KDK Topik 8

download KDK Topik 8

of 11

description

Institusi Kekelurgaan

Transcript of KDK Topik 8

  • X PENGENALANDalam topik sebelum ini kita telah mempelajari peranan keluarga dalam membentuk tingkahlaku ahli keluarga sama ada pro-sosial atau antisosial. Keluarga adalah institusi yang tertua di dunia. Keibubapaan pula adalah tugas tidak bergaji yang tertua di dunia.

    Namun peranan yang dimainkan oleh institusi keluarga dan tugas keibubapaan amat besar sumbangannya dalam melahirkan umat manusia yang mampu berfungsi sepenuhnya. Proses sosialisasi anak bermula di dalam institusi kekeluargaan.

    Keluarga diterajui oleh ibu dan bapa menentukan sama ada anak akan membesar dengan personaliti yang diingini atau sebaliknya. Jika ibu bapa mendidik mereka dengan nilai dan kemahiran kehidupan yang positif maka anak mereka akan menjadi warga yang baik walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran. Perumpaan bapa borek anak rintik adakalanya meningatkan kita bahawa apa yang ajar akan menjadi ikutan oleh anak kita.

    TTooppiikk88XInstitusiKekeluargaan

    HASIL PEMBELAJARANDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan konsep perkahwinan; 2. Menerangkan perbezaan perkahwinan Sivil dan Islam; 3. Menerangkan jenis-jenis keluarga; dan 4. Menjelaskan aspek-aspek penting untuk mewujudkan kebahagiaan

    hidup berkeluarga.

  • X TOPIK 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN 90

    PERKAHWINAN

    Perkahwinan adalah episod yang paling istimewa dalam kehidupan seseorang. Kita akan memulakan kehidupan baru dalam keluarga kita sendiri. Kita memulakan jalinan perhubungan baru dengan ahli keluarga pasangan kita.

    Perkahwinan biasanya adalah peristiwa yang diisytiharkan dan diraikan dalam majils perkahwinan. Setiap kelompok masyarakat, bangsa dan negara mempunyai cara tersendiri untuk melangsungkan perkahwinan serta meraikannya.

    8.1.1 Definisi dan Konsep Perkahwinan

    Dalam konteks undang-undang Islam perkahwinan ialah satu ikatan lahir di antara dua orang iaitu lelaki dan perempuan, untuk hidup bersama di dalam sebuah rumahtangga di samping melahirkan zuriat sebagai meneruskan kelangsungan hidup manusia menurut batas-batas (displin) hak dan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh syarak (Dr. Mat Saad Abd. Rahman, 1993).

    Perkahwinan akan membentuk keluarga baru dalam masyarakat. Perkahwinan akan mengesahkan ayah kepada anak yang dilahirkan oleh seseorang wanita. Perkahwinan juga memberi kuasa kepada suami dan isteri dalam perhubungan seksual, harta dan komitmen bersama. Perkahwinan akan mewujudkan pertalian antara keluarga lelaki dan perempuan.

    Perkahwinan disahkan melalui undang-undang atau peraturan. Walaupun secara umumnya perkahwinan disahkan oleh peraturan perkahwinan sivil atau berdasarkan undang-undang agama seperti dalam masyarakat Islam, wujud juga

    8.1

    Perkahwinan ialah upacara yang membolehkan seorang lelaki dan seorang perempuan tinggal bersama atau cohabit untuk jangka masa yang lama dan mempunyai anak (Mimi Kamariah Maji, 1992).

    AKTIVITI 8.1

    Susun salasilah keluarga anda. Berapakah unit keluarga yang berkaitan dengan anda? Bagaimanakah terbentuknya satu kelompok masyarakat?

  • TOPIK 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN W 91

    perkahwinan yang mengikut adat. Dalam negara kita yang mempunyai pelbagai kaum, perkahwinan mengambil kira adat yang telah diwarisi sesuatu kaum.

    Misalnya perkahwinan mengikut adat kaum Cina atau kaum India. Ada juga pasangan yang menganggap diri mereka hidup seperti pasangan bernikah sah tetapi tidak melalui sebarang undang-undang. Ikatan mereka menggunakan Common-law marriage.

    8.1.2 Perkahwinan secara Sivil

    Perkahwinan sivil diperkenalkan oleh Chancellor Otto Von Bismarck pada tahun 1875. Perkahwinan sivil memerlukan pasangan mengisytiharkan perkahwinan di depan kerani atau pegawai kerajaan yang bertanggungjawab mendaftar perkahwinan tersebut. Pendaftaran secara sivil ini dianggap sah dan berkesan.

