Proposal draf

21
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN Kajian Hubungan antara Gaya Pembelajaran dan Sikap terhadap Pencapaian Pelajar Tingkatan 6 Bawah dalam subjek Biologi ini dilaksakankan untuk menentukan hubungan antara gaya pembelajaran dan sikap terhadap pencapaian pelajar. Kajian ini akan mengenal pasti gaya pembelajaran dan sikap yang mempengaruhi pembelajaran seseorang individu. Gaya pembelajaran boleh dikaitkan dengan cara seseorang itu belajar untuk memahami sesuatu pelajaran. Ianya adalah bebas mengikut individu tersebut dan memuaskan sehingga kefahaman yang diinginkan tercapai. Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran dan kekuatan tersendiri (Kenneth & Dunn, 1984). Gaya pembelajaran boleh didefinisikan sebagai “motivational interest or pattern that is preffered when processing new information or experiences”. Gaya pembelajaran merujuk kepada pola-pola memproses informasi yang mewakili cara tertentu seseorang membuat persepsi, berfikir, mengingat kembali dan menyelesaikan masalah (Narayanasamy, 2000). Gaya pembelajaran menonjolkan unsur kognitif individu memproses maklumat yang mereka pelajari dan mengolah maklumat tesebut menggunakan gaya berfikir mereka. Setiap individu mempunyai gaya belajar yang tersendiri. Apa yang penting bukanlah gaya tersebut tetapi hasil daripada pembelajaran yang telah dilakukan. Setiap minit yang diperuntukkan akan hanya bermakna sekiranya murid itu dapat memahami dan mengingati fakta dan konsep penting pelajaran berkenaan. Sebaliknya seseorang murid itu akan hanya kerugian masa sekiranya apa yang dipelajari tidak dapat dihayati sepenuhnya dan mereka tidak langsung dapat memahami atau mengingati perkara-perkara penting tentang pelajaran berkenaan. Murid harus mengenal pasti gaya pembelajaran yang disukai agar murid dapat memberikan fokus yang lebih terhadap apa yang dipelajari. Gaya pembelajaran juga boleh diertikan sebagai cara mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan individu.

Transcript of Proposal draf

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian Hubungan antara Gaya Pembelajaran dan Sikap terhadap Pencapaian Pelajar Tingkatan 6 Bawah dalam subjek Biologi ini dilaksakankan untuk menentukan hubungan antara gaya pembelajaran dan sikap terhadap pencapaian pelajar.

Kajian ini akan mengenal pasti gaya pembelajaran dan sikap yang mempengaruhi pembelajaran seseorang individu. Gaya pembelajaran boleh dikaitkan dengan cara seseorang itu belajaruntuk memahami sesuatu pelajaran. Ianya adalah bebas mengikut individu tersebut dan memuaskan sehingga kefahaman yang diinginkan tercapai.

Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran dan kekuatan tersendiri (Kenneth & Dunn, 1984). Gaya pembelajaran boleh didefinisikan sebagai “motivational interest or pattern that is preffered when processing new information or experiences”.

Gaya pembelajaran merujuk kepada pola-pola memproses informasi yang mewakili cara tertentu seseorang membuat persepsi, berfikir, mengingat kembali dan menyelesaikan masalah (Narayanasamy, 2000). Gaya pembelajaran menonjolkan unsur kognitif individu memproses maklumat yang mereka pelajari dan mengolah maklumat tesebut menggunakan gaya berfikir mereka.

Setiap individu mempunyai gaya belajar yang tersendiri. Apa yang penting bukanlah gaya tersebut tetapi hasil daripada pembelajaran yang telah dilakukan. Setiap minit yang diperuntukkan akan hanya bermakna sekiranya murid itu dapat memahami dan mengingati fakta dan konsep penting pelajaran berkenaan. Sebaliknya seseorang murid itu akan hanya kerugian masa sekiranya apa yang dipelajari tidak dapat dihayati sepenuhnya dan mereka tidak langsung dapat memahami atau mengingati perkara-perkara penting tentang pelajaran berkenaan. Murid harus mengenal pasti gaya pembelajaran yang disukai agar murid dapat memberikan fokus yang lebih terhadap apa yang dipelajari. Gaya pembelajaran juga boleh diertikan sebagai cara mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan individu.

