Business Proposal (UW00302)

26
FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KAMPUS KOTA KINABALU UW00302 ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN AHLI KUMPULAN NO.PELAJAR SALIHA BINTI JAAFAR CT11210451 SAIMAH MOHD.YUSOF CT11210449 RAHIMAH ABD.GHANI CT11210461 MUHAINIE SURATMAN CT11210450 KOLNAH SELIM CT11210366 SIMON SALUMBI CT11210405 NANCY MOIDOL CT11210058 VIRINAH JOLIS CT11210273 DOROTHY AMPING CT11210072 MERVYN BIN ANIP@PETRUS CT11210025 HILDA ROBERT@ALEXANDER RUPERT CT11210187 ZAKISA REDOBLE CT11210464 MELLISA JAMOLINE CT11210274 PENSYARAH PENILAI : PN.DYANA CHANG MUI LING

Transcript of Business Proposal (UW00302)

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KAMPUS KOTA KINABALU

UW00302 ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN

AHLI KUMPULAN NO.PELAJARSALIHA BINTI JAAFAR CT11210451SAIMAH MOHD.YUSOF CT11210449RAHIMAH ABD.GHANI CT11210461MUHAINIE SURATMAN CT11210450KOLNAH SELIM CT11210366SIMON SALUMBI CT11210405NANCY MOIDOL CT11210058VIRINAH JOLIS CT11210273DOROTHY AMPING CT11210072MERVYN BIN ANIP@PETRUS CT11210025HILDA ROBERT@ALEXANDER RUPERT CT11210187ZAKISA REDOBLE CT11210464MELLISA JAMOLINE CT11210274

PENSYARAH PENILAI :

PN.DYANA CHANG MUI LING

RANCANGAN PERNIAGAAN

SAMBAL BELACAN PELBAGAI PERISA JENAMA “ADUH MAMA”

TUJUAN PERANCANGAN

Rancangan perniagaan disediakan untuk:

1. UNTUK MENDAPATKAN KEUNTUNGAN MAKSIMUM

Rancangan peniagaan yang lengkap akan memudahkan pelanggan

tertarik dengan produk keluaran syarikat kami . Dengan susunan

organisasi yang langkap dan tugas yang tersusut lebih

memudahkan pelanggan menjalankan urusan belian .

2. UNTUK MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN

Susunan peniagaan yang teratur akan memudahkan mengurus

perniagaan ini dan ini dapat memudahkan setelah membuka banyak

cawangan .Ini juga dapat menarik minat pelabur lain melabur di

syarikat kami .

3. MENINGKATKAN IMEJ PERNIAGAAN SUPAYA SETARAF DENGAN SYARIKAT

MAJU LAIN

Dengan terdapatnya matlamat perniagaan . Ini lebih memudahkan

pekerja atau jawatan dalam syarikat kami melakukan urusan

perniagaan dengan tekun,pantas dan cepat untuk mencapai

matlamat yang diinginkan setaraf dengan syarikat maju.

4. MEMBERI KEMUDAHAN DAN KEPUASAN KEPADA PELANGGAN

Terdapatnya pelbagai butiran yang berada di dalam rancangan

perniagaan telah membantu mengenalpasti kualiti produk-produk

yang di jual oleh syarikat kami . Pelanggan juga lebih mudah

mendapatkan kepuasan pilihan pelanggan .

5. MEMPERKENALKAN PRODUK BARU KEPADA PELANGGAN

Terteranya produk-produk jualan syarikat kami dalam rancangan

perniagaan telah memudahkan pelanggan mengetahui produk-produk

keluaran terbaru syarikat kami .

1.RINGKASAN EKSEKUTIF

Syarikat PSJ Enterprise merupakan syarikat milik perkongsian yang

telah ditubuhkan pada tahun 2014. Syarikat ini merupakan syarikat

SME yang berfokus kepada penghasilan produk makanan tempatan untuk

diketengahkan ke pasaran serantau dan antarabangsa.