    Sebarang isu berkaitan dengan perkahwinan sivil seperti penceraian, pembahagian harta, penjagaan anak akan dirujuk kepada uundang-undang sivil.

    Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) digunapakai di negara kita untuk masyarakat bukan Islam. Segala masalah berkaitan keluarga dan perkahwinan akan dikemukakan ke mahkamah sivil.

    8.1.3 Perkahwinan secara Islam

    Perkahwinan menurut undang-undang Islam ialah suatu kontrak sivil dan suatu tindakan keugamaan (Mimi Kamariah Majid, 1992). Dr. Mat Saad Abd Rahman (1993) telah mengatakan bahawa para ulamak memberi pengertian perkahwinan sebagai suatu akad yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan muhrim dan menimbulkan hak serta kewajiban antara kedua-dua mereka.

    Perkahwinan dalam Islam memerlukan proses merisik atau meminang, bertunang dan seterusnya bernikah. Isu berkaitan perkahwinan dan keluarga akan dikendalikan oleh undang-undang keluarga Islam dan dikendalikan oleh mahkamah syariah.

  • X TOPIK 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN 92

    JENIS KELUARGA

    Di negara kita terdapat tiga jenis keluarga yang biasa kita dengar iaitu:

    Rajah 8.1: Jenis-jenis keluarga di Malaysia

    Sebahagian negara di dunia ini seperti di Benua Arab dan Afrika mempunyai tiga jenis keluarga seperti di negara kita. Namun yang biasa di lain-lain negara ialah Keluarga Nuklear dan Keluarga Extended. Mari kita tinjau setiap jenis keluarga. Teruskan membaca!

    8.2.1 Keluarga Nuklear

    Keluarga nuklear berkembang hasil daripada pembangunan dan kemampuan pasangan menyediakan keperluan dan kemudahan asas untuk keluarga mereka tanpa bergantung kepada orang tua. Kehidupan keluarga nuklear ada kebaikan dan juga kelemahannya.

    (a) KKebaikan Keluarga Nuklear

    Pasangan berdikari dalam menentukan gaya pengurusan rumahtangga mereka tanpa campurtangan orang lain. Mereka mempunyai privasi dan lebih terbuka dalam komunikasi atau perlakuan. Cara berfikir dan bertindak tanpa campurtangan ahli keluarga lain boleh membentuk keyakinan diri dan keserasian dalam penyelesaian masalah.

    Dari segi ekonomi, keluarga nuklear dapat berjimat cermat serta menguruskan perbelanjaan mengikut kemampuan. Tidak timbul rasa bersalah atau malu jika tidak memberi sumbangan seperti mana di dalam keluarga extended.

    8.2

    Keluarga nuklear ialah keluarga yang terdiri daripada seorang suami dan seorang isteri dan anak mereka.

  • TOPIK 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN W 93

    (b) KKeburukan Keluarga Nuklear

    Keluarga nuklear memupuk sifat keindividuan dan boleh menjauhkan jalinan hubungan sesama ahli keluarga. Ahli keluarga nuklear terdedah kepada tekanan emosi apabila berlaku konflik dalam keluarga. Pasangan tidak mempunyai ahli keluarga lain yang lebih dewasa untuk menjadi tempat berkongsi perasaan atau masalah.

    Anak juga tidak ada tempat mengadu atau menumpang kasih jika berlaku masalah dengan ibu bapa.

    Ibu kepada keluarga nuklear yang tiada pembantu rumah terpaksa membuat kerja rumah secara bersendirian. Ibu yang baru lepas bersalin misalnya memerlukan sokongan emosi dan fizikal untuk penjagaan selepas bersalin.

    8.2.2 Keluarga Sekunder

    (a) KKebaikan Keluarga Extended

    Sokongan emosi dan sosial adalah lebih baik dalam keluarga extended.Apabila berlaku konflik dalam keluarga atau masalah kesihatan, ahli keluarga yang lain boleh membantu. Dalam kes ibu lepas bersalin misalnya. Sokongan ahli keluarga yang lain dapat meringankan beban ibu di samping memberi sokongan emosi. Tahap kesihatan mental dapat dipelihara.