Terdapat pelbagai teori dan model pembelajaran. Setiap pelajar perlu mengetahui kepelbagaian gaya pembelajaran tersebut supaya mereka dapat mengenal pasti gaya pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan supaya proses pembelajaran lebih terancang dan menarik. Teori Behaviourisme dikenali umumsebagai aliran mazhab tingkah laku yang mengutamakan pembelajaran kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mengikut Pavlov (1962), setiap rangsangan menimbulkan gerakbalas dan berlaku pembelajaran apabila terdapat perkaitanantara ransangan dan gerakbalas. Pembelajaran berlaku kerana ada perkaitan antara dua rangsangan yang dinamakan stimuli. Teori kognitif lebih menumpukan kepada aspek pemikiran pelajar. Setiap pelajar mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pembelajaran lanjutan untuk menyelesaikan masalah. Menurut Bloom (1950), aras pengetahuan terbahagi kepada 6 iaitu:

i. Pengetahuanii. Kefahaman

iii. Aplikasiiv. Analisisv. Sintesisvi. Penilaian

Teori seterusnya ialah Teori Pembelajaran Gagne. Teori pembelajaran Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Mengikut Gagne, organisma menerima pelbagai jenis rangsangan daripada persekitarannya secara sedar dan tidak sedar. Rangsangan ini akan diterima dan diproses oleh deria-deria orgnisma. Setiap individu akan menilai input daripada persekitarannya, mentafsirkannya dan memindahkannya kepada tindakbalas tertentu. Rangsangan diproses oleh sistem saraf untuk dikenali dan diletakkan dalam bahagian otak ingatan jangka Gagne juga mengatakan bahawa pembelajaran dan penyampaian isi pengajaran mesti bergerak daripada aras palingmudah kepada yang lebih kompleks. Beliau mengemukakan 8 fasa yang melibatkan proses pembelajaran:

i. Motivasi

ii. Kefahamaniii. Pemerolehaniv. Penahananv. Mengingat Kembalivi. Generalisasi vii. Pelakuan

viii. Maklum Balas

Teori lain ialah Teori konstruktivisme. Teori in pada dasarnya menekankan pembinaan konsep yang asas sebelum konsep itu dibangunkan dan kemudiannya diaplikasikan apabila diperlukan . Menurut Brooks (1998), manusia membentuk pemikiran dan membina pemahamanberdasarkan peristiwa yang mereka alami sebelum ini. Ini merujuk kepada teori konstruktivisme yang menekankan pembinaan konsep melalui pengetahuan lepas. Menurut Jones (1997) pula, konstruktivisme ialah proses menambah dan mensintesis maklumat baru berpandukan pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan satu maklumat baru. Kesimpulannya, konstruktivism ialah proses membuat analisis dan menilai maklumat baru diterima berdasarkan pengetahuan yang sedia ada dan menggunakan pengalaman individu untuk menjana suatu maklumat baru. Hasilnya, individu tersebut akan membentuk pemahamannya sendiri dan suatu konsep tertentu berhubung pengetahuan dan maklumat berkenaan.

Teori Sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatianpelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh gurudan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.

Menurut Alick (1999), teori multiple intelligence diperkenalkan oleh Howard Gardner.Teori ini mencadangkan 8 jenis kecerdasan yang mungkin dimiliki oleh setiap individu yang boleh membantu pembelajaran mereka iaitu:

i. Linguistikii. Logikal

iii. Bodily/ kinesteticiv. Visual/spatialv. Musikvi. Interpersonal

vii. Intrapersonalviii. Naturalis

Teori Humanisme pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza denganindividu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendakdanperkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.

