15 ARTIKEL PPUPM 20 Laporan AKTIVITI - SPeL

120
Pencetus Idea Minda, Sinergi Pentadbir PPUPM BERILMU BERBAKTI 15 ARTIKEL PPUPM & SESI 2019-2020 20 Laporan AKTIVITI

Transcript of 15 ARTIKEL PPUPM 20 Laporan AKTIVITI - SPeL

Pencetus Idea Minda, Sinergi Pentadbir

PPUPM BERILMU BERBAKTI

15 ARTIKEL PPUPM&

SESI 2019-2020

20 Laporan AKTIVITI

ISBN 978-967-19285-0-9

9 7 8 9 6 7 1 9 2 8 5 0 9

Pencetus Idea Minda, Sinergi Pentadbir

PPUPM

15 ARTIKEL PPUPM&

SESI 2019-2020

20 Laporan AKTIVITI

BERILMU BERBAKTI

Senarai nama pengarang dan pusat tanggungjawab (PTJ) di Universiti Putra Malaysia (UPM)

1. Anita binti Ismail2. Asrizam bin Haji Esam3. Aziah binti Haji Noh4. Dr. Aditya Adawiah binti Darwis5. Dr. Fauziah binti Adnan6. Dr. Nor Asma binti Ab Razak7. Dr. Haji Razali bin Othman

8. Emelda binti Mohd Hamid9. Fazlin binti Shamsudin

10. Haji Mat Razi bin Abdullah11. Haslida binti Hassan12. Junaida binti Adan13. Ludinata bin Misnun

14. Md Nizam bin Mahat @ Ibrahim15. Mohamad Jefri bin Mohamed Fauzi

Pejabat BursarPutra Science Park (PSP)Pejabat BursarPusat Kesihatan Universiti (PKU)Pusat Kesihatan Universiti (PKU)Institut Biosains (IBS)Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) Pusat Islam UPMPusat Jaminan KualitiPejabat BursarPusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasar aan Gradu (an CEM)Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS)

16. Mohamad Johadi Iskandar bin Che Jamil Hospital Pengajar UPM (HPUPM)17. Mohd Harris bin Mohd Ali18. Mohd Nazri bin Md Yasin19. Musliyana binti Mansor20. Nathuhain binti Haji Ibrahim21. Nida Hidayati binti Ghazali22. Noor Mohamad bin Shakil Hameed23. Rafidah binti Sadarudin24. Rafiuz Zaman bin Haroun25. Saiful Anuar bin A. Rahman26. Shahriman bin Hashim

27. Shamilah binti Samian28. Ts. Karmizan binti Zawawi

29. Ts. Krishnan A/l Mariappan

30. Ts. Saiful Ramadzan bin Hairani

31. Wan Rozidayani binti Wan Mohammad32. Wan Zaharuddin bin Wan Abdullah

@ Wan Abd Rahman33. Yusnawati binti Mat Isa34. Zahari bin Mahad35. Zuhaimi bin Haji Abdul Rahim

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP)Hospital Pengajar UPM (HPUPM)Institut Biosains (IBS)Perpustakaan UPM Kampus Bintulu, Sarawak Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) Hospital Pengajar UPM (HPUPM)Institut Biosains Fakulti PertanianPejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP)Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)Pejabat Bursar

Pusat SukanPejabat BursarInstitut Penyelidikan Matematik (INSPEM) Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN)

Diterbitkan oleh :Persatuan Pentadbir UPMBangunan Pentadbiran,

Universiti Putra Malaysia,43400 Serdang,

Selangor Darul Ehsan.E-mel : [email protected]

© Nor Asma Ab Razak, 2021Terbitan Pertama, 2021

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, jadual dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa-apa

cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Persatuan Pentadbir PPUPM terlebih dahulu.Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

ARTIKEL PENTADBIR DAN AKTIVITI PPUPM SESI 2019 – 2020 / Ketua Editor :Dr. Nor Asma binti Ab Razak ; Penolong Editor : Zahari bin Mahad. ISBN 978-967-19285-0-91. Universiti Putra Malaysia. Persatuan Pentadbir UPM.2. Universities and colleges--Malaysia--Selangor.3. Education, Higher--Activity programs--Malaysia--Selangor.4. Government publications--Malaysia.I. Nor Asma Ab Razak, Dr., 1980-.II.Zahari Mahad, 1985-.378.595115

Penerbit berusaha sedaya upaya memastikan buku yang diterbit ini mengandungi maklumat tepat berkaitan perkara yang dibincangkan. Namun begitu, nasihat dan khidmat professional

daripada pakar yang berkelayakan adalah perlu.

Buku-buku terbitan Persatuan Pentadbir PPUPM boleh dibeli sebagai rujukan dalam kelas, bengkel, seminar dan apa-apa jua bentuk aktiviti. Sila hubungi Persatuan Pentadbir UPM

untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Pengurusan : Aziah binti Hj Noh ([email protected])Ketua Editor : Dr. Nor Asma binti Ab Razak ([email protected])

Penolong Editor : Zahari bin Mahad ([email protected])Ketua Rekabentuk Kreatif : Haji Anuar bin Pairan ([email protected])

Timbalan Ketua Rekabentuk Kreatif : Ts. Saiful Ramadzan bin Hairani ([email protected]) Pembaca Pruf : Ts. Karmizan binti Zawawi ([email protected])

Diedarkan oleh :Persatuan Pentadbir UPM

E-mel : [email protected]

Dicetak oleh :Sepantas Kurnia (M) Sdn Bhd (408007-V)

No 50 & 52 A Jalan Seri AmanTaman Seri AmanBatu 8, Ulu Langat

43200 Cheras Selangor Darul Ehsan.

BismillahirahmannirahimAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Terima kasih saya ucapkan kepada Persatuan Pentadbir UPM (PPUPM) kerana memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam Buku 20 Laporan Aktiviti dan 15 Artikel PPUPM Sesi 2019-2020 ini. Penerbitan buku ini adalah merupakan julung-julung kali dihasilkan bagi maksud untuk mengumpulkan pengalaman dan pengetahuan ahli-ahli PPUPM pelbagai skim melalui penghasilan karya yang sewajarnya menjadi wacana perkongsian bagi manfaat semua pentadbir.

Dengan penghasilan kompilasi penulisan dalam buku ini, pastinya dapat merakamkan detik-detik bersejarah yang telah direalisasikan oleh PPUPM. Ianya membuktikan bahawa ahli-ahli PPUPM mempunyai kebolehan dan mahir untuk menulis dalam mempersembahkan pengalaman yang sebenar semasa mengharungi fasa kehidupan sebagai pentadbir yang memiliki motivasi yang tinggi, komited, menyelesaikan sesuatu masalah secara objektif dan kreatif serta kompeten. Gabungan tulisan daripada pelbagai skim ini sudah pasti menyajikan kepelbagaian kaedah, caragaya, idea, ilmu pengetahuan dan kepakaran berkaitan dengan aspek pengurusan dan pentadbiran secara praktikal.

Diharapkan penerbitan buku yang pertama ini akan disusuli dengan penerbitan yang seterusnya sebagai manifestasi untuk mengekalkan momentum perkongsian yang akan menjadi contoh, ikutan, panduan dan dorongan kepada pentadbir yang lain untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Akhir kalam, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan dan mengucapkan syabas serta tahniah kepada Exco PPUPM yang telah berjaya merealisasikan penerbitan Buku 20 Laporan Aktiviti dan 15 Artikel PPUPM Sesi 2019-2020 dan berharap usaha ini akan diteruskan pada masa akan datang.

MUHAZAM BIN MANSORPendaftarUniversiti Putra Malaysia

iii

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk memikul amanah sebagai pentadbir, bekerjamenabur bakti serta terus menyumbang tenaga dan idea untuk meneruskan kecemerlangan pendidikan di UPM.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Penerbitan Buku 20 Laporan Aktiviti dan 15 Artikel PPUPM Sesi 2019-2020 kerana telah berjaya menyempurnakan buku ini. Sesungguhnya, buku panduan pengurusan ini sangat penting sebagai rujukan kepada kita dalam melihat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh PPUPM di samping memberi peluang kepada para pentadbir berkongsi ilmu serta kepakaran dalam penulisan yang telah diterbitkan.

Bidang pendidikan negara sememangnya bersifat dinamik dan transformasi bagi memenuhi keperluan semasa khususnya di peringkat global. Oleh hal yang demikian, seluruh warga Pentadbir UPM juga bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menyokong pendidikan, menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan sahsiah sekali gus menjana potensi pelajar ke arah yang lebih optimum. Dengan penerbitan buku ini dilihat sebagai satu langkah untuk memperkasakan peranan pentadbir yang berada di Menara Ilmu bertanggungjawab menyokong kepada pencapaian kecemerlangan Universiti. Di samping itu usahakan menerbitkan buku sebegini harus diteruskan sebagai wadah perkongsian maklumat dan ilmu bagi memertabatkan lagi kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang pentadbir selain dapat berkongsi aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan.

Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa Pentadbir UPM, akan sentiasa berusaha secara keseluruhan untuk menyediakan landskap perkhidmatan pengurusan bagi menyokong pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti. Apa juga halangan, cabaran dan transformasi yang mendatang, seluruh warga Pentadbir UPM harus berfikiran positif dan menerima dengan minda yang terbuka dan dengan penuh iltizam, dedikasi dan berintegriti untuk menempuh dan mengatasinya demi mencapai misi dan visi Universiti. Teruskan tekad, gandakan usaha agar kita dapat menjadi Khalifah yang dapat menyempurnakan tuntutan agama, bangsa dan negara.

Sebagai Pentadbir UPM, saya yakin dan percaya seluruh warga pendidik telah berusaha dan akan terus berusaha menjalankan tugas dengan a m a n a h dan penuh tanggungjawab bekerja sebagai satu pasukan yang kuat dan padu bagi meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah ke arah bersatu untuk “BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN” dengan tagline “COMMITTED TOWARDS EXCELLENCE”.

Harapan saya juga, Pentadbir UPM a k a n terus menghasilkan sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran serta tinggi sahsiahnya di samping kemudahan pendidikan yang berkualiti dan In-syaAllah menjadi tunggak untuk melahirkan insan yang berkualiti yang dapat memenuhi tuntutan dunia dan akhirat.

“Saya bukanlah orang yang hebat tetapi saya mahu belajar dari orang yang hebat,saya adalah orang biasa tetapi saya ingin menjadi orang yang luar biasa dansaya bukan orang yang istimewa tetapi saya akan jadi orang yang istimewa jika mahu berusaha”

ZUHAIMI BIN ABDUL RAHIMPemangku Presiden, Persatuan Pentadbir UPM (PPUPM ) Sesi 2019/2020 iv

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Alhamdullilah. Segala syukur kepada ALLAH S.W.T. yang memudahkan urusan perancangan sehingga siapnya Buku 20 Laporan Aktiviti dan 15 Artikel PPUPM Sesi 2019-2020. Terima kasih kepada Exco Penerbitan Buku yang telah memberi kerjasama dan bertungkus-lumus dalam masa 2 bulan ini. Penghargaan tidak terhingga juga kepada semua penyumbang laporan dan artikel yang terdiri daripada Exco dan ahli PPUPM. Sebanyak 20 laporan aktiviti PPUPM yang telah diadakan sepanjang sesi 2019-2020 dipilih dan 15 artikel umum dikumpulkan kepada 3 tema bagi memudahkan pembacaan.

Buku ini dihasilkan dan diterbitkan bagi tujuan mempromosikan PPUPM kepada warga UPM dan masyarakat umum, mencungkil dan mengenengahkan bakat penulisan di kalangan ahli PPUPM, menjadi medium perkongsian idea, perancangan dan pengalaman PPUPM dan menghasilkan buku berimpak tinggi sesuai dengan matlamat dan visi Universiti sebagai medium pendidikan berkualiti kepada masyarakat. Diharap semua pembaca khususnya ahli PPUPM mendapat manfaat dari penerbitan buku ini. Wassalam.

Membaca buku usahlah jemu,Bersama membaca di pohon ara, Tinggikan moral tingkatkan ilmu,Agar peribadi sentiasa terpelihara

Pergi bekerja di siang hari,Bila bertanya mesra menjawab,

Lupakan sengketa kepentingan diri, Menjalankan amanah penuh tanggungjawab

Menara indah penuh baldu,UPM gemilang penuh bakti,Semua staff bersatu padu,

Agar UPM terbilang “Berilmu Berbakti”

DR. NOR ASMA BINTI AB RAZAK Ketua EditorBuku 20 Laporan Aktiviti dan 15 Artikel PPUPM Sesi 2019-2020

v

vi

A. KATA ALU-ALUAN

1. Seulas Bicara Yang Berbahagia Encik Muhazam bin Mansor, Pendaftar UPM

2. Setitis Tinta Yang Dihormati Encik Zuhaimi bin Abdul Rahim,Pemangku Presiden PPUPM sesi 2019-2020

3. Seindah Kata Yang Berusaha Dr. Nor Asma binti Ab Razak, Ketua Editor

B. ARTIKEL PENTADBIR

Impak COVID 19 kepada Universiti

1. Inovasi Kelengkapan Perlindungan Diri oleh Pusat Kesihatan Universiti(PKU)Dr. Fauziah binti Adnan

2. Cabaran dalam Perkhidmatan Kewangan Sewaktu Pandemik Covid19Yusnawati binti Mat Isa, Wan Rozidayani binti Wan Mohammad danJunaida binti Adan

3. Proses Penghantaran Pulang Pelajar Semasa Tempoh Perintah KawalanPergerakan (PKP) di UPMShamilah binti Samian, Mohd Harris bin Mohd Ali dan Shahriman bin Hashim

4. Penambahbaikan dalam Perkhidmatan Kewangan dalam MenghadapiCOVID-19Anita binti Ismail

5. COVID-19 dan PKP: Pengalaman Pengurusan Komunikasi Krisis di UPMNoor Mohamad bin Shakil Hameed

Pentadbiran

6. Brian SPISAK: Kajian Penampilan Pemimpin Berbanding KecerdasannyaLudinata bin Misnun

7. Warga Berintegriti Tonggak Kecemerlangan OrganisasiHaslinda binti Hassan

vii

8. Mengembalikan Peranan dan Fungsi MasjidHaji Mat Razi bin Abdullah

9. Wakaf Warisan yang dilupakanDr. Haji Razali bin Othman

10. WAZAN Road Map 2016- 2019 (WARM’25): Transformasi Pengurusan Wakaf Berdaya MajuDr. Haji Razali bin Othman

Penyelidikan dan Inovasi

11. Transformasi Digital-Penggunaan Platform Power Apps bagi PeningkatanProduktivitiMohd Nazri bin Md Yasin

12. 25 Tahun Institut Biosains: Perkhidmatan Menyokong Penyelidikan RafiuzZaman bin Haroun dan Musliyana binti Mansor

13. Inovasi Pentadbiran Perkasa Prestasi PerkhidmatanAsrizam bin Esam

14. Buku : Kuasa MenyembuhFazlin Shamsudin, Emelda binti Mohd Hamid dan Nida Hidayati binti Ghazali

15. Kelestarian Penyelidikan Universiti kepada Industri dan MasyarakatDr. Nor Asma Ab Razak

C. AKTIVITI PPUPM SESI 2019-2020

Kebajikan

1. Program Edaran Honey Roasted Chicken Sempena RamadhanAl-Mubarak 1440HMd Nizam bin Mahat @ Ibrahim

2. Majlis Sambutan Hari Raya 2019 di Tok Ayah Garden Cafe, BangiMohamad Johadi Iskandar bin Che Jamil

3. Program Edaran Makanan Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfiri 2020Md Nizam bin Mahat @ Ibrahim

viii

4. Program Pengagihan Free Meal kepada Pelajar Asnaf, PenyerahanPeruntukan Aktiviti dan Sumbangan Raya kepada Ahli PPUPM di UPMKampus Bintulu, SarawakNathuhain binti Haji Ibrahim

5. Program Ziarah Ramadhan dan Pengwujudan Sudut Bacaan di WadPediatrik Hospital Bintulu, SarawakNathuhain binti Haji Ibrahim

6. Majlis Pelancaran Kad Keahlian PPUPM di Dewan Kolej Pendeta Za’ba,UPMDr. Nor Asma binti Ab Razak dan Ts. Karmizan binti Zawawi

7. Program Ziarah Ihsan PPUPM dan WAZAN ke PerakZuhaimi bin Abdul Rahim

8. Program Plogging dan Sumbangan 5221 kepada Asnaf di Pantai Remis,Kuala SelangorRafidah binti Sadarudin

9. Majlis Admin@Apresiasi dan Penutupan Bulan Pentadbir UPM 2020Saiful bin Anuar

Pentadbiran dan Profesionalisme

10. Program Tazkirah Malam Jumaat Astro Oasis di Panggung Percubaan,Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahudin Abdul Aziz ShahZuhaimi bin Abdul Rahim

11. Program Admin Café “Santai dan Sampai” di L’apprenti@Putra Restaurant,UPMMohamad Jefri bin Mohamed Fauzi

12. Majlis Hi-Tea Persaraan Dato’ W an Azman Wan Omar di Dewan KolejPendeta Za’ba, UPM (15 September 1983-9 Disember 2019)Ts. Krishnan A/l Mariappan

13. Program Jalinan Muhibbah Exco PPUPM, Serdang ke UPM KampusBintulu, SarawakNathuhain binti Haji Ibrahim

14. Program Lawatan dan Kolaborasi Susu Segar Farm Fresh Kuala Lumpurdan Selangor di Puchong, SelangorTs. Saiful Ramadzan bin Hairani dan Zahari bin Mahad

viiii

15. Program Wacana Kepimpinan Perdana Pentadbir Universiti Awam Siri 1 diAuditorium Hospital Pengajar UPMAziah binti Haji Noh

16. Program Webinar Memimpin dari HatiHaji Mat Razi bin Abdullah

Sukan dan Kesihatan

17. Program @dmin_Bowl di Wangsa Bowl, IOI City MallWan Zaharuddin bin Wan Abdullah

18. Program Fun Run and Ride di UPM, Serdang 2019Dr. Aditya Adawiah binti Darwis

19. Program Fun Run and Ride di UPM Kampus Bintulu 2019Nathuhain binti Haji Ibrahim

20. Program Webinar Pengurusan Stres Berkesan melalui SenamanDr. Aditya Adawiah binti Darwis

x

ARTIKEL PENTADBIR

2

Taklimat kepada sukarelawan yang terdiri daripada staf PKU, pelajar dan komuniti sekitar kampus

Penyediaan polar untuk kegunaan di bengkel jahitan

Bab 1 Impak Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) kepada Universiti

INOVASI KELENGKAPAN PERLINDUNGAN DIRI (KPD)OLEH PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU)

LINDUNGI PETUGAS BARISAN HADAPAN

Dr. Fauziah Adnan

Sebagai sebuah fasiliti kesihatan primer yang penting di Universiti Putra Malaysia (UPM); PKU, UPM bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti pencegahan melalui pendidikan kesihatan dan saringan awal kes-kes berkaitan wabak COVID-19. Sebagai petugas barisan hadapan, staf PKU juga sentiasa mengamalkan tatacara operasi standard (SOP) yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Dalam mengimbangi, keperluan keselamatan dan kesihatan bagi kegunaan petugas barisan hadapan semasa kekurangan bekalan kelengkapan perlindungan diri (KPD); staf PKU telah mencetuskan idea untuk membuat KPD sendiri dengan melibatkan pelajar dan komuniti di

sekitar kampus. Usaha ini telah menghasilkan kejayaan di mana staf PKU telah bekerjasama dengan Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), UPM dengan bantuan sukarelawan pelajar dan Sahabat Masjid. Fasiliti makmal teknologi pakaian digunakan secara optimum di mana prasarana makmal tersebut dilengkapi dengan 32 mesin jahit industri, 6 mesin jahit tepi, 2 mesin jahit lubang butang dan satu mesin pemotong fabrik yang dibantu pengendaliannya oleh Dr. Rahimah Jamaluddin, pensyarah FPP.

Sokongan kewangan dan kepercayaan dari pihak pengurusan universiti telah mendorong kepada penghasilan sebanyak 700 isolation gowns serta pelindung kepala/ kasut dari fabrik tanpa tenun. Kami juga berjaya menyediakan 700 unit pelindung muka bagi memenuhi keperluan petugas barisan hadapan. Projek yang mengambil masa hanya

3

Pemotongan fabrik non-woven berdasarkan polar dengan menggunakan mesin pemotong fabrik (berupaya memotong 10 keping dalam satu masa)

Proses jahitan tepi bagi fabrik yang telah dipotong mengikut polar dan proses cantuman fabrik bagi menjadikan sehelai isolation gown

KPD yang selesai dijahit dilipat dengan kemas untuk diserahkan kepada PKU, UPM

Proses menyiapkan pelindung muka

3 minggu ini telah memberi impak yang besar kepada universiti. Pelajar dan komuniti turut mempelajari ilmu baharu berkaitan PPE dan kepentingannya yang membawa kepada penghayatan norma baharu seterusnya menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia.

Impak positif yang tidak ternilai dari penghasilan projek ini, petugas barisan hadapan PKU tidak pernah terputus bekalan PKD walaupun dalam kekurangan bekalan di pasaran dan harga bekalan yang tinggi. Dengan penggunaan PKD melalui SOP yang ditetapkan sepanjang tahun 2020, staf PKU berjaya membendung transmisi jangkitan COVID-19 daripada pelanggan kepada petugas barisan hadapan. Di samping itu, universiti juga berjaya membuat penjimatan sebanyak hampir RM50,000.00 mengambil kira harga pasaran yang terlalu tinggi pada waktu itu.

Tuntasnya, kejayaan ini membuktikan walaupun kita sedang diancam dengan serangan wabak, iltizam dan komitmen tinggi staf PKU dengan kerjasama warga kampus dan komuniti sekitar yang lain dapat menghasilkan inovasi yang sangat berguna ketika negara dilanda krisis kesihatan yang besar seperti ini.

4

Bab 1 Impak Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) kepada Universiti

Rakyat Malaysia tidak mungkin dapat melupakan tarikh 18 Mac 2020 yang merupakan detik pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. PKP dilaksanakan bagi tempoh dua (2) minggu berikutan peningkatan kes COVID-19 yang sedang menular secara global. Fasa satu yang bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 berlanjutan sehingga fasa empat yang berakhir pada 12 Mei 2020.

COVID-19 bukan sahaja telah mengubah keseluruhan landskap pentadbiran dan pengurusan Universiti Awam dalam konteks pelaksanaan aktiviti sedia ada tetapi juga terhadap pelaksanaan pelan strategi yang telah dirancang. Jika dilihat secara lebih dekat, pandemik tersebut telah meninggalkan impak yang signifikan kepada kelestarian dalam penyampaian perkhidmatan di UPM tidak terkecuali dalam pengurusan kewangan.

CABARAN DALAM PERKHIDMATAN KEWANGAN SEWAKTU PANDEMIK COVID-19

Yusnawati binti Mat Isa, Wan Rozidayani binti Wan Mohammad dan Junaida binti Adan

Universiti Putra Malaysia sebagai universiti penyelidikan telah mengambil pendekatan yang prihatin bagi menangani cabaran sewaktu pelaksanaan PKP. Sebagai langkah persediaan, perkhidmatan kewangan yang dilihat sebagai elemen penting di UPM perlu dilaksanakan dengan penyesuaian kepada norma baharu. Ia penting untuk mengekalkan kestabilan sumber kewangan pekerja UPM, proses perolehan kritikal seperti bekalan ubatan dapat diteruskan dan bayaran kepada perolehan/perkhidmatan professional tidak tergendala.

