Post on 02-May-2023
PENGARUH TSUNAMI TERHADAP PERKEMBANGAN REKA BENTUK GRAFIK DI ACEH
LINDAWATI
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
2009
2
PENGARUH TSUNAMI TERHADAP PERKEMBANGAN
REKA BENTUK GRAFIK DI ACEH
oleh
LINDAWATI
Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi
Ijazah Sarjana Sastera
Jun 2009
3
PENGHARGAAN
Pertama sekali penyelidik memanjatkan kesyukuran ke hadirat Allah SWT
yang telah memberikan kesempatan, kekuatan dan kesabaran untuk menyelesaikan
penulisan tesis ini. Ucapan terima kasih yang tiada terhingga kepada Prof. Madya
A. Rahman Bin Mohamed selaku penyelia utama atas tunjuk ajar dan bimbingan
beliau sepanjang menjalankan penyelidikan sehingga terhasilnya penulisan tesis ini
dengan sepenuhnya. Juga tidak lupa ucapan terima kasih diucapkan kepada
Prof. Madya Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa dan Cik Norfarizah Mohd Bakhir
yang telah memberikan input dan sokongan dari awal kajian ini dijalankan, serta
semua pensyarah dan kakitangan di Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia.
Ucapan terima kasih kepada Komisi Beasiswa Pemerintah Nanggroe Aceh
Darussalam (NAD) yang telah memberikan biasiswa penuh kepada penyelidik untuk
melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia.
Ribuan terima kasih kepada pengusaha-pengusaha industri reka bentuk
grafik di Aceh yang telah memberikan izin kepada penyelidik untuk menjalankan
pemerhatian, temu bual dan pemberian maklumat yang berharga sepanjang
penyelidikan ini dijalankan. Terima kasih juga kepada Yusran Achmad (Pengarah
bahagian staf Satuan Kerja Penguatan Kelembagaan Komunikasi Informasi BRR
NAD-Nias), Mahdi Abdullah (wartawan akhbar Serambi Indonesia), Sonny Iskandar
(kakitangan NGO NACA (Network of Aquaculture Centres in Asia) dan Edi Irama
Putra (pereka bentuk grafik majalah Aceh Magazine) atas pemberian maklumat
berupa gambar foto papan iklan yang ada di Aceh.
4
Penghargaan atas bantuan dan sokongan yang telah dihulurkan oleh Hamidah
Harahap, Yunita, Ernawita dan Izwani Sahardin semoga persahabatan antara kita
kekal selamanya. Terima kasih juga kepada Pn Mawar dan Pn Siti Ajar Hj Ikhsan
atas kesediaan masa dalam memperbaik struktur bahasa Melayu.
Teristimewa buat Allahyarham ayahanda Amiruddin Hamid dan Ibunda
Rosmaidar atas doa restu, sokongan dan perhatian yang tak terhingga kepada
penyelidik dalam proses mencari ilmu dunia dan akhirat, juga tidak ketinggalan buat
ahli keluarga Neneuk, Cutngoh, Dewi, Abang dan Cutbang yang turut memberikan
sokongan moral sehingga penulisan tesis ini selesai.
Akhir kata semoga Allah SWT membalas jasa baik kalian atas segala tunjuk
ajar, bantuan, sokongan dan kerjasama yang telah diberikan selama ini.
5
SUSUNAN KANDUNGAN
Muka Surat
PENGHARGAAN ii
SUSUNAN KANDUNGAN iv
SENARAI GAMBAR xi
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI ISTILAH xxi
ABSTRAK xxxi
ABSTRACT xxxiii
BAB SATU : PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang 1
1.1.1 Konflik di Aceh 3
1.1.2 Tsunami di Aceh 6
1.2 Permasalahan Penelitian 11
1.3 Objektif Penelitian 12
1.4 Skop Penelitian 12
1.5 Kepentingan Penelitian 13
1.6 Pengorganisasian Tesis 13
BAB DUA : KAJIAN TEORI
2.1 Reka Bentuk Grafik 16
2.2 Fungsi Reka Bentuk Grafik 17
2.3 Prinsip-Prinsip Reka Bentuk Grafik 18
6
2.2.1 Keseimbangan 18
2.2.2 Irama 20
2.2.3 Kesatuan 20
2.2.4 Kontras 21
2.2.5 Kadar Banding 21
2.2.6 Penitikberatan (Emphasis) 21
2.4 Elemen-Elemen Reka Bentuk 22
2.3.1 Garis 22
2.3.2 Tekstur 23
2.3.3 Warna 24
2.4.4 Bentuk (Shape) 25
2.4.5 Ruang (Space) 25
2.5 Elemen Reka Bentuk Grafik 26
2.5.1 Ilustrasi 26
2.5.2 Fotografi 27
2.5.3 Simbol 28
2.5.4 Tipografi (headline, subheadline dan bodycopy) 29
2.6 Tipografi 30
2.6.1 Prinsip Tipografi 32
2.7 Tataletak 34
2.8 Jenis Media Reka Bentuk Grafik 35
2.9 Iklan 36
2.9.1 Sifat Iklan 37
2.10 Papan Iklan (Billboard) 38
7
BAB TIGA : METODOLOGI PENELITIAN
3.1 Kaedah Penelitian 41
3.2 Hipotesis 42
3.3 Instrumen Penelitian 42
3.4 Teknik Pengumpulan Data 44
3.4.1 Pengamatan Ikut Serta (Participant Observation) 44
3.4.2 Temu Bual 45
3.5 Sumber Data 46
3.5.1 Hasil Temu Bual 47
3.5.2 Catatan Lapangan 47
3.5.3 Foto (Gambar) 48
3.5.4 Bahan Rujukan 49
3.6 Analisis Data 49
BAB EMPAT : HASIL PENELITIAN
4.1 Sejarah Reka Bentuk Grafik di Indonesia 52
4.2 Reka Bentuk Grafik di Aceh 54
4.3 Reka Bentuk Grafik Sebelum Berlakunya Tsunami 56
4.3.1 Papan Iklan Komersial 57
4.3.1.1 Papan Iklan Super Mi 57
4.3.2 Papan Iklan Khidmat Masyarakat 59
4.3.2.1 Papan Iklan Khidmat Masyarakat Keagamaan 59
4.3.2.2 Papan Iklan Khidmat Masyarakat Pembangunan 67
4.3.2.3 Papan Iklan Khidmat Masyarakat Keamanan, Ketentraman dan Kedamaian 71
8
4.4 Reka Bentuk Grafik Sesudah Berlakunya Tsunami 76
4.4.1 Papan Iklan Komersial 77
4.4.1.1 Papan Iklan Rokok 77
4.4.1.1.1 Papan Iklan Rokok Jenama Gudang Garam International 79
4.4.1.1.2 Papan Iklan Rokok Jenama Gudang Garam 83
4.4.1.1.3 Papan Iklan Rokok Jenama Surya Pro 84
4.4.1.1.4 Papan Iklan Rokok Jenama Djarum Super 86
4.4.1.1.5 Papan Iklan Rokok Jenama Djarum Black 89
4.4.1.1.6 Papan Iklan Rokok Jenama Dji Sam Soe 94
4.4.1.1.7 Papan Iklan Rokok Jenama A Mild 97
4.4.1.1.8 Papan Iklan Rokok Jenama Panamas 104
4.4.1.1.9 Papan Iklan Rokok Jenama Clas Mild 106
4.4.1.1.10 Papan Iklan Rokok Jenama LA Lights 111
4.4.1.2 Papan Iklan Kad Telefon 112
4.4.1.2.1 Papan Iklan Kad Telefon Jenama Simpati 113
4.4.1.2.2 Papan Iklan Kad Telefon Jenama XL 118
4.4.1.2.3 Papan Iklan Kad Telefon Jenama Flexi 123
4.4.1.3 Papan Iklan Telefon Bimbit 125
4.4.1.3.1 Papan Iklan Telefon Bimbit Jenama Motorola 125
4.4.1.3.2 Papan Iklan Telefon Bimbit Jenama Sony Ericsson 130
4.4.1.4 Papan Iklan Motosikal 132
4.4.1.4.1 Papan Iklan Motosikal Jenama Honda 133
4.4.1.4.2 Papan Iklan Motosikal Jenama Yamaha 139
4.4.1.4.3 Papan Iklan Motosikal Jenama Suzuki 143
9
4.4.1.5 Papan Iklan Televisyen 144
4.4.1.5.1 Papan Iklan Televisyen Jenama Sharp 145
4.4.1.5.2 Papan Iklan Televisyen Jenama LG 146
4.4.1.6 Papan Iklan Minuman Jenama Extra Joss 148
4.4.2 Papan Iklan Yang Ditaja Oleh Institusi Bukan Pemerintah 152
4.4.2.1 Papan Iklan Bank 152
4.4.2.1.1 Papan Iklan Bank BPD 153
4.4.2.1.2 Papan Iklan Bank BNI 156
4.4.2.1.3 Papan Iklan Bank BRI 158
4.4.2.1.4 Papan Iklan Bank Bukopin 159
4.4.2.2 Papan Iklan Telkom 161
4.4.2.3 Papan Iklan Insurans Prudential 162
4.4.2.4 Papan Iklan AirAsia 164
4.4.3 Papan Iklan Khidmat Masyarakat pemerintah 166
4.4.3.1 Papan Iklan Pembangunan Oleh Pemerintah NAD 166
4.4.3.2 Papan Iklan Satu Tahun Pemerintahan Mawardi dan Illiza 168
4.4.3.3 Papan Iklan Selsema Burung 170
4.4.3.4 Papan Iklan Kesihatan 173
4.4.3.5 Papan Iklan Syariat Islam 174
4.4.3.6 Papan Iklan Pajak 176
4.4.3.7 Papan Iklan Pajak Restoran 177
4.4.3.8 Papan Iklan Pajak Kenderaan 178
4.4.3.9 Papan Iklan Izin Usaha 180
4.4.3.10 Papan Iklan Perlindungan Pengguna 183
4.4.3.11 Papan Iklan KB (Keluarga Berencana) 185
10
4.4.3.12 Papan Iklan Buta Aksara 187
4.4.3.13 Papan Iklan Zakat 188
4.4.3.14 Papan Iklan Keamanan 190
4.4.3.15 Papan Iklan Perletakkan Senjata 191
4.4.3.16. Papan Iklan Mengelola Sampah 193
4.4.4 Papan Iklan Khidmat Masyarakat NGO 194
4.4.4.1 Papan Iklan Pembangunan 196
4.4.4.2 Papan Iklan Konflik, Bencana dan Perdamaian 199
4.4.4.3 Papan Iklan Perletakkan Senjata 200
4.4.4.4 Papan Iklan Perdamaian 201 4.4.5 Papan Iklan Khidmat Masyarakat Kerjasama Pemerintah dengan NGO 221
4.4.5.1 Papan Iklan Pekhidmatan Pendataan Penduduk
Keliling 222
4.4.5.2 Papan Iklan Kebersihan 224
4.4.5.3 Papan Iklan Pelaburan di Aceh 231
BAB LIMA : PEMBAHASAN
5.1 Reka Bentuk Grafik di Aceh Sebelum Tsunami 235
5.1.1 Papan Iklan Komersial 237
5.1.2 Papan Iklan Khidmat Masyarakat 238
5.2 Reka Bentuk Grafik di Aceh Sesudah Tsunami 240
5.2.1 Papan Iklan Komersial 241
5.2.1.1 Papan Iklan Rokok 242
5.2.1.2 Papan Iklan Kad Telefon 243
5.2.1.3 Papan Iklan Motosikal 245
11
5.2.1.4 Papan Iklan Televisyen 246
5.2.1.5 Papan Iklan Extra Joss 247
5.2.2 Papan Iklan Yang Ditaja Oleh Institusi Bukan Pemerintah 248
5.2.3 Papan Iklan Khidmat Masyarakat Pemerintah 250
5.2.4 Papan Iklan Khidmat Masyarakat NGO 252
5.2.5 Papan Iklan Khidmat Masyarakat Kerjasama Pemerintah dan NGO 252
5.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Reka Bentuk Grafik (Papan Iklan) di Banda Aceh 255
BAB ENAM : KESIMPULAN
6.1 Kesimpulan 261
6.2 Cadangan Penelitian Akan Datang 263
KEPUSTAKAAN 265
12
SENARAI GAMBAR
Muka surat
Gambar Foto 1.1 Puing-Puing Sampah Tsunami di Depan Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh 8
Gambar Foto 1.2 Bangunan Masjid Yang Tersisa Akibat Tsunami 9
Gambar Foto 4.1 Papan Iklan Supermi 58
Gambar Foto 4.2 Papan Iklan Khidmat Masyarakat 60
Gambar Foto 4.3 Papan Iklan Khidmat Masyarakat 61
Gambar Foto 4.4 Papan Iklan Khidmat Masyarakat 63
Gambar Foto 4.5 Papan Iklan Khidmat Masyarakat 64
Gambar Foto 4.6 Papan Iklan Khidmat Masyarakat 66
Gambar Foto 4.7 Papan Iklan Khidmat Masyarakat 67
Gambar Foto 4.8 Papan Iklan Khidmat Masyarakat 69
Gambar Foto 4.9 Papan Iklan Khidmat Masyarakat 70
Gambar Foto 4.10 Papan Iklan Khidmat Masyarakat 71
Gambar Foto 4.11 Papan Iklan Khidmat Masyarakat 73
Gambar Foto 4.12 Papan Iklan Khidmat Masyarakat 74
Gambar Foto 4.13 Papan Iklan Rokok Jenama Gudang Garam International 79
Gambar Foto 4.14 Papan Iklan Rokok Jenama Gudang Garam International 81
Gambar Foto 4.15 Papan Iklan Rokok Jenama Gudang Garam 83
Gambar Foto 4.16 Papan Iklan Rokok Jenama Surya Pro 84
Gambar Foto 4.17 Papan Iklan Rokok Jenama Djarum Super 86
Gambar Foto 4.18 Papan Iklan Rokok Jenama Djarum Super 88
13
Gambar Foto 4.19 Papan Iklan Rokok Jenama Djarum Black 89
Gambar Foto 4.20 Papan Iklan Rokok Jenama Djarum Black 92
Gambar Foto 4.21 Papan Iklan Rokok Jenama Dji Sam Soe 94
Gambar Foto 4.22 Papan Iklan Rokok Jenama A Mild 97
Gambar Foto 4.23 Papan Iklan Rokok Jenama A Mild 99
Gambar Foto 4.24 Papan Iklan Rokok Jenama A Mild 101
Gambar Foto 4.25 Papan Iklan Rokok Jenama A Mild 102
Gambar Foto 4.26 Papan Iklan Rokok Jenama Panamas 104
Gambar Foto 4.27 Papan Iklan Rokok Jenama Clas Mild 106
Gambar Foto 4.28 Papan Iklan Rokok Jenama Clas Mild 108
Gambar Foto 4.29 Papan Iklan Rokok Jenama Clas Mild 109
Gambar Foto 4.30 Papan Iklan Rokok Jenama LA Lights 111
Gambar Foto 4.31 Papan Iklan Kad Telefon Jenama Simpati 113
Gambar Foto 4.32 Papan Iklan Kad Telefon Jenama Simpati 114
Gambar Foto 4.33 Papan Iklan Kad Telefon Jenama Simpati 116
Gambar Foto 4.34 Papan Iklan Kad Telefon Jenama Simpati 117
Gambar Foto 4.35 Papan Iklan Kad Telefon Jenama XL 118
Gambar Foto 4.36 Papan Iklan Kad Telefon Jenama XL 120
Gambar Foto 4.37 Papan Iklan Kad Telefon Jenama XL 121
Gambar Foto 4.38 Papan Iklan Kad Telefon Jenama Flexi 123
Gambar Foto 4.39 Papan Iklan Telefon Bimbit Jenama Motorola 126
Gambar Foto 4.40 Papan Iklan Telefon Bimbit Jenama Motorola 127
Gambar Foto 4.41 Papan Iklan Telefon Bimbit Jenama Motorola 129
Gambar Foto 4.42 Papan Iklan Telefon Bimbit Jenama Sony Ericsson 130
Gambar Foto 4.43 Papan Iklan Motorsikal Jenama Honda 133
14
Gambar Foto 4.44 Papan Iklan Motorsikal Jenama Honda 135
Gambar Foto 4.45 Papan Iklan Motorsikal Jenama Honda 137
Gambar Foto 4.46 Papan Iklan Motorsikal Jenama Yamaha 139
Gambar Foto 4.47 Papan Iklan Motorsikal Jenama Yamaha 141
Gambar Foto 4.48 Papan Iklan Motorsikal Jenama Suzuki 143
Gambar Foto 4.49 Papan Iklan Televisyen Jenama Sharp 145
Gambar Foto 4.50 Papan Iklan Televisyen Jenama LG 146
Gambar Foto 4.51 Papan Iklan Minuman Jenama Extra Joss 148
Gambar Foto 4.52 Papan Iklan Minuman Jenama Extra Joss 150
Gambar Foto 4.53 Papan Iklan BPD 153
Gambar Foto 4.54 Papan Iklan BPD 155
Gambar Foto 4.55 Papan Iklan BNI 156
Gambar Foto 4.56 Papan Iklan BRI 158
Gambar Foto 4.57 Papan Iklan Bukopin 159
Gambar Foto 4.58 Papan Iklan Telkom SLI 161
Gambar Foto 4.59 Papan Iklan Prudential 162
Gambar Foto 4.60 Papan Iklan Airasia 164
Gambar Foto 4.61 Papan Iklan Pembangunan 166
Gambar Foto 4.62 Papan Iklan Peringatan Satu Tahun Pemerintahan Mawardi dan Illiza 168
Gambar Foto 4.63 Papan Iklan Cegah Selsema Burung 170
Gambar Foto 4.64 Papan Iklan Cegah Selsema Burung 171
Gambar Foto 4.65 Papan Iklan Kesihatan 173
Gambar Foto 4.66 Papan Iklan Syariat Islam 174
Gambar Foto 4.67 Papan Iklan Pajak 176
15
Gambar Foto 4.68 Papan Iklan Pajak Restoran 177
Gambar Foto 4.69 Papan Iklan Pajak Kenderaan 178
Gambar Foto 4.70 Papan Iklan Izin Usaha 180
Gambar Foto 4.71 Papan Iklan Perlindungan Pengguna 183
Gambar Foto 4.72 Papan Iklan KB (Keluarga Berencana) 185
Gambar Foto 4.73 Papan Iklan Buta Aksara 187
Gambar Foto 4.74 Papan Iklan Zakat 188
Gambar Foto 4.75 Papan Iklan Keamanan 190
Gambar Foto 4.76 Papan Iklan Perletakan Senjata 191
Gambar Foto 4.77 Papan Iklan Mengelola Sampah 193
Gambar Foto 4.78 Papan Iklan Pembangunan 196
Gambar Foto 4.79 Papan Iklan Pembangunan 197
Gambar Foto 4.80 Papan Iklan Konflik, Bencana dan Perdamaian 199
Gambar Foto 4.81 Papan Iklan Perletakan Senjata 200
Gambar Foto 4.82 Papan Iklan Perdamaian (1) 202
Gambar Foto 4.83 Papan Iklan Perdamaian (2) 203
Gambar Foto 4.84 Papan Iklan Perdamaian (3) 204
Gambar Foto 4.85 Papan Iklan Perdamaian (4) 206
Gambar Foto 4.86 Papan Iklan Perdamaian (5) 207
Gambar Foto 4.87 Papan Iklan Perdamaian (6) 208
Gambar Foto 4.88 Papan Iklan Perdamaian (7) 210
Gambar Foto 4.89 Papan Iklan Perdamaian (8) 211
Gambar Foto 4.90 Papan Iklan Perdamaian (9) 212
Gambar Foto 4.91 Papan Iklan Perdamaian (10) 213
Gambar Foto 4.92 Papan Iklan Perdamaian (11) 214
16
Gambar Foto 4.93 Papan Iklan Perdamaian (12) 216
Gambar Foto 4.94 Papan Iklan Perdamaian (13) 217
Gambar Foto 4.95 Papan Iklan Perdamaian (14) 218
Gambar Foto 4.96 Papan Iklan Perdamaian (15) 219
Gambar Foto 4.97 Papan Iklan Perdamaian (16) 220
Gambar Foto 4.98 Papan Iklan Pelayanan Keliling 222
Gambar Foto 4.99 Papan Iklan Kebersihan 224
Gambar Foto 4.100 Papan Iklan Kebersihan 225
Gambar Foto 4.101 Papan Iklan Kebersihan 227
Gambar Foto 4.102 Papan Iklan Sampah 228
Gambar Foto 4.103 Papan Iklan Sampah 230
Gambar Foto 4.104 Papan Iklan IOO (Investor Outreach Office) 231
Gambar Foto 4.105 Papan Iklan IOO (Investor Outreach Office) 233
Gambar Foto 5.1 Papan Iklan yang Hanyut Terbawa Tsunami 237
17
SENARAI RAJAH
Muka surat
Rajah 1.1 Provinsi Aceh di Pulau Sumatra, Indonesia 2
Rajah 3.1 Komponen-Komponen Analisis Data: Model Interaktif 50
18
SENARAI SINGKATAN
Muka surat
1.1 NAD (Nanggroe Aceh Darussalam) 1
1.2 Perda (Peraturan Daerah) 2
1.3 RI (Republik Indonesia) 3
1.4 Balitbang Dephan (Badan Penelitian dan Pengembangan Departemen Pertahanan) 3
1.5 HAM (Hak Azasi Manusia) 4
1.6 DOM (Daerah Operasi Mililter) 4
1.7 OT (Operasi Terpadu) 4
1.8 TS (Tertib Sipil) 4
1.9 CoHA (Cessation of Hostilities Agreement) 5
1.10 Keppres (Keputusan Presiden) 5
1.11 MoU (Memorandum of Understanding) 6
1.12 GAM (Gerakan Aceh Merdeka) 6
1.13 CMI (Crisis Management Initiative) 6
1.14 TNI (Tentera Nasional Indonesia) 6
1.14 UUPA (Undang-Undang Pemerintahan Aceh) 6
1.15 NGO (Non Government Organization) 12
2.1 KFC (Kentucky Fried Chicken) 38
3.1 BRR (Badan Rehabilitasi dan Rekonstruksi) 48
3.2 NACA (Network of Aquaculture Centres in Asia) 48
4.1 ITB (Institut Teknologi Bandung) 52
4.2 STSRI (Sekolah Tinggi Seni Rupa Indonesia) 52
4.3 PERURI (Percetakan Uang Republik Indonesia). 52
19
4.4 LPKJ (Lembaga Pendidikan Kesenian Jakarta) 53
4.5 IKJ (Institut Kesenian Jakarta) dan Trisakti (1979). 53
4.6 IPGI (Ikatan Perancang Grafis Indonesia) 53
4.7 ADGI (Asosiasi Desainer Grafis Indonesia). 54
4.8 PPGI (Persatuan Perusahaan Grafika Indonesia) 55
4.9 KOREM 012/TU (Komando Resort Militer 012/Teuku Umar) 61
4.10 NKRI (Negara Kesatuan Republik Indonesia) 63
4.11 Infokom (Informasi dan Komunikasi) 63
4.12 Satgas (Satuan Tugas) 69
4.13 PDMD (Penguasa Darurat Militer Daerah) 69
4.14 JSC (Joint Security Committee) 73
4.15 TNI (Tentara Nasional Indonesia) 74
4.16 ABT (Auto Black Trough) 92
4.17 VW (Volkswagen) 92
4.18 SKM LTLN (Sigaret Kretek Mesin Low Tar Low Nicotine) 101
4.19 FFI-AP (Fauna Flora International-Aceh Programe) 106
4.20 SIM (Subscriber Identity Module) 111
4.21 Pe De (Per Detik) 113
4.22 Dispenda (Dinas Pendapatan Daerah) 122
4.23 VGA (Video Graphics Array) 122
4.24 USB (Universal Serial Bus) 122
4.25 BBM (Bahan Bakar Minyak) 132
4.26 AISI (Asosiasi Industri Sepeda Motor Indonesia) 132
4.27 KONI (Komite Olahraga Nasional Indonesia) 134
4.28 HGP (Honda Genuine Parts) 134
20
4.29 FIF (Federal International Finance) 136
4.30 PGM-FI (Programmed-Fuel Injection) 137
4.31 AHM (Astra Honda Motor) 136
4.32 ECM (Electronic Control Module) 137
4.33 AHASS (Astra Honda Authorized Service Station) 137
4.34 ISO (International Organization for Standardization) 139
4.35 AIS (Air Induction System) 142
4.36 ISI (Indomobil Suzuki International) 144
4.37 LCD (Liquid Crystal Display) 146
4.38 HDD (Hard Disk Drive) 146
4.39 BPD (Bank Pembangunan Daerah) 152
4.40 BNI (Bank Negara Indonesia) 152
4.41 BRI (Bank Rakyat Indonesia) 152
4.42 SLI (Sambungan Langsung International) 161
4.42 Askes (Asuransi Kesihatan) 163
4.43 KLCC (Kuala Lumpur City Center) 164
4.44 SIM (Sultan Iskandar Muda) 165
4.45 Kapolda (Kepala Polisi Daerah) 167
4.46 Pangdam (Panglima Daerah Militer) 167
4.47 Posyandu (Pos Pelayanan Terpadu) 173
4.48 KB (Keluarga Berencana). 173
4.49 KPTSP (Kantor Pelayanan Terpadu Satu Pintu) 181
4.50 BKKBN (Badan Koordinasi Keluarga Berencana Nasional) 184
4.51 ZIS (Zakat, Infaq dan Shadaqah) 187
4.52 Kodam (Komando Daerah Militer) 188
21
4.53 Kejati (Kejaksaan Tinggi) 191
4.54 DKP (Dinas Kebersihan dan Pertamanan) 194
4.55 LSM (Lembaga Swadaya Masyarakat) 194
4.56 GTZ (German Technical Cooperation) 194
4.57 MDF (Multi Donor Fund) 194
4.58 UNDP (United Nations Development Programme) 194
4.59 KTP (Kartu Tanda Penduduk) 223
4.60 Pemkab (Pemerintah Kabupaten) 227
4.61 IOO (Investor Outreach Office) 231
4.62 Kadin (Kamar Dagang dan Industri) 232
4.63 IFC (International Finance Corporation) 232
4.64 edc (Export Development Center) 232
4.65 KK&M (Klinik Kemasan dan Merk) 232
4.66 BKPM (Badan Koordinasi Penanaman Modal) 232
5.1 PSA (Public Service Advertisement) 241
22
SENARAI ISTILAH
Provinsi ialah wilayah di Indonesia yang dibahagikan kepada 33 wilayah utama,
wilayah tersebut dipanggil dengan nama provinsi yang dipecahkan kepada
wilayah-wilayah kecil dipanggil kabupaten. Setiap provinsi mempunyai
kerajaan tempatannya sendiri dipanggil Pemerintah Daerah Provinsi, diketuai
oleh seorang gabenor dan mempunyai badan pemerintah sendiri dipanggil
Dewan Perwakilan Rakyat Daerah. Gabenor dan ahli dewan dipilih melalui
pilihanraya setiap lima tahun. (Kamus Besar Bahasa Indonesia, 2005)
Badan Perencanaan Pembangunan Daerah ialah suatu perbadanan yang merancang
mengenai pembangunan di suatu daerah
Kabupaten ialah kerajaan tempatan pada skala yang lebih kecil, mempunyai badan
pentadbiran sendiri dipanggil Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Kabupaten,
dan diketuai oleh Bupati yang juga dipilih melalui pilihanraya bersama ahli
dewan. Kabupaten pula dibahagikan kepada unit yang lebih kecil dipanggil
kecamatan. (Kamus Besar Bahasa Indonesia, 2005)
Kotamadya ialah pengtakrifan yang sama dengan kabupaten, tetapi kotamadya
cenderung terletak di pusat bandar, diketuai oleh Walikota. (Kamus Besar
Bahasa Indonesia, 2005)
Pemerintahan ialah organisasi yang memiliki kekuasaan untuk membuat dan
menerapkan hukum serta undang-undang di wilayah tertentu
Perda (Peraturan Daerah) ialah peraturan perundang-undangan yang dibentuk oleh
Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) dengan persetujuan bersama
kepala daerah (gabenor atau bupati/walikota). Di Provinsi Nanggroe Aceh
23
Darussalam, peraturan daerah dikenal dengan istilah Qanun. (Asshiddiqie,
2000).
Darurat Militer ialah seperangkat peraturan yang efektif diberlakukan (biasanya
setelah adanya pengumuman rasmi) setelah otoritas militer mengambil alih
kekuasaan dari pemerintahan yang berkuasa secara rasmi. Penerapan darurat
militer di Indonesia adalah di Aceh pada tahun 2003-2004 yang bertujuan
untuk memberantas separatis GAM. (Sianturi, 2005)
UUPA (Undang-Undang Pemerintahan Aceh) ialah undang-undang baru bahagi
provinsi Aceh sebagai pengganti Undang-Undang Otonomi Khusus dan hasil
kesepakatan damai antara Pemerintah Indonesia dan Gerakan Aceh Merdeka,
yang dikenal dengan MoU Helsinki. Penyetujuan pengesahaan Rancangan
Undang-Undang Pemerintahan Aceh menjadi undang-undang oleh DPR
(Dewan Perwakilan Rakyat) berlangsung pada 11 Juli 2006. (Sianturi, 2005)
GAM (Gerakan Aceh Merdeka) ialah pertubuhan (yang dianggap separatis) yang
memiliki tujuan supaya daerah Aceh lepas dari Negara Kesatuan Republik
Indonesia. (Sianturi, 2005).
Kereta box ialah kereta yang dibahagian luarnya ditampal iklan suatu produk atau
jasa, kereta tersebut berhenti di tempat-tempat tertentu dan ia menjual
produk-produk yang diiklankan pada keretanya.
Syariat Islam ialah ajaran Islam yang membicarakan amal manusia baik sebagai
makluk ciptaan Allah mahupun hamba Allah. (International Crisis Group
Working to Prevent Conflict Worldwide).
BRR (Badan Rehabilitasi dan Rekonstruksi) ialah pusat pemulihan dan pembinaan
Aceh dan Nias, yang ditubuhkan setelah berlakunya bencana tsunami
24
Persatuan Perusahaan Grafika Indonesia (PPGI) ialah suatu pertubuhan yang
anggotanya terdiri dari pemilik industri grafika (percetakan/reka bentuk
grafik) yang ada di Indonesia, PPGI terdapat di setiap daerah.
Reklame berasal dari bahasa Latin iaitu ’re’ ertinya berulang-ulang dan ’clamo’
ertinya berseru. Jika diterjemahkan secara bebas, reklame bererti
“menyerukan berulang-ulang“, seruan itu dimaksudkan untuk menarik
perhatian masa semata. Jadi, calon pembeli yang dimulai dengan melihat,
mendengar, tertarik, berminat ingin memiliki, lalu memutuskan untuk
membeli dan akhirnya memilikinya dengan kepuasan. Akhirnya mereka mau
mengulangi lagi untuk membeli barang yang direklamekan tadi. (Nuradi,
1996)
Sablon ialah mencetak gambar atau tulisan di atas permukaan kain atau
material lainnya dengan menggunakan alat berupa screen dan rakel.
http://www.desaingrafisindonesia.wordpress.com/. Diakses 10 Disember
2006.
Dinas ialah unsur pelaksana pemerintah daerah. Daerah bererti Provinsi,
Kabupaten, atau Bandar. Dinas daerah menyelenggarakan fungsi:
perumusan kebijakan teknis sesuai dengan lingkup tugasnya, pemberian
perizinan dan pelaksanaan pelayanan umum, serta pembinaan pelaksanaan
tugas sesuai dengan lingkup tugasnya. Seperti Dinas Kesihatan. (Kamus
Besar Bahasa Indonesia, 1991)
Dinas Infokom (Informasi dan Komunikasi) ialah pejabat yang berkenaan tentang
penghidmatan dan komunikasi dalam kerajaan.
Dinas Pendapatan Daerah (Dispenda) ialah pejabat yang mengatur tentang dana
pemasukan daerah
25
KOREM 012/TU (Komando Resort Militer 012/Teuku Umar) ialah komando
pembinaan dan operasional kewilayahan TNI (Tentara Nasional Indonesia)
Angkatan Darat. Nama Teuku Umar merupakan nama Pahlawan Aceh yang
berasal dari Aceh Barat. http://www.tniad.mil.id/. Diakses 23 Mei 2007
JSC (Joint Security Committee) atau Komite Keamanan Bersama ialah salah
satu mediator dalam pelaksanaan perdamaian di Aceh. (Akhbar Kompas,
26 Januari 2003).
Satgas (Satuan Tugas) ialah suatu kesatuan kelompok yang memiliki tugasnya
masing-masing.
Penerangan PDMD (Penguasa Darurat Militer Daerah) ialah suatu lembaga kerajaan
yang berkuasa pada saat konflik, setelah konflik selesai lembaga tersebut di
tarik kembali. (Warsidi, 2007).
Rokok ‘klobot’ ialah rokok yang bahan pembungkusnya berupa daun jagung
http://www.gudanggaramtbk.com/. Diakses 17 June 2008.
Rokok ‘kretek’ ialah rokok yang bahan baku atau isinya berupa daun tembakau dan
cengkeh yang diberi saus untuk mendapatkan efek rasa dan aroma tertentu.
http://www.gudanggaramtbk.com/. Diakses 17 June 2008.
Capoeira ialah sebuah olahraga bela diri tradisional yang dikembangkan oleh para
pekerja dari Afrika di Brasil pada sekitar tahun 1500-an. Gerakan dalam
capoeira menyerupai tarian dan bertitik berat pada tendangan. Pertarungan
dalam capoeira biasanya diiringi oleh musik dan disebut Jogo.
http://www.matabumi.com/features/capoeira. Diakses 20 Mac 2007.
Kreasi gokil ialah penciptaan suatu karya dengan konsep yang sangat kreatif.
http://www.blackinnovationawards.com/. Diakses 28 June 2008.
26
Linting ialah salah satu proses pembuatan rokok dengan menggunakan tangan atau
alat bantu sederhana. http://www.gudanggaramtbk.com/. Diakses 17 June
2008.
Sigaret Kretek Mesin ialah rokok yang proses pembuatannya menggunakan mesin.
Dengan cara, material rokok dimasukkan ke dalam mesin pembuat rokok,
keluaran yang dihasilkan daripada mesin pembuat rokok berwujud rokok
batangan. http://www.gudanggaramtbk.com/. Diakses 17 June 2008.
Pe De (Per Detik) ialah pakej perdana dari Simpati keluaran Telkomsel, pakej ini
memberikan kadar yang sangat murah, kadar berbual Rp 0.5 per detik
(setara dengan 30 rupiah per menit). Oleh kerana kadar berbual dihitung
Rp 0.5 per detik, maka pakej ini diberi nama Pe De (Per Detik).
http://www.telkomsel.com/web/simpati. Diakses 15 Mac 2007
Ekstra ialah salah satu nama pakej perdana dari Simpati keluaran Telkomsel.
http://www.telkomsel.com/web/simpati. Diakses 15 Mac 2007
Talkmania ialah salah satu pakej Simpati keluaran Telkomsel tentang promosi tarif
murah selama 1.5 jam dengan biaya Rp 2000 untuk panggilan ke sesama
pengguna Telkomsel mulai pukul 00.00 - 18.00 WIB. Untuk dapat menikmati
perkhidmatan ini pengguna diwajibkan mendaftarkan nombornya terlebih
dulu melalui mesej singkat atau SMS ke nombor tertentu dengan tarif
pendaftaran sebesar Rp 2000. http://www.telkomsel.com/web/simpati.
Diakses 15 Mac 2007
Kulit kerang (clamshell) ialah model telefon bimbit yang key padnya terdapat di
bahagian dalam telefon bimbit, cara penggunaanya ialah dengan membuka
bahagian atas sehingga terlihat key padnya. Cara ini diibaratkan
27
seperti membuka kulit kerang. http://www.motorola.com/consumer/v/index/.
Diakses 29 Mei 2008.
Batangan (candybar) ialah model telefon bimbit yang cara penggunaannya seperti
telefon bimbit biasa, key pad terdapat pada permukaan luar telefon bimbit.
http://www.motorola.com/consumer/v/index/. Diakses 29 Mei 2008.
VGA (Video Graphics Array) ialah layar yang menentukan standar satu set resolusi
dan kedalaman warna. VGA yang paling sering digunakan untuk
menjelaskan salah satu hal ini iaitu 640x480 pixel dengan 16 warna,
walaupun memiliki pilihan lain iaitu 720x400 dalam satu warna dan
320x200 dalam 256 warna yang juga ditentukan oleh standar VGA.
http://www.motorola.com/consumer/v/index/. Diakses 29 Mei 2008.
USB (Universal Serial Bus) ialah standar bus bersiri untuk perangkat
penghubung piranti eksternal (seperti kamera digital, scanner, dan mouse)
yang biasanya dihubungkan ke komputer atau ke peralatan lainnya.
http://www.motorola.com/consumer/v/index/. Diakses 29 Mei 2008.
Pura ialah nama bangunan untuk tempat ibadah agama Hindu di Indonesia. Pura di
Indonesia terutama terkonsentrasi di Bali sebagai pulau yang mempunyai
majoriti penduduk penganut agama Hindu.
Asosiasi Industri Sepeda Motor Indonesia (AISI) ialah perkumpulan industri-industri
motosikal yang ada di Indonesia
KONI (Komite Olahraga Nasional Indonesia) ialah lembaga otoritas keolahragaan di
Indonesia.
FIF (Federal International Finance) ialah perusahan pembiayaan motorsikal khusus
jenama Honda, dalam bentuk kredit. http://www.fifkredit.com/. Diakses 29
April 2008.
28
PGM-FI (Programmed-Fuel Injection) ialah sistem pencampuran bahan bakar
dengan udara dalam sebuah mesin pembakaran internal. (Eriandi, 2008).
ECM (Electronic Control Module) ialah alat yang berfungsi untuk mengontrol
bekalan bahan bakar dan udara yang diperlukan enjin secara optimal dalam
setiap kondisi. (Eriandi, 2008)
Lulus Uji Emisi EURO 2 (Kep.Men LH No.141/2003) ialah kelulusan dalam
pengujian emisi dengan standar Euro 2 bahagi kenderaan (motorsikal dan
kereta). Hal ini berdasarkan keputusan Menteri Negara Lingkungan Hidup
No.141/2003 tentang ambang batas emisi gas buang kenderaan jenis baru dan
kenderaan yang sedang diproduksi. Peraturan ini mulai diberlakukan tahun
2005. http://www.lampungpost.com/. Diakses 19 Ogos 2008.
Motorsikal empat tak ialah suatu jenis motorsikal yang bekerja dengan empat
langkah untuk menghasilkan satu kali langkah. http://www.astra-honda.com/.
Diakses 12 Mei 2008.
Bank Pembangunan Daerah (BPD) ialah bank pemerintah daerah, yang tiap-tiap
daerah (provinsi) memiliki satu bank BPD pusat.
Bank Negara Indonesia (BNI) ialah sebuah bank pemerintah di Indonesia.
BNI adalah bank komersial tertua dalam sejarah Republik
Indonesia. Bank ini ditubuhkan pada tarikh 5 Julai tahun 1946.
http://www.bni.co.id/TentangBNI/Pengantar/. Diakses 19 Mac 2008
Bank Rakyat Indonesia (BRI) ialah salah satu bank milik pemerintah yang terbesar
di Indonesia. Pada periode setelah kemerdekaan Republik Indonesia,
berdasarkan Peraturan Pemerintah No. 1 tahun 1946 Pasal 1 disebutkan
bahawa BRI ialah sebagai Bank Pemerintah pertama di Republik Indonesia.
http://www.bri.co.id/tentang/profil.aspx?id=2/. Diakses 19 Mac 2008.
29
Bank Bukopin ialah salah satu bank swasta di Indonesia
http://www.bukopin.co.id/ID/profil_csr.htm/. Diakses 19 Mac 2008.
Gebyar Simpeda ialah acara undian cabutan bertuah yang di adakan oleh BPD bagi
pemegang akaun Simpeda (nama jenis simpanan)
BNI SMS Banking ialah salah satu perkhidmatan daripada Bank BNI tentang
mengakses perbankan yang dapat dilakukan melalui SMS (Short Message
Service). http://www.bni.co.id/TentangBNI/Pengantar/. Diakses 19 Mac 2008
BNI Plus ialah salah satu jenis simpanan daripada bank BNI.
http://www.bni.co.id/TentangBNI/Pengantar/. Diakses 19 Mac 2008
Tabungan SiAga Bukopin ialah salah satu jenis simpanan daripada bank Bukopin.
http://www.bukopin.co.id/ID/profil_csr.htm/. Diakses 19 Mac 2008.
Telkom SLI (Sambungan Langsung International) ialah jasa layanan telepon
ke luar negeri dari telepon tetap yang dapat diakses langsung oleh
pelanggan, hanya dengan menekan kode akses tanpa bantuan operator.
Jasa ini difasilitasi oleh PT. Telekomunikasi Indonesia, Tbk. (Telkom).
http://www.telkom.net/pojok_telkomnet_sli.php/. Diakses 29 Mei 2008.
Kapolda (Kepala Polisi Daerah) ialah ketua daripada perkumpulan polis dalam satu
daerah (provinsi)
Walikota ialah kepala daerah untuk daerah bandar, seorang Walikota sejajar dengan
Bupati, yakni kepala daerah untuk daerah Kabupaten.
Posyandu (Pos Pelayanan Terpadu) ialah fasiliti perkhidmatan kesihatan
masyarakat yang ditubuhkan di desa-desa kecil yang tidak terjangkau oleh
rumah sakit atau klinik. Posyandu dimulai terutama untuk melayani
balita (imunisasi, timbang berat badan) dan orang lanjut usia (Posyandu
Lansia). http://gebyar posyandu27.com.nsgemari.com. Diakses 27 Mei 2007
30
Keluarga Berencana (KB) ialah perencanaan jumlah keluarga atau gerakan untuk
membentuk keluarga yang sehat dan sejahtera dengan membatasi
kelahiran.Jumlah anak dalam sebuah keluarga yang dianggap ideal adalah
dua. Gerakan ini mulai dicanangkan pada tahun akhir 1970an. (Daniprawiro,
2008)
Otonomi daerah ialah wewenang/kekuasaan pada suatu wilayah/daerah yang
mengatur dan mengelola untuk kepentingan wilayah/daerah masyarakat itu
sendiri mulai dari ekonomi, politik, dan pengaturan perimbangan keuangan
termasuk pengaturan sosial, budaya, dan ideologi yang sesuai dengan tradisi
adat istiadat daerah lingkungannya. (Rasyid, 2004).
BL ialah lambang pelekat kenderaan yang digunakan di Aceh
KPTSP (Kantor Pelayanan Terpadu Satu Pintu) ialah pejabat yang memberi
penghidmatan awam kepada masyarakat, yang dapat diselesaikan dalam
masa yang cepat, seperti mengurus izin mendidikan usaha.
http://www.kptsp-bandaaceh.com/alur_pelayanan.htm/. Diakses 30 Mac 2008
BKKBN (Badan Koordinasi Keluarga Berencana Nasional) ialah lembaga
pemerintah yang memberi pengkhidmatan di bidang Keluarga Berencana
(KB) dan keluarga sejahtera. (Daniprawiro, 2008)
Kodam (Komando Daerah Militer) ialah komando utama pembinaan dan operasional
kewilayahan TNI (Tentara Nasional Indonesia) Angkatan Darat. Kodam
mempunyai tugas pokok menyelenggarakan pembinaan kesiapan
operasional atas segenap komandonya dan operasi pertahanan aktif di
darat sesuai kebijakan Panglima TNI. Sebuah Kodam dipimpin oleh seorang
Panglima Kodam atau disingkat Pangdam. http://www.tniad.mil.id/. Diakses
23 Mei 2007
31
Kejaksaan Tinggi (Kejati) ialah lembaga penyelenggara kekuasaan negara
Indonesia di bidang penuntutan serta kewenangan lain berdasarkan
Undang-Undang, yang berkedudukan di ibukota provinsi dan
daerah hukumnya meliputi wilayah kekuasaan provinsi.
http://www.kejaksaan.go.id/unit_kejaksaan.php?idu=31. Diakses 15 Oktober
2007
Muspida ialah unsur kerajaan tempatan, yang terdiri dari Gabenor, polis, tentara, dan
kejaksaan.
Qanun ialah terma daerah yang menggunakan istilah bahasa Arab, perkataan Qanun
di Indonesia hanya terdapat di daerah Aceh. (Jalil, 2006).
Kadin (Kamar Dagang dan Industri) ialah pejabat yang berkenaan dengan perniagaan
dan industri
KK&M (Klinik Kemasan dan Merk) ialah lembaga yang memberi
penghidmatan tentang packaging dan jenama kepada industri kecil,
atau orang yang hendak membuka usaha. Diakses 23 Mac 2008
http://www.medanbisnisonline.com/rubrik.php?p=110289&more=1
BKPM (Badan Koordinasi Penanaman Modal) ialah suatu pusat investasi yang
dibentuk oleh kerajaan untuk memberi perkhidmatan tentang pelaksanaan
undang-undang penanaman modal. http://www.investinaceh.org/. Diakses 14
Julai 2008.
32
PENGARUH TSUNAMI TERHADAP PERKEMBANGAN REKA BENTUK GRAFIK DI ACEH
ABSTRAK
Pada tarikh 26 Disember 2004 terjadi tsunami di Aceh (Indonesia) yang
mengakibatkan sebahagian daerah Aceh hancur akibat hentaman gelombang tsunami.
Hal ini juga mengakibatkan rosaknya beberapa papan iklan yang ada di daerah yang
dilanda tsunami. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tentang pengaruh tsunami
terhadap perkembangan reka bentuk grafik di Aceh, apakah ia mengalami perubahan
sesudah tsunami dan faktor-faktor yang mengakibatkan perubahan itu terjadi. Fokus
kajian ini hanya memberikan tumpuan kepada produk reka bentuk grafik dengan
media papan iklan atau billboard yang dipajang di Banda Aceh dan Aceh Besar
selama Januari 2007 hingga Mac 2008, baik yang ditaja oleh pemerintah, NGO (Non
Government Organization) mahupun perusahaan lainnya. Kaedah kajian yang
digunakan ialah deskriptif kualitatif. Teknik pengumpulan datanya iaitu pengamatan
ikut serta yang dilaksanakan di industri-industri reka bentuk grafik di Banda Aceh
dan temu bual dengan pemilik industri reka bentuk grafik, pensyarah, dan pereka
bentuk grafik akhbar Serambi Indonesia dan Aceh Magazine. Berdasarkan hasil
kajian, papan iklan yang ada di Banda Aceh dan Aceh Besar dikelompokkan dalam
lima jenis, iaitu 1) papan iklan komersial, yang berkenaan dengan pengiklanan suatu
produk, yang ditaja oleh pihak industri atau perusahaan dengan tujuan komersial; 2)
papan iklan institusi bukan pemerintah, seperti bank atau perusahaan; 3) papan iklan
khidmat masyarakat pemerintah, papan iklan yang ditaja oleh pemerintah daripada
berbagai-bagai dinas; 4) papan iklan khidmat masyarakat NGO (Non Government
Organization), yang ditaja oleh NGO baik tempatan mahupun antarabangsa dan
5) papan iklan khidmat masyarakat kerjasama pemerintah dan NGO. Hal ini dapat
33
disimpulkan bahawa reka bentuk grafik dengan media papan iklan di Banda Aceh
mengalami perkembangan pesat setelah berlakunya tsunami berbanding sebelumnya,
baik dari segi kuantiti mahupun kualiti. Faktor-faktor yang mempengaruhi
perkembangan ini ialah landaan tsunami yang menjadikan Aceh terbuka kepada
pendatang luar, yang dulunya sebelum tragedi tsunami daerah Aceh sangat tertutup
kerana berlakunya konflik. Dengan masuknya para pendatang tersebut secara tidak
langsung mempengaruhi perkembangan reka bentuk grafik di Aceh yang juga
diiringi dengan perkembangan teknologi.
34
THE INFLUENCE OF TSUNAMI ON THE DEVELOPMENT OF GRAPHIC DESIGNS IN ACEH
ABSTRACT
26 December 2004 marks a significant date in the minds of most Achehans
when tsunami waves hit Aceh, Indonesia causing massive destruction in some of its
district. This catastrophe also destroyed some billboards in the affected areas. Since
Graphic Design in Aceh is still not well-developed in comparison with other districts
and regions in Indonesia, this research serves to investigate the influence of tsunami
in the development of Graphic Design in Banda Aceh. It aims to find out whether the
graphic design in Aceh has undergone some changes as a result of the tsunami
aftermath and if so, what are the contributing factors towards these changes. This
research focuses on billboards erected in Banda Aceh and Aceh Besar from January
2007 until March 2008, regardless of their sponsors (the government, NGOs or other
bodies). The research methodology used for this purpose is qualitative descriptive.
While the techniques used for data gathering are firstly, through observations made
in the graphic design industry in Banda Aceh and secondly, through interviews with
the owners of the graphic design industry as well as people who are well-versed in
this field among them who are lecturers and graphic designers of the newspaper
“Serambi Indonesia” and “Aceh Magazine”. Based on the research findings, the
billboards available in Banda Aceh and Aceh Besar are categorized into five types,
namely 1) commercial billboards advertising a particular product that are sponsored
by certain industries and for commercial purposes; 2) institution-owned billboards
that are sponsored by non-ruling institutions like banks and firms; 3) government-
owned billboards that are sponsored by various government departments 4) NGOs-
owned billboards that are sponsored by either the local or international NGOs and 5)
35
collaboration between government-owned as well as NGOs-owned billboards. It can
be concluded that graphic design and the billboard media in Banda Aceh have
undergone a significant development in terms of both the quantity and quality in the
post-tsunami era. The contributing factor is that the tsunami catastrophe had resulted
in an influx of outsiders into Aceh where initially the doors of Aceh were closed due
to the conflict within it. Along with the coming in of outsiders into Aceh, it has
directly influenced the development of its graphic design together with technological
advancement.
36
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang
Aceh adalah salah satu provinsi Indonesia yang terletak di bahagian paling
barat Pulau Sumatra, yang kini dikenali sebagai Nanggroe Aceh Darussalam (NAD).
Ibu kotanya ialah Banda Aceh yang mempunyai keluasan 57,365,57 kilometer
persegi (Badan Perencanaan Pembangunan Daerah, 2005). Wilayah Aceh terdiri
daripada 17 kabupaten dan 4 kotamadya, iaitu kabupaten Aceh Besar, Aceh Jaya,
Aceh Barat, Aceh Barat Daya, Aceh Selatan, Aceh Singkil, Aceh Tenggara, Aceh
Tengah, Aceh Timur, Aceh Tamiang, Aceh Utara, Bireun, Gayo Luwes, Bener
Meriah, Pidie, Nagan Raya, Simeulue dan Kotamadya Banda Aceh, Lhokseumawe,
Langsa dan Sabang.
Penduduk Nanggroe Aceh Darussalam terdiri daripada beberapa suku bangsa
antaranya, adalah: Aceh, Gayo, Alas, Tamiang, Aneuk Jamee, Kluet, Singkil,
Defayan dan Sigulai (Usman, 2003). Selain itu pula pengaruh suku bangsa luar juga
sangat kuat, seperti adanya masyarakat Aceh yang berketurunan Arab, Tionghua,
India serta Eropah. Keberagaman suku bangsa ini juga mempengaruhi bahasa yang
digunakan, walaupun majoriti penduduk menggunakan bahasa Aceh, namun berbeza
dari segi dialeknya. Di daerah-daerah tertentu menggunakan bahasa yang sesuai
dengan suku bangsanya, seperti bahasa Gayo yang sering digunakan oleh masyarakat
Aceh Tengah, Bener Meriah dan Gayo Lues. Bahasa Simeulue dan beberapa bahasa
lainnya di daerah Simeulue, Aceh Tamiang, juga ada bahasa Aneuk Jamee yang
merupakan perpaduan antara dialek Minangkabau dengan Kluet (Alkaf, 2007).
37
Kumpulan etnik yang terbesar ialah Aceh dan Gayo-Alas. Tiga puluh peratus
suku Gayo-Alas umumnya tinggal di wilayah pergunungan di Aceh Tengah dan
Aceh Tenggara, sementara kumpulan etnik Aceh mendiami hampir seluruh daerah
provinsi Nanggroe Aceh Darussalam terutama di daerah pesisir. Oleh sebab itu, suku
bangsa ini banyak yang terkena bencana tsunami. Tentu saja masyarakat di bandar
besar seperti Banda Aceh, masyarakatnya lebih mempunyai pelbagai budaya, dan
terdapat pelbagai etnik lain dari seluruh Nusantara (www.forumbangunaceh.org,
diakses 15 April 2007).
Dahulu bandar Banda Aceh dikenali dengan nama Kuta Raja, tetapi sejak 28
Disember 1962 namanya diganti menjadi Banda Aceh. Sebagai pusat pemerintahan,
Banda Aceh menjadi pusat segala kegiatan ekonomi, politik, pendidikan, sosial, dan
budaya. Kota yang telah ada sejak 803 tahun ini berdasarkan Perda Aceh No. 5/1988,
bertarikh 22 April 1205 ditetapkan sebagai tarikh penubuhan bandar tersebut.
Keluasan bandar Banda Aceh ialah 61,36 kilometer persegi (www.bandaaceh.go.id,
diakses 15 Ogos 2006).
Rajah 1.1 : Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam di Pulau Sumatra Sumber: www.deptan.go.id (diakses 15 Mei 2008)
38
1.1.1 Konflik di Aceh
Ada dua hal yang biasa terbayang dalam fikiran ketika menyebut nama Aceh,
iaitu konflik dan tsunami. Konflik yang berpanjangan di Nanggroe Aceh Darussalam
cukup berdampak negatif terhadap segala aspek kehidupan masyarakat, yang
mengakibatkan penderitaan rakyat, kerugian harta benda, perasaan tidak aman,
perkembangan pendidikan dan ekonomi daerah menjadi terganggu, para penanam
modal dalam dan luar negeri yang enggan melabur di daerah ini, serta proses
pembangunan dan pentadbiran negara yang tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Konflik yang terjadi di Aceh bukan konflik etnik antara etnik Jawa atau etnik
lainnya di Indonesia dan bukan juga konflik agama, tetapi konflik nasional. Konflik
nasional Aceh ialah kesatuan yang di dalamnya terdiri daripada kaum kelas
menengah dan bawah bersatu menentang penindasan yang dilakukan oleh Republik
Indonesia (RI). Konflik Aceh ialah konflik rakyat dengan pemerintah Indonesia
(Afif, 2004)
Banyak sudah lembaga-lembaga kajian dan pengajian tinggi melakukan studi
tentang latar belakang dan dampak konflik di Aceh. Seluruhnya sepakat bahwa akar
masalah konflik di Aceh adalah ketidakadilan Pemerintah Pusat terhadap Pemerintah
dan rakyat Aceh. Sementara hasil kajian Balitbang Dephan (Badan Penelitian dan
Pengembangan Departemen Pertahanan) tentang Disintegrasi Bangsa (Kasus Aceh)
tahun 2003 dan 2004 menyimpulkan terdapat 4 (empat) akar masalah penyebab
konflik Aceh berkepanjangan dan multidimensi yaitu: (1) Rasa ketidakadilan dan
ketidak-puasan terhadap Pemerintah Pusat, (2) Kekecewaan masa lalu masyarakat
Aceh, (3) Penghancuran kultur Aceh, dan (4) Pengaruh eksternal yang memicu
timbulnya konflik Aceh. (Sianturi, 2005)
39
Konflik yang timbul mempengaruhi pelbagai faktor kehidupan masyarakat
Aceh. Seperti aktiviti budaya ruang publik Aceh yang hampir tenggelam. Setiap
kegiatan berkumpul akan dicurigai dan selalu berakhir dengan peristiwa yang tidak
menyenangkan. Apalagi ketika Aceh dalam masa darurat militer, tidak ada
budayawan dan pekerja seni yang aktif berkarya. Walau bagaimanapun kegiatan
kesenian dan kebudayaan mulai bangkit kembali secara perlahan-lahan pada akhir
tahun sembilan puluhan. Suara-suara protes tentang konflik, kepedihan, amarah, dan
keinginan untuk berdamai mulai muncul dalam kesenian. Seni menjadi lebih terbuka
dan kritis terhadap konflik dan kekerasan (Rea, 2007).
Dalam rentang konflik dan perlawanan sekitar 30 tahun lebih, Aceh telah
menjalani berbagai fasa untuk mewujudkan perdamaian melalui perundingan demi
perundingan yang melelahkan. Pelbagai bentuk pelanggaran HAM (Hak Azasi
Manusia) berat, diiringi dengan kemiskinan, terpuruknya pendidikan dan teknologi
juga bahagian dari gambaran kehidupan Aceh pada masa tersebut. Selama 30 tahun,
rakyat Aceh tidak dapat menikmati hak-hak sebagai warga negara yang bebas dari
rasa takut dan ancaman todongan senjata adalah cerita keseharian. Fasa penerapan
Aceh sebagai Daerah Operasi Mililter (Mei 1989-Agustus 1998) dilanjutkan dengan
Operasi Terpadu (2000-2003) hingga Darurat Militer yang dimulai pada 19 Mei 2003
dan berakhir dengan Tertib Sipil pada pertengahan 2005 menjadi bukti negara gagal
memerankan diri sebagai pelindung warga negara. Jumlah korban yang meninggal
atau mengalami pelanggaran HAM mencapai ribuan jiwa yang terjadi pada tiga fasa
tersebut. Dan hingga kini, belum ada satu kasus pun yang diproses ke pengadilan.
Keadilan yang dikonstruksikan oleh kalangan elit hanya terhad pada pemberian dana
kompensasi. Namun keadilan ini berbeza apabila dihadapkan kepada masyarakat
40
yang menjadi mangsa konflik. Bagi masyarakat tersebut, sebuah keadilan tercapai
bila pelanggar HAM dapat dibawa ke pengadilan (Sianturi, 2005)
Berbagai upaya perundingan dan penyelesaian gagal mewujudkan
perdamaian yang permanen di tanah rencong ini. Dari “Jeda Kemanusiaan I dan II
tahun 2000-2001” pada masa Presiden Abdurrahman Wahid hingga “Perjanjian
Penghentian Permusuhan atau CoHA (Cessation of Hostilities Agreement) tahun
2002-2003” pada masa Presiden Megawati Sukarnoputri. Gagalnya perjanjian
kesepakatan damai dan penghentian permusuhan antara pemerintah RI dan
pemberontak GAM tarikh 9 Disember 2002 di Sweden mendasari penerapannya
keadaan Darurat Militer (DM) di provinsi Nanggroe Aceh Darussalam tarikh
18 Mei 2003 melalui pemberlakuan Keppres (Keputusan Presiden) No. 28 Tahun
2003 yang menetapkan seluruh provinsi Nanggroe Aceh Darussalam (NAD) dalam
keadaan bahaya dengan status Darurat Militer dan digelarnya Operasi Terpadu tahap
I dan II yang masing-masing enam bulan (Sianturi, 2005)
Konflik berpanjangan yang terjadi selama 30 tahun akhirnya usai sudah.
Setelah gempa bumi berkekuatan 8,9 Skala Richter yang disusul dengan gelombang
raksasa tsunami (dalam bahasa Aceh disebut ie beu na) yang mencapai ketinggian 30
meter seperti di Lhok Nga kabupaten Aceh Besar telah meluluhlantakkan sebagian
wilayah barat-utara daerah Aceh dan menyebabkan sekitar 200.000 jiwa meninggal
dunia ataupun hilang. Namun di sisi lain, tsunami memberi inspirasi kepada RI dan
GAM untuk merajut kembali benang perdamaian. Bencana tersebut menyadarkan
semua pihak untuk bersatu dan menghentikan permusuhan dan bersama-sama
membangun negeri Serambi Mekkah ini kembali. Perundingan pertama pun digelar
pada akhir Januari 2005 di tengah masuknya bantuan dari berbagai negara menjadi
semangat dan dorongan politik untuk mampu mengimplementasikan perdamaian
41
tersebut. Sebuah perdamaian yang selama ini diimpikan, didambakan bahkan
mungkin menjadi bahagian daripada do’a seluruh rakyat Aceh akhirnya wujud.
Sesudah bencana tsunami, sebuah memorandum persefahaman atau MoU
(Memorandum of Understanding) Damai Aceh ditanda tangani oleh pihak RI dan
GAM (Gerakan Aceh Merdeka). Penandatanganan MoU Damai Aceh tersebut
berlangsung di Helsinki, Finland pada hari Isnin, 15 Ogos 2005. Ketua Delegasi
Indonesia diwakili oleh Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Hamid Awaludin
sedangkan Ketua Delegasi GAM iaitu Malik Machmud. Fasilisatornya pula ialah
Martti Ahtisaari, mantan Presiden Finland yang kini menjadi Pengerusi CMI (Crisis
Management Initiative) Finland. Perjanjian damai yang disertai masyarakat
antarabangsa ini membawa perubahan yang lebih besar di Aceh, dengan
pengunduran sebahagian TNI (Tentera Nasional Indonesia) dan pembubaran GAM,
di bawah MoU Helsinki dan UUPA (Undang-Undang Pemerintahan Aceh)
(www.kabarindonesia.com, diakses 15 April 2007).
1.1.2 Tsunami di Aceh
Gempa bumi dahsyat yang terjadi pada waktu pagi bertarikh 26 Disember
2004, telah menggoncang kawasan lautan Hindi yang jaraknya 32 kilometer dari
pantai Meulaboh, Aceh Barat. Gegaran gempa tektonik yang kekuatannya sebesar
8.9 skala richter itu dirasakan di Indonesia (khususnya Aceh dan Medan), Malaysia,
Thailand, Srilangka, India dan beberapa negara lain di pesisir lautan ini. Gempa bumi
ini mengakibatkan berlakunya tsunami.
42
Tsunami ialah gelombang besar berbentuk badai yang disebabkan oleh gempa
tektonik atau vulkanik di dasar laut. Istilah tsunami dalam bahasa Jepun; tsu ertinya
pelabuhan, nami ertinya gelombang (Apridar, 2005). Dalam bahasa Inggeris,
gelombang tsunami dikenali sebagai ombak pasang surut (tidal wave). Gelombang
tsunami sebenarnya merujuk ombak besar yang menyebabkan kemusnahan pada
bangunan di tepi pantai (Yong, 2003). Tsunami boleh terjadi jika adanya gangguan
yang menyebabkan perpindahan sejumlah besar air, seperti letusan gunung berapi,
gempa bumi, tanah runtuh mahupun meteor yang jatuh ke bumi. Jika meteor atau
tanah runtuh yang terjadi dalam ukuran yang sangat besar, maka terjadinya mega
tsunami yang tingginya mencapai ratusan meter. Dalam rakaman sejarah, beberapa
tsunami disebabkan oleh meletusnya gunung, misalnya ketika meletusnya Gunung
Krakatau pada tahun 1883. Namun, sembilan puluh peratus bencana tsunami
disebabkan oleh gempa bumi di bawah laut.
Tsunami boleh terjadi jika adanya gangguan yang menyebabkan perpindahan
sejumlah besar air, seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh
mahupun meteor yang jatuh ke bumi. Jika meteor atau tanah runtuh yang terjadi
dalam ukuran yang sangat besar, maka terjadinya mega tsunami yang tingginya
mencapai ratusan meter. Dalam rakaman sejarah, beberapa tsunami disebabkan oleh
meletusnya gunung, misalnya ketika meletusnya Gunung Krakatau pada tahun 1883.
Namun, sembilan puluh peratus bencana tsunami disebabkan oleh gempa bumi di
bawah laut (Yong, 2003).
43
Gambar Foto 1.1: Puing-Puing Sampah Tsunami di Depan Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh
Sumber: Nanggroe Printing Studio Gelombang tsunami mampu bergerak dengan kepantasan sekitar 800
kilometer sejam. Dalam kiraan saat, gelombang tersebut dapat menerjang dan
mampu menghancurkan bandar yang berhampiran laut, memusnahkan dan
mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira jumlahnya. Gelombang tsunami
juga boleh menyebabkan air laut surut dengan tiba-tiba, sehingga menyebabkan ikan
terdampar di dasar lautan. Hal ini menarik perhatian orang ramai untuk melihat dan
mengumpulkan ikan yang terdampar di tepi pantai. Keadaan ini terjadi sebelum
gelombang tsunami tiba di pantai yang boleh menyebabkan kematian bagi mereka.
