NOTA TAMBAHAAN KULIAH AGAMA DAN MASYARAKAT

30
NOTA TAMBAHAAN KULIAH AGAMA DAN MASYARAKAT HUBUNGAN AGAMA DAN POLITIK MENURUT SARJANA-SARJANA ISLAM Tokoh ulama dan fuqaha aliran Sunni seperti al- Māwardī (364H-450H), al-Farrā (350H-458H), al- Baghdādī (wafat 429H), dan al-Juwaynī (wafat 478H) menggunakan istilah al-khilāfahdan al-imāmah untuk merujuk kepada negera atau kepimpinan negara. Istilah ini turut diguna oleh Ibn Khaldūn di dalam al- Muqaddimah. Aliran Sunnī menganggap masalah kepimpinan adalah masalah cabang (furūc) daripada fiqh dan bukannya masalah asas[1] . Tanggapan ini menyebabkan mereka terkemudian daripada aliran Syicah dalam aspek pengolahan yang lebih kemas dan sistematik mengenai konsep kepimpinan negara. Antara ulama Syicah yang menulis mengenai politik dan kepimpinan ialah Ismācīl bin Maytham al-Tammar (abad ke-2H), Hishām bin al- Hakam (113H-200H), Muhammad bin al-Nucmān (pertengahan abad ke-2H), Abū Jacfar bin Muhammad bin Qubbah (awal abad ke-4H).[2] Para ahli falsafah Islam juga banyak yang membincangkan mengenai konsep kepimpinan negara.

Transcript of NOTA TAMBAHAAN KULIAH AGAMA DAN MASYARAKAT

NOTA TAMBAHAAN KULIAH AGAMA DAN MASYARAKAT

HUBUNGAN AGAMA DAN POLITIK MENURUT SARJANA-SARJANA

ISLAM

Tokoh ulama dan fuqaha aliran Sunni seperti al-

Māwardī (364H-450H), al-Farrā (350H-458H), al-

Baghdādī (wafat 429H), dan al-Juwaynī (wafat 478H)

menggunakan istilah al-khilāfahdan al-imāmah untuk

merujuk kepada negera atau kepimpinan negara. Istilah

ini turut diguna oleh Ibn Khaldūn di dalam al-

Muqaddimah.

Aliran Sunnī menganggap masalah kepimpinan adalah

masalah cabang (furūc) daripada fiqh dan bukannya

masalah asas[1]. Tanggapan ini menyebabkan mereka

terkemudian daripada aliran Syicah dalam aspek

pengolahan yang lebih kemas dan sistematik mengenai

konsep kepimpinan negara. Antara ulama Syicah yang

menulis mengenai politik dan kepimpinan ialah Ismācīl

bin Maytham al-Tammar (abad ke-2H), Hishām bin al-

Hakam (113H-200H), Muhammad bin al-Nucmān

(pertengahan abad ke-2H), Abū Jacfar bin Muhammad bin

Qubbah (awal abad ke-4H).[2]

Para ahli falsafah Islam juga banyak yang

membincangkan mengenai konsep kepimpinan negara.

Sedikit sebanyak pengolahan mereka ada terpengaruh

dengan pemikiran falsafah Greek. Antara mereka ialah

Ibn Abī al-Rabic(218H-272H), al-Fārabī (258H-339H),

al-cAmirī (wafat 381H), Ibn Sīnā (370H-428H), Ibn

Hazm (384H-456H), kumpulan Ihkwān al-Safā[3] (abad

ke-4H)[4]. Selain daripada istilah al-imāmah, al-

khilāfah, dan al-ri’āsah atau al-riyāsah, para ahli

falsafah juga menggunakan istilalah al-

madīnah[5], al-dawlah[6], dan al-mamlakah.

Dalam membicarakan tentang hubungan antara agama dan

negara, orang sering merujuk kepada Ibn Khaldūn

khususnya kepada kitabnya, al-Muqaddimah. Persoalan

ini sebenarnya telah pun dinyatakan oleh beberapa

ahli falsafah Islam yang lebih awal seperti Ikhwān

al-Safā, al-cAmirī, dan al-Ghazzālī (450H/1058M-

505H/1198M).