Tujuan perniagaan ini dijalankan adalah untuk memenuhi kehendak

pengguna yang menginginkan kelainan didalam menu sajian seharian

mereka. Oleh yang demikian, pengenalan produk Sambal Belacan

Pelbagai Perisa “Aduh Mama” disasarkan akan dapat memenuhi keperluan

pengguna.

Perniagaan ini juga dijalankan sebagai usaha untuk membuka peluang

pekerjaan kepada individu-individu yang berminat dengan perniagaan

makanan tempatan.

1.1 OBJEKTIF/TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN.

Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan untuk memberi penerangan

yang menyeluruh tentang perniagaan yang akan diceburi. Disamping itu

juga Rancangan Perniagaan ini untuk membentangkan perancangan

perniagaan yang meliputi aspek pengurusan, pemasaran, pembekal,

perkhidmatan dan kewangan perniagaan.

Antara lain Rancangan Perniagaan ini dibuat untuk tujuan berikut:

a) Melihat daya maju projek yang dirancang.

b) Sebagai garis panduan untuk memastikan pengurusan perniagaan

dapat dilaksanakan dengan lancar.

c) Mengagih sumber-sumber perniagaan dengan cekap dan efektif.

d) Memenuhi salah satu syarat wajib bagi tugasan semester ini

untuk subjek Asas Keusahawanan.

e) Menjangkakan masalah-masalah yang mungkin timbul apabila

perniagaan dilaksanakan.

1.2 PERINCIAN PRODUK

Kumpulan Perniagaan kami ingin memasarkan produk Sambal Belacan

Pelbagai Perisa “Aduh Mama” yang didatangkan didalam tiga perisa

iaitu :

a) Sambal Belacan Tomato Special

b) Sambal Belacan Kerang Special

c) Sambal Belacan Belimbing Buloh/Pucong Special

Produk ini adalah berasaskan kepada resepi tersendiri yang merupakan

inovasi didalam teras perniagaan kami. Produk ini dijual didalam dua

halwa perisa iaitu Pedas Manis dan Pedas Berapi.

1.3 KUMPULAN SASARAN PRODUK

Produk kami menyasarkan kumpulan pengguna berikut :

a) Ahli Keluarga dan Saudara Mara

b) Pengunjung Tamu Majlis Daerah Papar

c) Pelancong dalam negeri/luar Negara.

d) Peniaga-peniaga lain Tamu Majlis Daerah Papar

e) Guru-guru Sekolah

f) Kakitangan Kerajaan Negeri/Persekutuan

2. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

2.1 PROFIL PROJEK

a) Perniagaan yang dicadangkan : Perniagaan Sambal Belacan

Pelbagai Perisa

b) Nama Perniagaan didaftarkan : Sambal Belacan “Aduh Mama”

c) Premis Perniagaan : Tapak Jualniaga Majlis Daerah

Papar Sabah

d) Cadangan Masa Perniagaan : 15 dan 16 November 2014.

e) Jenis Perniagaan : Pemilikan tunggal

f) Kaedah Perniagaan : Jualniaga secara walk in / tempahan

MAKLUMAT PEMILIK PERNIAGAAN

NAMA SALIHA BINTI JAAFARJANTINA PEREMPUANNO.KAD PENGENALANSTATUS BERKAHWIN

PERKAHWINANALAMAT MEMBAKUT, SABAH

KELULUSAN/PENGALAMAN

KELULUSAN AKADEMIK

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

KURSUS YANG PERNAH DISERTAI

KURSUS KEUSAHAWANAN TANI ANJURAN MARA, KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN ANJURAN MARA, KURSUS INDUSTRIBERASASKAN PERIKANAN ANJURAN JABATAN PERIKANAN MALAYSIA

PENGALAMAN BERNIAGA

10 TAHUN KEATAS

2.2 . AKTIVITI PERNIAGAAN

Diantara aktiviti perniagaan PSJ Enterprise adalah memproses,

mengilang dan mengedarkan produk makanan berupa Sambal Belacan

Pelbagai Rasa berjenama “Aduh Mama” kepada individu-individu,

pemborong dan pembekal yang berminat untuk menggunakan produk ini

dipremis perniagaan mereka atau untuk jualan semula.