Tsunami mampu melanda beberapa kali, oleh sebab itu orang ramai tidak digalakkan
pergi ke kawasan pantai untuk melihat kerosakan selepas ombak tsunami pertama
melanda. Keaadaan ini untuk mengelakkan terkena gelombang tsunami yang
berikutnya.
Masyarakat di Aceh mengatakan bahawa meskipun gegaran itu menimbulkan
kepanikan dalam kalangan masyarakat, namun gempa bumi ini tidak menyebabkan
kerosakan yang teruk. Tetapi tidak lama kemudian, datanglah sebuah gelombang
raksasa yang menyapu bersih kawasan pantai lautan Hindi dengan kelajuan
44
800 kilometer sejam. Dalam sekelip mata sahaja, gelombang yang dikenali dengan
nama tsunami itu menerjang dan menghancurkan apa sahaja yang ada di hadapannya.
Dunia dikejutkan oleh besarnya kerosakan dan mangsa yang disebabkan oleh
tsunami. Ratusan ribu orang meninggal dunia dan hilang, sementara jutaan lainnya
kehilangan tempat tinggal. Daerah paling teruk yang dilanda bencana tsunami ialah
Banda Aceh, Aceh Besar, Calang-Aceh Jaya, Aceh Barat, Singkil dan Simeulu
(Apridar, 2005).
Gambar Foto 1.2 : Bangunan Masjid yang Tersisa Sebagai Akibat Tsunami Sumber: www.satriopinandito.wordpress.com
(diakses 12 Mei 2008)
Setelah terjadinya tsunami banyak orang yang kehilangan sanak-saudara,
harta benda dan pekerjaan, terutama mereka yang tinggal berdekatan dengan pantai.
Pada masa tsunami keadaan di bandar Banda Aceh memang sangat menyedihkan,
banyak mayat yang bergelimpangan di jalan-jalan atau tersangkut di runtuhan
bangunan yang hancur sebagai akibat amukan gelombang tsunami.
Para sukarelawan dari pelbagai daerah baik dalam negeri mahupun luar
negeri mulai datang untuk menolong mangsa atau mencari mereka yang hilang.
Pelbagai negara menyatakan turut bersimpati dengan musibah yang terjadi
45
di Indonesia dan negara-negara lain telah menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada
mangsa tsunami. Mereka yang meninggal dunia dikebumikan dan yang selamat
ditempatkan di penempatan sementara (shelter). Di Indonesia, wilayah Aceh ialah
kawasan yang mengalami kerosakan teruk dan korban jiwa yang paling teruk sebagai
akibat tsunami. Beberapa hari kemudian Banda Aceh khususnya dan Aceh pada
umumnya beransur-ansur menjadi lebih baik. Hal demikian ini kerana adanya
kerjasama dan bantuan daripada semua pihak baik dari dalam negeri mahupun dari
luar negeri.
Tsunami yang melanda Aceh telah menimbulkan kesedaran sosial, sifat
kemanusiaan, dan membina semangat baru, yang ibaratkan bagai sebuah magnet
raksasa yang mampu menyatukan hati, jiwa, dan perasaan seluruh bangsa Indonesia,
yang sebelumnya berselisih faham oleh gelombang kebencian, kecurigaan,
perselisihan, konflik agama, konflik etnik, kemarahan, dan kekerasan (Piliang, 2005).
Kebanyakan penduduk Aceh bekerja dalam bidang pertanian, nelayan,
perniagaan dan pemerintahan. Di Banda Aceh mereka yang bekerja dalam bidang
pertanian hanya sebahagian kecil jika dibandingkan dengan bidang-bidang lainnya.
Kebanyakan mereka bekerja dalam bidang perniagaan dan pentadbiran. Mereka yang
bekerja dalam bidang reka bentuk grafik biasanya disebut bidang percetakan
(grafika). Pada masa tsunami hampir semua aktiviti yang berpusat di Banda Aceh
hancur sebagai akibat dilanda gelombang tsunami, hal ini juga dialami oleh mereka
yang bekerja dalam bidang reka bentuk grafik. Tetapi tidak lama setelah kejadian
tsunami, mereka mulai bekerja kembali demi memenuhi keperluan hidup.
46
1.2 Permasalahan Penelitian
Reka bentuk grafik di Aceh sebelum ini tidak begitu berkembang berbanding
reka bentuk grafik di kota-kota besar di Indonesia seperti, Jakarta, Bandung,
Yogjakarta, Surabaya dan lainnya (temu bual dengan Drs. T. Zakaria dan Mahdi
Abdullah). Hal ini demikian kerana kedudukan daerah Aceh yang terletak paling
hujung di pulau Sumatra yang jauh dari pusat ibu kota negara dan oleh sebab
terjadinya konflik mengakibatkan orang-orang dari luar Aceh takut untuk masuk atau
membuka perusahaannya di Aceh. Tetapi berbeza dengan keadaan setelah terjadinya
tsunami, seiring dengan banyaknya orang yang datang ke Aceh tanpa disedari hal ini
mengakibatkan perkembangan pada reka bentuk grafik di Aceh baik dari segi
kuantiti mahupun kualiti.
Pengaruh tsunami dalam penelitian ini bukan bermakna air atau gelombang
tsunami yang menyebabkan reka bentuk grafik di Aceh mengalami perubahan, tetapi
dengan terjadinya tsunami menyebabkan terbukanya daerah Aceh dengan
kedatangan para pendatang dari luar Aceh dengan tujuan memberikan bantuan.
Kemasukan sukarelawan secara tidak langsung, mempengaruhi reka bentuk grafik di
Aceh terutamanya papan iklan atau billboard.
47
Daripada huraian ini timbul beberapa permasalahan dan persoalan tentang
reka bentuk grafik di Aceh terutama Banda Aceh, iaitu:
1. Bagaimanakah keadaan reka bentuk grafik yang terdahulu sebelum tsunami,
apakah ia musnah terhapus oleh gelombang tsunami atau masih ada yang
tertinggal?
2. Adakah berlaku perubahan pada reka bentuk grafik di Banda Aceh setelah
terjadinya tsunami ?
3. Adakah berlaku faktor-faktor yang mempengaruhi penciptaan reka bentuk
grafik di Banda Aceh setelah tsunami?
1.3 Objektif Penelitian
Penelitian ini bermaksud untuk:
1. Meneliti keadaan reka bentuk grafik sebelum terjadinya tsunami di Aceh,
apakah reka bentuk grafik itu musnah atau terhapus bersama-sama dengan
tsunami.
2. Mengetahui dan memaparkan sejauh manakah perubahan yang terjadi pada
reka bentuk grafik setelah terjadinya tsunami.
3. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi reka bentuk grafik setelah
terjadinya tsunami.
1.4 Skop Penelitian
Penelitian ini hanya memberikan tumpuan pada produk reka bentuk grafik
dengan media papan iklan atau billboard yang dipajang selama Januari 2007 hingga
Mac 2008. Media papan iklan ini mudah dijumpai di tepi jalan atau persimpangan
jalan di Banda Aceh dan Aceh Besar. Wilayah penelitian ini hanya tertumpu
48
di Banda Aceh dan Aceh Besar, kerana daerah ini mempunyai penduduk yang ramai
dan mengalami kerosakan yang teruk sebagai akibat bencana tsunami. Oleh sebab
daerah Banda Aceh merupakan pusat Bandar, maka banyak didapati papan iklan
yang dipajang di tepi jalan dan di persimpangan jalan, baik yang ditaja oleh
pemerintah, NGO (Non Government Organization) mahupun perusahaan lainnya.
1.5 Kepentingan Penelitian
Penelitian terhadap reka bentuk grafik di Aceh terutama tentang papan iklan,
belum ada yang menyelidikinya, hal ini disebabkan oleh beberapa hal, antaranya
keadaan Aceh yang kurang kondusif, belum ada pusat pengajian reka bentuk grafik
di universiti yang ada di Aceh, dan kurang berkembangnya reka bentuk grafik di
Aceh berbanding daerah lainnya. Seperti daerah Medan, Jakarta, Bandung,
Jogjakarta dan Surabaya yang mempunyai universiti dengan pusat pengajian reka
bentuk grafik, sehingga memudahkan mahasiswa untuk meneliti reka bentuk grafik
di daerah tersebut. Oleh sebab itu, penelitian ini diharapkan bermanfaat sebagai
sumber data tambahan bagi peneliti lainnya yang akan meneliti reka bentuk grafik di
Aceh.
Penulisan penelitian ini juga bermanfaat bagi industri reka bentuk grafik di
Aceh, khususnya kepada mereka yang memproduksi papan iklan. Ternyata tanpa
disedari setelah tsunami papan iklan di Aceh banyak mengalami perkembangan baik
dari segi kuantiti mahupun kualiti, begitu juga halnya dengan pengaruh penerapan
Syariat Islam yang menggunakan model perempuan yang digunakan dalam papan
iklan harus sesuai dengan Syariat Islam. Hal ini diharapkan dapat dijadikan rujukan
kepada pereka bentuk grafik dalam berkarya pada masa hadapan.
49
1.6 Pengorganisasian Tesis
Data penelitian telah disusun dalam bab-bab tertentu untuk memberikan
gambaran yang jelas tentang perkembangan reka bentuk grafik di Aceh, terutama
media papan iklan pada masa sebelum tsunami dan sesudah tsunami. Penelitian ini
dibahagikan kepada enam bab.
Bab satu ialah pendahuluan kajian, yang membincangkan latar belakang
penelitian, iaitu tentang keadaan Aceh secara geografis, Aceh pada masa konflik dan
Aceh pada masa tsunami; permasalahan penelitian; objektif yang ingin dicapai dan
kepentingan penelitian sehingga mendorong peneliti untuk melaksanakan penelitian
berkaitan; batasan penelitian yang membatasi perkara-perkara yang diteliti oleh
peneliti dan organisasi penulisan keseluruhan penelitian ini.
Bab dua penelitian ini ialah kajian teori, yang menjelaskan takrifan reka
bentuk grafik, fungsi reka bentuk grafik, prinsip-prinsip reka bentuk, elemen-elemen
reka bentuk, elemen-elemen reka bentuk grafik, tipografi, tataletak, jenis media reka
bentuk grafik, iklan dan sifatnya, dan papan iklan (billboard). Melalui kajian teori
ini, dapat dijadikan panduan dalam memahami penelitian dengan lebih lanjut.
Bab tiga memfokuskan metodologi penelitian yang dijalankan. Dalam bab ini
dibahaskan tentang kaedah penelitian, hipotesis, instrumen penelitian, teknik
pengumpulan data (pengamatan ikut serta, dan temu bual), sumber data dan analisis
data.
Bab empat, dalam bab ini mengandungi huraian mengenai hasil penelitian,
iaitu tentang reka bentuk grafik terutama papan iklan di Aceh sebelum tsunami dan
sesudah tsunami. Papan iklan dikelompokkan dalam lima jenis, iaitu papan iklan
komersial, yang berkenaan dengan pengiklanan suatu produk, yang ditaja oleh
industri atau perusahaann dengan tujuan komersial; papan iklan institusi, yang ditaja
50
oleh institusi bukan pemerintah, seperti bank atau perusahaan; papan iklan khidmat
masyarakat pemerintah, papan iklan yang ditaja oleh pemerintah daripada berbagai-
bagai dinas; papan iklan khidmat masyarakat NGO (Non Government Organization),
yang ditaja oleh NGO baik tempatan mahupun antarabangsa; dan papan iklan
khidmat masyarakat kerjasama pemerintah dan NGO
Bab lima, membahaskan perkembangan reka bentuk grafik khususnya papan
iklan sebelum tsunami dan sesudah tsunami dan faktor-faktor yang mempengaruhi
perkembangan reka bentuk grafik di Aceh setelah tsunami. Pembahasan dalam bab
ini diharapkan dapat menjawab permasalahan penelitian.
Bab enam, iaitu bahagian kesimpulan secara umum dari semua penulisan dan
huraian mengenai permasalahan penelitian. Dalam bab ini juga memaparkan tentang
cadangan terhadap penelitian yang akan datang.
51
BAB II KAJIAN TEORI
2.1. Reka Bentuk Grafik
Phillippe Apeloig dalam Design for Communication (2003) menjelaskan
takrifan daripada reka bentuk grafik sebagai yang berikut:
Graphic design is the art of visualizing ideas, activating space, intuiting propotion. It is the result of meticulous attention to detail. Good graphic design prompts the viewer to mediate, often unconsciously, on potent word or image combinations. Good graphic design is always memorable(p.25)
Arnston (2003) menyebutkan bahawa reka bentuk grafik mempunyai
cakupan yang luas:
Graphic design is the design of things people see and read. The field constantly expanding: posters, books, signs, billboards, adverstisment, commercials, brochures, web sites, and motion graphics are what graphic designer create. They attempt to maximize both communication and aesthetic quality (p.8)
Reka bentuk grafik ialah proses mereka gambar atau bentuk-bentuk visual
dua dimensi untuk kepentingan proses komunikasi yang fungsional dan efektif.
Menurut Jessica Helfand dalam laman web www.escaeva.com, reka bentuk grafik
ialah kombinasi kompleks antara kata-kata, gambar, angka, grafik, foto dan ilustrasi
yang memerlukan pemikiran khusus daripada seseorang yang boleh menggabungkan
elemen-elemen ini, sehingga mereka dapat menghasilkan sesuatu yang khusus,
sangat berguna, mengejutkan atau sesuatu yang mudah diingat.
Reka bentuk grafik merupakan idea atau gagasan yang wujud dalam bentuk
bahasa visual dan verbal yang digunakan untuk menyampaikan mesej kepada
masyarakat umum (audience).
52
2.2. Fungsi Reka Bentuk Grafik
Dalam perkembangannya selama beberapa abad reka bentuk grafik
mempunyai tiga fungsi dasar, iaitu identifikasi, informasi dan konstruksi, dan yang
terakhir presentasi dan promosi (Hollis, 2001). Fungsi dasar yang utama daripada
reka bentuk grafik ialah sebagai sarana identifikasi. Identiti seseorang dapat
mengatakan siapa orang itu, atau dari mana asalnya. Demikian juga dengan suatu
benda atau produk, jika mempunyai identiti akan dapat mencerminkan kualiti pada
produk tersebut dan mudah dikenali oleh konsumennya.
Sebagai sarana informasi dan instruksi, reka bentuk grafik bertujuan
menunjukkan hubungan antara suatu hal dengan hal yang lain dalam petunjuk, arah,
posisi dan skala; contohnya peta, diagram, simbol dan penunjuk arah. Informasi akan
bermanfaat apabila dikomunikasikan kepada orang yang tepat, pada masa dan tempat
yang tepat, dalam bentuk yang dapat difahami, dan dipresentasikan secara logik dan
konsisten. Simbol-simbol yang kita jumpai sehari-hari seperti tanda lalu lintas,
simbol-simbol di tempat-tempat awam seperti telefon awam, bilik air, restoran dan
lainnya harus bersifat informatif dan komunikatif, dapat dibaca dan difahami oleh
orang daripada berbagai-bagai latar belakang dan kalangan. Inilah salah satu alasan
mengapa reka bentuk grafik harus bersifat universal.
Tujuan reka bentuk grafik yang terakhir iaitu sebagai sarana presentasi dan
kempen adalah untuk menyampaikan mesej, menarik perhatian secara visual dan
menjadikan mesej tersebut mudah diingati; contohnya poster atau iklan. Penggunaan
gambar dan kata-kata yang diperlukan sangat sedikit, tetapi mempunyai suatu makna
dan mengesankan. Umumnya, untuk mencapai tujuan ini, maka gambar dan kata-
kata yang digunakan bersifat persuasif dan menarik, kerana tujuan akhirnya adalah
untuk menjual suatu produk atau jasa.
53
2.3. Prinsip-Prinsip Reka Bentuk
Dalam membuat suatu karya reka bentuk grafik, pereka harus
mempertimbangkan pelbagai prinsip demi mencapai hasil karya akhir yang baik.
Prinsip-prinsip reka bentuk ini bukanlah suatu hal yang baku, bahawa reka bentuk
yang paling baik adalah seperti yang terkandung dalam prinsip tersebut.
Sesungguhnya tidak ada penilaian baik atau tidaknya sesuatu reka bentuk itu, tetapi
semuanya itu bergantung pada selera pereka bentuk, klien dan khalayak yang
menjadi sasaran pesanan, seperti yang ditegaskan juga oleh Sihombing
(http://www.escaeva.com) bahawa penilaian reka bentuk grafik sesungguhnya
menguji tahap kelayakannya, yang bermaksud tidak ada karya reka bentuk grafik
yang salah dan yang betul.
2.3.1. Keseimbangan
Keseimbangan ialah hal yang paling mudah dikenal secara visual, apabila ada
dua benda yang memiliki berat yang sama dan ditetapkan pada jarak yang sama
terhadap suatu permukaan sumbu, maka benda yang ada pada kedua-dua belah sisi
daripada garis sumbu tampak bernilai sama (Kusmiati,1999).
Kusmiati menyebutkan bahawa ada dua prinsip keseimbangan, iaitu
keseimbangan simetrik dan keseimbangan tidak simetrik. Simetrik bererti sama
dalam ukuran, bentuk, dan letaknya kedudukan bahagian-bahagian atau objek-objek
yang akan disusun di sebelah kiri dan kanan garis sumbu. Sebagai contoh
keseimbangan simetrik ialah meletakkan atau menyusun dua benda yang sama, yang
diletakkan pada sisi kiri dan kanan garis sumbu dengan jarak yang sama.
Keseimbangan simetrik terkesan rasmi atau formal, oleh sebab itu, keseimbangan
simetrik disebut juga dengan istilah keseimbangan formal.
54
Hal ini juga sama dengan pendapat Arstons (2003), iaitu:
In symmetrical balance, identical shape are repeated from left to right in mirrored position on either side of a central vertical axis. Some symmetrical designs also repeat from top to bottom, often in a radial pattern (p.67) Asimetrik ialah sebaliknya, iaitu objek yang disusun tidak dalam ukuran yang
sama daripada garis paksi baik dari atas, bawah, ataupun dari samping kiri dan
kanan. Seperti yang disebut oleh Lauer (2002):
A symmetrical balance, in this case balance is achieved with dissimiliar object that have equal visual weight or equal eye attraction. A symmetry appear casual and less planned, although obviously this characteristic is misleading. A symmertrical balance is actually more intricate and complicated to use than symmetrical balance. Merely repeating similar elements in a mirror image on either side of the center is not a difficult design task. But attempting to balance dissimilar items involves more complex considerations and more subtle factors (p.84).
Keseimbangan asimetrik atau informal lebih bebas daripada keseimbangan
simetrik, kerana pengaturannya adalah tidak terukur dan tidak kaku. Di sini tidak ada
garis tengah yang membahagikan komposisi dalam dua bahagian yang sama, kerana
komponen reka bentuk berbeza, baik dalam bentuk dan warna, tetapi tampaknya
sama berat. Keseimbangan ini sangat menarik, kerana memerlukan lebih banyak
imaginasi dan lebih sukar untuk dicapai, seperti dalam komposisi warna, sedikit
warna cerah dapat seimbang dengan sejumlah besar warna yang suram. Tidak ada
rumus tertentu untuk mendapatkan keseimbangan informal.
55
2.3.2 Irama
Irama dalam prinsip reka bentuk berdasarkan suatu pengulangan, seperti yang
disebutkan oleh Lauer (2002):
Rhythm as a design principle is based on repetition. Repetition as an element of visual unity, is exhibited in some manner by almost every work of art. However, rhythm involves a clear repetition of elements that are the same or only slightly modified (p.100)
Irama ialah suatu gerak yang dijadikan sebagai dasar suatu irama dan ciri
khasnya terletak pada pengulangan yang dilakukan secara teratur dengan diberi
tekanan atau aksen. Dapat dikatakan bahawa irama berfungsi mengarahkan perhatian
dari suatu tempat ke tempat yang lain. Bentuk irama yang paling sederhana ialah
pengulangan yang seragam daripada objek yang sama. (Kusmiati, 1999).
2.3.3 Kesatuan
Kesatuan bermaksud semua bahagian prinsip dan elemen reka bentuk bersatu
padu dan serasi sehingga orang yang melihat dapat memahaminya sebagai suatu
kesatuan. Graham (2002), menyebutkan bahawa:
Unity is achieved when all of the separates elements on a page look as if they belong together. In comparison, a unified design is easier for the reader to read, remember, and absorb your message. Unity is especially important in multiple-page publications such as a magazine or newsletter where the designer must achieve a consistent look across many different pages holding different content (p.111).
Tanpa adanya kesatuan prinsip dan elemen reka bentuk dalam sebuah papan
iklan, akan menjadikan mesej yang ingin disampaikan melalui papan iklan tersebut
menjadi kurang menarik perhatian orang untuk melihatnya.
56
2.3.4 Kontras
Kontras terjadi ketika dua elemen atau lebih dilihat sangat berbeza secara
dramatik antara satu dengan yang lainnya (Graham, 2002). Resnick (2003),
menjelaskan bahawa:
Contrast stresses the visual differences in size, shape and color between the elements to enchance the perception of the a messageintended. Contras also draws and directs the viewer’s attention to specific areas of information (p.25).
Dengan adanya penempatan elemen kontras dalam karya reka bentuk grafik
dapat menarik perhatian bagi yang melihatnya.
2.3.5 Kadar Bandingan (Proportion)
Kadar bandingan ialah perbandingan antara satu objek dengan objek yang
lain atau secara keseluruhannya. Unsur kadar bandingan itu tidak berdiri sendiri,
melainkan selalu dikaitkan dengan ukuran objek-objek lain yang telah diketahui
sebelumnya. Misalnya, ukuran gambar yang serasi untuk newsletter jelas kurang
sesuai sekiranya digunakan untuk papan iklan (Kusmiati, 1999).
2.3.6 Penitikberatan (Emphasis)
Setiap reka bentuk memerlukan beberapa cara untuk menarik perhatian, salah
satunya dengan menggunakan elemen emphasis. Penggunaan emphasis yang
berkesan adalah dengan cara menganalisi terlebih dahulu reka bentuk yang akan
dibuat, dan kemudian ditentukan kata-kata dan frasa mana yang paling penting dan
lebih informatif dalam reka bentuk tersebut. Penggunaan emphasis dapat dilakukan
dengan membesarkan, menggelapkan atau menambahi warna pada kata-kata atau
frasa tersebut.
57
Landa (2005), menjelaskan takrifan tentang emphasis sebagai yang berikut:
Emphasis is the arrangement of visual elements, giving stress or importance to some visual elements, thereby allowing two actions: information to be easily gleaned and the graphic design to be easily received (p.53).
Prinsip daripada emphasis adalah dengan menentukan bahagian mana yang
penting daripada informasi yang ingin disampaikan, kemudian bahagian tersebut
ditata pada kedudukan ‘terdepan’ dalam sebuah reka bentuk grafik. Dalam penelitian
ini elemen emphasis dapat ditemui pada beberapa media papan iklan.
2.4 Elemen-Elemen Reka Bentuk
Supaya dapat berkomunikasi secara visual, seorang pereka bentuk
menggunakan elemen-elemen untuk menunjang reka bentuk tersebut. Elemen-
elemen reka bentuk merujuk komponen visual, seperti garis, tekstur, warna, bentuk
dan ruang. Setiap elemen mempunyai pengaruh yang berbeza-beza bagi yang
melihatnya, seperti garis yang lebih mengarah; warna dan tekstur yang lebih
emosional; bentuk yang lebih struktural. Karya reka bentuk grafik yang indah dengan
kualiti yang memuaskan dapat dihasilkan kerana seorang pereka bentuk grafik
berhasil mengekspresikan suatu citra yang benar. Keberhasilan tersebut adalah
sebagai hasil pertimbangan yang cerdas dalam memanfaatkan prinsip-prinsip serta
elemen-elemen reka bentuk secara tepat, dengan memahami keterbatasan sifat bahan.
2.4.1 Garis
Secara umumnya garis terdiri daripada titik –titik yang mempunyai peranan
tersendiri, unsur titik juga boleh mendukung keindahan. Bentuk garis boleh bersifat
lurus atau lengkung, namun kedua-duanya memiliki bentuk dan karakter yang
berbeza (Kusmiati, 1999).
58
Garis bererti gabungan antara dua titik, seperti yang disebutkan oleh
Resnick (2003):
line is the element of length as a mark connecting any two points. Line can organize, direct, separate, be expressive, suggest an emeotion, or create a rhythm. They can join elements or divide them using a rule, which is a line that separates one element in a design from another (p.23).
Dalam reka bentuk grafik, garis dapat dibahagikan kepada empat bahagian,
iaitu garis vertikal, horizontal, diagonal dan melengkung.
2.4.2 Tekstur
Tekstur ialah sifat dan kualiti fizikal permukaan suatu bahan, seperti kasar,
kilat, pudar atau kusam, yang dapat diaplikasikan dalam reka bentuk. Tekstur juga
berkait dengan alat indera penglihatan dan sentuh. Setiap benda memiliki sifat dan
kualiti teksturnya yang berbeza-beza. Lauer (2002) juga menjelaskan takrifan
tekstur:
Texture refers to the surface quality of objects. Texture appeals to our sense of touch. Even when we do not actually feel on object, our memory provides a sensory reaction or sensation of touch. In effect, the various light and dark pattern of different textures give visual clues for us to enjoy textures vicariously (p.158).
Tekstur daripada papan iklan berbeza-beza, bergantung pada bahan yang
digunakan, seperti papan iklan sebelum tsunami yang banyak menggunakan
kepingan aluminium, sedangkan sesudah tsunami hampir semua papan iklan
menggunakan bahan Vynil yang dicetak menggunakan mesin. Kedua-dua bahan
tersebut mempunyai tekstur yang berbeza.
59
2.4.3 Warna
Warna merupakan suatu aspek atau bahagian yang sangat penting dan nyata
sehingga tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan kita sehari-hari. Setiap
apa-apa yang terlihat oleh mata manusia tidak terlepas daripada persoalan warna.
Warna juga melambangkan, menggambarkan atau mewakili suatu objek, kejadian,
dan perilaku manusia. Dalam suatu rancangan, warna dapat melambangkan suatu
emosi, ciri-ciri, kehangatan, ketenangan dan bahaya. Pemilihan warna yang baik
dalam mereka bentuk papan iklan dapat menarik perhatian kita ketika kali pertama
kita melihatnya. Warna dapat menimbulkan sesuatu yang menyenangkan,
mengejutkan atau menimbulkan beberapa kesan lainnya.
Warna sesebuah objek ditentukan oleh cara cahaya itu jatuh pada objek dan
dipantulkan ke mata kita. Warna tidak akan ada tanpa adanya cahaya. Warna ialah
bahasa yang dapat difahami secara keseluruhan, seperti warna merah dan hijau yang
terdapat pada lampu isyarat (traffic light), yang semua orang memahami maksud
warna lampu tersebut.
Warna memainkan peranan yang penting dalam reka bentuk grafik, seperti
yang disebutkan oleh Graham (2002):
Color is powerful visual force. The right color choices make your pages more appealing, attract attention, and help clarify the message. The wrong color choices can seem awkward (imagine a bright orange tie worn with a pink shirt) or impair legibility (like small, dark green text on purple background) (p. 169)
60
Pada dasarnya, elemen warna menurut Landa (2005) dibahagikan ke dalam
tiga kategori, iaitu :
1. Hue, ialah nama warna itu sendiri, seperti merah, kuning, hijau.
2. Value (nilai), ialah tahap terang atau gelapnya sesuatu warna, seperti merah
terang atau merah gelap.
3. Chroma (intensity, saturation), yang berhubungan dengan kadar kecemerlangan
atau pudarnya suatu warna, seperti biru cerah atau biru pudar.
2.4.4 Bentuk (Shape)
Bentuk ialah suatu bidang yang terjadi kerana dibatasi oleh sebuah kontur
(garis) atau dibatasi oleh adanya warna yang berbeza atau oleh gelap terang pada
arsiran atau kerana adanya tekstur (Kartika, dalam www.escaeva.com). Berdasarkan
takrifan tersebut, dalam hasil penelitian ini didapati banyak penggunaan bentuk pada
papan iklan yang ada di Aceh sebelum tsunami dan sesudah tsunami, baik bentuk
yang wujud kerana garis, warna, atau kerana adanya tekstur. Cheatman (1983)
mengatakan bahwa: perkataan ‘shape’ biasanya digunakan untuk mendeskripsikan
komponen visual yang dua dimensional, sedangkan yang berkenaan dengan tiga
dimensional atau bentuk yang mempunyai volume disebut ‘form’.
2.4.5 Ruang (Space)
Kusmiati (1999) menjelaskan bahawa, ruang terjadi kerana adanya tanggapan
mengenai kedalaman sehingga terasa jauh dan dekat, tinggi dan rendah, yang tampak
melalui indera penglihatan. Elemen ini dalam praktik reka bentuk grafik, contohnya
akhbar, space digunakan sebagai elemen ruang bernafas bagi mata pembaca. Hal ini
demikian agar pembaca tidak terlalu letih membaca teks yang panjang dan jarak
yang sempit. Ruang kosong memberikan penegasan pemisah antara kolum dan teks
61
dalam sebuah akhbar. Selain itu dapat memberikan kesan reka bentuk yang lapang
dan rapi. Hal ini diistilahkan dengan white space atau negative space (ruang kosong).
Fungsi White space dalam membuat tataletak iklan adalah untuk menarik perhatian
khalayak. Menurut Winter dan Goodman (1978) white space ialah:
The space in the advertisement which is unoccupied by copy or art, gives emphasis and contrast the design.
Kekontrasan pada tataletak yang terarah dan menimbulkan kesan kosong,
sangat berguna bagi aspek-aspek yang hendak ditimbulkan pada iklan. Ruang kosong
yang tidak terisi teks, ilustrasi atau elemen-elemen pendukung iklan akan menjadikan
pembaca iklan ‘seolah bernafas lega’ dan menambah ketertarikan terhadap segi-segi
yang ditimbulkan di sekitar ruang atau bahagian yang kosong itu. Fungsi white space
adalah sebagai pemberi tekanan pada iklan. Oleh sebab itu kekontrasannya akan
terlihat berbeza berbanding iklan-iklan yang tidak menggunakan white space sama
sekali.
2.5 Elemen Reka Bentuk Grafik
Menurut Adityawan, secara umumnya ada empat elemen dasar dalam reka
bentuk grafik, iaitu (1) ilustrasi, (2) fotografi, (3) simbol, dan (4) tipografi (headline,
subheadline dan bodycopy)
2.5.1 Ilustrasi
Ilustrasi adalah suatu bidang dari seni yang berspesialisasi dalam penggunaan
gambar yang tidak dihasilkan dari kamera atau fotografi (nonphotographic image)
untuk visualisasi. Dengan kata lain, ilustrasi yang dimaksudkan di sini adalah gambar
yang dihasilkan secara manual. Banyak orang yang akhirnya menyadari bahwa
ilustrasi dapat juga menjadi elemen yang sangat kreatif dan fleksibel, dalam arti
62
ilustrasi dapat menjelaskan beberapa subjek yang tidak dapat dilakukan dengan
fotografi, contohnya untuk untuk menjelaskan informasi detail seperti cara kerja
fotosintesis, Arnston (2003). Seorang ilustrator seringkali mengalami kesulitan
dalam usahanya untuk mengkomunikasikan suatu mesej menggunakan ilustrasi,
tetapi jika ia berhasil, maka dampak yang ditimbulkan sangat besar. Kerana itu suatu
ilustrasi harus dapat menimbulkan respon atau emosi yang diharapkan dari
masyarakat yang dituju. Ilustrasi umumnya lebih membawa emosi dan dapat
bercerita banyak berbanding dengan fotografi, hal ini dikarenakan sifat ilustrasi yang
lebih hidup, sedangkan sifat fotografi hanya berusaha untuk “merekam” masa sesaat.
Ilustrasi dalam iklan cetak selain berfungsi sebagai daya tarik perhatian khalayak,
juga dapat mempengaruhi penerimaan dan ingatan khalayak terhadap mesej iklan.
Sebuah ilustrasi iklan bukanlah sekedar gambar yang indah namun juga harus
komunikatif, artinya mampu mengkomunikasikan keseluruhan kandungan mesej
iklan sehingga bisa difahami oleh khlayak sasarannya.
2.5.2 Fotografi
Ada dua bidang utama di mana seorang pereka bentuk banyak menggunakan
elemen fotografi, iaitu penerbitan (publishing) dan periklanan (advertising)
(Cenadi, 1999). Beberapa tugas dan kemampuan yang diperlukan dalam kedua
bidang ini hampir sama. Dalam penerbitan (dalam hal ini majalah) lebih diutamakan
kemampuan untuk bercerita dengan baik dan perhubungan dengan pembaca;
sedangkan dalam periklanan (juga dalam majalah) lebih diutamakan kemampuan
untuk menjual produk yang diiklankan tersebut. Dalam periklanan, fotografer yang
diperlukan adalah mereka yang kreatif dan jeli, serta mempunyai keahlian untuk
bervisualisasi. Contohnya, untuk menggambarkan sebuah tempat bercuti dalam
sebuah brosur biro perjalanan, jika menggunakan ilustrasi hasilnya tidak akan
63
semenarik berbanding dengan foto. Fotografi sangat efektif untuk mengesankan
keberadaan suatu tempat, orang atau produk. Sebuah foto mempunyai kekuasaan
walaupun realita yang dilukiskan kadangkala jauh dari keadaan yang sesungguhnya.
Selain itu sebuah foto juga harus dapat memberikan kejutan dan keinginan untuk
bereksperimen.
2.5.3 Simbol
Simbol telah ada sejak adanya manusia, lebih dari 30.000 tahun yang lalu,
saat manusia prasejarah membuat tanda-tanda pada batu dan gambar-gambar pada
dinding gua di Altamira, Sepanyol (Cenadi, 1999). Manusia pada jaman ini
menggunakan simbol untuk mencatat apa yang mereka lihat dan kejadian yang
mereka alami sehari-hari. Dewasa ini peranan simbol sangatlah penting dan
keberadaannya sangat tak terbatas dalam kehidupan kita sehari-hari. Kemanapun kita
pergi, kita akan menjumpai simbol-simbol yang mengkomunikasikan mesej tanpa
penggunaan kata-kata. Tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, hotel,
restoran, hospital dan lapangan terbang; semuanya menggunakan simbol yang
komunikatif dengan orang banyak, walaupun mereka tidak berbicara atau
menggunakan bahasa yang sama.
Simbol sangat efektif digunakan sebagai sarana informasi untuk
menjembatani perbezaan bahasa yang digunakan, contohnya sebagai komponen dari
signing systems sebuah pusat membeli-belah. Untuk menginformasikan letak tandas,
telefon awam, restoran, pintu masuk dan keluar, dan lain-lain digunakan dalam
bentuk simbol. Bentuk yang lebih kompleks dari simbol adalah logo. Logo adalah
identifikasi dari sebuah perusahaan, karena itu suatu logo mempunyai banyak
persyaratan dan harus dapat mencerminkan perusahaan itu. Seorang pereka bentuk
harus mengerti tentang perusahaan itu, tujuan dan objektifnya, jenis perusahaan dan
64
image yang hendak ditampilkan dari perusahaan itu. Selain itu logo harus bersifat
unik, mudah diingat dan dimengerti oleh pengamat yang dituju (Cenadi, 1999).
5.2.4 Tipografi
Rangkaian huruf dalam sesebuah kata atau kalimat bukan sahaja dapat
memberikan suatu makna yang mengacu kepada sebuah objek ataupun gagasan,
tetapi juga mempunyai kemampuan untuk menyuarakan suatu citra ataupun kesan
secara visual, kerana huruf mempunyai nilai fungsional dan nilai estetik. Pada
bahagian ini membahas tipografi dari segi headline, subheadline dan bodycopy.
Penjelasan tipografi lebih lanjut terdapat pada sub tajuk selanjutnya.
Headline atau tajuk utama di dalam iklan merupakan ayat utama atau ayat-
ayat yang biasanya terletak di atas atau di bawah iklan tersebut dengan tujuan untuk
menarik perhatian, menyampaikan faktor pelaris utama atau memastikan jenama
tersebut dikenal pasti. Headline yang tidak menarik perhatian tidak akan mendorong
pembaca untuk melihat bahagian-bahagian iklan seterusnya.
Subheadline atau sub tajuk mengandungi beberapa perkataan atau satu ayat
yang pendek dan biasanya terletak di atas atau di bawah headline. Ia termasuk
maklumat yang penting yang tidak terdapat di dalam headline. Biasanya subheadline
mempunyai tujuan yang sama dengan headline iaitu untuk menyampaikan faktor
pelaris utama atau maklumat. Subheadline selalunya dicetak lebih besar daripada
bodycopy, tetapi lebih kecil daripada headline. Kebanyakan subheadline lebih
panjang berbanding denagn headline dan boleh digunakan untuk menyampaikan
faktor pelaris yang lebih kompleks. Subheadline akan mengukuhkan lagi headline
dan menarik perhatian pembaca untuk membaca terus ke bahagian bodycopy.
Subheadline mempunyai tujuan lain yang penting, iaitu untuk merangsang
pembacaan yang lebih lengkap terhadap keseluruah iklan tersebut.
65
Bodycopy merupakan komponen tekstual sesebuah iklan dan menyatakan
maklumat yang lebih lengkap tentang sesuatu jenama. Bodycopy yang berkesan
ditulis dengan mengukuhkan headline dan subheadline yang bersesuaian dan
bertambah kukuh melalui ilustrasi atau foto. Dengan gabungan ilustrasi atau foto
pada bodycopy menjadi lebih menarik perhatian pembaca. Bodycopy yang menarik
adalah bergantung kepada kehandalan copywriter tersebut di dalam penghasilan msej
yang disampaikan.
2.6 Tipografi
Dalam peradaban moden, lambang bunyi yang berbentuk huruf mempunyai
peranan penting dalam proses komunikasi antara manusia, bagi menyampaikan
mesej verbal dan visual kepada seseorang, sekumpulan orang, bahkan orang ramai
yang dijadikan tujuan akhir proses penyampaian mesej daripada komunikator sebagai
pihak pengirim mesej kepada komunikan sebagai penerima mesej atau target sasaran.
Huruf yang berjumlah 26 buah ialah alat komunikasi yang paling
menakjubkan, kerana kombinasi antara huruf-huruf tersebut dapat menjadi sebuah
kata, frasa, dan ayat yang membolehkan kita berkomunikasi dengan orang lain.
Huruf dapat kita jumpai di mana-mana; majalah, akhbar, newsletter, komik, papan
iklan, poskad, email, laporan, leaflet dan lain-lain, yang sangat mudah kita temui
dalam kehidupan sehari-hari. Agar mesej dapat disampaikan dengan lebih efektif
kepada pembaca mesej maka perlu diteliti pemilihan jenis font yang tepat dengan isi
mesej yang ingin disampaikan. Hal ini sangat penting kerana font yang dipilih dapat
mewakili atau menggambarkan isi mesej yang disampaikan.
66
Dalam hubungannya dengan reka bentuk grafik, huruf dan tipografi ialah
elemen penting yang sangat diperlukan untuk mendukung proses penyampaian mesej
verbal mahupun visual. Hal ini menjadi sesuatu yang sukar difahami jikalau
seseorang komunikator ingin menyampaikan informasi berkenaan dengan produk
atau jasa yang hanya menumpukan pada aspek visual yang berbentuk deretan gambar
atau ilustrasi tanpa menerangkan mesej verbal berbentuk susunan huruf yang
dirangkai dalam pilihan tipografi yang persuasif dan komunikatif.
Bermula dari huruf tersebut timbullah istilah tipografi. Menurut Graham
(2002), tipografi ialah suatu seni dan proses penyusunan huruf pada sebuah muka
surat, yang sekarang ini dapat dibuat dengan menggunakan komputer, dan ia dapat
diubah berdasarkan ukuran, warna, tebal, nipis dan penempatannya yang disesuaikan
dengan reka bentuk yang ingin dibuat. Hal ini dapat menambahkan daya tarikan
untuk membaca atau melihat suatu mesej yang ingin disampaikan.
Menurut Baines dan Haslam (2002) tipografi ialah penyusunan bahasa visual
Typography is concerned with structuring and arranging of visual language. Type design is concerned with the creation of the units to be arranged, the characters which make up a typeface. Both typeform and typography are designed to convey a message (p.6).
Kemudian Baines dan Haslam (2002) mentakrifkan lagi bahawa:
Typograpy is concerned with both creation of typefaces and their arrangement to convey a message (p. 6).
Hal utama yang ingin dicapai dalam tipografi ialah hubungan antara idea
yang dihasilkan; berupa kata-kata dan imej dengan audien yang dimaksudkan.
Roberts (1966) juga mentakrifkan bahawa:
Typography is, therefore, the art of arranging letters, words and images in the communication of ideas, wether this is through the medium of printing or some other channel (p.xvi).
67
Ukuran huruf yang digunakan dalam suatu karya reka bentuk grafik
bergantung pada jenis karyanya, setiap karya mempunyai ukuran tersendiri dan
sesuai dengan permintaan dan konsep karya. Buku dan majalah untuk orang dewasa
biasanya menggunakan ukuran huruf sekitar 8.5 pt – 10 pt (point), tapi ukurannya
berbeza untuk anak-anak dan orang tua, iaitu dengan menggunakan huruf yang lebih
besar. Begitu juga dengan huruf yang digunakan untuk papan tanda, perlu
memperhatikan jarak penglihatan dan kebolehbacaan, sehingga tahap yang dapat
dilihat oleh audien.
2.6.1 Prinsip Tipografi
Carter (1993) menjelaskan ada empat prinsip pokok tipografi yang sangat
mempengaruhi keberhasilan suatu reka bentuk tipografi, iaitu: legibility, readability,
visibility, dan clarity.
Legibility ialah kualiti pada huruf, yang menjadikan huruf tersebut dapat
dibaca dengan mudah. Dalam suatu karya reka bentuk, dapat terjadi cropping,
overlapping, dan lainnya, yang menyebabkan berkurangnya legibiliti daripada suatu
huruf. Untuk menghindari hal tersebut, maka seorang pereka bentuk harus mengenal
dan memahami cirri-ciri bentuk suatu huruf dengan baik, dengan demikian sebuah
huruf dapat dilihat berbeza dengan huruf lainnya ketika ditampilkan dalam susunan
jenis huruf tertentu. Selain itu, penggunaan huruf yang mempunyai ciri-ciri yang
sama dalam suatu kata dapat juga menyebabkan kata tersebut tidak dapat dibaca
dengan tepat.
Readibility ialah penggunaan huruf dengan memperhatikan hubungannya
dengan huruf yang lain sehingga dapat dilihat dengan jelas. Ketidaktepatan dalam
menggunakan jarak dapat mengurangi kemudahan membaca suatu mesej, yang
menjadikan informasi yang ingin disampaikan pada suatu reka bentuk grafik
68
kurang jelas. Pada papan iklan, penggunaan jarak yang kurang tepat dapat
mengurangi kemudahan dalam membaca informasi yang mengakibatkan mesejnya
tidak sampai kepada seluruh khalayak ramai yang melewati papan iklan tersebut.
Apabila hal ini terjadi, maka dapat dikatakan bahwa karya reka bentuk grafik
tersebut gagal kerana kurang komunikatif. Kerapatan dan kerenggangan teks dalam
suatu reka bentuk juga dapat mempengaruhi keseimbangan reka bentuk.
Prinsip yang ketiga ialah visibility. Yang dimaksudkan dengan visibility ialah
kemampuan suatu huruf, kata, atau ayat dalam suatu karya reka bentuk grafik dapat
dibaca dalam jarak tertentu. Font yang kita gunakan untuk tajuk utama dalam brosur
tentunya berbeza dengan yang kita gunakan untuk papan iklan. Papan iklan harus
menggunakan font yang cukup besar sehingga dapat dibaca dari jarak yang tertentu.
Setiap karya reka bentuk mempunyai suatu sasaran jarak bacaan, dan huruf-huruf
yang digunakan dalam reka bentuk harus dapat dibaca dalam jarak tersebut sehingga
suatu karya reka bentuk dapat berkomunikasi dengan baik.
Prinsip pokok yang terakhir ialah clarity, iaitu kemampuan huruf-huruf yang
digunakan dalam suatu karya reka bentuk harus dapat dibaca dan difahami oleh
audien yang dituju. Supaya karya tersebut dapat berkomunikasi dengan audiennya,
sehingga mesej yang ingin disampaikan dapat dimengerti oleh audience yang dituju.
Beberapa unsur reka bentuk yang dapat mempengaruhi clarity ialah, warna,
pemilihan jenis huruf, dan lainnya.
Keempat-empat prinsip pokok tipografi di atas, mempunyai tujuan utama
memastikan agar informasi yang ingin disampaikan oleh suatu karya reka bentuk
grafik dapat disampaikan dengan tepat. Penyampaian informasi tidak hanya
merupakan satu-satunya peranan tipografi dalam reka bentuk grafik, tipografi dapat
juga membawa emosi atau berekspresi, menunjukkan pergerakan elemen dalam
69
suatu reka bentuk, dan memperkuat arah suatu karya reka bentuk. Maka dari itu,
banyak kita temui reka bentuk grafik yang hanya menggunakan tipografi sebagai
elemen utamanya, tanpa menggunakan gambar atau tanda visual lainnya. Hal ini
dapat dilihat pada beberapa papan iklan khidmat masyarakat yang ditaja oleh
kerjasama pemerintah dan NGO (Non Government Organization), iaitu papan iklan
tentang kebersihan yang hanya menampilkan mesej verbal dan logo penaja iklan
tersebut, hal ini dapat disebabkan oleh wujud kata kebersihan yang susah untuk
diungkapkan dalam bentuk visual berbanding verbal.
2.7 Tataletak
Tataletak atau layout mempunyai peranan yang penting dalam keberhasilan
komunikasi visual, kerana dengan susunan yang sistematik dan konstruktif akan
menimbulkan susunan yang teratur, komposisi yang menarik dan berimbang
sehinggga dapat menarik khalayak untuk memahami mesej yang terdapat dalam
sebuah media komunikasi.
Menurut Landa ((2005) takrifan daripada tataletak ialah:
Layout is the arrangement of type and visuals on a printed or digital page, and concerns the organization and arrangement of type and visuals on two-dimensional surfaces to create effective visual communication (p. 104).
Kemudian Landa (2005) menyebutkan bahawa tataletak mempunyai
beberapa tujuan, iaitu:
Layout entails several interrelated goals; to fit visual elements into a limited space, to facilitate communication which means to arrange visual elements so that they are functional, unified and easily accessible to the viewer and to create visual impact (p. 104).
70
2.8 Jenis Media Reka Bentuk Grafik
Media ialah alat untuk menyampaikan pesanan atau informasi kepada publik
atau orang ramai dengan menggunakan berbagai-bagai unsur reka bentuk grafik
seperti teks, garis, warna atau foto (gambar). Media reka bentuk grafik sangat banyak
jumlah dan jenisnya. Menurut Basuki (2000). Media reka bentuk grafik pada
dasarnya dapat dikelompokkan menjadi sebagai yang berikut:
1. Media cetak (printed material)
Contohnya: Poster (dalam dan luar), perekat, pembungkus, bahan-bahan sebaran,
katalog, iklan, kulit luar buku, sampul surat, majalah, dan akhbar
2. Media luar ruagan
Contohnya: kain rentang banner), papan nama, neon box, neon sign, papan iklan,
dan iklan pada kereta
3. Media elekronik
Contohnya: radio, televisyen, internet, filem, program video, animasi komputer
4. Tempat peragaan
Contohnya: etalase (window display), point of purchase, reka bentuk gantung,
floor stand
5. Cenderahati (special offer/souvenir)
Contohnya: baju T, topi, gelas, aneka cenderahati, sejadah, beg, dan sebagainya
Setiap jenis media reka bentuk grafik memiliki ciri-cirinya yang tersendiri,
bergantung pada tujuan penggunaan media tersebut. Dalam kajian ini jenis media
reka bentuk grafik yang dikaji ialah papan iklan.
71
2.9 Iklan
Iklan berasal daripada bahasa Arab iaitu “I’lan” yang bermaksud “khabar
yang disiarkan”. Dalam bahasa Inggeris, kata iklan ini berpadanan dengan kata
advertising yang berasal daripada bahasa Latin ad vertere yang bermaksud
“memalingkan fikiran kepada” sesuatu perkara Bovee dan Arens (1986)
mendefinisikan iklan seperti yang berikut:
Advertising is the non personal communications of information usually paid for and usually persuasive in nature about products, services or ideas by identified sponsors through the various media (p.5).
Daripada definisi itu dapatlah disimpulkan bahawa pengiklanan merupakan
suatu kaedah yang digunakan oleh iklan untuk menyampaikan, menghebuhkan atau
memberitahukan suatu barangan atau perkhidmatan kepada pengguna. Iklan dapat
disampaikan melalui media cetak, elektronik, atau papan iklan (Mat, 2001)
Secara teorinya iklan berbeza dengan reka bentuk grafik yang kedua-duanya
mempunyai maksud dan tujuan tertentu. Tujuan utama iklan adalah untuk membujuk
atau mengajak, dan tujuan keduanya barulah menyampaikan informasi. Semua iklan
mengandungi informasi dan ajakan atau bujukan dalam pelbagai tahap. Iklan yang
berjaya ialah iklan yang dapat menarik perhatian, menyampaikan mesej dan
membujuk massa. Sedangkan reka bentuk grafik merupakan idea atau gagasan yang
wujud dalam bentuk bahasa visual dan verbal yang digunakan untuk menyampaikan
mesej kepada masyarakat umum (audience), tanpa ada tujuan untuk membujuk atau
mengajak.
Pengiklanan bermaksud salah satu metod untuk memperkenalkan barangan,
perkhidmatan atau gagasan kepada publik. Iklan dapat ditemui di mana-mana seperti
di televisyen, radio, akhbar, majalah, email, papan iklan, laman web dan lain-lain.
Apapun medianya dalam pembuatan iklan, ia tetap mempunyai ciri khas tersendiri
72
iaitu membujuk publik. Seperti yang disebutkan oleh Wells (1998), bahawa tujuan
iklan adalah untuk membujuk massa (audience).
Advertising is paid nonpersonal communication from an identified sponsor using mass media to persuade of influence an audience (p.13).
Periklanan selalu melibatkan proses-proses komunikasi dalam pembuatannya;
komunikasi merupakan salah satu unsur dalam iklan yang tidak dapat dipisahkan.
Periklanan dalam proses kerja melibatkan komunikator (sender) sebagai pihak yang
mengirim mesej, media sebagai saluran komunikasi untuk menyampaikan mesej
serta komunikan (receiver) sebagai penerima mesej. Proses komunikasi merupakan
proses pemindahan mesej daripada komunikator kepada komunikan. Dalam kaitan
dengan konteks komunikasi, Sudiana (1986) memberikan batasan bahwa iklan
sebagai “salah satu bentuk komunikasi yang terdiri terhadap informasi dan gagasan
tentang suatu produk yang ditujukan kepada khalayak ramai secara bersamaan agar
memperoleh sambutan yang baik dan bertujuan memberikan informasi, dan
membujuk serta meyakinkan massa”.
2.9.1 Sifat Iklan
Dalam kehidupan sehari-hari kita dapat melihat iklan banyak yang
dipampangkan di tepi-tepi jalan, persimpangan jalan, majalah, akhbar, dan lain-lain.
Iklan tersebut pula banyak digunakan oleh perusahaan atau lembaga profit untuk
mendapatkan keuntungan. Meskipun demikian iklan tidak selamanya selalu bersifat
komersial. Pujiriyanto (2005), menyebutkan bahawa iklan mempunyai dua sifat, iaitu
sifat sosial dan komersial.
Iklan sosial atau sering dikenal dengan iklan khidmat awam iaitu iklan yang
menyampaikan mesej bertemakan sosial atau kemasyarakatan tanpa menekankan
unsur keuntungan atau penjualan. Iklan ini banyak diproduksi oleh pemerintah atau
73
badan-badan sosial. Sebagai media yang bergerak dalam bidang sosial, iklan khidmat
awam pada umumnya mempunyai mesej tentang kesedaran nasional dan
lingkungannya. Sebagai contoh iklan khidmat awam berkenaan AIDS, kebersihan
lingkungan, pencegahan selsema burung, budaya gemar membaca dan lain-lain.
Keberadaan iklan khidmat awam bersifat persendirian ia tidak berkaitan dengan
konsep perniagaan perdagangan, politik atau agama. Bentuk fizikalnya tidak berbeza
dengan iklan komersial, kerana kedua-duanya merupakan media komuniksai visual
yang berperanan untuk mempengaruhi khalayak ramai sebagai sasaran agar hatinya
tergerak untuk melakukan sesuatu yang dianjurkan oleh mesej dalam iklan khidmat
awam tersebut. Oleh sebab itu, perencanaan sebuah iklan khidmat awam memacu
konsep iklan komersial.
Iklan komersial ialah iklan yang menawarkan produk atau jasa dengan
mempertimbangkan unsur untung dan rugi yang bertujuan mempengaruhi
masyarakat umum untuk membelinya. Sebagai contohnya: iklan coca-cola, sabun
lux, makanan segera KFC, Mc. Donald dan sebagainya.
2.10 Papan Iklan (Billboard)
Billboard ialah papan iklan yang berukuran besar yang ditempatkan di luar
lapangan atau ruang terbuka (Nuradi, 1996). Billboard dikelompokkan sebagai media
penyampaian informasi dan promosi, ia melibatkan gambar dan kata-kata yang
dirangkaikan semaksimum mungkin, untuk mencapai suatu tujuan tertentu dan
menimbulkan kesan pada masyarakat yang melihatnya. Billboard terdiri daripada
pelbagai variasi baik dari segi bentuk mahupun ukuran, begitu juga halnya dengan
warnanya.
Oleh sebab billboard berperanan untuk menyampaikan mesej verbal
mahupun visual, keberadaannya haruslah dikemaskan sedemikian rupa agar menarik
74
dan mampu membangkitkan daya tarikan orang yang melihatnya, sehingga dapat
menimbulkan rangsangan dan reaksi untuk membuat keputusan. Untuk itu, mesej
verbal mahupun visual yang ditampilkan dalam reka bentuk papan iklan harus
dinyatakan dalam bahasa yang sederhana, benar dan mudah diingat. Hal ini menjadi
penting agar mesej-mesej tersebut mudah difahami oleh pembaca tanpa ada
kesalahan dalam pemahaman makna daripada mesej tersebut.
Papan iklan adalah salah satu media komunikasi visual berbentuk dua
dimensi. Kehadirannya bertujuan menyampaikan suatu keinginan, mengumumkan
sesuatu agar diketahui masyarakat dan mengingatkan mereka tentang hal-hal yang
dianggap penting. Dengan demikian keberadaan papan iklan menjadi media yang
sangat efektif. Hal ini bererti papan iklan dapat membawa masyarakat untuk
berkomunikasi dengan cara timbal balik, selanjutnya mengadakan suatu tindakan
atas pengaruh komunikasi tersebut. Hal ini juga didukung oleh unsur-unsur papan
iklan yang menjadi faktor terpenting berhasilnya papan iklan sebagai media
komunikasi visual.
Penelitian ini akan mengkaji papan iklan, iaitu papan iklan komersial dan
papan iklan khidmat awam sebelum tsunami dan sesudah tsunami. Tema yang
disampaikan dalam papan iklan ini terdapat pelbagai jenis, bergantung pada
penajanya. Papan iklan komersial lebih cenderung mengiklankan produknya dan
papan iklan khidmat masyarakat lebih pada menyampaikan mesej sosial kepada
masyarakat, kebiasaannya papan iklan ini ditaja oleh pemerintah atau NGO.
Media outdoor advertising semakin meningkat dan pesat pertumbuhannya.
Jenis media yang dihasilkan salah satunya ialah billboard atau papan iklan. Media
papan iklan adalah salah satu media iklan ampuh, banyak digunakan untuk
pengiklanan sebagai media pengingat (reminding) dalam usaha memperkuat brand
75
di suatu kegiatan strategi pemasaran secara terpadu. Papan iklan mempunyai
pelbagai keunggulan dan keunikan berbanding media lain; masa tayangan cukup
lama iaitu, 24 jam perhari, 7 hari perminggu, 365 hari pertahun, terpajang di setiap
titik lokasinya sehingga menjadi landmark akan lingkungannya. Dengan pernataan
yang tepat, papan iklan diharapkan dapat menjadi elemen estetik handal sehingga
kota menjadi lebih cantik dan indah.
Tujuan dasar papan iklan adalah sebagai penyampai informasi, yang juga
digambarkan sebagai ungkapan mesej dari sebuah produk, jasa atau idea.
Pengungkapannya boleh dapat berupa kata-kata (huruf) yang dirangkaikan sehingga
menjadi suatu informasi yang jelas dan mudah dibaca. Ada beberapa papan iklan
yang lebih cenderung menggunakan gambar dalam menyampaikan informasi, hal ini
dapat dilihat pada papan iklan perjalanan (travel), yang menyajikan gambar seperti;
pemandangan alam (laut, gunung, atau tempat pelancongan) yang dimiliki oleh
berbagai-bagai negara. Dalam hal ini gambar lebih berperanan penting daripada kata-
kata.
Ryan dan Conover (2004) menjelaskan bahawa ada dua jenis papan iklan,
iaitu: painted board dan poster panel. Painted board ialah sejenis papan iklan yang
digambarkan secara langsung pada medianya, seperti pada papan, dinding bangunan
atau lainnya. Poster panel ialah papan iklan yang dicetak pada media seperti Vynil
yang dapat dicetak dalam jumlah yang banyak, dan kemudian baru dipasangkan pada
kerangka papan iklan. Mereka juga menyebutkan bahawa papan iklan yang berkesan,
biasanya mempunyai tiga elemen, iaitu: seni, tajuk utama yang ringkas dan penaja
papan iklan tersebut, yang berupa logo diikuti nama penajanya. Ketiga elemen
tersebut dapat digabungkan dalam pelbagai cara pada papan iklan.
76
BAB III METODOLOGI
3.1 Kaedah Penelitian
Reka bentuk grafik yang dimaksud dalam penelitian ini ialah papan iklan
yang ada di Banda Aceh dan Aceh Besar pada masa sebelum tsunami dan sesudah
tsunami. Ada beberapa kesamaan dan perbezaan antara papan iklan di Aceh dengan
papan iklan yang ada di daerah lain seperti Medan, Jakarta, Bandung, Jogjakarta dan
daerah lainnya. Kesamaan ini banyak terdapat pada papan iklan komersial,
sedangkan perbezaannya terdapat pada iklan khidmat masyarakat. Hal ini disebabkan
oleh mesej khidmat masyarakat yang ingin diinformasikan oleh tiap-tiap pemerintah
atau lembaga bukan pemerintah berbeza-beza bergantung pada tujuan mesej yang
ingin disampaikan oleh pemerintah atau lembaga tersebut. Reka bentuk grafik di
Aceh mengalami perkembangan yang pesat setelah berlakunya bencana tsunami.
Dalam penelitian ini jenis penelitian yang digunakan ialah deskriptif
kualitatif. Deskriptif kerana pengolahan datanya diwujudkan melalui paparan yang
lengkap, sedangkan kualitatifnya ditujukan melalui jenis datanya yang menyediakan
pentafsiran, makna dan nilai. Menurut Krathwohl dalam Research Methods in
Education: An Introduction (1995), menjelaskan takrifan kaedah kualitatif:
Qualitative research: research that describe phenomena in the words instead of numbers or measures…(p. 12).
Bogdan dan Biklen (1998) juga menyebutkan bahawa:
Qualitative research is descriptive. The data collected are in the form of words or pictures rather than numbers. The written results of the research contains quotations from the data to illustrate and substantiate the presentation (p. 30).
77
Penggunaan kaedah kualitatif dalam penelitian ini adalah untuk memperoleh
data yang berkenaan dengan permasalahan penelitian, iaitu tentang perubahan yang
terjadi pada reka bentuk grafik di Banda Aceh setelah berlakunya tsunami.
3.2 Hipotesis
Hipotesis merupakan andaian atau rumusan yang perlu dibuktikan. Hipotesis
penelitian ini ialah: terdapat perubahan pada reka bentuk grafik di Banda Aceh
sesudah berlakunya tsunami sebagai akibat pengaruh luar yang masuk ke Aceh.
Maksud pengaruh luar dalam kajian ini, iaitu masyarakat luar dari daerah Aceh yang
masuk ke Aceh setelah tsunami baik mereka yang datang bersendirian mahupun
mereka yang bergabung dengan NGO tempatan atau antarabangsa. Kerana daerah
Aceh sebelum tsunami sangat tertutup, hal ini disebabkan oleh konflik yang
membuat daerah Aceh menjadi kurang kondusif.
3.3 Instrumen Penelitian
Dalam penelitian kualitatif peneliti merupakan instrumen utama penelitian
(Bungin, 2003), sehingga ia dapat melakukan penyesuaian seiring dengan kenyataan-
kenyataan yang terjadi di lapangan. Wiersma (1995) juga menjelaskan peranan
peneliti sebagai instrumen penelitian:
…for data collection the researcher is the instrument. This mean that as data collection is ongoing, and during the entire research process for that matter, the researcher makes decisions about what data to collect, whom to interview and so on. (pp. 218-219).
Posisi peneliti sebagai instrumen penelitian memainkan peranan yang
penting, sebagai perencana, pelaksana pengumpulan data, analisis data dan akhirnya
ia juga yang menjadi pelapor hasil penelitiannya dalam keseluruhan proses
78
penelitian. Di samping itu juga peneliti menggunakan instrumen lain yang berupa
pedoman temu bual, pedoman pengamatan dan kamera.
Pedoman pengamatan dibuat sebelum pengamatan dilakukan, yang berkenaan
apa sahaja yang akan diamati dengan membuat catatan tentang waktu
(hari/tarikh/masa) dan tempat yang akan diamati. Pengamatan ini tidak hanya
berdasarkan pedoman yang telah dibuat atau disiapkan, tetapi juga
mempertimbangkan dan menyesuaikannya dengan keadaan yang didapati di
lapangan.
Pedoman temu bual digunakan untuk mengingatkan peneliti mengenai
persoalan-persoalan yang harus ditanyakan, juga menjadi daftar semak (check list)
apakah persoalan yang relevan tersebut sudah ditanyakan. Dengan adanya pedoman
tersebut peneliti juga harus memikirkan cara pertanyaan tersebut akan dideskripsikan
secara jelas dalam bentuk ayat tanya, sehingga responden dapat memahami maksud
pertanyaan tersebut. Pertanyaan juga disesuaikan dengan situasi dan kondisi pada
ketika temu bual berlangsung. Pedoman temu bual mengandungi persoalan-persoalan
yang akan diajukan, sehingga temu bual tersebut tidak melencong daripada
permasalahan penelitian.
Kamera digunakan untuk mengambil gambar papan iklan yang ada di tepi
jalan atau di persimpangan jalan di daerah Banda Aceh dan Aceh Besar. Kamera
sangat bermanfaat dalam dokumentasi papan iklan yang didapati di lapangan, sama
ada papan iklan komersial ataupun papan iklan khidmat masyarakat.
79
3.4 Teknik Pengumpulan Data
John Lofland dalam Qualitative Evaluation Methods (1980) menyarankan
bahawa ada empat elemen dalam pengumpulan data kualitatif :
…there are four elements in collecting data. First, the qualitative methodologist must get close enough to the people and situation being studied to be able to understand the depth and details of what goes on. Second, the qualitative methodologist must aim at capturing what actually takes place and what people actually say: the perceived facts. Third, qualitative data consist of a great deal of pure description of people, activities, and interactions. Fourth, qualitative data consist of direct quotations from people, both what they speak and what they write down (p.36)
Teknik pengumpulan data dalam kajian ini dilakukan dengan cara
pengamatan ikut serta (participant observation) dan temu bual (interview). Seperti
yang disebutkan oleh Marshall dan Rossman (1995) bahawa: ada empat kaedah
fundamental pengumpulan data dalam penelitian kualitatif diantaranya, pengamatan
ikut serta dan melaksanakan temu bual yang mendalam.
3.4.1 Pengamatan Ikut Serta (Participant Observation)
Pengamatan ialah teknik pengumpulan data di mana seorang peneliti
melakukan pengamatan pada masyarakat yang menjadi objeknya (Bungin, 2003).
