KAJIAN ISU TAJUK: PERSEPSI GURU SENI TERHADAP PERLAKSANAAN OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH...

32
KAJIAN ISU TAJUK: PERSEPSI GURU SENI TERHADAP PERLAKSANAAN OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH DI KAWASAN MERLIMAU, MELAKA. 1. Pengenalan Objektif kurikulum ditentukan dengan berdasarkan kepada beberapa kriteria yang dikira dapat mewujudkan suatu kurikulum yang bermanfaat kepada pelajar. Antara kriteria- kriteria yang digunakan untuk menentukan kurikulum sekolah ialah matlamat individu, masyarakat, dunia dan sarwajagat. Objektif sesuatu kurikulum digubal berdasarkan matlamat kurikulum, dan matlamat kurikulum pula telah disediakan berdasarkan tujuan. Maka tujuan, matlamat dan seterusnya objektif saling berhubungkait dan perlu difahami oleh pendidik dengan jelas sebelum merancang sesuatu pengajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (KBSM) telah dirancang dengan teratur, kemas dan berubah mengikut keperluan semasa atas usaha Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Negara. Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 1

Transcript of KAJIAN ISU TAJUK: PERSEPSI GURU SENI TERHADAP PERLAKSANAAN OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH...

KAJIAN ISU

TAJUK: PERSEPSI GURU SENI TERHADAP PERLAKSANAAN OBJEKTIF

PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH MENENGAH DI KAWASAN MERLIMAU,

MELAKA.

1. Pengenalan

Objektif kurikulum ditentukan dengan berdasarkan kepada

beberapa kriteria yang dikira dapat mewujudkan suatu

kurikulum yang bermanfaat kepada pelajar. Antara kriteria-

kriteria yang digunakan untuk menentukan kurikulum sekolah

ialah matlamat individu, masyarakat, dunia dan sarwajagat.

Objektif sesuatu kurikulum digubal berdasarkan matlamat

kurikulum, dan matlamat kurikulum pula telah disediakan

berdasarkan tujuan. Maka tujuan, matlamat dan seterusnya

objektif saling berhubungkait dan perlu difahami oleh

pendidik dengan jelas sebelum merancang sesuatu pengajaran.

Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni

Visual (KBSM) telah dirancang dengan teratur, kemas dan

berubah mengikut keperluan semasa atas usaha Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Negara.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

1

Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual ini mengandungi

Matlamat, Objektif, Organisasi Kurikulum dan Kandungan.

(Rujuk Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah Pendidikan Seni Visual, 2000).

2. Latar belakang masalah

Keberkesanan pengajaran dan pembelajran boleh

ditingkatkan sekiranya guru dapat memahami kemampuan dan

persepsi diri terhadap objektif yang terkandung dalam

sukatan pelajaran. Maklumat yang diperolehi boleh digunakan

untuk memperbaiki pengajaran diri dan seterusnya berjaya

mencapai hasrat negara untuk muncul sebagai negara maju

menjelang tahun 2020.

Angelo dan Cross (1993) menyatakan bahawa terdapat

pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh penyelidik untuk

mendapatkan maklumat dari subjek kajian. Antara kaedah yang

boleh digunakan untuk memperolehi maklum balas ialah temu

bual, soal selidik dan pemerhatian. Dalam kajian ini

penyelidik telah menggubah satu set soal selidik berdasarkan

sukatan pelajaran pendidikan seni visual untuk mengukur

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

2

domain persepsi guru seni terhadap objektif pendidikan seni

visual sekolah menengah. Selain daripada itu, kaedah temu

bual dan pemerhatian turut digunakan untuk mendapat maklumat

yang lebih kukuh dan tepat.

3. Pernyataan Masalah

1. Apakah persepsi guru-guru seni terhadap kefahaman

objektif Pendidikan Seni Visual?

2. Sejauh manakah objektif Pendidikan Seni Visual

dilaksanakan semasa P&P?

3. Adakah pencapaian akedemik, pengalaman mengajar dan

kekerapan menghadiri kursus seni mempengaruhi kefahaman

objektif?

4. Bagaimana sesuatu objektif boleh menjelaskan matlamat

dalam membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari

segi JERI?

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

3

4. Hipotesis kajian

1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara

kefahaman objektif dengan pencapaian akademik guru

seni.

2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara

kefahaman objektif dengan pengalaman mengajar dalam

mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

3. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara

kefahaman objektif dengan kekerapan menghadiri kursus

seni.

