E-PEMBELAJARAN: PERLAKSANAANNYA SEBAGAI KAEDAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI...

11
E-PEMBELAJARAN: PERLAKSANAANNYA SEBAGAI KAEDAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN, PAHANG Muraly Tharen a/l Rengasamy, Nor Rizal Bin Md Noar Kolej Komuniti Kuantan [email protected], [email protected] ABSTRAK E-Pembelajaran menjadi kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada masa kini dan hadapan. Sekiranya dilaksanakan dengan baik kaedah ini berupaya menjadikan proses PdP menjadi lebih berkesan dan efektif. Kajian ini merupakan himpunan beberapa sumber bacaaan, dua kajian kes berkaitan e-Pembelajaran dan analisa satu laporan pemarkahan peperiksaan. Kajian yang telah dibuat adalah berdasarkan persepsi pelajar dan pensyarah terhadap sistem e-Pembelajaran di Kolej Komuniti Kuantan. Responden kajian adalah terdiri daripada 55 orang pensyarah dan 25 orang pelajar. Pelajar dan pensyarah yang terlibat adalah terdiri daripada program Sijil Pelukis Pelan Senibina (SPS), Sijil Mekanikal Pembuatan (SMN), Sijil Teknologi Elektrik (STE) dan Unit Pengajian Am. Analisis yang dibuat mendapati penggunaan sistem e-Pembelajaran dalam pelaksanaan PdP di Kolej Komuniti Kuantan memberi kesan peningkatan terhadap pembelajaran pelajar. Hasil dapatan menunjukkan rata-rata responden mempunyai persepsi yang tinggi terhadap penilaian dan kandungan sistem e- Pembelajaran. Hubungan analisis ini maka dapat dirumuskan bahawa sememangnya penggunaan sistem e-Pembelajaran dapat memberi impak positif dan memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah untuk melaksanakan aktiviti PdP secara atas talian. Kata Kunci : e-Pembelajaran, pencapaian akademik pelajar 1.0 PENGENALAN Seiring dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan semasa dalam abad ke-21, sekolah-sekolah atau institusi-institusi pengajian tinggi perlu mempunyai hala tuju masing- masing dalam memberi cabaran pendidikan kepada pelajar pelajarnya. Kaedah pembelajaran elektronik merupakan salah satu kaedah PdP yang penting pada masa kini. Ia turut dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025. Terdapat sepuluh lonjakan yang digariskan di dalam pelan tersebut bagi mentransformasikan sistem sedia ada. Pembelajaran dalam talian tahap global (GOL) merupakan lonjakan kesembilan yang memberikan penekanan terhadap pembelajaran berasaskan ICT. Kadar penggunaan internet di Malaysia pada masa kini pada tahap 67% iaitu ketujuh tertinggi di Asia. Hal ini membolehkan pencapaian matlamat yang tertera dalam Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN). Kepentingan GOL mampu menjadi satu model pembelajaran bersepadu ( blended learning) yang akan menjadi pendekatan pedagogi utama semua institut pengajian tinggi (IPT). Pelajar akan mendapat manfaat daripada prasarana siber yang mantap untuk menggunakan teknologi seperti sidang video, penstriman langsung dan Massive Open Online Courses (MOOC). Bagi mencapai hasrat ini, kementerian akan bekerjasama dengan IPT untuk membina keupayaan

Transcript of E-PEMBELAJARAN: PERLAKSANAANNYA SEBAGAI KAEDAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI...

E-PEMBELAJARAN: PERLAKSANAANNYA SEBAGAI KAEDAH DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN, PAHANG

Muraly Tharen a/l Rengasamy, Nor Rizal Bin Md Noar

Kolej Komuniti Kuantan

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

E-Pembelajaran menjadi kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada masa kini dan

hadapan. Sekiranya dilaksanakan dengan baik kaedah ini berupaya menjadikan proses PdP menjadi

lebih berkesan dan efektif. Kajian ini merupakan himpunan beberapa sumber bacaaan, dua kajian kes

berkaitan e-Pembelajaran dan analisa satu laporan pemarkahan peperiksaan. Kajian yang telah dibuat

adalah berdasarkan persepsi pelajar dan pensyarah terhadap sistem e-Pembelajaran di Kolej Komuniti

Kuantan. Responden kajian adalah terdiri daripada 55 orang pensyarah dan 25 orang pelajar. Pelajar

dan pensyarah yang terlibat adalah terdiri daripada program Sijil Pelukis Pelan Senibina (SPS), Sijil

