individu meletakkan

Allah sebagai keutamaan.

Melalui kelab barzanji, para pelajar akan

didedahkan cara bacaan doa buka majlis dan

menutup majlis dan juga cara pembacaan ayat dalam

kitab barzanji mengikut rawi yang asas. Pededahan

ini membenarkan pelajar untuk mengaplikasikan apa

yang dipelajarinya dalam kehidupan seharian.

Pendekatan yang dipelajari membolehkan pelajar

menjadikan doa sebagai perkara biasa dalam setiap

perbuatan yang ingin dilakukan. Nilai – nilai

seperti kasih sayang, kesyukuran dan keinsafan

dapat dipupuk melalui aktiviti ini.

Sikap terhadap diri sendiri

Huraian

Penubuhan kelab barzanji ini diharapkan dapat

mengembangkan sikap kasih sayang dalam diri

sendiri kepada hormatkan diri sendiri dan

menyedari akan harga diri sendiri. Sikap terhadap

diri sendiri ini meliputi nilai berbudi bahasa,

nilai kepimpinan, nilai keberanian dan nilai

kesyukuran. Nilai yang disenaraikan akan dapat

dipupuk melalui aktiviti yang dijalankan

sepanjang minggu.

Rasional

Darsawarsa kini, kebanyakkan remaja yang

tidak menjaga diri sendiri kerana terleka dengan

dunia yang serba canggih sehingga hilang harga

diri begitu sahaja disebabkan pergaulan bebas

antara mereka. Melalui kelab ini, kita dapat

melatih dan mendidik pelajar ini supaya

menghargai diri sendiri dan haruslah sentiasa

beringat kepada Allah yang Maha Pencipta.

Sikap terhadap orang lain

Huraian

Melalui kelab ini, kita dapat menerapkan

nilai hormat – menghormati antara satu sama lain.

Hal ini dapat dikaitakan pada riwayat hidup Nabi

Muhammad S.A.W ketika bersama dengan orang

sekeliling baginda dan sikap yang ditonjolkan

oleh nabi ketika hidunya.

Nilai menghargai juga boleh diterapkan kepada

diri para pelajar ketika mentafsir ayat dalam

rawi pertama. Jelas di sini, melalui aktiviti

yang dijalankan seperti mentor – mentee terdapat

banyak nilai positif yang akan diperolehi bagi

murid – murid tersebut.

Rasional

Kehidupan setiap individu pastinya memerlukan

orang lain untuk mendapat sokongan dam bantuan

untuk meneruskan kehidupan yang harmoni. Jadi,

sokongan daripada oarng sekeliling terutamanya

ibu bapa, keluarga, rakan sebaya dam masyarakat

amat diperlukan. Apabila berhadapan dengan

kesemua penyokong ini, seseorang individu

haruslah pandai dan bijak menjaga hubungan antara

satu sama lain dengan nilai yang diterapkan

melalui kelab barzanji ini. Nilai antara kita

dengan orang sekeliling haruslah dijaga supaya

kita dapat hidup dalam keadaan harmoni dan

sejahtera. Bagi para remaja, mereka seharusnya

menerapkan nilai seperti tolong – menolong antara

satu sama lain dalam konteks mencapai keharmonian

masyarakat.

Sikap terhadap kumpulan sosial (masyarakat )

Huraian

Penerimaan tanggungjawab sosial dapat dipupuk

apabila pelajar boleh bersosial dengan orang

sekelilingnya tidak kiralah ahli kelab atau orang

lain seperti masyarakat setempat ketika melakukan

majlis tertentu seperti majlis cukur jambul dan

aktiviti luar yang lain. Melalui kelab ini,

pelajar mampu bersosial dengan baik dengan

memberi perkhidmatan atau layanan yang memuaskan

tanpa menimbulkan sebarang masalah perselisihan

faham atau perasaan tidak puas hati terhadap

orang lain.

Rasional

Masalah sosial dalam kalangan remaja amat

membimbangkan semua pihak pada waktu ini adalah

disebabkan oleh kurangnya nilai kesedaran dalam

diri para remaja. Jadi, sekolah perlu memainkan

peranan yang oenting untuk memberikan kesedaran

kepada para pelajar melalui aktiviti yang dapat

memupuk nilai kesedaran dalam diri para pelajar.

Penubuhan kelab barzanji diharapkan dapat

menggarap nilai kersedaran dalam minda dan jiwa

para pelajar. Melalui riwayat hidup nabi Muhammad

S.A.W. yang boleh diteladani dan dijadikan contoh

terunggul kepada para pelajar supaya tidak mudah

terleka dalam mengecapi impian yang menggunung

tinggi.

Sikap terhadap alam sekitar

Huraian

Melalui perbincangan dalam kumpulan dan kisahRasulullah, guru atau mentor boleh mengaitkansikap atau adab individu terhadap alam sekitar.Rasulullah S.A.W begitu peka dan prihatinterhadap makhluk yang lain seperti haiwan,tumbuhan – tumbuhan dan alam sekitar. Rasulullahsaw menasihati umatnya supaya berlaku ihsankepada haiwan dan binatang ternakan serta tidakmenzalimi atau menyiksa mereka. Demikian jugatumbuh-tumbuhan dan alam sekitar. Rasulullah

adalah contoh teladan dan ikutan yang palingtepat bagi semua peringkat kehidupan. Bersesuaiandengan itu, Allah swt telah berfirman bahawa NabiMuhammad saw diutuskan kepada manusia untukmenyempurnakan akhlak di kalangan mereka.

Firman Allah yang bermaksud : "Demisesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah saw itu contohikutan yang baik bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkankeredhaan Allah dan balasan baik di hari akhirat serta sentiasamenyebut dan memperingati Allah dalam masa senang dansusah." [ islamgrid.gov.my : 2009 ].

