Kajian tindakan -aziah isu

27
1 “Masih Ada Cahaya” Oleh SITI NOR AZIAH BT MOHD.YUSOF M20092001070 Sarjana Pengurusan dan Perkembangan Kurikulum (MT 10) ABSTRAK Kajian Tindakan ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Seri Langkap, Teluk Intan. Projek ini bertujuan untuk menangani masalah celik huruf dan masalah celik 3M dikalangan kanak – kanak Keperluan Khas Bermasalah Pembelajaran (Learning Disabilities). Semua kanak – kanak termasuk kanak–kanak istimewa ini berhak mendapat pendidikan, untuk mereka menghadapi cabaran masa depan, berdikari dan berjaya dalam hidup serta memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara. Tujuan Kajian Tindakan “Masih Ada Cahaya” dilaksanakan ke atas murid-murid yang mempunyai masalah pendidikan khas adalah bertujuan untuk menilai sejauhmanakah keberkesanan Kaedah Menggunakan “Bonggo” iaitu satu alat muzik yang bersesuaian terhadap murid-murid yang sedemikian. Penggunaan alat muzik ini adalah untuk memastikan dan menegaskan tujuan dan keutamaan mengajar membaca adalah penting supaya mereka cepat peka terhadap perkataan KVKV yang disebutkan yang mana muzik dapat membantu menggalakan perkembangan kognitif, sosioemosi, fizikal kanak-kanak.. Projek kajian tindakan “Masih Ada Cahaya” mempunyai potensi untuk digunapakai di kelas biasa yang mempunyai masalah celik 3M dan Program LINUS. 1

Transcript of Kajian tindakan -aziah isu

1

“Masih Ada Cahaya”

Oleh

SITI NOR AZIAH BT MOHD.YUSOF

M20092001070

Sarjana Pengurusan dan Perkembangan Kurikulum (MT 10)

ABSTRAK

Kajian Tindakan ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Seri Langkap, TelukIntan. Projek ini bertujuan untuk menangani masalah celik huruf dan masalahcelik 3M dikalangan kanak – kanak Keperluan Khas Bermasalah Pembelajaran(Learning Disabilities). Semua kanak – kanak termasuk kanak–kanak istimewaini berhak mendapat pendidikan, untuk mereka menghadapi cabaran masadepan, berdikari dan berjaya dalam hidup serta memberi sumbangan baktikepada masyarakat dan negara. Tujuan Kajian Tindakan “Masih Ada Cahaya”dilaksanakan ke atas murid-murid yang mempunyai masalah pendidikan khasadalah bertujuan untuk menilai sejauhmanakah keberkesanan KaedahMenggunakan “Bonggo” iaitu satu alat muzik yang bersesuaian terhadapmurid-murid yang sedemikian. Penggunaan alat muzik ini adalah untukmemastikan dan menegaskan tujuan dan keutamaan mengajar membacaadalah penting supaya mereka cepat peka terhadap perkataan KVKV yangdisebutkan yang mana muzik dapat membantu menggalakan perkembangankognitif, sosioemosi, fizikal kanak-kanak.. Projek kajian tindakan “Masih AdaCahaya” mempunyai potensi untuk digunapakai di kelas biasa yangmempunyai masalah celik 3M dan Program LINUS.

1

2

1. LATAR BELAKANG KAJIAN

Bagi merealisasikan penyelidikan sebagaimana yang diketahui, maka

tajuk yang diperoleh adalah berkaitan dengan kepentingan membaca

terhadap murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran

(Pendidikan khas). Dalam hal ini, kajian yang pengkaji pilih ini

bertujuan bukan sahaja murid-murid normal yang berhak mendapat

pendidikan malahan murid-murid yang berkeperluan khas juga

memerlukan pendidikan yang sama rata.

Sehubungan dengan itu, di atas kesedaran tentang kepentingan

pembelajaran terhadap murid-murid khas (pendidikan khas), satu

kajian mengenai Masih Ada Cahaya dilaksanakan ke atas murid-“ ”murid yang mempunyai masalah pendidikan khas yang bertujuan

untuk menilai sejauhmanakah keberkesanan Kaedah Menggunakan

Bonggo iaitu satu alat muzik yang bersesuaian terhadap murid-“ ”murid yang sedemikian. Penggunaan alat muzik ini adalah untuk

memastikan dan menegaskan tujuan dan keutamaan mengajar

membaca adalah penting supaya mereka cepat peka terhadap

perkataan KVKV yang disebutkan yang mana muzik dapat membantu

menggalakan perkembangan kognitif, sosioemosi, fizikal kanak-kanak.

Selain daripada itu juga, membaca merupakan medium penting bukan

sahaja kepada kanak-kanak malah kepada orang dewasa untuk

melahirkan pemikiran dan kreativiti mereka.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Kajian tindakan bertitik tolak dari keinginan untuk mengatasi atau

menyelesaikan sesuatu isu. Dalam proses mendapatkan maklumat

mengenai masalah membaca di kalangan murid-murid khas di Sekolah

Kebangsaan Seri Langkap (Integrasi Masalah pembelajaran) ini,

pengkaji melihat perkembangan pembelajaran murid-murid istemewa

2

3

terutamanya murid-murid yang bermasalah pembelajaran didapati

pembelajaran dan tingkahlaku individu murid itu dipengaruhi oleh

kebolehan individu itu dalam pembelajaran. Selain daripada itu,

murid-murid yang bermasalah sedemikian mempunyai kekeliruan

pengamatan yang menyebabkan sedikit sebanyak mempengaruhi

emosi, pengalaman, keperluan serta kehendak murid. Ramai yang

mengalami masalah dalam pembelajaran yang sebenar. Terdapat

pelbagai jenis kesukaran atau masalah yang dihadapi oleh murid.

Antara masalah yang dihadapi oleh mereka ialah masalah pengamatan

penglihatan, masalah pengamatan pendengaran, masalah psikomotor,

gagap, kerosakan mental dan gangguan emosi. Masalah-masalah ini

adalah masalah yang sedang dan sering dihadapi oleh murid-murid

khas. Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran

merupakan murid-murid yang berfungsi di bawah keupayaan mereka

dari segi kecerdasan, pencapaian dan kemahiran-kemahiran sosial.

Mereka lambat membaca, tidak aktif sewaktu belajar, tidak berupaya

menyatukan bunyi-bunyi dan membentuk perkataan serta ayat-ayat,

lambat bertutur, sukar membezakan sebutan-sebutan perkataan, tidak

berupaya mengingati urutan dan kurang penumpuan dalam proses

pembelajaran. Kelemahan murid khas dalam membaca dan memaham

sememangnya menjadi masalah yang besar kepada guru-guru dan

murid-murid sendiri.Kelemahan- kelemahan ini boleh menimbulkan

kesulitan belajar seterusnya.

Masalah ini agak ketara kepada enam orang murid di kelas khas ini.

