Buletin anjakan bil.1 2016

11
Putrajaya 12 Januari 2016 - Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah sampai ke penghujung dengan berlabuhnya tirai 2015. Selangkah ke tahun 2016, bermakna kita telah berada di Gelombang 2 PPPM (2016-2020) dengan tekad dan azam untuk terus berusaha melonjakkan kualiti pendidikan negara seperti yang dihasratkan. Namun elok kita menoleh ke belakang untuk menilai sejauh mana Gelombang 1 PPPM dapat memenuhi wawasan dan aspirasi rakyat. Pencapaian cemerlang sama- sama kita raikan, sementara pengalaman berhadapan masalah dan halangan elok dijadikan iktibar untuk penambahbaikan. Sesungguhnya transformasi pendidikan merupakan proses dan perjuangan yang panjang, keazaman dan komitmen tinggi secara berterusan dari semua pihak amat diperlukan. Buletin ANJAKAN Bil. 1/2016 akan memberi fokus terhadap kandungan perutusan Tahun Baharu Menteri Pendidikan 2016 terutama yang menyentuh pencapaian Gelombang 1 PPPM (2013 2015) dan usaha-usaha melangkah kehadapan untuk memacu Gelombang 2 PPPM (2016-2020). Bercakap kepada lebih 3,000 orang warga pendidikan daripada pelbagai peringkat termasuk murid dan wakil-wakil komuniti, Menteri Pendidikan, YB DatoSeri Mahdzir Khalid merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidikan atas daya usaha dan komitmen menjayakan Gelombang 1 PPPM. Beliau juga menghargai sokongan dan kerjasama semua pihak terutama ibu bapa dan pihak-pihak berkepentingan yang sama-sama berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. Beliau menegaskan bahawa usaha melahirkan modal insan berkualiti dan bersahsiah tinggi, sistem pendidikan perlu berpaksi teguh kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan berkeyakinan bahawa pembangunan modal insan secara holistik melalui sistem pendidikan yang bersepadu dan sistematik berupaya merangsang serta mencipta kejayaan negara di persada dunia. oleh Menteri Pendidikan Malaysia Perutusan Tahun Baharu 2016 Kementerian Pendidikan Malaysia

Transcript of Buletin anjakan bil.1 2016

Page 1: Buletin anjakan bil.1 2016

Putrajaya 12 Januari 2016 - Gelombang 1 Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah

sampai ke penghujung dengan berlabuhnya tirai 2015.

Selangkah ke tahun 2016, bermakna kita telah berada

di Gelombang 2 PPPM (2016-2020) dengan tekad dan

azam untuk terus berusaha melonjakkan kualiti

pendidikan negara seperti yang dihasratkan. Namun

elok kita menoleh ke belakang untuk menilai sejauh

mana Gelombang 1 PPPM dapat memenuhi wawasan

dan aspirasi rakyat. Pencapaian cemerlang sama-

sama kita raikan, sementara pengalaman berhadapan

masalah dan halangan elok dijadikan iktibar untuk

penambahbaikan. Sesungguhnya transformasi

pendidikan merupakan proses dan perjuangan yang

panjang, keazaman dan komitmen tinggi secara

berterusan dari semua pihak amat diperlukan. Buletin

ANJAKAN Bil. 1/2016 akan memberi fokus terhadap

kandungan perutusan Tahun Baharu Menteri

Pendidikan 2016 terutama yang menyentuh

pencapaian Gelombang 1 PPPM (2013 – 2015) dan

usaha-usaha melangkah kehadapan untuk memacu

Gelombang 2 PPPM (2016-2020).

