KDK Topik 2

11
  PENGENALAN Amalan kesihatan diri adalah amat penting kepada seseorang, tanpa mengira tua atau muda. Apakah yang dimaksudkan dengan amalan kesihatan diri? Amalan kesihatan diri bermaksud amalan seharian yang berkaitan dengan kesihatan. Kita mengamalkan amalan kesihatan diri yang baik sekiranya: Pakar-pakar kesihatan awam sedia maklum bahawa amalan kesihatan diri yang  baik adalah kunci kepada kesihatan seseorang dan juga masyarakat. Jika individu sihat, keluarga akan sihat dan negara pun akan sihat. T T o o p p i i k k  2 2 Amalan Kesihatan Diri HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. M en j el as ka n amalan asas kesihatan yang  baik 2. Me ner an gk an amalan pemakanan yang sihat 3. Mengenal pasti  jenis dan faedah pemeriksaan fizikal dan klinikal 

description

Amalan Kesihatan Diri

Transcript of KDK Topik 2

  • X PENGENALANAmalan kesihatan diri adalah amat penting kepada seseorang, tanpa mengira tua atau muda. Apakah yang dimaksudkan dengan amalan kesihatan diri? Amalan kesihatan diri bermaksud amalan seharian yang berkaitan dengan kesihatan. Kita mengamalkan amalan kesihatan diri yang baik sekiranya:

    Pakar-pakar kesihatan awam sedia maklum bahawa amalan kesihatan diri yang baik adalah kunci kepada kesihatan seseorang dan juga masyarakat. Jika individu sihat, keluarga akan sihat dan negara pun akan sihat.

    TTooppiikk22XAmalanKesihatanDiri

    HASIL PEMBELAJARANDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menjelaskanamalanasaskesihatanyangbaik

    2. Menerangkanamalanpemakananyangsihat

    3. Mengenalpastijenisdanfaedahpemeriksaanfizikaldanklinikal

  • X TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI 16

    AMALAN ASAS KESIHATAN

    Berikut adalah sebahagian amalan asas kesihatan yang perlu kita amalkan:

    2.1.1 Kesan daripada amalan kebersihan harian

    Kebersihan harian memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan status kesihatan yang baik. Amalan kebersihan yang baik memastikan tubuh serta persekitaran jauh daripada kuman dan jangkitan penyakit. Misalnya, amalan membasuh tangan selepas ke tandas dapat mengelak penyakit yang disebabkan oleh kuman yang terdapat dalam najis.

    x Kebersihan dirix Kebersihan pakaian x Kebersihan peralatan x Kebersihan dalam dan luar rumah x Pemakanan yang sihat seperti seimbang, mengikut keperluan dan

    cara penyediaan yang sihat x Amalan kecergasan fizikal yang tetap x Mengurus tekanan (stress) dengan baik x Dapatkan pemeriksaan jika tidak sihat x Jauhi amalan merokok dan meminum alkohol

    2.1

    AKTIVITI 2.1

    Sebelum meneruskan bacaan, senaraikan amalan asas kesihatan diri yang baik dan amalan kesihatan diri yang tidak baik yang anda amalkan dalam tempoh satu hari yang lepas.

    AKTIVITI 2.2

    (a) Fikirkan ahli keluarga atau kenalan anda yang merokok atau meminum alkohol. Apakah pandangan anda terhadap status kesihatan mereka?

    (b) Senaraikan amalan kesihatan diri yang baik.

  • TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI W 17

    2.1.2 Tahap kebersihan diri dengan rakan sebaya

    Kebersihan diri yang baik menjamin hubungan sosial dengan rakan sebaya dalam keadaan baik. Ini kerana seseorang yang sentiasa bersih akan menunjukkan imej yang bersih untuk bersama rakan sebaya. Tubuh badan yang berbau serta berpenyakit akan menyebabkan rakan sebaya atau orang lain di sekeliling kita menjauhkan diri. Sudah

    tentu kita tidak mahu perkara ini berlaku.

    Keadaan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan tahap kesihatan mental kerana tiada manusia yang ingin disisihkan. Seseorang yang tidak menjaga kebersihan diri dengan baik akan menjangkitkan penyakit kepada rakan. Misalnya jika kulit seseorang dijangkiti kudis, ia boleh menjangkiti rakan yang bergaul rapat atau berkongsi peralatan peribadi seperti tuala mandi dan selimut.

    Kita juga perlu menasihati rakan sebaya yang kurang menjaga kesihatan. Berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan rakan adalah amalan yang baik.