2.3 PRODUK DAN PERKHIDMATAN

Produk yang dipasarkan adalah Sambal Belacan Pelbagai Rasa berjenama

“Aduh Mama”. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah berbentuk jualan

secara pukal kepada premis-premis seperti restoran, outlet-outlet

makan&minum setempat dan penghantaran secara terus ke Bandar-bandar

utama di Sabah.

2.3 POTENSI PERNIAGAAN

Berdasarkan kepada tinjauan semasa, Sambal Belacan masih lagi

popular dikalangan masyarakat tempatan. Disamping itu, tabiat

pemakanan masyarakat yang kini cenderung kepada ulam-ulaman

menjuruskan perniagaan kami untuk memilih produk Sambal Belacan

sebagai pelengkap hidangan setiap hari.

Disamping itu, kesedaran kesihatan yang semakin tinggi dikalangan

pengguna juga menjadi focus utama perniagaan kami. Ramai pengguna,

terutamanya wanita masih percaya bahawa menikmati hidangan pedas

pada satu kadar dapat membantu melangsingkan tubuh. Perkara ini

adalah benar mengikut kajian saintifik yang telah dijalankan oleh

beberapa pakar pemakanan. Oleh yang demikian, berdasarkan kepada

kajian ini kami memilih Sambal Belacan Pelbagai Rasa bukan sahaja

sebagai pelengkap hidangan ikonik yang menggambarkan kekayaan

kulinari masyarakat Malaysia, tetapi juga sebagai makanan sihat lagi

sedap, sesuai untuk dihidangkan sepanjang hari.

Selain itu, perniagaan kami dilaksanakan dilokasi strategik, iaitu

semasa Tamu Mingguan Majlis Perbandaran Papar yang diadakan setiap

hujung minggu.

3. PERANCANGAN PENGURUSAN

3.1 MATLAMAT SYARIKAT

Matlamat Syarikat PSJ Enterprise adalah untuk menjadi pembekal

pilihan bagi produk makanan berasaskan bahan-bahan tempatan untuk

menembusi pasaran dalam negeri, serantau dan peringkat antarabangsa

pada harga yang berpatutan, kualiti produk yang memuaskan serta

dapat memenuhi citarasa pengguna.

3.2 PROFIL PENGURUSAN

Struktur organisasi yang dibentuk oleh perniagaan adalah merangkumi

keseluruhan aspek pengurusan sebagai sebuah entiti perniagaan.

Secara keseluruhannya struktur organisasi adalah seperti berikut.

PN.SALIHA BINTI JAAFAR

PENGURUS OPERASI /JURUWANG

PN.SAIMAH MD YUSOF

PEN.KETUA/JURUWANG II

PN.RAHIMAH ABD GHANI

PENGURUS PEMASARAN DAN KUALITIPN.MUHAINIE SURATMAN

PENGURUSAN SUMBER MENTAH

1. PN.KOLNAH SELIM2. EN.SIMON SALUMBI3. PN.NANCY MOIDOL4. PN. VIRINAH JOLIS5. PN. DOROTHY AMPING

BAHAGIAN PENGELUARAN

PERINCIAN TUGASAN PENGURUSAN

1. Pengurus Operasi / Pemilik

Pengurus operasi bertanggungjawab di dalam segala aspek pengurusan

perniagaan dan di samping itu

juga bertindak melaraskan pengurusan dan operasi perniagaan.

Pengurus operasi pula bertugas memastikan pekerja-pekerja berkerja

mengikut fail meja yang telah ditetapkan atau SOP.

2. Pengurus Pemasaran dan Kualiti

Pengurus pemasaran peranan utamanya ialah meningkatkan perniagaan

dengan mencari pemasaran yang baru seperti di hotel-hotel, tender

kerajaan dan di institiut pengajian tinggi. Kualiti produk yang

dijalankan hendaklah sentiasa memenuhi selera pelanggan.