Bercakap kepada lebih 3,000 orang warga

pendidikan daripada pelbagai peringkat termasuk

murid dan wakil-wakil komuniti, Menteri

Pendidikan, YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

merakamkan penghargaan dan ucapan terima

kasih kepada seluruh warga pendidikan atas

daya usaha dan komitmen menjayakan

Gelombang 1 PPPM. Beliau juga menghargai

sokongan dan kerjasama semua pihak terutama

ibu bapa dan pihak-pihak berkepentingan yang

sama-sama berusaha untuk meningkatkan kualiti

pendidikan negara. Beliau menegaskan bahawa

usaha melahirkan modal insan berkualiti dan

bersahsiah tinggi, sistem pendidikan perlu

berpaksi teguh kepada Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan berkeyakinan bahawa

pembangunan modal insan secara holistik melalui

sistem pendidikan yang bersepadu dan sistematik

berupaya merangsang serta mencipta kejayaan

negara di persada dunia.

oleh Menteri Pendidikan Malaysia

Perutusan Tahun Baharu 2016 Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 2: Buletin anjakan bil.1 2016

Buletin Anjakan Bil. 1/2016

Pada tahun 2013, Kementerian telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM) 2013-2025 yang bakal membawa sistem pendidikan kita antara sepertiga teratas dalam

kalangan negara-negara terbaik di dunia. Bagi mencapai hasrat tersebut, sejak 2013 segala usaha

ditumpukan kearah tersebut. Sebagai satu keluarga – dari peringkat Kementerian hingga ke

sekolah dengan melibatkan komuniti, pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk mencapai satu tujuan –membangunkan murid yang bakal menempuh cabaran alaf ke-21.

”Saya bersyukur kerana kita telah pun melepasi Gelombang 1 Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk

mencapai lima aspirasi sistem, dan enam aspirasi murid menerusi sebelas

anjakan dalam pelan tersebut. Kini, kita sedang melangkah memasuki

Gelombang Kedua PPPM bagi tempoh 2016 hingga 2020. Selari dengan

aspirasi pelan ini demi memastikan setiap kanak-kanak di Malaysia

mempunyai akses terhadap pendidikan, KPM telah menjalankan program

yang komprehensif untuk meningkatkan kemasukan murid prasekolah

hingga ke peringkat menengah atas”.

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Menteri Pendidikan Malaysia

Melalui pelbagai inisiatif yang menjadi fokus pada Gelombang 1

seperti Program Transformasi Daerah, LINUS, peningkatan

kemahiran guru dan pemimpin melalui Piagam Guru dan Piagam

Pemimpin serta inisiatif lain yang menjadi prioriti, ketiga-tigakeberhasilan ini telah berjaya mencapai sasaran.

keberhasilan utama yang perludicapai dalam Gelombang 1:3

1100% murid menguasai literasi dan

numerasi selepas 3 tahun persekolahan

2 Peningkatan enrolmen murid;

3Pengurangan 25% jurang bandar

dan luar bandar.

Page 3: Buletin anjakan bil.1 2016

Program ini telah berjaya membantu

kesemua tiga kohort murid mencapai 99

peratus dalam literasi bahasa Melayu dan

numerasi apabila mereka memasuki

Tahun Tiga. Sementara kadar

penguasaan literasi bahasa Inggeris murid

Tahun 3, 2015 meningkat 15.81 peratus -

daripada 78.3 peratus pada tahun 2014kepada 94.11 peratus pada tahun ini.

Enrolmen prasekolah daripada pelbagai

agensi awam dan swasta telah mencatat

peningkatan yang signifikan, iaitu 84.51

peratus pada 2015, berbanding dengan

80.2 peratus pada 2012 sebelum

pelancaran PPPM. Kadar kemasukan

murid ke sekolah rendah juga turut

meningkat kepada 97.9 peratus pada 2014

berbanding 95.7 peratus pada 2010.

Kadar ini mengatasi kadar enrolmen

universal 91 peratus sebagaimana yang

dilaporkan oleh United Nations

Development Programme (UNDP) 2015.

Program Literasi & Numerasi LINUS

Peratus peningkatan enrolmen Murid

Merapatkan Jurang Antara

Bandar & Luar BandarKementerian telah menetapkan

pengurangan jurang pencapaian

bandar dan luar bandar sebanyak 25

peratus dalam masa tiga tahun pertama

Gelombang 1 ini. Berdasarkan Ujian

Penilaian Sekolah Rendah atau UPSR,

KPM telah berjaya mengatasi sasaran ini

dengan pencapaian pengurangan jurangsebanyak 31.6 peratus.

