TAJUK 1 DOMAIN AFEKTIF DALAM PEMBENTUKAN SIKAP POSITIF

28
PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL TAJUK 1 DOMAIN AFEKTIF DALAM PEMBENTUKAN SIKAP POSITIF 1.0 SINOPSIS Tajuk ini memberi fokus kepada disiplin Pengajian Sosial untuk pemupukan domain afektif yang merangkumi nilai murni, nilai patriotik dan nilai alam sekitar. 1.1 HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan domain afektif dalam pembentukan sikap positif 2. Menerangkan dengan contoh nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar dalam kehidupan seharian 3. Mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan kesedaran umum terhadap nilai murni, unsur patriotisme dan alam sekitar 1.2 KERANGKA TAJUK DISIPLIN PENGAJIAN SOSIAL UNTUK PEMUPUKAN DOMAIN AFEKTIF 5

Transcript of TAJUK 1 DOMAIN AFEKTIF DALAM PEMBENTUKAN SIKAP POSITIF

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

TAJUK 1 DOMAIN AFEKTIF DALAM PEMBENTUKAN SIKAPPOSITIF

1.0 SINOPSIS

Tajuk ini memberi fokus kepada disiplin Pengajian

Sosial untuk pemupukan domain afektif yang merangkumi

nilai murni, nilai patriotik dan nilai alam sekitar.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan domain afektif dalam pembentukan sikap

positif

2. Menerangkan dengan contoh nilai murni, unsur

patriotisme dan nilai alam sekitar dalam kehidupan

seharian

3. Mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi

meningkatkan kesedaran umum terhadap nilai murni, unsur

patriotisme dan alam sekitar

1.2 KERANGKA TAJUK

DISIPLIN PENGAJIAN SOSIAL UNTUK PEMUPUKAN DOMAIN AFEKTIF

5

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

1.2.1 NILAI MURNI

Nilai murni boleh ditakrifkan sebagai perlakuan yang

baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam

hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Wan Zaid (1968)

menyatakan nilai murni merupakan tanggapan berkenaan

perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga

menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu

masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Menjadi tujuan

semua agama untuk membentuk kehidupan penganutnya bersikap

baik dan berakhlak mulia.

Di sekolah guru-guru memainkan peranan sebagai ibu bapa

dalam membentuk kanak-kanak selaras dengan penerapan yang

terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Nilai-nilai

murni hendaklah diterapkan bermula daripada pendidikan

prasekolah hinggalah kepada proses pembelajaran dan

perkembangan kanak-kanak dalam membentuk peribadi dan amalan

murni.

6

Disiplin Pengajian Sosial untuk

pemupukan domain afektif

Nilai Murni Unsur Patriotisme Nilai Alam Sekitar

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Dalam Jadual berikut ialah contoh-contoh nilai murni

dan subnilai yang bukan sahaja boleh diterapkan melalui

aktiviti pengajaran dan pembelajaran malah boleh juga

diterapkan secara sama ada secara langsung atau tidak

langsung melalui aktiviti kokurikulum dan aktiviti khidmat

komuniti.

NILAI MURNI SUBNILAI

Baik HatiSikap yang sentiasa mengambilberat terhadap perasaan dankebajikan orang lain secara tulusikhlas. Sikap baik hati ini bolehdilihat dengan menilai tindaktanduk seseorang terhadap oranglain.

Belas kasihanBertimbang rasaMurah hati

BerdikariKebolehan dan kesanggupanmelakukan sesuatu tanpa bergantungpada orang lain

BertanggungjawabBerupaya bertindak sendiriYakin pada diri sendiri

Hemah TinggiBudi pekerti dan tingkah laku yangmulia dan lemah lembut serta budibahasa yang patut diamalkan olehseseorang individu dalamhubungannya dengan anggotamasyarakat yang lain.

KesopananMengakui kesalahandiri Ramah mesra

7

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Hormat-menghormatiMenghargai dan memuliakanseseorang dan institusi sosialdengan memberikan layanan yangsopan.