Pengamatan dilakukan oleh peneliti untuk mengumpulkan data tentang reka bentuk
grafik terutama papan iklan sebelum tsunami dan sesudah tsunami. Jenis pengamatan
yang dilakukan dalam penelitian ini ialah pengamatan secara langsung, iaitu peneliti
melibatkan diri untuk mengamati industri-industri reka bentuk grafik yang ada di
Banda Aceh, dan berinteraksi dengan mereka (pemilik usaha dan pekerja) yang
terlibat dalam proses pembuatan reka bentuk grafik di industri tersebut. Pengamatan
80
juga dilakukan ketika pengambilan gambar papan iklan di tepi jalan atau di
persimpangan jalan. Seperti yang disebutkan oleh Bungin (2003).
Pengamatan partisipasi yang dimaksudkan ialah pengamatan langsung dengan melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan masyarakat yang diteliti (p. 179).
Slavin (1992) menjelaskan juga bahawa participant observation ialah :
Whenever the observer interacts with the people being observed, this is called participant observation (p. 68).
Dalam pengamatan peneliti memperkenalkan diri terlebih dahulu dengan
pemilik usaha reka bentuk grafik, kemudian baru merujuk topik penelitian, yang
diikuti dengan temu bual untuk memperoleh data yang berkenaan dengan
permasalahan penelitian.
3.4.2 Temu Bual
Menurut Moleong (2001) temu bual ialah percakapan yang dilakukan dengan
maksud tertentu, yang dilakukan oleh dua pihak, iaitu penemu bual (interviewer)
yang mengajukan pertanyaan dan yang ditemu bual (interviewee) yang memberikan
jawapan terhadap permasalahan yang diajukan.
Jenis temu bual yang digunakan ialah temu bual tak berstruktur atau disebut
juga temu bual terbuka. Pelaksanaan tanya jawab seperti dalam perbualan sehari-
hari, yang kadangkala timbul pertanyaan secara sepontan sesuai dengan
perkembangan situasi dan kondisi ketika temu bual dilakukan. Dengan teknik ini
diharapkan wujudnya komunikasi langsung yang fleksibel dan terbuka, sehingga
maklumat yang didapati lebih banyak dan luas. Temu bual yang dijalankan sama ada
mengambil masa yang singkat atau lama bergantung pada masa yang disediakan oleh
yang ditemu bual, sekiranya masa yang diperuntukkan untuk mendapatkan maklumat
tidak mencukupi maka dapat diteruskan pada hari berikutnya. Pedoman pertanyaan
81
yang akan ditanyakan telah disiapkan terlebih dahulu, sehingga temu bual tidak
tersasar jauh daripada permasalahan penelitian.
Temu bual dijalankan dengan pemilik usaha atau pekerja dalam bidang reka
bentuk grafik, pensyarah yang memahami reka bentuk grafik, dan beberapa
responden yang berperanan penting dalam bidang seni (reka bentuk grafik).
3.5 Sumber Data
Lofland dan Lofland (1995) menyebutkan bahawa, sumber data utama dalam
penelitian kualitatif ialah kata-kata dan tindakan selebihnya ialah data tambahan
seperti dokumen dan sebagainya. Data yang dikumpulkan oleh peneliti berupa data
deskriptif, iaitu berupa kata-kata dan tindakan responden yang didapati daripada
pengamatan ikut serta dan temu bual. Patton (1980) juga menyebutkan bahawa:
Qualitative data consist of detailed descriptions of situations, events, people, interactions, and observed behaviors; direct quotations from people about their experiences, attitudes, beliefs, and thoughts; and excerpts or entire passages from documents, correspondence, records, and case histories (p. 22). Sumber data dalam penelitian ini berasal daripada kutipan-kutipan data yang
diperoleh daripada berbagai-bagai sumber untuk dideskripsikan dan diperkuat
penyajian data tentang pengaruh tsunami terhadap reka bentuk grafik di Banda Aceh.
Menurut Slavin (1992) sumber data dapat berupa:
The written results of the research contains quotations from the data to illustrate and substantiate the presentation. The data include interview transcripts, field notes, photographs, videotapes, personal documents, memos, and other official records (p. 66).
Dalam penelitian ini sumber data yang digunakan adalah daripada hasil temu
bual, catatan lapangan (field notes), gambar, dan rujukan lainnya yang berkenaan
dengan permasalahan penelitian.
82
3.5.1 Hasil Temu bual
Menurut Patton (1990), data hasil temu bual terdiri daripada kutipan langsung
daripada orang-orang yang ditemu bual yang berkenaan dengan pengalaman mereka,
pendapat, perasaan dan pengetahuan. Hasil temu bual yang diperoleh daripada semua
informan disusun berdasarkan kategori permasalahan penelitian, sehingga dapat
diketahui secara langsung permasalahan yang belum diperoleh datanya.
3.5.2 Catatan Lapangan
Menurut Slavin (1992) dalam jenis pengamatan ikut serta atau pengamatan
tidak ikut serta, catatan lapangan atau field notes ialah hal yang sangat penting dalam
pengumpulan data. Catatan lapangan ini diperoleh ketika pengamatan dilaksanakan.
Patton (1990) menyebutkan bahawa:
The data from observations consist of detailed description of people’s activities, behaviors, actions and the full range of interpersonal interactions and organizational processes that are part of observable human experience (p. 10).
Catatan lapangan dalam kajian ini diperoleh pada ketika penelitian dilakukan,
peneliti mencatat hal-hal yang berlaku di lapangan yang tidak dapat diperoleh dengan
menggunakan pita rakaman. Catatan lapangan ditulis secepat mungkin sesudah
pengamatan dilakukan atau pada ketika pengamatan dilakukan, agar data tersebut
tidak dilupakan begitu sahaja. Catatan lapangan mengandungi deskripsi keadaan
tempat penelitian, dan keadaan sepanjang penelitian dijalankan.
83
3.5.3 Gambar
Gambar yang digunakan sebagai sumber data penelitian ini ialah gambar
papan iklan komersial dan iklan khidmat awam yang ada di Banda Aceh dan Aceh
Besar. Gambar foto tersebut diambil oleh peneliti sendiri dan ada beberapa gambar
yang diperoleh daripada kakitangan NGO, wartawan akhbar Serambi Indonesia dan
pereka bentuk grafik Aceh Magazine, serta dari internet. Hal ini disebabkan masa
tayang papan iklan tersebut ada yang sudah tamat tempohnya, sehingga peneliti tidak
dapat mengambil gambarnya. Seperti gambar foto papan iklan BRR (Badan
Rehabilitasi dan Rekonstruksi) kebanyakan diperoleh daripada Yusran Achmad yang
merupakan Pengarah bahagian staf Satuan Kerja Penguatan Kelembagaan
Komunikasi Informasi BRR NAD-Nias; gambar foto papan iklan khidmat
masyarakat sebelum tsunami yang diperoleh daripada Mahdi Abdullah iaitu
wartawan akhbar Serambi Indonesia; dan beberapa gambar foto papan iklan
komersial sesudah tsunami yang diperoleh daripada Sonny Iskandar (kakitangan
NGO NACA (Network of Aquaculture Centres in Asia) dan Edi Irama Putra, iaitu
pereka bentuk grafik majalah Aceh Magazine.
Papan iklan ini banyak dipajang di tepi jalan dan persimpangan jalan di
daerah tersebut. Daerah Banda Aceh dan Aceh Besar jaraknya sangat berdekatan,
yang dahulunya merupakan satu daerah, tetapi disebabkan jumlah penduduk yang
ramai dan daerahnya yang luas akhirnya dibahagikan kepada dua daerah.
84
3.5.4 Bahan Rujukan
Pengumpulan maklumat dapat juga diperoleh melalui bahan-bahan rujukan
seperti: buku-buku ilmiah, jurnal, tesis, artikel, akhbar, kamus, ensiklopedia,
majalah, internet, ilustrasi dan lain-lain. Rujukan ini dilakukan untuk mengumpulkan
maklumat berkaitan dengan pengaruh tsunami terhadap perkembangan reka bentuk
grafik di Aceh terutama tentang media papan iklan.
3.6 Analisis Data
Data yang diperoleh melalui teknik pengumpulan data dianalisis secara
bersamaan dan saling berkaitan antara tiga aktiviti, iaitu reduksi data, penyajian data
dan kesimpulan yang menarik verifikasi. Hal ini seperti yang disebutkan oleh
Marshall dan Rossman (1995) proses analisis data dilakukan dalam beberapa tahap
iaitu:
The processes of data analysis would entail three activities: data reduction, data display, and conclusion drawing/verification (p. 127).
Tahap analisis data tidak hanya dilakukan setelah proses di lapangan selesai,
tetapi analisis data dilakukan sejak awal penelitian di lapangan sampai akhir
penelitian. Proses analisis data dimulai dengan mengkaji seluruh data yang didapati
daripada berbagai-bagai sumber, iaitu hasil temu bual, pengamatan yang sudah
dituliskan dalam catatan lapangan, gambar, bahan rujukan dan sebagainya. Proses
aktiviti analisis data dalam penelitian ini dilakukan dengan tahap sebagai yang
berikut, iaitu reduksi data, penyajian data dan penarikan kesimpulan/verifikasi.
Mereduksi data ialah kegiatan yang mengacu pada proses pemilihan,
memfokuskan, dan menyederhanakan data yang bermakna, berkaitan dan sesuai
dengan objektif penelitian, kemudian data tersebut dikelompokkan dalam kategori
85
tertentu berdasarkan permasalahan kajian. Data yang berupa foto dikategorikan
berdasarkan tema foto tersebut, sedangkan data yang berupa tulisan dipilih ke dalam
susunannya masing-masing.
Penyajian data iaitu penyajian sekumpulan maklumat atau data tersusun dan
terkategori yang berkemungkinan adanya penarikan kesimpulan dan pengambilan
tindakan. Penyajian data dalam penelitian ini iaitu, berbagai-bagai pemahaman yang
berkaitan dengan perubahan reka bentuk grafik sebelum tsunami dan sesudah
tsunami sebagai ilmu, komputer grafik sebagai alat, pereka bentuk sebagai orang
yang berkarya, dan produk cetakan berupa papan iklan sebagai hasilnya. Penyajian
data disajikan dalam laporan yang sistematik mudah dibaca dan difahami secara
keseluruhan.
Penarikan kesimpulan iaitu kegiatan merangkumkan data berdasarkan semua
hal yang didapati dalam reduksi data dan penyajian data. Kesimpulan diverifikasi
selama penelitian berlangsung. Verifikasi dilakukan dengan melihat kembali reduksi
data mahupun penyajian data yang sesuai dengan objektif penelitian sehingga
kesimpulan yang diambil tidak menyimpang daripada data yang dianalisis.
Rajah 3.1. Komponen-Komponen Analisis Data: Model Interaktif
Kesimpulan-kesimpulan: Penarikan/Verifikasi
Reduksi data
Penyajian data
Pengumpulan data
86
Berdasarkan Miles dan Huberman (1994), aktiviti analisis ini dan
pengumpulan data merupakan proses siklus dan interaktif, hal ini dapat dilihat pada
rajah 3.1, dalam penelitian ini analisis data kualitatif merupakan aktiviti yang
berlanjutan, berulang dan terus-menerus. Reduksi data, penyajian data dan penarikan
kesimpulan menjadi gambaran secara berurutan sebagai rangkaian kegiatan analisis
yang saling berinteraksi. Analisis data ini tidak hanya sekali dilakukan dan kemudian
langsung diverifikasi, tetapi dilakukan secara interaktif antara ketiga-tiga aktiviti
tersebut, sehingga permasalahan penelitian dapat terjawab secara keseluruhan.
87
BAB IV HASIL PENELITIAN
4.1 Sejarah Reka Bentuk Grafik di Indonesia
Reka bentuk grafik berkembang pesat seiring dengan perkembangan sejarah
peradaban manusia ketika penemuan tulisan dan mesin cetak. Reka bentuk grafik
sebagai suatu kegiatan sudah dikenal sejak abad ke-17, seiring itu dengan
bermulanya penggunaan mesin cetak oleh pemerintah Hindia-Belanda. Di Indonesia
sendiri, istilah reka bentuk grafik berkemungkinan mulai diperkenalkan pada awal
tahun 1970-an, ketika dua buah sekolah seni rupa tertua di Indonesia, ITB (Institut
Teknologi Bandung) dan STSRI Asri, (Sekolah Tinggi Seni Rupa Indonesia)
memisahkan jurusan reka bentuk grafik dari seni grafik. Di STSRI Asri, reka bentuk
grafik menjadi jurusan seni reklame dan seni ilustrasi grafik yang dikelompokkan
sebagai seni terpakai (applied art), untuk membezakannya dengan kelompok seni
halus (fine art) seperti seni lukis, seni patung dan seni grafik. Lulusan dari dua
perguruan tinggi ini disebut pereka bentuk grafik. Walau bagaimanapun sejak
belakangan ini, muncul pereka bentuk grafik yang berasal daripada bidang
pendidikan lain (seperti seni lukis) atau kerana pengalaman bekerja mereka
(fotografer misalnya). Pada masa itu, sebahagian besar pereka bentuk grafik bekerja
sebagai pekerja di perusahaan penerbitan (buku, majalah atau surat khabar),
perusahaan periklanan, percetakan, atau freelance. Tetapi ada juga yang memilih
pengkhususan tertentu dan bekerja, misalnya di perusahaan packaging (PT GURU)
dan perusahaan kewangan (PERURI atau Percetakan Uang Republik Indonesia).
88
Pada tahun 1976, Matari Advertising merintis pemisahan pereka iklan
(khusus above the line) dan pereka bentuk grafik (khusus below the line). Pereka
bentuk grafik ketika itu rata-rata masih merangkap sebagai art director atau creative
director. Kalau pereka iklan menjadi mata rantai terakhir daripada proses yang
panjang terciptanya sebuah iklan sebelum ditampilkan di media, pereka bentuk grafik
pula menjadi satu-satunya mata rantai atau mata rantai utama terciptanya sebuah
karya reka bentuk grafik.
Pada akhir tahun 1970-an dan seterusnya, tumbuh perusahaan-perusahaan
reka bentuk grafik yang sepenuhnya di pimpin oleh pereka bentuk grafik. Berbeza
dengan biro iklan, perusahaan-perusahaan ini mengkhususkan diri pada reka bentuk-
reka bentuk bukan iklan. Antaranya adalah Vision (Karnadi), Graphic Grapos
(Wagiono, Djojo Gozali, S Prinka dan Priyanto S), Citra Indonesia (Alm. Tjahjono
Abdi dan Hanny Kardinata) dan GUA Graphic (Gauri Nasution). Di Bandung
sebelum ini sudah ada reka bentuk Center Decenta yang didirikan pada tahun 1973,
antara lain oleh AD Pirous, T Sutanto, Priyanto S, yang menangani berbagai-bagai
produk reka bentuk grafik, mulai dari sampul buku, kad ucapan, logo, kalender,
pameran dan elemen estetik gedung. Pertumbuhan usaha dalam bidang reka bentuk
grafik ini seiring sejalan dengan perkembangan sekolah-sekolah reka bentuk grafik,
misalnya di Jakarta berdirinya LPKJ (Lembaga Pendidikan Kesenian Jakarta) (1976)
yang sekarang dikenali sebagai IKJ (Institut Kesenian Jakarta) dan Trisakti (1979).
Namun begitu pada masa itu masyarakat pada umumnya masih belum
memahami sepenuhnya pekerjaan seorang pereka bentuk grafik, walau ke mana saja
mata memandang, mereka akan melihat produk-produk reka bentuk grafik. Di
samping itu, orang juga tidak akan peduli atau tidak dirasa perlu tahu siapa sosok
89
di sebalik penciptaan berbagai-bagai barang yang dilihat atau dipegang mereka,
apalagi menghargai karya seni.
IPGI (Ikatan Perancang Grafis Indonesia) lahir daripada gagasan beberapa
pereka bentuk grafik yang merasa perlu adanya sebuah wadah menggalang kekuatan
untuk menyatakan eksistensi mereka, agar masyarakat menjadi lebih apresiatif
terhadap karya-karya reka bentuk grafik. Pertemuan demi pertemuan yang pada
awalnya terhad pada mereka yang tinggal dan bekerja di Jakarta dan Bandung,
lambat-laun telah menumbuhkan rasa persaudaraan yang meniadakan batas-batas
official antara mereka. Lima bulan kemudian (tepatnya 24 September 1980) IPGI
memproklamirkan kelahirannya dalam sebuah pameran perdana bertajuk Grafis’80
berlangsung hingga 30 September 1980 di Jakarta. Sebanyak 47 peserta dengan
penuh semangat mengikuti pameran, dapat dilihat daripada banyaknya jumlah karya
yang dipamerkan, hingga hampir memenuhi pelosok gedung. Hampir semua jenis
produk reka bentuk grafik boleh dijumpai, mulai dari resit parkir, kemasan biskut,
bill, tataleta akhbar, bahkan karung semen, telah menyedarkan pengunjung awam,
bahwa benda-benda yang setiap hari mereka lihat di sekeliling mereka itu merupakan
hasil kerja reka bentuk grafik. Bukan hanya hasil akhirnya, tapi untuk beberapa
produk, seperti perangko dan wang kertas dan juga diperagakan gambar aslinya
sebelum dicetak. Pengunjung juga boleh menyaksikan proses bagaimana sebuah
sampul kaset atau bungkusan ubat boleh terjadi, atau bagaimana sebuah filem
animasi iklan dibuat, yang memang ditujukan untuk dijawab tanda tanya mengenai
mengapa yang demikian disebut seni. Pada tahun 1994 IPGI mengalami perubahan
nama menjadi ADGI (Asosiasi Desainer Grafis Indonesia). Sekarang ini ADGI
terdapat di beberapa provinsi, iaitu Bandung, Jakarta, Jogjakarta, Surabaya dan Bali.
90
4.2 Reka Bentuk Grafik di Aceh
Perkembangan seni di Aceh tidak begitu rancak berbanding di daerah
(provinsi) lain, seperti Jakarta, Bandung, Surabaya dan Jogyakarta. Hal ini demikian
adalah kerana dipengaruhi oleh keadaan geografi Aceh yang terletak di hujung pulau
Sumatra dan juga dipengaruhi oleh tidak adanya institusi pengajian tinggi yang
menawarkan kursus seni di Aceh dan reka bentuk grafik. Sejarah tentang reka bentuk
grafik di Aceh belum ada catatan tertulis yang dapat dijadikan acuan. Berdasarkan
temu bual dengan bapak Drs.T. Zakaria industri reka bentuk grafik di Aceh sudah
ada sejak tahun 1980an, tetapi tidak banyak dan produk yang dihasilkan hanya
bermodalkan cat, kain, triplek dan aluminium. Kemudian tahap demi tahap
mengalami perkembangan dari segi jumlah industrinya dan produk yang dihasilkan.
Para pekerja reka bentuk grafik di Aceh banyak yang belajar dengan kemampuan
otodidak, hanya beberapa orang yang memiliki ijazah di bidang seni, khususnya reka
bentuk grafik yang diperoleh dari institusi pengajian tinggi di luar Aceh seperti ITB
dan ISI.
Di Aceh reka bentuk grafik lebih dikenal dengan sebutan grafika, yang dapat
dilihat daripada nama-nama industri yang terlibat dalam bidang reka bentuk grafik
dengan menambah grafika di hujung nama industri tersebut, seperti Kreasi Grafika,
Alam Grafika, Bina Karya Grafika dan lainnya. Industri grafika di Aceh
merangkumi tiga bidang, iaitu reklame, sablon dan percetakan. Reklame berkenaan
dengan periklanan seperti kain rentang, poster, papan iklan, neon box dan lain-
lainnya; sablon ialah teknik mencetak secara manual seperti menyablon gambar atau
nama pada baju T, percetakan yang berkenaan dengan menjilid, menggandakan atau
menerbitkan buku, laporan, akhbar dan lain-lainnya (temu bual dengan Jimmy
Dawam Dawood, Drs. T. Zakaria dan Nourman Hidayat)
91
Jumlah industri reka bentuk grafik di Banda Aceh sebanyak 116 industri,
berdasarkan data yang diperoleh daripada Persatuan Perusahaan Grafika Indonesia
(PPGI) provinsi Nanggroe Aceh Darussalam, dan tidak termasuk dengan
kabupaten/kotamadya lainnya. Ada juga beberapa industri lainnya yang tidak
bergabung dalam organisasi tersebut. Lima puluh peratus industri tersebut lebih aktif
dalam menghasilkan produk reka bentuk grafik, sedangkan yang lainnya lebih
cenderung pada bidang percetakan, walaupun kadangkala mereka juga menyediakan
jasa pembuatan produk reka bentuk grafik.
Berdasarkan hasil penelitian, dalam bab ini peneliti mengkategorikan reka
bentuk grafik dengan media papan iklan yang ada di Banda Aceh dan Aceh Besar
dalam empat kelompok, berdasarkan penaja pada reka bentuk grafik tersebut, iaitu:
1. Papan iklan komersial, iaitu papan iklan yang berkenaan dengan pengiklanan
suatu produk, yang ditaja oleh pihak tertentu dengan tujuan komersial.
2. Papan iklan institusi bukan pemerintah, iaitu papan iklan yang ditaja oleh
institusi bukan pemerintah, seperti bank atau perusahaan.
3. Papan iklan khidmat masyarakat daripada pemerintah, iaitu papan iklan yang
ditaja oleh pemerintah daripada pelbagai dinas yang mengandungi mesej sosial.
4. Papan iklan khidmat masyarakat NGO (Non Government Organization), iaitu
papan iklan yang ditaja oleh NGO baik tempatan mahupun antarabangsa.
5. Papan iklan khidmat masyarakat kerjasama daripada pemerintah dan NGO, iaitu
papan iklan yang ditaja oleh pemerintah dan kerjasama dengan NGO
Pengelompokan ini dibuat adalah untuk memudahkan pendeskripsian
pelbagai papan iklan yang terdapat di Banda Aceh dan Aceh Besar.
92
4.3 Reka Bentuk Grafik Sebelum Berlakunya Tsunami
Reka bentuk grafik sebelum berlakunya tsunami tidak begitu banyak
berbanding sekarang ini (temu bual dengan Drs. T. Zakaria dan A. Salam) Jenis
produk reka bentuk grafik yang banyak menerima tempahan ialah kain rentang yang
terdapat di setiap industri reka bentuk grafik. Hal ini demikian kerana alat dan
bahannya senang didapati, teknik pembuatannya pula mudah dan harganya yang
berpatutan. Pada masa sebelum berlakunya tsunami hanya beberapa papan iklan
komersial dan pemerintah sahaja yang dipasang di persimpangan jalan, walaupun
tidak begitu banyak berbanding sekarang ini. Begitu juga halnya dengan papan iklan
NGO yang jarang didapati pada masa sebelum tsunami (temu bual dengan Drs. H.
Syahrir dan Jimmy Dawam Dawood)
4.3.1 Papan Iklan Komersial
Iklan komersial di Aceh sebelum tsunami banyak didapati dalam bentuk
papan kecil yang ditampal di atas pintu kedai. Biasanya pada papan tersebut selain
berfungsi sebagai iklan suatu produk, ia juga berfungsi sebagai papan tanda yang
menunjukkan nama kedai tersebut. Sebagai contohnya, pada iklan produk elektronik,
manakala di bawah gambar produk tersebut dicantumkan nama dan alamat kedai
tersebut.
Dalam penelitian ini papan iklan komersial sebelum tsunami yang masih ada
di Banda Aceh dan Aceh Besar ialah papan iklan Super Mi. Di tempat papan iklan
ini dipasang tidak terkena gelombang tsunami yang begitu dahsyat, ia hanya dialiri
air daripada gelombang tsunami.
93
4.3.1.1 Papan Iklan Super Mi
Gambar Foto 4.1: Papan Iklan Super Mi Sumber: Peneliti
Gambar papan iklan di atas adalah salah satu papan iklan komersial yang
masih ada sebagai akibat bencana tsunami. Tanda visual yang terdapat pada papan
iklan itu berupa dua bentuk bungkusan mi, yang satunya hanya dilihat setengah
sahaja gambarnya, dengan tajuk utamanya ‘Super Mi, dan subtajuk utama ‘Mi
Instan, Super Rasanya’. Jenis mi yang diiklankan ialah mi rebus dengan perisa ayam.
Keseluruhan visual papan iklan ini menggunakan keseimbangan asimetrik,
kerana tidak seimbang antara elemen di bahagian kiri dengan yang bahagian kanan.
Penggunaan prinsip irama dapat dilihat pada pengulangan gambar bungkusan Super
Mi, walaupun pengulangan tersebut hanya separuh gambar. Papan iklan ini dilihat
kontras pada tipografi Super Mi, yang hurufnya menggunakan tulisan tangan dengan
ukuran yang lebih besar daripada huruf yang lainnya. Hal ini juga menunjukkan
prinsip emphasis yang lebih menekankan pada perkataan Super Mi yang merupakan
jenama produk mi yang ingin diiklankan. Penggunaan garis di sini lebih dilihat pada
perbatasan antara satu warna dengan warna yang lainnya. Tesktur papan iklan ini
licin kerana menggunakan media flat aluminium yang dilapisi dengan cat. Warna
94
yang digunakan iaitu, warna merah, biru, putih dan putih kekuningan. Elemen ruang
dalam papan iklan sangat selesa, kerana terdapat white space antara gambar dengan
tipografi sehingga memudahkan untuk memahami mesej yang ingin disampaikan.
Secara keseluruhannya pada papan iklan terdapat kesatuan antara prinsip dengan
elemen reka bentuk, tetapi pada pengulangan bungkusan Super Mi yang hanya
separuh, menjadikan mesej visual yang ingin disampaikan terputus begitu sahaja
yang berkemungkinan pereka bentuk grafik papan iklan ini mempunyai maksud
tersendiri dengan menggunakan prinsip irama tersebut.
Papan iklan ini mengandungi iklan mi segera dengan jenama Super Mi,
yang terdapat dalam bungkusan mi dan menggunakan latar belakang berwarna
merah. Warna di bahagian bawahnya kelihatan agak karat, yang menunjukkan
bahawa papan iklan ini telah dipasang agak lama.
4.3.2 Papan Iklan Khidmat Masyarakat
Pada masa sebelum tsunami papan iklan khidmat masyarakat banyak ditaja
oleh pemerintah, yang menyampaikan mesej tentang keagamaan, pembangunan dan
perdamaian di Aceh. Hal ini disebabkan pada masa tersebut sedang berlakunya
konflik di Aceh. Dalam penelitian ini, peneliti hanya memperoleh sebelas papan
iklan khidmat masyarakat yang ditaja pemerintah sebelum tsunami.
95
4.3.2.1 Papan Iklan Khidmat Masyarakat Keagamaan
Gambar Foto 4.2: Papan Iklan Khidmat Masyarakat Sumber: Peneliti
Papan iklan ini dipasang di depan sebuah masjid di daerah Aceh Besar, tanda
visual yang terdapat dalam papan iklan ini adalah salah satu ruangan di dalam masjid
(yang dilihat pada tiang-tiangnya) dan orang-orang yang sedang mengaji. Tajuk
utamanya ‘Dirikanlah Shalat, Sesungguhnya Shalat itu Mencegah Perbuatan Keji dan
Mungkar’.
Kesatuan prinsip dan elemen reka bentuk dapat dilihat dengan jelas pada
papan iklan ini walaupun warnanya sudah kusam kerana terkena sinaran matahari
dan hujan. Tataletak papan iklan ini menggunakan keseimbangan asimetrik, iaitu
penempatan mesej visual dan verbal tidak seimbang antara bahagian kiri dengan
bahagian kanan mahupun bahagian atas dan bahagian bawah. Prinsip irama dilihat
pada pengulangan tiang masjid yang satu dengan yang lainnya, walaupun ukuran
jaraknya secara perpektif sedikit berbeza. Kekontrasan pada papan iklan ini dilihat
pada mesej ’Dirikanlah Shalat’ dan ’Shalat’ yang menggunakan warna dan jenis
huruf yang berbeza dengan mesej verbal lainya. Dengan kekontrasan ini memberikan
penekanan pada mesej tersebut, sehingga mesej yang ingin disampaikan dapat dibaca
96
dengan jelas. Kadar bandingan dalam papan iklan pula mengikut gaya perspektif,
iaitu gambar yang paling jauh daripada papan iklan ini ukurannya lebih kecil
berbanding gambar yang paling depan, sehingga ilustrasinya kelihatan ’hidup’.
Penggunaan elemen garis pada papan iklan ini terdapat pada mesej visual yang
berupa tiang masjid dan orang yang sedang mengaji. Tekstur pada papan iklan ini
licin kerana menggunakan flat aluminium. Pada tipografi ini menggunakan dua jenis
warna, iaitu warna putih dan hitam. Keseluruhan warna pada papan iklan ini sudah
pudar dan berkarat, kerana papan iklan ini diperbuat daripada aluminium yang
mudah berkarat jika terkena hujan. Bentuk yang ada pada papan iklan ini banyak
salah satunya ialah tiang, orang, Qur’an, rehal, kain, baju dan lain-lainnya. Elemen
ruang kelihatan pada bahagian kanan papan iklan dan banyak terdapat white space.
Mesej yang terdapat dalam papan iklan ini merupakan terjemahan ayat
daripada surat Al-Ankabut ayat 46 yang terdapat dalam Al-Qur’an. Pelaksanaan
pengajian di masjid biasanya dijalankan setelah shalat berjamaah dilaksanakan.
Proses pembuatan papan iklannya masih menggunakan teknik manual.
Gambar Foto 4.3: Papan Iklan Khidmat Masyarakat Sumber: Peneliti
97
Papan iklan di atas ialah papan iklan yang ditaja oleh tentera, yang dapat
dilihat daripada kata “KOREM 012/TU”, (Komando Resort Militer 012/Teuku
Umar). Isi mesejnya iaitu: ‘Hormatilah Saat Berkumandang Azan, Mari Tegakkan
Shalat”. Kebolehbacaan papan iklan ini sangat jelas, latar belakang yang digunakan
berwarna putih dan tipografinya berwarna hitam. Proses pembuatannya masih secara
manual, iaitu setiap hurufnya dicat satu persatu. Papan iklan juga kelihatan berkarat,
seperti juga beberapa papan iklan sebelumnya. Papan iklan tersebut dipajang di
persimpangan jalan, supaya mudah dilihat dan mesejnya akan diamalkan oleh orang
yang melalui persimpangan jalan tersebut.
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini dapat dikatakan keseimbangan
simetrik, walaupun ada satu ayat yang paling bawah letaknya tidak seimbang antara
bahagian kiri dengan bahagian kanan. Kadar bandingan secara keseluruhannya
adalah sesuai, sehingga mesejnya dapat dibaca dengan jelas. Penggunaan garisan
dilihat pada tipografi, ada yang vertikal, horizontal, diagonal dan lengkung. Warna
yang digunakan hanya dua warna iaitu hitam dan putih. Elemen ruang dilihat pada
jarak antara satu ayat dengan ayat yang lainnya. Prinsip dan elemen reka bentuk yang
digunakan pada papan iklan ini tidak begitu banyak berbanding papan iklan
sebelumnya. Mesejnya hanya dalam bentuk tulisan yang ringkas dan jelas.
98
Gambar Foto 4.4: Papan Iklan Khidmat Masyarakat Sumber: Peneliti
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual berupa bentuk ornamen geometrik
pada bahagian samping kiri dan kanan papan iklan, serta ornamen flora pada
bahagian tengahnya. Teksnya berbunyi ‘Sesungguhnya Orang-Orang Mukmin itu
Bersaudara, karena itu Damaikanlah Kedua Saudaramu’. Teks tersebut merupakan
terjemahan daripada surat Al-Hujuraat ayat 10 yang terdapat dalam Al-Qur’an.
Bentuk visual secara keseluruhan pada papan iklan ini menggunakan tataletak
yang simetrik, iaitu seimbang antara bahagian kiri dengan bahagian kanan, bahagian
bawah dengan bahagian atas. Prinsip iramanya dilihat pada pengulangan motif
geometrik pada bahagian kanan dan kiri papan iklan. Prinsip kontras pada papan
iklan ini tidak begitu kelihatan, kerana objeknya tidak ada yang dilihat berbeza
dengan yang lainnya. Kadar bandingan antara perkataan dalam mesej ini kurang
proposional, kerana ada penempatan perkataan yang ditulis dengan ukuran kecil di
antara perkataan yang berukuran besar, sehingga menjadikan mesej tersebut kurang
konsisten. Tekstur pada permukaan papan iklan ini licin, kerana menggunakan media
flat aluminium. Penggunaan garisan dilihat pada batasan antara satu warna dengan
warna yang lainnya. Warna yang digunakan ialah jenis warna pastel yang lembut
99
seperti putih kekuningan, hijau muda, coklat muda dan lainnya. Elemen bentuk
dilihat pada bentuk motif geometrik yang dibatasi oleh warna. Ruang yang
digunakan sangat sedikit, tetapi masih dapat dibaca dengan jelas mesej yang ingin
disampaikan. Kesatuan antara prinsip dengan elemen reka bentuk adalah sesuai, iaitu
menyatu antara mesej verbal dengan mesej visual.
Papan iklan ini ditaja oleh pemerintah bandar Banda Aceh yang dipasang di
persimpangan jalan. Mesej ini mengajak ‘kedua saudaramu’ iaitu pihak GAM dan RI
untuk berdamai, supaya tidak terjadi lagi pertikaian antara sesama saudara, kerana
Aceh masih termasuk dalam Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI).
Gambar Foto 4.5: Papan Iklan Khidmat Masyarakat Sumber: Peneliti
Papan iklan ini ditaja oleh Dinas Infokom (Informasi dan Komunikasi)
daerah Aceh Besar, dengan tajuk utamanya ‘Putoh Ngon Mupakat, Kuat Ngon
Meuseraya’, di samping itu subtajuk utamanya ‘Mari Kita Laksanakan Semboyan
Aceh Besar’. Warna yang digunakan pada tipografi ini ialah warna biru muda. Pada
tajuk utamanya menggunakan garis kontur berwarna hitam. Mesej yang ingin
disampaikan ialah mengajak masyarakat supaya melaksanakan semboyan masyarakat
100
Aceh Besar iaitu melaksanakan musyawarah supaya bermufakat, yang dilandasi oleh
kerjasama.
Tataletak pada papan iklan ini ialah tataletak dengan keseimbangan asimetrik,
kerana penempatan gambar masjid pada bahagian kiri tidak seimbang dengan mesej
verbal yang ada di bahagian tengah papan iklan, oleh hal yang demikian papan iklan
ini kelihatan sedikit dinamis. Prinsip irama pengulangan dilihat pada pintu masjid
yang mempunyai ukuran yang sama antara satu pintu dengan pintu yang lain.
Penggunaan prinsip kontras kurang kelihatan, kerana tidak ada sesuatu elemen yang
dilihat sangat berbeza dengan elemen lainnya. Kadar bandingan antara huruf yang
paling atas dengan bahagian tengah dan bahagian bawah kurang proporsional, kerana
huruf yang paling bawah sangat kecil sehingga sukar untuk dibaca. Penggunaan
elemen garis banyak terdapat pada gambar masjid. Warna yang digunakan adalah
putih, hitam, biru dan kuning sebagai latar belakangnya. Tekstur pada papan iklan ini
iaitu licin, kerana menggunakan flat aluminium. Bentuk yang kelihatan pada papan
iklan ini iaitu bentuk masjid, yang terbentuk oleh batasan warna dan garis.
Penggunaan ruang pada papan iklan ini dilihat pada bahagian tepi kiri, kanan, bawah
dan atas yang terdapat white space.
Tanda visual yang digunakan ialah masjid, kerana di masjid adalah sebagai
tempat berkumpulnya umat muslim untuk melaksanakan ibadah, baik solat
berjamaah mahupun pengajian. Dari sinilah bermulanya interaksi kehidupan sosial
bermasyarakat. Penggunaan tanda visual masjid dikerana oleh hampir ke semua
penduduk Aceh Besar beragama Islam. Pembuatan papan iklan ini masih secara
manual, iaitu dengan menggunakan cat minyak, dan pada setiap hurufnya dicat satu
persatu, begitu juga dengan gambar masjidnya.
101
Gambar Foto 4.6: Papan Iklan Khidmat Masyarakat Sumber: Mahdi Abdullah
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual ilustrasi seorang lelaki, yang
nampak dengan jelas pada bahagian kepalanya sahaja dan tidak secara keseluruhan
(semua anggota badan). Tajuk utamanya: ‘Lihat dengan Mata Hati Tuturkan Kata
Hati’. Tipografinya menggunakan warna putih dengan latar belakangnya berwarna
biru. Perkataan ’Mata Hati dan Kata Hati’ dalam tajuk utama tersebut dilihat sedikit
kontras, iaitu dengan membesarkan ukuran hurufnya, sehingga tampak berbeza
dengan yang lainnya.
Papan iklan ini menggunakan tataletak asimetrik dengan menempatkan mesej
visual ilustrasi seorang lelaki di sebelah kiri dan mesej verbal di sebelah kanan.
Penerapan prinsip irama terdapat pada pengulangan bentuk mata sebelah kiri dan
kanan yang diulang antara kiri ke kanan atau sebaliknya, begitu juga halnya dengan
bahagian lainnya seperti hidung dan telinga. Dalam ilmu menggambar ukuran
tersebut mempunyai perbandingannya yang tersendiri. Prinsip kontras dilihat pada
ilustrasi lelaki tersebut, iaitu pada bahagian rambut atasnya tidak dilihat, seolah-olah
terputus begitu sahaja, sehingga dilihat tidak ada kesatuan yang utuh pada ilustrasi
tersebut. Penggunaan garisan, terutama garisan lengkung dapat dilihat pada gambar
ilustrasi. Media yang digunakan pada papan iklan ini ialah kain yang mempunyai
102
tekstur yang halus. Warna yang digunakan ialah warna biru dan putih. Elemen
bentuk yang terdapat pada papan iklan ini ialah gambar ilustrasi. Penggunaan white
space dilihat pada bahagian kanan mesej verbal sedangkan pada mesej visual white
spacenya terlalu sedikit.
4.3.2.2 Papan Iklan Khidmat Masyarakat Pembangunan
Gambar Foto 4.7: Papan Iklan Khidmat Masyarakat Sumber: Peneliti
Papan iklan ini terletak di tepi jalan besar, iaitu di jalan Banda Aceh-Medan,
yang ditaja oleh Dinas Infokom Aceh Besar. Mesejnya ialah ‘Wahai Saudaraku,
Kembalilah Kepangkuan Ibu Pertiwi untuk Membangun Nanggroe Aceh Darussalam
yang Aman dan Sejahtera’, dengan menggunakan bendera berwarna merah putih
yang diikat pada bambu runcing, dan garisan lengkung sehingga bendera itu
kelihatan seolah-olah berkibar. Tataletak yang digunakan ialah simetrik, iaitu gambar
bendera diletakkan di tengah-tengah papan iklan, begitu juga dengan tipografinya,
ayat-ayatnya seimbang antara kiri dengan kanan. Tipografinya menggunakan warna
kuning dan hitam dengan latar belakangnya berwarna biru.
Tataletak papan iklan ini secara keseluruhannya adalah simetrik, iaitu
seimbang antara bahagian kiri dengan bahagian kanan, serta atas dan bawah dengan
meletakkan gambar bendera merah putih di bahagian tengah papan iklan.
103
Penggunaan prinsip irama terdapat pada pengulangan bentuk gambar bendera yang
berwarna merah dengan bentuk gambar bendera berwarna putih. Kesatuan antara
prinsip dengan elemen reka bentuk dilihat kurang sesuai, iaitu pada tipografi yang
berwarna kuning, keterbacaannya kurang jelas kerana warna latar belakangnya lebih
menonjol berbanding dengan warna tipografinya. Prinsip emphasis dilihat pada
bentuk gambar bendera merah putih yang sesuai dengan mesejnya, iaitu kembalilah
ke pangkuan ibu pertiwi (Republik Indonesia). Penggunaan garisan dilihat pada
gambar bambu runcing dan bendera merah putih yang berbentuk garis lengkung.
Warna yang digunakan ialah biru, kuning, hitam, merah, putih dan hijau. Elemen
bentuk yang dilihat jelas adalah pada gambar bendera merah putih yang berbentuk
seperti bendera yang sedang berkibar. White space yang digunakan banyak terdapat
pada bahagian kiri dan kanan papan iklan.
Teknik pembuatannya masih secara manual, iaitu teknik pengecatan dengan
menggunakan tangan. Papan iklan ini dibuat pada masa berlakunya konflik di Aceh
dan mesej ini ditujukan kepada pihak GAM (Gerakan Aceh Merdeka) supaya
kembali kepada NKRI (Negara Kesatuan Republik Indonesia) dan membangunkan
Nanggroe Aceh Darussalam yang aman dan sejahtera.
104
Gambar Foto 4.8: Papan Iklan Khidmat Masyarakat Sumber: Mahdi Abdullah
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual burung garuda dan tajuk utamanya
‘Kita Pasti Mampu, Jayalah Indonesia Ku!’. Tipografinya menggunakan warna putih
dan latar belakangnya menggunakan warna biru yang melambangkan kedamaian dan
ketenangan. Burung garuda ialah lambang Negara Indonesia dengan semboyan
‘Bhineka Tunggal Ika’ walaupun berbeza-beza tetapi tetap satu. Perbezaan tersebut
adalah dari segi suku, bahasa dan budaya tetapi tetap bersatu dalam satu negara
kesatuan, iaitu Indonesia.
Pada papan iklan ini menggunakan tataletak yang asimetrik, iaitu mesej
visualnya terletak di sebelah kiri dan mesej verbalnya di sebelah kanan, sehingga
tidak simetrik antara bahagian kiri dengan bahagian kanan. Maka bagaimanapun
secara keseluruhannya tataletak seperti ini kelihatan lebih dinamis. Penerapan prinsip
irama terdapat pada gambar burung Garuda, iaitu pada keseluruhan badan burung
tersebut terdapat pengulangan garisan, seperti pengulangan garisan lengkung pada
sayap dan lehernya serta garis diagonal pada bahagian ekornya. Pada papan iklan ini
prinsip kontras terlihat pada gambar burung garuda yang berwarna kuning kelihatan
sangat menonjol dengan menggunakan warna biru sebagai latar belakangnya.
105
Prinsip emphasis lebih ditekankan pada gambar burung garuda, kerana burung
tersebut melambangkan negara Republik Indonesia. Tekstur pada permukaan papan
iklan ini sedikit “bergerigi” kerana menggunakan Vynil sebagai media cetak. Warna
yang digunakan ialah warna biru sebagai latar belakangnya, warna putih, kuning,
hijau, merah dan hitam. Bentuk yang dilihat dengan jelas pada papan iklan ini iaitu
bentuk burung Garuda. Penerapan elemen ruang sangat memudahkan mata kita untuk
membaca mesej yang ingin disampaikan, hal ini dapat dilihat pada penggunaan white
space yang terdapat antara mesej verbal dengan mesej visual.
Papan iklan ini ditaja oleh Satgas (Satuan Tugas) Penerangan PDMD
(Penguasa Darurat Militer Daerah) NAD (Nanggroe Aceh Darussalam). Mesej dalam
papan iklan ini menyampaikan informasi yang mengajak agar rakyat Indonesia pada
umumnya dan masyarakat Aceh pada khususnya supaya tetap bersatu dalam Negara
Kesatuan Republik Indonesia (NKRI).
Gambar Foto 4.9: Papan Iklan Khidmat Masyarakat Sumber: Mahdi Abdullah
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual berupa peta wilayah Nanggroe
Aceh Darussalam dan tajuk utama ‘Tinggalkan Mimpi, Ayo! Bernyata-Nyata’.
Tipografinya menggunakan warna biru dengan kontur berwarna putih. Papan iklan
106
ini ditaja oleh Satgas Penerangan PDMD NAD dan dipasang di persimpangan jalan
di Banda Aceh.
Secara keseluruhannya papan iklan ini menggunakan tataletak yang simetrik,
iaitu semua elemennya diletakkan di bahagian tengah. Irama pengulangan terdapat
pada bentuk lingkaran hitam yang diulang beberapa kali yang menunjukkan nama
daerah yang terdapat dalam peta tersebut. Prinsip kontras pada papan iklan tidak
dilihat dengan jelas, begitu juga halnya dengan penerapan prinsip emphasis. Kadar
bandingan antara satu objek dengan objek yang lainnya sesuai. Penggunaan garisan
dapat dilihat pada peta dan pada tipografi yang menggunakan kontur berwarna biru
muda. Tekstur permukaan papan iklan ini sedikit ‘kasar’ kerana menggunakan vynil
sebagai medianya. Warna yang digunakan ialah warna biru, hijau, kuning, merah dan
hitam. Bentuk yang terdapat pada papan iklan ialah bentuk tak beraturan, tetapi
mempunyai ukurannya yang tersendiri. Penggunaan white space banyak terdapat di
tepi papan iklan baik di bahagian kiri dan kanan atau bahagian atas dan bawah.
Kesatuan prinsip dan elemen pada papan iklan ini bersesuaian, walaupun tidak
semua prinsip dan elemen dapat ditampilkan pada keseluruhan papan iklan tersebut.
4.3.2.3 Papan Iklan Masyarakat Keamanan, Ketentraman dan Kedamaian
Gambar Foto 4.10: Papan Iklan Khidmat Masyarakat Sumber: Peneliti
107
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual berupa pokok Beringin, dan tajuk
utamanya ‘Rasa Aman Dambaan Kita Semua, subtajuknya ’Mari kita Tegakkan
Supremasi Hukum dan Perlindungan Hak Asasi Manusia’. Tipografinya
menggunakan warna putih dan hitam, dengan latar belakangnya berwarna hijau muda
sehingga keterbacaannya lebih jelas. Papan iklan ini ditaja oleh Departemen
Kehakiman dan Hak Azasi Manusia (HAM), dan dipasang di persimpangan jalan.
Teknik pembuatannya masih secara manual, iaitu teknik semburan dengan
menggunakan mal (kertas susunan huruf yang sudah digunting).
Prinsip keseimbangan dalam papan iklan ini boleh dikatakan simetrik, kerana
sebahagian mesej verbalnya seimbang antara kiri dan kanan; dan asimetrik, kerana
terdapat gambar pokok Beringin di bahagian kiri atas papan iklan, sedang di
sebelahnya pula tidak terdapat gambar apa-apapun. Prinsip irama yang terdapat pada
papan iklan ini iaitu dilihat pada garis lengkung di pokok Beringin yang diulang
hingga beberapa kali. Prinsip kontras dilihat pada pokok Beringin dengan
berlatarbelakangkan warna kuning, sehingga gambar pokok tersebut dilihat kontras.
Kadar bandingan keseluruhan elemen dalam papan iklan ini bersesuaian, walau
bagaimanapun hanya sedikit yang tidak sesuai, iaitu pada ayat yang berwarna putih,
ukuran hurufnya terlalu besar dibandingkan dengan huruf lainnya, berkemungkinan
inilah mesej yang ingin disampaikan dalam papan iklan ini. Penggunaan garis pada
papan iklan ini terdapat pada gambar pokok Beringin, iatu garis lengkung. Warna
yang digunakan ialah warna hijau sebagai latar belakang dan warna pokok Beringin,
putih, hitam dan kuning. Elemen bentuk pada papan iklan ini iaitu pokok Beringin
yang terbentuk kerana dibatasi oleh warna dan garis. Penerapan elemen ruangnya
dilihat pada bahagian kiri dan kanan papan iklan.
108
Gambar Foto 4.11: Papan Iklan Khidmat Masyarakat Sumber: Mahdi Abdullah
Pada papan iklan ini terdiri daripada tanda visual dan verbal. Tanda
visualnya, iaitu sebuah bangunan besar sebagai latar belakang; ilustrasi seorang pria
yang sedang duduk di atas rumput. Tanda verbalnya, iaitu teks yang bertulis ‘Tidak
Ada yang Perlu Ditunda, Kita Menuju Ketentraman’. Tipografinya menggunakan
warna hitam, biru dan kuning. Warna biru digunakan pada kata ’Ketentraman’,
kerana secara psikologi warna biru melambangkan kedamaian dan ketenangan.
Prinsip keseimbangan pada tataletak papan iklan ini ialah asimetrik, sehingga
kelihatan dinamis antara mesej visual dengan mesej verbal. Irama dengan teknik
pengulangan banyak terdapat pada gambar bangunan yang digunakan sebagai latar
belakang papan iklan ini. Penerapan prinsip kontras dilihat pada ayat ‘Satgas
Penerangan PDMD NAD’ dengan menggunakan warna kuning, dan pada kata
‘Ketentraman’ menggunakan warna yang berbeza dengan ayat sebelumnya, oleh itu
kesannya kurang menonjol kerana terganggu oleh latar belakang yang berwarna
jingga dan hitam. Kadar bandingan pada objek bangunan kurang sempurna, hal itu
dilihat dari segi ilmu perpektif bangunan. Penggunaan garisan banyak terdapat pada
mesej visual terutama pada bahagian bangunan. Media yang digunakan ialah kain
109
dengan tekstur yang lembut. Warna yang digunakan papan iklan ini ialah warna biru,
hitam, kuning, jingga, merah muda, putih dan hijau. Elemen bentuk banyak terdapat
pada mesej visual orang dan bangunan, seperti jendela, antena, tiang, atap dan
lainnya. Penggunaan elemen ruang pada papan iklan tidak banyak, kerana banyak
dipenuhi oleh mesej visual yang dijadikan sebagai latar belakangnya.
Papan iklan ini ditaja oleh Satgas Penerangan Penguasa Darurat Militer
Daerah (PDMD). Pembuatan papan iklan ini dengan teknik manual, iaitu melukis
pada material seperti kain, yang kemudian dipasangkan pada kerangka papan iklan.
Mesej ini mengajak masyarakat Aceh untuk bersama-sama membangunkan Aceh
menuju ketenteraman dan kedamaian. Oleh hal yang demikian, pelaksanaan
pembangunan di Aceh dapat berjalan dengan lancar.
Gambar Foto 4.12: Papan Iklan Khidmat Masyarakat Sumber: Mahdi Abdullah
Papan iklan ini mengandungi informasi yang menunjukkan daerah damai
(zon damai) yang ditaja oleh JSC (Joint Security Committee), dan disertakan juga
nombor telefon yang boleh dihubungi jika terjadinya apa-apa kekacauan atau
tembakan. Warna yang digunakan dalam papan iklan ini, iaitu warna putih dan biru,
dan menggunakan garisan yang berbentuk lingkaran.
110
Prinsip keseimbangan dalam papan iklan ini iaitu keseimbangan simetrik,
kerana antara mesej verbal dengan logonya ditata seimbang antara bahagian kiri
dengan kanan serta bahagian atas dan bawah. Penerapan iramanya terdapat pada
pengulangan bentuk lingkaran yang berwarna biru dan putih. Prinsip kontras tidak
kelihatan pada papan iklan ini. Penggunaan garisan terdapat pada bentuk lingkaran,
yang menggunakan garis lengkung. Tekstur pada permukaan papan iklan ini licin,
kerana menggunakan flat aluminium sebagai medianya. Warna yang digunakan iaitu
warna putih dan biru. Bentuk yang dilihat iaitu bentuk lingkaran dengan warna yang
berbeza antara bahagian atas dengan bahagian bawah. Penerapan elemen ruang
banyak terdapat pada bahagian kiri dan kanan papan iklan, sehingga mesejnya dapat
dibaca dengan jelas. Secara keseluruhannya penggunaan prinsip dan elemen dalam
papan iklan tidak begitu banyak, kerana bentuk papan iklan ini sangat sederhana,
dengan mesej yang singkat dan jelas.
Joint Security Committee atau Komite Keamanan Bersama, ditubuhkan pada
9 haribulan Disember 2002, di bawah kepemimpinan tripartite yang terdiri daripada
seorang perwira senior daripada tentera militer Thailand, iaitu Mayor Jenderal
Tanongsuk Tuvinun; Brigadr Jenderal Safzen Noerdin dari TNI (Tentara Nasional
Indonesia) dan Sofyan Ibrahim Tiba dari GAM. Zon damai yang pertama ditubuhkan
di Indrapuri, kabupaten Aceh Besar. Tanongsuk Tuvinun menyatakan bahawa,
pembentukan zon damai pertama di Indrapuri tersebut merupakan tonggak sejarah
baru dalam proses perdamaian di Nanggroe Aceh Darussalam (NAD). Pembentukan
zon itu untuk membentuk daerah yang bebas daripada kekerasan dan masyarakatnya
dapat bergerak secara bebas tanpa rasa takut (akhbar Kompas, 26 Januari 2003).
111
4.4 Reka Bentuk Grafik Sesudah Berlakunya Tsunami
Hampir semua industri reka bentuk grafik di Banda Aceh dan Aceh Besar
ditimpa bencana tsunami. Kerosakan yang dialami ialah pelbagai, berdasarkan letak
industri tersebut, ada yang terhempas sebagai akibat gelombang tsunami dan ada
juga yang hanya dialiri atau terendam di dalam air gelombang tsunami.
Berdasarkan temu bual dengan beberapa pemilik industri reka bentuk grafik,
mereka mula membuka perusahaannya semula setelah tiga hingga lima bulan
bencana tsunami berlalu. Sebahagian daripada industri tersebut ada yang memulakan
usahanya sejak awal lagi, iaitu membeli peralatan dan bahan yang diperlukan untuk
menghasilkan produk reka bentuk grafik. Pada masa inilah masa yang teruk bagi
mereka, kerana beberapa pekerja ada yang meninggal dunia dan ada yang berhenti
bekerja. Hal ini mengakibatkan para pemilik industri terpaksa mencari pekerja baru
yang kebanyakan mereka berasal dari luar Aceh.
Setelah kejadian tsunami ini banyak perubahan yang berlaku di Aceh,
terutama berkaitan dengan pendatang asing. Sebelum tragedi ini terjadi, Aceh sepi
dari pendatang luar kerana keadaaan daerahnya yang kurang aman. Para pendatang
baru baik daripada NGO ataupun perseorangan banyak membawa perubahan di
Aceh, baik dari segi ekonomi, pendidikan, sosial mahupun budaya.
Sekitar empat bulan setelah berlakunya tsunami pemerintah Indonesia
memutuskan agar dijalankan usaha pemulihan dan pembinaan wilayah dan
kehidupan masyarakat provinsi Nanggroe Aceh Darussalam dan Kepulauan Nias
provinsi Sumatera Utara melalui Keputusan Presiden Nomor 30 Tahun 2005 yang
diberi nama BRR (Badan Rehabilitasi dan Rekonstruksi) atau pusat pemulihan dan
pembinaan. Lembaga ini bertugas mengordinasi dan melaksanakan kegiatan
pemulihan dan pembinaan di daerah Aceh dan Nias
112
4.4.1 Papan Iklan Komersial
Reka bentuk grafik yang ada di Banda Aceh setelah bencana tsunami banyak
mengalami peningkatan dari segi jumlahnya. Hal ini berdasarkan keadaan Aceh yang
mulai aman, sehingga kemasukan barang-barang dari luar Aceh berjalan lancar.
Contohnya iklan kad telefon, pada ketika Aceh sedang mengalami konflik hanya
beberapa kad telefon jenama tertentu yang dapat digunakan, berbeza dengan keadaan
sekarang, hampir semua kad telefon yang ada di Jakarta dapat digunakan di Aceh.
Dalam kajian ini peneliti akan mendeskripsikan beberapa papan iklan
komersial yang ditemui di Banda Aceh setelah bencana tsunami iaitu: rokok, kad
telefon, telefon bimbit, motorsikal, televisyen dan minuman berenergi jenama Extra
Joss
4.4.1.1 Papan Iklan Rokok
Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas
yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantong. Sejak beberapa tahun yang
lalu, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai oleh peringatan
kesihatan kepada perokok akan bahayanya merokok, misalnya kanser, paru-paru,
serangan jantung, impotens dan gangguan kehamilan.
Ada beberapa jenama rokok terkenal yang dapat ditemui di Indonesia seperti:
LA Lights, LA Menthol, Daffidoff, Djarum Black, Djarum Super, Djarum Coklat,
Dunhill, Country, Class Mild, Star Mild, X Mild, Bentoel, Benson & Hedges,
Lestess, Lintang Enam, Dji Sam Soe, A Mild, U Mild Gudang Garam, Lucky Strike,
Marlboro, dan Wismilak. Daripada jenama tersebut ada beberapa jenama yang
terdapat dalam penelitian ini, iaitu Gudang Garam International, Gudang Garam,
Surya Pro, Djarum Super, Djarum Black, Dji Sam Soe, A Mild, Panamas, Clas Mild,
dan LA Lights. Peneliti hanya menganalisis papan iklan rokok tersebut, kerana hanya
113
papan iklan rokok dengan jenama tersebut yang terdapat di daerah Banda Aceh dan
Aceh Besar sesudah berlakunya tsunami.
Iklan komersial yang paling banyak terdapat di Banda Aceh ialah iklan
rokok, baik dalam bentuk poster mahupun papan iklan yang kebanyakannya
menampilkan model manusia sebagai ekspresi penyampaian informasi yang
diinginkan. Poster biasanya ditampal di dinding bangunan atau di kedai-kedai kecil
di tepi jalan, sedangkan papan iklan dipasang di persimpangan dan jalan-jalan utama
yang ada di Banda Aceh dan Aceh Besar.
Papan iklan yang paling banyak dipasang ialah iklan rokok Gudang Garam
International (gambar foto: 4.13 dan 4.14) yang dipasang di sepanjang jambatan
Lamnyong. Bentuk papan iklannya berbeza dengan papan iklan rokok yang lainnya,
kerana di bahagian sebelah kirinya terdapat hiasan (ornamen) yang berbentuk
rencong (senjata khas orang Aceh) sebagai penyangganya, hal ini bermakna bahawa
papan iklan dengan penggunaan ornamen ini hanya terdapat di Aceh.
114
4.4.1.1.1 Papan Iklan Rokok Jenama Gudang Garam International
Gambar Foto 4.13 : Papan Iklan Rokok Jenama Gudang Garam International Sumber: Peneliti
Tanda visual yang digunakan dalam papan iklan rokok Gudang Garam
Internasional berupa gambar gudang, dan gambar seorang lelaki yang tidak begitu
jelas gambarnya. Gambar gudang melambangkan jenama rokok itu sendiri, teks pada
papan iklan tersebut ialah ‘Gudang Garam International’, kemudian di bawahnya
‘Pria Punya Selera’, dan pada bahagian bawah sekali yang berlatarbelakangkan
warna putih terdapat ayat yang berbunyi ‘Merokok dapat menyebabkan kanker,
serangan jantung, impotensi dan gangguan kehamilan dan janin’.
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini berbentuk simetrik, iaitu
semua elemen baik visual mahupun verbal ditata di bahagian tengah papan iklan.
Prinsip irama dengan teknik pengulangan terdapat pada logo Gudang Garam iaitu
pada gambar pintu yang diulang beberapa kali dengan ukuran yang sedikit berbeza,
tetapi mempunyai bentuk yang sama. Prinsip kontras dilihat pada ayat ‘Pria Punya
115
Selera’ dengan menggunakan warna putih dan latar belakang berwarna hitam
sehingga keterbacaannya jelas. Perbandingan secara keseluruhannya adalah sesuai,
hanya bentuk logonya terlalu kecil sehingga sukar untuk dilihat. Prinsip emphasis
pada papan iklan dapat dilihat pada slogan rokok Gudang Garam Internasional iaitu
‘Pria Punya Selera’ dan mesej kesihatan yang terdapat di setiap iklan rokok baik di
bungkusannya mahupun di media iklan luar ruangan (poster atau papan iklan). Mesej
ini dilihat jelas bacaannya kerana menggunakan huruf yang berwarna hitam dengan
latar belakang yang berwarna putih. Penggunaan elemen garisan dapat dilihat pada
gambar logo Gudang Garam.
Tekstur pada semua iklan rokok adalah sama, iaitu sedikit ‘kasar’ kerana
menggunakan vynil sebagai medianya. Warna yang digunakan ialah warna hitam,
coklat, kuning, biru dan putih. Bentuk yang terdapat pada papan iklan ini ialah
bentuk bangunan gudang yang merupakan logo iklan rokok ini dan gambar seorang
lelaki yang kurang jelas bentuknya kerana menggunakan warna yang gelap dengan
latar belakangnya yang gelap juga. Penerapan white space tidak begitu berfungsi,
kerana menggunakan warna yang gelap. Secara keseluruhannya prinsip kesatuan
pada papan iklan ini kurang jelas, seperti penerapan gambar manusia yang tidak jelas
gambarnya, sehingga mesej yang ingin disampaikan kurang difahami oleh
masyarakat.
PT.Gudang Garam ditubuhkan pada 26 Jun 1958 oleh Tjoa Ing Hwie. Rokok
jenama ini berkembang pesat sesuai dengan permintaan orang ramai. Rokok yang
dihasilkan kali pertama dikeluarkan oleh Gudang Garam ialah rokok ‘klobot’ dan
rokok ‘kretek’ tangan, sedangkan rokok Gudang Garam International ialah
produknya yang keenam yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri: Pria
Punya Selera, bertepatan dengan idea awal pembuatannya, iaitu rokok ini memang
116
diperuntukkan bagi pria sejati, berkeperibadian kuat, moden dan memahami erti
nikmat merokok yang sebenarnya
Gambar Foto 4.14: Papan Iklan Rokok Jenama Gudang Garam International Sumber: Peneliti
Pada papan iklan ini terdapat gambar seorang lelaki yang sedang duduk di
atas batu karang, di bahagian bahu kirinya ada seekor burung yang sedang berdiri
dan di sebelah kanannya ada seekor harimau. Tajuk utamanya ‘Pria Punya Selera’
yang berwarna putih dengan latar belakangnya berwarna merah dan biru. Pada
bahagian kiri atasnya terdapat logo ‘Gudang Garam’, dan pada bahagian bawahnya
terdapat mesej kesihatan dengan tipografinya yang berwarna hitam dan latar
belakangnya berwarna putih, iaitu ‘Merokok dapat menyebabkan kanker, serangan
jantung, impotensi dan gangguan kehamilan dan janin’.
117
Papan iklan ini ialah pengganti papan iklan sebelumnya (gambar foto 4.13),
yang dipasang di sepanjang jambatan Lamnyong dengan jenama rokok yang sama,
tetapi menggunakan gambar yang berbeza. Secara keseluruhannya tataletak yang
digunakan ialah keseimbangan asimetrik, iaitu penempatan mesej visual dan mesej
verbal yang tidak simetrik antara kiri dengan kanan serta bahagian atas dengan
bahagian bawahnya. Prinsip irama dengan teknik pengulangan terdapat pada bentuk
pintu di logo Gudang Garam. Prinsip kontrasnya terdapat pada slogan ’Pria Punya
Selera’ dengan menggunakan warna putih sehingga dapat dibaca dengan jelas.
Perbandingan yang digunakan adalah sesuai dengan objek visual lainnya. Prinsip
emphasis lebih menekankan slogan ’Pria Punya Selera’ kerana mesej inilah yang
ingin disampaikan oleh penaja. Penggunaan garisan banyak terdapat pada mesej
visual, seperti garisan horizontal dan vertikal yang terdapat pada pintu logo Gudang
Garam. Warna yang digunakan iaitu warna putih, hitam, merah, kuning, putih
kekuningan, coklat dan biru. Pada papan iklan ini banyak terdapat bentuk seperti
bentuk burung, harimau, manusia, kasut dan lain-lainnya. Penggunaan ruang sangat
membantu kesempurnaan tataletak prinsip dan elemen reka bentuk pada papan iklan
ini, sehingga mesej yang ingin disampaikan dapat difahami dengan baik.
118
4.4.1.1.2 Papan Iklan Rokok Jenama Gudang Garam
Gambar Foto 4.15: Papan Iklan Rokok Jenama Gudang Garam Sumber: Sonny Iskandar
Papan iklan ini terdapat tanda visual berupa logo rokok jenama Gudang
Garam yang disusun pada bahagian kiri dan bahagian bawah papan iklan, tajuk
utamanya ‘Buktikan Merahmu’ dan teks ‘Harum-Gurih-Nikmat’. Pada bahagian
bawah papan iklan terdapat mesej kesihatan ‘Merokok dapat menyebabkan kanker,
serangan jantung, impotensi dan gangguan kehamilan dan janin’. Latar belakangnya
menggunakan warna merah dengan tipografi yang berwarna putih. Warna merah
bermaksud keberanian, seperti bendera Merah Putih, warna merah melambangkan
keberanian dalam memperjuangkan kemerdekaan dan putih yang bererti suci. Kata
‘Buktikan Merahmu’ bererti buktikan keberanianmu (kebaikan), aplikasi visual iklan
ini dapat dilihat dalam iklannya yang disiarkan di televisyen dengan pelbagai versi.