Cabaran awal ini dipermudah dengan mengambil inisiatif mengesyorkan bayaran gaji dibuat pada tarikh yang lebih awal selain mengeluarkan arahan agar semua tuntutan bagi proses pembayaran yang telah diterima sebelum PKP diselesaikan dalam tempoh 2 hari. Langkah ini diharapkan dapat mengekalkan kemampuan kewangan pekerja UPM dan pihak pembekal agar dapat meneruskan aktiviti ekonomi negara. Pembudayaan norma kerja baharu juga

Kerjasama antara staf kewangan sewaktu Covid-19

5

diperkenalkan serta merta dengan mewujudkan sistem giliran dan penetapan proses kerja yang lebih efektif.

Walaupun Pejabat Bursar telah menyediakan pelan tindakan dengan baik tetapi cabaran masih tidak dapat dielakkan. Sebagai contoh, proses bayaran gaji bulanan lazimnya boleh selesai dalam tempoh setengah hari. Namun, pada bulan Mac 2020; ia mengambil masa sehingga dua hari ekoran berlakunya ketidakseimbangan data. Cabaran seterusnya, adalah apabila bank pembayar tidak dapat mengkreditkan bayaran gaji pekerja UPM pada hujung minggu dan telah mengakibatkan sebahagiannya dibayar pada hari bekerja berikutnya.

Fasa pertama PKP turut melibatkan arahan agar pelajar Universiti Awam (UA) tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman dan perlu dikuarantin. Bagi menjamin kelangsungan hidup para pelajar ini, UPM mengambil inisiatif untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain. Pejabat Bursar sangat komited dalam memastikan perkhidmatan kewangan yang berkaitan dapat dilaksanakan dengan teratur. Pembudayaan norma kerja baharu dirasakan relevan dan sangat fokus kerana telah menyelesaikan proses memperoleh bekalan dan bayaran kepada syarikat penyedia makanan. Sebagai rekod, bayaran dibuat setiap tiga (3) hari selepas perkhidmatan selesai supaya kesinambungan perkhidmatan dapat diteruskan.

Selain itu, cabaran lain adalah untuk membayar pembekal sedangkan sekatan untuk ke pejabat masih terhad. Sebelum pandemik, proses kerja dilaksanakan di pejabat kerana memerlukan akses kepada sistem kewangan. Ketika peringkat awal PKP, giliran kerja untuk hadir secara fizikal dibuat bersesuaian dengan SOP. Capaian kepada sistem kewangan dapat dibuat dari rumah hasil kerjasama Bahagian operasi aplikasi, Pusat Pembangunan Maklumat Dan Komunikasi (IDEC), UPM. Ini elemen penting yang telah merealisasikan komitmen perkhidmatan kewangan

Kerjasama yang erat antara staf sebelum COVID-19

6

dibuat secara remote (jauh), hasil daripada proses analisis pengurusan risiko berkaitan yang telah dijalankan sepanjang tempoh PKP tersebut.

Perkhidmatan kewangan secara Work From Home (WFH) telah bermula dari minggu kedua dan berlanjutan sehingga PKP fasa empat (4). Pada fasa ini, pelan tindakan (sebagai sandaran) diadakan dengan menyediakan Garis Panduan Pembayaran dalam tempoh PKP sebagai panduan kepada pusat tanggungjawab bagi membolehkan perkhidmatan kewangan diteruskan dalam tempoh arahan sekatan dan kawalan pergerakan.

Pejabat Bursar sekali lagi berdepan dengan cabaran untuk membayar tiket penerbangan kepada syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dalam tempoh kurang dari 12 jam sebelum penerbangan para pelajar ke kampung halaman. Oleh kerana sinonim dengan budaya bekerja dari rumah (WFH) dan kelebihan capaian sistem setiap masa, pembayaran berjaya dibuat pada jam 10:00 malam hingga 2:00 pagi. Cabaran ini berjaya ditempuh kerana wujudnya kerjasama dalam pasukan beserta SOP yang sistematik.

Bak kata peribahasa “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Justeru, menyedari hakikat peranan pentadbir

Kerja-kerja rutin di UPM

dalam semua bidang adalah signifikan sepanjang pelaksanaan tempoh PKP pada tahun 2020 yang lalu maka peranan mereka masih relevan pada PKP 2.0 yang bersambung pada 11 Januari 2021, khususnya dalam memastikan kelestarian perkhidmatan kewangan.

Cabaran dan dugaan menyebabkan pembudayaan norma baharu kerja sewaktu PKP dalam memastikan kelestarian perkhidmatan kewangan berterusan telah membuka peluang kepada penambahbaikan kepada kualiti perkhidmatan kewangan. Garis panduan yang telah ditambah baik, perancangan transformasi kepada sistem pendigitalan dokumen kewangan dan sistem perakaunan yang bercirikan Artificial Intelligence (AI Accounting Software) selaras dengan Revolusi Industri ke 4.0 juga sedang dilakukan secara berperingkat.

Penyerahan bantuan kewangan kepada yang memerlukan

7

Taklimat diberikan kepada pelajar sebelum proses penghantaran pulang dilaksanakan

Bab 1 Impak Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) kepada Universiti

PROSES PENGHANTARAN PULANG PELAJAR SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)Shamilah binti Samian, Mohd Harris bin Mohd Ali dan Shahriman bin Hashim

Pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik; yang bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan, malah hingga ke seluruh dunia. Wabak berkenaan disifatkan teruk dan sangat membimbangkan. Terkesan daripada penularan COVID-19 yang pertama sekali dilaporkan di Malaysia pada 23 Januari 2020, kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara yang bermula pada 18 Mac 2020. Semasa pengisytiharan dibuat, UPM telah memulakan semester kedua sesi 2019/2020 sejak 10 Februari 2020 di UPM Serdang. Hal ini menyebabkan pelajar UPM terkesan secara langsung dengan pelaksanaan PKP kerana berada di dalam kampus sepanjang tempoh berkenaan.

Penyerahan bantuan kewangan kepada yang memerlukan

8

YB Menteri Pengajian Tinggi melakukan tinjauan semasa proses penghantaran pulang pelajar

Pelajar berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala

Lumpur (KLIA) bagi proses penghantaran pulang ke

Sabah dan Sarawak

Proses sanitasi dilaksanakan

9

Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad dalam kenyataan media pada 26 April 2020 telah memaklumkan bahawa pergerakan pulang pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta; Politeknik dan Kolej Komuniti ke kampung halaman bermula 27 April 2020. Susulan pengumuman ini, UPM telah mengatur satu gerak kerja menyeluruh dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi. Tambahan lagi, UPM dipilih sebagai Departure Centre (DC) yang mana menjadi lokasi pelajar dari IPT lain berkumpul untuk pelepasan ke sesebuah zon. Seramai lebih kurang 80 orang pegawai dari bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA); Felo Kolej Kediaman; Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), UPM; Pusat Kesihatan Universiti (PKU), UPM; Bahagian Keselamatan (BKU), UPM dan Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UPM turut terlibat secara langsung dalam proses ini. Misi ini turut mendapat kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Seramai 1,732 pelajar UPM dihantar pulang bermula 27 April sehingga 20 Mei 2020 melalui 2 fasa. Fasa pertama (27 April - 5 Mei 2020) , melibatkan penghantaran pulang pelajar seramai 817 orang ke enam zon; manakala, fasa kedua (7 - 20 Mei 2020) pula melibatkan penghantaran pelajar seramai 915 orang ke sepuluh zon. Penghantaran pulang pelajar UPM ke Sabah dan Sarawak turut mendapat kerjasama syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS). Sebanyak 7 buah bas UPM, 21 buah bas sewaan luar, 5 buah kenderaan kecil dan 8 buah bas daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) lain telah terlibat dalam proses ini. Selain menghadkan bilangan penumpang bagi penjarakan sosial, misi juga dilaksanakan mengikut SOP yang ditetapkan seperti mewajibkan pelajar membuat saringan kesihatan sebelum dibenarkan pulang, melaksanakan proses sanitasi ke atas kenderaan, penyediaan pelindung muka, cecair pembasmi kuman dan bekalan makanan yang dibungkus. Sepanjang perjalanan, mereka diiringi oleh Pegawai Perhubungan yang bertanggungjawab memastikan kelancaran proses selain menjadi pegawai penghubung dengan pihak PDRM. Para pelajar dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran tempat tinggal pelajar sebelum mereka diambil oleh wakil keluarga terdekat.

Menteri Pengajian Tinggi ketika mengadakan lawatan ke UPM menzahirkan kesyukuran dengan kelancaran proses penghantaran pulang pelajar yang diaturkan UPM bagi zon tengah bersama 7 buah Universiti Awam di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Turut hadir mengiringi beliau adalah YBhg. Profesor Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Ideris (Naib Canselor UPM) dan YBrs. Profesor Dr. Mohd Roslan Sulaiman (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UPM)

10

Kunjungan wakil pegawai kewangan UMS dan UPNM berkaitan Pengurusan Kewangan Penyelidikan

Bab 1 Impak Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) kepada Universiti

PENAMBAHBAIKAN DALAM PERKHIDMATAN KEWANGAN DALAM MENGHADAPI COVID-19

Anita binti Ismail

Dunia telah dikejutkan dengan penularan wabak COVID-19 yang mula dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar raya Wuhan, Hubei, China. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020 dan sehingga kini telah meragut lebih 2.3 juta orang di seluruh dunia. Negara Malaysia juga tidak terkecuali menerima kesan daripada pandemik ini di mana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diisytiharkan di seluruh negara mulai 18 Mac 2020. Bermula dari tarikh itu, beberapa siri episod PKP telah diumumkan sebagai usaha dan langkah pihak kerajaan membendung penularan virus COVID-19.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM), arahan penutupan semua premis telah dikeluarkan melalui Garis Panduan Perkhidmatan di UPM semasa PKP dan panduan ini sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Pengecualian penutupan premis diberikan hanya kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang menyediakan perkhidmatan kritikal seperti Pusat Kesihatan Universiti, Bahagian Keselamatan, Pejabat Bursar dan beberapa entiti lain yang dikenalpasti.

11

Pejabat Bursar menyediakan garis panduan dalam tempoh PKP bagi proses kewangan yang berkaitan bagi memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kewangan yang lebih berkesan dan cekap. Walaupun dalam situasi yang sukar peluang ini perlu digunakan untuk meneroka lebih banyak inisiatif-inisiatif dan idea-idea baharu ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Garis Panduan Pembayaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 diperkenalkan semasa pelaksanaan PKP fasa ketiga iaitu pada bulan April 2020 sehingga Jun 2020. Panduan ini dibuat supaya proses pembayaran kepada pembekal, staf dan pelajar dapat dilaksanakan secara berterusan. Terdapat beberapa perkara yang telah dikenalpasti dan memerlukan penilaian semula serta penambahbaikan, sepanjang pelaksanaan proses pembayaran dalam tempoh PKP. Justeru Garis Panduan Pembayaran dalam tempoh PKP 2.0 telah dikuatkuasakan bermula 10 Februari 2021 selaras dengan keperluan semasa.

Aktiviti-aktiviti lain seperti taklimat kewangan dan kursus telah mula dilaksanakan secara maya. Ianya selaras dengan situasi semasa yang menghadkan aktiviti secara bersemuka bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Semua pihak yang terlibat perlu mengikuti proses dan aktiviti kewangan secara digital dan maya bagi mendepani cabaran melaksanakan tangggungjawab dalam norma baharu. Segala kemahiran, kemudahan dan teknologi yang ada perlu dimanfaatkan dan diadaptasi secara optimum bagi memenuhi keperluan pelaksanaan tugasan seharian sama ada di rumah mahu pun pejabat. Secara tidak langsung, perkembangan ini telah mempercepatkan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Benar kata pepatah, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Berbekalkan semangat kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat, segala yang sukar pasti akan menjadi mudah. Segala platform yang ada hendaklah digunakan dan digembleng bersama bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kewangan di universiti dapat diteruskan dan seterusnya berjaya mencapai matlamat dan sasaran yang telah ditetapkan. Usaha yang berterusan dan komitmen semua pihak sangat penting supaya apa jua kesukaran dapat diatasi bersama.

12

Manual Pengurusan Komunikasi Krisis UPM

Sebagai pentadbir di Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), penulis terlibat secara langsung dalam aspek pengurusan komunikasi krisis ketika UPM berhadapan dengan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP. Pengurusan komunikasi krisis di UPM adalah berpaksikan kepada Manual Pengurusan Komunikasi Krisis UPM yang diterajui oleh PSPK. Ketika berhadapan dengan krisis kesihatan yang besar seperti ini, aspek komunikasi krisis sering dilihat sebagai elemen penting yang perlu diberi perhatian serius supaya krisis yang berlaku dapat diuruskan dan dikendalikan dengan baik. Komunikasi krisis bermaksud, komunikasi dan penyampaian maklumat yang berlaku ketika sesuatu krisis. Misalnya, dalam konteks pengurusan krisis COVID-19 di UPM, ianya membabitkan komunikasi yang berlaku antara pihak pengurusan universiti dengan warga kampus, media dan juga pemegang taruh yang lain seperti ibu bapa dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Jadi jika aspek ini tidak diuruskan dengan baik, ianya akan memberi kesan negatif kepada imej dan reputasi universiti.

Sejak pelaksanaan PKP, warga kampus dapat melihat peranan pihak pengurusan universiti dalam menguruskan dengan baik aspek komunikasi antara semua pihak yang terlibat melalui pemusatan saluran komunikasi di bawah PSPK. PSPK telah diberikan tanggungjawab yang

Bab 1 Impak Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) kepada Universiti

COVID-19 DAN PKP: PENGALAMAN PENGURUSAN KOMUNIKASI KRISIS

DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)Noor Mohamad bin Shakil Hameed

13

Antara poster hebahan maklumat Covid-19 yang telah digunapakai oleh PSPK kepada warga kampus ketika PKP

sepenuhnya untuk bertindak sebagai jurucakap bagi pihak universiti. Sebagai permulaan, pihak pengurusan universiti telah mengaktifkan Pasukan Tindakan Kecemasan, UPM (Emergency Response Team (ERT)-UPM) sejurus selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP dan penutupan operasi semua institusi pendidikan di seluruh negara mulai 18 Mac 2020. Pasukan ERT-UPM ini diketuai oleh Naib Canselor sebagai Pengerusi atau Komander Insiden di mana semua keputusan yang membabitkan pengoperasian universiti ketika PKP dibuat dalam mesyuarat ini. Dalam hal ini, peranan PSPK adalah untuk menghebahkan semua keputusan yang dibuat itu kepada pemegang taruh yang berkaitan dengan cepat dan melalui kaedah yang berkesan.

Bagi memastikan komunikasi krisis dilaksanakan secara berkesan, PSPK telah mengambil beberapa inisiatif supaya dapat menghebahkan semua informasi dengan cepat dan efisien. Antaranya, menggunakan e-mel rasmi [email protected] untuk menyampaikan hebahan makluman terkini kepada staf dan pelajar. Manakala, media sosial rasmi UPM iaitu facebook UPM pula telah digunakan secara meluas untuk membuat hebahan kepada semua pihak luar yang berkepentingan. Laman sesawang rasmi UPM pula sentiasa dikemaskini dengan maklumat supaya dapat dicapai dan diakses dengan mudah. Sebagai inisiatif tambahan, PSPK juga telah membuka saluran Telegram khas untuk warga UPM dan pihak luar mengikuti segala perkembangan mutakhir yang berlaku di UPM. Di samping itu, PSPK juga telah menguruskan kenyataan media yang perlu mengikut keperluan untuk makluman pihak media tempatan.

14

Komunikasi dengan warga kampus juga dilakukan dalam bentuk video apabila Naib Canselor telah menyampaikan status situasi semasa PKP di UPM pada 15 April 2020 di saluran facebook dan YouTube UPM. Dalam pada itu, kenyataan berkaitan penafian sesuatu berita palsu terutamanya membabitkan status kes positif dalam kalangan staf dan pelajar juga dibuat oleh PSPK secara cepat dan pantas supaya warga kampus tidak panik dan terkeliru dengan berita yang disebarkan.

Tuntasnya, kita dapat lihat pengurusan krisis komunikasi di UPM berjalan dengan begitu lancar, teratur, efisien dan berkesan. Ironinya, komunikasi yang berkesan ketika krisis amat penting untuk mengurangkan konflik sekali gus membantu memupuk sokongan dan kepercayaan warga kampus dan pemegang taruh terhadap pihak pengurusan universiti.

Poster hebahan berkaitan Covid-19 oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Setia Dato’ Dr. Aini Ideris

15

Penjawat awam merupakan nadi dan inspirasi perkhidmatan awam negara serta penentu kejayaan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Maka, tidak hairanlah penampilan seorang penjawat awam perlu dilihat berautoriti yang mana akhirnya menampilkan imej berkredibiliti seorang pemimpin yang mewakili organisasi.

Kajian yang dilakukan oleh Brian Spisak dan rakan penyelidik dari VU University, Amsterdam menyatakan bahawa pakaian yang rapi dan tubuh badan nan bersih merupakan syarat menjadi seorang pemimpin yang menjadi idaman ramai orang. Hal ini kerana ketika kita memilih seorang pemimpin, perkara yang pertama diperhatikan oleh orang ramai ialah penampilan dirinya.

Maklumat yang diterbitkan di dalam Frontiers in Human Neuroscience itu menjelaskan penelitian Spisak mengenai pandangan masyarakat terhadap ciri-ciri seorang pemimpin dalam hal kesihatan, kecerdasan dan penampilan.

Dalam kajian tersebut, seramai 148 responden yang terlibat di dalam kajian tersebut telah diberi dua (2) keping gambar foto lelaki. Mereka diminta untuk memilih gambar lelaki yang kelihatan sihat dan berpenampilan kemas atau lelaki yang kelihatan cerdas dan pandai, yang dianggap sesuai dan mampu menjadi seorang pemimpin di dalam organisasi.

BRIAN SPISAK: KAJIAN PENAMPILAN PEMIMPIN BERBANDING KECERDASANNYA

Ludinata bin Misnun

Bab 2 Pentadbiran

16

Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa 69% responden memilih gambar lelaki dengan penampilan diri yang terlihat kemas dan sihat. Ini jelas menunjukkan bahawa penjawat awam yang mempunyai aspirasi dan mendapat banyak sokongan adalah mereka yang memiliki penampilan diri yang terbaik.

Justeru, semakin ramai pemimpin eksekutif, penjawat awam dan ahli politik rela mengeluarkan wang untuk mengubah penampilan diri menjadi lebih berkarisma yang mana ia boleh meningkatkan peluang kerjaya mereka pada masa hadapan. Memang benar, kepintaran otak juga diperlukan untuk melunaskan kerja. Namun, tidak bererti kita mengenepikan kekuatan citra diri dengan berpenampilan terbaik.

Kesimpulannya, penjawat awam yang berpakaian rapi, bersih dan mengikut peraturan berpakaian yang betul ketika di pejabat akan meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap tugas awam yang dilaksanakannya.

Rujukan:1. Brian Spisak et al. (2014). A face for all seasons: Searching for context-specific

leadership traits and discovering a general preference for perceived health.Frontiers in Human Neuroscience.

2. Rudy Ludinata (2018). 77 inspirasi gaya penjawat awam.

17

Setiap tahun warga Malaysia akan menyambut Hari Integriti Nasional pada tanggal 5 November. Hari Integriti dijadikan sebagai salah satu hari yang disambut setiap tahun bagi memperlihatkan kepentingan integriti dalam jiwa setiap rakyat Malaysia secara umum dan warga Universiti Putra Malaysia (UPM) khasnya.

Integriti berasal daripada perkataan Latin, iaitu ‘integer’ yang bermaksud menyeluruh, sempurna dan kesatuan yang teguh (Widang dan Fridlund, 2003). Individu yang berintegriti adalah individu yang berpendirian teguh, berprinsip, jujur, tidak bersifat hipokrit dan memiliki kualiti peribadi yang terpuji. Mereka juga melakukan perkara yang mereka rasakan betul meskipun mendapat pelbagai tentangan daripada pelbagai pihak (Ben-Shahar, 2010).

WARGA BERINTEGRITI TONGGAK KECEMERLANGAN ORGANISASI

Haslinda binti Hassan

Bab 2 Pentadbiran

Perspektif integriti yang seterusnya adalah berpegang teguh kepada kebenaran. Manusia yang berintegriti adalah manusia yang hidup dalam kebenaran, tidak terpecah dan juga tidak menjadi manusia yang berbeza di dalam situasi yang berbeza. Mereka tidak berubah-ubah atau mempunyai pandangan, sikap dan tingkah laku yang berbeza-beza terhadap kebenaran sama ada ketika bersendirian atau ketika berada di khalayak masyarakat. Terdapat 4 elemen dalam proses pembentukan integriti iaitu ilmu, motif atau niat, penghayatan dan komitmen atau amalan.

Integriti adalah perkara penting dalam setiap pasukan

18

Koleksi utama Integriti 2020

Asas pembentukan organisasi terdiri dari dua komponen penting iaitu kakitangan atau pekerja dan pemimpin. Oleh kerana integriti merupakan komponen utama dalam mencapai kecemerlangan organisasi, maka pembangunan integriti staf dalam organisasi bermula daripada peringkat pemilihan kakitangan. Ini penting untuk memastikan hanya kakitangan yang berintegriti sahaja berada dalam pasukan kerja bagi membina iklim organisasi yang berintegriti tinggi. Warren Buffet, Ketua Pengarah Urusan Berkshire Hathaway yang memiliki kekayaan bernilai 63.3 bilion dollar pada tahun 2014, “Dalam mencari kakitangan untuk digaji, perlu mencari tiga kualiti; integriti, kepandaian dan tenaga. Jika tiada yang pertama, dua lagi kriteria akan membunuh.” Nilai yang paling tinggi dalam pembentukan integriti adalah amanah.

Ini juga selaras dengan Prinsip etika kerja dan nilai-nilai murni UPM yang menggariskan amanah sebagai kedudukan paling tinggi.

Amanah dari segi bahasa, terbit dari kata dasar ‘amina’ yang membawa maksud aman dan selamat. Secara istilah ia bererti ‘sesuatu yang diberi kepercayaan untuk dilaksanakan’. Orang yang beramanah adalah seseorang yang bertanggungjawab atas sesuatu tugas yang diberikan.Amanah merupakan sifat yang begitu tinggi “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah SWT dan Rasulullah SAW dan juga janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepada kamu, sedang kamu mengetahui”. (Surah Al - Anfal 8:27)

Sifat amanah merupakan kualiti mulia yang merujuk kepada perihal seseorang yang menjaga dengan sebaik mungkin sesuatu tanggungjawab yang diberikan sama ada amanah tadi berupa tugasan, kerja, harta benda, rahsia dan sebagainya. Orang yang bersifat amanah pula dirujuk sebagai Amin di mana dia adalah orang yang dipercayai oleh masyarakat sekelilingnya.Kehadiran pemimpin yang beramanah menjadikan ahli berasa aman dan tenteram. Ini kerana masyarakat mempunyai keyakinan bahawa dengan adanya pemimpin yang amanah hak-hak mereka akan

19

Rujukan Integriti 2020

terpelihara. Mayer et al. (1995) menerusi “Model of Trustworthiness” yang diperkenalkannya pula menyenaraikan tiga ciri utama yang perlu ada pada pemimpin iaitu kemampuan, kebaikan dan integriti.

Kepentingan amanah ini juga terzahir pada hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW menyebut, “ Sekiranya amanah itu disia-siakan, maka tunggulah kehancuran.” Apabila para sahabat bertanya tentang apa yang dimaksudkan dengan amanah itu disia-siakan, Rasulullah SAW menjawab, “Apabila kamu menyerahkan sesuatu urusan kepada mereka yang tidak layak memikulnya, maka tunggulah akan kehancuran,” (Sohih Bukhari).