    2.1.3 Kemajuan teknologi berkaitan peningkatan penjagaan kesihatan

    Penjagaan kesihatan menjadi lebih mudah dengan kemajuan teknologi terutama teknologi komunikasi dan peralatan pemeriksaan segera. Masyarakat umum boleh mendapat maklumat berkaitan kesihatan melalui laman web agensi kesihatan peringkat global dan tempatan.

    Penggunaan internet untuk menyebar maklumat berkaitan kesihatan memberi pilihan kepada masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan mereka berkaitan sesuatu penyakit. Contohnya, perkembangan ICT dalam bidang teleperubatan di kawasan pedalaman di beberapa buah negeri di Malaysia di mana doktor boleh menghantar maklumat pesakit ke hospital di bandar untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan diagnosa penyakit dan rawatan. Begitu juga sebaliknya di mana staf di klinik di luar bandar boleh berhubung dengan hospital utama atau ibu pejabat untuk mendapat maklumat dan khidmat nasihat.

    Penciptaan peralatan untuk pemeriksaan atau pemantauan sendiri terhadap tahap tekanan darah dan tahap glukos dalam darah memudahkan individu menilai tahap kesihatan diri. Keputusan segera tanpa menunggu giliran di klinik

  • X TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI 18

    membolehkan individu mengambil langkah mengamalkan gaya hidup sihat terutama pemakanan untuk menurunkan glukos darah.

    Rajah 2.1: Glucometer Sumber: www.dreamstime.com

    Peralatan pemeriksaan segera seperti glucometer, accutrend dan strip memberi keputusan segera tahap glukos dan kolesterol dalam darah. Kita tidak perlu menunggu lama untuk mendapat perkhidmatan ini di makmal. Malah pemeriksaan secara percuma boleh didapati semasa klinik dan hospital menjalankan aktiviti kem kesihatan dan saringan kesihatan dalam komuniti.

    Teknologi berkaitan penurunan berat badan menjadi kian popular pada masa kini. Pusat pengurusan kecantikan dan kesihatan tubuh badan terdapat di seluruh negara. Pusat ini menyediakan pelbagai teknologi seperti penjagaan kulit, rambut serta penurunan berat badan. Teknologi memudahkan masyarakat menjaga tahap kesihatan.

    AMALAN PEMAKANAN

    Mungkin anda pernah mendengar kita adalah apa yang kita makan. Amalan pemakanan menentukan tahap kesihatan kita. Jika kita mengamalkan tabiat makan yang tidak sihat maka kita akan terdedah kepada risiko penyakit.

    Antara asas amalan pemakanan yang sihat ialah pengambilan makanan kita hendaklah berdasarkan kepada prinsip piramid makanan. Makan buah dan sayur pada setiap waktu makan. Sesuaikan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal untuk mencapai berat badan yang disarankan. Kurangkan makanan

    2.2

    SEMAK KENDIRI 2.1

    Bagaimanakah kemajuan teknologi membantu menjaga tahap kesihatan seseorang?

  • TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI W 19

    bergoreng dan berlemak. Pilih makanan dan minuman yang kurang gula. Pilih tempat makan yang bersih dan makanan yang selamat.

    Anda mungkin dapat menyenaraikan beberapa penyakit yang berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat. Amalan pemakanan yang tidak sihat meningkatkan peluang mendapat penyakit jantung, diabetis, darah tinggi, kanser dan sebagainya.

    Melalui Kempen Cara Hidup Sihat tahun 1998, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan panduan promosi pemakanan sihat. Panduan ini meliputi pemakanan seimbang, cara penyediaan makanan yang sihat dan amalan makan yang baik.

    2.2.1 Pemilihan jenis dan kualiti makanan

    Pemilihan jenis makanan berkaitan rapat dengan amalan pemakanan seimbang. Setiap komponen makanan mempunyai fungsi sendiri dan perlu diambil mengikut kuantiti yang sesuai.

    Dalam panduan makanan sihat, kita dikehendaki mengambil pelbagai jenis makanan yang berkualiti untuk memastikan tubuh mendapat bekalan semua jenis zat (rujuk Jadual 2.1). Makanan yang berkualiti akan memastikan tubuh mendapat zat yang secukupnya. Kita perlu ingat bahawa makanan berkualiti bukan bermakna makanan yang mahal. Makanan berkualiti merujuk kepada makanan yang mmasih segar dan mempunyai kkandungan zat yang tinggi.Makanan berkualiti jauh pada dari pencemaran bahan asing yang boleh memudaratkan tubuh badan.

  • X TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI 20

    Jadual 2.1: Jenis Makanan Berdasarkan Fungsi dan Sukatan

    KomponenMakanan Jenis Fungsi Sukatan Keperluan

    Karbohidrat Nasi, mi, roti, hasil bijirin, ubi

    Membekalkan tenaga, vitamin, mineral, serat dan protein

    Perlu dimakan lebih banyak. 8-12 sajian. Contoh 1 sajian ialah cawan nasi atau keping capati

    Protein Daging, ikan, telur,kekacang

    Membina dan membaik pulih tisu tubuh.

