KUMPULAN YAYASAN SABAH Ramadan Hari Raya Aidilfitri

68
Edaran Percuma Januari - Mei 2020 Jilid 1/2020 KUMPULAN YAYASAN SABAH Ramadan Syawal 1441 Salam Hari Raya Aidilfitri Selamat Menyambut Al-Mubarak & Sempena bulan Ramadan, Kumpulan Yayasan Sabah adalah antara 32 agensi dan jabatan kerajaan serta badan bukan kerajaan yang turut serta dalam menyumbang kuih-muih kepada pasukan keselamatan. Majlis yang diadakan pada 14 Mei 2020 di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah adalah untuk menghargai anggota keselamatan yang bertugas semasa bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. Gambar menunjukkan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria (kiri) menyampaikan replika kotak kuih-muih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal untuk diserahkan kepada pasukan keselamatan.

Transcript of KUMPULAN YAYASAN SABAH Ramadan Hari Raya Aidilfitri

Edaran Percuma Januari - Mei 2020 Jilid 1/2020Edaran Percuma Januari - Mei 2020 Jilid 1/2020

KUMPULAN YAYASAN SABAH

RamadanSyawal 1441

Salam

Hari Raya AidilfitriSelamat MenyambutAl-Mubarak &

Sempena bulan Ramadan, Kumpulan Yayasan Sabah adalah antara 32 agensi dan jabatan kerajaan serta badan bukan kerajaan yang turut serta dalam menyumbang kuih-muih kepada pasukan keselamatan. Majlis yang diadakan pada 14 Mei 2020

di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah adalah untuk menghargai anggota keselamatan yang bertugas semasa bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. Gambar menunjukkan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria (kiri)

menyampaikan replika kotak kuih-muih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal untuk diserahkan kepada pasukan keselamatan.

2

Kumpulan Yayasan Sabah melalui anak syarikatnya, Sabah Softwoods Berhad dan Benta Wawasan Sdn. Bhd. menyumbang sebanyak RM1.35 juta kepada Jawatankuasa Tabung Bencana Negeri Sabah sebagai tanda keprihatinan terhadap situasi penularan pandemik COVID-19.

Sabah Softwoods Berhad menyumbang sebanyak RM1 juta manakala Benta Wawasan Sdn. Bhd. menyumbang sebanyak RM350,000.00. Penyerahan sumbangan disampaikan oleh Pengarah Yayasan Sabah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ICSB, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal bertempat di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Kota Kinabalu pada 8 April 2020.

Menurut Datuk Haji Jamalul, selaras dengan visi Kumpulan Yayasan Sabah sebagai sebuah organisasi Berjiwa Rakyat dan Prihatin, Kumpulan Yayasan Sabah akan terus menyumbang bakti dalam meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia di Sabah.

“Sebagai sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri, Kumpulan Yayasan Sabah akan terus menjadi tonggak dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat setempat. Kumpulan Yayasan Sabah bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri Sabah memberikan tumpuan kepada usaha-usaha dalam suasana yang mencabar ini bagi menangani pelbagai keperluan yang timbul ketika negara kita dilanda dengan pandemik COVID-19 ini. Kini, di saat negeri Sabah amat memerlukan sokongan, sudah tentu Kumpulan Yayasan Sabah prihatin dan bersedia menghulurkan bantuan,” katanya.

Beliau berkata sumbangan ini juga sebagai tanda sokongan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal terhadap usaha beliau dalam membantu rakyat Sabah menghadapi situasi sukar ini.

HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBANCOVID-19

Pengurus Kumpulan, Zon Pantai Barat Selatan (kini Pengurus Kumpulan, Bahagian Pantai Barat), Encik Hanafiah Diman, (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan

kepada wakil HWKK Likas sambil disaksikan staf HWKK Likas dan Pengurus Kumpulan, Zon Pedalaman Utara (kini Pengurus Kumpulan, Bahagian Penyelaras Pedalaman/

Pantai Barat/Pantai Timur), Encik Zulkhairi Haji Ismail (kiri) pada 23 Mac 2020.

Staf Hospital Tawau menerima sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah pada 24 Mac 2020.

Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria menyerahkan cek replika RM1.35 juta daripada Kumpulan Yayasan Sabah menerusi Sabah Softwoods Berhad (RM1 juta) dan Benta Wawasan Sdn. Bhd. (RM350,000.00)

kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal bertempat di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Kota Kinabalu pada 8 April 2020.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 3

“Ia bukan hanya mengenai sumbangan semata-mata tetapi lebih kepada membuat perubahan dalam membantu golongan yang terjejas akibat situasi penularan pandemik ini terutamanya mereka yang bekerja dalam mencegah penyebaran wabak COVID-19 ini,” jelas beliau.

Prihatin dengan petugas perubatan barisan hadapan yang mengendalikan pandemik COVID-19, Kumpulan Yayasan Sabah juga telah menyumbang keperluan seperti kerusi plastik, tilam, bantal, meja lipat dan air mineral kepada petugas perubatan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak (HWKK), Likas, Kota Kinabalu pada 23 Mac 2020, Hospital Tawau pada 24 Mac 2020, staf perubatan di Pusat Kuarantin Batu Putih, Sandakan pada 25 Mac 2020 dan Hospital Papar pada 26 Mac 2020. Kumpulan Yayasan Sabah tampil menyalurkan bantuan ini sebagai menghargai kerja keras barisan hadapan yang bertugas dalam menangani penularan COVID-19.

Menyedari hakikat bahawa anak yatim dan golongan asnaf antara yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kumpulan Yayasan Sabah juga memberi sumbangan barangan keperluan asas bagi mengurangkan bebanan mereka.

Justeru, pada 10 April 2020, Kumpulan Yayasan Sabah telah mengagihkan bantuan kepada penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kg. Silad, Rumah Anak Yatim Kg. Langsat dan Madrasah Rumah Transit Mualaf Kg. Lohan yang terletak di daerah Ranau.Para penerima bantuan turut menyatakan penghargaan mereka kepada Kumpulan Yayasan Sabah atas sumbangan tersebut.

Bantuan yang berikan oleh Kumpulan Yayasan Sabah ini telah membantu dan mengurangkan beban gologan yang terjejas ketika tempoh PKP. Sebagai sebuah organisasi RAKYAT, Kumpulan Yayasan Sabah komited dalam melaksanakan aktiviti yang bersifat amal dan kebajikan dengan menokok tambah usaha Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam pembangunan khususnya di Sabah

dan Malaysia amnya,’ kata Datuk Haji Jamalul lagi.

Pegawai Tadbir Kanan, Zon Pantai Timur Utara (kini Bahagian Pantai Timur), Puan Ane Abdul Rahman (dua dari kanan) menghulurkan sumbangan

Kumpulan Yayasan Sabah kepada staf perubatan yang bertugas di Pusat Kuarantin Batu Putih, Sandakan pada 25 Mac 2020.

Pengurus Kumpulan, Bahagian Pantai Barat, Encik Hanafiah Diman (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah

pada 10 April 2020 kepada penghuni Rumah Anak Yatim & Asnaf, Kg. Silad, Ranau dan Rumah Anak Yatim, Kg. Langsat, Ranau yang diwakili oleh Pengurus bagi kedua-dua rumah tersebut,

Ustaz Hainin Abdullah (lima dari kiri).

Encik Hanafiah (depan, dua dari kiri) menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah pada 10 April 2020 kepada 70 orang penghuni Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah, Kg. Lohan, Ranau. Sumbangan disampaikan kepada Pengurus madrasah tersebut, Ustaz Nazri Abdullah (depan, kanan).

Encik Hanafiah (kanan) menyerahkan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah pada 26 Mac 2020 kepada Timbalan Pengarah Hospital Papar selaku wakil para

petugas hadapan, Dr. Mohd Afiq sambil disaksikan oleh Encik Zulkhairi (kiri).

Kumpulan Yayasan Sabah turut memberi sumbangan barangan keperluan asas kepada anak yatim dan golongan anak-anak dari keluarga berkekurangan bagi mengurangkan bebanan mereka.

Pada 13 April 2020, Kumpulan Yayasan Sabah yang diketuai oleh Pengurus Kumpulan, Bahagian Zon Pedalaman, Encik Teo Guan Leck telah mengagihkan bantuan kepada penghuni Rumah Anak Yatim Tambunan dan Rumah Kanak-kanak Bondulu Toboh, Tambunan.

Selain itu, Kumpulan Yayasan Sabah turut menyalurkan sumbangan ke Rumah Warga Tua Sri Harapan, Sandakan pada 13 April 2020.

Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Kawasan, Bahagian Pantai Timur, Encik Bawal Bahari Okiun, kepada Pegawai Penguasa Rumah Warga Tua Sri Harapan, Encik Roslan Muhammad.

Encik Teo (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan untuk 90 penghuni Rumah Anak Yatim Tambunan.

Sumbangan diterima oleh Penyelia Asrama, Puan Naulin Binti Intang (dua dari kiri).

Encik Teo (tujuh dari kiri) menyampaikan sumbangan untuk 60 penghuni Rumah Kanak-kanak Bondulu Toboh, Tambunan. Sumbangan diterima oleh Pengelola Asrama Bondulu, Sister Appollonia Angkangon (enam dari kiri).

Encik Bawal (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada

Rumah Warga Tua Sri Harapan, Sandakan. Sumbangan diterima oleh

Encik Roslan Muhammad (tiga dari kiri).

4 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Seramai 122 orang pelajar tajaan Kumpulan Yayasan Sabah dari pelbagai sekolah menengah di Semenanjung Malaysia dan Sarawak di bawa balik ke Kota Kinabalu pada 2 Mei 2020. Mereka disambut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Yusof bin Yacob, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria, para pegawai Kumpulan Yayasan Sabah serta jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan.

Menurut Datuk Haji Jamalul, usaha ini adalah hasil kerjasama erat dengan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan juga di Kota Kinabalu.

Para pelajar bersama Datuk Haji Jamalul.

PELAJAR TAJAAN KUMPULAN YAYASAN SABAHCOVID-19:

PULANG KE SABAHKata beliau lagi, daripada 122 orang pelajar tersebut, 85 orang pelajar menuntut di Semenanjung Malaysia manakala 37 orang pelajar lagi menuntut di Sarawak. Penerbangan khas yang membawa para pelajar tersebut ditanggung sepenuhnya oleh Kumpulan Yayasan Sabah. Para pelajar diiringi oleh empat orang pegawai Yayasan Sabah Kuala Lumpur.

“Sebelum mereka dibenarkan terbang, semua pelajar mesti berada dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan Covid-19,” kata Datuk Haji Jamalul.

Kumpulan Yayasan Sabah bersyukur dengan sokongan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan selain pelbagai agensi dan jabatan atas kerjasama yang diberi dalam membawa pulang para pelajar berkenaan dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Pelajar tajaan Kumpulan Yayasan Sabah dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak tiba di

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 2 Mei 2020.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 5

“Bagi pihak Kumpulan Yayasan Sabah, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Datuk Dr. Yusof di samping Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan Sabah, Polis Diraja Malaysia, Malaysia Airport Berhad (MAB), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Yayasan Sarawak, Kementerian Pendidikan Malaysia, Airasia Berhad, Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah, Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sabah dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Sabah serta jabatan-jabatan lain atas bantuan yang diberikan dalam mengurus perjalanan pulang para pelajar berkenaan,” kata Datuk Haji Jamalul.

“Jutaan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Shafie kerana mengeluarkan arahan bahawa pelajar hanya menjalani kuarantin 14 hari di rumah dan bukannya di pusat kuarantin,” katanya.

“Kami berharap ibu bapa akan memainkan peranan dalam memastikan anak-anak mereka mematuhi prosedur kuarantin yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Datuk Haji Jamalul (empat dari kanan) bersama dengan Datuk Dr. Yusof (empat dari kiri) meninjau para pelajar memasukkan beg dalam ruangan bagasi.

Para pelajar beratur menaiki bas untuk dibawa ke Asrama UCSF.

“Terima kasih juga kepada para pegawai dari pelbagai kementerian, jabatan dan agensi atas kelancaran perjalanan balik para pelajar dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak ke Kota Kinabalu dan ke daerah masing-masing,” tambahnya.

Sebaik sahaja pelajar tiba di Kota Kinabalu, mereka ditempatkan di Asrama Universiti College Sabah Foundation (UCSF) di Sembulan. “Para pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia bersama dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu membuat pemeriksaan di UCSF pada 30 April 2020, dan kemudian memberi taklimat mengenai Prosedur Operasi Standard pada 1 Mei 2020,” jelasnya.

Mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta syarat-syarat Kerajaan Negeri Sabah, semua pelajar menjalani ujian swab Covid-19 diikuti dengan kuarantin selama satu hari di Asrama UCSF di Sembulan pada 2 Mei 2020 sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Para pelajar tersebut balik ke kampung halaman mereka pada 3 Mei 2020 bagi mereka yang tinggal di Pantai Barat, Kudat dan Bahagian Pedalaman manakala pelajar yang tinggal di Sandakan dan Tawau berada di bawah pengawasan para pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia, Kumpulan Yayasan Sabah dan jabatan kerajaan yang lain sementara menunggu giliran untuk balik pada 4 Mei 2020.

Staf Kementerian Kesihatan Malaysia bersedia untuk menerima ketibaan para pelajar untuk

menjalani pemeriksaan suhu badan.

Prosedur Operasi Standard iaitu penjarakan sosial dilaksanakan dalam

bas yang membawa para pelajar.

Para pelajar tiba di UCSF.

6 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Para pelajar diberikan taklimat ringkas.

Semua pelajar yang melepasi saringan dihantar pulang pada 3 Mei 2020.Para pelajar menunggu giliran untuk dihantar balik ke daerah masing-masing pada 3 Mei 2020.

Pelajar yang tiba diwajibkan melalui pemeriksaan suhu badan sebelum ditempatkan di asrama.

Datuk Haji Jamalul (kanan) mengiringi para pelajar menaiki bas pulang ke pangkuan keluarga pada 3 Mei 2020.

Kelihatan wajah kegembiraan pelajar

ketika dihantar pulang.

Datuk Dr. Yusof (kanan) turut memeriksa keadaan para pelajar di Asrama UCSF.Datuk Haji Jamalul (berdiri, dua dari kiri) berbual dengan para pelajar di Asrama UCSF.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 7

PENGALAMAN SEPANJANGPKP

Kadar kes Covid-19 di Malaysia yang semakin bertambah dari hari demi hari memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang bekerja tidak kira penjawat awam, pekerja swasta, bekerja sendiri, petani, nelayan mahupun peniaga dalam talian.

Sabah turut terkesan dengan ancaman wabak pandemik Covid-19 yang mana telah mengubah kehidupan harian kita semua.

Susulan itu, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di seluruh negara bermula pada 18 Mac 2020 dan kini telah dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020. Ini sekaligus memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Berita Kumpulan Yayasan Sabah sempat menemu ramah beberapa orang staf Kumpulan Yayasan Sabah mengenai pengalaman mereka sepanjang PKP.

Awang Anuar bin Awang, Bahagian Urus Setia Korporat

“Sepanjang tempoh PKP ini, saya dapati kehidupan harian terjejas akibat pergerakan yang sangat terbatas terutamanya apabila hendak keluar membeli keperluan rumah kerana risau dengan jangkitan Covid-19. Justeru itu, saya menasihatkan orang ramai agar menggunakan penutup mulut dan hidung, kerap mencuci tangan dan membersihkan diri dengan mandi sebaik sahaja balik ke rumah dari tempat awam supaya kita semua dapat menjalani kehidupan harian kita seperti biasa.”

Lorenzo Lowrince, Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi

“Sepanjang tempoh PKP, saya dapati keadaan agak mencabar terutamanya apabila bekerja dari rumah memandangkan limitasi interaksi antara rakan sekerja, dan dalam memberi sokongan dan bantuan (help & support) kepada pengguna dalam talian. Saya berharap agar kita semua dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini.”

C O V I D - 1 9P A N D E M I K

Shairi bin SailunBahagian Pengurusan Kawasan Konservasi

(Lembangan Maliau & Kanyon Imbak)

“Pergerakan yang terhad dalam situasi pandemik Covid-19 ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada kehidupan dan pergerakan harian. Kerja dari rumah juga agak terhad memandangkan sumber rujukan yang tidak lengkap dan segala

perancangan mungkin dibatalkan atau lewat dilaksanakan. Pesanan saya buat semua, marilah kita bersama-sama berganding bahu memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19 dengan duduk di rumah. #WorkFromHome #StaySafe

#StayAtHome.”

STAY HOMESTAY SAFE

LET’S STOPCORONAVIRUS

8 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Jessel Kamijan, Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi

“Sepanjang tempoh PKP ini, saya agak risau terutamanya dengan kesihatan dan keselamatan keluarga, kawan-kawan,

serta penjanaan pendapatan Kumpulan Yayasan Sabah yang akan memberi kesan yang besar kepada semua pekerja. Saya berharap agar tempoh PKP ini akan tamat dalam masa yang terdekat supaya kita semua dapat menjalani kehidupan

harian seperti biasa. Nasihat saya kepada semua staf Kumpulan Yayasan Sabah dan orang ramai agar menjaga kebersihan, stay at home, stay positive dan jangan lupa melakukan senaman di rumah.”

Teo Guan Leck, Pengurus Kumpulan, Bahagian Pedalaman

“Pada awal PKP dilaksanakan, saya berasa bingung dan buntu secara tiba-tiba memandangkan buat pertama kalinya, arahan dikeluarkan oleh kerajaan untuk semua rakyat Malaysia duduk di rumah. Walau bagaimanapun, staf Kumpulan Yayasan Sabah disarankan bekerja dari rumah. Saya perlu berdepan dengan cabaran dalam menyesuaikan diri dengan normal baharu, bekerja dalam talian dengan suasana rumah. Perkara ini terasa seperti bekerja pada waktu cuti.

Nasihat saya kepada orang ramai agar kita bersama-sama mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa bagi memerangi penularan Covid–19.”

Mohd. Iqbal Mohd. Kalid, Bahagian Pedalaman (Beaufort)

“Pengalaman saya semasa tempoh PKP lebih kepada normal baharu dalam kehidupan seharian seperti penjarakan sosial

dan amalan kebersihan diri. Tidak pernah saya alami sebelum ini keadaan di mana kita perlu beratur sebelum masuk ke pasar raya, farmasi mahupun pasar sayur dan ikan. Sebelum masuk ke dalam pasar raya, penggunaan hand sanitiser, topeng muka dan beratur dengan jarak satu meter di kaunter pembayaran perlu dipatuhi. Sejurus selepas balik dari

tempat-tempat tersebut, kita perlu mandi dan bersihkan diri untuk memastikan tiada virus yang dibawa balik ke rumah yang boleh menjejaskan kesihatan ahli keluarga kita.

Selain itu, pengurusan kewangan yang bijak juga merupakan satu pengalaman baharu bagi saya sepanjang PKP ini. Kita sedia maklum bahawa keadaan ekonomi negara masa kini kurang stabil dan kerajaan cuba membantu rakyat dengan

pelbagai insentif. Dalam masa yang sama, saya juga menyimpan sejumlah wang untuk hal-hal kecemasan sepanjang tempoh PKP ini.

Pesanan saya kepada masyarakat di luar sana, berilah kerjasama kepada semua barisan hadapan negara yang sedang berjuang dan patuhilah arahan PKP dari semasa ke semasa dalam usaha mencegah wabak ini dari terus menular. Hanya

kita yang mampu memutuskan rantaian Covid-19 ini. Ambillah peluang dan masa berharga ini untuk bersama keluarga yang tersayang kerana saat ini adalah saat-saat yang paling bermanfaat. Jaga diri, jaga kebersihan dan amalkan hidup

gaya yang sihat. #StaySafe #StayAtHome #KitaJagaKita.”

Mardiana Mohd. YasinBahagian Pedalaman (Beaufort)

“Sepertimana semua sedia maklum, pejabat Kumpulan Yayasan Sabah tidak beroperasi sepanjang tempoh PKP termasuklah pejabat-pejabat zon. Kerja-kerja yang telah dirancang semuanya tertangguh. Pelaksanaan kerja dari rumah sangat mencabar dan menjadikan kita kurang produktif disebabkan oleh banyak kekangan dan gangguan dari persekitaran. Penting untuk kita merancang, menyediakan dan menyusun atur jadual kerja bersesuaian dengan keadaan. Kita mesti sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran serta mematuhi arahan yang diberikan oleh kerajaan dengan duduk di rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19. Semoga keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala. #StaySafe #StayAtHome.”

Alina PautPejabat Setiausaha Syarikat

“The Covid-19 has affected thousands of lives in an enormous way and it has torn our society and changed the way we live. There are still much more to do before we can get out of this crisis that each and everyone of us is facing. It is fear

of the unknown that is affecting us all.

During this tough time, the usage of face mask, practice good hygiene, wash our hands frequently with soap and water, social distancing one metre away from people and avoid crowded places are very important to all of us to adhere to

ensure end this crisis. Stay calm and don’t panic!”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 9

Abdul Karim Iskandar,Bahagian Perhutanan, Lahad Datu

“Semasa tempoh PKP ini dilaksanakan, pemantauan keselamatan hutan berjalan seperti biasa. Pagar kawasan tetap dijaga, serta rondaan bersama pihak WWF dan Jabatan Perhutanan tetap dilaksanakan demi menjaga aset-aset Kumpulan

Yayasan Sabah daripada dicerobohi oleh pemburu haram. Saya juga sentiasa memastikan telefon bimbit saya berfungsi dan dapat dihubungi 24 jam agar dapat berhubung dengan staf di lapangan. Nasihat saya kepada orang ramai terutamanya

yang berumur 50-an ke atas agar sentiasa menjaga kesihatan masing-masing dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan mengenai Covid-19.”

Sitti Halijah binti Ismail,Pejabat Cawangan Yayasan Sabah Kuala Lumpur (YSKL)

“Cabaran yang saya alami sepanjang tempoh PKP ini ialah apabila keluar dari kawasan pejabat YSKL untuk menyelesaikan urusan kewangan seperti pergi ke bank dan premis tertentu serta perlu mematuhi panduan pencegahan wabak ini di setiap

tempat yang saya kunjungi. Saya amat berharap wabak ini ditamatkan agar kita semua dapat kembali kepada kehidupan harian biasa kita.”

Hajah Rukiah Kadir,Bahagian Perhutanan, Tawau

“Saya berdepan dengan situasi kerja yang mencabar semasa PKP, di mana saya perlu meyakinkan pihak berkenaan yang membuat tuntutan terutama berkaitan dengan Pusat Perhutanan Luasong agar bersabar dan menunggu hingga tempoh PKP tamat. Kita harus berkerjasama dan bersatu hati untuk memutuskan rantaian penyebaran virus Covid-19 ini. Marilah kita bersama-sama mematuhi arahan pihak kerajaan dengan sentiasa berada di rumah dan mengamalkan kebersihan sepanjang masa. Sama-samalah kita berdoa memohon pertolongan daripada Yang Maha Esa.”

Patriani binti Mustapha,Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi

“Suasana bekerja dari rumah sangat berbeza daripada bekerja di pejabat semasa tempoh PKP ini. Di rumah, saya menggunakan komputer riba milik sendiri yang kurang kelengkapan perisian untuk melaksanakan tugasan. Selain itu, saya juga perlu mencari masa yang sesuai untuk menyiapkan tugasan pejabat memandangkan rumah kami mempunyai ahli keluarga yang ramai dan terdiri daripada anak-anak saudara yang masih kecil dan sangat aktif pada waktu siang. Oleh itu, saya mengubah suai cara kerja dengan menyiapkan tugasan pejabat pada waktu malam.