5. Kepentingan kajian

Kajian yang dijalankan ini sedikit sebanyak memberi

gambaran tentang pelaksanaan objektif Pendidikan Seni Visual

di sekolah-sekolah kawasan Merlimau. Dapatan kajian dapat

memberi makluman kepada Kementerian Pendidikan dan

pentadbiran sekolah menilai tahap perlaksanaan objektif di

sekolah supaya tindakan susulan boleh diadakan.

6. Skop kajian

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

4

Merlimau merupakan kawasan yang terletak di bahagian

selatan negeri Melaka. Di sini terdapat empat buah sekolah

menengah kebangsaan iaitu SMK Seri Makota, SMK Dang Anum,

SMK Dato Abdul Rahman Yakub dan SMK Sungai Rambai. Jumlah

bilangan guru yang mengajar mata pelajaran seni visual

adalah 15 orang iaitu 11 (73.3%) orang guru lelaki dan 4

(26.7%) orang guru perempuan. Kesemua guru adalah berbangsa

Melayu. Pencapaian akademik bagi sampel guru dapat

dikategorikan kepada 2 kumpulan iaitu Diploma 6 (40%) orang

dan Sarjana Muda 9 (60%) orang. Pengalaman mengajar guru

seni di kawasan Merlimau adalah berbeza-beza iaitu kurang

dari 2 tahun 3 (20%) orang, 2-5 tahun 3 (20%) orang, 6 – 10

tahun 1 (6.7%) orang, manakala pengalaman mengajar lebih

dari 10 tahun 8 (53.3%) orang. (Rujuk lampiran 3)

7. Definisi Istilah

7.1 Objektif

Objektif ialah perkara-perkara yang jelas tentang

tingkah laku yang dapat dibuat oleh murid-murid untuk

menunjukkan sesuatu yang telah dapat dipelajari. Ia

merupakan hasil pengajaran yang dijangkakan dan bukan

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

5

prosesnya. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1989) dalam bukunya

yang bertajuk Pedagogi 3 telah menerangkan bahawa objektif

mengandungi tiga unsur yang penting. Pertama, ia menekankan

perlakuan yang dikehendaki daripada murid-murid sebelum

berakhirnya pelajaran. Kedua, syarat-syarat yang diperlukan

bagi perlakuan itu dan ketiga, peringkat pencapaian minimum

yang harus diperolehi.

7.2 Perbezaan di antara Tujuan, Matlamat, Objektif

Menurut I.K. Davies (1976) dalam Objectives in Curriculum

Design, definisi ‘Tujuan’ ialah “kenyataan am yang cuba

memberi bentuk dan arahan kepada kehendak-kehendak yang

lebih terperinci pada masa akan datang… Tujuan adalah titik

permulaan. Ia merupakan satu idea, suatu cita-cita, dan

suatu arah untuk dituju.”

Dalam pendidikan, perkataan ‘matlamat’ kadang-kadang

disamakan dengan objektif am. Jika perkataan tujuan di atas

ialah tujuk arah, perkataan matlamat pula akan memberi

penerangan mengenai arah itu. Oleh kerana tujuan merupakan

satu idea, maka matlamat merupakan pecahan-pecahan mengenai

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

6

idea itu. Menurut C.D. Cavert (1974) dalam An Approach to the

Design of Mediated Instruction, definisi ‘matlamat’ ialah “matlamat

ialah kategori dan peringkat am tingkah laku yang telah

dipelajari dalam satu bahagian pembelajaran. Objektif ialah

penyataan spesifik mengenai gerak balas (response) penuntut

(iaitu tingkalaku) yang telah dirancangkan. Matlamat memberi

pemerian tentang tingkah laku penuntut secara am.” Dengan

itu, matlamat ialah peringkat am tingkahlaku, manakala

objektif ialah peringkat khusus tingkah laku. Objektif ialah

satu kenyataan berkenaan dengan apa yang boleh dilakukan

oleh murid-murid hasil daripada pengajaran dan pembelajaran.

Ia boleh dikategorikan ke dalam beberapa jenis antaranya

ialah implisit, eksplisit, tingkah laku dan ekspresif.

