Post on 23-Jan-2023
1
ZAIHAN HAIRUZIALANI BINTI MAT JUSOH
SMK Agama Tun Ahmadshah,
Inanam,Kota Kinabalu,Sabah
Guru Cemerlang Pendidikan Syariah Islamiah
Beliau merupakan Jurulatih Dakwah di Sektor Pendidikan Islam, Sabah dan pernah memberi ceramah berkaitan Teknik Menjawab Soalan Pendidikan Syariah Islamiah di beberapa buah sekolah sekitar Kota Kinabalu. Pada tahun 2009 kecenderungan di dalam bidang Pendidikan Syariah Islamiah telah mendorong beliau untuk mengkaji tentang teknik menjawab Usul Fiqh. Beliau telah mengkaji salah satu topik yang paling sukar dan paling membosankan pelajar dalam matapelajaran tersebut iaitu am dan takhsis sehingga semua pelajar dapat memahami tajuk itu dengan mudah. Pada tahun 2010, beliau telah dilantik sebagai guru cemerlang Pendidikan Syariah Islamiah kerana berjaya menghasilkan satu inovasi KIAM, iaitu kumpulan modul Usul Fiqh yang berasaskan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran.
2
MENINGKATKAN PEMAHAMAN PELAJAR TERHADAP TOPIK AM DAN TAKHSIS DALAM
MATAPELAJARAN PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH MELALUI TEKNIK AKRONIM “ASMAK“
Oleh :
Zaihan Hairuzialani Binti Mat Jusoh Sek.Men.Agama Tun Ahmadshah,
P/S A-235,Inanam,88856 kota Kinabalu Sabah
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan selepas peperiksaan percubaan Setara SPM 2011 bertujuan untuk menambah markah pelajar dalam matapelajaran Pendidikan Syariah Islamiah. Hasil kajian menunjukkan kelemahan pelajar dalam menjawab soalan bahagian usul fiqh yang menyebabkan mereka mendapat markah yang rendah dalam menjawab soalan peperiksaan Pendidikan Syariah Islamiah. Kajian dijalankan ke atas 17 orang pelajar tingkatan 5 Ibn Khaldun yang telah mendapat gred C,D dan E dalam peperiksaan tersebut. Kaedah “ASMAK” tertumpu kepada subtopik usul fiqh iaitu AM dan Takhsis(Topik 1:Am) dan (topic 2: Takhsis). Berdasarkan isu kajian, Akronim ASMAK diperkenalkan kepada pelajar untuk menyusun maklumat dan seterusnya memudahkan pelajar memahami proses mengeluarkan hukum melalui lafaz am dan lafaz takhsis. Hasil kajian menunjukkan Akronim ASMAK sangat berkesan dalam meningkatkan kefahaman pelajar terhadap proses mengeluarkan hukum. Pencapaian baik pelajar dalam ujian pos yang dijalankan menunjukkan keberkesanan Akronim dan teknik modul yang diguna.
3
REKLEKSI
Pada 8 Mac 2011, para pelajar Tingkatan 5 telah menduduki peperiksaan Percubaan
Setara, namun keputusan peperiksaan sebagaimana yang penulis jangkakan semua
pelajar akan lulus bagi matapelajaran Pendidikan Syariah Islamiah ini tetapi markah
pelajar tidak akan mencapai tahap yang tinggi atau gred A dan B+. Markah keseluruhan
pelajar hanya berputar dalam lingkungan A-,B+,B,C+,C , D dan E. Senario ini sudah
berlaku sejak awal matapelajaran ini diperkenalkan disekolah sebagai subjek elektif
kepada pelajar. Ini dapat dilihat melalui Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
2010 yang lalu dimana 5.4% pelajar mendapat A+,17.5% pelajar mendapat A,18.9%
pelajar mendapat A-,22.9% pelajar mendapat B+,22.9% pelajar mendapat B,10.8%
pelajar mendapat C+,1.3% pelajar mendapat C dalam matapelajaran Pendidikan
Syariah Islamiah.
Memang tidak dinafikan bahawa pendekatan “Chalk & talk” perlu terutamanya apabila
pelajar berdepan dengan fakta,konsep dan proses memahami cara mengeluarkan
hukum perundangan Islam. Walaubagaimanapun, pendekatan sebegini kurang diminati
oleh pelajar kerana sukar difahami.