Sarnoff (dalam Sarwono, 2000) sikap didefinasikan sebagai kesediaan untuk bereaksi (disposition to react) secarapositif (favorably) atau secara negatif (unfavorably) terhadap objek-objek tertentu. D.Krech dan R.S Crutchfield (dalam Sears, 1999) berpendapat bahwa sikap sebagai organisasiyang bersifat menetap dari proses motivasional, emosional, perseptual, dan kognitif mengenai aspek dunia individu.

La Pierre (dalam Azwar, 2003) memberikan definisi sikap sebagai suatu pola perilaku, kecenderungan atau kesiapan antisipatif, predisposisi untuk menyesuaikan diri dalam situasi sosial, atau secara sederhana, sikap adalah respon terhadap stimuli sosial dalam keadaan tertentu. Soetarno (1994) memberikan definisi sikap adalah pandangan atau perasaan yang disertai kecenderungan untuk bertindak terhadap objek atau osyen tertentu.

Meskipun ada beberapa perbedaan pengertian sikap, tetapi berdasarkan pendapat-pendapat tersebut di atas maka dapat disimpulkan bahwa sikap adalah keadaan diri dalam manusia yang

menggerakkan untuk bertindak atau berbuat dalam kegiatan sosial dengan perasaan tertentu di dalam menanggapi obyek situasi atau kondisi di lingkungan sekitarnya. Selain itu sikap juga memberikan kesiapan untuk merespon yang sifatnya positif atau negatif terhadap obyek atau situasi.

Proses belajar sosial terbentuk dari interaksi sosial. Dalam interaksi sosial, individu membentuk pola sikap tertentuterhadap berbagai objek psikologis yang dihadapinya. Di antaraberbagai faktor yang mempengaruhi pembentukan sikap adalah:

1. Pengalaman pribadi. Untuk dapat menjadi dasar pembentukan sikap, pengalaman pribadi harus meninggalkan kesanyang kuat. Karena itu, sikap akan lebih mudah terbentuk apabila pengalaman pribadi tersebut melibatkan faktor emosional. Dalam situasi yang melibatkan emosi, penghayatan akan pengalaman akan lebih mendalam dan lebih lama berbekas.

2. Kebudayaan. B.F. Skinner (dalam, Azwar 2005) menekankan pengaruh lingkungan (termasuk kebudayaan) dalam membentuk kepribadian seseorang. Kepribadian tidak lain daripada pola perilaku yang konsisten yang menggambarkan sejarah reinforcement (penguatan, ganjaran) yang dimiliki. Pola reinforcement dari masyarakat untuk sikap dan perilaku tersebut, bukan untuk sikap dan perilaku yang lain.

3. Orang lain yang dianggap penting. Pada umumnya, individu bersikap konformis atau searah dengan sikap orang orang yang dianggapnya penting. Kecenderungan ini antara lain dimotivasi oleh keinginan untuk berafiliasi dan keinginan untuk menghindari konflik dengan orang yang dianggap penting tersebut.

4. Media massa. Sebagai sarana komunikasi, berbagai mediamassa seperti televisi, radio, mempunyai pengaruh besar dalam pembentukan opini dan kepercayaan orang. Adanya informasi barumengenai sesuatu hal memberikan landasan kognitif baru bagi terbentuknya sikap terhadap hal tersebut. Pesan-pesan sugestifyang dibawa informasi tersebut, apabila cukup kuat, akan memberi dasar afektif dalam mempersepsikan dan menilai sesuatuhal sehingga terbentuklah arah sikap tertentu.

5. Institusi Pendidikan dan Agama. Sebagai suatu sistem, institusi pendidikan dan agama mempunyai pengaruh kuat dalam pembentukan sikap dikarenakan keduanya meletakkan dasar pengertian dan konsep moral dalam diri individu. Pemahaman akan baik dan buruk, garis pemisah antara sesuatu yang boleh dan tidak boleh dilakukan, diperoleh dari pendidikan dan dari pusat keagamaan serta ajaran-ajarannya.

