Proposal Getah

19
KANDUNGAN PENGANTAR ITEM 1; ………………………………………………PASARAN ITEM 2; ……………….………………………….…PENGURUSAN 2.1: ……………………………………….PEMBAHAGIAN UNTUNG RUGI ITEM 3; ………….………………………………….OBJEKTIF PROJEK ITEM 4; ………….………………………………….ANALISIS HARGA GETAH 2011 ITEM 5; ………….………………………………….RISIKO – RISIKO PROJEK ITEM 6; ………….………………………………….STRATEGI MENGURANGKAN RISIKO KERUGIAN ITEM 7; ............................................CARA MENDAPATKAN HARGA BARANG ITEM 8; …………..………………………………….FAEDAH – FAEDAH PELABURAN ITEM 9; …………..………………………………….KESIMPULAN INDEKS 1 : ………………………………………….CARA MENDAPATKAN HARGA GETAH DI LAMAN WEB INDEKS 2 : ………………………………………….GAMBAR – GAMBAR PROJEK

Transcript of Proposal Getah

KANDUNGAN

PENGANTAR

ITEM 1; ………………………………………………PASARAN

ITEM 2; ……………….………………………….…PENGURUSAN

2.1: ……………………………………….PEMBAHAGIAN UNTUNG RUGI

ITEM 3; ………….………………………………….OBJEKTIF PROJEK

ITEM 4; ………….………………………………….ANALISIS HARGA GETAH 2011

ITEM 5; ………….………………………………….RISIKO – RISIKO PROJEK

ITEM 6; ………….………………………………….STRATEGI MENGURANGKAN RISIKO KERUGIAN

ITEM 7; ........................................…....CARA MENDAPATKAN HARGA BARANG

ITEM 8; …………..………………………………….FAEDAH – FAEDAH PELABURAN

ITEM 9; …………..………………………………….KESIMPULAN

INDEKS 1 : ………………………………………….CARA MENDAPATKAN HARGA GETAH DI LAMAN WEB

INDEKS 2 : ………………………………………….GAMBAR – GAMBAR PROJEK

PENGANTAR

Bismillahirrahmaanirrahim…

Projek ini berkaitan mengimport getah daripada Thailand untuk di bawa masuk ke kilang-kilang di Malaysia. Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh pihak syarikat, projek ini mampu memberi pulangan melebihi 30% setahun. Berdasarkan pasaran getah semasa dunia, syarikat kami menjangkakan pulangan yang akan diperoleh oleh para pelabur akan mengatasi pulangan pelaburan-pelaburan lain sama ada simpanan di bank mahupun ASB. Syarikat yang akan menguruskan pelaburan ini adalah syarikat kami iaitu Syarikat Kubina Niaga. Syarikat kami berpengalaman menguruskan perniaagaan ini sejak tahun 2009. Kami bekerjasama dengan Syarikat Dinnava Commercial Limited Partnership (DCLP) di Thailand. Pihak syarikat DCLP juga pernah tersenarai sebagai penjual terbanyak getah untuk syarikat Lee Rubbercawangan Tanah Merah Kelantan dengan nilai dagangan pernah mencecahRM 2 juta sebulan. Justeru, untuk mendapatkan bekalan getah, pihak syarikat DCLP cukup berpengalaman dalam urusan mendapatkannya di seluruh wilayah-wilayah Thailand bahkan meliputi Laos dan Cambodia.

Item 1 : PASARAN

Pasaran projek perniagaan kami ini tertumpu kepada 2 pihak iaitu pihak kilang sebagai pembeli dan pihak peniaga-peniaga getah di Thailand sebagai penjual. Walaupun kebanyakan pembeli-pembeli kami adalah kilang-kilang di Malaysia, kami juga mempunyai beberapa pembeli di Thailand.