Mekanikal Pembuatan (SMN), Sijil Teknologi Elektrik (STE) dan Unit Pengajian Am. Analisis yang

dibuat mendapati penggunaan sistem e-Pembelajaran dalam pelaksanaan PdP di Kolej Komuniti

Kuantan memberi kesan peningkatan terhadap pembelajaran pelajar. Hasil dapatan menunjukkan

rata-rata responden mempunyai persepsi yang tinggi terhadap penilaian dan kandungan sistem e-

Pembelajaran. Hubungan analisis ini maka dapat dirumuskan bahawa sememangnya penggunaan

sistem e-Pembelajaran dapat memberi impak positif dan memberi manfaat kepada pelajar dan

pensyarah untuk melaksanakan aktiviti PdP secara atas talian.

Kata Kunci : e-Pembelajaran, pencapaian akademik pelajar

1.0 PENGENALAN

Seiring dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan semasa dalam abad ke-21,

sekolah-sekolah atau institusi-institusi pengajian tinggi perlu mempunyai hala tuju masing-

masing dalam memberi cabaran pendidikan kepada pelajar pelajarnya. Kaedah pembelajaran

elektronik merupakan salah satu kaedah PdP yang penting pada masa kini.

Ia turut dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025. Terdapat

sepuluh lonjakan yang digariskan di dalam pelan tersebut bagi mentransformasikan sistem

sedia ada. Pembelajaran dalam talian tahap global (GOL) merupakan lonjakan kesembilan

yang memberikan penekanan terhadap pembelajaran berasaskan ICT. Kadar penggunaan

internet di Malaysia pada masa kini pada tahap 67% iaitu ketujuh tertinggi di Asia. Hal ini

membolehkan pencapaian matlamat yang tertera dalam Dasar e-Pembelajaran Negara

(DePAN).

Kepentingan GOL mampu menjadi satu model pembelajaran bersepadu (blended learning)

yang akan menjadi pendekatan pedagogi utama semua institut pengajian tinggi (IPT). Pelajar

akan mendapat manfaat daripada prasarana siber yang mantap untuk menggunakan teknologi

seperti sidang video, penstriman langsung dan Massive Open Online Courses (MOOC). Bagi

mencapai hasrat ini, kementerian akan bekerjasama dengan IPT untuk membina keupayaan

komuniti akademik, meneroka penubuhan platform e-Pembelajaran kebangsaan untuk

membangun kandungan MOOC.

Kolej Komuniti Kuantan telah mengorak langkah dengan melaksanakan e-Pembelajaran

terhadap pelajar semester satu bagi program SPS, SMN dan STE sebagai projek rintis.

Keberkesanan dan kelemahan kaedah pembelajaran ini perlu dikaji bagi meneruskan kaedah

ini secara menyeluruh terhadap semua modul yang ada di Kolej Komuniti Kuantan. Sebagai

permulaannya, terdapat dua kajian awal pada tahun 2015 yang berkaitan dengan persepsi

responden terhadap sistem e-Pembelajaran ini. Selain daripada itu, analisis terhadap

pemarkahan pelajar yang terlibat turut diambil kira bagi menilai keberkesanan e-Pembelajaran

di kolej ini.

2.0 OBJEKTIF

Objektif kajian ini ialah untuk:

1. Meneliti tahap keberkesanan penggunaan e-Pembelajaran yang baru dilaksanakan di Kolej

Komuniti Kuantan, Pahang khusus kepada aktiviti PdP pelajar semester satu bagi program

Sijil Pelukis Pelan Senibina (SPS), Sijil Mekanikal Pembuatan (SMN) dan Sijil Teknologi

Elektrik (STE).

2. Melihat perhubungan di antara penggunaan e-Pembelajaran dengan pencapaian akademik

pelajar berdasarkan laporan peperiksaan yang terlibat.

3.0 KEPENTINGAN PENULISAN

Kepentingan kajian ini adalah:

1. Memahami keperluan menaiktaraf serta memperbaiki kekurangan terhadap antaramuka

sistem e-Pembelajaran agar lebih mesra pengguna.

2. Memurnikan sistem e-Pembelajaran dari aspek penyusunan serta pembangunan interaktif

dan rekabentuk supaya sistem boleh digunakan dengan lebih berkesan.