Rasional

Hidup seseorang manusia di dunia inimemerlukan juga benda hidup yang lain sepertiadanya tumbuhan dan haiwan. Sebagai contoh,tumbuhan yang terdapat dalam alam ini diperlukanuntuk proses pernafasan iaitu melaui pertukarangas oksigen dan karbon dioksida. Tumbuhan jugadiperlukan untuk keperluan manusia seperti tempattinggal. Jadi, adalah sangat wajar alamsekeliling ini dijaga seperti seseorang individumenjaga diri sendiri.

Selain daripada tumbuhan, haiwan juga adalahciptaan Allah yang harus dijaga oleh manusia.Sesetengah haiwan atau ternakan yang digunakanuntuk membuat kerja, maka ternakan tersebut tidakboleh dibebani di luar kesanggupan mereka ataudianiaya mahupun disakiti. Malah ketika hendakmenyembelih untuk dimakan sekalipun, makahendaklah penyembelihan dilakukan dengan cara

yang paling baik iaitu dengan menggunakan pisauyang tajam, tidak mengasah pisau di hadapanhaiwan tersebut atau menyembelih haiwan ternakandi hadapan ternakan yang lain[islamgrid.gov.my:2009]. Perkara ini jelasmenunjukkan yang hidupan di ala mini iaitutumbuhan dan ternakan dan haiwan lain haruslahdijaga dan manusia perlu beradab dengan setiapciptaan Allah yang lain.

Kelab barzanji yang ditubuhkan bakalmelahirkan insan yang berkualiti bukan sahajadaripa pengetahuan yang diperolehi malahan jugadalam adab sopan atau akhlak setiap individupelajar itu sendiri. Bahawasanya, terlalu banyakakhlak yang ditonjolkan oleh Rasulullah S.A.Wyang boleh dijadikan teladan bagi semua manusiadan khususnya dalam diri para pelajar dan paraguru.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Aktiviti 1 : sesi taaruf

Aktiviti 2 : mentor mentee

Aktiviti 3 : kuiz

Aktiviti 4 : majlis sambutan maulidurrasul di

peringkat sekolah

Aktiviti 5 : majlis keramaian di peringkat

masyarakat

Aktiviti 6 : latihan dalam kumpula (LDK)

Aktiviti 7 : pertandingan barzanji antara

kumpulan

Aktiviti 8 : pertandingan barzanji antara ahli

kelab

Aktiviti 9 : Majlis penganugerahan kelab barzanji

dan jamuan akhir tahun

Sesi taaruf (pengenalan)

Huraian

Aktiviti taaruf merupakan aktiviti yang

kebiasaannya dilaksanakan di awal perjumpaan

kelab. Ia adalah bertujuan untuk mengenali antara

ahli kelab dan tenaga pengajar yang terlibat. Di

samping itu ahli kelab akan didedahkan mengenai

pengenalan barzanji iaitu mengenai maksud

barzanji, sejarah barzanji dan tujuan barzanji

[wikipedia, 2010]. Ini adalah supaya pelajar dapat

didedahkan mengenai isi kandungan kitab barzanji

yang akan dipelajarinya secara umum.

Selain itu, sesi pengorganisasian kelab juga

dilaksanakan bagi melantik ahli jawatankuasa

tertinggi untuk kelab tersebut yang terdiri

daripada ahli kelab itu sendiri. Sebuah

organisasi dapat ditakrifkan sebagai sekumpulan

manusia yang berkerja untuk mencapai matlamat-

matlamat yang tertentu dan dalam suasana yang

tertentu. Zainal Ariffin Ahmad dalam bukunya

‘Perlakuan Organisasi’ (1998) telah

mendefinisikan organisasi sebagai satu kumpulan

manusia yang kerja bersama untuk mencapai

matlamat umum. Sementara Campbell et al. (1988),

pula mentakrifkan organisasi sebagai sekumpulan

manusia yang bekerja untuk mencapai matlamat-

matlamat tertentu dalam sesuatu suasana yang

tertentu (Mozais, 2010).

Rasional

Kajian menunjukkan 55% komunikasi letaknya

pada fisiologi iaitu gaya, gerak badan dan mimik

muka, 38% kesan komunikasi letaknya pada nada

suara dan hanya 7% sahaja bergantung kepada fakta

[Tengku Asmadi, 2003].  Oleh itu, bagaimana

seseorang itu menyampaikan sesuatu itu adalah

lebih penting daripada apa yang disampaikan.

Sewaktu diperingkat awal berkenalan, seseorang

itu akan sering berfikir terlebih dahulu apa yang

mahu dikatakan agar tidak disalah faham, tidak

dianggap kasar dan tidak mengguris perasaan orang

lain. Jadi, perkara ini seharusnya berterusan

supaya hubungan antara ahli kelab yang cuba

dibina oleh tenaga pengajar akan berterusan

malahan bertambah erat lagi.

Pengetahuan asas mengenai barzanji ini

didedahkan supaya ahli kelab mengetahui

terlebih dahulu mengetahui apa yang dimaksudkan

dengan barzanji, kegunaan bacaan berzanji, dan

sejarah asal barzanji diperkenalkan di Tanah

Melayu. Ini adalah kerana di dalam masyarakat

Islam Malaysia hari ini ramai yang tidak

mengetahui apakah berzanji dan marhaban [Sulma,

2005]. Walaupun ianya popular dalam masyarakat

Johor, namun pendedahan yang meluas diperlukan ke

atas masyarakat luar supaya warisan seni barzanji

ini tidak akan luput ditelan zaman. Berzanji dan

marhaban menjadi satu tradisi adat dan warisan

Melayu yang tidak dapat dipisahkan dari majlis-

majlis seperti perkahwinan, khatam al-Quran dan

majlis cukur jambul bayi.