Senarai pembeli kami adalah seperti berikut :

Malaysia

1) Kilang Getah Mardec, Kuala Berang, Terengganu2) Lee Rubber, caw. Tanah Merah & Kuala Krai, Kelantan3) Seng Hin Rubber, Kuala Krai, Kelantan4) Kilang Felda, Chalok Barat, Terengganu

5) Kilang Felda, Negeri Sembilan6) Lain-lain alternatif

Thailand

7) Thai Tech Rubber, Hatyai, Thailand8) Southland Rubber Co. Ltd, Hatyai, Thailand

Syarikat kami akan memastikan mendapat pilihan harga yang terbaik dalam kalangan pembeli kami supaya kami dapat memaksimumkan untung para pelabur.

Bagi pihak penjual-penjual getah di Thailand, kami mempunyai beberapa orang penjual skala besar yang mampu menyediakan bahan mentah secukupnya bagi menampung operasi kami. Kami menganggarkan sekurang-kurangnya 200 tan getah akan diimport setiap bulan.

Pasaran getah dunia semasa menunjukkan harga getah berada pada parasyang lebih rendah berbanding tempoh sama pada tahun lepas. Suka kaminyatakan di sini bahawa harga getah dunia TIDAK menjejaskan operasi projek ini secara keseluruhan. Bahkan, keadaan ini mungkin menguntungkan kami kerana pihak syarikat boleh mengimport lebih banyak getah kerana harganya murah.Malah, ingin kami jelaskan juga disini bahawa sekiranya harga getah dunia kembali meningkat, hal yang demikian juga TIDAK akan menjejaskan projek ini. Secara amnya, getah adalah antara komoditi yang telah lama diniagakan dan sentiasamendapat permintaan. Oleh itu, pelaburan dalam komoditi ini menjanjikan keuntungan yang lumayan jika diuruskan dengan baik.

Item 2 : PENGURUSAN

Pihak syarikat yang akan menguruskan pelaburan para pelabur adalah seperti berikut:

1- Suhaimi bin Che Hussin ( Pengasas, CEO Kubina Niaga )a) Menguruskan hal-hal berkaitan para pelabur, pihak kilang, dan

pihak penjual-penjual di Thailand.b) Mendapatkan bekalan dan pasaran alternatif

2- Yuseree Dinnava ( Pengurus DCLP Thailand )

c) Menguruskan hal-hal berkaitan bekalan getah dan urusan kastam Thailand dan kastam Malaysia.

d) Urusan forwarding agent di Thailand dan Malaysia.

3- Juhaiman Arwae( Pengurus Stor )4- Che Manizi Dinnava ( Logistik & hal ehwal pekerja )5- Siti Mariam Dinnava ( Timbangan )6- Rusmanira Dinnava (Akauntan )7- Burhan ( pekerja am )

2.1 Pilihan pembahagian untung rugi

Kaedah pembahagian untung rugi adalah berdasarkan konsep mudharabah iaitu pembahagian untung/rugi atas untung atau rugi bersih dan bukandaripada modal. Syarikat kami menawarkan dua pilihan untuk para pelabur.

9) Konsep Pembahagian

a) Syarikat akan menerima 50% dari hasil untung bersih.b) Syarikat akan menanggung 50% risiko kerugian.c) Pelabur akan menerima 50% dari hasil untung bersih.d) Pelabur menanggung 50% risiko kerugiaan.

Mesyuarat pihak pengurusan dengan para pelabur akan diadakan setiap 4 bulan sepanjang tempoh matang. Tempoh matang projek adalah selama satu tahun. Para pelabur tidak boleh mengeluarkan modal pelaburan mereka sebelum tempoh matang. Para pelabur juga akan mendapat informasi terus daripada pengurus projek iaitu En. Suhaimi bin Che Hussin selaku CEO Kubina Niaga. Pembentangan mengenai perjalanan projek akan diadakan dan sesi soal jawab akan dibuka. Tarikh pembentangan akan dikeluarkan selepas 2 bulan projek berjalan. Pembahagiaan untung/rugi juga akan dibuat pada mesyuarat ini.

Item 3 : OBJEKTIF PROJEK

Sasaran projek ini terbahagi kepada dua peringkat. Peringkat pertamaialah sasaran jangka pendek iaitu dalam tempoh 1 tahun. Manakala,

sasaran jangka panjang dalam tempoh 5 tahun. Berikut adalah sasaran yang ditetapkan oleh syarikat mengikut peringkat.