3. Meningkatan kualiti penyediaan dan perkongsian alat bantu mengajar (ABM) yang

disediakan oleh pensyarah kepada pelajar.

4. Memberi maklumat kepada unit kualiti Kolej Komuniti Kuantan terhadap keberkesanan

penggunaan e-Pembelajaran dan kesannya kepada tahap pencapaian akademik pelajar.

5. Membantu penyelidik-penyelidik masa hadapan untuk meneruskan kajian yang berkaitan

dengan e-Pembelajaran.

4.0 TINJAUAN LITERATUR

4.1 Konsep e-Pembelajaran

Secara umumnya, pembelajaran elektronik (e-Pembelajaran) adalah satu bentuk PdP yang

menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk menyampaikan isi

kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet, intranet, satelit, tape audio/ video, TV

interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang dimaksudkan di dalam

kategori ini (Kaplan, 1999).

Pengajaran boleh dijalankan secara pada waktu yang sama (synchronous) atau pada waktu

yang berbeza (asynchronous). Bahan PdP yang disampaikan melalui media ini mempunyai

ciri-ciri multimedia seperti teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Ia juga harus

menyediakan kemudahan untuk perbincangan kumpulan serta bimbingan boleh dijalankan

secara di atas talian (Learnframe, 2001).

E-Pembelajaran membolehkan pembelajaran tercanggih dilaksanakan dan membolehkan

pencapaian ke atas lebih ramai pelajar tanpa mengira jarak jauh di samping membolehkan

pembelajaran berlangsung secara berterusan. (Rosmah, Rasidah, Nor Liza dan Rohayu, 2001).

Bates seorang pakar dalam bidang e-Pembelajaran menjelaskannya dengan mengunakan

konsep kontinum e-Pembelajaran (e-learning continuum) (Bates, 2001). Penerangan konsep

ini ditunjukkan pada Rajah 1. Ia bermula dengan situasi tanpa pembelajaran atas talian kepada

pembelajaran atas talian sepenuhnya. Ia merangkumi empat kaedah pembelajaran iaitu kaedah

pembelajaran bersemuka di dalam kelas, pembelajaran bersemuka dengan bantuan teknologi,

pembelajaran kurang bersemuka bersama PdP atas talian dan akhir sekali pembelajaran jarak

jauh. Pembelajaran dengan bantuan teknologi yang diterangkan adalah merangkumi aktiviti

seperti menyediakan laman web kursus yang mempunyai hubungan dengan laman lain,

pelajar mampu menaikturun dokumen slaid PowerPoint yang diajar serta mampu

melaksanakan pembentangan dan perbincangan secara atas talian.

Rajah 1 : Konsep Kontinum e-Pembelajaran

Sumber : Diadaptasi daripada Bates, (2001)

Nota

- Slaid PowerPoint

- Carta alir

- Bahan rujukan

Amali

- Tayangan video

- Animasi

- Simulasi

- Slaid PowerPoint

Penilaian

- Tugasan

- Kuiz

- Ujian

e-Pembelajaran

Konsep e-Pembelajaran yang digunakan di Kolej Komuniti Kuantan lebih mirip kepada

kaedah pembelajaran bersemuka dengan bantuan teknologi sepertimana yang digambarkan

pada konsep Kontinum e-Pembelajaran. Proses PdP di Kolej Komuniti Kuantan sentiasa

mengamalkan pembelajaran secara bersemuka di dalam bilik kuliah, makmal dan bengkel.

Bahan alat bantu mengajar (ABM) seperti nota, slaid pembentangan, demonstrasi melalui

tayangan video serta penilaian pelajar akan dimasukkan ke dalam sistem e-Pembelajaran

kolej. Semua pensyarah modul diberikan katalaluan bagi proses kerja-kerja mengemaskini

modul masing-masing sepanjang semester.

Rajah 2: Konsep e-Pembelajaran Kolej Komuniti Kuantan

E-Pembelajaran Kolej Komuniti Kuantan boleh dicapai melalui alamat berikut

http://192.168.20.100/moodle/ . Paparan grafik berikut akan keluar sebaik sahaja pengguna

membuat capaian alamat tersebut.