Salah satu versinya iaitu seorang lelaki muda yang memberikan tempat duduknya
kepada seorang ibu yang sudah tua di dalam sebuah kereta api.
119
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini adalah asimetrik, kerana
penggunaan mesej visual berupa logo di bahagian kiri dan mesej verbal di bahagian
kanan tidak seimbang. Prinsip irama dengan teknik pengulangan terdapat pada
gambar bentuk bangunan pada logo Gudang Garam, bentuk landasan (rel) kereta api
di bahagian hadapannya dan pengulangan logo Gudang Garam pada sudut kanan
papan iklan tersebut. Prinsip kontras terdapat pada ayat ‘Buktikan Merahmu’ dengan
menggunakan warna putih dengan latar belakang berwarna merah sehingga
keterbacaannya jelas. Hal ini juga disokong dengan penggunaan jenis tipografi yang
seolah-olah ditulis dengan menggunakan kuas, sehingga tataletak hurufnya tidak
beraturan dan menimbulkan kesan spontan dan dinamis. Pada papan iklan ini lebih
menekankan mesej yang ingin disampaikan, iaitu ‘Buktikan Merahmu’ yang
merupakan slogan Gudang Garam dengan versi baru. Penggunaan garisan banyak
terdapat pada logo Gudang Garam. Warna yang digunakan ialah warna merah, putih,
hitam dan biru. Penggunaan ruang pada papan iklan sangat luas, sehingga mesej
yang ingin disampaikan dapat dibaca dengan mudah.
4.4.1.1.3 Papan Iklan Rokok Jenama Surya Pro
Gambar Foto 4.16: Papan Iklan Rokok Jenama Surya Pro Sumber: Sonny Iskandar
120
Rokok berjenama Surya Pro adalah salah satu produk keluaran Gudang
Garam, yang dapat dilihat pada bahagian bawah papan iklan yang terdapat logo
Gudang Garam. Dalam papan iklan ini terdapat tanda visual sembilan lingkaran,
dengan satu lingkaran di tengah yang paling besar dan lapan lingkaran lainnya
berada di sekeliling lingkaran yang besar. Ada lima lingkaran berwarna merah yang
ditulis ‘Ini Baru Pro’, sedangkan empat lingkaran lainnya terdapat rangkaian aksi
seorang lelaki yang sedang menyelamatkan sebuah pasu bunga yang jatuh dari
sebuah rumah pangsa dengan gaya olah raga Capoeira, kerana sebelum ia
menyelamatkan pasu bunga tersebut, lelaki itu baru sahaja pulang daripada latihan
olah raga Capoeira. Oleh itulah lelaki tersebut terus mempraktikkan gaya berolah
raga tersebut. (iklan di televisyen lebih jelas urutan gambarnya).
Secara keseluruhannya tataletak papan iklan ini adalah asimetrik, kerana
mesej di bahagian kiri lebih banyak berbanding di bahagian kanan. Prinsip irama
dengan teknik pengulangan terdapat pada bentuk lingkaran kecil yang mengelilingi
lingkaran yang ada di tengahnya, begitu juga halnya dengan tulisan ’Ini Baru Pro’
yang mengalami beberapa pengulangan. Prinsip kontras terdapat pada sirkulasi
lingkaran, yang menampilkan gaya olah raga Capoeira dengan diselangi tulisan ’Ini
Baru Pro’. Elemen garisan yang banyak digunakan ialah garisan lengkung yang
terdapat pada bentuk lingkaran. Papan iklan ini menggunakan warna merah sebagai
latar belakangnya, warna putih, hitam, kuning, coklat dan biru. Penerapan white
space sangat luas sehingga audien dapat melihat dan memahaminya dengan mudah
mesej yang disampaikan.
121
4.4.1.1.4 Papan Iklan Rokok Jenama Djarum Super
Gambar Foto 4.17: Papan Iklan Rokok Jenama Djarum Super Sumber: Peneliti
Tanda visual yang digunakan pada papan iklan ini ialah tiga orang lelaki yang
yang sedang mendaki gunung. Tajuk utamanya ialah ‘Djarum Super’ yang terletak
pada tengah bahagian segi empat yang berlatar belakang warna merah dan ayat yang
terdapat di bahagian bawah papan iklan yang berbunyi ‘Merokok dapat
menyebabkan kanker, serangan jantung, impotensi dan gangguan kehamilan dan
janin’.
Papan iklan ini menggunakan tataletak yang asimetrik sehingga dilihat lebih
dinamis. Prinsip irama dengan teknik pengulangan dapat dilihat pada bentuk persegi
empat di bahagian kiri atas papan iklan, bentuknya tidak diulang secara keseluruhan.
Prinsip kontrasnya terdapat pada bentuk persegi empat yang berwarna merah dengan
tulisan ’Djarum Super’ yang berwarna kuning. Kadar bandingan antara objek segi
empat dengan orang yang sedang mendaki gunung sangat kecil, hal ini dapat
122
disimpulkan bahawa mesej yang ingin disampaikan ialah ’Djarum Super’ sedangkan
gambar orang tersebut hanya sebagai elemen tambahan. Prinsip emphasis lebih
ditekankan pada jenama rokok itu sendiri. Elemen garis pada papan iklan ini
terbentuk kerana adanya batasan antara satu warna dengan warna yang lainnya.
Warna yang digunakan ialah warna merah, kuning, hitam, putih dan warna putih
kekuningan dan coklat yang terdapat pada batu karang. Penggunaan ruang tidak
begitu besar kerana latar belakang yang digunakan ialah gambar pemandangan ketika
orang sedang mendaki gunung sehingga kelihatan batu karang yang banyak. Secara
keseluruhannya kesatuan prinsip dan elemen reka bentuk dapat wujud dalam papan
iklan tersebut.
Rokok Djarum Super kali pertama diperkenalkan kepada masyarakat pada
tahun 1981. Sejak awal dipasarkan rokok jenama ini, sambutannya amat baik. Hal ini
dapat dilihat daripada angka penjualan yang terus meningkat dari masa ke masa,
sehinggalah pada tahun 1989, Djarum Super dinobatkan sebagai jenama nombor satu
di Indonesia. Djarum Super diperbuat daripada paduan tembakau terbaik Jawa dan
Madura, serta cengkeh berkualiti nombor satu. Untuk menghasilkan rokok yang
terbaik, cengkeh diproses menggunakan teknologi tinggi sehingga menghasilkan
serbuk cengkeh terhalus (super fine clove). Hal ini bermakna cengkeh tersebut
dipotong sedemikian rupa sehingga menjadi sangat halus, yang memaksimumkan
kenikmatan merokok (http://www.djarum-super.com/, diakses 16 April 2008).
123
Gambar Foto 4.18: Papan Iklan Rokok Jenama Djarum Super Sumber: Peneliti
Pada papan iklan di atas digunakan tanda visual empat orang pemain bola
sepak, sebuah bola, logo Barclays, dan teks yang berbunyi ‘Klik Dulu www.
superepl.com, Baru Bisa Bilang Maniak Liga Inggeris’ ‘Djarum Super Soccer’.
Dalam iklan ini disampaikan informasi tentang pertandingan bola sepak liga Inggeris
yang dapat dilihat di laman web di atas, dan pertandingan ini mendapat tajaan
daripada Djarum Super. Pada bahagian bawahnya terdapat mesej kesihatan yang
berbunyi ‘Merokok dapat menyebabkan kanker, serangan jantung, impotensi dan
gangguan kehamilan dan janin’.
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini adalah simetrik, kerana
penempatan mesej visual dan mesej verbalnya seimbang antara bahagian kiri dengan
bahagian kanan serta atas dan bawah. Penerapan prinsip irama terdapat pada
pengulangan bentuk persegi empat dan persegi panjang yang bertulis ‘Baru Bisa
Bilang Maniak Liga Inggris’. Prinsip kontras terdapat pada huruf ‘epl’ yang terletak
124
di tengah-tengah alamat laman web www.superepl.com dengan warna merah
sehingga berbeza dengan huruf sebelumnya yang berwarna biru. Epl ialah singkatan
daripada English Premier League. Penyampaian mesejnya lebih ditekankan pada kata
epl, kerana papan iklan ini ingin menyampaikan informasi tentang pertandingan bola
sepak liga Inggeris yang ditaja oleh Djarum Super. Garisan yang digunakan iaitu
garisan lengkung yang terdapat bawah tulisan ‘Soccer’ dan jenis garisan lainnya
yang terbentuk kerana batasan satu warna dengan warna yang lainnya. Warna yang
digunakan ialah putih, hitam, biru, merah, putih kekuningan dan kuning. Ada
beberapa bentuk yang digunakan pada papan iklan ini, iaitu bentuk orang, bola
sepak, persegi empat, persegi panjang dan dua logo yang terdapat pada bahagian atas
papan iklan. Penempatan white space pada papan iklan ini membantu masyarakat
awam untuk memahami mesej yang ingin disampaikan.
4.4.1.1.5 Papan Iklan Rokok Jenama Djarum Black
Gambar Foto 4.19: Papan Iklan Rokok Jenama Djarum Black Sumber: Peneliti
125
Pada papan iklan rokok Djarum Black ini terdapat tanda visual berbentuk
segitiga sama berwarna merah, terletak di tengah-tengah perkataan ‘Black’ yang
divisualisasikan (dibaca) sebagai huruf ‘A’, gambar dekoratif sebuah lampu, logo
Metro Tv, Majalah Gatra dan Hard Rock Café. Tajuk utamanya ‘Djarum Black
Innovation Awards’ di bawahnya terdapat tulisan yang dipetik daripada sebuah
kamus: ‘innovation [‘ine’-veisyen] kb. kreasi gokil; proses penggalian idea baru yang
cerdik dan unik; perkataan ini hanya ada di dalam kamus Black Innovation Awards’.
Register now at www.blackinnovationawards.com or call 0888 8419 411 for more
information’. Di bahagian paling bawah papan iklan tersebut terdapat mesej
kesihatan yang selalu ditulis dengan tipografi yang berwarna hitam dan berlatar
belakangkan warna putih, sehingga keterbacaannya jelas ‘Merokok dapat
menyebabkan kanker, serangan jantung, impotensi dan gangguan kehamilan dan
janin’.
Papan iklan ini menggunakan tataletak yang simetrik, iaitu semua mesejnya
ditata di bahagian tengah papan iklan. Penggunaan mesej visualnya tidak begitu
banyak berbanding mesej verbal. Prinsip irama dilihat pada pengulangan bentuk
segitiga yang ada di atas gambar ilustrasi lampu, seolah-olah lampu itu menyala yang
menandakan adanya idea-idea cemerlang. Kekontrasan pada papan iklan ini terdapat
pada bentuk segitiga berwarna merah yang menggantikan huruf ’A’ pada tulisan
’Black’. Penggunaan prinsip emphasis terdapat pada serangkaian ayat ‘Djarum Black
Innovation Awards’ kerana mesej ini ialah tema daripada kegiatan yang ditaja oleh
Djarum Black. Garis yang digunakan ialah garisan lengkung yang terdapat pada
gambar ilustrasi lampu. Warna yang terdapat pada papan iklan ini ialah warna hitam,
putih, merah, kuning dan biru. Elemen bentuk yang digunakan ialah bentuk segitiga,
gambar ilustrasi lampu dan kepala burung helang yang terdapat pada logo Metro TV.
126
Penggunaan white space terdapat pada bahagian atas kiri dan kanan papan iklan,
membolehkan ayat ‘Djarum Black Innovation Awards’ dilihat dengan jelas.
Mesej yang disampaikan dalam papan iklan ini merupakan suatu cabaran
yang ditaja oleh Djarum Black Innovation tentang pertandingan mereka bentuk
alat-alat inovatif. Pertandingan ini merupakan pengembangan idea, yang dapat
mewujudkan bentuk peralatan fungsional yang lebih kreatif, yang boleh digunakan
oleh orang ramai untuk memudahkan aktiviti, mengatasi situasi-situasi khusus dalam
sehari, membolehkan kita menikmati waktu luang kita dengan lebih nyaman. Alat
tersebut merupakan alat yang dapat diaplikasikan, dikembangkan dalam kegiatan
sehari-harian, ataupun menambahkan fungsi alat yang sudah ada. Sebuah reka bentuk
dengan pendekatan artistik yang menarik dan imaginatif, dari reka bentuk yang
paling sederhana sehinggalah reka bentuk yang tidak pernah difikirkan sebelum ini
(www.blackinnovationawards.com, diakses 28 June 2008).
Dengan adanya program Djarum Black Innovation diharapkan dapat
mendorong dan merangsang masyarakat supaya dapat mengembangkan bentuk
penemuan-penemuan baru melalui reka bentuk alat inovatif yang berguna kepada
masyarakat. Pertandingan ini juga memberikan dukungan dan menjadi media untuk
mengembangkan kreativiti bagi orang perseorangan mahupun kelompok masyarakat
di Indonesia.
127
Gambar Foto 4.20: Papan Iklan Rokok Jenama Djarum Black Sumber: Sonny Iskandar
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual lima buah kereta berwarna hitam
yang telah diubah suai bentuknya. Pada bahagian atasnya terdapat teks jenama
daripada rokok tersebut, iaitu ‘Djarum Black’ yang huruf ‘A’nya diganti dengan
bentuk segitiga yang berwarna merah sehingga kelihatan kontras, kerana berbeza
warna dan bentuk dengan huruf sebelumnya. Pada bahagian tengah papan iklan ini
terdapat teks ‘Autoblackthrough, limited edition’ yang berwarna kelabu, di bahagian
bawahnya terdapat teks di dalam sebuah lingkaran dan di tepinya, iaitu ‘Out Now, 5
models to collect’. Mesej yang paling bawah, iaitu mesej kesihatan ‘Merokok dapat
menyebabkan kanker, serangan jantung, impotensi dan gangguan kehamilan dan
janin’. Dalam papan iklan ini cenderung menggunakan warna hitam dan merah.
128
Tataletak pada papan iklan ini adalah simetrik, iaitu dengan menempatkan
mesej verbal di bahagian tengah papan iklan dan mesej visual diselang-seli di
antaranya. Prinsip kontras pada papan iklan ini sama dengan papan iklan sebelumnya
(gambar foto 4.19), iaitu segitiga berwarna merah yang berfungsi sebagai pengganti
huruf A pada perkataan ’Black’. Perbandingan antara semua objek yang tertera pada
iklan tersebut adalah bersesuaian. Prinsip penekanan atau emphasis terdapat pada
jenama rokok itu sendiri, iaitu ’Djarum Black’. Garisan yang digunakan iaitu garisan
vertikal yang terletak di antara ayat ‘Autoblackthrough’ dengan ‘Limited Edition’
dan garisan lengkung yang berbentuk lingkaran berwarna kuning dengan tulisan ‘Out
Now’ di dalamnya. Warna yang digunakan ialah warna hitam, putih, merah, kuning
dan kelabu. Bentuk yang terdapat pada papan iklan iaitu lima buah kereta yang telah
diubah suai, bentuk lingkaran dan bentuk segitiga. White spacenya digunakan di
antara mesej visual dengan mesej verbal sehingga kedua-dua mesej tersebut dapat
disampaikan secara komunikatif. Secara keseluruhannya prinsip dan elemen dalam
papan iklan mempunyai satu kesatuan yang saling melengkapi.
Papan iklan ini menyampaikan mesej tentang aktiviti automobile di Medan
yang ditaja sepenuhnya oleh Djarum Black. Walaupun aktivitinya dilaksanakan di
Medan, tetapi kempen melalui papan iklan juga dipasang di Aceh. Ternyata ada
beberapa orang daripada kelab kereta “Koeta Radja VW Club”Aceh yang mengikuti
kegiatan ABT (Auto Black Trough) ini, mereka menaiki kereta jenis VW
(Volkswagen) dari Aceh menuju ke Medan yang menempuh jarak 650 km selama 20
jam (http://autoblackthrough.com/, diakses 12 Julai 2007).
129
4.4.1.1.6 Papan Iklan Rokok Jenama Dji Sam Soe
Gambar Foto 4.21: Papan Iklan Rokok Jenama Dji Sam Soe Sumber: Peneliti
Pada papan iklan ini terdapat garisan lengkung dan garisan lurus; bentuk
seperti bintang sebanyak sembilan buah yang paling kecil terletak di bahagian tengah
susunan bintang tersebut. Tajuk utamanya ‘Saatnya Dji Sam Soe Filter’ dengan
warna putih dan latar belakangnya berwarna hijau. Pada bahagian bawah terdapat
mesej kesihatan dengan tipografi warna hitam dan latar belakang warna putih,
sehingga keterbacaannya jelas. Mesej kesihatannya, iaitu ‘Merokok dapat
menyebabkan kanker, serangan jantung, impotensi dan gangguan kehamilan dan
janin’. Papan iklan ini dipasang di tepi jalan dekat jambatan Pante Pirak.
Prinsip keseimbangan yang digunakan pada tataletak papan iklan ini adalah
simetrik dengan menempatkan mesej visual dan verbal di bahagian tengah papan
iklan. Penerapan prinsip irama terdapat pada pengulangan bentuk bintang yang
berjumlah sembilan buah, lapan buah mempunyai ukuran yang sama dan sebuah
130
ukuran yang berbeza. Penggunaan prinsip kontras dilihat pada tulisan ’Filter’ yang
berwarna merah, kerana warna tersebut yang menjadikannya berbeza dengan teks
lainnya. Berlainan pula halnya dengan tulisan ’Filter’ yang berwarna putih, kerana
mempunyai warna yang sama dengan tulisan sebelumnya, oleh sebab itu tidak dilihat
kontras, walaupun menggunakan ukuran huruf yang lebih besar daripada tulisan
’Filter’ yang berwarna merah. Perbandingan antara semua objek bersesuaian
sehingga mesejnya mudah difahami. Penekanan mesejnya terdapat pada tulisan
’Filter’, baik yang berwarna merah mahupun yang berwarna putih, kerana Dji Sam
Soe menawarkan produk barunya rokok filter, iaitu rokok yang pada bahagian
hujungnya diberi tambahan berbentuk busa yang berfungsi untuk menyaring nikotin.
Elemen garisan yang digunakan ialah garisan lengkung, vertikal, horizontal dan
diagonal yang membentuk bintang. Warna yang terdapat pada papan iklan, iaitu
warna hijau dengan valuenya, warna merah, putih, hitam dan coklat. Elemen bentuk
yang diterapkan adalah bentuk persegi delapan, persegi empat, bintang dan bentuk
seperti bulat sabit. Penggunaan white spacenya terdapat di tepi kanan dan kiri papan
iklan, yang membuat papan iklan ini tidak terlalu sesak.
Dji Sam Soe ialah sebuah jenama perdagangan rokok kretek yang dicipta oleh
Liem Seeng Tee dan dikeluarkan oleh PT. HM Sampoerna Tbk pada tahun 1913 di
Surabaya. PT. HM Sampoerna di Surabaya, Jawa Timur merupakan perintis
perusahaan rokok terbesar di Indonesia. Dji Sam Soe ialah sebutan dialek Hokkian,
di provinsi Fujian, Tiongkok, yang bererti 234, kalau dijumlahkan menjadi sembilan.
Liem Seeng Tee, mempercayai bahwa mitos angka sembilan itu membawa
keuntungan dan kesempurnaan. Buktinya ialah semua aspek daripada produk
kreteknya banyak dijumpai angka sembilan seperti, jumlah bintang pada logo Dji
131
Sam Soe 234 serta sudut-sudutnya berjumlah sembilan. Kepercayaan inilah yang
dipegang teguh oleh Liem Seeng
Tee dalam menciptakan produk kreteknya. Bahkan kepercayaan pada angka
sembilan ini bukanlah hanya sekadar mitos, kerana pihak PT. HM Sampoerna Tbk.
menetapkan jumlah pekerja untuk memproduksi Dji Sam Soe Kretek di Sampoerna
House (Surabaya) berjumlah dua ratus tiga puluh empat (234) orang, tidak lebih dan
tidak kurang. Produk-produk rokoknya, iaitu Dji Sam Soe, A Mild, U Mild,
Sampoerna Hijau, Avolution, Kraton Dalem. Selama ini Dji Sam Soe terkenal
sebagai rokok kretek yang dibuat dengan menggunkan tangan atau "linting". Namun
pada 18 September 2006, Dji Sam Soe telah melancarkan rokok terbarunya, iaitu Dji
Sam Soe Filter baru dengan racikan Fatsal 5, yang ditujukan khusus untuk para
perokok yang berjiwa muda, dinamik dan moden. Dji Sam Soe Filter juga
mempunyai cita rasa khas Dji Sam Soe, kerana tembakau dan cengkehnya
merupakan hasil yang terbaik daripada berbagai-bagai sumber di Indonesia.
Racikannya dilakukan oleh pakar-pakar racikan Dji Sam Soe, sehingga bagi perokok
Dji Sam Soe Filter akan mendapatkan kualiti, aroma dan rasa yang sama seperti Dji
SamSoe. (http://www.suaramerdeka.com, diakses 23 June 2007).
132
4.4.1.1.7. Papan Iklan Rokok Jenama A Mild
Gambar Foto 4.22: Papan Iklan Rokok Jenama A Mild Sumber: Peneliti
Pada papan iklan ini terdapat tiga ekor burung, dua daripadanya lebih tua
berbanding yang lainnya. Ketiga-tiga burung ini berdiri di atas kayu dengan latar
belakang laut dan awan berwarna biru muda. Tajuk utamanya ditulis menggunakan
warna putih, iaitu ’Belum Tua Belum Boleh Bicara’, pada hujungnya terdapat tulisan
’Tanya Kenapa’ berwarna putih dan latar belakangnya berwarna merah. Pada
bahagian kanan bawah papan iklan terdapat logo A Mild, dan mesej kesihatan
’Merokok dapat menyebabkan kanker, serangan jantung, impotensi dan gangguan
kehamilan dan janin’.
Papan iklan ini menggunakan tataletak dengan keseimbangan asimetrik, iaitu
mesej visual antara bahagian kiri dengan bahagian kanannya tidak seimbang.
Penerapan iramanya terdapat pada susunan burung dari yang kecil hingga yang besar
walaupun letaknya tidak teratur. Prinsip kontrasnya terdapat pada tulisan ‘A Mild’
yang ditulis di atas potongan kertas buram yang ditampal pada papan iklan. Hal ini
dapat dilihat dengan jelas, kerana dipengaruhi oleh gelap terangnya warna sehingga
dilihat seperti kertas yang bergerak kerana ditiup oleh angin. Teknik ini disebut
133
teknik tekstur semu, iaitu dilihat seperti nyata, tetapi ketika disentuh mempunyai
tekstur yang sama dengan papan iklan, iaitu licin. Perbandingan antara objek sangat
sesuai, terutama pada perbandingan antara burung tersebut. Prinsip emphasis terdapat
pada visualisasi ayat ’Belum Tua Belum Boleh Bicara’ dilihat pada gambar seekor
burung kecil yang sedang ’bercakap’ tetapi tidak didengar oleh dua ekor burung yang
lebih tua, iaitu dengan cara menutup telinga dengan kedua-dua belah sayap. Seperti
kata pepatah ’Lebih tua lebih berpengalaman’, oleh itu, ketika burung kecil tersebut
’bercakap’ tak perlulah didengar kerana masih muda dan secara automatik
pengalamannya belum banyak berbanding burung yang lebih tua. Hal ini sering kita
lihat dalam kehidupan bermasyarakat.
Elemen garisan yang terlihat pada papan iklan ini iaitu pada sayap burung
yang berbentuk bulu-bulu halus dan belahan kayu yang berbentuk garisan horizontal.
Warna yang digunakan ialah warna biru dengan gradasinya, warna hitam, putih,
coklat, merah dan putih kekuningan. Bentuk yang terdapat pada papan iklan iaitu tiga
ekor burung dan beberapa kayu yang digunakan sebagai tempat berdiri burung
tersebut. White space pada papan iklan ini sangat membantu menampilkan mesej
visual dan mesej verbal yang menarik untuk dilihat. Penerapan prinsip dan elemen
reka bentuk bersatu padu dan serasi sehingga orang yang melihatnya dapat
memahaminya sebagai satu kesatuan.
Apabila dilihat secara keseluruhan, rata-rata iklan rokok A Mild tidak
berkaitan langsung dengan produk yang ditawarkan. Ayat yang disampaikan melalui
mesej iklan A Mild susah untuk difahami, kerana ianya tidak berkaitan langsung
dengan rokok. Banyak orang bertanya-tanya dan menjawab sendiri tentang makna
mesej tersebut sebatas yang dia tahu dan mengerti dari pembacaan iklan tersebut.
Orangpun menjadi penasaran kerana iklan tersebut tidak menunjukkan adanya
134
hubungan langsung antara gambar dengan tulisan atau keterangan gambar, apalagi
dengan materi iklan (rokok). Namun, di dalam teks iklan ini dilihat adanya
penggunaan struktur nilai yang berdasarkan budaya untuk menjual produk, oleh
sebab teks iklan tersebut memposisikan produknya dalam konteks emosi
nasionalisme. Di sinilah teks iklan menjadi ideologis, sebab dengan menggunakan
retorika-retorika politik dalam tampilan iklannya, sebetulnya iklan ini secara tidak
langsung sedang menjalankan kempen penjualan citra perusahaan, sebagai sebuah
institusi yang masih mempunyai tanggungjawab sosial. Teknik ini dinamakan
periklanan institusional, dengan tujuan utama untuk mendapatkan dan
mempertahankan kredibilitas dengan menanamkan mesej-mesej tertentu dalam
rangka mempromosikan citra perusahaaan atau corporate image.
Gambar Foto 4.23: Papan Iklan Rokok Jenama A Mild Sumber: Sonny Iskandar
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual seorang lelaki muda yang bekerja
sebagai kontraktur sebuah bangunan, di belakangnya ada sebuah bangunan yang
sedang dibangunkan dan sebelah tangan kiri sedang menutup mata sebelah
kanan (berdasarkan iklan yang ada di televisyen). Teksnya ‘Siapa muda dipandang
135
sebelah mata’ di bawahnya dalam kotak persegi panjang yang berwarna merah ditulis
‘Tanya Kenapa’ dan dalam kotak segi empat yang berwarna putih ditulis ‘Bukan
Basa Basi’ serta kata ‘A Mild’. Ayat yang paling bawah pada papan iklan ini ialah
‘Merokok dapat menyebabkan kanker, serangan jantung, impotensi dan gangguan
kehamilan dan janin’. Sampoerna A Mild ialah perintis rokok mild di Indonesia sejak
awal tahun sembilan puluhan.
Tataletak pada papan iklan ini adalah asimetrik, iaitu mesej visual lebih
dominan di bahagian kiri papan iklan berbanding mesej verbal yang terletak di
bahagian kanannya. Prinsip kontras terdapat pada topi berwarna kuning yang
digunakan oleh seorang lelaki dengan latar belakang berwarna biru muda,
menjadikan topi tersebut sangat kontras. Kadar bandingan antara objek tangan
dengan orang lelaki yang berdiri secara visual pada papan iklan tersebut kurang
proposional, lain halnya jika iklan ini dilihat melalui media televisyen maka akan
dapat dilihat perbandingan yang sesuai. Prinsip emphasis dilihat pada tangan kiri
seorang lelaki yang sedang menutup matanya (berdasarkan iklan di televisyen) yang
bermaksud bahawa sesiapa yang muda dipandang sebelah mata. Elemen garisan pada
papan iklan ini terdapat pada tangan yang berbentuk garisan lengkung dan garisan
vertikal, horizontal dan diagonal yang terdapat pada konstruksi bangunan.
Teksturnya sama dengan iklan sebelumnya (gambar foto 4.22) yang menggunakan
tekstur semu pada kertas dengan tulisan ‘A Mild’. Warna yang digunakan ialah
warna putih, biru dengan valuenya, merah, hitam, kuning dan coklat. Bentuk pada
papan iklan ini ialah seorang lelaki, topi, tangan dan konstruksi bangunan. White
space banyak terdapat di bahagian kanan papan iklan, yang sangat membantu
menyeimbangkan mesej visual yang terdapat di sebelah kiri papan iklan.
136
Gambar Foto 4.24: Papan Iklan Rokok Jenama A Mild Sumber: Sonny Iskandar
Pada papan iklan ini terdapat banyak ruangan yang kosong yang menjadikan
orang yang melihatnya selesa, teksnya ‘A’ dan ‘A Mild’ serta mesej kesihatan yang
ada di setiap papan iklan rokok ‘Merokok dapat menyebabkan kanker, serangan
jantung, impotensi dan gangguan kehamilan dan janin’. Tataletak pada papan iklan
ini menggunakan keseimbangan asimetrik, kerana penempatan huruf ‘A’ dan ‘A
Mild’ tidak seimbang, huruf ‘A’ pada bahagian atas lebih besar berbanding huruf ‘A’
pada bahagian bawah papan iklan tersebut. Prinsip kontras dilihat pada huruf ‘A’
yang bentuknya lebih dinamis. Penekanannya terletak pada huruf ‘A’ pada bahagian
atas yang kelihatan seolah-olah berlari menuju ‘A’ pada bahagian bawahnya dengan
maksud ‘A Mild’. Garisan yang digunakan ialah garisan lengkung yang kelihatan
seolah-olah menunjukkan arah larinya huruf ‘A’ untuk menuju ke ‘A Mild’. Warna
pada papan iklan ini iaitu merah, putih, kuning dan hitam. Bentuk yang digunakan
ialah bentuk persegi empat yang merupakan latar belakang daripada huruf ‘A’.
137
A Mild adalah salah satu jenama rokok yang dikeluarkan oleh PT HM
Sampoerna Tbk. Perusahaan ini merupakan perusahaan rokok yang terbesar di
Indonesia dan yang mempunyai beberapa produk rokok berkualiti tinggi seperti Dji
Sam Soe, A Mild dan Sampoerna Hijau. A Mild termasuk kategori rokok SKM
LTLN atau Sigaret Kretek Mesin Low Tar Low Nicotine, yang bermakna A Mild
ialah rokok yang dihasilkan dengan menggunakan mesin, dengan bahan baku
campuran antara tembakau dengan cengkeh yang berkualiti, serta mempunyai
kandungan tar dan nikotin yang lebih rendah. Kehadiran A Mild diharapkan secocok
untuk mereka yang tetap ingin merokok tetapi tidak ingin terlalu banyak diracuni
nikotin.
Gambar Foto 4.25: Papan Iklan Rokok Jenama A Mild Sumber: Sonny Iskandar
Papan iklan ini memberikan maklumat tentang konsert muzik A Mild Live
Rising Stars, iaitu orang ramai boleh memilih salah satu kumpulan muzik kegemaran
mereka supaya mengadakan konsert di Bandar mereka, dengan cara mengirim mesej
nama kumpulan muzik pilihan ke nombor yang telah ditentukan. Akhirnya pada hari
Ahad bertarikh 6 April 2008 kumpulan muzik yang terpilih telah mengadakan
138
konsert di Aceh iaitu seperti Nidji, Peterpan dan Marvel. Inilah konsert A Mild Live
Rising Stars ketiga yang diadakan di Aceh setelah bencana tsunami.
Papan iklan ini menggunakan tataletak asimetrik, iaitu penempatan mesej
verbalnya tidak seimbang antara bahagian kiri dengan bahagian kanan. Penerapan
irama terdapat pada pengulangan ‘bullet’ sebanyak sepuluh kali yang menandakan
nama kumpulan muzik. ’Bullet’ ini melambangkan bintang yang bersinar di langit
pada waktu malam, yang merupakan aplikasi daripada perkataan ’Rising Stars’.
Prinsip kontras terdapat pada beberapa bentuk yang berwarna merah, terutama huruf
’A’ yang merupakan sebahagian daripada logo jenama rokok tersebut. Penerapan
prinsip emphasis terdapat pada perkataan ’Rising Stars’ iaitu konsert muzik yang
ditaja oleh A Mild yang menampilkan kumpulan muzik yang sedang popular pada
masa ini. Garisan yang digunakan ialah garisan vertikal dan horizontal yang
membentuk empat persegi yang berwarna putih. Warna yang digunakan pada papan
iklan ini ialah warna hitam, putih, kuning dan merah. White space lebih banyak
digunakan pada bahagian kiri papan iklan, yang diumpamakan sebagai langit yang
hanya terdapat beberapa bintang. Kadar bandingan pada papan iklan kurang
proposional, kerana ada sebahagian perkataan yang tidak dapat dibaca dengan jelas.
139
4.4.1.1.8 Papan Iklan Rokok Jenama Panamas.
Gambar Foto 4.26: Papan Iklan Rokok Jenama Panamas Sumber: Peneliti
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual seperti bola dunia, dengan teks
‘Panamas 1, Ini Panamas, bung!’ kemudian teks pada bahagian bawahnya yang
menggunakan latar belakang warna putih ditulis ‘Merokok dapat menyebabkan
kanker, serangan jantung, impotensi dan gangguan kehamilan dan janin’ dan yang
paling bawah ‘jangan berharap bila tidak berusaha’. Warna yang digunakan pada
papan iklan ini ialah warna ciri khas daripada pakej rokok Panamas iaitu, kuning,
coklat dan putih. Papan iklan ini dipasang di sepanjang jalan pasar Lambaro, Aceh
Besar, dengan menggunakan penyangga yang berbeza dengan penyangga papan
iklan yang lainnya. Selain mesej tentang produk Panamas, di papan iklan ini juga
menyampaikan mesej ‘nasehat’ iaitu ‘jangan berharap bila tidak berusaha’, iaitu
sesuatu keinginan akan sia-sia tanpa adanya usaha untuk mencapai keinginan
tersebut.
140
Papan iklan ini sebenarnya menggunakan tataletak yang simetrik, tetapi
dengan penambahan bola dunia berubah menjadi keseimbangan asimetrik kerana
bola tersebut tidak terletak di tengah-tengah papan iklan. Dengan demikian papan
iklan ini dilihat lebih dinamis. Prinsip irama dengan teknik pengulangan terdapat
pada garisan lengkung yang ada pada gambar bola dunia dan garisan horizontal yang
terdapat di bahagian tengah papan iklan. Penggunaan prinsip kontras tidak begitu
kelihatan, hanya penggunaan angka ‘1’ yang berwarna coklat dengan latar belakang
berwarna putih yang membuat angka tersebut dilihat berbeza dengan yang lainnya.
Prinsip emphasis terdapat pada bola dunia yang berwarna putih kekuningan dengan
bentuknya yang lebih besar daripada bola dunia yang ada di atasnya. Bola dunia ini
merupakan logo daripada rokok Panamas. Warna yang digunakan ialah warna
kuning, putih kekuningan, putih, hitam dan coklat. Bentuk yang ada pada papan iklan
ialah bentuk lingkaran dan bentuk geometrik lainnya. Penggunaan white space tidak
terlalu banyak, kecuali pada bahagian kiri papan iklan dan atas pada tulisan
‘Panamas’. Kesatuan elemen dan prinsip kurang menyatu kerana gambar bola dunia
yang besar tidak kelihatan secara keseluruhan, berkemungkinan pereka bentuk grafik
mempunyai maksud tertentu di sebalik gambar tersebut.
141
4.4.1.1.9 Papan Iklan Rokok Jenama Clas Mild
Gambar Foto 4.27: Papan Iklan Rokok Jenama Clas Mild Sumber: Peneliti
Pada papan iklan ini terdapat gambar anggota kumpulan muzik Slank; logo
Slank; tulisan Rafli & Kande yang berwarna kuning; logo Clas Mild, teks ‘Festival
Alam dan Budaya Aceh’ dengan warna biru. Pada bahagian kanan papan iklan ini
terdapat tulisan ‘Konser Hijau’ dengan latar belakang gambar peta daerah Aceh yang
kedua-duanya menggunakan warna hijau dengan nilai (value) yang berbeza.
Di bahagian bawahnya pula terdapat tulisan yang menunjukkan tempat konsert itu
diadakan, iaitu ‘Stadion Harapan Bangsa, Lhoong Raya-Banda Aceh, 10 Juni 2007,
14.00 WIB’. Pada bahagian bawah papan iklan ini terdapat mesej kesihatan, iaitu:
‘Merokok dapat menyebabkan kanker, serangan jantung, impotensi dan gangguan
kehamilan dan janin’.
Papan iklan ini menggunakan tataletak yang asimetrik yang kelihatan lebih
dinamis, walau agak sedikit penuh dengan objek dan kurang menggunakan white
space. Kekontrasan pada papan iklan ini kurang kelihatan kerana semua elemen
142
ingin ditampilkan secara bersamaan. Prinsip emphasis ditampilkan pada logo ’Clas
Mild’ yang merupakan penaja utama konsert Hijau. Tekstur yang ada pada logo
tersebut menggunakan tekstur semu. Warna yang digunakan ialah warna biru, hijau,
merah, kuning, hitam, putih dan coklat. Bentuk yang digunakan dalam papan iklan
ini ialah beberapa orang yang merupakan anggota kumpulan muzik Slank dan
Kande, peta daerah Aceh, awan dan hamparan sawah yang menguning. Kadar
bandingan antara objek kurang proposional, ada beberapa gambar yang tidak jelas
bentuknya dan maksudnya serta beberapa teks yang tidak jelas keterbacaannya.
Slank mengadakan konsert di Aceh sempena Festival Alam dan Budaya
Aceh. Konsert ini bertajuk ‘Konsert Hijau’ yang divisualisasikan dengan tipografi
dan berlatarbelakangkan peta Aceh yang kedua-duanya menggunakan warna hijau.
Konsert ini turut dimeriahkan oleh Rafli & Kande yang merupakan kumpulan muzik
yang ternama di daerah Aceh. Konsert ini telah diadakan pada tarikh 10 Jun 2007 di
Stadion Harapan Bangsa dan ditaja oleh Clas Mild.
Kedatangan kumpulan muzik Slank ke Aceh ialah kedatangan kali pertama
untuk membantu kempen pelestarian alam dan menyokong usaha pemerintah Aceh
dalam melaksanakan moratorium logging atau menghentikan penebangan hutan
sementara. Oleh sebab itu, konsert ini dinamai ’Konsert Hijau’. Sebahagian
keuntungan daripada konsert amal Slank ini akan disumbangkan ke Fauna Flora
International-Aceh Programme (FFI-AP) untuk pelestarian alam. Pihak penaja
sengaja menjemput kumpulan Slank kerana kumpulan muzik ini mempunyai rasa
sayang akan alam sekitar. Hal ini dapat dilihat pada lagu-lagu yang dicipta mereka,
antaranya bercerita tentang kerosakan hutan di Indonesia.
143
Gambar Foto 4.28: Papan Iklan Rokok Jenama Clas Mild Sumber: Sonny Iskandar
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual seorang lelaki yang sedang
melangkah, sebuah kereta yang kelihatan pada bahagian hadapannya sahaja, teksnya
‘Clas Mild’ kemudian di bawahnya ‘today’s generation: chase your dreams’ dan
yang paling bawah mesejnya berkenaan kesihatan ‘merokok dapat menyebabkan
kanker, serangan jantung, impotensi dan gangguan kehamilan dan janin’. Mesej pada
papan iklan rokok jenama Clas Mild iaitu raihlah impian anda.
Papan iklan di atas lebih banyak menggunakan warna putih dengan tataletak
asimetrik, iaitu penggunaan objek visual tidak seimbang antara kiri dengan kanan,
oleh hal yang demikian menjadikan papan iklan ini lebih ‘hidup’. Bentuk yang
digunakan pada papan iklan ini ialah seorang lelaki, bentuk persegi panjang dan
sebuah kereta. Penggunaan garisan ialah garisan horizontal dan vertikal yang
terdapat pada bentuk persegi panjang dengan tulisan ‘Chase Your Dreams’ di
dalamnya. Warna yang digunakan ialah warna putih, merah, hitam, ungu, biru dan
144
coklat. Papan iklan rokok ini berbeza dengan papan iklan rokok yang lainnya, kerana
kebiasaannya pada bahagian mesej kesihatan ditulis dengan tipografi berwarna hitam
dan latar belakangnya berwarna putih, tetapi pada papan iklan ini terjadi hal yang
sebaliknya. Penggunaan white space hanya sedikit, sehingga kurang selesa untuk
dilihat, kerana papan iklan ini banyak dipenuhi oleh beberapa objek visual dan
verbal. Kadar bandingannya bersesuaian antara satu objek dengan objek yan lain.
Prinsip emphasis terdapat pada logo jenama rokok tersebut dengan ukuran tipografi
yang besar daripada yang lainnya.
Gambar Foto 4.29: Papan Iklan Rokok Jenama Clas Mild Sumber: Peneliti
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual wajah seorang lelaki yang hanya
hidung dan mulutnya yang dapat dilihat dengan jelas, sedangkan pada bahagian
lainnya tidak begitu jelas. Teksnya ‘Clas Mild’ yang ditulis dalam kotak yang
berwarna putih, kemudian diteruskan dengan kata ‘present, [Rock style] music
145
competition’, di bawahnya juga mengulangi ayat yang sama, dan seterusnya dengan
teks ‘Sabtu 19 Januari 2008 : 10.00 WIB-23.00 WIB, pentas terbuka di Taman
Budaya Banda Aceh, artis undangan: Santafee, Invoid, proggresif rock funky metal
underground’ dan di bawahnya ditulis alamat dan nombor telefon bimbit yang dapat
dihubungi untuk mendaftar sebagai peserta pertandingan, teks yang paling bawah
ditulis ayat ‘merokok dapat menyebabkan kanker, serangan jantung, impotensi dan
gangguan kehamilan dan janin’. Dalam papan iklan ini selain menyampaikan
informasi jenama rokok, juga memberikan maklumat tentang pertandingan muzik
aliran rock yang ditaja oleh rokok Clas Mild.
Papan iklan ini menggunakan tataletak dengan keseimbangan asimetrik.
Prinsip irama dengan teknik pengulangan terdapat pada bentuk persegi panjang yang
disusun teratur dari atas ke bawah yang berjumlah empat buah dengan warna putih
dan hitam. Penggunaan prinsip kontras sama dengan papan iklan sebelumnya
(gambar foto 4.28), iaitu pada bentuk logo ’Clas Mild’. Warna yang digunakan
cenderung berwarna gelap kecuali warna merah dan putih. Kadar bandingan antara
satu objek dengan objek yang lainnya kurang sesuai, ada beberapa mesej yang tidak
dapat dibaca kerana ukuran tipografinya terlalu kecil. Penggunaan white space tidak
kelihatan sehingga menjadikan papan iklan ini penuh dengan mesej yang tidak begitu
jelas kecuali bentuk logonya.
146
4.4.1.1.10. Papan Iklan Rokok Jenama LA Lights
Gambar Foto 4.30: Papan Iklan Rokok Jenama LA Lights Sumber: Sonny Iskandar
Pada papan iklan ini terdapat pengulangan bentuk tanda visual, iaitu sebuah
bentuk persegi empat yang di dalamnya terdapat tulisan ‘L.A Lights’ berwarna
merah, dan berlatarbelakangkan warna putih serta bahagian tepinya berwarna merah.
Latar belakang keseluruhan papan iklan ini menggunakan warna merah, oleh itu
hanya tiga warna yang digunakan iaitu merah, putih dan hitam pada tipografi
‘Lights’ dan mesej kesihatan. Dengan pengaturan warna yang proporsional, bentuk-
bentuk dua dimensional pada papan iklan ini kelihatan seperti bentuk tiga
dimensional. Pada bahagian bawahnya terdapat pula mesej tentang kesihatan iaitu
‘Merokok dapat menyebabkan kanker, serangan jantung, impotensi dan gangguan
kehamilan dan janin’.
Tataletak pada papan iklan adalah asimetrik, iaitu susunan bentuk empat
persegi dengan tulisan ‘L A Lights’ di dalamnya tidak seimbang antara bahagian kiri
dan bahagian kanan. Penggunaan irama terdapat pada pengulangan bentuk empat
147
persegi yang berwarna merah di bahagian tepinya. Iklan ini sangat sederhana dengan
mesej yang jelas iaitu jenama daripada rokok itu sendiri, yang menggunakan tekstur
semu pada bahagian sudut segi empat. Teknik tekstur semu ini dibuat dengan
menggunakan campuran warna merah yang gelap dan terang sehingga terkesan
gambar tersebut berbentuk tiga dimensi. Prinsip kontras dilihat pada tulisan ‘LA’
dengan latar belakang berwarna putih sehingga amat jelas keterbacaannya. Walaupun
iklannya sederhana tetapi dengan white space yang banyak amat membantu untuk
menarik perhatian orang yang melihatnya. Kadar bandingan antara satu objek dengan
objek yang lainnya bersesuaian. Kesatuan prinsip dan elemen sangat membantu
penampilan keseluruhan papan iklan ini.
4.4.1.2 Papan Iklan Kad Telefon
SIM ialah singkatan daripada Subscriber Identity Module atau modul identity
pelanggan. Kad telefon atau simcard merupakan kad kecil yang disisipkan ke dalam
telefon bimbit dan digunakan jaringan telefon untuk mengidentifikasi telefon bimbit
anda. Kad telefon juga dapat menyimpan data seperti mesej berupa tulisan dan buku
telefon.
Di Indonesia sekarang ini terdapat berbagai-bagai kad telefon iaitu Simpati,
Hallo, Mentari, Pro XL, IM3, As, Frend, Flexi, Esia, Three, Jempol, Matrix, Bebas,
Axis, Hepi dan Star One. Pada awal tahun 2000 hanya beberapa kad telefon yang
dapat digunakan di Aceh, berbeza dengan keadaan sekarang yang hampir semua kad
telefon yang ada di Jakarta dapat digunakan di Aceh terutama di Banda Aceh.
Iklan kad telefon banyak dijumpai di kedai yang menjual telefon bimbit atau
kad telefon. Media iklannya berupa poster atau leaflet, sedangkan iklan dalam media
papan iklan dapat dijumpai di persimpangan atau di pinggir jalan. Dalam kajian ini,
peneliti hanya menganalisis iklan pada kad telefon dengan jenama; Simpati, XL dan
148
Flexi, kerana hanya papan iklan ini yang dipasang di simpang atau di tepi jalan
daerah Banda Aceh dan Aceh Besar.
4.4.1.2.1 Papan Iklan Kad Telefon Jenama Simpati
Gambar Foto 4.31: Papan Iklan Kad Telefon Jenama Simpati Sumber: Peneliti
Papan iklan kad telefon yang paling banyak dipasang di Banda Aceh ialah
kad telefon Simpati, kerana jaringan signalnya kuat dan meluas berbanding kad yang
lain. Pada papan iklan di atas lebih banyak menggunakan bahasa verbal berbanding
bahasa visual. Bentuk visualnya berupa teko, cawan dan air teh yang dituangkan ke
dalam cawan; bahasa verbal yang berbunyi “Isi ulang simPATI bonusnya
berlimpah…pah…pah!” dan di bahagian kanannya terdapat jadual yang
menginformasikan bonus yang diperoleh pengguna pada masa pengisian semula
kredit yang pertama sampai yang kelima.
Tipografi pada papan iklan ini menggunakan warna hitam dan putih. Papan
iklan ini menyampaikan informasi tentang bonus yang ditawarkan oleh kad telefon
simpati. Papan iklan ini menggunakan tataletak yang asimetrik, iaitu letak mesej
verbal dan mesej visual tidak seimbang antara bahagian kiri dengan bahagian kanan
149
papan iklan. Prinsip irama terdapat pada pengulangan bentuk persegi panjang yang di
dalamnya mengandungi mesej tentang bonus yang diberikan Simpati pada masa
pengisian semula yang pertama hingga yang kelima kali. Kekontrasan terdapat pada
cawan yang dituangkan teh dari teko hingga penuh dan tumpah keluar, yang
bermaksud bonus yang ditawarkan Simpati sangat banyak. Penggunaan white space
sangat banyak, terutama pada bahagian tengah papan iklan yang dilihat kosong.
Perbandingan antara objek kurang sesuai, iaitu informasi tentang bonus yang
ditawarkan kerana hurufnya kecil. Begitu juga halnya dengan mesej yang paling
bawah, sangat tak selesa untuk dibaca. Penggunaan garisan dilihat pada tujuh bentuk
persegi panjang dengan menggunakan garisan vertikal dan horizontal. Warna yang
digunakan ialah coklat, putih, hitam, kelabu dan merah. Bentuk yang terdapat pada
papan iklan ini ialah teko, cawan dan piring serta bentuk persegi panjang yang
dibatasi oleh garisan. Kesatuan antara mesej verbal dengan mesej visual saling
melengkapi.
Gambar Foto 4.32: Papan Iklan Kad Telefon Jenama Simpati Sumber: Peneliti
150
Pada papan iklan di atas banyak menggunakan bahasa verbal, seperti yang
terdapat pada tajuk utamanya ‘tarif per detik! Rp 0,5’. Dalam laman web
www.telkomsel.com disebutkan bahawa Simpati Pe De (Per Detik) ialah pakej
perdana terkini daripada Simpati keluaran Telkomsel yang dilancarkan pada bulan
Oktober tahun 2007. Pakej ini memberikan kadar yang sangat murah, iaitu kadar
berbual Rp 0.5 per detik (setara dengan 30 rupiah per minit), setelah minit pertama
(Rp 1500), ke seluruh Indonesia.
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini adalah asimetrik, sehingga
dilihat dinamis. Penerapan prinsip kontras dilihat pada angka ‘0,5’ yang ukurannya
lebih besar daripada tipografi lainnya, yang diberi warna kuning dengan valuenya
sehingga kelihatan berkilat. Angka ini merupakan tarif termurah yang diberikan oleh
Telkomsel dan mesej ini merupakan maklumat terpenting yang ingin disampaikan
oleh Telkomsel melalui papan iklan tersebut. Warna yang digunakan ialah warna
merah sebagai latar belakangnya dan warna putih, kuning dan hitam pada
tipografinya. Perpaduan warna ini menampilkan mesej yang boleh dibaca dengan
baik, hanya ukuran hurufnya ada yang terlalu kecil sehingga sukar untuk dibaca.
Bentuk yang digunakan pada papan iklan ini ialah sebuah pakej simcard Simpati
PeDe yang menggunakan warna yang sama dengan warna latar belakangnya iaitu
warna merah. Penggunaan white space terdapat antara susunan mesej verbal yang
terdapat pada papan iklan tersebut. Garisan yang digunakan berupa garisan kontur
yang mengikuti bentuk tipografi yang ada pada papan iklan ini.
151
Gambar Foto 4.33: Papan Iklan Telefon Jenama Simpati Sumber: Peneliti
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual seorang lelaki yang memakai
cermin mata pada sebuah kad, dan posisi orang itu diterbalikkan secara diagonal
sehingga nampak seorang lelaki lagi tanpa menggunakan cermin mata, dan teksnya
yang berbunyi ‘PeDe bisa. Ekstra bisa. Tinggal Ketik *880# (untuk berpindah mode
tarif)’. Teks ini bermaksud, pengguna kad telefon Simpati dapat mengaktifkan salah
satu pakej yang ditawarkan oleh Simpati, oleh itu kalau kita ingin mengaktifkan
Simpati PeDe hanya dengan menaip *880# maka anda telah mendaftar ke pakej
Simpati PeDe, hal ini juga berlaku sebaliknya. Mesej verbal ini divisualisasikan pada
gambar dua orang lelaki yang terdapat pada sekeping kad, yang satu menggunakan
cermin mata, dan yang satu lagi tidak. Hal ini bermaksud bahawa menggunakan
cermin mata boleh dan tidak menggunakan cermin mata pun boleh. Kedua-dua pakej
Simpati ini mempunyai keunggulannya masing-masing.
Papan iklan ini menggunakan tataletak dengan keseimbangan asimetrik.
Prinsip kontras terdapat pada tulisan *880#, yang merupakan mesej utama yang ingin
disampaikan dalam iklan ini. Kadar bandingan antara satu objek dengan objek yang
lainnya bersesuaian. Garisan yang digunakan pada papan iklan ini ialah garisan
152
diagonal yang terdapat pada kad yang ada di papan iklan. Bentuk yang dilihat berupa
kad dan dua orang lelaki yang terdapat pada kad tersebut. Warna yang digunakan
ialah warna merah, yang merupakan warna Simpati, putih, kelabu, hitam dan kuning.
Penggunaan white space terdapat di sekeliling papan iklan tersebut. Kesatuan elemen
verbal dan visual sangat mendukung dalam penyampaian mesej dalam papan iklan
ini.
Gambar Foto 4.34: Papan Iklan Kad Telefon Jenama Simpati Sumber: Peneliti
Pada papan iklan ini hanya terdapat mesej verbal dan logo Telkomsel. Warna
yang digunakan, iaitu warna merah, putih dan hitam. Tataletaknya iaitu simetrik
yang dilihat pada teks yang terletak di tengah-tengah papan iklan. Prinsip kontrasnya
terdapat pada tulisan ’Ke 44 Juta’ dengan membesarkan ukuran huruf tersebut
sehingga berbeza dengan huruf yang lainnya. Ini ialah mesej utama yang ingin
disampaikan oleh Simpati, iaitu ia telah mempunyai 44 juta pengguna se-Indonesia.
Perbandingan antara mesej baris pertama dan yang lainnya bersesuaian, hanya mesej
yang paling bawah kurang jelas keterbacaannya kerana ukuran hurufnya kecil.
Penggunaan white space banyak terdapat pada bahagian kiri dan kanan papan iklan,
153
sehingga membantu keselesaan pada ketika membaca iklan tersebut. Tidak semua
prinsip dan elemen reka bentuk diterapkan pada papan iklan ini.
Dalam papan iklan ini tidak menggunakan mesej visual, selain mesej verbal
yang menggunakan garisan kontur pada tipografinya. Mesej yang ingin disampaikan
dalam papan iklan ini, ialah tentang produk baru daripada Simpati iaitu ’Simpati
Talkmania’ yang bermaksud anda boleh berbual sepuas-puasnya dalam sehari
dengan hanya membayar sebanyak Rp 25.000, jaringan yang luas dan dapat
digunakan oleh 44 juta pengguna Telkomsel di seluruh Indonesia. Caranya adalah
dengan menaip Talkmania kemudian hantar ke numbor 8999.
4.4.1.2.2. Papan Iklan Kad Telefon Jenama XL
Gambar Foto 4.35: Papan Iklan Kad Telefon Jenama XL Sumber: Peneliti
Pada papan iklan di atas terdapat tanda visual tangan manusia dan telefon
bimbit, teksnya pula ialah ‘Pengen dapat bonus pulsa & Hp? Buruan isi ulang
sebanyak-banyaknya’. Gambar tangan manusia menunjukkan jumlah masa pengisian
154
semula, iaitu sebanyak empat kali mengisi semula dan seberapa banyak pun
nominalnya baru mendapat bonus pulsa Rp 10.000, dan hadiah telefon bimbit yang
diundi setiap hari sepanjang program ini berlangsung. XL ialah singkatan nama
perusahaannya PT. Excelcomindo Pratama, Tbk., yang mula beroperasi secara
komersial pada 8 Oktober 1996.
Papan iklan ini menggunakan keseimbangan asimetrik, iaitu penempatan
mesej visualnya tidak seimbang antara bahagian kiri dengan bahagian kanan. Prinsip
irama dengan teknik pengulangan terdapat pada susunan dua buah telefon bimbit,
yang satu berdiri tegak dan satunya direbahkan. Penerapan prinsip kontras terdapat
pada tulisan ‘4 x Isi Ulang Bonus Rp 10.000’ dengan menggunakan warna biru yang
latar belakangnya berwarna kuning dan jingga, hanya ada beberapa kata yang ukuran
tipografinya kecil sehingga sukar untuk dibaca. Perbandingan antara objeknya
kurang proposional terutama pada beberapa mesej yang tulisannya sangat kecil
sehingga sukar dibaca. Hal ini mungkin disebabkan oleh mesej tersebut tidak terlalu
penting untuk dikomunikasikan. Prinsip emphasis terdapat pada bentuk tangan yang
memperlihatkan jumlah jarinya dari satu hingga empat, mesej inilah yang ingin
disampaikan dalam iklan tersebut. Warna yang digunakan ialah biru sebagai latar
belakangnya yang merupakan warnanya kad telefon jenama XL, warna kuning,
jingga, hijau dan putih. Bentuk yang digunakan pada papan iklan ini ialah empat
bentuk tangan dan dua buah bentuk telefon bimbit. Penggunaan white space amat
sesuai, sehingga memudahkan orang untuk melihat atau membaca tajuk utama yang
ingin disampaikan pada papan iklan ini. Kesatuan penerapan prinsip dan elemen
sangat membantu untuk memvisualisasikan iklan ini.
155
Gambar Foto 4.36: Papan Iklan Kad Telefon Jenama XL Sumber: Peneliti
Pada papan iklan ini hanya terdapat mesej verbal dengan tajuk utamanya
’Tarif Termurah Rp 1/dtk’. Tarif ini hanya untuk pengguna telefon XL di seluruh
Indonesia. Pada bahagian kiri atas pula terdapat logo XL dengan slogan ’Jangkauan
Luas’, pada bahagian kanan atas terdapat tulisan ’Berita Terkini’ di bawahnya teks
’bebas, pulsanya gak habis-habis!’. Latar belakang papan iklan ini menggunakan
warna biru tua dan biru cerah pada teks ’Rp1/dtk’, kelihatan seolah-olah disorot oleh
cahaya. Iklan ini adalah tentang produk baharu daripada XL yang diberi nama
’bebas’.
Papan iklan ini menggunakan keseimbangan asimetrik, dengan tulisan
‘bebas’ yang menjadikan iklan ini dilihat asimetrik. Prinsip kontras terdapat pada
tulisan ’1’ yang ukurannya lebih besar berbanding ukuran yang lainnya. Prinsip
emphasis pula terdapat pada satu rangkaian mesej iaitu ’Tarif termurah! Rp 1/dtk’
yang merupakan tajuk utama papan iklan ini. Penggunaan white space sangat banyak
sehingga mesej yang ingin disampaikan dapat dibaca dengan selesa. Dalam papan
iklan ini tidak menggunakan kadar bandingan antara satu ayat dengan ayat lainnya
sesuai, hanya pada ayat ‘pulsanya gak abis-abis!’ terlalu kecil ukuran hurufnya.
156
Garisan yang digunakan ialah garisan diagonal, vertikal dan horizontal yang terdapat
pada bentuk persegi empat yang tertulis ‘Berita Terkini’ di dalamnya serta garisan
lengkung yang terdapat pada tulisan ‘bebas’ di bahagian dalamnya. Penggunaan
tekstur semu terdapat bentuk persegi panjang dengan tulisan ‘nelpon ke sesama XL
Se-Indonesia’ di dalamnya. Pada bahagian sudut kanan atas seolah-olah wujud
lipatan kertas yang bentuknya nyata, ini adalah salah satu teknik yang terdapat dalam
software komputer grafik. Warna yang digunakan ialah warna biru, jingga, hitam,
putih dan hijau. Penggunaan elemen bentuk ialah bentuk persegi panjang dan bidang
yang berbentuk bujur. Kesatupaduan prinsip dan elemen dalam papan iklan ini
membantu dalam mewujudkan informasi yang komunikatif.
Gambar Foto 4.37: Papan Iklan Kad Telefon Jenama XL Sumber: Peneliti
Pada papan iklan di atas digunakan tanda visual seorang wanita yang
memakai tudung dan baju yang berwarna jingga, dengan teksnya ‘XL jangkauan
luas, tarif termurah ke semua operator’ dalam kotak persegi panjang ditulis
‘dijamin!’. Tajuk utamanya ‘Rp 300 Sampe Puaaasssss’, subtajuk utama ‘Buktikan
Sendiri Tarif Termurahnya!’. Latar belakang iklan ini menggunakan pemandangan
157
langit yang berwarna biru, dua batang pokok terdapat di bahagian kiri dan bahagian
kanan papan iklan dan dinding yang memanjang dan menutupi pokok tersebut.
Papan iklan ini merupakan pengganti pada papan iklan sebelumnya (gambar
foto 4.36) dengan tataletak keseimbangan yang asimetrik. Hal ini dilihat pada
penempatan mesej visual dan verbal yang tidak seimbang antara bahagian kiri
dengan bahagian kanan. Irama yang digunakan berupa pengulangan huruf ’a’ dan ’s’
sebanyak tiga dan lima kali. Prinsip kontras terdapat pada gambar seorang
perempuan yang memakai busana muslimah berwana jingga, gambar ini dilihat lebih
menonjol dibandingkan dengan gambar lainnya. Penerapan prinsip emphasis terdapat
pada ayat ’Rp 300 Sampe Puaaasssss’ yang merupakan tajuk utama papan iklan ini.
Garisan yang digunakan ialah garisan vertikal dan horizontal yang terdapat pada
bentuk persegi empat yang tertulis kata ’Dijamin’ di dalamnya, dan garisan vertikal
yang terletak di bawah ayat ‘Tarif Termurahnya!’. Penggunaan warna hampir sama
dengan papan iklan sebelumnya iaitu warna biru, jingga, hitam, putih, hijau dan ada
penambahan satu warna iaitu warna kelabu yang terdapat pada dinding bangunan.
Bentuk yang digunakan ialah seorang wanita, langit, pokok yang dilihat pada
daunnya, dinding dan bentuk persegi panjang. Penggunaan white space terdapat pada
bidang berwarna biru yang diimplementasikan sebagai bentuk langit. Dengan
pengaturan prinsip dan elemen yang sesuai sehingga kelihatan sebagai satu kesatuan
antara elemen dengan prinsip tersebut.
Di Indonesia sekarang ini terdapat lebih kurang enam belas buah kad telefon
yang menyebabkan daya saingnya sangat kuat. Oleh itu, untuk menarik pengguna,
para operator kad telefon pula melakukan pelbagai kempen semenarik mungkin.
Sebagai contoh, XL telah menawarkan tarif termurah ke semua operator, yang dapat
dilihat pada visualisasi kata ‘puaaasssss’ dengan penambahan huruf ‘a’ dan ‘s’ yang
158
sedikit melebihi papan iklan tersebut. Hal ini menandakan bahawa anda dapat
berkomunikasi dengan tarif termurah sehingga anda berasa puas dalam
berkomunikasi dengan menggunakan telefon bimbit.
Iklan seperti ini terdapat di pelbagai provinsi yang ada di Indonesia, walau
bagaimanapun hanya daerah Aceh yang model iklannya menggunakan tudung, hal
ini disesuaikan dengan penerapan syariat Islam di Aceh. Sebelum ini XL pernah
membuat iklan dengan media T-banner yang menggunakan dua model perempuan.
Posisi perempuan tersebut berada di sebelah kiri dan di sebelah kanannya seorang
lelaki. Model perempuan pula tidak menggunakan tudung, yang akhirnya kedua-dua
model perempuan tersebut telah dicat oleh pihak XL setelah adanya permintaan
daripada Dinas Pendapatan Daerah (Dispenda) Banda Aceh, kerana dinilai tidak
sesuai dengan Syariat Islam.
4.4.1.2.3 Papan Iklan Kad Telefon Jenama Flexi
Gambar Foto 4.38: Papan Iklan Kad Telefon Jenama Flexi Sumber: Sonny Iskandar
159
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual peta pulau Sumatera yang berwarna
merah, kuning dan hijau, yang merupakan warna logo Flexi. Teksnya ‘Satu harga Rp
49,- lokal, interlokal, sms antara kota dalam provinsi di Sumatera’. Warna yang
digunakan dalam papan iklan ini lebih banyak menggunakan ‘warna Flexi’ (merah,
kuning dan hijau).