    Walaupun dari segi ekonomi mereka kurang mewah jika pendapatan kurang, tetapi dengan bilangan ahli yang ramai mereka boleh saling membantu dan menyokong. Perasaan tertekan dapat dikurangkan.

    Keluarga poligami pula terdiri daripada beberapa keluarga yang diketuai oleh seorang suami.

    Keluarga Sekunder merujuk kepada lain-lain bentuk keluarga selain daripada keluarga nuklear.

    Keluarga extended merujuk kepada sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang suami dan seorang isteri serta anak mereka, ibu bapa serta adik-beradik mereka.

  • X TOPIK 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN 94

    Isu atau masalah dalam keluarga dapat dibincang bersama dan jalan penyelesaian dapat dicapai. Ikatan persaudaraan dapat dikekalkan kerana mereka sentiasa saling berhubungan.

    Bagi pasangan suami isteri yang bekerja, ahli keluarga lain dapat membantu menjaga kebajikan anak mereka. Ahli keluarga lain seperti datuk atau nenek boleh mengambil alih tugas ibu bapa untuk memberi pendidikan sosial serta kerohanian kepada anak.

    (b) KKeburukan Keluarga Extended

    Ruang privasi agak kurang antara suami isteri atau individu lain dalam keluarga. Mungkin akan berlaku campur tangan yang tidak sepatutnya dalam masalah peribadi seseorang.

    Bagi keluarga yang berpendapatan rendah, ahli keluarga yang ramai membataskan kemampuan hidup yang lebih selesa.

    Ruang rumah yang terhad juga boleh membawa masalah kepada ahli keluarga ini. Masalah ini akan menimbulkan emosi yang tidak sihat di kalangan anak. Mereka cenderung untuk keluar dari rumah atau tidur di rumah rakan sebaya. Masalah ini mungkin akan membawa kepada masalah sosial negatif lain jika anak terpengaruh dengan gaya hidup yang tidak sihat.

    Ahli keluarga yang lebih berumur akan menjadi model kepada kanak-kanak. Kanak-kanak mudah meniru perlakuan dan cara berkomunikasi. Dalam keluarga extended berkemungkinan wujud perlakuan yang bertentangan dengan nilai baik dan ini mungkin akan ditiru oleh kanak-kanak.

    KEBAHAGIAN DALAM HIDUP BERKELUARGA

    Kebahagian dalam kehidupan berkeluarga merangkumi aspek kesihatan fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani. Kesejahteraan semua aspek ini akan menjadi tunjang kebahagiaan.

    Namun faktor ekonomi keluarga tetap memainkan peranan yang penting. Kebahagiaan tidak datang secara sendiri tetapi perlu diusaha oleh suami serta semua ahli dalam keluarga.

    8.3

  • TOPIK 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN W 95

    8.3.1 Kerukunan rumahtangga

    Keluarga yang rukun adalah keluarga yang bahagia. Begitu juga masyarakat yang hidup rukun dan damai dalam kepelbagaian melahirkan masyarakat bahagia.

    Hubungan antara pasangan, anak dan ahli keluarga lain sentiasa dalam keadaan stabil. Walaupun wujud masalah tetapi dapat diselesaikan bersama. Kerukunan rumahtangga memainkan peranan dalam membentuk keluarga yang sihat terutama dari aspek mental, emosi dan sosial. Situasi dalam rumahtangga akan menentukan ciri-ciri sosial anak atau ahli keluarga yang dihasilkan.

    Masyarakat kita percaya keluarga yang rukun dan bahagia akan melahirkan anak yang berjaya dan mempunyai personaliti yang baik. Jika keluarga hidup dalam keadaan tertekan dan penuh dengan konflik, ahli keluarga cenderung untuk mengalami masalah emosi, mental mahupun sosial yang kurang baik.

    Sebelum memasuki alam perkahwinan, pasangan telah diberi maklumat semasa kursus pra-perkahwinan. Semua institusi agama memberi petunjuk dan ajaran yang sama tentang kerukunan rumahtangga. Proses sosialisasi dalam keluarga serta masyarakat telah mendedahkan pengetahuan dan kemahiran menguruskan kehidupan berumahtangga.

    Agensi kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara turut memainkan peranan dalam menyediakan bantuan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan yang sesuai dengan perkembangan zaman sekarang. Begitu juga jika konflik melanda keluarga. Agensi ini menyediakan bantuan kaunseling.