Proses atau cara mengeluarkan hukum dari dalil atau lafaz yang umum(AM) dan dalil
khusus(TAKHSIS) daripada al-quran dan hadis, adalah proses yang rumit. Proses atau
cara hampir-hampir dan boleh jadi tidak dapat dilakukan langsung kerana istilah, sebab
dan maksud cukup abstrak dan sangat kompleks bagi pelajar. Sedangkan Menurut Mok
Soon Sang(2010), perkembangan pelajaran perlu merujuk kepada langkah-langkah
mengajar, iaitu daripada konkrit kepada abstrak dan daripada mudah kepada kompleks.
Dalam subtopik usul fiqh ini pelajar perlu mempelajari proses asas mengeluarkan
hukum berdasarkan al-quran dan hadis. Proses itu hanya dapat dilakukan sekiranya
pelajar dapat mengikuti langkah-langkah berikut iaitu mengenalpasti lafaz yang Am atau
umum, mencari sebab dan maksud yang seterusnya akan mengeluarkan hukum dalam
4
setiap dalil al-quran dan hadis. Namun sekiranya dalam ayat yang sama ada
mengandungi lafaz yang khusus atau TAKHSIS, maka proses mengenalpasti lafaz
akan menjadi dua kali,sebelum ini pelajar berjaya mengenalpasti lafaz am,mencari
sebab,mengeluarkan hukum namun sekiranya terdapat lagi dalil takhsis selepasnya
maka pelajar sekali lagi akan terlibat mencari dalil takhsis dan barulah boleh
mengeluarkan hukum. Bagi dalil am mengandungi sebanyak 20 lafaz am yang perlu di
hafal pelajar. Manakalala bagi lafaz takhsis mengandungi 8 dalil yang perlu dihafal dan
dikenalpasti oleh pelajar.
Di dalam bahagian ini, pengkaji perlu manjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dengan strategi dan kaedah yang sesuai, sangat sistematik dan berkesan.
Selepas penulis mengajar Matapelajaran Pendidikan Syariah Islamiah, subtopik Am
dan Takhsis Tingkatan 5 pada tahun ini, seorang pelajar bertanya kepada penulis
“Ustazah, tak ada ke,teknik supaya saya cepat ingat Am dan Takhsis ni?” penulis
merasakan amat terkesan dengan pertanyaan itu. Barulah penulis tahu bahawa selama
ini penulis hanya ‘syok sendiri’. Penulis juga pernah membuat soal selidik kepada 74
orang calon SPM pada tahun ini tentang topik Am dan takhsis ini. Hasil soal selidik pos
43.6% min menyatakan topik Am dan Takhsis ini sukar kerana tidak memahami
proses atau cara mengeluarkan hukum kerana terlalu banyak penerangan .
Pengkaji ada membuat temubual dengan guru sejarah yang merangkap guru kelas 5
Khaldun. Beliau menyatakan “ Pelajar kelas 5 Khaldun ni bukan tak pandai, semuanya
cerdik-cerdik cuma kita je yang kena sabar dan sambil fikir-fikir teknik dan cara yang
mudah budak-budak ni faham…”
Pendekatan Ekspositori ataupun penerangan yang hanya menekankan aspek “seeing”
tanpa “doing” tidak sesuai digunakan untuk subtopik Am dan Takhsis ini. Melalui luahan
rasa ini,pengkaji merasakan penerangan dan latihan yang diberikan kepada pelajar
perlu dipermudahkan atau diringkaskan namun pada masa yang sama boleh
5
meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik yang diajar. Dalam mencari jalan
penyelesaian ini, penulis agak tertarik dengan Model Resepsi Ausubel. Di dalam
terbitan Arithmetic Teacher Februari 1968, Ausubel menjelaskan “Dalam pembelajaran
resepsi, maklumat tidak diberikan kepada murid, dan murid dikehendaki mencari
maklumat sendiri. Selepas penemuan, murid seperti pembelajaran resepsi,
menyerapkan maklumat yang ditemui di dalam struktur kognitifnya.” David
P.Ausubel,ahli psikologi Amerika ini di dalam Educational Theory,January 1961,tidak
bersetuju sekiranya murid hanya mempunyai tujuan untuk menghafal sahaja, kerana
hasil pembelajarannya akan berupa hafalan dan tidak bermakna. Penulis bersetuju
dengan teori Ausubel yang membiarkan murid mencari maklumat sendiri namun penulis
lebih suka menggabungkan kedua-dua teori ekspositori dan resepsi untuk pelaksanaan
modul penulis yang lebih berkesan.