Berdasarkan contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para Rasul terdahulu dalam kehidupannya, sesebuah kumpulan tersebut bukan sahaja memerlukan seorang pemimpin, malah pemimpin yang dilantik juga haruslah seorang yang kuat pendirian dan mempunyai amanah serta integriti yang tinggi, Rasulullah SAW sendiri sebagai pemimpin umat Islam yang pertama adalah seorang yang mencerminkan tahap kewibawaan dan amanah yang amat tinggi sehingga beliau digelar al-Amin iaitu seorang yang amanah.

Kepimpinan yang amanah dan cemerlang sahaja tidak cukup, ia perlu disokong oleh pekerja yang juga mempunyai ciri-ciri ketekalan peribadi iaitu mempunyai sifat amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Pandemik COVID-19 telah merubah paradigma baharu dari segi tatacara budaya kerja dan norma sosial masyarakat. Dalam menjalani tugas dalam norma baharu, sifat amanah merupakan ciri yang wajib ada pada setiap kakitangan UPM bagi mengelakkan staf dikatakan menerima gaji yang tidak setimpal dengan tugas semasa melaksanakan urusan bekerja dari rumah. Sementara pelajar menjalani norma baharu menuntut sifat amanah dan tanggungjawab dalam mencari ilmu akademik serta kehidupan. Bagi mencapai tahap kecemerlangan sesuatu organisasi komitmen kedua belah pihak amat perlu iaitu pekerja yang cemerlang dan berintegriti serta barisan kepimpinan yang turut menjunjung kecemerlangan dan integriti. Ini selaras dengan 4 nilai utama UPM iaitu kecemerlangan, kepelbagaian, kelestarian dan integriti. Semoga warga UPM dapat menghayati integriti dan semoga ia tetap teguh terpahat di hati kerana ‘Integriti Teras Peribadi’.

20

Bab 2 Pentadbiran

MENGEMBALIKAN PERANAN DAN FUNGSI MASJID Haji Mat Razi bin Abdullah

Masjid merupakan institusi masyarakat yang sangat penting dalam Islam. Kepimpinan Islam boleh merancang, melaksana dan menggembleng tenaga melalui institusi masjid bagi memajukan umat Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk aspek pembinaan rohani, akhlak dan pembangunan social masyarakat. Bagi memastikan institusi masjid mampu berperanan secara cemerlang, institusi ini perlu dipimpin dan diurus tadbir dengan baik oleh mereka yang benar-benar bertaqwa kepada Allah SWT. Ini bertepatan degan firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud, “Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah SWT ialah orang-orang yang beriman kepada Allah SWT dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut kepada siapa pun selain kepada Allah SWT, maka merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk.”(Surah Al-Taubah : 18).

Penjarakkan sosial ketika beribadat di Masjid UPM

Apabila Rasulullah SAW ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah, perkara pertama yang dilakukan oleh Baginda SAW ialah mendirikan masjid untuk dijadikan pusat pentarbiahan atau pendidikan dalam melahirkan generasi sahabat yang hebat. Ketika Rasulullah SAW dan para sahabatnya berhijrah dari kota Makkah ke Kota Madinah, baginda dan para sahabat membangunkan sebuah masjid apabila sampai di Quba’ dan diberi nama Masjid Quba’. Begitu juga ketika sampai di Madinah, Rasulullah SAW membangunkan Masjid Nabawi. Rasulullah SAW menjadikan masjid sebagai tempat untuk meningkatkan keimanan para sahabat Baginda. Masjid bukan hanya digunakan sebagai tempat pembelajaran ilmu Islam dan tempat ibadah semata-mata tetapi merupakan pusat kegiatan dakwah Islam yang luas. Rasulullah SAW telah membuktikan bahawa masjid memainkan peranan utama dalam pembangunan insan dan mempunyai kedudukan yang tinggi bagi umat Islam.

Bagaimana kepimpinan sesebuah masjid dalam menyediakan kemudahan dan mengatur aktiviti masjid dapat membangun kekuatan masyarakat dalam kesemua aspek termasuk rohani, ekonomi, budaya, pendidikan dan sebagainya. Bagi merealisasikan fungsi masjid yang sebenar maka empat (4) komponen utama iaitu pengurusan organisasi masjid, pengimarahan masjid, kemudahan prasarana dan persekitaran perlu diberi perhatian oleh pentadbir masjid. Pentadbir masjid perlu mempunyai wawasan yang jelas tentang peranan masjid dan sekali gus mampu memahami tuntutan keperluan masyarakat setempat. Pentadbir masjid yang mempunyai

21

kemahiran pengurusan yang tinggi akan dapat merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menarik dan mampu melibatkan ahli kariah dalam usaha memakmurkan masjid. Peranan tersebut boleh dimainkan secara praktis dan lebih berkesan apabila mereka sudah mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang diperlukan dalam mentadbir masjid. Sebagai contoh, pengurusan kewangan; dana dan harta memerlukan latihan dan kemahiran dalam bidang perakaunan. Kemahiran-kemahiran lain juga perlu dimiliki seperti kemahiran merencana program yang dapat mendidik ahli kariah secara lebih berkesan. Justeru, ahli jawatankuasa masjid perlu berusaha memiliki kemahiran pengurusan yang strategik bagi memakmurkan masjid dalam suasana yang semakin mencabar. Keperibadian yang baik dalam kalangan ahli jawatankuasa, kepimpinan yang berwibawa dan pengurusan yang profesional akan memberikan impak yang baik kepada masyarakat.

Masjid semestinya menjadi tempat memupuk semangat belas kasihan dan ihsan, ukhuwah, kasih sayang dan menghubung silaturahim antara sesama mukmin. Justeru, masjid mestilah berperanan membantu masyarakat daripada pelbagai golongan. Masjid sepatutnya berperanan membantu hal-hal kebajikan masyarakat seperti kebajikan pada asnaf, anak yatim, warga tua dan mereka yang tidak berkemampuan. Begitu juga, masjid boleh menyalurkan sumbangan bagi membantu meringankan beban ahli kariah yang terjejas dengan pandemik COVID-19.

Bagi memenuhi keperluan cabaran masyarakat semasa supaya terus relevan seharusnya masjid perlu menyediakan kemudahan teknologi, tempat riadah, bilik rawatan dan pusat pendidikan bagi memenuhi keperluan cabaran masyarakat semasa supaya terus relevan. Masjid seharusnya menjadi sebagai mesra komuniti atau pusat komuniti. Justeru, kemudahan yang ada di masjid tidak hanya untuk keperluan golongan dewasa sebaliknya untuk kemudahan kanak-kanak dan golongan remaja serta golongan orang kurang upaya (OKU) bagi menarik minat mereka mengunjungi masjid.

Persekitaran masjid mestilah menarik dan cantik terutamanya kebersihan dalaman masjid, tandas, tempat wuduk dan persekitarannya diuruskan dengan baik. Islam sangat mengambil berat aspek kebersihan dan memberi keutamaan supaya menjaga kebersihan diri,

Ibadah masih diteruskan ketika Covid-19Masjid sebagai tempat beribadat

22

tempat tinggal, tempat ibadat dan sebagainya. Sudah sampai masanya, fungsi masjid mampu menyumbang kepada kelestarian hijau melalui program pengumpulan bahan kitar semula seperti pakaian terpakai, minyak masak terpakai atau penggunaan solar bagi penjimatan elektrik. Di samping itu, persekitaran masjid perlu diceriakan dengan tanaman hiasan untuk mendapatkan udara sekitar yang segar dan sihat.

Kesimpulannya, masjid hendaklah dikembalikan peranan sebagaimana yang selayaknya. Fungsi masjid perlu diperkasakan dengan pelbagai program dan aktiviti yang menambahbaik pengurusan organisasi, pengimarahan, kemudahan prasarana dan persekitaran. Oleh itu, pentadbir masjid berperanan mengurus masjid bagi menjayakan program pengimarahan dan takmir, menyelia kebersihan dalaman dan keceriaan persekitaran masjid. Rasa bersama dan semangat bekerjasama antara pengurusan masjid dan ahli kariah perlu disemai dan dipupuk agar impak program pengimarahan masjid dirasai oleh semua peringkat umur dan lapisan masyarakat Islam, seterusnya merealisasikan fungsi masjid yang sebenar.

Aktiviti penanaman pokok di sekitar kawasan masjid

Makanan yang disumbangkan bagi kebajikan masyarakat sekitar

Bab 2 Pentadbiran

WAKAF WARISAN YANG DILUPAKAN Dr. Haji Razali bin Othman

“Pembinaan infrastruktur seperti jalanraya, jambatan, dan sistem pengairan; perkhidmatan kebajikan seperti pembinaan hospital penjagaan orang miskin dan mereka yang memerlukan bantuan; perkhidmatan pendidikan dan budaya seperti pembukaan sekolah, perpustakaan, universiti, menyediakan keperluan biasiswa kepada pelajar dan pembayaran gaji pendidik; perkhidmatan keagamaan seperti pembinaan masjid dan pembayaran gaji orang yang terlibat dalam keagamaan yang semuanya dilaksanakan melalui wakaf.”

(Bahaedin Yedyyildiz, Place of the Waqf in Turkish Cultural System).

Sedutan di atas memberi rumusan sebenar kehebatan dan peranan wakaf dalam kehidupan masyarakat Muslim. Malangnya, sumbangan dan peranan wakaf dalam pembangunan masyarakat telah tenggelam dalam zaman ekonomi moden hari ini, sehingga institusi wakaf yang begitu hebat ini hanya dikaitkan dengan tanah-tanah perkuburan, madrasah, masjid dan tanah-tanah terbiar sahaja. Kegemilangan institusi wakaf kian terpinggir dan semakin dilupakan. Ironiknya, wakaf yang nyata berakar umbi daripada perundangan Islam diterima dan giat diamalkan oleh masyarakat Barat hari ini menerusi aktiviti-aktiviti philanthrophy dengan menggunakan pelbagai istilah seperti foundations, charitable funds dan endowment. Wakaf ibarat terkubur sebelum ajalnya. Inilah persoalan yang harus direnungkan semula, dan difikirkan bersama, khususnya kita dalam kalangan pentadbir di UPM.

Menurut Heffening, institusi wakaf telah dibangunkan seawal abad pertama selepas hijrah dan telah menjadi perundangan yang rigid pada abad kedua selepas hijrah. Amalan mewakafkan harta untuk tujuan kebaikan (qurba) dan mendekatkan diri dengan Allah SWT (taqarrub) adalah satu sistem pemindahan harta dan manfaat daripada seseorang (pewakaf ) kepada pihak yang yang ditentukan (penerima manfaat wakaf ) yang bersifat kekal selamanya. Amalan ini mengambarkan satu sistem yang secara keseluruhannya memberi tumpuan kepada kebahagian umat manusia sejagat. Pewakaf gembira kerana dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan dengan didorong oleh perasaan keinsafan untuk mendapatkan rahmat Allah SWT, sementara penerima wakaf pula, bersyukur kerana keperluan asasnya dapat dipenuhi. Akhirnya, kegembiraan, kebahagian dan kesyukuran dipenuhi secara kolektif dalam kehidupan masyarakat tanpa menimbulkan sebarang konflik antara satu sama lain.

Walaupun wakaf telah diketahui umum, tetapi pendekatan dan penggunaannya yang berbeza-beza, kadangkala menimbulkan kekeliruan. Ini kerana Al-Qur’an dan Al-Sunnah tidak memberi panduan secara terperinci bagaimana seharusnya harta wakaf diurus.

23

24

Menurut Wahbah al-Zuhaili banyak daripada pandangan 23 para fuqaha’ dalam hal berkenaan wakaf berasaskan kepada ijtihad masing-masing. Justeru itu tidak hairanlah jika terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ahli fiqh ketika membahaskannya termasuklah factor pengalaman, sosiobudaya, pengaruh aliran sekolah perundangan atau mazhab, struktur kekuasaan politik dan sistem perundangan yang berkuatkuasa di negara tersebut.

Namun begitu, konsep dan tujuan wakaf dapat dilihat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang telah menjadi locus classicus di kalangan ilmuan Islam apabila membincangkan wakaf. Antara maksud hadis tersebut ialah;

Bahawa Saidina Umar RA pernah berkata, “Wahai Rasulullah SAW, saya telah memperolehi harta yang saya tidak pernah perolehi sebelum ini dan saya ingin menghampiri Allah SWT menerusinya”. Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW, “Tahankan (wakafkan) asal harta itu dan sedekahkan hasilnya.” Lalu Saidina Umar RA menjadikan hartanya itu (tanah perolehan di Khaibar) sebagai harta sedekah yang tidak boleh dijual, dibeli dan diwarisi.

Jika diteliti hadis di atas, jelas konsep wakaf sebagai salah satu mekanisma untuk penjanaan, perpindahan dan pengagihan kekayaan harta dalam masyarakat Islam. Keistimewaan dan keunikan wakaf terletak kepada konsep pemisahan antara hak pemilikan dan hak penggunaan. Atas dasar inilah faedah yang boleh dinikmati daripada aset wakaf berbentuk kekal kerana ia tidak bergantung kepada entiti pemilik yang bersifat sementara seperti tercatat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim bahawa Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud; “Jika anak Adam telah meninggal, maka putuslah semua amalnya kecuali tiga; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan keduanya ibubapanya”.

Para ulama bersependapat bahawa sedekah jariah yang disebutkan dalam hadis di atas dimaksudkan kepada amalan wakaf. Wakaf telah digunakan bukan sahaja sebagai satu mekanisma untuk pengagihan semula kekayaan, tetapi juga untuk memperkukuhkan keupayaan individu serta masyarakat yang memerlukan sokongan. Bantuan modal pinjaman, pengagihan makanan yang berkhasiat, perpustakaan, madrasah, sekolah, universiti, hospital, rumah-rumah tumpangan dan kebajikan, dan kemudahan infrastruktur (jambatan, jalanraya dan sistem perparitan) disediakan menerusi dana wakaf. Menariknya, Jabatan Kerja Raya (JKR) yang bertanggungjawab dalam merancang, membangun dan mengawal infrastruktur negara tidak pernah wujud sepanjang pemerintahan kerajaan Islam. Ini kerana semua tugas ini telah dilaksanakan oleh masyarakat melalui dana wakaf. Puteri Zubaidah, isteri kepada khalifah Harun al-Rashid umpamanya, telah membina jalan raya daripada Baghdad sehingga ke Mekah untuk kemudahan jemaah yang mengerjakan haji melalui harta-harta wakaf yang dibangunkannya.

Ibnu Battutah, salah seorang pelayar Islam semasa melawat Damascus pada tahun 726 M menyebut dalam buku catatanya Rihlah Al-Batutah bahawa kepelbagaian dan perbelanjaan wakaf adalah sangat menakjubkan. Terdapat pelbagai jenis wakaf seperti wakaf untuk orang yang tidak mampu mengerjakan haji di Mekah, wakaf sumbangan perkahwinan untuk wanita yang keluarganya tidak mempunyai kemampuan, wakaf untuk membebaskan pesalah, wakaf makanan, pakaian, meningkatkan kemudahan awam seperti jalanraya dan kaki lima jalan untuk kemudahan orang ramai. Beliau juga mencatatkan,

“Semasa saya berjalan di bandar Damascus, saya ternampak seorang hamba secara tidak sengaja telah menjatuhkan mangkuk porselin daripada China. Hamba tersebut ketakutan lalu dikerumi orang ramai. Salah seorang daripada mereka telah meminta hamba tersebut mengutip serpihan

25

mangkuk untuk dibawa kepada pengurus wakaf. Beliau telah membawa serpihan tersebut dan telah menerima bayaran yang sama bagi harga mangkuk tersebut.”

Begitulah hebatnya peranan wakaf yang tidak membezakan antara konsep tuan dan hamba.

Menurut Profesor Norman Stilman, sebahagian besar daripada kebajikan dan perkhidmatan sosial dalam dunia Islam disumbangkan melalui wakaf pada zaman pertengahan. Institusi ini telah memenuhi fungsi kebajikan yang sangat luas seperti yang disebut oleh Lord Macnaghten pada akhir abad yang ke 19 dalam ulasan beliau ke atas English Charitable Act, “Pengurangan kemiskinan, kemajuan pendidikan dan pegembangan agama dan sebarang tujuan lain yang memberi manfaat kepada komuniti walaupun tidak termasuk dalam mana-mana kategori yang disenaraikan“. Sementara Profesor D.S. Power dalam kajiannya terhadap perkembangan institusi wakaf di Juruselam di antara tahun 1525-1572 telah mengenal pasti lebih daripada 35 harta yang telah diwakafkan untuk manfaat kebajikan masyarakat seperti kedai, rumah kediaman, dewan, bangunan perusahaan, ladang, tanaman, kolam, percetakan dan universiti. Malah, menurut Profesor Dr. Yusof Al-Qardawi dalam bukunya (Kemiskinan dan cara Islam mengatasinya), “Kaum muslimin sangat peka terhadap pelbagai hajat dan keperluan makhluk Allah SWT, walaupun kecil hajat dan keperluan tersebut. Mereka turut mewakafkan harta untuk mendirikan hospital bagi merawat haiwan yang sakit serta memberi makan kepada anjing-anjing yang berkeliaran.” Jika mereka begitu teliti dalam memerhatikan kesejahteraan haiwan-haiwan terbiar, bagaimana pula agaknya perkhidmatan mereka terhadap manusia selaku makhluk yang dimuliakan?.

Kajian menunjukkan semasa era pemerintahan Seljukid dan Empayar Uttmaniah daripada pertengahan abad ke-8 sehingga akhir abad ke-19, ribuan individu tanpa mengira fahaman dan kepentingan diri telah mewakafkan harta milik mereka untuk kemajuan masyarakat. Sebanyak 300,000 institusi wakaf telah ditadbir di bawah pentadbiran Sanjak. Belanjawan wakaf pula mencecah 1/3 daripada keseluruhan belanjawan Kerajaan Uttmaniah. Kekayaan individu bertukar menjadi ribuan perkampungan dan ratusan bandar menerusi konsep wakaf. Bandar-bandar yang berkonsep spiritual, intelektual dan memenuhi keperluan biologi dianggap sebagai bandar untuk keamanan oleh ahli falsafah Turki yang agung, iaitu Farabi. Bandar-bandar wakaf dibangunkan melalui tiga fasa, iaitu fasa kompleks (terdiri daripada rumah ibadat, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, rumah tetamu, pusat pengedaran makanan kepada orang miskin, hospital, kolam, perkhidmatan air awam, dan tanah perkuburan), fasa kulliye (terdiri daripada bangunan perniagaan, kedai, bazar, pasar tertutup dan rumah-rumah penginapan peniaga), dan fasa ketiga merupakan kawasan penempatan penduduk. Masjid telah dibina dan ditempatkan di tengah bandar berfungsi sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Du Frasne Canaye yang melawat Istanbul pada tahun 1576 menyebut; “Bandar Turki sebagai bandar yang wujud melalui hubungan antara alam, manusia dan Tuhan menerusi wakaf.”

Peranan wakaf juga turut berkembang di seluruh Empayar Uttmaniah. Menurut M. Kiel seorang orientalis Belanda dalam kajiannya terhadap peranan wakaf di Turki bahawa kawasan bergurun di Tenggara Bulgaria, iaitu antara bandar Filibe dan Edirne yang sangar sukar dihuni telah dibangunkan melalui institusi wakaf di bawah pemerintahan Turki. Sebanyak 142 buah universiti, 273 jambatan, 16 rumah tumpangan dan sebagainya juga telah turut dibiayai melalui wakaf. Pada tahun 1879 terdapat 87 buah sekolah dan universiti, 9 buah rumah kebajikan dan 3 perkhidmatan air untuk kepentingan masyarakat di Cyprus. Sebanyak 800 dan 786 buah universiti dibangunkan melalui wakaf di Cecennestan dan Azerbaican. Bonda Sultan Abd. Hamid I pula telah mewakafkan rumah sakit Ghuraba El Muslimin di Istanbul yang telah

26

memberi perkhidmatan rawatan kepada lebih daripada 35,900 pesakit setiap tahun. Peranan dan kehebatan wakaf di zaman Empayar Uttmaniah disebut oleh Profesor Baheddin Yedyyildiz,

“Terima kasih kepada wakaf yang berkembang subur semasa empayar Uttmaniah. Insan dilahirkan dalam rumah wakaf, tidur dalam buaian wakaf, makan dan minum daripada harta wakaf, membaca buku yang diwakafkan, menerima pendidikan di sekolah wakaf, menerima gaji daripada pentadbiran wakaf dan bila insan ini meninggal dunia, diletakkan dalam keranda dan dikebumikan di tanah kubur yang diwakaf”.

Malah, di akhir pemerintahan Empayar Uttmaniah, terdapat 3/4 keluasan tanah Arab merupakan tanah yang diwakafkan. Pada pertengahan abad yang ke 19, ½ daripada tanah di Algeria, 1/3 keluasan tanah di Tunisia dan 1/8 tanah pertanian di Mesir merupakan tanah yang wakaf.

Model wakaf juga telah mempengaruhi masyarakat Barat sebagai asas yang penting dalam pembangunan masyarakat menerusi penubuhan institusi-institusi pendidikan, perkhidmatan sosial dan kebajikan. Pada tahun 1264, Walter de Melton yang pernah bertugas sebagai Canselor Raja England di Juruselam telah menubuhkan Kolej Melton di Universiti Oxford melalui konsep wakaf. Universiti Harvard mengumpul sejumlah USD35 bilion dalam bentuk endowmen yang digunakan untuk membiayai aktiviti-aktiviti pendidikan dan penyelidikan, penyelenggaraan perpustakaan dan pengendalian tabung biasiswa. The Alfread P. Sloan Foundation yang ditubuhkan pada tahun 1934 mempunyai aset USD1,373,911,437 bermatlamat untuk membantu dan menyokong pembangunan sains dan teknologi, peningkatan prestasi ekonomi dan kehidupan, pendidikan dan program-progran sivik. Jeremy Refkin dalam bukunya The End of Work, yang diterbitkan pada tahun 1996 menyarankan kepentingan sektor ini untuk digunakan sebagai alternatif mengurangkan bebanan kerajaan ke arah pembangunan masyarakat yang lebih menyeluruh.

Kesimpulannya, konsep-konsep dalam pelbagai istilah serta saranan seperti di atas telah diamalkan dalam negara Islam menerusi wakaf lebih daripada 1400 tahun yang lalu, sebelum lahirnya The Doctrines of Trust and Uses dalam Perundangan Inggeris. Tetapi, umat Islam lebih mengenali endowment, trust fund, foundation, estate planning dan konsep-konsep philanthropy (giving, donation dan charitable fund). Wakaf yang terasnya adalah al-Qur’an, hadis dan ijma ulama sangat berpotensi untuk diperkasakan sebagai sumber pembiayaan ummah. Kalau dunia Barat menerimanya, mengapa tidak kita? Wakaf menuntut setiap umat untuk kembali melihat serta berusaha memperkasakannya, lebih lagi kita dalam kalangan pentadbir di UPM ini. Wakaf adalah jalan keluar kepada kemelut yang sedang dihadapi oleh dunia pendidikan tinggi termasuk di UPM. Wakaf di hadapan kita. “Tepuk dada, tanya selera” dan “Kalau hendak seribu daya, kalau tidak beribu dalilnya.”

27

Bab 2 Pentadbiran

WAZAN ROAD MAP 2016- 2019 (WARM’25): TRANSFORMASI PENGURUSAN WAKAF

BERDAYA MAJU

Dr. Haji Razali bin Othman

Kajian menunjukkan bahawa menguruskan dana wakaf bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai isu dan cabaran yang “menghantui” kejayaan pengurusan wakaf seperti ketiadaan sumber manusia yang sesuai, kekurangan kewangan, perundangan yang tidak kondusif dan pemahaman masyarakat yang sempit. Rata-rata masyarakat masih menganggap wakaf tidak lebih daripada tanah-tanah perkuburan, masjid, sekolah agama dan tanah-tanah terbiar. Malah, masih ramai umat Islam hari ini melihat wakaf dalam konteks ibadah khusus, seperti mendirikan solat, berpuasa dan menunaikan haji. Apa lagi, Islam hari ini pula dikaitkan oleh media-media Barat dengan aktiviti berunsur “keganasan” dan “kemunduran” hidup. Ini menjadikan institusi wakaf semakin sukar untuk diterima oleh masyarakat.