3. Pengurus Kewangan dan Pentadbiran

Aspek pentadbiran dan kewangan menjadi urusan utama yang mana

melibatkan pembelian bekalan dan kawalan stok operasi. Menyediakan

bajet dan mengenalpasti sumber-sumber kewangan serta mengawal

kewangan perniagaan. Menjaga kehadiran pekerja dan serta

mentadbirnya dari segi operasi pengeluaran produk dan menjaga

kebajikan pekerja dan keselamatan kedai.

1. PN.ZAKISA REDOBLE2. PN. MELLISA JAMOLINE

BAHAGIAN PACKAGING, COURIER DANLOGISTIK

1. EN.MERVYN BIN ANIP2. PN.HILDA ALEXANDER

BAHAGIAN SERANTA DAN PUBLISITI

4. Bidang Tugas Pekerja

Bertanggungjawab memastikan kebersihan dan keselamatan kedai dengan

menjalankan tugas secara bijaksana, cekap dan berdaya kreatif yang

tinggi agar kualiti ditahap yang memuaskan supaya perniagaan ini

akan berkembang maju.

5. Packaging, Courier dan Logistik

Bahagian ini mengatur pembungkusan produk, memastikan produk

dilabel, diseal , dibungkus dan dihantar ke stor peyimpanan dalam

keadaan yang bersih dan selamat. Bahagian ini juga bertanggungjawab

untuk mengatur penghantaran produk kepada pelanggan/klien.

6. Bahagian Pengeluaran

Bahagian pengeluaran bertanggungjawab untuk mengaturselia

pengeluaran produk, bermula daripada pemerolehan bahan mentah kepada

bahan siap sebelum dibungkus dan diedarkan kepada

peruncit/pelanggan. Bahagian ini juga mengawal selia kualiti produk,

kuantiti serta kebersihan/kemurnian produk sebelum dipasarkan.

Bahagian pengurusan PSJ Enterprise membahagikan tugas iaitu :

Bahagian kewangan :

Mempunyai seorang juruwaang yang bertindak untuk

menganalisis akaun-akaun juruwang , pekerja diambil

pengurusan.

Bahagian pelanggan :

Mempunyai seorang pekerja bagi membantu melancarkan

pengurusan syarikat . Pekerja diambil berdasarkan

kemahiran dan pengalaman mereka juru cakap serta dalam

pembaiki basikal . Sikap pekerja juga mesti ada sifat

sopan-santun serta mesra sewaktu melayan pelanggan .

AKTIVITI DAN TANGGUNGJAWAB

Setiap kakitangan yang terlibat dalam operasi syarikat mempunyai

aktiviti dan tanggungjawab masing-masing . Pengurus mempunyai

aktiviti membuat keputusan perarakhan sementara . Manakala penolong

pengurus pula mempunyai aktiviti ke atas pekerjanya .

PENGAWALAN

Pihak pengurusan berperanan mengawal pekerja bagi memastikan segala

aktiviti PSJ Enterprise berjalan dengan lancar dan apa dirancang

oleh pihak pengurusan dan tidak boleh terlalu mengongkong pekerja .

KEPIMPINAN

PSJ Enterprise mengamalkan sikap berkepentingan bersama

dan bekerjasama dalam amalannya , pekerja bebas untuk

member pandangan dan cadangan yang bernas .

Keputusan yang dibuat secara kolektif .

Semua pekerja diberi layanan yang adil dari segi gaji ,

faedah sampingan , bonus , cuti , dan lain-lain mengikut

nisbah ditetapkan .

4. PRODUK DAN PERKHIDMATAN

4.1 PENGENALAN KEPADA PRODUK

Produk Sambal Belacan Pelbagai Rasa “Aduh Mama”.

Sambal Belacan merupakan perasa makanan yang popular di rantau ini.