Rajah 3: Portal E-Learning Kolej Komuniti Kuantan

4.2 Kekuatan dan kelemahan e-Pembelajaran

Dengan adanya sistem e-Pembelajaran, ianya secara tidak langsung membantu pelajar dan

pensyarah dalam proses memberi maklumat tanpa mengira lokasi dan masa. Kandungan

bahan ABM dan penilaian juga mampu dikemaskini dalam masa yang singkat dengan kata

lain ianya mampu menjimatkan kos dan juga tenaga kerja. Selain itu, pelajar juga mempunyai

ruang untuk belajar sendiri mengikut kesesuaian masa pelajar. Terdapat juga pelajar yang

mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi melalui rakan sebaya melalui chat group

atau bulletin boards. (Alam Pendidikan Bulletin Board, 2001)

Namun yang demikian disebalik kelebihan yang mampu dikecapi oleh pihak kolej, terdapat

beberapa kelemahan dan kekangan yang perlu dihadapi dalam menjayakan kaedah PdP

sebegini. Kelemahan utama dalam pelaksanaan e-Pembelajaran adalah kos infra ICT yang

tinggi. Kolej Komunti Kuantan telah memperolehi peruntukan sebanyak 1.5 juta untuk

memperbaharui dan menaiktaraf sistem ICT pada tahun 2014. Bajet yang diperuntukan ini

adalah merangkumi kerja-kerja menaiktaraf bilik server, pembelian peralatan rangkaian

komputer dan server, memasang dan menyelenggara persekitaran rangkaian komputer kolej

serta memberi latihan pentauliahan kepada pegawai yang terlibat dengan pengurusan ICT

Kolej Komuniti Kuantan.

Dengan adanya kelengkapan peralatan serta latihan meningkatkan kemahiran pensyarah

dalam mempelajari sistem e-Pembelajaran, maka kolej mampu melaksanakan kaedah PdP ini

bermula pada pertengahan tahun 2014. Peningkatan sistem sememangnya dikemaskini dari

masa ke semasa bagi meningkatan kualiti dan mesra pengguna. Tumpuan juga diberikan

kepada kualiti kandungan bahan ABM dan penilaian yang diberikan kepada pelajar. Proses ini

memerlukan komitmen dari semua pihak supaya sistem ini dapat digunakan dengan lebih

berkesan.

5.0 ANALISIS DATA

Analisa data ini diperolehi daripada dua kajian kes yang dibuat di Kolej Komuniti Kuantan

serta Laporan Keputusan Peperiksaan Unit Peperiksaan Kolej Komuniti Kuantan (2014-

2015). Kajian kes oleh Azliza Yusop dan Normilawati Hassan (2015) adalah berkaitan

dapatan persepsi pensyarah manakala kajian kes oleh Normilawati Hassan dan Azliza Yusop

(2015) pula adalah dapatan persepsi pelajar terhadap sistem e-Pembelajaran. Pembacaan dan

analisa data diasingkan kepada beberapa bahagian bagi memudahkan mengenalpasti

maklumat penting. Berikut merupakan bahagian yang telah dibuat:

i) Menilai hasil dapatan penggunaan e-Pembelajaran di kalangan pelajar semester satu

program SPS, SMN dan STE di Kolej Komuniti Kuantan.

ii) Menilai hasil dapatan penggunaan sistem e-Pembelajaran di kalangan pensyarah di Kolej

Komuniti Kuantan.

iii) Membuat analisis laporan peperiksaan terhadap pelajar yang terlibat.

Tujuan utama analisa ini dibuat adalah bagi melihat hubungan yang boleh dirumuskan dari

sudut persepsi pensyarah dan pelajar terhadap sistem e-Pembelajaran serta pencapaian pelajar

dalam modul yang terlibat dengan e-Pembelajaran pada sesi pengambilan terdahulu.

Berdasarkan pembacaan kajian, didapati kedua-dua kajian tersebut menggunakan kaedah

penyelidikan berbentuk kuantitatif dan set soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul

data. Bagi menangani kes kebolehpercayaan dan keesahan data pula, set soal selidik yang

dibuat adalah mengikut format dan diukur menggunakan skala likert. Interpretasi tahap julat

skor min adalah seperti berikut :

Jadual 1 : Aras Tafsiran Nilai Min

Skor Min Tahap

1.00 – 2.50 Rendah

2.51 – 3.50 Sederhana

3.51 – 5.00 Tinggi

Sumber : Diadaptasi daripada Wiersma W., (1995)

Berikut merupakan jadual daripada kajian yang terlibat digabungkan bagi melihat jurang

perbezaan penilaian persepsi antara pensyarah dan pelajar:

Jadual 2 : Persepsi pensyarah dan pelajar terhadap aplikasi e-Pembelajaran dari aspek penilaian

sistem e-Pembelajaran yang digunakan dalam proses PdP

Kajian 1:

Persepsi Pensyarah

Kajian 2:

Persepsi Pelajar

Item Penyataan Skor

Min Tahap

Skor

Min Tahap

A) Mesra Pengguna

1

Paparan penuh di dalam sistem e-Learning ini

membolehkan anda melihat kandungannya dengan

mudah.