Pengorganisasian kelab dilaksanakan supaya

jawatankuasa-jawatankuasa yang dilantik dapat

bekerjasama dan berhubung antara satu dengan lain

bagi menyiapkan sesuatu tugasan. Tujuan atau misi

sesebuah organisasi boleh dikatakan pewajaran

kepada kewujudan organisasi tersebut. la memaksa

organisasi menyoal ‘Apakah sebenarnya matlamat

kita?’ Penetapan matlamat ini akan membantu

sesebuah organisasi untuk menterjemahkan misinya

kepada sasaran prestasi yang spesifik dan supaya

boleh diukur.

Mentor mentee

Huraian

Mentor biasanya ditujukan kepada orang yang

berpengetahuan dan mempunyai pengalaman di dalam

sesuatu bidang. Manakala mentee pula bermaksud

individu yang di pandu dan yang di pimpin

[Ismail,2007].

Program mentor mentee ini dijalankan semasa

minggu pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Dengan adanya program mentor mentee ini, ia

membolehkan guru untuk memimpin atau memandu

pelajar baru dalam mendapatkan nasihat dan juga

bantuan yang diperlukan.

Rasional

Syed Naguib (1978) dalam Islam and Secularism

menggunakan “Muaddib”

sebagai Mentor. Perkataan Muaddib berasal dari

perkataan “adab” dalam bahasa Arab.

Proses muaddib ini sebenarnya ialah proses

membentuk protege atau mentee agar dapat

melaksanakan pekerjaan atau tanggungjawab yang

perlu dipikul oleh mereka [Syed Naguib, 1978].

Program mentor mentee ini juga dapat membantu,

membimbing, menasihati dan menunjuk ajar pelajar

(mentee) dalam setiap aspek pembelajaran mereka

agar pelajar dapat belajar dengan berkesan. Ini

adalah kerana, ahli kelab lebih mudah untuk

berinteraksi secara terus dengan guru pengajar

jika terdapat kekeliruan dalam mempelajari bacaan

barzanji. Secara tidak langsung, perhubungan mesra

di antara pelajar dan guru dapat diwujudkan.

Ia juga dilaksanakan bagi memudahkan kerja

tenaga pengajar di samping dapat memperbetulkan

bacaan ahli kelab secara lebih dekat kerana

dengan konsep mentor mentee ini, jumlah penumpuan

terhadap ahli kelab menjadi lebih tertumpu

disebabkan bilangan ahli kelab berbentuk kumpulan

adalah lebih sedikit jika dibandingkan dengan

pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh

dilakukan. Jadi, pembelajaran akan menjadi lebih

berkesan dan teratur.

Kuiz

Kuiz merupakan salah satu cara untuk menilai

tahap pencapaian ahli kelab terhadap isi

pengajaran dan pembelajaran yang telah

dipelajarinya. Ia juga bertujuan menilai tahap

penguasaan pelajar mengenai isi kandungan yang

telah dipelajarinya semasa minggu pertama, minggu

kedua dan minggu ketiga. Kuiz dijalankan dalam

bentuk penulisan iaitu ahli kelab perlu menjawab

soalan-soalan yang tertulis di dalam kertas

soalan yang diedarkan.

Selain itu juga, mentor perlu menilai tahap

pemahaman ahli kumpulannya iaitu dengan

mengadakan sesi soal jawab . Soal jawab ini

merupakan teknik yang paling lama dan paling

popular digunakan dalam bidang pendidikan.

Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah

dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang

berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid

secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan

cara guru mengemukakan soalan-soalan yang

berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar

dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.

Di samping itu, ahli kelab juga dikehendaki

membaca bacaan barzanji serba sedikit supaya

mentor dapat membantu dalam memperbaiki lagi

bacaan ahli kumpulannya.

Rasional

Kuiz diperkenalkan pada tahun 1940 di England

melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C).

Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah

dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa

Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti

di sekolah-sekolah Melayu [Nurushams, 2011]. Kuiz

sebagai aktiviti pertandingan yang meliputi

pertandingan antara pelajar. Di sini dapat

dilihat sejauh mana kefahaman ahli kelab terhadap

isi kandungan kelab barzanji dilaksanakan. Ini

adalah bagi mengukuhkan pengajaran dan

memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-

topik tertentu.

Majlis sambutan maulidurrasul di peringkat

sekolah

Huraian

Majlis sambutan maulidurrasul ini diadakan

pada hari peristiwa di mana ahli kelab dapat

mengaplikasikan bacaan barzanji di peringkat

sekolah. Sambutan Maulidurrasul merupakan natijah

atau kesan akan adanya perasaan kecintaan

terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan taat kepada

baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi

baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana

Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji

akan baginda didalam Al-Quran, "Sesungguhnya

engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4)

[Sufyan, 2010]. Jadi, dengan adanya majlis

sambutan maulidurrasul ini, para pelajar dapat

mengaplikasikan bacaan mereka secara sebenarnya

di dalam sesuatu majlis di samping dapat memuji

Nabi Muhammad S.A.W.

Majlis ini dikendalikan oleh para pelajar itu

sendiri di mana mereka perlu menguruskan segala

urusan yang berkaitan dengan majlis sambutan

maulidurrasul yang merangkumi peringkat sebelum,

semasa dan selepas majlis. Guru kelab akan

membimbing ahli kelab yang dilantik dalam

melaksanakan majlis ini secara keseluruhannya.

Rasional

Rasional majlis ini dilaksanakan adalah

untuk memberi gambaran sebenar iaitu bagaimana

bacaan barzanji ini dilaksanakan di luar iaitu

semasa aktiviti kemasyarakatan. Dengan ini, ahli

kelab akan lebih memahami penggunaan barzanji

yang mereka pelajari selama menjadi ahli kelab

tersebut.