Walaupun kita tidak dapat memberikan sumbangan keperluan asas kepada golongan yang memerlukan, namun kita masih boleh menyumbang kepada kesejahteraan negara dengan hanya duduk di rumah. Tolonglah bertimbang rasa dengan situasi yang dihadapi pada masa ini. Jangan keluar beramai-ramai tanpa keperluan yang mendesak, please don’t be selfish! Kasihanilah petugas barisan hadapan negara dan kerajaan yang berusaha bersungguh-sungguh memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19.”

Justin Gilob,Bahagian Pedalaman (Keningau)

“Bekerja semasa tempoh PKP merupakan satu pengalaman yang tidak akan dapat saya lupakan kerana ini adalah kali pertama saya bekerja tanpa perlu berada di pejabat tetapi hanya bekerja dari rumah dalam tempoh yang agak panjang.

Bekerja dari rumah agak mencabar terutamanya apabila hendak membincangkan sesuatu perkara secara berkumpulan. Perbincangan tidak begitu lancar kerana hanya melalui media elektronik seperti perbualan telefon, WhatsApp dan e-mel. Kita perlulah sentiasa mengikuti arahan yang diberi oleh pihak berkuasa. Stay at home dan hanya keluar untuk urusan yang sangat perlu sahaja bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19. Bak kata Perdana Menteri kita, duduk diam-diam di rumah.”

Matley bin Musir,Bahagian Pantai Timur (Tawau)

“Sepanjang PKP dikuatkuasakan, saya dan keluarga hanya berada di rumah dan mengikuti perkembangan Covid-19 melalui televisyen. Saya hanya akan keluar sekiranya hendak membeli keperluan makan sahaja. Buat semua staf Kumpulan

Yayasan Sabah dan orang awam, just stay at home. Bersama-sama kita putuskan rantaian Covid-19.”

10 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Irene Vung,Bahagian Pembangunan Pendidikan

“Memandangkan anak-anak sudah dewasa dan berada jauh dari rumah, bekerja dari rumah tidaklah mencabar berbanding dengan mereka yang mempunyai anak kecil yang masih memerlukan perhatian. Namun, perubahan rutin cara kerja harian,

komunikasi dengan staf yang memerlukan masa untuk mendapatkan maklum balas dan keperluan sumber seperti talian Internet tidak stabil dan kesulitan mengakses data yang terhad antara cabaran yang saya hadapi dalam menjalankan

tugas. Walau bagaimanapun, kerjasama daripada setiap staf, pengalaman bekerja di bawah tekanan dan dengan bantuan teknologi komunikasi membantu dalam menjadikan semua urusan boleh diselesaikan sebaik mungkin.

Tidak ada jalan mudah dalam menangani isu penyakit Covid-19. Marilah kita bersama-sama menjadi rakyat yang bertanggungjawab dengan mengikuti saranan KKM serta arahan yang diberikan oleh kerajaan agar kita dapat membantu

menghapuskan rantaian wabak ini daripada terus merebak. Pada masa yang sama, jalankan aktiviti-aktiviti yang sihat di rumah agar minda kita sentiasa sihat sepanjang PKP dilaksanakan.”

Pius Pansang,Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi

(Lembangan Maliau & Kanyon Imbak)

“Sejak penularan wabak Covid-19, saya tidak dapat berjumpa dengan keluarga kerana PKP. Saya risau dengan keselamatan keluarga kerana penularan wabak Covid-19 di Sabah sangat cepat. Walau bagaimanapun, kami sentiasa berhubung melalui

telefon dan WhatsApp. Saya juga bersyukur kerana rakan-rakan yang berada di ibu pejabat sentiasa menghubungi kami untuk mengetahui perkembangan dan kesihatan kami.

Semasa PKP, kami tidak menerima penyelidik atau pelawat tetapi operasi kerja di lapangan masih diteruskan. Pergerakan keluar dan masuk juga dihadkan khususnya untuk membeli barangan keperluan atau ke klinik kesihatan di mana pekan

terdekat terletak di Tongod (52km) dan Telupid (90km) dari Pusat Pembelajaran Kanyon Imbak. Nasihat saya, just stay at home dan banyakkan bersabar. Kita perlu bersama-sama membantu memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19.

Oleh itu, kita semua mestilah mematuhi PKP yang dikuatkuasakan oleh kerajaan. Mudah-mudahan keadaan dunia akan pulih seperti sedia kala.”

Mohd. Fazreen bin Musin,Bahagian Pembangunan Pendidikan

“Sepanjang tempoh PKP, pergerakan sangat terhad memandangkan dokumen yang diperlukan berada di pejabat dan ini menyukarkan untuk keluar dari rumah. Pada masa yang sama juga, bekerja dari rumah juga merupakan pengalaman yang menarik bagi saya dengan suasana home sweet home, iaitu keinginan untuk berehat adalah lebih tinggi berbanding bekerja. Stay at home, sanitize our hand frequently, stay fit and stay strong to fight against Covid-19.”

Nor Suadah binti Mohd. Salin,Innoprise Capital Sdn. Bhd.

“Bekerja dalam tempoh PKP agak mencabar kerana bimbang dengan situasi semasa yang tidak menentu. Bagi kami yang bekerja di Innoprise Capital Sdn. Bhd., pendapatan syarikat adalah bergantung sepenuhnya kepada penyewaan fasiliti sukan. Lebih membimbangkan ialah nasib kami sebagai pekerja yang bergantung dengan hasil kutipan sewa fasiliti. Perasaan saya bercampur baur tetapi apa yang penting, kita berdoa agar Covid-19 segera dapat dihapuskan.”

Emily Ng,Inno Travel & Tours Sdn. Bhd.

“Dalam kita melalui cabaran yang sangat berat ini, adalah sangat wajar untuk kita bermuhasabah diri agar dapat memperbaiki kekurangan diri dan terus bersabar dengan cabaran ini. Pasti ada hikmah yang besar di sebalik musibah yang melanda di seluruh pelosok dunia. Stay home and be safe!”

Bibiana Stephen,Bahagian Perhutanan, Keningau

“Perasaan cemas dan takut dengan situasi penularan pandemik Covid-19 dilalui semua orang termasuklah saya. Bekerja dari rumah mempunyai cabaran yang berbeza dengan bekerja di pejabat. Masa bekerja dari rumah secara dalam talian

berbeza bagi setiap staf. Ini sedikit sebanyak melewatkan masa dalam memberikan maklum balas yang diperlukan. Nasihat saya buat semua, marilah kita bersama-sama menjaga keselamatan diri dan keluarga dengan menjaga penjarakan sosial

bagi memastikan rantaian jangkitan Covid-19 ini terputus.”

11BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Rombongan SMK Madai melihat barangan peninggalan milikAllahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun di Galeri Tun Mustapha.

Ane binti Abdul Rahman,Bahagian Pantai Timur (Sandakan)

“Sepanjang tempoh PKP, saya berasa pergerakan dalam menjalankan tugasan sangat terhad. Kemudahan talian perhubungan juga terhad. Namun, penggunaan aplikasi WhatsApp sangat membantu dalam berhubung antara satu

dengan yang lain. Bekerja dari rumah merupakan satu pengalaman yang mencabar tetapi dalam masa yang sama saya berasa sangat seronok. Saya dapat berehat pada waktu yang sama dan dapat mengurangkan tekanan kerja semasa

berada di rumah.

Saya dan beberapa orang staf telah diamanahkan untuk menyerahkan bantuan kepada KKM di Pusat Kuarantin Batu Putih, Sandakan. Dalam perjalanan menuju ke pusat kuarantin tersebut, perasaan kami bercampur baur kerana risau

dengan persekitaran di pusat tersebut. Namun, kami berasa bangga kerana dapat mewakili Kumpulan Yayasan Sabah menyampaikan bantuan tersebut. Nasihat saya kepada orang ramai, bantulah mereka yang memerlukan tanpa mengira

bangsa, agama dan fahaman politik. Stay home, stay safe and stay healthy!”

Jadda Suhaimi,Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi

(Lembangan Maliau & Kanyon Imbak)

“PKP ini bagi saya agak membosankan kerana tidak banyak dapat dilakukan. Walau bagaimanapun, masa yang terluang diisi dengan melakukan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar Pusat Pembelajaran Lembangan Maliau (MBSC).

Gotong-royong ini hanya dilakukan selepas semua staf MBSC dikuarantin lebih daripada dua minggu di rumah masing-masing dan staf tidak menunjukkan simptom jangkitan. Kawasan Konservasi Lembangan Maliau telah ditutup

sepenuhnya sejak hari pertama PKP.

Bagi yang terpisah dengan keluarga kerana bertugas, sayangilah keluarga dengan menjaga penjarakan sosial. Janganlah menjadi pembawa virus. Walaupun kematian itu sesuatu yang pasti, biarkan ia berlaku tanpa memudaratkan orang

lain terutama sekali orang-orang tersayang dan para barisan hadapan negara yang bekerja bertungkus lumus dalam memerangi wabak covid-19.”

Easter Monday Anthony Tom,Bahagian Perhutanan, Keningau

“Bekerja dari rumah merupakan cabaran buat saya kerana talian Internet di kawasan tempat tinggal saya tidak kuat. Saya berasa rindu bekerja bersama-sama dengan rakan sepejabat. Namun, saya bersyukur kerana masih dapat berhubung dengan mereka melalui aplikasi WhatsApp. Saya menyeru kepada semua, marilah kita memohon doa agar wabak Covid-19 dapat diatasi. Jaga kesihatan dengan bersenam di rumah. Jangan cepat panik dalam apa juga keadaan. Stay calm and stay safe at home everybody!”

Baladius Bindang,Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi (Lembangan Maliau & Kanyon Imbak)

“Saya berasa amat sedih kerana tidak dapat balik bersama-sama dengan keluarga di kampung semenjak pelaksanaan PKP. Walau bagaimanapun, kita semua terpaksa akur dan mengikut arahan demi negara kita yang tercinta bagi mencegah penularan Covid-19 ini. Nasihat saya kepada orang ramai, patuhilah arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Elakkan keluar dari rumah tanpa sebarang urusan penting dan sayangilah keluarga kita. Bantulah barisan hadapan negara dalam memutuskan rantaian Covid-19 yang merebak di negeri Sabah khususnya dan di Malaysia amnya.”

Mohd. Zulfiqry bin Mohamad,Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS)

“Saya sangat bersimpati dengan pelajar-pelajar KTYS yang berada di kampung terutamanya mereka yang tidak dapat mengakses Internet bagi tugas pembelajaran dalam talian sepanjang tempoh PKP ini. Saya juga berharap agar semua

masyarakat dapat mematuhi arahan pihak kerajaan.”

Hardy bin Mangkawas,Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi (Lembangan Maliau & Kanyon Imbak)

“Pengalaman PKP ini mengajar saya untuk sentiasa bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan yang berlaku dalam menjalankan tanggungjawab. Ia memerlukan kebijaksanaan dan tekad dalam memastikan tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Saya ingin menyeru kepada semua agar mematuhi PKP, mengamalkan penjarakan sosial, menjaga kesihatan dan tetap kekal berada di dalam rumah.”

12 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Richard Atilano,Bahagian Perhutanan, Sandakan

“Dua minggu yang pertama amatlah mencabar bagi saya kerana sebelum ini aktiviti harian kita adalah pergi kerja setiap hari. Apabila pejabat ditutup disebabkan PKP, saya berasa sedikit tertekan. Namun setelah masuk fasa kedua dan ketiga, saya sudah dapat menyesuaikan diri dengan aktiviti di rumah.

Bekerja dari rumah memang mencabar lebih-lebih lagi apabila talian Internet tidak konsisten di kawasan perumahan saya. Selain itu, fail yang diperlukan tidak dapat dibawa keluar dari pejabat memandangkan fail tersebut mengandungi dokumen sulit. Ada masanya saya perlu ke pejabat untuk menyelesaikan kerja dengan segera dengan syarat mempunyai surat kebenaran pegawai atasan kerana jarak rumah dan pejabat melebihi 10km dari jarak yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.”

Hilary Sibangun,Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS)

“Sepanjang tempoh PKP, saya masih menjalankan tugas memandangkan terdapat tugasan dan laporan penting yang dikehendaki pihak Pengurusan kolej, Kumpulan Yayasan Sabah dan kementerian berkaitan. Terdapat juga pelajar KTYS

yang menetap di asrama yang tidak sempat balik atau menunggu peperiksaan akhir mereka. Oleh yang demikian, kebajikan mereka harus dijaga. Kebanyakan kerja dilaksanakan dari rumah tetapi ada masa tertentu, saya akan ke pejabat

bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Syukur rumah saya berdekatan dengan pejabat di Sembulan.”

Dalam situasi ini, kita perlu mengubah suai cara kita bekerja. Penggunaan aplikasi, teknologi dan kaedah kerja lebih efisien adalah penting. Terdapat juga beberapa kekangan seperti liputan telekomunikasi, kuota data internet dan

kesediaan peralatan seperti komputer riba atau komputer untuk bekerja. Bagi kami di KTYS, pensyarah dan pelajar banyak menggunakan aplikasi dalam talian untuk menjalankan kuliah, tugasan dan peperiksaan. Saya berpendapat ini akan

menjadi satu cara hidup biasa di masa hadapan. #StaySafe #StayAtHome #KitaMestiMenang.”

Radzi Azuan Haji Jahid,Unit Pengukuhan dan Pematuhan

“Saya berasa situasi sangat mencabar dengan keadaan sekarang ini terutamanya apabila melaksanakan tugas pejabat. Saya juga amat bimbang dengan situasi semasa wabak Covid-19 yang telah menjejaskan rutin kerja harian semua pihak. Namun, kita semua perlu kekal positif dan yakin dengan kemampuan barisan hadapan negara dalam mengawal penularan wabak ini. Jagalah keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga serta sentiasa mematuhi setiap arahan kerajaan bagi memastikan wabak ini dapat diatasi.”

Nens Eliamin Kalmin,Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi

(Lembangan Maliau & Kanyon Imbak)

“Sejujurnya sepanjang tempoh PKP, saya berasa risau dijangkiti wabak Covid-19 kerana kita tidak tahu siapa yang telah dijangkiti terutama ketika membeli barangan keperluan di pasar raya. Kepada semua staf Kumpulan Yayasan Sabah dan

orang awam, please stay at home everybody dan kita saling menjaga supaya masalah Covid-19 dapat diselesaikan dengan lebih cepat.

Aisal @ Asaad bin Mali,Bahagian Pantai Timur (Tawau)

“Saya berasa cukup rimas dengan pelaksanaan PKP kerana segala pergerakan adalah terhad. Saya tidak dapat lakukan aktiviti harian seperti biasa. Walau bagaimanapun, ini merupakan cabaran yang harus saya dan keluarga tempuhi. Saya nasihatkan agar semua staf Kumpulan Yayasan Sabah bersabar, pastikan kebersihan diri dijaga dan diutamakan serta mengamalkan minum air suam dengan kerap.”

Shahrum Haji Sulaiman, Bahagian Urus Setia Korporat

“Sepanjang PKP, saya berasa kurang selesa kerana perlu menggunakan penutup mulut dan hidung, kerap menggunakan hand sanitiser dan terpaksa melalui dua sekatan pemeriksaan kenderaan oleh pihak berkuasa, iaitu di Jalan Tuaran bypass

dan di Jalan KK-Sulaman berdekatan Universiti Malaysia Sabah sebelum sampai ke Menara Tun Mustapha. Saya juga menyarankan agar orang ramai sentiasa mengikut arahan daripada Kerajaan Malaysia untuk #StayAtHome dan #StaySafe.”

13BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 7BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 13

Sinah Bagu,Sunwise Crystal Sdn. Bhd.

“Saya berasa bimbang dengan keadaan yang kita hadapi pada waktu ini tetapi akur dan redha. Apa yang perlu kita buat adalah hanya duduk di rumah sahaja. Ini merupakan satu pengalaman yang tidak akan dapat saya lupakan kerana ini adalah pertama kali saya menghadapi keadaan seumpama ini. Saya juga menyeru agar kita semua patuh kepada arahan kerajaan untuk kepentingan kita bersama bagi memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19 ini.”

Haji Lagani bin Haji Sahid,Benta Wawasan Sdn. Bhd.

“Penularan wabak Covid-19 dan PKP yang dikuatkuasakan memaksa kita sebagai staf Kumpulan Yayasan Sabah dan anak syarikatnya untuk bertindak secara fleksibel, kreatif dan berfikir di luar kotak dalam melaksanakan tugasan. Ini adalah

perlu bagi mengekalkan momentum produktiviti kerja walaupun bekerja dari rumah. Walaupun dalam tempoh PKP, kita perlu kekal bekerja dalam persekitaran yang berbeza ini agar apabila kembali ke pejabat kelak tidak banyak tugasan yang

tertunggak.

Banyak rutin bekerja di pejabat tidak dapat kita lakukan di rumah. Antara yang paling jelas ialah kita tidak lagi boleh mengadakan perbincangan bersemuka, melaksanakan tugasan harian dan bertemu dengan pihak-pihak tertentu sama ada di dalam atau di luar pejabat. Tindakan pantas untuk menyelesaikan sebarang keperluan dan isu rasmi pejabat juga sangat

terbatas. Walau bagaimanapun semasa bekerja dari rumah, kita boleh menyemak semula semua tugasan yang diberikan kepada kita sama ada tercapai atau tidak dan sama ada kaedah pelaksanaan yang kita gunakan berkesan atau tidak. Selain itu, kita juga perlu menyediakan perancangan dalam pelaksanaan tugasan. Perbincangan dengan staf lain dilakukan secara

dalam talian seperti WhatsApp, emel dan telekonferens yang memudahkan kita untuk berhubung lebih daripada dua orang.

Nasihat saya kepada staf dan orang ramai, patuhilah arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Sentiasa amalkan penjarakan sosial walaupun sekembalinya bertugas di pejabat serta gunakan penutup mulut dan hidung dan juga hand

sanitiser. Elakkan menghadiri mana-mana perhimpunan dalam skala besar seperti mesyuarat, sambutan perayaan, acara keramaian dan sebagainya. Walaupun kes baharu semakin hari semakin menurun, kita tidak boleh terlalu yakin kerana

penularan wabak Covid-19 ini telah mengorban nyawa lebih ratusan ribu orang di seluruh pelosok dunia.”

Abdul Rasid bin Abdul Sani,Bahagian Pantai Timur, Sandakan

“Penularan jangkitan virus Covid-19 boleh berlaku di mana saja terutama apabila berada di tempat awam, menjadi satu kerisauan kepada saya. Nasihat kepada staf dan orang ramai adalah kita sama-sama berdoa agar musibah ini segera beredar dan patuhilah arahan pihak berkuasa untuk duduk di rumah.”

Mohd. Zulhairy bin Zakaria,Bahagian Perhutanan, Sandakan

“Memang tidak dinafikan wujudnya perasaan bosan dan bimbang terhadap ibu bapa yang berada di kampung (Papar) sejak tempoh fasa 1 PKP ini dilaksanakan. Namun, kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan bersabar dengan mengikuti arahan kerajaan. Mungkin ada hikmah di sebalik ujian dari Allah SWT ini. Masa yang ada sebaiknya dimanfaatkan untuk beribadah dan lebih fokus kepada keluarga. Alhamdulillah masih diberikan kesihatan, rezeki dan gaji daripada Kumpulan Yayasan Sabah sepanjang bekerja dalam tempoh PKP.

Nasihat saya kepada orang ramai, kita haruslah bersabar, pelbagaikan aktiviti harian supaya tidak bosan serta ikutlah arahan dari kerajaan. Selain daripada itu, sentiasalah menjaga kebersihan diri dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar wabak Covid-19 ini akan hapus sama sekali dan individu yang terkena wabak dapat kembali sembuh.”

Nelky Imbaran,Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi

(Lembah Danum/Silam & Taliwas) & Pemuliharaan Hutan

“Antara cabaran yang dihadapi sepanjang tempoh PKP ini adalah kesukaran untuk membuat susulan dan menyelesaikan tugasan lapangan yang telah dirancang sepanjang tahun. Buat semua staf Kumpulan Yayasan Sabah dan orang awam,

marilah kita bersama-sama mengikuti arahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan sentiasa menjaga kebersihan diri dan keluarga.”

14 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Victor Petrus Gansau,Bahagian Pedalaman (Keningau)

“Dalam tempoh PKP ini, mesyuarat terpaksa dibuat dengan menggunakan aplikasi WhatsApp dan ini agak mencabar sekiranya talian Internet tidak lancar. Selain itu, banyak masa diperuntukkan bersama keluarga, membersih rumah

dan berkebun.

Nasihat saya kepada orang ramai, sentiasalah mengikuti arahan KKM dari semasa ke semasa dan patuhi arahan kerajaan. Duduk di rumah dan sentiasa amalkan kebersihan. Sekiranya boleh, amalkan membeli barang keperluan sekali dalam masa

14 hari bagi mengelakkan terkena jangkitan. Terima kasih dan tahniah kepada barisan hadapan seperti KKM, Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, RELA dan rakyat Malaysia yang patuh kepada PKP.”

Roslan bin Khairuddin,Pejabat Cawangan Yayasan Sabah Kuala Lumpur (YSKL)

“Saya bersyukur atas tindakan pantas yang diambil oleh Kerajaan Malaysia bagi menangani penularan wabak ini. Sebagai seorang penjawat awam, ini merupakan satu situasi yang tidak pernah kita alami. Namun, demi keselamatan diri,

keluarga dan orang ramai, kita perlu mematuhi arahan pihak berkuasa.

Saya menempuh pelbagai cabaran ketika penguatkuasaan PKP ini. Saya terpaksa melalui tiga lokasi pos kawalan pihak polis dan tentera untuk ke pejabat. Setibanya di pejabat, saya perlu membersihkan diri, menggunakan hand sanitiser,

memakai penutup muka dan mulut, serta mematuhi jarak satu meter ketika berurusan dengan staf dan para pelajar yang ditempatkan di Asrama YSKL. Apabila balik ke rumah, saya perlu membersihkan diri terlebih dahulu sebelum bersama

keluarga.

Kepada semua rakyat Malaysia, patuhilah arahan serta nasihat pihak berkuasa dan KKM. Jom sama-sama putuskan rantaian Covid-19. #DudukRumah #PatuhPKP #KitaJagaKita.”

Haji Hadzis bin Jumat,Bahagian Pantai Barat (Kota Kinabalu)

“Saya berasa bangga kerana menjadi wakil Kumpulan Yayasan Sabah dalam melaksanakan pengagihan sumbangan kepada golongan yang terjejas akibat wabak Covid-19. Kaedah pengagihan sumbangan semasa Covid-19 berbeza dengan

pengagihan sumbangan semasa gempa bumi tempoh hari. Ini adalah kerana kami perlu mematuhi prosedur operasi semasa PKP. Kami perlu lebih berhati-hati kerana Covid-19 musuh yang tersembunyi. Walaupun mencabar, tetapi kami

sangat seronok melihat reaksi betapa gembira dan bersyukurnya mereka apabila mendapat sumbangan dari Kumpulan Yayasan Sabah. Semasa PKP juga, saya kurang stres ketika memandu kerana jalan raya tidak lagi sesak seperti sebelum ini.

