Kajian Tentang Bahasa Istana.

26
1.0 PENGENALAN Bahagian ini membincangkan latar belakang kajian, iaitu keterangan tentang variasi bahasa Istana serta definisi konsep penting yang digunakan dalam kajian ini. 1.1 Latar Belakang Kajian Bahasa yang kita gunakan setiap hari tidak sama seratus peratus. Terdapat kelainan yang kadang- kadang kita tidak sedari, terutamanya apabila digunakan secara spontan. Misalnya, ada kalanya kita menggunakan bentuk tidak dan ada kalanya bentuk yang lebih ringkas iaitu tak. Perbezaan ini di sebut sebagai variasi bahasa atau kelainan bahasa. Variasi atau kelainan bahasa ini bermaksud bentuk bahasa yang berlainan bagi maksud yang sama. Aspek variasi dalam bahasa mungkin timbul disebabkan oleh perbezaan daerah atau kawasan, mahupun faktor-faktor sosial seperti kedwibahasaan, gaya atau konteks. 2

Transcript of Kajian Tentang Bahasa Istana.

1.0 PENGENALAN

Bahagian ini membincangkan latar belakang kajian,

iaitu keterangan tentang variasi bahasa Istana serta

definisi konsep penting yang digunakan dalam kajian

ini.

1.1 Latar Belakang Kajian

Bahasa yang kita gunakan setiap hari tidak sama

seratus peratus. Terdapat kelainan yang kadang-

kadang kita tidak sedari, terutamanya apabila

digunakan secara spontan. Misalnya, ada kalanya

kita menggunakan bentuk tidak dan ada kalanya

bentuk yang lebih ringkas iaitu tak. Perbezaan

ini di sebut sebagai variasi bahasa atau

kelainan bahasa. Variasi atau kelainan bahasa

ini bermaksud bentuk bahasa yang berlainan bagi

maksud yang sama. Aspek variasi dalam bahasa

mungkin timbul disebabkan oleh perbezaan daerah

atau kawasan, mahupun faktor-faktor sosial

seperti kedwibahasaan, gaya atau konteks.

2

Salah satu daripada variasi bahasa ialah bahasa

istana. Ciri-ciri penting bahasa istana ialah

bahasa ini mematuhi nahu bahasa Melayu yang

terdapat kecenderungan pada bentuk tertentu.

bahasa Istana juga mempunyai ciri pengulangan,

pemulukan dan pendinaan. Ungkapan di raja ini

dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu

ungkapan rutin bahasa dan ungkapan leksis. 

Menurut Asmah Haji Omar, bahasa istana

merupakan variasi bahasa halus yang digunakan

dalam kalangan diraja dan apabila rakyat

berhubung dengan golongan istana. Oleh hal yang

sedemikian. Kami telah memilih filem Hikayat

Merong Mahawangsa sebagai sumber utama kajian

ini. Filem ini berlatar belakangkan kehidupan

masyarakat istana dan bahasa istana merupakan

variasi bahasa utama dalam filem tersebut.

1.2 Definisi Konsep

3

Bahasa istana atau bahasa dalam ialah bahasa diraja

yang digunakan khusus dalam pehubungan kebahasaan

dalam golongan diraja dan apabila menyebut hal-

ehwal berkenaan raja dalam sesetengah bahasa, baik

masih digunakan hari ini mahupun tinggal sejarah.

Bahasa istana mungkin berasal dari bahasa yang sama

tetapi mempunyai kosa kata yang berlainan, atau

bahasa yang berbeza sama sekali. Sebagai contoh,

warga Seuna yang pernah memerintah negeri Karnataka

menggunakan bahasa Kanada bukannya bahasa Sanskrit

sebagai bahasa istana atau bahasa Arab menjadi

bahasa istana di Parsi apabila Negara tersebut

ditakhluki oleh orang Arab. Sementara bahasa yang

sama dengan kosa kata yang berlainan wujud di

kalangan bahasa Melayu, Nyobo kotoba bagi bahasa

Jepun, Jawa dan banyak lagi termasuk bahasa

Inggeris.

