Post on 16-Jan-2023
PENGENALAN
Blaus merupakan pakaian yang sesuai dipadankan dengan
seluar, skirt mahupun jeans. Stail rekaan blaus yang sesuai
akan memberikan keselesaan kepada si pemakai.
Blaus boleh digunakan sebagai pakaian harian. Pemilihan
fabrik yang berkualiti dan selesa dipakai akan menjadikan
blaus kelihatan cantik dan menarik. Blaus juga amat sesuai
dipakai bagi wanita yang sukakan gaya yang lebih ringkas
tetapi masih mengutamakan kriteria-kriteria moden dan santai.
Jika dilihat pada masa kini, terdapat pelbagai rekaan dan
stail yang cantik bagi memenuhi kehendak serta citarasa setiap
wanita.
Dalam penghasilan blaus ini, saya telah memilih untuk
mereka blaus ringkas. Fabriknya pula daripada jenis cotton
yang sejuk bila dipakai. Dari segi warna pula, saya memilih
warna yang lembut iaitu warna coklat lembut.
HURAIAN STAIL PAKAIAN
CORAK
Oleh kerana fabrik yang saya pilih untuk rekaan kemeja ini
adalah kosong, maka tidak terdapat corak pada fabrik.
WARNA
Warna dasar untuk fabrik yang saya pilih adalah cerah
iaitu warna coklat cerah. Ini akan menimbulkan lagi
keceriaan yang ada pada fabrik yang saya pilih.
TEKSTUR FABRIK
Tekstur fabrik ditentukan oleh jenis gentian, pembinaan,
dan kemasan yang diberikan. Saya memilih fabrik yang
bertekstur tampak dan sentuh iaitu kita dapat melihat dan
juga merasa ketebalan, nipis atau gelap fabrik tersebut.
Fabrik yang saya pilih adalah dari jenis cotton yang
ringan dipakai dan tampak kemas.
GARISAN DAN CANTUMAN
Saya memilih fabrik yang tiada corak dan garisan. Saya
memilih fabrik ini kerana ia tampak lebih ringkas.
GARIS LEHER
Garis leher berbentuk ‘U’ sesuai digunakan dalam
rekabentuk pakaian blaus saya. Garis leher ini juga
sesuai untuk saya yang sederhana tinggi.
GARIS LENGAN
Saya memilih lengan panjang reglan untuk blaus saya.
Ini akan menampakkan stail dan member keselesaan pada
si pemakai.
SENARAI UKURAN BADAN
BIL
BAHAGIAN BADAN UKURAN(cm)
GARIS MELINTANG1 Leher 452 Bidang hadapan 453 Dada 1174 Jarak mercu dada 275 Pinggang 1166 Punggung 1207 Bahu 438 Bidang belakang 479 Keliling lengan 5510 Garis leher belakang 8.511 Garis leher depan 14
GARIS MENEGAK1 Garis tengah belakang 452 Labuh blaus 703 Jarak pinggang ke punggung 214 Panjang hadapan blaus 715 Labuh lengan 63/45/356 Bahu ke mercu 27
Pola lengan panjang Pola kolar
blaus
FABRIK DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN
PEMILIHAN FABRIK:
Saya telah memilih fabrik dari jenis cotton. Saya memilih
fabrik ini kerana apabila dipakai akan berasa sejuk dan selesa
dan ia sesuai dengan gaya hidup pada masa kini yang aktif.
Selain itu, fabrik dari jenis cotton juga sesuai untuk
digayakan ketika bersantai bersama keluarga dan juga teman.
Fabrik cotton juga mudah diurus dan harga bagi fabrik ini
tidaklah begitu mahal. Dari segi corak pula, saya mengambil
fabrik yang kosong.
Tekstur merupakan rupa permukaan sesuatu jalinan atau
rasa pada fabrik. Faktor pemilihan tekstur yang tepat mampu
menghasilkan rekaan pakaian yang elok, selesa apabila dipakai.
Oleh itu, saya telah memilih tekstur tampak dan sentuh yang
tidak terlalu nipis kerana ia akan tergantung elok semasa
dipakai. Tambahan pula, ia akan menyerlahkan lagi bentuk
tubuh si pemakai.
Pemilihan warna pula, saya memilih untuk memilih warna
yang cerah dan lembut. Ini akan menyerlahkan lagi personaliti
seseorang wanita.