Profesor Levitt dalam artikelnya, Marketing Myopia pada tahun 1960 telah menyentuh isu kegagalan sesebuah organisasi secara mendalam. Menurut beliau, “In every case, the reason growth is threatened, slowed, or stopped is not because the market is saturated. It is because there has been a failure of management. The railroads did not stop growing because the need for passenger and freight transportation declined. That grew. The railroads are in trouble today not because that need was filled by others (cars, trucks, airplanes, and even telephones) but because it was not filled by the railroads themselves. . They let others take customers a way from them because they assumed themselves to be in the railroad business rather than in the transportation business. The reason they defined their industry incorrectly was that they were railroad oriented instead of transportation oriented; they were product oriented instead of customer oriented.”

Apa yang lebih menarik lagi pula ialah penelitian yang dibuat the Finance News pada tahun 2012 mentakrif wakaf sebagai sebuah industri “The sleeping giant of Islamic finance” dengan anggaran potensi bernilai lebih RM1.3 trillion. Menurut kajian ini lagi, “Malangnya, majoriti aset wakaf tidak diurus dengan baik menyebabkan pulangannya sangat kecil”. Dalam waktu yang sama, Earnst dan Young (2012) pula membuat rumusan bahawa, “tapping into the multi-billion dollar Waqf pool first requires ensuring a credible governance and operational infrastructure to safeguard the sanctity of the Waqf charter.”

Berdasarkan senario di atas, artikel berbentuk penerokaan awal di Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) ini dilakukan dengan melihat pengalaman WAZAN dalam menguruskan dana wakaf ilmu di Universiti Putra Malaysia (UPM). Dengan erti kata lain, artikel ini ditulis bagi membincangkan pelaksanaan Model WAZAN Road Map 2016-2025 (WARM’25) yang menjadi strategi jangka panjang pengurusan pendanaan wakaf di WAZAN, UPM.

Idea untuk mewujudkan dana wakaf sebagai sumber pendanaan di UPM bermula sejak tahun 2002 lagi. Kertas kerja penubuhan Dana Wakaf telah dikemukakan oleh Unit Perancangan Korporat (UPK), yang kemudiannya telah diluluskan pelaksanaannya oleh Jawatankuasa

28

Pengurusan Universiti (JPU) pada tahun yang sama. Pada peringkat awal, pengurusan Dana Wakaf UPM telah ditempatkan terus di bawah penyeliaan Pejabat Bursar, UPM. Walau bagaimanapun, hasrat murni pewujudan Dana Wakaf UPM sebagai sumber pendanaan di UPM tidak mendapat perhatian khusus dalam kalangan pimpinan tertinggi UPM. Pada ketika itu, usaha dan inisiatif lebih tertumpu kepada pengurusan dan pembangunan dana endowmen. Malah, pada ketika itu ramai dalam kalangan pimpinan tertinggi UPM menganggap bahawa Wakaf dan Endowmen adalah dua institusi yang sama daripada aspek peranannya sebagai sumber pembiayaan di UPM. Implikasinya, pengurusan wakaf terbantut.

Pada bulan Oktober 2010, pimpinan baharu UPM telah bersetuju untuk melihat semula pengurusan Wakaf Ilmu UPM. Jawatankuasa Pemandu yang diketuai oleh Pusat Islam Universiti (PIU), dan dibantu oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), kemudiannya telah dibentuk untuk merangka dan mewujudkan semula Dana Wakaf Ilmu yang terpinggir lebih daripada lapan tahun. Selari dengan keperluan baharu pewujudan Dana Wakaf di negeri Selangor, kertas kerja lengkap untuk mendapatkan status Mutawalli telah dikemukakan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). MAIS, menerusi suratnya yang bertarikh 16 Ogos 2011 telah bersetuju untuk meluluskan serta melantik UPM sebagai Mutawalli bagi menguruskan kutipan dan agihan dana wakaf di UPM. Berikutan daripada kelulusan tersebut, DYMM Sultan Selangor yang juga Canselor UPM telah melancarkan pewujudan Dana Wakaf Ilmu secara rasminya pada 19 Ogos 2011. Pelbagai usaha dan inisiatif telah dilakukan untuk memantapkan lagi pengurusan Dana Wakaf Ilmu UPM sepanjang tempoh berkenaan. Melihat kepada kepentingan dana wakaf, zakat dan endowmen diuruskan secara lebih teratur dan strategik, pihak pengurusan UPM membuat keputusan untuk mewujudkan Pusat Wakaf, Zakat dan Endowmen (PPWZE) yang ditempatkan terus di bawah Pejabat Naib Canselor pada 29 Jun 2016. Pada 24 Ogos 2016, pihak pengurusan UPM sekali lagi telah bersidang dan bersetuju meluluskan struktur baharu PPWZE yang diterajui oleh seorang Pengarah. Berikutan mesyuarat pengurusan pertama PPWZE pada 11 November 2016, keputusan penjenamaan telah dibuat dengan menukar nama Pusat Wakaf, Zakat dan Endowmen (PPWZE) kepada WAZAN yang akan dibahaskan secara terperinci dalam bahagian berikutnya.

Ringkasnya, penubuhan WAZAN adalah sangat signifikan dalam memperkasakan potensi dan momentum yang keseluruhan berterusan melalui 3 aktiviti pendanaan yang berasaskan sumber pengurusan wakaf, zakat dan endowmen. Ini amat diperlukan bagi meletakkan transformasi tadbir urus filantropi UPM pada landasan yang tepat. Dalam waktu yang sama, penubuhan WAZAN juga adalah selari sebagaimana yang dihasratkan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi dalam Buku Ungu Pelan Transformasi Pendidikan Tinggi bagi menjana pendapatan universiti yang mampan dan lestari. Namun begitu, artikel ini akan memberi tumpuan hanya kepada pengurusan Dana Wakaf Ilmu UPM.

Secara umumnya, model pendanaan pengurusan dana wakaf ilmu di UPM adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah I di bawah. Tujuh elemen membentuk model pendanaan tersebut iaitu penyumbang berpotensi, senario dalaman, medium kutipan, jenis wakaf, pelaburan, keuntungan, dan seterusnya agihan kepada benefisiari. Terdapat 17 medium kutipan dana wakaf yang tergolong dalam tiga kategori. Pertama, wakaf tunai yang terdiri daripada empat skim, iaitu skim wakaf umum, skim wakaf kitab, skim wakaf fasiliti dan skim wakaf kenderaan khas. Kedua, wakaf aset tetap seperti bangunan dan tanah. Ketiga, projek wakaf seperti projek wakaf masjid, projek wakaf ambulans dan projek wakaf perpustakaan. Hasil keuntungan dan pelaburan ketiga-tiga jenis wakaf di atas diagihkan terus kepada warga UPM, khususnya kepada warga B40 dan asnaf (fakir, miskin, fisabillah, muallaf dan ibnu sabil), termasuk juga bagi golongan bukan Islam.

29

Rajah 1 : Model Pengurusan Pendanaan Wakaf di WAZANSumber: WAZAN (2020)

“Apakah institusi wakaf telah sampai ke penghujungnya?. Apakah isu dan cabaran yang disebutkan di atas menjadi punca kemunduran wakaf? Apakah kefahaman yang kolot terhadap wakaf tidak mampu ditangani seperti mana yang berlaku selepas keruntuhan empayar Uthmaniah? Kalau begitu, tiadakah jalan keluarnya?” Bagi menangani isu dan cabaran sepeti dijelaskan sebelum ini, WAZAN telah mengambil pendekatan yang bersifat kondusif, inovatif dan kreatif dengan berlandaskan perancangan yang strategik. Bagai tujuan itu, WARM’25 telah dibangunkan. Apakah yang dimaksudkan dengan WARM’25? Mengapa WARM’25 perlu dibangunkan? Apakah pula asas yang menjadi elemen penting kepada WARM’25? Tiga persoalan yang sering menjadi tanda tanya ini akan dibahaskan dalam bahagian seterusnya.

WARM’25 atau WAZAN’s Road Map 2016-2019 seperti dalam Rajah II di bawah adalah merupakan strategi jangka panjang yang dibangunkan untuk menguruskan dana wakaf secara teratur, terancang dan strategik di WAZAN. Strategi jangka panjang yang bersifat hala tuju ini menjadi panduan kepada WAZAN dalam menguruskan kutipan dan agihan dana wakaf yang disebutkan di atas. Adakah perlu WARM’25 ini dibangunkan? Jika ya, apakah asas yang membawa kepada perlunya WARM’25? Penelitian terdahulu yang dibuat mendapati bahawa banyak cabaran dalam menguruskannya. Jadi, berdasarkan cabaran dan isu inilah, maka adalah perlu WARM’25 dibangunkan sebagai panduan dalam mendepani isu-isu serta cabaran dalam memperkasakan wakaf seperti dibahaskan di atas. Apa pula elemen-elemen yang penting yang menjadi strategi jangka panjang WARM’25? Jika dilihat dalam Rajah II di bawah, terdapat enam elemen yang membentuk WARM’25 iaitu, impian WAZAN, perkembangan mengikut fasa, objektif, teras strategik dan nilai yang menjadi pegangan dalam menguruskan WARM’25.

30

Rajah 2 : WAZAN’S Road Map 2016-2019 (WARM’25)Sumber: WAZAN (2020)

Penubuhan dan pengurusan WAZAN dimulakan dengan meletakkan satu impian besar yang besar yang ingin dikecapi oleh setiap kakitangan WAZAN. Apakah impian besar WAZAN? Impian besar WAZAN menjelang tahun 2025 ialah untuk menjadi sebuah institusi pendidikan yang terhebat, iaitu “The Little Harvard” dan “The Little al-Azhar”. Mengapa Universiti Harvard dan mengapa pula Universiti al-Azhar? Ini kerana kedua-dua universiti tersebut merupakan institusi pendidikan tersohor di dunia yang diuruskan menerusi dana endowmen dan wakaf. Impian ini dijadikan asas atau model untuk membina kekuatan dan keyakinan kepada setiap kakitangan WAZAN menuju ka satu destinasi yang sama, iaitu menjadikan WAZAN sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi berasaskan wakaf yang hebat.

Bagaimana pula untuk mencapai impian besar WAZAN ini? Bagi mencapai impian ini, WAZAN perlu melalui empat fasa, iaitu fasa penubuhan (2016), fasa pertumbuhan (2019), fasa pengukuhan (2022), dan seterusnya fasa kecemerlangan pada tahun 2025. Setiap fasa meliputi tempoh selama tiga tahun ini diukur berdasarkan lima teras strategi yang akan dibahas kemudian. Namun begitu, lonjakan fasa penubuhan, iaitu bermula pada 1 Oktober 2016 kepada fasa pertumbuhan menjelang 30 September 2019 adalah merupakan tempoh fasa yang paling kritikal. Ini kerana ketetapan telah dibuat bahawa sekiranya WAZAN gagal atau tidak berupaya untuk melonjak daripada fasa I kepada fasa II mengikut tempoh yang ditetapkan, maka dua perkara akan berlaku. Pertama, WAZAN akan ditutup. Kedua, Pengarah WAZAN perlu meletak jawatan kerana gagal mengalas tanggungjawab serta amanah yang diberikan ini.

Empat fasa yang dibincangkan di atas dipantau setiap tahun dan diukur mengikut lima teras strategi. Lima teras strategi tersebut, termasuk pembangunan insan, kualiti penyampaian perkhidmatan, pemasaran perhubungan, kualiti infrastruktur dan tugas yang dilakukan dengan mudah dan tepat mempunyai tujuan serta objektif masing-masing yang perlu dicapai. Strategi

31

pembangunan insan misalnya, memberi tumpuan kepada pemilihan, pelantikan, latihan dan kompetensi kakitangan di WAZAN. Strategi kualiti penyampaian perkhidmatan pula memberi fokus kepada penyediaan serta penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada penyumbang berpotensi. Sementara strategi pemasaran perhubungan dan infrastruktur berkualiti melihat kepada keperluan serta kepentingan elemen pamasaran dan infrastrutur asas termasuk kebajikan kakitangan WAZAN sendiri. Strategi mudah dan tepat pula memberi fokus kepada prosedur dan tatacara kerja yang dijalankan di WAZAN. Prosedur kerja perlu dibuat dengan mudah, mesra penyumbang, dan setiap keputusan yang diambil mestilah tepat seperti yang ditetapkan oleh WAZAN. Dalam pengurusan dana wakaf umpamanya, penyumbang ingin menyumbang dana mereka secara sukarela dan percuma. Oleh itu, WAZAN perlu memudahkan proses pemberian sumbangan tanpa membebankan penyumbang untuk menyumbang.

Impian, fasa penubuhan dan lima teras strategik WARM’25 ini dilakukan untuk mencapai tiga objektif utama. Pertama, mendidik dan menyemai budaya menyumbang dalam kalangan warga UPM. Kedua, membangunkan dan mempromosi kegembiraan dalam memberi. Konsep “menyumbang untuk membantu insan yang memerlukan bantuan semasa penyumbang hidup, dan menjadi bekal pahala berterusan selepas penyumbang meninggal dunia” ditonjolkan dalam pelbagai bentuk program dan kempen. Ketiga, mewujudkan sumber kewangan UPM yang mampan dan lestari.

Kelima-lima teras strategi dalam WARM’25 ini pula dibuat dengan berteraskan empat nilai yang bersifat tauhid iaitu kecemerlangan, kepelbagaian, kelangsungan, integriti dan kejujuran. Hanya lima sifat yang disebutkan ini akan membantu setiap kakitangan WAZAN menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab bagi mrncapai impian besar pada tahun 2025. Sementara itu, WAZAN turut membangunkan motonya yang tersendiri, iaitu “berhenti mencipta alasan dan banyakkan berkerja”.

Bagi memantapkan lagi usaha pendanaan menerusi dana wakaf, pendekatan pemasaran bersepadu turut dibangunkan. Menerusi pendekatan ini, semua mesej berkaitan wakaf disalurkan terus melalui enam alat komunikasi iaitu pengiklanan, promosi jualan/perkhidmatan, acara, perhubungan awam, jualan persendirian dan pemasaran langsung. Mesej yang disampai secara konsisten ini dibuat dengan matlamat untuk membina serta mengukuhkan lagi posisi strategi minda berkaitan pendanaan berteraskan wakaf di UPM. Moto perkataan @wazandihati menjadi tema dalam mempromosikan WAZAN kepada masyarakat. Berdasarkan kepada model di atas, semua aktiviti dan promosi pendanaan berteraskan wakaf di WAZAN menggunakan pendekatan yang holistik dipanggil kempen pelbagai peringkat komunikasi. Di bawah model ini, setiap kempen yang dibuat menggunakan belanjawan tersendiri yang juga dikenali sebagai objektif dan kaedah pelaksanaan.

Sepanjang penubuhan WAZAN, sejumlah RM35,528,588.27 juta telah dikutip, dan RM13,090,984.95 juta diagihkan daripada tiga sumber dana iaitu wakaf, zakat dan endowmen. Jika dilihat daripada sudut kutipan, dana wakaf terkumpul berjumlah RM11,159,910.15 pada akhir bulan Jun 2019 meningkat berbanding RM7,881,851.35 pada tahun 2016. Kutipan dana wakaf ini jangka akan terus meningkat melebihi RM11 juta pada akhir tahun 2019. Sementara itu, sebanyak RM2,357,742.46 diluluskan untuk diagihkan pada tempoh berkenaan dan RM1,530,399.09 diagihkan sehingga bulan Jun 2019 terus kepada penerima yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa agihan dana wakaf UPM. Sebanyak 19 bentuk agihan telah disalurkan kepada lebih 10,000 orang penerima manfaat seperti penyediaan biasiswa dan dermasiswa kepada empat program pengajiaan, iaitu, program pengajian asasi, diploma, bacelor

32

dan program pelajar kurang upaya, penyediaan makanan, pembelian ambulan, penyediaan makanan percuma dan penyediaan buku beraudio kepada pelajar buta. Pemasangan karpet dan kipas gergasi baharu di masjid UPM yang bernilai RM1.2 juta misalnya telah memberi manfaat kepada lebih 7000 warga UPM dan kariah Serdang. Program bantuan Rahmatan Lil Alamin dan pembiayaan ihsan telah dapat membantu para pelajar atau staf UPM tanpa mengira kedudukan, agama ataupun kepercayaan.

Sepanjang tiga tahun penubuhan WAZAN, wakaf-wakaf berasaskan projek dilihat semakin mendapat tempat di hati para penyumbang. Terdapat lebih sembilan wakaf berasaskan projek telah dilaksanakan, iaitu Projek Wakaf Masjid, Projek Wakaf Foodbank, Projek Wakaf Ambulan, Projek Wakaf Audio Book, Projek Wakaf Hospital Pengajar UPM, Projek Wakaf Perpustakaan, Projek Wakaf Teratak Pak Atan (Pusat Aktiviti Warga Tua), Projek Wakaf Pesara dan Projek Wakaf Musalla Kompleks Sukan UPM. Pada akhir bulan Jun 2019, WAZAN sekali lagi telah melancarkan Projek Wakaf Kebajikan Haiwan. Projek wakaf ini antara lain dibangunkan untuk mendidik warga UPM untuk sama menyumbang bagi kepentingan dan kegunaan haiwan seperti kucing.

Secara kesimpulannya, pendanaan sumber ketiga, iaitu wakaf di WAZAN, UPM telah menampakkan kejayaan yang ketara. WARM’25 seperti yang dibahaskan di atas merupakan starategi pendanaan jangka panjang dana wakaf yang dilakukan secara teratur, terancang dan

33

strategik di WAZAN. Strategi jangka panjang yang bersifat hala tuju ini menjadi pemangkin kepada WAZAN dalam menguruskan kutipan dan agihan dana wakaf secara efektif dan efisen. Walau pun menghadapi pelbagai isu dan cabaran, namun pengurusan dan perancangan yang dibuat secara teratur dan strategik telah membolehkan dana wakaf dikutip secara keseluruhannya berjumlah lebih RM11,000,000.00 dan lebih RM2,000,000.00 lagi telah diagihkan kepada 10,000 penerima manfaat dalam kalangan pelajar UPM. Apa yang lebih menarik lagi, dana terkumpul sebanyak RM RM11,159,910.15 adalah merupakan dana pokok yang tidak boleh digunakan. Dengan mengambilkira kadar tahunan dividen sebanyak 4% pada setiap tahun, dana pokok ini akan memberi keuntungan sebanyak RM446,396,40 untuk diagihkan. Malah, jumlah dana wakaf ini akan menjadi lebih besar dengan mengambilkira jumlah kutipan tahunan berkenaan.

Jelasnya, pengurusan kutipan dan agihan dana wakaf yang cekap, dan disokong oleh sistem pengurusan yang holistik, inovatif dan strategi membawa kepada keyakinan orang ramai untuk menyumbang. Semakin ramai orang yang menyumbang, maka semakin tinggi jumlah kutipan dana yang terkumpul. Jumlah dana yang banyak pula akan menyediakan sumber pembiayaan yang besar kepada UPM untuk menyusun serta membangunkan semula kehidupan masyarakat selari dengan tujuan wakaf difardukan oleh Allah SWT. WARM’25 boleh dianggap sebagai satu bentuk inovasi serta kreativiti dalam pendanaan wakaf masa kini.

34

Rajah 1 : Model pembelajaran dan pembangunan aplikasi menggunakan Power Platform.

Bab 3 Penyelidikan dan Inovasi

TRANSFORMASI DIGITAL-PENGGUNAAN PLATFORM POWER APPS BAGI PENINGKATAN PRODUKTIVITI

Mohd Nazri bin Md Yasin

Transformasi digital merupakan langkah strategik bagi memanfaatkan kecanggihan teknologi dan ekosistem pengurusan universiti ke arah yang lebih dinamik. Para pentadbir tiada pilihan selain daripada mengamalkan budaya pentadbiran berteknologi tinggi untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan. Transformasi ini mencabar minda dan daya inovasi untuk mencipta persekitaran kerja yang kondusif, cekap dan berkesan di samping mengimbangi tuntutan sebagai khalifah di muka bumi yang turut memerlukan pekerja berperanan aktif dalam masyarakat. Teknologi yang terangkum dengan nilai produktiviti yang tinggi dapat meningkatkan keberhasilan dan faedah sesuatu proses kerja, meningkatkan nilai keinsanan dan kualiti hidup pekerja dan masyarakat.

Kementerian Pengajian Tinggi telah memberikan secara percuma Microsoft 365 kepada warga universiti sebagai usaha meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan mengatasi isu pelesenan perisian dalam kalangan pekerja universiti. Persis tulisan Milton Friedman, Nobel Laureate dalam bidang ekonomi “There’s No Such Thing as a Free Lunch”, pemberian secara percuma adalah sesuatu yang sukar berlaku tanpa adanya kesan sampingan. Dalam konteks penulisan ini, peluang perisian percuma ini wajar dimanfaatkan untuk meningkatkan produktiviti, prestasi kerja dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelajar, dan masyarakat secara cekap dan berkesan.

35

Salah satu daripada kelebihan Microsoft 365 adalah ia turut memberikan akses kepada Power Platform iaitu Power Apps, Power Business Intelligence (BI), Power Automate, Power Virtual Agent dan banyak lagi aplikasi yang boleh menghubungkan proses dan membantu dalam menghasilkan aplikasi bagi penyelesaian perniagaan yang diperlukan. Bagi mereka yang mahir dan cekap dalam menggunakan perisian Microsoft Excel, transformasi kepada Power Apps adalah sesuatu yang amat mudah dan menyeronokkan. Pengguna tidak lagi hanya berhadapan dengan lajur dan jalur Microsoft Excel tetapi boleh memberi nilai tambah kepada data yang dimiliki. Data yang sebelum ini terhad kepada komputer peribadi masing-masing, kini berupaya diakses melalui pelbagai platform seperti Platform Power Apps dan Power BI, melalui pelbagai peranti sama ada Android atau IOS, ketersambungan dengan pelbagai platfom awan (clouds) dan yang paling penting boleh diakses pada bila-bila masa dengan keupayaan analisis mudah yang sama seperti terdapat dalam Microsoft Excel. Rajah 1 menunjukkan model pembelajaran dan pembangunan aplikasi menggunakan Power Platform.

Berdasarkan kepada pengalaman proses pelaksanaan dan penggunaan Power Apps, keupayaan perisian Power Apps ini dapat ditambah baik dengan ketersambungan dengan platform Google seperti Google sheet, bagi membolehkan akses kepada data secara lebih dinamik dan serentak dengan pelbagai pengguna.

Menurut Gartner, pembangun aplikasi warga (citizen developer) ialah pengguna yang membangunkan atau mencipta aplikasi baharu untuk dimanfaat oleh orang lain yang menggunakan pembangunan dan persekitaran yang disediakan oleh sektor teknologi maklumat (IT). Dalam kata lain, pembangun warga merupakan pengguna bukan teknikal yang mencipta automasi mudah untuk kegunaan sendiri dan jabatan mereka. Dalam erti kata umum, pekerja ini menggunakan alat atau kemahiran yang ada padanya untuk membina aplikasi yang boleh atau akan digunakan oleh pasukannya semasa menjalankan tugas mereka.

Sebelum ini, keupayaan pembangunan aplikasi atau program bagi tujuan membantu tugas adalah bersifat pengguna tunggal atau kumpulan kerja yang dicipta menggunakan aplikasi seperti Microsoft Excel atau Microsoft Access. Pegawai akan menggunakan sedikit kemahiran pemprograman untuk memudahkan dan meringkaskan tugasan yang melibatkan data yang banyak. Pemprograman seumpama ini mempunyai keupayaan dan kapasiti yang terhad tetapi memadai untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Pembangunan sistem secara menyeluruh melibatkan pasukan IT profesional pada kebiasaannya mengambil tempoh masa yang panjang dan mengikut keutamaan organisasi.