    Makan dengan sederhana. 2-3 sajian. Contoh, 1 sajian ialah 1 ketul paha ayam atau 1 ekor ikan kembung atau 2 biji telur.

    Kalsium Zat besi

    Susu dan hasil tenusu

    Tumbesaran Susu dan hasil tenusu. 1-2 sajian. Contoh, 1 sajian ialah 1 gelas susu atau 1 cawan dadih atau 1 keping keju.

    Sayuran dan buah-buahan

    Semua jenis sayuran dan buah-buahan

    Membekalkan vitamin, mineral dan serat. Menjauhi penyakit akibat kekurangan vitamin. Serat mengelakkan masalah sembelit.

    Makan dengan lebih. 3-5 sajian. Contoh 1 sajian ialah cawan sayur daun hijau atau 1 hiris betik.

    Garam Gula Minyak

    Makanan diproses, kuih-muih, aiskrim, makanan bergoreng

    Memberi tenaga. Sebagai penyedap makanan dan tidak diperlukan dalam jumlah yang banyak.

    Perlu dimakan sedikit.

    Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001.

    2.2.2 Penyimpanan Makanan

    Pernahkah anda mengalami keracunan makanan? Jika pernah, mungkin makanan yang anda makan itu telah tercemar. Anda perlu ingat bahawa penyimpanan makanan dengan cara yang betul akan memastikan makanan selamat untuk dimakan. Langkah ini dapat mengurangkan kerosakan, pencemaran dan pembaziran makanan.

    Makanan kering dan makanan basah memerlukan cara penyimpanan tersendiri dan tidak boleh dicampurkan.

  • TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI W 21

    (a) MMakanan kering Makanan mentah kering seperti beras dan tepung hendaklah disimpan di

    dalam bekas dan tempat yang kering. Ruang yang lembab akan menggalakkan pertumbuhan kulat.

    (b) MMakanan basah Makanan mentah basah seperti ayam, daging dan hasil laut mengandungi

    banyak bakteria. Makanan mentah ini perlu diasingkan daripada makanan lain yang telah dimasak atau makanan mentah yang sedia untuk dimakan seperti buah-buahan dan ulam. Titisan daripada air makanan mentah ini boleh memindahkan bakteria melalui proses pencemaran silang.

    Jika anda kerap menyimpan makanan di dalam peti sejuk, ikuti panduan berikut:

    2.2.3 Penyediaan Makanan

    Penyediaan makanan yang sihat merupakan salah satu langkah yang dapat mengurangkan kes keracunan makanan. Langkah penyediaan hendaklah mematuhi peraturan yang selamat supaya tidak berlaku pencemaran. Contohnya, tidak menggunakan papan pemotong yang sama untuk makanan mentah dan makanan yang telah dimasak.

    Makanan mentah perlu dibersihkan dengan air bersih sebelum dimasak. Bekalan air bersih yang mencukupi penting dalam menjamin kebersihan dan keselamatan makanan.

  • X TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI 22

    Andaikan anda sebagai seorang penyedia makanan yang memasak makanan untuk seisi keluarga. Anda perlu mengamalkan kebersihan diri dengan sebaik-baiknya. Ciri-ciri seorang penyedia makanan yang sihat adalah seperti berikut:

    PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN KLINIKAL

    2.3.1 Peringkat bayi, kanak-kanak dan remaja

    Sebahagian daripada anda mungkin pernah menghantar anak anda untuk mendapatkan pemeriksaan di klinik atau hospital. Terdapat beberapa jenis pemeriksaan fizikal yang perlu dibuat dari peringkat bayi dan kanak-kanak sehinggalah ke peringkat dewasa. Tujuannya ialah untuk memantau status kesihatan serta perkembangan tumbesaran seseorang kanak-kanak.

    Berdasarkan Program Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, kanak-kanak di bawah tujuh tahun perlu datang untuk melakukan pemeriksaan fizikal dan klinikal secara berkala ke klinik dan hospital. Perkembangan kanak-kanak dipantau berdasarkan pertumbuhan berat dan ketinggian serta kemahiran asas seperti bercakap, bermain, merangkak, berdiri dan berjalan berdasarkan panduan dalam kad perkembangan kanak-

    2.3

  • TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI W 23

    kanak. Pemeriksaan fizikal semasa bayi amat penting untuk mengesan kecacatan awal. Anda perlu tahu bahawa pengesanan awal akan mempercepatkan rawatan dan pemulihan.