Hormat kepada ibu bapa,guru, rakan dan pemimpinHormat kepada raja dannegaraPatuh kepada undang-undang

Kasih SayangPerasaan cinta, kasih dan sayangyang mendalam dan berkekalan yanglahir daripada hati yangrela terhadap sesuatu

Sayang kepada nyawaSayang kepada alam sekelilingCinta kepada negaraCinta kepada keamanan

KeadilanTingkah laku, pertuturan sertakeputusan yang saksama dan tidakberat sebelah

AdilSaksama

Kebebasan Boleh melakukan sesuatu tanpabatasan asalkan kebebasan itutertakluk kepada peraturan danundang-undang yang ditentukan olehagama, masyarakat dan negara.

Kebebasan di sisi undang-undangKebebasan dalam sistemdemokrasi

KeberanianKesanggupan seseorang untukmenghadapi cabaran dengan yakindan tabah hati. Keberanian ituperlu ada pada setiap orang tetapiia harus tahu batas dankeupayaannya kerana keberanianyang melulu boleh mengakibatkanbencana

Berani dengan tidak membuta tuliBerani kerana benarBerani mempertahankan KeberanianBerani bertanggungjawab

8

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

KejujuranSikap dan perlakuan yangmenunjukkan niat baik, amanah danikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Amanah Bercakap benar Ikhlas

Kebersihan Fizikal dan MentalKebersihan diri merupakankebersihan tubuh badan yang perludijaga oleh setiap indvidu.Pemeliharaan alam sekelilingsupaya bebas daripada kekotorandan pencemaran. Pandangan,cadangan, pendapat, dan pemikiranyang bernas harus dipupuk untukkebaikan diri dan masyarakat.

Kebersihan diriKebersihan persekitaranPertuturan dan kelakuan yang sopanPemikiran yang sihat dan membina

KerajinanUsaha berterusan yang penuh dengansemangat ketekunan, kecekalan,kegigihan, dedikasi dan daya usahadalam melakukan sesuatu perkara.

CekalusahaDedikasiGigih Tekun

KerjasamaSemua pihak sedia bantu-membantu,berkongsi dan rela menjalankantugas masing-masing. Usaha yangbaik dan membina yang dilakukansecara bersama pada peringkatindividu, komuniti, masyarakat dannegara untuk mencapai sesuatumatlamat.

PersaudaraanTanggungjawab bersamaToleransiGotong royongKebaikan bersama

KesederhanaanSikap tidak keterlaluan dalammembuat pertimbangan sama adadalam pemikiran, pertuturan atautingkah laku supaya sesuai dengan

Sederhana dalam menimbang kepentingan diri dan orang lainTidak keterlaluan

9

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

norma dan nilai dalam pertuturan dan tingkah laku

KesyukuranKesyukuran bermaksud kita harusberterima kasih dan bersyukur diatas kemudahan-kemudahan yang kitaperoleh. Kesyukuran merujuk kepadaperasaan dan perlakuan yangdilahirkan kerana nikmat dankesenangan yang diperolehseseorang itu.

Berterima kasih Mengenang budi Memberi penghargaan

Semangat BermasyarakatKesediaan melakukan sesuatu dengansemangat kekitaan bagi kepentinganbersama untuk mewujudkankeharmonian hidup dalammasyarakat.

BermuafakatKejirananPeka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat-isu sosial

RasionalRasional bererti boleh berfikirberdasarkan alasan dan bukti yangnyata serta dapat mengambiltindakan berasaskan pertimbanganyang wajar tanpa dipengaruhi olehemosi. Orang yang rasional bolehmembuat pertimbangan danpenaakulan serta berfikiran secaralogik dan terbuka.

Sikap rasional asas pertimbangan yang wajar Kesudian memberi teguran membina dan bersedia menerima teguran orang lain. Pemikiran rasional penting dalam menangani konflik

Membuat Nota

1. Nyatakan tiga domain afektif dalam pembentukan sikap positif seseorangmurid.

10

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

2. Terangkan dengan contoh yang sesuaitentang nilai murni dalam kehidupanseharian anda.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasandi atas.

Rehat

1.2.2 UNSUR PATRIOTISME

Pada umumnya, patriotisme ditakrifkan sebagai sikap-

sikap positif dan menolong terhadap negara oleh individu-

individu dan kumpulan-kumpulan. Patriotisme juga berkaitan

dengan bangsa dan negara itu sendiri. Patriotisme juga

merujuk sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan

budaya bangsa melalui pemeliharaan ciri-ciri bangsa dan

dasar budayanya, identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam

bangsa itu. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang

itu wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding

kepentingan diri dan kelompoknya.