Dalam persepsi Ikhwān al-Safā, tidak ada pemisahan

antara kedua-duanya, malah kedua-duanya saling

memerlukan. Ikhwān menyatakan bahawa Allah menjadikan

agama sebagai jalan dari dunia menuju ke akhirat dan

Allah menjadikan teras agama itu untuk kebaikan dunia

dan akhirat[7]. Ikhwān menjelaskan bahawa seorang

raja (al-mālik) memerlukan kepada agama dan agama

memerlukan kepada raja[8]. Agama perlu kepada

pemimpin untuk mengawal pemerintahan. Pemimpin perlu

kepada agama untuk merealisasikan perundangan dan

hukum-hakam dalam masyarakat di samping menjadi

perisai kepada agama.[9]

Al-cAmirī pula menyatakan bahawa kedudukan agama

dalam kerajaan samalah seperti kedudukan pasak dalam

binaan. Begitu juga kedudukan kerajaan dalam agama

samalah seperti orang yang melaksanakan dengan

prinsipnya yang hendak dilaksanakan.[10]

Para ahli falsafah secara keseluruhannya tidak

berbeza daripada para fuqaha. Al-Ghazzālī membuat

ungkapan yang menarik mengenai hubungan antara agama

dan negara:

“Agama itu (mantap) dengan sebab raja. Raja itu

(manatap) dengan sebab tentera, Tentera itu (mantap

dengan sebab harta. Harta itu (mantap) dengan sebab

kemakmuran negara. Dan kemakmuran negara itu wujud

dengan sebab keadilan terhadap rakyat.”[11]

Kata-kata al-Ghazzālī ini meletakkan asas bahawa

keadilan dan pelaksana keadilan itu mesti bermula

dari pemegang kuasa tertinggi sesebuah negara.

Apabila perkara ini telah stabil, maka agama akan

menjadi mantap dan kukuh. Ibn Taymiyyah pula

berpendapat bahawa:

“Andainya sultan itu terasing daripada agama atau

agama terasing daripada sultan, maka rosaklah hal-

ehwal manusia.”[12]

Ibn Qutaybah juga ada menyatakan:

“Bandingan Islam, Sultan, dan manusia (rakyat) adalah

seumpama khemah, tiang, tali dan pancang. Khemah itu

Islam, tiang itu sultan, tali dan pancang itu rakyat.

Tidak akan kukuh sebahagiannya melainkan dengan

sebahagian yang lain.”[13]

Ibn Qayyim al-Jawziyyah menegaskan:

Janganlah disangka bahawa politik yang adil adalah

bertentangan dengan agama. Politik adalah sejalan

dengan agama, bahkan ia adalah sebahagian daripada

agama. Walaupun kita menamakannya dengansiyasah,

tetapi ia hanyalah sekadar mengikut pemakaian yang

umum terhadap istilah tersebut, sedangkan erti yang

terkandung di dalam perkataansiyasah adalah keadilan

Allah dan RasulNya.”[14]

Seorang sarjana Mesir, cAbd al-Mutacāl Shucaydī di

dalam bukunya Dirāsat al-Islamiyyahmenegaskan bahawa:

“Apabila kita meneliti sejarah para Nabi, kita akan

dapati hanya dua orang Rasul sahaja yang merangkap

dua jawatan membawa syariat serta memerintah. Kedua-

dua Rasul itu membawa agama yang diturunkanAllah, dan

diperintahkan pula melakukan perjuangan untuk

menegakkan suatu negara yang akan melindungi ajaran

agama yang dibawanya. Kedua-dua Rasul itu ialah Nabi

Mūsā a.s. dan Nabi Muhammad S.A.W.”[15]

Daripada pendapat-pendapat ulama yang telah penulis

bentangkan di sini, dapatlah disimpulkan bahawa para

ulama samada dari ahli agama atau ahli falsafah telah

bersepakat terhadap peri pentingnya hubungan antara

agama dan negara dan kedua-duanya tidak dapat

dipisahkan

[1] Al-Ghazzāli, 1962, hlm. 118; al-Ijī, Jilid 8,

1907, hlm. 344; al-Āmidī, 1971, hlm. 363.

[2] Ibn Nadīm, 1964, hlm. 175-178.

[3] Ikhwān al-Safā adalah sekumpulan ahli falsafah

dan sains yang mempunyai pengaruh Syi’ah

Ismācīliyyah. Kumpulan yang berpusat di Basrah ini

mengkaji pelbagai ilmu sains tabii dan ketuhanan.

Kumpulan Ikhwān bergerak secara rahsia bagi menentang

pemerintah cAbbāsiyyah. Karya mereka yang terkenal

ialah Rasā’il Ikhwān al-Safā.

[4] Ismail Mohamad, Kepimpinan negara dari perspektif

Failasuf Islam,Islamiyyat, Volum 15, 1994, hlm. 17.

[5] Al-cAmirī, 1958, Jilid 2, hlm. 265; al-Fārabī,

1968, hlm. 131-133; Ikwān al-Safā, al-Rasā’il, Jilid

1, hlm. 31.

