ADAT MEMENGGAL KEPALA DI SABAH 1

16
AMALAN MEMBURU KEPALA DALAM KALANGAN MASYARAKAT TRADISIONAL DI SABAH TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA ( TITAS ) UW00202 NAMA AHLI NO. MATRIK ANNE MITCHELLE JUSTIN BA13161121 FARIDAH BINTI MADKAUWASA BA13110100 FATIMAH BINTI SANGIT BA13110103 NUR ASHRA BINTI ABDUL BA13110337 SHAKINA BINTI LANDAU BB13110521

Transcript of ADAT MEMENGGAL KEPALA DI SABAH 1

AMALAN MEMBURU KEPALA DALAM KALANGAN MASYARAKAT TRADISIONAL DI SABAH

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA ( TITAS ) UW00202

NAMA AHLI NO. MATRIKANNE MITCHELLE JUSTIN BA13161121

FARIDAH BINTI MADKAUWASA BA13110100

FATIMAH BINTI SANGIT BA13110103

NUR ASHRA BINTI ABDUL BA13110337

SHAKINA BINTI LANDAU BB13110521

PENGENALAN• Tradisi memburu kepala merupakan amalan memenggal & menjaga kepala manusia yang dilakukan setelah membunuhnya.

• Terdapat beberapa kawasan yang mengamalkan tradisi ini antaranya di Oceania, Asia Tenggara & Asia Selatan, Afrika Tengah & Afrika Barat setelah beberapa kumpulan atau puak yang terletak di Celts, Scithians dan beberapa tempat di dunia

• Bermula dengan tanggapan bahawa kepala mengandungi elemen roh atau semangat yang boleh diperolehi.

• Pengamalnya menganggap ia merupakan 1 ritual dan bukannya peperangan semata-mata.

• Terkenal dalam kalangan masyarakat Kadazandusun, Rungus dan Murut.

• Hanya memengal kepala musuh yang hidup.• Masyarakat ini percaya badan kita mempunyai semangat, masyarakat Rungus menggelarnya ‘hatod’.

• Roh atau semangat yang paling kuat terletak di kepala, dikenali sebagai ‘lugu’ (Rungus) dan ‘tandahau’ (Kadazan).

BENTUK2 PEMBURUAN KEPALA

Secara berkumpulan semasa perang :

Untuk membuktikan keperkasaan puak mereka

Memotong kepala pihak lawan sebanyak mungkin

Kepala yang berjaya diperolehi disimpan secara komunal (bersama-sama)

Aktiviti pengumpulan kepala semasa perang :

Ingin mempertahankan wilayah daripada ancaman pihak luar

Mengelakkan bahaya kepada masyarakat mereka.

Secara individu :

Tujuan medapatkan pasangan hidup

Lelaki yang tidak mampu memiliki kepala dianggap pengecut

Para wanita tidak akan mengawininya kerana takut lelaki tersebut tidak mampu melindungi mereka.

Untuk memperolehi kehormatan dan ingin menjadi Ketua kampung, perlu memperolehi sekurag-kurangnya 10 kepala

Mgsa akan mengikuti si pemenggal ke alam kematian.

Secara kumpulan kecil :

Umpama sebuah keluarga yang berlainan puak atau kampung yg mempunyai perselisihan faham atau dendam antara satu sama lain.

kepala akan dsimpan oleh ahli keluarga yang menang.

FAKTOR YG MEMPENGARUHI AKTIVITI PEMBURUAN KEPALA

Pembinaan rumah baru atau berpindah ke rumah baru :• sebuah rmah bru prlu ada smgat utk mjdi pnjga rmah• semangat ‘tandahau’ akan menjaga kesejahteraan orang yang memilikinya

• melindungi mereka daripada serangan musuh serta binatang buas di sekitar.

Untuk diletakkan di bawah jambatan baru dibina :• jambatan yang ada kepala akan menjadi kukuh dan tidak akan roboh buat masa yang lama

• bangunan juga diletakkan kepala bagi menjaga bangunan dan mengelakkannya daripada runtuh.

Kepala manusia mempunyai semangat menyembuhkan wabak penyakit :• semangat kepala tersebut menjaga keselamatan kampung mereka daripada bencana alam dan musuh.

• Tengkorak merupakan penawar mujarab dan berkesan menghilangkan segala pnyakit.

Pemujaan nenek moyang :• pemujaan merupakan adat turun-temurun• menggunakan kepala untuk dipersembahkan kepada roh nenek moyang mereka

• tujuannya adalah untuk menenangkn roh dan memohon perlindungan daripada roh-roh tersebut.

Memperolehi kekuatan si mangsa / musuh :• Kekuatan mangsa yang dipenggal akan diperolehi oleh pemenggal dan menambah kekuatannya.