Ianya dihasilkan daripada pasta udang, cili, rempah ratus serta

bahan-bahan lain yang unik dengan landskap kulinari di Malaysia dan

dirantau Asia khususnya. Bahan-Bahan ini kemudiannya diadun untuk

membentuk Sambal yang boleh digunakan didalam pelbagai masakan

tempatan seperti Penang Char Hor Fun, Telur Masak Masam Manis, serta

Ikan Panggang.

Secara umumya, Sambal Belacan bersifat monotonous iaitu satu rasa

sahaja. Penggemar Sambal Belacan adalah terhad kepada pilihan yang

ada untuk memenuhi citarasa mereka.

Rajah 1: Kari Kepala Ikan dan Udang Masak Sambal adalah dua contoh makanan

berasaskan Sambal Belacan

Syarikat PSJ Enterprise merupakan syarikat berasaskan SME yang

memfokuskan kepada penghasilan produk Sambal Belacan Pelbagai Rasa

berjenama “Aduh Mama”. Keunikan utama syarikat ini adalah ianya

menumpukan kepada produk Sambal Belacan yang memenuhi citarasa

ramai. Antara produk yang dihasilkan oleh syarikat ini adalah

seperti berikut :

a) Sambal Belacan Tomato Special

b) Sambal Belacan Kerang Special

c) Sambal Belacan Belimbing Buloh/Pucong Special

4.2 KELEBIHAN PERSAINGAN SYARIKAT

Syarikat PSJ Enterprise merupakan syarikat yang established didalam

pengeluaran produk makanan berasaskan kulinari tempatan. Disamping

itu, syarikat ini mempunyai rapport yang baik dengan pelbagai pihak

samada pembekal bahan mentah mahupun pemborong.

5. ANALISIS PASARAN, ANALISIS PERSAINGAN DAN ANALISIS SWOT

5.1 ANALISIS PASARAN

5.1.1 ANALISIS PERMINTAAN

Berdasarkan kepada tinjauan yang telah dilakukan oleh syarikat PSJ

Enterprise, kami telah mendapati bahawa permintaan kepada produk

keluaran PSJ Enterprise adalah tinggi dengan peluang untuk meluaskan

skop pasaran yang besar, bedasarkan kepada aliran permintaan output

syarikat ini sejak ianya dimulakan beberapa bulan lalu.

5.1.2 ANALISIS PENAWARAN

Tinjauan syarikat juga mendapati bahawa PSJ Enterprise berada

dikedudukan penawaran yang baik. PSJ Enterprise mempunyai bekalan

yang mencukupi untuk memenuhi penawaran urusniaga. Disamping itu,

kekurangan persaingan didalam bidang pengeluaran dan pembekalan

produk seumpama ini membolehkan syarikat PSJ Enterprise menguasai

pasaran tempatan.

5.1.3 ANALISIS SWOT

Aspek 01: Kekuatan

• Kemampuan ahli kumpulan untuk bekerjasama secara kolektif.

• Mempunyai kebolehan untuk menghasilkan keluaran yang bermutu.

• Berkeupayaan untuk membuat promosi pada skala besar.

Aspek 02: Kelemahan

• Mobiliti yang kurang untuk menghantar produk pada jarak jauh

jika diperlukan.

Aspek 03 : Peluang

• Kesanggupan mengeluarkan modal yang mencukupi

• Lokasi perniagaan yang strategik iaitu tamu Majls Daerah Papar

• Beberapa ahli kumpulan yang mempunyai saluran untuk

mendapatkan bekalan jualan berpatutan dan mencukupi.

Aspek 04: Ancaman

• Cuaca yang tidak menentu boleh menjejaskan masa perniagaan.

6. RANCANGAN PEMASARAN

PRODUK

Produk utama syarikat kami ialah menjual Sambal belacan

pelbagai perisa yang datang pada dua halwa rasa iaitu

PROMOSI

Untuk mempengaruhi dan memperkenalkan produk di pasaran kami

menjalankan beberapa aktiviti promosi iaitu :

1. Papan tanda

Terdapat alamat , logo syarikat yang digantung di luar

premis kami .