Apabila seseorang guru membuat keputusan untuk

mengajar, dia perlulah memutuskan beberapa isu penting. Guru

berkenaan perlu memilih isi pelajaran yang berkaitan, kaedah

pengajaran yang sesuai dan prosedur penilaian yang berkaitan

dengan objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Apa yang

dilakukan oleh guru adalah untuk mencipta satu persekitaraan

,yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan tingkah laku

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

7

yang diharapkan. Ini dilakukan melalui interaksi antara guru

dengan murid secara individu atau kumpulan, menggalakan

interaksi sesama murid, atau menggalakan interaksi murid

dengan bahan pengajaran. Mengikut Krathwohl (1971), proses

pendidikan bermakna mengadakan satu siri persekitaran yang

membolehkan murid untuk mempelajari tingkah laku baru,

memperbaiki atau menghapuskan tingkah laku semasa, dan

melatih tingkah laku ini hingga ke tahap dia berupaya

mempamerkannya ke satu paras yang memuaskan di bawah keadaan

tertentu. Pernyataan objektif pengajaran merupakan satu

perihalan tingkah laku, iaitu pelajar diharap dapat

mempamerkannya dengan agak tekal. Oleh sebab peranan

objektif pengajaran amat penting dalam proses pengajaran,

perhatian serius perlulah diberikan.

7.3 Persepsi

Persepsi merupakan tanggapan seseorang tentang sesuatu

perkara setelah orang itu mengalami perkara yang

dimaksudkan. Setelah membuat analisis sama ada secara

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

8

spontan atau sebaliknya, satu idea terbentuk di dalam

pemikirannya tentang perkara berkenaan. Persepsi tidak

semestinya betul atau salah secara mutlak. Baird (1986)

menganggap perbezaan persepsi adalah sesuatu yang

dijangkakan. Persepsi adalah satu proses kognitif yang

dilakukan oleh seorang individu untuk memberi makna kepada

persekitarannya.

7.4 Guru

Page (1977) dalam International Dictionary of Dictionary of

Education telah mendefinisikan guru sebagai seseorang yang

mengajar, terutamanya seseorang yang diupah oleh sesebuah

sekolah untuk mengajar. Good (1959) mentakrifkan guru

sebagai seseorang yang telah mengikuti kurikulum profesional

di sesebuah institusi rasmi dengan tujuan unuk membimbing,

mengarah pengalaman pembelajaran pelajar dalam institusi

pendidikan, sama ada kerajaan ataupun swasta.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

9

8. Matlamat dan objektif Pendidikan Seni Visual

Matlamat Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah adalah

untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik

budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi,

imaginatif, kritis, kreatif, inovatif. Kandungan kurikulum

berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran

terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,

keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke

arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara,

selaras dengan hasrat FPK.

Tokoh-tokoh Pendidikan Seni seperti Efland (1977) telah

menghuraikan 3 komponen utama yang dijadikan matlamat dan

objektif Pendidikan Seni, iaitu yang melibatkan perkembangan

individu, warisan budaya dan seni dalam masyarakat. Mcfee

(1961) mengatakan objektif Pendidikan Seni untuk membentuk

tingkah laku dan meningkatkan kepekaan terhadap persekitaran

dan alam. Feldman (1972) mengariskan objektif Pendidikan

Seni sebagai mengenal dunia sekitar, belajar bahasa seni

tampak, mengkaji kepelbagaian bahasa seni tampak dan

menguasai teknik-teknik pendidikan seni.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

10

Kesemua objektif yang dikemukakan mempunyai perbezaan

dan persamaan, namun apa yang terpenting ialah ia dirancang

berdasarkan matlamat dan berkeupayaan membentuk generasi

yang sejajar dengan hasrat pembangunan negara.

9. Kepentingan objektif dalam mata pelajaran pendidikan

seni visual

Objektif penting dan berfaedah kepada pembinaan ujian

sebagai panduan untuk menentukan isi dan arah yang perlu

ditekankan.

Objektif melewati kandungan mata pelajaran Pendidikan

Seni Visual, ini bukan bermakna kandungan tidak penting,

tetapi sekadar kandungan tidak menjadi matlamat akhir.

Kandungan merupakan cara atau landasan untuk menulis

objektif pengajaran. Berdasarkan objektif yang ditulis, guru

dapat merancang kaedah dan peralatan yang releven dan sesuai

untuk keperluan pelajar.

Popham (1969) mengemukakan pendapatnya tentang

kepentingan kenyataan objektif dalam pengajaran. Menurut

beliau mutu pengajaran tidak akan meningkat tanpa penggunaan

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

11

objektif tingkah laku. Pendapat ini disokong oleh Mager

(1971).

10. Objektif Pendidikan Seni dalam beberapa domain

Matlamat Kurikulum Pendidikan Seni Visual sejajar

dengan kehendak FPK dalam aspek interlek, emosi, jasmani dan

rohani, maka sekurang-kurangnya terdapat empat jenis

objektif tingkah laku yang tertera dalam kesemua (sepuluh)

objektif. Keempat jenis objektif tingkah laku ialah

Kognitif, Afektif, Psikomotor dan Rohaniah. Pendekatan ini

juga diperkenalkan sebagai pendekatan perkembangan

menyeluruh. Menurut Keneeth M. Lansing (1971), terdapat tiga

domain utama dan menjadikan fokus dalam mata pelajaran seni

visual iaitu:

i. Domain Kognitif: Ilmu yang berkaitan dengan

gubahan, prosedur, sejarah dan aplisiasi, estetika serta

seni dalam kehidupan (dalam Iberahim Hassan 2001). B.S.