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini adalah simetrik, hanya
terdapat logo flexi di bahagian kiri atas yang menjadikannya sedikit dinamis. Prinsip
kontras terdapat pada kata ’Rp 49’ dengan menggunakan warna merah dan ukuran
hurufnya lebih besar daripada huruf yang lainnya. Kadar bandingan antara mesej
verbal dalam papan iklan ini kurang proporsional, hal ini dilihat pada mesej yang
paling bawah, ukuran tipografinya sangat kecil sehingga sukar dibaca oleh orang
yang sedang lalu di hadapan papan iklan ini. Prinsip emphasis diterapkan pada ayat
’Satu Harga Rp 49’ yang merupakan mesej utama yang ingin diinformasikan. Pada
papan iklan ini menggunakan tekstur semu, iaitu bentuk kertas yang pada bahagian
hujung atasnya tergulung, dengan menampilkan mesej verbal berukuran huruf yang
besar kelihatan seperti tampalan kertas yang nyata. Bentuk yang digunakan ialah peta
Pulau Sumatera. Penggunaan white space banyak terdapat pada kertas yang berwarna
putih sehingga mesej yang ada pada kertas tersebut dilihat lebih selesa. Kesatuan
prinsip dan elemen dalam papan iklan ini membantu mewujudkan penyampaian
informasi yang komunikatif.
Pada bahagian bawah papan iklan itu ditulis, bahawa penerapan tarif Flexi
ini hanya berlaku di sepuluh provinsi iaitu Nangroe Aceh Darussalam, Sumatera
Utara, Sumatera Barat, Riau, Kepulauan Riau, Jambi, Bengkulu, Sumatera Selatan,
Bangka Belitung, dan Lampung. Kempen ini hanya sah dari 1 Februari hingga 30 Jun
2008. Untuk menggunakan tarif ini, pelanggan yang hendak membuat panggilan ke
160
luar harus memasukkan kod 01017 diikuti dengan kod kawasan dan nombor tujuan.
Sekiranya pelanggan tidak menggunakan 01017, maka tarif yang dikenakan ialah
tarif biasa bukan tarif Flexi provinsi, walau bagaimanapun untuk SMS tidak perlu
memasukkan kod 01017.
4.4.1.3 Papan Iklan Telefon Bimbit.
Telefon bimbit ialah alat komunikasi yang digunakan baik dalam jarak dekat
mahupun jarak jauh. Alat ini dapat digunakan untuk komunikasi lisan atau tulisan
yang dapat menyimpan pesanan dan sangat praktikal digunakan sebagai alat
komunikasi kerana alat ini boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Telefon bimbit atau
telefon selular dari dahulu hingga sekarang telah mengalami pelbagai perubahan baik
dari segi teknologinya mahupun saiznya. Pada waktu dahulu telefon bimbit hanya
digunakan untuk berhubungan secara lisan, tetapi sekarang penggunaannya lebih
daripada itu, seperti untuk bertukar-tukar data bahkan untuk mengambil gambar.
Dalam kajian ini hanya terdapat dua jenis papan iklan telefon bimbit, iaitu berjenama
Motorola dan Sony Ericsson.
4.4.1.3.1 Papan Iklan Telefon Bimbit Jenama Motorola.
Iklan telefon bimbit dengan jenama Motorola yang ada di Banda Aceh telah
mengalami tiga kali pertukaran papan iklan di tempat yang sama. Tiap-tiap iklan
menampilkan model telefon bimbit terkini dengan menggunakan model manusia
yang berbeza.
161
Gambar Foto 4.39: Papan Iklan Telefon Bimbit Jenama Motorola Sumber: Peneliti
Papan iklan di atas menggunakan tanda visual seorang lelaki yang sedang
menggunakan telefon bimbit dengan ekspresi wajah tertawa, logo Motorola dan
sebuah telefon bimbit siri C168 di bahagian kiri papan iklan, dengan tajuk utama
‘Hellomoto’ dan subtajuk utama ‘Makin Hidup Pake Moto’. Tipografinya berwarna
putih dengan latar belakangnya berwarna hijau, begitu juga dengan baju yang dipakai
oleh model, iaitu menggunakan warna hijau yang agak lebih tua berbanding warna
latar belakangnya.
Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah
keseimbangan asimetrik, kerana penempatan mesej visual dan verbal yang tidak
seimbang antara bahagian kiri dan bahagian kanan. Penggunaan white space banyak
digunakan terutama pada bahagian tengah papan iklan. Bentuk yang digunakan ialah
seorang lelaki yang sedang memegang sebuah telefon bimbit di telinganya dan
sebuah telefon bimbit di bahagian kanan papan iklan. Prinsip kontras dilihat pada
seorang lelaki dengan ekspresi tertawa, kerana secara visual bentuk gambar tersebut
lebih besar berbanding gambar yang lainnya. Warna yang digunakan ialah warna
hijau dengan value yang berbeza-beza, putih, hitam, dan biru. Perbandingan ukuran
antara satu objek dengan objek yang lainnya bersesuaian, hanya terdapat tulisan di
kata ’Hellomoto’ terlalu kecil ukurannya sehingga sukar untuk dibaca.
162
Gambar Foto 4.40: Papan Iklan Telefon Bimbit Jenama Motorola Sumber: Peneliti
Pada papan iklan ini digunakan tanda visual tiga buah telefon bimbit siri
W375, W208, W220, logo Motorola dan seorang lelaki dengan ekspresi wajah ceria.
Teksnya ‘Motorola, Hellomoto’, kata ‘Hellomoto’ ditulis secara horizontal yang
dapat dibaca dari bawah ke atas. Tataletak pada papan iklan ini dibahagi kepada tiga
bahagian, iaitu bahagian pertama menampilkan tiga jenis telefon bimbit jenama
Motorola, dengan tataletak yang simetrik, bahagian kedua menampilkan seorang
lelaki yang ekspresi wajahnya ceria dan tulisan ’Hellomoto, Motorola’ serta logonya
dengan tataletak asimetrik, sedangkan bahagian ketiga iaitu terdapat mesej verbal
‘www.hellomoto.com/id, helpdesk (021)575-4533 dengan tataletak yang simetrik.
Bentuk yang digunakan ialah tiga telefon bimbit, seorang lelaki dan bentuk persegi
panjang. Penggunaan white space lebih banyak terdapat pada tataletak papan iklan
bahagian pertama yang berwarna biru. Perbandingan antara objek yang ada dalam
iklan ini bersesuaian. Warna yang digunakan ialah warna biru, putih, jingga, merah
dan hitam. Penggunaan garisan vertikal dan horizontal terdapat pada bentuk persegi
panjang yang digunakan pada tataletak bahagian ketiga serta garisan kontur berwarna
hitam yang terdapat pada kata ‘Hellomoto’.
163
Telefon bimbit siri W ini ialah produk keluaran Motorola pada pertengahan
tahun 2006, yang mempunyai reka bentuk berbentuk kulit kerang (clamshell) yang
dapat dibuka seperti membuka kulit kerang. Siri tersebut iaitu siri W220, W375 dan
model tradisional batangan (candybar) iaitu seri W208. Jenama Motorola W220
yang direka berbentuk clamshell. Telefon bimbit jenis nipis ini mempunyai layar luar
yang kecil dan ketebalannya hanya 17 mm dan beratnya 93 gram. Bagi peminat
muzik, telefon bimbit ini sudah menyediakan radio FM stereo dan menggunakan
bateri yang dapat digunakan untuk berbual selama lapan jam. Model lainnya ialah
Motorola W375, yang juga direka berbentuk clamshell, dilengkapi dengan kamera
VGA (Video Graphics Array). Layar luarnya sama dengan bentuk W220, sementara
ketebalannya 18.6 mm, dan beratnya 88 gram.
Di samping itu, telefon bimbit ini menyediakan radio FM yang dilengkapi
jek stereo 2.5 mm dan sebuah pembesar suara serta bersambung dengan USB
(Universal Serial Bus) sebagai hiburan untuk para pengguna. Fitur hiburan lainnya
ialah telefon bimbit ini telah mendukung penggunaan fail MP3 sebagai nada dering.
Baterinya boleh digunakan untuk berbual-bual sehingga 7.5 jam. Siri lainnya ialah
Motorola W208 yang tampil dengan reka bentuk candybar, yang pertama direka
untuk siri W. Jenama W208 ini cukup tipis dengan dimensi 108×44×15 mm dan
sangat ringan yakni hanya 78 gram. Fitur hiburannya berupa radio FM dengan jek
stereo 2.5 mm dan pembesar suara serta menyediakan 32 nada dering polifonik.
164
Gambar Foto 4.41: Papan Iklan Telefon Bimbit Jenama Motorola Sumber: Peneliti
Iklan Motorola yang ketiga menampilkan tanda visual seorang lelaki, gambar
pemandangan alam (pura di Bali), telefon bimbit dan baju, tajuk utamanya ‘Moto
wow! wisata ke Bali bersama Motorola’. Pada papan iklan ini, Motorola
menginformasikan hadiah pertama melancong ke Bali untuk 16 orang dan hadiah
lainnya berupa telefon bimbit dan baju ‘T’. Gambar seorang lelaki yang seolah-olah
sedang meluncur dengan menggunakan papan luncur yang divisualisasikan dalam
bentuk telefon bimbit, kerana Bali terkenal dengan pantainya yang cocok untuk
aktiviti meluncur. Peluang mendapatkan hadiah ini dapat diperoleh pada ketika
pembelian telefon bimbit Motorola yang bersesuaian dengan ketentuan terma dan
syarat.
Papan iklan ini menggunakan tataletak yang asimetrik, iaitu penempatan
mesej visual dan mesej verbal tidak seimbang antara bahagian kiri dengan bahagian
kanan. Prinsip irama terdapat pada pengulangan tiga bentuk lingkaran yang
menampilkan hadiah yang ditawarkan oleh Motorola. Penerapan prinsip kontras
terdapat pada kata ‘Wow!’ yang menggunakan warna merah dan putih dengan kontur
berwarna hitam. Kata ’wow’ ialah kategori kata seru yang biasanya
menginformasikan berita yang menghebohkan. Perbandingan antara objek-objek
165
yang ditampilkan kurang proporsional, terutama pada mesej verbal kerana ada
beberapa teks yang tidak dapat dibaca dengan jelas disebabkan oleh ukuran teksnya
terlalu kecil untuk ukuran papan iklan. Elemen garisan yang digunakan ialah garisan
vertikal, horizontal, lengkung dan garisan kontur yang terdapat pada beberapa mesej
verbal. Penggunaan white space banyak terdapat pada latar belakang seorang lelaki
yang berdiri di atas telefon bimbit, sehingga menjadikan gambar tersebut tampak
selesa untuk dilihat. Warna yang digunakan ialah warna jingga, kuning, putih, hitam,
merah, biru dan hijau.
4.4.1.3.2 Papan Iklan Telefon Bimbit Jenama Sony Ericsson
Gambar Foto 4.42: Papan Iklan Telefon Bimbit Jenama Sony Ericsson Sumber: Sonny Iskandar
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual berupa logo Sony Ericsson, dan
sebuah telefon bimbit dengan jenama Sony Ericsson siri W890i serta pecahan
cermin. Teksnya ‘I (logo Sony Ericsson) big sound, small phone’ di bawah telefon
166
bimbit ditulis ‘W890i with mega bassTM experience music differently, Sony
Ericsson, Walkman’. Latar belakangnya menggunakan gradasi warna daripada warna
kuning kepada warna jingga sedangkan mesej verbalnya menggunakan warna putih.
Secara keseluruhannya papan iklan ini menggunakan tataletak dengan
keseimbangan simetrik, iaitu penempatan mesej visual dan mesej verbal terletak di
bahagian tengah papan iklan. Elemen bentuk dalam papan iklan ini ialah sebuah
telefon bimbit dan pecahan cermin yang serpihannya bermuara pada satu titik,
sehingga seolah-olah pecahan cermin tersebut bergerak ke satu muara. Prinsip
kontras terdapat pada bentuk telefon bimbit dengan siri W890i yang merupakan
mesej utama yang ingin disampaikan dalam papan iklan ini. Penggunaan white space
diimbangi dengan susunan pecahan cermin sehingga terbentuk satu kesatuan
tersendiri. Perbandingan antara objek mesej visual dengan mesej verbal bersesuaian
hanya penggunaan warna pada teks yang paling atas hampir sama cerahnya dengan
warna latar belakangnya dan pecahan cermin, sehingga keterbacaannya kurang jelas.
Pecahan cermin dalam iklan tersebut melambangkan begitu berkuasanya
suara yang dimiliki oleh Sony Ericsson siri W890i yang didukung dengan mega bass.
Ukuran 104 x 46.5 x 9.9 mm, dan berat 78 gram, telefon bimbit ini dicipta untuk
memenuhi keperluan para pencinta dan pakar muzik. Dalam memuat turun muzik
terasa lebih mudah dan empat kali lebih cepat untuk mengakses internet
dibandingkan dengan telefon bimbit 3G biasa. Selain memuat turun lagu, mengakses
internet terasa lebih cepat dan mudah, apalagi Sony Ericsson telah menyediakan
akses segera untuk memuat turun nada bunyi, permainan hingga wallpaper.
167
4.4.1.4 Papan Iklan Motosikal Motosikal ialah kenderaan beroda dua yang paling digemari setelah krisis
BBM (Bahan Bakar Minyak) di Indonesia. Alasan terbesar orang menggunakan
motosikal adalah kerana kecekapan dan mobiliti yang tinggi. Sekerananya terjadi
kesesakan, kenderaan roda dua ini dapat digunakan dengan mudah untuk melewati
jalan yang sempit antara kereta dengan kereta dan kenderaan lain. Di Indonesia
’kebanjiran’ jenama motorsikal terjadi pada awal tahun 2000 ketika pemerintah
membuka peluang import pada produk automotif, sehingga tidak kurang daripada
seratus jenama baru terdapat di Indonesia. Tetapi seiring dengan ’seleksi alam’,
sekarang dalam rekod Departemen Perindustrian dan Perdagangan ada sebanyak 77
perusahaan perakitan, pembuatan, dan pengimportan motosikal. Jumlah ini
termasuklah enam industri anggota Asosiasi Industri Sepeda Motor Indonesia (AISI),
iaitu Honda, Yamaha, Suzuki, Kawasaki, Piaggio dan Kymco. Yang lainnya ialah
jenama motosikal dari China, Korea, dan Eropah (Buchari, 2008). Penggunaan
motosikal di Indonesia sangat popular kerana harganya yang relatif murah,
penggunaan bahan bakarnya rendah serta kos operasionalnya juga sangat rendah.
Semasa penelitian, papan iklan motosikal yang ditemui di Banda Aceh dan Aceh
Besar, iaitu papan iklan motosikal jenama Honda, Yamaha dan Suzuki.
168
4.4.1.4.1 Papan Iklan Motosikal Jenama Honda
Gambar Foto 4.43: Papan Iklan Motorsikal Jenama Honda Sumber: Peneliti
Pada papan iklan ini terdapat sekumpulan orang yang sedang menunggang
motosikal jenama Honda dengan berbagai-bagai siri motosikal di sebuah jalan
dengan pemandangan gunung di bahagian belakangnya. Tajuk utamanya ’Satukan
Langkah Membangun Kembali Aceh Tercinta’ yang menggunakan warna hitam.
Visualisasi tajuk utama ini dilihat pada peralatan yang dibawa oleh para penunggang
motorsikal, seperti cangkul, sapu, timba dan penyodok. Subtajuk utamanya
’Bagaimanapun Juga Honda Selalu Lebih Unggul’ yang menggunakan warna putih
dengan latar belakangnya berwarna merah.
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini adalah simetrik, dengan
menempatkan mesej visual dan mesej verbal seimbang antara bahagian kiri dengan
bahagian kanan. Penggunaan white space terdapat pada bahagian jalannya dan latar
belakangnya dengan gambar gunung. Prinsip emphasis terdapat pada mesej ‘Satukan
Langkah Membangun Kembali Aceh Tercinta’ yang diaplikasi dengan sekumpulan
orang yang sedang menunggang motosikal dengan membawa berbagai-bagai
peralatan untuk membantu bakti sosial di Aceh. Kadar bandingan antara objek yang
169
ada pada papan iklan ini sesuai, hal ini kerana gambar yang digunakan ialah foto
yang perbandingannya sesuai dengan wujud aslinya.
Musibah bencana tsunami yang menimpa propinsi Nangroe Aceh Darussalam
(NAD), Pulau Nias dan sebahagian Sumatera Utara telah menggugah hati dan rasa
perikemanusiaan segenap bangsa. Ribuan korban jiwa dan harta benda yang tak
terhitung nilainya hilang disapu ombak tinggi hanya dalam kiraan sesaat. Bidang
perekonomian (baca: transportasi dan roda kehidupan) lumpuh seketika. Oleh sebab
itu, PT Astra Honda Motor beserta PT Capella Dinamik Nusantara dan CV Indako
Trading Coy sebagai sebahagian dari ‘anak negeri’ berasa turut terpanggil untuk
meringankan beban penderitaan tersebut dengan mengadakan kegiatan sosial
bertajuk 'UNTUKMU ACEH'. Program Untukmu Aceh ini bermula pada 20 Februari
hingga 1 Mac 2005 di perkarangan gedung KONI (Komite Olahraga Nasional
Indonesia) yang terletak di jalan Dimurthala Banda Aceh. Tahap kedua pula
berlangsung pada 13 hingga 22 Mac 2005 di perkarangan pawagam Gajah
(http://www.detikpublishing.com, diakses 12 April 2007).
Terdapat lima tujuan utama yang ingin dilakukan oleh PT Astra Honda Motor
dalam program tersebut, iaitu: (1) Membantu memulihkan sektor pengangkutan yang
lumpuh di propinsi NAD dengan mengadakan servis dan perbaikan percuma bagi
pemilik motosikal Honda mengikut potongan harga pada setiap pembelian alat ganti
yang asli (Honda Genuine Parts (HGP), (2) Membantu kakitangan pemerintah/polis
dalam hal mengenal pasti surat-surat pemilikan motosikal Honda milik pelanggan
mangsa tsunami, (3) Merehabilitasi/perbaikan terhadap beberapa bangunan bengkel
rasmi Honda agar dapat berfungsi kembali melayani pelanggan Honda, (4) Bantuan
beberapa khemah Honda yang dapat dimanfaatkan bagi perkhidmatan awam (Posko
Kesihatan dan Tenda konsumsi), (5) Bantuan modal awal, alat dan peralatan bagi
170
bengkel Honda mangsa tsunami agar dapat beroperasi kembali melayani pelanggan
Honda di Aceh (http://www.detikpublishing.com, diakses 12 April 2007)
Gambar Foto 4.44: Papan Iklan Motorsikal Jenama Honda Sumber: Peneliti
Pada papan iklan di atas tataletak yang digunakan ialah keseimbangan
asimetrik, kerana penempatan antara mesej visual dengan verbal tidak seimbang
antara bahagian kiri dengan bahagian kanan. Prinsip kontras terdapat pada kata ’DP
200’ dengan tipografinya berwarna coklat dan kontur berwarna hitam. Kadar
bandingan antara teks pada papan iklan ini kurang sesuai, kerana ada beberapa teks
yang ukurannya kecil sehingga sukar untuk dibaca. Elemen garisan yang digunakan
ialah garisan horizontal dan vertikal yang terdapat pada tanda ’+’ dan garisan
lengkung pada bentuk lingkaran serta garisan kontur yang mengikuti bentuk tipografi
’Rp. DP 200 Ribu’. Warna yang terdapat pada papan iklan tersebut adalah kuning,
coklat, merah, putih kekuningan, putih, biru dan hitam. Penerapan elemen bentuknya
berupa seorang perempuan yang memakai tudung, sehelai bendera Indonesia yang
sedang berkibar ditampilkan seperti dalam sebuah bingkai foto walaupun bahagian
bawahnya tidak kelihatan secara keseluruhan. Penggunaan white space banyak
terdapat di sekeliling papan iklan. Penerapan prinsip emphasis adalah pada kata ’DP
171
200’ kerana inilah mesej utama yang ingin disampaikan pada papan iklan ini.
Kesatuan prinsip dan eleman sangat membantu dalam memvisualisasikan mesej yang
ingin disampaikan dalam iklan ini. Papan iklan ini lebih banyak menggunakan
bahasa verbal berbanding bahasa visual, kerana pihak FIF (Federal International
Finance) dan Honda ingin memberikan informasi yang jelas, untuk menarik
perhatian para guru. Hal ini dapat dilihat pada tipografi ‘Guru Bangsa’ dan DP
200ribu’ yang ukurannya lebih besar berbanding huruf lainnya.
Program "Untukmu Guru Bangsa" menawarkan kredit motosikal dengan
wang pendahuluan yang murah dan kredit yang rendah kepada para guru untuk
pembelian motosikal jenama Honda jenis Revo. Para guru juga akan mendapatkan
bonus voucher 100 ribu daripada Gramedia dan 50 ribu untuk pembelian spare parts.
Program ini sebagai bentuk apresiasi FIF dan Honda terhadap guru, yang merupakan
program khusus untuk menyambut Hari Pendidikan Nasional dan perayaan produksi
ke-20 juta unit motosikal Honda yang berlangsung dari 15 Februari hingga 31 Mei
2008. Federal International Finance (FIF) sebagai perusahan pembiayaan motosikal
untuk masa depan, menanggapi keperluan tersebut dengan memperkenalkan skema
pembiayaan yang mudah dan terjangkau juga mampu memberikan keuntungan yang
maksimum dan nyaman bagi jutaan pemilik motosikal di seluruh negeri
(http://www.fifkredit.com/, diakses diakses 29 April 2008).
172
Gambar Foto 4.45: Papan Iklan Motorsikal Jenama Honda Sumber: Peneliti
Papan iklan ini menggunakan tataletak dengan keseimbangan asimetrik, iaitu
susunan mesej visual dan verbal tidak seimbang antara bahagian kanan dengan
bahagian kiri papan iklan. Prinsip kontras terdapat pada bentuk motorsikal berwarna
hitam dengan siri Supra X 125R PGM-FI (Programmed-Fuel Injection), yang
merupakan mesej utama yang ingin disampaikan oleh iklan ini. Warna yang
digunakan adalah warna biru, hitam, kuning, jingga, merah, kelabu dan putih.
Elemen bentuk dalam papan iklan ialah motosikal berwarna hitam dan seorang lelaki
yang wajahnya digandakan menjadi dua, yang satu mukanya memakai topeng yang
berbentuk lampu motosikal dan yang satu lagi tidak memakai topeng. Pada sudut kiri
atas terdapat logo Honda yang berwarna putih dan berlatar belakang warna merah.
Pada bahagian tengah papan iklan terdapat teks ‘Tongkrongannya galak, tarikannya
lebih galak lagi, [new] Supra X 125 R PGM-FI Fuel Injection, The Power of Future,
Terasa Bedanya!, Pertama dan satu-satunya motorsikal jenis ‘bebek’ teknologi
injeksi di Indonesia’dan pada sudut kanan bawah terdapat teks ‘Diproduksi oleh:
AHM PT Astra Honda Motor’. Penerapan white space sangat banyak terdapat pada
latar belakang gambar motosikal, kerana ingin lebih menonjolkan gambar tersebut.
173
Industri motosikal berlambang sayap ini lebih maju berbanding industri yang
lainnya. Hal ini dapat dilihat pada peluncuran produknya dengan penggunaan
teknologi injeksi pada produk Supra X 125 PGM-FI. Biasanya teknologi tersebut
digunakan pada motosikal untuk perlumbaan. Dengan demikian, ketika ini hanya
produk jenama Honda di Indonesia yang kali pertama menggunakan teknologi
injeksi sebelum diikuti oleh industri lain. Teknologi injeksi ini merupakan komitmen
Honda terhadap teknologi mesra alam. Program fuel injection (GM-FI), ialah sistem
yang memaksimumkan pencampuran bahan bakar petrol dengan oksigen yang
menggunakan teknologi kontrol ECM (Electronic Control Module). Fungsi ECM
untuk mengawal bekalan bahan bakar dan udara yang diperlukan enjin secara
optimum dalam setiap kondisi, sehinggalah pemakaian bahan bakar menjadi lebih
menjimatkan sekitar 33 peratus berbanding menggunakan teknologi karburator
(Eriandi, 2008).
Pengembangan teknologi kebanggaan Honda itu diperkenalkan sejak tahun
2005. Hal itu diikuti dengan pelatihan secara kesinambungan tentang perawatan dan
perbaikan sistem injeksi tersebut kepada seluruh mekanik AHASS (Astra Honda
Authorized Service Station) di seluruh Indonesia. Namun, pengembangan teknologi
itu tidak membuatkan AHM (Astra Honda Motor) terus menjual semua produk
terkininya secara massa. Hal itu bermaksud agar pemahaman tentang teknologi
injeksi dapat lebih optimum (Eriandi, 2008).
174
4.4.1.4.2 Papan Iklan Motorsikal Jenama Yamaha
Gambar Foto 4.46: Papan Iklan Motorsikal Jenama Yamaha Sumber: Peneliti
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual seorang lelaki (Komeng, pelawak)
dan sebuah motosikal jenama Yamaha siri Jupiter MX 135 LC yang berwarna biru.
Pada bahagian kiri atas papan iklan terdapat logo Yamaha, dan pada bahagian
bawahnya terdapat teks ’Tercepat...Canggih...Handal...’, kemudian teks Jupiter MX
135LC. Yang Lain Makin Ketinggalan...!!!’, dan di atasnya ’Motor Mutakhir dari
Dunia Motor Balap’. Latar belakang papan iklan ini secara keseluruhannya
menggunakan warna biru, dengan tataletak yang asimetrik yang dapat dilihat lebih
dinamik.
Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan pada iklan ini ialah
keseimbangan asimetrik kerana penempatan objek-objek yang ada pada papan iklan
ini tidak seimbang sehingga ianya kelihatan lebih dinamis. Irama dengan teknik
pengulangan terdapat pada dua bentuk persegi panjang dengan tulisan ‘Motor
Mutakhir’ dan ‘dari Dunia Motor Balap’ yang menggunakan garisam berwarna
kuning. Ada dua objek yang dilihat kontras pada papan iklan ini, iaitu seorang lelaki
dengan jaket merahnya yang menjadikannya kelihatan kontras dan sebuah motosikal
dengan ukuran yang besar. Kadar bandingan antara semua objek adalah sesuai,
175
hanya ada beberapa teks yang keterbacaannya kurang jelas. Elemen garisan yang
digunakan ialah garisan vertikal, horizontal, lengkung dan garisan kontur berwarna
merah yang terdapat pada teks ’Jupiter MX’. Pada papan iklan ini terdapat warna
merah, biru, kuning, putih, hitam dan kelaabu. Penggunaan white space terdapat di
sekitar objek visual sehingga dapat menampilkan bentuk objek tersebut secara jelas.
Bentuk yang digunakan ialah motosikal, seorang lelaki dan bentuk bidang persegi
panjang. Kesatuan antara prinsip dengan elemen dalam papan iklan ini sangat
membantu dalam menampilkan informasi yang akan disampaikan oleh penaja
melalui media iklan tersebut.
Antara pelbagai alat pengangkutan, motosikal memainkan peranan utama
dalam sendi kehidupan masyarakat, untuk menunjang pembangunan dan memenuhi
keperluan ketika itu, Yamaha memutuskan untuk beroperasi di Indonesia pada 6
Julai 1974. Berdasarkan penelitian menunjukkan bahawa pasar di Indonesia telah
lama dikenali sebagai salah satu pasar terbesar di dunia. Peluang Yamaha untuk
mendominasi pasar pada masa hadapan terbentang luas, kerana Yamaha
mengutamakan kualiti, kesempurnaan produk, inovasi tanpa henti, termasuk aspek
servis kepada pengguna. Hal ini dibuktikan dengan penganugerahan Sertifikat ISO
9001 pada bulan Ogos 2001. Setelah beroperasi selama 34 tahun, Yamaha Indonesia
bertekad untuk memberikan yang terbaik kepada setiap pengedar dan pengguna agar
menjadi "Selalu Terdepan" (http://www.yamaha-motor.co.id/, diakses 13 Ogos
2007).
176
Gambar Foto 4.47: Papan Iklan Motorsikal Jenama Yamaha Sumber: Sonny Iskandar
Pada papan iklan ini menggunakan tanda visual sebuah motosikal jenama
Yamaha bersiri Jupiter Z dan tiga orang lelaki yang merupakan salah satu kumpulan
lawak di Indonesia. Pada sudut kiri atas terdapat logo Yamaha yang berwarna merah
dan kelabu. Teks pada bahagian tengah papan iklan, iaitu ‘Tampilan jet zet, bezetan
nge-zet…!’; di bahagian bawahnya dalam kotak persegi empat terdapat teks
berwarna putih dengan latar belakangnya berwarna kelabu, iaitu ‘Lulus Uji Emisi
EURO 2 (Kep.Men LH No. 141/2003)’; di sebelah kanan teks tersebut terdapat
bentuk lingkaran dengan gambar ilustrasi tangan dengan tiga jari yang bermaksud
tiga tahun jaminan enjin; dan di bawahnya terdapat teks ‘New Jupiter Z, Cepat
Lincah, Irit…Yang Lain Pasti Ketinggalan’. Pada bahagian bawah papan iklan ini,
dari hujung kiri ke kanan terdapat teks ‘Speedometer, The Illumination [Jarum
Petunjuk Iluminasi], Lampu Depan, The Staring Eyes [Sorot Mata Tajam], Lampu
Belakang, LED Image Clear Lens [Ramping dan Sporty], Striping Baru, The Real
Tribal’.
Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah
tata letak dengan keseimbangan asimetrik. Penggunaan white space sangat sedikit
sehingga papan iklan ini dilihat sangat padat dengan berbagai-bagai informasi yang
177
ingin disampaikan. Prinsip kontras yang terdapat pada papan iklan ini dilihat pada
bentuk bahagian depan motosikal yang berwarna merah, dengan menggunakan
warna tersebut menjadikan objeknya lebih menonjol. Elemen bentuk yang digunakan
iaitu motosikal dengan beberapa bahagiannya dibiarkan lepas dan tiga orang lelaki
yang menggunakan baju merah dan jaket yang sudah koyak. Warna yang terdapat
dalam papan iklan ini adalah merah, biru, kuning, jingga, hitam, kelabu dan putih.
Perbandingan antara objek visualnya adalah sesuai, hanya pada mesej verbalnya
terdapat beberapa teks yang kurang jelas keterbacaannya. Penerapan prinsip kesatuan
antara objek-objek yang ditampilkan sangat membantu memvisualisasikan iklan
yang komunikatif pada papan iklan ini.
Yamaha melancarkan produk siri Jupiter Z, yang dilengkapi dengan teknologi
AIS (Air Induction System), dan berfungsi mengawal pembuangan gas yang mesra
alam dan menepati Uji Emisi EURO 2 Kep.Men LH No. 141/2003 atau (Keputusan
Menteri Lingkugan Hidup No.141/2003). Jupiter Z mempunyai reka bentuk panel
yang sangat moden dan dilengkapi jarum penunjuk iluminasi yang selalu menyala
dengan terang, sehingga lebih elegan, moden, dan mudah dibaca. Lampu belakang
pula “LED Image Clear Lens” (ramping dan bergaya). Reka bentuk lampu semakin
ramping dan bergaya ditambah pula dengan lensa yang menyatu dengan lampu sisi,
sehingga tampak lebih serasi dan menawan. Tampilan yang semakin unik dengan
reka bentuk lampu depan bernuansa “The Staring Eyes” ditambah dimensi yang lebih
besar sehingga pantulan cahaya yang dihasilkan lebih terang dan menambahkan rasa
selesa bagi para penunggang. Striping Baru “The Real Tribal”. Motorsikal Jupiter Z
menyediakan jenis standard dengan warna biru, merah, dan hitam
(http://www.lampungpost.com/, diakses 19 Ogos 2008).
178
4.4.1.4.3 Papan Iklan Motorsikal Jenama Suzuki
Gambar Foto 4.48: Papan Iklan Motorsikal Jenama Suzuki Sumber: Peneliti
Dalam papan iklan ini terdapat gambar sebuah motorsikal berjenama Suzuki
dengan siri Shogun 125; logo Suzuki; deretan bangunan dan pokok kelapa.
Motorsikal ini dominan menggunakan warna biru yang diperaga di tengah jalan.
Pada bahagian kanan papan iklan terdapat sebuah topi keledar berwarna hitam, yang
pada cermin mukanya memantulkan gambar hadapan motorsikal tersebut. Teks pada
papan iklan ini, iaitu ’New Shogun 125’ dan teks ’Inovasi Sempurna, Performa
Prima’.
Tataletak yang digunakan dalam papan iklan ini ialah tataletak dengan
keseimbangan asimetrik, iaitu tidak seimbang pada penempatan objek yang ada di
bahagian kiri dan kanan papan iklan. Penerapan prinsip kontras tidak begitu
kelihatan, hanya bentuk gambar motosikal Shogun siri 125 ditampilkan lebih besar
daripada objek lainnya, kerana ini ialah jenis produk yang diiklankan. Warna yang
digunakan agak gelap kerana pengambilan gambarnya pada waktu malam, jadi hanya
lampu yang ada di sekitar bangunan yang membuat papan iklan ini sedikit berwarna.
Bentuk objek yang ada pada papan iklan ialah, motosikal, jalan, bangunan, pokok
179
kelapa dan topi keledar. Perbandingan antara objek dalam iklan ini sesuai dengan
menggunakan teknik perpektif satu titik. Penggunaan white spacenya tidak begitu
berfungsi sebagai elemen untuk menarik perhatian dan keselesaan semasa melihat
dan membaca mesej yang ingin disampaikan, kerana warna yang digunakan dalam
papan iklan ini cenderung berwarna gelap.
Suzuki New Shogun 125 diproduksi oleh PT Indomobil Suzuki International
(ISI). Produk New Shogun 125 merupakan generasi keempat yang berjaya
dilancarkan oleh pihak Suzuki tahun 2007 kerana sebelum ini Suzuki juga pernah
melancarkan Shogun generasi pertama tahun 1996 dan sekali gus menjadi primadona
pencinta motorsikal ‘empat tak’, kemudian generasi kedua 2001, serta generasi
ketiga tahu 2003. Jika dibandingkan dengan shogun generasi sebelumnya New
Shogun 125 memang berbeza sekali, kerana mempunyai kelebihan minimum getaran
sehingga selesa ditunggang, mempunyai tenaga yang lebih besar dan responsif, serta
menjimatkan minyak (http://www.kapanlagi.com/, diakses 17 Mei 2008).
4.4.1.5 Papan Iklan Televisyen
Televisyen sebagai alat elektronik dapat dimanfaatkan untuk
mengkomunikasikan informasi kepada audiens. Keberadaan televisyen sekarang ini
telah menjadi salah satu media elektronik yang paling banyak diminati oleh
masyarakat. Salah satu keunggulannya, televisyen dapat menampilkan suara dan juga
gambar. Televisyen sebagai salah satu bentuk media komunikasi massa juga
mempunyai pelbagai fungsi, iaitu: sebagai media maklumat, media pendidikan,
media hiburan dan media kempen. Jenama-jenama televisyen yang ternama di
Indonesia, antaranya adalah: Sony, LG, Panasonic, Sharp, Toshiba, JVC, Samsung,
Philips, Sanyo dan lain-lain. Dalam penelitian ini didapati dua papan iklan televisyen
180
yang mengiklankan produk televisyen layar datar (TV flat), iaitu jenama Sharp dan
LG. Papan iklan ini dipasang di tepi jalan dan di persimpangan jalan di Banda Aceh.
4.4.1.5.1 Papan Iklan Televisyen Jenama Sharp
Gambar Foto 4.49: Papan Iklan Televisyen Jenama Sharp Sumber: Sonny Iskandar
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual sebuah televisyen yang sedang
menayangkan seekor ikan yang berenang antara tanaman laut yang berwarna putih
dengan ungu lembut. Pada bahagian kiri sebelah atas terdapat teks ‘Sharp’ yang
berwarna merah. Di sebelah kanan papan iklan pula terdapat teks ‘Nothing Is Lost’
di bawahnya ‘With A Full HD Aquos LCD TV’ dan teks paling bawah ‘Aquos,
moretosee.com’.
Tataletak pada papan iklan ini menggunakan tataletak dengan keseimbangan
asimetrik, kerana penempatan bentuk televisyen berada hampir di tengah-tengah
papan iklan dan beberapa mesej verbal terletak di bahagian kanan televisyen.
Penggunaan white space sangat banyak sehingga membantu dalam menampilkan
gambar televisyen sejelas mungkin kerana ia merupakan jenis produk yang
diiklankan dalam papan iklan ini. Prinsip kontras dilihat pada bentuk televisyen
tersebut dengan bentuknya yang besar dan hanya gambar tersebut satu-satunya yang
181
ada pada papan iklan ini. Kadar bandingan antara beberapa mesej verbal kurang
sesuai, kerana ada beberapa teks yang kurang jelas keterbacaannya. Prinsip emphasis
lebih cenderung dilihat pada kata ‘Sharp’ dengan warna merah yang bertujuan
menyampaikan jenama televisyen yang diiklankan. Kesatuan semua prinsip dan
elemen dalam papan iklan ini sangat membantu dalam memvisualisasikan mesej
yang ingin diiklankan.
Sharp merupakan produk yang telah dikenali di dunia kerana produk aplikasi
LCD (Liquid Crystal Display) Sharp telah wujud lebih daripada 33 tahun yang lalu,
sebagai perintis tentu tidak ketinggalan dalam mengembangkan produknya (Salim,
2005). TV Sharp Aquos datar dan nipis ini banyak mempunyai kelebihan, mudah
untuk dibawa dan ringan, sehingga sesuai bagi pengguna yang sering berpindah-
pindah, di samping, itu gambar yang dihasilkan jernih dan tajam, suara yang jelas,
kontras warna yang sangat tinggi, mengurangi pantulan cahaya pada layar serta sudut
tontonnya yang sangat lebar.
4.4.1.5.2 Papan Iklan Televisyen Jenama LG
Gambar Foto 4.50: Papan Iklan Televisyen Jenama LG Sumber: Peneliti
182
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual, iaitu sebuah televisyen yang
sedang menayangkan sukan golf. Pada bahagian atas di sebelah kiri papan iklan itu
terdapat logo LG, dan di sebelah kanannya terdapat tulisan ‘Built-in HDD’ dan
‘Time Machine’ serta ilustrasi sebuah jam. Pada bahagian bawah pada gambar
televisyen tersebut terdapat teks ‘Time Machine LCD TV’ dan ‘Change The Way
You Watch TV…’. Pada latar belakang televisyen tersebut terdapat susunan angka
Roman yang melingkar membentuk lingkaran sebuah jam. Warna merah yang
digunakan pada logo LG dan baju orang yang sedang bermain golf sangat kontras
iaitu dengan menggunakan warna merah yang berbeza dengan warna lainnya yang
lebih lembut.
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah tataletak dengan
keseimbangan simetrik, iaitu dengan menempatkan gambar televisyen di tengah-
tengah papan iklan dan mesej verbalnya terletak di antara televisyen tersebut.
Penggunaan white spacenya sangat banyak terutama di bahagian kiri dan bahagian
kanan papan iklan, hal ini sangat membantu dalam mengkomunikasikan jenis produk
yang diiklankan. Kadar bandingan antara mesej verbal dengan mesej visual sesuai,
sehingga memudahkan dalam memahami maksud iklan tersebut. Walaupun tidak
semua prinsip dan elemen reka bentuk diterapkan dalam papan iklan ini tetapi prinsip
dan elemen lainnya tetap bersatu padu dalam menginformasikan mesej yang ingin
disampaikan.
Televisyen LG dengan layar datar ini memiliki kecanggihan teknologi, iaitu
Time Machine TV. Penonton dapat menjadi pihak yang berkuasa untuk menjedakan
tayangan di televisyen, maka siaran akan terhenti seketika itu juga, sementara fungsi
rakaman gambar akan berjalan secara auotomatik merakam program yang terlewat
disiarkan. Dengan tambahan fitur time machine TV, tidak berpengaruh pada
183
penampilan gambar yang dihasilkan kerana Time Machine TV ini tetap dilengkapi
dengan fitur-fitur canggih. Tayangan tersebut dapat diputarkan kembali pada setiap
masa yang diinginkan. Jadi, kita tidak perlu takut akan ketinggalan program yang
paling disukai, ditambah lagi dengan kelengkapan teknologi Built in HDD (Hard
Disk Drive) maka proses penyimpanan dan perakaman pun semakin mudah
(http://www.bolaeropa.kompas.com, diakses 20 June 2008).
4.4.1.6 Papan Iklan Minuman Jenama Extra Joss
Gambar Foto 4.51: Papan Iklan Minuman Jenama Extra Joss Sumber: Peneliti
Pada papan iklan ini menggunakan tataletak dengan keseimbangan simetrik,
iaitu menyusun bahasa visual dan bahasa verbal yang seimbang antara bahagian kiri
dengan bahagian kanan serta atas dan bawah. Bentuk yang digunakan iaitu sebuah
tangan lelaki dan bentuk lingkaran antara tangan tersebut. Irama dengan teknik
pengulangan terdapat pada bidang lingkaran yang ada di samping gambar tangan.
Prinsip kontras dilihat pada tipografi ’Extra Joss’ dan bentuk tangannya yang
merupakan logo Extra Joss. Perbandingan antara mesej visual dengan mesej verbal
184
secara keseluruhannya sangat sesuai, mesej yang disampaikan dapat dibaca dengan
jelas. Elemen garisan yang digunakan ialah garisan diagonal yang terdapat pada
bahagian tangan dan garis kontur yang terdapat pada teks ‘Extra Joss Laga Juara’.
Penggunaan warna pada papan iklan ini iaitu warna kuning yang merupakan warna
Extra Joss, warna coklat, merah dan putih. Penempatan white space banyak, sehingga
menjadikan orang ramai selesa membaca mesej yang ada pada papan iklan tersebut.
Kesatuan antara prinsip dengan elemen pada papan iklan ini sangat membantu dalam
mengkomunikasikan mesejnya. Papan iklan ini dipasang di pintu masuk lapangan
Blang Padang, kerana di sinilah banyak orang yang melakukan aktiviti sukan.
Oleh sebab itu, peluang perniagaan di bahagian minuman suplemen tetap
menggalakkan dan permintaan akan produk-produk minuman suplemen itu juga terus
meningkat. Makanan atau minuman berenergi sudah menjadi suatu keperluan mutlak
pada sesetengah masyarakat, terutama untuk mengembalikan stamina setelah
melakukan pekerjaan berat atau menambah tenaga jika ingin melakukan suatu
aktiviti tertentu. Extra Joss, Kratingdaeng, Hemaviton, Kuku Bima Energi dan Vit
Up adalah antara jenama terkenal dalam industri minuman berenergi atau minuman
suplemen. Persaingan dalam perniagaan ini sentiasa terus-menerus dijalankan.
Hampir semua produk minuman berenergi menjalankan kempen besar-besaran
seperti melalui televsyen, papan iklan atau sekadar iklan kecil dalam bentuk poster.
Dalam penelitian ini hanya papan iklan jenama Extra Joss yang terdapat di Banda
Aceh dan Aceh Besar.
185
Extra Joss merupakan sejenis minuman yang mempunyai khasiat untuk
menyegarkan dan menguatkan tubuh daripada keletihan. Hal tersebut menunjukkan
bahwa Extra Joss ingin menanamkan imej ke dalam minda penggunanya bahawa
produk keluarannya adalah sebagai minuman penambah energi dan stamina. Produk
Extra Joss hadir dalam dua bentuk iaitu serbuk dan cecair.
Gambar Foto 4.52: Papan Iklan Minuman Jenama Extra Joss Sumber: Sonny Iskandar
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual kumpulan band ungu yang sedang
memegang gelas berwarna merah, hijau dan kuning dengan tulisan Extra Joss pada
bahagian hadapan gelas tersebut; gambar genggaman tangan yang merupakan logo
Extra Joss. Tanda verbalnya iaitu tulisan ‘Extra Joss’, ‘Tetap Pilihan Utama’ dan
‘Ungu’. Penggunaan warna kuning sangat dominan pada papan iklan ini, kerana
warna tersebut ialah warna khas daripada minuman Extra Joss. Tataletaknya ialah
simetrik dengan menempatkan mesej visual dan verbal yang seimbang dalam
susunannya. Prinsip kontras dilihat pada beberapa biji gelas yang berisikan minuman
186
Extra Joss dengan berbagai-bagai rasa. Prinsip irama dengan teknik pengulangan
terdapat pada susunan gelas yang dipegang oleh anggota kumpulan muzik Ungu.
Prinsip emphasis terdapat pada teks ’Extra Joss’ berwarna merah dengan latar
belakangnya berwarna putih sehingga keterbacaannya jelas, yang menunjukkan
bahawa inilah jenis produk yang diiklankan. Jenis bentuk yang terdapat pada papan
iklan ini iaitu lima orang lelaki, lima buah gelas, genggaman tangan dan peralatan
konsert.
Warna yang digunakan ialah warna kuning, merah, coklat, hijau, ungu, hitam,
dan putih. Penggunaan white space yang banyak terdapat di sekitar logo Extra Joss
sehingga logo tersebut nampak dengan jelas. Kadar bandingan antara objek-objek
yang ada pada papan iklan ini proposional, begitu juga halnya dengan kesatuan
antara prinsip dengan elemen reka bentuk yang bersatu padu dalam
memvisualisasikan mesej yang ingin disampaikan oleh penaja produk iklan tersebut.
Extra Joss mula dipasarkan sebagai minuman berenergi sejak akhir 1994, dan
berjaya meyakinkan pengguna pada 1999. Industri produk minuman berenergi ini,
memang selalu mengadakan kempen untuk mencari pengguna sebanyak mungkin.
Kempen ini dijalankan melalui media luar ruang, seperti papan iklan atau poster,
media televisyen, baik dalam bentuk iklan mahupun talkshow dan termasuklah
membahagi-bahagikan hadiah, khususnya dalam acara-acara sukan yang dijalankan.
Tujuan akhir mereka tentu untuk meningkatkan penjualan.
Extra Joss telah memperkenalkan empat perisa baru yang digambarkan
dengan penampilan dan personaliti anggota kumpulan muzik Ungu. Empat pilihan
rasa tersebut iaitu: Epal Blackcurrant, Anggur Burst, Krim Soda, dan Soda Susu.
Kepelbagaian dan kesegaran rasa ini tetap mempunyai kekuatan energi yang sama
dengan Extra Joss Kuning (original). Untuk minuman energi yang hangat, Extra Joss
187
mengeluarkan Jossfit yang mempunyai dua perisa baru iaitu halia dan teh madu yang
dilengkapi dengan bahan semula jadi yang memberikan manfaat kepada badan. Oleh
sebab rasa Extra Joss yang menyegarkan, disertai dengan bungkusan yang praktis
dan cara penyajian yang sesuai dengan selera pengguna, menjadikan Extra Joss
mempunyai tempatnya sendiri di hati para pengguna. Tidak kira di mana, sama ada
dalam keadaaan sejuk atau panas, Extra Joss membantu anda menambahkan
tenaga dan membangkitkan semangat (http://www.extrajoss.com/xmldata/about.php,
diakses 22 April 2008).
4.4.2 Papan Iklan Yang Ditaja Oleh Institusi Bukan Pemerintah
Institusi bukan pemerintah yang dimaksudkan dalam kajian ini, iaitu suatu
badan usaha, perusahaan atau institusi yang berdiri sendiri tanpa ada campur tangan
daripada pihak pemerintah. Dalam penelitian ini didapati beberapa papan iklan yang
ditaja oleh isntitusi tersebut, iaitu: papan iklan bank (Bank Pembangunan Daerah
(BPD), Bank Negara Indonesia (BNI), Bank Rakyat Indonesia (BRI) dan Bank
Bukopin), Telkom, Insurans Prudential dan AirAsia
4.4.2.1 Papan Iklan Bank
Menurut Undang-undang Nomor 10 tahun 1998 bank ialah badan usaha yang
menghimpunkan dana daripada masyarakat dalam bentuk simpanan dan
menyalurkannya kepada masyarakat dalam bentuk kredit dan atau bentuk-bentuk
lainnya dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat. Bank sebagai suatu badan
usaha yang berfungsi untuk menyimpan dan meminjamkan wang, ia juga melakukan
promosi untuk meningkatkan jumlah pemegang akaun dengan menggunakan media
cetak dan media elektronik. Oleh itu, kajian ini akan membahaskan media papan
iklan sebagai salah satu media kempen yang ditaja oleh bank. Papan iklan bank yang
188
ada dalam penelitian ini, ialah papan iklan bank BPD, BNI, BRI dan Bukopin, kerana
hanya papan iklan tersebut yang dipasang di daerah Banda Aceh dan Aceh Besar
pada masa penelitian dilakukan.
4.4.2.1.1 Papan Iklan Bank BPD (Bank Pembangunan Daerah).
Gambar Foto 4.53: Papan Iklan BPD Sumber: Peneliti
Bank BPD ialah bank yang dimiliki oleh pemerintah daerah, seperti BPD
Medan, BPD Padang, dan daerah lainnya. Tiap-tiap BPD membuat promosi yang
berbeza, mengikut daerah masing-masing. Seperti BPD Aceh yang melakukan
promosi hadiah besar-besaran terhadap para penabung di BPD Aceh dengan jumlah
hadiah sebanyak Rp. 3.3 milyar.
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual, sebuah kereta Toyota Atis, rumah,
buku akaun, motosikal Honda Supra Fit, kereta Toyota Avanza, wang, dan gambar
Ka’bah yang di kelilingi oleh banyak orang (visualisasi naik Haji). Tanda visual yang
ada pada papan iklan tersebut ialah hadiah yang dapat diperoleh pada ketika
pengundian Gebyar Simpeda tahap VIII tahun 2006/2007. Tataletak yang digunakan
dalam papan iklan ini ialah tataletak dengan keseimbangan asimetrik, iaitu
penempatan antara mesej visual dengan mesej verbal tidak seimbang antara bahagian
189
kiri dengan bahagian kanan papan iklan tersebut. Prinsip irama dengan teknik
pengulangan terdapat pada beberapa susunan bentuk yang merupakan jenis hadiah
yang ditawarkan seperti motosikal, kereta Toyota Avanza, wang dan buku akaun.
Begitu juga halnya, pengulangan juga terdapat pada garisan empat persegi panjang
dengan yang terdapat di keliling papan iklan tersebut. Prinsip kontras tidak begitu
kelihatan, kerana objek yang ingin ditampilkan sangat banyak sehingga dari segi
warna dan bentuk tidak ada yang lebih menonjol antara satu dengan yang lainnya.
Kadar bandingan antara objek yang ada di papan iklan ini sesuai. Bentuk
penekanannya terdapat pada teks ‘Bank BPD Aceh’ yang merupakan penaja dari
iklan ini. Elemen garisan yang digunakan iaitu garisan vertikal, horizontal dan
lengkung yang terdapat pada bidang yang berbentuk bujur. Warna yang digunakan
sangat banyak kerana pada papan iklan ini menampilkan gambar-gambar asli pada
bentuk hadiah yang diberikan oleh BPD Aceh. Penggunaan white space dalam papan
iklan ini tidak begitu banyak, kerana objek yang diiklankan sangat banyak bentuknya
sehingga memenuhi semua bidang papan iklan. Kesatuan antara prinsip dengan
elemen reka bentuk dalam papan iklan sangat membantu dalam menyampaikan
informasi yang komunikatif.
190
Gambar Foto 4.54: Papan Iklan BPD Sumber: Peneliti
Dalam papan iklan ini terdapat banyak tanda visual, iaitu: tiga jenis kereta ,
buku akaun, orang yang sedang memegang buku akaun, beca, rumah, lembu dan
motor, tajuk utamanya ialah ‘Gebyar Simpeda’. Mesej yang ingin disampaikan oleh
BPD ini adalah tentang hadiah yang diperoleh pada ketika pengundian Gebyar
Simpeda tahap IX tahun 2007/2008. Pengundian ini hanya untuk pemegang buku
akaun BPD daerah Aceh.
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini dapat dikatakan tataletak
dengan keseimbangan simetrik, hanya teks ’Gebyar Simpeda’ yang menjadikan
tataletaknya menjadi sedikit asimetrik. Hal ini menunjukkan penerapan prinsip
emphasis dalam papan iklan tersebut. Penerapan prinsip irama dengan teknik
pengulangan hampir sama dengan papan iklan sebelum ini (gambar foto 4.53) iaitu
pengulangan yang terdapat pada bentuk hadiah yang diberikan oleh BPD Aceh.
Secara keseluruhannya penggunaan prinsip kontras kurang difokuskan, kerana setiap
bentuk hadiah yang ditampilkan mempunyai nilai kontrasnya yang tersendiri.
191
Elemen garisan yang digunakan pada papan iklan ini, ialah garisan vertikal dan garis
lengkung yang terdapat pada bahagian bawah papan iklan dan bahagian bawah teks
‘Simpeda’. Penggunaan warnanya lebih cenderung menggunakan warna hijau dan
kuning yang merupakan warna BPD, sedangkan warna pada mesej visualnya sesuai
dengan warna aslinya kerana gambar tersebut berupa foto bukan ilustrasi. White
space yang digunakan tidak begitu banyak, kerana mesej visual yang ingin
ditampilkan sangat banyak jenisnya sehingga memerlukan bidang yang luas.
Penerapan kesatuan antara prinsip dengan elemen sangat membantu menyatukan
antara mesej verbal dengan visual sehingga semua mesej tersebut dapat disampaikan
secara komunikatif.
4.4.2.1.2 Papan Iklan Bank Negara Indonesia (BNI)
Gambar Foto 4.55: Papan Iklan BNI Sumber: Peneliti
BNI merupakan bank pertama yang ditubuhkan dan dimiliki oleh pemerintah
Indonesia sejak tahun 1946, atau juga disebut BNI 46. Pada papan iklan BNI ini ada
tanda visual berupa tangan kiri manusia, pada telapak tangannya terdapat keypad
telefon bimbit, pada bahagian bawah papan iklan pula terdapat logo BNI. Teksnya
‘BNI SMS Banking dari BNI Plus, kurang cepat apalagi jika semuanya ada di tangan
192
Anda’. Di bahagian bawah pula terdapat teks ‘Isi pulsa, Transfer, Bayar tagihan’.
Papan iklan ini menyampaikan mesej tentang sistem baru bank BNI, iaitu BNI sms
banking, yang kesemua aktiviti perbankan dapat dilakukan dengan menggunakan
telefon bimbit, termasuk pengisian semula, pemindahan dan pembayaran pinjaman.
Hal ini dapat dilihat dengan visualisasi keypad pada gambar tangan, yang bererti
semua aktiviti perbankan dapat dilakukan dengan satu tangan.
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini iaitu tataletak dengan
keseimbangan asimetrik yang penempatan mesej verbalnya lebih banyak di bahagian
kanan papan iklan. Prinsip irama dengan teknik pengulangan terdapat pada bidang
empat persegi panjang berwarna merah yang diulang dengan bentuk yang sama tetapi
warnanya berbeza. Penerapan prinsip kontras terdapat pada kedua-dua bidang
tersebut sehingga warnanya lebih menonjol berbanding bentuk lainnya, sedangkan
prinsip emphasis terdapat pada mesej ‘BNI SMS Banking dari BNI Plus’ yang
merupakan mesej utama yang ingin disampaikan dalam iklan ini. Elemen garisan
yang digunakan adalah garisan vertikal dan horizontal yang berbentuk keypad yang
ada pada gambar tangan. Penggunaan warna cenderung berwarna gelap, iaitu hitam,
coklat dengan valuenya, merah, putih, dan biru. Bentuk yang ada pada papan iklan
ini iaitu dua bentuk empat persegi panjang, tangan dengan bentuk keypad pada
bahagian telapaknya dan bentuk kertas. Penggunaan white space banyak terdapat
pada bahagian atas dan bawah papan iklan. Kadar bandingan antara satu teks dengan
teks yang lain kurang proposional kerana ada beberapa teks yang kurang jelas
keterbacaannya.
193
4.4.2.1.3 Iklan Bank BRI (Bank Rakyat Indonesia)
Gambar Foto 4.56: Papan Iklan Bank BRI Sumber: Peneliti
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual sebelah tangan yang sedang
memegang telefon bimbit, tajuk utamanya ‘Layanan Perbankan…dalam
Genggaman!, menggunakan latar belakang berwarna putih, di bahagian bawah
sebelah kanan papan iklan terdapat nombor untuk menghubungi BRI dan di sebelah
kanan terdapat tulisan sms banking BRI. Maksud ayat ‘Layanan Perbankan dalam
Genggaman’ iaitu dengan kemajuan teknologi sekarang ini, akses perbankan di Bank
BRI dapat dilakukan melalui telefon bimbit, dan BRI juga mempunyai kemudahan
sms banking iaitu dapat melakukan transaksi kewangan dengan sms, dan ini
memudahkan pemilik akaun, sehingga pemegang akaun tidak perlu lagi ke bank
untuk setiap transaksi perbankan.
194
Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah
tataletak dengan keseimbangan asimetrik, kerana posisi tangan lebih dominan di
bahagian kanan papan iklan. Penggunaan white space sangat banyak, sehingga
memberikan kejelasan terhadap bentuk mesej visual yang ingin disampaikan. Prinsip
kontras dilihat pada bentuk tangan yang sedang memegang telefon bimbit dalam
bentuk transparan, bentuk ini merupakan mesej visual yang terbesar papan iklan ini.
Elemen garisan yang digunakan berupa garisan vertikal dan horizontal yang
membentuk empat persegi panjang yang di dalamnya ditulis ’Sms Banking BRI’.
Warna yang terdapat pada papan iklan ini ialah warna putih, biru dan kuning. Kadar
bandingan antara objek secara keseluruhannya sesuai, hanya ada beberapa teks yang
sukar untuk dibaca. Kesatuan antara prinsip dengan elemen sangat membantu dalam
menyampaikan mesej dalam papan iklan ini.
4.4.2.1.4 Papan Iklan Bank Bukopin
Gambar Foto 4.57: Papan Iklan Bank Bukopin Sumber: Peneliti
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual logo bank Bukopin, sebuah kereta
berjenama BMW 320i dan seorang lelaki dengan ekspresi muka berteriak yang
195
menembusi sehelai kertas yang berbentuk seperti dinding. Gambar lelaki tersebut
merupakan aplikasi daripada penerapan prinsip kontras dalam iklan ini. Teksnya ‘1
BMW 320i setiap 2 minggu, segera menabung di Tabungan SiAga Bukopin,
tambah terus bakinya, periode 2 : 15 Juli 2007-15 Januari 2008’. Bahagian paling
kanan papan iklan ditulis ‘Tabungan SiAga Bukopin’.
Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah
tataletak dengan keseimbangan asimetrik. Penerapan prinsip emphasis terdapat pada
teks ‘1 BMW 320i Setiap 2 Minggu’ kerana ukuran huruf dan warnanya berbeza
dengan yang lain. Mesej ini merupakan salah satu informasi yang terpenting dalam
papan iklan ini kerana merupakan salah satu hadiah yang ditawarkan oleh Bank
Bukopin berdasarkan ketentuan tertentu. Elemen garisan yang digunakan ialah
garisan kontur yang terdapat pada teks ‘1 BMW 320i Setiap 2 Minggu’ dan garisan
lengkung yang membentuk lingkaran berwarna kuning, di dalamnya terdapat teks
‘Halo Bukopin 14005’. Warna yang ada pada papan iklan ini adalah putih, kuning,
hijau, biru dan hitam. Bentuk yang digunakan berupa sebuah kereta BMW 320i,
seorang lelaki dan bentuk lingkaran yang ada di bahagian bawah papan iklan.
Penggunaan white space diselangi di antara beberapa mesej verbal, sehingga sangat
membantu keterbacaan mesej tersebut. Kesatuan prinsip dan elemen memudahkan
dalam memvisualisasikan informasi yang ingin disampaikan melalui media papan
iklan.
Papan iklan ini menyampaikan mesej tentang peluang mendapatkan kereta
BMW yang diundi setiap dua minggu sekali, iaitu dari 15 Julai 2007 hingga 15
Januari 2008. Program ini hanya melibatkan pemegang akaun Tabungan SiAga
Bukopin dengan simpanan wang minimum kadar baki purata Rp 1 juta per bulan dan
berlaku gandaannya, begitulah seterusnya jika pemegang akaun menyimpan wang
196
dalam jumlah yang lebih besar daripada sebelumnya, maka akan mendapat satu mata
dan berganda sesuai dengan bakinya, dengan demikian pemegang akaun berhak
mengikuti program tabungan SiAga untuk mendapatkan hadiah sebuah kereta BMW
320i terkini (http://www.bukopin.co.id, diakses 19 Mac 2008).
4.4.2.2 Papan Iklan Telkom
Gambar Foto 4.58: Papan Iklan Telkom SLI Sumber: Peneliti
Pada papan iklan ini terdapat garisan lengkung dan bentuk tak teratur yang
dilihat seperti peta dunia. Tajuk utamanya ‘Sangat Terasa Dekatnya, Meskipun Jauh’
dengan menggunakan warna biru, garisan tepinya berwarna putih dan latar
belakangnya berwarna coklat kemerah-merahan. Papan iklan ini ditaja oleh Telkom
SLI (Sambungan Langsung International). Telkom SLI 007 merupakan servis
daripada PT. Telkom untuk sambungan telefon antarabangsa secara langsung, iaitu
dengan menaip nombor akses 007 + kod negara + kod area + nombor yang
dikehendaki.
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah tataletak dengan
keseimbangan asimetrik, kerana penempatan mesej verbalnya tidak seimbang antara
bahagian kiri dengan bahagian kanan papan iklan. Prinsip irama dengan teknik
197
pengulangan terdapat pada garisan lengkung yang ada pada gambar bola dunia.
Penerapan prinsip kontras terdapat pada teks ’007’, kerana teks tersebut merupakan
mesej utama yang ingin disampaikan oleh pihak Telkom. Bentuk yang digunakan
berupa bentuk bola dunia, tetapi tidak tampak secara keseluruhan. Penggunaan white
space sangat banyak kerana mesej visual dan mesej verbal yang digunakan sedikit,
sehingga mesej tersebut dapat dilihat dengan jelas. Perbandingan antara objek yang
ada di papan iklan sesuai, dan didukung oleh kesatuan antara prinsip dengan elemen
reka bentuk yang menjadikan papan iklan ini lebih komunikatif.
4.4.2.3 Papan Iklan Insurans Prudential
Gambar Foto 4.59: Papan Iklan Prudential Sumber: Sonny Iskandar
Pada papan iklan ini mesejnya sangat singkat iaitu terdapat logo Prudential
dengan menggunakan dua warna, iaitu merah dan putih. Tipografinya menggunakan
warna putih dengan latar belakangnya berwarna merah, dan menggunakan tataletak
yang simetrik. Prinsip kontras terdapat pada semua objek yang ada pada papan iklan,
kerana dua objek yang ditampilkan ini menggunakan warna yang sama dan ia
merupakan satu kesatuan yang tak terpisah. Penggunaan white space sangat banyak
sehingga mesej yang disampaikan sangat jelas keterbacaannya. Walaupun tidak
198
semua prinsip dan elemen reka bentuk terdapat pada papan iklan ini, tetapi mesej ini
tetap dapat menyampaikan informasinya secara jelas.
Prudential adalah salah satu perusahaan insurans nyawa yang terkenal di
Eropah dan didirikan di Indonesia pada tahun 1995. PT Prudential Life Assurance
(Prudential Indonesia) merupakan sebahagian daripada Prudential plc. Mengikut data
terakhir 30 Jun 2007, Prudential Indonesia mempunyai enam pejabat pemasaran (di
Jakarta, Medan, Surabaya, Bandung, Denpasar dan Semarang) dan 110 pejabat agen
(termasuk di Jakarta, Surabaya, Medan, Bandung, Yogyakarta, Batam, dan Bali).
Prudential Indonesia mempunyai lebih daripada 40.000 jaringan tenaga pemasaran
yang melayani lebih daripada 350.000 pelanggan. Logo dan asal nama Prudential
diambil daripada figur Dewi Prudence (Dewi Kebijaksanaan) yang mempunyai ciri-
ciri khas dan keterkaitan yang kuat dengan Prudential sejak didirikan pada tahun
1848 (www.prudential.co.id, diakses 28 April 2008).
Insurans Prudential Indonesia mula membuka cawangannya di Aceh setelah
berlakunya bencana tsunami. Sebelum ini hanya beberapa insurans yang ada di Aceh,
antaranya Jasa Raharja, Bumi Putera, Asuransi Kesihatan (Askes), Asuransi Jasa
Indonesia dan Manulife.
