Tugasan Individu Sosiolinguistik Eufemisme Dialek Perak

39
HMT 315 SOSIOLINGUISTIK BAHASA MELAYU TAJUK : PERBANDINGAN EUFEMISME DIALEK MELAYU PERAK DENGAN EUFEMISME BAHASA MELAYU STANDARD 1.0 PENGENALAN Manusia menggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi sama ada secara langsung atau tidak langsung. Maka dengan bahasa yang digunakan oleh seseorang itu boleh menggambarkan keperibadian dan pendidikan orang tersebut. Menurut kamus Dewan Edisi Keempat (2013), bahasa merupakan sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat komunikasi dalam lingkungan satu kelompok manusia. 1 Hal ini turut dijelaskan oleh Asmah Haji Omar (2008), bahasa yang digunakan merupakan sistem lambang yang mengaitkan maksud atau fikiran manusia dengan sesuatu bahasa yang konkrit ataupun sesuatu yang abstrak supaya pengguna bahasa dapat memahami sesuatu benda yang diperkatakan itu. 2 Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa bahasa adalah alat untuk perhubungan dalam lingkungan sosial. Kesantunan berasal daripada kata santun yang membawa maksud halus (budi bahasa atau budi pekerti), beradab, dan sopan. Secara umumnya, kesantunan bahasa pula merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman untuk berbicara. 3 Oleh kerana itulah, kesantunan bahasa menjadi salah satu ciri penting bangsa yang bertamadun. Walaupun kesantunan bahasa menjadi 1 Noresah Bahrom et. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm, 106. 2 Asmah Haji Omar. (2008). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm, 103. 3 Awang Sariyan. (2001). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm, 1. Page | 1

Transcript of Tugasan Individu Sosiolinguistik Eufemisme Dialek Perak

HMT 315SOSIOLINGUISTIK BAHASA MELAYU

TAJUK : PERBANDINGAN EUFEMISME DIALEK MELAYUPERAK DENGAN EUFEMISME BAHASA MELAYU STANDARD

1.0 PENGENALAN

Manusia menggunakan bahasa sebagai medium untuk

berkomunikasi sama ada secara langsung atau tidak langsung. Maka

dengan bahasa yang digunakan oleh seseorang itu boleh menggambarkan

keperibadian dan pendidikan orang tersebut. Menurut kamus Dewan Edisi

Keempat (2013), bahasa merupakan sistem lambang bunyi suara yang

dipakai sebagai alat komunikasi dalam lingkungan satu kelompok

manusia.1 Hal ini turut dijelaskan oleh Asmah Haji Omar (2008), bahasa

yang digunakan merupakan sistem lambang yang mengaitkan maksud

atau fikiran manusia dengan sesuatu bahasa yang konkrit ataupun sesuatu

yang abstrak supaya pengguna bahasa dapat memahami sesuatu benda

yang diperkatakan itu.2 Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa bahasa adalah

alat untuk perhubungan dalam lingkungan sosial.

Kesantunan berasal daripada kata ‘santun yang membawa maksud’

halus (budi bahasa atau budi pekerti), beradab, dan sopan. Secara

umumnya, kesantunan bahasa pula merujuk kepada penggunaan bahasa

yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan

menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman untuk

berbicara.3 Oleh kerana itulah, kesantunan bahasa menjadi salah satu ciri

penting bangsa yang bertamadun. Walaupun kesantunan bahasa menjadi

1 Noresah Bahrom et. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa danPustaka. Hlm, 106.

2 Asmah Haji Omar. (2008). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Hlm, 103.3 Awang Sariyan. (2001). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm, 1.

Page | 1

elemen penting dalam masyarakat yang berperanan sebagai pemakai

bahasa tetapi mereka ini sering memanfaatkan bahasa tersebut kepada

perkara yang tidak sepatutnya yang dikenali sebagai tabu.

2.0 DEFINISI TABU

Kata tabu dikatakan berasal daripada kata ‘taboo yang diambil’

daripada bahasa Tonga yang merupakan salah satu daripada rumpun

bahasa Polinesia. Dalam bahasa Polinesisa, tabu disebut ‘tapu . Kata’

‘taboo ini merujuk kepada tindakan yang perlu dihindari. Manakala,’

Ullman (1962) mengatakan bahawa kata tabu ini mula-mula digunakan

oleh Kapten Cook ketika kata ini digunakan oleh orang Polinesia di

Kepulauan Polinesia. Kemudiannya, kata ini dikatakan telah meresap ke

dalam bahasa-bahasa Eropah dan bahasa lain sehinggalah ke dalam

bahasa Melayu.4

Berdasarkan kamus Dewan Edisi Keempat (2013:1563), tabu dari segi

bahasa membawa maksud sesuatu yang dilarang, pantang-larang, pemali,

yang terlarang, yang diharamkan atau ditegah daripada

percakapan. Dalam erti kata yang lain, tabu merupakan kata atau

ungkapan yang kurang sopan, kasar, kesat, atau berbaur lucah yang tidak

sebut bukan sebab kata atau ungkapan ini tidak boleh disebut tetapi

orang yang enggan untuk menyebutnya. Selain itu, tabu juga dikatakan

cara masyarakat mengekpresikan ketidaksetujuan terhadap perilaku

tertentu.

Manakala S.Bathesab (2008) mengatakan tabu secara umum merujuk

kepada larangan. Lazimnya larangan ini dikenakan pada sesuatu amalan,

perbuatan, pakaian dan yang seumpama dengannya. S.Bathesab

mengatakan juga, terdapat larangan terhadap penggunaan bahasa yang

dituturkan oleh masyarakat. Apabila ada larangan dalam penggunaan

4 Cik Una. (2014). Bahasa dan Pemikiran Melayu. Diambil daripada http://www.scribd.com/doc/245197340/Konsep-Tabu-Dalam-Bahasa-Dan-Pemikiran-Melayu.

Page | 2

bahasa, maka kata yang digunakan dalam bahasa untuk merujuk kepada

sesuatu yang kurang manis, yang membawa unsur negatif, lucah dan

tidak sopan terus tidak digunakan atau dielakkan dalam pertuturan.5

Dapat disimpulkan bahawa tabu adalah suatu perlarangan sosial terhadap

kata, tingkah laku, benda dan orang yang dianggapkan tidak diinginkan

oleh seseuatu kelompok, budaya dan juga masyarakat dan penggunaannya

perlu dielakkan kerana memberikan malu, aib dan menimbulkan

perlakuan kasar.

Dalam kelompok masyarakat, terdapat ungkapan yang dianggap

tabu. Ungkapan tersebut tidak diucapkan di hadapan tetamu dalam situasi

formal malahan ketika situasi yang tidak formal juga. Faktor penggunaan

tabu ditegah oleh masyarakat kerana boleh mendatangkan malu kepada

penutur dan juga pendengarnya apabila kata atau ungkapan tabu ini

digunakan. Selain itu, tabu ini dielakkan kerana boleh mendatangkan

bencana dan melanggar kod etika atau moral dalam sesuatu anggota

masyarakat. Oleh itu, secara tidak langsung ungkapan yang dianggap tabu

ini digantikan dengan ungkapan yang lebih sopan yang disebut sebagai

eufemisme.

3.0 DEFINISI EUFEMISME

Kewujudan istilah-istilah tabu yang dianggap dilarang pengunaannya

maka wujudnya pula unsur eufemisme dalam berbahasa untuk

menyampaikan makna yang terkandung dalam ungkapan yang dilarang

itu. Eufemisme merupakan suatu keadaan yang wujud apabila seseorang

itu mencuba untuk tidak menjadikan bahasa atau perbuatan yang

dituturkan dianggap melanggar kod etika dan moral.

Istilah eufemisme dikatakan berasal daripada perkataan euphemism.

Euphemism membawa maksud cara untuk menggantikan kata atau

ungkapan yang dianggap tabu daripada digunakan bagi menghindari5 Saville-Troike (1991, 2003) menyatakan bahawa tabu ialah sistem kod bahasa yang dilarang, diharamkan atau ditegahkan untuk dipercakapkan pada masa dan tempat tertentu dengan sewenang-wenangnya.

Page | 3

perkara-perkara yang menakutkan. Selain itu, eufemisme dikatakan

berasal daripada kata Yunani yang membawa maksud pemakaian kata

atau ungkapan dalam bentuk perkataan atau dalam bentuk frasa yang

bersifat lebih sopan.6 Melalui penggunaan eufemisme dalam

memperkatakan sesuatu perkara yang dianggap tabu dapatlah penutur dan

pendengar menggunakan tanpa rase segan silu.