[6] Ikwān al-Safā, al-Rasā’il, Jilid 1, hlm. 30.

Ikwān al-Safā bersandarkan kepada ayat 14, Surah

Ali cImrān sebagai dalil bagi merujuk kepada

istilahdawlah.

[7] ibid., Jilid 4, hlm. 29.

[8] ibid., Jilid 2, hlm. 308.

[9] ibid., hlm. 200.

[10] Al-cAmirī, 1967, hlm. 53.

[11] Al-Ghazzālī, 1987, hlm. 52.

[12] Ibn Taymiyyah, 1969, hlm. 166.

[13] Ibn Qutaybah, Jilid 1, 1986, hlm. 54.

[14] Lukman Thaib, Politik menurut perspektif Islam,

hlm. 2.[15] ibid.

Pendahuluan

Satu aspek terbesar yang memainkan peranan dalam

kehidupan manusia sejagat adalah politik. Hendak atau

tidak, politik tetap berlaku dalam kehidupan setiap

insan bagi menjadikan kehidupan mereka normal dan

teratur. Segala masalah yang berlaku dalam masyarakat

pada masa ini adalah berlaku akibat politik Politik

yang tercipta dari perbuatan manusia sendiri ini

mestilah mempunyai panduan supaya tidak terkeluar

dari landasannya.. Agamalah satu-satunya panduan yang

dimaksudkan ini. Satu pemberian dari pencipta yang

sudah tentu mengetahui segala-galanya tentang

ciptaannya lebih dari ciptaannya itu sendiri. Apabila

politik yang dicipta oleh manusia dan panduannya

iaitu agama yang dicipta oleh tuhan yang maha

mengetahui dipisahkan, segala kebuntuan terhadap

masalah yang melanda umat manusia kini tidak dapat

diselesaikan. Tidak kiralah sama ada politik itu

dilihat dari segi pemerintahan atau kehidupan

manusia. Jadi wajarlah dikatakan bahawa politik dan

agama itu tidak dapat dipisahkan dan sudah tentu

agama yang dimaksudkan di atas merupakan agama yang

dicipta oleh Allah s.w.t dan bukannya agama yang

dicipta oleh manusia sendiri.

1.AGAMA

1.1 Pengertian Agama.

Di dalam beberapa kamus Arab, perkataan agama

mempunyai berbagai erti . Agama merupakan

kepercayaan kepada tuhan dan sifat-sifat serta

kekuasaan tuhan dan penerimaaan ajaran dan

perintahnya atau kepercayaan kepada dewa yang

dipuja dan dianggap sebagai sesuatu yang

berkuasa.2Walaubagaimanapun, istilah agama dalam

sesetengah pendapat ahli fikir merupakan satu

sistem tauhid atau sistem kepercayaan terhadap

sesuatau kewujudan mutlak (absolute) diluar diri

manusia, agama merupakan satu sistem nilai ritual

atau peribadatan (penyembahan) dari satu insan

kepada suatu yang diberi gelaran yang mutlak dan

agama merupakan kaedah menjadikan hubungan

manusia antara sesama manusia dan pola hubungan

dengan pencipta (Ramli Awang ,PPTS, 1995).

Secara ringkasnya agama adalah prinsip-prinsip

ynag menjadi pegangan oleh sesuatu umat atau

bangsa sama ada bersifat hubungan kepercayaan

atau tingkah laku amalan .

Gejala agama merupakan fitrah yang sentiasa

membuak-buak di dalam diri manusia. Bahkan

ditegaskan bahawa tidak ada sesuatu gejala yang

lebih jelas dan nyata , lebih berkesan dan

berpengaruh di dalam kehidupan manusia selain

daripada gejala agama . Menurut Brnest Renon 3

"Memang sangat mungkin kalau sesuatu itu akan semakin pudar

dan hilang. kebebasan menggunakan akal, sains perindustrian

akan hilang tetapi adalah mustahil kalau agama akan hilang,

bahkan akan tetap kekal sebagai hujah yang kukuh terhadap

kebatilan aliran materialisme dalam daerahnya yang sempit dan

rendah "

Pernah dikatakan oleh seorang ahli sejarah Yunani

bahawa 4

" Terdapat dalam sejarah bandar-bandar tanpa istana dan

tempat-tempat perusahaan tanpa kota; tetapi tidak pernah

terdapat bandar-bandar tanpa rumah ibadat"

Ini menggambarkan sifat terhadap agama tidak

pernah padam dalam diri manusia. Ia sentiasa

seiring dengan tamadun manusia. Biarlah apa

sahaja teknologi yang diguna pakai oleh manusia,

sifat keagamaan tetap diperlukan. Peristiwa

membunuh diri beramai-ramai di Guyana bermotifkan

ajaran agama sesat di bawah pimpinan Jim Jones

membuktikan dengan jelas hakikat agama yang amat

diperlukan kepada mereka sehingga sanggup

pengikut-pengikutnya membunuh diri di atas

tuntutan terhadap agama.