    Aspek kerohanian merupakan intipati yang penting dalam memelihara kerukunan rumahtangga. Sebagai orang yang mempunyai pegangan agama dan percaya kepada Tuhan, kita perlu kembali kepada ajaran dan panduan apabila berdepan dengan sebarang konflik. Asas kerohanian yang kukuh akan membantu mengekalkan kerukunan dalam sesebuah keluarga.

    Kerukunan rumahtangga merujuk kepada satu keadaan harmoni dalam sebuah keluarga.

  • X TOPIK 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN 96

    8.3.2 Manfaat Masa Bersama Keluarga

    Dalam kempen Promosi Keluarga Sihat anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2001, aspek kesihatan mental dan emosi keluarga diberi keutamaan. Begitu juga di dalam Kempen Kesihatan Mental pada tahun 2000 di mana kesihatan mental warga tua, ibu bapa dan kanak-kanak serta remaja diberi penekanan.

    Meluangkan masa bersama ahli keluarga adalah salah satu aspek yang perlu diberi perhatian. Banyak masalah sosial dikaitkan dengan ibu bapa yang tidak meluangkan masa untuk anak mereka. Keluarga digalak meluangkan masa untuk makan bersama, beriadah dan menonton televisyen bersama. Ibubapa juga digalakkan meluangkan masa untuk anak untuk berkongsi perasaan sama ada gembira atau sebaliknya.

    Meluangkan masa untuk keluarga membolehkan ibubapa:

    Manfaat bagi anak:

    dapat meluahkan perasaan dapat berkongsi masalah atau kemusykilan lebih memahami karekter atau personaliti ibu bapa dapat mewujudkan hubungan yang lebih rapat dengan ibu bapa dapat berkomunikasi dengan lebih terbuka dan positif dapat membina harga diri dan keyakinan diri yang positif melalui komunikasi positif dapat membentuk ciri-ciri asertif dapat mempelajari nilai sosial dan kerohanian

    menyampaikan hasrat dan harapan terhadap anak meluahkan perasaan kasih sayang mendengar dan memahami perasaan anak berkongsi perkembangan semasa dengan ahli keluarga membimbing anak untuk menyelesaikan kerja sekolah menurunkan nilai-nilai murni sosial kepada anak mendidik anak aspek kerohanian memerhati dan memahami karekter atau personaliti anak mempamerkan kemahiran hidup bersosial yang sepatutnya seperti

    bersopan-santun, saling membantu dan saling menghormati. merapatkan hubungan dengan anak dan ahli keluarga yang lain

  • TOPIK 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN W 97

    8.3.3 Kebajikan anggota keluarga

    Pada zaman ibu bapa kita sebelum ini, kebajikan keluarga adalah pada tahap keperluan asas minimum yang mampu disediakan oleh ketua keluarga. Antara yang paling asas ialah tempat tinggal, makanan, pakaian dan pendidikan sekolah serta kerohanian.

    Perubahan masa kini telah menyebabkan perubahan dalam keperluan yang dianggap sebagai kebajikan keluarga. Kediaman yang selesa sahaja tidak mencukupi. Keluarga sekarang perlukan hiburan. Hiburan dan keseronokan boleh dianggap sebagai sebahagian aspek kebajikan terutama untuk anak. Jika keluarga sebelah ada astro kita pun inginkan astro jika mampu.

    Dunia pendidikan tidak lengkap hnaya dengan buku teks. Anak memerlukan teknologi lain seperti komputer dan internet. Ini semua menjadi sebahagian kebajikan mereka untuk setanding dan seiring dengan kehendak pendidikan. Ibu bapa terpaksa menyediakan kemudahan sokongan ini sebagai sebahagian daripada kebajikan keluarga.

    Kebajikan dalam sebuah keluarga meliputi:

    Tanggungjawab menjaga kebajikan adalah tanggungjawab ketua keluarga iaitu suami dan dibantu oleh isteri. Jika kedua-dua suami isteri bekerja, sebahagian daripada tanggungjawab kebajikan anak atau ahli keluarga akan ditanggung oleh ahli keluarga lain. Ada juga di antara mereka yang mengambil pembantu rumah untuk membantu menjaga kebajikan keluarga.

    Penjagaan kebajikan yang paling asas ialah ppenyediaan tempat tinggal yang selesa dan selamat. Untuk perkembangan sosial yang sihat terutama dalam keluarga extended, ruang yang mencukup diperlukan untuk memastikan ahli keluarga mendapat keselesaan. Keadaan ruang terhad adalah kurang sihat untuk perkembangan sosial dan emosi anak terutama yang telah meningkat remaja.