Nasihat saya kepada semua, patuhilah arahan kerajaan dan berikanlah kerjasama sepenuhnya. Di samping itu, gunakanlah masa di rumah untuk muhasabah diri serta buatlah kerja-kerja yang berfaedah. Jangan lupa bersyukur kepada Allah SWT kerana kita masih mendapat gaji setiap bulan dan juga mendapat bantuan daripada kerajaan berbanding dengan mereka

yang kurang bernasib baik. Oleh itu, bersabarlah dan teruskan berdoa agar Covid-19 berakhir secepatnya. Aamiin Ya Rabbal Alamin.”

Ivy Farlana binti Yamuk, Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi (Lembah Danum/Silam & Taliwas) & Pemuliharaan Hutan

“Sepanjang tempoh PKP, banyak cabaran yang dilalui seperti tiada akses Internet yang stabil untuk bekerja dari rumah, interaksi antara staf untuk mengkoordinasi kerja-kerja yang berkaitan adalah terhad dan pemantauan perkembangan kerja di bahagian lapangan Unit Konservasi/Penyelidikan terpaksa dihadkan atau dihentikan. Nasihat saya kepada semua staf dan orang ramai, patuhilah arahan kerajaan, amalkan kebersihan dan kesihatan seperti yang disarankan dan be mindful of your mental health.”

Zaidah bte Hussain,Pejabat Cawangan Yayasan Sabah Kuala Lumpur (YSKL)

“Cabaran yang saya alami sepanjang tempoh PKP ini adalah untuk memastikan semua pelajar Sabah yang berkumpul di Asrama YSKL agar sentiasa bertenang serta mengurangkan tekanan mereka tentang wabak Covid-19. Saya bersama-sama staf yang lain sentiasa meningkatkan semangat dalam kalangan kami yang perlu berkorban masa kerana bertugas dan berkampung dengan para pelajar.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 15

Mohd. Herdam bin Tarman,Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi

(Lembah Danum/Silam & Taliwas) & Pemuliharaan Hutan

“Saya percaya kita semua berdepan dengan perubahan rutin harian semenjak PKP dilaksanakan. Kebanyakan tugasan tidak dapat dilakukan seperti biasa. Bekerja dari rumah memerlukan disiplin yang tinggi. Bukan setakat itu sahaja, bekerja

dari rumah mempunyai cabaran yang tersendiri seperti sumber yang terhad dalam menjalankan tugas dan kurang interaksi dengan dunia luar.”

Sah Rizal bin Salleh,Bahagian Pedalaman (Keningau)

“Bekerja dalam masa PKP ini mempunyai banyak cabaran. Antaranya, masalah mengakses fail di pejabat. Selain itu, pergerakan juga agak terbatas untuk berhubung dengan golongan sasar berdasarkan fungsi pejabat zon yang berurusan 70%-80% secara bersemuka dengan pelanggan.

Jika sebelum ini, mesyuarat/perbincangan dibuat secara bersemuka, kini staf Kumpulan Yayasan Sabah perlu bekerja dari rumah dan dalam talian. Ini merupakan satu cabaran yang perlu dilalui dan pengalaman baru buat semua. Tidak dapat dinafikan, tempoh PKP ini sedikit sebanyak menjejaskan fungsi dan peranan bahagian terutama dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan tetapi kita perlu patuh dengan arahan kerajaan demi kesejahteraan semua.

Di sebalik arahan PKP, terselit juga hikmah dengan apa yang terjadi. Saya dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Solat berjemaah bersama dan makan semeja dengan lebih kerap serta memahami antara satu sama lain.

Dalam waktu sukar menghadapi pandemik Covid-19 ini, kita perlu mematuhi semua arahan pihak kerajaan dengan menghadkan pergerakan keluar kecuali atas urusan penting dan mendapatkan barangan keperluan sahaja. Ketahuilah bahawa kumpulan barisan hadapan juga ingin menikmati situasi bekerja seperti sediakala dan mampu meluangkan masa dengan keluarga masing-masing.”

Ruslizah Kamat,Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi

(Lembah Danum/Silam & Taliwas) & Pemuliharaan Hutan

“Cabaran bekerja yang saya hadapi semasa tempoh PKP adalah kesukaran untuk mendapatkan sumber rujukan di samping bahan kerja yang terhad kerana dokumen/maklumat yang diperlukan kebanyakannya berada di pejabat. Nasihat

saya kepada semua, pastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter diamalkan, sentiasa membasuh tangan dan menggunakan hand sanitiser serta memakai penutup muka dan hidung apabila berada di luar.”

Juanis Tinggal,Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi

“Despite working from home for more than a month, I am still not used to the idea. It is reasonable for a short period, as home is very comfortable and less stressful where we can take many breaks needed apart from saving money, and not having to eat outside. Nevertheless, with no tangible interaction with colleagues and superior, it defeats the real joy of working. Despite not having the freedom to go wherever we want to with whomever and whenever, Covid-19 pandemic is real. Stay home, stay safe and be comfortable working at home.”

Milus Suaip,Bahagian Pantai Barat (Kudat)

“Perasaan sedih kerana tidak dapat bekerja di pejabat memang ada tetapi saya tetap akur dengan arahan kerajaan demi memutuskan rantaian Covid-19. Sepanjang PKP, saya hanya keluar dari rumah untuk membeli barangan keperluan sekiranya perlu. Marilah kita bersama-sama mematuhi arahan kerajaan agar keadaan akan kembali pulih seperti sediakala.”

Hasnah Hassan,Sabah Softwoods Berhad (SSB)

“Sepanjang PKP ini, saya berasa pergerakan agak terbatas untuk ke pejabat. Namun, pihak Pengurusan SSB telahmenyediakan surat bagi memudahkan pergerakan staf ke pejabat. Buat staf dan orang ramai, stay at home, stay healthy

and safe everyone. Bersama-sama kita putuskan rantaian Covid-19.”

16 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Mohd. Fairuz bin Haji Mohd. Yunus,Bahagian Pedalaman (Beaufort)

“Saya berpeluang meluangkan masa bersama keluarga sepanjang tempoh PKP tanpa memohon cuti dari pejabat seperti sebelum ini. Pada masa yang sama, saya berpeluang mengajar dan menguruskan anak-anak terutama membantu buat kerja sekolah. Ini adalah satu cabaran dan pengalaman yang saya tidak akan lupa.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan agar kita sentiasa mematuhi saranan kerajaan bagi mengawal dan memutuskan rantaian penularan virus Covid-19 ini. #StayAtHomeGuys.”

Norkhajijah Haji Mohd. Tussin,Bahagian Pantai Timur (Tawau)

“Tarikh 18 Mac 2020 merupakan tarikh keramat yang menjadi sejarah apabila Kerajaan Malaysia menguatkuasakan PKP kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai inisiatif mengawal penularan wabak Covid-19. Ramai pekerja terpaksa bekerja dari rumah sepanjang tempoh tersebut.

Mengimbangi antara kerja dan kehidupan apabila bekerja dari rumah boleh mendatangkan cabaran kepada seseorang. Antaranya, perubahan rutin harian. Banyak tugasan yang tidak dapat dilakukan seperti biasa. Selain itu, bekerja dari rumah memerlukan disiplin yang tinggi untuk menyesuaikan diri kerana kurangnya interaksi dengan dunia luar serta sumber yang terhad untuk menjalankan tugas. Selain itu, ketidaktentuan isu semasa berkaitan wabak Covid-19 serta ekonomi negara juga turut mendatangkan kebimbangan.

Saya menyeru agar kita semua bersama-sama memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada kerajaan agar rantaian Covid-19 dapat diputuskan dan dihentikan segera dengan cara duduk di rumah dan tingkatkan penjagaan kebersihan diri dan keluarga.”

Jikos Gidiman,Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi

(Lembah Danum/Silam & Taliwas) & Pemuliharaan Hutan

“Sepanjang tempoh PKP, bekerja dari rumah masih boleh dilaksanakan seperti penyediaan kertas kerja dan kerja dalam talian yang berkaitan. Antara cabaran yang saya hadapi sepanjang PKP ini adalah keinginan diri untuk kembali bertugas di pejabat seperti kebiasaannya, serta mengenal pasti tugasan di rumah bagi staf di bawah jagaan agar masih boleh bekerja

dalam keadaan produktif, khususnya di Kawasan Konservasi Lembah Danum di mana tugasan amnya berlandaskan operasi lapangan.

Kepada semua staf dan orang ramai, patuhilah arahan sepanjang PKP, sentiasa amalkan penjagaan kesihatan seperti yang disarankan oleh KKM dan bersabar menghadapi situasi PKP untuk kebaikan bersama.”

Bawal Bahari Okiun,Bahagian Pantai Timur (Sandakan)

“Cabaran utama bertugas semasa PKP bukan hanya kekangan pergerakan tetapi juga penutupan hampir semua pejabat pentadbiran kerajaan sedikit sebanyak menganggu urusan kerja yang biasa dijalankan. Tambahan pula semasa PKP, waktu

operasi pasar raya juga dihadkan serta penjarakan sosial dilaksanakan menyebabkan lebih banyak masa diperlukan untuk berbelanja barangan rumah. Kadangkala saya terpaksa berbaris panjang di luar pasa raya sehingga hampir 30 minit

menunggu. Saya dapati juga beberapa barangan yang menjadi keperluan contohnya penutup mulut dan hidung, dan hand sanitiser dijual dengan harga yang mahal akibat permintaan yang tinggi.

Sudah tentu, saat yang dirindukan semasa PKP ialah saat bersama rakan sekerja menjalankan program-program sosial Kumpulan Yayasan Sabah. Saya juga ingin membawa keluarga makan di restoran seperti dahulu tetapi saya faham

bahawa rantaian wabak Covid-19 perlu diputuskan. Ini hanya dapat dilakukan dengan mengurangkan pergerakan ke tempat-tempat umum. Jika perlu keluar, sila guna penutup mulut dan hidung serta amalkan penjarakan sosial. Selain itu,

nasihat saya, jagalah kebersihan diri dan keluarga.”

Rafidah Hidayu Ramlan,Kristal Handal Sdn. Bhd.

“Since most of the data and files are in the office during the implementation of the Movement Control Order (MCO), it’s a challenge for me. Thus, when there is important work to be done, I still need to go to the office. It is scary to go out during this pandemic. Most important is to be productive while working from home due to dissimalarity. Avoid going outside unless if it is vital to do so. Be hygienic and be safe everyone. #KitaJagaKita.”

17BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Firman bin Hussin, mahasiswa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Kampus Kuantan, semasa sesi dialog.

kembali bekerja

Pemeriksaan suhu diwajibkan bagi semua staf sebelum naik ke pejabat masing-masing.

Hanya empat orang staf dibenarkan masuk dalam lif pada satu-satu masa.

Nama dan nombor telefon staf wajib direkodkan.

Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah mula beroperasi pada 18 Mei 2020 selepas ditutup semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

Staf Kumpulan Yayasan Sabah bertugas secara bergilir berdasarkan arahan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah.

Staf diwajibkan melalui pemeriksaan suhu badan dan mecatat nama serta nombor telefon sebagai rekod. Langkah-langkah pencegahan turut diamalkan seperti penjarakan sosial, membersihkan tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitiser serta meminimakan bilangan orang dalam lif pada satu-satu masa.

STAF KYS

18

@ MTM

Penjarakan sosial diamalkan semasa beratur untuk pemeriksaan suhu.

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kumpulan Yayasan Sabah membuka tirainya dengan mengadakan Mesyuarat Siri 1/2020 pada 26 Februari 2020. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengarah Yayasan Sabah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ICSB, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria yang juga merupakan Pengerusi MBJ Kumpulan Yayasan Sabah.

Dalam ucapan aluannya, beliau berharap agar di masa hadapan isu-isu yang berkaitan dengan bahagian/zon/unitdapat dimajukan terus kepada pejabat yang berkenaan untuk diselesaikan. Beliau juga mengingatkan MBJ hanyalah bertindak sebagai ruang perantara staf dan pengurusan.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh seramai enam orang Wakil Pekerja dan tujuh orang Wakil Pengurusan termasuk Urusetia MBJ.

Dalam mesyuarat kali ini, Encik Mohd. Salim Japaran telah diperkenalkan sebagai Wakil Pekerja Kawasan Kota Kinabalu (YS) yang baharu menggantikan Dr. Elizabeth Kinat yang telah dinaikkan pangkat.

Sebanyak 31 isu baharu telah dibincangkan yang melibatkan isu-isu hartanah, sumber manusia, kebajikan staf, Pekerja Bergaji Hari (DPW) dan infrastruktur.

Sebelum itu, pada 29 Januari 2020, Wakil Pekerja MBJ telah membuat perjumpaan bersama staf Bahagian Perhutanan Tawau dan Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar di Pusat Perhutanan Luasong. Perjumpaan ini sepertimana lazimnya memberi peluang kepada staf wilayah ini untuk mengemukakan isu-isu semasa kepada Wakil Pekerja. Isu-isu ini kemudiannya dibawa ke Mesyuarat Induk MBJ Kumpulan Yayasan Sabah untuk dibincangkan.

MBJ

Salah seorang staf yang bertugas diBahagian Perhutanan Tawau mengemukakan isu semasa

Mesyuarat MBJ Wakil Pekerja bertempat di Pusat Perhutanan Luasong.

Datuk Haji Jamalul (tengah)mempengerusikan mesyuarat.

KUMPULAN YAYASAN SABAH

19

Kumpulan Yayasan Sabah diperkasakan lagi menerusi cogan kata rasmi iaitu “Memacu Insan Berdaya Maju”, yang bermaksud organisasi ini terus bertekad menumpukan keperluan melahirkan insan yang berilmu, berketerampilan tinggi dan berdaya saing. Demikian kata Pengarah Yayasan Sabah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd.Zakaria dalam ucapan beliau di Majlis Makan Malam Kumpulan Yayasan Sabah 2020 yang diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC) pada 7 Februari 2020.

Katanya, dalam memenuhi tanggungjawab sosial itu, Kumpulan Yayasan Sabah memerlukan dana yang cukup besar. “Pada ketika ini, program-program sosial tersebut dilaksanakan dengan menggunakan dana yang diperoleh daripada sumber dalaman Kumpulan Yayasan Sabah sendiri iaitu melalui syarikat-syarikat pelaburan yang terlibat dalam pelbagai sektor industri di negeri ini,” jelas beliau.

“Pengurusan telah mengambil tindakan proaktif melalui dasar perbelanjaan berhemat dalam semua aktiviti sosial dan komersialnya, dan pada masa yang sama menstrukturkan semula syarikat-syarikat pelaburan Kumpulan Yayasan Sabah agar lebih produktif dan menguntungkan,” ujar Datuk Haji Jamalul.

Pada tahun 2019, Yayasan Sabah telah mengguna pakai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) terhadap semua bahagian operasi dan sokongannya bagi mengukur pencapaian program tahunan dan

MAJLISMAKAN MALAM

KUMPULAN YAYASAN SABAH

Datuk Haji Jamalul menyampaikan ucapan beliau.

Datuk Haji Jamalul (dua dari kiri) bersama staf

yang hadir.

Suasana yang meriah di kaunter pendaftaran kehadiran staf pada majlis malam tersebut.

Bahagian Perkembangan Kanak-kanak telah berjaya membimbing 600 orang murid melalui pelbagai program yang ditawarkan termasuk 102 orang murid baru pada tahun 2019. Sehingga kini, seramai 12,445 orang kanak-kanak prasekolah telah mendapat manfaat daripada aktiviti pembangunan kanak-kanak awal Kumpulan Yayasan Sabah.

Dalam pada itu, pada tahun 2019, seramai 2,366 orang pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat menengah dan universiti telah mendapat manfaat melalui skim yang disediakan seperti biasiswa, dermasiswa dan pinjaman. Skim yang diurus oleh Bahagian Pembangunan Pendidikan ini membabitkan peruntukan sebanyak RM30.36 juta.

jangka panjang. Pencapaian KPI Yayasan Sabah bagi tahun 2019 ialah 83.29% di mana KPI bagi bahagian operasi ialah 73.58% dan KPI bahagian/unit sokongan ialah 92.99%. Sehubungan dengan itu, KPI tersebut akan turut diperluaskan kepada bahagian dan unit di Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB).

“Bagi memastikan organisasi ini berupaya mencapai objektif yang disasarkan, Pengurusan telah mengambil langkah dalam pembahagian line of responsibility, skop dan bidang kawalan melibatkan beberapa bahagian dan unit dalam Kumpulan Yayasan Sabah,” tambah Datuk Haji Jamalul lagi. Beliau turut berkata program pembangunan pendidikan yang merupakan fokus utama organisasi akan terus dipertingkatkan.

2020

20 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 21

Menyedari akan pentingnya kesinambungan dalam pemberian tajaan pada masa akan datang, Kumpulan Yayasan Sabah melalui Bahagian Pembangunan Pendidikan telah menggandakan usaha mengutip kembali pinjaman pengajiannya dan telah berjaya mengutip RM4.3 juta pada tahun 2019.

“Pada tahun ini, Pengurusan telah mewujudkan Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian yang bertujuan bagi memfokuskan lagi kepada usaha kutipan pinjaman pengajian,” kata Datuk Haji Jamalul.

Menyentuh mengenai Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS), Datuk Haji Jamalul berkata, “Pada tahun 2019, seramai 871 orang pelajar sedang mengikuti pengajian teknikal di kolej tersebut menerusi 19 kursus yang ditawarkan di peringkat sijil dan diploma. Manakala, seramai 374 orang graduan telah berjaya menamatkan pengajian mereka pada tahun lalu. Dari tahun 1990 hingga 2019, seramai 6,668 orang graduan telah menamatkan pengajian di KTYS dalam pelbagai kursus sijil dan diploma.”

“Seramai 459 orang pelajar pula sedang mengikuti 12 kursus pengajian dalam beberapa buah fakulti di UCSF. Sehingga kini, seramai 460 orang graduan telah menamatkan pengajian di universiti kolej ini,” tambah beliau lagi.

Persembahan sambut tamu oleh staf Bahagian Perhutanan Tawau.

Dalam pembangunan kapasiti, Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pusat Kraftangan Sabah (PKS) telah melatih seramai 165 orang belia daripada lima program keusahawanan. Secara keseluruhannya, sejak program kraf tangan diperkenalkan pada tahun 2011, PKS dan pejabat-pejabat zon telah melatih lebih daripada 20,000 orang belia dalam pelbagai bidang kraf di seluruh Sabah.

Dalam sektor komersial, secara keseluruhannya pada tahun 2019, Kumpulan Yayasan Sabah telah merekodkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM98.81 juta. Sektor pelancongan penyumbang terbesar

kepada keuntungan ini diikuti dengan sektor agro perladangan, sektor minyak dan gas serta sektor-sektor lain seperti pengurusan hartanah dan biotek.

“Selain itu, jumlah dividen yang telah diterima setakat Januari 2020 daripada Anak-anak Syarikat ICSB bagi tahun 2019 adalah sebanyak RM94.47 juta. Kita berharap Anak-anak Syarikat tersebut akan terus dapat membayar dividen yang setimpal untuk membiayai program-program sosial Kumpulan Yayasan Sabah,” jelasnya.

Beliau menyatakan Pengurusan akan terus melipatgandakan usaha demi memperbaiki prestasi sama ada di sektor sosial mahupun komersial. “Kita akan terus memperkasa pelaburan dalam sektor komersial. Dalam hal ini, wujud keperluan untuk mengoptimumkan perniagaan-perniagaan Kumpulan Yayasan Sabah. Selain itu, Pengurusan telah merancang agar kawasan-kawasan konservasi juga dapat menarik lebih ramai pelancong untuk meneroka kekayaan alam semula jadi kita dan seterusnya menambah pendapatan syarikat,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 22 orang staf telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 10 orang staf menerima Anugerah Perkhidmatan Jubli Perak dan 24 orang pesara menerima Anugerah Jasamu Dikenang daripada Datuk Dr. Haji Jaujan bin Haji Sambakong, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan selaku wakil kepada Ketua Menteri Sabah. Turut hadir ialah Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah dan Lembaga Pengarah ICSB, Pengerusi Anak-anak Syarikat serta warga Kumpulan Yayasan Sabah.

Sebahagian daripada persembahan staf.

22 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Dari kiri: Hanimah binti Rasiun (Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi (Lembah Danum/Silam & Taliwas) & Pemuliharaan Hutan), Charity Angela binti Lojunga (Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan, ICSB),Tony Angat Anak R. Bayang (Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi (Lembah Danum/Silam & Taliwas) & Pemuliharaan Hutan), Saulin binti Main Ipin (Unit Perundangan YS/ICSB),

Hajah Ainahwati binti Abdul Sani (Bahagian Audit Dalaman YS/ICSB), Janet Damean Giluk (Pejabat Urusetia Syarikat), Nasir bin Mohd. Fudin (Pusat Kraftangan Sabah, Keningau),Stephenie Louis (Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran YS/ICSB), Suwandy bin Sundu (Zon Pedalaman Utara, Keningau),

Mohd. Fardee bin Simin (Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi (Lembangan Maliau & Kanyon Imbak), Christopher Robin Manjaji (Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan, YS), Datuk Dr. Haji Jaujan,Datuk Haji Jamalul, Teo Gun Leck (Zon Pedalaman Selatan, Beaufort), Pudin bin Ibrahim (Zon Pantai Barat Utara, Kota Marudu), Kadir @ Abdul Kadir bin Tahir (Zon Pantai Timur Selatan, Tawau),

Mohd. Sufri bin Laupa (Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi (Lembangan Maliau & Kanyon Imbak), Othman @ Antab bin Anjar (Bahagian Perkembangan Kanak-kanak), Sulok bin Saidin (Borneo Security Centre Sdn. Bhd.),Juliana Tivit (Bahagian Pembangunan Perniagaan Korporat), Khoo Chui Eng (Zon Pantai Timur Utara, Sandakan), Alasie @ Alusia binti Biim (Bahagian Pembangunan Pendidikan),

Juonita binti Dahu @ Duhu (Bahagian Pembangunan Pendidikan) dan Noraidah Tawang (Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens).

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

22 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Dari kiri: Hanimah binti Rasiun (Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi (Lembah Danum/Silam & Taliwas) & Pemuliharaan Hutan), Charity Angela binti Lojunga (Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan, ICSB),Tony Angat Anak R. Bayang (Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi (Lembah Danum/Silam & Taliwas) & Pemuliharaan Hutan), Saulin binti Main Ipin (Unit Perundangan YS/ICSB),

Hajah Ainahwati binti Abdul Sani (Bahagian Audit Dalaman YS/ICSB), Janet Damean Giluk (Pejabat Urusetia Syarikat), Nasir bin Mohd. Fudin (Pusat Kraftangan Sabah, Keningau),Stephenie Louis (Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran YS/ICSB), Suwandy bin Sundu (Zon Pedalaman Utara, Keningau),

Mohd. Fardee bin Simin (Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi (Lembangan Maliau & Kanyon Imbak), Christopher Robin Manjaji (Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan, YS), Datuk Dr. Haji Jaujan,Datuk Haji Jamalul, Teo Gun Leck (Zon Pedalaman Selatan, Beaufort), Pudin bin Ibrahim (Zon Pantai Barat Utara, Kota Marudu), Kadir @ Abdul Kadir bin Tahir (Zon Pantai Timur Selatan, Tawau),

Mohd. Sufri bin Laupa (Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi (Lembangan Maliau & Kanyon Imbak), Othman @ Antab bin Anjar (Bahagian Perkembangan Kanak-kanak), Sulok bin Saidin (Borneo Security Centre Sdn. Bhd.),Juliana Tivit (Bahagian Pembangunan Perniagaan Korporat), Khoo Chui Eng (Zon Pantai Timur Utara, Sandakan), Alasie @ Alusia binti Biim (Bahagian Pembangunan Pendidikan),

Juonita binti Dahu @ Duhu (Bahagian Pembangunan Pendidikan) dan Noraidah Tawang (Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens).