Konsep berpasangan yang dicipta oleh yang Allah

Yang Maha Esa amat luas sekali aplikasinya di

dalam alam ini. Konsep ini ada di mana-mana

sahaja. Begitulah dengan agama . Ada yang

memerlukan agama sebagai penunjuk jalan kehidupan

malahan tidak kurang pula yang menolak agama

dengan mengikut hawa nafsu semata-mata.

Pendapat-pendapat terhadap penolakan agama ini

wujud di barat ketika dunia barat dilanda zaman

kegelapan (dark ages). Pada zaman tersebut

pemikiran rakyat disekat, penindasan berleluasa

dan sebagainya oleh doktrin gereja yang

sebenarnya menpunyai tujuan-tujuan negatif.

Mereka menjadikan agama sebagai topeng di atas

kepentingan politik mereka. Pendapat ini

dibuktikan melalui pengakuan seorang paderi

kepada seorang pelajar Islam ketika perdebatan di

antara mereka. Kata-kata paderi tersebut

berbunyi5

" Wahai Muhammad, telah anda ketahui apa yang saya

sampaikan kepada anda… . Wahai anak, aku ini ketua paderi di

negara kamu, sebenarnya kami mempunyai tujuan politik lain

yang mesti kami perjuangkan di sini. Tujuan-tujuan agama bagi

kami hanyalah semata-mata alat. Saya harap anda mengerti….."

Di atas kesedaran terhadap apa yang telah berlaku

kepada diri mereka, masyarakat barat bangkit

menentang doktrin gereja. Pada kurun ke-lapan,

sesetengah ahli fikir barat telah melahirkan

pendapat bahawa agama merupakan susunan dan

rekaan baru yang dicipta oleh manusia. Ada juga

yang berpendapat bahawa tuhan sudah mati.

Menurut Voltaire, idea bertuhan itu sebenarnya

rekaan tukang tiup lilin yang bijaksana yang

terdiri daripada sami-sami dan padri-padri dan

kemudian dari orang bodoh (Mohd .

Sulaiman ,1988). Karl Marx yang terkenal dengan "

Fahaman Marx " pula mengatakan agama ialah

rintihan kecewa makluk tertindas , sesuatu

perasaan terhadap dunia yang kejam, sekadar

keadaan jiwa yang tidak bermanya dan merupakan

candu kepada manusia (Ramli Awang, 1995).

Walau apa pun pendapat yang dikemukakan oleh

manusia berhubung dengan perlu atau tidak agama

itu, ia memperlihatkan satu keperluan, tuntutan

naluri yang telah dtetapkan di dalam diri setiap

manusia. Ini adalah kerana setiap pekerjaan yang

dilakukan pasti didahului oleh satu pendapat,

pemikiran, aqidah yang menentukan matlamat

kerjanya dan memberikan gambaran umum tentang

langkah-langkah untuk melakukan kerja sebelum

dilaksanakan (Ramli Awang, 1995).

2.POLITIK

2.1 Pengertian Politik

Aristotle mengatakan bahawa (Syed Ahmad

Hessein,1995) kita semua terlibat dalam politik

dan ilmu politik itu ibu segala ilmu. Ini kerana

ilmu politik mengandungi ilmu sains politik,

sejarah politik dan sosiologi politik. Ketiga-

tiga cabang politik ini adalah berkaitan dengan

teori-teori kenegaraan organisasi, kerajaan dan

negara secara praktikal, mengkaji tentang

peradaban masyarakat terhadap kehidupan

kenegaraan dan penglibatan masyarakat keseluruhan

dalam menentukan bentuk dan sistem politik yang

diamalkan di negara tersebut.

Sebenarnya istilah politik berasal dari perkataan

Yunani iaitu ‘Polis’ yang bermaksud negara atau

bandar 6. Istilah politik lebih kepada kehidupan

di dalam kumpulan disebuah bandar yang mempunyai

kelompok-kelompok organisasi ketua iaitu

pemerintah (legislatif) dan kuasa atau

pentadbiran (eksekutif)7 . Kuasa politik bukan

sekadar memerintah tetapi merangkumi faktor-

faktor tingkah laku manusia dalam masyarakat,

bidang-bidang ekonomi dan pentadbiran (Mohd

Sulaiman, 1988).