Kegagalan murid menguasai kemahiran membaca di peringkat awal

persekolahan akan menyebabkan mereka gagal untuk mengusai

kemahiran-kemahiran yang lain, peluang-peluang pendidikan terhadap

kanak-kanak pendidikan khas seperti mana yang diperolehi oleh

kanak-kanak normal.

Selain itu juga, kemahiran membaca secara mekanis kurang diberi

perhatian berbanding kemahiran menulis dan mengira. Aktiviti pra

bacaan juga tidak dijalankan secara serius pada peringkat permulaan.

Guru sepatutnya tidak mengambil mudah mengenai pengajaran

kemahiran membaca kerana tabiat buruk ketika membaca akan

dibawa oleh murid sehingga mereka meningkat dewasa. Kaedah

membaca huruf dan gabungan perkataan pada titik permulaan yang

tepat dan terus diajar dengan betul.

3

4

Oleh itu, berasaskan permasalahan tersebut menyebabkan timbul rasa

ingin membuat kajian terhadap murid-murid tersebut dan ingin

mengetahui setakat mana keberkesanannya kaedah yang akan

digunakan terhadap mereka. Dengan adanya kajian-kajian yang dibuat

akan dapat menjamin bahawa tidak ada diskriminasi terhadap mereka.

3.0 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk mendapat jawaban kepada persoalan –persoalan berikut:

1. Apakah tahap kemahiran membaca kanak-kanak khas semasaberada di Kelas

pendidikan Khas?

2. Apakah jenis kesilapan yang dilakukan oleh murid ketikamembaca?

3. Apakah kesan kesilapan teknik membaca ke atas diri murid ?

4. Apakah masalah utama yang dihadapi oleh subjek kajian dalambacaan dari aspek berikut:

a) mengenal huruf

b) bunyi huruf

c) gabungan huruf dan suku kata

5. Apakah teknik yang boleh digunakan secara berkesan ke atassubjek dalam pembentukan konsep kendiri yang rendah iaitumurid kepada keyakinan diri.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Pengkaji telah menentukan beberapa objektif bagi kajian yang akan

dijalankan. Objektif tersebut ialah:

i. Meningkatkan kebolehan dan kepantasan membaca perkataanKVKV

ii. Meningkatkan prestasi kelulusan subjek B.Melayu dalan ujian

penilaian pendidikan khas.:

iii. Mengenal, menyebut dan membaca dengan kadar kepantasanmembaca 100

perkataan KVKV yang disediakan.

4.1 Kepentingan Kajian

4

5

Tidak semua pelajar yang berada di sekolah mempunyai pencapaian

yang sama. Justeru tidak dapat dinafikan wujudnya sebahagian kecil

pelajar yang lemah dalam pelbagai lapangan. Pelajar tersebut telah

dikenal pasti oleh pakar perubatan dan dengan kerjasama

Kementerian Pelajaran Malaysia, mereka ditempatkan di program

pendidikan khas atau di program pemulihan khas. Sebagai seorang

guru rasa tanggungjawab terhadap murid tersebut, pelbagai kaedah

dan pendekatan sudah dilakukan untuk melahirkan murid-murid yang

boleh membaca. Walaupun ada yang menunjukkan prestasi yang

meningkat tetapi jumlahnya amat terhad. Kali ini pengkaji melakukan

kajian terhadap 6 orang murid berkeperluan khas sekolah ini.

Mereka merupakan murid-murid yang mempunyai umur, jantina dan

berbeza masalah tetapi berada di kelas yang sama. Kajian ditumpukan

kepada aspek membaca 100 perkataan KVKV dengan iringan irama

yang menyeronokkan sambil menepuk bonggo.

Setelah dijalankan kajian selama lebih kurang 3 bulan dan semua

responden telah menunjukkan peningkatan dari segi kebolehan

membaca dan kadar kecepatan membaca setiap 20 perkataan KVKV

terpilih. Sebagai pengukuhan kepada dapatan kajian, pengkaji telah

meminta setiap responden membaca 10 ayat yang mengandungi

perkataan KVKV sahaja. Selepas ujian pos dijalankan didapati ada

responden yang boleh membaca ayat-ayat tersebut dengan baik pada

kadar yang lebih pantas.

5.0 KAJIAN LITERATUR

Program Membaca dengan menggunakan alat gendang Bonggo” ”adalah satu kajian tindakan yang dirancang oleh pengkaji dan

guru-guru pendidikan khas serta pengurusan Sekolah Kebangsaan

Seri Langkap untuk menangani celik huruf 3M dikalangan murid

murid dengan keperluan khas yang mempunyai masalah–pembelajaran (Learning Disabilities). Murid murid ini dikenali–dengan panggilan insan istimewa, bertujuan untuk mengelak

tanggapan negatif yang lazim dikaitkan dengan murid murid–yang bermasalah.

5.1 Siapakah Kanak-Kanak Pendidikan Khas

Sistem pendidikan di negara Malaysia sememangnya membuka

peluang yang sama rata kepada kanak kanak untuk mendapat–

5

6

pendidikan. Semua kanak kanak berhak untuk dimasukkan ke–dalam sistem persekolahan biasa, kecuali mereka yang mempunyai

masalah dan perlu dimasukkan ke dalam Kelas Pendidikan Khas.

Deklarasi dunia mengenai Pendidikan Untuk Semua 1990. (World

Declaration Education For All 1990) di Jomtien, Thailand

menyatakan bahawa :

“ Setiap Kanak – Kanak Berkeperluan Khas mempunyai hak yangsama bagi menyatakan kehendaknya terhadap pendidikan dan ibubapa mereka mempunyai hak bagi menentukan jenis pandidikanyang sesuai bagi anak mereka ”

Murid murid dengan keperluan khas terdiri daripada tiga–kumpulan.Mereka terdiri daripada murid murid yang mempunyai–kecacatan penglihatan, kecacatan pendengaran dan masalah

pembelajaran.

Menurut Samuel A. Kirk ( 1962 ) dalam Jamila (2005) masalah

pembelajaran merujuk kepada kerencatan, kerencaman (confesion )

atau perkembangan yang lewat di dalam satu atau lebih proses

yang berkaitan dengan pertuturan, bahasa, bacaan, ejaan, penulisan

atau pengiraan yang mungkin hasil daripada ketidakfungsian saraf

dan emosi atau gangguan tingkah laku dan bukannya dari faktor

terencat akal, kekurangan deria, budaya atau faktor arahan. Kanak-

kanak keperluan khas (KKBP) perlu diberi pendidikan seperti mana

kanak-kanak lain untuk memberi peluang kepada mereka

memperolehi ilmu pengetahuan bagi melengkapkan diri untuk

mengharungi dunia yang penuh cabaran apabila dewasa kelak.

Kanak-kanak ini boleh dididik jika diberi peluang berkembang

mengikut keupayaan masing-masing.