Dalam penulisan esei ilmiah ini, persoalan yang

dinyatakan di atas akan dibincangkan berdasarkan

4

penggunaan bahasa istana yang terdapat di dalam

filem Merong Mahawangsa.Bahasa istana yang digunakan

di dalam filem ini terbahagi kepada beberapa aspek

yang sememangnya merupakan pecahan kepada bahasa

istana. Aspek-aspek yang dibincangkan ialah aspek

penggunaan kata dan ungkapan khusus, aspek kata

ganti nama diri orang dan aspek penggunaan unsur

pemulukan dan pendinaan.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini telah dilaksanakan untuk mencapai

beberapa objektif,iaitu:

(a) Untuk mengenalpasti penggunaan bahasa

istana di dalam filem Hikayat Merong

Mahawangsa.

(b) Untuk mengkaji aspek penggunaan bahasa

istana yang terdapat di dalam filem

tersebut .

5

(c) Membandingkan penggunaan bahasa istana

yang terdapat di dalam filem dengan bahasa

masyarakat biasa.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa kepentingannya,

iaitu :

(a) Menambahkan pengetahuan masyarakat terhadap

penggunaan bahasa istana

(b) Untuk dijadikan sebagai rujukan untuk

menjalankan kajian yang lain, khususnya kajian

berkaitan bahasa istana.

(c) Untuk menambah dokumentasi kajin yang berkaitan

dengan bahasa Istana.

4.0 SKOP KAJIAN

6

Fokus kajian ini ialah kepada bahasa Istana, iaitu

salah satu daripada variasi bahasa yang wujud

berdasarkan perkembangan semasa. Aspek yang

diberikan tumpuan ialah bahasa istana yang digunakan

dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa, aspek

penggunaan bahasa Istana , dan perbandingan antara

bahasa Istana dan bahasa biasa. Hasil daripada

pemerhatian dan penelitian yang telah dilakukan,

terdapat sebanyak 38 perkataan berunsur bahasa

Istana telah digunakan di dalam filem Hikayat Merong

Mahawangsa .

5.0 BATASAN KAJIAN

Bahasa istana yang dikaji dalam kajian ini hanya

difokuskan kepada penggunaan bahasa istana daripada

filem Hikayat Merong Mahawangsa. Filem yang berlatar

belakangkan kehidupan masyarakat istana pada zaman

dahulu yang menggunakan bahasa istana sebagai bahasa

pertuturan mereka. Tinjauan untuk memperoleh

maklumat berkaitan dengan bahasa Istana ini juga

7

hanya dilakukan terhadap sumber-sumber bertulis yang

berkaitan dengan bahasa Istana sahaja.

6.0 KAEDAH KAJIAN

Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah

untuk menghubungkaitkan persoalan atau objektif

kajian dengan hasil kajian. Dalam menjalankan kajian

ini kami telah menggunakan beberapa kaedah ,iaitu:-

6.1 Mendapatkan Data

a-Kajian Perpustakaan

Kami telah membaca bahan bacaan berkaitan

dengan bahasa istana termasuklah buku rujukan

Bahasa Melayu STPM, dan beberapa rujukan lain

dalam usaha menyiapkan tugasan kerja kursus

ini. Maklumat tambahan turut kami peroleh

hasil pembacaan kami daripada artikel-artikel

berkaitan bahasa istana,majalah dan juga surat

khabar.

b-Melayari Internet

8

Kemudahan internet digunakan bagi mendapatkan

maklumat yang lebih mendalam dengan melayari

laman web berkenaan tajuk kajian. Kemudahan

internet ini turut berkepentingan untuk kami

memuat turun Filem Merong Mahawangsa yang

merupakan sumber rujukan utama kami dalam

menjalani kajian ilmiah ini.

c- Visual

Kami telah menggunakan kaedah ini dengan

menganalisis Filem Hikayat Merong Mahawangsa.