Bloom (1965) telah menemukakan taksonomi objektif kognitif

yang merangkumi pengetahuan, kefhaman, aplikasi, analisis,

sintesis dan penilaian. Ia mementingkan perkembangan potensi

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

12

pelajar dari segi interlek. Mazlan Mohamad (1997) dalam

bukunya yang bertajuk Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni

telah menerangkan buku Planning Art Education – in the Middle/ secondary

School of Ohio, yang dikeluarkan oleh State of Ohio Department

of Education 1977, mengambarkan hubungan antara tujuan,

matlamat, objektif, pendekatan dan aktiviti. Aras pencapaian

objektif dipadukan daripada taksonomi domain kognitif, ia

bukan sahaja merupakan alat pengukur terhadap pencapaian

pelajar tetapi boleh dijadikan sebagai aras berbicara.

ii. Domain Afektif: Suatu aspek yang berkaitan dengan

nilai, sikap, minat, keperihatinan, pertimbangan, menghargai

warisan dan mempunyai sahsiah yang baik. (dalam Iberahim

Hassan 2001). Manakala D. R. Krathwohl (1965) mengatakan

domain ini mementingkan perkembangan emosi dan perasaan.

iii. Domain Psikomator: Memupuk kepada pertumbuhan

kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh

terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran,

meningkatkan kualiti koordinasi antara mata, tangan , otot

dan mental. (dalam Iberahim Hassan 2001). Objektif ini

dikemukakan oleh Simpson (Kapfer, 1965) ia mementingkan

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

13

perkembangan dan memelihara kecergasan diri, bersedia

menjalankan amalan menggunakan masa lapang secara berfaedah,

memperolehi kemahiran-kemahiran asas praktik dalam kehidupan

seharian; dan mempunyai asas kemahiran vokasional.

iv. Domain Rohaniah: Turut diterapkan dalam Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah yang bermatlamat memperkukuhkan

kepercayaan beragama; memperkembangkan keyakinan terhadap

pencipta; peka kepada nilai dan norma masyarakat; dan

membentuk perlakuan dan peribadi yang berlandaskan nilai

murni.

Maka kesemua objektif dalam Pendidikan Seni Visual di

sekolah menengah dapat dianalisa berdasarkan domein seperti

berikut:

Objektif

Domain

1 Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. Afektif

2 Memupuk budaya penyelidik dalam prosespenghasilan karya seni visual.

Kognitifdan

Psikomator

3 Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti,inovasi, displin serta kemahiran dalam

Kognitifdan

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

14

bidang seni visual yang dapat diamalkandalam kehidupan dan kerjaya.

Psikomator

4 Menggunakan pelbagai kemahiran, media,teknik dan teknologi untuk mereka ciptabarangan kraf dan produk seni visual yangberkualiti.

Kognitif

5 Membuat diskripsi, snalisis, interpretasidan penilaian terhadap karya seni visual.

Kognitif

6 Mendapat nilai tambah dalam displin sains,teknologi dan mata pelajaran lain.

Kognitifdan

Afektif

7 Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteksperkembangan sejarah seni visual diMalaysia dan antarabangsa.

Afektif

8 Menjadikan bidang seni visual sebagaiprospek kerjaya.

Afektif

9 Menyedari dan menghargai suasana senidalam persekitaran dan kaitan dengankeselesaan hidup.

Afektif

10 Membina jati diri ke arah pembentukannegara bangsa.

Afektif

11. Rekabentuk kajian

Rekabentuk kajian ini bersifat kualitatif dan

kuantitatif. Satu set soal selidik berbentuk skala likert

telah disediakan untuk mengumpul data. (rujuk lampiran 1)

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

15

Jacobs dan Ary (1990) , Mohd. Majid Konting (1990)

berpendapat bahawa kebaikan menggunakan soal selidik ialah

ianya boleh melibatkan responden yang lebih ramai, sacara

lebih luas dan menyeluruh. (kajian ini walaupun hanya 15

responden, ia merupakan latihan penulisan ilmiah bertujuan

menambah pengetahuan dan pengalaman).