2. Risalah

Kami mengedarkan risalah kepada pengguna sebagai tanda

kewujudan syarikat kami dan cuba untuk mempengaruhi pengguna

mengunjungi syarikat kami .

3. Kad perniagaan

Kami memberikan kad perniagaan kami kepada pelanggan baru .

4. Harga

Harga yang ditawarkan adalah selaras dengan kualiti produk

dan kos pembelian produk tersebut dan kami mengadakan

potongan harga sebanyak 20% kepada pelanggan yang kami

menjadi ahli .

5. Media cetak

Kami mengiklankan syarikat kami dalam majalah dan surat

khabar sebagai permulaan untuk memperkenalkan produk terbaru

kami .

7. RANCANGAN OPERASI

ASPEK KAEDAH PENGOPERASIAN PERNIAGAAN

SUMBER ASAS PRODUK

a) Modal Kewangan Sendiri (RM100X10) =RM1000b) Bahan Basah yang terpilih dan berkualiti sahaja diperolehi dari pasaran tempatanc) Kaedah Packaging yang bersih dan selamat untuk menjamin kualiti dan shelve life produk.

PROSES TRANSFORMASI

a) Bahan-bahan berkualiti dan terpilih diproses dengan mengutamakan kualiti rasa dan tekstur produk.b) Bahan yang telah diolah dipakejkan mengikut standard kualiti yang tinggi untuk menjamin produk yang bermutu tinggi.c) Kumpulan Semakan Kualiti akan memastikan produk melepasi pemeriksaan pada skala yang ditetapkan.

OUTPUTa) Produk yang dihasilkan mencukupi untuk menampung keperluan pengguna sasaran.b) Produk yang dihasilkan adalah bersih, selamat dan menepati citarasa.c) Perkhidmatan jualan dapat menampung pusingan modaldengan kenyataan untung yang jelas.

Kumpulan Perniagaan kami mengamalkan strategi perniagaan “ Zero

Level Channel” dimana pihak kami akan berurusan secara terus dengan

pembeli tanpa khidmat pemborong/ orang tengah. Ini membolehkan kami

mempunyai kawalan secara langsung terhadap urusniaga perniagaan kami

disamping mengurangkan kos luar jangka yang mungkin ada.

7.2 RANCANGAN PENGELUARAN

• Perancangan Pengeluaran yang dimaksudkan adalah perancangan jangka

masa pendek dan panjang mengikut tahap dalam sesuatu syarikat.

• Rancangan jangka masa pendek ialah syarikat memperkenalkan PSJ

Enterprise kepada pelanggan. Perancangan Pengeluaran jangka panjang

pula ialah mempertingkatkan samaada produk atau perkhidmatan

syarikat dari semasa ke semasa.

7.3 MENENTUKAN OBJEKTIF

• Mengariskan 2 objektif penting iaitu objektif formal dan tidak

formal bermaksud syarikat ingin memeksimumkan keuntungan,menawarkan

produk yang berkualiti,menyediakan perkhidmatan dan layanan yang

memuaskan

• Objektif tidak formal pula bermaksud menguasai pasaran di bandar

agar diterima oleh semua peringkat masyarakat.

7.4 MEMBENTUK DASAR

• Syarikat telah membentuk satu dasar sebagai garis panduan yang

mesti dipatuhi oleh semua kakitangan dalam melaksanakan operasi

syarikat,antaranya ialah mengamalkan sikap bertolak-ansur,hormat-

menghormati kepada pelanggan,dan sentiasa mengutamakan kepentingan

pelanggan.

7.5 MEMBENTUK JANGKA PERTENGAHAN / PENDEK

• Perancangan jangka pertengahan syarikat dalam tempoh 3 tahun

hingga 10 tahun . Dalam tempoh empat tahun , syarikat tidak akan

menjual produk atau perkhidmatan yang nilainya melebihi nilai yang

ditetapkan.