Buletin Anjakan Bil. 1/2016

Pencapaian PPPM 2015

• Analisis jurang bandar dan luar bandar

berdasarkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan

sediakan selepas keuputusan SPM 2015

diumumkan.

Page 4: Buletin anjakan bil.1 2016

Gambar: The Rakyat Post

Gambar: The Rakyat Post

Buletin Anjakan Bil. 1/2016

Tahniah yang setinggi-tingginya kepada Cikgu

Zainuddin bin Zakaria dari SMK Bukit Taman

Maluri, Kepong, Kuala Lumpur yang telah

dinobatkan sebagai penerima Anugerah Princess

Maha Chakri (APMC) dengan membawa pulang

pingat, sijil penghargaan dan wang tunai bernilai

USD10,000.00. APMC merupakan anugerah yang

diberikan kepada guru berdedikasi, cemerlang

dalam pembangunan modal insan dan memberi

inspirasi kepada rakan guru yang lain serta

berpotensi sebagai ikon guru di peringkat

antarabangsa

Cikgu Zainuddin telah menghasilkan beberapa projek inovasi seperti EXTEX-Excellent Teachers

With MS Excel, KODU In Classrooms Around The World, Borderless Classrooms Global

Classmates Worldwide Tutors dan POS KODU Learning Parts of Speech Using Game.

Beliau telah mengharumkan nama Malaysia kerana berjaya memenangi beberapa anugerah di

peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa sejak tahun 2009. Antaranya termasuklah Juara

Asia Pacific Regional Innovative Education 2009/2011 dan Juara Innovative Educators

Choice Award 2012.

Pencapaian Guru: Pengiktirafan di Peringkat Dunia

Pencapaian Murid: Cemerlang di Peringkat Antarabangsa

KPM melakar sejarah melalui atlet 100 meter MSSM adik

Badrul Hisham bin Abdul Manap yang dinobatkan

sebagai Raja Pecut Sekolah-sekolah ASEAN dengan

catatan masa 10.29 saat di Kejohanan Sukan Sekolah-

sekolah ASEAN 7th ASG 2015 yang berlangsung di

Brunei Darussalam. Dalam kejohanan tersebut, Malaysia

berjaya memperoleh sebanyak 56 pingat, iaitu 20 emas, 14

perak, dan 22 gangsa dan ini merupakan satu pencapaianyang amat membanggakan

Pencapaian adik Goh Jin Wei dalam sukan

badminton telah menaikkan imej KPM apabila

menjuarai Remaja Dunia tahun 2015, meraih

pingat gangsa Sukan SEA dan pingat emas

perseorangan wanita Kejohanan ASG.

Gambar : www.pmca.or.th

Pencapaian PPPM 2015

Page 5: Buletin anjakan bil.1 2016

Buletin Anjakan Bil. 1/2016

Pencapaian Guru: Pengiktirafan di Peringkat Dunia

Pencapaian PPPM 2015

Pelajar dari Kolej Melayu Kuala Kangsar

(MCKK) telah memenangi Anugerah Komuniti

di Kejohanan Dunia VEX Robotics di

Kentucky, Amerika Syarikat. Pertandingan ini

melibatkan kemahiran dalam bidang perisian

dan teknologi robotik yang diwakili oleh Wan

Ahmad Haziq bin Wan Ahmad Hazim, Jeyhan

Onn bin Mohd Tahir dan Mohd Fahim Aiman bin

Aminuddin.

Mohd Yusri bin Rashidi, pelajar Kolej Vokasional Arau,

Perlis berjaya menonjolkan bakatnya dalam bidang Teknologi

Automotif dan mewakili Malaysia dalam World Skill

Competition 2015 di Sao Paulo, Brazil.

Pasukan R&D SM Sains Sultan

Muhammad Jiwa telah memenangi

Anugerah Khas Inovasi Muda

sempena Pertandingan Inovasi dan

Penciptaan Peringkat Kebangsaan

melalui Pameran 2015 (iComEx'15).