Menurut kamus Dewan Edisi Keempat (2013) eufemisme diertikan

sebagai ungkapan yang lebih halus untuk menggantikan ungkapan yang

kasar.7 Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu standard eufemisme buang

air besar digunakan untuk merujuk kepada fungsi badan berak pada

badan manusia.8 Jelaslah, eufemisme ialah sebagai ungkapan atau bahasa

kiasan yang diperhalus supaya lebih sopan didengari dan tidak

mengandungi makna yang kasar tetapi makna yang dibawa itu sedap

didengari oleh pendengar dengan tidak menyinggung perasaannya.

4.0 ETIMOLOGI

Negeri Perak atau dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan

sebuah negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia.

Darul Ridzuan membawa maksud negeri yang diredhai oleh Tuhan.

Negeri Perak adalah negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia

selepas negeri Pahang. Negeri Perak terletak di bahagian utara

Semenanjung Malaysia. Ia bersempadan dengan banyak negeri iaitu

bersempadan dengan Kedah dan Thailand di bahagian utara, Pulau

Pinang di barat laut, Kelantan dan Pahang di bahagian timur, Selangor di

bahagian selatan dan Selat Melaka di baratnya. Perak membawa maksud

sejenis logam yang banyak digunakan untuk membuat tin. Negeri Perak

terdiri daripada sembilan daerah seperti berikut:

6 Cik Una. (2014). Bahasa dan Pemikiran Melayu. Diambil daripada http://www.scribd.com/doc/245197340/Konsep-Tabu-Dalam-Bahasa-Dan-Pemikiran-Melayu.7 Noresah Bahrom et. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm, 1563.8 Wardhaugh (1986:231), menjelaskan bahawa eufemisme wujud apabila masyarakat menamakan, menyolek dan mencantikkan sesuatu yang dianggap tabu untuk menjadikannya lebih baik dan sopan.

Page | 4

Gambar 1 : Daerah-Daerah di Negeri Perak

Berdasarkan kepada Gambar 1 di atas, menunjukkan sembilan

daerah yang ada di negeri Perak iaitu Kinta, Batang Padang, Kuala

Kangsar, Kerian, Manjung, Hilir Perak, Hulu Perak, Perak Tengah serta

Larut, Selama dan Matang sebagai satu daerah. Dalam kajian yang

dilakukan bagi melihat eufemisme dialek Melayu Perak, pengkaji hanya

melihat dialek di bahagian daerah Perak Tengah sahaja. Bagi bahagian

daerah Perak Tengah, pengkaji mendapati bahawa Perak Tengah terdiri

daripada tujuh kawasan iaitu Kuala Kangsar, Sayong, Karai, Bota, Parit,

Lambor Kampung Gajah dan juga Tanjung Blanja. Akan tetapi, pengkaji

akan menfokuskan kepada kawasan Parit dan Kuala Kangsar sahaja.

Manakala daerah-daerah yang lain dikatakan dipengaruhi oleh dialek

Kedah, dialek Patani dan juga dialek Selangor.9

9 Maruwiah Ahmat. (2008). Kenali Negeri Kita Perak Darul Ridzuan. Shah Alam. Karisma

Publications Sdn. Bhd. Hlm, 1-2.

Page | 5

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2013), dialek merupakan satu

bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu dareah atau oleh sesuatu

kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard.10 Dialek merupakan

ragam atau variasi daripada satu bahasa yang sama yang dapat dibezakan

melalui ciri-ciri sebutan, kosa kata, atau tatabahasa. Dialek berkembang

daripada bahasa yang pada asalnya seragam tetapi lama-kelamaan bahasa

tersebut mengalami perubahan dan perubahan ini berlaku disebabkan

oleh pelbagai faktor yang antaranya ialah faktor masa dan faktor geografi.

Sama seperti di negeri-negri lain di Malaysia, Bahasa Malaysia

merupakan bahasa rasmi negeri Perak. Namun begitu, Perak juga

mempunyai dialek yang tersendiri. Dialek melayu Perak hanya

merangkumi kawasan sekitar sempadan negerinya sahaja dan tidak

tersebar melampaui batasan sempadan seperti dialek kedah dan dialek

Negeri Sembilan. Dialek Perak yang dituturkan mempunyai gaya yang

khusus dan tertentu yang berlainan dari dialek-dialek lain. Namun

demikian, kelainan yang ada pada gaya ini tidak menjejaskan tatabahasa

Melayu yang betul yang digunakan dalam Bahasa Melayu standard.

Malah, dialek Perak boleh dikatakan satu variasi bahasa Melayu standard

yang berlainan hanya dari segi gaya bahasanya. Dialek Perak ini juga

berbeza-beza dari satu kawasan dengan kawasan lain di dalam negeri

Perak sendiri.

Negeri Perak begitu unik dari segi bahasa dialeknya. Sebagai sebuah

negeri yang bersempadan dengan negeri lain. Perak juga tidak lari

daripada menerima pengaruh dialek lain. Misalnya, penduduk Perak di

bahagian utara (Kerian dan Larut Matang) seperti Bagan Serai, Taiping

dan Parit Buntar sehingga Pantai Remis lebih terpengaruh dengan loghat

utara atau dialek Kedah.

10 Noresah Bahrom et. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm, 348.

Page | 6

Di bahagian Hulu Perak pula di bahagian Ulu Perak, Larut Matang,

Kroh, Grik dan Lenggong, masyarakat di kawasan ini banyak

menggunakan dialek Patani. Manakala, di selatan iaitu daerah Ipoh

sehingga Bagan Datoh, dialeknya pula lebih dipengaruhi dengan dialek

selatan Semenanjung seperti Selangor dan Johor. Kemudian, di bahagian

Perak Tengah seperti di Kuala Kangsar, Sayong, Karai, Bota, Parit, Kg.

Gajah dan Tanjung Blanja, dialeknya agak berbeza kerana perkataan

diubah kepada bunyi ‘e pepet tetapi daerah Parit dan Kuala Kangsar’

merupakan dialek asli ngeri Perak yang melambangkan jati diri sebenar

orang Perak.11 Untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan eufemisme

dialek Melayu Perak, pengkaji menggunakan dialek asli Melayu Perak

yang melibatkan kawasan Parit dan Kuala Kangsar sahaja kerana

terdapatnya persamaan di antara dialek yang digunakan di parit dengan

di Kuala Kangsar.

5.0 METODOLOGI

Bagi memperolehi bahan kajian, beberapa kaedah telah digunakan

untuk mendapatkan maklumat dalam kajian yang dijalankan. Pelbagai

kaedah digunakan dalam kajian ini adalah bertujuan memastikan

maklumat yang diperolehi adalah betul dan tepat. Kaedah yang terlibat

ialah borong soal selidik, bahan rujukan, pemerhatian dan internet.

i. Borang Soal Selidik

Data yang diperlukan bagi kajian ini dikumpul melalui kaedah

soal selidik soal selidik. Melalui kaedah ini, segala maklumat

mengenai eufemisme dialek Melayu Perak diperolehi dari responden

dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik

11 Omar Rarouk Bajunid. (1989). Warisan Kesenian Perak. Kulau Lumpur. City Reprographic

Services. Hlm, 5-7.

Page | 7

diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang hendak

dijalankan. Pengkaji telah mereka bentuk borang soal selidik yang

sesuai dengan tajuk yang dikaji.  Borang soal selidik yang

disediakan dengan pelbagai persoalan seperti kata eufemisme yang

digunakan oleh orang Perak untuk menggantikan kata atau

ungakapan yang dianggap tabu dalam beberapa aspek yang dikaji

seperti anggota tubuh badan, fungsi sistem badan, seks, pekerjaan,

binatang, sifat manusia dan kematian. Bagi memastikan borang soal

selidik dapat diedarkan dengan lancar serta dikumpulkan kembali,

pengkaji sendiri telah mengedarkan borang tersebut dan

mengumpulnya kembali setelah responden selesai menjawab.

Maklumat yang diinginkan oleh pengkaji datang daripada borang

soal selidik itu sendiri.

ii. Bahan -bahan rujukan

Seterusnya, pengkaji menggunakan kaedah berbentuk

sekunder. Sumber sekunder merupakan sumber data yang

mentafsirkan dan merumuskan sumber primer. Sumber sekunder

yang diguna pakai dalam mendapatkan data mengenai tajuk kajian

ialah bahan-bahan rujukan bercetak. Bahan-bahan rujukan bercetak

ini adalah berbentuk buku-buku ilmiah, majalah, dan jurnal yang

tertentu. Bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk kajian

didapati di perpustakaan Universiti Sains Malaysia melalui proses

pencarian OPAC. Kaedah ini melibatkan pembacaan, penganalisaan,

penafsiran atau penilaian untuk mendapatkan maklumat tambahan

berkaitan tajuk kajian. Pembacaan dilakukan terhadap buku-buku

ilmiah dan majalah yang bertujuan untuk membolehkan pengkaji

memahami konsep tabu dan eufemisme.

iii. Pemerhatian

Page | 8

Kaedah ini dijalankan secara langsung oelh pengkaji sendiri.