Perancangan majlis yang dirancang dan

dilaksanakan oleh ahli kelab adalah bertujuan

memberi pengetahuan dan pendedahan kepada ahli

kelab bagaimana sesuatu majlis itu dirancang dan

kemudiannya dilaksanakan. Ini adalah supaya, di

dalam kelab barzanji ini, bukan sahaja ahli

kelabnya dapat mempelajari keindahan barzanji,

malahan ilmu mengenai mengendalikan sesuatu

majlis juga diperolehi secara tidak langsung.

Jadi, serba sedikit pengetahuan ahli kelab akan

bertambah dengan menyertai kelab barzanji ini

yang bukan sahaja berkaitan dengan ilmu ukhrawi

malahan jua duniawi.

Majlis keramaian di peringkat masyarakat

Huraian

Majlis keramaian atau lebih dikenali sebagai

kenduri merupakan majlis yang memerlukan

penyertaan dari masyarakat setempat yang meliputi

kawan-kawan, sanak saudara dan juga jiran

tetangga [Hilalazmi, 2010]. Penglibatan ahli

kelab barzanji terhadap majlis keramaian yang

diraikan turut dapat memeriahkan lagi majlis

tersebut.

Penggunaan barzanji di peringkat masyarakat

merangkumi skop yang agak luas di mana ia boleh

dipraktikkan semasa majlis kenduri kahwin, majlis

khatam al-Quran dan majlis cukur jambul bayi.

Penglibatan ahli kelab amatlah digalakkan ketika

ini supaya selain daripada mereka memperolehi

pengalaman sebenar bacaan barzanji dilaksanakan

di peringkat masyarakat, ianya secara tidak

langsung juga dapat mengeratkan silaturrahim

antara para pelajar dengan masyarakat sekeliling.

Rasional

Secara rasional, pelajar dapat didedahkan

dengan pengaplikasian bacaan barzanji di dalam

masyarakat di mana situasi sebenar dilaksanakan

ketika majlis tersebut. Dengan ini, secara tidak

langsung, warisan barzanji yang diajar di

peringkat sekolah akan berkembang ke peringkat

masyarakat dan seterusnya dapat mengekalkan

warisan berzanji supaya tidak luput ditelan

zaman.

LDK (latihan dalam kumpulan)

Huraian

Latihan dalam kumpulan melibatkan aktiviti

melatih bacaan barzanji sebelum tibanya waktu

kemuncak pertandingan. Perlaksanaan LDK dilakukan

bagi persediaan mengahadapi pertandingan yang

akan dijalankan iaitu di penghujung proses

pengajaran dan pembelajaran. Ia dijalankan supaya

setiap kumpulan dapat memantapkan lagi

persembahan yang akan mereka laksanakan ketika

hari pertandingan berlangsung.

Kehidupan ini tidak akan memberikan sebarang

makna sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan

untuk mencuba sesuatu.” Kesukarelaan dan jatidiri

yang kukuh dan padu perlu dijanakan dalam diri

setiap individu untuk menyuburkan kekuatan serta

keyakinan diri [Wikipedia, 2011]. Jadi, dalam

menjalankan latihan, mentor akan memilih ahli

kumpulan yang terbaik dalam bacaannya supaya

dapat dipertandingkan pada peringkat individu.

Tanpa tahap keyakinan yang tinggi dalam ahli

kumpulan, ini akan menyukarkan proses pemilihan

ahli kumpulan terbaik untuk dipertandingkan

kelak.

Rasional

LDK ini bertujuan memberi persediaan awal

kepada ahli kelab untuk memantapkan lagi bacaan

masing-masing sebelum tibanya waktu kemuncak

persembahan bakat yang terpendam dalam diri ahli

kelab barzanji. Dengan adanya LDK, guru pengajar

juga dapat menilai tahap mana ahlinya dapat

memperlagukan bacaan barzanji di samping

memperbetulkan dan memantapkan lagi bacaan ahli

kumpulan masing-masing.

Pertandingan barzanji antara kumpulan

Huraian

Pertandingan berzanji dijalankan setelah

ahli kelab mahir dalam bacaan masing-masing.

Pertandingan membawa maksud perihal bersaing

untuk mencapai kejayaan [Dewan Bahasa dan

Pustaka, 2009]. Sebagai langkah mengekalkan dan

mengembangkan lagi seni warisan barzanji,

pertandingan barzanji ini dijalankan.

Pertandingan secara kumpulan ini dijalankan

adalah bertujuan menilai kumpulan yang lebih

bersemangat, di samping menilai tahap penguasaan

mereka terhadap bacaan barzanji yang dipelajari.

Rasional

Rasionalnya adalah supaya timbulnya semangat

kerjasama antara ahli kumpulan bagi menjayakan

kumpulan mereka di dalam pertandingan tersebut.

Melalui pertandingan yang dijalankan juga, nilai

daya saing dapat dipupuk di dalam diri ahli kelab

supaya memperbaiki bacaan dengan lebih baik.

Selain itu juga nilai kreativiti juga dapat

dipupuk di kalangan ahli kelab bagi menceriakan

suasana pada hari pertandingan tersebut sama ada

dari segi pemakaian mahupun seni suara.

Pertandingan antara ahli kelab

Huraian

Pertandingan antara ahli kelab diadakan

setelah mentor memilih bacaan ahli kumpulan yang

terbaik untuk dipertandingkan. Pertandingan ini

merupakan salah satu usaha mengembangkan dan

mempopularkannya dan sebagai alternatif dalam

usaha memperbanyakkan seni budaya Islam yang

bermutu di negara ini supaya dapat menyedarkan

dan meningkatkan kembali sejarah perkembangan

Islam serta dapat diambil iktibar dan teladan

sifat-sifat terpuji Nabi s.a.w. yang terkandung

di dalamnya [Sulma, 2005].

Bacaan secara individu ini membolehkan ahli

yang terlibat mengasah bakat mereka yang

terpendam. Dengan cara ini, pelajar terpilih akan

lebih bersemangat lagi untuk menjuarai

pertandingan yang diadakan di samping dapat

memupuk semangat daya saing dalam diri pelajar

yang terlibat.