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 23

Dari kiri: Matahir bin Umar (Bahagian Perhutanan Sandakan), Lo Fui Jin (Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan, ICSB), Hajah Sotiah bte Hussein (Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran YS/ICSB),Tarman bin Tony (Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar, Lahad Datu), Catharine Ong Siew Chin (Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan, YS), Baharun bin Musal (Borneo Security Centre Sdn. Bhd.),

Voo Shau Fong (Bahagian Pembangunan Perniagaan Korporat), Ronald Ong (Bahagian Pembangunan Perniagaan Korporat), Datuk Dr. Haji Jaujan, Datuk Haji Jamalul,Rosman R. Lee @ Rosman b. Richard Lee (Bahagian Perhutanan Tawau), Muskil bin Jukaran (Borneo Security Centre Sdn. Bhd.), Ambrose bin Kulot (Bahagian Perhutanan Tawau), Daud bin Lepit (Bahagian Perhutanan Sandakan),

Albert Alfred Yong (Bahagian Perhutanan Lahad Datu), Johnsing @ Ikon (Bahagian Perhutanan Sandakan), Jalius bin Kasing (Bahagian Perhutanan Tawau) dan Tiyamon @ Vina binti Gilong (Pusat Kraftangan Sabah, Keningau).

ANUGERAH JASAMU DIKENANG (ICSB)

24 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Dari kiri: Matahir bin Umar (Bahagian Perhutanan Sandakan), Lo Fui Jin (Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan, ICSB), Hajah Sotiah bte Hussein (Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran YS/ICSB),Tarman bin Tony (Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar, Lahad Datu), Catharine Ong Siew Chin (Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan, YS), Baharun bin Musal (Borneo Security Centre Sdn. Bhd.),

Voo Shau Fong (Bahagian Pembangunan Perniagaan Korporat), Ronald Ong (Bahagian Pembangunan Perniagaan Korporat), Datuk Dr. Haji Jaujan, Datuk Haji Jamalul,Rosman R. Lee @ Rosman b. Richard Lee (Bahagian Perhutanan Tawau), Muskil bin Jukaran (Borneo Security Centre Sdn. Bhd.), Ambrose bin Kulot (Bahagian Perhutanan Tawau), Daud bin Lepit (Bahagian Perhutanan Sandakan),

Albert Alfred Yong (Bahagian Perhutanan Lahad Datu), Johnsing @ Ikon (Bahagian Perhutanan Sandakan), Jalius bin Kasing (Bahagian Perhutanan Tawau) dan Tiyamon @ Vina binti Gilong (Pusat Kraftangan Sabah, Keningau).

ANUGERAH JASAMU DIKENANG (ICSB)

25BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Dari kiri: Judy Mayau @ Janudin Ishak (Bahagian Perhutanan Sandakan), Lee Chin Wah @ Rusnih Mohd. Kaseh (Bahagian Perkembangan Kanak-kanak), Shahrum bin Haji Sulaiman (Bahagian Urus Setia Korporat), Chu Nyuk Sang @ Patrick Chu (Zon Pedalaman Utara, Keningau), Stephen Jilimin (Bahagian Komunikasi Korporat), Datuk Dr. Haji Jaujan,

Datuk Haji Jamalul, Francis Kitingon (Zon Pedalaman Utara, Keningau), Alias Kachi (Borneo Security Centre Sdn. Bhd.), Ganis bin Angkangon @ Donal, Asni bin Bulot (Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar) dan Margareth Pureit (D’Heritage Sdn. Bhd.).

Dari kiri: Marina binti Insun (Bahagian Perkembangan Kanak-kanak), Hajah Zainab binti Alias (Pejabat Cawangan Yayasan Sabah Kuala Lumpur), Haji Ramlan bin Menga (Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens), Mohd. Bashir bin Haji Nawab Khan (Bahagian Komunikasi Korporat),

Datuk Dr. Haji Jaujan, Datuk Haji Jamalul, Sabrin Sindan (Zon Pantai Barat Utara, Kota Marudu), Singjua bin Kimsuin (Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan),

Pernama binti Budin (Bahagian Pembangunan Pendidikan) dan Miming binti Samalia (Zon Pantai Timur Utara, Sandakan).

ANUGERAH JASAMU DIKENANG (YS)

ANUGERAH JUBLI PERAK

26 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

27

Raimie Avussakur membuka tirai persembahan staf

dengan lagu “Keabadian Cinta”.

Dustine @ Japar ak Tambi dari Pusat Perhutanan Luasong

atau lebih popular dengan nama panggilan Ateng mencuit

hati penonton dengan dendangan lagu

“Berjuta Batu”.

Vokal mantap Clare Francis Brini dari KTYS menghiburkan

staf semasa jamuan makan. Lady in red – Belinda Jane!dari Bahagian

Perkembangan Kanak-kanak.

Pejabat Zon Pedalaman Selatan pun ada Awie,

Aliman Sani dendang “Misteri Mimpi Syakilla”.

Leonard Ingging dari Zon Pantai Barat Selatan tampil dengan

gaya Rock n’ Roll.Tuan Haji Mohamed Idris bin Mohamed Shafi dari

Innoprise Capital Sdn. Bhd. mencari Si Baju Kebaya.

Dendangan lagu “Aku Penghibur” oleh Muhammad Dave Erik dari

Bahagian Perhutanan Tawau sangat menghiburkan penonton malam itu!

Ebby Azwanshah dari Kristal Handal Sdn. Bhd.

cuba “Jampi” para penonton.

Cakerawala, band pengiring sepanjang persembahan

staf malam tersebut. Otai masih berbisa. Gabungan padu Leonard dan Haji Idris

untuk lagu Camellia 2.

Bukan sembarang goyang, ini Goyang Tabelo dari

Bahagian Perhutanan Tawau!

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 27

Evy Francis dari KTYS, kecil kecil cili padi!

Ikan Duyung Mandi di Sungai nyanyian Yunis Sandadar dari Borneo Security Centre Sdn. Bhd.

antara persembahan yang ditunggu-tunggu.

Say Shava Shava persembahan medley tarian dan nyanyian oleh Effa & The Gang, wakil Unit Pengurusan Sumber Manusia.

Trio Divo dari Bahagian ICT dengan persembahan lagu medley.

Persembahan penuh mesej oleh The Starlight dari Innoprise Capital Sdn. Bhd.

Benta Wawasan Sdn. Bhd. mengegarkan pentas dengan tarian Varia Vaganza.

28 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Vokal mantap persembahan penyanyi jemputan,

Rosario Bianis yang merupakan Juara Bintang RTM 2016.

Koreografi tarian medleyyang penuh bertenagaoleh The Spark Plugs.

Best-Dressed Competition (Female) jatuhkepada Nor Effa Efizah binti Ag. Chuchu,

staf Unit Pengurusan Sumber Manusia (kiri).

Best-Dressed Competition (Male)jatuh kepada Joefairul Johari,

staf Bahagian ICT.

Datuk Haji Jamalul sporting sungguh! Naik ke pentas untuk ikut serta persembahan finale staf.

29

Setahun sekali berkumpul gembira bersama sebagai sebuah keluarga besar Kumpulan Yayasan Sabah.

Staf yang hadir mengambil peluang bergambar dan beramah mesra dengan Datuk Haji Jamalul.

1…2…3… Senyummmm!

Cantik dan kacak semuanya.

Full house…! Staf memberikan keratan tiket bertuah dengan harapan

menang hadiah yang ditawarkan.

Segak dan menawan dengan tema Black Tie.

Senyuman manis semanis gula.

Gabungan tema menceriakan suasana.

Tiga sahabat bergabung dengan tiga tema.Pasangan

bunga-bunga cinta.

Rock n Roll vs Bollywood.

(Dari kiri): Pengerusi, Innovision (PNG) Pty. Ltd., Datuk Nurnikman Abdullah, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Dr. Lucas Umbul dan Pengerusi, Norsechem (Sabah) Sdn. Bhd., Datuk Charles O Pang

antara tetamu yang turut hadir.

Wanita dan bunga umpama lagu dan irama.

Tema Masquerade menjadi pilihan. Digabungkan bersama tema Black Tie dan Rock n Roll.

Seceria irama Bollywood.

Gabungan Black Tie dan bunga yang elegan.Ala-ala Bollywood.

31

Jubli Perak 25 Tahun ALIAS BIN KACHIPengawal KeselamatanBorneo Security Centre Sdn. Bhd.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah atas Anugerah Jubli Perak ini. Selama berkhidmat 25 tahun di Kumpulan Yayasan Sabah banyak rintangan yang perlu dilalui. Saya mula merasakan nikmat hasil daripada usaha bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah. Saya dapat menyara keluarga dan mampu menghantar anak-anak melanjutkan pengajian dan kini bertugas sebagai jururawat.

Pada pendapat saya, perkara yang paling penting dalam bekerja adalah disiplin dan mengikut peraturan kerja untuk mendapat keyakinan diri. Semoga Kumpulan Yayasan Sabah terus berjaya dari segi ekonomi, kebajikan dan sentiasa membantu para pelajar yang memerlukan bantuan.”

ASNI BIN BULOTRenjer Hutan KananBahagian Pengurusan Kawasan Konservasi (Lembah Danum/Silam & Taliwas) & Pemuliharaan Hutan

“Saya amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memberi saya kesempatan untuk berkhidmat selama 25 tahun dengan Kumpulan Yayasan Sabah yang bermula pada 1 Januari 1994.

Walaupun banyak dugaan serta cabaran yang dilalui, namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus memberikan komitmen kerja yang terbaik untuk organisasi ini.

Saya berasa amat bertuah dapat berkhidmat di INFAPRO dengan menjayakan usaha penanaman anak pokok dipterokarp untuk penyerapan karbon dioksida, iaitu salah satu projek penanaman hutan semula yang terbaik di dunia. Projek ini telah mendapat pengiktirafan persijilan iaitu Certified Project-IFM (Improved Forest Management) yang pertama di dunia. Perasaan gembira saya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.

Selama saya berkhidmat, kehidupan saya banyak berubah daripada segi sumber kewangan kerana organisasi ini begitu prihatin dengan menyediakan kemudahan untuk semua staf. Saya amat berbangga menjadi sebahagian daripada warga Kumpulan Yayasan Sabah yang memegang teguh nilai-nilai murni dalam misi meningkatkan taraf kehidupan. Antara kemudahan yang disediakan ialah kos perubatan

dan subsidi perumahan. Kumpulan Yayasan Sabah juga memberikan pinjaman kemudahan biasiswa agar anak saya dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Ucapan ribuan terima kasih saya yang tidak terhingga kepada Kumpulan Yayasan Sabah. Saya serta rakan-rakan sekerja berdoa agar Kumpulan Yayasan Sabah dapat meneruskan kecemerlangan dengan berpegang kepada prinsip asas: Komited, Dinamik, Berjiwa Rakyat dan Prihatin.

Harapan saya agar Kumpulan Yayasan Sabah akan terus disegani sebagai sebuah organisasi yang terunggul di Malaysia. Dengan sumber ekonomi yang mantap, saya berharap misi dan visi organisasi dapat dicapai terutamanya dari segi pembangunan, pendidikan serta ekonomi, dan seterusnya dapat memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak Sabah.”

AZMI BIN MOKHTARKerani KananBahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan, ICSB

“Saya bersyukur dan bangga kerana dapat bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah. Berkat kesabaran dan kecekalan, saya berjaya menempuh pelbagai cabaran yang saya hadapi selama 25 tahun bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah.

Dari gaji serendah ratusan ringgit hingga mencecah empat angka, kini saya dapat membesarkan anak-anak dan menampung keperluan keluarga. Di samping itu, saya juga dapat mengumpul sedikit harta untuk masa hadapan anak-anak saya.

Saya berharap agar Kumpulan Yayasan Sabah akan lebih berkembang maju sehingga menjadi satu lambang kebanggaan rakyat Sabah dan menjadi satu badan yang dapat membantu dan mengubah segala kekurangan rakyat Sabah khususnya untuk generasi yang akan datang.”

Anugerah

32 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

GANIS BIN ANGKANGON @ DONALRenjer Hutan KananBahagian Perhutanan Keningau

“Saya gembira dan sangat bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberi peluang kepada saya untuk bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 1986 sebagai tukang ukur balak di pangkalan Lalangut, Kalabakan. Namun, tiga bulan kemudian, saya telah dipindahkan ke Unit Inventori hinggalah pada tahun 1990, saya ditukar ke Projek NEES RIL (New England Electric System/Reduced Impact Logging).

Pada tahun 1994, saya telah diserapkan sebagai Forest Labourer. Tugas saya adalah untuk membantu kerja-kerja Comprehensive Harvesting Plan atau Pelan Penuaian Terperinci di Wilayah Tawau sehinggalah pada tahun 2000, saya ditukarkan ke Wilayah Keningau. Akhirnya pada 1 April 2019 saya telah dinaikkan jawatan sebagai Pemangku Renjer Hutan Kanan.

Selama bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah, banyak pengalaman yang diperoleh seperti mendapat ilmu pengetahuan dari staf yang lebih berpengalaman dalam bidang perhutanan.

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah dan pegawai-pegawai yang memberi kepercayaan kepada saya. Saya berharap agar Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa berdiri teguh demi generasi akan datang.”

FRANCIS KITINGONPegawai Tadbir Zon Pedalaman Utara (Keningau)

“Sepanjang saya berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah, saya amat bersyukur dengan pengalaman yang telah dilalui sepanjang di Zon Pedalaman Utara, Keningau.

Pengalaman manis dan pahit ketika bekerja adalah sangat berharga. Rakan sekerja yang sentiasa memberi kerjasama yang baik selama ini juga tidak akan saya lupakan. Ketika bertugas di lapangan ialah saat-saat yang akan saya rindu sentiasa.

Pesanan akhir saya kepada rakan-rakan yang masih bekerja, kerjalah dengan baik untuk mencari rezeki demi keluarga dan haruslah dengan hati yang ikhlas agar semuanya dilancarkan.

Terima kasih Kumpulan Yayasan Sabah untuk peluang dan pengalaman ini.”

CHU NYUK SANG @ PATRICK CHUPenolong Pegawai Tadbir KananZon Pedalaman Utara (Keningau)

“Pelbagai pengalaman yang saya peroleh sepanjang menjadi staf Kumpulan Yayasan Sabah dalam bahagian keselamatan, perkeranian, pentadbiran dan urusan kewangan. Bagi saya, tiada kesukaran dalam menjalankan tugas sepanjang bekerja kerana semua dapat diatasi dengan adanya kerjasama yang baik antara rakan-rakan sekerja, kesungguhan dan komitmen yang tinggi.

Saya akan merindui rakan seperjuangan yang sama-sama susah dan senang ketika menjalankan tugas terutamanya ketika di Zon Pedalaman Utara, Keningau serta segala perkongsian ilmu, dorongan dan sokongan moral yang diberikan daripada pihak majikan.

Harapan saya untuk Kumpulan Yayasan Sabah adalah untuk terus maju dan berkembang agar generasi akan datang dapat menikmati pembangunan seperti yang telah saya nikmati hari ini. Terima kasih Kumpulan Yayasan Sabah kerana telah banyak membantu saya.

Kepada rakan seperjuangan, tingkatkan prestasi kerja yang baik dan berintegriti agar dapat meningkatkan pembangunan Kumpulan Yayasan Sabah.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 33

SHAHRUM BIN HAJI SULAIMANPengurusBahagian Urus Setia Korporat

“Saya berasa gembira dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk menyumbang rezeki selama 25 tahun bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah.

Selama bertahun-tahun berkhidmat, saya bukan sahaja memperoleh ilmu pengetahuan malah simpanan EPF dan aset seperti rumah dan kereta. Saya mampu menampung kos perbelanjaan keluarga dan anak-anak.

Saya berharap agar Kumpulan Yayasan Sabah terus berjaya dalam memberi bakti dan sumbangan kepada rakyat Sabah dalam masa 25 tahun akan datang.”

MARGARETH PUREITKerani KananD’Heritage Sdn. Bhd.

“Saya bersyukur dan bangga kerana diberi peluang menjadi sebahagian warga kerja Kumpulan Yayasan Sabah. Selama 25 tahun bekerja, kehidupan saya berubah.

Dengan itu, saya amat berterima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah. Tanpa bantuan Kumpulan Yayasan Sabah, saya tidak akan menjadi seperti saya hari ini.

Semoga Kumpulan Yayasan Sabah terus unggul dan berbakti kepada rakyat Sabah, khususnya untuk generasi muda dalam meningkatkan peluang pendidikan dan pekerjaan.”

MAKUNSIN BIN YAYAUNRenjer Hutan RendahBahagian Perhutanan Tawau

“Saya rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah. Selama saya bekerja, kehidupan saya dan keluarga mula berubah.

Oleh itu, saya sentiasa berharap agar Kumpulan Yayasan Sabah akan terus maju dan menjadi kebanggaan rakyat Sabah.”

LEE CHIN WAH @ RUSNIH MOHD. KASEHPenolong Guru BesarBahagian Perkembangan Kanak-kanak

“Saya berkhidmat di Bahagian Perkembangan Kanak-kanak sejak tahun 1994 sehingga hari ini. Tiada sehari saya tidak berusaha untuk belajar benda baharu untuk diaplikasikan kepada kanak-kanak taska dan tadika Kumpulan Yayasan Sabah.

Sejak hari pertama, saya sentiasa berbangga kerana menjadi contoh kepada kanak-kanak di sini. Oleh itu, saya kena menjadi contoh yang baik agar mereka juga mampu menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk ibu bapa masing-masing. Peribadi diri sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada masa depan kanak-kanak ini kelak.

Terima kasih Kumpulan Yayasan Sabah kerana telah mewujudkan taska dan tadika ini serta menjadikan pendidikan sebagai satu keutamaan untuk melahirkan insan-insan yang berilmu.”

34 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

STEPHEN JILIMINEksekutif Kanan Komunikasi KorporatBahagian Komunikasi Korporat

“Saya berasa amat bertuah dapat berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah dalam pelbagai bidang. Saya pernah berkhidmat di Bahagian Perhutanan selama sembilan tahun, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan selama dua tahun, berkhidmat selama tiga tahun di Bahagian Agro Perladangan dan bermula 2006 sehingga kini berkhidmat di Bahagian Komunikasi Korporat.

Sepanjang perkhidmatan, pengalaman di beberapa bahagian telah membantu saya dalam penyampaian taklimat kepada pelajar dan pelawat yang datang

melawat ke Menara Tun Mustapha. Kepercayaan Pengurusan melantik saya sebagai salah seorang Ketua Juru Audit MS ISO, tenaga pelatih MS ISO, Jawatankuasa Pembangunan Laman Web, Pendigitan dan Pengurusan Rekod telah memberi kepuasan kepada saya dalam berbakti kepada organisasi.

Saya berharap agar Kumpulan Yayasan Sabah dapat memaksimakan sumber yang ada dan berkembang lebih maju lagi dalam peringkat global terutamanya eksplorasi sumber kawasan perhutanan, ekopelancongan, hospitaliti, perladangan dan penternakan memandangkan kita mempunyai kawasan hutan yang luas yang boleh diusahakan.

Dari sudut sosial, Kumpulan Yayasan Sabah dapat membantu Kerajaan Negeri Sabah terutamanya dalam pembangunan sosial di luar bandar dalam mengenal pasti keperluan industri yang bersesuaian untuk pembangunan insan dan ekonomi. Bantuan pendidikan dan latihan juga perlu dipertingkatkan lagi bagi anak-anak Sabah dan juga staf Kumpulan Yayasan Sabah bagi melahirkan warga kerja yang berpengetahuan dan mahir.

Sememangnya berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah telah mengubah kehidupan dari segi penyampaian perkhidmatan kepada semua lapisan rakyat Sabah. Berkhidmat di Bahagian Komunikasi Korporat telah memberi peluang kepada saya turun ke luar daerah Sabah bagi menyampaikan maklumat mengenai Kumpulan Yayasan Sabah kepada semua rakyat bagi memastikan mereka juga menikmati sumbangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Kumpulan Yayasan Sabah. Peluang memberi taklimat kepada ribuan pelajar dari sekolah rendah hingga pengajian tinggi juga memberi satu kepuasan kepada saya dalam penyampaian maklumat Kumpulan Yayasan Sabah supaya generasi ini dapat menikmati kemudahan dan peluang yang disediakan dan secara langsung setiap pelajar itu menjadi ejen kepada penyebaran maklumat Kumpulan Yayasan Sabah.

Dari sudut kebajikan pula, berkhidmat selama lima penggal sebagai Wakil Pekerja Kumpulan Yayasan Sabah telah menguji kepimpinan, komunikasi, kesabaran, cara dan penyelesaian masalah, membuat keputusan dan berurusan dengan pengurusan atasan dalam menangani setiap isu kebajikan staf Kumpulan Yayasan Sabah. Pengalaman ini amat saya hargai dan berterima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya.”

CHIN MUI KEEAccounting OfficerAccounts & Financial Services Division, ICSB

“I am delighted and thankful to be a part of the Yayasan Sabah Group. Being in this organisation has taught me the necessary skills required to execute my daily job scope apart from sharpening my mental skills as well. The perks enjoyed by me throughout my years here undoubtedly changed my life completely.

Yayasan Sabah Group made me a hardworking and competitive person. I am genuinely grateful and hope to see Yayasan Sabah Group maintaining its core business in the future significantly.

In the next 25 years, I hope to see Yayasan Sabah Group continues to contribute to the next generation to come. Also at the same time, the organisation will keep up with the technological advances of today.”

JUDY MAYAU @ JANUDIN ISHAKPengawal KeselamatanBahagian Perhutanan Sandakan

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan bertuah dapat berkhidmat lebih dari 25 tahun di Kumpulan Yayasan Sabah dan sangat berbangga menjadi sebahagian daripada teraju Kumpulan Yayasan Sabah.

Kumpulan Yayasan Sabah bukan sahaja mengubah kehidupan saya, malah turut mengubah kehidupan keluarga saya dari segi ekonomi dan sosial.

Saya berharap agar Kumpulan Yayasan Sabah akan lebih maju dan berkembang serta berdaya saing untuk masa depan warga Kumpulan Yayasan Sabah.

Saya juga berharap agar anak muda yang bakal menerajui kepimpinan Kumpulan Yayasan Sabah terus bersemangat jitu dan berjiwa kental dalam mengharungi liku-liku cabaran masa akan datang.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 35

Jasamu DikenangAMBROSE BIN KULOTRenjer Hutan RendahBahagian Perhutanan Tawau

“Saya berkhidmat sejak tahun 1998. Terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana telah memberi peluang kepada saya selama 13 tahun di Kalabakan. Banyak pengalaman pahit dan manis ketika menjalankan tugas terutama sekali ketika masuk hutan bersama rakan sekerja. Terima kasih juga atas ilmu pengetahuan dan kemahiran sehingga saya mengenali pelbagai jenis kayu di hutan.