Di dalam ideologi8 Islam, politik dikatakan

sebagai sesuatu yang bersih kerana politik Islam

terbina diatas dasar aqidah atau di sebut sbagai

‘ taswwur Islami ‘ (Mohd Sulaiman, 1988). Di

antara dasar ideologi politik ini ialah kuasa

mutlak untuk menggubal atau merangka undang-

undang hanyalah Allah s.w.t9. Oleh kerana itu

politik dan agama Islam tidak dapat dipisahkan.

Jika dipisahkan maka bermakna tidak akan bererti

seseorang muslim itu.

Jadi tidak hairanlah jika dunia barat beranggapan

bahwa politik itu sesuatu yang kotor ( Kassim:

12) kerana mereka sengaja memisahkan politik dari

agama mereka sebagai pegangan hidup mereka.

Mereka menghambakan diri pada benda

(Meterialisme) bukan kepada tuhan. Mereka

berpandukan kepada hukum akal10 semata-mata. Maka

wujudlah ideologi yang memisahkan agama dari

politik di antaranya seperti komunisme,

sosiolisme, nasiolisme dan zionisme yang mana

semua ideologi ini tercetus di dunia barat dan

merebak ke serata dunia.

Istilah politik amat luas tafsiran penggunaannya.

Tetapi sengaja dipersempitkan. Cuba kita lihat

masyarakat disekeliling kita , istilah politik

selalu dikaitkan dengan parti-parti politik

sahaja. Kita sedia ketahui politik itu sendiri

dapat mengajak manusia berfikir. Satu contoh yang

mudah kalau kita didatangi oleh seorang peminta

sedekah kita dengan murah hati menderma sebanyak

20 sen. Apalah sangat 20 sen tersebut. Tapi jika

peminta tadi telah pergi kepada 100 orang dalam

sehari. Berapakah yang dapat dikumpul olehnya

pada hari itu. Tentulah lumayan. Adakah

masyarakat kita tidak memikirkannya. Jadi, tidak

hairanlah jika orang mengatakan sesetengah rakyat

Malaysia malas berfikir.

Sekarang kita pergi kepada konteks yang lebih

luas lagi, kita lihat sistem petadbiran di negara

kita sendiri. Dari sudut mana dikatakan negara

Malaysia dikatakan sebagai sebuah negara Islam.

Sistem pemerintahankah, sistem ekonomikah atau

sistem sosial? Disinilah kita perlukan masyarakat

yang fahamkan politik. Yang tahu menilai ideologi

islam dan ideologi barat yang sekaligus

memisahkan agama sebagai cara hidup. Di sini

bukanlah kita nak mempertikai sistem pemerintahan

negara kita tetapi itulah satu realiti yang harus

kita fikirkan bersama.

3.ANTARA POLITIK DAN AGAMA TIDAK DAPAT DIPISAHKAN

Dalam kehidupan seharian, setiap benda yang

bernyawa mahupun yang tidak bernyawa mempunyai

saling kaitan antara satu sama lain. Hal-hal

seperti agama dan politik tidak terkecuali dalam

hal ini. Politik merangkumi makna yang cukup

luas. Bukan sahaja tertumpu kepada aspek

pentadbiran dan kenegaraan semata-mata, malahan

hubungan sesama manusia dan juga kehidupan

seharian juga dikatakan sebagai politik. Pendek

kata , apa sahaja yang kita lakukan adalah

politik. Kita mungkin keliru memikirkan apa yang

dimaksudkan sebagai politik itu. Akan tetapi

inilah hakikat yang sebenarnya . Agama sebagai

satu kepercayaan dan pegangan merupakan tunjang

kepada semua aspek kehidupan termasuklah aspek

politik . Apa sahaja yang kita lakukan perlulah

mengikuti jalan-jalan yang disyorkan oleh agama.

Jika ianya bertentangan , sudah pasti akan

terdapat masalah dan kerumitan yang bakal timbul.

Sebagai lanjutan, politik bertolak daripada

aqidah dan juga berasaskan tasawur yang tetap dan

syumul. Dari sinilah, Islam tidak terpisah

daripada politik dan politik tidak tersisih

daripada agama . Hakikat inilah yang melahirkan

suatu ungkapan yang menggambarkan suatu rumusan

yang diakui oleh umat Islam secara ijma’ : Islam

din wa Dawlah.11 Apa yang ada dalam agama sehingga

menyebabkan politik tidak tersisih daripadanya?

Hal yang demikian mungkin menyebabkan kita

tertanya-tanya . Di dalam agama terdapat aqidah

yang mendukungnya. Aqidah merupakan asas dalam

agama . Jika aqidah itu pincang , maka pincanglah

agama itu.