Hasil penganalisian, kami telah mengeluarkan

bahasa Istana yang terdapat dalam filem

tersebut.

6.2 Mengumpul Data

9

Kajian ini bermula dengan kerja pengumpulan

maklumat melalui kajian perpustakaan, iaitu

bermula dengan proses meneliti Filem Hikayat

Merong Mahawangsa serta membaca bahan bertulis

yang berkaitan dengan tajuk kajian. Filem

Hikayat Merong Mahawangsa merupakan filem

dibawah arahan KRU, telah kami gunaan untuk

mengenalpasti penggunaan bahasa Istana. Kami

telah meneliti sebanyak 38 Bahasa istana

daripada filem tersebut dari awal filem

sehingga ke akhir cerita. Kami menganggap

bahawa jumlah bahasa Istana yang diteliti ini

dapat membantu kami menghasilkan kajian

berdasarkan ketetapan kajian. Fokus kajian kami

adalah kepada unsur bahasa Istana yang

digunakan.

6.3 Menganalisis Data

Kaedah ini digunakan setelah kami berjaya

mengeluarkan bahasa Istana yang terdapat di

10

dalam Filem Merong Mahawangsa. Kesemua

perkataan yang berjaya dikumpul ini kemudiannya

dikelaskan mengikut aspek penggunaan bahasa

Istana iaitu aspek gelaran dan rujukan

kehormat, aspek penggunaan kata dan ungkapan

khusus, aspek kata ganti nama diri orang dan

aspek penggunaan unsur pemulukan dan pendinaan.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan analisis maklumat yang telah

diperoleh dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah

dilakukan. Hasil kajian kami terbahagi kepada tiga bahagian

iaitu, senarai bahasa Istana yang digunakan dalam filem,

aspek penggunaan bahasa Istana dan perbezaan antara bahasa

Istana dan bahasa biasa.

Daripada tempoh 1 jam 57 minit filem ini ditayangkan, dapat

dirumuskan bahawa terdapat 38 penggunaan bahasa Istana

yang dituturkan oleh pemegang watak di dalam filem Hikayat

Merong Mahawangsa. Daripada jumlah tersebut, perkataan

patik dan tuan hamba paling banyak diulang. Hal ini

membuktikan bahawa latar belakang masyarakat yang

11

menuturkan perkataan tersebut ialah golongan masyarakat

istana yang menggunakan bahasa dalam.

7.1- Bahasa Istana yang digunakan

Hasil penilaian dan penelitian yang telah dilakukan terhadap

filem Hikayat Merong Mahawangsa, kami telah menemui

sebanyak 38 istilah bahasa Istana yang telah digunakan dalam

filem berkenaan,iaitu:

1) Almarhum 20) Yang Amat

Mulia

2) Ampun kurnia 21) Kurnia

3) Anugerah 22) Mahkota

4) Baginda 23) Makam

5) Beradu 24) Mangkat

6) Berputera 25) Menghadap

7) Berangkat 26) Murka

8) Bercemar Duli 27) Patik

9) Berkenan 28) Peraduan

10) Bersabda 29) Permaisuri

11) Bertitah 30) Putera

12) Beta 31) Puteri

13) Daulat 32) Santap

12

14) Gering 33) Semayan

15) Hari Keputeraan 34) Sembah

16) Hulu 35) Singgahsana

17) Balairung Seri 36) Titah

18) Raja 37) Ampun tuanku

beribu-ribu

19) Tuanku

38) Duli Yang Maha Mulia

7.2- Aspek Penggunaan Bahasa Istana

Hasil daripada penelitian terhadap kesemua 38 bahasa

istana yang digunakan di dalam filem Hikayat Merong

Mahawangsa, pengelasan mengikut aspek penggunaannya

dijalankan. Hasilnya adalah seperti yang berikut:

7.2.1- Aspek Penggunaan dan Rujukan Terhormat

Aspek ini melibatkan penggunaan gelaran, setiap

ahli keluarga diraja mengikut negeri masing-

masing.Dari segi rujukan terhormat pula,

13

kerabat diraja disapa dengan rujukan kehormat

tertentu bergantung kepada status mereka.