3.53 Tinggi 4.80 Tinggi

2 Fail boleh dimuat turun dengan mudah. 3.58 Tinggi 3.72 Tinggi

3 Menu navigasi membantu anda menggunakan

sistem e-Learning dengan mudah. 3.54

Tinggi 4.88 Tinggi

4

Pautan ke laman utama (main page) dan laman-

laman tambahan memudahkan anda mengendalikan

Sistem e-Learning ini.

3.58

Tinggi 4.88 Tinggi

Skor keseluruhan 3.56 Tinggi 4.57 Tinggi

(B) Interaktiviti dan Rekabentuk

5 Elemen-elemen dan ikon di dalam sistem e-

Learning ini sangat interaktif. 3.58 Tinggi 4.20 Tinggi

6 Apabila diklik, opsyen yang berkaitan di menu

akan berfungsi seperti yang diharapkan. 3.54

Tinggi 4.92 Tinggi

7 Apabila diklik, kebanyakan pautan yang diberikan

untuk ke laman web lain berfungsi dengan baik. 3.53

Tinggi 4.92 Tinggi

8 Paparan grafik pada sistem e-Learning ini amat

sesuai dan menarik 3.29

Sederhana 4.04

Tinggi

9 Saiz tulisan yang digunakan membuatkan sistem

e-Learning ini kelihatan menarik. 3.54 Tinggi 3.92 Tinggi

10

Latar belakang dan penggunaan warna pada

paparan sistem e-Learning yang digunakan adalah

menarik.

3.47

Sederhana 3.72

Tinggi

11 Stail yang digunakan dari laman ke laman

membuatkan sistem e-Learning ini menarik. 3.58

Tinggi 3.72 Tinggi

12 Capaian antara halaman sangat interaktif 3.53 Tinggi 3.92 Tinggi

Skor keseluruhan 3.51 Tinggi 4.17 Tinggi

Berdasarkan Jadual 2 dapat dirumuskan bahawa pensyarah dan pelajar tidak menghadapi

masalah dari aspek sistem e-Pembelajaran yang mesra pengguna. Masing-masing bersetuju

dengan memberikan markah min skor keseluruhan ialah 4.06. Didapati pelajar memberikan

skor yang lebih tinggi berbanding dengan skor pensyarah.

Dari aspek interaktif dan rekabentuk sistem pula dapatan menunjukkan markah min skor

keseluruhan ialah 3.84. Kedua-dua skor ini berada ditafsiran tahap yang tinggi. Didapati juga

pelajar turut memberikan skor yang lebih tinggi bagi setiap item berbanding pensyarah.

Pensyarah memberikan skor sederhana bagi item 8 dan 10. Ianya berkemungkinan pensyarah

merasakan paparan grafik, latarbelakang dan penggunaan warna pada paparan sistem boleh

dibaiki supaya ianya lebih menarik.

Jadual 3 : Persepsi pensyarah dan pelajar terhadap aplikasi e-Pembelajaran dari aspek kandungan

sistem e-Pembelajaran yang digunakan dalam proses PdP

Kajian 1:

Persepsi Pensyarah

Kajian 2:

Persepsi Pelajar

Item Penyataan Skor

Min Tahap

Skor

Min Tahap

(C) Kegunaan dan Kesesuaian

13

Informasi yang diberikan di dalam sistem

e-Learning adalah menepati kehendak pengajaran

dan pembelajaran.

a. Teori (Nota Teori) 3.58 Tinggi 4.08 Tinggi

b. Amali (Video & Animation) 3.53 Tinggi 3.52 Tinggi

c. Penilaian (Kuiz & Ujian) 3.47 Sederhana 3.52 Tinggi

14 Informasi yang diberikan di dalam sistem

e-Learning tersebut disampaikan dengan jelas.

a. Teori (Nota Teori) 3.54 Tinggi 4.20 Tinggi

b. Amali (Video & Animation) 3.52 Tinggi 3.52 Tinggi

c. Penilaian (Kuiz & Ujian) 3.29 Sederhana 3.52 Tinggi

15

Informasi yang diberikan boleh membantu

pensyarah dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

3.58

Tinggi - -

16 Informasi yang diberikan boleh membantu pelajar-

pelajar di dalam subjek-subjek yang dipelajari. 3.52 Tinggi 3.88 Tinggi

17

Pautan-pautan yang disediakan dapat membantu

pensyarah dan pelajar dalam memperkemaskan lagi

mutu pengajaran dan pembelajaran.