JANGKA PENDEK

10) Mencapai transaksi jualan sekurang-kurang RM 5,000,000 setahun.

11) Mencapai keuntungan bersih pelabur paling minimum 30%.12) Membuka peluang pelaburan yang lebih luas untuk para pelabur.

JANGKA PANJANG

13) Menguasai perniagaan getah antara Negara Malaysia, Thailand, Laos, Cambodia dan Myanmar.

14) Menghantar getah terus ke pasaran antarabangsa seperti India, China dan juga Eropah.

15) Membuka sub-perniagaan lain yang berasaskan perniagaan getah.a) Logistik (lori menghantar getah ke kilang)b) Penanaman getah berskala besar

Item 4 : ANALISIS HARGA GETAH DI MALAYSIA

Harga getah di Malaysia mengalami turun naik yang tidak begitu ketara berbanding Thailand kerana pihak kerajaan melalui Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengawal kenaikan dan penurunan harga. Kajian terhadap harga getah telah dilakukan sepanjang tahun 2011 dan keputusannya adalah seperti dibawah.

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis0

4

8

12

16

Purata Harga SMR20 2011

Series 1

Rajah 1

Item 5 : RISIKO – RISIKO PROJEK

1- Harga getah Malaysia menurun dengan drastik

Harga getah menurun dengan drastik menyebabkan harga belian lebih tinggi daripada harga jualan. Penurunan yang drastik begini juga akan menyebabkan penjual – penjual getah di Thailand tidak berminat untuk mengeksport getah mereka ke Malaysia, lantas mengurangkan peluang keuntungan yang bakal diperoleh oleh para pelabur.

2- Pesaing syarikat membeli getah dengan harga yang lebih mahal

Syarikat akan kehilangan pelanggan jika para pesaing dapat membeli getah dengan harga yang lebih tinggi sekaligus menarikminat para penjual untuk beralih kepada mereka berbanding menjual getah mereka kepada syarikat. Pesaing yang mempunyai modal besar biasanya boleh membeli getah dengan harga yang sedikit tinggi daripada daripada pasaran dengan harapan untuk menguasai pasaran. Hal ini sedikit sebanyak akan mengganggu projek syarikat.

3- Faktor cuaca

Faktor cuaca juga akan mengganggu kadar pengeluaran getah dengan banyak. Penoreh tidak dapat menoreh jika cuaca buruk melanda seperti hujan turun secara berterusan. Hal ini sekaligus mengurangkan jumlah penjualan getah para peniaga Thailand kepada syarikat, lantas mengurangkan jumlah getah yang diimport. Situasi sebegini biasanya berlaku sekitar hujung tahun kerana musim tengkujuh.

4- Kecurian barang sebelum tiba di kilang

Faktor kecurian adalah antara faktor dominan yang akan melandasekiranya harga getah berada pada paras yang tinggi seperti awal tahun 2011. Kecurian getah boleh berlaku di dua tempat. Pertama adalah di stor penyimpanan getah syarikat dan kedua , semasa proses penghantaran getah ke kilang. Risiko kecurian barang di stor penyimpanan getah syarikat adalah lebih rendah berikutan terdapat pekerja yang tinggal di stor tersebut. Sebaliknya, semasa proses penghantaran barang ke kilang, risiko kecurian adalah lebih tinggi. Hal ini kerana pemandu – pemandu lori mungkin akan mencuri getah yang dibawa sepanjang tempoh penghantaran ke kilang dan dijual kepada peniaga – peniaga sekitar.

5- Penipuan timbangan di kilang

Risiko ini adalah risiko terbesar yang ditanggung oleh syarikat kerana pihak kilang yang tidak bertanggungjawab biasanya akan menipu timbangan sehingga mengurangkan lebih 10 % daripada nilai timbangan asal di stor syarikat. Hal ini akansangat menjejaskan pendapatan syarikat. Jika di tambah pula dengan penurunan harga, syarikat akan mengalami kerugiaan yangbesar.