7.6 KENYATAAN TATACARA TERPERINCI UNTUK MELAKSANAKAN PERANCANGAAN

• Langkah yang mesti diambil oleh syarikat kami untuk melaksanakan

perancangan yang telah dibentuk ialah dengan membuat kajian (R&D)

penyelidikan dan pembangunan menenai persaingan yang wujud di

pasaran seperti penawaran harga .

• Contohnya , jika syarikat lain menawarkan yang lebih maka syarikat

akan membuat kajian terperinci . Syarikat akan bertindak mencari

jalan penyelesain untuk mengekalkan jualan dengan promosi dan jualan

sebagai langkah permulaan .

8. RANCANGAN KEWANGAN

Tujuan rancangan kewangan adalah untuk :

1) Mengetahui kos yang terlibat dalam memulakan perniagaan.

2) Modal yang diperlukan.

3) Sumber kewangan yang digunakan.

4) Tempoh bayar balik pinjaman.

5) Kedudukan kewangan perniagaan.

6) Keuntungan dan kerugian yang dialami.

7) Kedudukan kewangan di akhir tempoh perakaunan.

Jenis pemilikan

1) Bentuk perniagaan PSJ Enterprise. adalah perkongsian .

Sebab-sebab

• Dapat mengumpul modal yang banyak .

• Kemahiran boleh dikongsi bersama.

• Cukai pendapatan persendirian dikenakan.

• Dapat mengukuhkan kedudukan.

• Risiko perniagaan dapat disebarkan.

PENYATA ALIRAN TUNAI

• Disediakan untuk tujuan perakaunan keluar dan masuk ke dalam

operasa perniagaan .

• Jumlah yang dicatatkan dalam penyata aliran tunai merupakan

satu anggaran yang telah ditetapkan dan bukan menggambarkan

pengaliran tunai yang sebenar .

KEPENTINGAN

• Kesan daripada penyata aliran tunai terhadap operasi aktiviti

perniagaan .

• Ia akan menentukan aktiviti pelaburan yang dibuat .

• Kesan terhadap peningkatan dan pengurangan tunai bagi tempioh

tertentu .

• Penyata aliran tunai yang disediakan boleh dijadikan dokumen

sokongan untuk mendapatkan sumber pinjaman dari institusi kewangan

bagi tujuan pembangunan operasi .

• Sebagai garis panduan bagi mengaendalikan pengaliran tunai

dengan baik .

9. RANCANGAN PENGURUSAN RISIKO

Dalam setiap perniagaan yang dijalankan ,peniaga akan menghadapi

pelbagai cabaran dan masalah . Cabaran yang dihadapi para peniaga

sebenarnya menguji kecekalan dan kesungguhan peniaga dalam

menjalankan perniagaan. Dalam perniagaan tidak kira perniagaan itu

kecil ataupun besar,cabaran yang dihadapi adalah merupakan perkara

biasa.

Risiko adalah merupakan kemungkinan dan cabaran yang akan dihadapi

oleh peniaga dalam menjalankan perniagaan . Setiap peniaga sama ada

peniaga kecil ataupun besar akan berdepan dengan risiko ini sama ada

besar ataupun kecil. Risiko yang dihadapi biasanya bergantung kepada

saiz perniagaan iaitu semakin besar perniagaan makin besar risiko

yang akan dihadapi. Risiko perniagaan juga bergantung kepada jenis

perniagaan yang dijalankan seperti perniagaan makanan dan perniagaan

jenis barangan risiko yang dihadapi adalah berbeza kerana makanan

tidak tahan lama berbanding dengan barangan lain.