199
4.4.2.4 Papan Iklan Airasia
Gambar Foto 4.60: Papan Iklan Airasia Sumber: Sonny Iskandar
Dalam papan iklan ini terdapat gambar tempat-tempat pelancongan yang ada
di Malaysia, iaitu Putrajaya dan Suria KLCC (Kuala Lumpur City Center); pesawat
Airasia; kapal, beserta lima orang perempuan. Teksnya ‘Jadikanlah Kuala Lumpur
Destinasi Anda Seterusnya’, di bahagian kiri atas pada gambar daerah Putrajaya
ditulis ‘Putrajaya Destinasi pelancongan Kelas Dunia, dan bahagian atas kanan pada
gambar Suria KLCC teksnya ‘Pusat Belanja Kelas Dunia’. Pada bahagian kanan
bawah terdapat slogan ‘Visit Malaysia’ dan laman web tentang pelancongan di
Malaysia. Penerapan prinsip kontras dilihat pada kata ‘Kuala Lumpur’ yang berbeza
ukuran dan warnanya dengan huruf yang lain.
Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah
tataletak dengan kesimbangan asimetrik, kerana penempatan antara mesej verbal
dengan mesej visual tidak seimbang antara bahagian kiri dengan bahagian kanan
papan iklan. Penekanan mesej dalam iklan ini terdapat pada teks ’Kuala Lumpur’ dan
gambar pesawat Airasia yang merupakan mesej utama yang ingin disampaikan
melalui papan iklan ini. Elemen garisan yang digunakan iaitu garisan kontur yang
200
terdapat pada beberapa mesej verbal dan pada bentuk bidang segi empat yang
terdapat tulisan ’Visit Malaysia’. Warna yang ada pada papan iklan ini sangat
beragam, kerana mesej visual yang ditampilkan ialah foto bukan ilustrasi, jadi
penggunaan warnanya berdasarkan warna asli ketika gambar itu diambil. Elemen
bentuk yang ada papan iklan ini berupa kapal terbang, kapal, masjid, bidang persegi
empat dan bentuk beberapa bangunan yang merupakan tempat pelancongan yang ada
di Kuala Lumpur. Penggunaan white space tidak banyak, kerana dalam papan iklan
banyak mesej visual yang ditampilkan, sehingga semua bidang dipenuhi dengan
gambar. Perbandingan satu objek dengan objek lain secara keseluruhannya adalah
sesuai. Kesatuan prinsip dan elemen dilihat jelas pada papan iklan ini, mesej visual
dan mesej verbal bersatu padu dalam menyampaikan informasi yang dapat difahami
oleh masyarakat dengan baik.
Sebuah perusahaan penerbangan Malaysia, AirAsia, membuka destinasi
penerbangan terus dari Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam (NAD) ke Kuala
Lumpur, Malaysia. Menurut pengarah kempen pelancongan ke Malaysia, Noor
Azman Samsudin, penerbangan terus ini merupakan sejarah baru bagi Malaysia
dalam membuka peluang kerjasama pelancongan dan perekonomian. Hal ini
disampaikan ketika penerbangan perdana pada tarikh 6 November 2007 di lapangan
terbang Sultan Iskandar Muda (SIM) Blang Bintang, Aceh Besar. Ia menyatakan
penerbangan langsung Aceh-Malaysia dijadualkan tiga kali (dua hala) dalam
seminggu, iaitu Selasa, Jumaat dan Ahad (www.antara.co.id, diakses 18 Mac 2008).
Oleh sebab itu, pada masa ini masyarakat Aceh tidak lagi pergi ke Malaysia melalui
lapangan terbang Polonia, Medan dan begitu juga sebaliknya dari Malaysia boleh
terus ke Aceh. Sebelum ini penerbangan ini dijalankan setiap hari, tetapi kerana
sesuatu hal penerbangan ini dijalankan hanya tiga kali seminggu. Mudah-mudahan
201
hal ini menjadi petanda awal yang baik bagi membuka pintu Aceh terus dengan
dunia luar.
4.4.3 Papan Iklan Khidmat Masyarakat Pemerintah
Papan iklan khidmat masyarakat daripada pemerintah ialah reka bentuk grafik
dengan media papan iklan yang ditaja oleh pemerintah sama ada dinas (official)
kesihatan, pendidikan, kepolisian, dinas kewangan dan lainnya, yang mempunyai
tujuan menginformasikan dan menyeru masyarakat untuk melakukan sesuatu sesuai
dengan keinginan daripada dinas tersebut. Sebagai contohnya, Dinas Kesihatan yang
menginformasikan penyakit selsema burung dan menyeru masyarakat untuk
mencegah serangan penyakit selsema burung.
Dalam kajian ini, peneliti hanya mengkaji beberapa papan iklan yang ditaja
oleh dinas pemerintah tertentu, kerana tidak semua iklan khidmat masyarakat
menggunakan papan iklan sebagai media periklanan.
4.4.3.1 Papan Iklan Pembangunan oleh Pemerintah NAD
Gambar Foto 4.61: Papan Iklan Pembangunan Sumber: Peneliti
202
Papan iklan di atas adalah salah satu papan iklan yang ditaja oleh pemerintah
setelah bencana tsunami. Dalam papan iklan ini terdapat dua jenis mesej, iaitu mesej
verbal dan visual; mesej verbalnya menggunakan bahasa Aceh yang mengajak
masyarakat untuk membangunkan Aceh dengan lebih baik, sejahtera dan
bermartabat, sedangkan mesej visualnya iaitu gambar tiga orang pemimpin dalam
pemerintahan Nanggroe Aceh Darussalam, antaranya iaitu Kapolda (Kepala Polisi
Daerah), Gubenur dan Pangdam (Panglima Daerah Militer) NAD; orang ramai
dengan berbagai-bagai profesion, mulai dari tukang beca, guru, polis, nelayan,
petani, ulama, orang yang bekerja dengan pemerintah dan lain-lain. Latar
belakangnya menggunakan gambar Masjid Raya Baiturrahman.
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah tataletak dengan
keseimbangan simetrik, kerana penempatan mesej visual dan mesej verbal seimbang
antara bahagian kiri dengan bahagian kanan papan iklan. Prinsip kontras terdapat
pada gambar tiga orang lelaki yang merupakan pimpinan dalam pemerintahan Aceh,
kerana ukuran gambarnya lebih besar daripada gambar yang lainnya. Kadar
perbandingan antara mesej visual dengan verbal sesuai sehingga mesej yang
disampaikan dapat difahami dengan baik. Elemen garisan yang digunakan berupa
garisan kontur yang mengikuti bentuk tipografi dalam papan iklan ini. Penggunaan
warna sangat beragam kerana menggunakan foto sebagai mesej visualnya. Bentuk
yang digunakan ialah bentuk bangunan Masjid Raya Baiturrahman, beca dan
beberapa orang lelaki dan perempuan. Penggunaan white space banyak terdapat di
atas bangunan masjid yang berupa bentuk awan, sehingga teks yang di atas papan
iklan ini lebih jelas keterbacaannya berbanding teks di bawahnya. Kesatuan prinsip
dan elemen dalam papan iklan ini bersatu padu dalam memvisualisasikan mesej yang
ingin disampaikan oleh pemerintah Aceh kepada masyarakatnya.
203
4.4.3.2 Papan Iklan Satu Tahun Pemerintahan Mawardi dan Illiza
Gambar Foto 4.62: Papan Iklan Peringatan Satu Tahun Pemerintahan Mawardi dan Illiza
Sumber: Sonny Iskandar
Pada papan iklan ini digunakan tanda visual seorang lelaki dan wanita yang
merupakan walikota (Mawardi) dan naib walikota (Illiza) bandar Banda Aceh, dan di
bahagian bawahnya terdapat beberapa gambar, iaitu masjid yang berada di pusat
bandar Banda Aceh; temu bual Mawardi dengan Susilo Bambang Yudoyono
(Presiden Indonesia); anak-anak yang sedang bermain di tadika; pelantikan Mawardi
dan Illiza sebagai walikota dan wakil walikota Banda Aceh oleh Gubenur Irwandi
Yusuf dan logo pemerintahan bandar Banda Aceh. Teksnya ‘Satu tahun pelaksanaan
pemerintahan walikota dan wakil walikota Banda Aceh, Mawardi dan Illiza,
19 Februari 2007 hingga 19 Februari 2008’ dan teks bahagian bawahnya ‘Banda
Aceh Bandar Wisata Islami Indonesia’.
204
Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan ialah tataletak dengan
keseimbangan asimetrik, kerana penempatan mesej visual dan mesej verbal tidak
seimbang antara bahagian kiri dengan bahagian kanan papan iklan. Penggunaan
prinsip irama terdapat pada penyusunan gambar pelaksanaan kegiatan yang ada di
Banda Aceh dalam bentuk foto. Penerapan prinsip kontras terdapat pada gambar
Mawardi dan Illiza, kerana mesej ini merupakan tajaan daripada mereka yang
memberitahu kemajuan yang dicapai selama satu tahun kepemimpinan mereka.
Elemen garis pada papan iklan ini terdapat pada perbatasan antara susunan gambar.
Warna yang digunakan lebih banyak warna hijau dan beberapa warna lainnya yang
terdapat pada gambar foto dan logo pemerintahan Bandar Banda Aceh. Bentuk pada
papan iklan ini berupa gambar orang, masjid dan tempat bermain anak-anak.
Penggunaan white space banyak terdapat di bahagian atas papan iklan sehingga
terlihat lebih selesa, tetapi kerana penggunaan warna tipografi dan latar belakangnya
hampir sama maka keterbacaan mesej tersebut kurang jelas. Kesatuan antara prinsip
dengan elemen reka bentuk sangat membantu dalam penyampaian mesej yang
komunikatif.
Papan iklan ini dibuat oleh pemerintah bandar Banda Aceh bersempena
memperingati satu tahun pemerintahan Mawardi dan Illiza. Dalam bentuk bangunan
berbagai-bagai infrastruktur (infrastructure) telah dibangunkan oleh pemerintah
bandar Banda Aceh, mulai rumah sakit, tempat ibadah, pasar, jalan, saluran air, dan
berbagai-bagai sarana yang lain, walaupun banyak hal lain yang belum dilaksanakan.
Gambar masjid di atas melambangkan salah satu tempat ibadah yang telah
dibangunkan dengan kerjasama NGO. Dalam pemerintahannya ke hadapan Mawardi
dan Illiza mempunyai visi untuk menjadikan Banda Aceh bandar pelancongan Islami
yang didukung oleh penerapan syariat Islam di Aceh.
205
4.4.3.3 Papan Iklan Selsema Burung.
Papan iklan ini ditaja oleh pemerintah Dinas Kesihatan tentang penyakit
selsema burung yang dapat berjangkit melalui ayam. Pemerintah menginformasikan
tentang cara pencegahan penyakit selsema burung melalui papan iklan ini, sehingga
masyarakat tidak perlu takut untuk memakan daging ayam dan telur ayam.
Gambar Foto 4.63: Papan Iklan Cegah Selsema Burung Sumber: Peneliti
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual ayam dan burung, dengan tajuk
utama ‘Cegah Flu Burung Dengan B3K’. Subtajuk utamanya iaitu: ‘Bersihkan
tangan setelah memegang unggas, Bersihkan kandang dengan desinfektan, Berikan
vaksin pada unggas secara teratur, dan Kandangkan unggas jauh dari rumah’.
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ialah tataletak dengan
keseimbangan asimetrik, kerana penempatan mesej visual dan mesej verbal tidak
seimbang antara bahagian kiri dengan bahagian kanan papan iklan. Penerapan prinsip
kontras terdapat pada teks ‘Cegah’ dan ‘Dengan B3K’ kerana menggunakan warna
yang lebih terang daripada warna latar belakangnnya. Sebenarnya penggunaan
prinsip kontras terdapat pada kata ‘Flu Burung’ yang berwarna merah, hanya warna
latar belakangnya kurang mendukung. Elemen garisan yang digunakan pada papan
206
iklan ini berupa garisan kontur yang terdapat pada mesej verbal. Penerapan bentuk
berupa bentuk ayam dan burung merupakan mesej visual utama yang ingin
disampaikan pada papan iklan ini. Penggunaan white space sangat sedikit, kerana
papan iklan ini dipenuhi dengan gambar ayam dan burung sebagai latar belakangnya.
Perbandingan antara objek yang ada pada papan iklan ini sesuai, hanya banyak
menggunakan warna yang gelap, sehingga mesej yang ingin disampaikan kurang
dilihat dari jauh.
Selsema burung (H5N1) ialah suatu penyakit menular daripada virus
influenza yang dibawa oleh unggas yang dapat menyerang manusia. Nama lain
penyakit ini ialah avian influenza. Penularan penyakit ini kepada manusia boleh
melalui udara yang tercemar virus tersebut, dan kotoran unggas yang dijangkiti
selsema burung. Adapun orang yang mempunyai risiko yang tinggi besar diserang
selsema burung ini ialah pekerja penternakan unggas, penjual dan pemegang unggas.
Gambar Foto 4.64: Papan Iklan Selsema Burung Sumber: Peneliti
Dalam papan iklan ini terdapat tanda visual daging ayam yang sudah
dimasak, tajuk utamanya ‘Aman…!!!’. Iklan ini menyampaikan informasi bahawa
ayam dan telurnya selamat untuk dimakan, kerana selsema burung tidak menular
207
melalui makanan. Daging ayam dan telur bergizi dan baik untuk kesihatan anak, oleh
sebab itu mesej ini disampaikan agar masyarakat tidak takut untuk memakan
makanan tersebut, apalagi kalau dimasak secara bersih dan dijaga kebersihannya.
Dalam laman web kesihatan www.depkes.go.id menyebutkan bahawa, sehingga
masa ini belum ada bukti yang menyatakan bahawa virus selsema burung boleh
menular daripada manusia kepada manusia dan menular melalui makanan.
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah tataletak dengan
keseimbangan simetrik, kerana penempatan mesej visual dan mesej verbal terletak di
tengah-tengah papan iklan. Prinsip irama dengan teknik pengulangan terdapat pada
tanda ‘…!!!’ yang masing-masing diulang sebanyak tiga kali, hal ini menunjukkan
suatu penekanan bahawa daging ayam selamat untuk dimakan. Prinsip kontras
terdapat pada teks ‘Aman…!!!’ kerana ukuran tipografinya lebih besar daripada
ukuran teks lainnya. Kadar bandingan antara satu objek dengan objek lainnya sesuai,
hanya teks di bahagian bawah papan iklan kurang jelas keterbacaannya kerana
hurufnya terlalu kecil. Penggunaan elemen garisan terdapat pada bentuk lingkaran
yang bertulis ‘Ayam Telur Bergizi’ di bahagian tepi bentuk lingkaran tersebut.
Warna yang digunakan iaitu warna hitam dan putih pada bahagian tipografinya dan
warna coklat, hijau, putih dan merah pada sajian ayam gorengnya. Bentuk yang ada
papan iklan ini berupa bentuk ayam goreng, tomato, daun salad yang disaji dalam
satu pinggang. Penggunaan white space terdapat di bahagian tepi papan iklan,
sehingga penggambaran sajian ayam gorengnya lebih jelas. Kesatuan prinsip dan
elemen reka bentuk wujud dalam papan iklan ini, sehingga penyampaian
informasinya lebih fokus.
208
4.4.3.4 Papan Iklan Kesihatan
Gambar Foto 4.65: Papan Iklan Kesihatan Sumber: Peneliti
Pada papan iklan ini terdapat gambar Presiden Indonesia, iaitu Susilo
Bambang Yudoyono yang menyampaikan mesej tentang kesihatan, iaitu:
mengaktifkan kembali Posyandu (Pos Pelayanan Terpadu), periksa kesihatan ibu
hamil paling minimum empat kali selama masa kehamilan, berikan imunisasi
lengkap kepada bayi, timbanglah bayi dan balita setiap bulan, berantas jentik-jentik
nyamuk, jagalah kebersihan halaman dan ikuti program Keluarga Berencana (KB).
Tipografinya menggunakan warna putih dan latar belakangnya berwarna coklat
dengan motif flora. Papan iklan ini ditaja oleh Dinas Kesihatan dan dipasang di
halaman pejabat Dinas Kesihatan.
Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan pada papan iklan ialah
tataletak dengan keseimbangan asimetrik, kerana penempatan mesej verbalnya lebih
dominan pada bahagian kanan papan iklan ini. Prinsip kontras terdapat pada teks
209
’Pesan Presiden Tentang Kesehatan’ kerana warna dan ukuran teksnya berbeza
dengan teks yang lain. Teks tersebut merupakan mesej utama yang ingin
disampaikan oleh presiden dalam papan iklan ini. Kadar bandingan antara mesej
visual dengan mesej verbal sesuai, hanya teks pada bahagian bawah papan iklan
sangat kecil ukurannya sehingga sukar untuk dibaca. Warna yang digunakan ialah
warna coklat yang menjadi latar belakang papan iklan ini, warna putih, kuning,
hitam, dan hijau. Penggunaan bentuk berupa gambar foto presiden Indonesia iaitu
Susilo Bambang Yudoyono dan bentuk motif tumbuhan yang terdapat pada latar
belakang papan iklan ini. White space banyak terdapat pada bahagian kiri papan
iklan, sehingga ketika membaca mesej pada iklan ini lebih jelas. Pada papan iklan
tidak semua prinsip dan elemen digunakan, namun demikian kesatuan antara
beberapa prinsip dengan elemen dapat memvisualisasikan mesej pada papan iklan
secara komunikatif.
4.4.3.5 Papan Iklan Syariat Islam
Gambar Foto 4.66: Papan Iklan Syariat Islam Sumber: Peneliti
210
Papan iklan ini ditaja oleh pemerintah dinas syariat Islam, yang dipasang
bersebelahan dengan Masjid Raya Baiturrahman. Tanda visualnya berupa tiga buah
gambar kubah masjid, dengan tajuk utamanya ‘Ku Hadap Kiblat, Ku Tegakkan
Shalat, Ku Jalani Syariat, Membenteng diri dari Maksiat’. Tipografinya
menggunakan warna putih dengan latar belakangnya gradasi warna coklat. Mesej ini
mengandungi Syariat Islam yang dapat membenteng diri manusia daripada
melakukan maksiat, hal ini bersesuaian dengan ketentuan penerapan Syariat Islam di
Aceh.
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah tataletak dengan
keseimbangan asimetrik, kerana penempatan mesej verbal dan mesej visual tidak
seimbang. Prinsip irama dengan teknik pengulangan diterapkan pada bentuk kubah
masjid yang diulang sebanyak dua kali. Prinsip kontras terdapat pada gambar bentuk
kubah yang merupakan satu-satunya mesej visual yang ada dalam papan iklan ini.
Penggunaan bentuk kubah pada papan iklan ini kerana pelaksanaan shalat biasanya
dilaksanakan di masjid, dan setiap masjid terdapat kubah. Penyampain mesej verbal
ini sangat didukung oleh penggambaran mesej visual. Warna yang digunakan iaitu
warna gradasi antara coklat dengan kuning, warna merah tua, putih dan hitam.
Penggunaan white space cukup banyak sehingga keterbacaan mesejnya lebih jelas.
Kadar bandingan antara mesej visual dengan mesej verbal sesuai sehingga
memudahkan masyarakat memahami mesej yang disampaikan pada papan iklan
tersebut.
211
4.4.3.6 Papan Iklan Tentang Pajak.
Gambar Foto 4.67: Papan Iklan Pajak Sumber: Peneliti
Papan iklan ini ditaja oleh Dinas Pendapatan Daerah Bandar Banda Aceh.
Dalam papan iklan ini terdapat teks yang berbunyi ‘Kota yang mandiri adalah bila
pembangunannya didanai sendiri melalui pajak dan retribusi daerah’. Dalam masa
otonomi daerah sekarang ini, daerah diberikan wewenang yang lebih besar untuk
mengatur pembangunan di daerahnya sendiri. Tataletak yang digunakan adalah
simetrik dan dapat dilihat daripada cara susunan tipografinya iaitu seimbang antara
bahagian kanan dengan bahagian kiri papan iklan. Latar belakangnya berupa awan
yang berwarna biru. Papan iklan ini dipajang di persimpangan jalan di Banda Aceh.
Prinsip kontras pada papan iklan ini terdapat pada teks ‘adalah’ dan ‘Pajak
dan Retribusi Daerah’ yang menggunakan warna merah dan kontur berwarna putih,
dengan perpaduan kedua-dua warna itu menjadikan teks tersebut lebih menonjol.
Kadar bandingan antara teks-teks dalam papan iklan ini sesuai, sehingga dapat dilihat
dengan jelas teksnya. Penggunaan elemen garisan berupa garisan kontur warna putih
yang terdapat pada mesej verbal. Warna yang digunakan ialah warna biru muda
212
sebagai latar belakangnya, warna biru tua, merah dan hitam pada tipografinya serta
putih pada kontur tipografinya. Penggunaan white space berwarna biru yang
berbentuk awan, ia banyak terdapat di tepi papan iklan, hal ini sangat membantu
dalam keterbacaan mesej yang ada pada papan iklan. Kesatuan antara beberapa
prinsip dengan elemen reka bentuk yang ada pada papan iklan ini menjadikan
mesejnya lebih komunikatif.
4.4.3.7 Papan Iklan Tentang Pajak Restoran
Gambar Foto 4.68: Papan Iklan Pajak Restoran Sumber: Sonny Iskandar
Papan iklan ini ditaja oleh Dinas Pendapatan Bandar Banda Aceh dengan
menggunakan latar belakang pemandangan matahari terbenam, teksnya berbunyi
‘Setiap pengusaha restoran, rumah makan, warung kopi dan sejenisnya adalah wajib
pungut pajak restoran (Perda. No.5 tahun 1998), maka bayarlah pajak restoran anda
setiap bulan ke dinas pendapatan kota Banda Aceh’. Pada bahagian bawahnya
terdapat logo pemerintah Banda Aceh. Warna yang digunakan pada teks ini, iaitu
warna merah, hitam dan putih dan menggunakan tataletak yang simetrik. Papan iklan
213
ini dipasang berdekatan Restoran Lamnyong. Setelah tsunami, gerai makanan dan
restoran cepat saji banyak terdapat di Banda Aceh.
Pada papan iklan ini tidak terdapat prinsip kontras, kerana tidak ada bentuk
yang berbeza dengan bentuk lainnya. Kadar bandingan antara teks yang ada pada
iklan ini sesuai, sehingga memudahkan masyarakat untuk membaca teks yang ada
pada papan iklan ini. Elemen garisan yang digunakan berupa garisan kontur yang
terdapat pada teks yang ada dalam papan iklan. Penggunaan white space banyak
terdapat di bahagian kiri dan kanan papan iklan yang sangat membantu dalam
keterbacaan mesej dengan jelas. Walaupun tidak semua prinsip dengan elemen
digunakan dalam papan iklan ini, tetapi dengan kesatuan antara prinsip dan elemen
yang ada menjadikan mesej yang ada pada papan iklan lebih terstruktur dan
komunikatif
4.4.3.8 Papan Iklan Tentang Pajak Kenderaan.
Gambar Foto 4.69: Papan Iklan Pajak Kenderaan Sumber: Sonny Iskandar
214
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual berupa berbagai-bagai kenderaan,
baik besar mahupun kecil dan teksnya berbunyi ‘Membayar pajak berarti anda ikut
membangun daerah.. Bayarlah pajak kendaraan bermotor anda di daerah sendiri tepat
waktu.. Mutasikan kendaraan anda ke BL..!
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini secara keseluruhannya ialah
tataletak dengan keseimbangan asimetrik, kerana penempatan mesej verbal dan
mesej visual tidak seimbang antara bahagian kiri dan bahagian kanan papan iklan ini.
Penerapan prinsip kontras kurang dilihat pada papan iklan ini, kerana penggunaan
warna tipografinya tidak seiring dengan warna latar belakangnya, sehingga tidak
selesa untuk membaca mesej tersebut. Elemen garisan yang digunakan berupa
garisan vertikal dan horizontal yang membentuk empat persegi panjang dengan
tulisan ’Dinas Pendapatan NAD’ di dalamnya. Penggunaan white space hanya
sedikit, dan boleh dikatakan tidak berfungsi, kerana mesej visual yang digunakan
sebagai latar belakang pada papan iklan ini bertumpang tindih, sehingga semua
bidang dipenuhi oleh mesej tersebut. Kesatuan prinsip dan elemen dalam papan iklan
kurang bersatu padu sehingga mesej yang ingin disampaikan tidak difahami dengan
baik oleh masyarakat.
Papan iklan ini ditaja oleh Dinas Pendapatan NAD, yang menyampaikan tiga
item mesej yang berkenaan dengan kenderaan, pertama ialah menyeru masyarakat
untuk membayar pajak, kerana pajak adalah salah satu pendapatan asli daerah yang
dapat digunakan untuk pembangunan daerah, maka dengan membayar pajak bererti
anda telah turut serta dalam membangunkan daerah; keduanya bayarlah pajak
kenderaan di daerah sendiri tepat pada waktunya. Maksud daerah sendiri dalam hal
ini ialah daerah bahagian Aceh (kabupaten atau kotamadya) dan luar Aceh seperti
Medan, kerana setelah tsunami banyak kenderaan luar yang masuk ke Aceh sebagai
215
alat pengangkutan yang digunakan oleh NGO tempatan atau antarabangsa dan juga
oleh para sukarelawan; ketiga mutasikan kenderaan anda ke BL (BL ialah lambang
pelekat kenderaan yang digunakan di Aceh). Bagi kenderaan yang berpelekat selain
BL disarankan agar mendaftarkan kenderaannya untuk menggantikannya dengan BL,
hal ini untuk memudahkan pemilik kenderaan membayar cukainya di Aceh.
4.4.3.9 Papan Iklan Izin Usaha
Gambar Foto 4.70: Papan Iklan Izin Usaha Sumber: Peneliti
Dalam papan iklan ini digunakan tanda visual berupa logo daripada
pemerintah Banda Aceh yang terletak pada bahagian atas papan iklan dan logo Fajar
Studio yang terletak di bahagian kiri bawah papan iklan. Teksnya ‘Uruslah izin
usaha anda secara langsung tanpa melalui perantara, kami melayani dengan amanah
dan pasti’. Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah tataletak dengan
keseimbangan simetrik, kerana mesej verbalnya diletakkan di bahagian tengah papan
iklan. Irama dengan teknik pengulangan terdapat pada latar belakang papan iklan
216
berupa bidang yang melengkung dengan menggunakan gradasi warna hijau. Prinsip
kontras terdapat pada teks ‘Uruslah Izin Usaha Anda Secara Langsung Tanpa
Melalui Perantara’ kerana tipografinya berbeza dengan yang lainnya dari segi ukuran
dan warna. Mesej ini merupakan mesej utama yang ingin disampaikan oleh pihak
penaja. Elemen garisan yang digunakan berupa garisan kontur yang ada pada mesej
verbal dan garisan vertikal yang memisahkan antara bidang yang memuatkan mesej
yang diiklankan dan bidang yang memuat informasi tentang tempat pembuatan
papan iklan ini. Warna yang digunakan ialah warna hijau gradasi sebagai latar
belakangnya dan warna hitam, putih, merah serta biru digunakan pada tipografinya.
Penggunaan white space terdapat di bahagian tepi papan iklan, sehingga sangat
membantu dalam membaca mesej dengan jelas. Kadar bandingan antara objek yang
ada pada papan iklan ini sesuai, tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar.
Pada bahagian bawah papan iklan terdapat teks Fajar Studio, yang merupakan
salah satu nama perusahaan reka bentuk grafik di Banda Aceh. Fajar Studio
ditubuhkan oleh Fajar Saputra iaitu perusahaan dalam bidang periklanan,
menyewakan lokasi papan iklannya untuk media promosi di wilayah Aceh termasuk
pengurusan pajak dan izin reklame. Di samping itu juga studio ini memproduksi kain
rentang dan umbul-umbul (dapat sekalian pemasangan di lokasi), cetak sablon, papan
nama toko atau pejabat, papan reklame atau papan iklan, dan lain-lain.
Papan iklan ini ditaja oleh KPTSP (Kantor Pelayanan Terpadu Satu Pintu)
bandar Banda Aceh, iaitu pejabat yang mengurus tentang keizinan secara cepat, baik
izin usaha, izin mendirikan bangunan, izin memasang papan iklan mahupun hal-hal
yang lain. Menurut Mawardi (walikota Banda Aceh) dalam akhbar Analisa tarikh
22 Februari 2007, menyebutkan bahawa program ini (KPTSP) seharusnya
dirasmikan pada bulan Ogos 2006, akan tetapi kerana banyak hambatan yang harus
217
diatasi dan banyak hal yang tidak dijangkakan telah menyebabkan baru sekarang
(20 Februari 2007) program ini dapat dirasmikan.
Sebelum tsunami prosedur pemasangan papan iklan harus mendapat
persetujuan dari beberapa dinas, seperti dinas Pendapatan, dinas Tatakota dan
Pemukiman, dinas Kebersihan dan Pertamanan, dinas Peraturan Daerah, dinas
Perhubungan dan dinas Hukum. Tetapi sejak Februari 2007 semua perizinan,
termasuk perizinan pemasangan papan iklan dapat di lakukan melalui satu dinas,
iaitu KPTSP. Hal ini sangat memudahkan penaja papan iklan dalam mengurus
perizinan tersebut dan tidak memerlukam masa yang lama. Prosedur yang harus
ditempuh oleh penaja iaitu 1) Surat permohonan bermaterai Rp. 6000, 2)
Rekomendasi pemerintahan setempat, 3) Melunasi pajak iklan, 4) Fotostad id kad
yang bersangkutan, 5) Gambar iklan dan lokasi tempat papan iklan dipasang dan 6)
Rekomendasi dari instansi teknis (papan iklan). Pihak KPTSP berkerja sama dengan
dinas Syariat Islam dalam memberi kelulusan bagi perizinan pemasangan papan
iklan yang menggunakan model perempuan dalam iklan tersebut. Apakah ianya
sesuai dengan ketentuan Syariat Islam atau tidak. Hal ini seperti iklan salah satu
produk yang dipajang di sepanjang jalan utama, ada model perempuan dewasa yang
tidak menggunakan jilbab, dan akhirnya gambar wanita itu ditutup dengan cat hitam.
KPTSP berkerjasama dengan Satpol PP (Satuan Polisi Pamong Praja) dalam
penertiban papan iklan yang telah lewat masa pemasangannya (temu bual dengan
Suria Bakti, SH, MM)
218
4.4.3.10 Papan Iklan Perlidungan Pengguna
Gambar Foto 4.71: Papan Iklan Perlindungan Pengguna Sumber: Peneliti
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual tiga orang perempuan yang
memakai tudung sedang membeli belah di salah sebuah pasar raya di Banda Aceh,
mesej verbalnya iaitu: ‘Undang-undang No 8 tahun 1999 tentang perlindungan
konsumen, pikirkan dan amati sebelum membeli, jadilah konsumen yang cerdas dan
mandiri’. Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah tataletak dengan
keseimbangan asimetrik, kerana penempatan mesej visual dan mesej verbal tidak
seimbang antara bahagian kiri dengan bahagian kanan papan iklan. Penggunaan
prinsip kontras kurang kelihatan, kerana secara keseluruhannya tidak ada yang dilihat
kontras di antara objek-objek yang ada pada papan iklan tersebut. Penerapan prinsip
emphasis terdapat pada teks ’jadilah konsumen yang cerdas dan mandiri’ dengan
tulisannya berwarna hitam dan latar belakangnya berwarna putih sehingga tahap
keterbacaan mesej ini sangat jelas. Mesej ini merupakan mesej utama yang ingin
219
disampaikan pada papan iklan ini. Kadar bandingan antara satu objek dengan objek
lainnya sesuai sehingga semua objek yang ditampilkan nampak dengan jelas. Garisan
yang digunakan berupa garisan kontur berwarna putih yang terdapat pada teks
’pikirkan dan amati sebelum membeli’. Warna yang ada pada papan iklan ini ialah
warna hitam, putih kelabu yang terdapat pada tipografinya sedangkan pada mesej
visual menggunakan berbagai-bagai warna, kerana ia adalah foto bukan ilustrasi.
Bentuk yang digunakan berupa tiga orang perempuan, troli dan beberapa susunan
kotak susu. Penggunaan white spacenya tidak banyak, kerana latar belakang papan
iklan ini dipenuhi dengan foto suasana di sebuah pasar raya. White space terdapat
pada beberapa teks yang tidak menggunakan gambar tesebut sebagai latar
belakangnya. Kesatuan antara prinsip dengan elemen reka bentuk pada papan iklan
sangat membantu dalam memvisualisasikan informasi yang ingin disampaikan
melalui mesej verbal dan mesej visual.
Papan iklan ini ditaja oleh Dinas Perindustrian dan Perdagangan Provinsi
NAD dan Pemerintah daerah Bandar. Lahirnya Undang-undang ini memberikan
harapan kepada masyarakat Indonesia, untuk memperoleh perlindungan terhadap
kerugian yang dialami pada transaksi suatu barang dan perkhidmatan. Oleh sebab itu,
pemerintah menyeru masyarakat agar teliti dalam hal membeli barangan atau
menggunakan perkhidmatan, supaya tidak mengalami kerugian.
Dalam lamam web direktorat (division) perlindungan pengguna disebutkan
bahawa, pengguna ialah setiap orang yang menggunakan barangan dan atau jasa
yang sedia ada dalam masyarakat, baik bagi kepentingan diri sendiri, keluarga, orang
lain, mahupun makhluk hidup lain dan tidak untuk diperdagangkan. Perlindungan
pengguna ialah segala usaha yang menjamin adanya kepastian hukum untuk
memberikan perlindungan kepada pengguna.
220
4.4.3.11 Papan Iklan KB (Keluarga Berencana).
Gambar Foto 4.72: Papan Iklan KB (Keluarga Berencana) Sumber: Sonny Iskandar
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual karikatur tangan yang
divisualisasikan jari tengah sebagai anak perempuan dan jari telunjuk sebagai anak
lelaki; di bahagian bawah terdapat logo BKKBN (Badan Koordinasi Keluarga
Berencana Nasional) dan Provinsi NAD, dengan teks ‘Ayo Ikut KB, 2 Anak Lebih
Baik’. Iklan khidmat masyarakat ini ditaja oleh Dinas BKKBN dan kerjasama
dengan pemerintah NAD.
Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah
tataletak dengan keseimbangan asimetrik, kerana penempatan mesej visual dan
verbal tidak seimbang. Prinsip kontras terdapat pada teks ’Ayo Ikut KB’ dengan
ukuran tipografinya lebih besar daripada ukuran tipografi lainnya dan ini merupakan
mesej persuasif yang ingin disampaikan oleh BKKBN. Kadar bandingan antara objek
yang ada pada papan iklan ini sesuai. Garisan yang digunakan berupa garisan kontur
berwarna hitam yang terdapat pada tipografi dan gambar visual. Garisan ini
berfungsi untuk memperjelas bentuk objeknya. Warna yang terdapat pada papan
iklan ialah warna kuning, hitam, hijau, putih dan biru sebagai warna latar
221
belakangnya. Penggunaan warna biru disesuaikan dengan warna logo KB (Keluarga
Berencana) iaitu biru dan putih. White space yang digunakan cukup banyak sehingga
mesej yang disampaikan dapat dibaca dengan selesa. Kesatuan prinsip dan elemen
reka bentuk dalam papan iklan ini sangat membantu dalam memvisualisasikan mesej
secara terstruktur.
Mulyono Daniprawiro dalam majalah Gemari edisi 86/Tahun IX/Maret 2008
muka surat 29, menyebutkan bahawa kalau dulu BKKBN berslogankan ‘Dua Anak
Cukup’, dengan berkembangnya program ketika ini telah dikeluarkan slogan baru
iaitu ‘Dua Anak Lebih Baik’, mudah-mudahan dengan adanya slogan baru ini,
masyarakat semakin menyedari pentingnya keberadaaan anak dalam keluarga.
Sekiranya mempunyai dua anak sahaja dalam keluarga, bermakna kesempatan
keluarga untuk mengembangkan berbagai-bagai kegiatan untuk meningkatkan
kesejahteraan keluarga akan lebih mudah berbanding orang yang mempunyai anak
yang banyak. Oleh sebab itu, visi KB pada masa ini ialah menciptakan keluarga
berkualiti dengan dua anak adalah lebih baik.
222
4.4.3.12 Papan Iklan Buta Aksara.
Gambar Foto 4.73: Papan Iklan Buta Aksara Sumber: Peneliti
Papan iklan ini ditaja oleh pemerintah provinsi NAD dan Dinas Pendidikan.
Tanda visualnya berupa empat orang anak yang sedang membaca akhbar di atas
perahu dan di pinggir pantai, juga seorang bapa yang sedang membaca akhbar sambil
menghisap rokok. Pada bahagian atas papan iklan ini terdapat dua bentuk logo, iaitu
logo Pemerintahan NAD dan Dinas Pendidikan. Buta aksara ialah mereka yang tidak
boleh membaca, menulis, dan menghitung.
Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan pada papan iklan ialah
tataletak dengan keseimbangan asimetrik, kerana penempatan mesej visual dan mesej
verbal tidak seimbang antara bahagian kiri dengan bahagian kanan papan iklan.
Penerapan prinsip kontras terdapat pada teks ‘Tidak ada kata terlambat!’ dan ‘Buta
Aksara’ kerana ukuran hurufnya lebih besar dengan yang lain dan warna teksnya
berwarna putih dengan latar belakang hitam yang menjadikan tahap keterbacaannya
jelas. Kadar perbandingan antara objek sesuai, hanya teks yang terdapat pada
223
bahagian atas papan iklan ukuran teksnya kecil sehingga sukar untuk dibaca. Warna
yang digunakan adalah warna hitam dan putih pada mesej verbal sedangkan mesej
visualnya menggunakan berbagai-bagai warna, kerana berupa foto bukan illustrasi.
Penggunaan white space tidak terlalu banyak, kerana latar belakangnya dipenuhi
dengan gambar foto suasana di tepi pantai. Kesatuan antara prinsip dengan elemen
pada papan iklan ini saling melengkapi dalam memvisualisasikan informasi yang
ingin disampaikan.
4.4.3.13 Papan Iklan Zakat.
Gambar Foto 4.74: Papan Iklan Zakat Sumber: Peneliti
Dalam papan iklan ini terdapat tanda visual rumah, beberapa keluarga yang
sedang berdiri di depan rumahnya, seorang lelaki yang sedang memegang lembu,
seorang perempuan yang sedang menjahit kasap (salah satu kraft tangan di Aceh)
dan di bahagian bawahnya ada logo Baitul Mal Aceh Besar. Tajuk utamanya ‘Dalam
224
Setiap Tetes Harta Anda Ada Hak Mereka’ kemudian teks di bawahnya ‘Salurkan
ZIS anda ke Baitu Mal Aceh Besar’ teks paling bawah terdapat nama bank-bank
tempat menyalurkan ZIS (Zakat, Infaq dan Shadaqah). Mesej pada papan iklan ini
mengajak masyarakat Aceh untuk menunaikan zakat yang merupakan salah satu
Rukun Islam dan amal ibadah lain yang berupa infaq dan shadaqah.
Warna yang digunakan ialah full color, kerana papan iklan ini menggunakan
potongan gambar-gambar berupa foto dengan pelbagai aktiviti berbeza yang
dikombinasi dengan teks, sehingga mesej yang ingin disampaikan dapat difahami
oleh masyarakat. Tataletak yang digunakan ialah tataletak dengan keseimbangan
asimetrik, kerana penempatan mesej verbal dan visual tidak seimbang antara
bahagian kiri dengan bahagian kanan papan iklan. Penerapan prinsip kontras terdapat
pada gambar seorang perempuan yang sedang menjahit kasap, kerana ukuran
gambarnya besar dibandingkan dengan gambar yang lainnya dan kasap yang dijahit
menggunakan warna merah muda (pink) sehingga sedikit kontras. Penerapan prinsip
emphasis terdapat pada teks ‘Setiap tetes harta anda’ kerana ukuran hurufnya lebih
besar daripada huruf yang lain dan warna merah yang digunakan pada teks ‘Setiap
tetes’ menjadikannya ianya lebih menonjol. Mesej ini memberikan penekanan
terhadap penjelasan pada kata sebelum dan sesudah teks tersebut. Bentuk yang
digunakan berupa orang baik laki-laki mahupun perempuan, rumah, sapi, pokok, dan
benang kasap. Penggunaan white space tidak banyak, kerana latar belakangnya
dipenuhi dengan gambar berbagai-bagai kegiatan, sehingga papan iklan ini kelihatan
‘padat’. Namun dengan kesatuan antara prinsip dengan elemen reka bentuk dapat
menutupi kekurangan tersebut.
225
4.4.3.14 Papan Iklan Keamanan
Gambar Foto 4.75: Papan Iklan Keamanan Sumber: Peneliti
Papan iklan ini ditaja oleh Kodam (Komando Daerah Militer) Iskandar Muda,
yang merupakan Komando Kewilayahan Pertahanan yang meliputi provinsi
Nanggroe Aceh Darussalam (NAD). Tanda visualnya berupa logo Kodam Iskandar
Muda di bahagian kiri papan iklan. Teksnya berbunyi ‘Hanya orang-orang yang
berimanlah yang selalu menjaga lingkungannya menjadi aman’. Warna yang
digunakan iaitu hijau, kuning dan putih, warna (hijau dan kuning) ialah ciri khas
warna TNI (Tentara Nasional Indonesia).
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah tataletak dengan
keseimbangan simetrik, kerana penempatan mesej verbalnya diletakkan di tengah-
tengah papan iklan ini. Kadar bandingan antara objek yang ada pada papan iklan
sesuai, sehingga keterbacaan mesejnya jelas. Penggunaan white space terdapat di
sekeliling mesej verbal, hal ini memberikan kesan pada reka bentuk yang lapang dan
rapi. Penerapan prinsip dengan elemen reka bentuk pada papan iklan tidak banyak,
kerana objek yang ditampilkan hanya dalam bentuk mesej verbal yang ditata secara
226
simetrik, namun kesatuan antara prinsip dan elemen yang ada sangat membantu
dalam menyampaikan informasi secara komunikatif.
Papan iklan ini dipasang berdekatan dengan pejabat Kodam Iskandar Muda.
Mesej daripada papan iklan ini mengajak masyarakat Aceh supaya bersama-sama
untuk menjaga keamanan wilayah setempat. Oleh itu, menjaga keamanan itu tidak
hanya menjadi tugas TNI, tetapi merupakan tanggungjawab bersama. Dengan adanya
lingkungan yang aman maka diharapkan semua aktiviti dapat berjalan dengan lancar.
4.4.3.15 Papan Iklan Perletakan Senjata
Gambar Foto 4.76: Papan Iklan Perletakan Senjata Sumber: Peneliti
Dalam papan iklan ini terdapat tanda visual empat orang pemimpin provinsi
NAD, iaitu: paling kiri Kejaksaan Tinggi (Kejati) Abdul Djalil Mansyur, Panglima
Daerah Militer (Pangdam) Supiadin AS, Gubernur Irwandi Yusuf, Kepala Kepolisian
Daerah (Kapolda) Rismawan. Di bahagian bawahnya ada beberapa gambar yang
diambil pada masa perletakan senjata oleh pihak GAM, dan di sebelah kirinya
terdapat logo provinsi NAD, TNI (Tentera Nasional Indonesia), Polis dan Kejati.
227
Tajuk utamanya berbunyi ‘Himbauan Muspida Provinsi NAD’ dan mesej di
bawahnya ditulis dalam bahasa Aceh yang mengajak masyarakat Aceh untuk
menyerahkan senjata, peluru dan alat penghancur dalam masa paling lama satu bulan
daripada maklumat yang telah dikeluarkan. Bagi orang yang menyerahkannya tidak
akan diadili secara undang-undang, kecuali mereka ditangkap pada ketika
pemeriksaan sedang dilaksanakan oleh pihak polis. Maklumat ini ditandatangani oleh
unsur pimpinan Provinsi Aceh (Gubernur, Pangdam, Kapolda, Kejati). Tipografinya
menggunakan warna putih dengan berlatarbelakangkan warna biru tua, sehingga
keterbacaanya jelas. Walau bagaimanapun kerana teksnya terlalu kecil dan mesejnya
banyak maka agak sukar untuk membacanya sepintas lalu.
Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah
tataletak dengan keseimbangan asimetrik, kerana penempatan mesej visual yang ada
di bahagian kanan tidak seimbang dengan mesej verbal yang ada di bahagian kirinya.
Prinsip irama pada papan iklan digunakan dalam bentuk susunan gambar tentang
kegiatan semasa penyerahan senjata di beberapa tempat yang berbeza. Pada gambar
tersebut menggunakan berbagai-bagai warna, kerana gambarnya berupa foto bukan
ilustrasi. Prinsip kontras terdapat pada gambar empat orang lelaki yang merupakan
pemimpin provinsi NAD, kerana gambar mereka lebih besar daripada gambar yang
lainnya. Bentuk yang ada pada papan iklan ini berupa orang, senjata, alat pemotong
dan beberapa bentuk logo. Penggunaan white spacenya lebih banyak terdapat pada
bidang yang menampilkan mesej verbal, hal ini untuk memudahkan pembacaan
mesej secara cermat, kerana mesej ini ditujukan kepada mereka yang memiliki
senjata tidak rasmi. Tetapi sayangnya hurufnya terlalu kecil. Kesatuan antara prinsip
dengan elemen sangat membantu dalam memvisualisasikan informasi pada papan
iklan ini.
228
4.4.3.16 Papan Iklan Mengelola Sampah
Gambar Foto 4.77: Papan Iklan Mengelola Sampah Sumber: Sonny Iskandar
Pada papan iklan ini hanya ada mesej verbal yang berbunyi ‘Mengelola
sampah ada biayanya, bayarlah retribusi sampah tepat pada waktunya (Qanun kota
Banda Aceh No. 23/2007)’. Tataletak yang digunakan ialah tataletak dengan
keseimbangan simetrik, kerana penempatan mesej verbalnya di tengah-tengah papan
iklan. Prinsip kontras terdapat pada teks ‘Mengelola sampah ada biayanya’ kerana
ukuran hurufnya lebih besar daripada huruf yang lainnya. Kadar bandingan antara
teks yang ada pada papan iklan ini sesuai, sehingga dengan ukuran teks tersebut
menjadikan tahap keterbacaannya jelas. Warna yang digunakan ialah warna hijau
sebagai warna latar belakangnya dan warna biru, merah dan hitam pada tipografinya.
Penggunaan white space sangat banyak sehingga memudahkan orang membaca
mesej yang ada pada papan iklan ini. Kesatuan antara beberapa prinsip dengan
elemen pada papan iklan ini sangat membantu dalam memvisualisasikan mesej ini
pada media papan iklan.
229
Papan iklan ini ditaja oleh Dinas Kebersihan dan Pertamanan (DKP) bandar
Banda Aceh. Mesej utama yang ingin disampaikan oleh DKP dilihat pada tulisan
yang tipografinya diberi warna merah, iaitu mengajak masyarakat untuk membayar
yuran pembuangan sampah tepat pada waktunya. Dalam mengelola sampah
memerlukan pembiayaan, terutama untuk membayar para pekerja. Pemerintah akan
cuba meningkatkan kualiti pengelolaan sampah dengan menyusun sistem
pengumpulan sampah kota serta fasilitinya di Banda Aceh. Pengelolaan sampah
tersebut diharapkan dapat meningkatkan pendapatan harian masyarakat yang bekerja
di tempat pengelolaan sampah itu dan pengelolaan sampah akan lebih terstruktur
dan menghasilkan bahan-bahan yang dapat dikitar semula. Ketentuan jumlah
pembayarannya ditentukan dalam Qanun (Peraturan Daerah) Nomor. 13 Tahun 2007.
4.4.4 Papan Iklan Khidmat Masyarakat NGO (Non Government Organization)
NGO dalam bahasa Indonesia lebih dikenali dengan nama LSM (Lembaga
Swadaya Masyarakat) atau dalam bahasa Melayu bermaksud Pertubuhan bukan
Kerajaan. NGO mulai datang ke Aceh setelah berlakunya bencana tsunami, baik
mereka ini dari luar daerah Aceh mahupun luar negara. Sebelum ini hanya beberapa
pertubuhan bukan kerajaan tempatan sahaja yang datang ke Aceh, hal ini demikian
kerana keadaan Aceh yang kurang kondusif.
Daripada hasil penelitian ini didapati hanya papan iklan NGO BRR yang
menaja sepenuhnya pembuatan papan iklan yang ada di Banda Aceh dan Aceh Besar.
Sebaliknya NGO GTZ (German Technical Cooperation), Republik Federal Jerman,
World Vision, MDF (Multi Donor Fund) dan UNDP (United Nations Development
Programme) hanya bekerjasama dengan pemerintah Aceh dalam menaja beberapa
papan iklan yang ada di Banda Aceh dan Aceh Besar selama penelitian dilakukan.
230
BRR ialah singkatan daripada Badan Rehabilitasi dan Rekonstruksi (Pusat
Pemulihan dan Pembinaan) untuk Aceh dan Nias. Badan ini ditubuhkan pada 16
April 2005, yang mempunyai visi mewujudkan masyarakat Nanggroe Aceh
Darussalam dan Nias yang amanah, bermartabat, sejahtera, dan demokratik. BRR
ditubuhkan adalah untuk: (1) membangunkan kembali masyarakat Aceh dan Nias,
(2) membangunkan kembali kehidupan individu dan sosialnya, (3) membangunkan
kembali infrastruktur fizikal dan infrastruktur kelembagaan, (4) membangunkan
kembali perekonomiannya sehingga seperti sebelumnya, (5) membangunkan kembali
pemerintahan sebagai sarana perkhidmatan masyarakat, (6) melaksanakan kegiatan
pemulihan dan pembinaan berdasarkan dokumen pelaksanaan anggaran, (7)
mengorganisasikan dan mengkordinasi pelaksanaan pemulihan dan pembinaan yang
dilakukan oleh pemerintah pusat, pemerintah daerah, dan pihak lain yang berkenaan.
BRR memulakan kerja-kerja pemulihan selama empat tahun, yang beribu pejabat di
Banda Aceh, pejabat cawangannya di Nias dan pejabat perwakilannya terletak di
Jakarta.
Daripada hasil penelitian ini, peneliti mengelompokkan papan iklan yang
ditaja oleh BRR dalam empat tema, iaitu tema tentang pembangunan; konflik,
bencana dan perdamaian; perletakkan senjata, dan perdamaian. Daripada keempat-
empat tema ini, papan iklan yang bertemakan perdamaian yang paling banyak
terdapat di antara tema-tema tersebut. Oleh sebab adanya perdamaian program-
program kerja yang telah dibuat oleh BRR dapat berjalan lancar, seperti
pembangunan rumah, sekolah, tempat ibadah, membangunkan kembali
perekonomian, pemerintahan dan lain-lain. Dengan adanya papan iklan ini
diharapkan masyarakat akan sedar dari pentingnya kewujudan perdamaian di Aceh.
231
4.3.4.1 Papan Iklan Pembangunan
Gambar Foto 4.78: Papan Iklan Pembangunan Sumber: Peneliti
Papan iklan yang ditaja oleh BRR (Badan Rehabilitasi dan Rekonstruksi) ini
ialah papan iklan yang terpanjang di Aceh, yang dipasang di tepi jalan di beberapa
daerah di Aceh. Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan ialah tataletak
dengan keseimbangan asimetrik. Prinsip kontrasnya terdapat pada teks ‘Biarkan
kenangan pahit terukir dalam sejarah’ kerana warna yang digunakan ialah warna
merah dengan kontur berwarna putih sehingga menjadikan teks tersebut lebih terang
berbanding teks lainnya. Mesej yang disampaikan dalam papan iklan ini adalah
tentang keadaaan Aceh pada ketika berlakunya konflik, perletakan senjata (yang
bermakna bermulanya perdamaian), dan pada ketika bencana tsunami.
Gambar yang digunakan ialah gambar Masjid Raya Baiturrahman; kerosakan
atau puing-puing sebagai akibat gelombang tsunami; terdapat seorang nenek
bermuka sedih; para perunding perdamaian daripada pihak GAM (Gerakan Aceh
Merdeka, Malik Mahmud) dan Indonesia (Hamid Awaludin mentri Hukum dan
HAM (Hak Azasi Manusia); Bill Clinton dan Kuntoro Mangkusubroto (BRR) dalam
suasana perletakan senjata daripada pihak GAM; anak-anak yang sedang tersenyum;
dan seorang nelayan yang sedang membaiki jalanya. Penggunaan white spacenya
sangat sedikit, kerana seluruh bidang dipenuhi dengan gambar-gambar tesebut
sebagai latar belakang papan iklan ini.
232
Teks dalam papan iklan ini ditata dalam tiga bahagian, yang disesuaikan
dengan latar belakang gambarnya, iaitu bahagian kiri papan iklan, tengah dan
bahagian kanan, jadi setiap gambar itu mewakili mesej yang ingin disampaikan. Teks
‘Biarkan kenangan pahit terukir dalam sejarah…’, disusun di antara gambar Masjid
Raya Baiturahman, puing-puing tsunami, dan seorang nenek, maksudnya, kenangan
pahit (konflik dan bencana tsunami) biarlah menjadi sejarah dalam kehidupan
masyarakat Aceh dan tetap dikenang dalam hati. Di masjid tersebut banyak orang
yang selamat daripada bencana tsunami, sedangkan deretan kedai di sebelahnya ada
yang roboh dan ada juga yang dipenuhi oleh kayu-kayu, atau puing-puing bangunan
yang rosak. Ayat ‘Sekarang…mari saling bahu-membahu’ ini menunjukkan masa
perdamaian, yang disepakati bersama oleh pihak GAM dan NKRI dan seterusnya
perletakan senjata daripada pihak GAM. Teks yang terakhir iaitu ‘Menuju Aceh baru
yang damai sejahtera’, mesej inilah yang dinanti-nantikan oleh masyarakat Aceh,
iaitu suatu kedamaian di bumi Aceh, yang tidak hanya berupa mesej tetapi juga
tindakan yang nyata dalam membangunkan perdamaian di Aceh. Dengan adanya
kedamaian semua aktiviti masyarakat diharapkan dapat berjalan dengan lancar.
Gambar Foto 4.79: Papan Iklan Pembangunan Sumber: Yusran Achmad
233
Dalam papan iklan ini terdapat mesej visual sebuah rumah yang hampir
runtuh sebagai akibat kikisan tanah ketika datangnya air pasang di bahagian bawah
rumah tersebut, sehingga mengakibatkan struktur bangunannya menjadi kurang kuat.
Teksnya ‘jangan biarkan negeri kita seperti rumah ini’ dengan berlatar belakang
pemandangan muara sungai pada ketika air surut. Tipografi ini menggunakan warna
putih dan logo BRR di bahagian bawahnya. Perkataan ‘negeri’ dilihat kontras, iaitu
ukurannya yang lebih besar dengan perkataan lainnya, perkataan ‘negeri’ ini
ditujukan untuk nama lain di daerah Aceh. Oleh itu, diharapkan Aceh terus maju dan
berkembang, tidak mudah runtuh seperti ‘rumah’ tersebut.
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah tataletak dengan
keseimbangan asimetrik, kerana penempatan mesej visualnya tidak diletak di tengah-
tengah papan iklan. Warna yang digunakan pada mesej visual adalah pelbagai,
kerana gambar yang ditampilkan ini ialah foto bukan ilustrasi. Penggunaan white
spacenya berbentuk langit, sehingga gambar rumah tersebut dilihat dengan jelas.
Kadar bandingan antara mesej verbal dengan visual sesuai, hanya ukuran logo BRR
dan nama kesatuan kerja yang menaja iklan ini terlalu kecil, tetapi kerana masyarakat
sering melihat logo tersebut dari jauh oleh sebab itu, masyarakat sudah tahu kalau
papan iklan ini ditaja oleh BRR. Kesatuan antara prinsip dengan elemen reka bentuk
sangat membantu dalam memvisualisasikan iklan ini dalam bentuk iklan khidmat
masyarakat.
234
4.3.4.2 Papan Iklan Konflik, Bencana dan Perdamaian
Gambar Foto 4.80: Papan Iklan Konflik, Bencana dan Perdamaian Sumber: Yusran Achmad
Dalam papan iklan di atas terdapat tiga tempat pengambilan gambar yang
berbeza, gambar yang paling kanan pada papan iklan ini ialah gambar yang diambil
pada ketika konflik, kelihatan seorang lelaki yang membawa senjata; kawasan
setelah terjadinya bencana tsunami, kelihatan juga bangunan yang hancur dan
banyaknya pokok yang tumbang; lokasi masjid yang terkenal di Aceh, iaitu Masjid
Raya Baiturrahman. Teks yang terdapat dalam papan iklan ini disesuaikan dengan
gambarnya, seperti teks’ ‘Konflik & Bencana adalah Peringatan, Keikhlasan &
Perdamaian adalah Anugerah’ yang diletakkan pada dua gambar yang berhubungan
dengan konflik dan bencana tsunami, sedangkan teks ‘Tingkatkan Iman & Taqwa
Kepada Allah SWT’ diletakkan pada gambar Masjid Raya Baiturrahman
yang merupakan tempat menjalankan ibadah bagi orang muslim. Tipografinya
menggunakan warna merah, kuning dan putih.
Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah
tataletak dengan keseimbangan simetrik, tetapi dengan bentuk white space yang
berwarna hitam di bahagian kiri papan iklan menjadikan tataletaknya berubah
235
menjadi asimetrik. Dengan penggunaan white space tersebut menjadikan teks
’Tingkatkan Iman & Taqwa Kepada Allah SWT’ dengan warna putih lebih kontras
daripada teks yang lain, sehingga keterbacaannya lebih jelas. Kadar bandingan antara
objek yang ada pada papan iklan ini sesuai, sehingga mesej yang disampaikan dapat
difahami dengan baik. Garisan yang digunakan berupa garisan kontur berwarna putih
dan hitam yang terdapat pada beberapa teks. Kesatuan antara prinsip dengan elemen
sangat membantu dalam menyusun mesej visual dan verbal dalam tiga bidang yang
berbeza tapi saling berkaitan.
4.3.4.3 Papan Iklan Perletakan Senjata
Gambar Foto 4.81: Papan Iklan Perletakan Senjata Sumber: Yusran Achmad
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual beberapa orang yang sedang
menyaksikan pemotongan senjata yang dilakukan oleh seorang warga negara asing di
kawasan terbuka. Tajuk utamanya berbunyi ‘Kekerasan…! Bukan jalan keluar’.
Papan iklan ini dibuat selepas penandatangani kesepakatan perdamaian (MoU) antara
Pemerintah RI dengan Gerakan Aceh Merdeka (GAM) di Helsinki pada 15 Ogos
2005, yang telah disepakati bahwa senjata api dan bahan peledak harus dimusnahkan.
236
Pemotongan senjata ini dilakukan untuk memastikan bahawa senjata tersebut tidak
dapat berfungsi lagi.
Tataletak yang digunakan ialah tataletak dengan keseimbangan asimetrik,
kerana penempatan mesej visual dan mesej verbalnya tidak seimbang. Prinsip
kontras dalam papan iklan ini terdapat pada mesej visual berupa seorang lelaki warga
negara asing yang sedang memotong senjata, kerana gambar tersebut lebih besar
daripada gambar yang lain dan mesej verbal pada teks ‘Kekerasan..!’ kerana warna
dan ukuran teksnya berbeza dengan teks lainnya. Kadar bandingan antara objek yang
ada pada papan iklan ini sesuai, sehingga mesej visual dan verbal dapat dilihat
dengan jelas. Prinsip emphasis dilihat pada gambar orang yang sedang memotong
senjata, kerana inilah informasi yang paling penting dalam papan iklan ini. Warna
yang digunakan ialah warna merah dan hitam yang terdapat pada mesej verbal dan
berbagai-bagai warna lainnya yang terdapat pada mesej visual. Pada papan iklan ini
tidak menggunakan white space, kerana semua bidang dipenuhi dengan gambar
kegiatan pemotongan senjata sebagai latar belakangnya. Kesatuan antara beberapa
prinsip dengan elemen reka bentuk yang ada membantu dalam menyatukan
gabungan antara mesej visual dengan mesej verbal.
4.3.4.4 Papan Iklan Perdamaian.
BRR (Badan Rehabilitasi dan Rekonstruksi) selain bertugas membangunkan
masyarakat Aceh dan Nias dalam bidang rehabilitasi dan rekonstruksi, ia juga turut
terlibat dalam pelaksanaan perdamaian di Aceh. Hal ini dapat dilihat dengan
banyaknya papan iklan yang ditaja oleh BRR tentang perdamaian di Aceh, yang
dipasang di kebanyakan kabupaten dan kotamadya yang ada di Aceh. Mesej yang
ingin disampaikan dalam beberapa papan iklan ini adalah tentang perdamaian yang
237
dibuat dengan tataletak yang berbeza-beza. Dalam penelitian ini didapati ada 16 buah
papan iklan khidmat masyarakat yang ditaja BRR dengan tema perdamaian.
Gambar Foto 4.82: Papan Iklan Perdamaian (1) Sumber: Yusran Achmad
Gambar dalam papan iklan ini merupakan salah satu gambar yang ada dalam
gambar sebelum ini (gambar foto 4.78) iaitu tentang perdamaian yang berlangsung di
Helsinki, Finland. Papan iklan ini ditaja oleh BRR dalam usaha menjayakan
pelaksanaan perdamaian di Aceh. Teks dalam papan iklan ini ialah ‘Tiada Yang
Lebih Berharga Selain Perdamaian’ dengan menggunakan warna kuning pada teks
tersebut. Tanda visualnya iaitu gambar tangan yang saling berjabat dengan latar
belakang orang-orang yang menghadiri perjanjian perdamaian di Helsinki. Perkataan
perdamaian dilambangkan dengan berjabat tangan antara pihak GAM (Gerakan Aceh
Merdeka) dengan RI (Republik Indonesia).
Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah
tataletak dengan keseimbangan simetrik, kerana mesej visual dan mesej verbalnya
ditata di tengah-tengah papan iklan. Penerapan prinsip kontras terdapat pada kata
‘Perdamaian’ kerana ukuran hurufnya lebih besar daripada huruf yang lainnya dan
perkataan tersebut sesuai dengan gambar visualnya. Kadar bandingan antara objek
238
yang ada pada papan iklan ini sesuai. Elemen garisan yang digunakan berupa garisan
kontur berwarna putih yang terdapat pada gambar tangan yang sedang berjabat.
Warna yang ada pada papan iklan ialah warna kuning pada tipografinya dan beberapa
warna lainnya yang terdapat pada mesej visual. Elemen white space tidak digunakan
dalam papan iklan ini, kerana semua bidang dipenuhi dengan gambar berupa foto
tentang suasana perjanjian damai di Helsinki. Kesatuan antara beberapa prinsip
dengan elemen yang ada, dapat dilihat pada papan iklan ini dengan menyatupadukan
antara mesej visual dengan mesej verbal. Sehingga mesej yang disampaikan dapat
difahami dengan baik.
Gambar Foto 4.83: Papan Iklan Perdamaian (2) Sumber: Yusran Achmad
Pada papan iklan ini terdapat visual dua orang yang sedang menandatangani
kesepakatan perdamaian antara pihak GAM (Malik Mahmud) dengan RI (Hamid
Awaludin); beberapa orang yang sedang menyaksikan penandatanganan kesepakatan
tersebut dan sepasang tangan yang seolah-olah ingin menandatangani sesuatu dengan
sebuah pen pada tangan kanannya. Tajuk utamanya berbunyi ‘Yang merusak
perdamaian musuh kita bersama’ dengan menggunakan warna putih pada ayat
tersebut. Latar belakangnya menggunakan susunan kayu berwarna coklat muda yang
239
membentuk sebuah alas (meja) tempat meletakkan surat kesepakatan yang ingin
ditandatangani. Di bahagian hujung kanan bawah terdapat logo BRR yang
merupakan penaja papan iklan ini.
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah tataletak dengan
keseimbangan simetrik, kerana penempatan mesej visual dan mesej verbalnya
terletak di tengah-tengah papan iklan. Prinsip kontras terdapat pada teks ‘musuh kita
bersama’, kerana ukuran tipografinya lebih besar berbanding teks lainnya. Kadar
bandingan antara objek yang ada pada papan iklan sesuai, sehingga mesej verbal dan
mesej visual dilihat dengan jelas. Bentuk yang digunakan ialah beberapa orang, pen,
tangan, papan dan bentuk persegi empat yang seolah-olah berbentuk buku.