6- Lain – lain risiko

Terdapat beberapa risiko yang mungkin akan berlaku dan akan mengganggu perjalanan projek syarikat. Antaranya adalah seperti lori – lori pengangkut tiada, kerosakan lori –lori pengangkut semasa proses penghantaran getah ke kilang, kerosakan forklift dan gagal mencari penggantinya dalam masa terdekat, penjual – penjual getah di Thailand mogok, karenah birokrasi di kastam Thailand mahupun kastam Malaysia dan sebagainya.

Item 6 : STRATEGI MENGURANGKAN RISIKO KERUGIAN

1- Pihak syarikat menjual barang ke pasaran Thailand

Pihak syarikat tidak menghadkan pasaran jualan hanya kepada kilang – kilang di Malaysia sahaja. Sekiranya harga getah di Malaysia lebih rendah berbanding di Thailand, pihak syarikat akan menghantar barang ke kilang – kilang di Thailand. Hal inisekaligus tidak menjejaskan sepenuhnya peluang pelabur mendapat keuntungan sekiranya harga getah di Malaysia turun dengan drastik.

2- Syarikat mendapatkan terma – terma istimewa daripada pihak kilang

Pihak syarikat telah mendapat terma – terma istimewa seperti harga yang lebih baik dan perjanjian dengan pihakkilang supayatidak menipu timbangan. Oleh itu, perjanjian ini telah meletakkan syarikat dalam situasi yang lebih baik berbanding pesaing – pesaing syarikat yang kebanyakannya tidak melakukan apa – apa perjanjian dengan pihak kilang.

3- Sumber barangan seluruh Thailand

Sekiranya bekalan getah di kawasan selatan Thailand berkurang berikutan faktor cuaca seperti hujan yang berterusan, pihak syarikat akan menampung bekalan barangan dengan mengambil getah daripada kawasan utara Thailand seperti kawasan Bangkok,Isaan, Chiang Mai, Chiang Rai dan sebagainya. Oleh itu, pihak

syarikat akan sentiasa mempunyai sumber barangan yang mencukupi untuk diimport ke Malaysia .

4- Penyediaan pengawal dan pemantau barangan

Bagi menangani risiko kecurian, pihak syarikat akan menempatkan pengawal di stor penyimpanan barang syarikat. Pihak syarikat juga akan menghantar pemantau yang akan mengiringi lori – lori penghantar barang sehingga ke kilang. Jika terdapat barangan di stor penyimpanan, pekerja syarikat akan tinggal di sana.

5- Pasaran Malaysia yang luas

Sekiranya didapati pihak kilang menipu timbangan,pihak syarikat akan menghantar barangan kepada kilang – kilang lain di Malaysia. Keadaan ini biasanya berlaku apabila peniaga tidak mendapat terma – terma istimewa dengan pihka kilang. Oleh kerana pihak syarikat telah mendapat terma istimewa dengan beberapa buah kilang, pihak syarikat akan sentiasa mempunyai pasaran yang luas dan tidak hanya bergantung kepada sebuah kilang sahaja.

Item 7: CARA MENDAPATKAN HARGA BARANG

RUMUS

Berikut adalah turutan langkah mengira jumlah barang;

1- Harga SMR20 – Kos Proses = Harga Kilang2- Harga Kilang x DRC ( Dried Rubber Component ) = Harga Barang3- Harga Barang x Berat Bersih = Jumlah RM

Nota: Lihat INDEKS 1 untuk mengetahui harga SMR20 di laman web www.lgm.gov.my

Berikut adalah model pengiraan projek mengikut rumus;

1- RM 8.50 – RM 1.00 = RM 7.502- RM 7.50 x 60 = RM 4.503- RM 4.50 x 10,000 kg = RM 45,000

7.1 : Simulasi Ringkas Projek

Berikut adalah contoh perjalanan sebenar projek;

Dana pelabur : RM 100,000

Harga SMR20 : RM 8.50 ( RM 4.50 )*mengikut rumus

Kos proses : RM 1.00

DRC : 60

Kg asal barangan : 20,000 kg = 2 lori

Kg di kilang : 19,000 kg *susut kg 10%

RM kilang bayar : RM 85,000

Purata RM belian : RM 3.85/kg x 20,000kg = RM 77,000

Untung kasar : RM 85,000 – RM 77,000 = RM 8,500

Kos pengurusan : RM 6,500

Untung bersih : RM 2,000

U.bersih pelabur : 40% x RM 2,000 = RM 800/hari

Item 8 : FAEDAH-FAEDAH PELABURAN

Pelaburan ini menawarkan beberapa faedah untuk para pelabur antaranya :

a) Beroperasi mengikut hukum syarak iaitu di bawah konsep mudharabah (perkongsian untung)

- Pihak syarikat menawarkan pelaburan yang sah di sisi Islam.