3.1 Ciri-ciri dalam aqidah Islam yang menyebabkan politik tidak

tersisih daripada agama:-

1.Aqidah Islam adalah aqidah yang

menyeluruh ( syumul )

Aqidah Islam yang menyeluruh membawa

pengertian bagi semua aspek. Baik

daripada aspek rohaniah mahupun

jasmaniah. Gabungan daripada kedua-dua

aspek ini memangkinkan kepada keutuhan

politik dalam agama. Di sini tidak akan

timbul politik yang tersisih daripada

agama.

2.Aqidah Islam adalah aqidah yang kekal

Aqidah Islam merupakan aqidah yang kekal

kerana ia berteraskan kepada asas-asas

yang kekal . Ini berlainan sama sekali

dengan sesetengah agama ataupun ideologi

yang berdasarkan kepada materialisme

semata-mata. Yang selainnya pula

mengasaskan kepercayaan atau pegangannya

kepada asas-asas yang bersifat sementara

seperti kenegerian , kebangsaan atau

perkauman12 . Pegangan yang teguh dan

erat menyebabkan politik tidak akan

tergelincir daripada landasan agama buat

selama-lamanya

3.Aqidah Islam adalah aqidah yang sesuai

sepanjang masa

Sememangnya kita mahukan politik itu

bersesuaian dengan masa . Dalam hal

ini , Islam dalam pecahannya iaitu

aqidah merupakan ajaran yang bersesuaian

sama ada pada tempat atau masa . Kita

tidak mahu aspek politik yang kita

uruskan itu hanya sesuai untuk masa-masa

yang tertentu sahaja. Pastinya keributan

ataupun kelam kabut tidak berlaku pada

aspek politik jika aqidah yang didukung

itu sesuai sepanjang masa .Inilah arah

dan hala yang sedang dicari dan dituju

oleh manusia masa kini setelah menyedari

akan ketidaksesuaian pelbagai teori,

ideologi dan kepercayaan yang direka dan

dicipta oleh manusia yang bercanggahan

dengan tabiat semulajadi insan dan

kehidupan.

4.Aqidah Islam penyelamat ummat

Aqidah Islam dapat menyelamatkan manusia

daripada segala macam bentuk penindasan

termasuklah penindasan politik. Ini

adalah kerana dalam Islam itu sendiri,

semua manusia adalah sama tidak mengira

keturunan ataupun darjat. Ini

bersesuaian dengan sabda Rasulullah

s.a.w yang bermaksud:-

" Manusia adalah sedarjat laksana gigi sikat; tidak ada

kelebihan orang Arab atau orang Ajam kecuali dengan

takwa."

Adalah menjadi kewajipan untuk menegur

dan memperbetulkan penyelewengan dan

penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan

penindasan dan kezaliman ke atas

masyarakat dan rakyat. Al-Quran telah

merakamkan banyak contoh yang waqi’i atau

yang benar-benar telah berlaku sehingga

menjadikan kita benar-benar merasakan

betapa jauh kesan aqidah Islam ini dalam

ketinggian dan kemuliaan hidup manusia.

5.Aqidah Islam penyusun nilai hidup

Dalam aqidah Islam, penyusunan dan pengaturan

nilai-nilai hidup berlaku. Berlainan dengan

ideologi-ideologi yang lain, ada yang meletakkan

kekuatan dan kekuasaan sebagai nilai utama. Ada

juga yang meletakkan materialistik sebagai

matlamat dalam kehidupan. Jika ini berlaku, sudah

pasti aspek politik dalam Islam akan tercemar.

Walaubagaimanapun, aqidah Islam tidaklah

sedemikian rupa. Aqidah Islam memusatkan alam

semesta dan kehidupan manusia di atas asas nilai-

nilai yang mutlak, umum dan tetap hak serta

hakiki, iaitu nilai keimanan kepada Allah.13 Islam

tidak menolak kekuatan tetapi meletakkannya di

tempat yang sesuai . Allah s.w.t berfirman yang

bermaksud:-

" Dan siapkanlah kekuatan untuk menghadapi mereka menurut

kesanggupan kamu dan pasukan berkuda di perbatasan untuk

menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu dan yang lain di

samping mereka yang tidak kamu ketahui , tetapi Allah

mengetahuinya . Dan apa-apa yang kamu nafkahkan di jalan

Allah , nescaya akan dibalas cukup kepada kamu dan kamu tidak

akan dirugikan".