Rasional

Pertandingan antara ahli kelab terbaik

dilakukan bagi mencungkil bakat yang terpendam di

dalam diri ahli kelab yang meminati kelab

barzanji. Usaha ini juga bertujuan meneruskan

kesinambungan seni ini supaya tidak luput dan

merupakan salah satu cara penghayatan Islam

melalui aktiviti seni yang mulia ini. Selain itu,

pelajar akan merasa dihargai lalu meningkatkan

lagi semangat mereka dalam mengembangkan ilmu

barzanji ini kepada masyarakat sekeliling amnya.

Majlis penganugerahan dan jamuan akhir tahun

Huraian

Majlis penganugerahan diadakan bagi

menghargai penglibatan ahli kelab dalam

menjayakan kelab berzanji ini. Selain itu,

penghargaan juga dilakukan terhadap tenaga

pengajar yang juga bertungkus lumus dalam

menjayakan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.

Segala bentuk sokongan, bantuan, kerjasama,

cadangan, penyertaan, kehadiran, dan sumbangan

bagi melaksanakan dan menjayakan kelab barzanji

amatlah dihargai.

Jamuan akhir tahun juga dilaksanakan bagi

mengeratkan lagi hubungan antara ahli kelab dan

semoga ianya tidak terputus setakat itu sahaja.

Sebagai penutup, majlis makan bersama-sama ini

akan menjadi memori terindah bagi setiap individu

yang menyertai kelab barzanji ini.

Rasional

Pelajar akan berasa dihargai dengan

penganugerahan yang diberikan dan secara tidak

langsung meningkatkan lagi minat mereka untuk

meneruskan warisan barzanji itu kepada masyarakat

sekeliling.

Jamuan yang diadakan adalah bagi meraikan

ahli-ahli kelab yang selama ini telah bertungkus-

lumus dalam menjayakan setiap aktiviti yang

dijalankan. Dengan adanya jamuan itu, perjumpaan

ahli kelab dapat diakhiri dengan cara yang baik

dan semoga hubungan antara ahli kelab berkekalan

dan dapat mengembangkan lagi warisan barzanji itu

sendiri secara tidak langsung.

ORGANISASI PENGALAMAN PEMBELAJARANMinggu Topik Aktiviti Catatan

1 Pengenalan kelab

dan kitab

barzanji

• Maksud

barzanji

• Sejarah

barzanji

• Tujuan

barzanji

• Sesi taaruf

( Tak Kenal

Maka Tak

Cinta )

• Tayangan

video ringkas

• Pengorganisas

ian ahli

Kelab

• Semua guru kelab

barzanji perlu

menghadirkan diri

• Penyediaan video

barzanji

• Setiausaha perlu

mencatat nama AJK

yang dilantik

semasa

pengorganisasian

kelab.2 Pengenalan asas

barzanji

• Intisari

barzanji

rawi 1

• Bacaan

barzanji

rawi 1

• Mentor mentee

- perbincang

an

mengenai

intisari

barzanji

rawi 1

- bacaan

barzanji

rawi 1

• Setiap mentor

berada dalam

kumpulan masing-

masing

• Mentor menyemak

cara bacaan

mentee.

3 Pengenalan asas

barzanji

• Intisari

• Mentor mentee

- perbincang

an

• Setiap mentor

berada dalam

kumpulan masing-

barzanji

rawi 2

• Bacaan

barzanji

rawi 2

mengenai

intisari

barzanji

rawi 2

- bacaan

barzanji

rawi 2

masing

• Mentor menyemak

cara bacaan

mentee

4 Perbincangan

mengenai tahap

kefahaman

pelajar

• rawi 1

• rawi 2

• Mentor mentee

- Sesi soal

jawab

- Baiki cara

bacaan

• Kuiz

• Mentor pastikan

mentee dapat

menguasai cara

bacaan barzanji

bagi rawi 1 dan

rawi 2.

• Mentor perlu

mengambil set

soalan kuiz

ringkas.5 Pengenalan asas

barzanji

• Intisari

barzanji

rawi 3

• Bacaan

barzanji

rawi 3

• Mentor mentee

- perbincang

an

mengenai

intisari

barzanji

rawi 3

- bacaan

barzanji

rawi 3

• Setiap mentor

berada dalam

kumpulan masing-

masing

• Mentor menyemak

cara bacaan

mentee

6 Pengenalan asas • Mentor mentee • Setiap mentor

barzanji

• Intisari

barzanji

rawi 4

• Bacaan

barzanji

rawi 4

- perbincang

an

mengenai

intisari

barzanji

rawi 4

- bacaan

barzanji

rawi 4

• Perlantikan

AJK

berada dalam

kumpulan masing-

masing

• Mentor menyemak

cara bacaan

mentee

• Perlantikan AJK

untuk Majlis

Sambutan

Maulidurrasul

pada minggu

berikutnya7 Pengaplikasian

barzanji di

peringkat

sekolah

• Majlis

Sambutan

Maulidurrasul

di peringkat

sekolah

- Bacaan

secara

beramai-

ramai

• Diadakan sewaktu

hari peristiwa

• Pelajar

mengorganisasi

majlis tersebut

• Guru membimbing

ahli kelab dalam

mengorganisasikan

majlis8 Penglibatan

aktiviti

kemasyarakatan

• Majlis

keramaian di

peringkat

masyarakat

- Majlis

perkahwina

n

• Penglibatan

majlis

berdasarkan

kesesuaian masa,

tempat dan

bilangan pelajar

yang terlibat.