3.53 Tinggi 3.88 Tinggi

18 Aplikasi e-Learning membantu pelajar

mempraktikkan Self Learning Time (SLT). 3.58 Tinggi 3.72 Tinggi

Skor keseluruhan 3.51 Tinggi 3.76 Tinggi

Berdasarkan Jadual 3 dapat dirumuskan bahawa pensyarah dan pelajar juga tidak menghadapi

masalah dari aspek kegunaan dan kesesuaian sistem e-Pembelajaran. Dapatan menunjukkan

markah min skor keseluruhan ialah 3.64. Bagi aspek ini pelajar memberikan skor yang lebih

tinggi berbanding pensyarah.

Item 13c dan 14c merupakan pernyataan berkaitan penilaian terhadap pelajar. Didapati

pensyarah memberikan skor yang sederhana pada bahagian ini. Ini berikutan pensyarah lebih

memahami struktur kursus dan berkemungkinan mereka merasakan ianya perlu dikaji semula

untuk memperbaiki kandungan penilaian pelajar.

Berikut pula analisis pemarkahan yang dibuat bagi melihat samada berlaku peningkatan

kecemerlangan dalam modul-modul tertentu mengikut program. Analisis rekod pemarkahan

yang dibuat adalah bagi pelajar semester satu program Sijil Pelukis Pelan Senibina, Sijil

Mekanikal Pembuatan dan Sijil Teknologi Elektrik.

Hanya tiga sesi pengambilan yang dipilih berikutan bagi membuat perbandingan sebelum

sistem dibangunkan (Sesi Nov 2013), sistem digunakan tetapi tidak menyeluruh (Sesi Julai

2014) dan sistem digunakan secara menyeluruh (Sesi Nov 2014). Peningkatan dan

kemerosotan kecemerlangan pelajar dapat menggambarkan keberkesanan penggunaan sistem

e-Pembelajaran dalam proses PdP di kolej.

Graf 1 : Perbandingan pelajar yang mendapat status cemerlang mengikut modul bagi

program Sijil Pelukis Pelan Senibina

Modul SPS 1033 Modul SPS 1025 Modul SPS 1015

Berdasarkan paparan Graf 1, dapat diperhatikan bahawa modul Bahan Binaan 1 (SPS 1033),

Grafik Senibina 1 (SPS 1025) dan Lukisan Kerja (SPS 1015) berlaku peningkatan peratusan

status pelajar cemerlang. Peningkatan keputusan pelajar sebegini menggambarkan pelajar

lebih memahami apa yang dipelajari dengan lebih baik berikutan proses PdP ditambahbaik.

Graf 2 : Perbandingan pelajar yang mendapat status cemerlang mengikut modul bagi

program Sijil Mekanikal Pembuatan

Berdasarkan paparan Graf 2 pula, dapat diperhatikan bahawa ketiga-tiga modul iaitu Lukisan

Kejuruteraan (SMN 1023), Pneumatik (SMN 1034) dan Teknologi Workshop (SMN 1013)

mengalami peningkatan peratusan status pelajar cemerlang. Peratusan yang dicapai adalah

masing-masing 100% bagi setiap modul.

Graf 3 : Perbandingan pelajar yang mendapat status cemerlang mengikut modul bagi

program Sijil Teknologi Elektrik

Modul SMN 1023 Modul SMN 1034 Modul SMN 1013

Modul STE 1112 Modul STE 1122 Modul STE 1146

Paparan Graf 3, dapat diperhatikan bahawa ketiga-tiga modul juga berlaku peningkatan

peratusan status pelajar cemerlang. Modul yang terlibat ialah Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (STE 1112), Prinsip Elektrik 1 (STE 1122) dan Pemasangan Elektrik Fasa Tunggal

(STE 1146).

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Secara keseluruhan hasil dapatan menunjukkan perlaksanaan sistem e-Pembelajaran di Kolej

Komuniti Kuantan telah memberikan impak yang baik kepada pelajar dan pensyarah.