- Di bawah adalah contoh bagaimana konsep mudharabah diterapkan dalam pelaburan yang ditawarkan ini

- 1) anggaran perolehan keuntungan sehari

RM 1,000*ini adalah untung bersih 2 buah lori sehari

- 2) pembahagiaan untung 60 : 40 antara pihak syarikat dan pelabur. Pihak pelabur mendapat 40% keuntungan.

RM 1,000 x 40% = RM 400

- 3) konsep mudharabah menekankan tentang pembahagiaan untung rugi atas untung bersih dan rugi bersih. Hal ini sekaligus mengelakkan ada pihak yang teraniaya.

b) Pilihan pelaburan yang selamat

- Pihak syarikat menawarkan pelaburan yang selamat untuk para pelabur . Pihak syarikat mengakui kegelisahan para pelabur yang bimbang tidak akan mendapat keuntungan malahturut kehilangan modal yang dilaburkan, lantas pihak syarikat cuba mencari cara terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.

- Para pelabur tidak perlu bimbang kerana pelaburan ini adalah pelaburan yang selamat. Hal ini kerana pihak syarikat melabur dalam industri yang telah diakui pentingsejak dahulu lagi dan akan sentiasa mendapat permintaan daripada seluruh dunia.

- Di samping itu, pelaburan ini merupakan pelaburan yang selamat kerana pihak syarikat akan menanggung sebahagian besar kerugian jika projek ini menghadapi apa-apa kesan luar jangka yang merugikan pelabur. *(untuk pilihan item 2.1 (a) sahaja. )

- Justeru, para pelabur tidak akan berdepan risiko kehilangan keseluruhan modal pelaburan.

- Bonus dalam bentuk hibah juga akan diberikan kepada pelabur yang melabur melebihi tempoh 2 tahun.

c) Potensi pulangan pelaburan yang tinggi

- Pelaburan ini sememangnya mampu memberikan pulangan yang tinggi jika diuruskan dengan baik.

- Kami percaya dengan kebolehan yang ada pada pihak syarikat KUBINA NIAGA dan DINNAVA COMMERCIAL PTE.LTD. pelaburan ini mampu membawa pulang keuntungan yang lebih baik berbanding di bank-bank mahupun skim ASB.

- Berikut adalah rajah anggaran pulangan pelaburan projek ini berbanding bank dan ASB.

Suku Pertama

Suku Kedua Suku Ketiga

Suku Keempat

0

5

10

15

20

25

30

35

1.5 2.5 3.5 4.52.4

4.46.5 7.88

15

22

30

BankASNBJangkaan Projek

Rajah 2

Pihak syarikat menjangkakan pulangan atas modal sebanyak 30% bagi tempoh matang pertama projek ini. Walaupun pembahagian untung rugi tidak berdasarkan modal, pihak syarikat menjangkakan pulangan sekitar jumlah yang dinyatakan di atas dalam masa setahun. Sementara

bank hanya memberikan pulangan dalam lingkungan 4-5 % bagi tempoh simpanan selama setahun dan ASNB pula sekitar 8% setahun, projek inimenawarkan alternatif yang lebih baik berbanding kedua-dua pilihan pelaburan tersebut.

Item 9: KESIMPULAN

Pelaburan ini adalah pelaburan eksklusif yang tidak dibuka kepada umum. Pihak syarikat hanya mencari modal pelaburan sekitar RM 200,000 paling maksimum. Peluang pelaburan hanya terbuka kepada pelabur yang cepat dan individu – individu yang telah dipilih oleh syarikat. Sekiranya modal pelabur telah mencapai minimum RM100,000 maka pihak syarikat akan segera menggerakkan projek ini dalam masa sebulan. Syarikat menetapkan jumlah minimum pelaburan adalah sebanyak RM 10,000 bagi seorang pelabur.