- Majlis

khatam al-

Quran atau

- Majlis

cukur

jambul9 Praktikal alunan

barzanji

• Berkumpulan

• individu

• LDK (latihan

dalam

kumpulan)

- Praktikal

alunan

barzanji

secara

berkumpula

n

- Memperdeng

arkan

alunan

barzanji

secara

individu

dalam

kumpulan

• Latihan

dijalankan

mengikut kumpulan

masing-masing

• Mentor perlu

memilih ahli

kumpulan yang

terbaik untuk

dipertandingkan

bagi peringkat

individu.

10 Pertandingan

antara kumpulan

Pertandingan

antara kumpulan

• Guru penilai

perlu mengambil

tempat masing-

masing.

• Keputusan

diserahkan kepada

pengadil.11 Pertandingan

antara individu

Pertandingan

antara ahli

kumpulan yang

terbaik

• Guru penilai

perlu mengambil

tempat masing-

masing.

• Keputusan

diserahkan kepada

pengadil.12 Majlis

penganugerahan

dan jamuan akhir

tahun

• Majlis

penganugeraha

n

- Pertanding

an antara

kumpulan

dan

individu

• Jamuan Akhir

Tahun

• Majlis ini

dikendalikan oleh

ahli kelab

melalui AJK sedia

ada.

• Sesi bersalam-

salaman selepas

tamat majlis.

Organisasi Pengalaman Pembelajaran

Huraian

Dalam proses pengorganisasian pengalaman

pembelajaran, aspek dimensi kurikulum perlu

diambil kira iaitu dari segi skop, penyepaduan,

urutan, kesinambungan dan keseimbangan. Ini

adalah bagi mengaitkan antara aktiviti pengalaman

pembelajaran secara keseluruhan dengan mengambil

kira aspek kesesuaian terhadap sesuatu

pelaksanaan program yang akan dijalankan semasa

mereka bentuk kurikulum Kelab Barzanji.

Skop

Aspek skop dapat dilihat melalui isi

kandungan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran itu sendiri di mana ia menekankan

aspek pengenalan asas barzanji. Proses pengajaran

dan pembelajaran ini hanya melibatkan empat rawi

yang pertama yang merupakan asas dalam

mempelajari ilmu barzanji. Namun, ini bukanlah

bermakna skop yang dibawa di dalam kelab kami

hanya terhad kepada empat rawi ini sahaja, tetapi

ianya boleh diteruskan dengan rawi yang

seterusnya jika pelajar ingin lebih mendalami isi

kandungan dalam kitab barzanji. Ruang lingkup

kelab barzanji ini menekankan pengajaran dan

pembelajaran secara teori dan praktikal di mana

ia melibatkan empat rawi yang pertama dalam kitab

barzanji. Ini bermaksud, segala keluasan,

kepelbagaian dan pengalaman pembelajaran yang

berlaku sama ada di dalam atau di luar kelas

adalah terhad kepada isi kandungan yang

dipelajari sewaktu perjumpaan kelab berlangsung.

Penyepaduan

Dalam menyepadukan isi kandungan barzanji,

aktiviti pengalaman pembelajaran disusun melalui

penglibatan para pelajar dengan masyarakat

sekitar. Aspek penyepaduan ini dapat dilihat

melalui penglibatan ahli kelab terhadap majlis

keramaian di mana para pelajar dapat

mengaplikasikan bacaan barzanji di dalam situasi

sebenar. Ahli kelab yang terpilih akan

mengalunkan bacaan barzanji yang telah

dipelajarinya di samping dapat mengembangkan lagi

seni barzanji itu kepada masyarakat yang

terlibat. Selain itu, penyepaduan juga dapat

disepadukan dengan pertandingan yang akan

dilaksanakan iaitu pertandingan barzanji secara

kumpulan dan individu. Pertandingan ini dapat

menanam minat para pelajar supaya lebih mendalami

dan memahami ilmu barzanji yang dipelajarinya.

Jadi di sini, dapat dilihat bagaimana isi

kandungan kelab barzanji ini dapat disepadukan

melalui aktiviti kemasyarakatan dan juga

pertandingan yang akan dilaksanakan.

Urutan

Organisasi pengalaman pembelajaran ini

disusun mengikut rawi iaitu daripada rawi pertama

kepada rawi kedua, seterusnya rawi ketiga dan

akhir sekali rawi keempat. Ahli kelab terlebih

dahulu ditekankan mengenai intisari rawi kemudian

barulah masuk kepada cara bacaan ayat barzanji

tersebut. Konsep yang dibawa ini adalah lebih

kurang sepertimana yang dipelajari semasa

seseorang itu mempelajari Al-Quran yang bermula

dengan kitab Muqadam dan setelah fasih barulah

pindah kepada Al-Quran. Aspek urutan juga

melibatkan cara penglibatan ahli kelab pada

peringkat sekolah terlebih dahulu kemudian dibawa

kepada penglibatan di peringkat masyarakat di

mana para pelajar telah didedahkan terlebih

dahulu dengan suasana cara bacaan barzanji itu

dipraktikkan sekali dengan salawat kepada nabi

junjungan Nabi Muhammad S.A.W. yang dilaksanakan

di dalam sekolah. Setelah itu, barulah para

pelajar dibawa keluar untuk menyertai aktiviti

keramaian pada peringkat masyarakat di mana

pelajar didedahkan mengenai situasi sebenar

sesuatu majlis yang melibatkan bacaan barzanji

dan alunan salawat.