Untuk rakan-rakan saya yang masih berkhidmat, terima kasih kerana prihatin, bekerjasama dan tolong-menolong selama bertugas bersama. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurus Wilayah Tawau kerana banyak membantu apabila kami ditimpa masalah dan telah memberi kerjasama yang sangat baik. Jika ada salah dan silap, mohon dimaafkan.”

ALBERT ALFRED YONGRenjer HutanBahagian Perhutanan Lahad Datu

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 17 November 1979. Aspek terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah mendapat kawan sejawat dan bekerjasama antara satu dengan yang lain. Aspek yang paling sukar ketika bertugas adalah apabila saya masuk ke hutan dan berjalan kaki sejauh 5km hingga 10km dan bermalam dalam hutan yang sangat tebal. Selepas bersara saya ingin membawa ahli keluarga bercuti ke luar negara.

Sememangnya, saya merindui saat-saat bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah terutamanya rakan-rakan yang sama-sama bertugas. Memori indah yang tidak dapat saya lupakan ialah ketika menikmati bonus tahunan yang diberikan oleh Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah. Nasihat saya kepada semua staf Kumpulan Yayasan Sabah agar bekerjalah dengan bersungguh-sungguh serta komited demi kemajuan Kumpulan Yayasan Sabah.”

BAHARUN BIN MUSALPegawai KeselamatanBorneo Security Centre Sdn. Bhd.

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Julai 1981 sebagai Buruh Ukur (Survey Labour) di Bahagian Perhutanan Wilayah Sandakan.

Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan adalah apabila sesat di dalam Hutan Simpan, Sungai Latangon pada tahun 1984. Pada masa itu, saya terpaksa tidur dalam hutan tebal selama tiga malam seorang diri. Nasib baiklah ketika itu badan masih cergas kerana masih muda. Saya akan rindu dengan sahabat seperjuangan yang bersama-sama membangunkan Kumpulan Yayasan Sabah, sedih itu pasti!

Setelah bersara, saya akan menghabiskan masa dengan keluarga sambil mengusahakan kebun yang sedia ada. Nasihat saya kepada sahabat-sahabat dan staf Kumpulan Yayasan Sabah, berkhidmatlah dengan penuh tanggungjawab, ikhlas dan dedikasi tetapi kita juga perlu menjaga kesihatan diri sendiri.

Terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana sepanjang perkhidmatan, pelbagai kemudahan telah disediakan untuk menjaga kebajikan staf seperti kemudahan perubatan, peluang mengikuti kursus-kursus berkaitan dan sebagainya.”

Anugerah

DANGSARA HAJI PALAWANPembantu KhasZon Pantai Barat Utara (Kota Marudu)

“Saya mula berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah pada bulan November 1989 sebagai kerani am di pejabat luar Yayasan Sabah Tuaran. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana dapat berkhidmat di organisasi yang begitu prihatin dalam menyediakan pelbagai kemudahan kepada staf.

Selepas persaraan, saya akan berehat dan melibatkan diri dalam aktiviti ringan seperti bersukan dan kerja-kerja amal. Saat-saat yang tidak akan dilupakan ialah ketika bertugas di luar pejabat atas urusan rasmi ke Pulau Banggi, Kudat. Feri yang dinaiki rosak di tengah laut dan juga kejayaan saya ke garis penamat perkhidmatan dengan Kumpulan Yayasan Sabah. Nasihat saya untuk semua staf dan pihak Pengurusan ialah terus berusaha tanpa henti bagi memastikan kesinambungan Kumpulan Yayasan Sabah dan seterusnya mencapai matlamatnya untuk membantu rakyat negeri Sabah.”

36 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

DAUD BIN LEPITRenjer HutanBahagian Perhutanan Sandakan

“Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT atas izin-Nya saya berpeluang berkhidmat bersama Kumpulan Yayasan Sabah sejak Oktober 1979. Saya bekerja lebih 39 tahun bersama organisasi ini. Melalui rezeki berkhidmat bersama Kumpulan Yayasan Sabah, banyak perubahan yang memberikan kebaikan kepada kehidupan kami sekeluarga terutamanya dari segi ekonomi. Saya bersyukur kerana dapat memberikan anak-anak saya peluang pendidikan hingga melanjutkan pengajian mereka ke peringkat universiti.

Sepanjang berkhidmat bersama Kumpulan Yayasan Sabah, pengalaman paling mencabar dan tidak dapat dilupakan adalah semasa mengeluarkan trucking sheet. Cuba bayangkan ketika itu, sekitar tahun 80-an dan awal 90-an, setiap hari lebih 100 buah lori beroperasi sehingga kami tidak kecukupan masa dan tidak sempat makan. Ketika itu kami bekerja seawal 4:00 pagi sehingga 10:00 malam. Adakala juga kami bekerja sehingga 12:00 tengah malam demi menyelesaikan tugasan.

Sekarang setelah bersara, saya bercadang untuk membuka kedai salon dan memelihara burung walit secara kecil-kecilan. Selain itu, saya juga akan kekal aktif dalam sukan petanque.”

DOLI BIN SIPINPemanduBahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB)

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada Februari 1990. Kumpulan Yayasan Sabah merupakan organisasi yang amat prihatin dalam menjaga kebajikan staf. Di samping itu, segala arahan kerja yang diberikan adalah jelas dan tiada kerja yang ditugaskan terlalu sukar untuk dilaksanakan.

Saya bercadang untuk meneruskan perniagaan saya di Kota Kinabalu selepas persaraan kelak. Sudah pasti, saya akan merindui rakan-rakan sekerja di Unit Kenderaan yang sporting. Berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah merupakan salah satu kebanggaan dalam hidup saya.

Saya berharap Kumpulan Yayasan Sabah akan terus maju ke hadapan. Nasihat saya untuk semua staf adalah untuk menjaga nama baik organisasi dan sentiasa melaksanakan kerja dengan penuh komited dan prihatin agar Kumpulan Yayasan Sabah terus gigih di persada dunia.”

HAJI YUNUS BIN AMBAR PengurusZon Pantai Timur Utara (Sandakan)

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada Julai 1980. Sejak itu, banyak aspek baik yang saya peroleh seperti pengalaman bekerja untuk masyarakat, mempunyai rakan sekerja yang berbaik budi serta insentif seperti biasiswa menyambung pelajaran, subsidi rumah dan pesta sukan yang diadakan oleh Kumpulan Yayasan Sabah.

Aspek yang sukar ketika perkhidmatan ialah penstrukturan Yayasan Sabah pada tahun 2003 kerana pada masa itu amat mencabar. Setelah bersara saya akan berehat, berkebun dan berkhidmat kepada masyarakat secara sukarela.

Nasihat saya kepada staf Kumpulan Yayasan Sabah, bekerjalah dengan penuh dedikasi dan hargailah rakan sekerja.”

HAJAH SOTIAH BTE HUSSINKerani KananBahagian Sumber Manusia & Pentadbiran (YS/ICSB)

“Saya berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah sejak 1 April 1981. Bagi saya, aspek terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah ialah kemudahan perubatan percuma untuk staf dan ahli keluarga serta kenaikan gaji tahunan yang konsisten dan manfaat ketika bersara.

Bagi saya, tidak ada perkara yang sukar semasa bertugas dengan Kumpulan Yayasan Sabah. Saya Saya akan merindui rakan-rakan sekerja dan acara makan malam tahunan. Saya juga tidak akan pernah lupa kenangan bekerja dengan rakan sepejabat kerana mereka adalah seperti keluarga saya sendiri. Perancangan saya setelah bersara adalah untuk berehat dan melancong serta mengambil masa untuk fokus dengan ibadah.

Pesanan saya kepada warga Kumpulan Yayasan Sabah yang masih berkhidmat dengan organisasi ini supaya fokus dengan tugas yang telah diamanahkan dan sentiasa bekerja secara berkumpulan untuk mencapai keberkesanan dalam misi masing-masing.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 37

HAJAH ROSINAH BINTI HAJI ABDUL MOINPengurus KumpulanZon Pantai Timur Utara (Sandakan)

“Saya berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah sejak Jun 1984. Aspek terbaik selama perkhidmatan adalah semangat berpasukan serta komitmen daripada semua warga staf untuk mencapai matlamat tugas menjadi kekuatan saya apabila diberikan tugas yang mencabar. Tidak lupa juga kerjasama rakan sekerja yang menyumbang kepada kejayaan bersama.

Namun, terdapat banyak aspek yang sukar seperti memenuhi kehendak dan keperluan kumpulan sasar yang memerlukan perkhidmatan Kumpulan Yayasan Sabah. Selain itu, permintaan tinggi terhadap program-program pembangunan sosial Yayasan Sabah yang tidak dapat dipenuhi disebabkan kekangan kewangan.

Rancangan saya setelah bersara adalah untuk terus menabur bakti kepada masyarakat melalui aktiviti Badan Bukan Kerajaan (NGO). Saat yang akan saya rindui adalah pengalaman membantu masyarakat bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka dari segi ilmu dan kemahiran.

Saya amat berterima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana telah menyumbang kejayaan kepada keluarga saya. Setiap saat saya berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah saat yang bermakna dan penuh pengajaran. Nasihat saya kepada staf Kumpulan Yayasan Sabah, teruskan bekerja dengan ikhlas dan buat tugasan yang diberi dengan baik.”

HAJI RAMLAN MENGAPegawai PenyelidikPerpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens

“Saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk bekerja selama 30 tahun dengan organisasi yang menjadi tanda mercu kebanggaan negeri Sabah. Saya mula berkhidmat di organisasi ini pada bulan Oktober tahun 1989. Aspek terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah apabila rakan sejawat saling bekerjasama antara satu dengan yang lain. Alhamdulillah hasil bimbingan daripada ketua-ketua jabatan yang berkaliber seperti Dr. Ishak Haji Johari dan rakan sejawat termasuk pemandu dapat melancarkan semua aspek pekerjaan. Buat masa ini, saya belum ada lagi perancangan selepas bersara.

Aspek yang akan saya rindui sampai bila-bila ialah ketika menghadiri majlis makan malam akhir tahun sambil mendengar ucapan dan pengumuman bonus yang di luar jangka kadarnya. Saat-saat yang tidak akan dilupakan ialah menjadi staf Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan yang pertama menawan puncak Bukit Upai Sumaring di Kalimantan Utara dalam misi kajian lanjutan masyarakat Lundayeh atau Lunbawang, walaupun saya berusia lima tahun lebih tua daripada mereka.

Nasihat saya kepada staf Kumpulan Yayasan Sabah ialah berkhidmatlah sebagai satu pasukan dan bukannya dalam bahagian masing-masing. Kepada Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah, tingkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan staf serta pastikan Innoprise Corporation Sdn. Bhd. sentiasa mendapat keuntungan yang maksima.”

HANAPI BIN MOHAMMAD SUHPenolong Pegawai PerpustakaanPerpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada bulan September 1980 dan ditempatkan di Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens. Alhamdulillah saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana diberikan kesempatan untuk berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah sehingga saya bersara wajib pada tahun 2019.

Aspek terbaik sepanjang perkhidmatan saya dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah apabila kami diserap

dalam perkhidmatan tetap dan berpencen serta membantu melaksanakan program-program teras untuk membantu masyarakat setempat.

Kesukaran dan cabaran yang saya hadapi adalah semasa bertugas di luar pejabat pada era 1980 sehingga 1990-an. Ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan kerana susah macam mana sekalipun kita, ada lagi masyarakat di kawasan pedalaman yang lebih memerlukan bantuan. Sememangnya rancangan selepas persaraan tetap ada tetapi buat masa ini, saya merancang untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Saya akan merindui menjalankan tugasan harian yang diberikan oleh majikan. Mengimbas kembali kenangan semasa bekerja banyak meninggalkan kenangan manis. Saya amat merindui tempat kerja dan juga kebaikan rakan-rakan sekerja serta gelak tawa mereka dan gurau senda semasa berkhidmat.

Saya ingin menasihatkan kepada semua staf untuk bekerjalah dengan hati yang tulus dan ikhlas. Kepada pihak Pengurusan, bantulah sedaya upaya yang boleh untuk kebajikan staf di organisasi ini.”

38 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

HAJAH FATIMAH BINTI AHMADPembantu KhasPerpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada Februari 1982 sebagai kerani di Bahagian Pengajian Tinggi. Setelah tamat mengikuti kursus jurutrengkas anjuran SINAR pada akhir tahun 1984, saya ditempatkan di Bahagian Pengajian Rendah sebagai

jurutrengkas. Saya pernah berkhidmat di beberapa pejabat Kumpulan Yayasan Sabah sebagai pembantu khas dan akhir sekali di Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens.

Saya ingin memberi penghargaan kepada Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah atas keprihatinan dalam menyediakan kemudahan kesihatan, keselamatan serta kebajikan warga kerjanya.

Pembelajaran sepanjang hayat juga turut ditekankan dengan memastikan warga kerjanya mengikuti kursus bersesuaian dengan bidang tugas masing-masing. Perubahan ekonomi, kemajuan teknologi dan persekitaran global secara langsung turut mengubah gaya hidup dan cara berfikir setiap individu dari semasa ke semasa. Seiring dengan peredaran masa, segala perubahan dan cabaran tersebut perlu dihadapi dengan tabah, berfikiran positif, bijaksana dan harmoni.

Selepas persaraan, saya mengisi masa yang terluang dengan perniagaan yang telah saya ceburi sejak awal lagi. Sepanjang tempoh bekerja di organisasi ini, saya berterima kasih kepada semua warga kerja atas sokongan padu, kerjasama dan mempermudah segala tugasan yang diamanahkan.

Saya bersyukur dapat berpeluang berkhidmat di organisasi ini. Saat-saat yang tidak akan dilupakan ialah apabila mendapat penghargaan daripada pegawai atasan atas sumbangan idea dan kerja-kerja yang telah dilaksanakan dengan sempurna. Begitu juga dengan kenangan bersama rakan-rakan akan sentiasa berada dalam ingatan. Akhir kata, semoga warga kerja Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa komited, berdedikasi dan berintegriti dalam melaksanakan tugasan serta semoga organisasi ini akan terus cemerlang merealisasikan visi dan misi untuk kesejahteraan rakyat Sabah dan Malaysia secara am. Amin.”

JUMILAH SIKI JurutaipUnit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

“Saya mula bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 1989. Sepanjang tempoh 30 tahun berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah, saya dapat melihat pihak Pengurusan menjaga kebajikan staf dengan baik. Saya tidak mempunyai sebarang kesukaran ketika bertugas.

Setelah bersara, saya akan lebih menumpukan hal keluarga. Antara perkara yang saya akan rindu ialah rakan-rakan seperjuangan saya yang sudah bekerja sekian lama. Antara kenangan manis yang tidak akan saya lupakan adalah apabila saya diserap ke jawatan tetap setelah berkhidmat selama 22 tahun sebagai staf kontrak pada tahun 2008.

Nasihat saya untuk warga Kumpulan Yayasan Sabah yang masih berkhidmat, jagalah nama baik organisasi ini dan bekerjalah dengan seikhlasnya agar Kumpulan Yayasan Sabah kekal untuk generasi yang akan datang.”

HAJAH ZAINAB BINTI ALIASPenolong AkauntanPejabat Cawangan Yayasan Sabah Kuala Lumpur

“Saya mula bertugas pada Januari 1980 hingga bulan Jun 2019. Semasa saya bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah, saya mengenali negeri Sabah dengan lebih mendalam daripada segi keunikan kebudayaan, pelbagai jenis suku kaum, bahasa dan cara berkomunikasi penduduk Sabah serta berpeluang untuk mendidik anak-anak Sabah yang melanjutkan pelajaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi sekitar Semenanjung Malaysia.

Kesukaran yang saya hadapi sewaktu bertugas dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah daripada aspek perbezaan bahasa dan cara pertuturan. Rancangan persaraan saya adalah untuk menjalani gaya hidup yang lebih aktif dan sihat bersama masyarakat setempat.

Saya akan merindui gelagat-gelagat anak Sabah dan juga tidak dilupai rakan-rakan sekerja. Saat-saat yang tidak akan saya lupakan ialah peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh pegawai-pegawai Kumpulan Yayasan Sabah kepada saya selama 39 tahun berkhidmat. Nasihat saya kepada staf Kumpulan Yayasan Sabah adalah untuk bekerja bersungguh-sungguh dan saling menghormati sesama sendiri serta sentiasa mencari ilmu pengetahuan untuk mencapai matlamat Pengurusan dan juga untuk diri sendiri.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 39

JALIUS BIN KASINGPegawai Hutan KananBahagian Penghutanan Tawau

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Mac 1978 sebagai Compass Man di Unit Ukur, Sandakan. Sebagai staf Unit Ukur pada ketika itu, saya terdedah dengan pelbagai ancaman semasa menjalankan tugas pengukuran kup dalam hutan. Kami hanya tidur menggunakan hammock (kanvas) dan beratapkan plastik.

Disebabkan kawasan tempat bekerja jauh di dalam hutan dan tidak ada perhubungan jalan raya, kami terpaksa berjalan kaki menuju ke destinasi yang mengambil masa selama dua hari sambil mengangkat barang-barang keperluan seperti bekalan makanan untuk tempoh 25 hari, peralatan berkhemah, cat sempadan dan lain-lain. Tapak perkhemahan juga pernah dilanda banjir pada waktu tengah malam dan kami terpaksa memanjat pokok untuk menyelamatkan diri sehingga banjir surut pada keesokkan subuh. Selain itu, saya juga pernah berjalan kaki sejauh 26km dan berakit di Sungai Kuamut dan Sungai Kinabatangan untuk menjalankan tugasan dan tanggungjawab yang diberikan.

Antara saat-saat yang saya tidak akan lupakan adalah saya hampir lemas ketika menyeberangi Sungai Kuamut, dilantik sebagai Ketua Unit Ukur, Wilayah Tawau, menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kumpulan Yayasan Sabah tahun 2017, penyambungan perkhidmatan selama enam bulan selepas bersara wajib 60 tahun dan dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Hutan Kanan.

Bagi saya, Kumpulan Yayasan Sabah merupakan antara organisasi terbaik di Sabah yang menitikberatkan kebajikan staf dengan memberikan kemudahan perubatan, insuran berkumpulan, kenaikan gaji mengikut pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam di samping kenaikan gaji tahunan, memberi peluang kepada staf mengikuti kursus dan lain-lain lagi.

Sudah tentu saya akan merindui rakan-rakan sekerja di pejabat wilayah dan semua staf di bawah jagaan saya. Saya juga akan merindui tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya kerana pengalaman serta ilmu pengetahuan yang diperoleh telah memberikan pendidikan yang terbaik sehingga

saya dapat menjalankan tugasan dengan efisien melalui bimbingan daripada barisan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah.

Sebagai Wakil Pekerja Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kumpulan Yayasan Sabah yang telah berkhidmat selama 12 tahun, saya juga akan merindui bekas rakan seperjuangan MBJ.

Sekiranya kesihatan mengizinkan dan ada tawaran pekerjaan yang bersesuaian, saya akan bekerja sementara memikirkan perancangan yang seterusnya.

Nasihat saya kepada semua staf Kumpulan Yayasan Sabah yang masih bertugas agar menjalankan tugas dengan jujur, efisien, komitmen yang tinggi dan untuk tidak mengamalkan sikap bertangguh-tangguh. Kenaikan gaji tahunan, kenaikan pangkat dan kelayakan untuk mendapatkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dinilai melalui prestasi kerja. Maka, kita perlu menilai diri kita sendiri agar dapat mengatasi kelemahan dan mengikis sikap yang negatif. Belajar daripada yang lebih berpengalaman untuk mempertingkatkan keberkesanan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Nasihat kepada Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah agar mengamalkan sikap adil kepada semua staf tanpa mengira agama dan bangsa sejajar dengan visi Kumpulan Yayasan Sabah iaitu Dinamik, Berjiwa Rakyat, Komited dan Prihatin. Kebajikan staf perlu dititikberatkan terutama sekali Pekerja Bergaji Hari yang telah berpuluh tahun berkhidmat dan mengharapkan keprihatinan Pengurusan untuk memperbaiki dan menjamin masa depan mereka dalam organisasi. Jasa dan titik peluh mereka membantu menjayakan tugasan yang dipertanggungjawabkan perlu diambil perhatian sewajarnya.

Saya ingin memanjatkan kesyukuran dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kumpulan Yayasan Sabah kerana memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat selama 41 tahun 3 bulan. Semoga Kumpulan Yayasan Sabah akan terus maju dan cemerlang demi rakyat negeri Sabah dan generasi akan datang.”

JOHNSING @ IKONPegawai HutanBahagian Perhutanan Sandakan

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Julai 1978. Aspek yang terbaik ketika berkhidmat untuk Kumpulan Yayasan Sabah ialah keprihatinan majikan menjaga kebajikan pekerja dan pembayaran gaji yang konsisten serta urus tadbir yang berkualiti.

Aspek yang paling sukar ketika bertugas ialah suasana 40 tahun lepas ketika prasarana Kumpulan Yayasan Sabah ketika itu yang agak terhad termasuk kemudahan asas serta infrastruktur berbanding sekarang.

Masa saya bersara ini, saya gunakan untuk merancang kehidupan seterusnya. Tidak dapat dinafikan, tidak ada organisasi sebaik Kumpulan Yayasan Sabah dan saya begitu bangga menyumbang khidmat tenaga saya selama 40 tahun dengan organisasi ini. Biarlah segala pahit manis bersama Kumpulan Yayasan Sabah selama 40 tahun saya abadikan sebagai kenangan peribadi sendiri.

Nasihat saya kepada semua staf yang masih bertugas agar berkerja dengan tekun, gigih dan jujur demi kemajuan Kumpulan Yayasan Sabah.”

40 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

LO FUI JINPenolong Pegawai Perakaunan Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan, ICSB

“Selama berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah di Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan, banyak yang saya pelajari dan pengalaman yang diperoleh. Bekerja di bahagian ini memerlukan kekuatan mental kerana bagi saya kerja-kerja yang dikehendaki boleh membuatkan kita tertekan.

Saya nasihatkan kepada rakan-rakan saya untuk komited dalam melaksanakan dan menyiapkan tugasan dengan kualiti yang terbaik. Selain itu, saya ingin berterima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah yang mengadakan dan menghantar kami ke kursus-kursus yang telah banyak mengajar kami dan meningkatkan sistem perakaunan di Kumpulan Yayasan Sabah.

Harapan saya agar Kumpulan Yayasan Sabah akan terus maju ke hadapan seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini.”

LINUS BIN MIGANGRenjer Hutan KananBahagian Perhutanan Keningau

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 1977 semasa saya berumur 18 tahun. Selama saya berkhidmat dengan organisasi ini, cabaran yang saya hadapi adalah apabila mendapat tugasan baru yang diberi pada saat akhir sedangkan masih ada kerja yang belum selesai. Selain daripada itu, semasa saya bertugas di hutan, saya pernah berjalan sejauh enam kilometer seorang diri ke kawasan bertugas kerana hujan terlalu lebat sehinggakan kenderaan tidak dapat melalui jalan ke kawasan tersebut.

Bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah selama lebih 40 tahun dan membesar dalam tempoh berkhidmat sudah tentu melakar pelbagai kenangan buat saya. Manfaat yang diberikan oleh organisasi ini kepada staf seperti kemudahan perubatan dan sumbangan lain dapat dikongsi dan dinikmati bersama keluarga.

Setelah bersara, saya akan beristirehat buat sementara waktu dan bekerja sendiri selagi tenaga ini mengizinkan. Pesanan saya kepada rakan-rakan seperjuangan yang saya rindui, teruskan usaha dengan penuh kesabaran. Pandanglah ke hadapan dan berjuanglah demi tugas kerana seseorang ketua itu bukanlah ditakuti tetapi disegani.”

MATAHIR BIN UMARPenyelia HutanBahagian Perhutanan Sandakan

“Saya telah berkhidmat selama 41 tahun 11 bulan dengan Bahagian Perhutanan. Kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah bekerja bersama dengan rakan sekerja di lapangan hutan. Tempat itu juga membawa memori yang sukar dilupakan di mana kami terpaksa mengangkat bekalan makanan dan berjalan jauh ke tempat lapangan yang sememangnya tidak ada jalan masuk.

Saya akan meluangkan masa bersama keluarga di samping membuat kerja sendirian di kampung selepas bersara ini.

Nasihat saya kepada semua staf untuk berkhidmat dengan seikhlas hati sama ada di pejabat ataupun di lapangan untuk memajukan masa depan organisasi ini.”

MARINA BINTI INSUNTukang MasakBahagian Perkembangan Kanak-kanak

“Saya berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah sejak tahun 2004. Aspek terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah ialah warga yang mengamalkan visi organisasi iaitu Berjiwa Rakyat, Prihatin, Komited dan Dinamik.

Buat masa ini, saya masih belum mempunyai apa-apa rancangan tetapi sekiranya mempunyai rezeki, saya ingin mengerjakan ibadah Umrah.

Setelah bertahun berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah, saya akan merindui kanak-kanak di Taska Kumpulan Yayasan Sabah dan rakan sekerja yang sering memberi kerjasama.

Nasihat saya kepada staf, hargailah peluang yang diberi dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh ikhlas.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 41

MOHD. BASHIR HAJI NAWAB KHANPenolong Pegawai KomunikasiBahagian Komunikasi Korporat “Saya menyertai organisasi ini sejak 39 tahun yang lalu bermula pada Mei 1980. Sejak

itu, terdapat banyak aspek terbaik yang diperoleh ketika berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah seperti membantu rakyat Sabah dalam bidang sosioekonomi dan pendidikan serta berkemampuan untuk membeli rumah hasil titik peluh ketika masih bekerja. Namun, aspek yang paling sukar ialah ketika Majlis Persidangan Raja-Raja Se-Malaysia yang telah diadakan di Menara Tun Mustapha dahulu. Pelbagai cabaran dalam menangani tugas. Selain itu, saat yang tidak akan saya dapat lupakan adalah sewaktu saya terperangkap di dalam lif disebabkan kerosakan elektrik, namun saya bersyukur ada sahabat yang telah mendengar suara saya ketika meminta tolong.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, saya bersyukur tidak menghadapi sebarang kesukaran. Saya pasti akan merindui rakan sekerja yang telah banyak membantu saya sepanjang bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah.

Rancangan bersara saya adalah untuk meluangkan masa bersama keluarga yang tercinta serta melancong ke luar negara.

Kepada semua staf Kumpulan Yayasan Sabah, saya sarankan agar sentiasa membuat kerja dengan jujur dan ikhlas demi menjaga nama baik organisasi ini. Semoga terus maju jaya.”

MIMING BINTI SAMAILAPembantu TadbirZon Pantai Timur Utara (Sandakan)

“Saya mula bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 1980 di Rakyat Bersatu. Sepanjang perkhidmatan saya tidak dapat lupakan pengalaman bertugas dalam bidang akaun walaupun pada mulanya amat sukar di samping program yang diadakan oleh Kumpulan Yayasan Sabah.

Saya merancang untuk menceburi bidang perniagaan selepas bersara. Saya akan merindui suasana bekerja dalam pasukan yang hebat sama ada di peringkat pejabat, zon atau di ibu pejabat. Selain itu, saya juga akan merindui pengalaman menjadi salah seorang penggerak dalam mencapai misi dan visi Kumpulan Yayasan Sabah. Saat yang tidak dapat dilupa ialah ketika menerima anugerah berprestij dari Kumpulan Yayasan Sabah.

Saya nasihatkan kepada semua staf agar berbakti dengan ikhlas dan memantapkan serta mengukuhkan Kumpulan Yayasan Sabah.”

MUSKIL BIN JUKARANPegawai KeselamatanBorneo Security Centre Sdn. Bhd.

“Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada 2 Januari 1981. Aspek terbaik bekerja di organisasi ini ialah gaji yang berpatutan, faedah kebajikan pada staf seperti kemudahan perubatan, elaun rumah dan kenderaan dan yang paling istimewa adalah mendapat IGRS apabila bersara wajib.

Pada tahun 1990 hingga 1992, saya terlibat secara langsung dalam projek Reduced Impact Logging di kawasan Lahad Datu. Pengalaman yang amat sukar semasa bekerja dalam projek tersebut ialah membuat kerja-kerja lapangan, membersihkan dan mengecat sempadan, kompas dan pemetaan stok serta melakar kontur keadaan muka bumi sebelum operasi pembalakan dimulakan.

Selama bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah, pengalaman yang saya tidak dapat lupakan adalah semasa bekerjasama dengan staf Jabatan Perhutanan (Penguatkuasa) Lahad Datu, pihak Polis DiRaja Malaysia dan RELA dalam menangani kes pencerobohan sempadan tanah milik Kumpulan Yayasan Sabah.

Bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah telah memberi banyak pengajaran dan pengalaman buat saya. Saya berpeluang untuk menjadi tenaga pengajar kursus Reduced Impact Logging di Deramakot, kawasan Telupid selama enam bulan. Konsultan pada ketika itu ialah Encik Richard Taumas. Sebagai tenaga pengajar dalam kursus tersebut, saya berpeluang mengajar staf Jabatan Perhutanan dan Kumpulan Yayasan Sabah di Lahad Datu.

Selepas bersara, saya merancang untuk membuat kerja sendiri dan berehat bersama keluarga kerana masa bekerja telah pun berlalu. Kini adalah masa untuk keluarga.

Nasihat saya buat staf Kumpulan Yayasan Sabah adalah untuk bekerja dengan penuh minat, dedikasi dan disiplin tanpa mengira waktu apabila diperlukan.”

42 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

ROSMAN R. LEE @ ROSMAN B. RICHARD LEEKerani KananBahagian Perhutanan Tawau

“Saya mula berkhidmat pada 23 April 1977 di Sabah Berjaya Sdn. Bhd. (SBJ - Pemasaran) Log Pond Tanjung Batu Laut, Tawau sebelum ditukarkan ke Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. (RBJ) pada 1979 sehingga bersara wajib pada 27 Februari 2019.

Pada pendapat saya, aspek terbaik semasa berkhidmat bersama organisasi ini adalah apabila RBJ diamanahkan sebagai jentera Kumpulan Yayasan Sabah bagi menjana

pendapatan organisasi ini. Secara peribadi saya berasa gembira kerana dapat menabur bakti dalam usaha Kumpulan Yayasan Sabah memakmurkan rakyat negeri Sabah. Semua golongan daripada anak-anak kecil, para belia dan orang kampung gembira dengan bantuan yang dihulurkan Kumpulan Yayasan Sabah.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi saya dan buat staf lain adalah setiap kali dipindahkan ke tempat baru merupakan saat getir bagi kami kerana terpaksa berpisah daripada keluarga dan terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Tapi itulah lumrah alam pekerjaan.

Setelah bersara, saya ingin menjaga kesihatan diri dan meluangkan masa bersama keluarga. Selain itu, saya ingin membantu anak-anak yang bercita tinggi untuk menyambung pelajaran di peringkat diploma dan ijazah.

Selama 41 tahun berkhidmat bersama Kumpulan Yayasan Sabah, pelbagai pengalaman yang dilalui yang mengajar saya erti kehidupan dan menerima suratan takdir yang ditentukan Ilahi. Sudah tentu ada masa yang saya akan rindu kawan-kawan di pejabat RBJ Tawau. Jika boleh saya simpulkan dengan serangkap pantun, “Batang selasih mainan budak, Daun selasih dimakan kuda, Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun dikenang juga.

Kepada staf yang masih berkhidmat, bekerjalah dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Manakala kepada Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah, teruskan perjuangan membantu rakyat negeri Sabah.”

dan penempatan sekolah di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Selain itu, pengalaman mengiringi dan menghantar balik pelajar tajaan Biasiswa Yayasan Sabah ke sekolah.

Setelah bertahun bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah, saya telah diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Jubli Perak. Saya juga telah diberi tanggungjawab untuk mendaftar dan (kaveat) geran-geran tanah pelajar tajaan Pinjaman Yayasan Sabah yang mengemukakan cagaran mereka ke pejabat tanah mengikut daerah.”

Buat rakan-rakan yang masih bekerja, saya nasihatkan agar bekerja dengan penuh rasa tanggungjawab, dedikasi dan komited serta hormatilah pegawai-pegawai atasan kita.

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah kerana telah memberi peluang kepada saya bertugas di Bahagian Pembangunan Pendidikan yang telah memberi kerjasama sehingga dapat melaksanakan tugas.”

PERNAMA BINTI BUDINPenolong Pegawai Tajaan BiasiswaBahagian Pembangunan Pendidikan

“Saya berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah sejak April 1985. Aspek terbaik selama bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah ialah berpeluang untuk menimba ilmu dan pengalaman pekerjaan yang amat berguna. Namun itu, aspek yang paling sukar adalah apabila terpaksa berdepan dengan pelajar tajaan biasiswa dan pinjaman Yayasan Sabah dan ibu bapa yang bermasalah kerana tidak mengikuti prosedur tajaan.

Rancangan saya setelah bersara, saya ingin mengisi masa dengan memberi tumpuan kepada keluarga terutamanya suami dan juga menjaga kesihatan.

Antara saat yang saya akan rindu adalah menemu duga pelajar lepasan UPSR untuk pengambilan

SATIMAN BIN AMINKerani Penghantar/PemanduBahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar (Kota Kinabalu)

“Saya mula berkhidmat di Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 1990. Aspek terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah adalah kebajikan dan kelengkapan buat staf. Pengalaman paling sukar selama bekerja di organisasi ini adalah ketika menyertai ekspedisi Lembah Danum dan Kanyon Imbak.

Selain itu, saat-saat yang saya tidak boleh lupakan ialah ketika bertugas di pejabat Pengarah dan penglibatan saya dalam Pesta Sukan Antara Borneo di Brunei dan Sarawak.

Saya akan merindui rakan-rakan setugas di pejabat. Perancangan saya setelah bersara ialah untuk berbudi pada tanah. Nasihat saya buat staf dan Pengurusan agar bekerja dengan dedikasi dan tekun sebagai membalas kepercayaan majikan kepada kita. Semoga Kumpulan Yayasan Sabah terus teguh dan maju.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 43

TIYAMON @ VINA BINTI GILONGPegawai Hortikultur & LandskapPusat Kraftangan Sabah (Keningau)

“Saya berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah sejak November 1996. Sejak itu, banyak aspek terbaik yang diperoleh seperti peluang untuk mengembangkan kebolehan dan potensi diri dalam bidang landskap. Saya akan rindu suasana bekerja secara berkumpulan. Memori itu akan sentiasa kekal dalam ingatan saya. Apabila bekerja secara berpasukan, kita pasti dapat mencapai sesuatu misi seperti istilah ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Namun, perkara yang paling sukar semasa bertugas ialah masalah kekangan tenaga kerja.

Rancangan saya setelah bersara adalah untuk menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperoleh sepanjang perkhidmatan dalam bidang pertanian atau landskap.

Setelah berkhidmat selama 23 tahun, saya berharap Kumpulan Yayasan Sabah memberikan layanan tanpa unsur diskriminasi atau berat sebelah kepada semua peringkat staf.”

AWANGKU MOHD SHAH BIN A. MOHD TAJUDDINSenior AssistantOccupational Safety & Health Unit

“I joined Yayasan Sabah Group in October 1996. The best aspect of working with Yayasan Sabah Group was the opportunity to work with three Directors namely, Tan Sri Datuk Seri Panglima Datu Khalil bin Datu Haji Jamalul, Datuk Sapawi bin Haji Ahmad, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria and four departments namely Borneo Research Centre, Administration Department, Paramedics and Ambulance Services as well as Safety and Health Unit.

I have never faced any difficulties when working because I enjoyed what I do. The most memorable moment would be in 2001 where I was directed by the then Deputy Director, Kamis Haji Awang Ali to travel to Phuket, Thailand which was sponsored by Progressive Insurance Berhad.

My advice for the staff that is still working with Yayasan Sabah Group, keep smiling through difficult times. To the management, please listen to the voices of the staff.”

TARMAN BIN TONYPemanduBahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar (Lahad Datu)

“Saya mula berkhidmat bersama Kumpulan Yayasan Sabah pada 1 Jun 1981. Mendapat gaji setiap bulan sudah tentu sekali menjadi antara aspek terbaik bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah. Aspek yang paling sukar ketika bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah ialah ketika saya membawa pelancong dari luar negara dan tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Sekarang ini, saya giat berkebun di tanah milik sendiri. Saya rindu dengan rakan sekerja di organisasi ini. Pemberian kemudahan seperti perubatan dan bonus tahunan tetap di hati saya. Saya ingin menasihatkan staf agar bekerjalah dengan jujur serta buat yang terbaik demi Kumpulan Yayasan Sabah.”

SINGJUA BIN KIMSUINPenolong Pegawai Keselamatan dan Kesihatan PekerjaanUnit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

“Saya menyertai Kumpulan Yayasan Sabah pada bulan Februari 1994 sebagai Pegawai Paramedik. Pada bulan Julai 2009, jawatan saya ditukar kepada Penolong Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Aspek terbaik ketika bekerja dengan Kumpulan Yayasan Sabah ialah kebajikan staf dijaga. Manakala itu, terdapat juga masa tertentu yang amat sukar ketika bertugas seperti laporan audit yang tidak lengkap sehingga terpaksa membuat perbincangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Namun, saat yang tidak dapat dilupakan ialah ketika gegaran gempa bumi di Kota Kinabalu di mana kami diarahkan membuat pemeriksaan dalam pejabat di Menara Tun Mustapha. Syukur Alhamdulillah tidak ada rekahan dalam pejabat dan tiada staf yang mengalami cedera teruk.

Rancangan saya setelah bersara ialah untuk berehat. Saya juga akan merindui rakan sepejabat serta staf lain dalam organisasi ini.

Saya nasihatkan kepada staf yang masih berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah untuk bekerja dengan jujur dan rajin.”

44 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

CHANG KUI YINFinancial Services ManagerAccount & Financial Services Division, ICSB

“I joined the Yayasan Sabah Group in 1990. The best aspect of working with the organisation is when I managed to finalise the accounts ready for audit with the help of superiors and subordinates. On the other hand, the most challenging aspect of working in Yayasan Sabah Group is meeting deadlines to submit accounts.

As for now, there is no immediate plan for my retirement. I might take some time off to rest before making any decision. I will miss my colleagues who have been with me for more than 20 years. Going outstation to conduct stock-take with colleagues from Accounts and Financial Services Division, Internal Audit Division and regional offices were the most memorable moments working in Yayasan Sabah Group. To all the staff, enjoy your work and life in Yayasan Sabah Group.”

CATHARINE ONG SIEW CHINSenior Accounting OfficerAccounts & Financial Services Division, YS

“I joined Yayasan Sabah Group on 8 April 1980 and held the Senior Accounting Officer as my last post before I retired.

Generally speaking, the best part of working with this organisation is a secured job for me for the past 40 years and I enjoyed my working moment especially with my colleagues. However, the most challenging aspect during my services here was the challenges of understanding its direction.

My plan after I am retired is to teach accounts to high school students which I’m looking forward to it. I will miss my precious job very much and looking forward to my retirement. As such, I would like to take this opportunity to advise all staff of Yayasan Sabah Group to be more focused and appreciate what we do.”

ILIN @ IRENE CHIAExecutive Secretary D’Heritage Sdn. Bhd.

“I joined Yayasan Sabah Group in October 1989. I am grateful and blessed to have found a career within this organisation. Working with Yayasan Sabah Group for the past 30 years has allowed me to enrich my knowledge, experience, be more motivated and efficient. However, the most challenging aspect of working in Yayasan Sabah Group is meeting deadlines.

After retirement, I believe with the abundance of time I will spend it with my family members and plan to travel more. I will miss my working lifestyle and all my colleagues who have been working closely with me. I will always treasure the friendship that we have built over the years.

To the staff who are still in service, I hope that all of you will continue to work with dedication to achieve excellent results for the good of the next generation.”

LO SHU PINProduct Service OfficerForestry Division (Kota Kinabalu)

“I joined Yayasan Sabah Group in 1981. In my opinion, the best aspect of working in Yayasan Sabah Group is the conducive working environment. However, the most challenging aspect of dealing are meeting deadlines in submitting reports to the management. Through it all, my experience with Yayasan Sabah Group is very precious considering that I get to work with a great team of people who are very cooperative and committed to meet our deadlines. For the time being, I do not have a retirement plan in mind. When retirement comes, I will miss my colleagues whom I considered a family to me. My advice to all staff and management of Yayasan Sabah Group is to work with dedication towards achieving the Group’s objectives, vision, and mission.”

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 45

Dari kiri: Matahir bin Umar (Bahagian Perhutanan Sandakan), Lo Fui Jin (Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan, ICSB), Hajah Sotiah bte Hussein (Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran YS/ICSB),Tarman bin Tony (Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar, Lahad Datu), Catharine Ong Siew Chin (Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan, YS), Baharun bin Musal (Borneo Security Centre Sdn. Bhd.),

Voo Shau Fong (Bahagian Pembangunan Perniagaan Korporat), Ronald Ong (Bahagian Pembangunan Perniagaan Korporat), Datuk Dr. Haji Jaujan, Datuk Haji Jamalul,Rosman R. Lee @ Rosman b. Richard Lee (Bahagian Perhutanan Tawau), Muskil bin Jukaran (Borneo Security Centre Sdn. Bhd.), Ambrose bin Kulot (Bahagian Perhutanan Tawau), Daud bin Lepit (Bahagian Perhutanan Sandakan),

Albert Alfred Yong (Bahagian Perhutanan Lahad Datu), Johnsing @ Ikon (Bahagian Perhutanan Sandakan), Jalius bin Kasing (Bahagian Perhutanan Tawau) dan Tiyamon @ Vina binti Gilong (Pusat Kraftangan Sabah, Keningau).

ANUGERAH JASAMU DIKENANG (ICSB)

TERRENCE SUINGGIFinancial ControllerKolej Teknikal Yayasan Sabah

“I joined Yayasan Sabah Group way back in 1986 and held the post of Financial Controller at Kolej Teknikal Yayasan Sabah before I retired.

Overall, the best aspects during my service would be providing opportunities to progress not only for me but to other staffs of Yayasan Sabah Group. I have never faced any challenging situations as I always believe in working hard and smart as well as being positive and dynamic.

My plans after my retirement would be to stay healthy, happy and move on. I will miss mycolleagues the most for being supportive over the years and appreciate every moment with them.

My most memorable moment was during my working days with IPNG in Papua New Guinea. Finally, to all current staffs of Yayasan Sabah Group, please work hard, work smart, and keep up the excellent work. Thank you for everything.”

VOO SHAU FONGOfficerCorporate Business Development Division

“I joined Yayasan Sabah Group in September 1985. For me, the best aspect of working with Yayasan Sabah Group was the opportunity to enhance knowledge on the job through the various seminars and courses. Although there are no difficulties in working, there are few situations that happened, which causes the company to experience a hard time, such as the economic downtime during the late nineties and the year 2008-2009. Thus, the company had to plan strategies to survive the tough condition. That is why, for my retirement, I plan to take some time to relax and travel.

Looking back, I will surely miss the meetings and discussions as well as the camaraderie amongst the staff. The most memorable moment I experienced would have to be earthquake tremor incident in the nineties where everyone had to run the fastest race of their lives. I hope that the management will continue to strengthen the organisation for the future generations of Sabah.”

“I joined Yayasan Sabah Group in January 1988. The best aspect of working with Yayasan Sabah Group is that they provide contemporary tools required for the job.

Yayasan Sabah Group is multi-disciplinary in the field of social and commercial with a conventional authority matrix system. Own work requires a different level of approach with urgency and decision-making, making this situation as the most challenging aspect of working in this organisation. For my retirement, I think it is time to ‘reboot and refresh’. It may be the time for ‘software changing’ but it is never the time to ‘watch the clock’ but do what the clock does. To put it simply, keep going. I will surely miss my new daily challenges upon my retirement. My advice for Yayasan Sabah Group is to reinforce the organisation: People – Oriented motto in tandem to the well-known saying: If one is planning for a year; sow rice; If one is preparing for a decade; plant trees; If one is planning for a lifetime; educate people.”

LUCY YEE @ YEE SHUK KHUNSecretary Corporate Communications Division

“After more than 40 years of working, I am excited about my retirement but wanted to take this opportunity to thank you all for the opportunities that I have experienced working with Yayasan Sabah Group.

I have enjoyed working and have great satisfaction in taking on the challenges given to me. I have learned many things, made many friends, have many memories that will stay with me forever. I have genuinely enjoyed my employment and will miss all my co-workers and our workplace a great deal.”

PETER FUNG KIAM FUI @ CHARLES FUNGSenior ManagerD’Heritage Sdn. Bhd.

46 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

A memorandum of Understanding (MoU) signing ceremony was held on 4 March 2020 between Yayasan Sabah Group and Raleigh Malaysia at Menara Tun Mustapha.

The objective of this MoU is to synergise efforts in bringing volunteers to the implementation of the project in the conservation areas under the purview of Yayasan Sabah Group namely Maliau Basin, Danum Valley, Imbak Canyon, Silam Coast and Taliwas River.

The Director of Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria signed on behalf Yayasan Sabah Group, witnessed by Corporate Secretary of Yayasan Sabah, Dr. Ishak Haji Johari and President of Raleigh Sabah Society, Cik Norhafidzah Abin and President of Raleigh International Kuala Lumpur, Mr. Ho Chung Shin signed on behalf of Raleigh Malaysia and witnessed by Secretary of Raleigh Sabah Society, Ms. Eliz Fung Nyuk Yee.

MoUYAYASAN SABAH GROUPbetween

& RALEIGH MALAYSIA

Exchange of documents between Yayasan Sabah Group and Raleigh Sabah Society.

Volunteers from Raleigh Malaysia preparing to carry Belian wood to repair the damage sky bridge in Maliau Basin.

Datuk Haji Jamalul (middle), Dr. Ishak (left), Cik Norhadfizah (second, right)

and Mr. Ho (right) signing the MoU.