Temu bual digunakan sebagai alat pengumpulan data untuk

memperoleh maklumat tentang fakta, perasaan, kepercayaan dan

lain-lin secara langsung. Seramai 5 orang guru ditemu bual

dalam kawasan Merlimau.

Selain daripada itu, kaedah pemerhatian turut

diplaktiskan. Penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah

laku subjek berpandukan pemboleh ubah – pemboleh ubah yang

telah dikenal pasti.

Data-data yang diperoleh dianalisis menggunakan bantuan

komputer. Program yang digunakan ialah Statistical Package for the

Social Science (SPSS). Subprogram yang digunakan ialah ujian-

t, ANOVA sehala, Pearson Correlation. Menurut Mohd Majid

Konting (1990) penganalisisan data berstatistik menggunakan

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

16

perisisan pengaturcaraan SPSS dapat menghasilkan pengiraan

yang tepat dan bebas daripada ralat.

12. Dapatan kajian

Tinjauan terhadap persepsi sebahagian guru seni terhadap

pemahaman objektif kurikulum pendidikan seni visual

Berdasarkan data yang dikumpul didapati bahawa hampir

kesemua sampel kajian iaitu seramai 14 (93.3%) orang guru

seni mengatakan bahawa mereka memahami objektif pendidikan

seni visual sekolah menengah dengan baik. Hanya seorang guru

sahaja yang tidak memahami objektif Pendidikan Seni Visual

dengan sepenuhnya. (rujuk lampiran 3) Ini adalah kemungkinan

disebabkan kebanyakan subjek terdiri daripada guru yang

berpengalaman dan antaranya telah lama menjadi jurulatih

utama. Walaupun terdapat subjek yang mempunyai pengalaman

mengajar yang kurang dari 2 tahun, tetapi mereka merupakan

generasi muda yang menerima ilmu pengetahuan yang kukuh dari

universiti pendidikan seperti UPSI. UPSI telah mendidik dan

memberi konsep baru dalam beberapa pendekatan yang

dikenalpasti sesuai dengan suasana pendidikan di negara kita

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

17

antaranya DBAE yang ditaja oleh Yayasan Getty, Model Efland,

Lansing dan lain-lain.

Kaedah pemerhatian terhadap pelaksanaan objektif pendidikan

seni semasa pengajaran dan pembelajaran

Dengan izin pihak pentadbir sekolah dan bantuan

pengetua sekolah lain di kawasan Merlimau, penyelidik telah

berpeluang memerhati beberapa orang guru seni menjalankan

aktiviti P&P. Pengkaji telah memilih objektif 2 iaitu

memupuk budaya penyelidik dalam proses penghasilan karya

seni sebagai dasar menentukan pelaksanaan objektif dalam

P&P. Dapatan data ialah kelima-lima orang guru seni telah

mengamalkan objektif ini dalam P&P, sebagai contoh 1: Dalam

mengajar unsur-unsur seni seperti garisan: Pelajar diminta

mengkaji dan menyelidik garisan yang terdapat di sekeliling

bilik darjah dan mengkaji fungsi setiap jenis garisan dalam

masa 160 minit. Contoh 2: Dalam unit catan: Pelajar diminta

bandingbezakan antara 2 jenis catan yang berlainan teknik,

menyelidik aliran kedua catan tersebut, pelajar terpaksa

membuat rujukan perpustakaan untuk mengumpul maklumat dan

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

18

seterusnya membuat laporan. Pendekatan pengumpulan dan

penyusunan data-data membantu pelajar membuat penyelidikan

secara saintifik mengenai seni. Pelajar dilatih secara

ilmiah supaya dapat mengenali ciri-ciri teperinci bagi

sesuatu aliran seni. Walaupun guru seni tersebut telah

mengambil masa 2 minggu untuk mengajar sebahagian kecil

dalam unit catan tetapi hasilnya amat memerangsangkan.

Menurut Tuckman (1978), penyelidikan ialah suatu usaha yang

sistematik untuk mendapat jawapan kepada sesuatu masalah. Ia

bertujuan untuk mencari kebenaran dan menambah ilmu

pengetahuan. Walaupun keesahan dan kebolehpercayaan kaedah

ini rendah tetapi rumusannya ialah tidak 100% objektif yang

dilaksanakan merujuk kepada matlamat FPK tetapi sebahagian

objektif pasti dilaksanakan oleh guru seni yang

berpengalaman.