Penggunaan white space tidak terdapat pada papan iklan ini, kerana gambar papan
memenuhi semua bidang yang dijadikan sebagai latar belakang. Tidak semua prinsip
dan elemen reka bentuk diterapkan pada papan iklan ini. Kesatuan antara beberapa
prinsip dengan elemen yang ada membantu dalam memvisualisasikan informasi yang
ingin disampaikan oleh penaja.
Gambar Foto 4.84: Papan Iklan Perdamaian (3) Sumber: Yusran Achmad
240
Papan iklan ini menggunakan tanda visual seorang lelaki yang sedang menuai
hasil kelapa sawit; padi yang menguning; jagung yang siap dituai; koko yang sudah
menguning; biji kopi yang siap dituai dan seorang lelaki yang berdiri; seperti ingin
terbang. Tajuk utamanya ‘Cinta Damai = Cinta Kemakmuran’ yang menggunakan
warna putih pada tipografinya. Warna yang digunakan pada papan iklan ini banyak
(full color), kerana objek yang digunakan berbentuk gambar foto, bukan ilustrasi.
Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah
tataletak dengan keseimbangan asimetrik, kerana penempatan mesej visual dan mesej
verbal tidak seimbang antara bahagian kiri dan bahagian kanan papan iklan. Irama
yang digunakan berupa susunan gambar yang menceritakan hasil panen. Penerapan
prinsip kontras terdapat pada teks ‘Damai=Kemakmuran’ kerana menggunakan
ukuran teks yang lebih besar berbanding teks lainnya. Kadar bandingan antara objek
yang ada pada papan iklan ini sesuai, sehingga mesej visual dan verbal kelihatan
jelas. Penggunaan white space terdapat pada bahagian atas papan iklan dengan
menggunakan warna biru, sehingga teksnya terbaca dengan jelas. Kesatuan antara
prinsip dengan elemen yang ada pada papan iklan ini sangat membantu dalam
memvisualisasikan mesej visual dan mesej verbal dalam bentuk iklan khidmat
masyarakat.
Dengan adanya kedamaian, maka kemakmuran pun tercipta, dan para pekerja
pula dapat melakukan kerjanya dengan aman dan tenang, tanpa ada rasa takut akan
adanya ledakan senjata, dan kekerasan, sehingga mereka dapat menuai hasil
pertanian yang ditanamnya dan diolah menjadi bahan makanan ataupun dijual
kepada pembekal. Pada ketika konflik banyak orang yang takut untuk bekerja di
ladang, kerana mereka takut kalau dibunuh atau diculik dan disiksa. Berbeza dengan
keadaan sekarang, masyarakat bebas melaksanakan aktivitinya.
241
Gambar Foto 4.85: Papan Iklan Perdamaian (4) Sumber: Yusran Achmad
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual tiga orang lelaki iaitu; Jusuf Kalla
(wakil presiden Indonesia), Malik Mahmud (mantan perdana mentri GAM) dan
Martti Ahtisaari (mantan Presiden Finland yang menjadi orang perantara dalam
proses damai Aceh), yang sedang menekan butang dalam majlis memperingati satu
tahun berjalannya perjanjian kesepakatan perdamaian (MoU) Helsinki. Majlis ini
berlangsung di Ulelheu, Banda Aceh, tempat ini juga pernah dijadikan sebagai
tempat peringatan satu tahun tsunami. Di bahagian kanan papan iklan terdapat
gambar hasil petanian dan laut yang berupa cabai, tomato, bengkuang, padi, pala,
jagung, dan ikan; alat pengangkutan laut (kapal) dan pengangkutan udara (kapal
terbang). Tajuk utamanya berbunyi ‘Aceh Yang Damai Dambaan Kita Semua’
dengan tipografinya berwarna hitam. Penggunaan warna pada mesej visual adalah
full color kerana gambar yang ditampilkan berupa foto bukan ilustrasi.
Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah
tataletak dengan keseimbangan asimetrik, kerana jumlah mesej visual yang ada di
bahagian kanan tidak seimbang dengan jumlah mesej verbal yang ada di bahagian
kiri papan iklan. Irama yang digunakan berupa penyusunan gambar-gambar tentang
hasil pertanian dan laut serta pengangkutan udara dan laut. Prinsip kontras pada
242
papan iklan ini tidak begitu kelihatan kerana semua objek mempunyai nilai
kontrasnya tersendiri. Penerapan prinsip emphasis terdapat pada teks ‘Aceh Yang
Damai Dambaan Kita Semua’ kerana mesej inilah yang menjadi mesej utama dalam
papan iklan ini. Penggunaan white space terdapat pada bahagian mesej verbal yang
berupa awan, sehingga teks tersebut dapat dilihat dengan jelas. Kesatupaduan antara
objek yang ada pada papan iklan ini sangat membantu dalam menyampaikan
informasi yang lebih komunikatif.
Gambar Foto 4.86: Papan Iklan Perdamaian (5) Sumber: Yusran Achmad
Dalam papan iklan ini terdapat tanda visual sekelompok masyarakat daripada
pelbagai lapisan; anak-anak, orang dewasa dan orang tua yang berada di kawasan
terbuka; beberapa pokok; dan rumah, dengan teks ‘siapapun anda… yang penting
cinta damai’. Tipografinya menggunakan warna merah dan warna putih sebagai
konturnya. Kata ‘siapapun’ berdasarkan gambar di atas bermakna, baik perempuan
yang sudah tua, lelaki atau anak-anak, secara amnya mereka yang berada di kawasan
tersebut diharapkan sama-sama menjaga kedamaian di Aceh. Dengan maksud lain
kata ‘siapapun’ juga bermakna semua orang yang ada atau yang datang ke Aceh,
243
baik dia daripada pihak GAM mahupun TNI (NKRI) bersama-sama untuk menjaga
keamanan dan kedamaian di bumi Aceh.
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah tataletak dengan
keseimbangan asimetrik, kerana penempatan mesej visualnya tidak seimbang antara
bahagian kiri dengan bahagian kanan papan iklan. Prinsip irama yang digunakan
berupa penyusunan bentuk persegi empat yang terdapat gambar foto di dalamnya.
Penerapan prinsip kontras terdapat pada teks ‘yang penting cinta damai’ kerana
ukuran teksnya lebih besar berbanding teks sebelumnya, dengan kekontrasan tersebut
diharapkan mesej ini dapat difahami dengan baik. Kadar bandingan antara mesej
verbal dengan visual proporsional, hanya gambar sekumpulan orang yang ada di
lapangan terlalu kecil ukurannya jika dibandingkan dengan ukuran gambar foto yang
ada pada bentuk persegi empat. Elemen garisan yang digunakan berupa garisan
kontur yang terdapat pada tipografi dan bentuk persegi empat, fungsinya untuk
memperjelas bentuk-bentuk tersebut. Penggunaan white space tidak terlalau banyak,
hanya terdapat pada bahagian atas papan iklan yang berbentuk awan. Kesatuan antara
prinsip dengan elemen reka bentuk yang ada pada papan iklan sangat membantu
untuk menyampaikan informasi dalam bentuk mesej visual dan verbal.
Gambar Foto 4.87: Papan Iklan Perdamaian (6)
244
Sumber: Yusran Achmad Pada papan iklan di atas terdapat masyarakat yang sedang menyaksikan
karnival, dan di bahagian atas papan iklan pula ada teks ‘Masyarakat Naggroe Aceh
Darussalam ingin Perdamaian Abadi di bumi Serambi Mekkah’. Tataletak yang
digunakan pada papan iklan ini ialah tataletak dengan keseimbangan simetrik, kerana
penempatan mesej verbal dan visual terletak di tengah-tengah papan iklan. Penerapan
prinsip kontras tedapat pada teks ‘Masyarakat Naggroe Aceh Darussalam ingin’,
kerana perpaduan warna pada tipografi dengan warna latar belakang dan bidang yang
berbentuk seperti anak panah menimbulkan sifat kontras. Kadar bandingan antara
mesej verbal dengan mesej visual proporsional. Warna yang digunakan ialah warna
hitam, jingga, putih dan biru pada tipografinya serta beberapa warna lain pada mesej
visualnya. Penggunaan white spacenya terdapat pada bahagian latar belakang
tipografi sehingga mesej verbalnya dapat dibaca dengan jelas. Kesatuan antara
prinsip dengan elemen reka bentuk yang ada pada papan iklan sangat membantu
dalam menyatupadukan mesej visual dan mesej verbal yang ada dalam iklan khidmat
masyarakat ini.
Keinginan masyarakat untuk melihat karnival sangat besar, hal ini dilihat oleh
adanya jurang yang sempit antara masyarakat dengan peserta karnival. Masyarakat
Aceh pada ketika itu ‘haus’ akan hiburan. Sejak tahun 1998 peristiwa seperti ini
jarang dilakukan, terutama di daerah-daerah yang berkonflik, dan kerana keadaan di
Aceh yang kurang kondusif.
245
Gambar Foto 4.88: Papan Iklan Perdamaian (7) Sumber: Yusran Achmad
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual bola dunia yang terbakar pada
bahagian atas dan sebelah kanannya dengan teks ‘Jika Keindahan Damai Lebih Baik
Kenapa Harus Kobarkan Permusuhan’. Latar belakangnya menggunakan warna
hitam, dengan tipografi yang berwarna putih, sehingga keterbacaannya sangat jelas.
Pada bahagian bawahnya terdapat logo BRR. Kata ‘kobarkan’ dilambangkan dengan
tanda visual api. Tataletak yang digunakan adalah simetrik, kerana penempatan
mesej verbal dan mesej visual seimbang.
Penerapan prinsip kontras terdapat pada gambar api yang ada di bahagian atas
gambar bola dunia. Kadar bandingan antara objek yang ada pada papan iklan ini
proporsional, kerana mesej visual dan mesej verbal yang ditampilkan dalam papan
iklan ini dapat dilihat dengan jelas. Prinsip emphasis terdapat pada mesej verbalnya,
kerana lebih mudah difahami maksudnya, berbanding mesej visualnya. Bentuk yang
digunakan pada papan iklan ini berupa bola dunia dan bentuk kobaran api.
Penggunaan white space banyak terdapat di bahagian kiri dan kanan papan iklan
yang menggunakan warna hitam, sehingga mesej visual dan mesej verbalnya
kelihatan dengan jelas. Pada papan iklan ini tidak banyak menggunakan prinsip
246
dengan elemen reka bentuk, kerana bentuk mesej visual dan verbal sangat sederhana.
Tetapi dengan kesatuan antara prinsip dengan elemen yang ada, menjadikan mesej
yang disampaikan dalam iklan ini dapat disampaikan dengan baik dan lebih
komunikatif.
Gambar Foto 4.89: Papan Iklan Perdamaian (8) Sumber: Yusran Achmad
Pada papan iklan di atas terdapat beberapa orang yang sedang mendirikan
bangunan; seorang lelaki yang sedang membaiki jala dan anak-anak yang sedang
bermain, dengan ayat ‘Dalam perdamaian kita bisa berkarya, Dengan karya kita
bangun Aceh menjadi negeri yang damai, aman sentosa, adil dan demokrasi’.
‘Berkarya’ dalam papan iklan di atas dapat dilihat pada orang yang melakukan
pelbagai aktiviti sehingga menghasilkan suatu karya yang bermanfaat untuk
membangunkan Aceh.
Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah
tataletak dengan keseimbangan asimetrik, kerana penempatan mesejnya tidak
seimbang antara bahagian kiri dengan bahagian kanan papan iklan. Penerapan prinsip
kontras terdapat pada gambar seorang lelaki yang sedang membaiki jala, kerana
gambarnya lebih besar ukurannya dengan gambar lainnya. Kadar bandingan antara
247
objek yang ada pada papan iklan ini proporsional, sehingga semua mesej yang ada
dapat dilihat dengan mudah. Warna yang digunakan ialah warna hitam dan putih
pada mesej verbalnya, gradasi warna putih kekuningan pada latar belakangnya dan
pelbagai warna lainnya yang terdapat pada mesej visual. Penggunaan white space
terdapat pada latar belakang mesej verbal, berfungsi untuk memudahkan keterbacaan
mesej tersebut. Kesatuan beberapa prinsip dan elemen yang ada pada papan iklan ini
sangat membantu dalam mengkomunikasikan mesej verbal dan mesej visual secara
jelas.
Gambar Foto 4.90: Papan Iklan Perdamaian (9) Sumber: Yusran Achmad
Dalam papan iklan ini terdapat tanda visual seorang nenek yang memakai
selendang dan ibu-ibu yang memakai telekung, situasi ini berada dalam sebuah
masjid. Teksnya berbunyi ‘Ya Allah ya Rabbi…Engkaulah penguasa jagad ini,
curahkan rahmat & hidayah Mu agar tetap terbuka pintu hati kami yang kokoh dalam
persatuan & perdamaian’. Ayat ini merupakan doa daripada masyarakat Aceh
terutama umat Muslim untuk kedamaian di Aceh, doa ini juga disertai oleh usaha
daripada masyarakat Aceh, pihak GAM dan TNI (RI) sendiri dalam usaha
mewujudkan keamanan dan kedamaian di Aceh.
248
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah tataletak dengan
keseimbangan asimetrik, kerana penempatan mesej verbal dan mesej visual tidak
seimbang antara bahagian kiri dengan bahagian kanan papan iklan. Terdapat dua
jenis penerapan prinsip kontras pada papan iklan ini, iaitu pada mesej verbal berupa
teks ‘Ya Allah ya Rabbi…’ yang ukuran tipografinya lebih besar berbanding teks
lainnya dan mesej visual berupa gambar seorang nenek yang lebih besar gambarnya
berbanding gambar lainnya. Kadar bandingan antara objek yang ada pada papan
iklan sesuai, sehingga semua objek dapat dilihat dengan jelas. Warna yang digunakan
ialah warna hitam pada tipografi dan putih pada latar belakangnya dan beberapa
warna lain yang terdapat pada mesej visual. Penggunaan white space terdapat pada
latar belakang mesej verbal yang berwarna putih sehingga menjadikan mesej tersebut
dapat dibaca dengan mudah. Kesatuan antara beberapa prinsip dengan elemen yang
ada pada papan iklan ini sangat membantu dalam memvisualisasikan mesej yang
ingin disampaikan melalui iklan khidmat masyarakat ini.
Gambar Foto 4.91: Papan Iklan Perdamaian (10) Sumber: Yusran Achmad
Papan iklan ini digunakan tanda visual seorang ibu yang sedang mengendong
anaknya dengan latar belakang beberapa rumah, pokok kelapa dan teks ‘Mari Kita
Sambut Perdamaian Penuh Ikhlasan Untuk Membangun Aceh…’. Tipografinya
249
menggunakan warna coklat muda dengan latar belakangnya berwarna putih. Rumah-
rumah ini merupakan rumah yang dibangunkan oleh salah satu NGO setelah bencana
tsunami.
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah tataletak dengan
keseimbangan asimetrik, kerana penempatan mesej visual yang ada di bahagian
kanan tidak seimbang dengan mesej verbal yang ada di bahagian kiri papan iklan.
Penerapan prinsip kontras sama dengan papan iklan sebelumnya (gambar foto 4.90)
iaitu terdapat dua jenis prinsip kontras yang terdapat pada mesej verbal dan mesej
visual. Pada mesej verbal berupa kata ’Aceh’ yang ukuran tipografinya lebih besar
berbanding tipografi yang lain, dan pada mesej visual berupa gambar seorang
perempuan yang sedang mengendong anak, kerana gambar ini lebih besar ukurannya
berbanding gambar yang lain. Penggunaan white space terdapat pada latar belakang
mesej verbal yang berwarna putih, sehingga mesej tersebut dapat dibaca dengan
jelas. Dalam papan iklan ini tidak semua prinsip dan elemen reka bentuk
diaplikasikan, tetapi dengan kesatuan prinsip dan elemen yang ada menjadikan mesej
ini dapat disampaikan dengan jelas.
Gambar Foto 4.92: Papan Iklan Perdamaian (11) Sumber: Yusran Achmad
250
Dalam papan iklan ini terdapat tanda visual seorang perempuan yang berada
di permatang sawah dan memegang sebatang kayu yang digunakan untuk mengusir
itik yang bermain di sawah, tajuk utamanya ‘Bukankah Damai Itu Indah..?’. Latar
belakangnya menggunakan gambar sawah, dengan tipografi yang berwarna kuning
seperti warna padi yang sedang menguning. Tataletak yang digunakan pada papan
iklan ini ialah tataletak dengan keseimbangan simetrik, tetapi dengan penempatan
gambar seorang perempuan di bahagian kiri papan iklan menjadikan ia berubah
menjadi tataletak yang asimetrik. Penerapan prinsip kontras terdapat pada gambar
perempuan tersebut. Kadar bandingan antara objek yang ada pada papan iklan ini
sesuai, sehingga objeknya dapat dilihat dengan jelas. Elemen white space tidak
digunakan pada papan iklan ini, kerana semua bidang dipenuhi dengan gambar
sawah sebagai latar belakangnya, sehingga warna mesej verbal hampir sama dengan
warna padi yang ada di sawah. Papan iklan ini sangat sederhana dengan hanya
menampilkan dua mesej visual dan satu ayat mesej verbal. Dengan kesatuan
beberapa prinsip dan elemen yang ada, diharapkan mesej pada papan iklan ini dapat
disampaikan dengan jelas.
Pada masa konflik orang ramai sangat susah untuk pergi ke sawah, kerana
kadang-kadang terjadinya tembakan antara GAM dengan TNI berdekatan sawah atau
kebun. Dengan keadaan Aceh yang damai, maka sekarang banyak orang yang
meneruskan aktivitinya seperti dahulu, seperti pergi ke sawah atau ke kebun. Hal ini
juga berdampak pada peningkatan ekonomi keluarga.
251
Gambar Foto 4.93: Papan Iklan Perdamaian (12) Sumber: Yusran Achmad
Papan iklan ini menggunakan tanda visual lelaki tua dan latar belakang
pemandangan sawah dan gunung. Teksnya ‘jadikan Damai milik semua orang’ yang
menggunakan warna kuning pada teks tersebut. Prinsip emphasis terdapat pada
tipografi ‘damai’ menggunakan ukuran huruf yang lebih besar daripada huruf
sebelumnya, kerana mesej inilah yang ingin disampaikan oleh BRR melalui iklan
khidmat masyarakat ini, iaitu damai yang diinginkan oleh semua orang.
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah tataletak dengan
keseimbangan asimetrik, kerana penempatan mesej verbal dan mesej visual tidak
seimbang antara bahagian kiri dengan bahagian kanan papan iklan. Prinsip kontras
terdapat pada gambar seorang datuk yang sedang berdiri, kerana gambar tersebut
lebih besar ukurannya berbanding gambar lainnya. Kadar bandingan antara objek
yang ada pada papan iklan proporsional sehingga semua objek dilihat dengan jelas.
Penerapan elemen white space sangat sedikit, iaitu terdapat pada bahagian atas papan
iklan yang berupa awan. Kesatuan antara prinsip dengan elemen reka bentuk yang
ada diharapkan dapat membantu penyampaian mesej verbal dan mesej visual secara
komunikatif dan mudah difahami oleh masyarakat.
252
Gambar Foto 4.94: Papan Iklan Perdamaian (13) Sumber: Yusran Achmad
Dalam papan iklan ini terdapat visual seorang anak lelaki yang sedang
menulis; buku dan beg, dengan teksnya ‘Hanya dalam kedamaian ia bisa
mewujudkan cita-citanya’. Mesej dalam papan iklan ini sangat mudah difahami, iaitu
dengan adanya kedamaian kejadian seperti pembakaran sekolah tidak terjadi lagi,
dan para pelajar dapat belajar dengan tenang. Hal inilah yang sangat diharapkan oleh
anak-anak di daerah konflik, iaitu kembali ke sekolah untuk belajar dan mewujudkan
cita-citanya. Pengambilan gambarnya dilakukan di dewan penempatan sementara
(shelter). Biasanya di penempatan sementara setiap petang ada pengajian atau
pembelajaran bersama-sama bagi anak-anak yang diadakan oleh NGO Save The
Children
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah tataletak dengan
keseimbangan simetrik, kerana penempatan mesej verbal dan mesej visualnya
seimbang antara bahagian kiri dengan bahagian kanan papan iklan. Penerapan prinsip
kontrasnya terdapat pada dua bahagian, iaitu pada mesej verbal dan mesej visual.
Pada mesej verbal berupa teks ‘Hanya dalam kedamaian’ dengan menggunakan
warna merah dan ukuran teksnya lebih besar berbanding teks lainnya. Pada mesej
253
visual berupa seorang anak lelaki yang sedang menulis dengan menggunakan baju
berwarna jingga yang menjadikannya kelihatan kontras. Kadar bandingan antara
objek yang ada pada papan iklan sesuai, sehingga objek mesej yang disampaikan
dapat dilihat dengan jelas. Elemen garisan yang digunakan berupa garisan kontur
berwarna putih yang terdapat pada mesej verbal yang berfungsi untuk memperjelas
keterbacaan mesej tesebut. Dalam papan iklan ini tidak menggunakan white space,
kerana semua bidang iklan dipenuhi dengan gambar visual yang dijadikan sebagai
latar belakang. Kesatuan antara beberapa prinsip dengan elemen yang ada,
diharapkan dapat membantu dalam penyampaian iklan ini secara komunikatif.
Gambar Foto 4.95: Papan Iklan Perdamaian (14) Sumber: Yusran Achmad
Pada papan iklan ini terdapat visual seorang anak perempuan yang sedang
memegang daun pokok jagung, dengan teksnya ‘biarkanlah senyumannya abadi
dalam perdamaian’. Tipografinya menggunakan warna putih. Penerapan prinsip
kontras dilihat pada perkataan ‘abadi’ yang ukurannya lebih besar daripada huruf
lainnya, maksud perkataan tersebut adalah agar perdamaian di Aceh bukan hanya
seketika, tetapi untuk selamanya.
254
Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah
tataletak dengan keseimbangan asimetrik, kerana penempatan mesej visual dan mesej
verbal tidak seimbang antara bahagian kiri dengan bahagian kanan papan iklan.
Kadar bandingan antara objek yang ada pada papan iklan ini proporsional, sehingga
semua objek dapat dilihat dengan jelas. Penggunaan white space terdapat pada
bahagian tengah papan iklan berupa awan yang berwarna putih, sehingga semua
mesej nampak dengan jelas. Tidak semua prinsip dan elemen reka bentuk terdapat
pada papan iklan ini, tetapi dengan kesatuan antara beberapa prinsip dengan elemen
yang ada diharapkan dapat menjadikan iklan ini lebih komunikatif.
Gambar Foto 4.96: Papan Iklan Perdamaian (15) Sumber: Yusran Achmad
Pada papan iklan ini terdapat visual seorang anak yang sedang menangis, dan
memegang limau yang sudah dikupas kulitnya, teksnya ‘hanya perasaan damai yang
bisa menetramkannya’. Tipografinya menggunakan warna hitam, latar belakangnya
berwarna putih dan prinsip kontrasnya terdapat pada kata ‘Damai’, iaitu dengan
membesarkan ukuran hurufnya sehingga berbeza daripada huruf yang lainnya.
255
Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan ialah tataletak dengan
keseimbangan asimetrik, kerana penempatan mesej visual yang di bahagian kiri tidak
seimbang dengan mesej verbal di bahagian kanan papan iklan. Kadar bandingan
antara objek yang ada pada papan iklan ini proporsional kerana semua objeknya
dapat dilihat dengan jelas. Hal ini juga didukung oleh penggunaan white space yang
terdapat di sekitar mesej verbal dan mesej visual. Tidak banyak prinsip dan elemen
reka bentuk yang digunakan pada papan iklan ini, kerana mesej yang ditampilkan
sangat sederhana tetapi tepat pada sasarannya. Hal ini juga didukung oleh kesatuan
antara prinsip dengan elemen yang ada pada papan iklan ini.
Gambar Foto 4.97: Papan Iklan Perdamaian (16) Sumber: Yusran Achmad
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual beberapa orang anak, ada yang
mengacungkan kedua-dua ibu jarinya, ada yang memberikan hormat, dan latar
belakangnya menggunakan pemandangan sawah. Pada bahagian bawahnya terdapat
teks ‘Damai..Damailah Negeriku’ yang berwarna biru muda dengan garisan tepi
berwarna putih dan latar belakangnya berwarna merah sedangkan mesej visual
menggunakan berbagai-bagai warna kerana gambar tersebut berupa foto bukan
256
ilustrasi. Mesej verbal itu seolah-olah diucapkan oleh anak-anak tersebut, yang
mengingini kedamaian di bumi Aceh.
Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan ialah tataletak dengan
keseimbangan asimetrik, kerana susunan mesej verbal dan mesej visual tidak
seimbang antara bahagian kiri dengan bahagian kanan papan iklan. Penerapan prinsip
kontras terdapat pada teks ‘Damai..Damailah Negeriku’ dengan warna biru dan
kontur putih serta latar balakangnya berwarna merah, perpaduan tiga warna ini
menjadikan mesej tersebut dilihat lebih menonjol. Kadar bandingan antara objek
yang ada pada papan iklan ini proporsional sehingga mesej verbal dan mesej visual
dilihat dengan jelas. Penggunaan elemen garisan berupa garisan kontur berwarna
putih yang terdapat pada mesej verbal. Penggunaan white space terdapat pada latar
belakang mesej verbal yang berfungsi untuk memperjelas keterbacaan mesej
tersebut. Kesatuan beberapa prinsip dan elemen reka bentuk sangat membantu dalam
memvisualisasikan mesej ini dalam bentuk iklan khidmat masyarakat.
4.4.5 Papan Iklan Khidmat Masyarakat Kerjasama Pemerintah Dengan NGO Setelah tsunami banyak NGO dari luar negara yang datang ke Aceh untuk
membantu mangsa tsunami. Ada pelbagai jenis bantuan yang diberikan, seperti
bahan makanan, pakaian, peralatan dapur, rumah, modal usaha dan lainnya.
Beberapa antara NGO tersebut ada yang menjalin kerjasama dengan pemerintah
dalam menjalankan program dan aktivitinya. Dalam penelitian ini terdapat beberapa
papan iklan yang ditaja oleh pemerintah dan NGO. Hal ini dapat dilihat pada papan
iklan, yang mencantumkan beberapa nama NGO yang berkerjasama dengan
pemerintah dalam pelbagai bidang, iaitu: gtz (German Technical Cooperation),
Republik Federal Jerman, BRR (Badan Rehabilitasi dan Rekonstruksi), World
257
Vision, MDF (Multi Donor Fund) dan UNDP (United Nations Development
Programme) yang merupakan salah satu program dari negara-negara bersatu. Papan
iklan tersebut menyampaikan mesej tentang perkhidmatan pendataan penduduk,
kebersihan dan pelaburan di Aceh.
4.4.5.1 Papan Iklan Perkhidmatan Pendataan Penduduk Keliling.
Gambar Foto 4.98: Papan Iklan Perkhidmatan Pendataan Penduduk Keliling.
Sumber: Sonny Iskandar
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual seorang perempuan yang memakai
tudung dan berpakaian seragam kerja dalam sektor pemerintah; seorang lelaki yang
hanya tampak kepalanya daripada bahagian sisinya dan sebuah kereta yang warnanya
sama dengan warna dasar papan iklan iaitu biru tua, biru muda dan putih. Tajuk
utamanya berbunyi ‘Pelayanan di Depan Pintu Anda Nyaman & Gratis’. Papan iklan
ini ditaja oleh pemerintah Bandar Banda Aceh, Republik Federal Jerman, gtz
(German Technical Cooperation) dan Dinas Tenaga Kerja dan Kependudukan
pemerintah bandar Banda Aceh.
258
Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah
tataletak dengan keseimbangan asimetrik, kerana penempatan mesej visual dan mesej
verbal tidak seimbang antara bahagian kiri dengan bahagian kanan papan iklan.
Penerapan prinsip kontras dilihat pada perempuan yang memakai baju dinas
berwarna coklat, kerana warna lain yang ada pada papan iklan ini cenderung
berwarna biru, sehingga warna baju tersebut sedikit kontras. Kadar bandingan antara
objek yang ada pada papan iklan kurang proporsional, kerana ada beberapa mesej
verbal yang sukar dibaca dengan jelas dari jarak jauh. Prinsip emphasis terdapat pada
teks ‘Pelayanan di Depan Pintu Anda Nyaman & Gratis’, kerana mesej ini ialah
mesej utama yang ingin disampaikan dalam iklan khidmat masyarakat ini.
Penggunaan white spacenya terdapat di antara susunan mesej verbal yang
menggunakan warna biru. Kesatuan antara prinsip dengan elemen reka bentuk yang
ada pada papan iklan ini diharapkan agar mesej iklan ini dapat difahami dengan baik.
Mesej yang ingin disampaikan dalam papan iklan ini iaitu mengenai
perkhidmatan pendaftaran dan banci penduduk secara keliling, sehingga masyarakat
tidak perlu lagi pergi ke pejabat pemerintah. Program ini dijalankan pada bulan
September 2006 untuk melayani pendataan penduduk yang tinggal di tempat tinggal
sementara (shelter) dan lokasi pengongsian. Jenis pelayanannya berupa pembuatan
Kartu Tanda Penduduk (KTP) atau Id Card dan sijil kelahiran, untuk yang akan
datang diharapkan dapat memberikan perkhidmatan untuk seluruh pembuatan arkip
kependudukan (Akhbar Serambi Indonesia, rubrik Kutaraja 11 April 2007).
259
4.4.5.2 Papan Iklan Kebersihan
Gambar Foto 4.99: Papan Iklan Kebersihan Sumber: Sonny Iskandar
Papan iklan ini ditaja oleh Dinas Kebersihan dan Pertamanan (DKP) Bandar
Banda Aceh dan NGO World Vision, teks di atas paling kiri berbunyi ‘Jagalah
Kebersihan Kota Kita’ kemudian di bawahnya ‘Warga kota bijak selalu menjaga
kebersihan lingkungannya, (apabila enggan membersihkan lingkungan, tolong jangan
kotori/cemari)’. Latar belakang papan iklan ini menggunakan dua warna iaitu, merah
dan putih, tipografinya menggunakan warna hitam dengan berlatarbelakangkan
warna putih dan tipografi warna putih dengan berlatarbelakangkan warna merah,
sehingga keterbacaannya jelas. Mesej pada papan iklan ini ialah mengajak
masyarakat untuk menjaga kebersihan lingkungan. Papan iklan ini dipasang di tepi
jalan di bandar Banda Aceh.
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini sebenarnya ialah tataletak
dengan keseimbangan simetrik, tetapi dengan adanya penempatan logo pemerintahan
bandar Banda Aceh dan teks ‘Jagalah Kebersihan Kota Kita’ menjadikan
tataletaknya berubah menjadi asimetrik. Berdasarkan hasil penelitian didapati
bahawa semua papan iklan tentang kebersihan tidak menggunakan mesej visual, hal
260
ini boleh disebabkan jenis sampah sangat banyak, oleh itu sukar untuk diaplikasikan
bentuknya secara visual. Oleh sebab itu dengan hanya menggunakan mesej verbal
diharapkan dapat diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat sehari-hari. Prinsip
kontras terdapat pada teks ‘Warga kota bijak selalu menjaga kebersihan
lingkungannya’, kerana ukuran teksnya lebih besar berbanding teks lainnya, dan
mesej ini merupakan mesej utama yang ingin disampaikan melalui iklan khidmat
mayarakat. Kadar bandingan kurang proporsional, kerana ada beberapa mesej yang
menggunakan tipografi dengan ukuran kecil sehingga tidak dapat dibaca dengan
jelas. Penggunaan white spacenya sangat banyak sehingga masyarakat dapat
membaca mesej tersebut secara selesa.
Gambar Foto 4.100: Papan Iklan Kebersihan Sumber: Peneliti
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual berupa logo Multi Donor Fund
(MDF) dan United Nations Development Programme (UNDP) teksnya berbunyi
261
‘Anda memasuki kawasan tertib sampah, jagalah kebersihan, jangan membuang
sampah sesuka hati di kawasan/sepanjang jalan ini’, di bawahnya ditulis DKP
Bandar Banda Aceh yang merupakan dinas yang berkenaan dengan kebersihan dan
pertamanan.
Papan iklan ini menggunakan latar belakang berwarna biru, kecuali pada latar
belakang logo yang menggunakan warna putih. Tipografinya lebih dikontraskan pada
ayat ‘Jagalah kebersihan’ dengan menggunakan jenis huruf yang berbeza dengan
ayat sebelumnya, begitu juga halnya dengan warnanya, iaitu menggunakan warna
merah, yang lebih kontras daripada warna lainnya. Hal ini demikian adalah untuk
menarik perhatian masyarakat dan mengajak masyarakat untuk menjaga kebersihan,
sehingga wujud persekitaran yang bersih dan nyaman.
Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah
tataletak dengan keseimbangan simetrik, kerana mesej verbalnya diletakkan di
tengah-tengah papan iklan. Kadar bandingan antara mesej verbalnya proporsional,
sehingga mesejnya dapat dibaca dengan jelas. Penggunaan white spacenya banyak,
sehingga mesejnya dapat dilihat dengan jelas dan selesa ketika membaca. Tidak
semua prinsip dan elemen terdapat pada papan iklan ini, tetapi dengan kesatuan
antara beberapa elemen yang ada dapat memvisualisasikan iklan ini secara
komunikatif.
UNDP dalam program kebersihan ini telah memberikan bantuan berupa
peralatan pemisahan sampah dan pengolahan sampah organik, yang diharapkan dapat
meningkatkan perekonomian serta membuka peluang pekerjaan kepada warga
bandar Banda Aceh. Multi Donor Fund juga memberikan dana pengolahan limbah
kayu-kayu sisa tsunami menjadi barang berharga yang lebih bermanfaat
(www.harian-global.com/news, diakses 12 Mei 2007)
262
Gambar Foto 4.101 : Papan Iklan Kebersihan Sumber: Peneliti
Papan iklan ini terdapat tanda visual berupa tiga logo, yang paling kiri iaitu
Multi Fund Donor (MDF), United Nations Development Programme (UNDP) dan
Pemerintah Kabupaten Aceh Besar (Pemkab Aceh Besar). Di bahagian bawah tulisan
Multi Donor Fund terdapat logo organisasi dan gambar bendera negara yang
bergabung dalam MDF, iaitu: gambar burung garuda (Indonesia), BRR, komisi
Eropah, Belanda, Inggeris, Bank Dunia, Sweden, Denmark, Norway, Jerman,
Kanada, Belgium, Finland, Bank Pembangunan Asia, Amerika Syarikat, New
Zealand dan Ireland. Multi Donor Fund sebuah lembaga yang menyatukan dana dari
negara pemberi derma untuk disalurkan ke berbagai-bagai projek pembinaan semula
dan rehabilitasi di Aceh dan Nias
Penerapan prinsip emphasis terdapat pada teks yang ditulis dalam bahasa
Aceh yang berbunyi ‘Bumoe pinjaman aneuk cucoe tajaga beu goet bek sampoe
kutoe tabie contoh hai kaom nanggroe taboeh broeh bak tempat droe’, dan di
bawahnya diterjemahkan dalam bahasa Indonesia yang ertinya: ‘Bumi pinjaman anak
cucu jaga baik-baik jangan sampai kotor beri contoh wahai anak negeri buanglah
sampah pada tempatnya’. Mesej ini ialah mesej utama yang ingin disampaikan dalam
iklan khidmat masyarakat ini.
263
Tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah tataletak dengan
keseimbangan simetrik, kerana penempatan mesej verbalnya diletakkan di tengah-
tengah papan iklan. Penggunaan white spacenya terdapat di bahagian kiri dan
bahagian kanan papan iklan ini. Kadar bandingan antara mesej verbalnya kurang
proporsional, kerana ada beberapa teks sukar untuk dibaca, hal ini disebabkan oleh
kecilnya ukuran huruf tersebut.
Mesej pada papan iklan kebersihan sebelum ini (gambar foto 99 dan 100)
lebih ditujukan kepada masyarakat bandar Banda Aceh, kerana papan iklan tersebut
ditaja oleh pemerintah bandar Banda Aceh dan dipasang di tepi jalan di Banda Aceh.
Sedangkan mesej pada papan iklan ini lebih ditujukan kepada masyarakat Aceh
Besar kerana papan iklan ini ditaja oleh pemerintah Aceh Besar dan dipasang di
daerah Aceh Besar. Tetapi secara keseluruhannya mesej yang ingin disampaikan
pada papan iklan khidmat masyarakat tentang kebersihan, iaitu mengajak masyarakat
untuk menjaga kebersihan di kawasan sekitarnya agar tampak bersih dan membuang
sampah pada tempatnya.
Gambar Foto 4.102: Papan Iklan Sampah Sumber: Peneliti
264
Pada papan iklan ini hampir sama dengan papan iklan (gambar foto 4.101),
kerana ia ditaja oleh tiga lembaga yang sama, iaitu Multi Donor Fund, UNDP dan
Pemkab Aceh Besar, begitu juga mesej yang ingin disampaikan yakni mengenai
sampah, teksnya berbunyi ‘Sampah Sumber Penyakit dan Malapetaka, Buanglah
Sampah pada Tempatnya’. Papan iklan ini dipasang di persimpangan jalan Blang
Bintang Aceh Besar, sehingga dapat dilihat oleh semua orang yang melalui jalan
tersebut.
Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah
tataletak dengan keseimbangan simetrik, kerana penempatan mesej verbalnya
diletakkan di tengah-tengah papan iklan. Prinsip kontras terlihat pada teks ‘Sampah
Sumber Penyakit dan Malapetaka, Buanglah Sampah pada Tempatnya’, kerana
ukuran hurufnya lebih besar daripada teks lainnya. Kadar bandingan antara mesej
yang ada kurang proporsional, kerana ayat yang paling bawah sukar untuk dibaca.
Warna yang digunakan ialah warna hitam pada tipografinya dan putih pada latar
belakang serta warna lainnya yang terdapat pada logo penaja iklan tersebut.
Penggunaan white space sangat banyak, sehingga mesej verbal yang disampaikan
dapat dilihat dengan jelas. Kesatuan antara beberapa prinsip dengan elemen reka
bentuk yang ada pada papan iklan sangat membantu dalam memvisualisasikan mesej
ini dalam bentuk iklan khidmat masyarakat.
265
Gambar Foto 4.103: Papan Iklan Sampah Sumber: Peneliti
Papan iklan khidmat masyarakat ini ditaja oleh Pemkab Aceh Besar dengan
kerjasama daripada Multi Donor Fund dan UNDP. Teksnya ditulis dalam bahasa
Aceh berbunyi ‘Nanggroe damai geutanyo aman, peugleh lingkungan penyaket
hana’, kemudian diterjemahkan dalam bahasa Indonesia; ‘Negeri damai kita aman,
bersihkan lingkungan bebas penyakit’, teks selanjutnya yang saiz tipografinya sama
dengan teks yang pertama berbunyi: ‘Hanya dengan lingkungan bebas sampah kita
akan hidup sehat’. Papan iklan ini dibuat dengan menggunakan warna dasarnya putih
dan tulisannya hitam, sehingga tahap keterbacaannya sangat jelas, sedangkan warna
untuk logo (MDF, UNDP, Pemkab Aceh Besar) menggunakan berbagai-bagai warna
yang disesuaikan dengan warna logonya.
Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan pada papan iklan ialah
tataletak dengan keseimbangan simetrik, kerana penempatan mesej verbalnya
diletakkan di tengah-tengah papan iklan. Prinsip kontras terdapat pada teks
‘Nanggroe damai geutanyo aman, peugleh lingkungan penyaket hana’ dan teks
‘Hanya dengan lingkungan bebas sampah kita akan hidup sehat’, kerana ukuran teks
ini lebih besar dibandingkan dengan teks lainnya. Kadar bandingan antara mesej
266
verbal kurang proporsional kerana ada teks yang sukar dibaca dan ukuran
tipografinya terlalu kecil. Penggunaan white space terdapat di sekitar mesej verbal
yang menggunakan warna putih, sehingga mesej tersebut dapat dilihat dengan jelas.
Pada papan iklan ini tidak semua prinsip dan elemen reka bentuk digunakan, dengan
adanya kesatuan beberapa prinsip dan elemen sangat membantu dalam
memvisualisasikan mesej ini ke dalam bentuk iklan khidmat masyarakat.
4.5.5.3 Papan Iklan Pelaburan di Aceh
Gambar Foto 4.104 : Papan Iklan IOO (Investor Outreach Office) Sumber: Sonny Iskandar
Pada papan iklan ini terdapat tanda visual logo IOO (Investor Outreach
Office) berupa peta daerah Aceh yang ditandai dengan tanda panah dengan maksud
semua para pelabur dapat melakukan pelaburan di Aceh; terdapat gambar seorang
lelaki yang sedang menelefon yang berlatarbelakangkan bangunan yang merupakan
pejabat IOO; beberapa orang yang sedang melakukan kegiatan komunikasi untuk
mencapai suatu kesepakatan.
Tajuk utamanya ‘IOO…Membantu Anda untuk Melakukan Investasi di
Aceh’ dan di bawahnya diterjemahkan dalam bahasa Inggris ‘IOO…is helping you to
267
do the investment in Aceh’. Pada bahagian kanan bawah papan iklan terdapat logo
lembaga-lembaga yang merupakan rakan kerja IOO dalam membantu pelabur untuk
melabur di Aceh, iaitu: BRR, Kadin (Kamar Dagang dan Industri), IFC
(International Finance Corporation), edc (Export Development Center) KK&M
(Klinik Kemasan dan Merk). Di sebelah kirinya terdapat ayat ‘Servicing Investors’.
Secara keseluruhannya tataletak yang digunakan pada papan iklan ini ialah
tataletak dengan keseimbangan asimetrik, kerana penempatan mesej verbal dan
visual tidak seimbang. Prinsip irama pada papan iklan ini berupa tiga susunan
gambar foto yang berbentuk persegi empat dan pengulangan tanda panah yang
terdapat pada gambar peta Aceh. Penerapan prinsip kontras terdapat pada gambar
seorang lelaki yang sedang menelefon, kerana bentuknya lebih besar berbanding
gambar lainnya. Kadar bandingan antara mesej verbal dengan mesej visual kurang
proporsional, kerana ada beberapa teks yang tidak dapat dibaca dengan jelas. Warna
yang digunakan berupa kuning, biru, hijau dan putih serta warna lainnya yang
terdapat pada beberapa mesej visual. Penggunaan white space terdapat di antara
mesej visual dengan mesej verbal yang membantu menampilkan kedua-dua mesej
tersebut. Kesatuan antara prinsip dengan elemen reka bentuk dalam papan iklan ini
sangat membantu dalam memvisualisasikan mesej verbal dan visual dalam bentuk
iklan khidmat masyarakat.
Menurut Muhammad Lutfi sebagai Kepala Badan Koordinasi Penanaman
Modal (BKPM) Pusat, menyebutkan bahawa, pertumbuhan pelaburan Aceh
berkembang luar biasa. “Ini berawal tahun 2002, ditambah lagi pasca tsunami,
penanaman modal di Aceh semakin bertambah”. Pelabur yang datang ke Aceh pasca
tsunami beragam, sebagai contoh terdapat rumah makan gaya Amerika hinggalah
hotel empat bintang, kini ada di Banda Aceh. Iklim pelaburan bertambah baik
268
dipengaruhi juga oleh amannya kondisi Aceh serta terdapat sumber daya yang
menjanjikan keuntungan (Akbar Rakyat Aceh, 26 Januari 2007).
Berfungsinya IOO (Investor Outreach Office) diharapkan dapat membantu
kemasukan pelabur ke Aceh. Di samping itu pembentukan EDC (Export
Development Center) atau pusat pengembangan eksport juga adalah sebagai lembaga
penunjang pemasaran produk-produk Aceh ke luar (dalam dan luar negeri).
Gambar Foto 4.105 : Papan Iklan IOO (Investor Outreach Office) Sumber: Sonny Iskandar
Papan iklan ini secara keseluruhannya mempunyai tataletak yang sama
dengan papan iklan IOO sebelum ini, hanya tanda visual dan teksnya yang agak
sedikit berbeza, iaitu tanda visualnya berupa: berbagai-bagai pokok yang menjulang
tinggi, koko, pala dan daun nilam. Teksnya ‘Aceh adalah perpaduan sumber daya
alam yang kaya & lahan yang subur’, dan diterjemahkan dalam bahasa Inggris ‘Aceh
is a blending of abundant natural resources & fertile land’.
Penerapan prinsip kontras dilihat pada peta Aceh yang terdapat tanda panah
berwarna hijau dan kuning yang sangat kontras. Kadar bandingan antara mesej
verbal dengan mesej visual kurang proporsional kerana ada beberapa teks yang sukar
dibaca kerana ukuran teksnya terlalu kecil. Penggunaan white spacenya berwarna
269
putih dan hijau yang membantu keselesaan masyarakat membaca mesej yang ada
pada papan iklan. Warna yang digunakan ialah warna kuning, hijau, biru, putih dan
warna lainnya yang terdapat pada mesej visual iklan ini. Kesatuan antara beberapa
prinsip dengan elemen reka bentuk sangat membantu dalam memvisualisasikan
mesej-mesej tersebut dalam bentuk iklan.
Dalam laman webnya www.investinaceh.org, ketua IOO Syafruddin Chan
mengatakan pejabat para pelabur (IOO) didirikan untuk menjalankan empat fungsi
utama, iaitu melayani pelabur yang datang ke Aceh; menjadi orang tengah kepada
pelabur asing dengan pengusaha tempatan; mempromosikan potensi pelaburan Aceh
kepada bakal pelabur berpotensi, dan terakhir memberikan input kepada pembuat
keputusan agar iklim pelaburan di Aceh semakin kondusif.
270
BAB V
PEMBAHASAN
5.1 Reka Bentuk Grafik di Aceh Sebelum Tsunami
Berdasarkan temu bual dengan beberapa pereka bentuk grafik di Aceh, mereka
mengatakan bahawa reka bentuk grafik sebelum tsunami tidak begitu berkembang
berbanding sekarang ini, hanya pada masa-masa tertentu produk reka bentuk grafik
ramai yang membuat tempahan, seperti pada masa pilihan raya, aktiviti pemerintahan,
aktiviti universiti, dan lainnya. Pada masa pilihan raya produk reka bentuk grafik yang
banyak ditempah adalah seperti kain rentang, bendera parti, sablon baju, key chain
dan lainnya, sedangkan pada aktiviti pemerintah dan universiti banyak menempah
kain rentang dalam uasaha mengiklankan atau memberitahukan informasi tentang
aktiviti yang akan atau sedang berlangsung. Hal ini banyak terjadi di bandar Banda
Aceh, berbeza dengan kabupaten lain, terutama di kabupaten bahagian barat dan
timur, di daerah tersebut sering terjadinya konflik, oleh itu, industri reka bentuk grafik
atau biasanya disebut grafika kurang berkembang di daerah tersebut.
Papan Iklan adalah salah satu media iklan outdoor yang dibuat oleh institusi
tertentu atau orang perseorangan yang dipasang di tempat umum, seperti di sepanjang
jalan atau persimpangan jalan. Fungsi papan iklan adalah sebagai papan informasi
mengenai suatu produk, khidmat masyarakat yang berupa ajakan, seruan, peringatan,
dan larangan dengan ukuran yang besar. Ia terdiri dalam pelbagai ukuran, bergantung
pada penaja iklan tersebut. Papan iklan memiliki space yang sangat besar berbanding
media iklan lainnya seperti media akhbar, majalah, televisyen, namun secara visual ia
harus mampu menyampaikan mesej yang singkat, jelas dan mudah difahami serta
diingati oleh orang yang melihatnya.
271
Sebelum tsunami penggunaan papan iklan sebagai media iklan sangat sedikit
berbanding sekarang. Pada masa konflik hanya beberapa lembaga pemerintahan
tertentu saja yang menaja papan iklan khidmat masyarakat di Aceh, salah satunya
ialah lembaga yang bernama PDMD (Penguasa Darurat Militer Daerah) yang
dipimpin oleh tentera, mereka menaja beberapa iklan khidmat masyarakat yang
berkenaan dengan perdamaian di Aceh.
Papan iklan sebelum tsunami ada yang masih dipajang hingga sekarang iaitu
beberapa papan iklan yang dipajang di daerah yang tidak terkena gelombang tsunami
atau hanya dialiri oleh air gelombang tsunami seperti daerah Lambaro, Sibreh,
Indrapuri, Jantho dan daerah lainnya yang jauh dari daerah laut. Hal ini dapat
disebabkan kerana papan iklan ini dibuat permanen iaitu bidang papan iklan yang
berupa flat aluminium menyatu dengan tiangnya, sehingga iklan ini sukar untuk
diganti, kalau diganti harus mencabut terlebih dahulu tiang-tiangnya dan memerlukan
masa yang lama. Pada masa tsunami ada beberapa papan iklan yang hanyut dan rosak
dibawa gelombang tsunami, merujuk gambar foto: 5.1 beberapa orang yang sedang
berusaha menarik kerangka papan iklan yang hanyut di sungai Krueng Aceh. Hal ini
banyak terjadi di daerah Banda Aceh dan sekitarnya, kerana Banda Aceh adalah pusat
kota, jadi banyak orang yang memasang papan iklan baik untuk tujuan komersial
mahupun sosial berbanding daerah lainnya di Aceh.
272
Gambar Foto 5.1: Papan Iklan yang Hanyut Dibawa Tsunami Sumber: Edi Putra Irama
5.1.1 Papan Iklan Komersial
Berdasarkan hasil penelitian ini didapati bahawa papan iklan sebelum tsunami,
hanya satu yang dapat didokumentasikan, sedangkan yang lainnya ada yang terkena
tsunami dan ada juga yang telah habis tempoh tayangannya Papan iklan komersial
tersebut ialah papan iklan ’Super Mi’, kerana di daerah papan iklan ini hanya dialiri
oleh air gelombang tsunami, jadi tidak terkena langsung oleh hentaman gelombang
tsunami. Bahagian depan papan iklan tidak dapat diganti dengana iklan lain, kerana
bidang iklannya menyatu dengan tiang penyangganya sehingga sukar untuk
dibongkar. Iklan ini menampilkan bungkusan Super Mi. Hampir setiap orang
Indonesia mengenal Super Mi yang telah beberapa kali mengalami penggantian
pembungkusannya dan kemasan, kini Super Mi tersedia dalam berbagai-bagai rasa.
Seiring perkembangan zaman bungkusan Super Mi yang ada dalam iklan komersial
sebelum tsunami (rujuk gambar 4.1) tidak diproduksi lagi, kerana sekarang bungkusan
tersebut telah mengalami penggantian bungkusan.
273
Papan iklan ini termasuk jenis painted board, iaitu iklan ini digambarkan di
atas plat aluminium. Oleh sebab penggunaan material ini, maka pada bahagian
bawahnya yang tidak terkena cat, terlihat berkarat. Jenis papan iklan komersial
lainnya tidak didapati sepanjang penelitian ini dilakukan.
Berdasarkan temu bual dengan beberapa pemilik usaha reka bentuk grafik di
Banda Aceh didapati bahawa, papan iklan komersial pada masa sebelum tsunami
sangat kurang. Pada masa itu industri reka bentuk grafik belum banyak yang
menggunakan Vinyl sebagai media papan iklan, hal ini terlihat pada hampir semua
papan iklan yang didapati sebelum tsunami menggunakan plat aluminium sebagai
media papan iklan. Pada masa ini juga pemasukan barang-barang dari luar sangat
susah kerana keadaan Aceh yang kurang kondusif. Begitu juga halnya dengan
kemasukan barang-barang yang diperlukan untuk memproduksi karya reka bentuk
grafik yang setara dengan provinsi lain yang berkembang. Media yang paling mudah
didapati, iaitu kain rentang, plat aluminium, dan cat. Ketiga-tiga media tersebut juga
didapati daripada kemasukan barang dari Medan bukan produksi dari Aceh.
5.1.2. Papan Iklan Khidmat Masyarakat
Papan iklan khidmat masyarakat mengandungi mesej sosial. Daripada hasil
penelitian didapati bahawa papan iklan khidmat masyarakat yang ada di Banda Aceh
dan Aceh Besar sebelum tsunami berjumlah sebelas buah, antaranya tujuh buah yang
dipasang di Banda Aceh dan empat buah yang dipasang di Aceh Besar. Mesej yang
ingin disampaikan oleh papan iklan ini adalah tentang pembangunan, kebersamaan,
keagamaan, dan perdamaian. Iklan khidmat masyarakat yang ada di Aceh sebelum
tsunami tidak banyak berbanding sesudah tsunami, hal ini disebabkan kurangnya
sokongan daripada penaja selain pemerintah untuk menginformasikan program-
program pemerintah ataupun mesej sosial kepada masyarakat. Pada masa itu belum
274
banyak NGO yang datang ke Aceh, kalau ada pun hanya NGO tempatan, dan mereka
tidak mengiklankan program mereka melalui papan iklan, melainkan melalui media
lain seperti media kain rentang (spanduk).
Papan iklan pemerintah ini ditaja oleh beberapa lembaga pemerintahan
seperti: Dinas Infokom (Informasi dan Komunikasi) Aceh Besar, Tentera,
Departemen Kehakiman, Pemerintahan bandar Banda Aceh, PDMD (Penguasa
Darurat Militer Daerah), dan NGO JSC (Joint Security Committee). Antara lembaga-
lembaga tersebut lembaga PDMD yang banyak menaja papan iklan di Aceh, dengan
tujuan untuk menyampaikan mesej, tentang membangunkan Aceh yang damai dan
sejahtera. Papan iklan yang ditaja PDMD kebanyakkan menggunakan Vynil, jadi
dapat diganti bila-bila masa, berbeza dengan papan iklan yang menggunakan plat
aluminium ianya susah untuk diganti, kerana harus membongkar tiang peyangganya.
Sebahagian besar material yang digunakan dalam pembuatan papan iklan
sebelum tsunami, ialah plat aluminium. Papan iklan ini termasuk jenis papan iklan
painted board, iaitu dengan menggambarkan secara langsung mesej visual dan verbal
pada papan iklan tersebut dengan menggunakan cat. Oleh sebab itu warna cat yang
digunakan tidak begitu cerah, kerana warna yang dihasilkan oleh campuran cat dan
warna yang dihasilkan oleh dakwat pada mesin cetak sangat berbeza.
Pada papan iklan pemerintah ini, digunakan ilustrasi yang bercorak dekoratif,
iaitu gambar yang menggunakan motif (haiwan, tumbuhan, manusia) yang bentuknya
diubah, tetapi masih dikenali ciri-ciri khasnya. Merujuk gambar foto 4.2, 4.6, dan
4.8, penggunaan ilustrasi bercorak dekoratif terlihat pada gambar orang dan
bangunan, yang masih dilihat bentuk orangnya tapi tidak dalam wujud asli (foto).
Mesej verbal yang disampaikan pada papan iklan masyarakat ini tidak terlalu banyak
sehingga bentuk mesejnya masih dapat dibaca. Warna yang digunakan cenderung
275
warna lembut. Penggunaan prinsip kontras tidak terlalu mencolok, berbeza dengan
iklan sesudah tsunami, penerapan prinsip kontras lebih terlihat. Papan iklan yang
hanya menyampaikan mesej verbal menggunakan tataletak dengan keseimbangan
simetrik sedangkan papan iklan yang menyampaikan informasi dengan
menggunakan mesej verbal dan visual menggunakan tataletak yang asimetrik. Mesej
visualnya ditampilkan dalam bentuk ilustrasi bukan foto.
Dari keseluruhan papan iklan sebelum tsunami yang telah dideskripsikan
dapat disimpulkan bahawa: papan iklan sebelum tsunami tidak banyak, hal ini dapat
disebakan oleh tertutupnya Aceh bagi pendatang dari luar Aceh, kerana pada masa
tersebut Aceh sedang di landa konflik. Dari segi papan iklan komersial para penaja
iklan kurang berani untuk masuk ke Aceh pada masa tersebut, dan mereka
beranggapan bahawa tidak ada keuntungan kalau memasang papan iklan (berlabur)
di daerah konflik, kerana keamanannya tidak terjamin. Sedangkan dari segi papan
iklan khidmat masyarakat sebelum tsunami banyak yang ditaja oleh PDMD dan
Infokom Aceh Besar. Jenis papan iklannya adalah painted board, kerana belum ada
mesin cetak dengan ukuran yang besar. Mesej verbal yang disampaikan tidak terlalu
banyak sehingga mesejnya dapat dibaca dengan jelas.
5.2 Reka Bentuk Grafik di Aceh Sesudah Tsunami
Setelah mengalami musibah bencana alam gempa bumi dan tsunami pada
akhir tahun 2004, kini kehidupan bandar Banda Aceh pada khususnya dan Aceh pada
umumnya sudah mulai pulih, kegiatan perekonomian dan pemerintahan telah
berjalan seperti asal. Dengan kembali normalnya kegiatan perekonomian dan
besarnya perhatian dunia terhadap pemulihan Aceh pascabencana dan konflik, turut
mempengaruhi pada berkembangnya kegiatan promosi perdagangan dalam bandar
276
melalui media luar ruang berupa pembangunan pelbagai papan iklan produk dari
yang berskala nasional hingga produk multinasional. Dengan adanya perkembangan
ini menunjukkan bahawa bandar Banda Aceh dalam kondisi yang kondusif untuk
kegiatan perekonomian dan tentu sahaja pemasangan papan iklan dapat menjadi
salah satu sumber dana pemasukan untuk daerah Aceh.
Di Aceh terutama di Banda Aceh setelah tsunami banyak terdapat iklan yang
menggunakan papan iklan sebagai salah satu media penyampaian informasi.
Daripada hasil penelitian didapati bahawa papan iklan yang paling banyak dipasang
di tepi jalan atau di persimpangan jalan ialah iklan rokok, kerana ada beberapa
aktiviti anak muda yang ditaja oleh industri rokok, seperti konsert, pertandingan
muzik dan pelbagai pertandingan sukan. Selain papan iklan komersial, di Banda
Aceh juga terdapat papan iklan khidmat masyarakat atau Public Service
Advertisement (PSA), iklan ini biasanya ditaja oleh pemerintah atau NGO
5.2.1 Papan Iklan Komersial
Iklan komersial ialah iklan yang mempromosikan sesuatu barang atau
perkhidmatan dengan tujuan akhir mencari keuntungan. Sesudah tsunami papan iklan
komersial banyak mengalami perkembangan baik dari segi jumlahnya mahupun dari
segi kualitinya. Seiring dengan keadaan Aceh yang aman dan terbuka kepada semua
masyarakat luar Aceh. Hal ini membuka peluang bagi para penaja untuk
mengiklankan produk mereka di daerah Aceh. Papan iklan yang didapati daripada
hasil penelitian, iaitu papan iklan rokok, kad telefon, telefon bimbit, motosikal,
televisyen, dan minuman berenergi jenama Extra Joss.
Berdasarkan temu bual dengan beberapa pemilik usaha reka bentuk grafik
dan kakitangan KPTSP (Kantor Pelayanan Terpadu Satu Pintu), papan iklan
komersial setelah tsunami mulai masuk ke Aceh kira-kira setelah enam bulan
277
bencana tsunami. Iklan komersial yang paling banyak dipasang ialah iklan rokok,
sama ada dalam media papan iklan ataupun poster yang ditampal di kedai-kedai atau
di dinding bangunan. Hal ini boleh disebabkan kerana masyarakat Aceh sangat
komsumtif akan rokok, rokok menduduki peringkat pertama kemudian di peringkat
kedua adalah kopi, dan boleh dikatakan pasangan rokok adalah kopi. Di Aceh sangat
banyak kedai (minuman) kopi, di setiap kedai pasti ada yang merokok. Dan hal ini
juga boleh disebabkan oleh perusahaan rokok yang banyak menyokong berbagai
aktiviti seperti sukan, konsert, automotif dan lainnya.
5.2.1.1 Papan Iklan Rokok
Papan iklan rokok dalam yang terdapat dalam kajian ini berjumlah 18 buah,
terdiri dari: Gudang Garam International, Gudang Garam, Surya Pro, Djarum Super
Djarum Black, Dji Sam Soe, A Mild, Panamas, Clas Mild, dan LA Lights. Ada
beberapa dari jenama tersebut memasang papan iklan dengan berbagai versi, seperti
A Mild yang memasang papan iklan dengan empat versi. Papan iklan rokok yang
paling banyak dipasang ialah papan iklan rokok jenama Gudang Garam International,
kerana dipasang di sepanjang tepi jambatan. Di setiap papan iklan rokok
mengandungi mesej kesihatan yang tipografinya berwarna hitam dan latar
belakangnya berwarna putih, iaitu: ‘Merokok dapat menyebabkan kanker, serangan
jantung, impotensi dan gangguan kehamilan dan janin’. Papan iklan rokok berbeza
dengan iklan komersial lainnya, dalam papan iklan rokok tidak memperlihatkan
bentuk rokok tersebut, begitu juga dengan bungkusannya, kerana dalam peraturan
pemerintah Nomor 81 Tahun 1999 pasal 18 disebutkan bahawa melarang iklan
produk rokok, baik untuk media cetak mahupun media luar ruang menggambarkan
(dalam bentuk gambar, tulisan atau gabungan kedua-duanya) rokok atau orang
sedang merokok atau mengarah pada orang yang sedang merokok. Oleh sebab itu,
278
banyak iklan rokok yang menggunakan manusia sebagai modelnya, tapi tidak sedang
menghisap rokok, melainkan orang yang sedang beraktiviti.
Dalam iklan rokok banyak menyampaikan mesej tentang aktiviti yang ditaja
oleh perusahaan rokok, seperti iklan Djarum Super Soccer, yang menjadi penaja
dalam sukan bola sepak. Dalam iklan ini juga tidak terdapat mesej persuasif yang
mengajak khalayak ramai untuk membeli rokok. Sebahagian besar papan iklan rokok
mempunyai kesamaan antara papan iklan yang ada di provinsi lain dengan di Aceh,
tetapi ia bergantung pada mesej yang ingin disampaikan oleh penaja rokok tersebut.
Kalau mesejnya tentang aktiviti di Aceh maka papan iklan tersebut hanya terdapat
di Aceh, seperti papan iklan rokok jenama Clas Mild yang menjadi penaja utama
dalam konsert ‘Festival Alam dan Budaya Aceh’ yang menjemput kumpulan muzik
Slank dan Kande (kumpulan muzik ternama di Aceh).
Secara keseluruhan tataletak yang digunakan papan iklan rokok adalah
asimetrik, sehingga papan iklan tersebut terlihat lebih dinamis. Media yang
digunakan adalah Vynil. Mesej visualnya rata-rata disampaikan dalam bentuk foto.
Penyampaian iklan rokok banyak yang menggunakan perpaduan antara mesej visual
dengan mesej verbal berbanding dengan perpaduan antara mesej verbal dan logo. Hal
ini dikeranakan papan iklan rokok lebih cenderung menampilkan aktiviti yang ditaja
oleh perusahaan rokok tersebut. Warna yang digunakan cenderung berwarna cerah.
Penerapan prinsip kontras terdapat di beberapa papan iklan rokok yang membantu
dalam menampilkan objek yang dijadikan sebagai mesej utama.
5.2.1.2 Papan Iklan Kad Telefon
Papan iklan kad telefon dalam kajian ini berjumlah lapan buah yang terdiri
dari: Simpati, XL dan Flexi. Ada beberapa jenama kad telefon yang memasang
iklannya berganti-gantian, hal ini didasarkan pada informasi tentang produk terbaru
279
yang ingin disampaikan oleh perusahaan kad telefon tersebut. Seperti Simpati yang
mengalami empat kali ganti dengan tema yang berbeza-beza.
Penggunaan kad telefon di Aceh setelah tsunami semakin bervariasi, dahulu
hanya beberapa jenama kad telefon tertentu saja yang dapat digunakan di Aceh
terutama Banda Aceh. Ketika ini kad telefon yang paling banyak digunakan di Aceh,
iaitu Simpati kerana ia mempunyai signalnya yang kuat. Daripada keseluruhan papan
iklan kad telefon berdasarkan penelitian ini, hanya satu papan iklan yang
menggunakan orang sebagai model dalam papan iklan tersebut, iaitu iklan kad
telefon jenama XL (gambar foto: 4.37), model tersebut seorang wanita yang
menggunakan busana muslimah (menutup aurat) sesuai dengan pelaksanaan syariat
Islam di Aceh, sedangkan yang lainnya banyak menggunakan bahasa verbal dalam
menyampaikan mesejnya terutama tentang bonus dan murahnya harga yang
ditawarkan oleh iklan kad telefon tersebut.