Platform kod rendah atau tiada kod seperti Power Apps membolehkan sesuatu proses manual diubah kepada sistem digital dan automatik. Power Apps memberikan kebebasan kepada pegawai untuk membangunkan sistem pintar, integrasi, mudah alih, mesra pengguna dan menggunakan teknologi terkini. Apa yang lebih menarik, pihak Microsoft turut menyediakan latihan dan dokumen rujukan pada portal yang disediakan kepada pengguna. Kemudahan internet dan video seperti laman Youtube juga banyak membantu pegawai yang berminat untuk membangunkan aplikasi menggunakan Power Apps dengan secara pembelajaran kendiri.

Antara kelebihan Platform Power Apps adalah menyediakan skrin asas yang dihasilkan daripada data yang dimiliki oleh pengguna. Power Apps akan menghasilkan aplikasi asas menggunakan data yang terdapat dalam Google sheets atau Microsoft Excel kepada platform asas seperti Rajah 2. Fail asal yang mengandungi data akan menjadi sebagai pangkalan data yang digunakan oleh aplikasi.

36

Sebelum Selepas Keterangan

Aplikasi Smart Delivery Records yang dibangunkan menggunakan Power Apps oleh pasukan PNCForce pada tahun 2019

Aplikasi Smart Mobile Asset Tracker yang dibangunkan menggunakan Power Apps oleh pasukan PowerPNC pada tahun 2019

Jadual 1 : Transformasi Proses Kerja Menggunakan Platform Power Apps.

Rajah 2 : Skrin asas yang dibangunkan melalui Power Apps.

37

Transformasi Proses Kerja Menggunakan Platform Power Apps.

Pembangunan aplikasi boleh ditambah nilai dengan melengkapkan automasi melalui platform Power Apps. Antara tambah nilai sesuai dengan keupayaan terkini aplikasi mudah alih adalah seperti tandatangan serta pengesahan digital, imbasan kod bar, imbasan kod QR, analisis graf, pemantauan dashboard, penghantaran e-mel, penghasilan dokumen dalam bentuk Portable Document Format (PDF) dan sebagainya. Aplikasi terangkum ini secara tidak langsung menjadikan telefon mudah alih pengguna sebagai pejabat bergerak yang produktif, cepat dan efektif sejajar dengan era IR 4.0. Jadual 1 di atas menunjukkan transformasi yang dilaksanakan menggunakan platform Power Apps.

Transformasi kepada era citizen developer memerlukan sikap keterbukaan terhadap perubahan yang dihasratkan. Pembangunan sistem aplikasi menggunakan platform Power Apps perlu disejajarkan dan disokong dengan pembangunan kapasiti staf melalui latihan secara berterusan. Kemajuan teknologi terkini wajar dimanfaatkan bagi memberi kesejahteraan kepada staf dalam melaksanakan tugas. Staf universiti wajar komited dan bertanggungjawab untuk mencipta inovasi yang berupaya meningkatkan kualiti hidup dan nilai budaya kerja yang memberi kesenangan dan keselesaan kepada kalangan warga staf dan pelanggan. Ia sejajar dengan konsep Rahmatan Lilalamin melalui:

“Tidaklah Kami mengutuskan kamu wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam”(Surah al-Anbiya : 107). Pelbagai pembangunan sistem aplikasi mudah alih boleh dibangunkan secara lebih efisien, menjimatkan kos dan masa serta dapat menambahbaik pengurusan tugasan secara lebih produktif.

Rujukan:1. John Everhard. (12 Februari 2021). The pros and cons of citizen development. https://

www.forbes.com/sites/johneverhard/2019/01/22/the-pros-and-cons-of-citizen-development/?sh=6c2e31c984fd

2. Microsoft Power Apps dokumentasi Power Apps | Microsoft Docs https://docs.microsoft.com/en-us/powerapps/

3. The total economic impact™ of PowerApps and Microsoft Flow. A forrester total.economicimpact™ study commissioned by Microsoft June 2018

4. The beginners guide to Power Automate v2.0 (2020) Collab365 MicroJobs

38

Bangunan utama Institut Biosains

Pengendalian JEOL JEM 2100F Field Emission TEM bersama pengguna

Institut Biosains (IBS) merupakan institut penyelidikan pertama yang ditubuhkan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 1 Ogos 1996. Ia bertujuan mengumpulkan tenaga penyelidik di bawah satu bumbung dalam usaha memperhebat dan meningkatkan ketinggian ilmu melalui penyelidikan, pengurusan serta bimbingan sains dan teknologi di mana penyeliaan dan pengawalan boleh dilakukan dengan lebih berkesan. IBS menyediakan kemudahan

Bab 3 Penyelidikan dan Inovasi

25 TAHUN INSTITUT BIOSAINS: PERKHIDMATAN MENYOKONG PENYELIDIKAN

Rafiuz Zaman bin Haroun dan Musliyana binti Mansor

Pengendalian peralatan high resolution liquid

39

Makmal tisu kultur tumbuhan Penyediaan sampel untuk koleksi kultur mikrob

makmal khas penyelidikan dengan dilengkapi dengan peralatan penyelidikan canggih yang digunasama oleh para penyelidik dan diselenggara secara berpusat, secara tidak langsung dapat mengelak duplikasi dan menjimatkan kos. Kemudahan infrastruktur diperkuatkan lagi dengan wujudnya pegawai teknikal yang kompeten seperti pegawai sains dan penolong pegawai sains bagi mengendali alatan atau melaksanakan kemahiran teknikal khusus bagi membantu penyelidikan. Perkhidmatan penyelidikan ini turut ditawarkan kepada penyelidik, pelajar dan pihak industri.

Dalam kontek penyediaan kemudahan makmal-makmal khas dan alatan canggih serta terkini, tidak dinafikan kebanyakan alatan canggih untuk penyelidikan berada di IBS. Antaranya high resolution transmission electron microscope, field emission scanning electron microscope, nuclear magnetic resonance (NMR), next-generation sequencing (NGS), high-performance liquid chromatography (HPLC), gas chromatography–mass spectrometry (GCMS-MS) dan pelbagai lagi. IBS juga mempunyai fasiliti haiwan makmal SPF (Specific Pathogen Free) yang dikendalikan berpandukan spesikasi dan piawaian antarabangsa dan koleksi kultur mikrob yang dibangun dengan berpandukan garis panduan World Federation for Culture Collections (WFCC). Tambahan lagi, IBS juga menjadi pusat pengumpulan lebih dari 500 spesis tumbuhan asli dan eksotik di Taman Konservatori UPM serta mempunyai kemudahan makmal bagi melaksanakan perkhidmatan berkaitan dengan kultur tisu haiwan dan tumbuhan.

Kekuatan IBS adalah di mana pengendalian dan pengurusan kemudahan-kemudahan makmal ini dilaksanakan sepenuhnya oleh pegawai yang terlatih dan berkemahiran yang dapat membantu meningkatkan kualiti penyelidikan dan secara tidak langsung menyumbang kepada penghasilan penerbitan yang berimpak tinggi. Ini seterusnya memberi pengiktirafan kepada IBS sebagai salah sebuah Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE).

Pelbagai perkhidmatan makmal ditawarkan melalui pengurusan yang baik dalam menyumbang kepada peningkatan ilmu. Bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan, IBS sentiasa berusaha dari masa ke masa melaksanakan penambahbaikan dari segi pengiktirafan melalui Akreditasi Makmal ISO/IEC 17025 dan Sistem Pengurusan Kualiti UPM. IBS juga sentiasa menitikberatkan kemahiran dalam bidang pengkhususan bagi pegawai sains dan penolong pegawai sains, melaksanakan penyelenggaraan, kalibarasi dan verifikasi peralatan, menetapkan kadar bayaran yang kompetitif bagi menampung penyelenggaraan peralatan

40

Pegawai menunjukkan penggunaan alat pengewapan berpusing skala besar oleh pelajar pasca siswazah.

dan bahan pakai buang. IBS turut berusaha menyediakan persekitaran penyelidikan yang kondusif melalui pelaksanaan keperluan, kehendak dan pematuhan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Akta 514), Akta Perlesenan Tenaga Atom (Akta 304) dan akta-akta lain yang berkaitan dalam menjamin keselamatan staf, pelajar, penyelidik, harta benda dan persekitaran sepanjang penyelidikan dijalankan. Seterusnya memberi kelebihan kepada IBS mengungguli Anugerah Tempat Kerja Selamat setiap tahun.

41

Inovasi bukan lagi diksi asing di dalam perkhidmatan awam. Cetusan idea kreatif bakal menjayakan inovasi di kalangan pentadbir universiti dilihat akan dapat memastikan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan menjadi lebih efektif dan cemerlang. Universiti Putra Malaysia (UPM) perlu menunjukkan kesungguhan di dalam meningkatkan mutu perkhidmatan terbaik di kalangan pentadbirnya, apatah lagi status selaku Universiti Penyelidikan ke arah 100 universiti terbaik dunia; sewajarnya mempamerkan perkhidmatan terbaik bertaraf dunia.

Sinonim dengan pelbagai penyelidikan berimpak tinggi hasilan oleh ahli akademik yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan universiti dan negara, pastinya menjadi pencetus terbaik yang memberikan aruhan positif kepada pentadbir universiti bukan akademik dalam menginovasi proses kerja.

Pentadbir perlu menjauhkan stigma masyarakat yang masih skeptikal terhadap perkhidmatan awam yang kurang efektif. Swadaya inovasi perkhidmatan di kalangan pentadbir, mampu mengubahnya, sekiranya idea kreatif mampu direalisasikan ke arah inovasi yang memberi impak berterusan. Pentadbir perlu memperkasa kemampuan diri, sentiasa menimba ilmu baharu, cakna teknologi terkini dan menambahbaik proses kerja secara kreatif. Pemikiran terbuka menerima idea baharu, mampu mencetuskan semangat dan motivasi di dalam menyelesai sebarang isu yang timbul semasa bekerja.

Bab 3 Penyelidikan dan Inovasi

INOVASI PENTADBIRAN PERKASA PRESTASI PERKHIDMATAN

Asrizam bin Haji Esam

42

Sambutan HKIP sebelum Covid-19

UPM senantiasa menekankan inovasi pentadbiran seperti penganjuran Hari Kualiti Inovasi dan Perkhidmatan (HKIP) yang diadakan secara tahunan. Platform ini merupakan antara inisiatif terbaik dalam menyuburkan budaya persekitaran kreatif di kalangan pentadbir. HKIP membuka ruang pentadbir melontarkan idea inovasi yang akan atau telah dilaksana di dalam perkhidmatan masing-masing selain turut memberi penganugerahan inovasi. Pengiktirafan universiti terhadap usaha sebegini, haruslah dipandang tinggi dan dilaksana secara konsisten supaya budaya inovatif mampu diterjemahkan kepada perkhidmatan yang lebih cemerlang.

HKIP berjaya menonjolkan inovasi yang mengatasi rencaman aspek yang menyukarkan kerja. Bermula dengan inovasi mudah yang menyelesaikan isu asas, ianya menjadi permulaan ke

arah penyelesaian kerja yang lebih besar dan kompleks. Antaranya seperti Smart Delivery Record (SDR), dan Mobile Asset Tracker (MAT),

merupakan antara aplikasi inovasi bersifat memudahcara kerja selaras dengan Revolusi Industri 4.0. SDR memudahkan pengirim memastikan surat yang dihantar sampai ke tangan penerimanya secara masa nyata dan MAT mengenalpasti kod bar aset pejabat melalui penggunaan aplikasi telefon pintar. Ini akan mengurangkan ketidakcekapan dengan menggunakan teknologi terkini, mempercepatkan proses kerja serta berkos rendah. Inovasi ini dapat menyelesaikan isu terpencil tetapi signifikan untuk ditambahbaik.

Pameran dan poster mempromosi HKIP Usaha mempelajari pembangunan aplikasi

43

secara kendiri seperti Power Apps dan Microsoft Office 360, tanpa latar belakang kepakaran komputer, menjadi asas kukuh staf meneroka ilmu terkini dan berupaya menghasilkan inovasi baharu.

Inovasi terhasil bukan sahaja digunapakai di peringkat jabatan malahan perlu diimplementasi dan memberi manfaat keseluruhan warga UPM. Contohnya, inovasi Skyridder iaitu alat pemotong dawai di tiang lampu pada aras yang tinggi telah digunapakai di UPM Serdang, UPM Bintulu Sarawak dan komuniti setempat. Sudah semestinya pada peringkat ini, perlindungan harta intelek dan pengkomersilan inovasi menjadi agenda utama di dalam memastikan inovasi dapat disumbangkan kepada industri dan juga komuniti.

Tuntasnya, inovasi yang lahir daripada pengalaman kerja dan ilmu terkini yang ditimba secara berterusan menjadi kunci dan mampu merealisasi inovasi dalam memperkasa kualiti perkhidmatan. Namun, kreativiti dan usaha berterusan perlu sentiasa seiring supaya idea mampu diterjemah kepada perlaksanaan, dan kemudiannya disebarluaskan impaknya supaya menjamin kelestariannya di dalam memperkasa prestasi perkhidmatan awam.

Pemenang HKIP diraikan di Dewan Besar

Bab 3 Penyelidikan dan Inovasi

KUASA MENYEMBUH Fazlin binti Shamsudin, Emelda binti Mohd Hamid dan Nida Hidayati binti Ghazali

Biblioterapi atau dikenali sebagai terapi bisu adalah satu teknik terapi yang memiliki sejarah yang terpanjang dalam sejarah dunia terapi. Samuel McChord Crothers (1916), telah menulis artikel pertama dengan tajuk A Literary Clinic berkenaan Bibliopathic Institute yang dikendalikan oleh Dr. Bangster, di mana buku digunakan sebagai medium terapi ekspresif yang melibatkan bahan-bahan tertentu sebagai satu kaedah merawat jiwa dan hati. Ia turut digunakan semasa perang dunia kedua untuk merawat pesakit. Dengan membaca, pesakit berasa lebih tenang dan stabil malah dapat mengatasi rasa sakit pada waktu itu. Malahan, berkongsi buku atau cerita dapat membantu dalam menyembuh dan menstabilkan emosi dan jiwa (Forgan, 2002).

Berdasarkan kepada maklumbalas daripada pengamal perubatan, bibiloterapi digunakan secara meluas dalam dunia perubatan kesihatan mental. Kajian mendapati biblioterapi ini dapat membantu ketika berdepan dengan masalah perceraian, kehilangan ahli keluarga atau peralihan suasana. Biblioterapi juga membantu anak angkat untuk menyesuaikan diri dalam keluarga atau suasana baharu (Nelson, 1993) dan ketika berdepan dengan isu berkaitan masalah kesihatan mental ibu bapa (Kuivila,1991). Secara amnya, biblioterapi adalah terapi bagi meluahkan kebenaran dan empati diri, serta memulihkan kemahiran sosial dan berkomunikasi.

Masalah emosi dikenal pasti menjadi isu utama kesihatan mental komuniti pada ketika ini, terutama sejak negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata berdasarkan 8,380 panggilan telefon yang diterima pihaknya, 46.8% berdepan dengan masalah emosi (Berita Harian 19, Mei 2020).

Melalui biblioterapi seseorang boleh meluahkan perasaan dan menyelesaikan masalah dengan cara inovatif bagi mengatasi rasa takut dalam diri sendiri. Walaubagaimanapun, terapi ini hanya boleh digunakan bagi merawat individu yang mengalami kemurungan biasa atau sederhana. Sejajar dengan anjakan paradigma ilmu untuk masyarakat, perpustakaan memainkan peranan sebagai menara ilmu dan pustakawan pula berperanan sebagai biblioterapist untuk membantu masyarakat melalui penyediaan bahan bacaan yang sesuai serta membimbing cara penggunaannya. Pustakawan bertanggungjawab untuk mempromosikan kebaikan dan kepentingan biblioterapi bagi melahirkan masyarakat berilmu dan bermaklumat serta mempunyai minda yang sihat dan positif. Sesuai dengan aspirasi Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Majlis Naratif Naib Canselor UPM 2021, yang menyentuh mengenai keseimbangan kerja dengan kehidupan, biblioterapi boleh menjadi medium yang sesuai bagi mencapai hasrat tersebut.

Penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac, 2020 sama sekali tidak menghalang perpustakaan untuk memberikan perkhidmatan dengan pembudayaan norma baharu kepada pengguna. Pendekatan dalam talian telah menjadi agen transformasi apabila pendekatan secara bersemuka tidak dapat dilakukan

44

45

secara menyeluruh. Pelbagai inisiatif perpustakaan berbentuk digital telah dilaksanakan antaranya portal pangkalan data, portal eTheses, portal informasi dan portal sumber maklumat pertanian. Medium media sosial seperti facebook, instagram dan twitter turut diaplikasikan sebagai salah satu alat komunikasi dengan pengguna bagi perkongsiaan ilmu, penyebaran maklumat dan berita terkini perpustakaan seiring dengan salah satu daripada lima strategi utama hala tuju UPM iaitu melagang kampus pintar dan pendigitalan.

Biblioterapi ini juga giat dipromosikan oleh Persatuan Biblioterapi Malaysia (PERBIMA) yang kini menjalankan kursus, latihan serta memberikan pendedahan berkenaan biblioterapi kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia. PERBIMA diketuai oleh Puan Rafidah Abd. Aziz, pensyarah kanan fakulti pengurusan maklumat, UPM. Melalui PERBIMA, ahli akan didedahkan dengan teknik pemilihan bahan serta peluang untuk mempelajari teknik “layan diri”, “bacaan berpandu” dan terapi lain yang berkaitan. Maklumat lanjut berkenaan PERBIMA boleh didapati di facebook PERBIMA.

Membaca boleh menukar perasaan yang suram dan kelam kepada ceria dan bahagia. Membaca juga mengubah cara kita memandang sesuatu, menukar perspektif dan menganjak paradigma. Justeru melalui pembacaan juga akan dapat memberikan kesan ke arah pembentukan modal insan yang bermaklumat dan mulia. Sesuatu yang dahulu kita nilai sebagai masalah, mungkin kini bukan lagi masalah dengan asbab membaca.

Akhir kalam, sesungguhnya Allah SWT menyentuh dan mempengaruhi setiap diri Muslim. Hasilnya, Al-Quran berjaya mengubah seluruh kehidupan daripada kegelapan yang meresahkan kepada cahaya Islam yang mendamaikan. Al-Quran juga adalah kitab yang terbaik sebagai terapi merawat jiwa dan hati. Maka bacalah…

Antara buku-buku biblioterapi yang terdapat di pasaran

46

Rujukan:1. Asrizal Aris (2018, April 24). 4.2 juta kemurungan. Harian Metro. https://www.hmetro.com.

my/mutakhir/2017/04/223900/42-juta-kemurungan2. Beatty, William K. (1962). A historical review of bibliotherapy.

Library trends 11 (2) 1962: Bibliotherapy : 106-117. https://www.ideals.illinois.edu/bitstream/handle/2142/6050/librarytrendsv11i2c_opt. pdf?sequence=1&isAllowed=y

3. Crothers, S. McChord (1916, August). A literary clinic. Atlantic Monthly, no.118, 291-201.http://www.unz.com/print/AtlanticMonthly-1916sep-00291

4. Dovey, Ceridwen. (2015, June). Can reading make you happier?. The Neworker. https://www.newyorker.com/culture/cultural-comment/can-reading-make-you-happier

5. Heath, M. A., Sheen, D., Leavy, D., Young, E. L., and Money, K. (2005). Bibliotherapy : A esource to facilitate emotional healing and growth. School Psychology International, 26, 563-580.https://www.researchgate.net/publication/258189177

6. Husna Hassan. (2019, April). Penawar nadir bagi murung. Solusi, no.125, 18-20.7. Mohd Roslan Sulaiman (2021, Februari 5). Naratif Naib Canselor 2021. https://

fb.watch/3syB10-5OJ/.8. Pehrsson, D. E., & McMillen, P. (2007). Bibliotherapy: Overview and implications forcounselors

(ACAPCD-02). Alexandria, VA: American Counseling Association. https://www.counseling.org/Resources/Library/ACA%20Digests/ACAPCD-02.pdf

9. Rafidah Abdul Aziz. (2019). Biblioterapi : Penyembuhan iiwa dan hati melalui pembacaan.

47

Penyelidikan adalah kajian dalam sesuatu bidang seperti sains, matematik, perniagaan, ekonomi dan agama yang amat penting dalam pembangunan sesebuah negara bangsa. Ia akan membantu melonjakkan taraf sesebuah negara kepada negara yang lebih berpengetahuan, berteknologi, berdaya maju dan bertamadun. Pelbagai pengembangan ilmu dan permasalahan dapat dibuktikan dan diatasi melalui kajian yang dijalankan oleh penyelidik di pelbagai institusi. Pengkajian dari segi prinsip dan aplikasi dalam sesuatu kajian secara sistematik dan berstrategi akan dapat menghasilkan hasil kajian yang lebih telus dan bermakna.

Universiti awam, universiti swasta dan institusi kajian (RI) adalah organisasi paling utama dalam menjalankan kegiatan penyelidikan. Misi, objektif dan matlamat dalan sesebuah institusi penyelidikan amat strategik, merentas transdisplin dan berkesinambungan dalam setiap bidang. Setiap universiti dan institusi penyelidikan mendapat peruntukan kewangan daripada pelbagai sumber melalui kerajaan, syarikat, orang perseorangan atau NGO bagi pembelian barang, fasiliti dan infrastruktur lengkap untuk menjalankan kajian menyelesaikan sesuatu permasalahan dengan mampan.

Universiti Putra Malaysia (UPM) menyediakan 11 kluster penyelidikan utama di mana setiap kluster meliputi kepakaran penyelidik dan pensyarah melalui program yang bersifat merentas displin penyelidikan. Pelbagai bentuk hasil kajian didapati antaranya buku, tesis, kertas jurnal, kertas pembentangan daripada prosiding dan simposium. Malahan ada hasil kajian dalam bentuk teknologi atau produk dipindahkan kepada harta intelek yang dilesenkan sebelum dikomersilkan. Hasil daripada pelbagai kajian dan pengembangan ilmu dan teknologi disebarkan melalui pelbagai seminar, program dan bengkel yang diadakan di peringkat komuniti, universiti, negara dan antarabangsa. Ini melonjakkan fungsi dan peranan universiti dan institut penyelidikan sebagai tempat penyelidikan yang berkaliber dan berwibawa dengan memberi hasil kajian berimpak tinggi kepada industri, masyarakat dan negara.

Bab 3 Penyelidikan dan Inovasi

KELESTARIAN PENYELIDIKAN UNIVERSITI KEPADA INDUSTRI DAN MASYARAKAT

Dr. Nor Asma binti Ab Razak

Artikel di media massa berkaitan pengembangan pertanian

48

Bagi memastikan kelestarian hasil kajian dari universiti dan institusi penyelidikan kepada industri dan masyarakat, pelbagai pusat dan unit ditubuhkan seperti Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan Taman Putra Sains (PSP). Ia mempunyai pelbagai fungsi dan peranan dalam mengerakkan penyelidikan, seperti meningkatkan impak penyelidikan, meningkatkan kerjasama penyelidikan, transformasi komuniti dan memantapkan perkongsian sebagai universiti penyelidikan bertaraf dunia.

Sesebuah organisasi penyelidikan yang terdiri daripada pegawai penyelidik, pensyarah, pegawai sains, penolong penyelidik dan penolong pegawai sains yang sentiasa menambah baik ilmu pengetahuan dalam bidang kepakaran masing-masing akan bekerjasama membangun dan menyelesaikan masalah kajian.Permasalahan atau pengembangan ilmu kajian ini didapati melalui cambahan idea penyelidik, industri atau komuniti yang dikemukan kepada institut penyelidikan.