Kaedah ini jelas sekali digunakan sepanjang proses untuk

menyiapkan kajian ini. Dalam perlaksanaan kaedah ini ketelitian

yang tinggi sangat dititikberatkan untuk melihat perbandingan

eufemisme dialek Melayu Perak dengan eufemisme bahasa Melayu

standard. Kaedah ini digunakan adalah untuk memastikan setiap

maklumat tentang eufemisme mengikut kehendak soalan melalui

pemerhatian dan penelitiaan yang jitu.

iv. Internet

Sumber internet yang digunakan adalah berbentuk dokumen

yang berbentuk ‘iPaper format serta berbentuk ’ ‘portable document

format sebagai rujukan untuk mendapatkan data. Sumber rujukan’

internet ini boleh dilayari dalam secara talian dan penggunaannya

sangatlah mudah dan cepat. Sumber rujukan internet ini digunakan

merupakan sumber yang mempunyai hak cipta sahaja bagi

memastikan data tersebut sahih. Data yang diperoleh berkaitan

dengan tajuk perbincangan daripada dokumen yang telah dipilih

dikelompokkan bagi memudahkan proses untuk menggunakan data

tersebut dalam kajian yang dilakukan. Data yang ditemui mengenai

tabu dan eufemisme yang mempunyai kaitan dalam kajian yang

dilakukan.

6.0 PERBANDINGAN EUFEMISME DIALEK MELAYU PERAK DENGAN

EUFEMISME BAHASA MELAYU STANDARD

Terdapat beberapa aspek dalam kehidupan manusia yang dianggap

tabu oleh masyarakat sehinggakan kata atau ungkapan yang kurang

sopan, berbaur lucah dalam aspek tersebut tidak disebut. Antara aspek

yang dikaitkan dengan tabu ialah aspek yang berkaitan dengan anggota

Page | 9

tubuh badan manusia, fungsi badan manusia, seks, sifat manusia,

kematian, pekerjaan, binatang dan juga aspek pakaian. Ungkapan yang

kurang sopan dan berbaur lucah dalam aspek-aspek di atas bukan tidak

boleh disebut tetapi penutur jati terutama penutur Melayu Perak dan

penutur bahasa Melayu standard sendiri enggan untuk menyebutkannya.

Hal ini disebabkan penutur dialek Melayu Perak dan penutur bahasa

Melayu standard sangat sensitif terhadap hal-hal yang berkaitan dengan

binatang, anggota tubuh badan manusia, fungsi badan manusia, seks, sifat

manusia, kematian, pekerjaan, binatang dan juga aspek pakaian. Untuk

menggantikan ungkapan tersebut, penutur dialek Melayu Perak dan

penutur bahasa Melayu Standard menggantikan mereka dengan kata atau

ungkapan yang lebih halus atau dikenali sebagai eufemisme ketika

melakukan interaksi.

6.1 Aspek Binatang

Aspek pertama yang mendorong kepada kewujudan eufemisme

dalam dialek Melayu Perak dan dalam bahasa Melayu standard

adalah eufemisme aspek binatang. Aspek binatang dianggap tabu

kerana mempercayai bahawa binatang liar memiliki semangat yang

boleh mempengaruhi kehidupan mereka. Kebiasaannya, amat takut

kepada haiwan seperti harimau, ular, babi, buaya dan tikus.

Tambahan lagi, dikatakan masyarakat bergantung kepada

sumber hutan untuk mendapatkan keperluan seperti rotan, damar

dan lain-lain untuk industrti pembuatan. Hal ini menyebabkan

masyarakat masuk ke dalam hutan untuk mendapatkan sumber

tersebut. Sewaktu berada dalam hutan, mereka tidak menggunakan

nama asal binatang tersebut kerana bimbang bertembung

sehinggakan boleh mendatangkan bahaya dan kecederaan. Bukan itu

sahaja, masyarakat memegang kepercayaan karut yang diajar oleh

nenek moyang mereka bahawa binatang ini boleh mengganggu

Page | 10

tanaman dan ternakan sekiranya mereka mengganggu habitat

binatang tersebut atau membuat binatang tersebut marah. Oleh itu,

masyarakat menggantikan nama asal binantang itu kepada nama

yang lain. Contohnya seperti dalam jadual berikut:

Jadual 1 : Perbandingan Eufemisme Aspek Binatang antara Dialek

Melayu Perak dengan Bahasa Melayu Standard

Bahasa

tabu

Eufemisme

dialek Melayu Perak

Eufemisme

bahasa Melayu Standard

Makna

Harimau Pak Belang Raja rimba, pak belang Binatang mamalia yang buas

Ular Pak Belengkor, cik U Tali pinggang Binatang menjalar yang tidak

berkaki dan kulit bersisik

Buaya Sang rangkak Batang hanyut Reptilia besar berkulit tebal dan

hidup dalam air

Babi Kerbau pendek Khinzir, cadburry Binatang mamalia yang berbadan

gemuk dan berkaki pendek

Tikus Mak iti, cik siti, cik ti, Cik ti Binatang mengerip yang seakan-

akan arnab

Berdasarkan kepada jadual 1, di atas menunjukkan

perbandingan eufemisme aspek binatang dalam dialek Melayu Perak

dengan bahasa Melayu standard. Terdapat beberapa bintang yag

tidak disebut oleh penutur dialek Melayu Perak dengan penutur

bahasa Melayu standard. Hal ini kerana, berdasarkan kepada sesi

soal selidik yang dijalankan bersama responden mendapati bahawa

bintang-binatang yang disenaraikan dalam jadual 1 mendatangkan

bencana kepada mereka sekiranya mereka masuk ke hutan dan

merosakkan tanaman mereka. Oleh kerana itu, responden

menggantikan nama asal binatang ini kepada nama yang lain.

Page | 11

Perkataan ‘harimau dianggap tabu kerana ’ jika disebut

sewaktu berada dalam hutan, seolah-olah memanggil harimau

tersebut datang. Jadi untuk memolekkan perkataan tersebut,

perkataan eufemisme digantikan dengan perkataan ‘Pak Belang’

dalam dialek Melayu Perak. Hal ini kerana, perkataan ‘Pak Belang’

merujuk kepada belang yang terdapat di bahagian badannya.

Perkara ini sama dalam bahasa Melayu standard, turut

menggunakan perkataan ‘Pak Belang untuk merujuk kepada’

perkataan ‘harimau . Dalam bahasa Melayu standard turut’

menggantikan pekataan harimau kepada perkataan ‘ ’ ‘Raja Rimba’

kerana menggangap bahawa binatang ini merupkan raja kepada

binatang-binatang yang lain di dalam hutan. Apabila, terdapat

perkataan seperti di atas menyebabakan perkataan ‘harimau tidak’

disebutkan lagi terutama ketika berada dalam hutan. Hal ini sama

bagi perkataan ‘ular yang turut dianggap tabu menyebabkan’

perkataan ini digantikan dengan perkataan yang lain.

Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ular digantikan‘ ’

dengan perkataan seperti ‘Pak Belengkor dan ’ ‘Cik U . Hal ini’

kerana perkataan ‘Pak Belengkor dan ’ ‘Cik U merujuk kepada’

keadaan jalan ular yang bengkang-bengkok. Hal ini berbeza dalam

bahasa Melayu standard kerana perkataan ‘ular digantikan dengan’

perkataan ‘tali pinggang . Ini disebabkan bentuk fizikal binatang ini’

seperti benda yang digunakan untuk mengikat sesuatu. Binatang

seperti ‘babi dan ’ ‘tikus turut dikatakan sebagai tabu. Hal ini’

kerana, dikatakan binatang-bintang ini amat bahaya apabila disebut

Page | 12

nama asalnya dan menyumpah serta memarahi marah bintang ini,

binatang-binatang ini akan merosakkan segala tanaman. Hal ini

turut diperakui oleh responden dialek Melayu Perak. Maka

perkataan ‘babi dan ’ ‘tikus digantikan dengan perkataan yang lain’

tetapi makna tetap merujuk kepada binatang tersebut.

Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘babi digantikan’

dengan perkatan ‘kerbau pendek’. Perkatan ‘kerbau pendek’

digunakan dalam dialek Melayu Perak disebabkan perkataan ini

merupakan perumpamaan yang selalu digunakan untuk merujuk

kepada binatang yang diharamkan oleh Islam. Selain itu, perkatan

‘kerbau pendek merujuk kepada binatang ini dikatakan menyerupai’

binatang asalnya iaitu kerbau dari segi tempat tinggal tetapi

terdapat juga sedikit perbezaan iaitu bintang ‘babi ini merupakan’

binatang yang berbadan gemuk dan pendek. Hal ini berbeza dengan

bahasa Melayu standard kerana perkataan ‘babi digantikan dengan’

perkataan ‘khinzir yang merupakan istilah berlapik atau istilah’

yang lebih sopan daripada menyebut nama asal binatang ini.