Patriotisme boleh dikategorikan kepada patriotisme

peribadi dan patriotisme rasmi. Sebagai contoh, menghormati

bendera adalah patriotisme peribadi kerana seseorang itu

berperasaan dan sukarela untuk mematuhi nilai-nilai

patriotik. Patriotisme rasmi biasanya penuh dengan simbolik

11

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

dan istiadat untuk kepentingan negara itu sendiri supaya

memperoleh kesahan bersama komuniti politik. Sebagai

contoh, Hari Pahlawan dan Tugu Negara ialah patriotisme

rasmi yang diatur oleh protokol dengan tujuan tertentu.

Berikut ialah beberapa contoh unsur patriotisme yang

boleh diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Pengajian Sosial.

CONTOH-CONTOH UNSUR PATRIOTISME

Bersyukur dan berbangga dengan rumah sendiri Berterima kasih kepada keluarga kerana menyediakan

rumah yang selesa Berbangga dengan keistimewaan tempat sendiri Bersama bertanggungjawab untuk meningkatkan imej

tempat sendiri Menghormati ketua-ketua pentadbiran setempat Menyedari bahawa masyarakat setempat terdiri daripada

pelbagai kaum Bekerjasama dengan negara jiran untuk kepentingan

bersama. Menghormati negara-negara lain untuk menjamin

keamanan dunia. Menghargai jasa pengasas kerajaan Melaka Menyedari pentingnya menuntut ilmu Kesedaran bersama untuk mempertahankan negara Bersatu padu mempertahankan negara Memupuk semangat kekitaan serta perpaduan

menentang penjajahan Menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama. Menghormati amalan dan kepercayaan setiap kaum Menyemaikan semangat cinta akan negara Menyemaikan semangat integrasi nasional Bersama bertanggungjawab memelihara warisan sejarah. Menghargai kemajuan teknologi ke arah kemakmuran

ekonomi negara.

12

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Membuat Nota

Terangkan dengan contoh yang sesuai tentang unsur patriotisme dalam kehidupan seharian anda.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

Rehat

1.2.3 NILAI ALAM SEKITAR

Pendidikan alam sekitar bertujuan untuk meningkatkan

kesedaran tentang kualiti alam sekitar supaya generasi masa

hadapan dapat mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa

hadapan. Pelajar diharapkan dapat menghargai betapa

pentingnya usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam

sekitar.

Bagi mencapai matlamat tersebut maka seseorang guru

khususnya guru mata pelajaran Pengajian Sosial perlu

menerapkan nilai alam sekitar dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Di samping itu, penerapan nilai alam sekitar

juga boleh dilakukan melalui aktiviti kokurikulum dan juga

13

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

aktiviti khidmat komuniti. Berikut ialah beberapa contoh

nilai alam sekitar yang boleh diterapkan melalui aktiviti-

aktiviti tersebut.

NILAI ALAM SEKITAR

HURAIAN NILAI ALAM SEKITAR

Prinsip bekerjasama

Peranan kita adalah untuk memahami, bekerjasama seiring jalan serta hidupberharmoni dengan alam tabii dan bukan untuk menawan, menjajah serta mengeksploitasinya.

Prinsip menghormati alam / bumi

Semua spesis sama ada berguna atau tidak kepada manusia mempunyai hak untuk hidup / sekurang-kurangnya berjuang untuk hidup

Prinsip kehidupanseimbang

Kebahagiaan hidup diperolehi daripadakemajuan dalam aspek kebendaan dan kerohanian tanpa mengabaikan kemajuanalam sekitar.

Prinsip kerosakanminima

Apabila kita terpaksa melakukan perubahan kepada alam / bumi untuk memenuhi keperluan kita, kita mestilah memilih cara yang mengakibatkan kerosakan yang minima.

Prinsip rendah diri

Bumi bukanlah milik manusia sahaja; kita adalah sebahagian daripada bumi / alam ini.