Terdapat para pensyarah dan penyelidik yang aktif berperanan sebagai usahawan, dengan mengkomersilkan hasil kajian yang telah didapati atau sebagai penceramah dengan memberi latihan dan bengkel kepada komuniti dan industri. Ini adalah kerana para penyelidik dan pensyarah sentiasa fokus dan bekerjasama dalam membangunkan, menerapkan pengetahuan dan menjadi penghubung pemindahan ilmu dan teknologi kepada industri dan masyarakat. Setiap peringkat penyelidikan daripada asas, aplikasi dan pembuktian konsep akan dapat membantu industri dan masyarakat.

Misalan, kajian berkaitan formulasi kandungan herba atau jenis bahan pelindung muka yang berkesan dalam menyembuh atau menghidari COVID-19 yang baru-baru ini menjadi kerisauan seluruh dunia. Maklumat hasil kajian ini dipindahkan kepada industri bagi penghasilan produk dalam skala besar dengan keyakinan bahawa pembuktian produk atau teknologi memberi kesan yang baik kepada pengguna. Ini akan mengurangkan masa untuk kaedah cuba jaya dan kerugian berganda kepada industri memandangkan produk atau penyelesaian masalah telah didapati atau diselesaikan di peringkat makmal. Hasil permasalahan kajian ini akan seterusnya memberi manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan kepada keseluruhan komuniti. Seterusnya, ekonomi negara akan berkembang kerana keuntungan yang dijana oleh industri melalui permintaan tinggi terhadap produk yang efektif dan berkesan. Seterusnya, kemampanan penyelidikan perlu diteruskan melalui pemindahan hasil kajian kepada industri dan masyarakat bagi kemashlatan komuniti dan negara.

Kerjasama antara penyelidik dan komuniti di dalam program pertanian

AKTIVITI PPUPM

51

KEBAJIKAN

52

PROGRAM EDARAN HONEY ROASTED CHICKEN SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK 1440H

Md Nizam bin Mahat@Ibrahim

1. Biro Jaringan Strategik dan Tanggungjawab Sosial

2. Dengan kerjasama L’apprenti, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM

3. Tarikh 9-10 Mei 2019

4. Hari Khamis dan Jumaat

5. Masa 4:00 - 5:00 petang

6. Tempat L’apprenti Dapur Rakyat@UPM, Food 5, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM

7. Bilangan peserta 400 ahli PPUPM

8. Objektif 1. Meraikan bulan mulia dengan berkongsi rezekibersama ahli PPUPM

2. Menarik lebih ramai staf UPM menjadi ahli PPUPM3. Mengeratkan hubungan ukhuwah sesama

ahli PPUPM

Edaran Honey Roasted Chicken sempena Ramadhan Al-Mubarak 1440H bagi tahun 2019 merupakan program yang julung kali diadakan oleh PPUPM dengan kerjasama L’apprenti, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), UPM. Program ini bermula jam 4:00 hingga 5:00 petang pada 9 dan 10 Mei 2019 berdasarkan pengesahan tarikh melalui borang Google yang diterima melalui e-mel. Pengambilan Honey Roasted Chicken oleh ahli-ahli PPUPM telah dijalankan di L’apprenti Dapur Rakyat@UPM, Food 5, FSTM berkonsepkan pandu lalu. Malahan, PPUPM turut memberi sumbangan yang sama kepada Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti. Program ini mendapat sambutan yang luar biasa kerana seramai 400 ahli PPUPM telah bersama-sama menjayakannya. PPUPM menerima pelbagai maklumbalas beserta pujian dan ucapan tahniah diterima dari kalangan ahli-ahli PPUPM. Semoga program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli PPUPM.

53

Dari kiri Encik Mohd Isnain Ali bergambar bersama Encik Mohd Nizam Mahat @ Ibrahim

Dari kiri Encik Wan Zaharuddin Wan Abdullah bergambar bersama YBhg Datin Paduka Dato’ Aini Ideris, Naib Canselor UPM

Dari kiri Ts. Karmizan Zawawi, Puan Rafidah Sadarudin, Encik Mohamad Johadi Iskandar Che Jamil, Encik Muhazam Mansor (Presiden PPUPM), Dr. Aditya Adawiyah Darwis, Puan Noraihan Nordin dan Ts. Krishnan a/l Mariappan

Encik Muzafar Ketua Perpustakawan UPMturut menerima Honey RoastedChicken.

Antara ahli PPUPM yang menerima edaran Honey Roasted Chicken

54

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 2019Mohamad Johadi Iskandar bin Che Jamil

1. Biro Kepimpinan dan Pembangunan Modal Insan

2. Tarikh 1 Julai 2019

3. Hari Isnin

4. Masa 12:00 tengahari - 2:00 petang

5. Tempat Tok Ayah Garden Café, Bandar Baru Bangi

6. Bilangan peserta 150 ahli PPUPM

7. Tetamu kehormat YBhg. Dato’ Wan Azman Wan Omar, Pendaf UPtar M

8. Tetamu jemputan 1. Dato’ Zulkiflee bin Othman, Bursar UPM2. Encik Amir Hussain bin Md Ishak

9. Objektif 1. Meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersamaahli PPUPM

2. Mengeratkan silaturahim dan ukhuwah sesamaahli PPUPM

Majlis Sambutan Hari Raya 2019 anjuran PPUPM telah diadakan pada 1 Julai 2019 di Tok Ayah Garden Café, Bandar Baru Bangi. Majlis ini bertujuan meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan beramah-mesra bagi mengeratkan ukhuwah silaturahim di antara ahli PPUPM. Seramai 150 ahli PPUPM yang terdiri daripada pelbagai skim turut hadir. Majlis ini diceriakan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu YBhg. Dato’ Wan Azman Wan Omar, Pendaftar UPM, pengurusan tertinggi universiti dan pegawai kanan UPM. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Haji Mat Razi Abdullah, Pengarah Pusat Islam UPM merangkap Exco PPUPM, kata alu-aluan disampaikan oleh YBrs. Encik Muhazam Mansor, Presiden PPUPM dan seterusnya ucapan dari tetamu kehormat iaitu YBhg. Dato’ Wan Azman Wan Omar, Pendaftar UPM. Antara intipati ucapan YBhg. Dato’ mengingatkan ahli PPUPM untuk terus bersatu hati, berganding bahu dalam meneruskan aspirasi organisasi, komited, berintegriti dan mengamalkan gaya hidup sihat. YBhg. Dato’ juga menyeru agar ahli PPUPM sentiasa menjaga integriti dalam menjalankan tanggungjawab. Setiap amanah yang dipikul seharusnya dilaksanakan dengan baik yang mana pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.

Dari kiri Encik Wan Zaharuddin Wan Abdullah, Encik Zuhaimi Rahim, Encik Anuar Pairan, Encik Muhazam Mansor, Puan Joliah Hussin, Puan Rafidah Sadarudin dan Puan Aziah Haji Noh

Antara Exco dan ahli-ahli PPUPM yang hadir bersama meraikan sambutan Hari Raya 2019

Majlis sambutan hari raya turut mengeratkan silaturahim sesama ahli PPUPM

Hadirin bergambar kenangan di perkarangan Tok Ayah Garden Cafe 55

Pelbagai jenis makanan dan minuman turut disajikan. Pihak PPUPM turut mengambil kesempatan meraikan 4 ahli yang bakal mengerjakan ibadah haji. Majlis bermula jam 12:00 tengahari dan tamat pada jam 2:00 petang telah mengumpulkan dan mengeratkan silaturahim ahli PPUPM di samping meninggalkan kenangan indah di sanubari.

56

PROGRAM EDARAN MAKANAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2020

Md Nizam bin Mahat@Ibrahim

1. Biro Jaringan Strategik dan Tanggungjawab Sosial

2. Dengan kerjasama L’apprenti, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM

3. Tarikh 15, 18 dan 22 Jun 2020

4. Hari Isnin, khamis dan Isnin

5. Masa 12:00 tengahari - 2:00 petang

6. Tempat Lobi, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM

7. Bilangan peserta 400 ahli PPUPM

8. Objektif 1. Meraikan bulan mulia dengan berkongsirezeki bersama ahli PPUPM

2. Menarik lebih ramai staf UPM menjadiahli PPUPM

3. Mengeratkan hubungan ukhuwahsesama ahli PPUPM

Program edaran makanan sempena Ramadhan Al-Mubarak 1441H bagi tahun 2020 oleh PPUPM telah dilaksanakan dengan lancar dengan perubahan kosep pandu-lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang disebabkan oleh penularan COVID-19 di Malaysia. Program ini telah diadakan sebanyak 3 sesi iaitu pada 15, 18 dan 22 Jun 2020 melalui pengesahan tarikh pengambilan sesuai dengan giliran hadir bekerja dalam borang Google yang diterima melalui e-mel. Pemberian sumbangan bermula jam 12:00 tengahari hingga 2:00 petang di Lobi Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM dengan kerjasama L’apprenti, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), UPM.

Sumbangan yang diterima oleh ahli-ahli PPUPM dan ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti adalah pakej satu set suku bahagian ayam bakar bersama nasi mentega, salad ringkas dan sos lada hitam, satu botol cecair tangan pembasmi kuman dan satu kotak susu Farm Fresh. Program ini juga mendapat sambutan luar biasa seperti tahun sebelumnya di mana 400 ahli PPUPM telah hadir menerima sumbangan. Semoga program seperti ini mendapat manfaat dan keberkatan Allah SWT serta dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang.

57

Edaran makanan bagi semua ahli PPUPM Haji Mat Razi bin Abdullah memberi makanan kepada penerima secara pandu lalu

Nasi ayam bakar (Roasted Chicken) Susu Farm Fresh dan cecair pembasmi kuman

Antara ahli PPUPM yang menerima edaran makanan

Puan Noraihan Nordin dan Ts. Karmizan Zawawi membantu mengedar makanan kepada penerima.

Semakan keahlian sebelum penerimaan edaran makanan

58

PROGRAM PENGAGIHAN FREE MEAL KEPADA PELAJAR ASNAF, PENYERAHAN

PERUNTUKAN AKTIVITI DAN SUMBANGAN RAYA KEPADA AHLI PPUPM DI KAMPUS BINTULU SARAWAK

Nathuhain binti Haji Ibrahim

1. Biro Jaringan Strategik dan Tanggungjawab Sosial

2. Tarikh 10 Mei 2019

3. Hari Jumaat

4. Masa 2:30 petang

5. Tempat Lobi Kolej Sri Rejang, UPM Kampus Bintulu

6. Bilangan peserta 21 ahli PPUPM dan pelajar UPM Kampus Bintulu

7. Tetamu kehormat YBhg Profesor Dr. M. Iqbal Saripan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

8. Tetamu jemputan 1. YBhg. Profesor Dr Bujang B. K. Huat, Pengarah UPM Kampus Bintulu

2. YBrs. Encik Muhazam Mansor, Presiden PPUPM

9. Objektif 1. Memberi sumbangan kepada pelajar asnaf UPMKampus Bintulu

2. Simbolik penyerahan peruntukan bagi menjalankanaktiviti PUPM

3. Menghargai ahli PPUPM UPM Kampus Bintulu

Pada 10 Mei 2019, majlis penyerahan free meal oleh YBhg. Profesor Dr. M. Iqbal Saripan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM kepada pelajar-pelajar asnaf telah berlangsung di lobi pejabat Kolej Sri Rejang, UPM Kampus Bintulu pada jam 2:30 petang. Majlis penyerahan ini turut dihadiri oleh YBhg. Profesor Dr. Bujang B. K. Huat, Pengarah UPM Kampus Bintulu dan YBrs. Encik Muhazam Mansor, Presiden PPUPM bersama ahli-ahli PPUPM UPM Kampus Bintulu. Penyerahan peruntukan kepda Exco PPUPM UPM Kampus Bintulu bagi menjalankan aktiviti dan sumbangan biskut raya kepada 21 ahli PPUPM sempena sambutan Hari Raya Aildilfitri turut diadakan.

59

YBhg. Profesor Dr. M. Iqbal Saripan dan Encik Muhazam bin Mansor bersama ahli PPUPM UPM Kampus Bintulu yang hadir

YBhg. Profesor Dr. M. Iqbal Saripan menyerahkan sumbangan kepada salah seorang pelajar UPM Kampus Bintulu

Puan Zuraida Abu Bakar, salah seorang ahli PPUPM UPM Kampus Bintulu menerima sumbangan biskut raya

Puan Nathuhain Haji Ibrahim, Exco PPUPM mewakili ahli PPUPM UPM Kampus Bintulu menerima sumbangan dari YBrs. Encik Muhazam Mansor, Presiden PPUPM

60

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN DAN PENGWUJUDAN SUDUT BACAAN

DI WAD PEDIATRIK HOSPITAL BINTULU, SARAWAK Nathuhain binti Haji Ibrahim

1. Biro Jaringan Strategik dan Tanggungjawab Sosial

2. Tarikh 22 Mei 2019

3. Hari Jumaat

4. Masa 2:00 - 5:00 petang

5. Tempat Wad Pediatrik Hospital Bintulu

6. Bilangan peserta Seorang Exco PPUPM dan 12 ahli PPUPM UPM Kampus Bintulu

7. Perasmi YBhg. Dr. Davis Johnraj, Pengarah Hospital Bintulu

8. Objektif 1. Mengeratkan silaturahim dengan kakitanganHospital Bintulu Sar, awak

2. Menggalakkan budaya membaca di kalanganmasyaraka sett empat

9. AJK Ketua: Pn. Hairunnisah Abdul RahmanAJK: 1. Surat-menyurat

• Puan Hairunnisah Abdul Rahman• Puan Nathuhain Hj Ibrahim

2. Protokol• Puan Rosidah Basir• Encik Sudirman Asmadi

3. Publisiti• Puan Siti Rajanah Abdul Aziz• Encik Zulkernain Zamawi

4. Kenderaan• Puan Hadiah Sandi

5. Tajaan dan sumbangan• Encik Mohamad Syukri Mohamad Adnan

61

Pada 22 Mei 2019, ahli PPUPM UPM Kampus Bintulu telah melaksanakan Program Ziarah Ramadhan dan mewujudkan sebuah sudut bacaan di Hospital Bintulu, Sarawak. YBhg. Dr. Davis Johnraj, Pengarah Hospital Bintulu telah merasmikan program yang julung kali diadakan ini. Sumbangan yang berupa buah-buahan dan wang tunai telah diberikan kepada keluarga bayi dan kanak-kanak yang berada di Wad Pediatrik, Hospital Bintulu. Pengagihan sumbangan kepada 70 penerima turut dibantu oleh matron dan jururawat bermula pada jam 2:00 hingga 4:30 petang. Atas inisiatif dan sumbangan ahli PPUPM UPM Kampus Bintulu, satu sudut di Wad Pediatrik telah dipilih sebagai sudut bacaan bagi meletakkan bacaan ringan serta alatan permainan sebagai pendorong dan pemberi semangat. Program berakhir dengan aktiviti bergambar dan ucapan terima kasih kepada pihak hospital kerana menerima kunjungan daripada ahli PPUPM UPM Kampus Bintulu.

Staf Hospital Bintulu turut membantu membawa sumbangan ke Wad Pediatrik Hospital Bintulu

Sudut bacaan Wad Pediatrik Hospital Bintulu

AJK Program Ziarah membawa sumbangan menuju ke Wad Pediatrik

Pemberian sumbangan kepada keluarga pesakit Wad Pediatrik

62

MAJLIS PELANCARAN KAD KEAHLIAN PPUPMDr. Nor Asma Ab Razak dan Ts. Karmizan Zawawi

1. Biro Penerbitan, Inovasi dan Kreatif (BPIK)

2. Tarikh 5 Disember 2019

3. Hari Khamis

4. Masa 2:45 - 5:00 petang

5. Tempat Kolej Pendeta Za’ba, UPM

6. Bilangan peserta 200 ahli PPUPM

7. Tetamu kehormat YBhg. Dato’ Wan Azman Wan Omar, Pendaf UPtar M

8. Tetamu jemputan 1. Dato' Zulkiflee bin Othman2. Encik Muzaffar Shah bin Kassim3. Dr. Hajah Fauziah binti Adnan4. Haji Amir Hussain bin Md Ishak5. Profesor Madya Dr. Wan Zuha bin Wan Hassan6. Datuk Omar bin Osman7. Dr. Haji Razali bin Othman8. Encik Norsyahriman bin Md Arif9. Encik Noor Mohamad Zin bin Mohamad Naim

10. Haji Roslan bin Muhamad11. Encik Mustafa bin Ibrahim12. Encik Noor Mohamad bin Shakil Hameed

9. Objektif 1. Merasmikan kad keahlian PPUPM2. Memberikan nombor pendaftaran dan kad keahlian

fizikal kepada ahli PPUPM3. Menghargai ahli melalui diskaun keahlian

Salah satu pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh Exco sesi 2019/2020 ialah pendaftaran nombor keahlian dan seterusnya pemberian kad keahlian fizikal secara percuma kepada semua ahli yang aktif di dalam PPUPM. Pemberian kad keahlian ini merupakan satu penghargaan kepada ahli yang setia dan sentiasa memberi sokongan dalam setiap aktiviti yang diadakan oleh PPUPM. Majlis pelancaran kad ahli PPUPM telah diadakan bersekali dengan Majlis Hi-Tea Persaraan YBhg. Dato’ Wan Azman Wan Omar pada hari Khamis, 5 Disember 2019, yang bertem-pat di Dewan Kolej Pendeta Za’ba, UPM. Simbolik kepada pelancaran kad keahlian PPUPM adalah penyerahan kad keahlian bernombor PP00001 kepada YBhg. Dato’ Wan Azman Wan Omar dan seterusnya merasmikan penggunaan nombor kad keahlian di dalam setiap aktiviti PPUPM.

63

Majlis dimulakan pada jam 2:45 petang dengan bacaan doa, pertunjukkan montaj jasamu dikenang yang mengandungi persembahan multimedia YBhg. Dato’ Wan Azman Wan Omar dari zaman remaja sehingga hari terakhir perkhidmatan beliau di UPM. Seterusnya, deklamasi sajak oleh Puan Noorizai Mohamad Noor, perasmian kad keahlian PPUPM dan diikuti pemberian cenderamata oleh PTJ dan individu serta penyerahan buku khas sebelum majlis berakhir pada jam 5:30 petang. Majlis Hi-Tea bertemakan warna biru dan kuning keemasan turut diserikan dengan persembahan busker UPM dan minum petang yang disediakan oleh Norzack Catering.

Penyerahan kad kepada ahli dan wakil turut diadakan di kaunter meja pendaftaran. Sebanyak 480 keping kad keahlian telah dicetak dalam cetakan pertama.

Kelebihan kad keahlian PPUPM adalah seperti berikut:

BIL PERKARA FAEDAH SYARIKAT

1. Pembaharuan insurans kenderaan dan 4% ZueOne Resourcecukai jalan

2. Insurans perjalanan (kembara) 8% ZueOne Resource

3. Sumbangan kematian suami/isteri RM 100.00 PPUPM

4. Anak cemerlang:a. UPSR RM 50.00b. PT3 RM 70.00 PPUPMc. SPM RM 100.00d. STPM RM 100.00

5. Hadiah persaraan RM 100.00 PPUPM

6. Sumbangan perayaan - PPUPM

7. Sumbangan menunaikan haji atau ibadah lain RM 100.00 PPUPM

Nota: Faedah keahlian akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

xxxxx

xxxxx

xxxxx

xxxxxx

64

No.20 Tingkat 1,Jalan 6c/7, Taman Persiaran Bangi43650 Bandar Baru Bangi,Selangor Darul Ehsan

: 017-2411727 : [email protected]

PEMBAHARUAN INSURANS KENDERAAN DAN CUKAI JALAN

Email/whatsapp salinan geran/cover note tahunsebelumnya

Email/whatsapp salinan kad keahlian PPUPM

Quatation akan dihantar melalui email/whatsappkepada ahli

Bank-in pembayaran ke no. akaun yang akandimaklumkan oleh Zueone Resources kepada ahli

Cover Note Kenderaan (whatsapp & email) olehZueone Resources & Cukai Jalan (by hand/by pos) dari pihak MYEG kepada ahli

INSURANS PERJALANAN (DOMESTIC & INTERNATIONAL)

Email/whatsapp maklumat seperti nama,no. kadpengenalan, destinasi, tarikh mula perjalanan, tarikhtamat perjalanan, alamat lengkap dan no.telefonbimbit

Email/whatsapp salinan kad keahlian PPUPM

Bank-in pembayaran ke no. akaun yang akandimaklumkan oleh Zueone Resources kepada ahli

Diskaun 4% Diskaun 8%

Sijil Insurans Perjalanan (whatsapp & email) kepada ahli oleh Zueone Resources

1

2

3

4

5

1

2

3

4

Persatuan Pentadbir UPM

65

Dari kiri Puan Nathuhain Haji Ibrahim, Puan Rafidah Sadarudin, Puan Joliah Husin, Encik Saiful Anuar A. Rahman, Encik Mohamad Jeffri Mohamed Fauzi, Puan Liyana Ithnin, Dr. Nor Asma Ab Razak dan Ts. Krishnan a/l Mariappan

Kad keahlian PPUPM

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

xxxxxxxxx xxxxxxxxxx

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

66

PROGRAM ZIARAH IHSAN PPUPM DAN WAZAN

Zuhaimi bin Abdul Rahim

1. Biro Exco Tertinggi PPUPM

2. Dengan kerjasama WAZAN

3. Tarikh 24 - 26 Julai 2020

4. Hari Jumaat – Ahad

5. Masa 8:30 pagi – 11:30 malam

6. Tempat Perak

7. Bilangan peserta 10 Exco PPUPM

8. Tetamu kehormat YBhg. Dr. Haji Razali bin Othman, Pengarah WAZAN

9. Objektif 1. Penyerahan sumbangan kepada para pelajaryang asnaf di kediaman masing-masing

2. Memberi peluang kepada para pembayar zakat untukmelihat dan mendekati sendiri pelajar dan keluargapenerima sumbangan

Program Ziarah Ihsan PPUPM@WAZAN 2020M/1441H ini merupakan program kerjasama antara PPUPM dan WAZAN. Matlamat utama program ini adalah untuk membantu para pelajar dan keluarga dalam meneruskan kelangsungan kehidupan terutama dalam situasi pendemik COVID-19 yang sedang melanda dunia sekarang. Program yang dijalankan selama 3 hari 2 malam di negeri Perak melibatkan seramai 10 Exco PPUPM yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan bantuan. Seramai 12 penerima yang terdiri daripada pelajar asnaf telah dikenalpasti oleh WAZAN untuk diberikan bantuan zakat dan juga barangan berupa makanan kering.

Program sebegini amat bermakna kepada Exco PPUPM kerana dapat menyerahkan sendiri bantuan dan dapat melihat sendiri keadaan sebenar pelajar dan keluarga di kediaman mereka. Malahan, melalui program ini, permasalahan sebenar kehidupan pelajar sewaktu di rumah dan pembelajaran di dalam kampus dapat diketahui dan menjadi input yang boleh diketengahkan kepada pihak atasan bagi memastikan kelangsungan kehidupan bagi masa depan yang lebih baik. Selesai program, Exco PPUPM telah melaksanakan program plogging di sekitar

67

kawasan Pantai Lumut bagi membantu membersihkan alam sekitar. Ini bagi menyahut seruan cintai alam sekitar yang mana dapat memberi kesedaran kepada Exco PPUPM dan masyarakat setempat tentang pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar. Sebanyak 10 pek sampah dikumpulkan dalam program tersebut yang mana kesedaran lebih tinggi bagi menjaga alam sekitar diperlukan pada masyarakat sekitar dengan memastikan sampah sarap dibuang di tempat yang sepatutnya.