Oleh itu,dalam kajian ini, penulis memperkenalkan teknik AKRONIM ASMAK sebagai
alternatif baru bagi membantu pelajar melakukan proses mengeluarkan hukum
daripada al-quran dan hadis. Pelajar di berikan teknik mengenalpasti lafaz am
menggunakan akronim dan lafaz takhsis, mengenalpasti sebab, mentakhsis dan
seterusnya mengeluarkan hukum. Selepas mereka berjaya melakukannya sudah pasti
maklumat yang dicari sendiri melalui AKRONIM ASMAK ini akan mengubah tingkah
laku mereka kearah yang lebih baik dan bermakna.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini ditumpukan kepada 17 orang pelajar kelas 5 Khaldun yang telah mendapat
gred C,D dan E dalam Peperiksaan Percubaan Setara SPM 2011 baru-baru ini. Kajian
terhad untuk subtopik Am dan Takhsis sahaja(Topik 9 Tingkatan lima)
Alat yang digunakan dalam kajian ini ialah;
i. Soal Selidik Pos
ii. Modul AKRONIM ASMAK
iii. Ujian Pra
iv. ujian Pos 1
v. Ujian Pos 2
6
TINJAUAN AWAL
Ujian Pra
Data ujian pra diperolehi daripada ujian bulan Januari. Keseluruhan soalan topik ujian
Am dan Takhsis sahaja. Pencapaian pelajar dalam soalan ini adalah amat
mengecewakan.perinciannya adalah seperti berikut;
TOPIK MARKAH 0-2 3-4 5-6 7-8 9-10 11-12
AM 17 0 0 0 0 0 TAKHSIS 17 0 0 0 0 0 JUMLAH 34 0 0 0 0 0
JADUAL 1
Pencapaian pelajar dalam soalan Am dan Takhsis ( Ujian pra )
Dalam ujian pra ini pelajar belum diberikan lagi model AKRONIM ASMAK (rujuk
lampiran 1) buku teks juga di sediakan cuma pelajar perlu mencari sendiri jawapan di
dalam maklumat tersebut. Mereka mencari sendiri. Daripada jadual 1, jelas
menunjukkan bahawa semua pelajar tidak tahu langsung cara untuk mengenalpasti
lafaz am dan takhsis.
Ujian Pos 1 Data ujian pos diperolehi daripada ujian bulan Mac. Keseluruhan soalan Topik ujian Am
dan Takhsis sahaja. Pencapaian pelajar dalam soalan ini perinciannya adalah seperti
berikut;
TOPIK MARKAH 0-2 3-4 5-6 7-8 9-10 11-12
AM 4 0 2 8 3 0 TAKHSIS 3 4 2 4 2 2 JUMLAH 7 4 4 12 5 2
JADUAL 2
Pencapaian pelajar dalam soalan Am dan Takhsis (Ujian pos 1)
Sebelum ujian pos ini, pelajar diberitahu terlebih dahulu berkaitan topik yang akan di uji.
Pelajar diberikan soalan modul, (rujuk lampiran 2) buku teks juga di sediakan cuma
pelajar perlu mencari sendiri jawapan di dalam maklumat tersebut melalui petunjuk
7
AKRONIM tanpa penerangan guru. Mereka mencari sendiri. Daripada jadual 2, jelas
menunjukkan bahawa semua pelajar sudah mula “mengecam” maklumat yang
dikehendaki dalam topik am dan takhsis ini walaupun masih tidak mendapat markah
yang penuh.