6. Faktor emosi dalam diri. Tidak semua bentuk sikap ditentukan oleh situasi lingkungan dan pengalaman pribadi seseorang. Kadang-kadang, suatu bentuk sikap merupakan pernyataan yang didasari oleh emosi yang berfungsi sebagai semacam penyaluran frustasi atau pengalihan bentuk mekanisme pertahanan ego. Sikap demikian bersifat sementara dan segera berlalu begitu frustasi telah hilang akan tetapi dapat pula merupakan sikap yang lebih persisten dan lebih tahan lama. contohnya bentuk sikap yang didasari oleh faktor emosional adalah prasangka.

Dari segi model gaya pembelajaran, terdapat beberapa model yang sering digunapakai oleh penyelidik iaitu:

1. Gaya Pembelajaran VAKMelalui Gaya Pembelajaran VAK, pelajar dapat dinilai dari 3 aspek iaitu Visual, Audiotri dan Kinestetik.

2. Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn

Pelajar Tingkatan 6 Bawah dipilih sebagai subjek penyelidikan kerana penyelidik berminat untuk menyelidik gaya pembelajaran pelajar matang yang akan memasuki alam pengajian tinggi. Mereka juga dianggap mempunyai pengetahuan luas dalam

subjek Biologi. Sikap mereka dalam pelajaran mungkin berbeza dengan pelajar menengah lain kerana faktor usia dan pengalaman. Skop pengetahuan yang dianggapkan meluas dalam subjek Biologi akan memberi pilihan yang lebih kepada penyelidik untuk menjalankan kajian. Terdapat sebanyak _________sekolah yang menawarkan kelas Tingkatan 6 di Malaysiadan ___________daripadanya di Selangor. Seramai _________ pelajar Tingkatan 6 di Selangor dan ________ daripadanya adalah Tingkatan 6 Bawah.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Biologi adalah salah satu elemen penting dalam Sains. Pelajar yang mengambil jurusan ini perlu mengukuhkan pengetahuan dan ilmu mereka dari peringkat asas kerana pengetahuan peringkat asas ini akan digunakan sehingga peringkat lebih tinggi dan seterusnya dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Terdapat banyak kajian oleh penyelidik tempatan ke atas gaya pembelajaran dan sikap. Namun begitu, penyelidikan sedemikian masih kurang dalam bidang Biologi. Sampel dari kalangan pelajar Tingkatan 6 Bawah juga tidak banyak diambil mugkin atas faktor populasinya yang tidak besar. Ramai pelajarsekarang yang cenderung untuk melanjutkan pelajaran ke Pra-Universiti berbanding ke Tingkatan 6.

Justeru, penyelidik merasakan kajian gaya pembelajaran dan sikap terhadap pencapaian pelajar Tingkatan 6 Bawah adalahperlu untuk kegunaan penyelidikan lain pada masa akan datang.

1.3 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Gaya Pembelajaran

Sikap

Pencapain Pelajar

(Ujian Khas)

Kerangka konsep ini dibina berdasarkan Model Federer & Solomon

1.4 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan hubungan antara gayapembelajaran dan sikap terhadap pencapaian pelajar Tingkatan 6bawah. Melalui kajian ini, persoalan-persoalan kajian tersebutakan terjawab:

1. Apakah gaya pembelajaran pelajar Tingkatan 6 Bawah dalam subjek Biologi?

2. Apakah sikap pelajar tingkatan 6 Bawah dalam subjek Biologi?

3. Apakah pencapaian pelajar Tingkatan 6 Bawah dalam subjek Biologi?

Sikap

4. Adakah terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar Tingkatan 6 Bawah dalam subjek Biologi?

5. Adakah terdapat hubungan antara sikap dengan pencapaian pelajar Tingkatan 6 Bawah dalam subjek Biologi?

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Melalui kajian ini, objektif tersebut akan dapat dicapai. Objektif-objektif yang ingin dicapai adalah:

1. Mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar Tingkatan 6 Bawahdalam subjek Biologi

2. Mengenalpasti sikap pelajar Tingkatan 6 Bawah dalam subjek Biologi

3. Mengenalpasti pencapaian pelajar Tingkatan 6 Bawah dalam subjek Biologi

4. Mengenalpasti hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapain pelajar Tingkatan 6 Bawah dalam subjek Biologi

5. Mengenalpasti hubungan antara sikap dengan pencapaian pelajar Tingkatan 6 Bawah dalam subjek Biologi

1.6 HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis Alternatif :

1. Terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar

2. Terdapat hubungan antara sikap dengan pencapaian pelajar

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan atas inisiatif untuk menigkatkan mutu pembelajaran pelajar-pelajar Tingkatan 6 terutamanya Tingkatan6 Bawah dalam subjek Biologi. Melalui penilaian ke atas gaya pembelajaran dan sikap, penyelidik dapat meramal corak gaya pembelajaran dan sikap pelajar Tingkatan 6 terutama 6 Bawah terhadap Biologi. Kelemahan yang mungkin ada hasil kajian akan

dapat diatasi oleh kajian selanjutnya demi meghasilkan individu yang intelek yang seimbang.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 KAJIAN LITERATUR

Meor & Assaadah (2011) berpendapat, oleh kerana tiada kata sepakat antara pakar, gaya pembelajaran tidak mempunyai definisi yang jitu. Walau bagaimanapun, mereka telah menggariskan gaya pembelajaran sebagai berikut:

1. Pembelajaran adalah satu proses yang berkaitan dengan kognitif, afektif dan psikomotor.

2. Proses pembelajaran boleh menghasilkan perubahan tingkah laku, kebolehan dan pandangan dan keadaan yang stabil.

3. Proses perubahan yang berlaku atau terhasil itu setelah individu melalui latihan, interaksi dan pengalaman persekitaran.

4. Perubahan yang terhasil itu kadang kala boleh dilihat dengan mata kasar pada inferensi atau menarik kesimpulan pada sesuatu yang terhasil.

Meor & Assaadah (2011) menjelaskan model gaya pembelajaran dalam tiga betuk model. Model yang pertama ialah Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1978). Model ini menyatakan bahawa gaya pembelajaran merupakan kaedah seseorang menumpu, memproses, menyerap dan mengingat maklumat atau kemahiran yangbaru dan sukar. Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn adalah berdasarkan empat prinsip iaitu menekankan kebanyakan individumampu dan boleh belajar. Selain itu, model ini menekankan yangsetiap individu mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Gaya pembelajaran individu juga bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, empat prinsip dalam Model Gaya Pembelajaran Dunn& Dunn tidak dihurai secara lebih terperinci oleh Meor dan Assaadah.

Azizi & Syazwani (2007) mengelaskan Model Pembelajaran secara lebih terperinci. Mereka mengelaskan Teori Pembelajarankepada empat model iaitu Model Sahsiah, Model Pemprosesan Maklumat, Model Interaksi Sosial dan Model Medium Pembelajaranyang Disukai.

Model sahsiah menerangkan bagaimana pelajar berinteraksi di bilik kuliah. Model ini menilai pengaruh sahsiah dalam pendekatan untuk mendapatkan maklumat dan menggunakan maklumattersebut. Terdapat 2 model di bawah model sahsiah iaitu:

i. Model Myers-Briggs Type Indicator (MBTI)

Model ini dikenali ramai untuk mengukur sahsiah, yang dipelopori Isabel Myers dan Katherine Briggs. Sempena dengan nama mereka inventori ini dinamakan Myers-Briggs Type Indicator (Myers 1978) berdasarkan teori jenis psikologi Carl Jung, yang menghuraikan empat pasangan kategori sahsiah untuk memerihal pelajar, iaitu extraversion-introversion, sensing-intuition, thinking-feeling, dan judging perceiving (Hatcher 1999). Setiap jenis sahsiah ini mempunyai orientasi berlainan dalam mempengaruhi kebolehan dalam pembelajaran dan cara menjalankan tugas pembelajaran.