Ziarah ihsan di rumah pelajar asnaf

Plogging di sekitar kawasan Pantai Lumut

Dari kiri YBhg. Dr. Haji Razali bin Othman, Pengarah Wazan bergambar bersama AJK Program Ziarah Ihsan sebelum berangkat

Bergambar kenangan Exco bersama keluarga pelajar asnaf

PROGRAM PLOGGING DAN SUMBANGAN 5221 KEPADA ASNAF DI PANTAI REMIS, KUALA SELANGOR

Rafidah binti Sadarudin

1. Biro Jaringan Strategik dan Tanggungjawab Sosial

2. Dengan kerjasama Coca Cola Sdn. Bhd., Fakulti Sains UPM, Putra Bakti, UPM dan Majlis Perwakilan Pelajar, UPM

3. Tarikh 3 Oktober 2020

4. Hari Sabtu

5. Masa 6:30 pagi -12:00 tengahari

6. Tempat Pantai Remis, Kuala Selangor

7. Bilangan peserta 45 Exco, ahli PPUPM, wakil pelajar UPM dan penduduk Pantai Remis

8. Tetamu kehormat YBhg. Encik Roslan, Ketua kampung Pantai Remis

9. Objektif 1. Bersama komuniti setempat ke arah menyokongMalay Bsia ersih

2. Memupuk budaya kebersihan alam sekitar3. Memberi sumbangan 5:2:2:1 kepada para asnaf

Program Plogging Pantai Remis pada 3 Oktober 2021 telah disertai oleh 45 Exco PPUPM, ahli PPUPM, wakil pelajar UPM dan penduduk Pantai Remis. Program ini telah mendapat kerjasama dari Coca-Cola Sdn Bhd, Fakulti Sains UPM, Putra Bakti dan WAZAN. Pada awalnya, penyertaan adalah seramai 80 orang, namun disebabkan situasi berkaitan COVID-19, penyertaan para peserta dikurangkan dan SOP diperketatkan atas nasihat Emergency Response Team UPM. Objektif program ini adalah mengadakan program bersama komuniti setempat ke arah menyokong Malaysia Bersih dan memupuk budaya kebersihan alam sekitar. Para peserta bertolak dari UPM seawal jam 6:30 pagi dan sampai lebih kurang jam 8:30 pagi di Pantai Remis. Terdapat para peserta yang hadir awal sehari bagi membuat persediaan dengan menyediakan khemah khas bagi kegunaan program. Sarapan pagi disediakan kepada para peserta sebelum taklimat tatacara program dan keselamatan diri disampaikan. Sebanyak 171.5 kg sampah telah berjaya dipungut dalam masa satu jam setengah.

Kemudian, para peserta menyantuni 26 keluarga asnaf setempat dengan memberikan sumbangan 5221, iaitu 5 kg beras, 2 kg tepung, 2 (1 kg gula dan 1 kg minyak) dan 1 tin susu. PPUPM juga turut menyumbangkan 10 anak pokok kepada Ketua Kampung untuk ditanam di sekitar Pantai Remis. Program diakhiri dengan makan tengahari

68

69

bersama para peserta, keluarga asnaf dan wakil penduduk kampung. Sesi fotografi turut diadakan sebagai kenang-kenangan bersama sebelum bertolak ke UPM. Alhamdullilah, program berjalan lancar dan berharap program ini memberi impak pada semua peserta agar menjadi agen perubahan dalam melestarikan alam.

Peserta plogging di Pantai Remis, Kuala Selangor

Simbolik penyerahan kutipan sampah sebagai mengakhiri plogging di Pantai Remis

Bergambar bersama selepas aktiviti plogging diadakan

Peserta plogging khusyuk mengutip sampah-sarap di sekitar Pantai Remis

70

MAJLIS ADMIN@APRESIASI DAN PENUTUPAN BULAN PENTADBIR UPM 2020

Saiful Anuar bin A. Rahman

1. Biro Kepimpinan dan Pembangunan Modal Insan

2. Tarikh 2 Oktober 2020

3. Hari Jumaat

4. Masa 2:45 - 4:30 petang

5. Tempat Auditorium Hospital Pengajar UPM

6. Bilangan peserta 150 ahli PPUPM

7. Tetamu kehormat YBhg. Profesor Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman,Naib Canselor UPM

8. Tetamu jemputan YBhg. Encik Muhazam bin Mansor, Pemangk Pu endaftar

9. Objektif 1. Meraikan pesara dan ahli PPUPM2. Menyampaikan hadiah kecemerlangan akademik

(UPSR, PT3, SPM) kepada anak-anak ahli PPUPM3. Menyampaikan sumbangan kematian kepada waris

ahli PPUPM yang meninggal dunia

Majlis Admin@Apresiasi dan Penutup Bulan Pentadbir UPM ini telah dianjurkan oleh PPUPM pada 2 Oktober 2020 bersamaan 14 Safar 1442H, Jumaat jam 2:45 - 4:30 petang bertempat di Auditorium Hospital Pengajar UPM. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor UPM dan turut dihadiri oleh YBhg. Encik Muhazam bin Mansor, Pemangku Pendaftar UPM. Seramai 150 tetamu, ahli PPUPM Serdang dan UPM Kampus Bintulu yang bersiaran secara langsung melalui platform online.

Dalam ucapan YBhg Naib Canselor telah merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur dan para pesara atas khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan di UPM. Penyampaian cenderamata kenang-kenangan berbentuk gambar potrait yang dilukis beserta bingkai diberikan kepada ahli PPUPM yang bersara dan tamat perkhidmatan awal dari bulan Januari sehingga Disember 2020. Sebuah tayangan multimedia yang mengandungi aktiviti PPUPM sepanjang tahun 2019-2020 turut dipaparkan sebagai simbolik perasmian Majlis Admin@Apresiasi dan Penutup Bulan Pentadbir UPM. Seterusnya, penyampaian hadiah kecemerlangan kepada anak-anak ahli PPUPM yang telah berjaya

71

mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PT3 tahun 2019 dan SPM tahun 2018-2019 serta sumbangan kepada waris ahli PPUPM yang telah meninggal dunia iaitu Allahyarhamah Hajah Hamidah binti Meseran.

BERILMU BERBAKTIPPUPM

Admin@Apresiasidan

Penutup Bulan Pentadbir UPM 2020

Majlis

2 Oktober 2020

Auditorium Hospital Pengajar UPM

Puan Nur Lina Chong Abdullah, pesara ahli PPUPM menerima cenderamata sebagai tanda kenangan

Ucapan perasmian YBhg. Profesor Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor UPM

Ucapan oleh YBrs. Encik Zuhaimi bin Rahim, Pemangku Presiden PPUPM

72

73

Pentadbiran dan

Profesionalisme

PROGRAM TAZKIRAH MALAM JUMAAT ASTRO OASIS Zuhaimi bin Abdul Rahim

1. Biro Exco Tertinggi PPUPM

2. Dengan kerjasama Astro, WAZAN dan Sahabat Masjid UPM

3. Tarikh 16 Ogos 2019

4. Hari Jumaat

5. Masa 8:30 – 11:30 malam

6. Tempat Panggung Percubaan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, UPM

7. Bilangan peserta 300 ahli PPUPM dan staf UPM

8. Tetamu kehormat YBhg. Encik Muhazam Mansor, Presiden PPUPM

9. Tetamu jemputan YBhg. Encik Bukriman Sabri, Pengerusi Sahabat Masjid UPM

10. Objektif 1. Sebagai salah satu program pengisian kerohanian2. Memperkenalkan variasi keilmuan melalui

perbincangan ahli panel yang pakar3. Memupuk rasa cinta kepada ilmu serta

memberikan nilai tambah dalam jiwa setiappeserta yang hadir.

Program Tazkirah Malam Jumaat anjuran Astro Oasis dengan kerjasama PPUPM ini adalah merupakan program berkonsepkan santai bercorak interaktif dan informatif yang dilaksana sempena Bulan Pentadbir UPM. Program ini diadakan dengan kehadiran 2 panel terkemuka iaitu Datuk Dr. Norhafizah Musa dan Ustaz Haslim Baharim bersama dengan Encik Amin Idris sebagai moderator yang mengupas topik yang amat menarik iaitu ‘Mohabbat’ (kasih sayang). Program ini telah dirakam di Panggung Percubaan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, UPM dengan dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk staf, pelajar dan juga warga sekitar Serdang. Di antara objektif program tersebut, adalah sebagai salah satu pengisian kerohanian, memperkenalkan variasi keilmuan melalui perbincangan ahli panel yang pakar dalam bidang mereka, memupuk rasa cinta kepada ilmu serta memberikan nilai tambah dalam jiwa setiap peserta yang hadir.

Program ini dilaksanakan bagi memupuk budaya ilmu melalui ilmu yang bermanfaat kepada manusia lain. Seperti mana sabda Rasulullah SAW, yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi 74

75

faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh atau solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya” (Riwayat Muslim). Program ini mendapat tontonan lebih 500 ribu orang. Program penyampaian ilmu adalah satu amalan yang sangat mulia di sisi agama. Bahkan Allah SWT akan mengangkat darjat orang yang mempunyai ilmu. Program kali pertama dengan usahasama UPM dan Astro sebagai rakan strategik ini menaikkan nama UPM di samping dapat memberi impak kepada warga UPM dan masyarakat setempat dengan pengisian yang cukup bermakna.

Tiga dari kiri, YBhg. Encik Muhazam bin Mansor memberikan cenderamata kepada panel jemputan

Suasana ketika penggambaran berlangsung di UPM

Gambar kenang-kenangan bersama AJK terlibatPara panel dan moderator majlis

76

PROGRAM ADMIN CAFÉ “SANTAI DAN SAMPAI” Mohamad Jefri bin Mohamed Fauzi

1. Biro Kepimpinan dan Pembangunan Modal Insan

2. Tarikh 3 Disember 2019

3. Hari Selasa

4. Masa 9:00 - 11:00 pagi

5. Tempat L’apprenti@Putra Restaurant, UPM

6. Bilangan peserta 57 ahli PPUPM

7. Tetamu kehormat 1. YBhg. Encik Ludinata bin Misnun,Ketua Penolong Pendaftar,Fakulti Perubatan Veterinar

2. YBhg. Encik Amir Hussain bin Md. Ishak,Mantan Ketua Pustakawan UPM

8. Objektif 1. Berkongsi pengalaman dan kepakaran parapanel secar sana tai.

2. Memberi inspirasi dan semangat kepadaperserta untuk menambahbaik tugas danbidang kerjaya.

PPUPM telah mengadakan sebuah program sesi perkongsian, Program Admin Café : “Santai & Sampai” di L’apprenti@Putra Restaurant, UPM pada 3 Disember 2019. Program yang dikendalikan secara santai ini menjemput ahli panel iaitu YBhg. Encik Amir Hussin bin Md. Ishak, mantan Ketua Pustakawan UPM dan YBhg. Encik Ludinata bin Misnun, Ketua Penolong Pendaftar di Fakulti Perubatan Veterinar, UPM berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran berkaitan dengan kerjaya manakala Encik Muhammad Za’im bin Rosli sebagai moderator program.

YBhg. Encik Amir Hussin Md. Ishak telah berkongsi pengalaman beliau sepanjang menerajui Perpustaakaan Sultan Abdul Samad, UPM. Beliau telah manasihati para peserta supaya menerapkan nilai-nilai yang baik dalam pekerjaaan. Antaranya, kepimpinan yang dipraktiskan mestilah telus dan berhemah, setiap keputusan yang dibuat mengambil kira semua faktor, mengutamakan kepentingan organisasi melebihi kepentingan peribadi dan mengelakkan sikap berat sebelah. Beliau juga menekankan tentang pentingnya pengurusan masa dalam diri setiap pekerja, meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam era teknologi maklumat dan globalisasi bagi memastikan pekerja atau sesebuah organisasi itu relevan mengikut kehendak semasa.

77

YBhg. Encik Ludinata bin Misnun pula berkongsikan pengalaman semasa bertugas di Kedutaaan Besar Malaysia, Jakarta dan di tempat bertugas terkini. Beliau menyentuh tentang etika seorang pekerja yang perlu ada, iaitu pekerja perlulah sentiasa teliti, kemas, bersungguh-sungguh dan sentiasa perbaiki sebarang kekurangan dalam setiap tugas yang dilakukan. Beliau turut mengesyorkan para peserta supaya berkerja dan mewujudkan suasana kerja yang seronok. Seseorang pegawai itu perlu mendekati staf bawahannya dan bertanyakan khabar, masalah yang dihadapi dan jika perlu berbincang dengan staf supaya kaedah dan jalan penyelesaian dapat dicapai. Semoga program seumpama ini mampu memberi inspirasi dan semangat kepada peserta untuk menambahbaik dalam bidang kerjaya masing-masing

Panel Program Admin Cafe ; Dari kiri YBhg.Encik Ludinata Misnun, Encik Muhammad Za’im Rosli dan YBhg. Encik Amir Hussain Md Ishak

Para peserta khusyuk mendengar perkongsian yang disampaikan

78

MAJLIS HI-TEA PERSARAAN YANG BERBAHAGIA DATO’ WAN AZMAN WAN OMAR,

D.S.I.S.Ts. Krishnan A/l Mariappan

1. Biro Penerbitan, Inovasi dan Kreatif (BPIK)

2. Tarikh 5 Disember 2019

3. Hari Khamis

4. Masa 2:45 - 5:00 petang

5. Tempat Kolej Pendeta Za’ba, UPM

6. Bilangan peserta 200 ahli PPUPM

7. Tetamu kehormat YBhg. Dato’ Wan Azman bin Wan Omar, Pendaf UPtar M

8. Tetamu jemputan 1. Dato' Zulkiflee bin Othman2. Encik Muzaffar Shah bin Kassim3. Dr. Hajah Fauziah binti Adnan4. Haji Amir Hussain bin Md Ishak5. Profesor Madya Dr. Wan Zuha bin Wan Hassan6. Datuk Omar bin Osman7. Dr. Haji Razali bin Othman8. Encik Norsyahriman bin Md Arif9. Encik Noor Mohamad Zin bin Mohamad Naim

10. Haji Roslan bin Muhamad11. Encik Mustafa bin Ibrahim12. Encik Noor Mohamad bin Shakil Hameed

9. Objektif 1. Meraikan dan menghargai persaraan YBhg. Dato'Wan Azman bin Wan Omar

2. Mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli PPUPM

79

Pada 5 Disember 2019, majlis Hi-Tea sempena persaraan Pendaftar UPM, YBhg. Dato’ Wan Azman bin Wan Omar telah diadakan di Dewan Kolej Pendeta Za’ba bermula jam 2:45 hingga 4:30 petang. Seramai 109 ahli PPUPM telah hadir bagi meraikan persaraan YBhg. Dato’ Pendaftar dalam majlis tersebut. Antara tetamu jemputan yang hadir adalah Dato' Zulkiflee bin Othman, Bursar; Encik Muzaffar Shah bin Kassin, Ketua Pustakawan; Profesor Madya Dr. Wan Zuha bin Wan Hasan, Presiden Persatuan Pegawai Akademik UPM; Encik Norsyahriman bin Md Arif, Timbalan Presiden KEPERTAMA; Encik Mustafa bin Ibrahim, Presiden Pesara UPM; Dato’ Omar bin Osman, Mantan Presiden CUEPACS dan Haji Amir Hussin bin Ishak, Mantan Ketua Pustakawan UPM dan juga pegawai-pegawai kanan UPM.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Haji Mat Razi Abdullah, Pengarah Pusat Islam. Kemudian, YBrs. Encik Muhazam Mansor selaku Presiden PPUPM telah memberikan ucapan dan disusuli dengan persembahan multimedia mengenai perjalanan hidup dan kerjaya YBhg. Dato’ dan deklamasi sajak oleh Puan Noorizai Mohamad Noor. Kemuncak majlis adalah ucapan dari YBhg. Dato’ yang bersara wajib pada 9 Disember 2019. Dalam ucapan beliau, YBhg. Dato’ telah berkongsi pelbagai pengalaman beliau sepanjang 36 tahun dan 3 bulan perkhidmatan di UPM. Beliau telah menyarankan agar semua staf UPM umumnya dan semua Pentadbir UPM khasnya meneruskan sumbangan mereka kepada Universiti. Beliau juga berharap pengganti beliau akan meneruskan kegemilangan pentadbir dalam mencapai misi dan visi UPM. Sebagai mengenang jasa YBhg. Dato’, sesi pemberian cenderahati dan bergambar diadakan sebagai tanda kenangan oleh Presiden PPUPM dan diikuti oleh wakil perseorangan dan PTJ. Majlis diakhiri dengan pemotongan pulut kuning oleh YBhg. Dato’ dan diakhiri dengan sesi ramah-mesra dan bergambar.

Empat dari kiri, YBhg. Dato’ Wan Azman bin Wan Omar bergambar kenangan bersama para hadirin

80

Sajak oleh Puan Noorizai Mohamad Noor

BUKAN BIASA BIASA

Biasa biasakah?Suatu ketika bermula Seorang anak muda Remaja umuran dua puluhanMelangkah dan jejak Kembara meneroka alam kerjaDi bumi Serdang tercintaHmmmmmm……biasa sahaja.

Biasa biasakah?Memulakan amanahTerpikul tergalas Tanpa tunjuk cara jelasTerus diteroka Melampau tembok cuba jaya Hmmmm...agak biasa biasa sahaja.

Biasa biasa kah?Mengharung badai menongkah geloraMenggarap harumSeribu palang seribu mimpiAlur kesetiaanMenghalakan nasihatLembut sabarnyaHmmm...masih biasa biasakah?

Biasa biasakah?Membina istana di belantaraMembuai angan... dan mencipta nyataTidak tercapai andai hanya berkata!Ayuh... katanya.....kita melangkah bersamaAgar budi bersulamkan jaya!Ayuh... katanya lagi .... kita sama sama mencipta jaya!Ini bukan biasa biasa.

Biasa biasakah?Melunsur mengikut rentak dan iramaDengan patuh bila bersamaSilap dan salah tiada berpunca padanyaTenang beliau diam... dan sabar jua

YBhg. Dato’ Wan Azman bin Wan Omar

Hmmm...bukan biasa biasa!Biasa biasakah?Berpusing roda beralih masa Masih bermimpikahBenar dan nyata tersuluh jua.. Utamakan yang membina. Katanya.....tidak menjadi besar kerana dek kurang ajar!Hmmm...Memang beliau luar biasa!

Bukan biasa biasa.Kerja bukan biasa biasa...santun dan lembut bicara tuannya!Makna sentiasa tersirat dalam susunan jenakanya!Senyum dalam menyanggah... merendah tidak berlonjak

81

YBhg. Dato’ Wan Azman bin Wan Omar bergambar kenangan bersama ahli PPUPM yang hadir

YBhg Dato’ Wan Azman bin Wan Omar D.S.I.S.

YBrs. Encik Muhazam bin Mansor, Presiden PPUPM memberi cenderamata kepada YBhg. Dato’ Wan Azman bin Wan Omar

Ucapan perkongsian YBhg. Dato’ Wan Azman bin Wan Omar

Lambaian hari akhir perkhidmatan YBhg. Dato’ Wan Azman bin Wan Omar sebagai Pendaftar di UPM

Dari kiri YBrs. Encik Muzaham Mansor , Encik Mustafa Ibrahim dan YBhg. Dato’ Wan Azman bin Wan Omar bersama Presiden PAUPM dan Kepimpinan Tertinggi KEPERTAMA.

82

PROGRAM JALINAN MUHIBBAH Nathuhain binti Haji Ibrahim

1. Biro Jaringan Strategik dan Tanggungjawab Sosial

2. Tarikh 13 hingga 15 Disember 2019

3. Hari Jumaat hingga Ahad

4. Masa 8:30 pagi

5. Tempat Kampus UPM Kampus Bintulu dan kawasan sekitar Sarawak

6. Bilangan peserta 5 Exco kampus UPM Serdang dan 12 ahli UPM Kampus Bintulu

7. Objektif 1. Menggalakkan percambahan idea2. Merapatkan ukhwah sesama ahli3. Mendekati budaya masyarakat di Sarawak serta

mempelajari keunikan sosio-budaya masyarakatsekitar

Program jalinan muhibah antara Exco UPM, Serdang dan UPM Kampus Bintulu, Sarawak telah diadakan melalui kunjungan 5 ahli Exco PPUPM dari Kampus UPM Serdang ke Kampus UPM Kampus Bintulu. Program ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan percambahan serta perkongsian idea antara Exco dan ahli PPUPM di UPM Kampus Bintulu di samping mendekati budaya masyarakat di Sarawak serta mempelajari keunikan sosio-budaya masyarakat sekitar. Pada hari pertama sesi perkenalan dan perbincangan bersama ahli PPUPM melibatkan isu yang berkaitan dengan kerjaya dan persatuan dan sesi penyerahan kad keahlian dan sumbangan kepada ahli-ahli PPUPM di UPM Kampus Bintulu. Aktiviti diteruskan dengan acara berbasikal menggunakan basikal elektrik di sekitar kampus yang bermula dan berakhir di Kolej Sri Rejang sejauh 5 km dan seterusnya makan malam bersama ahli di Restoran Peace Garden Bintulu. Hari kedua diteruskan dengan program lawatan ke Rumah Lamin Dana dan Pekan Oya sambil menikmati mee udang yang popular di Daerah Mukah dan Oya. Terdapat juga ahli yang ingin merasai sendiri pengalaman alam semulajadi dengan mengunjungi Gua Niah di Daerah Miri. Program diakhiri dengan aktiviti Free Meal yang diagihkan kepada pelajar - pelajar di Dewan Makan Kolej Sri Rejang.

83

Bergambar kenangan di hadapan bangunan pentadbiran UPMKB

Rumah Lamin Dana di daerah Mukah

Mee udang

Bergambar bersama di perkarangan Rumah Lamin DanaBergambar sebelum memulakan aktiviti berbasikal

84

Sesi bergambar bersama ahli PPUPM UPM Bintulu

Dalam perjalanan sebelum sampai ke Rumah Lamin Dana di daerah Mukah

Mesyuarat bersama ahli PPUPM UPM Kampus Bintulu

Agihan Free meal di Kolej Sri Rejang

Simpanan artifak dan bahan peninggalan keluarga

penjaga rumah Lamin Dana

Makan malam bersama ahli di Restoran Peace Garden Parkcity Bintulu

85

Mesyuarat bersama ahli PPUPM UPM Bintulu

Makan malam bersama ahli di Restoran Peace Garden Parkcity Bintulu

Mee udang Oya

Penyerahan kad ahli kepada ahli PPUPM UPM Kampus Bintulu

Program riadah berbasikal bersama ahli PPUPM UPM Kampus Bintulu

Penceritaan Sejarah lisan mengenai Rumah Lamin Dana di daerah Mukah

Lawatan ke ladang

86

PROGRAM LAWATAN DAN KOLABORASI SUSU SEGAR FARM FRESH

Ts. Saiful Ramadzan Hairani dan Zahari Mahad

1. Biro Penerbitan, Inovasi dan Kreativiti (BPIK)

2. Tarikh 13 Februari 2020

3. Hari Khamis

4. Masa 11:45 pagi – 2:00 petang

5. Tempat Bapak marketing dan distribution Sdn. Bhd. di Puchong, Selangor

6. Bilangan peserta 8 Exco PPUPM

7. Objektif Mendapatkan idea dan pandangan program kolaborasi yang boleh dicapai antara kedua-dua pihak.

Lawatan Kolaborasi PPUPM bersama Pengedar Susu Segar, Farm Fresh KL dan Selangor yang diketuai oleh Encik Murtadza Zaim Mohd Zain, Pengarah Urusan telah diadakan pada 13 Februari 2020, di Bapak Marketing dan Distribution Sdn Bhd, Puchong, Selangor. Lawatan Exco PPUPM yang diketuai oleh YBrs. Encik Muhazam Mansor, Presiden PPUPM telah diberi taklimat mengenai struktur organisasi, pengoperasian dan pengedaran susu Farm Fresh di sekitar Lembah Klang. Antara yang turut dikongsikan adalah mengenai jualan berkonsepkan ejen setempat yang telah dimulakan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sebelum diperluaskan ke seluruh negara. Sejak tahun 2015, 56 ejen setempat di Kuala Lumpur dan Selangor berjaya diwujudkan dan hasil jualan adalah melebihi RM1 juta pada tahun lalu. Sebagai tambahan, satu persetujuan berkaitan program kolaborasi pengedaran susu di UPM turut dicapai antara kedua-dua pihak. Lawatan kolaborasi ini berakhir pada jam 2 petang dengan lawatan ke ruang pengedaran dan bilik sejuk beku, penyimpanan stok susu, sesi fotografi dan pertukaran cenderahati sebagai tanda kenangan di antara Bapak Marketing dan Distribution Sdn. Bhd. dan PPUPM.