Beberapa cadangan penambahbaikan perlu dibuat bagi sistem e-Pembelajaran ini dapat

digunakan dengan lebih berkesan. Aspek yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

i) Paparan antaramuka, latarbelakang dan penggunaan warna perlu lebih mesra pengguna

dan menarik.

ii) Isi kandungan penilaian (kuiz dan ujian) perlu dimurnikan semula supaya bersesuaian

dengan struktur kursus.

iii) Penggunaan sistem e-Pembelajaran perlu dibuat secara menyeluruh terhadap modul lain.

iv) Sistem dicadangkan dinaiktaraf dengan memasukkan aspek penilaian secara atas talian.

v) Sistem dicadangkan mempunyai rekod kekerapan penglibatan pelajar dan pensyarah yang

aktif melaksanakan perbincangan atas talian (online discussion) seperti cadangan Bates

2001.

Dengan terlaksananya semua penambahbaikan dan pemurnian aspek di atas diharapkan Kolej

Komuniti Kuantan mampu mencapai lonjakan kesembilan seperti yang terkandung di dalam

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015–2025 yang merupakan

kesinambungan kepada Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), yang dilancarkan

pada tahun 2007.

7.0 KESIMPULAN

Hasil dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang amat baik di antara penggunaan sistem e-

Pembelajaran dengan tahap pencapaian akademik pelajar. Perhubungan ini bermaksud,

semakin tinggi persediaan pelajar dan pensyarah dalam menggunakan sistem e-Pembelajaran,

maka secara tidak langsung tahap pencapaian akademik pelajar akan meningkat dan begitulah

sebaliknya. Ini berikutan didapati keseluruhan responden memberikan persepsi yang positif

terhadap aspek yang dinilai serta analisa pencapaian peningkatan pelajar yang mendapat status

cemerlang mengikut modul yang terlibat juga menunjukkan peningkatan yang baik. Adalah

diharapkan agar sistem e-Pembelajaran yang dibangunkan di Kolej Komuniti Kuantan sebagai

salah satu kaedah PdP diperluaskan penggunaannya kepada modul-modul lain secara

menyeluruh. Semoga dengan pemurnian dan pemantapan kaedah ini mampu meningkatkan

pencapaian akademi pelajar dan peningkatan kemahiran pensyarah di masa akan datang.

7.0 RUJUKAN

Wiersma W. (1995). Research Methods in Education: An Introduction.

Boston: Allyn an Bacon.

Kaplan, L. (1999). The Cost of Networked Learning. Sheffield, UK: Sheffield Hallam

University. Dicapai pada Oktober 11, 2012 dari www.shu.ac.uk/cnl/report1.html

Bates, T. (2001). National Strategies for E-learning in Post-Secondary Education.

Paris: UNESCO: International Institute for Education Planning

Learnframe (2001). [Dalam Talian] http://www.elearningshowcase.com/elearnfaq

[2001, May 31]

Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001). E-Pembelajaran dalam pendidikan.

Diperoleh pada Mei 19, 2012 dari http://www.scribd.com

Buletin Board (2001). [Dalam Talian] http://www.ppk.kpm.my/ [2001, June 13]

Rubiah Omar dan Jamilah Hj. Ahmad (2009). Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan

e-Pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Jurnal Pendidikan Malaysia

34(1),55-172

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015–2025. Dimuat turun

pada 15 Mei, 2015, daripada http://hes.moe.gov.my/event/

Azliza Yusop dan Normilawati Hassan (2015). Dimuat turun pada 8 Jun, 2015, daripada

http://www.academia.edu/12872262/KAJIAN_PERSEPSI_PENSYARAH_

TERHADAP_APLIKASI E-LEARNING_SEBAGAI_SUMBER PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DI_KOLEJ_KOMUNITI_KUANTAN

Normilawati Hassan dan Azliza Yusop (2015). Dimuat turun pada 8 Jun, 2015, daripada

https://www.academia.edu/12872155/KAJIAN_PERSEPSI_PELAJAR_TERHADAP_

APLIKASI_SISTEM_E-LEARNING_KOLEJ_KOMUNITI_KUANTAN SEBAGAI

SUMBER_PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_TERKINI_DI_KOLEJ_

KOMUNITI_KUANTAN

Laporan Keputusan Peperiksaan Unit Peperiksaan Kolej Komuniti Kuantan (2014-2015)