Contoh daripada filem:

(a) Raja

(b) Tuanku

7.2.2- Aspek Penggunaan dan Ungkapan Khusus

Terdapat perkatan dan ungkapan khusus yang

merujuk golongan diraja dan perbezaan dengan

ungkapan masyarakat biasa.

Contoh daripada filem :

Yang Amat Mulia

Duli Yang Amat Mulia

Almarhum

Ampun Kurnia

Anugerah

Beradu

Berputera

Berangkat

Bercemar Duli

Berkenan

14

Bersabda

Bertitah

Daulat

Gering

Hari Keputeraan

Kurnia

MahkotaMakam

Mangkat

Menghadap

Murka

Peraduan

Permaisuri

Putera

Puteri

Santap

Semayan

Sembah

Singgah sana

Titah

7.2.3 Aspek Kata Ganti Nama Diri Orang

15

Penggunaan kata ganti nama diri ini penting

untuk membezakan status dalam golongan diraja.

Kata ganti nama diri ini terbahagi kepada tiga

iaitu, kata ganti nama diri pertama,kedua dan

ketiga.

Contoh daripada filem :

Beta

Patik

Tuanku

Baginda

Dalam situasi ini, beta merupakan kata ganti

nama diri orang pertama yang digunakan oleh

raja. Manakala istilah patik merupakan kata

ganti nama diri orang pertama yang digunakan

oleh rakyat biasa apabila berhubung dengan

golongan diraja. Istilah tuanku pula, kata

ganti nama diri orang kedua yang bermaksud

‘tuan yang mulia’ dan akhir sekali istilah

16

baginda merujuk kepada kata ganti nama diri

orang ketiga bagi raja.

7.2.4 Aspek Penggunaan Unsur Permulukan dan

Pendinaan

Unsur pemulukan bermaksud perbuatan menyanggung

yang ditujukan kepada raja untuk meletakkan

baginda pada satu taraf yang labih

tinggi.Manakala unsur pendinaan pula bermaksud

merendah-rendahkan diri apabila bertutur dengan

raja.

Contoh daripada filem :

Unsur Pemulukan

Duli Yang Maha Mulia

Unsur Pendinaan

Ampun tuanku beribu-ribu ampun

17

7.3 Membandingkan bahasa istana dengan bahasa

masyarakat biasa

Terdapat terbezaan antara bahasa Istana dan

bahasa yang digunakan oleh masyarakat biasa.

Perbezaan yang wujud ini menunjukkan

terdapatnya kepelbagaian variasi bahasa dalam

kalangan masyarakat.

BAHASA ISTANA BAHASA

BIASA

Almarhum

Allahyarham

Ampun Kurnia Maaf

Anugerah Hadiah

Beradu Tidur

Berputera

Bersalin

Berangkat

Berlepas

Bercemar Duli

Berjalan

18

Berkenan Sudi

Bersabda Berkata

Bertitah Berkata

Daulat Bahagia

Gering Sakit

Hari Keputeraan Hari

Jadi

Kurnia Beri

Mahkota Topi

Makam Kubur

Mangkat Meninggal

dunia

Menghadap Menjumpai

Murka Marah

Peraduan Tempat

tidur

Permaisuri Isteri

Putera Anak Lelaki

Puteri Anak

Perempuan

Santap Makan

19

Semayan Duduk

Sembah Memberi

salam

Singgah sana Kerusi

Penggunaan yang wujud antara bahasa istana dan

bahasa biasa ini membezakan penuturnya walaupun

sesuatu perkataan itu membawa maksud yang serupa.

Masyarakat biasa tidak boleh menggunakan bahasa

istana ini sebagai bahasa pertuturan harian sebagai

tanda menghormati kerabat diraja.