SOAL SELIDIK Soal selidik pra dilakukan dengan meminta pelajar menyenaraikan masalah yang
mereka hadapi berhubung subtopik am dan takhsis. Bilangan responden yang terlibat
dalam soal selidik ialah 72 orang. Kemudian masalah pelajar ini disenaraikan satu
persatu dalam borang kajiselidik pos. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan
deskriptif iaitu min, beberapa masalah dapat dikesan.Perinciannya adalah seperti
berikut;
BIL. MASALAH Min Rumusan 1. Tidak memahami cara mengeluarkan hukum 4.36 Setuju 2. Topik ini sukar dan membosankan 3.18 Setuju 3. Sukar mengenalpasti lafaz,sebab dan maksud 3.66 Setuju 4. Sukar membezakan am dan takhsis 3.56 Setuju 5. Istilah yang terlibat sukar difahami 3.16 Kurang
setuju 6. Kelemahan diri sendiri(malas belajar) 4.36 Setuju 7. Pendekatan buku teks dan buku rujukan kurang
membantu 2.8
Sangat setuju
8. Tidak mengetahui kepentingan am dan takhsis 3.56 Setuju 9. Penerangan guru ringkas dan padat 3.0 Kurang
setuju 10. Pengajaran guru membosankan 2.92 Tidak
setuju Jadual 3
Analisa masalah pelajar berhubung subtopik Am dan Takhsis
Hasil dapatan kajian di atas, jelas menunjukkan masalah utama pelajar ialah tidak
memahami cara mengeluarkan hukum daripada ayat al-quran dan hadis. Kesukaran
tersebut menyebabkan mereka kurang meminati subtopik ini. Tinjauan terhadap buku
teks juga, penulis mendapati kurang membantu pelajar kerana maklumat atau
8
penerangannya sangat linear. Penulis tidak mendapati langsung buku rujukan yang
menerangkan berkaitan topik ini ada dijual di pasaran.
FOKUS DAN OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan masalah utama pelajar, penulis mencipta kaedah pengajaran baru supaya
pelajar dapat memahami proses atau cara mengeluarkan hukum daripada ayat al-quran
yang umum dan khusus. Penulis menggunakan Modul AKRONIM ASMAK (lembaran
kerja) untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Am dan Takhsis.
Adalah diharapkan pada akhir kajian pelajar akan dapat:
i. Mengenalpasti lafaz umum,sebab dan maksud hukum daripada alquran dan
hadis
ii. Mengenalpasti lafaz khusus,sebab dan maksud hukum daripada alquran dan
hadis
iii. Menerangkan cara mengeluarkan hukum daripada lafaz umum dan hkusus
daripada al-quran dan hadis
PERANCANGAN TINDAKAN
Langkah penulis ialah melakarkan (modul) lembaran kerja. Sebelum kajian tindakan
penulis menyediakan modul berbentuk soalan peperiksaan dan skema sahaja. Melalui
pembaikian, penulis mengasingkan dan menyusun maklumat jawapan mengikut lafaz,
sebab dan maksud. Setiap satu di wakilkan satu huruf akronim atau singkatan huruf
(“A” am, “S”sebab, “M” maksud ) Akronim ini difikirkan untuk pelajar menyelesaikan
masalah mengeluarkan hukum dari dalil yang umum.
Kemudian penulis menyambungkan lagi akronim tersebut kepada “A” akhassu-
maknanya takhsis dan “K” kesimpulan. Apabila pelajar hendak melakukan proses
mengeluarkan hukum, maka pelajar akan menggunakan AKRONIM ASMAK untuk
menyusun maklumat. Apabila maklumat ini berjaya disusun, secara tidak langsung
akhirnya pelajar berjaya mengeluarkan hukum daripada lafaz am dan khusus bagi
subtopik ini.
9
Contohnya:
A = Lafaz am di dalam ayat tersebut ialah al-ba’I(jual beli),
S = kerana lafaz mufrad yang disertai dengan alif lam al-istighroqiyyah,
M = Maksudnya semua hukum jual beli adalah halal
A = Tetapi telah ditakhsiskan(dikhususkan) dengan lafaz ar-riba(riba),
K = Kesimpulannya,semua hukum jual beli halal kecuali riba
PELAKSANAAN TINDAKAN
Sebelum modul direka, penulis malakukan soal selidik pada 22 Februari 2011. Pelajar
diminta menyenaraikan semua masalah yang mereka hadapi berhubung subtopik am
dan khas. Pelajar menyenaraikan segala masalah mereka di kertas kosong dan
daripada senarai ini penulis mengecam segala kelemahan mereka. Kekerapan corak
kelemahan tersebut dikira dan penulis menambah bilangan corak kelemahan jika
terdapat corak yang baru. Soal selidik dilakukan 10 Mac 2011.