(Surah Al Anfal, ayat 60)

Islam juga tidak menafikan nilai harta dan wang

tetapi meletakkannya pada tempat yang layak dalam

kehidupannya dengan panduan dan syaratnya yang

menjamin keutuhan tamadun manusia itu sendiri.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:-

"Wahai orang-orang yang beriman ,janganlah kamu jadikan

terlarang barang yang baik-baik ,yang dihalalkan oleh Allah

kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas.

Sesungguhnya Allah tiada menyukai orang-orang yang

melampaui batas.

( Surah Al Maidah, ayat 87)

4.Masalah Yang Mungkin Akan Timbul Akibat Pemisahan

Antara Politik Dan Agama.

Pemisahan sesuatu perkara daripada induknya akan

mendatangkan masalah dan kerumitan. Hal ini

sememangnya akan berlaku jika politik itu tidak

berada di bawah dasar agama . Pastinya arah dan

haluan politik itu sendiri akan terumbang ambing.

Rintangan dan halangan yang tertentu akan

menjadikan politik itu hanyut ditelan masa.

Kemelut ini akan terus berpanjangan jika ianya

tidak di ambil tindakan yang segera. Adapun

masalah-masalah yang bakal timbul adalah:-

1. Wujud ketidakadilan dalam politik

Setiap insan di bumi ini termasuklah yang

sempurna ataupun yang tidak sempurna

mempunyai hak masing-masing. Hak mereka ini

tidak boleh dicerobohi mahupun dicemari. Jika

politik itu tidak berpandukan kepada agama,

yang kuat akan menindas yang lemah. Hal yang

sedemikian tidak sepatutnya terjadi . Apa

yang sepatutnya adalah yang kuat membela yag

lemah . Perkara sedemikian berlaku disebabkan

oleh ketidakadilan yang menunjangi

kehidupan . Natijahnya, tiada kesudahan bagi

perkara ini. Mana yang hak dan yang batil

tidak akan dapat ditentukan perbezaannya.

Pendek kata, keburukan yang timbul adalah

daripada keserakahan mencapai kemajuan

duniawi dan kerana revolusi oknum-oknum dan

golongan yang tidak sabar akan hukum moral

dan ketertiban14.

2. Wujud penyelewengan dalam politik

Dalam politik, amanah memainkan peranan yang

penting . Jika sifat ini tiada dalam diri

setiap individu , maka akan wujudlah

penyelewengan. Hak seseorang individu itu

pastinya akan dipergunakan oleh individu yang

lain untuk kepentingan mereka sendiri.

Mungkin hak kita sendiri yang akan digunakan

tanpa kita sedari. Secara tidak langsung,

kehidupan ini dikatakan sebagai kehidupan

yang bukan hakiki tetapi kehidupan yang batil

dan sesat , khayalan dan sangkaan yang tidak

menghasilkan nilai-nilai yang hakiki tetapi

menghasilkan kepalsuan, kehampaan dan sia-

sia15.

3. Wujud keributan dalam politik

Sesuatu perkara yang tidak ditunjangi oleh agama

pastinya mendatangkan keributan ataupun kucar

kacir dalam kehidupan manusia . Kehidupan manusia

bukan sahaja akan kucar kacir , bahkan yang lebih

dahsyat lagi adalah bakal menghancurkan. Manusia

akan mula mencari arah dan hala tujuan mereka.

Pada ketika ini, keadaan mungkin menjadi genting

di mana masing-masing menuding jari menunjukkan

kesalahan antara satu sama lain. Nilai-nilai

murni yang selama ini terbina atas dasar ukhuwah

akan menjadi pudar dan mungkin akan hilang.

5.Penutup

Telah jelas bahawa agama dan politik memang tidak

boleh dipisahkan. Malahan apa-apa pun perbuatan

yang dilakukan oleh manusia tidak boleh lari dari

agama. Apalah gunanya nikmat agama yang telah

diberikan oleh tuhan jika kita tidak dapat

melaksanakannya dalan kehidupan. Sejarah telah

membuktikan bahawa banyak kehancuran telah

berlaku ke atas umat yang tidak menjadikan agama

sebagai sandaran terutamanya dalam bidang

politik. Cukuplah apa yang berlaku dan haruslah

kita ambil tauladan supaya tidak berulang lagi.

Adalah wajib bagi kita untuk memperjuangkan yang

hak dan batil serta melaksanakannya.

Bibliografi :

H. Zainal Abidin Ahmad, Konsepsi Politik dan

Ideologi Islam, N.V. Bulan Bintang. 1977;

Jakarta.

H. Mahmud Yunus, Prof. Dr., Tafsir Quranul Qarim,

PT. Hidakarya Agung, 186; Jakarta.

Kassim Thukiman, Malaysia: Perspektif Sejarah dan

Politik, Cetakan Awal, UTM, 1996; Skudai.