20

8.0 RUMUSAN KAJIAN

Bahasa istana merupakan salah satu daripada variasi

bahasa yang penggunaanya khusus untuk golongan

tertentu sahaja, iaitu golongan diraja. Bahasa

istana atau dikenali juga sebagai bahasa dalam

merujuk variasi bahasa yang digunakan khusus untuk

golongan diraja. Bahasa istana tergolong dalam

variasi bahasa halus dan digunakan oleh orang

kebanyakan apabila berhubung dengan kerabat diraja.

Bahasa ini mempunyai perkataan dan ungkapan yang

khusus serta gaya pengungkapan tersendiri.

Berdasarkan hasil kajian kami, kami telah memperoleh

38 perkataan bahasa istana melalui filem Hikayat

Merong Mahawangsa. Antaranya ialah mangkat, gering,

menghadap, bertitah dan sebagainya. Perkataan-

perkataan ini

merupakan perkataan bahasa istana yang sering

digunakan dalam filem ini. Walaupun bahasa istana21

hanya digunakan oleh kerabat diraja,kita perlu

menghormati bahasa ini dan tidak menggunakannya

sesuka hati dalam kehidupan seharian kita sebagai

tanda kesetiaan kepada raja dan negara.Hal ini

demikian kerana untuk membezakan antara golongan

diraja dan golongan rakyat biasa. Oleh itu, sebagai

rakyat biasa, kita perlu mengetahui perkataan bahasa

istana kerana ia merupakan salah satu daripada

variasi bahasa.

Dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa ini juga kami

lebih mendalami bahasa istana dengan lebih

terperinci berdasarkan situasi dalam babak-babak

yang terdapat dalam filem itu. Impak keseluruhan

yang dapat kami ambil daripada filem ini adalah kami

dapat mengetahui nilai keunikan bahasa istana dan

juga penggunaannya mengikut situasi yang sesuai.

Akhir sekali, terdapat tiga aspek penggunaan bahasa

istana iaitu kata ganti nama diri, gelaran bagi

golongan diraja dan perkataan atau ungkapan khusus

bagi golongan diraja dan unsur pemulukan dan

22

pendinaan.Kita haruslah memelihara ketinggian dan

keunikan bahasa Istana ini.

23

9.0 PENUTUP

Kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan

menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian ini

menunjukkan terdapat perbezaan antara setiap aspek

dalam penggunaan bahasa istana. Hasil kajian yang

dijalankan turut membolehkan kami mengenalpasti

dengan lebih mendalam kesesuaian dalam menggunakan

bahasa Istana terutamanya dalam pembikinan filem.

Kajian ini berkepentingan bukan sahaja kepada kami

sebagai penuntut malah diharapkan mampu memberikan

manfaat yang berguna kepada orang lain. Kajian ini

dilakukan bertujuan untuk mendedahkan kepada

masyarakat tentang penggunaan bahasa Istana walaupun

mereka sebenarnya tidak menggunakan bahasa tersebut

dalam pertuturan harian. Perbandingan bahasa Istana

dengan bahasa masyarakat biasa yang diperoleh dalam

hasil dapatan membolehkan masyarakat mengetahui

sendiri perbezaan istilah yang wujud antara kedua-

duanya. Kajian ini amat penting sebagai usaha untuk

24

memelihara keunikan bahasa Istana agar tidak hilang

daripada pengetahuan masyarakat.

BIBLIOGRAFI

Internet

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_istana

http://ms.wikipedia.org/wiki/

Hikayat_Merong_Mahawangsa_(filem)

Buku

Rohana Jaafar( 2013 ). Effective Practice Bahasa

Melayu Penggal 3.

Oxford Fajar.25

Dewan Bahasa dan Pustaka.2007.Kamus Dewan Bahasa

dan Pustaka

Edisi Keempat.

Wardatul Hamra’ (2013). Teks Efektif STPM Bahasa

Melayu.Ilmu Bakti.

Nik Safiah Karim (2013). Bahasa Melayu Penggal 3.

Oxford Fajar.

Lampiran 1

26

27