PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013 KRP 3013: KURIKULUM DAN PENGAJARAN

11
PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013 KRP 3013: KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH TUGASAN 1: DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. ID FARIDAH BT HAMID D 20112052808 KUMPULAN: EL-N01( A122PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. ABD KADIR B. ARIFIN TARIKH SERAH: 25 APRIL 2013 PEMARKAHAN 1. LAPORAN ANALISIS 1 2. LAPORAN ANALISIS 2 3. FORUM JUMLAH LAPORAN ANALISIS 1

Transcript of PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013 KRP 3013: KURIKULUM DAN PENGAJARAN

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013

KRP 3013: KURIKULUM DAN PENGAJARAN

SEKOLAH RENDAH

TUGASAN 1:

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. ID

FARIDAH BT HAMID

D 20112052808

KUMPULAN: EL-N01( A122PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. ABD KADIR B. ARIFIN

TARIKH SERAH: 25 APRIL 2013

PEMARKAHAN

1. LAPORAN

ANALISIS 1

2. LAPORAN

ANALISIS 2

3. FORUM

JUMLAH

LAPORAN ANALISIS 1

1

ISI KANDUNGAN

PERKARA

M/S

1 Isi kandungan .......... 1

2 Laporan Analisis 1 .......... 2

3 Gambar 1 .......... 2-3

4 Gambar 2 .......... 4-5

5 Gambar 3 .......... 6-7

6 Gambar 4 .......... 8-9

Bibliografi .......... 10

2

LAPORAN ANALISIS 1

( Kurikulum & Pengajaran Bersifat Konstektual)

Nama : FARIDAH BT HAMID No. ID : D20112052808

Nama Tutor : DR. ABD KADIR B. ARIFIN Kump: EL-N01 ( A122PJJ)

GAMBAR 1

1. Gambar dan huraian keadaan/situasi/ fenomena/ senario yang terdapat dalam masyarakat/

persekitaran.

a. Gambar:

b. Huraian tentang keadaan/ situasi/ fenomena/ senario yang terdapat dalam gambar:

Foto di atas adalah gambar institusi sebuah keluarga asas, yang terdiri daripada ayah,

ibu dan tiga orang anak. Sikap toleransi, bertanggung jawab, saling menghormati akan

membentuk keluarga yang harmoni.

3

2. Disiplin/ Mata pelajaran:

a. Nama Disiplin/ Mata pelajaran : PENDIDIKAN SIVIK DAN

KEWARGANEGARAAN

b. Tahun : TAHUN 5

c. i) Unit 2 : SAYANGI KELUARGA

ii) Topik : KELUARGA ASAS

iii) Subtopik : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KELUARGA ASAS

d. Huraian bagaimana keadaan/ situasi/ fenomena/ senario dalam gambar dapat dikaitkan

dengan pengetahuan / kemahiran/ nilai yang terdapat dalam topik/ subtopik:

Objektif pengetahuan:

i. Menerangkan peranan dan tanggungjawab ke arah pembinaan keluarga yang

bahagia.

ii. Menjelaskan kepentingan hidup bersama secara harmoni.

Objektif kemahiran:

i. Berinteraksi secara sopan dengan anggota keluarga, rakan dan masyarakat.

ii. Belajar hidup bersama untuk kesejahteraan diri dan masyarakat

Nilai:

i. Menghargai sumbangan ibu bapa dan anggota keluarga.

ii. Kasih sayang, hormat-menghormati dan bertanggungjawab sesama ahli keluarga.

e. Cadangan tindakan/ aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran

topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan/ situasi/ fenomena/ senario yang

terdapat dalam gambar:

Semasa pengajaran dan pembelajaran:

- Murid bercerita tentang keluarga.

- Menulis puisi seperti sajak, pantun mengenai keluarga.

Bagi aktiviti lain:

- Membuat folio/ kajian tentang salasilah keluarga sendiri.

4

GAMBAR 2

a. Gambar:

b. Huraian tentang keadaan/ situasi/ fenomena/ senario yang terdapat dalam gambar:

Foto di atas menunjukkan demonstrasi memadam api sempena Program Pencegahan

Kebakaran Peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai Machang yang dikendalikan oleh

Jabatan Bomba dan Penyelamat Mantin. Guru-guru dan murid-murid diberi taklimat

dan tunjuk cara bagaimana berhadapan dengan kebakaran. Dengan adanya program

seperti ini dapat memberi kesedaran kepada murid tentang betapa pentingnya untuk

menjaga keselamatan diri. Ia juga dapat memberi gambaran kepada murid untuk

bertindak dengan betul jika keadaan kebakaran yang sebenar berlaku di sekolah.

5

2. Disiplin/ Mata pelajaran:

a. Nama Disiplin/ Mata pelajaran : PENDIDIKAN KESIHATAN

b. Tahun : TAHUN 5

c. i) Unit 7 : KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

ii) Topik : KESELAMATAN API

iii) Subtopik : PUNCA DAN CARA MENCEGAH KEBAKARAN

d. Huraian bagaimana keadaan/ situasi/ fenomena/ senario dalam gambar dapat dikaitkan

dengan pengetahuan / kemahiran/ nilai yang terdapat dalam topik/ subtopik:

Objektif pengetahuan:

i. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Kebakaran biasa berlaku kerana

kecuaian manusia. Membentuk kesedaran tentang bahayanya api dan mengetahui

tindakan yang perlu diambil semasa berlakunya kebakaran.

Objektif kemahiran:

iii. Dapat menceritakan punca berlakunya kebakaran. Membincangkan tindakan yang

perlu diambil semasa berlakunya kebakaran dan mencadangkan cara mencegah

kebakaran.

Nilai:

i. Bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan diri, orang lain serta harta benda.

e. Cadangan tindakan/ aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran

topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan/ situasi/ fenomena/ senario yang

terdapat dalam gambar:

Semasa pengajaran dan pembelajaran:

- Berbincang dalam kumpulan kecil dan membentuk peta minda tentang punca, tindakan

semasa kebakaran dan cara mencegah kebakaran.

- Lakonan cara berhadapan dengan kebakaran (cara menyelamat diri).

Bagi aktiviti lain:

- Tunjuk cara menggunakan alat memadam kebakaran.

- Menjemput penceramah daripada agensi lain bagi Program Cegah Kebakaran yang

seterusnya.

6

GAMBAR 3

1. Gambar dan huraian keadaan/situasi/ fenomena/ senario yang terdapat dalam masyarakat/

persekitaran.

a. Gambar:

b. Huraian tentang keadaan/ situasi/ fenomena/ senario yang terdapat dalam gambar:

Situasi di atas menggambar sebuah keluarga sedang melakukan aktiviti berkebun

sayur. Aktiviti bercucuk tanam adalah satu aktiviti yang cukup bermanfaat. Hasil

tanaman boleh dijadikan sumber makanan untuk keluarga sendiri dan boleh juga

dijual. Di samping itu, berkebun juga merupakan aktiviti riadah yang menyihatkan

badan.

7

2. Disiplin/ Mata pelajaran:

a. Nama Disiplin/ Mata pelajaran : BAHASA MALAYSIA

b. Tahun : TAHUN 2

c. i) Unit 10 : PERTANIAN

ii) Topik : MARI BERTANI

iii) Subtopik : KEBUN DATUK

d. Huraian bagaimana keadaan/ situasi/ fenomena/ senario dalam gambar dapat dikaitkan

dengan pengetahuan / kemahiran/ nilai yang terdapat dalam topik/ subtopik:

Objektif pengetahuan:

i. Memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang pertanian dan bioteknologi dalam

kehidupan. Turut mendedahkan asas-asas cara pertanian tradisional dan moden.

Objektif kemahiran:

ii. Dapat memahami dan mencatat jenis-jenis sayuran, alat-alat berkebun, serta cara-

cara penanaman dan penjagaan sayur-sayuran agar hidup subur.

Nilai:

i. Memupuk sifat rajin dalam mengusahakan sesuatu khususnya dalam bidang

pertanian.

e. Cadangan tindakan/ aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran

topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan/ situasi/ fenomena/ senario yang

terdapat dalam gambar:

Semasa pengajaran dan pembelajaran:

- Membuat lawatan ke kebun mini sekolah sambil mengenali beberapa jenis tanaman herba

dan sayur-sayuran.

- Bercerita tentang kebaikan berkebun.

Bagi aktiviti lain:

- Membuat aktiviti berkebun mini bersama murid dengan menanam beberapa jenis tanaman

herba dan sayur-sayuran.

8

GAMBAR 4

1. Gambar dan huraian keadaan/situasi/ fenomena/ senario yang terdapat dalam masyarakat/

persekitaran.

c. Gambar:

d. Huraian tentang keadaan/ situasi/ fenomena/ senario yang terdapat dalam gambar:

Situasi di atas adalah jual beli buah yang berlaku di sebuah pasar tani. Buah

ditimbang mengguna alat penimbang bagi menentukan beratnya. Berat kuantiti

sesuatu barang menentukan harga atau nilai yang perlu dibayar dengan wang.

9

2. Disiplin/ Mata pelajaran:

a. Nama Disiplin/ Mata pelajaran : MATEMATIK

b. Tahun : TAHUN 2

c. i) Unit 11 : SUKATAN DAN GEOMETRI

ii) Topik : JISIM

iii) Subtopik : MENIMBANG DALAM UNIT GRAM DAN KILOGRAM

d. Huraian bagaimana keadaan/ situasi/ fenomena/ senario dalam gambar dapat dikaitkan

dengan pengetahuan / kemahiran/ nilai yang terdapat dalam topik/ subtopik:

Objektif pengetahuan:

i. Mengetahui serta memahami konsep, hukum, dan prinsip yang berkaitan dengan

ukuran (jisim).

ii. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi merancang strategi

menyelesaikan masalah secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan

seharian.

Objektif kemahiran:

i. Mengenal unit jisim, menimbang dan merekod objek yang jisimnya dalam gram dan

kilogram.

Nilai:

i. Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam keusahawanan.

ii. Membentuk sahsiah dan keperibadian individu seperti jujur, tekun, cekal dan kreatif,

cekap dan bertanggungjawab dalam urusan kehidupan harian.

ii. Mengamalkan ilmu matematik secara bersistem, heuristik, tepat dan teliti.

e. Cadangan tindakan/ aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran

topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan/ situasi/ fenomena/ senario yang

terdapat dalam gambar:

Semasa pengajaran dan pembelajaran:

- Murid melakukan aktiviti menimbang beberapa objek dengan menggunakan alat timbang

dan menyebut jisimnya dalam unit gram dan kilogram.

- Menulis unit gram dan koligram berdasarkan gambar (alat timbang dan objek) yang diberi.

Bagi aktiviti lain:

- Membuat aktiviti permaian jual beli melibatkan alat timbang untuk mengukur jisim benda

seperti buah-buahan, gula, beras dan sebagainya.

10

BIBLIOGRAFI:

Bahagian Pembangunan Kurikulum,(2011). KSSR, Panduan Guru Bahasa Malaysia

Sekolah Kebangsaan Tahun 2. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum,

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum,(2011). KSSR, Panduan Guru Matematik Sekolah

Kebangsaan Tahun 2. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum,

Kementerian Pelajaran Malaysia