Raleigh Malaysia is part of the Global Raleigh International Association but is independently governed by its own select committee. Its two components, Raleigh Sabah Society and Raleigh International Kuala Lumpur are both listed as non-profit and non-governmental organisations. Raleigh International has been working closely with Raleigh Malaysia, to support them in continuing to create lasting change and contribute towards the Sustainable Development Goals after Raleigh Borneo Expeditions ended in October 2018.

Collaboration between Yayasan Sabah Group and Raleigh International started back in mid- 1980s. Throughout the years, Raleigh International has helped facilitate the implementation of conservation programmes in the conservation areas by undertaking construction and maintenance works on facilities such as suspension bridges, water gravity systems, jungle trails, and satellite camps.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 47

Dari kiri: Hanimah binti Rasiun (Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi (Lembah Danum/Silam & Taliwas) & Pemuliharaan Hutan), Charity Angela binti Lojunga (Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan, ICSB),Tony Angat Anak R. Bayang (Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi (Lembah Danum/Silam & Taliwas) & Pemuliharaan Hutan), Saulin binti Main Ipin (Unit Perundangan YS/ICSB),

Hajah Ainahwati binti Abdul Sani (Bahagian Audit Dalaman YS/ICSB), Janet Damean Giluk (Pejabat Urusetia Syarikat), Nasir bin Mohd. Fudin (Pusat Kraftangan Sabah, Keningau),Stephenie Louis (Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran YS/ICSB), Suwandy bin Sundu (Zon Pedalaman Utara, Keningau),

Mohd. Fardee bin Simin (Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi (Lembangan Maliau & Kanyon Imbak), Christopher Robin Manjaji (Bahagian Akaun & Perkhidmatan Kewangan, YS), Datuk Dr. Haji Jaujan,Datuk Haji Jamalul, Teo Gun Leck (Zon Pedalaman Selatan, Beaufort), Pudin bin Ibrahim (Zon Pantai Barat Utara, Kota Marudu), Kadir @ Abdul Kadir bin Tahir (Zon Pantai Timur Selatan, Tawau),

Mohd. Sufri bin Laupa (Bahagian Pengurusan Kawasan Konservasi (Lembangan Maliau & Kanyon Imbak), Othman @ Antab bin Anjar (Bahagian Perkembangan Kanak-kanak), Sulok bin Saidin (Borneo Security Centre Sdn. Bhd.),Juliana Tivit (Bahagian Pembangunan Perniagaan Korporat), Khoo Chui Eng (Zon Pantai Timur Utara, Sandakan), Alasie @ Alusia binti Biim (Bahagian Pembangunan Pendidikan),

Juonita binti Dahu @ Duhu (Bahagian Pembangunan Pendidikan) dan Noraidah Tawang (Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens).

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Ms. Agnes presenting on the Benta X project.

Following the signing, Datuk Seri Shafie said the project is expected to commence production in two to three years. He also remarked the project, which he hoped could be sited inTawau, would enable wood waste and wood chips to be converted into bioplastic resins, which could then be used to manufacture biodegradable bottles, cups, plates, chopsticks, plastics bags and even casing.

Datuk Seri Shafie also said plastics were one of the major contributors to pollutions and damage to marine life in the world, and governments worldwide had to bear high costs to dispose their plastic wastes.

He reiterated, “We want to avoid pollutions and damage tomarine life due to plastic wastes and help create an environment that is free from plastic usage. If we can produce such a product, I believe it can be a new way forward for the world.”

A presentation on Benta X project was also delivered by Ms. Agnes Chee Shuk Vui, Financial Controller of Benta Wawasan Sdn. Bhd.

Benta Wawasan Sdn. Bhd.,

LAX Global Resources Sdn. Bhd.Biosea Corporation Sdn. Bhd.

betweenMoU

Datuk Haji Jamalul (left), Datuk Lim Sue Beng (second, right)

and Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan(right) with Datuk Seri Shafie (second, left)

&

Biosea Corporation Sdn. Bhd. and LAX Global Resources Sdn. Bhd. signed a Memorandum of Understanding (MoU) with Benta Wawasan Sdn. Bhd., a subsidiary of Yayasan Sabah Group on developing a project (using technology) that could convert waste from the timber industry into biodegradable plastics known as Benta X project. The MoU was signed at the Chief Minister’s Office, Sabah State Government Administrative Centre on 11 February 2020. The agreement was signed by the Director of Yayasan Sabah cum Director of Benta Wawasan Sdn. Bhd., Datuk Haji JamalulKiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria on behalf of Benta Wawasan Sdn. Bhd., Datuk Lim Sue Beng for Biosea Corporation Sdn. Bhd. while LAX Global Resources Sdn. Bhd. was represented by its Chairman, Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Ibni Syed Putra Jamalullail and witnessed by the Chief Minister of Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal.

In this joint venture initiative, Benta Wawasan Sdn. Bhd. acts as the raw material provider, Biosea Corporation Sdn. Bhd. asthe financier and LAX Global Resources Sdn. Bhd. as the technology provider.

48 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Datuk Haji Jamalul (second, left) exchanging documents with Datuk Yeo (second, right) witnessed by Datuk Seri Shafie (middle).

A Development Agreement to develop Yayasan Sabah Group’s land in the heart of Kota Kinabalu city into a mixed commercial development was signed between Yayasan Sabah Group and Zillion Ventures Sdn. Bhd. on 5 March 2020 at the Sabah State Administrative Centre.

The agreement was signed by the Director of Yayasan Sabah cum Chief Executive Officer of Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria and the Chief Executive Officer cum Director of Zillion Ventures Sdn. Bhd., Datuk Yeo Hock Ching. The Chief Minister of Sabah cum Chairman of Yayasan Sabah Board of Trustees, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal witnessed the signing.

The objective of the Development Agreement is to establish and expand a piece of land in Kota Kinabalu into a commercial development that will be consisted of exquisite numbers of hotels, designer suites, service apartments and a vast number of retail as well as commercial spaces.

“The new modern establishment called ‘The Waterfront’ is to complement the current prominent spot at the KK Waterfront, Anjung Samudera, well-known to both locals and tourists for their contemporary bars and restaurants offering sumptuous culinary cuisines accompanied with a stunning view of the beautiful sunsets,” said Datuk Haji Jamalul.

He further explained that the hotel on the premise would be utilised as one of the means of investment for Yayasan Sabah Group to secure revenues to achieve their target in their mission to assist financially namely, scholarships for students.

“Not only that, but the hotel also developed at ‘The Waterfront’ can aid with training and creating job opportunities to benefit the local graduates,” he added.

The development resulted from the collaboration between Yayasan Sabah Group and Zillion Ventures Sdn. Bhd. hopes to accelerate the economic growth of the state as well as to be part of creating potential in becoming the most significant tourism hub in the city of Kota Kinabalu.

A NEW LANDMARK in Kota Kinabalu

Datuk Haji Jamalul (seated, second, left) and Datuk Yeo (seated, second, right) signing the document witnessed by Datuk Seri Shafie (middle).

Also in the picture are Corporate Secretary of Yayasan Sabah, Dr. Ishak Haji Johari (left)and Director of Zillion Ventures Sdn. Bhd., Encik Redzuan bin Kupamuthu @ Ismail (right).

49BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Seramai 21 orang pelajar dari Sabah telah dipilih melalui program tajaan Kumpulan Yayasan Sabah ke Semenanjung Malaysia. Para pelajar telah diberi taklimat oleh Pengurus Kumpulan, Bahagian Pembangunan Pendidikan, Puan Bahiwata S. Haji Mulia, Pengurus Kanan, Pejabat Cawangan Yayasan Sabah Kuala Lumpur, Puan Zaidah Hussain dan Pegawai Pendidikan, Encik Fazreen Muhsin pada 30 Disember 2019 bertempat di Bilik Multivision, Menara Tun Mustapha.

Dalam majlis tersebut, Puan Bahiwata mengucapkan tahniah dan memberi kata-kata semangat kepada para pelajar yang terpilih. “Program tajaan Kumpulan Yayasan Sabah ini merupakan sebuah program integrasi yang memberi fokus kepada anak-anak untuk membentuk jati diri yang kuat,” katanya.

Menurut Puan Bahiwata, program tajaan biasiswa/dermasiswa menengah ke Semenanjung Malaysia dan pertukaran pelajar Sabah-Sarawak telah memberi manfaat kepada ramai pelajar. Beliau turut menasihatkan para pelajar untuk memanfaatkan sepenuhnya biasiswa yang diberikan kepada mereka dengan berusaha gigih dalam pelajaran mereka.

Berita Kumpulan Yayasan Sabah sempat menemuramah beberapa orang pelajar yang terlibat serta ibu masing-masing.

Integrasi Melalui

Para pelajar yang terpilih bergambar berkumpulan sambil menunjukkan

surat tawaran masing-masing.

Ronna Christy AmadzaTelupid

“Saya sangat teruja dan gembira apabila terpilih dalam program tajaan Kumpulan Yayasan Sabah ini walaupun terselit sedikit perasaan takut di dalam hati. Program ini sangat bermanfaat kepada para pelajar yang terpilih.”

Puan Ednasih Kitingon (Ibu)

“Selaku ibu bapa saya berpendapat program tajaan Kumpulan Yayasan Sabah ini sangat baik untuk kecemerlangan anak-anak Sabah. Kami berharap agar anak-anak ini dapat menanfaatkan program ini demi masa depan mereka, keluarga dan masyarakat.”

Muhamad Azfar bin MajuntingSandakan

“Saya berasa bersyukur, bangga dan berterima kasih kerana terpilih dalam program tajaan Kumpulan Yayasan Sabah ke Semenanjung Malaysia pada tahun 2020. Program ini sememangnya amat memberi manfaat kepada para pelajar yang terpilih.”

Puan Norhanah binti Parlan (Ibu)

“Program tajaan Kumpulan Yayasan Sabah ini sangat baik dan perlu diteruskan pada masa akan datang namun perlu penerangan yang jelas dan tepat. Selaku ibu bapa kepada pelajar, kami berharap agar anak-anak akan lebih cemerlang pada masa akan datang.”

PENDIDIKAN BERKUALITI

50 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

51BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Aaron Doddy JaniusKg. Pantai Sipitang

“Saya berasa gembira serta berdebar-debar kerana akan berada jauh dari keluarga dan dalam masa yang sama gembira kerana akan berjumpa dengan kawan-kawan yang baharu. Program ini sememangnya akan memberi manfaat kepada pelajar kerana banyak membantu dalam bidang akademik dan membangunkan jati diri pelajar apabila berada di luar zon yang selesa.”

Puan Suriati @ Sabtekah Murang (Ibu)

“Program tajaan Kumpulan Yayasan Sabah ini dapat membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan. Saya berharap program ini dapat meningkatkan jati diri serta membantu merealisasikan cita-cita anak kami.”

Shasha Nazihah bt. Mohd. SoffianTawau

“Saya berasa gembira dan bersyukur apabila terpilih dalam program tajaan Kumpulan Yayasan Sabah ini dan berharap program ini akan memberi manfaat kepada kami semua.”

Puan Sitti Melbah binti Alsi (Ibu)

“Program tajaan ini merupakan satu program yang baik dalam membantu anak-anak Sabah melanjutkan pelajaran ke sekolah yang berprestij tinggi khususnya di Semenanjung Malaysia. Semoga anak-anak mendapat pendidikan yang berkualiti, kebajikan anak-anak terjaga dan menjadi insan yang terdidik dengan sahsiah terpuji dan seterusnya menjadi insan yang terbilang.”

Puan Bahiwata (kiri) menyampaikan surat tawaran kepada salah seorang pelajar, sambil disaksikan oleh Puan Zaidah.

Puan Bahiwata menyampaikan kata-kata semangat kepada para pelajar yang terpilih.

Gambar berkumpulan para pelajar, ibu bapa dan staf Kumpulan Yayasan Sabah.

52 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat cawangannya di Kuala Lumpur telah menganjurkan sesi ramah mesra dengan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari Sabah yang menuntut di Terengganu, Kelantan dan Pahang pada 22 Februari 2020 bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu.

Datuk Haji Jamalul memberi kata semangat kepada para pelajar IPT

semasa sesi dialog berlangsung.

Sesi dialog dengan penuntut IPT.

Firman bin Hussin, mahasiswa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Kampus Kuantan, semasa sesi dialog.

Nur Atiqah binti Azwan, mahasiswi dariUniversiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

semasa sesi dialog.

Majlis Ramah Mesra

Majlis Ramah Mesra Menteri Pelajaran & Inovasi Sabah bersama

MAHASISWA/MAHASISWI IPT Zon Timur

Datuk Dr. Yusof (berkot hitam) meluangkan masa bersama pelajar bersama dengan Datuk Haji Jamalul (depan, kiri).

Gambar berkumpulan.

Pertemuan bersama mahasiswa-mahasiswa pada acara kali ini diadakan secara sesi berdialog dengan Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Yusof bin Yacob dan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria.

Semasa sesi dialog tersebut, Datuk Haji Jamalul berkata, “Acara ini diadakan sebagai platform untuk para pelajar memahami aspirasi dan menghargai perkembangan semasa dan terbaru di bawah kepimpinan kerajaan negeri.”

Antara lain, matlamat program ini ialah untuk mengukuhkan hubungan antara pemimpin dan pelajar bagi membuka komunikasi dua hala mengenai peranan kedua-dua pihak.

“Tumpuan adalah membantu memperkasakan pendidikan anak-anak kita melalui bantuan pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah iaitu geran, pinjaman dan biasiswa, serta menjalin kerjasama dengan IPT awam dan swasta di negara ini demi memastikan kebajikan anak-anak Sabah yang menuntut di

setiap IPT berkenaan terpelihara dan dapat dipantau dengan baik” katanya.

“Nasihat saya kepada semua pelajar, fokus pada pengajian anda. Anda harapan keluarga dalam membina masa depan yang lebih cerah. Ingatlah, pendidikan akan dapat menjamin kesejahteraan hidup kita,” kata Datuk Haji Jamalul.

Datuk Dr. Yusof pula menegaskan kepada pelajar Sabah yang menuntut di Semenanjung Malaysia agar mengekalkan prestasi cemerlang dalam pengajian serta mengambil peluang untuk mempelajari kaedah-kaedah pengajian baru di IPT masing-masing serta mengambil peluang untuk menganjurkan aktiviti semasa tempoh cuti semester yang dapat memberi manfaat kepada para pelajar IPT di tempat masing-masing.

“Kerajaan negeri juga akan memastikan agar penajaan pendidikan kepada anak-anak Sabah diperluaskan lagi agar lebih ramai yang berpeluang untuk mendapat kemudahan tajaan,” tambahnya.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Tuan Mohammad Mohamarin, Setiausaha Kementeri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Puan Jasmine Teo serta dua Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah iaitu Datuk Bolkiah bin Ismail dan Tuan Tan Lee Fatt.

53BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Mohd. Fadzlini bin Ghani26 tahunBerasal dari TambunanSarjana Sains Agroteknologi (Akuakultur), Universiti Malaysia Terengganu

“Program ini ialah satu pendekatan yang amat baik dan mendatangkan banyak manfaat kepada mahasiswa dan mahasiswi. Kami terharu apabila Yang Berhormat Menteri dan Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah turun padang mendengar sendiri permasalahan yang dikemukakan di samping mendekati para mahasiswa. Program seperti ini perlu diteruskan lagi ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) lain untuk memberi peluang bagi mengajukan persoalan atau cadangan berkenaan dengan pengurusan biasiswa, pelajaran, kebajikan dan bantuan kepada para pelajar.

Saya juga berharap agar Kerajaan Negeri Sabah dan Kumpulan Yayasan Sabah dapat menyalurkan bantuan khas terutamanya kebajikan pelajar dari segi kewangan untuk memastikan mereka dapat fokus belajar semasa menuntut di pusat pengajian tinggi masing-masing. Saya percaya dengan adanya kemudahan bantuan khas seperti ini, ia akan dapat memberikan semangat kepada pelajar yang berada di Semenanjung Malaysia dan juga yang berada di Sabah untuk meneruskan pengajian. Saya berpuas hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah yang telah menyediakan kemudahan dan peluang pendidikan yang mencukupi.”

Norziela binti Abdul Samad20 tahunBerasal dari Kota KinabaluDiploma Pengajian Bank, Universiti Sultan Zainal Abidin

“Program ini adalah wajar dan dapat memberikan manfaat yang baik dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang berada jauh dari negeri Sabah khususnya di pantai timur. Program sebegini seeloknya diteruskan kerana ia dapat memberi platform yang baik kepada setiap mahasiswa dan mahasiswi Sabah untuk menyuarakan pandangan mahupun cadangan penambahbaikan terhadap masalah ataupun kekangan yang dihadapi oleh kami.

Saya juga berharap agar Kerajaan Negeri Sabah dapat menganjurkan lebih banyak program majlis ramah mesra untuk memberi peluang bertemu dan berkenalan dengan pemimpin negeri Sabah demi mengeratkan silaturahim di antara mahasiswa dan mahasiswi yang lain.

Saya juga ingin mencadangkan kepada Kumpulan Yayasan Sabah agar dapat memberi bantuan dana kepada setiap persatuan institusi pengajian tinggi Zon Timur bagi pelaksanaan penganjuran aktiviti khususnya semasa tempoh bercuti.”

Firman bin Hussin22 tahunBerasal dari SandakanSarjana Muda Sains Matematik, Universiti Islam Antarabangsa Kuantan, Pahang

“Majlis ramah mesra ini sangat baik dan perlu diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengeratkan silaturahim dengan pelajar lain yang berada di kawasan pantai timur khususnya di Terengganu dan Kelantan. Menjadi harapan saya agar setiap mahasiswa dan mahasiswi terutamanya di pantai timur dapat diberikan bantuan oleh Kerajaan Negeri Sabah daripada segi elaun tiket penerbangan pulang ke Sabah bagi mengurangkan beban kepada rakan-rakan yang kurang berkemampuan terutamanya pada waktu kecemasan.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi tinggi tahniah dan terima kasih kepada Kumpulan Yayasan Sabah atas penganjuran majlis ramah mesra yang julung kalinya diadakan di pantai timur.”

54 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 55

Nur Izzatul Natasha binti Abdul Karim22 tahunBerasal dari TawauSarjana Muda Sains Matematik, Universiti Islam Antarabangsa Kuantan, Pahang

“Program ini adalah sangat baik dalam membina platform untuk memupuk nilai-nilai perpaduan dalam kalangan pelajar-pelajar IPT khususnya di pantai timur. Program seperti ini perlu diteruskan bagi menunjukkan sokongan dan keprihatinan terhadap mahasiswa dan mahasiswi Sabah yang melanjutkan pengajian di Semenanjung Malaysia.

Saya amat berharap Kumpulan Yayasan Sabah dapat menyediakan lebih banyak peluang terutamanya dalam pertukaran pelajar dengan Universiti Malaysia Sabah bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyambung pelajaran di Semenanjung Malaysia khususnya di pantai timur.

Saya juga berharap Kerajaan Negeri Sabah dapat menyediakan bantuan peruntukan kepada setiap persatuan IPT di pantai timur untuk kami menganjurkan program seperti Hari Keluarga Anak Sabah dan aktiviti sukaneka dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.”

Nur Amanina Syazana binti Mohd. Nasri23 tahunBerasal dari SandakanIjazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Universiti Malaysia Pahang

“Program ini merupakan platform kepada mahasiswa dan mahasiswi dalam pendedahan mengenai isu-isu semasa khususnya mengenai maklumat bantuan kebajikan pelajar-pelajar IPT. Saya berharap agar program seperti ini akan diteruskan agar kami boleh menyampaikan dan mencadangkan sebarang maklumat atau masalah yang dapat kami kemukakan kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Kumpulan Yayasan Sabah.

Sebagai seorang mahasiswi, saya juga berharap agar Kerajaan Negeri Sabah dapat membantu mahasiswa dan mahasiswi dari segi tiket penerbangan pulang ke kampung halaman masing-masing disebabkan harga tiket penerbangan semakin mahal bagi mereka yang kurang berkemampuan.”

Mohd. Asraf bin Andman23 tahunBerasal dari Kota KinabaluSarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Sistem Kuasa), Universiti Malaysia Pahang

“Saya sangat berpuas hati kerana majlis ramah mesra ini cukup menyentuh sanubari para mahasiswa dan mahasiswi. Ia memberi impak positif dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi kerana ia merupakan platform untuk menerapkan nilai-nilai perpaduan serta berkongsi pandangan dan cadangan untuk dikemukakan kepada pihak berkenaan.

Saya juga berharap agar majlis seumpama ini kerap diadakan bagi memberi peluang kepada setiap mahasiswa dan mahasiswi untuk bertemu secara langsung dengan pemimpin negeri. Harapan saya kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Kumpulan Yayasan Sabah agar dapat menyediakan platform kepada setiap graduan anak bangsa Sabah untuk mendapatkan peluang pekerjaan sama ada di Semenanjung Malaysia atau di negeri Sabah.”

56 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan lawatan ke Menara Tun Mustapha pada 20 Januari 2020. Sesi taklimat mengenai peranan Kumpulan Yayasan Sabah telah diadakan di Bilik Multivision dan disampaikan oleh Eksekutif Kanan, Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Stephen Jilimin.

Pengerusi Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS), Encik Herman bin Sopikit turut memperkenalkan kelab IKSAS yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Sabah di UPSI. IKSAS ditubuhkan bertujuan mengeratkan hubungan antara anak-anak jati Sabah yang sedang mengikuti pengajian di UPSI serta melahirkan semangat kekitaan dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang tahun seperti Festival Gawai Kaamatan, Outreach Daerah dan majlis berbuka puasa.

Sehubungan itu, IKSAS ingin bekerjasama dengan pihak Kumpulan Yayasan Sabah bagi merealisasikan program usaha sama di beberapa buah daerah di Sabah.

Rombongan tersebut turut melawat Galeri Tun Mustapha dan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens yang dikendalikan oleh Pustakawan Kanan, Encik Etan Enjah.

Rombongan UPSI bergambar dengan kenderaanAllahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun.

Lawatan Rasmi UNIVERSITI MALAYA

Lawatan UPSI ke MENARA TUN MUSTAPHA

Encik Herman berkongsi tentang penubuhan IKSAS

kepada para hadirin.

Delegasi Universiti Malaya yang diketuai oleh Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz, Dr. Shamsulbahriah Ku Ahmad bersama dengan para dekan, profesor dan ahli-ahli pegawai penyelidik daripada Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz serta wakil daripada Universiti Malaysia Sabah telah membuat lawatan rasmi ke Kumpulan Yayasan Sabah pada 23 Januari 2020.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria. Antara objektif lawatan rasmi tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai program pembangunan sosioekonomi dan inisiatif yang berkaitan dengan pengurangan kemiskinan serta mewujudkan jalinan kerjasama antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz dalam menjalankan kajian berkaitan dengan isu kemiskinan di Sabah terutamanya dalam kalangan penduduk luar bandar.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan Kumpulan Yayasan Sabah.

Wakil Kumpulan Yayasan Sabah, Encik Stephen (lima dari kiri) menyampaikan cenderamatakepada wakil rombongan Universiti Pendidikan Sultan Idris,

Encik Frederick Josue @ Mohd. Fadhil Abdullah (enam dari kanan).

Sesi perbincangan.

Datuk Haji Jamalul (tengah) mengalu-alukan kehadiran delegasi Universiti Malaya.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 57

Rombongan ASWARA (kanan) dalam perbincangan bersama Datuk Haji Jamalul (tengah) dan

pegawai-pegawai kanan Kumpulan Yayasan Sabah (kiri).