Tambahan lagi, akibat daripada isu coklat ‘cadburry’ yang

hangat diperkatakan di media sosial mahupun media massa

mengenai terdapat unsur glatin babi, menyebabkan perkataan

‘babi digantikan dengan istilah baharu. ’ Perkara ini telah berubah.

Jadi, perkataan ‘babi digantikan dengan perkataan ’ ‘cadburry .’

Perkataan ‘cadburry ’ yang merujuk kepada sejenis produk makanan

berasaskan coklat. Hal ini sama seperti perkataan ‘tikus yang’

dikatakan boleh merosakan tanaman. Oleh itu, perkataan ‘tikus’

Page | 13

digantikan dengan perkataan yang lebih sopan. Dalam dialek

Melayu Perak, perkataan ‘tikus digantikan dengan perkataan’

seperti ‘Mak iti , ’ ‘cik siti dan ’ ‘cik ti . Hal ini sama seperti dalam’

bahasa Melayu standard, menggantikan perkataan ‘tikus kepada’

perkataan‘cik ti . ’

Berdasarkan kepada pengamatan yang dilakukan oleh

pengkaji, mendapati bahawa eufemisme aspek binatang dalam

dialek Melayu Perak dengan bahasa Melayu standard. Terdapat

penggunaan nama khas dalam dialek Melayu Perak untuk

menggantikan nama asal binatang-binatang yang disenaraikan dalam

jadual di atas. Sebagai contoh dapat dilihat seperti berikut:

Jadual 2 : Penggunaan Ungkapan Khas yang Menggantikan Nama

Asal Binatang dalam Dialek Melayu Perak

Bahasa Tabu Ungkapan Khas

Harimau Pak belang, Raja Rimba

Ular Cik U

Buaya Sang rangkak

Tikus Mak iti, cik siti, cik ti

Berdasarkan kepada Jadual 2, menunjukkan penggunaan

ungkapan khas yang menggantikan kesemua nama asal binatang

yang disenaraikan dianggap tabu dalam dialek Melayu Perak bagi

mengelakkan diserang sewaktu berada dalam hutan serta

mengelakkan tanaman dan ternakan rosak. Hal ini turut berlaku

dalam bahasa Melayu standard iaitu penggunaan nama khas untuk

menggantikan nama asal binatang-binatang yang disenaraikan dalam

jadual di atas. Sebagai contoh dapat dilihat seperti berikut:

Page | 14

Jadual 3 : Penggunaan Ungkapan Khas yang Menggantikan Nama

Asal Binatang dalam Bahasa Melayu Standard

Bahasa Tabu Ungkapan Khas

Harimau Pak belang

Tikus Mak iti, cik siti, cik ti

Berdasarkan kepada Jadual 3, menunjukkan penggunaan

ungkapan khas yang menggantikan kesemua nama asal binatang

yang disenaraikan dianggap tabu dalam bahasa Melayu standard

bagi mengelakkan diserang dengan bintang-binatang ini sewaktu

berada dalam hutan serta mengelakkan binatang-binatang ini

merosakkan tanaman dan ternakan.

6.2 Aspek Sifat Manusia

Selain daripada aspek binatang, aspek sifat manusia juga

dianggap tabu dalam masyarakat Melayu termasuk penutur dialek

Melayu Perak dan penutur bahasa Melayu standard. Hal ini kerana

terdapat beberapa sifat manusia tidak disebut secara terbuka ketika

berkomunikasi demi tidak menyinggung dan menjada perasaan

orang lain. Bahkan, seperti maklum bahawa masyarakat Melayu

termasuklah kedua-dua penutur ini merupakan masyarakat timur

yang telah dilatih dari zaman kanak-kanak lagi dengan adat dan

budaya yang tinggi moralnya supaya beradab dan bersopan ketika

menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan. Apabila kita mahu

menyatakan sifat orang di sekeliling kita tanpa menggunakan nama

asal sifat manusia kerana bimbang menyinggung perasaan orang

tersebut maka kata-kata tersebut digantikan dengan perkataan yang

lebih sopan. Sebagai contoh dapat dilihat dalam jadual seperti

berikut:

Page | 15

Jadual 4 : Perbandingan Eufemisme Aspek Sifat Manusia antara

Dialek Melayu Perak dengan Bahasa Melayu Standard

Bahasa

tabu

Eufemisme

dialek Melayu

Perak

Eufemisme

bahasa Melayu standardMakna

Kedekut Kemut,bakhil, tahi

hidung masin,

bakhil sangat berkira-kira

Tamak Lahap Haloba sentiasa ingin mendapat banyak

Gedik Ngelenyor, mengeletai Mengada-ngada Sifat seseorang yang membuat orang lain

rasa meluat.

Malas Penyegan, liat Malas tidak mahu berbuat apa-apa

Degil Ketegur, biut Keras kepala, keras hati tidak mahu menerima nasihat

Pekak

badak

Telinga sumbat pekak pura-pura tidak mendengar,

atau benar-benar tidak mendengar

Dungu,

bodoh

Biol, tengin Tidak pandai tidak mudah mengerti ketika mempelajari

sesuatu

Boros Joli sangkan, bazio, Tidak hemat suka mengeluarkan wang berlebih-lebih atau

suka memakai barang berlebihan

Angkuh Menkih, gah, ranggi Berlagak, sombong,

megah, bangga, tinggi

hati

Sifat yang suka memperlihatkan ketinggian

diri

Bohong Ngelat, be deah, auta’ Dusta, temberang berlainan daripada yang sebenarnya

Berdasarkan kepada jadual 4 di atas menunjukkan

perbandingan eufemisme aspek sifat manusia dalam dialek Melayu

Page | 16

Perak dengan bahasa Melayu standard. Perkataan-perkataan yang

disenaraikan dalam jadual di atas merupakan perkataan yang

dianggap tabu oleh masyarakat Melayu termasuklah penutur dialek

Melayu Perak dan penutur bahasa Melayu standard. Hal ini kerana,

sekiranya kedua-dua penutur menggunakan istilah tabu ketika

melakukan hubungan interaksi dengan orang lain ianya akan

mengakibatkan berlaku masalah pergaduhan atau pertelingkahan

antara satu sama lain. oleh itu, mereka mengggantikan perkataan-

perkataan tabu ini kepada perkataan yang lebih sopan.

Berdasarkan jadual di atas, mendapati bahawa dalam dialek

Melayu Perak, perkataan ‘kedekut dianggap tabu dan perkataan’

tersebut digantikan dengan perkataan yang lebih lembut seperti

perkataan ‘kemut , ’ ‘bakhil , dan ’ ‘tahi hidung masin’ bagi merujuk

kepada seseorang yang sangat berkira soal duit. Hal ini sama dalam

bahasa Melayu standard, perkataan ‘kedekut digantikan dengan’

perkataan yang lebih lembut iaitu perkataan ‘bakhil . ’

Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘tamak dianggap tabu’

dan perkataan tersebut digantikan dengan perkataan ‘lahap’

merujuk kepada sifat seseorang yang sentiasa ingin mendapatkan

sesuatu lebih daripada orang lain. Manakala, dalam bahasa Melayu

standarad, perkataan ‘tamak pula digantikan dengan perkataan’

‘haloba yang membawa maksud yang sama iaitu sifat seseorang’

yang sentiasa ingin mendapatkan sesuatu lebih daripada orang lain.

Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘gedik dianggap tabu.’

Hal ini kerana, ianya boleh membuat orang lain tersinggung

sekiranya kita mengatakan dirinya di hadapan orang ramai dan

Page | 17

mungkin memalukan. Oleh itu, perkatan ini digantikan dengan

perkataan ‘ngelenyor dan ’ ‘mengeletai untuk merujuk kepada sifat’

seseorang yang membuat orang lain rasa meluat. Manakala dalam

bahasa Melayu standarad, perkataan ‘gedik digantikan dengan’

perkataan ‘mengada-ngada yang membawa maksud yang sama’

iaitu sifata seseorang yang membuat orang lain rasa meluat.