Mohd. Sulaiman Yassin, Pengantar Akidah, Dewan

Bahasa dan Pustaka. 1988; Kuala Lumpur.

Muhammad Al. Al-Burney, Islam Landasan Alternatif

Administrasi Pembangunan, C.V Rajawali. 1985;

Jakarta.

Ramli Awang et. al, Pengantar Falsafah Sains

Cetakan Awal, Bahagian Falsafah Sains PPTS UTM,

1995; Skudai.

Syed Ameer Ali, Sejarah Evolusi dan Keunggulan

Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka 1992; Kuala

Lumpur.

http://no19gangsa9.tripod.com/khazanah/politiknag

ama.htm

Should Religion Play a Role in Politics?

By GARY GUTTING The Stone is a forum for contemporary philosophers

on issues both timely and timeless.

Tags:Philosophy, Politics, religion . The Stone is featuring

occasional posts by Gary Gutting, a professor of philosophy at the

University of Notre Dame, that apply critical thinking to

information and events that have appeared in the news.

As our electoral process has begun to accelerate,

questions about religious affiliation and calls for

candidates to sign pledges supporting religious

stances are in the news.  Here are some reflections

on the general question of the role of religion in

our political life.

One view, attractive to many Americans, holds that

religion has no place at all.  Roughly, the idea is

that religion concerns the private sphere: what

pertains to me as an individual or as a member of a

voluntary community of like-minded individuals (e.g.,

a church).  Political life, by contrast, concerns the

public sphere: what pertains to me as a member of a

wider community (a city, state or nation) of

individuals with diverse views on issues such as

religion.  This distinction seems necessary once we

realize the hatred and violence historically

associated with religious disagreements.  Unless we

simply agree to disagree about matters of such

intense division, there is little hope of sustaining

a civil society.

There is no honest line of argument from what the

Bible says to substantive conclusions about the size

of the United States government.

This exclusion of religion from public discussion has

historically attracted Americans from two quite

opposed perspectives.  Some have found the rival

claims of different religions all equally absurd and

so all equally to be ignored.  Other have taken at

least their own religious views as true and

important, but, fearing the political triumph of

conflicting views, have agreed to a truce under which

all religious claims are withdrawn from the public

sphere but are allowed to flourish in private.

As long as we are talking about specific theological

doctrines, Americans for the most part agree that

religion has no place in our public life.  Few think

that transubstantiation, predestination, Trinitarian

theology or the nature of episcopal authority are

legitimate topics of political discussion.   Religion

enters our public discourse primarily as a voice on

certain moral issues.

But should religious viewpoints, even on moral

issues, have any role in our political debate?  Some

say no, on the grounds that effective arguments

require premises that virtually everyone taking part

in the discussion accepts.  A religious argument,

based on, say, the authority of the Bible or of the

Pope, would therefore, be out of place in a public

debate among citizens with every variety belief and

disbelief.

But this line of thought misunderstands the point of

political debate.  The goal is to reach consensus

about conclusions, but not necessarily consensus

about the reasons for the conclusions.   We have, for

example, come to a consensus about extending full

civil rights to all adult citizens, regardless of

race or gender.  But some argued for this conclusion

from the equality of all human beings as children of

God, others from self-evident truths about human

nature, and still others from the overall increase in

happiness that would result from equal treatment.  

Not everyone accepted the premises of all of these

arguments, but that did not prevent such arguments

from having an essential role in our national debate

about civil rights.  They helped form what John Rawls

called an “overlapping consensus,” in which different

groups of citizens accepted the same conclusions from

quite different arguments.  So there is no objection

in principle to religious arguments in political

debates.

What is striking on the current American scene,

however, is the extent to which people see certain

political and economic positions  as required by

their religious commitment.  We may understand — even

if we do not accept — the thinking of those who

condemn abortion on religious grounds. But many

conservative religious groups  endorse a wide range

of political and economic positions that have no

religious basis.  For example, The Family Leader (the

group that has called for presidential candidates

sign a pledge supporting “family values”) has a

Voter’s Guide that specifies the “attributes of a

strong Christian leader.”    According to the guide,

a strong Christian leader “understands key elements

of God’s law,” which means that, for example, the

leader “upholds the Biblical principles of

responsibility and accountability in civil life,

thereby limiting the size and cost of civil

government”; “encourages an ethical and free

enterprise system, and understands it is the only

economic model in accord with Biblical principles”;

and “understands the right to bear and keep arms” for

defensive purposes.   The guide also specifies that

strong Christian leaders must subscribe to various

views about how to interpret the United States

Constitution