Hubungan antara pencapaian akedemik, kekerapan menghadiri

kursus seni dan pengalaman mengajar dengan kebolehan

memahami objektif

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

19

Bagi menjawab hipotesis 1 iaitu: Tidak terdapat

perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan

pencapaian akademik guru seni. Penyelidik telah menggunakan

analisis ujian t program SPSS. Ujian t menunjukkan t (13) =

-.806, p = 0.435 adalah tidak signifikan. Hipotesis nol

diterima. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap

pencapaian akademik dengan kefahaman objektif. (rujuk jadual

1)

Jadual 1T-Test

Group Statisticspencapaia

nakademik

N Mean Std.Deviatio

n

Std.ErrorMean

OBJEKTIF

Diploma 6 10.0000 .0000 .0000

SarjanaMuda

9 10.8889 2.6667 .8889

Independent Samples Test

Levene'sTest forEquality

ofVariance

s

t-testfor

Equalityof Means

F Sig. t df Sig. (2-tailed)

OBJEKTI

FEqual

variances

3.396 .088 -.806 13 .435

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

20

assumed Equal

variances notassumed

-1.000 8.000 .347

Bagi menjawab hipotesis 2 iaitu: Tidak terdapat

perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan

kekerapan menghadiri kursus seni. Ujian ANOVA sehala

menunjukkan nilai F (2 , 12) = 0.72, p = .507 , adalah tidak

signifekan. Hipotesis nol diterima. Tidak terdapat perbezaan

yang signifikan terhadap kefahaman objektif antara kekerapan

menghadiri kursus seni. Ini kemungkinan disebabkan guru yang

tidak menghadiri kursus dapat ‘inhouse traning’ dari guru

yang telah menghadiri kursus. (rujuk lampiran 2)

Jadual 2Oneway ANOVA

OBJEKTIF Sum ofSquares

df MeanSquare

F Sig.

BetweenGroups

6.400 2 3.200 .720 .507

WithinGroups

53.333 12 4.444

Total 59.733 14

Post Hoc TestMultiple ComparisonsDependent Variable: OBJEKTIF Tukey HSD

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

21

MeanDifference (I-J)

Std.Error

Sig. 95%Confidenc

eInterval

(I)kekerapankursus

(J)kekerapankursus

LowerBound

UpperBound

tak pernah 2 - 4 kalisetahun

.0000 1.4142 1.000 -3.7729 3.7729

5 - 8 kalisetahun

-1.3333 1.2766 .564 -4.7391 2.0724

2 – 4 kalisetahun

tak pernah .0000 1.4142 1.000 -3.7729 3.7729

5 - 8 kalisetahun

-1.3333 1.3608 .603 -4.9639 2.2972

5 – 8 kalisetahun

tak pernah 1.3333 1.2766 .564 -2.0724 4.7391

2 - 4 kalisetahun

1.3333 1.3608 .603 -2.2972 4.9639

Bagi menjawab hipotesis 3 iaitu: Tidak terdapat

perbezaan yang signifikan antara kefahaman objektif dengan

pengalaman mengajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni

Visual. Ujian kolerasi menunjukkan r = 0.23 , p = 0.408

adalah tidak signifikan. Tidak terdapat hubungan yang

signifikan antara kefahaman objektif (min = 10.53 , sd =

2.06) dengan pengalaman mengajar (min = 2.93 , sd = 1.27).

nilai pekali kolerasi yang ditunjukkan adalah sangat rendah.

(rujuk jadual 3)

Jadual 3

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

22

Kolerasi

Descriptive StatisticsMean Std.

DeviationN

OBJEKTIF 10.5333 2.0656 15 Pengalaman mengajar

2.9333 1.2799 15

CorrelationsOBJEKTIF pengalaman

mengajar OBJEKTIF Pearson

Correlation1.000 .231

Sig. (2-tailed)

. .408

N 15 15 Pengalaman mengajar

PearsonCorrelation

.231 1.000

Sig. (2-tailed)

.408 .

N 15 15

Ujian kolerasi menunjukkan r = 0.23 , p = 0.408 adalah

tidak signifikan. Tidak terdapat hubungan yang signifikan

antara kefahaman objektif (min = 10.53 , sd = 2.06) dengan

pengalaman mengajar (min = 2.93 , sd = 1.27). nilai pekali

kolerasi yang ditunjukkan adalah sangat rendah.

Dari dapatan data didapati bahawa 60% guru tidak

dapat menyenaraikan kandungan seni visual dengan tepat.