Penggunaan Modul AKRONIM ASMAK
Modul P&P baru diperkenalkan kepada pelajar pada masa yang berbeza mengikut
masa Kelas Terancang Pendidikan Syariah Islamiah. Pelajar dibahagikan kepada 3
aras. Aras 1(kumpulan kiam),2(kumpulan VIP)dan 3 (kumpulan emas) kerana penulis
ingin mendapatkan keberkesanan modul secara optimum terhadap individu pelajar.
Pelajar menyelesaikan modul di bilik tahfiz, bilik Alat Pandang Dengar (APD) dan
makmal Biologi kerana bilik-bilik khas ini semua dilengkapi dengan alat ICT serta
computer dan kedap bunyi.Ini bertujuan memberikan keselesaan dan tumpuan kepada
pelajar. Berikut adalah jadual penggunaan modul;
JADUAL KELAS; PELAKSANAAN LANGKAH 1
ARAS TARIKH HARI MASA 1(kumpulan Kiam) 15 mac 2011 Isnin 8.30- 10.30 malam 2(kumpulan VIP) 22mac 2011 Selasa 8.30- 10.30 malam 3(Kumpulan Emas) 29 mac 2011 Rabu 8.30- 10.30 malam
AM
TAKHSIS
10
Penulis memulakan kelas dengan memperkenalkan Modul AKRONIM ASMAK sebagai
satu alternatif baru dalam menangani masalah proses mengeluarkah hukum daripada
lafaz am dan khusus. Langkah pertama penulis mengedarkan bentuk soalan
peperiksaan. Pelajar dibekalkan dengan lembaran kerja kosong yang telah
diklasifikasikan semua rangka jawapan mengikut AKRONIM (rujuk lampiran 2) tanpa
penerangan daripada guru. Pelajar “mengecam” sendiri maklumat mengikut Akronim
kemudian mengklasifikasikannya. Hasil pembelajaran kelas tersebut sebahagian pelajar
dapat mengecam maklumat yang dikehendaki iaitu: lafaz am, sebab dan maksud, lafaz
takhsis dan kesimpulan. Hasil ini diukur daripada ujian Pos 1 yang dilaksanakan sejurus
selepas itu. Skema jawapan dibincangkan dan pelajar diarahkan menghafal maklumat
tersebut.
JADUAL KELAS; PELAKSANAAN LANGKAH 2
ARAS TARIKH HARI MASA 1(kumpulan Kiam) 4 April 2011 Isnin 8.30- 9.30 malam 2(kumpulan VIP) 11 April 2011 Selasa 8.30- 9.30 malam 3(Kumpulan Emas) 18 April 2011 Rabu 8.30- 9.30 malam Jadual Langkah kedua, pelajar diedarkan lembaran kerja yang dikekalkan simbol
AKRONIM ASMAK (rujuk lampiran 3).Selepas itu,penulis mengedarkan lembaran kerja
Akronim diikuti kaedah penerangan atau ekspositori. Hasil pembelajaran kelas
mendapati semua pelajar dapat menyenaraikan lafaz am, sebab dan maksud, lafaz
takhsis dan kesimpulan . Kesimpulannya, penulis mendapati modul teknik ASMAK ini
berjaya disampaikan kepada pelajar melalui dua kaedah yang telah dikaji sebelum ini
iaitu kaedah resepsi Ausubel dan ekspositori(penerangan). Hasil pembelajaran diukur
daripada ujian Pos 2.