5.2 Masalah Membaca di Kalangan Murid Masalah

Pembelajaran

Masalah membaca kadangkala , terdapat kanak -kanak yang boleh

membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana

kurang tumpuan perhatian, tidak aktif membaca, tidak faham makna

sesuatu perkataan dan sebagainya. Latihan-latihan tertentu perlu

diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak -kanak itu

supaya dia dapat memahami apa yang dibacanya.

6

7

Menurut pandangan Jais dan Mat Nor (1990) membincangkan faktor-

faktor yang sering dikaitkan dengan murid yang memerlukan

pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran. Mereka

membahagikan punca masalah kepada tiga faktor iaitu psikologi,

biologi dan persekitaran. Dalam faktor psikologi kedua-dua pengkaji

ini telah melibatkan dua perkara penting yang mempengaruh iaitu

kecerdasan dan kesihatan emosi. Manakala dalam faktor biologi,

mereka telah membahagikan faktor tersebut kepada dua perkara yang

diutamakan iaitu kesihatan fizikal dan fungsi neurologi manakala

dalam faktor persekitaran pula ianya dapat dikaitkan deangan dua

perkara iaitu pembentukan bahasa dan amalan di sekolah.

Pendapat di atas juga disokong oleh Carrol (1993) dalam Anwar Ridzi

(2000) yang mana beliau menyatakan bahawa pelajar yang menghadapi

masalah membaca adalah disebabkan oleh beberapa faktor penting

iaitu kelemahan kecerdasan mental, bakat, sikap, dan minat. Ada

beberapa cara untuk membantu murid -murid sekolah yang masih

tidak boleh membaca. Kanak -kanak kurang motivasi untuk belajar

mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya

mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa. Keadaan ini

perlu diperbaiki. Kanak -kanak ini boleh mendapat manfaat daripada

kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru -guru yang

berpengalaman.

Menurut Abu Basar (1998), masalah membaca ini sering terdapat di

kalangan kanak -kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Ini

boleh dibahagikan kepada dua ketogori iaitu masalah mengenal huruf

(decording) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading

comprehension )

5.2 Kepentingan Kemahiran Membaca di Kalangan Murid

Masalah Pembelajaran

Membaca atau bacaan adalah sebahagian daripada proses

perhubungan. Dari segi kemahiran bahasa, bacaan adalah satu

daripada susunan atau turutan penguasaan atau pembelajaran. Dalam

hal ini menurut Abu Basar (1998) peringkat-peringkat

kemahiran pengajaran bacaan terbahagi kepada empat iaitu:

7

8

i) peringkat Pra bacaan (kesediaan membaca)ii) peringkat bacaan mekanis

iii) peringkat bacaan dan kefahaman

iv) peringkat memupuk sikap minat membaca.

Kepentingan membaca ini bagi murid-murid masalah

pembelajaran ini, di mana dengan membaca akan menjauhkan

kanak-kanak daripada mendapat amalan pengamatan yang salah.

Ia juga dapat membantu kanak-kanak mengebnal gambar, bentuk

dan perkataan. Selain itu, dengan adanya kemahiran membaca

akan dapat menambah( memperkayakan) perbendaharaan kata

serta keupayaan bertutur. Membaca juga dapat menyuburkan

sikap bekerja dengan tekun serta menyuburkan perkembangan

sosial dan rasa hati atau pun emosi.

5.3 Kepentingan Penggunaan Alat Muzik dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Membaca di Kalangan Murid Masalah

Pembelajaran

Muzik merupakan sebahagian daripada alam kehidupan kanak-

kanak dan bukan masyarakat keseluruhan. Kajian yang

dilakukan ke atas murid masalah pembelajaran ini adalah

dengan menggunakan “bonggo” disertai irama yang

menghiburkan para responden dan dibimbing membaca 20

perkataan KVKV pada setiap sesi pengajaran & pembelajaran.

Menurut Yusof (2002), kanak-kanak memberi respon secara

natural terhadap bunyi muzik dan mereka senang melahirkan

skpresi diri melalui muzik. Sifat cenderung kepada muzik

yang sedia ada pada kanak-kanak mempunyai peranan tertentu

8

9

dalam proses perkembangan diri dari segi kualiti dan

sahsiahnya.

Peranan muzik dalam kelas pendidikan Kelas Pendidikan Khas

bermasalah pembelajaran (KKBP) adalah ke arah perkembangan

sifat-sifat dan nilai-nilai murni yang merangkumi aspek-

aspek perasaan, kreativiti, nilai estetika dan etika

tertentu. Ia akan melibatkan perkembangan kecerdasan

mental, selain membantu perkembangan psikomotor dan

sosiolisasi. Ini selaras dengan kehendak Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dalam perkembangan murid secara

menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani dan

jasmani. Selain itu menurut Radziah (2006), penggunaan alat

muzik yang menarik dalam pengajaran dan pembelajaran akan

dapat membantu meningkatkan minat kanak-kanak dalam proses

pembelajaran. Dalam hal ini juga beliau menegaskan

pembelajaran menggunakan alat muzik merupakan satu saluran

komunikasi dan interaksi yang penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran KKBP.

Tujuan menggunakan alat tersebut adalah di mana muzik

adalah suatu kesenian yang tertumpu kepada aspek

pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh

diperkenalkan kepada kanak-kanak pendidikan khas dalam

bentuk elemen muzik. Muzik digemari secara semulajadi oleh

kanak-kanak, umpamanya kanak-kanak yang berumur 2 tahun

akan mengoyang-goyangkan badannya mengikut irama muzik yang

9

10

diperdengarkannya. Semua ini adalah merupakan bukti bahawa

muzik ini digemari secara semulajadi.

Menurut Suhaili (2007), kanak-kanak akan mendapat banyak

faedah apabila kaedah pengajaran menggunakan alat muzik

ditumpukan kepada pengajaran konsep muzik. Antara faedahnya

ialah kanak-kanak akan memperolehi kemahiran mendengar yang

kritikal apabila menikmati bunyi muzik, di samping

memperoleh kemahiran muzik. Kepentingan aktiviti muzik

dapat membantu menggalakan perkembangan kognitif,

sosioemosi, fizikal kanak-kanak. Perkembangan kognitif di

mana murid-murid ini akan belajar berkenaan dengan konsep

muzik seperti pic, rima dan rentak. Kemahiran membezakan

nada bunyi tinggi dan rendah, bunyi kuat dan bunyi lembut,

bunyi panjang dan bunyi pendek serta bahasa mengembangkan

perbendaharaan kata murid serta meningkatkan budaya

pendengaran. Manakala perkembangan sosioemosi, kanak-kanak

yang sedemikian akan dapat meluahkan perasaan gembira atau

seronok melalui aktiviti muzik. Mereka merasa dihargai

apabila kita menyelitkan nama-nama mereka dalam nyayian

yang dinyanyikan. Pembelajaran akan lebih berkesan

sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam aktiviti

pembelajaran dan pengajaran.