Pemilihan bahan:
ALATAN KEGUNAANRoda surih Digunakan bersama kertas
karbon untuk memindahkan
garisan pemadan ke atas
fabrik ataupun pola
Kapur Membuat dan memindahkan
garisan pemadan
Pensel Digunakan untuk menanda
garisan pemadan pada
permukaan fabrik
Membuat dan juga memindahkan
tanda pola
Kertas karbon Digunakan untuk memindahkan
motif sulaman ke atas fabrik
Jarum peniti Menyemat pola pada fabrik
supaya tidak mudah lari
terutama sekali pada fabrik
yang licin
Menyemat kepingan fabric
sebelum menjahit
Digunakan untuk kerja mengacu
pakaianGunting fabrik Untuk menggunting fabrik
Mesin jahit Menjahit lurus
Menjahit sulaman
Menjahit lubang butang dan
semua kerja mencantum fabric
Penetas
Menetas mata jahitan dan
menanggalkan benang jahitan
Bod seterika Memudahkan kerja-kerja
menyeterika dan menekan
fabrik
Seterika Menekan dan menyeterika
fabrik supaya kemas dan rata
Pita ukur Mengukur dengan tepat ukuran
badan
Pembaris sesiku Membuat garisan bersudut
tepat dan garisan lurus pada
pola atau fabrik
Bahagian melengkung digunakan
untuk membentuk garis leher
dan lubang lenganPembaris lurus Mengukur dan menanda garisan
lurus pada kertas pola
Mengukur fabrik
PENGEKOSAN
KOS BAHAN UNTUK MEMBUAT BLAUS
BIL BAHAN HARGA SEUNIT
(RM)
KUANTITI HARGA
(RM)1 Kain cotton 3.00 semeter 2 meter 6.003 Butang 0.40 sebiji 6 1.604 Benang 0.80 segelung 1 0.805 Kain gam 3.00 semeter ½ meter 1.50
JUMLAH 9.90
KOS PERALATAN MENJAHIT BLAUS
BIL PERALATAN HARGA
SEUNIT (RM)
KUANTITI HARGA
(RM)1 Pembaris sesiku 2.90 1 2.902 Pembaris lurus 2.90 1 2.903 Gunting fabric 9.00 1 9.004 Jarum peniti 0.80 1 0.805 Kapur jahitan 0.60 1 0.606 Pensel jahitan 2.50 1 2.50
7 Penetas benang 1.00 1 1.008 Pedeti/set gelendung/
sekoci
5.00 1 5.00
9 Jarum mesin 1.20 1 1.20JUMLAH 25.90
LANGKAH MENJAHIT
1. Melakar dan merekacipta blaus yang mempunyai ciri-ciri:
Garis leher berbentuk “U”
Butang dan lubang butang
Lengan padanan rata
Belah hadapan
2. Mengambil ukuran badan
SEBELUM MENJAHIT
3. Melakar pola dengan menggunakan pola dagangan sebagai asas
kemudian membuat pengubahsuaian mengikut ukuran badan
4. Membentang dan menyusun atur pola, menggunting dan juga
memindahkan tanda-tanda pola pada fabrik. Kemudian mengemas
bahagian tepi fabrik yang telah dipotong dengan jahitan tepi.
Menyusun atur pola pakaian:
I. Sebelum menyusun, kecutkan fabrik dan mengenal pasti
bahagian dalam dan juga luar fabrik.
II. Kemudian, luruskan kedua-dua bahagian hujung fabrik,
luruskan ira serta ratakan fabrik.
III. Lipat fabrik dengan sebelah dalam bertemu.
IV. Susun atur kepingan pola badan hadapan, belakang,
lengan, kolar dan juga kelepet sama lebar.
Menggunting fabrik:
I. Gunting fabrik dengan cermat.
II. Pola ditanggalkan ketika hendak mencantum kepingan
fabrik.
SEMASA MENJAHIT
Langkah 1
Manjahit belah kelepet sama
lebar.1. Letakkan lapik dalam nipis
berpelekat di sebelah dalam lapik
belah kelepet sama lebar.
2. Tekan dengan seterika untuk
mendapatkan bentuk dan untuk
lapik melekat pada kain
3. Lekatkan lapik pada pakaian
dengan jahit silang pangkah.
Langkah 2
Menjahit bahu mendatang selapis1. Letakkan lapik dalam nipis berpelekat di sebelah dalam bahu
mendatang.
2. Cantumkan bahu mendatang pada badan belakang dengan kelim
lipat tindih.
3. Gunting basi kelim yang berlebihan dan kemaskan dengan jahitan
mesin pengemas tepi.
Langkah 3
Menjahit kelim bahu1. Cantumkan bahu mendatang pada
badan hadapan dengan kelim lipat
tindih.
2. Gunting basi kelim yang berlebihan dan
kemaskan dengan jahitan mesin
pengemas tepi.
Langkah 4
Menyedia dan mencantum kolar lurus berkancing rapat.1. Sediakan kolar lurus. Lekatkan lapikdalam tebal berpelekat pada
sebelah dalam lapisan atas fabrik kolar.
2. Jahit mesin di sekeliling bahagian atas kolar.
3. Gunting basi kelim yang berlebihan dan snip bahagian yang
melengkung.Balikkannya ke sebelah luar.
4. Cantumkan kolar ke garis leher dengan jahit mesin.
Langkah 5
Menjahit kelim rusuk1. Temukan sebelah luar badan hadapan
dengan sebelah luar badan belakang.
2. Cantumkan dengan kelim belah kangkung.
Tekan kelim terbuka.
Langkah 6
Menjahit lengan padanan rata
1. Sediakan lengan padanan rata. Cantumkan kelim lengan
dan kemaskan dengan jahitan mesin pengemas tepi.
2. Cantumkan lengan temukan bahagian luar lengan dengan
bahagian luar badan mengikut garis pemadam.
3. Jahit garisan pemadan dengan jahitan mesin dan
kemaskannya.
Mencuci blaus
Blaus yang telah siap dijahit perlu dicuci
supaya bersih
Rendam fabrik dengan sabun kemudian gosok dengan
perlahan agar fabrik tidak rosak.
Bilas dengan air bersih dan jemur hingga kering
1. Menggosok dan mengemaskan blaus
SELEPAS MENJAHIT
Blaus yang telah kering boleh dikemaskan dengan
menyeterika blaus
Laraskan kepanasan haba seterika dengan jenis fabrik
blaus
Kemudian, gosokkan pada seluruh kawasan fabrik
Utamakan pada bahagian kelim supaya ia terbuka dan
kemas
PANDANGAN HADAPAN
DAN BELAKANG
PAKAIAN YANG SIAP