    Penyediaan makanan yang secukupnya dan seimbang juga adalah keperluan asas dalam sesebuah keluarga. Pemakanan seimbang menjamin tahap kesihatan

    Perhatian yang secukupnya kepada ahli keluarga Mengambil berat kesihatan ahli keluarga Mengambil berat keperluan perubatan jika ada ahli yang memerlukan Mengambil berat keselamatan ahli keluarga Mengambil berat keselesaan ahli keluarga Mengambil berat persekolahan anak Mengambil berat didikan rohaniah anak dan ahli keluarga yang lain.

  • X TOPIK 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN 98

    yang baik. Penyediaan makanan di rumah lebih sihat dan selamat untuk ahli keluarga terutama anak-anak yang sedang membesar. Kurang menjaga kebajikan dengan membenarkan anak membeli makanan di luar akan mendedahkan mereka kepada masalah keracunan makanan serta makanan tidak seimbang yang sering dikaitkan dengan berat badan yang berlebihan dan obes.

    Mengambil berat tentang kkesihatan ahli keluarga adalah penting untuk memastikan tahap kesihatan sentiasa terpelihara. Ibu bapa perlu memastikan ibu hamil mendapat pemeriksaan berkala yang sepatutnya. Begitu juga dengan anak, perlu mendapat sepenuhnya suntikan imunisasi yang sepatutnya. Tarap kesihatan ahli keluarga perlu dipantau dengan mengenalpasti atau bertindak segera jika terdapat tanda-tanda sesuatu penyakit. Selain daripada itu, ibu bapa perlu bersama-sama mengajak anak menjalankan aktiviti sihat seperti beriadah untuk memupuk kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani yang sihat.

    Persekolahan yang sempurna menjadi platform untuk jaminan tiada masa depan. Ibu bapa perlu memastikan semua anak diberi peluang untuk bersekolah. Jika tidak mampu, ibu bapa perlu berikhtiar dan meluangkan masa untuk mendapatkan bantuan persekolahan anak. Kerajaan menyediakan pelbagai bantuan untuk keluarga yang kurang mampu menyekolahkan anak.

    Kesihatan rohani adalah komponen penting untuk mencapai kesihatan menyeluruh. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa atau orang dewasa dalam keluarga untuk mendidik atau memberi pendidikan kerohanian kepada anak. Aspek rohani yang positif dan utuh perlu dalam pembentukan sahsiah anak sebagai manusia yang sempurna. Didikan kerohanian di sekolah atau atau di institusi agama tidak mencukupi. Ibu bapa adalah model terbaik dalam mendidik nilai-nilai rohani yang baik.

    SEMAK KENDIRI 8.1

    (a) Bincangkan cara-cara kita boleh memupuk kerukunan dalam sesebuah keluarga?

    (b) Apakah faedah meluangkan masa bersama ahli keluarga? (c) Apakah aspek kebajikan yang perlu diambil berat oleh ibu bapa

    untuk kesejahteraan keluarga?

    AKTIVITI 8.2

    Bincangkan peranan institusi keluarga dalam mencapai keharmonian masyarakat.

  • TOPIK 8 INSTITUSI KEKELUARGAAN W 99

    Topik ini telah memberi penjelasan kepada anda tentang perkara seperti berikut:

    Perkahwinan adalah pra-syarat untuk menubuhkan sebuah keluarga baru.

    Keluarga ialah unit paling asas dalam pembentukan sebuah masyarakat.

    Terdapat tiga jenis keluarga iaitu keluarga nuklear, keluarga extended dan keluarga poligami.

    Kebahagiaan dalam hidup berkeluarga meliputi kerukunan rumahtangga, meluangkan masa bersama keluarga dan menjaga kebajikan keluarga.

    Mimi Kamariah Majid. (1992). Undang-Undang Keluarga Di Malaysia.Malaysia: The Butterworth Group.

    Dr. Mat Saad Abd. Rahman. (1993). Undang-Undang Keluarga Islam: Aturan Perkahwinan. Malaysia: Intel Multimedia Ad Publication.

    Institusi kekeluargaan Kerukunan rumahtangga Perkahwinan Kebajikan keluarga Perkahwinan sivil Perkahwinan Islam Keluarga nuklear Keluarga extendedKeluarga polygamous