Melalui pembelajaran dengan menggunakan bunyi-bunyian boleh

dijadikan terapi yang positif kepada kanak-kanak pendidikan

khas. Hal ini dibuktikan berdasarkan kajian yang dilakukan

di Universiti pernah mengenali instrumen berkenaan Munster,

Jerman pada 1997 dalam Shahidah (2008), menemukan rumusan

mengenai pembelajaran muzik pada usia kanak-kanak

10

11

sebenarnya akan membesarkan saiz otak kanak-kanak itu.

Kajian berkaitan juga menunjukkan kanak-kanak yang terdedah

dengan persekitaran muzik akan memperuntukkan sebanyak 25

peratus bahagian otaknya menganalisis nada tinggi rendah

nota muzik berbanding mereka yang tidak. Dalam kenyataannya

juga menyatakan bahawa semakin awal kanak-kanak didedahkan

dengan muzik, saiz otak yang diperuntukkan untuk memproses

semua informasi mengenai muzik akan menjadi semakin besar

seterusnya mendorong mereka berfikir dengan lebih kritikal

dan terperinci di mana fenomena ini dianggap satu kelebihan

kepada mereka.

Dr Ramona dalam Berita Harian (2008), menegaskan bahawa

kanak-kanak yang memiliki pendedahan awal terhadap muzik

mempunyai kelebihan daripada segi berfikir kerana kedua-dua

bahagian otak mereka berfungsi dengan baik akibat pengaruh

muzik yang didengar. Selain itu, katanya, terapi muzik

terhadap kanak-kanak juga boleh menjadikan si kecil

membesar dengan sempurna kerana konsep asas dalam muzik

ialah menekankan kesempurnaan, kerjasama, perpaduan dan

menuntut pengecaman yang sangat jitu lebih-lebih lagi rutin

muzik adalah kerja berkumpulan. kes terapi muzik untuk

kanak-kanak, banyak penemuan dan kajian memunculkan kesan

positif ke atas mereka.

Menurut Creber (1974) dalam Anwar (2000), murid yang

menghadapi masalah membaca perlu diberikan penekanan

berkaitan dengan kesediaan membaca. Antara yang disarankan

oleh beliau untuk membuat kesedian membaca ialah dengan

11

12

menggunakan alat-alat muzik supaya murid dapat membuat

pengukuhan dengan cara bermain alat-alat tersebut. Oleh itu

dengan menggunakan alat muzik, guru boleh mengesan sama

ada murid berada dalam keadaan sihat dan stabil atau

mengalami gangguan emosi kerana kanak-kanak yang tidak

sihat tidak akan menunjukkan tindak balas positif walau pun

mereka berada dalam lingkungan rakan sebaya yang cergas.

Justeru, muzik adalah antara alat bantu yang sangat

berkesan untuk menangani dan mendidik kanak-kanak seperti

ini. . Paling utama, mereka mempunyai keyakinan diri yang

tinggi ketika menjalani sesi terapi muzik yang dilakukan

kerana apabila pembelajaran dilaksanakan dengan menggunakan

alat muzik mereka akan rasa hilang stress, mendapat relax

semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung serta

pengajaran menjadi “flexible” atau mudah ubah bergantung

kepada situasi, kesesuaian dan kesediaan kanak-kanak

tersebut. Dalam hal ini guru KKBP perlu sentiasa peka dan

kreatif, bijak serta ikhlas dalam menjalankan pengajaran.

6.0 METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk kajian adalah dengan menggunakan model Kajian

Tindakan yang telah dirumus oleh Kim (1992) dalam Buku Kajian

Tindakan yang telah diterbitkan oleh Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (1995) di

bawah Program PIER ( Program For Innovation, Excellence ang

Research).

6.1. Kumpulan Sasaran (Sampel Kajian)

Kajian ini melibatkan 6 orang pelajar pendidikan khas sahaja. Mereka

mempunyai pelbagai masalah yang disahkan oleh doktor pakar seperti

ADHD, perkembangan lewat, lembam, disleksia dan cerebral palsy.

12

13

Para responden tidak sama umurnya dan mempunyai kecerdasan

mental yang berbeza. Namun mereka merupakan responden terbaik

di program pendidikan masalah pembelajaran sekolah ini. Para

responden yang dilibatkan termasuklah:

Bil Responden Jantina Umur Pengesahan masalah1 A P 14 Slow learner(lembam)

2 B L 11 ADHD

3 C L 12 Cerebral Palsy

4 D L 11 Slow learner(Lembam)

5 E P 8 Slow learner (lembam)

6 F L 13 Perkembangan lewat

5.2. Instrumen Kajian

6.1 Pemerhatian terhadap tingkahlaku

6.2 Temuramah dengan ibu bapa dan guru

6.3 Analisis ujian dalaman

6.4 Ujian prabacaan dan analisis

6.5 Ujian pos dan analisis

6.3 ProsedurPenyelidikan tindakan ini adalah satu proses perubahan yang

berdasarkan pengumpulan data secara sistematik, justeru itu memilih

suatu tindakan strategik berdasarkan apa yang diperolehi daripada

data yang dikumpul. Kajian yang sistematik ini, membantu kita

mengenalpasti hubungan-hubungan, sebab dan akibat serta membuat

refleksi. Prosedur untuk membuat kajian ini adalah seperti seperti

carta gant .(lampiran 1)

6. 4 Langkah-Langkah Kajian

Langkah langkah kajian tindakan yang dijalankan di sekolah ini boleh–dilihat dari rajah di bawah ini. Terdapat 8 langkah atau peringkat

yang digunakan oleh pengkaji semasa melaksanakan kajian. Setiap

langkah mempunyai prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh pengkaji

13

14

untuk memastikan kebolehpercayaannya. Bermula daripada

mengenalpasti masalah pengkaji untuk menyelami apakah masalah

yang timbul, bagaimanakah masalah ujud dan bagaimana untuk

mengatasinya.

Dari sini pengkaji mengikuti langkah-langkah yang seterusnya

sehinggalah selesai kajian ini. Langkah-langkahnya ialah:

6.4.1 Kenalpasti Masalah.

Pengajaran & pembelajaran kemahiran membaca yang dimulakan

dengan pengenalan abjad, sukukata KV, perkataan VKV. KVK , KVKV

dan KVKVK di kelas pendidikan khas sekolah ini telah dilaksanakan

sejak awal tahun 2004. Namun hanya 11% berada pada tahap D

sementara 89% berada pada tahap sangat teruk dan tidak boleh

membaca.

Responden-responden berkeperluan khas telah dikenalpasti sebagai

responden yang sukar memahami arahan, daya ingatan yang lemah ,

sukar bertutur, mempunyai pelbagai kerencatan serta sering

menimbulkan masalah tingkahlaku. Justeru,tempoh mencapai kejayaan

bagi satu-satu kemahiran yang dipelajari mengambil masa yang

panjang sehinggakan dalam tempoh 4 tahun, huruf abjad pun belum

dikenali oleh majoriti responden.