Secara tidak langsung ia telah menyokong penulisan yang

pernah ditulis oleh Iberahim Hassan (2001) dalam kertasSalsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

23

kerjanya yang bertajuk Pendidikan Seni Di Malaysia antara

Harapan dengan Realiti telah mempersoalkan sejauh mana

penguasaan ilmu dikalangan kita (guru seni) yang berkaitan dengan kandungan

mata pelajaran ini? Setelah mengadakan temubual bersama tiga

orang guru seni yang berpengalaman (pengalaman mengajar seni

lebih dari 10 tahun dan telah menjadi JU Seni lebih daripada

5 tahun), apa yang mereka memberi penjelasan ialah walaupun

guru seni tidak dapat menyenaraikan kandungan dengan tepat

tetapi apa yang mereka jelas ialah unit-unit yang terkandung

dalam setiap kandungan. Ini menunjukan bahawa guru seni

lebih fokus kepada apa yang perlu pelajar mempelajari dan

guru seni kurang sensitif terhadap perubahan mata pelajaran

seni visual.

Selain daripada itu, dari dapatan data juga menunjukkan

bahawa sebanyak 26.7 % (4 orang) guru seni merujuk sukatan

setiap kali sebelum merancang P&P; 40% (6 orang) guru

merujuk seminggu sekali; 26.7% (4 orang) juga yang merujuk

sebulan sekali dan hanya 6.7% (1 orang) guru sahaja yang

merujuk sukatan setahun sekali. Kekerapan merujuk sukatan

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

24

pelajaran akan membantu dan memastikan guru dapat merancang

sesuatu pelajaran dengan tepat.

13. Perbincangan dan cadangan

Keputusan kajian menunjukkan bahawa persepsi guru seni

terhadap kefahaman objektif seni visual adalah sangat baik.

Namun, aktiviti yang dirancangkan oleh guru bertujuan untuk

mencapai objektif sesuatu topik / unit atau ia benar-benar

dirancang untuk mencapai objektif sukatan dan seterusnya

mencapai matlamat mata pelajaran pendidikan seni visual,

masih perlu kajian selanjutnya.

Berdasarkan temubual yang telah dijalankan di beberapa

buah sekolah menengah kawasan Merlimau, beberapa cadangan

telah diperolehi dalam usaha mempertingkatkan kefahaman dan

pelaksanaan kehendak objektif yang sebenarnya dalam

penagajaran dan pembelajaran antaranya;

1. Dalam satu minggu pelajar belajar seni visual hanya

antara 160 - 240 minit. Dengan masa yang terhad ini dan

dengan perkembangan pengetahuan yang amat pesat, guru

harus memilih objektif pengajaran dengan sebaiknya.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

25

Objektif yang dipilih mestilah objektif yang

mengandungi isi, kemahiran, dan pengalaman yang

dianggap terpenting dan sesuai dengan peringkat

pelajar.

2. Pendapat Ground (1970) mengenai 5 aspek memilih

objektif pengajaran dengan baik boleh dijadikan sebagai

pandauan dan ingatan iaitu:

Adakah objektif itu menyatakan hasil pembelajaran

yang sesuai dengan bidang pelajaran seni visual?

Adakah objektif itu mengambarkan perkembangan yang

logikal dengan bidang seni visual?

Adakah kategori tatatingkat objektif itu sesuai

dengan kebolehan pelajar?

Adakah objektif itu selaras dengan fsalsafah

pendidikan?

Adakah objektif itu selari dengan keperluan masa

depan pelajar dan masyarakat?

3. Bagi setiap sekolah seharusnya mempunyai bilik seni

khas untuk menjalankan aktiviti P&P. Ruang bilik seni

tersebut perlu disusun dengan selesa dan sudut-sudut

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

26

khas agar dapat memberi inspirasi kepada pelajar

apabila melakukan aktiviti penyelidikan.

4. Kursus seperti semakan semula perlu diadakan sekurang-

kurangnya 2 kali dalam sepenggal. Kursus ini bukan

setakat kandungan mata pelajaran yang perlu disemak

tetapi juga pencapaian / pelaksanaan objektif turut

dibincangkan agar pendidik benar-benar faham kehendak

matlamat Pendidikan Seni Visual dan seterusnya mencapai

kehendak FPK.

5. Pastikan guru seni yang mengajar berpandukan modul

pengajaran yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan

Melaka. Hasil modul pengajaran tersebut adalah atas

usaha-usaha jurulatih-jurulatih utama yang penuh

pengalaman dan pengetahuan dalam bidang seni.

6. Kaedah-kaedah pengajaran yang disyorkan oleh PPK

seperti pembelajaran masteri, pembelajaran kontekstual,

kajian masa depan, penggunaan ICT dan lain-lain perlu

difahami dengan baik oleh setiap guru seni kerana jika

kenyataan objektif ditulis dengan jelas dan tepat

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

27

tetapi kaedah / strategi penyampaian ilmu kurang baik,

hasil pembelajaran turut mengecewakan.