Seterusnya, perkataan ‘degil merupakan sifat yang dimiliki’

oleh manusia. Perkataan ini dianggap tabu oleh masyarakat. Hal ini

menyebabkan perkataan ‘degil digantikan dengan perkataan lain’

seperti ‘ketegur dan ’ ‘liat dalam dialek Melayu Perak. Perkataan’

‘ketegur dan ’ ‘liat sebenarnya merujuk kepada sifat seseorang’

yang tidak mahu dengar nasihat. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi

Keempat (2013), perkataan ‘liat membawa maksud lembut tetapi’

tidak mudah patah atau putus.12 Hal ini sangat bersesuaian dengan

perkataan tabu iaitu perkataan ‘degil . Manakala, dalam bahasa’

Melayu perkataan perkataan ‘degil digantikan dengan perkataan’

lain seperti ‘keras kepala dan ’ ‘keras hati yang membawa maksud’

sifat seseorang yang tidak mahu dengar nasihat. Berdasarkan

kepada pemerhatian yang dilakukan mendapati bahawa perkataan

‘keras kepala dan ’ ‘keras hati yang menggantikan kepada perkataan’

‘degil merupakan simpulan bahasa. Ini jelas menunjukkan bahawa’

bahasa Melayu merupakan bahasa yang dinamik dan mempunyai

kata-kata sinonim untuk merujuk sesuatu perkara atau hal.

12 Noresah Bahrom et. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa danPustaka. Hlm, 935.

Page | 18

Selain itu, perkataan ‘boros merupakan perkataan tabu’

dalam masyarakat. Perkataan ini turut tabu dalam dialek Melayu

Perak. Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘boros tidak disebut’

kerana mereka enggan untuk menyebutnya. Oleh itu, perkataan

‘boros digantikan dengan perkataan yang dianggap lebih sopan’

daripada perkataan asal iaitu perkataan ‘joli sangkan dan ’ ‘bazio .’

Perkataan ‘joli sangkan yang digunakan oleh penutur dialek Melayu’

Perak merujuk kepada seseorang yang suka sangat berbelanja.

Manakala perkataan ‘bazio berasal daripada perkataan ’ ‘bazir’

hanya huruf [r] digantikan dengan huruf vokal [o] di belakangnya.

Manakala dalam bahasa Melayu standard pula, perkataan ‘boros’

digantikan dengan perkataan ‘tidak hemat untuk merujuk kepada’

sifat seseorang yang mengeluarkan wang atau membeli belah

berlebihan.

Kemudian, perkataan ‘angkuh pula juga dianggap tabu. Oleh’

itu, perkataan tersebut digantikan dengan perkataan yang lebih

sopan. Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘angkuh tidak’

disebut kerana mereka enggan untuk menyebutnya. Oleh itu,

perkataan ‘angkuh digantikan dengan perkataan yang dianggap’

lebih sopan daripada perkataan asal iaitu perkataan ‘menkih ,’

‘gah dan ’ ‘ranggi untuk merujuk kepada sifat yang suka’

memperlihatkan ketinggian diri. Manakala, dalam bahasa Melayu

standard pula, perkataan tersebut digantikan dengan perkataan

‘berlagak , ’ ‘sombong ,’ ‘megah ,’ ‘bangga dan’ ‘tinggi hati untuk’

Page | 19

merujuk kepada sifat yang suka memperlihatkan ketinggian diri.

Berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan mendapati bahawa

perkataan ‘tingggi hati yang menggantikan kepada perkataan’

‘angkuh merupakan simpulan bahasa. Ini jelas menunjukkan’

bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang dinamik. Akhir

sekali, berdasarkan jadual di atas, mendapati bahawa dalam dialek

Melayu Perak, perkataan ‘bohong dianggap tabu dan perkataan’

tersebut digantikan dengan perkataan yang lebih lembut seperti

perkataan ‘ngelat , ’ ‘auta dan ’ ‘be’deah bagi merujuk kepada sifat’

manusia yang mencerita sesuatu yang berlainan daripada yang

sebenarnya. Manakala, dalam bahasa Melayu standard, perkataan

‘bohong digantikan dengan perkataan yang lebih lembut iaitu’

perkataan ‘dusta yang merujuk maksud yang sama. ’

6.3 Aspek Anggota Tubuh Badan Manusia

Seterusnya, aspek yang mendorong kepada kewujudan

eufemisme dalam dialek Melayu Perak dan dalam bahasa Melayu

standard adalah eufemisme aspek anggota badan manusia. Aspek

anggota badan manusia dianggap tabu kerana masyarakat Melayu

termasuklah penutur dialek Melayu Perak dan penutur bahasa

Melayu standard merupakan masyarakat timur yang masih

menggunakan adat dan budaya yang tinggi nilai moralnya dalam

kehidupan seharian. Selain itu, kedatangan Islam ke negara-negara

di Asia Tenggara menyebabkan hal berkaitan moral dan akhlak

diterapkan ke dalam diri masyarakat. Ajaran yang dibawa sangat

menepati dengan sifat masyarakat Melayu termasuklah penutur

Page | 20

dialek Melayu Perak dan penutur bahasa Melayu standard kerana

kita amat mementingkan soal maruah dan harga diri.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), ada

menjelaskan bahawa anggota tubuh manusia ialah tubuh, jasad,

keadaan bentuk badan dari segi fizikal atau susuk badan.13 Anggota

tubuh badan manusia terbahagi kepada dua iaitu anggota badan

manusia dari segi fizikal dan juga dari segi dalaman. Anggota tubuh

badan manusia dari segi fizikal seperti tangan, jari, kaki, lengan,

betis dan lain-lain tidak dianggap tabu oleh penutur dialek Melayu

Perak dan penutur bahasa Melayu. Hal ini disebabkan, anggota

tubuh badan fizikal manusia merupakan bahagian yang boleh

diperkatakan walaupun di khalayak ramai tanpa ada rasa malu.

Hal ini berbeza dengan anggota tubuh manusia dari segi

dalaman. Anggota tubuh badan manusia dari segi dalaman dianggap

sebagai anggota tubuh badan sulit. Anggota tubuh badan sulit

manusia seperti zakar, faraj, buah dada dan dubur dianggap tabu

oleh masyarakat Melayu termasuklah juga penutur dialek Melayu

Perak dan penutur bahasa Melayu standard. Hal ini menyebabkan

penutur kedua-duanya tidak menyebut kata atau ungkapan yang

berkaitan dengan anggota tubuh badan sulit manusia secara terbuka

dan sewenang-wenangnya di khalayak ramai. Bagi penutur dialek

Melayu Perak dan penutur bahasa Melayu standard, sekiranya

mereka menggunakan kata atau ungkapan tersebut ianya akan

menimbulkan rasa malu dan segan kepada penutur itu sendiri dan

pendengarnya. Oleh itu, digantikan dengan leksikal kata nama, kata

adjektif atau kata kerja atau frasa eufemisme tertentu apabila untuk

merujuk kepada hal tersebut. Hal ini diperjelaskan seperti di dalam

jadual berikut:

13 Noresah Bahrom et. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa danPustaka. Hlm, 1720.

Page | 21

Jadual 5 : Perbandingan Eufemisme Anggota Tubuh Badan Manusia

antara Dialek Melayu Perak dengan Bahasa Melayu Standard

Bahasa

tabu

Eufemisme

dialek Melayu Perak

Eufemisme

bahasa Melayu StandardMakna

Tetek Kopek Payu dara, nasi lemak,

buah-buahan

Payu dara perempuan

Pantat,

nonok

Apam,bunga kering Karipap, apam, bunga, vagina Kemaluan wanita

Punai Burung, cipit Burung, belalai, zakar Kemaluan lelaki

Jubur Punggung Punggung Bahagian sebelah belakang

Bulu

pubis

Hutan, bulu cemot,

aghi-aghi

Bulu kemaluan Rambut halus pada kemaluan

Berdasarkan kepada jadual 5 di atas menunjukkan

perbandingan eufemisme aspek anggota badan manusia dalam

dialek Melayu Perak dengan bahasa Melayu standard. Kata yang

disenaraikan di atas telah disolekkan kepada kata yang lebih sopan.

Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan oleh responden

berkaitan eufemisme anggota tubuh badan manusia mengikut dialek

Melayu Perak seperti perkataan ‘tetek tidak mempunyai kata yang’

sopan untuk merujuk kepada payu dara yang dimiliki oleh

perempuan. Malahan dalam dialek Melayu Perak, menggunakan

perkataan ‘kopek yang masih dianggap tabu dalam bahasa Melayu’

standard. Hal ini berbeza dengan bahasa Melayu standard kerana

perkataan ‘tetek itu disolekkan kepada perkataan yang lebih sopan’

supaya tidak mendatangkan malu kepada penutur dan juga

pendengarnya. Perkataan ‘tetek digantikan dengan perkataan ’ ‘payu

dara , ’ ‘nasi lemak dan ’ ‘buah-buahan . Di sini dapat dilihat, dalam’

Page | 22

bahasa Melayu standard menyamakan kemaluan wanita dengan

sejenis makanan tradisional Melayu dan sejenis buah-buahan seperti

betik dan epal. Perkataan ‘nasi lemak ini digunakan dalam bahasa’

Melayu standard untuk merujuk kepada saiz payu dara wanita

manakala perkataan ‘buah-buahan digunakan kerana bentuk payu’

dara wanita menyerupai buah-buahan tersebut.