Pengkaji perlu peka, prihatin, kreatif dan mahir mengenalpasti

keperluan dan kehendak responden. Segala kaedah yang diketahui

sering diubahsuai dan digunakan demi meningkatkan pencapaian

mereka. Walaupun demikian pengkaji dapati prestasi mereka sukar

ditingkatkan. Kini pengkaji terfikir untuk melaksanakan kajian kepada

6 orang responden terpilih dengan menggunakan bonggo bagi“ “meningkatkan kebolehan dan kecekapan mereka membaca khususnya

100 perkataan KVKV yang dipilih.

Berpandukan tinjauan di atas berikut dicatatkan ringkasan analisis prestasi

para responden.

Responden

Kekuatan , kelemahan & Potensi

A Boleh membaca ayat mudah tetapi lambat. Bolehmenulis huruf abjad dengan betul dan kemas.Kurangminat membaca tetapi menunjukkan minatmenyanyi.Berpotensi diinklusifkan

14

15

B Boleh membaca ayat mudah tetapi lambat. Bolehmenulis huruf abjad dengan betul dan kemas tetapikadang-kala gopoh. Kurang minat membaca tetapiminat mendengar muzik.Berpotensi untukdinklusifkan

C Boleh menyanyi dengan baikMasih lambat ketikamembaca. Kelambatan membaca mungkindisebabkan oleh penglihatan yang kabur.

D Boleh mengeluarkan suara yang kuat ketikamenyanyi.Mengeja ketika membaca. Kadar bacaanmasih lambat.

E Boleh mengikut arahan dan mengikut irama jikadiasuh.Masih belum menguasai abjad dan sukukatasepenuhnya.Berpotensi untuk maju kerana masihmuda

F Minat menggunakan alat muzik dan hiburan.Masihtidak boleh membaca kerana belum kenal abjad dansukukata sepenuhnya. Boleh maju tetapimemerlukan kegigihan dan kekerapan mengadakansesi latih tubi

6.4.2 Membuat Tinjauan / Kutipan Data

i) Kaedah pemerhatian:

Tinjauan terhadap kebolehan dan kepantasan membaca sudah

dimulakan pada awal tahun 2004 semenjak pengkaji mengajar di kelas

Pendidikan Khas. Pada umumnya pengkaji tahu pencapaian setiap

responden melalui sesi temu bual dengan ibu bapa yang diadakan

ketika hari pendaftaran. Para responden memang tidak gemar

membaca tetapi menunjukkan minat semasa sesi P&P dijalankan. Di

samping itu mereka boleh menyiapkan tugasan yang diberi pada

lembaran kerja. Namun begitu apabila diminta membaca soalan dalam

ujian atau cerita pendek, didapati mereka perlu mengambil masa yang

panjang untuk membaca beberapa ayat pendek.

ii) Kaedah temubual

Temubual dengan ibubapa/penjaga juga telah dijalankan. Ibubapa para

responden menyatakan anak mereka memang malas membaca. Para

ibubapa serta guru telah mengakui mereka sering menasihati dan

menyuruh para responden supaya rajin membaca, tetapi hakikatnya

para responden memang sukar diajak untuk mengamalkan tabiat suka

membaca.

15

16

iii) Kaedah ujian dalaman .

Ujian dalaman diadakan pada peringkat pertengahan dan akhir tahun

yang dikendalikan pada setiap tahun. Walaupun ada responden yang

memperolehi gred A dalam subjek Bahasa Melayu tetapi diperhatikan

para responden sukar membaca soalan tanpa bimbingan guru.

Keputusan ujian para responden dalam subjek Bahasa Melayu adalah

seperti berikut:

6.4.3 Analisis Tinjauan Masalah (Analisis Data)

Pada bahagian ini, pelaksanaan Ujian prabacaan dijalankan untuk

mendapatkan data-data bagi melaksanakan kajian seterusnya. Ujian

prabacaan dijalankan kepada setiap responden. Setiap responden

dikehendaki membaca 20 perkataan yang terkandung dalam setiap set

ujian. Tempoh responden membaca 20 perkataan tersebut akan dicatat

disamping mengira jumlah perkataan yang dibaca dengan betul.

Keputusan ujian prabacaan. (lihat lampiran 2)

6.4.4 Fokus Kajian

Isu pelajar yang tidak boleh membaca sentiasa menjadi perhatian

umum. Justeru Kementerian Pelajaran Malaysia meneruskan usaha

menangani masalah ini. Antaranya memberi latihan kepada guru dan

menambahkan alat bantu mengajar dan bahan bantu mengajar yang

sesuai.

KumpResponden

Semester2 2008

Semester1 2009

Semester2 2009

Semester1 2010

A - - 90 94

B - - - 94

C - 89 90 88

D - - - 77

E - - - 84

84 98 75 78

16

17

Hasil penyelidikan, punca masalah responden tidak boleh membaca

sudah ditemui. Justeru sudah banyak kaedah cepat membaca yang

telah diaplikasi oleh para pendidik Namun mensifarkan bilangan

responden yang tidak boleh membaca tidak mungkin berlaku.

Justeru kajian demi kajian diteruskan dan kali ini pengkaji fokuskan

kepada 100 perkataan KVKV yang pengkaji pilih sahaja. Dengan

menggunakan bonggo disertai irama yang menghiburkan para“ ”responden dibimbing membaca 20 perkataan KVKV pada setiap sesi

pengajaran & pembelajaran.

6.4.5 Merancang Tindakan.

Pengkaji telah merancang beberapa langkah tindakan dalam

melaksanakan projek ini. Langkah-langkah itu termasuklah melakukan

temu bual, menganalisis item soalan temu bual, perjumpaan atau

taklimat dengan Guru Besar, Penyelaras Pendidikan Khas, Pembantu

Pengurusan Responden, responden-responden serta menilai dan

melakukan refleksi.

Sebagai tindakan proaktif pengkaji ialah memperkenalkan perkataan

KVKV dengan menggunakan Bonggo iaitu suatu alat muzik yang di

pukul serta dibunyikan mengikut rentak. Ini amat penting dan

mampu mencorakkan perkembangan dan pembangunan potensi

manusia (human potential) terutama dari segi perkembangan

pemikiran, reka cipta, menjadi kreatif, mengembangkan bakat dan

kebolehan semula jadi yang terpendam.

Kaedah pengajaran dengan menggunakan Bonggo ini dilahir daripada

cetusan idea pengkaji dan guru-guru sekolah ini. Pengkaji telah

meletakkan sasaran bahawa kaedah pengajaran yang bercorak

demikian mampu menjadi pendorong kepada kecemerlangan budaya

akademik sekolah yang berkesan khususnya dalam bidang pendidikan

khas. Kaedah nyanyian digunakan kerana pada kebiasaannya kanak-

kanak suka menyanyi. Pembelajaran dengan kaedah nyanyian dapat

mewujudkan suasana riang dan seronok. Suasana ini memudahkan

murid-murid mengingati , menyebut dan memahami apa yang diajar.