Penghasilan "Superb MSE" melalui

penggunaan daun ketum telah

diinovasikan menjadi ubat penahan sakit

bagi menggantikan morfin, dan turut

memenangi pelbagai anugerah di

peringkat antarabangsa, iaitu diRomania, Hong Kong, dan Taiwan.

Page 6: Buletin anjakan bil.1 2016

Buletin Anjakan Bil. 1/2016

Amanat YB Menteri Pendidikan KepadaSeluruh Warga Pendidik

Pegawai-Pegawai di KementerianMenyeru pegawai disemua peringkat supaya memahami dan

menghayati roh hasrat PPPM dengan mengubah cara bekerja

daripada process driven kepada outcome–driven, and stay true

to your objectives

“Kita merupakan pemegang amanah 30 juta rakyat Malaysia

untuk membentuk murid yang bukan sahaja boleh mendepani

cabaran masa hadapan, tetapi membentuk masa hadapan

berdasarkan acuan kita sendiri. Marilah kita bekerja sebagaiSatu Kementerian – bekerjasama dan bekerja bersama-sama”.

Pegawai di JPN dan PPD

“ Selaras dengan Anjakan 6 untuk mengupayakan JPN, PPD,

dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus

berasaskan keperluan, anda lebih tahu apa yang berlaku di

peringkat negeri masing-masing. Begitu juga warga kita di

IPG dan Kolej Matrikulasi, anda semua perlu berfikiran lebih

strategik, lihatlah kekuatan yang ada pada institusi masing-

masing, dan bekerjasamalah dengan agensi di negeri sejajar

dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Ingatlah

juga bahawa – one size does not fit all. Dengan latihan dan

sokongan yang telah diberi kepada pemimpin negeri dan

daerah, saya yakin anda mampu menzahirkan yang terbaik,

sebagaimana yang telah dibuktikan oleh Kedah dan Sabah

dalam tiga tahun kebelakangan ini”.

“Saya tidak mahu guru-guru kehilangan fokus dalam mendidik

anak bangsa kita. Ingatlah bahawa kita tidak lagi

menyediakan murid kita untuk lulus dalam peperiksaan, tetapi

kita perlu melihat lebih jauh – 10 tahun lagi nanti apakah yang

akan terjadi pada anak murid kita? Apakah kemahiran yang

perlu ada pada mereka? Apakah cukup ilmu dan akhlak yang

kita terapkan?”

Guru, Pensyarah IPG dan Kolej Matrikulasi

Page 7: Buletin anjakan bil.1 2016

Buletin Anjakan Bil. 1/2016

Amanat YB Menteri Pendidikan KepadaSeluruh Warga Pendidik

Ibu bapa, Komuniti dan Sektor Swasta

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas

segala sumbangan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi

untuk memastikan satu sistem pembelajaran wujud dalam

komuniti kita demi anak-anak yang akan menerajui kepimpinan

negara. Dalam Gelombang 2 ini, kami mengalu-alukan lebih

sumbangan daripada sektor swasta untuk sama-sama memacu

transformasi pendidikan negara”.

Anak-Anak

“Segala usaha yang

dijalankan adalah untuk

anda, bagi memastikan

anda dibekalkan dengan

ilmu dan akhlak yang

cukup buat anda berjaya,

dan membawa negara ini

ke arah kejayaan. Dalam

masa 10 tahun lagi,

andalah yang akan

membawa Malaysia

menjadi antara sepertiga

negara yang mempunyai

sistem pendidikan terbaikdi dunia”

MENERAJUI

PERUBAHAN

Page 8: Buletin anjakan bil.1 2016

Pengintegrasian Data KPM Dan Single Sign-On

Membantu Memperkasakan Tugas Guru

Inisiatif pengintegrasian data dan kemudahan SSO

merupakan dua perkara yang berlainan mempunyai

sasaran yang berbeza. Pengintegrasian data

merupakan satu inisiatif untuk mempastikan data di

antara pelbagai aplikasi yang digunakan di semua

peringkat di KPM berhubung di antara satu sama

lain. Ini bermakna guru-guru serta pentadbir di

sekolah tidak lagi perlu memasukkan data yang

sama berulang kali di pelbagai sistem. Bagi tahun

2015, sebanyak 28 aplikasi telah dikenalpasti untuk

dilaksanakan pengintegrasian. Daripada 28 aplikasi

tersebut 6 daripadanya, iaitu Sistem Maklumat

Murid, Aplikasi Pengurusan Bantuan, Sistem Orang

Kelainan Upaya, Permohonan Tahun 1, e-Perlu dan

iKEPS, telahpun digabungkan dengan aplikasi lain.