9.1 ANALISA RISIKO

Syarikat PSJ Enterprise telah mengenal pasti risiko-risiko berikut

didalam menjalankan perniagaan :

BIL

RISIKO DIKENALPASTI PERINCIAN

01 KOS BAHAN MENTAH YANG MENINGKAT AKIBAT DARIPADA PERUBAHAN CUACA

Kos Bahan Mentah (Pasta Udang, Pasta Ikan,

dan Bahan-Bahan Asas dalam pembikinan

Sambal Belacan pelbagai rasa) mungkin

meningkat akibat perubahan cuaca. Perkara

ini terjadi sedemikian kerana syarikat PSJ

Enterprise hanya menggunakan bahan segar

dalam produknya. Perubahan cuaca

menyebabkan peraih sukar ke laut dan tidak

berupaya mendapatkan sumber-sumber yang

dikehendaki.02 PERSAINGAN DENGAN

PRODUK LAINTidak dinafikan bahawa terdapat produk b

erkonsepkan Sambal Belacan yang dihasilkan

secara pukal didalam kilang makanan.

Produk-produk ini mampu memberikan saingan

kepada syarikat PSJ Enterprise.

9.2 STRATEGI PERNIAGAAN UNTUK MENGATASI ANCAMAN RISIKO YANG TELAH

DIKENALPASTI

BIL

RISIKO DIKENALPASTI STRATEGI TIMBAL BALAS

01 KOS BAHAN MENTAH YANG MENINGKAT AKIBAT DARIPADA PERUBAHAN CUACA

a) mempelbagaikan sumber perolehan bahan

mentah untuk produk Sambal Belacan

Pelbagai Perisa Aduh Mama!.

b) mencari alternatif sesuai untuk

menggantikan bahan mentah dengan bahan

mentah lain yang setara tanpa menjejaskan

kualiti, tekstur dan rasa akhir produk

sebelum dipasarkan.

02 PERSAINGAN DENGAN PRODUK LAIN a) menggiatkan promosi produk dengan

menggunakan pelbagai media seperti media

massa popular contohya melalui Facebook,

Televisyen, Radio dan Internet.

b) mengadakan sesi sampling percuma di

pasaraya-pasaraya terpilih untuk

membolehkan pengguna merasakan produk

sebelum membelinya.

9.3 RUMUSAN

1. Setiap risiko yang dihadapi mempunyai jalan penyelesaian. Oleh

sebab itu para peniaga perlu menggunakan kebijaksanaan dalam

mengurangkan risiko yang dihadapi dalam perniagaan.

2. Pelbagai cara boleh digunakan oleh peniaga untuk mengurangkan

risiko yang dihadapi. Risiko yang dihadapi tidak dapat diselesaikan

dengan seratus peratus.

3. Seseorang peniaga yang bijak dan kreatif akan bertindak dengan

cepat untuk mencari jalan penyelesaian dengan membuat penyiasatan

dan kajian secara mendalam terhadap perniagaan yang dijalankan.

4. Peniaga yang berjaya ialah peniaga yang dapat mengurangkan

risiko dalam perniagaannya dan mampu mengatasi segala risiko yang

dihadapi dengan tenang dan bijak.

5. Persediaan yang awal akan mengurangkan risiko yang dihadapi

dalam perniagaan.Peniaga perlu membuat perancangan yang bijak dan

teliti sebelum memulakan perniagaan.

10. KESIMPULAN

Syarikat PSJ Enterprise merupakan syarikat milik perkongsian yang

telah ditubuhkan pada tahun 2014. Syarikat ini merupakan syarikat

SME yang berfokus kepada penghasilan produk makanan tempatan untuk

diketengahkan ke pasaran serantau dan antarabangsa. Perniagaan ini

dijalankan adalah memenuhi kehendak pengguna yang menginginkan

kelainan didalam menu sajian seharian mereka. Oleh yang demikian,

pengenalan produk Sambal Belacan Pelbagai Perisa “Aduh Mama”

disasarkan akan dapat memenuhi keperluan pengguna. Perniagaan ini

juga dijalankan sebagai usaha untuk membuka peluang pekerjaan kepada

individu-individu yang berminat dengan perniagaan makanan tempatan.

Syarikat PSJ Enterprise juga telah membuat pelbagai tinjauan,

analisis dan perancangan masa depan samaada secara jangka pendek

atau jangka panjang bagi meningkatkan kualiti dan keuntungan

syarikat.