Prinsip mengiktiraf hak generasi akan

Kita harus meninggalkan bumi dalam keadaan yang sama kalau tidak pun lebih baik daripada apa yang kita

14

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

datang temui pada mulanya

Prinsip tanggungjawab setiap individu

Setiap orang mestilah bertanggungjawab ke atas pencemaran dan degrasi alam sekitar yang diakibatkan olehnya. Membuang bahan cemar di tempat orang lain, seumpama kita racuni orang yang mendiami tempat itu.

Prinsip perlindungan dan pemuliharaan ekosistem

Kita mestilah melindungi ekosistem yang masih liar dan memperbaiki semula yang telah rosak.

Membuat Nota

Terangkan dengan contoh yang sesuai tentang nilai

alam sekitar dalam kehidupan seharian anda.

Rehat

Latihan 1

Cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan kesedaran umumterhadap nilai-nilai berikut:

1.1 Nilai murni1.2 Unsur patriotisme 1.3 Nilai alam sekitar

TAJUK 2 PERANAN GURU DALAM PEMUPUKAN NILAI,MORAL DAN ETIKA

15

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

2.0 SINOPSIS

Tajuk ini memberi fokus kepada peranan guru dalam

pemupukan nilai moral dan etika serta pentaksiran

penerapannya dalam pengajaran dan pembelajaran, kegiatan

kokurikulum dan aktiviti khidmat komuniti.

2.1 HASIL PEMBELAJARAN

2.1.1 Menggunakan kemahiran berfikir mengenai pemupukan

nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar

seseorang guru.

2.1.2 Mensintesis dan mencadangkan cara-cara bagi

pembentukan sikap positif semasa pengajaran dan

pembelajaran.

2.1.3 Menulis refleksi kendiri sejauh manakah amalan

positif ini telah diterapkan dengan jayanya dalam

pengajaran dan pembelajaran.

2.1.4 Mencadangkan beberapa langkah yang boleh digunakan

oleh guru bagi menerapkan nilai, moral dan etika semasa

pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

2.1.5 Memperjelaskan aktiviti-aktiviti yang boleh

diserapkan dengan unsur penerapan nilai.

2.1.6 Menghubungkaitkan aktiviti kurikulum dengan

penerapan kokurikulum.

16

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

2.1.7 Menunjukkan cara bagaimana penerapan nilai boleh

diaplikasikan di dalam kokurikulum.

2.1.8 Menyusun strategi bagi memanfaatkan penerapan

nilai dalam kokutikulum.

2.1.9 Mengenal pasti beberapa langkah bagi tujuan

penilaian nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam

sekitar dalam kokurikulum.

2.1.10 Menganalisis cara membuat pentaksiran

2.1.11 Mengaplikasikan beberapa aktiviti yang boleh

dinilai menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian

2.2 KERANGKA TAJUK

PERANAN GURU DALAM PEMUPUKAN NILAI, MORAL DAN ETIKA

17

Peranan Guru Dalam Pemupukan Nilai,

Moral dan Etika

Penerapan nilai murni, unsur

patriotisme dan nilai

alam sekitar dalam

Pengajaran &

Pembelajaran

Penerapan nilai murni, unsur

patriotisme dan nilai

alam sekitar dalam

Kegiatan Kokurikulum

Pentaksiran Penerapan nilai murni, unsur

patriotisme dan nilai

alam sekitar

Penerapan nilai murni, unsur

patriotisme dan nilai

alam sekitar dalam

Aktiviti Khidmat

Masyarakat

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Guru memainkan peranan yang amat penting dalam

pemupukan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam

sekitar dalam kalangan murid. Selain daripada menerapkan

nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar dalam

pengajaran dan pembelajaran, kegiatan kokurikulum dan

aktiviti khidmat masyarakat guru juga perlu membuat

pentaksiran terhadap keberkesanan penerapan nilai-nilai

tersebut.

2.2.1 PENERAPAN NILAI MURNI, UNSUR PATRIOTISME DAN NILAIALAM SEKITAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Usaha membangunkan nilai-nilai sosial di dalam diri

pelajar amat penting. Nilai sosial adalah nilai yang dianuti

oleh sesuatu masyarakat mengenai apa yang dianggap baik dan

apa yang dianggap buruk oleh masyarakat itu. Sebagai contoh,

seseorang yang menolong orang lain yang berada di dalam

kesusahan diterima sebagai nilai baik, manakala mencuri

harta benda orang lain adalah nilai buruk.