Setiap aplikasi yang memerlukan maklumat sekolah

akan berhubung dengan Modul Pengurusan Sekolah

(EMIS), maklumat guru dengan Modul Pengurusan

Guru (eOperasi) dan maklumat murid serta

ibubapa/penjaga melalui Modul Pengurusan Murid

(APDM). Hasil daripada pengintegrasian ini,

sebanyak 2,097 variable atau medan bertindih tidak

lagi perlu diisi berulangkali oleh guru-guru dan juga

pengurusan sekolah.

Single Sign On atau SSO merupakan aplikasi pengantara untuk ke semua sistem yang telah

diintegrasikan. Setelah proses pengintegrasian bagi kesemua 28 sistem selesai kebanyakkan

aplikasi selesai, satu pendekatan diperlukan untuk mengurangkan keperluan guru untuk log masuk

ke pelbagai aplikasi tersebut. Batch pertama yang melibatkan 13 aplikasi dilaksanakan SSO pada

1 Oktober 2015 melalui Surat Siaran KPM bil. 15 Tahun 2015. Batch kedua yang melibatkan 9

aplikasi sistem berikutnya telah selesai dilaksanakan pada 1 Disember 2015.

Single Sign-On (SSO) adalah satu kemudahan pengesahan sesi / pengguna yang

membenarkan pengguna untuk mengakses pelbagai sistem dengan satu kata nama dan satu

kata laluan

Buletin Anjakan Bil. 1/2016

Page 9: Buletin anjakan bil.1 2016

Integrasi Data KPM – Single Sign-On

Membantu Memperkasakan Tugas Guru

Buletin Anjakan Bil. 1/2016

Pelaksanaan Single Sign-On

(SSO) untuk batch ke dua melibatkan

baki 9 aplikasi KPM telah berjaya

dilaksanakan pada 1 Disember 2015

seperti yang dirancang. Kejayaan ini

adalah kesinambungan daripada

pelaksanaan SSO batch pertama yang

mana 13 aplikasi, telah berjaya

dilancarkan pada 1 Oktober

lalu. Dengan pelaksanaan SSO ini,

guru-guru hanya memerlukan satu kata

nama pengguna untuk mengakses

pelbagai aplikasi sistem KPM yang

berkaitan.

Pelaksanaan pengintegrasian data

daripada 28 aplikasi asal kepada 22

aplikasi, beserta SSO ini diharap dapat

memperkasakan tugas guru menerusi

pemasukan data tunggal dan

meningkatkan kecekapan pengurusan

sumber pendidikan KPM.

Pendaftaran SSO boleh dilakukan

melalui 3 aplikasi utama iaitu Modul

Pengurusan Sekolah (EMIS), Murid

(APDM) dan Guru (e-Operasi).

Terima kasih kepada semua pengguna di

peringkat JPN, PPD dan sekolah yang

telah pun mendaftar serta yang terlibat

dalam sesi pengujian SSO. Syabas

kepada pasukan inisiatif serta semua

warga KPM yang terlibat dalam

menyumbang masa dan tenaga bagi

memastikan kejayaan inisiatif ini yang

merupakan salah satu inisiatif utama

PPPM.

Page 10: Buletin anjakan bil.1 2016

Buletin Anjakan Bil. 1/2016

Transformasi Pendidikan Dari Media

@PaduEducation #PaduMY padustories.my

Page 11: Buletin anjakan bil.1 2016

Buletin Anjakan Bil. 1/2016

Transformasi Pendidikan Dari Media

@PaduEducation #PaduMY padustories.my