• Kekuatan bertambah mengikut bilangan kepala yang dipenggal.

• Diibaratkan tenaga dua orang dalam satu tubuh.

ALAT2 MEMBURU KEPALA

Gayang :

Merupakan sebilah pedang.

Turut digunakan untuk memengal kepala.

Digunakn semasa pertempuran dan alat ritual keagamaam bagi etnik Kadazandusun.

Tandus / adus :

Sejenis lembing panjang yang turut digunakan untuk memenggal kepala semasa perang.

Digunakan oleh etnik Kadazandusun.

Berlainan dengan kaum Murut yang di tengah lembingnya terdapat lubang seperti sumpit.

Damak yang digunakan mempunyai racun untuk melumpuhkan mangsa dan mampu membunuh.

Ilang sakuit :

Sejenis parang. Turut dikenali sebagai mandau. Melambangkan kegagahan

seseorang pahlawan. Pada sarung parang diikat

bersama rambut manusia Rambut tersebut membantu

pahlawan semasa pertempuran dan semasa memburu kepala.

KELENGKAPAN SEMASA MEMBURU

•Dipakai pada pangkal lengan pemburu & dibuat dari kayu hutan.

•Juga merupakan perhiasan bagi kaum lelaki

•Pelindung kepada pahlawan semasa bertempur.

Gelang ‘bilong’ : •Diikat pada lengan pahlawan.•Warna marah melambangkan kegagahan & keberanian seorang pemakai.

•Musuh akan merasa gerun & gementar dengan kain merah yg dipakai.

Kain merah

•Sejenis gelang yg dipakai di pangkal betis pahlawan.

•Dibuat daripada sejenis palma yg dianyam sehingga membentuk gelang.

•Satu kemestian yg dipakai oleh pahlawan pemburu kepala.

•Azimat semasa berada dalam hutan.

Papakol :

•Satu kemestian bg pahlawan memiliki sebilah parang & perisai.

•Pada perisai & jaket kulit kayu yg dipakai terdapat corak ‘kalong kenunan’ yg dikatakan mampu melindungi pemakai semasa pertempuran.

Taming kayu (perisai) & parang :

PANTANG LARANG SEMASA PEPERANGAN Dikuti oleh kaum wanita. Bg isteri pahlawan tidak boleh menenun kain & baju kerana suami tidak dapat melarikan diri daripada pihak musuh, suami tidak mengetahui arah tujuan untuk melarikan diri drpd musuh kerana seperti pergerakan menenun.

Kaum wanita tdk boleh tidur siang bagi mengelakkan suami berasa berat bdn sehingga tdk mampu melihat & mengelakkan drpd perangkap musuh.

Tdk dibenarkan makan pisang & limau purut kerana membuatkan tulang pahlawan menjadi lembut & mengalami kekejangan otot.

Kaum wnita juga dilarang minum tapai (arak beras) kerana suami atau anak mereka tdk dpt lari dgn baik & mulut mereka berbuih-buih spt terkena sawan.

Membakar resin atau damar & diletakkan di atas sebiji batu besar

• Dilakukan setiap malam sehingga kaum lelaki pulang drpd pemburuan/peperangan

• Nyalaan damar yg terang akan membuat mata kaum lelaki melihat dgn jelas & tajam.

Pantang larang yg tdk dipatuhi, maut akn menimpa pemburu.

KELENGKAPAN BOBOLIAN/BOBOHIZAN (PAKAR RITUAL) SEMASA RITUAL MAGANG

•Diperbuat daripada batang dan rizom tumbuhan yang dikenali sebagai “Kombuongo”.

•Dikatakan mempunyai semangat yang mampu membantu bobohizan semasa ritual tersebut berlangsung

•Tulang dan tembaga juga turut diikat bersama-sama kombuongo.

Kombuongo : •Sejenis alat bunyi-bunyian yang seakan-akan loceng yang dipakai oleh bobohizan.

•Bunyi daripada sindarang diiringi dengan bacaan mantera untuk semangat tengkorak yang bakal dipindahkan.

Ganding / Sindarang :

•Sejenis tajau kecil yang diperbuat daripada porselin yang juga penting semasa ritual magang dijalankan.

•Ia dikatakan tempat tinggal Diwatis, iaitu semangat baik yang akan menolong bobohizan daripada diganggu semangat jahat semasa magang berlangsung.

Hosungan :

UPACARA MENSILAD•Upacara mansilad yang terawal dikatakan berlaku semenjak tahun 1952.

•Pada masa itu hanya dua buah tengkorak kepala sahaja yang terlibat.

•Tengkorak kepala itu dibawa daripada rumah empunya tengkorak ke pusat kemasyarakatan di Bingkor.