11
Ujian Pos 2
Data ujian pos diperolehi daripada ujian bulan April. Keseluruhan soalan daripada topik
ujian Am dan Takhsis sahaja. Pencapaian pelajar dalam soalan ini perinciannya adalah
seperti berikut;
TOPIK MARKAH 0-2 3-4 5-6 7-8 9-10 11-12
AM 0 0 0 0 1 16 TAKHSIS 0 0 0 6 6 4 JUMLAH 0 0 0 6 7 20
JADUAL 4
Pencapaian pelajar dalam soalan Am dan Takhsis (Ujian pos 2)
Sebelum ujian pos ini pelajar tidak diberitahu tentang ujian yang akan diadakan. Pelajar
juga tidak diberikan sebarang nota maklumat atau buku teks. Pelajar perlu mencari
sendiri jawapan tersebut melalui petunjuk AKRONIM selepas penerangan guru.
Daripada jadual 4, jelas menunjukkan bahawa semua pelajar sudah mula faham
dengan topik am dan takhsis ini.
PERBINCANGAN
Ujian Pos 1 dijalankan sejurus selepas kelas langkah pertama iaitu pada 15,22 dan 29
Mac. Manakala ujian pos 2 dijalankan sejurus selepas kelas peringkat kedua iaitu 4,11
dan 18 April. Seorang pelajar tidak hadir dan telah dikeluarkan daripada data kajian.
Setelah data pos diperolehi, kertas ujian pos 1 dan modul dikembalikan kepada pelajar
dan dibincangkan. Kelemahan pelajar didedahkan dan nota maklumat juga merangkap
skema jawapan dibincang. Perbincangan dilakukan sejurus selepas ujian pos 1.
Pemerhatian
Ujian Pos 1
Walaupun pelajar diarahkan menghafal maklumat jawapan sejurus selepas
perbincangan ujian pos 1, tidak bermakna hasil pencapaian bagi teknik ASMAK ini
bergantung kepada hafalan semata-mata kerana sebelum ini pelajar ada juga
diarahkan menghafal, tetapi hasilnya mengecewakan.
12
Di dalam ujian pos 1, selepas diedarkan modul soalan ASMAK dan nota maklumat
penulis dapat melihat reaksi pelajar yang sangat tekun membelek-belek kertas soalan
tersebut. Sebahagian yang lain pula sudah mula menjawab soalan-soalan yang
dikemukan walaupun tanpa diikuti penerangan guru.Ini menandakan pelajar telah mula
menunjukkan minat untuk meneroka soalan tersebut kerana dibekalkan dengan
panduan akronim yang mudah.
Walaubagaimanapun, memperkenalkan teknik ini bukannya sesuatu yang mudah
kerana kerana sepanjang ujian dijalankan tidak semua pelajar mempunyai kemahiran
menggunakan akronim. Oleh itu penulis mengatasi masalah ini dengan memberikan
penerangan yang ringkas untuk pelajar-pelajar tersebut.
Bagi segelintir pelajar golongan ini hanya berminat dengan aktiviti dan tidak berminat
dalam proses pembelajaran. Mereka aktif semasa aktiviti tetapi pasif dalam
perbincangan. Oleh itu penulis tidak berminat menggunakan pendekatan perbincangan.
Ujian Pos 2
Perbandingan pencapaian pelajar dalam ujian pos 2 dengan ujian pra adalah seperti berikut;
TOPIK MARKAH 0-2 3-4 5-6 7-8 9-10 11-12
AM 0 0 0 0 1 16 TAKHSIS 0 0 0 6 6 4 JUMLAH 0 0 0 6 7 20
UJIAN PRA 34 0 0 0 0 0 BEZA -34 0 0 0 7 20
Ujian pra dan ujian Pos 2 dalah soalan yang sama iaitu 3 soalan am dan 2 soalan
takhsis. Ujian pra dilakukan pada 27 januari 2011 dalam keadaan pelajar bersedia
manakala ujian pos 2 dilakukan pada 4,11 dan 18 April 2011 dibuat secara mengejut
dan dalam keadaan pelajar tidak bersedia. Soalan ujian pra kertas jawapan tidak
diserahkan kepada pelajar dan tidak dibincang jawapannya. Jarak masa antara kedua-
dua ujian ini adalah lama. Oleh itu, pencapaian baik pelajar dalam ujian pos 2
menunjukkan kekuatan modul yang diguna.