Seterusnya, kemaluan wanita turut dianggap tabu dalam

dialek Melayu Perak dengan bahasa Melayu standard. Hal ini

kerana, ianya boleh mendatangkan rasa malu kepada penutur itu

sendiri dan pendengarnya. Kata yang merujuk kepada kemaluan

wanita seperti ‘pantat dan ’ ‘nonok tidak disebut secara terbuka’

dan menyebabkan perkataan ini dimolekkan dengan perkataan yang

lebih lembut. Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘pantat dan’

‘nonok digantikan dengan perkataan ’ ‘apam dan ’ ‘bunga kering’

untuk merujuk kepada kemaluan wanita. Hal ini sama dalam

bahasa Melayu standard di mana perkataan ‘pantat dan ’ ‘nonok’

turut digantikan dengan perkataan yang sesuai untuk merujuk

kepada kemaluan wanita iaitu perkataan ‘apam dan ’ ‘bunga . Di’

sini dapat dilihat dalam dialek Melayu Perak dan bahasa Melayu

menyamakan kemaluan wanita dengan sejenis kuih tradisional

Melayu dan sejenis bunga.

Namun dalam bahasa Melayu standard, perkataan ‘pantat’

dan ‘nonok turut digantikan dengan perkataan ’ ‘karipap . Hal ini’

dapat dilihat bahawa dalam bahasa Melayu standard menyamakan

kemaluan wanita dengan sejenis kuih tradisional Melayu. Di sini

dapat membuktikan bahawa masyarakat Melayu mempunyai

Page | 23

kepakaran untuk menggunakan metafora untuk menyebut perkataan

yang dianggap tabu. Selain itu, terdapat ungkapan khas iaitu

‘vagina bagi merujuk kepada kemaluan wanita dalam bahasa’

Melayu standard.

Hal ini sama untuk kemaluan lelaki. Kemaluan lelaki juga

dianggap tabu dalam dialek Melayu Perak dan bahasa Melayu

standard. Kata yang merujuk kepada kemaluan lelaki tidak disebut

secara terbuka di hadapan khalayak ramai kerana ianya boleh

mendatangkan rasa malu kepada penutur itu sendiri dan

pendengarnya.Perktaan ‘punai tidak disebut dan perkataan ini’

disolekkan dengan perkataan perkataan yang lebih sopan. Dalam

dialek Melayu Perak, perkataan ‘punai digantikan dengan’

perkataan ‘burung dan ’ ‘cipit untuk merujuk kepada kemaluan’

lelaki. Hal ini sama dengan bahasa Melayu standard, di mana

perkataan ‘punai digantikan dengan perkataan ’ ‘burung .’

Berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan mendapati bahawa

dalam dialek Melayu Perak dengan bahasa Melayu standard

menyamakan kemaluan lelaki dengan sejenis burung yang

mempunyai sayap. Terdapat perkatan lain yang digunakan dalam

bahasa Melayu standard untuk merujuk kepada kemaluan lelaki

iaitu perkataan ‘belalai . Perkataan ’ ‘belalai merujuk kepada’

hidung yang panjang seperti yang terdapat pada gajah berdasrarkan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2013).14 Tambahan lagi terdapat

ungkapan khas iaitu ‘zakar bagi merujuk kepada kemaluan lelaki’

dalam bahasa Melayu standard.

14 Noresah Bahrom et. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa danPustaka. Hlm, 150.

Page | 24

Seterusnya, perkataan ‘dubur turut dianggap tabu oleh’

masyarakat kerana ianya mendatangkan malu kepada penutur dan

pendengarnya apabila perkataan ini disebut. Dalam dialek Melayu

Perak, perkataan ‘dubur digantikan dengan perkataan yang sopan’

iaitu perkataan ‘punggung . Hal ini sama dalam bahasa Melayu’

standard di mana perkataan ‘punggung merupakan eufemisme’

untuk perkataan ‘dubur . Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat’

(2013) menyatakan bahawa punggung merpakan pantat, bokong atau

pinggul atau di bahagian sebelah dada manusia.15 Oleh itu,

ungkapan punggung dalam bahasa Melayu standard tidak dianggap

sebagai tabu. Selain daripada perkataan ‘punggung , terdapat’

eufemisme lain yang digunakan oleh penutur bahasa Melayu

standard iaitu perkataan ‘belah belakang dan ’ ‘bamper .’

Perkataan ‘bulu pubis turut dianggap tabu oleh penutur’

dialek Melayu Perak dengan penutur bahasa Melayu standard. Hal

ini keran ianya mendatangkan rasa malu dalam diri penutur dan

pendengarnya. Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘bulu pubis’

dianggap tabu dan perkataan tersebut digantikan dengan perkataan

yang lebih lembut seperti perkataan ‘hutan , ’ ‘bulu cemot dan ,’

‘aghi-aghi ’ yang merujuk kepada rambut halus pada kemaluan.

Manakala, dalam bahasa Melayu standard, perkataan ‘bulu pubis’

digantikan dengan perkataan yang lebih lembut iaitu perkataan

‘bulu kemaluan yang merujuk maksud yang sama.’

15 Noresah Bahrom et. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm, 1249.

Page | 25

6.4 Aspek Fungsi Anggota Tubuh Badan Manusia

Seterusnya, aspek yang mendorong kepada kewujudan

eufemisme adalah aspek fungsi anggota tubuh badan manusia.

Aspek fungsi anggota tubuh badan manusia ini merujuk kepada hal-

hal yang berkaitan seperti berak, kencing, kentut, bunting,

menopause dan haid. Ungkapan yang menyentuh fungsi anggota

tubuh badan manusia ini dianggap tabu oleh masyarakat Melayu

termasuk kedua-dua penutur yang dikaji. Selain itu, aspek ini

mengandungi ungkapan yang dianggap sebagai kotor dan kasar

serta tidak boleh diterima pakai sewaktu berkomunikasi dengan

orang lain. Oleh kerana itu, kata atau ungkapan tersebut digantikan

dengan kata atau ungkapan yang lebih sopan seperti dalam jadual

seperti berikut :

Jadual 6 : Perbandingan Eufemisme Fungsi Tubuh Badan Manusia

antara Dialek Melayu Perak dengan Bahasa Melayu Standard

Bahasa

tabu

Eufemisme

dialek Melayu Perak

Eufemisme

bahasa Melayu StandardMakna

HaidUzur, datang kotor, lampu

merah, datang pakaiDatang bulan, lampu merah

Darah kotor yang keluar dari

rahim wanita pada setiap

bulan

KentutMelepas, membuang angin,

melepeh

Membuang angin, melepas

bom

Angin yang keluar dari

bahagian belah belakang

manusia

Kencing Kayo, buang hajat kecil Buang air kecilAir najis yang keluar dari

kemaluan

Page | 26

Berak

Membuang, melabur,

melepas, mengheban,

kincit

Buang air besar

Najis yang keluar dari

bahagian belah belakang

manusia

BuntingUdah lekat, ngandung,

hamilMengandung, berbadan dua

Perempuan yang mempunyai

janin dalam rahim

Berdasarkan kepada jadual 6 di atas menunjukkan

perbandingan eufemisme aspek fungsi badan manusia dalam dialek

Melayu Perak dengan bahasa Melayu standard. Kata yang dianggap

tabu telah disolekkan kepada kata yang lebih sopan. Perkataan

‘haid digantikan dengan perkataan eufemisme kerana perkataan’

tersebut mendatang rasa malu terutama wanita. Dalam dialek

Melayu Perak, digantikan dengan perkataan lain seperti ‘uzur ,’

‘datang kotor’, ‘lampu merah dan ’ ‘datang pakai untuk merujuk’

kepada darah kotor yang keluar daripada rahim wanita pada setiap

bulan. Hal ini sama dalam bahasa Melayu standard di mana

perkataan eufemisme iaitu ‘lampu merah turut digunakan.’

Perkataan ‘lampu merah dalam dialek Melayu Perak dengan bahasa’

Melayu standard merujuk kepada turun atau keluar darah haid pada

perempuan. Berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dilakukan

bahawa perkataan ‘lampu merah merupakan metafora yang’

merujuk kepaada haid yang dapat dilihat dari dua sudut. Pertama

perkataan ‘lampu merah merujuk kepada isyarat berhenti dalam’

sistem lalu lintas serta perkataan ‘lampu merah merujuk kepada’

isyarat amaran supaya semasa haid, aktiviti yang berkaitan dengan

seks harus diberhentikan sementara. Kedua, perkataan ‘merah’

merujuk kepada warna darah kotor tersebut kerana warna merah

Page | 27

membawa makna darah kotor itu seperti warna darah. Selain itu,

perkataan ‘datang bulan turut digunakan dalam bahasa Melayu’

standard untuk merujuk darah haid yang kelura daripada rahim

wanita.