Untuk itu guru besar, penyelaras pendidikan khas, guru-guru

pendidikan khas serta ibu bapa yang terlibat bertanggungjawab dalam

membuat belanjawan, pengagihan sumber tenaga, pengurusan bahan

17

18

dan pengawalan aliran aktiviti supaya tidak tergendala dan lari

daripada perancangan dan pengurusan yang telah dibuat.

i) Kumpulan Sasaran.

Kajian ini melibatkan 6 orang responden bermasalah pembelajaran

dan mata pelajaran yang dipilih ialah Bahasa Melayu di SK Seri

Langkap, Teluk Intan.

ii) Tempoh kajian:

Dari 05. 7. 2010 hingga 05 September 2010

iii) Jadual Pelaksanaan Kajian

6.4.7 Melaksanakan Tindakan

Sesi pengajaran & pembelajaran yang berkesan dijalankan selaras

dengan tajuk-tajuk

dan set perkataan-perkataan yang telah disediakan.

Tajuk : Kata Nama dalam set 1 (sebagai contoh)

Tempoh : 60 minit bagi setiap tajuk

1. Induksi: Doa/ nasyid/ nyanyian/ cerita isu semasa

2. Perkembangan isi pengajaran

2.1 Tulis satu demi satu perkataan KVKV yang ingin diajarkansehingga 20 perkataan.

2.2 Setelah ditulis perkataan KVKV contohnya baju, bimbingresponden mengenal dan menyebut setiap huruf abjad yangterlibat diikuti dengan mengenalkan objek sebenar. Kemudianditeruskan sehingga 4 perkataan KVKV yang berikutnya.

2.3 Ambil bonggo dan bimbing responden membaca 5perkataan tersebut dengan irama yang diperkenalkan.

2.4 Ulangi aktiviti 2.1, 2.2 dan 2.3 bagi 5 perkataan KVKVberikutnya sehinggalah semua perkataan KVKV dalam set 1diperkenalkan.

2.5 Kendalikan penilaian melalui aktiviti ejaan secara bertulisdan beri ganjaran berfaedah kepada responden yangberjaya mengeja sekurang-kurangnya 16 perkataan denganbetul

3. Penutup

3.1 Ulangi aktiviti 2.3 bagi 5 perkataan KVKV terpilihsahaja.

18

19

Untuk memenuhi keperluan individu , program pengajaran dan

pembelajaran yang dibentuk adalah fleksible selaras dengan peraturan-

peraturan pendidikan ( Pendidikan Khas ) 1997 yang menyatakan :

Guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik“pengajaran dan pembelajaran , masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.”

Justeru itu, daya kreativiti guru amat penting supaya murid-murid

lebih berminat dan cepat mengenali atau belajar apa yang diajar.

6.4.6 Menilai dan Membuat Refleksi Perlaksanaan Sesi

Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian adalah proses pengumpulan maklumat sebelum dan selepas

untuk menilai perkembangan dan kemajuan murid dengan

menggunakan pelbagai kaedah. Penilaian juga adalah sebahagian

daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini bertujuan

untuk mengenal pasti tahap kecerdasan dan potensi murid. Maklumat

ini membolehkan kemajuan murid dapat dipertingkatkan dan

dikembangkan ke tahap maksimum

Sesi pengajaran & pembelajaran dijalankan setiap minggu iaitu semasa

subjek muzik. Didapati semua responden meminati pengajaran ini.

Namun demikian hanya 4 orang responden lelaki sahaja yang boleh

menyanyikan lagu KVKV ini dengan iringan bonggo. Apabila pengkaji

masuk ke kelas semua responden sudah bersedia. Minat yang tinggi

dapat dibuktikan apabila terdapat responden ( terutamanya F)

sentiasa menawarkan diri untuk memukul bonggo pada setiap sesi

P&P.

Pengkaji sungguh gembira melihat karenah para responden kerana

memudahkan pengkaji melakukan set induksi. Responden C, D dan F

sering menghiburkan pengkaji kerana suka menyanyikan lagu KVKV

ini. Pengkaji amat mengharapkan agar semua responden boleh

meningkatkan prestasi masing-masing dalam ujian pos nanti setelah

mempelajari kaedah ini selama 2 bulan..

i) Ujian Pos

19

20

Ujian pos dilaksanakan pada hujung bulan Ogos. Setiap responden

diminta membaca sekali lagi perkataan KVKV yang terkandung dalam

5 set ujian prabacaan. Sebelum ujian dimulakan pengkaji

mengingatkan responden supaya membaca dengan teliti dan

hendaklah cuba membaca dengan cepat. (lihat lampiran 2)

Ujian dijalankan dengan lancar. Ada responden yang berebut-rebut

untuk membaca lebih awal. Pada keseluruhannya semua responden

telah menunjukkan peningkatan sama ada dalam aspek purata markah

atau purata kadar kecepatan membaca seperti yang ditunjukkan di

bawah ini. Responden E menunjukkan peningkatan yang terbaik

RESPONDEN

PERATUSANPENINGKATAN PURATAMARKAH(digenapkankepada nombor bulatterhampir

PERATUSANPENINGKATAN KADARKECEPATAN MEMBACA(digenapkan kepadanombor bulat terhampir)

A 6% 3%

B 5% 38%

C 6% 32%

D 16% 54%

E 90% 66%

F 14% 20%

ii) Refleksi Ujian pos 2

a) Pelaksanaan ujian

Pengkaji telah menyediakan 10 ayat pendek. Setiap ayat hanya

mengandungi perkataan-perkataan KVKV sahaja . Pengkaji menilai

kebolehan responden dalam aspek membaca ayat-ayat tersebut dengan

sebutan yang betul dalam tempoh masa yang singkat.

b) Refleksi Ujian Pos 2

20

21

Alangkah gembiranya hati apabila ada responden yang dapat membaca

dengan baik ayat-ayat yang disediakan dalam ujian ini. Disamping itu

pengkaji dapati mereka boleh membacanya dalam tempoh masa yang

lebih pantas. Responden E sememangnya berjaya menunjukkan

prestasi yang paling menonjol.

iii) Refleksi kajian terhadap responden

Seandainya responden-responden diberikan sebuah rancangan

pengajaran yang mudah serta menarik perhatian, mereka akan

menumpukan perhatian kepada guru. Penumpuan perhatian dan

penglibatan aktif responden-responden ketika P& P yang dikendalikan

dalam kajian ini telah menghasilkan kejayaan walaupun hanya apabila

mendengar bunyi ketukan bongo tersebut responden yang kurang

memahami dalam masalah ini tertarik dan cuba untuk mengetahuinya.