13
Perbandingan dua situasi sebelum dan selepas teknik Akronim diperkenalkan, hafalan
pelajar selepas menggunakan teknik Akronim ASMAK ini juga lebih kuat. Namun
sebagaimana yang ditunjukkan di dalam data ujian pos 2 masih ada masalah yang
dihadapi pelajar;
i. Seramai 6 orang pelajar yang mendapat markah 7-8 dan 7 orang mendapat
markah 9-10. Penulis memerhatikan pelajar yang mendapat markah dalam
lingkungan ini mempunyai masalah sikap, malah ada di antara mereka yang
menghilangkan atau mencicirkan nota maklumat yang telah diberikan.
ii. Halangan terbesar bagi penulis dalam melaksanakan modul ini ialah berhadapan
dengan pelajar yang pasif kerana halangan kepada active lerning ialah passive
learner. Penulis cuba mengatasi masalah ini dengan memberikan tiga soalan
sahaja setiap kali ujian untuk mereka menjawabnya walaupun topik ini
mengandungi 28 dalil untuk diselesaikan.
Inilah masalah kedua yang dihadapi sepanjang pemerhatian modul ini dilaksanakan
penulis. Namun seandainya masalah ini berpunca daripada kelemahan modul, penulis
tidak akan berputus asa untuk terus memperbaiki modul atau mengubah modul
AKRONIM ASMAK ini demi meningkatkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran
Pendidikan Syariah Islamiah ini.
PENUTUP
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa para pelajar yang mendapat C+,D dan E berupaya LULUS B+, B dan cemerlang dalam pelajaran jika guru sentiasa mengunakan teknik yang betul dalam menyampaikan isi pelajaran masing-masing.
14
Rujukan:
1. Mook Soon Sang.(2010).Teks Lengkap P.T.K Bahagian II(B):Kompetensi Fungsional(Khusus-Matapelajaran) Untuk Guru Matapelajaran.Puchong Selangor.Penerbitan Multimedia sdn.Bhd.
2. MookSoon Sang.(2009).Teks Komprehensif P.T. K Bahagian II:Khusus/ Fungsional(P&P) Untuk Guru Matapelajaran.Edisi Kelima.Puchong Selangor.Penerbitan Multimedia sdn.Bhd.
3. Manual Kajian Tindakan.Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
4. Aimi Hamzah.Muhd Haidhir Hj.Mohd Aisi.Mohd Shah Ujang.(2005)Buku teks Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 5. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Al-Mumin Al-Kanta.(2004)Kerta Kerja Seminar Penyelidikan Tindakan Peringkat Negeri Sabah. Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.
16
LAMPIRAN 2
1.
Jelaskan Bentuk am dan takhsis dalam ayat di atas
2 markah A-Am
1m S-Sebab
1m M-
Maksud
1m A-akhsis
1m K-
kesimpulan
لفظ عام٢بنتوق .1
لفظ Contoh soalan
) 21:الطور(كل امرئ مبا كسب رهني:فرمان اهللا تعاىل
Huraian AS- ( am + sebab)
2m
Maksud 2m
17
LAMPIRAN 3
SEBELUM MENJAWAB SOALAN AM/TAKHSIS FAHAMI DULU TEKNIK
“ASMAK”
1.
Contoh soalan Jelaskan Bentuk am dan takhsis dalam ayat di atas
A -Am
Lafaz ialah lafaz am
2 markah
S -Sebab Kerana isim mufrad yang dimakrifahkan dengan 1 ال اإلستغراقیةm
M- Maksud Semua jual beli dihalalkan tanpa had 1m
A- akhsis
Tetapi telah ditakhsiskan dengan lafaz
1m
K- kesimpulan Maksudnya semua julbeli yang mengandungi riba adalah haram 1m
لفظ عام٢بنتوق
2. لفظ Contoh soalan
18
ZAIHAN HAIRUZIALANI BINTI MAT JUSOH adalah Guru Cemerlang DG44 di SMK Agama Tun Ahmadshah, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel Siti_solehah@yahoo.com atau 013-8501821/012-8253231
) 21:الطور(كل امرئ مبا كسب رهني:فرمان اهللا تعاىل
Huraian
AS-
( am + sebab)
2m اداله لفظ عام كران الفاظ اجلموع" كل"
Maksud 2m