Seterusnya, perkataan ‘kentut dalam dialek Melayu Perak’

digantikan dengan perkataan seperti ‘melepas , ’ ‘membuang angin’

dan ‘melepeh . Perkataan-perkataan ini digunakan untuk merujuk’

kepada angin yang keluar dari bahagian belah belakang manusia.

Perkataan ‘membuang angin merupakan ungkapan kata kerja yang’

turut diguna pakai dalam bahasa Melayu standard. Namun begitu,

terdapat perkataan lain yang digunakan untuk menggantikan

perkataan tabu tersebut iaitu perkataan ‘melepas bom yang’

merupakan ungkapan kata kerja yang diumpamakan sebagai bunyi

yang dikeluarkan sangat kuat dan angin tersebut ditekan keluar dari

perut.

Perkataan ‘kayo dan ’ ‘buang hajat kecil merupakan’

penggantian eufemisme dalam dialek Melayu Perak yang digunakan

untuk menutup sesuatu perkara yang tidak elok bunyinya iaitu

perkataan ‘kencing . Penggunaan perkataan eufemisme ini’

bertujuan berlaku sopan terhadap orang yang diajak bercakap yang

merupakan orang yang lebih tua dan berpengalaman. Manakala,

dalam bahasa Melayu standard, perkataan ‘kencing digantikan’

dengan ungkapan kata kerja iaitu ‘buang air kecil yang merupakan’

eufemisme bagi perkataan ‘kencing yang merujuk kepada ’ air najis

yang keluar dari kemaluan. Tambahan lagi, perkataan seperti

Page | 28

‘kencing manis dan ’ ‘kencing darah tidak dianggap sebagai’

perkataan tabu sebaliknya sebaliknya telah menjadi mantap.

perkataan seperti ‘kencing manis dan ’ ‘kencing darah yang merujuk’

kepada kepada penyakit. Penggunaan ‘kencing dalam konteks’

kesihatan tidak menimbulkan reaksi kasar, biadap dan

seumpamanya.

Perkataan ‘berak merupakan perkataan yang rendah dan’

dianggap kasar. Perkataan ‘membuang , ’ ‘melabur , ’ ‘melepas ,’

‘mengheban dan ’ ‘kincit merupakan penggantian kepada perkataan’

‘berak dalam dialek Melayu Perak. Perkataan-perkataan ’ tersebut

digunakan untuk menutup sesuatu perkara yang tidak elok bunyinya

iaitu perkataan ‘berak . Manakala dalam bahasa Melayu standard,’

perkataan ‘berak membawa maksud najis yang keluar daripada’

punggung. Penutur bahasa Melayu standard biasanya menggunakan

ungkapan kata kerja ‘buang air besar sebagai eufemisme ’ ‘berak .’

Perkataan ‘udah lekat , ’ ‘ngandung , dan ’ ‘hamil merupakan’

penggantian eufemisme dalam dialek Melayu Perak untuk

menggantikn perkataan ‘bunting . ’ Manakala dalam bahasa Melayu

standard, perkataan ‘bunting mempunyai tahap penggunaan yang’

rendah dan menggangap perkataan ini sebagai kasar dan kesat. Hal

ini kerana perkataan ‘bunting kebiasaanya perkataan ini’ dipakai

untuk binatang sahaja. Oleh kerana itu, perkataan ‘bunting’

digantikan dengan perkataan ‘mengandung dan ’ ‘berbadan dua’

yang lebih sesuai dipakai untuk manusia.

Page | 29

6.5 Aspek Seks

Seterusnya, aspek yang mendorong kepada kewujudan

eufemisme adalah aspek seks. Aspek seks juga dianggap tabu oleh

masyarakat Melayu. Oleh itu, kata atau ungkapan tersebut

digantikan dengan kata atau ungkapan yang lebih sopan seperti

dalam jadual seperti berikut :

Jadual 7 : Perbandingan Eufemisme Seks antara Dialek Melayu

Perak dengan Bahasa Melayu Standard

Bahasa

tabu

Eufemisme

dialek Melayu Perak

Eufemisme

bahasa Melayu Standard

Makna

Cium Sayang, melat Kucup Mengenakan bibir pada sesuatu

Peluk Paut, dakap, dakap Dakap

Kulum Melat, hisap, kemam, Hisap menyedut masuk (ke dlm hidung

atau mulut)

bersetubu

h

Ngentot, bersama,

ngenen

Hubungan kelamin,

hubungan intim

melakukan perhubungan jenis,

berjimak, bersanggama,

berseketiduran

Pondan Mak nyah Mak nyah Lelaki yang lebih bersifat

keperempuanan

Berdasarkan kepada jadual 7 menunjukkan perbandingan

eufemisme seks antara dialek melayu perak dengan bahasa melayu

standard. Dalam dialek Melayu, perkataan seperti ‘cium digantikan’

dengan penggantian eufemisme iaitu perkataan ‘sayang dan’

‘melat untuk merujuk kepada keadaan bibir manusia yang’

dikenakan kepada sesuatu. Seterusnya, perkataan ‘peluk digantikan’

Page | 30

dengan penggantian eufemisme iaitu perkataan ‘paut dan ’ ‘dakap’

yang merujuk kepada keadaan badan manusia yang dikenakan

kepada sesuatu. Perkataan ‘kulum digantikan dengan penggantian’

eufemisme iaitu perkataan ‘melat , ’ ‘hisap dan ’ ‘kemam pula’

merujuk kepada menyedut masuk. Perkataan ‘bersetubuh dianggap’

tabu oleh penutur dialek Melayu Perak digantikan dengan perkataan

‘ngentot , ’ ‘bersama , dan ’ ‘ngenen’ yang merujuk kepada

melakukan perhubungan. Hal ini sama dalam bahasa Melayu

standard, perkataan seperti ‘cium digantikan dengan penggantian’

eufemisme ‘kucup . Perkataan ’ ‘dakap turut digunakan oleh’

penutur bahasa Melayu standard. Perkataan ‘kulum digantikan’

dengan penggantian eufemisme ‘hisap yang turut digunakan dalam’

bahasa Melayu standard. Perkataan ‘bersetubuh digantikan dengan’

perkataan ‘hubungan kelamin dan ’ ‘hubungan intim’. Perkataan

‘hubungan kelamin dan perkataan ’ ‘hubungan intim dalam bahasa’

Melayu standard merujuk kepada hubungan lelaki dan perempuan.

Perkataan ‘pondan digantikan dengan perkataan ’ ‘mak nyah dalam’

dialek Melayu Perak dan dalam bahasa Melayu standard untuk

merujuk kepada Lelaki yang lebih bersifat keperempuanan.

6.6 Aspek Kematian

Tabu dan eufemisme tidak terhad. Salah satu adalah aspek

kematian. Contohnya seperti berikut:

Page | 31

Jadual 8 : Perbandingan Eufemisme Kematian antara Dialek

Melayu Perak dengan Bahasa Melayu Standard

Bahasa

tabu

Eufemisme

dialek Melayu

Perak

Eufemisme

bahasa Melayu Standard

Makna

mati Ghopah, kolu, Meninggal dunia, sudah sampai masa, sudah tiada

tidak bernyawa lagi

Mayat arwah arwah Roh yang telah meninggal dunia

Kubur Batu dua, enam kaki dalam, batu dua, rumah kekal, liang lahad

Tempat pengebumian

Tanamkan Simpan, kebumi, kebumikan Tanam,kebumikan=menanam,

Simpan= tidak membuang

Bini si

mati

Janda, balu Isteri arwah Perempuan yang menjadi pasangan

hidup kepada orang yang

meninggal dunia

Berdasarkan kepada jadual 8 menunjukkan perbandingan

eufemisme kematian antara dialek melayu perak dengan bahasa

melayu standard. Perkataan ‘mati didefinisikan sebagai tidak’

bernyawa. Dalam dialek Melayu Perak, Perkataan ‘mati diagntikan’

dengan perkatan ‘ghopah dan ’ ‘kolu merujuk kepada ’ tidak

bernyawa lagi. Manakala, dalam bahasa Melayu standard,

eufemisme untuk perkataan ‘mati adalah perkataan ’ ‘meninggal

dunia , sudah ’ ‘ sampai masa dan ’ ‘sudah tiada yang merupakan’

eufemisme dalam bentuk kiasan atau metafora yang sering diguna

pakai. Ungkapan ‘sudah tiada digunakan untuk merujuk kepada’

Page | 32

peristiwa kematian. Kata metafora ini menunjukkan sesuatu yang

wujud sekarang tetapi sudah tiadal lagi atau kosong.