Kunjungan Hormat

ASWARA

Rombongan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang diketuai oleh Prof. Madya Sahar Sa’di bin Hashim, Rektor ASWARA telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria pada 6 Mac 2020 di Menara Tun Mustapha.

ASWARA merupakan institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akademik serta khidmat nasihat profesional dalam bidang seni budaya dan warisan. ASWARA ditubuhkan pada tahun 1994 di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan potensi kerjasama ASWARA dan Kumpulan Yayasan Sabah bagi penubuhan Pusat Kecemerlangan Seni ASWARA di Sabah.

Perbincangan diselitkan dengan harapan agar kolaborasi ini dapat memperkasakan pengajian seni, budaya dan warisan kepada masyarakat melalui teori dan praktikal ke arah melahirkan ilmuwan profesional, karyawan dan penggiat-penggiat seni dalam memenuhi keperluan negara.

Turut hadir pada kunjungan hormat tersebut adalah pegawai-pegawai kanan Kumpulan Yayasan Sabah.

Pada 6 Mac 2020, rombongan Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Mohd. Rosli bin Haini, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria di Menara Tun Mustapha.

UMP berhasrat untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya bidang pendidikan dan penajaan dengan

Kumpulan Yayasan Sabah bagi memperkasakan lagi ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Malaysia dan memastikan keperluan industri berteknologi tinggi di negara ini dipenuhi oleh warga kerja tempatan.

Turut hadir pada kunjungan hormat tersebut adalah pegawai-pegawai kanan Kumpulan Yayasan Sabah.

Kunjungan Hormat

Rombongan UMP bersama Datuk Haji Jamalul (enam dari kiri) dan pegawai-pegawai kanan Kumpulan Yayasan Sabah.

58 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Carta

Encik Jessel A. Kamijan.

KOPERASI PEKERJAYANG BAHARU

Pada 26 November 2019, Koperasi Pekerja Yayasan Sabah Berhad (KPYSB) telah melantik Encik Jessel A. Kamijan sebagai Pengerusi bagi menggantikan tempat Puan Catharine Ong yang telah bersara pada tahun tersebut. Manakala, Puan Susan Malagob pula telah dilantik untuk memegang jawatan sebagai Setiausaha, KPYSB bagi menggantikan tempat Encik Jessel A. Kamijan yang dahulunya memegang jawatan tersebut.

Dalam mesyuarat KPYS yang diadakan pada 27 Februari 2020, Anggota Lembaga KPYSB (ALK) sebulat suara melantik Encik Stephen Jilimin sebagai ALK yang baharu.

Selain itu, Anggota Lembaga KPYSB turut dianggotai oleh Encik Christopher R. Manjaji sebagai Bendahari, Puan Zaiton binti Bakri (ALK), Encik Gerard C. Mojiliu (ALK), Encik Clarence Estrop (ALK) dan Puan Lenny Lee @ Lee Nyuk Len (ALK).

YAYASAN SABAH BERHAD

Seramai 34 orang pelajar bersama dua orang guru pengiring dari SMK Madai, Kunak telah membuat lawatan ke MenaraTun Mustapha pada 6 Mac 2020 bertempat di Bilik Multivision. Taklimat mengenai peranan Kumpulan Yayasan Sabah disampaikan oleh Pegawai, Bahagian Komunikasi Korporat, Cik Annieyldah Peter Hamidon. Manakala taklimat mengenai bantuan pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah disampaikan oleh Pegawai, Bahagian Pembangunan Pendidikan, Encik Mohd. Fazreen Muhsin.

Rombongan tersebut turut melawat ke Galeri Tun Mustapha dan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens yang dikendalikan oleh Pegawai Penyelidik, Encik Jim Jipun. Lawatan mereka diakhiri dengan berkunjung ke Galleria Artisan.

Lawatan

Encik Mohd. Fazreen berkongsi maklumat mengenaibantuan pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah.

Rombongan SMK Madai melihat barangan peninggalan milikAllahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun di Galeri Tun Mustapha.

Wakil Kumpulan Yayasan Sabah, Cik Annieyldah (enam dari kiri, barisan kedua) menyampaikan cenderamata kepada ketua rombongan SMK Madai Kunak,

Puan Azryanty binti Mohamad Arifin.

SMK MADAI, KUNAK

Badan Kebajikan Islam Kumpulan Yayasan Sabah (BAKIYS) telah mengadakan Mesyuarat Agung untuk melantik Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2020/2021 pada 10 Februari 2020 bertempat di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha.

BAKIYS ditubuhkan oleh Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah atas dasar untuk menjaga kepentingan dan kebajikan staf yang beragama Islam di Kumpulan Yayasan Sabah.

Antara program yang telah dianjurkan oleh BAKIYS ialah majlis penyerahan bubur lambuk sempena bulan Ramadan, majlis berbuka puasa, majlis korban Kumpulan Yayasan Sabah, kelas mengaji, majlis kenduri untuk staf yang mengerjakan ibadah umrah, serta program gotong-royong surau di Menara Tun Mustapha, Wisma ICSB dan Arena Futsal Yayasan Sabah.

Dalam ucapan beliau, Pengarah Yayasan Sabah merangkap Penaung BAKIYS, Datuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Jawantankuasa sesi 2017/2019 atas sumbangan mereka. “Saya mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa yang baharu dan setinggi-tinggi penghargaan buat mantan Pengerusi, Encik Asman Dulamid kerana telah banyak menyumbang kepada BAKIYS,” kata Datuk Haji Jamalul.

Beliau juga berkata, “Saya berharap Ahli Jawatankuasa sesi 2020/2021 akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin dan semoga mendapat imbalan di dunia dan akhirat. Selaku penaung BAKIYS, saya menyeru agar aktiviti yang dirancang dapat diperluaskan dan melibatkan staf Kumpulan Yayasan Sabah sama ada di peringkat ibu pejabat mahupun di zon dan wilayah”.

“Walaupun terdapat kekangan daripada segi peruntukan, saya yakin masih terdapat pelbagai cara agar BAKIYS dapat bergerak dan memberi manfaat kepada ahlinya. Apa yang penting ialah kesungguhan dan kerjasama semua ahli untuk menjayakan program yang dirancang,” tambah Datuk Haji Jamalul.

Ahli Jawatankuasa baharu BAKIYS terdiri daripada Pengerusi, Tuan Haji Mohamed Idris bin Mohamed Shafi, Timbalan Pengerusi, Encik Mohd. Salim Japaran, Setiausaha, Puan Georgina Grace Michael dan Timbalan Setiausaha, Puan As Nuur Asyhera binti Asleh. Di samping itu, seramai enam ahli jawatankuasa telah dipilih iaitu Encik Zinuin Manjani, Encik Pudin Ibrahim, Cik Fauziah Yunus, Puan Rodhaizah Izzah Abdul Rashid, Puan Fairuz As Saadah Haji Sulaiman dan Cik Siti Ruhani Tausin.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Korporat merangkap Ketua Pengurus Kumpulan Zon, Dr. Ishak Haji Johari.

Datuk Haji Jamalul menyampaikan sijil penghargaan kepada Puan Rosmini Simin,mantan Ahli Jawatankuasa BAKIYS sambil disaksikan oleh Dr. Ishak (kanan) dan

Encik Asman, mantan Pengerusi BAKIYS (tiga dari kiri).

Ucapan aluan oleh Datuk Haji Jamalul.

MESYUARAT AGUNG

BAKIYS

Ahli Jawatankuasa BAKIYS sesi 2020/2021 mengadakan kunjungan hormat kepada

Pengarah Yayasan Sabah pada 6 Mac 2020.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 59

60 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

Kumpulan Yayasan Sabah bersama Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan tinjauan akhir ke enam tapak program Innovation for Community (INNO4C) di bawah projek Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB), Unit Peneraju Agenda Bumiputera pada 6 hingga 8 Januari 2020 dan 19 hingga 21 Januari 2020.

Objektif projek ini adalah untuk menaik taraf ekonomi golongan B40 di Sabah yang telah menceburi bidang perusahaan industri kotej secara persendirian mahupun yang diusahakan bersama keluarga ataupun penduduk kampung. Pendekatan ini dapat mempertingkatkan inovasi dan nilai tambah terhadap produk di samping mengoptimumkan pengeluaran secara holistik termasuk peningkatan daripada segi pemasaran.

Program ini akan dilaksanakan di Pantai Barat Selatan, Pantai Barat Utara, Pedalaman Selatan dan Pedalaman Utara. Enam tapak program tersebut adalah program belacan di Kg. Laut, Papar melibatkan seramai 16 orang peserta, program tiram di Kg. Lentuong, Tuaran dan Kg. Penimbawan, Tuaran dengan penyertaan 15 orang peserta di setiap tapak program. Projek lada hitam di Kg. Puhus, Tamparuli melibatkan 16 orang peserta dan Kg. Lompios, Kota Belud melibatkan seramai 17 orang peserta. Sementara program kraf tangan ambatu kelarai dijalankan di Kg. Tinura, Tenom dengan kerjasama Pusat Kraftangan Sabah yang melibatkan 30 orang peserta.

ProjekDANA PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA

Profesor Datuk Dr. Aileen (bertopi) dari Pusat Kajian Samudera dan Pantai, USM dan Dr. Musfirah bt. Zulkurnain (bertudung) dari Pusat Pengajian Teknologi Industri, USM meninjau rakit penternakan yang ada di perairan Kg. Lentuong, Tuaran.

Projek Tiram @ Kg. Lentuong, Tuaran

Projek Tiram @ Kg. Penimbawan, Tuaran

Tinjauan akhir ke tapak projek perusahaan tiram di Kg. Penimbawan, Tuaran. Tinjauan ini bertujuan membuat pemetaan tapak dan taklimat penerangan berkenaan pelan tindakan yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

Dr. Mohd Najib (duduk, dua dari kanan) dari Pusat Pengajian Seni, USM

mendengar penerangan daripada peserta pembuatan kraf tangan

menggunakan ambatu kelarai.

Ketua Kg. Penimbauan 1, Encik Abdul Rahim bin Tehe (duduk di bahagian hadapan bot) membawa pegawai USM dan Kumpulan Yayasan Sabah

ke tapak projek yang dicadangkan. Projek Ambatu Kelarai @ Kg. Tinura, Ulu Tomani, Tenom

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 61

Projek Lada Hitam @ Kg. Puhus, Tamparuli

Projek Lada Hitam @ Kg. Lompios, Kota Belud

Projek Belacan @ Kg. Laut, Papar

Tinjauan akhir ke Kg. Lompios bertujuan menerangkan berkenaan peringkat pemprosesan dan perancangan pembinaan rumah bagi memproses lada hitam yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Khairudin bin Mohamed dan Profesor Madya Dr. Fazilah bt. Ariffin dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik. Seramai 17 orang peserta telah berdaftar pada 6 Januari 2020.

Setiausaha Korporat/Ketua Pengurus Kumpulan Zon (ketika itu), Dr. Ishak Haji Johari (berdiri), memberi taklimat dan kata-kata semangat kepada para peserta semasa tinjauan akhir bersama USM bagi pemetaan tapak dan taklimat pembinaan rumah pemprosesan belacan di Kg. Laut, Papar.

Sebahagian peserta program mengisi borang perjanjian untuk mengikuti program INNO4C projek lada hitam.

Para pelajar diberikan taklimat ringkas.

Datuk Haji Jamalul (berdiri, dua dari kiri) berbual dengan para pelajar di Asrama UCSF.

62 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

ZON PEDALAMAN SELATAN Susulan daripada lawatan pertama yang telah diadakan pada 6 Januari 2020, seramai enam orang pakar inovasi daripada Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Fazilah Ariffin telah membuat tinjauan lanjut ke tapak projek belacan di Kg. Laut, Papar pada 20 Januari 2020. Turut serta dalam tinjauan tersebut ialah Setiausaha Korporat merangkap Ketua Pengurus Kumpulan Zon (ketika itu), Dr. Ishak Haji Johari, Pengurus Kumpulan Zon Pedalaman Selatan (kini Bahagian Pedalaman), Encik Teo Guan Leck dan Pegawai Kanan Bahagian Urus Setia Korporat, Puan Hajah Hailanah binti Haji Mohamad Tahir.

Enam orang pakar inovasi daripada USM sedang memberi taklimat kepada para peserta yang diketuai oleh Dr. Fazilah Ariffin (lima dari kiri) bersama

dengan Dr. Ishak (kanan) dan Encik Teo (tiga dari kanan). Penerangan mengenai projek INNO4C dari Encik Aizat (bertopi) kepada peserta projek belacan Kg. Laut, Papar.

Pengusaha belacan menerangkan kegunaan mesin bagi memproses belacan semasa lawatan ke tempat pemprosesan belacan.

Tinjauan dan pemetaan tapak projek belacan di Kg. Laut Papar.

Encik Teo Guan Leck telah membuat lawatan ke Asrama Daerah Yayasan Sabah, Sipitang (ADYSS) pada 1 Mac 2020 bagi menyempurnakan program Pendaftaran Kemasukan dan Taklimat Peraturan ADYSS. Program ini turut dihadiri oleh Pegawai Kawasan Daerah Sipitang, Encik Mohd. Fairuz bin Haji Mohd Yussof, Penolong Pegawai Kawasan Daerah Kecil Membakut, Encik Mohd. Iqbal bin Mohd Kalid, Penyelia ADYSS, Puan Latipah Haji Khamis serta ibu bapa kepada 26 orang pelajar baharu.

Program ini ialah bertujuan untuk memberi taklimat lanjut kepada para pelajar baharu mengenai peraturan dan tatatertib ADYSS.

Encik Teo (tengah) memberikan nasihat kepada ibu bapa dan pelajar yang baharu memasuki asrama seterusnya merasmikan program tersebut.

Encik Mohd. Fairuz (berdiri) memberikan taklimat dan menerangkan peraturan-peraturan ADYSS.

Pelajar baharu membaca ikrar di hadapan ibu bapa.

PROJEK DANA PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA (DPUB)

ASRAMA DAERAH YAYASAN SABAH, SIPITANG

(kini BAHAGIAN PEDALAMAN)

Kumpulan Yayasan Sabah telah menyertai pameran anjuran Jabatan Hidupan Liar Sabah daripada 4 hingga 5 Mac 2020 bertempat di Dewan Masyarakat Tawau sempena dengan Hari Hidupan Liar Sedunia Peringkat Negeri Sabah.

Acara tersebut telah dirasmikan oleh Setiausaha TetapKementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Dr. Jamili Nais yang mewakili Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew. Kumpulan Yayasan Sabah mempamerkan aktiviti-aktiviti pemuliharaan hutan yang dilaksanakan khususnya di Kawasan Konservasi Lembangan Maliau.

Pegawai Konservasi dan Penyelidikan, Puan Grace Pounsin (kanan) menerangkan mengenai Kawasan Konservasi Lembangan Maliau kepada para pelajar.

Dr. Jamili (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Encik Stephen wakil Kumpulan Yayasan Sabah,

turut disaksikan oleh Pengarah Jabatan Hidupan Liar, Encik Augustine Tuuga (kiri).

Eksekutif Kanan, Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Stephen Jilimin (kanan)menerangkan mengenai usaha Kumpulan Yayasan Sabah

dalam projek rehabilitasi hutan.

HARI HIDUPAN LIARPameran

Encik Stephen memberikan soalan kuiz kepada pengunjung.

sedunia

63

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 63

The Accelerated Leadership Programme (ALP) is custom-made and designed as part of Sabah Softwoods Berhad (SSB) succession planning to accelerate the transition of technical managers into general managers and head of divisions.

The programme is designed to assess and identify human resource potentials in meeting SSB future leadership needs. Results of the assessment will provide the management with the opportunity to grow its succession planning organically. Over the next two years, candidates will fill-up knowledge gaps on essential management disciplines, while putting the new knowledge gained into practice within a safe and guided environment.

This programme commenced on September 2018 and will end in September 2020. Three pillars will support the programme:

Assessment Framework, Andragogy Modules and Project Incubators.

The objectives of the programme are to perform an in-depth assessment of the current pool of leaders and determine their capability and capacity. This will enable SSB to select participants for future leadership roles objectively. The ALP will provide the selected candidates with the latest knowledge on essential leadership topics to allow them to become capable leaders in succeeding senior leaders in SSB.

The programmes also provide the candidates with hands-on opportunities on the job, utilising the newly acquired knowledge and skills. This will be mutually beneficial to both the candidates and SSB. Ultimately the programmes enable SSB to make an overall objective assessment of the candidates and make decisions on succession.

ACCELERATED

Group photo with Dr. Ewin Varo of Perpetual Knowledge Development Sdn. Bhd. on the session held from 7 to 11 October 2019.

LEADERSHIP DEVELOPMENT PROGRAMME

Group presentation conducted during the programme.

64 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 65

Perlawanan Persahabatan SUKAN KAROM

Pasukan karom beregu campuran Kumpulan Yayasan Sabah diwakili oleh Puan Noraineh Haji Ahmad (berkaca mata)

dan Encik Rahmat Abdul Hamid (berbaju hitam).

antara KUMPULAN YAYASAN SABAH & KReSS

Tuan Haji Mohamed Idris (tiga dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Presiden KReSS, Encik Marzuki bin Saiman.

Peserta karom perseorangan lelaki Kumpulan Yayasan Sabah yang diwakili oleh Encik Pudin Ibrahim (kiri).

Peserta karom perseorangan wanita Kumpulan Yayasan Sabah

diwakili oleh Puan Badariah Ismail (kiri).

Pasukan karom beregu wanita Kumpulan Yayasan Sabah diwakili oleh Puan Badariah Ismail (bertudung hitam)

dan Cik Norsuadah Mohd Salin (berkaca mata).

Pasukan karom beregu lelaki Kumpulan Yayasan Sabah diwakili oleh Encik Pudin Ibrahim (bertopi) dan Encik Rohan bin Sapri (duduk berhadapan dengan Encik Pudin).

Pasukan Karom Kumpulan Yayasan Sabah telah dijemput oleh Kelab Rekreaksi dan Sosial SEDCO Sabah (KReSS) untuk mengadakan perlawanan persahabatan pada 19 Februari 2020 bertempat di Wisma SEDCO. Perlawanan persahabatan ini adalah sebagai persediaan pasukan karom SEDCO sebelum bertanding di Sukan Gemaputera pada bulan Mac 2020 yang diadakan di negeri Selangor.

Kumpulan Yayasan Sabah diketuai oleh Pengurus Kanan, Innoprise Capital Sdn. Bhd., Tuan Haji Mohamed Idris bin Mohamed Shafi. Perlawanan persahabatan seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara organisasi, memupuk semangat kesukanan dan disiplin yang tinggi.

Pasukan Kumpulan Yayasan Sabah bergambar kenanganbersama pasukan KReSS sebelum pertandingan bermula.

66 BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

A total of 120 participants took part in the one-day in-house sports event organised by Innoprise Capital Sdn. Bhd. on 29 February 2020 at Tun Adnan Sports Centre that includes table tennis, carrom, dart and petanque. All the participants enjoyed an hour of aerobic exercise before the start of the event.

Encik Ezekiel Mark Edward took away the top prize for dart followed by Encik Rahmat bin Abdul Hamid in second place, and both are from their respective department namely, Education Loan Collection Division and the Education Development Division. Meanwhile for the women’s category, Puan Florence Yap of the Child Development Division took away the winning title.

Men’s dart winners, Encik Ezekial (right), Encik Rahmat (left) with Tuan Haji Mohamed Idris.

Dart winners, Puan Florence (second, right), Puan Georgina G. Michael (left) and Cik Haslinda Binti Mohamad (right) with Tuan Haji Mohamed Idris.

One hour aerobic session to loosen up stiff muscles.

YSG’s Youngsters

UPSTAGED VETERAN CHAMPIONSto emerge as

Dart competition situation.

HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBAN

67

For the carrom event, the first place went to Encik Rahmat followed by Encik Rohan Sapri who landed in second place, and as for the women’s category, Puan Florence Yap once again took the first place and crowned as champion monopolising both carrom and dart.

In the finals of the table tennis, Encik Zunaidi bin Ampang from the Enrichment and Compliance Unit managed to edge Encik Hisyam from University College Sabah Foundation (UCSF) who came in second place. Seen with a gutsy display of never-say-die attitude even though earning just one point in the first set before finally coming out victorious on the third and final set. All the table tennis matches were played based on three sets with Encik Zunaidi bin Ampang winning the second game forcing his opponent to play the rubber set.

In petanque, Mohd. Jainin bin Min from RBJ Tawau emerged as champion after collecting full points from all three of his matches. On the other hand, Puan Rafida binti Ahmad from RBJ Tawau managed to turn the game around by securing enough points to grab the winning title despite her rivals winning the first two matches on the round-robin format.

To conclude the event, the Senior Manager of Innoprise Capital Sdn. Bhd., Tuan Haji Mohamed Idris bin Mohamed Shafi, presented the prizes to all the winners.

Men’s carrom winners, Encik Rahmat (second, right), Encik Rohan (left) and Encik Jais Mat Salleh (right).

Carrom winners, Puan Florence (second, right), Puan Rafida (second, left), Puan Nor Suadah Binti Mohd. Salin (right) and Puan Hilda Dolinting (left).

Men’s petanque winners, Encik Mohd. Jainin (second, right), Encik Shafiq Asyraf (second, left), Encik Sazman bin Biting (right) and Encik Zunaidi (left).

Carrom competition.

Petanque winners, Puan Rafida (second, right), Puan Hajah Siti Shariffah Jabar Khan (second, left),

Cik Suzanirihwati Ghani (right) and Puan Noraineh Ahmad (left).

Men’s table tennis winners, Encik Zunaidih (second, right), Encik Hisyam (second, left), Encik Amidi Miti (left) and

Encik Muhammad Sabri bin Nadi (right).

Table tennis competition.

BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH

EDITORIAL

Reka bentuk dan letak oleh Bahagian Komunikasi Korporat.

PENASIHATDatuk Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria

SIDANG EDITORIALSam S. KarnailAnnieyldah Peter HamidonNurfaezah Abdul Ghani

SUMBANGAN RENCANABahagian Komunikasi KorporatBahagian Urus Setia KorporatBahagian Pembangunan Pendidikan

Bahagian Pantai BaratBahagian Pantai TimurBahagian PedalamanKoperasi Pekerja Yayasan Sabah Berhad

REKA BENTUK & SUSUN ATURAlastair Nicholas PeterJuliana LimAhmad Fauziee bin WasiminMawi Haji Hassan

JURUGAMBARSamson LawrenceJeffrey R. BaxterBertille Alex BoyouZairulazrin DelinDenis Patrick Lojiu

Bahagian Urus Setia KorporatBahagian Pembangunan PendidikanBahagian Pantai BaratBahagian Pantai TimurBahagian PedalamanKoperasi Pekerja Yayasan Sabah Berhad

TERBITANBahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Yayasan SabahTingkat 15, Menara Tun MustaphaIbu Pejabat Kumpulan Yayasan SabahTeluk Likas, 88817 Kota KinabaluSabah, Malaysia

Tel : 088 435112 / Faks : 088 421546Laman Web : http://www.yayasansabahgroup.org.myE-mel: [email protected]

Sidang editorial Berita Kumpulan Yayasan Sabah mengalu-alukan sumbangan rencana daripada Bahagian/Unit/Anak Syarikat untuk diterbitkan.