Kesinambungan

Bagi mengelakkan bacaan seni barzanji ini

dilupakan oleh para pelajar, pertandingan

barzanji antara kumpulan dan pertandingan antara

individu dilaksanakan bagi menekankan aspek

kesinambungan. Ini adalah supaya ahli kelab dapat

mengalunkan semula bacaan dalam bentuk

pertandingan. Aspek kesinambungan ini dapat

dilihat bermula daripada praktikal alunan secara

individu dan berkumpulan di mana berlakunya

pengulangan terhadap bacaan barzanji. Perkaitan

secara vertical ini dilaksanakan bagi memperbaiki

dan memantapkan cara bacaan barzanji sebelum

tibanya saat kemuncak pertandingan pada minggu

berikutnya. Selain itu, aspek kesinambungan juga

dapat diperolehi melalui perlaksanaan aktiviti

bersama masyarakat di mana masyarakat yang

terdedah dengan bacaan barzanji ini diharapkan

dapat meneruskannya pada peringkat masyarakat

pula. Dengan adanya pendedahan ini kepada

masyarakat, bacaan barzanji ini dapat

dilaksanakan secara meluas yang bukan hanya

terhad kepada ahli kelab barzanji dan secara

tidak langsung aspek kesinambungan ini dapat

diteruskan pada masyarakat sekitar umumnya.

Keseimbangan

Dimensi keseimbangan dapat diterapkan dalam

diri para pelajar iaitu melalui proses pengajaran

dan pembelajaran yang mana melibatkan aspek

jasmani, emosi, rohani dan intelek. Aspek jasmani

dapat dilihat dengan adanya penglibatan ahli

kelab terhadap aktiviti yang dijalankan seperti

aktiviti kemasyarakatan yang mana serba sedikit

melibatkan perlakuan aktif ahli kelab tersebut.

Aspek emosi juga dapat dilihat sewaktu latihan

pertandingan barzanji dijalankan di mana para

pelajar perlu mengawal emosi semasa latihan dan

sewaktu pertandingan dijalankan. Aspek emosi ini

juga dapat dilihat secara keseluruhan iaitu

bagaimana emosi ahli kelab semasa penglibatan

mereka di dalam aktiviti kelab yang dijalankan.

Aspek intelek pula jelas kelihatan semasa kuiz

dijalankan di mana tahap pencapaian ahli kelab

dapat diukur melalui pemarkahan yang diperolehi.

Aspek ini juga dapat dilihat melalui pengendalian

sesuatu majlis yang perlu diuruskan sendiri oleh

para pelajar di mana tenaga pengajar hanya perlu

membimbing sahaja dalam proses persediaan,

perlaksanaan dan selepas majlis tersebut

dilaksanakan. Secara keseluruhan, aspek yang

terbesar yang dapat dilihat adalah dari segi

rohani kerana pengisian proses pengajaran dan

pembelajaran itu sendiri melibatkan tanda

peringatan kepada Nabi Muhammad S.A.W. selain

daripada penerapan nilai yang baik dalam diri

ahli kelab barzanji.

KAEDAH PENILAIAN

Penilaian adalah satu proses  atau

kumpulan proses yang penilainya  mengumpul data untuk

membuat keputusan. Penilaian kurikulum yang

dilakukan terhadap ahli kelab adalah melalui dua

cara iaitu penilaian formatif dan penilaian

sumatif [Tyler, 1949.].

Penilaian formatif merangkumi penilaian terhadap

aktiviti-aktiviti  dan bertujuan untuk memperbaiki program

yang dijalankan. Ia dilakukan serentak dengan

pembangunan program  dan pelaksanaan program. Dalam

fasa pembangunan kurikulum, penilaian formatif

memberikan bukti yang akan mengarahkan keputusan yang

boleh dibuat tentang bagaimana untuk menyemak program

semasa ketika ia sedang dibangunkan. Penilaian formatif

berlaku di beberapa tempat yang dinyatakan dalam proses

pembangunan kurikulum. Ia menyediakan peluang penilai

untuk mengubah suai, menolak atau menerima program

ini kerana ia berkembang. Dengan kata lain, penilaian

secara formatif merupakan penilaian secara

berterusan sepanjang program dijalankan atau

sewaktu kurikulum dibangunkan.

Penilaian sumatif  pula bertujuan untuk

mendapatkan gambaran keseluruhan kualiti yang

dikemukakan dan kurikulum yang diajar. Apabila

digunakan kepada kurikulum yang baru dibangunkan,

penilaian sumatif biasanya dilakukan selepas projek telah

dibangunkan sepenuhnya dan selepas ia telah dilaksanakan

di seluruh sekolah atau daerah yang luas yang mana

secara ringkasnya, penilaian sumatif bermaksud

penilaian di akhir sepanjang kurikulum

dijalankan. Ia merupakan gambaran keseluruhan

tentang kualitiyang dihasilkan serta kurikulum

yang dilaksanakan.

Huraian

Penilaian terhadap ahli kelab ini

dikategorikan kepada beberapa bahagian yang mana

20 % mewakili kehadiran ahli kelab sewaktu

perjumpaan. Penilaian sebanyak 20 % ini bertujuan

untuk menggalakkan ahli kelab suapaya sentiasa

menyertai setiap perjumpaan dan peka denagn

perkembangannya.

30 % daripada keseluruhan penilaian diberikan

melalui penglibatan ahli kelab dalam setiap

aktiviti mingguan kelab dan aktiviti sekolah.

Sebanyak 15 % penglibatan dilakukan sewaktu dalam

kelas manakala 15 % lagi melalui aktiviti luar

kelas. Penialaian dari segi penglibatan adalah

tinggi dan boleh mempengaruhi keseluruhan markah

kerana penyertaan ahli kelab boleh meningkatkan

keinginan ahli kelab untuk melakukan sesuatu

aktiviti yang baru dan boleh memperkembangkan

pemikiran mereka selain memberi pengalaman yang

berkesan kepada ahli kelab.

Kelab ini juga menilai ahli kelabnya melalui

pertandingan antara kumpulan sebanyak 30 %.

Pertandingan yang melibatkan antara ahli-ahli

kelab boleh merangsang minda ahli kelab melalui

aktiviti dalam kumpulan selain melahirkan modal

insane yang memiliki kemahiran insaniah seperti

kemahiran keppmimpinan.