18

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

M.Z. Lawang menyatakan nilai adalah gambaran mengenai

apa yang diinginkan, yang pantas, berharga, dan dapat

mempengaruhi perilaku sosial daripada orang yang bernilai

tersebut. Mengikut Woods, nilai sosial sebagai petunjuk umum

yang telah lama berlaku dan mengarahkan tingkah laku dan

kepuasan dalam kehidupan sehari-hari. W.A. Green pula

mengatakan nilai sosial adalah kesedaran yang secara relatif

berlangsung disertai emosi terhadap objek. Di samping itu,

Menurut Hendropuspito nilai sosial ialah segala sesuatu yang

dihargai masyarakat kerana mempunyai daya guna fungsional

bagi perkembangan kehidupan manusia.

Guru boleh membentuk sikap positif dan menerapkan nilai

murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar dalam

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengajian Sosial

melalui cara-cara berikut.

Pembentukan sikap positif dan penerapan nilai boleh

dilakukan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

realistik. Isi pelajaran hendaklah berupaya membangunkan

pemikiran pelajar hasil daripda pemerolehan pengetahuan.

Sesuatu yang dipelajari itu hendaklah relevan dengan

kehidupan seharian. Di samping itu, bahan-bahan sumber

pengajaran dan pembelajaran yang digunakan hendaklah

berunsur stimulatif, iaitu dapat merangsang minat dan

respons pelajar.

19

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Guru hendaklah memastikan bahawa aktiviti pengajaran

dan pembelajaran yang dirancang dapat menggalakkan perlakuan

yang bermatlamat. Ini bererti strategi pengajaran dan

pembelajaran itu berorientasikan aktiviti dan berpusatkan

pelajar serta mengambil kira aspek pencapaian matlamat

selaras dengan hasil pembelajaran yang ditetapkan. Guru juga

perlu melibatan pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memupuk

rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar.

Di samping itu, guru perlu menyediakan ruang untuk para

pelajar membuat refleksi kendiri terhadap amalan nilai

selepas sesuatu langkah pengajaran dan juga dalam penutup.

Seseorang guru hendaklah merancang bagaimana sesuatu

nilai itu dapat diterapkan dalam mana-nama langkah

pengajaran yang sesuai. Pelaksanaan sesuatu aktiviti

penerapan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam

sekitar dalam prosedur pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Pengajian Sosial boleh dibuat sama ada secara

langsung atau tersirat.

Penerapan nilai-nilai tersebut hendaklah berpandukan

hasil pembelajaran berkaitan nilai yang ingin dicapai,

berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan. Penerapan nilai

perlulah berbentuk aktiviti (activity-based), berpusatkan20

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

pelajar (student-centered), berbentuk inkuiri dan aktiviti

penyelesaian masalah.

Membuat Nota

Dalam bentuk grafik, nyatakan empat carauntuk

membentuk sikap positif semasa pengajaran dan

pembelajaran.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

Rehat2.2.2 PENERAPAN DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM DAN AKTIVITI KHIDMAT KOMUNITI

Guru perlu menerapkan nilai murni, unsur patriotisme

dan nilai alam sekitar melalui kelab dan persatuan, badan

beruniform dan sukan dan permainan serta aktiviti khidmat

komuniti dan projek khas sukarelawan. Sebagai contoh, nilai

menghormati sesuatu keputusan mesyuarat harus wujud dalam

diri murid bagi memantapkan pengurusan dan pentadbiran.

Murid hendaklah diberi tanggungjawab untuk mengurus kelab

dan persatuan, badan beruniform dan sukan dan permainan

mengikut peranan murid-murid tersebut. Contohnya, seseorang

murid yang dipilih menjadi pengerusi sesuatu persatuan

harus diberi tanggungjawab untuk mempengerusikan sesuatu

mesyuarat dan membuat keputusan berdasarkan keputusan

bersama.

21

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Penerapan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam

sekitar juga perlu diterapkan sama ada secara langsung atau

tidak langsung dalam aktiviti berbentuk amali ke arah

pemantapan nilai dan etika dalam diri murid.