7. Guru seni perlu membuat bacaan awal agar dapat

mendalami serta menghayati topik yang akan disampaikan.

P&P yang dijalankan dapat merangsang dan mencabar

intelek pelajar. Guru perlu jelas apa yang harus

dipelajari oleh pelajar dalam topik berkenaan.

8. Kunjungan dan lawatan ke galeri, studio-studio seniman,

IPTA, IPTS dan pusat-pusat kraftangan amat digalakkan.

Ia bukan setakat memberi ilmu pengetahuan tetapi juga

dapat menyedari pelajar mengenai prospek kerjaya yang

berkaitan dengan bidang seni. Objektif pengajaran untuk

satu unit akan berkembang dan menjurus ke arah

pembangunan negara.

Kesimpulan

Objektif Pendidikan Seni Visual yang ada sekarang lebih

menyeluruh kepada domain kognitif, afektif dan psikomotor

jika dibandingkan sebelum ia disemak oleh Pusat Perkembangan

Kurikulum. Sebelum tahun 2000, bilangan objektif yang ada

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

28

dalam sukatan pelajaran ialah 12. Menurut kajian yang telah

dibuat oleh Iberahim Hassan (2000), objektif 1, 2, 3 dan 4

ialah domain kognitif, objektif empat sehingga dua belas

ialah domain afektif. Jelas dilihat domain psikomotor kurang

difokuskan pada masa itu. Manakala sukatan baru hanya

terdapat sepuluh objektif sahaja. Antaranya objektif 2, 3,

4, 5 dan 6 boleh dikategori dalam domain kognitif. Objektif

1, 7, 8 dan 9 adalah domain afektif. Objektif 2, 3 dan 4

adalah domain psikomotor. Objektif 10 dikategori sebagai

domaian rohaniah.

Guru faham akan kesemua objektif dengan jelas tetapi

belum pasti mereka menulis kenyataan objektif rujuk kepada

matlamat dan FPK. Walaupun terdapat guru yang sentiasa

melakukan unsur penyelidikan dalam P&P tetapi tidak semua

objektif dapat dilaksanakan kerana beberapa masalah yang

wujud sebagai penghalang seperti kekangan masa, kekangan

peperiksaan, pentadbir dan juga kelemahan guru seni sendiri.

‘Pendidikan Seni Visual sebagai tunggak pendidikan’

hasrat sebegini oleh kebanyakkan pencinta seni akan tercapai

sekiranya pendidik seni memahami dan dapat mentafsir dengan

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

29

tepat hubungan antara FPK, matlamat, objektif, organisasi

kurikulum dan kandungan yang tercatat dalam Sukatan

Pelajaran KBSM Pendidikan Seni Visual.

Bibliografi

Ahmed Ghazie Ibrahim. (2000). Pengajaran Dan PembelajaranPendidikan Seni Di Sekolah: Dulu, Kini Dan Masa Hadapan. ProsedingKonvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual. Balai SeniLukis Negara.

Edmund Burke Feldman. (1996) Philosophy of Art Education. NewJersey: Upper Saddle River.

Efland, Arthur (1977), Planing Art Education in the Middle/secondary School of Ohio, Ohio, USA: State of Departmentof Education.

Gary W. Moore (1983). Developing and Evaluating Educational Research.Toronto: Little, Brown and Company.

Iberahim Hassan. (2000). Matlamat Dan Objektif Pendidikan Seni VisualUntuk Sekolah Menengah: Perlu Kajian Semula. Proseding KonvensyenKebangsaan Pendidikan Seni Visual. Balai Seni LukisNegara.

Iberahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara HarapanDan Kenyataan dalam Seminar Pedagogi Pendidikan SeniVisual. Tanjong Malim, UPSI.

Isahak Harun, Koh Boh Boon. Asas-asas Dalam Amalan Pedagogi.Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

30

Kamarudin Hj. Husin. (1989). Pedagogi 3. Kuala Lumpur: LongmanMalaysia.

Mazlan Mohamad. (1997). Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Md. Nasir Iberahim, Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003).Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti. Pahang: PTSPublications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd. Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Othman Mohamed. (2001). Penulisan Tesis Dalam Bidang Sains SosialTerapan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Sidek Mohd Noah (2002). Reka Bentuk Penyelidikan : Falsafah, Teori danPraktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Sulaiman Ngah razali. (1997). Pedagogi Teori dan Praktik. KualaLumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Walter R. Borg & Meredith Damien Gall (1983). EducationResearch An Introduction. New York & London: Longman.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

31

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

32