Bilangan responden responden yang boleh membaca dengan baik dan

cepat sudah berjaya ditingkatkan. Pengkaji dapati wajah mereka

semakin ceria. Mereka rasa apabila mendapat sesuatu yang baru,

mereka akan rasa dihargai dan tidak ketinggalan.

iv) Refleksi kajian terhadap guru

Pengkaji berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai oleh para

responden. Hanya seorang responden sahaja yang langsung tidak

boleh membaca. Namun pengkaji kurang kecewa dengan

kegagalannya kerana responden ini bermasalah dalam pertuturan dan

terbukti perkembangannya lewat. Pengkaji berjaya mengemukakan satu

kaedah cepat membaca bagi sebahagian perkataan KVKV khususnya

dalam kalangan responden berkeperluan khas. Pengkaji percaya

kaedah ini boleh diaplikasi kepada kumpulan lain juga. Selain

daripada itu juga kepakaran dan kemahiran guru KKBP adalah penting

untuk melaksanakan sebarang program yang berkaitan dengan murid-

murid sedemikian. Kejayaan program ini amat memberangsangkan

apabila seorang murid, Asyraf Bin Yaakub boleh menguasai bunyi

vokal dengan tepat dalam masa 4 hari. Seterusnya dengan kaedah

Bongo, murid ini menunjukkan peningkatan yang amat ketara apabila

beliau boleh menghafal bunyi suku kata dalam tempoh dua minggu

pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Kepakaran guru-guru dalam menangani tingkah laku dan penyesuaian

emosi Asyraf , mempercepatkan proses pembelajarannya walaupun

21

22

Asyraf ialah seorang murid yang bermasalah dalam emosi. Guru-guru

mampu mengajar beliau sehingga berjaya. Nilai kesabaran, ketabahan

dan kepakaran yang digandingkan dengan kesungguhan telah berjaya

mengatasi masalah semasa.

Kerjasama dan kesungguhan guru KKBP dalam proses pembelajaran

dan pengajaran di KKBP , setiap murid diberi perhatian khusus dan

galakan untuk perkembangan bakat , kebolehan dan potensi diri

bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Khas. Aktiviti-aktiviti seperti

terapi berkebun , terapi berkuda , terapi pengamatan dan terapi

motor halus dan motor kasar sering dilakukan. Namun bakat kanak-

kanak KKBP pula harus dipupuk dan dicungkil melalui aktiviti-aktiviti

persembahan seperti nyanyian, bercerita, lakonan, tarian dan

permainan alat muzik. Dalam hal ini juga guru-guru KKBP

menunjukkan kesungguhan dan rasa tanggungjawab unutk mendidik

dan berbakti kepada kanak-kanak di kelas ini. Mereka menghormati

pelajar sebagai individu yang mempunyai kemampuan, kebolehan,

kemahiran dan minat tersendiri.

Pendekatan yang paling baik untuk digunakan ialah pendekatan yang

boleh diubah suaikan selaras dengan cara murid-murid mampu

belajar. Guru-guru sentiasa mendekati dan menolong murid-murid

agar mereka mendapat ketenteraman emosi , rasa percaya dan

selamat.

Program KKBP di sekolah ini menyediakan kemudahan yang

bersesuaian bagi membantu kanak-kanak berkeperluan khas mendapat

pendidikan yang setara dengan rakan normal mereka. Program

Pendidikan Khas adalah juga satu subsistem dalam pendidikan dan

bertanggungjawab menyediakan peruntukan dan kemudahan bagi

membantu kanak-kanak berkeperluan khas mendapat pendidikan yang

setara dengan rakan normal mereka. Dr Lilia Halim, Berita Harian, 11

Ogos 2004 menyatakan bahawa setiap murid dalam KKBP dilatih untuk

berdikari dan meningkatkan keyakinan diri. Dengan cara ini mereka

tidak akan menjadi bebanan kepada keluarga dan masyarakat apabila

dewasa kelak. Ini bersesuaian dengan ketetapan UNESCO (1973) The“aim of special education is to prevent a disability from becoming a

handicap . ”

Dalam hal ini juga, apabila sudah berkecimpung dalam arena

pendidikan khas, sebagai seorang guru, perlulah menggalakkan murid

22

23

supaya minat membaca.Guru perlu menggalakkan murid yang

sedemikian untuk minat membaca dan perlulah diadakan aktiviti yang

setaraf dengannya. Sebagai motivasi mereka hendaklah diberi hadiah

atau lain lain ganjaran sebagai galakan. Dengan ini mereka tidak–merasa rendah diri dan berminat untuk membaca. Selain daripada itu

juga, suasana perlu diwujudkan untuk mereka supaya mereka lebih

terdedah kepada bahan bacaan. Perkara ini seharusnya mendapat

kerjasama ibu bapa serta bantuan nasihat dari pihak guru. Seharusnya

pihak-pihak yang terlibat perlu saling bekerjasama dan menjalinkan

hubungan baik dan harmonis untuk memastikan kejayaan murid-

murid khas ini. Mereka perlu sentiasa berbincang dalam memastikan

prestasi pelajaran anak-anak sedemikian sentiasa menunjukkan

perkembangan.

6.4.8 Merancang Tindakan Susulan

Pada tahun 2005 kajian pengkaji bersama rakan-rakan guru Pendidikan

Khas membuat pelbagai kaedah untuk mendapatkan satu cara

pengajaran yang berkesan. Hasil kajian yang lalu telah dimantapkan

dan pada tahun ini subjek Bahasa Malaysia menjadi pilihan dan

meneruskan kajian tersebut untuk mendapat keberkesanannya. Adalah

diharapkan pada tahun yang akan datang pengkaji sekiranya mampu

menerokai bidang disiplin dan pengurusan tingkah laku pula. Adalah

diharapkan dengan adanya kajian ini, responden-responden yang

sedemikian tidak ketinggalan dalam pendidikan. Walaupun kajian yang

dilaksanakan ini tidak berjaya 100% tetapi murid dapat sedikit

sebanyak mengenal dan membunyikan suku kata terbuka KVKV. Di

masa akan datang, sekiranya kaedah ini dimantapkan lagi oleh guru-

guru yang terlibat dengan murid-murid lembam atau pemulihan khas

boleh diaplikasikan di dalam pembelajaran normal.

Peranan kepimpinan sekolah dalam merancang kejayaan adalah sama

pentingnya dalam tugasan mengekalkan pencapaian dan seterusnya

membuat penambahbaikan bagi setiap program atau projek yang

dilaksanakan. Langkah kepimpinan sekolah membuat follow up dan‘ ’follow through merupakan pemantauan berterusan untuk‘ ’

memastikan teknik pengajaran yang sesuai dengan keupayaan murid –murid dilaksanakan dan pencapaian mereka direkodkan.