Seiring dengan perkembangan teknologi, telefon bimbit juga mengalami
perkembangan, baik dari jenamanya mahupun sirinya. Daripada hasil penelitian
didapati hanya papan iklan jenama Motorola dan Sony Ericsson yang dipasang di
Banda Aceh. Pada papan iklan Motorola menampilkan model manusia dan jenis
telefon bimbit yang diiklankan, sedangkan pada papan iklan jenama Sony Ericsson
hanya menampilkan gambar telefon bimbit. Papan iklan ini menggunakan mesej
visual dan mesej verbal yang sangat mendukung dalam penyampaian informasi.
Iklan telefon bimbit banyak didapati di kedai yang menjual telefon bimbit dan kad
telefon, biasanya iklannya dalam bentuk poster, yang ditampal di bahagian dalam
kedai, dan ada juga yang berupa katalog atau leaflet. Hal ini sangat memudahkan
pembeli untuk memilih telefon bimbit yang disukainya.
280
Secara keseluruhannya tataletak yang banyak digunakan ialah tataletak
dengan keseimbangan asimetrik, sedangkan tataletak dengan keseimbangan simetrik
hanya terdapat pada beberapa papan iklan yang menggunakan mesej verbal dan logo
sahaja. Penggunaan mesej verbal dalam iklan kad telefon lebih banyak berbanding
mesej visual, kerana informasi yang ingin disampaikan sangat banyak terutama
tentang bonus-bonus yang ditawarkan oleh kad telefon tertentu. Sehingga ada
beberapa mesej yang sukar untuk dibaca kerana ukuruan tipografinya terlalu kecil.
Penggunaan mesej visual ada yang berupa foto (gambar foto 4.37) dan ilustrasi
(gambar foto 4.33). Warna yang digunakan adalah warna cerah terutama pada iklan
kad telefon jenama Simpati yang lebih banyak menggunakan warna merah dan Flexi
yang menggunakan warna merah, kuning dan hijau. Penggunaan prinsip kontras
terdapat pada hampir semua papan iklan kad telefon. Media yang digunakan adalah
Vynil.
5.2.1.3 Papan Iklan Motosikal
Papan iklan motosikal yang didapati daripada hasil penelitian ini berjumlah
enam buah, yang terdiri dari: motosikal jenama Honda, Yamaha, dan Suzuki. Ketiga-
tiga jenama tersebut ialah produk dari negara Jepun yang perusahaannya terdapat di
Indonesia. Pada papan iklan ini menampilkan gambar motosikal yang ingin
diiklankan, kecuali pada papan iklan motosikal jenama Honda (gambar foto: 4.44)
yang menampilkan seorang perempuan (guru), kerana tema dalam papan iklan ini
ialah: ‘Untukmu Guru Bangsa’. Mesej yang ingin disampaikan juga berbeza dengan
iklan motosikal lainnya, pada papan iklan motosikal lainnya memberikan informasi
tentang siri baru dari jenama motor tersebut dengan mencantumkan kelebihan-
kelebihan yang dimiliki oleh motosikal tersebut, sedangkan pada papan iklan
motosikal jenama Honda ‘Untukmu Guru Bangsa’, menyampaikan informasi tentang
281
kredit motosikal dengan wang pendahuluan yang murah, kempen ini hanya untuk
guru, kredit ini dilaksanakan oleh FIF (Federal International Finance).
Jenama motosikal yang paling banyak terdapat di Aceh, iaitu jenama Honda
kerana di Banda Aceh kedai rasmi jenama Honda sangat mudah dijumpai. Setelah
tsunami jenama tersebut semakin ramai mendominasi di daerah Banda Aceh
khususnya dan Aceh pada umumnya. Hal ini dapat dilihat pada papan iklan
motosikal jenama Honda, yang memasang tiga buah papan iklan di Banda Aceh
dengan tema yang berbeza-beza.
5.2.1.4 Papan Iklan Televisyen
Jenis papan iklan televisyen yang didapati daripada hasil penelitian, iaitu
televisyen jenama Sharp dan LG. Papan iklan elektronik banyak didapati di depan
kedai di bandar Banda Aceh yang berfungsi sebagai signboard atau papan tanda
yang menunjukkan nama dan alamat daripada kedai tersebut, yang biasanya ditulis
di bawah gambar produk elektronik tersebut. Seiring perkembangan teknologi,
televisyen juga mengalami perkembangan, yang dulunya hanya untuk dilihat dan
di dengar, tapi sekarang dapat merakam tayangan yang tidak sempat kita lihat,
sehingga dapat ditayangkan kembali apabila kita ada masa luang.
Tataletak yang digunakan pada masing-masing papan iklan ini adalah
tataletak dengan keseimbangan asimetrik dan simetrik. Warna yang digunakan
adalah warna lembut dan cerah. Penerapan prinsip kontras terdapat pada kedua papan
iklan ini. Mesej visualnya ditampilkan dalam bentuk foto, berupa televisyen yang
sedang menayangkan acara. Penggunaan white space pada kedua papan iklan ini
sangat banyak, sehingga bentuk televisyen terlihat jelas dan lebih menonjol. Media
yang digunakan adalah Vynil.
282
5.2.1.5 Papan Iklan Extra Joss
Papan iklan Extra Joss berjumlah dua buah yang menggunakan tataletak
dengan keseimbangan simetrik. Penggunaan mesej visualnya dalam bentuk ilustrasi
(gambar tangan) dan foto (kumpulan muzik Ungu) dengan menggunakan warna yang
cerah. Penerapan prinsip kontras terdapat pada tiap-tiap iklan ini. Media yang
digunakan adalah Vynil. Penggunaan white space terdapat di kedua papan iklan
tersebut. Extra Joss ialah sejenis minuman berenergi yang dapat menyegarkan dan
menguatkan tubuh daripada keletihan. Sebelum tsunami iklan Extra Joss sudah ada
di Banda Aceh, tapi hanya dalam bentuk poster yang ditampal di kedai-kedai, namun
sesudah tsunami iklan Extra Joss dengan media papan iklan mulai dipasang di tepi
jalan di Banda Aceh.
Jenis papan iklan komersial sesudah tsunami termasuk jenis poster panel,
iaitu reka bentuk papan iklan yang telah dicetak pada media Vinyl kemudian
dipasangkan pada kerangka papan iklan. Penggambaran model dalam papan iklan ini
menggunakan teknik fotografi yang kemudian diaplikasi dengan sofware komputer
grafik, sehingga wujudnya papan iklan yang mengandungi mesej verbal dan mesej
visual dalam menyampaikan informasi kepada khalayak ramai.
Iklan komersial antara satu daerah dengan daerah yang lain hampir sama
bentuk iklannya, kerana ditaja oleh penaja yang sama. Seperti iklan rokok yang ada
di Medan juga dapat dijumpai di Aceh, kerana ditaja oleh industri rokok yang sama.
Hal ini berbeza dengan iklan yang menampilkan perempuan sebagai model sebuah
iklan, baik iklan komersial mahupun iklan khidmat masyarakat. Kalau di Aceh iklan
yang menampilkan perempuan sebagai model, maka perempuan tersebut harus
menggunakan pakaian yang sopan dan menutup aurat (memakai tudung). Hal ini
sesuai dengan penerapan syariat Islam di daerah Aceh. Seperti papan iklan komersial
283
jenis kad telefon jenama XL dan motosikal jenama Honda yang menggunakan
perempuan sebagai model dalam iklan tersebut. Kedua-dua model tersebut
menggunakan tudung dan busana yang menutup aurat.
Penerapan syariat Islam di Aceh selain berpengaruh dalam kehidupan sehari-
hari, juga secara tidak langsung mempengaruhi reka bentuk grafik. Hal ini sesuai
dengan peraturan yang dikeluarkan oleh Dinas Syariat Islam di Banda Aceh, bahawa
pemasangan iklan di wilayah ini harus sesuai dengan tuntutan agama Islam, seperti
model iklan perempuan disyaratkan untuk menutup aurat. Untuk itu, Kepala Dinas
Syariat Islam Kota Banda Aceh M Nasir, kembali mengingatkan agar pengusaha
memahami aturan tersebut dan dalam menjalankan perniagaannya harus sesuai
dengan kanun Syariat Islam yang berlaku di Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam
(Akhbar Republika, 09 Ogos 2007 muka surat 17).
5.2.2 Papan Iklan Yang Ditaja Oleh Institusi Bukan Pemerintah
Dalam penelitian ini didapati ada lapan buah papan iklan yang ditaja oleh
institusi yang terdiri dari: papan iklan bank (Bank Pembangunan Daerah (BPD),
Bank Negara Indonesia (BNI), Bank Rakyat Indonesia (BRI) dan Bank Bukopin),
Telkom, Insurans Prudential dan Airasia.
Papan iklan bank berjumlah lima buah, yang terdiri dari dua buah papan iklan
bank BPD dan papan iklan bank lainnya masing-masing satu buah. Tataletak yang
digunakan pada papan iklan bank secara keseluruhan adalah tataletak dengan
keseimbangan asimetrik sehingga terlihat lebih dinamis. Mesej yang disampaikan
dalam bentuk bahasa verbal dan visual sehingga lebih komunikatif. Seperti iklan
bank BPD dan Bukopin yang menyampaikan informasi tentang jenis hadiah undian
yang dapat diperoleh pada ketika pengundian dilaksanakan; iklan bank BNI dan bank
BRI yang mempromosikan pelayanan yang dapat diakses dengan menggunakan
284
telefon bimbit, dengan perkembangan teknologi akses perbankan menjadi mudah.
Mesej visualnya ditampilkan dalam bentuk foto. Media yang digunakan berupa
Vynil. Warna yang digunakan adalah warna cerah dan lembut. Prinsip kontras
kurang terlihat kerana tiap-tiap objek yang ditampilkan mempunyai nilai kontras
tersendiri.
Telkom SLI (Sambungan Langsung International) yang mempromosikan
komunikasi jarak jauh kini terasa lebih dekat. Tataletak yang digunakan adalah
asimetrik, kerana perpaduan antara mesej verbal dan mesej visual dengan susunan
yang tidak seimbang, tetapi terlihat lebih dinamis. Warna yang digunakan adalah
warna cerah dengan media papan iklan berupa Vynil. Prinsip kontras dilihat pada
’007’ yang diberi warna putih kekuningan pada hujungnya sehingga terlihat lebih
menonjol. Mesej yang disampaikan dalam bentuk mesej verbal dan mesej visual
dalam bentuk ilustrasi
Papan iklan insurans Prudential bentuknya sangat sederhana, iaitu hanya
menampilkan logo insurans dan tulisan prudential. Dengan warna merah dan
tipografi berwarna putih yang membuat keterbacaan iklan ini sangat jelas. Informasi
tentang insurans ini tidak dapat ditampilkan dalam mesej verbal, tetapi lebih tepatnya
dikomunikasikan melalui face to face, sehingga informasi yang ingin diketahui dapat
difahami dengan jelas.
Papan iklan AirAsia mempromosikan destinasi pelancongan yang ada di
Malaysia, yang kini telah ada penerbangan antarabangsa dari Banda Aceh ke
Malaysia khususnya Kuala Lumpur dengan menggunakan pesawat AirAsia. Papan
iklan ini sangat komunikatif, iaitu dengan menampilkan mesej visual berupa foto
tentang tempat-tempat pelancongan yang dapat dikunjungi di Malaysia.
285
Semua papan iklan ini termasuk jenis papan iklan poster panel dengan
menggunakan Vinyl sebagai materialnya. Mesej yang disampaikan melalui papan
iklan ini divisualisasi dalam bentuk mesej visual dan verbal, kedua-dua cara ini
sangat komunikatif dalam menyampaikan informasi.
5.2.3 Papan Iklan Khidmat Masyarakat Pemerintah
Papan iklan khidmat masyarakat ialah alat untuk menyampaikan mesej sosial
kepada masyarakat. Media ini sering dimanfaatkan oleh pemerintah untuk
menyebarluaskan informasi tentang program-programnya. Sebagai media yang
bergerak dalam bidang sosial, iklan khidmat masyarakat pada umumnya
mengandungi mesej tentang kesedaran nasional dan setempat. Misalnya iklan
khidmat masyarakat Keluarga Berencana (KB), yang mengajak masyarakat untuk
mengikuti program KB, dengan semboyannya ‘dua anak lebih baik’, virus selsema
burung, budaya gemar membaca, menjaga lingkungan hidup, membuang sampah
pada tempatnya, wajib pajak, dan sebagainya.
Bentuk iklan khidmat masyarakat tidak jauh berbeza dengan iklan komersial,
oleh sebab kedua-duanya merupakan media komunikasi visual yang berperanan
untuk mempengaruhi khalayak luas sebagai sasaran agar dapat tergerak hatinya
untuk melakukan sesuatu yang dianjurkan oleh mesej iklan khidmat masyarakat
tersebut. Oleh sebab itu, perencanaan sebuah iklan khidmat masyarakat mengacu
pada konsep iklan komersial. Akan tetapi iklan komersial mempunyai tujuan akhir,
iaitu untuk mencapai keuntungan dari barang atau jasa yang diiklankan.
Mesej yang disampaikan oleh pemerintah melalui media papan iklan ini,
iaitu pembangunan, kesihatan, KB (Keluarga Berencana), kebersihan lingkungan,
zakat, buta aksara (pendidikan), syariat Islam, pelayanan urusan administrasi yang
286
dapat dilakukan dengan cepat dan mudah, perlindungan konsumen, pajak (kenderaan
dan restoran), peletakkan senjata, dan mengelola sampah.
Perkembangan papan iklan khidmat masyarakat sebenarnya dilaksanakan
kerana perkembangan struktural pemerintah daerah yang bertambah baik. Seperti
program pemerintah KPTSP (Kantor Pelayanan Terpadu Satu Pintu) dan Unit
Pendaftar Penduduk dan Pencatatan Sipil Keliling (UP3SK), kedua-dua program ini
terlaksana setelah berlakunya bencana tsunami. Tujuan utama program ini adalah
untuk memberikan perkhidmatan yang cepat dan mudah kepada masyarakat. Proses
mensosialisasikan program ini dilakukan melalui media papan iklan, sehingga
masyarakat ramai dapat mengetahui bahawa program baru ini telah dilaksanakan di
Aceh.
Penggunaan tataletak pada papan iklan khidmat masyarakat yang ditaja
pemerintah lebih banyak mengunakan tataletak dengan keseimbangan asimetrik
dengan menampilkan mesej visual dan mesej verbal, sedangkan papan iklan yang
menggunakan tataletak dengan keseimbangan simetrik hanya menampilkan mesej
verbal dan logo sahaja. Media yang paling banyak digunakan berupa Vynil dan ada
dua buah papan iklan yang menggunakan plat aluminium. Ada beberapa mesej yang
disampaikan melalui bahasa verbal sukar untuk dibaca kerana ukuran tipografinya
terlalu kecil, hal ini dikeranakan terlalu banyak mesej yang ingin diinformasikan
pada papan iklan ini sehingga tidak semua mesej ditulis dengan ukuran tipografi
yang besar. Mesej visualnya lebih banyak ditampilkan berupa foto dengan
menggunakan warna yang cerah.
287
5.2.4 Papan Iklan Khidmat Masyarakat NGO
Setelah tsunami papan iklan masyarakat banyak ditaja oleh NGO, terutama
NGO International. Berbeza dengan sebelum tsunami yang hampir rata-rata iklan
khidmat masyarakat ditaja oleh pemerintah. NGO yang menjadi penaja utama dalam
papan iklan ini adalah BRR (Badan Rehabilitasi dan Rekonstruksi). Mesej yang
disampaikan iaitu tentang pembangunan, konflik, bencana tsunami, perletakkan
senjata dan perdamaian. Papan iklan tentang perdamaian adalah yang paling banyak
dipasang di Banda Aceh dan Aceh Besar, kerana dengan adanya kedamaian semua
program rehabilitasi dan rekonstruksi di Aceh dapat dilaksanakan dengan lancar.
Papan iklan masyarakat banyak yang oleh NGO banyak menggunakan
tataletak dengan keseimbangan asimetrik. Prinsip kontras terdapat di setiap papan
iklan. Penggunaan mesej visual berupa foto, hampir semua papan iklan dipenuhi
dengan mesej visual sebagai latar belakangnya. Mesej verbal yang disampaikan
melalui papan iklan ini tidak terlalu banyak, sehingga dapat menggunakan tipografi
dengan ukuran yang besar, oleh kerana itu mesej tersebut dapat dibaca dengan jelas.
Warna yang digunakan warna cerah. Penggunaan white space sangat membantu
dalam kejelasan gambar yang disampaikan dalam papan iklan ini.
5.2.5 Papan Iklan Khidmat Masyarakat Kerjasama Pemerintah dan NGO
Papan iklan ini berjumlah lapan buah yang terdiri dari lima buah papan iklan
tentang kebersihan dua buah tentang pelaburan dan satu buah tentang pendataan
penduduk. Papan iklan tentang kebersihan yang ditaja oleh pemerintah dan NGO
(World Vision, MDF dan UNDP) dikategorikan sebagai papan iklan painted board,
yang menggunakan plat aluminium sebagai materialnya. Sedangkan jenis papan
iklan lainnya iaitu poster panel dengan menggunakan Vinyl sebagai materialnya.
288
Papan iklan ini banyak menggunakan mesej verbal berbanding mesej visual dan
tataletaknya menggunakan tataletak dengan keseimbangan simetrik.
Papan iklan pelaburan mempunyai tataletak yang sama antara satu dengan
yang lain, hanya bentuk mesej visual dan mesej verbal diganti temanya. Papan iklan
ini ditaja oleh kerjasama pemerintah NAD dan NGO serta beberapa lembaga lain,
iaitu Kadin (Kamar Dagang dan Industri), IFC (International Finance Corporation),
edc (Export Development Center) dan KK&M (Klinik Kemasan dan Merek).
Papan iklan tentang pendataan penduduk ditaja oleh kerjasama pemerintah
bandar Banda Aceh dan dinas Tenaga Kerja dan Kependudukan serta beberapa
NGO, iaitu gtz (German Technical Cooperation) dan Republik Federal Jerman.
Papan iklan ini bertujuan memberikan pelayanan yang nyaman dan percuma kepada
penduduk setempat, kerana para pekerja pemerintahan yang mendata penduduk akan
datang dengan menggunakan kereta, ke desa-desa terutama di tempat penampungan
sementara untuk mendata kembali penduduk dan membuat id kad baru bagi mereka
yang id kadnya hilang bersama gelombang tsunami.
Setelah tsunami, dengan banyaknya NGO yang masuk ke Aceh seiring
sejalan juga mempengaruhi reka bentuk grafik, terutama ia dapat menyokong
pelaksanaan program yang akan dilaksanakan di Aceh setelah tsunami. Produk reka
bentuk grafik yang dibuat berupa; poster, kertas edaran, kain rentang, banner, papan
iklan dan lain-lainnya. Berdasarkan hasil penelitian, hanya beberapa NGO yang
membuat papan iklan sebagai salah satu media untuk menyampaikan mesej
(informasi) kepada masyarakat, antaranya BRR (Badan Rehabilitasi dan
Rekonstruksi), GTZ (German Technical Cooperation), Republik Federal Jerman,
World Vision, MDF (Multi Donor Fund) dan UNDP (United Nations Development
Programme). Antara NGO tersebut hanya BRR yang menjadi penaja utama dalam
289
papan iklan khidmat masyarakat sedangkan yang lainnya bekerjasama dengan
pemerintah dalam menaja papan iklan khidmat masyarakat. Hal ini demikian, kerana
BRR merupakan suatu badan yang mengurus pemulihan (rehabilitation) dan
pembinaan (reconstruction) di Aceh.
Dari keseluruhan jenis papan iklan sesudah tsunami yan dideskripsikan dalam
kajian ini dapat disimpulkan bahawa: tataletak yang digunakan lebih cenderung
tataletak dengan keseimbangan asimetrik yang menggunakan mesej verbal dan
visual, sedangkan tataletak dengan keseimbangan simetrik biasanya menggunakan
mesej verbal dan logo penaja iklan tersebut. Mesej visual yang ditampilkan lebih
banyak menggunakan foto berbanding ilustrasi. Papan iklan komersial lebih banyak
menggunakan mesej verbal berupa tajuk utama, subtajuk dan body copy yang
menjelaskan informasi tentang produk yang diiklankan. Sedangkan pada papan iklan
khidmat masyarakat mesej verbalnya hanya berupa tajuk utama dan subtajuk. Hal ini
sama dengan papan iklan sebelum tsunami papan iklan komersial dan khitmad
masyarakat pada mesej verbalnya hanya menggunakan tajuk utama dan subtajuk
tanpa menggunakan body copy.
Perubahan yang terjadi pada reka bentuk grafik khususnya papan iklan
sesudah tsunami iaitu dari segi jumlahnya sangat banyak berbanding sebelum
tsunami, baik papan iklan komersial mahupun papan iklan khitmad masyarakat. Hal
ini berdasarkan temu bual dengan beberapa pemilik reka bentuk grafik di Aceh. Dari
segi kualiti juga mengalami perkembangan iaitu material yang banyak digunakan
adalah Vynil sehingga papan iklan ini dapat diganti dengan papan iklan lain apabila
tempoh penayangan iklan tersebut sudah habis. Papan iklan sesudah tsunami banyak
yang menggunakan jenis poster panel dibandingkan dengan jenis painted board,
jenis ini (painted board) banyak terdapat pada papan iklan khidmat masyarakat
290
tentang kebersihan. Dengan maksud papan iklan ini tidak akan diganti sampai ia
benar-benar rusak, kerana papan iklan ini menyatu dengan tiangnya sehingga susah
untuk dibongkar. Penggunaan warnanya lebih cerah berbanding papan iklan sebelum
tsunami. Mesej visualnya ditampilkan dalam bentuk foto yang telah diolah dengan
menggunakan komputer grafik, sebelum tsunami mesej visualnya berbentuk ilustrasi.
5.3 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Reka Bentuk Grafik
(Papan Iklan) di Banda Aceh
Sebahagian masyarakat Aceh mengatakan bahawa bencana tsunami
membawa hikmah tersendiri, iaitu setelah tsunami perdamaian di Aceh mulai wujud
dengan penandatanganan perdamaian pada tarikh 15 Ogos 2005 yang berlangsung di
Helsinki, Finland. Sebelum tsunami perwujudan perdamaian di Aceh telah dilakukan
dengan pelbagai cara, akan tetapi tidak ada satupun yang berhasil. Perdamaian di
Aceh menjadi faktor utama bagi terlaksananya pembangunan dan penanam modal
daripada pelabur. Dengan adanya perdamaian ini, daerah Aceh menjadi berkembang
dan hal ini juga mempengaruhi perkembangan dalam bidang reka bentuk grafik
Faktor yang mempengaruhi perkembangan reka bentuk grafik di Aceh
setelah tsunami, adalah kerana banyaknya masyarakat luar yang masuk ke Aceh
(baik tempatan mahupun luar negara) dan disebabkan juga oleh perkembangan
teknologi.
291
5.3.1 Pengaruh Masuknya Masyarakat dari Luar Aceh
Sebelum tsunami daerah Aceh sangat tertutup pada pendatang dari luar Aceh,
hal ini disebabkan konflik yang terjadi di Aceh, sehingga menjadikan daerah Aceh
kurang aman untuk dikunjungi baik untuk pelancongan mahupun untuk menanam
modal. Konflik ini sering terjadi di daerah pedalaman seperti daerah bahagian timur
dan barat.
Hal ini berbeza dengan keadaan sekarang, setelah tsunami banyak masyarakat
dari luar Aceh yang datang baik mereka bersendirian mahupun mereka yang
bergabung dalam NGO dengan tujuan untuk memberi bantuan baik dari segi materi
mahupun skill. Tetapi dengan melihat keadaan Aceh yang mulai aman terutama sejak
penandatanganan perjanjian perdamaian di Helsinki, banyak masyarakat luar yang
menjadikan Aceh sebagai tempat berlabur. Sesudah tsunami daerah Aceh mengalami
kemajuan yang pesat baik dari segi pendidikan, ekonomi, sosial mahupun di bidang
seni. Dengan amannya daerah Aceh sekarang ini menjadikan Aceh lebih maju dari
sebelumnya. Seperti sekarang ini banyak kedai makan dengan menu yang beragam
mulai dari fast food hingga makanan khas daerah lainnya. Berbeza dengan
sebelumnya orang takut untuk berlabur kerana keadaan tidak aman. Hal ini juga
berpengaruh pada reka bentuk grafik di Aceh terutama papan iklan. Banyak idea-idea
baru yang muncul dari pendatang luar kemudian diwujudkan dalam bentuk papan
iklan. Hal ini biasanya dilakukan oleh para NGO yang pekerjanya berasal dari luar
Aceh.
Berdasarkan temu bual dengan pemilik reka bentuk grafik yang ada di Aceh,
didapati bahawa tempahan produk reka bentuk grafik lebih banyak setelah tsunami.
Kalau sebelum tsunami tempahan produk banyak ditempah pada musim-musim
tertentu sahaja, seperti pada masa pilihan raya, hari raya dan sempena hari lainnya.
292
Sesudah tsunami hampir setiap hari mendapat tempahan produk reka bentuk grafik,
dan yang paling banyak ditempah oleh NGO. Sebahagian besar reka bentuknya
ditentukan oleh pihak NGO itu sendiri. Dari sinilah pihak pereka bentuk grafik
mendapatkan idea-idea baru dalam menghasilkan karyanya. Seperti papan iklan yang
dahulunya menggunakan plat aluminium sebagai materialnya, sekarang banyak yang
menggunakan Vinyl, dan dulunya belum menggunakan aplikasi fotografi dalam
papan iklan, sekarang hampir semua papan iklan menggunakan aplikasi fotografi,
yang merupakan tuntutan reka bentuk yang diajukan oleh pihak NGO atau para
pendatang dari luar. Dan ini menjadi masukan untuk para pereka bentuk grafik
tempatan dalam berkarya.
Ada sebahagian industri reka bentuk grafik yang mengambil pekerja dari luar
Aceh setelah tsunami, pekerja tersebut telah lama mempelajari proses pembuatan
produk reka bentuk grafik di daerah yang berkembang seperti pulau Jawa. Hal ini
membawa dampak yang positif dalam perkembangan reka bentuk grafik di Aceh.
Dengan keadaan Aceh yang mulai aman sehingga memungkinkan pekerja dari luar
Aceh untuk bekerja di Aceh. Berbeza dengan sebelum tsunami banyak pekerja dari
luar Aceh, Jawa khususnya yang terpaksa kembali ke daerahnya, kerana mereka
berasa tidak nyaman dengan keadaan Aceh pada masa itu (konflik).
5.3.2 Pengaruh Perkembangan Teknologi pada Reka Bentuk Grafik di Aceh
Berdasarkan temu bual dengan bapak Drs.T. Zakaria, A. Salam, ST dan
Nurman Hidayat disimpulkan bahawa, penggunaan media komputer sekarang ini
sangat membantu dalam proses pembuatan reka bentuk, baik yang dijadikan dalam
bentuk akhbar, leaflet, poster, kain rentang, kalender, sablon, papan iklan dan
lainnya. Pada tahun 1980an para pereka bentuk grafik di Aceh belum menggunakan
komputer sebagai alat bantu, mereka masih menggunakan alat bantu manual, dan
293
pada masa tersebut belum adanya papan iklan dengan ukuran yang besar seperti
sekarang ini. Pada akhir tahun 1980an baru ada beberapa pereka bentuk yang
menggunakan komputer sebagai alat bantu dalam membuat reka bentuk. Dengan ada
komputer membuat kerja lebih mudah dan tidak memerlukan masa yang lama.
Dengan adanya teknologi komputer, reka bentuk grafik telah mengalami
perkembangan yang pesat berbanding sebelumnya. Pada awalnya kepakaran dalam
menghasilkan karya reka bentuk grafik diperoleh melalui bidang pendidikan formal
di sekolah seni atau belajar melalui latihan reka bentuk, namun setelah era kemajuan
informasi teknologi telah memberikan banyak kemudahan melalui pembelajaran
terus dengan buku-buku yang dijual secara bebas, proses dalam berkarya menjadi
semakin mudah, baik secara teknik mahupun proses berkreasi.
Kemajuan teknologi yang dicapai oleh negara-negara membangun, telah
banyak menghasilkan pelbagai produk untuk dimanfaatkan dalam kehidupan
manusia. Penemuan teknologi microchip telah banyak memberikan pembaharuan
dalam cara memanfaatkan penemuan teknologi tersebut menjadi perisian komputer.
Pengembangan terhadap teknologi komputer tersebut yang kemudian diaplikasikan
menjadi alat bantu dalam proses perancangan, khususnya perancangan grafik. Maka
alat tersebut kini dikenal dengan sebutan komputer grafik. Perkembangan teknologi
komputer grafik yang menawarkan pelbagai bentuk kemudahan dan tahap
kecanggihannya, ketika ini telah menjadi suatu keperluan pada hampir kebanyakan
biro reka bentuk, perancangan grafik dan biro periklanan.
Komputer grafik ialah perisian yang terdiri daripada software (perisian) dan
hardware (perkakasan), yang didukung oleh pelbagai jenis fasiliti untuk keperluan
‘teknis’ dalam perancangan grafik, adapun software yang telah dikembangkan
sedemikian rupa agar mampu memenuhi keperluan perancang seperti: Adobe
294
Photoshop, Aduls Freehand, Adobe Illustrator, Corel Draw, Page maker, Painter,
Quark Xpress dan lainnya.
Dengan adanya software tersebut serta sarana bantu lainnya seperti
pencetak, pengimbas, kamera digital dan lainnya, membawa perubahan yang bererti
terhadap penampilan-penampilan reka bentuk produk cetakan seperti poster, brosur,
leaflet, papan iklan, buku profil perusahaan, laporan tahunan, kalender dan lainnya.
Perubahan-perubahan tadi meliputi penataan penampilan rupa, penggayaan, rekayasa
foto, penampilan huruf, tataletak, serta sistem produksinya.
Pereka bentuk dapat melakukan pelbagai olahan visual melalui pelbagai
perangkat lunak (software) yang tersedia dalam fasiliti komputer grafik. Hal ini
disebabkan perangkat komputer menyediakan sistem kerja yang meniru semua teknik
dalam peralatan gambar seperti cat air, cat poster, charcoal, pensil warna, air brush,
brush stroke dan lainnya. Dalam program pengolahan pixel disediakan fasiliti
pengolah hasil fotografi dengan sistem yang meniru hampir seluruh efek pada teknik
fotografi seperti: efek blur, sharpen, brightness, contrast, saturation, render, tekstur
dan lainnya.
Komputer merupakan peralatan serba boleh yang sangat membantu pereka
bentuk dalam proses merancang. Mempertimbangkan kelebihan komputer sebagai
alat dalam hal kecepatannya untuk melakukan repitisi atau pengulangan bentuk
objek, distorsi atau perubahan bentuk dan manipulasi foto, sehingga pencarian
alternatif sebanyak-banyaknya menjadi dipermudah. Perombakan terhadap
komponen reka bentuk untuk menghasilkan suatu pemetaan ulang pengetahuan
dalam mewujudkan idea visual, dengan mudah dapat dilakukan dengan komputer
grafik.
295
Dengan hadirnya komputer sebagai alat bantu dalam proses perancangan
grafik, semakin terbuka pelbagai kemungkinan bagi perancang dalam mewujudkan
idea komunikasinya, melalui pelbagai alternatif penampilan yang sebelumnya tidak
mungkin dilakukan dengan teknik manual. Secara signifikan terjadi beberapa
perubahan terhadap penampilan keseluruhan daripada karya-karya grafik di Aceh
sesudah tsunami, khususnya pada tataungkap visual yang berupa foto, huruf,
tataletak, penggayaan, serta bahasa komunikasinya. Hal ini demikian kerana bantuan
daripada perisian komputer yang menyediakan pelbagai fasiliti untuk mengolah
pelbagai keperluan gambar.
Selain komputer sebagai salah satu teknologi yang sangat berpengaruh dalam
reka bentuk grafik, terdapat juga mesin atau peralatan lainnya yang mempengaruhi
proses penciptaan reka bentuk grafik untuk diproduksi menjadi suatu produk.
Pengaruh masuknya teknologi di Aceh dalam pembuatan reka bentuk grafik sangat
dirasai setelah terjadinya bencana tsunami. Hal ini berdasarkan temu bual dengan
Drs. T. Zakaria (direktur CV Kreasi Grafika), contohnya seperti pembuatan kain
rentang dengan menggunakan mesin, yang dahulunya hanya mengunakan tangan
untuk mengecat hurufnya satu persatu di atas permukaan kain rentang, yang
memerlukan masa yang lama, oleh itu dalam sehari hanya mampu menghasilkan tiga
hingga lima buah kain rentang perorang, sedangkan sekarang ini dengan
menggunakan mesin dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.
296
BAB VI KESIMPULAN
6.1 Kesimpulan
Tsunami mengakibatkan Aceh menjadi terbuka seperti mana daerah-daerah
lain di Indonesia. Akibatnya keterbukaaan itu telah memungkinkan kemasukan
pengunjung dari segenap Indonesia malah pengunjung dari luar negara. Keterbukaan
Aceh juga turut mengundang kemasukan dana pelabur asing.
Reka bentuk grafik di Aceh banyak mengalami perubahan baik dari segi
kuantiti mahupun kualiti. Sebelum tsunami banyak papan iklan yang menggunakan
model manusia dalam bentuk ilustrasi dekoratif, yang dilukis manual dengan
menggunakan tangan, tetapi sekarang sesudah tsunami model manusia yang
ditampilkan dalam bentuk gambar (foto manusia), ini juga merupakan akibat
perkembangan teknologi. Secara tidak langsung perubahan reka bentuk grafik juga
dipengaruhi oleh idea-idea daripada para pekerja NGO yang menempah produk reka
bentuk grafik berdasarkan idea daripada mereka
Jumlah reka bentuk grafik khususnya papan iklan mengalami peningkatan,
kerana banyak penaja yang memasang iklannya di Aceh, baik papan iklan komersial
mahupun papan iklan khidmat masyarakat. Iklan komersial setelah tsunami
mengalami peningkatan yang sangat pesat dari segi jumlahnya begitu juga dalam hal
kualiti. Oleh sebab adanya kedamaian di daerah Aceh sesudah tsunami, menjadikan
para penaja iklan komersial mulai ‘melirik’ Aceh sebagai daerah promosi produk
mereka.
Kebanyakan papan iklan khidmat masyarakat sebelum tsunami termasuk
jenis painted board dibuat daripada material plat aluminium serta menggunakan
teknik illustrasi dekoratif dalam penggambaran modelnya pada papan iklan. Mesej
297
yang disampaikan cenderung untuk mengajak masyarakat Aceh untuk sama-sama
membangunkan Aceh dan mewujudkan perdamaian. Papan iklan pada masa ini
banyak ditaja oleh pemerintah, tetapi setelah tsunami hal ini sangat berbeza, kerana
hampir semua papan iklan termasuk jenis poster panel dengan menggunakan
material Vinyl, penggambaran modelnya menggunakan teknik fotografi yang
diaplikasikan dengan komputer grafik. Mesej yang disampaikan sangat bervariasi
seperti; pembangunan, kesihatan, KB (Keluarga Berencana), kebersihan lingkungan,
zakat, buta aksara (pendidikan), syariat Islam, pelayanan urusan administrasi yang
dapat dilakukan dengan cepat dan mudah, perlindungan pengguna, pajak (kenderaan
dan restoran), perletakan senjata, dan perdamaian. Papan iklan khidmat masyarakat
pula setelah tsunami banyak ditaja oleh NGO.
Pengaruh damainya Aceh menjadi faktor utama dalam perkembangan reka
bentuk grafik di Aceh, khususnya papan iklan, Oleh sebab itu, banyak orang dari luar
Aceh yang dulu tidak berani datang ke Aceh kerana konflik, kini dapat bebas
mengunjungi Aceh tanpa ada rasa takut. Pengaruh datangnya orang luar Aceh baik
suka relawan ataupun pekerja NGO sesudah berlakunya tsunami mendatangkan
berbagai-bagai pengaruh, baik dari segi ekonomi, sosial, budaya dan pendidikan.
Seiring dengan perkembangan zaman teknologi mempunyai pengaruh yang
banyak dalam pengembangan reka bentuk, terutama di daerah Aceh. Seperti
beberapa industri reka bentuk grafik di Aceh, yang kerana dahulunya hanya beberapa
industri yang mempunyai komputer sebagai alat dalam proses pembuatan karya reka
bentuk grafik, berbeza dengan sekarang yang semua industri reka bentuk grafik
mempunyai komputer dan mesin lainnya yang sangat membantu dalam menghasikan
produk-produk reka bentuk grafik yang tidak kalah dengan daerah lainnya.
298
Sebelum tsunami penerapan syariat Islam di Aceh sudah mulai diterapkan,
namun belum begitu sempurna seperti sekarang ini, yang telah terbentuknya polis
WH (Wilayatul Hisbah) atau sering disebut juga polis yang menjalankan tugas
berdasarkan syariat Islam. Penerapan syariat Islam ini juga mempengaruhi reka
bentuk grafik di Aceh terutama pada papan iklan, hal ini dapat dilihat pada beberapa
papan iklan yang menggunakan model perempuan diharuskan menutup aurat
(memakai baju muslim). Semoga dengan adanya penerapan syariat Islam ini, tidak
memudarkan semangat dan kreativiti pereka bentuk grafik dalam menghasilkan
karya-karyanya.
6.2 Cadangan Penelitian Akan Datang
Media reka bentuk grafik terdiri daripada pelbagai jenis, salah satunya ialah
papan iklan seperti yang disebut dalam penelitian ini. Peneliti mendapati masih
banyak lagi penelitian tentang reka bentuk grafik di Aceh yang perlu diteruskan,
antara cadangan peneliti pada masa yang akan datang ialah:
1. Meneliti karya reka bentuk grafik dengan menggunakan media lainnya, seperti
poster, papan petunjuk, banner, kain rentang dan lainnya. Untuk melihat sama
ada ia mengalami perkembangan sebelum atau seudah berlakunya tsunami.
Seperti yang diperoleh daripada penelitian ini papan iklan di Aceh terutama
Banda Aceh mengalami perkembangan baik dari segi kuantiti mahupun kualiti
setelah berlakunya tsunami.
299
2. Penelitian tentang karya reka bentuk grafik dengan menggunakan metode analisis
semiotika atau disebut juga ilmu yang mengkaji tanda. Tanda-tanda tersebut
menyampaikan suatu informasi sehingga bersifat komunikatif. Seperti mengkaji
sistem tanda yang terdapat pada papan iklan komersial atau papan iklan khidmat
masyarakat, yang biasanya menggunakan sistem tanda yang terdiri atas lambang,
baik dalam bahasa verbal mahupun visual.
300
KEPUSTAKAAN
Adityawan, A. (1999). Tinjauan Desain Dari Revolusi Industri Hingga Posmoderen. Jakarta: UPT Penerbitan Universitas Tarumanagara.
Apridar. (2005). Tsunami Aceh Adzab atau Bencana? (2 ed.). Jakarta: Pustaka Al-
Kausar. Arens, W. F. (1999). Contemporary Advertising. Boston: Irwin Mc Graw-Hill. Arsnton, A. E. (2003). Graphic Design Basics (4 ed.). Canada: Clark Baxtor. Baines, P., & Haslam, A. (2002). Type&Typography. New York: Watson-Guptill
Publications. Ballinger, L. B., & Ballinger, R. A. (1972). Sign, Symbol & form. New Jersey: Van
Nostrand Reinhold Company. Barnard, M. (2005). Graphic Design As Communication. London: Routledge. Barnicoat, J. (1972). A Concise History of Posters. London: Thames and Hudson. Behrens, R. R. (1984). Design in The Visual Art. USA: Prentice-Hall, Inc. Belch, G. E., & Belch, M. A. (2001). Advertising and Promotion (5 ed.). New York:
McGraw-Hill. Bennett, A. (2006). The Rise of Research in Graphic Design. In A. Bennett (Ed.),
Design Studies: Theory and Research in Graphic Design. New York: Princeton Architectural Press.
Berryman, G. (1990). Notes on Graphic Design and Visual Communication (revise
ed.). USA: Crisp Learning. Biggs, J. R. (1968). Basic Typography. London: Faber and Faber. Blanchard, R. W. (1984). Graphic Design. New Jersey: Prentice-Hall INC. Bogdan, R., & Taylor, S. J. (1975). Introduction to Qualitative Research Methods: A
Phenomenological Approach to The Social Sciene. New York: John Willey&Sons.
Bogdan, R. C., & Biklen, S. K. (1998). Qualitative Research for Education: An
Introduction to Theory and Methods. Boston: Allyn and Bacon.
301
Bovee, C. L., & Arens, W. F. (1986). Contemporary Advertising (2 ed.). Homewood: Irwin.
Bungin, B. (2003). Analisis Data Penelitian Kualitatif: Pemahaman Filosofis dan
Metodologis ke Arah Penguasaan Model Aplikasi. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada.
Bustami. (2004). Formalisasi Syariat Islam di Nanggroe Aceh Darussalam.
Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta. Cahanar, P. (Ed.). (2005). Bencana Gempa dan Tsunami Nanggroe Aceh Darussalam
& Sumatera Utara (2 ed.). Jakarta: Buku Kompas. Carter, R., Day, B., & Meggs, P. (1993). Typographic Design: Form and
Communication. New York: Van Nostrand Reinhold. Cenadi, Christine Suharto. (1999). Elemen-Elemen Dalam Desain Komunukasi
Visual. Nirmana Vol 1, No. 1, Januari 1999. Fakultas Seni dan Desain Universitas Kristen Petra.
Cheatman, F. R., Cheatman, J. H., & Haler, S. A. (1969). Design Concepts and
Applications. New Jersey: Prentice-Hall, Inc. Chee, K. (2004). Fokus e-Masteri SPM: Pendidikan Seni Visual. Malaysia: Pelangi
Sdn. Bhd. Creswell, J. W. (1994). Research Design: Qualitative and Quantitative Approaches.
California: SAGE. Croy, P. (1968). Graphic Design and Reproduction Techniques. New York: Focal
Press Ltd. David, D. (2003). How to Understand and Use Design Layout (2 ed.). Ohio: Design
Book. Dees, R. (1997). Writing The Modern Research Paper. USA: Allyn and Bacon. Faisal, S. (1989). Format-Format Penelitian Sosial: Dasar-Dasar dan Aplikasi.
Jakarta: Rajawali Pers. Frascara, J. (2006). Graphic Design: Fine Art or Social Science? In A. Bennett (Ed.),
Design Studies: Theory and Research in Graphic Design. New York: Princeton Architectural Press.
Graham, L. (2002). Basics of Design: Layout and Typography for Beginners. Canada:
Delmar Thomson Learning. Graves, M. (1951). The Art of Color and Design (2 ed.). New York: McGraw-Hill
Book Company.
302
Hariani, R. (2006). Realitas Simbolik Yang Ditampilkan Oleh Iklan Rokok A Mild Versi "Gampang Kok Dibikin Susah". Universitas Muhammadiyah Yogyakarta, Yogyakarta
Heller, S., & Fernandes, T. (2002). Becoming A Graphic Designer (2 ed.). New York:
John Willey&Sons. Hill, W. (2005). The Complete Typographer: A Manual for Designing with Type.
Singapore: Pageone. Hofmann, A. (1965). Graphic Design Manual: Principles and Practice. New York:
Van Nostrand Reinhold Company. Hollis, R. (2001). Graphic Design: A Concise History. Slovenia: Thames & Hudson
World of Art. Holme, B. (1982). The Art of Advertising. London: Preeage Books. Kress, G., & Leeuwen, T. V. (1996). Reading Images the Grammar of Visual Design.
London: Routledge. Kusmiati, A., Pudjiastuti, S., & Suptandar, P. (1999). Teori Dasar Disain Komunikasi
Visual. Jakarta: Djambatan. Landa, R. (1998). Thinking Creatively: New Ways to Unclock Your Visual
Imagination. Ohio: How Design Books. Landa, R. (2005). Graphic Design Solutions (3 ed.). Australia: Thomson Delmar
Learning. Lofland, J., & Lofland, L. H. (1995). Analyzing Social Settings: A Guide to
Qualitative Observation and Analysis (3 ed.). California: Wadsworth Publishing Company.
Lauver, D. A., & Pentak, S. (2002). Design Basics (5 ed.). Australia:
Wadsworth/Thomson Learning. Lewis, J. (1978). Typography: Design and Practice (3 ed.). London: Barrie&Jenkins,
Ltd. Kamus Besar Bahasa Indonesia. (2005). (3 ed) Jakarta: Departemen Pendidikan
Nasional Balai Pustaka Marberry, S. O., & Zagon, L. (1995). The Power of Color: Creating Healthy Interior
Spaces. Canada: John Willey&Sons. Marshall, C., & Rossman, G. B. (1995). Designing Qualitative Research (2 ed.).
California: SAGE Publication.
303
Mat, M. Y. C. (2001). Bahasa Iklan Barangan Penjagaan Diri : Suatu Analisis dari Aspek Retorik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Maxwell, J. A. (1998). Handbook of Applied Social Research Methods. London:
SAGE. Mayall, W. H. (1979). Principles Design. United Kingdom: Design Council. Meggs, P. B. (1992). A History of Graphic Design (2 ed.). New York: Van Nostrand
Reinhold. Miles, M. B., & Huberman, A. M. (1994). Qualitative Data Analysis An Expanded
sourcebook (2 ed.). Thousand Oaks: SAGE. Moleong, L. J. (2001). Metodologi Penelitian Kualitatif. Bandung: PT Remaja
Rosdakarya. Naibaho, T., & Murwonugroho, W. (1998). Metodologi Riset Seni Rupa dan Desain.
Jakarta: Universitas Trisakti. Patton, M. Q. (1980). Qualitative Evaluation and Methods. London: SAGE. Patton, M. Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods (2 ed.). London:
SAGE. Peterson, B. L. (1996). Using Design Basics to Get Creative Results. Ohio: North
Light Books. Phillips, B. S. (1969). Social Research: Strategy and Tactics. New York: The
Macmillan Company. Piliang, Y. A. (2005). Diskontinuitas Kultural Aceh. Media Indonesia. Pipes, A. (1997). Production for Graphic Designers (2 ed.). London: Laurence King. Pujiriyanto. (2005). Desain Grafis Komputer: Teori Grafis Komputer. Yogyakarta:
Andi. Rasyid, M. R. (2004). Otonomi Daerah: Latar Belakang dan Masa Depannya. Dalam
S. Haris (Ed.), Desentralisasi dan Otonomi Daerah. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.
Resnick, E. (2003). Design for Communication:Conceptual Graphic Design Basics.
New Jersey: John Wiley&Sons. Inc. Roberts, R. (1966). Typographic Design. London: Ernest Benn Limited. Ryan, W., & Conover, T. (2004). Graphic Communications Today (4 ed.). New York:
Thomson/Delmar Learning.
304
Sachari, A. (2004). Pengantar Metodologi Penelitian Budaya Rupa: Desain, Arsitektur, Seni Rupa dan Kriya. Jakarta: Erlangga.
Salim, S. R. A. (2005). Tinjauan Dari Beberapa Aspek Ekonomi Manajerial Terhadap
"Bisnis TV Layar Datar (Flat Screen)" Adu Kuat Dan Cepat Dalam Teknologi: Universitas Sumatra Utara.
Scott, R. G. (1951). Design Fundamentals. New York: McGraw-Hill Book Company,
Inc. Slavin, R. E. (1992). Research Methods in Education (2 ed.). London: Allyn and
Bacon. Swann, A. (1978). How to Understand and Use Design and Layout (2 ed.). Ohio:
North Light Books. Turnbull, A. T., & Baird, R. N. (1975). The Graphics of Communication:
Typography, Layout, Design (3 ed.). USA: Holt, Rinehart and Winston. Unaradjan, D. (2000). Pengantar Metode Penelitian Sosial. Jakarta: Grasindo. Usman, A. R. (2003). Sejarah Peradaban Aceh. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia. Wells, W., Burnett, J., & Moriarty, S. (1998). Advertising Principles and Practice (4
ed.). New Jersey: Prentice-Hall. Wiersma, W. (1995). Research Methods in Education: An Introduction. London:
Allyn and Bacon. Winardi. (1979). Pengantar Metodologi Research. Bandung: Penerbit Alumni. Winter, A. A., & Goodman, S. (1978). Fashion Advertising and Promotions New
York: Fairchild Publications. Nuradi, Noeradi, W., Kridalaksana, H., Utorodewi, F., & Nani, I. (Eds.). (1996)
Kamus Istilah Periklanan Indonesia. Jakarta: P.T Gramedia Pustaka Utama. Wong, W. (1997). Principles of Color Design (2 ed.). New York: John Willey&Sons,
Inc. Wrinkler, A. C., & Cuen, J. R. M. (1994). Writing The Research Paper A Handbook.
USA: Harcourt Brace. Yusoff, M. M., & Siarap, K. H. (1999). Iklan&Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa&Pustaka.
305
INTERNET Afif, Z. (2004). Konflik Indonesia Aceh Penyelesaiannya. http://www.freelists.org/post/ppi/ppiindia-Z-Afif-KONFLIK-INDONESIA- ACEH-PENYELESAIANNYA Alkaf, M. (2007). Aceh dan Tantangan Multikulturalisme. Divisi Riset Aceh Institute. Diakses 28 Februari 2008. (www.acehinstitute.org) Rea, H. (2007). Aceh Nun Jauh Dipandang. Kunci Cultural Studies Center. Diakses 23 Maret 2008. http://kunci.or.id/esai/nws/16/helena_aceh.htm. Age, Tarmizi. Perdamaian Aceh Berada di Ambang Keraguan. Diakses 10 April 2007.http://www.kabarindonesia.com/
Asshiddiqie, Jimly.(2000). Reformasi Menuju Indonesia Baru: Agenda Restrukturisasi Organisasi Negara, Pembaruan Hukum, dan Keberdayaan Masyarakat Madani. Diakses 22 June 2007. http://www.unissula.ac.id/mh/file/j014(A).doc.
Eriandi. (2008). Honda Raja di Dunia Roda Dua. http://eriandi.wordpress.com/. Diakses 15 Julai 2008 Pemberlakuan Syariat Islam di Aceh. (12 Maret 2004 ). Diakses 4 Januari 2007 http://www.serambinews.com/
Zulkarnaen, I. (2005). Peran Pihak Ketiga Dalam Penyelesaian Konflik di Aceh: Analisa Kegagalan HDC Serta Prospek Damai MoU Helsinki. Diakses 14 Ogos 2007. The Aceh Institute. http://acehinstitute.org/
Dermawan T, Agus. Lahirnya Istilah ’Perancang Grafik’. Diakses 10 Disember 2006.
http://www.desaingrafisindonesia.wordpress.com/ Indrapuri, Zona Damai Pertama Aceh. (26 Januari 2003). Diakses 10 Januari 2007 http://www.kompas.com/ Model Iklan di Aceh Harus Berjilbab. (9 Ogos 2007). Diakses 28 Oktober 2007 http://www.repuplika.co.id/ Daniprawiro, Mulyono (2008) Membangun Jaringan Lama. Diakses 12 April 2008. Edisi 86/Tahun IX/Maret 2008). Majalah Gemari. Subhan SD. (2007). Televisi LG Pacu Teknologi Mengkreasi Desain. Diakses 17 Disember 2007. http://www.kompas.com/portal/infotekno/view.cfm?p=2007.12.28143251
306
Simanjuntak, Yeni & Siagian, Naomi. (2003). Bisnis Minuman Berenergi Tetap Menggiurkan. Diakses 10 Januari 2007. http://www.sinarharapan.co.id/ekonomi/promarketing/2003/0701/prom1.html
Sianturi, Eddy MT. (2005). Implikasi Kesepakatan Damai (MoU) Helsinki Terhadap Integrasi Nasional. Diakses 18 June 2007. http://buletinlitbang.dephan.go.id/index.asp?mnorutisi=5&vnomor=15
Hidayat, Taufik. (20 April 2006). Persaingan Rokok Mild: Berat, Tak Seringan Namanya. Diakses 11 April 2007. Majalah SWA. Edisi: 08/2006.
Vinsensius Sitepu. Panduan Mengenal Desain grafis. Diakses 2 Ogos 2006. http://www.escaeva.com/ Pamuji, Heru. (21 Mac 2005). Majalah Gatra No. 19. Diakses 19 Mac 2007. http://www.gatra.com/ Buchari, Erika. (2008). Motor . Diakses 29 November 2008 http://www.erikabuchari.com/2008/11/05/motor/ Yong, M. Y. M. (2003). Siri Ilmu: Tsunami. Diakses 22 November 2006
http://www.geocities.com/semua_hal/FaktaTsunami.htm Suzuki Target Rebut Pasar Pangkal Pinang. Diakses 13 June 2008. http://www.kapanlagi.com/h/0000186026.html Konser Hijau Slank di Aceh Untuk Amal. Diakses 20 Disember 2007. http://www.kapanlagi.com/h/0000175844.html Menkes Himbau Masyarakat Aktifkan Kembali Posyandu. Diakses 14 November 2007. http://www.kapanlagi.com/h/0000072549.html IFC Bantu Kembangkan Kompetisi Dunia Usaha Aceh. Diakses 11 Oktober 2008. http://www.kapanlagi.com/h/0000129616.html Satukan Langkah Membangun Kembali Aceh Tercinta!, Honda Peduli Untukmu Aceh. Diakses 14 September 2008. http://www.astra-honda.com/news/?act=detail_arsip&p_id=23 Komunikasi Visual dan Multi Media. Diakses 2 Ogos 2006. http:// www.fsrd.itb.ac.id/ Dedikasi Honda Untukmu Guru Bangsa. Diakses 21 Februari 2008. http://www.fifkredit.com/fifnew/sejarah.asp Realisasi Pajak Perhotelan dan Restoran Meningkat. Diakses 14 Mac 2008. http://www.nad.go.id/index.php?option=isi&task=view&id=2806&Itemid=2/ Retribusi Sampah Naik. Diakses 14 Mei 2008. Rubrik: Kutaraja. http://serambinews.com/
307
Target PAD dari PKB dan BBN-KB Rp198 Miliar Lebih Kendaraan Plat Luar Mulai Mutasi ke BL. Akhbar Analisa. Diakses 18 Januari 2008. Edisi: Senin 7 Mei 2007. Dji Sam Soe Luncurkan Varian Baru. Diakses 20 Julai 2008. http://www.suaramerdeka.com/harian/0609/23/eko02.htm DKP Banda Aceh Olah Limbah Tsunami Jadi Barang Berharga. Diakses 12 April 2008. www.indonesia-addis.org.et/berita/isi%20berita/artikel/pdf Syari’at Islam dan Peradilan Pidana di Aceh. Asia Report No 117-31 Juli 2006. International Crisis Group Working to Prevent Conflict Worldwide. Banda Aceh Bebas Sampah 2012. Diakses 18 Mei 2008. http://www.harian-global.com/news.php?item.32046.24 Program Perkuatan Posyandu Provinsi DKI Jakarta. Diakses 27 Mei 2007 http://gebyar posyandu27.com.nsgemari.com
Warsidi, Adi. (2007). Renungan Media; Perang dan Damai. Diakses 7 Januari 2008 http://acehrecoveryforum.org/id/index.php?action=Artikel&no=1038 Jalil, Husni. (2006). Tata Cara dan Materi Muatan dalam Pembentukan Qanun. Diakses 23 Mac 2007. http://acehrecoveryforum.org/id/ Pelabuhan Ekspor di Aceh Mendesak Pusat Pengembangan Ekspor Diresmikan Diakses 23 Mac 2008 http://www.medanbisnisonline.com/rubrik.php?p=110289&more=1 http://www.litbang.depkes.go.id/maskes/072005/flu_burung.pdf/. Diakses 19 Julai 2008. http://www.sonyericsson.com/cws/companyandpress/aboutus/design?cc=id&lc=id/. Diakses 29 Mei 2008. http://www.xl.co.id/Korporat/Tentang_XL/Filosofi_Perusahaan/. Diakses 29 Mei 2008. http://www.otakku.com/index.php/2008/07/07/lg-smart-time-machine-special- edition-lcd-tv-for-the-bejing-olympics/. Diakses 20 Ogos 2008.
http://desaingrafisindonesia.wordpress.com. Diakses 10 Disember 2006.
http:// www.bandaaceh.go.id/. Diakses 15 Ogos 2006.
http://www.bni.co.id/TentangBNI/Pengantar/. Diakses 19 Mac 2008
http://www.tniad.mil.id/. Diakses 23 Mei 2007
http://www.kejaksaan.go.id/unit_kejaksaan.php?idu=31. Diakses 15 Oktober 2007
http://www.djarum-super.com/. Diakses 16 April 2008.
308
http://www.blackinnovationawards.com/. Diakses 28 June 2008.
http://www.telkomsel.com/web/simpati. Diakses 15 Mac 2007
http://www.autoblackthrough.com/. Diakses 12 Julai 2007.
http://Dji_Sam_Soe.com/. Diakses 23 June 2007.
http://www.suaramerdeka.com/. Diakses 23 June 2007.
http://www.investinaceh.org/. Diakses 14 Julai 2008.
http://www.detikpublishing.com/. Diakses 12 April 2007.
http://www.fifkredit.com/. Diakses 29 April 2008.
http://www.yamaha-motor.co.id/. Diakses 13 Ogos 2007.
http://www.lampungpost.com/. Diakses 19 Ogos 2008.
http://www.kapanlagi.com/. Diakses 17 Mei 2008
http://www.bolaeropa.kompas.com/. Diakses 20 June 2008.
http://www.extrajoss.com/xmldata/about.php/. Diakses 22 April 2008.
http://www.bukopin.co.id/. Diakses 19 Mac 2008.
http://www.prudential.co.id/. Diakses 28 April 2008.
http://www.antara.co.id/. Diakses 18 Mac 2008.
http://www.harian-global.com/news. Diakses 12 Mei 2007
http://www.depkes.go.id/. Diakses 30 Mac 2008.
http://asbanda.com/bpd.php?id=1/. Diakses 12 April 2008.
http://www.bri.co.id/tentang/profil.aspx?id=2/. Diakses 19 Mac 2008.
http://www.bukopin.co.id/ID/profil_csr.htm/. Diakses 19 Mac 2008.
http://www.astra-honda.com/. Diakses 12 Mei 2008.
http://www.gudanggaramtbk.com/. Diakses 17 June 2008.
http://www.motorola.com/consumer/v/index/. Diakses 29 Mei 2008.
http://www.kptsp-bandaaceh.com/alur_pelayanan.htm/. Diakses 30 Mac 2008
http://www.telkomsel.com/web/corporate_news/. Diakses 29 Mei 2008.
http://www.telkom.net/pojok_telkomnet_sli.php/. Diakses 29 Mei 2008.
http://incoharper.multiply.com/journal/. Diakses 2 June 2008.
http://forumbangunaceh.org/. Diakses 15 April 2007.
http://kabarindonesia.com/. Diakses 15 April 2007.
http://www.deptan.go.id/. Diakses 15 Mei 2008.
http://www.satriopinandito.wordpress.com/. Diakses 12 Mei 2008.
http://www.matabumi.com/features/capoeira. Diakses 20 Mac 2007.
309
SENARAI NAMA-NAMA YANG DITEMU BUAL
1. M. Akhyar Ferdi, ditemu bual pada tarikh 25 April 2007 di industrinya CV. Alam Grafika Jln. T. Nyak Arief Sp Mesra Banda Aceh
2. Fatarjani, ditemu bual pada tarikh 24 Mei 2007 di industrinya
Pede Grafika Jln. T. Nyak Arief No.28 Lamnyong Banda Aceh
3. Ansari, ditemu bual pada tarikh 9 April 2007 di industrinya CV. Bina Karya Grafika Jln. Singgah Mata No. 28 Blower Banda Aceh
4. Drs.T. Zakaria, ditemu bual pada tarikh 10 April dan 18 April 2007 di industrinya CV. Kreasi Grafika Jln. Al-Huda No. 1-3 Kp Laksana Banda Aceh
5. Bahtiar, ditemu bual pada tarikh 4 April 2007 di industrinya Maistro
6. A. Salam, ST, ditemu bual pada tarikh 11 April dan 16 April 2007 di industrinya CV. Studio 12 Jln. Puda No.1 Kuta Alam Banda Aceh
7. Jimmy Dawam Dawood, ditemu bual pada tarikh 4 June 2007 di industrinya CV. Dominan Jln. Ahmad Yani No.41 Peunayong Banda Aceh
8. Irwan, ditemu bual pada tarikh 10 Mei 2007 di industrinya Monara Grafika
9. Drs. H. Syahrir, ditemu bual pada tarikh 28 Mac 2007 di industrinya CV. Tati Group Jln. Pocut Baren No. 57 Banda Aceh
10. Syamsuddin, S, ditemu bual pada tarikh 16 April 2007 di industrinya Aneka Grafika Jln. Singgah Mata Blower Banda Aceh
11. Nasroel, ditemu bual pada tarikh 23 Mei 2007 di industrinya Getsa Studio
12. Isnadi, ditemu bual pada tarikh 8 Mei 2007 di industrinya
310
CV. Laghunta Jln. T. Nyak Arief Lamnyong Banda Aceh
13. Nourman Hidayat, ditemu bual pada tarikh 8 Mei 2007 di industrinya Studio Nun Jln. T. Nyak Arief No. 235C Sp. Mesra Banda Aceh
14. Fajar Syahputra, ditemu bual pada tarikh 14 Mei 2007 di industrinya Fajar Studio Jln. W.R. Supratman No. 78 Simpang Keudah Banda Aceh
15. Adnan Murad, ditemu bual pada tarikh 26 April 2007 di industrinya CV. Intat Beurata Jln. Tgk. H. M. Daud Beureueh No. 92 Banda Aceh 16. Saifuddin, S.Ag, ditemu bual pada tarikh 5 Juni 2007 di industrinya
CV. Mitra Grafika
17. Untung Supriadi, ditemu bual pada tarikh 15 Mei 2007 di industrinya CV. Defri Grafika Jln. Impres Komp. PMABS kp. Baru Banda Aceh 18. Syamsul Kahar, ditemu bual pada tarikh 31 Mei 2007 di industrinya PT. Aceh Media Grafika Jln. Banda Aceh-Medan KM 4,5 desa Mns. Manyang Aceh Besar 19. Jailani, ditemu bual pada tarikh 18 Mei 2007 di industrinya Percetakan negara Republik Indonesia Jln. Diponegoro No. 76 Banda Aceh 20. Ahmad Mauladi, ditemu bual pada tarikh 3 Mei 2007 di industrinya Morenk Opposition Art Peurada Utama No. 120B Lamgugob Banda Aceh 21. Yusran, Msi, ditemu bual pada tarikh 4 June 2007 di pejabatnya Dinas Informasi dan Komunikasi Provinsi NAD Jln. S.A Mahmudsyah No. 14 Banda Aceh 22. Mahdi Abdullah, ditemu bual melalui email.
Penataletak, karikatur akhbar Serambi Indonesia
23. Heddy Heriadi, ditemu bual melalui email. Pensyarah reka bentuk grafik di Universitas Trisakti
24. Susapto Murdowo, ditemu bual melalui email. Pensyarah Seni Halus Universitas Negeri Yogyakarta (UNY)
25. Sumbo Tinorbuko, ditemu bual melalui email.
311
Pensyarah reka bentuk grafik Institute Seni Indonesia (ISI)
26. Sujud Susanto, ditemu bual melalui email. Pensyarah reka bentuk grafik Institute Seni Indonesia (ISI)
27. Yuhendra Saputra, ditemu bual pada tarikh 4 Mei 2007 di pejabatnya. Pereka bentuk grafik akhbar Serambi Indonesia
28. Sukrilah, ditemu bual pada tarikh 4 Mei 2007 di pejabatnya Penataletak akhbar Serambi Indonesia
29. Edi Irama Putra, ditemu bual pada tarikh 7 Mei 2007 di pejabatnya Pereka bentuk grafik Aceh Magazine
30. Vinsensius Sitepu, ditemu bual melalui email. Pensyarah reka bentuk komunikasi visual Universitas Sumatera Utara (USU) 31. Suria Bakti SH, MM, ditemu bual pada tarikh 4 June 2007 di pejabatnya Staf di KTSP (Kantor Pelayanan Terpadu Satu Pintu)