    Di klinik kesihatan ibu dan anak, masalah kecacatan anak dikenal pasti dan dirujuk ke pusat pemulihan dalam komuniti untuk proses penjagaan khas dan pemulihan.

    Pemeriksaan kesihatan di kalangan kanak-kanak dan remaja yang telah memasuki alam persekolahan akan dilakukan oleh pasukan kesihatan sekolah dari pejabat kesihatan yang berdekatan dengan sekolah.

    Bayangkan anda adalah seorang kanak-kanak yang sedang menuntut di sekolah rendah. Anda akan menjalani pemeriksaan penglihatan, pendengaran, masalah kudis, kebersihan mulut dan kedudukan testis sama ada telah turun berada di dalam kantungnya atau belum (untuk kanak-kanak lelaki). Pengesanan awal akan membantu kanak-kanak bermasalah dirujuk untuk rawatan lanjut atau pendidikan khas.

    2.3.2 Peringkat dewasa

    Tujuan utama pemeriksaan kesihatan untuk orang dewasa adalah untuk mengenal pasti sesuatu penyakit pada peringkat awal. Pemeriksaan biasanya meliputi tekanan darah, tahap glukos dalam darah, tahap kolesterol, indeks jisim badan, kanser serviks dan kanser payu dara.

    Pemeriksaan dapat membantu mengesan penyakit tekanan darah tinggi, penyakit jantung, diabetis dan kanser. Pengesanan awal akan dapat membantu rawatan awal yang sesuai terhadap sesuatu penyakit.

  • X TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI 24

    Jadual 2.2: Jenis Pemeriksaan, Kebaikan dan Peralatan

    Jenis Pemeriksaan Kebaikan Alat-Alat Ujian

    Tekanan darah Dapat mengesan dengan lebih awal tanda-tanda tekanan darah tinggi.

    Sphigmomanometer

    Glukos darah Dapat mengesan tahap glukos di dalam darah dan membantu sebagai amaran untuk mengawal pengambilan gula atau rawatan awal

    Glucometer dan strip

    Kolesterol Dapat mengesan tahap kolesterol darah dan membantu menyedarkan seseorang seseorang mengawal pemakanan serta mengamalkan senaman.

    Accutrend dan strip

    Pengesanan barah pangkal rahim

    Dapat mengesan awal sel-sel kanser di pangkal rahim dan dirawat awal.

    Spatula, mikroskop

    Penglihatan Dapat mengesan awal masalah penglihatan (rabun dekat atau jauh).

    Carta Snellen

    Pendengaran Dapat mengesan awal masalah pendengaran dan membuat rujukan untuk rawatan.

    Audiometer

    Berat badan/ Indeks Jisim Badan (IJB)

    Dapat mengetahui tahap IJB dan membantu untuk mengawal pemakanan serta kecergasan fizikal.

    Alat timbang, bodymeter, penimbang dan kalkulator

    Jenis-jenis pemeriksaan kesihatan seperti di dalam jadual adalah yang kerap digunakan di klinik dan hospital.

    SEMAK KENDIRI 2.1

    (a) Senaraikan jenis-jenis makanan yang baik untuk kesihatan. (b) Senaraikan jenis pemeriksaan fizikal dan apakah peralatan yang

    digunakan. Di manakah pemeriksaan ini boleh diperolehi? (c) Bagaimanakah keputusan pemeriksaan boleh membantu kerajaan

    membentuk polisi berkaitan dengan langkah kerajaan memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia?

  • TOPIK 2 AMALAN KESIHATAN DIRI W 25

    Topik ini telah memberi penjelasan kepada anda tentang perkara seperti berikut:

    Amalan-amalan asas kebersihan diri adalah sangat penting dalam menjaga kesihatan kita.

    Penjagaan kesihatan menjadi lebih mudah dengan kemajuan teknologi terutama teknologi komunikasi dan peralatan pemeriksaan segera.

    Amalan pemakanan menentukan tahap kesihatan kita. Asas pengambilan makanan adalah berpandukan prinsip piramid makanan.

    Penyimpanan makanan dengan cara yang betul akan memastikan makanan selamat untuk dimakan.

    Langkah-langkah penyediaan makanan perlulah diikuti supaya tidak berlaku keracunan makanan.

    Pemeriksaan fizikal dan klinikal adalah penting. Kita perlu mengetahui jenis-jenis pemeriksaan fizikal dan klinikal serta tujuannya.

    Kementerian Kesihatan Malaysia. (2001). Modul kempen cara hidup sihat: Promosi kesihatan keluarga. Kuala Lumpur.

    Kesihatan Cara hidup sihat Amalan kesihatan Pemakanan sihat Kebersihan Pemeriksaan kesihatan