ii. Model Herman Witkin Field Independence-Dependence

Inventori Herman Witkin (Field Independence-Dependence) merupakan indikator gaya kognitif yang paling terkenal ketika itu. Dalam teori di sebalik indicator ini, pelajar yang bersifat bergantung kepada orang lain, lebih memerlukan bimbingan guru dan juga sokongan rakan sebaya. Manakala pelajar yang berdikari, lebih cenderung memiliki sifat analitikal dan kurang menghiraukan tekanan rakan sebaya atau pun arahan semasa pengajaran. Untuk merumuskan model ini, Witkin (CTL Learning Styles Site 1999) mengenal pasti bahawa kebolehan pelajar untuk menghalusi perkara-perkara secara terperinc daripada konteks pengetahuan, merupakan indikator penting tentang bagaimana pelajar itu mendekati dan mentafsir kehidupan harian.

b) Model Pemprosesan Maklumat

Model pemprosesan maklumat ialah pendekatan intelek yang diberi keutamaan oleh individu untuk percambahan maklumat. Kategori model gaya pembelajaran ini menghuraikan proses bagaimana maklumat diperoleh, disusun, disimpan dan digunakan.

i. Model Kolb “Learning Style Inventory”

Model ini menekankan kepada bagaimana individu menanggap atau mengamati dalam proses pembelajaran. Ia juga menekankan kepada bagaimana maklumat itu diproses. LSI terdiri daripada tret kognitif, yang dikelaskan sebagai gaya pembelajaran kerana diterbitkan daripada teori pembelajaran.

ii. Model Gaya Pembelajaran Felder

Model Index of Learning Style Questionnaire Felder dan Solomon (1970) mengenal pasti empat dimensi gaya pembelajaran yang diterbitkan daripada Index of Learning Style Questionnaire. Empat dimensi itu ialah input (visual atau verbal), pemprosesan (aktif atau reflektif), pengamatan (kepekaan atau intuisi) dan kefahaman (sequential atau global).

c) Model Interaksi Sosial

Model interaksi sosial menjelaskan bagaimana pelajar bertingkah laku dalam bilik kuliah. Di antara model-modelnya adalah Grasha dan Reichmann (1974), Perry dan Belenky dan Magolda(O’Connor 1999). Perry menunjukkan bagaimana pelajar kolej/universiti maju melalui kematangan intelek yang berlainan. Belenky pula mengkaji wanita yang memilih pendekatan gaya pembelajaran dari aspek sosial. Magolda menghuraikan strategi epistemologi yang digunakan pelajar adalah berbeza, berdasarkan gabungan model Perry dan Belenky (CTL Learning Styles Site 1999). Inventori Grasha dan Reichmann bertujuan untuk memberi tumpuan kepada cara pelajar berinteraksi dengan pensyarah dan rakan dalam suasana pembelajaran.

d) Model Medium Pembelajaran Yang Disukai

Model ini menumpukan kepada medium pembelajaran yang dipilihpelajar. Model ini digunakan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang dominan.

i. Model VAK

Gaya VAK mengandungi tiga aspek, iaitu gaya pembelajaran visual, auditori dan kinestetik

a) Gaya Pembelajaran Visual

Dalam gaya pembelajaran ini, murid belajar lebih baik denganmelihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku, di papan hitam atau paparan komputer. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan.

b) Gaya Pembelajaran Auditori

Dalam gaya pembelajaran ini, murid “auditori” belajar denganmendengar perkataan yang disebut dan juga arahan lisan. Merekaboleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajarisesuatu yang baru. Murid dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru (Murdoch Teacher Center, 1984).