Nilai murni seperti kerjasama, guru penasihat yang

membuat pemantauan terhadap aktiviti berbentuk amali

hendaklah berupaya mengesan penerapan nilai murni, unsur

patriotisme dan nilai alam sekitar menggunakan kaedah

pentaksiran yang sesuai.

Membuat Nota

Dalam bentuk grafik, jelaskan bagaimana penerapan nilai murni, unsur patriotismedan nilai alam sekitar boleh diaplikasikan di dalam aktiviti-aktivitiberikut:

a) Aktiviti kokurikulumb) Aktiviti khidmat komuniti

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

2.2.3 PENTAKSIRAN PENERAPAN NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN AKTIVITI KO-KURIKULUM.

22

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Pentaksiran penerapan nilai dalam pengajaran dan

pembelajaran dan aktiviti kokurikulum bertujuan untuk

menilai perkembangan dan kemajuan setiap murid secara

menyeluruh dan berterusan dari segi nilai murni, unsur

patriotisme dan nilai alam sekitar.

Pentaksiran penerapan nilai hendaklah bersifat formatif

dan menekankan perkembangan individu. Maklumat yang

diperoleh memberi maklum balas tentang tahap dan kesan

penerapan nilai dalam kalangan murid.

Pentaksiran dikendalikan oleh guru secara bersistem

iaitu merancang, mengurus, merekod, melapor dan membuat

tindakan susulan. Pentaksiran ini menggunakan pelbagai

kaedah seperti senarai semak, rekod anekdot, pemerhatian,

temu bual dan soalan subjektif.

Membuat Nota

Terangkan secara ringkas lima kaedah yang boleh digunakan oleh seseorang guruuntuk membuat pentaksiran terhadap penerapan nilai murni, unsur patriotismedan nilai alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti kokurikulum.

23

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan

di atas.

Rehat

SENARAI SEMAK

Senarai semak mengandungi aktiviti yang disusun dengan

teliti bagi membolehkan guru menilai tahap penerapan yang

berlaku semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan

aktiviti kokurikulum. Kandungan senarai semak berdasarkan

nilai-nilai yang telah dirancang dalam prosedur pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran serta juga aktiviti kokurikulum.

Senarai semak boleh disediakan secara individu atau

berkumpulan seperti contoh berikut.

Borang Senarai Semak : Sikap Murid Terhadap Jiran

Arahan : Tandakan ( √ ) pada ruang yang sesuai.

Bil.

Penyataan Ada Tiada

1. Saya menyapa jiran apabila bersua dengan mereka

2. Saya tidak akan mengambil barang kepunyaan jiran

3. Saya tidak mengotorkan kawasan rumah

24

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

jiran.

4. Saya berkawan baik dengan anak jiran

5. Saya berbuat bising sehingga mengganggu jiran

AktivitiAnalisis kekuatan dan kelemahan Kaedah Senarai Semak untuk membuat pentaksiran terhadap nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan

di atas.

Rehat

REKOD ANEKDOT

Rekod Anekdot ialah suatu alat pemerhatian yang

menunjukkan tahap dan kualiti penguasaan serta pencapaian

tingkah laku murid dalam perkara tertentu. Rekod ini sesuai

digunakan untuk mengesan atau memerhati tahap perkembangan

murid terutamanya tahap penerapan nilai murni, unsur

patriotisme dan nilai alam sekitar yang diharapkan.

25

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Instrumen Penilaian : Rekod Anekdot – Unsur Patriotisme

Aktiviti : Perhimpunan Sekolah Tarikh : .....................................

Bil. Nama Murid Menghormati Lagu Kebangsaan Catatan

1 Murid ABerdiri tegak semasa menyanyikan lagu Kebangsaan

2 Murid BBerbual-bual dengan kawan semasa menyanyikan lagu KebangsaanTidak berdiri tegak

3 Murid C Menyanyi dengan penuh semangatBerdiri tegak

AktivitiAnalisis kekuatan dan kelemahan Kaedah Rekod Anekdot untuk membuat pentaksiran terhadap nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan

di atas

Rehat

26

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

TEMU BUAL

Temu bual ialah suatu kaedah untuk memperoleh maklumat

tentang pandangan, pemikiran, idea dan prinsip diri

responden tentang sesuatu isu atau perkara. Temu bual boleh

digunakan oleh seseorang guru untuk membuat pentaksiran

terhadap penerapan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai

alam sekitar yang hendak dinilai.