Lawatan ke stor penyimpanan syarikat juga boleh diatur kepada pelabur yang berminat (Tanggungan Pelabur). Pihak syarikat akan memaklumkan segala hal penting berkaitan projek ini melalui telefon dan emel. Kepada pelabur yang berminat boleh menghubungi sendiri pengurus projek, En Suhaimi Bin Che Hussin di nombor 013-9115277. Sila tinggalkan pesanan ringkas jika panggilan tidak berjawab. Akhirkata, Semoga projek ini mendapat berkah dan redha daripada Allah s.w.t,berjalan dengan lancar dan memberi keuntungan kepada para pelabur dan seterusnya kepada syarikat. Sekian

Wassalam.

BERSAMA MENJANA EKONOMI MALAYSIA

Indeks 1

11:59:56 PM Tuesday, 25 September 2012

Bahasa English A- +A

Official PortalMalaysian Rubber BoardLembaga GetahMalaysia

Home About Us

Core Activities

Services

Commercialisation

Archive

E-mail

Malaysian Rubber Exchange

About UsChairman's MessageCommitteesMembership MRE Membership

Membership Directoryo Brokerso Dealerso Producerso Users Associate Members

Membership Applicationa) Ordinary

b) Associate

a) Ordinary

Rules & ByelawsFacilitiesMarket ClosingEventsNR Prices & Charts Daily Prices Quotation in Sen/Kg Quotation in RM/Tonne Monthly Prices Monthly Prices (Buyers & Sellers) Monthly & Yearly Average SMR20 Chart

Daily Rubber Physical Prices (Sen/Kg)PHYSICAL CLOSING PRICES(FOB) AT 5.00 PM ON 25/09/2012

OctoberSen/Kg

Buyers Sellers

US Cents/Kg

Buyers Sellers

SMR CV 988.00 998.00 325.70 329.00

SMR L 950.00 959.50 313.15 316.30

SMR 5 - 884.00 - 291.40

SMR 10 865.50 874.00 285.30 288.10

SMR 20 863.50 872.00 284.65 287.45

Tone of Market: Quietly Steady

Centrifuged Latex: Local Price(ISO 2004)in Sen/Kg(Wet)

Latex in BulkBuyers Sellers

612.00 618.00

Notes: With effect from 2 January 2009, the MRB quotes for both buyer’s and seller’s prices of Latex in Bulk.

>> Quotation in RM/Tonne

Daily Price Search

September 2012Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat

12 3 4 5 6 7 89 10 11 12 13 14 1516 17 18 19 20 21 2223 24 25 26 27 28 2930

*Harga SMR 20 sebelum dikira mengikut rumus yang disediakan

September 2012

Farmgate Prices on 25/09/2012in Sen/Kg

Latex Cuplump

Low High Low High

Peninsular 690.00 800.00 245.00 390.00

USS Latex Cuplump

Low High Low High Low High

Sabah390.0

0

430.0

0

705.0

0

705.0

0

335.0

0

365.0

0

Sarawak360.0

0

600.0

0- -

200.0

0

410.0

0

Notes: Prices are subject to percentage of dry rubber contents.

Rubber Cesses (Peninsular Malaysia)

R & D : 4.00 sen per kg (effective 1 Sep 2005)

Replanting : 9.92079 sen per kg OR 4.50 sen per lb

Note

s

:With effect from 1 January 1994, in respect of container

shipments, Terminal Handling Charges at port of loading are for

buyer's account.

Home FAQ Copyright Privacy & Security Policy Sitemap RSS Feed SupportCopyright ©2011 MALAYSIAN RUBBER BOARD

The Government and Malaysian Rubber Board shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of

any information obtained from this site.

Best viewed using IE 8 and above with the resolution of 1024 X 768.

Contact us at: general at lgm dot gov dot my / webmaster at lgm dot gov dot my

Last Updated: 25/09/2012Rajah 3

Indeks 2