87

Sesi taklimat di dalam bilik sejuk bagi penyimpanan produk tenusu

Produk tenusu di bawa ke tempat edaran menggunakan lori kontena

Bergambar kenangan sebelum mengakhiri lawatan

Perbincangan kolaborasi PPUPM brsama Pengedar Susu Segar Farm Fresh KL dan Selangor

88

PROGRAM WACANA KEPIMPINAN PERDANA PENTADBIR UNIVERSITI AWAM SIRI 1

DI AUDITORIUM HOSPITAL PENGAJAR UPM

Aziah binti Haji Noh

1. Biro Exco Tertinggi PPUPM

2. Dengan kerjasama Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI), Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) dan Jawatankuasa Pendaftar-Pendaftar Universiti Awam Malaysia.

3. Tarikh 20 Februari 2020

4. Hari Khamis

5. Masa 8:30 pagi – 5:00 petang

6. Tempat Auditorium, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM)

7. Bilangan peserta 250 peserta dari pelbagai Universiti

8. Tetamu kehormat YBhg. Dato’ Suhaime bin Mahbar, Timbalan Ketua Pengarah, Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Jaba Ptan erkhidma Atan wam

9. Tetamu jemputan 1. YBrs. Profesor Dr. Nordin Yahaya Pengarah, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Kementerian Pendidikan Malaysia

2. YBrs. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali Pengerusi, Jawatankuasa Pendaftar-Pendaftar Universiti Awam Malaysia

3. YBrs. YM Raja Shah Erman Raja Arifin (P.M.P), Presiden Majlis Persatuan Pentadbir, Universiti Awam Malaysia (MASTI), Malaysia

10. Objektif 1. Perkongsian dan pembudayaan sumber manusiabertaraf global

2. Perkongsian ilmu daripada pentadbir yang beradadalam bidang perkhidmatan kepimpinanpentadbiran universiti awam

3. Mewujudkan platform terbaik bagi pentadbiruniversiti membina usul dan hala tuju serta masahadapan pentadbir.

89

Program Wacana Kepimpinan Perdana Pentadbir Universiti Awam Siri 1 telah diadakan pada 20 Februari 2020 di Dewan Auditorium, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM). Wacana yang julung kali dilaksanakan ini, dianjurkan oleh Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) dan Akademik Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) telah mengetengahkan tema ‘Kelestarian Kepimpinan’ yang disesuaikan dengan tujuan, matlamat serta pengisian program wacana. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Suhaime bin Mahbar, Timbalan Ketua Pengarah, Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam. Program Wacana Kepimpinan Perdana Pentadbir Universiti Awam Siri 1 ini merupakan salah satu aktiviti proaktif MASTI dalam membina kompetensi pentadbir universiti agar dapat mencorak dan melaksanakan misi dan visi Universiti.

Menurut Presiden Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (MASTI), ‘Dalam konteks pentadbiran awam di era tahun 2020, pentadbir universiti memerlukan satu platform yang terbaik untuk berkongsi pandangan dan mencernakan idea dalam bersama-sama menyusun dan mengangkat kerjaya sebagai pentadbir’. Realitinya, program wacana seumpama ini dilihat amat bersesuaian sebagai medium perkongsian di antara pentadbir-pentadbir universiti bagi melengkapkan diri dengan penguasaan ilmu pengurusan yang meliputi aspek pentadbiran, pengurusan kewangan dan lain-lain selari dengan kepakaran bidang masing-masing. Malahan, pentadbir universiti juga menjadi sumber rujukan untuk menyalurkan maklumat yang tepat bagi membantu pihak pengurusan universiti membuat keputusan seiring dengan visi dan misi universiti.

Program wacana ini telah mendapat sambutan di luar jangkaan dengan kehadiran seramai 250 orang daripada 20 buah universiti awam. Ini jelas memperlihatkan pentadbir universiti komited dalam perkongsian pengalaman dan idea untuk kelangsungan membina rangkaian berkaitan pengurusan dan pembangunan sumber manusia dalam organisai perkhidmatan. Kesedaran mereka pada hari ini untuk sentiasa melakukan anjakan paradigma yang harus cepat dan pantas menyesuaikan diri dengan proses transisi dan transformasi dalam organisasi pembelajaran di universiti yang semakin pintar dan sofistikated. Selepas majlis perasmian dan ucaptama oleh YBhg. Dato’ Suhaime bin Mahbar, peserta program mendengar kupasan menarik tentang peranan pentadbir oleh YBrs. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali, Pengerusi Jawatankuasa Pendaftar-Pendaftar Universiti Awam Malaysia dan Pendaftar di Universiti Sains Islam Malaysia. Program diteruskan dengan forum bertajuk ‘Pengukuhan Peranan Pentadbir’ yang dikupas oleh tiga panel berkalibar dalam bidang masing-masing iaitu Dr. Haji Mohd Anuar Mazuki, Bursa UiTM, Shah Alam; Puan Siti Sumaizan Ramli, Ketua Pustakawan, Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI dan Encik Mohd Ramli Othman, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Undang-Undang Universiti Awam dari UPSI. Forum ini turut dipengerusikan oleh YBrs. YM Raja Shah Erman Raja Arifin, Presiden Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI).

Di akhir program, peserta dapat berkomunikasi dan berkongsi isu-isu berkaitan melestarikan kepimpinan melalui cetusan idea bersama pakar yang diundang. Ini pastinya dapat meningkatkan pengetahuan profesionalisme di kalangan warga pentadbir pendidikan tinggi. Program wacana ini amat disarankan untuk diadakan setiap tahun dengan isu-isu semasa yang relevan dengan sudut pandang dari pentadbir universiti yang berlatar belakang pelbagai bidang kepakaran.

90

Bergambar kenangan bersama Exco PPUPM dan tetamu

Sesi beramah mesra di luar Dewan SeminarYBrs. Encik Muhazam Mansor, Presiden PPUPM mewakili Exco PPUPM menerima sijil penghargaan

Gambar kenangan selepas selesai Wacana Kepimpinan Perdana Pentadbir Universiti Awam

91

92

PROGRAM WEBINAR MEMIMPIN DARI HATI

Haji Mat Razi Abdullah

1. Biro Kepimpinan dan Pembangunan Modal Insan

2. Dengan kerjasama WAZAN

3. Tarikh 10 Disember 2020

4. Hari Khamis

5. Masa 9:15 pagi – 12:45 tengahari

6. Tempat Platform webinar

7. Penceramah Al-Fadhil Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

8. Bilangan peserta 118 ahli PPUPM dan staf UPM

9. Objektif

Program webinar “ Memimpin dari Hati” telah diadakan pada jam 9:15 pagi – 12:45 tengahari, Khamis, 10 Disember 2020 bersempena Bulan Wakaf dan Zakat UPM dan dianjurkan oleh PPUPM dengan kerjasama WAZAN. Penceramah jemputan adalah Al-Fadhil Ustaz Pahrol Mohamad Juoi seorang pendakwah dan Haji Mat Razi Abdullah selaku moderator program. Program ini dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh moderator dan diteruskan dengan zikir Asma al Husna (nama-nama Allah SWT). Ini bagi mengambil kelebihan amalan zikir Asma al Husna selaras dengan sabda Nabi SAW. “Sesungguhnya Allah SWT memiliki 99 nama. Barang siapa yang menghitungnya, pasti akan dimasukkan ke dalam syurga.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Program telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Haji Razali bin Othman, Pengarah WAZAN.

“Memimpin dari Hati” sangat relevan dengan para peserta yang merupakan pentadbir UPM kerana kepimpinan merupakan kunci utama dalam sesuatu organisasi, pengurusan dan pentadbiran. Namun begitu, kepimpinan adalah unik dan memerlukan pengetahuan yang luas kerana melibatkan pengurusan sumber manusia dari pelbagai peringkat. Faktor kepimpinan akan membezakan sesebuah organisasi yang berjaya atau sebaliknya. Ini kerana segala keputusan yang dibuat akan bergantung kepada visi dan misi

1. Memberi kefahaman kepada para pesertatentang kepentingan memimpin organisasiberasaskan taqwa, akhlak dan itqan

2. Menerapkan amalan kepimpinan terbaikmelalui pendekatan kasih sayang diorganisasi masing-masing

3. Mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli

93

yang ingin dicapai oleh pemimpin sesuatu organisasi. Penceramah membincangkan bagaimana seseorang pemimpin perlu memimpin organisasi berasaskan sifat taqwa, akhlak dan itqan bagi memastikan kecemerlangan organisasi dan mendapat keredhaan Allah SWT. Beliau juga berkongsi faktor kecemerlangan organisasi melalui pendekatan kepimpinan 3600 dan kepimpinan berkasih sayang. Pada akhir ceramah, beliau berkongsi kepimpinan Rasulullah SAW sebagai pemimpin teladan dengan mengenengahkan Rasulullah SAW sebagai pemimpin sempurna, pemimpin multi dimensi dan pemimpin holistik.

Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan penyertaan seramai 118 ahli PPUPM. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan pentadbir yang berilmu dan cemerlang. Ini selaras dengan firman Allah SWT,: Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah niscaya Allah SWT akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah SWT akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan (Surah Al-Mujaadilah : 11).

Perkongsian dihadiri 118 peserta secara dalam talian

Al-Fadhil Ustaz Pahrol Mohamad Juoi sedang berkongsi ilmu

94

95

SUKANdan

KESIHATAN

96

PROGRAM @DMIN_BOWL Wan Zaharuddin bin Wan Abdullah @ Wan Abd Rahman

1. Biro Jaringan Strategik dan Tanggungjawab Sosial

2. Dengan kerjasama Kelab boling staf UPM

3. Tarikh 17 Ogos 2019

4. Hari Sabtu

5. Masa 8:00 -11:00 malam

6. Tempat Wangsa Bowl di IOI City Mall

7. Bilangan peserta 48 ahli PPUPM

8. Tetamu kehormat YBrs. Encik Krishan A/l Mariappan,Timbalan Presiden PPUPM Merangkap Pengarah Program Sambutan Bulan Pentadbir UPM 2019

9. Objektif 1. Untuk memupuk hubungan sillaturahim dikalangan universiti awam

2. Untuk membina jaringan kerjasama antara wargauniversiti endan titi UPluar M

3. Gaya hidup sihat di kalangan warga universiti

10. Pemenang Johan : Kumpulan Rolling Pin (RM300, beg kasut dan piala)Naib Johan: Kumpulan Virus Squad (RM200, beg kasut dan piala)Ketiga: Ke 4 – 16

Kumpulan Idec A (RM100, beg kasut dan piala) Hamper

@admin_bowl merupakan salah satu aktivti sukan yang dianjurkan sempena Sambutan Bulan Pentadbir UPM Tahun 2019. Program ini telah diadakan pada 17 Ogos 2019 bertempat di Wangsa Bowl, IOI City Mall, Putrajaya bermula pada jam 8:00 hingga 11:00 malam. Program ini dilaksanakan secara berkumpulan yang terdiri daripada 3 peserta setiap kumpulan (campuran lelaki dan wanita atau lelaki sahaja). Penyertaan ini dibuka kepada warga UPM dan Alumni UPM untuk menyertai kejohanan ini. Sejumlah 48 peserta dengan 16 pasukan dan 2 daripada pasukan tersebut merupakan Alumni UPM telah mendaftar. YBrs. Encik Krishan a/l Mariappan, selaku Pengarah Sambutan Bulan Pentadbir UPM 2019 telah merasmikan kejohanan @dmin_Bowl dengan balingan bowling sebagai simbolik permulaan kejohanan. Semua pasukan telah menunjukkan kehebatan masing-masing dalam suasana yang begitu harmoni dan meriah di kalangan peserta.

97

Pemenang kejohanan ini dipilih berdasarkan kepada jatuhan pin yang tertinggi bagi 3 permainan. Pasukan Rolling Pins telah diisytiharkan sebagai pemenang pertama (1,504 pin), pasukan Virus Squad (1,472) di tempat kedua dan Pasukan Idec A (1,468) di tempat ketiga. Pasukan-pasukan yang lain menerima hadiah berupa hamper sebagai hadiah saguhati. YBhg. Encik Muhazam bin Mansor, Presiden Persatuan Pentadbir UPM dan YBrs. Encik Krishan a/l Mariappan, Pengarah Sambutan Bulan Pentadbir UPM 2019 telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Kejohanan ini tamat pada jam 11:00 malam dengan semangat kesukanan dan silaturahim yang tinggi di kalangan para peserta serta ahli keluarga yang turut hadir memberi sokongan. Semoga penganjuran aktiviti sukan dan riadah ini akan sentiasa diteruskan di kalangan warga UPM.

Para peserta bergambar kenangan

Rolling pin yang diterima oleh para pemenang

Gambar bersama sebelum pertandingan dimulakan

YBrs. Ts. Krishnan a/l Mariappan merasmikan Kejohanan dengan balingan kali pertama

98

PROGRAM FUN RUN AND RIDE DI UPM, SERDANG 2019

Dr. Aditya Adawiah bin Darwis, Pusat Kesihatan Universiti

1. Biro Jaringan Strategik dan Tanggungjawab Sosial

2. Dengan kerjasama CoSComm, BKU, SISPA, Pusat Sukan, Pusat Kesihatan Universiti dan Sahabat Masjid

3. Tarikh 17 Ogos 2019

4. Hari Sabtu

5. Masa 8:00 -10:00 pagi

6. Tempat Padang kawad UPM dan sekitarnya

7. Bilangan peserta 350 peserta

8. Tetamu kehormat YB Dr. Siti Mariah Binti Mahmud

9. Objektif 1. Meningkatkan amalan gaya hidup sihatdi kalangan staf

2. Sebagai salah satu aktiviti untuk mengeratkansilaturahim di antara ahli PPUPM

3. Meningkatkan ukhuwah di antara staf UPMdan masyaraka t sekitar

4. Meningkatkan kecintaan kepada alam sekitar

PPUPM Fun Run & Ride 2019 yang telah dijalankan dengan jayanya pada 17 Ogos 2019 yang lalu merupakan salah satu program yang diadakan sempena sambutan bulan Pentadbir pada bulan Ogos 2019 di peringkat UPM. Program yang julung kali dianjurkan oleh PPUPM ini merupakan satu wadah untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat terutamanya di kalangan pegawai UPM yang seringkali sibuk dengan tugas seharian dan juga untuk merapatkan silaturahim di kalangan ahli PPUPM. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada peserta menghayati kehijauan serta keunikan kampus UPM Serdang. Uniknya program kali ini, ia dijalankan serentak di UPM Serdang dan UPM Kampus Bintulu sebagai tanda kesatuan staf UPM yang jauh. Selain daripada itu, aktiviti ini juga dimeriahkan lagi dengan gabungan kumpulan khidmat komuniti SISPA dan kumpulan berbasikal Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang dilepaskan secara serentak di Padang Kawad UPM.

Seramai 350 peserta larian dan berbasikal telah dilepaskan oleh Exco Negeri Selangor iaitu YB Dr. Siti Mariah Binti Mahmud, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan,

99

Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Negeri Sri Serdang. Para peserta larian dan berbasikal ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur, jantina, keturunan dan latar belakang. Mereka telah berjaya menamatkan larian dan kayuhan sejauh 5 km merentasi kampus hijau UPM Serdang. Program ini juga mendapat kerjasama dari pelbagai pihak seperti CoSComm, BKU, SISPA, Pusat Sukan, Pusat Kesihatan Universiti, Sahabat Masjid, Veritas, Dell serta pihak lain. Program ini diakhiri dengan acara cabutan bertuah selesai acara larian dan berbasikal. Peserta menerima pelbagai jenis hadiah sumbangan para penaja. Semoga program yang menjurus kepada gaya hidup sihat seperti ini akan terus diadakan dan memberi manfaat kepada semua.

Pelari bersiap-sedia di garis permulaan

Jawatankuasa penganjur bergambar kenangan

Pentas Program Fun Run and Ride

Para petugas dan sukarelawan meletakkan papan tanda

100

PROGRAM FUN RUN AND RIDE DI UPM KAMPUS BINTULU 2019

Nathuhain binti Haji Ibrahim

Jaringan Strategik dan Tanggungjawab Sosial

17 Ogos 2019

Sabtu

6:30 -10:00 pagi

Sekitar UPM Kampus Bintulu

225 peserta

YBhg. Profesor Madya Dr. Maulana Migiman Pengarah Komunikasi Jaringan dan Korporat mewakili Pengarah UPM Kampus Bintulu

1. Biro

2. Tarikh

3. Hari

4. Masa

5. Tempat

6. Bilangan peserta

7. Tetamu kehormat

8. Tetamu jemputan 1. YBhg. Encik Kigen ak Satong,Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Bintulu,mewakili Kementerian Belia dan Sukan Bintulu

9. Objektif 1. Menggalakkan gaya hidup sihat khasnya kepada ahli PPUPM serta warga kampus dan amnya masyaraka t setempat

2. Memberi peluang kepada para peserta larian dan kayuhan mendekati dan mengenali UPM Kampus Bintulu, Sarawak dengan lebih dekat

Program PPUPM Fun Run & Ride 2019 anjuran PPUPM UPM Kampus Bintulu telah diadakan pada 17 Ogos 2019. Acara ini telah dijalankan serentak di UPM Serdang pada hari yang sama sempena sambutan Bulan Pentadbir pada bulan Ogos 2019 di peringkat UPM. Antara objektif program ini dijalankan adalah menggalakkan gaya hidup sihat khasnya kepada ahli PPUPM serta warga kampus dan amnya masyarakat setempat. Di samping itu, ia memberi peluang kepada para peserta larian dan kayuhan mendekati dan mengenali UPM Kampus Bintulu, Sarawak secara lebih dekat.

Program ini melibatkan seramai 225 peserta larian di sekitar Sarawak. Acara bermula dengan senamrobik dengan diketuai oleh 5 jurulatih dari FIT Malaysia, Jabatan Belia dan

101

Sukan Bintulu. Kemudian, acara pelepasan peserta larian dilakukan oleh YBhg. Encik Kigen ak Satong, Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Bintulu, dan Profesor Madya Dr. Mohamad Maulana bin Magiman, Pengarah Strategik Komunikasi Korporat dan Jaringan, UPM. Peserta berlari seawal jam 6:30 pagi dari Dataran Pusat Islam UPM Kampus Bintulu sejauh 5 km dan tamat di lokasi yang sama iaitu di Dataran Pusat Islam. Peserta berlari sambil menikmati kawasan UPM Kampus Bintulu yang menghijau dan berbukit. Dalam masa yang sama, pengurusan Kolej Sri Rejang UPM Kampus Bintulu turut membantu dengan menyediakan sewaan basikal elektrik bagi para peserta yang ingin menggunakannya untuk acara berbasikal.

Selain daripada penyertaan larian dan berbasikal, program ini berjaya mendapat sokongan daripada pihak NGO di sekitar Bintulu seperti Farley Supermarket Bintulu, Serba Dinamik, Bumi Prima Century, Buma Motor, ADAP 4orty Bakery, serta pihak-pihak lain yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan acara ini. Program ini berakhir pada jam 11:00 pagi.

Peserta berbasikal bersedia di garis permulaan

Para petugas membantu mengedarkan minuman kepada peserta

Para peserta sedang bersenamrobik

102

Para peserta sedang bersedia untuk memulakan larian

Para sukarelawan dan petugas bergambar sejurus program selesai

Bergambar di papan tanda program

103

Para peserta mendengar taklimat sebelum larian dimulakan

Pemenang menerima hadiah

Bergambar di garis mula dan akhir

Seramai 225 peserta menyertai program PPUPM Fun and Ride 2019Pemenang larian

104

PROGRAM WEBINAR PENGURUSAN STRES BERKESAN MELALUI SENAMAN

Dr. Aditya Adawiah binti Darwis

1. Biro Jaringan Strategik dan Tanggungjawab Sosial

2. Dengan kerjasama Celebrity Fitness

3. Tarikh 28 Julai 2020

4. Hari Selasa

5. Masa 3:00 – 4:00 petang

6. Tempat Platform webinar

7. Bilangan peserta 25 peserta

8. Objektif 1. Menggalakkan gaya hidup sihat secaranorma baharu

2. Berkongsi pengetahuan tentang caramenangani stres melalui senaman

Semenjak bermulanya pandemik COVID-19 pada awal tahun 2020, kita berusaha untuk beradaptasi dengan norma baharu, seperti penjarakan sosial, pengasingan, kuarantin dan pematuhan terhadap pelbagai SOP sehingga tanpa disedari keadaan ini membangkitan stres yang boleh mempengaruhi kesihatan. Untuk mengatasi masalah ini, banyak kajian menunjukkan yang bersenam secara berkala bukan sahaja berupaya mengurangkan penghasilan hormon stres seperti adrenaline dan cortisol malahan ia merangsang pengeluaran bahan kimia dari sel otak yang dikenali sebagai endorphine yang terbukti mampu mencegah kemurungan serta meningkatkan sistem imunisasi badan melalui pengaktifan sel-sel darah putih yang bertindak untuk melawan jangkitan kuman.

Menyedari kepentingan senaman di dalam menghadapi pandemik COVID-19 yang mungkin akan berpanjangan ini, PPUPM dengan kerjasama Celebrity Fitness telah menganjurkan satu sesi webinar yang bertajuk ‘Effective Stress Management Through Exercise’ pada 28 Julai 2020. Sesi webinar selama 60 minit ini dibuka khas kepada warga UPM secara percuma oleh Celebrity Fitness. Ia dibahagikan kepada 3 sesi iatu penerangan, senaman dan soal jawab. Ketiga-tiga sesi ini dikendalikan oleh Puan Foo Mei Kuen, jurulatih kesejahteraan bertaraf dunia dari Celebrity Fitness. Beliau berkongsi pengetahuan berkaitan stres, bagaimana ia menggangu kehidupan seharian kita dan beberapa saranan untuk menanganinya.

105

Demonstrasi aktiviti senaman turut diadakan di mana peserta diberi pengetahuan tentang cara yang betul untuk melakukan regangan serta beberapa aktiviti senaman yang tidak memerlukan ruang yang besar dan sesuai dijalankan di dalam rumah secara berseorangan. Ini kerana, dalam suasana pandemik COVID-19 amalan senaman adalah berbeza, tidak bebas melakukan aktiviti di luar dan secara berkumpulan kerana ia boleh meningkatkan risiko jangkitan. Sesi webinar yang dihadiri seramai 25 ahli PPUPM ini dilihat sebagai satu langkah yang baik dalam pengamalan gaya hidup sihat norma baharu.

Antara nota yang dikongsikan oleh jurulatih

Pencetus Idea Minda, Sinergi Pentadbir

PPUPM BERILMU BERBAKTI

15 ARTIKEL PPUPM &SESI 2019-2020

20 Laporan AKTIVITI