Kajian ini boleh dilebarluaskan untuk digunapakai oleh panitia mata

pelajaran khususnya panitia Bahasa Melayu. Murid murid yang–

23

24

masih belum menguasai 3M akan mendapat manfaat daripada projek

ini. Ini menjadi landasan kepada kejayaan dalam UPSR di pihak

sekolah telah mensasarkan kelulusan 100% dalam Bahasa Melayu

Pemahaman. Kegagalan sifar dalam Bahasa Melayu membuktikan

semua murid celik huruf dan celik 3M.

Oleh itu, murid murid di kelas biasa yang dikenalpasti mengalami–masalah pembelajaran dan buta 3M akan dilibatkan dengan kajian ini.

Pembimbing Rakan Sebaya (PKS) akan digunakan untuk membantu

rakan lain merupakan penambahbaikan pada projek.

Untuk mencapai kejayaan adalah lebih mudah daripada untuk

mengekalkan kejayaan yang dicapai. Banyak halangan dan cabaran

yang perlu dihadapi dalam mengekalkan kejayaan ini. Penglibatan

semua pihak khususnya ibu bapa / penjaga perlu dengan memberi

lebih perhatian kepada anak anak terutama kepada anak-anak–istimewa. Keengganan ibu bapa atau penjaga menerima hakikat

keadaan anak- anak mereka dan tidak mahu menghantar ke KKBP

menyulitkan lagi proses pemulihan dilakukan.

Kebanyakan warga sekolah dan masyarakat tidak prihatin dan

memandang rendah kepada kanak kanak istimewa. Kesedaran melalui–penerangan dan ceramah perlu diadakan untuk mengatasi keadaan ini.

7. KESIMPULAN

Pengajaran hasil dari kajian perolehi ialah keikhlasan bekerja dan

komitmen yang tinggi daripada semua pihak serta sokongan yang

padu sentiasa bersama akan menghasilkan kejayaan. Di samping itu,‘ ’hak pendidikan harus diberi kepada semua tanpa mengira

kemampuan / kekurangan mereka. Pendekatan yang berbeza perlu

digunakan untuk murid yang berbeza bagi memastikan semua murid

yang keluar selepas 6 tahun di sekolah rendah celek 3M , terdidik

dengan akhlak yang baik.

Dalam pendemokrasian pendidikan, setiap kanak-kanak ada hak untuk

mendapat pendidikan. Seorang Guru Besar yang memiliki Kuasa Pakar

perlu mengenal pasti kemampuan setiap murid untuk belajar , diajar

dan dididik. Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran

perlu ditangani dengan hikmah dan diberi pendidikan dengan

pendekatan yang sesuai dengan kemampuan mereka. Prestasi setiap

24

25

murid mesti sentiasa dinilai dan diukur. Penempatan mereka dalam

kumpulan tertentu (cemerlang, sederhana dan berpotensi) dan

pelaksanaan aktiviti-aktiviti bersesuaian dapat membantu murid

meningkatkan prestasi mereka. Kecemerlangan murid adalah kayu

ukur kecemerlangan sekolah.

Perancangan program sekolah tidak boleh dilihat sebagai satu aktiviti

tahunan tetapi perlu dirancang sebagai satu pelan induk yang

dilengkapi dengan program tahunan. Setiap tahun strategi pelaksanaan

boleh diubah suai , dengan mengambil kira pencapaian tahun

sebelumnya. Kejayaan satu projek yang dilaksanakan adalah hasil

daripada gabungan pengetahuan , pengalaman dan stail kepimpinan

yang diamalkan. Matlamat untuk mencapai kecemerlangan pendidikan

kekal sebagai teras pengajaran dan pembelajaran manakala murid-

murid adalah kumpulan sasar yang memerlukan bimbingan dan

bantuan.

Masyarakat juga perlu diberi kesedaran bahawa murid-murid

berkeperluan khas juga berhak mendapat pendidikan sewajarnya.

Perbezaan ketara ialah kelas khas pendidikan memerlukan tumpuan

ibu bapa / penjaga dan guru-guru yang lebih dibandingkan dengan

kelas biasa.

Peranan Kementerian juga perlu digandakan, bersesuaian dengan

matlamat untuk memastikan sokongan penuh diberikan kepada

pelaksanaan program. Tempat belajar yang selesa, kemudahan yang

lengkap dan peruntukan yang mencukupi akan menjamin kejayaan

yang berkekalan.

25

26

BIBLIOGRAFI:

Abu Basar bin Mohd. Shah. (2003). Nota-nota kuliah , Jabatan Pendidikan Khas MPIK, Kuala Lumpur.

Budaya membaca: Dimuat turun pada 11.8.10 dari http://roszelan.pbwiki.com/

Buku panduan pelaksanaan Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (1998).Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.

Buku panduan Bahasa Melayu Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran sekolah rendah dan menengah. (2007). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia

Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan pemulihanbacaan asas.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ee Ah Meng. (1991). Psikologi pekembangan aplikasi dalam bilik darjah. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Hamid Arshat Pakar Sakit Puan.Masalah membaca. Dimuat turun pada 11.8.2010 dari http://www.hamidarshat.com

Hj. Abd. Razak Dali: Isu dan masalah pengajaran dan pembelajaran membaca di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi dimuat turun pada 11.8.2010 darihttp://fasisbh1.zoom-a.com/isumasalahmembaca.htm.

Jamila K.A.Mohamed. (2005). Pendidikan Khas untuk kanak-kanak istemewa.Kuala Lumpur:PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Marohaini Yusoff. (1989). Strategi pengajaran bacaan dan kefahaman. Kuala Lumpur: Kaya Bistari Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (1990). Pemulihan,pengayaan dan isu pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman,.

26

27

Nur Farani binti Supian. (1998). Keberkesanan Pendidikan Jasmani suaian terhadap kecergasan fizikal pelajar bermasalah pembelajaran: Kajian kes di Sekolah Kebangsaan Perempuan Bukit Kuda, Klang.: Disertasi tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pendeta, Jurnal Bahasa Sastera dan Budaya. Jilid 1(2005) dan jilid 2 (2006). Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Roziah binti Abd Hamid. Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku Kata Dan Gambar dimuat turun pada 8.8.2010 dari http://search.yahoo.com/

Shaidah Shafie (2008). Muzik perkasa minda: Terapi bunyi-bunyian beri kesanpositif kepada kanak-kanak dimuat turun pada 6.8.2010 dari Berita Harian http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=6&storyid

Sindrom Lambat Membaca. Dimuat turun pada 6.8.2010 dari http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=511%3Asindrom-lambat-membaca&catid=200%3Ajenis-jenis-penyakit&Itemid=4-

Sufean Hussin.(1993). Pendidikan di Malaysia-sejarah, sistem dan falsafah.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Suhaili Sahimin- (2007) pedagogi – muzik dalam perkembangan kanak_kanak: Dimuat turun pada 12.8.2010 dari http://myaspirasi.blogspot.com/2007/11/pedagogi-muzik-dalam-perkembangan-kanak.html

Yusof Abd.Majid .(2002). Pendidikan muzik. Kursus Pendedahan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Perak. Kedah: Harvard Suasana Hotel.

27