c) Gaya Pembelajaran Kinestetik

Dalam gaya pembelajaran ini, murid “kinestetik” belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah. Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktiviti melalui hands-on. (Murdoch Teacher Center, 1984).

ii. Model Dunn dan Dunn

Terdapat dua inventori yang menggunakan model ini, iaitu Inventori Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) dan Productivity Environmental Preference Survey (Dunn, Dunn & Price 1982). Inventori Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) digunakan untuk mengaplikasikan gaya pembelajaran dalam proseskaunseling, kerana ia adalah model pelbagai dimensi yang bolehdipercayai dan mempunyai kesahan dan juga asas penyelidikan yang kukuh. Inventori Productivity Environmental Preference

Survey (Dunn, Dunn & Price 1982) digunakan untuk orang dewasa,yang terdiri daripada 100 item, bertujuan untuk mengenal pastikesukaan orang dewasa individu tentang suasana kerja dan persekitaran pembelajaran. Gaya pembelajaran jenis ini direka khusus untuk kegunaan kaunseling.

iii. Canfield Learning Style Inventory

Inventori gaya pembelajaran Canfield (CLSI) merupakan satu inventori yang dikupas daripada hasil kerja Joseph Hill, yang menumpukan kepada dimensi sikap dan afektif dan bukannya kognitif (Claxton & Murrell 1987). CLSI menilai pembelajaran yang lebih digemari. Inventori ini mengandungi 30 item yang menentukan gaya pembelajaran yang lebih digemari dan jawapan setiap item berdasarkan empat pemilihan. Empat kategori yang diuji ialah syarat (conditions), kandungan (content), mod (mode) dan jangkaan (expectancy). Markat bagi setiap kategori boleh ditafsirkan berdasarkan kriteria; rakan sebaya, organisasi, menentukan matlamat (goal setting), saingan (competition), pengajar (instructor), terperinci (detail), bebas (independence), autoriti, numerik, kualitatif, tidak bergerak (inanimate), people, listening, reading, pengalaman langsung dan jangkaan.

2. Teori Kaedah Pengajaran

Child (1983) menekankan bahawa sistem pendidikan harus disediakan untuk memenuhi keperluan individu. Model pengajaranini menekankan bahawa pengajar mempunyai peranan yang berbeza,iaitu pengajar sebagai pengurus perubahan. Pengajar dalam model ini, perlu mengubah kaedah pengajaran supaya sesuai dengan setiap pelajar. Masalah yang timbul untuk menjayakan kaedah ini ialah saiz kelas yang besar dan kekurangan kemudahan untuk pengajaran secara individu.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dijalankan secara penyelidikan kolerasi.Kaedah ini adalah jenis penyelidikan deskriptif kerana dapatmenerangkan hubungan antara pemboleh ubah terlibat iaitu gaya

pembelajaran dan sikap (pemboleh ubah tak bersandar) danpencapaian pelajar (pemboleh ubah bersandar).

Walaupun penyelidikan kolerasi tidak boleh digunakanuntuk menentukan sebab atau penyebab, penyelidikan ini pentinguntuk 2 fungsi dalam sains (Grazianom & Raulin 2004). Fungsiutama ialah, jika hubung kait atau perhubungan antara pembolehubah adalah konsisten, maka hubungan berkenaan boleh digunakanuntuk mejangka atau meramal masa hadapan. Fungsi kedua ialahpenyelidikan kolerasi dapat menyediakan data sama adakonsisten atau pun tidak dengan teori saintifik.

3.2 TEMPAT KAJIAN

Penyelidik memilih Negeri Selangor sebagai tempat kajian.Terdapat ------sekolah di Selangor yang menawarkan Tingkatan 6dan sebanyak ----------sekolah dipilih atas faktor logistikdan masa. Sekolah-sekolah tersebut adalah:

3.3 SUBJEK KAJIAN

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

3.5 PROSEDUR PENTADBIRAN

3.6 PROSEDUR MENGANALISIS DATA

RUJUKAN

LAMPIRAN