Aktiviti : Perkhemahan Unit BeruniformTempat : ________________________ Tarikh : ________Nama Murid : ________________________ Kelas/Tahun : ________

Soalan Temu Bual : Nilai Alam Sekitar

Bil. Soalan Jawapan Murid

1 Bagaimanakah sampah sarap diurus sepanjang tempoh perkhemahan?

2 Apakah peraturan berkaitan dengan alam sekitar yang harus diikuti semasa mendirikan khemah?

3 Nyatakan aktiviti yang dijalankan untuk memeliharaalam sekitar sepanjang tempoh perkhemahan?

27

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

AktivitiAnalisis kekuatan dan kelemahan Kaedah Temu Bual untuk membuat pentaksiran terhadap nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan

di atas.

Rehat

PEMERHATIAN

Amalan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam

sekitar boleh ditaksir melalui Kaedah Pemerhatian sama ada

dalam atau di luar bilik darjah. Melalui kaedah ini guru

akan dapat memperoleh pelbagai maklumat berkaitan dengan

sikap dan tingkah laku murid semasa pengajaran dan

pembelajaran, aktiviti kokurikulum dan aktiviti khidmat

komuniti.

Nama Murid : ________________________ Kelas/Tahun : ________

Perkara : Cara Murid Mempraktikkan Jadual WaktuNilai : Bertanggungjawab

Perkara Ada/Tiada

BERTANGGUNGJAWAB   Murid menggunakan waktu belajar dengan  

28

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

bertanggungjawab. Murid menggunakan waktu riadah dengan

bermanfaat. Murid memilih rancangan TV yang sesuai. Murid membantu keluarga dengan

bertanggungjawab.

ULASAN / KOMEN :

AktivitiAnalisis kekuatan dan kelemahan Kaedah Pemerhatian untuk membuat pentaksiran terhadap nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan

di atas.

Rehat

SOALAN SUBJEKTIF

Melalui soalan subjektif kita akan memperoleh banyak

maklumat tentang nilai yang ingin diketahui dengan lebih

mendalam kerana responden bebas mengemukakan pelbagai

pandangan dan pendapat. Oleh itu, guru akan lebih mudah

mentaksir tahap amalan nilai yang dikehendaki.

29

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Nama Murid : ________________________ Kelas/Tahun : ________

Tajuk : Semangat KejirananNilai : Hormat-menghormati

Bil. Soalan Jawapan Murid

1 Bagaimanakah anda mengenali jiran?

2 Apakah aktiviti kejiranan yang pernah anda ikuti?

3 Berapa kerapkah anda mengunjungi rumah jiran dan apakah tujuan anda?

4 Pernahkah anda menziarahi rumah jiransemasa hari perayaan? Ceritakan pengalaman anda.

AktivitiAnalisis kekuatan dan kelemahan Kaedah Soalan Subjektif untuk membuat pentaksiran terhadap nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan

di atas.

30

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Rehat

Latihan 2Sediakan satu langkah pengajaran danpembelajaran yang sesuai digunakan olehguru bagi menerapkan nilai-nilai berikutsemasa proses pengajaran danpembelajaran mata pelajaran PengajianSosial.

2.1 Nilai murni -Kerjasama2.2 Unsur patriotisme - Menghormati amalan dan kepercayaan setiap kaum2.3. Nilai alam sekitar - Prinsip kerosakan minima

Format Langkah Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah Pengajaran dan Pembelajaran Bahan Sumber P&P

2.1. Nilai murni - Kerjasama

a.

b.

c.

31

PSS3107 NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL

Peringatan

Setelah anda menyiapkan segala tugasan di dalam modul ini anda hendaklah menyimpannya dalam portfolio untuk tujuan semakan oleh pensyarah dan juga digunakan untuk sesi interaksi di IPG.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan kesemuatugasan

dalam modul ini. Jumpa anda semasa sesiinteraksi di IPG nanti.

Tamat

32