•Tiga orang bobohizan akan berdiri disebelah tengkorak yang tergantung sepanjang perjalanan dan sekumpulan pihak lelaki akan memainkan alatan muzik tradisional seperti gong.

•Tengkorak tersebut akan dibawa pusat komuniti.

• Pelbagai persembahan ditunjukkan sepanjang upacara itu dan upacara menjampi dilakukan oleh bobohizan untuk menghormati dan melembutkan hati roh yang dikatakan masih tinggal dalam tengkorak itu.

UPACARA MAGANG•Upacara ini sama seperti “Mensilad” yang diamalkan di Keningau tetapi dikenali sebagai upacara Magang di kawasan Penampang.

•Apabila pahlawan-pahlawan terdahulu memburu kepala, kepala yang baru di penggal akan dibawa ke rumah dan diperlihatkan semasa meraikan sebuah jamuan yang dipanggil sebagai mamut.

• Kepala akan dikeluarkan daripada kasau dan dilingkari oleh rumput serta digantung berdekatan tempayan tapai yang dekat dengan kedudukan gong yang banyak.

•Upacara ini biasanya diraikan selama dua hari di kawasan sekitar sambil minum dan menari bersama-sama.

•Hari ketiga selepas itu, setiap keluarga yang berkaitan dengan pemburuan kepala akan diberikan sebuah galah yang dihiasi dengan rumput-rumput yang kelihatan cantik.

Bangkavan / Bangkawan Merupakan koleksi tengkorak manusia yang digantung pada sebatang

buluh yang panjang di rumah Kadazandusun sejak dulu lagi. Penggantungan tengkorak-tengkorak tersebut sebagai bukti

terdapatnya aktiviti pemenggalan kepala pada masa lalu. Pemiliknya menganggap ia merupakan sebuah khazanah yang apabila

digantung di dalam rumah akan membawa tuah kepada seluruh ahli keluarga mereka.

Selain digantung pada sebatang buluh, tengkorak juga turut disimpan di dalam sebuah pondok kecil yang dipanggil rumah kepala .

Tengkorak-tengkorak ditempatkan di rumah tengkorak kerana penggunaan buluh sangat memerlukan penjagaan yang sangat rapi dan perlu digantikan dalam tempoh masa yang singkat.

Daripada itu, mereka mendapat idea dengan membuat rumah kepala yang diperbuat daripada konkrit yang terletak berdekatan dengan tanah perkuburan.

Rumah tengkorak juga bertujuan mengurangkan kos bagi mengadakan upacara Mensilad atau Magang yang sangat tinggi kerana perlu menjemput seluruh saudara mara dan penduduk kampung yang banyak.

Amalan Penjagaan Tengkorak Survival, ritual dan status merupakan faktor utama mendorong

berlakunya amalan pemburuan kepala di Kepulauan Borneo pada zaman dahulu.

Amalan menjaga tengkorak ini masih lagi diteruskan untuk mengelak kesulitan atau musibah yang menimpa keluarga pemburu kepala.

Tengkorak kepala hasil daripada amalan memburu atau memenggal kepala manusia dipercayai mempunyai roh atau semngat yang perlu dijaga, oleh itu penjagaan tengkorak kepala ini masih diteruskan dengan mengikut pantang larangnya yang tersendiri.

Sekiranya amalan ini diabaikan, ahli keluarga yang terlibat berkemungkinan akan ditimpa musibah termasuk diserang penyakit aneh dan diganggu dengan jelmaan tertentu sehingga membuatkan hidup mereka tidak tenteram dan tenang.

Oleh yang demikian amalan ini masih diteruskan sebagai tanda penghormatan untuk mengelakkan diri dan ahli keluraga mereka diganggu atau kemungkinan mendapat musibah yang akan memakan diri mereka.

LAMPIRAN

Kesimpulan Amalan memburu kepala telah menjadi satu amalan bagi

sesetengah masyarakat dunia dan masyarakat tradisional di Sabah amnya pada suatu ketika dahulu. Mungkin juga amalan ini masih diamalkan pada zaman moden ini, tetapi jumlahnya sangat kecil dan hanya tertumpu dalam kalangan masyarakat tradisional di beberapa buah kawasan terpencil di dunia. Malah amalan memburu kepala telah lama terkubur dalam kalangan masyarakat di Sabah akibat pengaruh luar akibat penjajahan Barat dan penerimaan ajaran-ajaran agama dalam kalangan masyarakat. Malah, aktiviti memburu kepala yang dikaitkan dengan kepercayaan animisme ini juga kian terkubur mengikut peredaran zaman dan penerimaan unsur-unsur kemodenan yang menunjangi masyarakat di dunia dan Sabah amnya.