Manakala, 20 % hasil keseluruhan penilaian

ahli kelab ini dikira melalui kuiz yang

dijalankan sewaktu perjumpaan diadakan. Kuiz ini

bertujuan bagi menguji tahap pemahaman ahli kelab

terhadap intisari barzanji yang menjadi asas

kepada matlamat asal kelab.

LAMPIRAN

Lampiran 1

Analisis Keperluan 1

SOAL SELIDIK BERKENAAN PANDANGAN MAHASISWA KE ATAS PENUBUHAN

KELAB BERZANJI

A) Latar Belakang Responden.

Nama : _______________________________ Jantina : L P

Umur : ___________________ Negeri Asal :_____________________

B) Pengetahuan Responden Mengenai Berzanji.

1. Adakah anda tahu tentang berzanji ?

Ya Jika ya, sambung soalan di bawah

Tidak Jika tidak, sambung soalan di bahagian C.

2. Adakah anda pernah mendengar bagaimana berzanji dilagukan ?

Ya

Tidak Jika tidak sambung soalan di bahagian C.

3. Di manakah anda pernah mendengar berzanji dilagukan ?

A : di dalam majlis khatam Al-Quran.

B : di dalam majlis pernikahan.

C : di dalam majlis ‘aqiqah dan potong jambul bayi.

Lain-lain : ___________________________________________

4. Pernahkah anda menyertai bacaan berzanji ?

Ya

Tidak

5. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah tujuan berzanji dibacakan atau dilagukan?

_____________________________________________________________

_________________________________________________________________

6. Adakah anda mengetahui isi kandungan berzanji ?

Ya

Tidak

7. Adakah masyarakat di tempat kelahiran andamengamalkan bacaan berzanji di dalam majlis atau hari-hari tertentu ?

Ya

Tidak

C) Pandangan tentang penubuhan kelab berzanji.

1. Pada pandangan anda, adakah kelab berzanjireleven untuk ditubuhkan di sekolah ?

Ya

Tidak

2. Mengapakah anda berpandangan seperti di C)1. ?

3. Mengikut citarasa anda, bagaimanakah sesuatu kelab dapat menarik perhatian dirianda untuk menyertai kelab tersebut?

Latihan dalam kumpulan

Melalui permainan

Melalui penceritaan

Melalui nyanyian Lain-lain : __________________________________________________________

Terima kasih di atas kesudian anda dalam menjawabsoal selidik ini. Kerjasama anda amatlah

dihargai.

RUJUKAN

1. Terjemahan Al Quran. No. Surah:33. Al Ahzab.

Ayat 21 dan Ayat 32.

2. Sahih Bukhari(52), Muslim(1599). Saidatun

Noraini: (2010). Kumpulan Juzuk 28, 29, 30

hadis Arba’in disertakan AlMa’thurat. M/S

219-220.Tempat:Penerbit~Al-Hidayah House Of

Quran Sdn.Bhd

3. Ralph W. Tyler. (1949). “Basic Principles of

Curiculum and Instruction”. Chicago:

zuniversity of Chicago. Kamarudin,Hazil:

(1990). Prinsip Asas Kurikulum dan

Pengajaran. Hulu Kelang: Percetakan Dewan

Bahasa dan Pustaka.

4. Mohd Zawawi Yusoh, Amira Hariyati Ruzaidi.

(2007). Akrab Dengan Tuhan. Selangor: PTS

Millenia Sdn.Bhd.

5. Ornstein dan Hunkins. (1988:171). Dr.

Norhayati Hj Alwi. Pembangunan Kurikulum.

Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM.

6. Mohammad Shatar Sabran, Samir Muhazzab Amin,

Paramasivam Muthusamy, Aidy Ali, Zulhamri

Abdullah, Azali Mohamed. (2009). 7 Kemahiran

Insaniah Pelajar Huraian dan Pengukuran.

Kuala Lumpur: ZH Publishing House.

7. Kamus Dewan Edisi ke-4. (2005). Hulu Kelang:

Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.

8. Fatimah Syarha Mohd Noordin.(2009).Pemilik

Cintaku Setelah Allah & Rasul. Shah Alam:

Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd.

9. Muhammad Abu Ayyash.Keajaiban Solat

Istikharah. Selangor: Nightingale Printing

Sdn. Bhd.

10. http://dinulislam.saifulbahri.net/

index.php/Log-Laman/Menu-Hadith-Nabawi-

Himpunan-artikel-berkaitan-dengan-

hadith.html

11. http://eprints.utm.my/11859/1/

Penyalahgunaan_Dadah_Di_Kalangan_Pelajar.pdf

12. http://pembinamelaka.com/v1/2010/01/02/

hedonisme-dan-belia-di-malaysia-satu-

renungan-seribu-tindakan/

13. http://www.harunyahya.com/malaysian/

keajaiban01.php

14. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?

k=kemahiran

15. http://www.mypendidik.net/portal/

modules.php?name=News&file=article&sid=320

16. http://www.scribd.com/doc/50493025/

TEKNIK-KUIZ

17. http://pmi.eng.usm.my/v2/index.php?

option=com_content&view=article&id=241:sambu

tan-maulidur-rasul&catid=23:kisah-kisah-

nabi&Itemid=135

18. http://www.google.com.my/

#hl=en&cp=24&gs_id=3s&xhr=t&q=maksud+mentor+

dan+mee&pf=p&sclient=psyab&source=hp&pbx=1&o

q=maksud+mentor+dan+mentee&aq=f&aqi=&aql=&gs

_sm=&gs_upl=&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.,cf.osb&f

p=c63a4cfccbae29c0&biw=1280&bih=498

19. http://www.hilalazmi.com/2010/12/majlis-

keramaian.html

20. http://ms.wikipedia.org/wiki/

Program_Latihan_Khidmat_Negara

21. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?

k=bersaing&d=10

22. http://www.utusan.com.my/utusan/ info.asp?y=2005&dt=0901&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm