Peminjaman bahasa

22
BAHAGIAN A Tajuk : Peminjaman Bahasa telah Memperkayakan Bahasa Melayu : Bincangkan secara kritis. 1.0 Pengenalan Mengikut tinjauan dari aspek etimologi, istilah Melayu merupakan kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini asal usul bahasa Melayu masih tidak dapat dipastikan dengan jelas. Terdapat beberapa kajian yang dilakukan oleh ahli arkeologi dan ahli lingustik bagi mendapatkan kesahihan asal usul penutur bahasa Melayu, kajian berterusan secara mendalam berhubung asal usul penutur bahasa Melayu giat dijalankan. Menurut John Carol (1997), bahasa merupakan satu sistem berstruktur daripada vokal dan urutan bunyi yang diguna untuk berkomunikasi oleh sekumpulan manusia. Dengan kata lain, melalui bahasa manusia dapat berkomunikasi di antara satu sama lain secara berkesan. Selain itu, bahasa juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Ia digunakan sebagai bahasa ilmu dalam bidang pendidikan. Bahasa juga dapat menyemarakkan semangat cinta akan negara kerana bahasa dikatakan sebagai alat pengantara yang dapat menyampaikan perasaan dan pemikiran sama ada dalam bentuk tulisan, lisan atau isyarat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemampuan menguasai pelbagai bahasa mampu menjamin masa hadapan yang cerah dan 1

Transcript of Peminjaman bahasa

BAHAGIAN A

Tajuk : Peminjaman Bahasa telah Memperkayakan Bahasa Melayu :

Bincangkan secara kritis.

1.0 Pengenalan

Mengikut tinjauan dari aspek etimologi, istilah Melayu merupakan

kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan.

Walaubagaimanapun, sehingga hari ini asal usul bahasa Melayu

masih tidak dapat dipastikan dengan jelas. Terdapat beberapa

kajian yang dilakukan oleh ahli arkeologi dan ahli lingustik bagi

mendapatkan kesahihan asal usul penutur bahasa Melayu, kajian

berterusan secara mendalam berhubung asal usul penutur bahasa

Melayu giat dijalankan. Menurut John Carol (1997), bahasa

merupakan satu sistem berstruktur daripada vokal dan urutan bunyi

yang diguna untuk berkomunikasi oleh sekumpulan manusia. Dengan

kata lain, melalui bahasa manusia dapat berkomunikasi di antara

satu sama lain secara berkesan. Selain itu, bahasa juga dapat

memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Ia digunakan sebagai

bahasa ilmu dalam bidang pendidikan. Bahasa juga dapat

menyemarakkan semangat cinta akan negara kerana bahasa dikatakan

sebagai alat pengantara yang dapat menyampaikan perasaan dan

pemikiran sama ada dalam bentuk tulisan, lisan atau isyarat.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemampuan menguasai

pelbagai bahasa mampu menjamin masa hadapan yang cerah dan1

berpeluang untuk maju ke hadapan di samping mengilap potensi diri

yang sebenar. Dalam hal ini peminjaman bahasa asing dalam bahasa

Melayu wujud melalui proses pengambilan atau peminjaman daripada

bahasa-bahasa lain, iaitu bahasa yang lebih maju dalam tamadun

yang lebih tinggi. Dapatlah dikatakan, peminjaman bahasa telah

memperkayakan bahasa Melayu.

2. Definisi Peminjaman Bahasa

Peminjaman bahasa merupakan satu proses di mana satu bahasa

meminjam kata-kata atau istilah daripada satu bahasa yang lain

untuk kepentingan tertentu kepada masyarakat yang meminjam bahasa

tersebut. Terdapat tujuh jenis peminjaman iaitu peminjaman

tulen, peminjaman maksud, peminjaman kacukan, peminjaman

pemerian, peminjaman berpindah, peminjaman dialek dan peminjaman

kuno.

Peminjaman tulen adalah peminjaman yang dilakukan secara

penuh daripada sesuatu bahasa asing seperti perkataan polis yang

diambil terus daripada bahasa Inggeris iaitu police. Manakala

peminjaman maksud pula adalah kata-kata yang berasal daripada

bahasa asing yang diberi maksud baru dalam bahasa Melayu seperti2

plantation (bahasa Inggeris) dan ladang (bahasa Melayu).

Peminjaman kacukan berlaku bila ciri-ciri budaya asing yang ada

persamaan dengan budaya sedia ada dalam bahasa Melayu seperti

cuba dari terai. Peminjaman pemerian adalah kata-kata bahasa

Melayu yang sedia ada digunakan untuk mengisi kekosongan kerana

terdapat kata daripada budaya asing sukar digantikan dengan kata

dalam bahasa Melayu seperti kapal terbang. Peminjaman berpindah

pula berlaku disebabkan bunyi-bunyi kata yang dipinjam

menyebabkan maksud kata yang pertama berpindah kepada maksud kata

yang kedua seperti kata vowel (bahasa Melayu) bermaksud bahagian

tertentu di rongga tekak. Kata vowel digunakan dalam bahasa

Melayu sebagai vokal walaupun kedua kata vowel dan vokal

mempunyai makna yang berbeza. Seterusnya peminjaman dialek

dilakukan daripada dialek Kedah, Perak ataupun Kelantan.

Peminjaman kuno pula dianggap sebagai menghidupkan semula kata-

kata lama untuk memenuhi keperluan pada zaman moden seperti

dermaga.

3. Bagaimana Peminjaman daripada bahasa-bahasa lain

dilakukan dan apakah yang dipinjam? Berikan contoh.

Bahasa yang kuat pengaruh dari Asia Barat ialah bahasa Arab.

Kedatangan pengaruh Islam ke Nusantara pada abad ke-13

menyerapkan perbendaharaan katanya ke dalam bahasa Melayu. Bahasa

ini menghadiahkan sistem aksaranya yang digunakan oleh bahasa3

Melayu, dikenali sebagai tulisan “Jawi” di Malaysia dan tulisan

“Melayu-Arab” di Indonesia. Aspek-aspek bahasa Melayu yang

dipengaruhi oleh bahasa Arab ialah dari segi kosa kata, struktur

ayat dan juga sistem bunyi. Imbuhan Arab-Parsi yang dipinjam ke

dalam bahasa Melayu ialah : -bi, -i, -wi, -iah, -in, -at dan –ah. Contohnya

seperti perkataan syarat dan tahniah.

Seterusnya kehadiran penjajah Barat juga memaksa bahasa

Melayu menerima kosa kata bahasa-bahasa dari Eropah. Bahasa-

bahasa itu ialah bahasa Portugis, bahasa Belanda, dan bahasa

Inggeris. Namun, kosa kata bahasa Inggeris lebih mempengaruhi

bahasa Melayu kerana pembudayaan yang mendalam melalui sistem

pendidikan, tempoh penjajahan yang panjang semenjak pendudukan di

Pulau Pinang hingga Malaysia mencapai kemerdekaan, dan penerimaan

aspek dan bidang moden yang diasaskan oleh tamadun Barat yang

menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa.

Selain itu peminjaman bahasa asing juga melibatkan bahasa

Cina. Hampir sebahagian besar perkataan yang dipinjam dalam

bahasa Cina berasal daripada bahasa Hokkien. Hal ini terjadi

berdasarkan faktor sejarah di mana orang-orang Hokkienlah yang

mula-mula sekali datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini dan

pergaulan dengan orang Cina khususnya melalui perniagaan di

Semenanjung Tanah Melayu semenjak pendudukan Inggeris di Pulau

Pinang dan penubuhan Negeri-Negeri Selat. Antara perkataan yang

dipinjam dalam bahasa Hokkien adalah berkaitan dengan makanan,

4

pakaian dan kata-kata lain yang terdapat dalam bahasa Melayu

seperti laici, bihun, cincau, kekwa, tocang, tanglung, dacing dan teko.

Bahkan dikatakan juga bahawa bahasa Melayu turut menerima

pengaruh daripada bahasa Nusantara, iaitu bahasa Jawa, bahasa

Sunda, bahasa Bugis, bahasa Sumatera, dan lain-lain lagi.

Pengaruh bahasa Jawa terhadap bahasa Melayu menjadi semakin

dominan pada zaman kerajaan Majapahit yang menjadikan bahasa Jawa

sebagai teras perkhidmatannya. Pada zaman Melayu Klasik, bahasa

Jawa bukan sahaja mempengaruhi kosa kata bahasa Melayu tetapi

turut mempengaruhi aspek tulisan. Penyebaran bahasa Jawa ke

dalam bahasa Melayu berlaku melalui beberapa saluran termasuklah

dalam kesusasteraan Jawa dalam bentuk cerita-cerita panji dan

juga melalui pengaruh interaksi sosial dan ekonomi.

Bahasa-bahasa ini mula dipinjam pada zaman kerajaan Melayu

Melaka, kerana pergaulan dan hubungan perdagangan serantau.

Jelasnya, bahasa sumber yang dipinjam oleh bahasa Melayu terdiri

daripada tiga kumpulan utama, iaitu Sanskrit, Arab dan Inggeris.

Walaupun begitu, bahasa sumber ini boleh dilihat dengan lebih

luas berdasarkan kelompok-kelompok:

(a) Bahasa India – Sanskrit, Tamil, dan Hindustani

(b) Bahasa Tanah Arab – Arab, dan Farsi

(c) Bahasa Nusantara – Jawa, Sunda, Bugis, Sumatera, dan

sebagainya

5

(d) Bahasa Cina,

(e) Bahasa Eropah – Portugis, Belanda, dan Inggeris,

(f) Bahasa lain di Asia Tenggara – Siam, dan lain-lain.

Pertembungan sesuatu bahasa dengan bahasa lain akan mengakibatkan

perubahan bunyi atau fonologi, bentuk kata atau sintaksis. Dalam

bahasa Melayu perubahan fonologi berlaku apabila bahasa Melayu

bertembung dengan bahasa Arab dan Inggeris. Menurut Hashim

(1993) dan Abdullah (2006), peminjaman bahasa akan mengakibatkan

perubahan bunyi (fonologi), bentuk kata (morfologi) dan bentuk

ayat (sintaksis). Terdapat 27 bunyi dalam bahasa Melayu, iaitu 6

vokal, 3 diftong, dan 18 konsonan. Beberapa bunyi konsonan yang

dipinjam adalah daripada bahasa Sanskrit, Arab dan Inggeris.

3.1 Bahasa Sanskrit

(a) Pinjaman Bunyi: sy – syurga, sw – swasta

(b) Pinjaman Kata Dasar

Perkataan bahasa Sanskrit yang disenaraikan oleh Za’ba tidak

kurang daripada 388 patah, tetapi yang digunakan tidak lebih

daripada 200 patah sahaja, melibatkan sekurang-kurangnya 14

bidang.

(i) Tubuh manusia - anggota, bahu, kepala, lidah, nadi, nama, roma, rupa,

sendi

6

(ii) Waktu - bila, dewasa, dinihari, hari, kala, kali, ketika, masa, purnama,

pertama, sedia

(iii) Barang dagangan dan perniagaan - angka, arang gula, bahara,

benda, cendana, gaharu

(iv) Barang-barang leburan dan batu-batu - mutiara, nilam, pancalogam,

permata, raksa, suasa

(v) Barang dan perkakas - bangsi, catur, cerana, genta, gergaji, jala, jentera,

judi, kecapi, kendi

(vi) Pergaulan dan persaudaraan - ayah, bangsa, baya, belia, dara, isteri,

keluangsa, keluarga,

(vii) Berkenaan bintang dan awang-awangan - angkasa, bima sakti, buana,

cahaya, cakerawala

(viii) Binatang - biri-biri, cenderawasih, cerpelai, cintamani, gagak, gajah,

gembala, geroda

(c) Pinjaman Imbuhan

Imbuhan yang dipinjam berbentuk awalan dan akhiran kata nama.

(i) Awalan : eka- (“satu”) : ekabahasa; ekabunyi; ekasuku;

ekawarna 

(ii) Akhiran : -man : budiman; seniman;

7

3.2 Bahasa Arab

(a) Pinjaman Bunyi : kh - khairat, bakhil, fasakh, gh - ghaib,

maghrib, baligh , sy - syarikat, masygul, Quraisy 

(b) Pinjaman Kata Dasar

(i) Agama - syahadat, syaitan, syarat, syariah, syariat, taat, tahlil, takdir, umrah,

wali, wuduk,

(ii) Ilmu - ahad, ahli, ahmak, alim, arif, falak, falsafah, fasal, fatwa, hadis, hafaz,

hakim, hikayat

(iii) Fikiran dan perasaan - aib, ajaib, akal, akhir, am, aman, asyik, awal,

bahas, dahsyat, faham, (iv) Hukuman dan peraturan - adi , amir, baitulmal,

daerah, daftar, dakwa, had, hakim, hukum, (v) Benda-benda kejadian dan

perbuatan - insan, jati, jubah, kawat, kopiah, kuat, kubah, layak (vi) Adat dan

pergaulan manusia - muhrim, musafir, musibat, nafkah, nasab, nazar, nazir,

nikah,

(c) Pinjaman Imbuhan

Pinjaman imbuhan daripada bahasa Arab juga tidak produktif, dan

hanya berbentuk akhiran.

(i) Akhiran : -ah (merujuk perempuan) : sultanah; ustazah;

siswazah , -at (merujuk perempuan) : hadirat; muslimat

3.3 Bahasa Inggeris

8

(a) Pinjaman Bunyi : f - filem, focus, v - vokal, variasi , novel,

sy – syif, z - zoo, zink

(b) Pinjaman Kata Dasar -  aiskrim, bank, bas, basikal, bee , beg, besen,

bikin, bil, biskut, botol, brek, buku, coklat

(c) Pinjaman Imbuhan

Imbuhan daripada bahasa Inggeris yang dipinjam oleh bahasa Melayu

meliputi awalan dan akhiran. 

(i) Awalan : supra- (“atasan”; “tinggi”) : suprakebangsaan;

supranasional; suprasegmental  ultra- (“keterlaluan”;

“terlampau”) : ultralembayung; ultramerah; ultraungu

(ii) Akhiran : -is (“ahli”) : artis; cerpenis; kartunis; novelis; sosialis,

-isme

3.4 Bahasa Jawa

(a) Pinjaman Imbuhan

Imbuhan bahasa Jawa tidak produktif, ianya digunakan dalam awalan

sahaja seperti tata- (peraturan) : tatabahasa, tatacara, tatasusila,

tatatertib

Bahasa Melayu juga meminjam bahasa-bahasa lain untuk

memperkayakannya. Antaranya ialah bahasa Tamil, Hindustan,

Parsi, Thai, Siam dan Jepun. Contoh-contoh perkataan pinjaman

daripada bahasa lain ialah seperti berikut:

9

3.5 Bahasa Tamil

Menurut kajian, jumlah perkataan Tamil yang dipinjam juga sedikit

iaitu 0.6%. Banyak perkataan bahasa Tamil yang diserap ke dalam

bahasa Melayu turut diserap ke dalam bahasa lain. Ini disebut

sebagai pinjaman atas pinjaman. Kebanyakan kosa kata yang

dipinjam dari bahasa Tamil berkaitan dengan perdagangan dan

perniagaan, makanan, peralatan dan hubungan kekeluargaan iaitu

berkaitan dengan orang-orang India dan Hindi yang datang berniaga

ke Tanah Melayu. Antara perkataan yang dipinjam adalah apam,

bagaimana,bapa, keldai, asmi, kuil guni, peti, pili

3.6 Bahasa Jepun

Terdapat sebilangan kecil sahaja perkataan dari bahasa Jepun

dipinjam untuk memperkayakan bahasa Melayu iaitu sejumlah 16

perkataan yang dipinjam dan ditulis dalam Kamus Dewan.

Kebanyakan perkataan yang dipinjam adalah perkataan yang

digunakan pada zaman pendudukan Jepun di mana membawa maksud

benda-benda tradisi dan moden dari Jepun. Ada di antara

perkataan yang dipinjam ini jarang digunakan. Contoh perkataan

Jepun yang dipinjam adalah ginko, kimono, samurai, syogun, taiso, dan

takeyari.

3.7 Bahasa Hindustan : boria, basi, baldi, dunia, kubis

3.8 Bahasa Siam : kop, makyung, menorah, perai, senarai

10

Sesungguhnya peminjaman bahasa telah memperkayakan Bahasa Melayu.

Menurut kertas kerja yang dibentangkan dalam Persidangan

Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu dari Hotel York di

Singapura pada 17-18 Julai 1998, menyatakan bahawa terdapat

sejumlah 3.5% bahasa asing yang telah dipinjamkan ke dalam bahasa

Melayu. Manakala proses peminjaman leksikal berlaku pada setiap

bahasa ketika pertembungan beberapa bangsa melalui proses

globalisasi. Contohnya terdapat 65% dari bahasa Inggeris

mengandungi asal-usul bahasa Latin, Greek dan lain-lain. Secara

tidak disedari peminjaman bahasa telah memperkayakan bahasa

Melayu. Proses peminjaman ini juga membawa perubahan tamadun

Melayu. Kebanyakkan penutur tidak menyedari bahawa perkataan

yang dipinjam telah digunakan dalam kehidupan seharian iaitu

dalam pendidikan, pengajian tinggi dan media massa.

4. Bukti peminjaman daripada bahasa-bahasa lain juga boleh

menjejaskan Bahasa Melayu

Pinjaman unsur daripada bahasa asing membawa dua kesan utama,

iaitu memberikan faedah, dan sebaliknya. Kebaikan peminjaman

adalah dapat menambahkan kekuatan makna konsep yang hendak

diperkatakan. Hal ini akan mewujudkan keadaan saling terjemah

dengan bahasa moden lain. Sebaliknya, Za’ba beranggapan bahawa

menggunakan perkataan daripada bahasa asing dengan sengaja atau

dipaksa-paksa dapat menimbulkan kerugian, kerana akan memburukkan

rupa dan bunyi bahasa Melayu, dan membanyakkan perkataan yang11

tidak akan difahami oleh pembaca. Kemungkinan besar terjadinya

pencemaran bahasa. Hal ini terjadi sekiranya peminjaman dibuat

sesuka hati.

Salah satu kesan daripada peminjaman bahasa asing ialah

hilangnya identiti bahasa Melayu itu sendiri. Penggunaan bahasa

asing akan mencemari martabat bahasa Melayu. Penggunaan bahasa

asing dalam bahasa Melayu akan menghilangkan kualiti, nilai serta

ciri unggul bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lama

kelamaan beberapa ciri bahasa Melayu akan pupus dan digantikan

dengan ciri-ciri bahasa lain. Lantaran itu, bahasa Melayu akan

menjadi bahasa rojak dan kemudiannya akan melucutkan keupayaan

bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Selain itu, peminjaman bahasa asing juga akan menyebabkan

struktur ayat dalam bahasa Melayu akan terganggu. Unsur asing

dalam bahasa Melayu memberi kesan kepada sesuatu bahasa terutama

apabila berlaku penyesuaian dan perubahan terhadap kosa kata

bahasa peminjam. Peminjaan perlu dikawal kerana peminjaman yang

berlebih-lebihan akan mengakibatkan keaslian bahasa peminjam itu

sendiri. Di samping itu struktur ayat akan terganggu di mana

akan bercampuraduk dengan bahasa asing yang tidak betul dari segi

tatabahasa.

Penggunaan bahasa slanga yang sering digunakan oleh golongan

remaja atau kelompok social tertentu untuk tujuan berkomunikasi.

Kata-kata slanga ini biasanya diambil daripada kata-kata biasa

12

dan diberi erti tertentu sehingga orang bukan ahli kumpulan

tersebut tidak akan memahaminya. Sebagai contoh: Fulamak, lagu

baru Ramli Sarip mantaplah brader.

5. Penutup

Usaha peminjaman bahasa khususnya dari bahasa Sanskrit, Arab,

Inggeris, Parsi, Belanda, Cina, Tamil, dan Jepun telah

memperkayakan bahasa Melayu. Ini jelas terbukti adanya

peminjaman dari segi perbendaharaan kata, istilah, penambahan

vokal dan sebagainya. Apabila peminjaman bahasa berlaku maka

perubahan akan berlaku dari sudut linguistik iaitu yang bersifat

sistematik seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

Maka, peminjaman kata memberi impak kepada masyarakat yang mana

ianya memperkayakan bahasa dan memperkemaskan sistem komunikasi

kebahasaan. Oleh yang demikian, memandangkan begitu banyaknya

perkataan bahasa asing yang masuk ke dalam bahasa Melayu, maka

secara langsung atau tidak langsung ia bukan sahaja memperkayakan

khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu, malah menjadikan

bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekaligus sebagai bahasa

lingua franca di Nusantara.

13

BAHAGIAN B

TAJUK :

Memartabatkan Bahasa Melayu untuk bersaing dengan bahasa-bahasa

lain di dunia: Bincangkan.

1.0 Pengenalan

14

Bahasa ialah alat perhubungan penting dalam kehidupan manusia.

Melaluinya manusia boleh berkomunikasi dalam menyampaikan

kehendak, keinginan, emosi, pendapat, pengalaman, pengetahuan,

gagasan, mendapatkan maklumat, memahami orang lain dan juga

menambah ilmu pengetahuan. Semakin luas bahasa digunakan maka

semakin banyak pula pengguna dan penuturnya. Dengan demikian

bahasa itu merupakan wahana komunikasi yang digunakan untuk

memperkatakan bermacam-macam hal, aspek, bidang dan peristiwa

(Kamaruddin Hj Hussin: 1). Bahasa Melayu dikatakan merupakan enam

bahasa di dunia yang mampu bertahan dalam tempoh 100 tahun lagi

malahan mampu hidup untuk selama-lamanya terutama jika bahasa

Melayu mempunyai kuasa ekonomi. Bahasa Melayu pernah menjadi

bahasa bertaraf dunai satu ketika dahulu seperti bahasa Inggeris

sekarang. Walaupun keadaannya berbeza sekarang, bahasa itu akan

terus memainkan peranan penting dalam pembinaan bangsa dan

Negara. Sehinggakan ada anggaran yang mengatakan lebih 300 juta

orang di seluruh dunia boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Memartabatkan bahasa Melayu merupakan satu proses pembinaan

bahasa yang dijalankan secara berterusan. Pembinaan bahasa

dimaksudkan sebagai usaha ke arah memantapkan Bahasa Melayu dari

sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa,

peristilahan, kosa kata dan laras bahasa. Awang Sariyan (2006:

17) mengatakan bahawa usaha-usaha perlu dilakukan oleh pihak

pemerintah negara agar lebih proaktif dalam memartabatkan bahasa

Melayu jika ingin melihat bahasa Melayu itu terus berkembang maju

15

dan seterusnya menjadi bahasa ilmu.Bahasa Melayu seharusnya telah

diangkat menjadi sebuah bahasa yang unggul dan tidak seharusnya

dipertikai kewujudannya. Bagi memartabatkan bahasa Melayu,

banyak usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak khususnya

pihak kerajaan. Perkembangan bahasa Melayu dapat dipraktikkan

dalam sistem pendidikan negara. Melalui pendidikan sesuatu

perancangan itu dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang

telah diatur oleh pihak kerajaan. Pemantapan dari segi pembinaan

bahasa itu sendiri perlu seiring dengan perkembangan pendidikan.

Jika kedua-dua konsep ini dapat digabungkan nescaya usaha untuk

memartabatkan bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan sebaik

mungkin.

2.0 Usaha-usaha memartabatkan Bahasa Melayu

Proses memartabatkan bahasa Melayu merupakan satu proses yang

dijalankan secara berterusan. Beberapa usaha telah dilaksanakan

ke arah memantapkan bahasa Melayu dari sudut system ejaan,

sebutan, tatabahasa, peristilahan, kosa kata dan laras bahasa.

Menurut Nik Safiah Karim (2004) menyatakan bahawa pemantapan

system bahasa dalam hal ehwal ilmu, teknologi dan segala bidang

untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang kukuh, tetapi

proses ini masih berterusan dan masih memerlukan pemantapan untuk

memartabatkan bahasa Melayu. Dalam memartabatkan Bahasa Melayu

peranan Dewan Bahasa dan Pustaka amat dititikberatkan. Melalui

16

peranan dan usaha yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka,

bahasa Malaysia telah digunakan dalam pelbagai bidang,

termasuklah undang-undang, kejuruteraan, sains dan teknologi,

ekonomi, perbankan, insurans dan sebagainya.

Di antara usaha-usaha yang dilaksanakan adalah menaiktaraf

kelulusan guru-guru bahasa Melayu. Pihak Kementerian Pendidikan

seharusnya menyediakan lebih banyak peluang melanjutkan pelajaran

bagi guru-guru yang belum mempunyai ijazah pertama. Hal ini

sedemikian dapat membantu perkembangan potensi diri guru-guru dan

memperoleh ilmu yang lebih mendalam daripada tenaga pengajar yang

sememangnya mahir dalam bidang bahasa Melayu. Kementerian

Pendidikan juga sewajarnya memberikan latihan dan kursus kepada

guru-guru untuk memperdalam bahasa Melayu supaya guru-guru

tersebut dapat mengaplikasikan ilmu yang mereka peroleh kepada

para pelajar. Segala usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu ini

banyak bergantung kepada kepakaran golongan pendidik dalam

menurunkan ilmu yang betul kepada golongan pelajar.

Selain itu peranan media massa turut menyumbang kepada

proses memartabat dan mendaulatkan bahasa Melayu. Media massa

mempunyai tanggungjawab sosial untuk memartabatkan dan

mendaulatkan bahasa Malaysia. Stesen penyiaran TV3 terus

menggunakan bahasa Malaysia dalam kebanyakan siaran. TV3

merupakan stesen penyiaran yang mula-mula menggunakan bahasa baku

walaupun kini tidak lagi dan begitu juga harapan kita kepada RTM.

Walaupun pihak RTM telah memulakan penyebutan baku bagi istilah17

asing, namun usaha itu masih belum boleh dibanggakan. Oleh itu,

diharapkan kebanjiran stesen-stesen baharu ini dapat bersama-sama

memartabatkan bahasa Malaysia di negara kita.

Di samping itu peranan sektor swasta juga diperlukan dalam

usaha memartabatkan bahasa Melayu. Sebagai contoh, lebih banyak

kegiatan dan aktiviti penganjuran bahasa di luar Negara seiring

dengan promosi perniagaan atau produk barangan dan perkhidmatan

di pasaran secara terancang telah memberi pulangan

memberangsangkan kepada perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa

ekonomi, sains dan teknologi. Ini akan terlaksana jika papan

tanda dan iklan menggunakan kata-kata bahasa Melayu dengan betul.

Secara tidak langsung cara ini dapat mendaulat dan memartabatkan

bahasa Melayu di pentas dunia.

Seterusnya, usaha memartabatkan bahasa Melayu adalah

menambah buku-buku ilmiah dan buku-buku rujukan dalam bahasa

Melayu. Masalah yang dihadapi oleh golongan pelajar maupun

pendidik dewasa ini ialah kurangnya buku-buku ilmiah yang boleh

digunakan sebagai rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kebanyakan buku-buku yang terdapat di pasaran semuanya

menggunakan bahasa Inggeris. Keadaan ini sangat menyukarkan

terutamanya golongan pelajar universiti. Para pelajar universiti

sukar membuat rujukan tentang sesuatu perkara kerana tidak

terdapat penterjemahan dari segi istilah. Buku-buku ilmiah ini

didatangkan dari luar negara untuk rujukan para pelajar. Para

penerbit buku seharusnya lebih agresif untuk menerbitkan buku-18

buku ilmiah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

utamanya.

3. Halangan-halangan Untuk Memartabatkan Bahasa Melayu

Banyak usaha telah dijalankan untuk memartabatkan Bahasa Melayu

namun usaha-usaha yang diberikan itu masih belum mencukupi.

Banyak halangan atau kekangan yang dihadapi dalam usaha

memartabatkan Bahasa Melayu.

Antara halangan-halangan yang dihadapi adalah pengaruh

Bahasa Inggeris. Peranan Bahasa Melayu dalam agenda pembangunan

negara yang baharu makin tidak diambil kira lagi. Rakyat Malaysia

khususnya orang Melayu diseru supaya menguasai bahasa Inggeris

jika mereka hendak menjadi bangsa yang maju. Cabaran paling

serius terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Di

Institut Pengajian Tinggi berlaku apabila 600 lesen diluluskan

kepada pihak swasta untuk menubuhkan Institusi Pendidikan Tinggi

Swasta (IPTS). Walaupun Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996

menyatakan bahawa semua IPTS di negara ini hendaklah menggunakan

bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utamanya, akta yang

sama memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk membenarkan

IPTS menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

utamanya.

19

Seterusnya melalui konteks globalisasi, ancaman bahasa

Inggeris terhadap bahasa Melayu adalah kenyataan. Kini hampir

600 buah institur pengajian tinggi swasta di negara ini

mengamalkan dasar berkembar dengan menggunakan bahasa Inggeris

sepenuhnya sebagai bahaga pengantar dan juga sebagai strategi

menjadikan Negara sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Kepesatan

ekonomi yang memberangsangkan turut melonjakkan bahasa Inggeris

sebagai lingua franca golongan elit dan sektor swasta.

Mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam

situasi formal sehingga terbit bahasa rojak turut menjadi

penyumbang kepada halangan memartabatkan bahasa Melayu. Situasi

ini sering terjadi dan berlaku melalui rancangan televisyen

seperti drama-drama tempatan, rancangan temubual atau wawancara

dan sebagainya dalam siaran televisyen swasta. Oleh itu wajar

rasanya pihak media disalahkan kerana membenarkan perkara ini

berlaku.

Selain itu adalah pengaruh bahasa slanga. Kekacauan bahasa

sering kali berlaku dalam kalangan masyarakat di negara ini. Hal

ini sebenarnya berlaku tanpa disedari oleh penuturnya. Bahasa

slanga dilahirkan oleh sesuatu kumpulan. Kumpulan ini mencipta

istilah dan kata-kata yang bermakna dan hanya difahami oleh

kumpulan itu sahaja. Mereka menggunakan istilah-istilah tersebut

dalam berkomunikasi. Apabila wujudnya bahasa slanga secara tidak

langsung terbinalah pelbagai golongan mengikut identiti mereka.

Bahasa Slanga adalah satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh20

perbendaharaan kata yang baru digubal dan cepat berubah. Bahasa

ini sering digunakan oleh golongan muda seperti kumpulan rock dan

kawanan melepak, atau pelajar universiti. Jika keadaan ini tidak

dibendung nescaya proses untuk memartabatkan bahasa Melayu tidak

akan tercapai.

Seterusnya adalah masalah yang dihadapi oleh golongan

pelajar mahupun pendidik dewasa ini iaitu kurangnya buku-buku

ilmiah yang boleh digunakan sebagai rujukan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Kebanyakan buku-buku yang terdapat di pasaran

semuanya menggunakan bahasa Inggeris. Keadaan ini sangat

menyukarkan terutamanya golongan pelajar universiti. Para pelajar

universiti sukar membuat rujukan tentang sesuatu perkara kerana

tidak terdapat penterjemahan dari segi istilah. Buku-buku ilmiah

ini didatangkan dari luar negara untuk rujukan para pelajar.

Dasar mempercayai budaya orang luar telah menular di dalam diri

masyarakat di negara Malaysia. Para penerbit buku seharusnya

lebih agresif untuk menerbitkan buku-buku ilmiah yang menggunakan

bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya.

4. Penutup

Sebagai sebuah negara yang telah merdeka, seharusnya adalah

menjadi keperluan untuk memajukan negara dan bangsa mengikut

acuan sesuai dengan budaya, nilai, falsafah, dan aspirasi

sendiri. Bahasa bukan sekadar simbol malah merupakan imej jati21

diri. Bahasa indah ini perlu ditatarkan sebaik mungkin. Menunding

jari kepada mana-mana pihak untuk mencari kesalahan adalah mudah.

Akan tetapi sikap dan usaha sendiri untuk membawa bahasa ini

kembali dijulang kelihatannya tidak bermaya. Saranan serius

adalah mencari ruang untuk kita membawa kesedaran ini demi

servival nilai tempatan. Kukuhnya Melayu dan nilai Islam adalah

akibat kukuhnya bahasa yang menjadi pengantar umat itu sendiri.

Kukuhnya Islam kerana Bahasa Arab. Kukuhnya Melayu adalah dengan

menggenggam kembali bahasa ini. Oleh yang demikian, usaha untuk

mengukuhkan Bahasa Melayu bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia

memerlukan kerjasama setiap warga untuk bersama-sama membentuk

sikap mencintai bahasa. Tanpa sikap ini, usaha demi pengukuhan

Bahasa Melayu amatlah sukar untuk dilaksanakan.

22