Dalam dialek Melayu Perak, Perkataan ‘mayat digantikan’

dengan perkatan ‘arwah merujuk kepada roh tau jiwa yang telah’

meninggal dunia. Manakala, dalam bahasa Melayu standard,

eufemisme untuk perkataan ‘mayat adalah perkataan ’ ‘arwah’

yang merupakan eufemisme sering diguna pakai. Penggunaaan

ungkapan ‘kubur tidaklah mendatangkan sebarang konotasi. Dalam’

dialek Melayu Perak, Perkataan ‘kubur digantikan dengan perkatan’

‘batu dua merujuk kepada ’ tempat pengebumian. Manakala, dalam

bahasa Melayu standard, eufemisme untuk perkataan ‘kubur’

adalah perkataan ‘enam kaki dalam , ’ ‘batu dua , ’ ‘rumak kekal’ dan

‘liang lahad ’ yang merupakan eufemisme sering diguna pakai.

Perkataan ‘enam kaki dalam menunjukkan kubur yang digali’

sedalam enam kaki di bawah tanah, perkataan ‘batu dua’

menunjukkan bentuk fizikal luaran kuburan yang dipacak dengan

dua batu nisan dan perkataan ‘rumah kekal pula ialah tempat’

penginapan kekal individu yang sudah meninggal dunia.

Seterusnya, dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘tanamkan’

digantikan dengan perkatan ‘simpan , dan ’ ‘kebumi merujuk’

kepada tempeat pengebumian. Manakala, dalam bahasa Melayu

standard, eufemisme untuk perkataan ‘tanamkan adalah perkataan’

‘kebumikan ’ yang merupakan eufemisme sering diguna pakai.

Page | 33

Ungkapan ‘kebumikan dilihat digunakan dalam dialek Melayu’

Perak dan bahasa Melayu standard sering digunakan sekiranya

berlaku kematian. Perkataan ‘bini si mati tidak digunakan dan akan’

dielakkan penggunaannya. Perkataan tersebut digantikan dengan

perkataan ‘janda dan ’ ‘balu dalam dialek Melayu Perak.’

Manakala, dalam bahasa Melayu standard digantikan dengan

perkataan ‘isteri arwah untuk merujuk kepada ganti kepada ’ ‘bini si

mati .’

6.7 Aspek Pekerjaan

Tabu dan eufemisme tidak terhad. Oleh itu aspek pekerjaan

turut mempunyai hal yang sama. Contohnya pekerjaan. Contohnya

seperti berikut:

Jadual 9 : Perbandingan Eufemisme Pekerjaan antara Dialek

Melayu Perak dengan Bahasa Melayu Standard

Bahasa

tabu

Eufemisme

dialek Melayu

Perak

Eufemisme

bahasa Melayu Standard

Makna

Pelacur Perempuan malam, ayam

Kupu-kupu malam Perempuan yang melacurkan diri

Gigolo Playboy, bapak ayam Gigolo Lelaki upahan yang dipelihara oleh

seseorang wanita

GRO Perempan cabaret, kopi korek

Pelayan wanita di kelab malam

Orang yang kerjanya melayan

pelanggan di kelab malam

Pengedar dadah

Tokan Pusher Orang menjual dadah

Kojol Tangan panjang, pencuri

pencuri Orang yang mencuri

Page | 34

Berdasarkan kepada jadual 9 menunjukkan perbandingan

eufemisme pekerjaan antara dialek melayu perak dengan bahasa

melayu standard. Perkataan ‘pelacur didefinisikan sebagai’

perempuan yang menjadi hamba seks. Dalam dialek Melayu Perak,

perkataan ‘pelacur digantikan dengan perkatan ’ ‘perempuan malam’

dan ‘ayam . Ungkapan ’ ‘perempuan malam yang digunakan untuk’

merujuk kepada perempuan yang hanya keluar pada waktu malam

sahaja untuk melacurkan diri. Manakala, dalam bahasa Melayu

standard, eufemisme untuk perkataan ‘pelacur adalah perkataan’

‘kupu-kupu malam . Ungkapan ’ ‘kupu-kupu malam digunakan bagi’

menyamakan pekerjaan yang dijalankan oleh pelacur.

Seterusnya, perkataan ‘gigolo didefinisikan sebagai lelaki’

yang dipelihara oleh wanita yang agak berusia untuk dijadikan

teman. Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘gigolo digantikan’

dengan perkatan ‘playboy dan ’ ‘bapak ayam . Ungkapan ’ ‘playboy’

yang digunakan untuk merujuk kepada perkataan ‘gigolo adalah’

lelaki yang suka berfoya-foya yang membawa pengertian hampir

sama dengan perkataan ‘gigolo’. Manakala, dalam bahasa Melayu

standard, eufemisme untuk perkataan ‘gigolo adalah perkataan’

‘anak ikan . ’

Perkataan ‘gro digantikan dengan perkataan lain dalam’

dialek Melayu Perak iaitu perkatan ‘perempuan caberet dan ’ ‘kopi

korek . ’ Manakala, dalam bahasa Melayu standard, eufemisme untuk

perkataan ‘gro adalah perkataan ’ ‘pelayan wanita . Ungkapan’

Page | 35

eufemisme di atas digunakan bagi merujuk kepada orang yang

kerjanya melayan pelanggan di kelab malam. Perkataan ‘pengedar

dadah digantikan dengan perkataan lain dalam dialek Melayu’

Perak iaitu perkatan ‘tokan . ’ Manakala, dalam bahasa Melayu

standard, eufemisme untuk perkataan ‘pengedar dadah adalah’

perkataan ‘pusher . Ungkapan eufemisme di atas digunakan bagi’

merujuk kepada orang menjual dadah. Perkataan ‘kojol digantikan’

dengan perkataan lain dalam dialek Melayu Perak iaitu perkatan

‘tangan panjang dan ’ ‘pencuri . ’ Manakala, dalam bahasa Melayu

standard, eufemisme untuk perkataan ‘kojol adalah perkataan’

‘pencuri . Ungkapan eufemisme di atas digunakan bagi merujuk’

kepada orang yang mencuri.

6.8 Aspek Pakaian

Tabu dan eufemisme tidak terhad. Salah satuny adalah aspek

pakaiab. Contohnya seperti berikut:

Jadual 10 : Perbandingan Eufemisme Pakaian antara Dialek

Melayu Perak dengan Bahasa Melayu Standard

Bahasa

tabu

Eufemisme

dialek Melayu Perak

Eufemisme

bahasa Melayu

Standard

Makna

Tuala wanita

Roti mentega, roti kering

Roti kering sejenis cawat yang lembut, boleh

menyerap dan boleh dibuang dan

dipakai semasa datang haid atau

nifas;

Coli Baju dalam Bra sejenis baju dalam wanita untuk

Page | 36

menutupi buah dada

Berdasarkan kepada jadual 10 menunjukkan perbandingan

eufemisme pakaian antara dialek melayu perak dengan bahasa

melayu standard. Perkataan ‘tuala wanita didefinisikan sebagai’

sejenis cawat yang lembut, boleh menyerap dan boleh dibuang.

Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘tuala wanita digantikan’

dengan perkatan ‘roti kering dan ’ ‘roti mentega . ’ Manakala, dalam

bahasa Melayu standard, eufemisme untuk perkataan ‘tuala wanita’

digantikan dengan perkatan ‘roti kering . ’ Perkataan ‘coli’

didefinisikan sejenis baju dalam wanita untuk menutupi buah dada.

Dalam dialek Melayu Perak, perkataan ‘coli digantikan dengan’

perkatan ‘baju dalam .’ Manakala, dalam bahasa Melayu standard,

eufemisme untuk perkataan ‘coli digantikan dengan perkatan’

‘bra . ’

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, dalam berbahasa ada kata-kata atau ungkapan halus

yang harus digunakan supaya kita tidak bercakap kasar kepada orang

lain. Hal ini sama sewaktu berbahasa sama ada menggunakan dialek

Melayu Perak mahupun bahasa Melayu standard. Semakin panjang ujaran

seseorang, semakin besar pula keinginan orang untuk bersikap sopan

kepada orang lain. Begitu juga ujaran yang diucapkan secara tidak

langsung biasanya lebih sopan berbanding dengan ujaran yang diucapkan

secara langsung. Oleh hal yang demikian, dalam berkomunikasi

Page | 37

hendaklah diingat bahawa jika terlanjur cakap amat sukar untuk

menariknya kembali.

8.0 BIBIOGRAFI

Ahmad Khair Mohd. Nor. (2002). Ungkapan Halus yang Lebih Halus. Dewan

Bahasa, Mei, Jilid 2 (Bil. 5), 42-44.

Asmah Haji Omar. (2008). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Awang Sariyan. (2001). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Cik Una. (2014). Bahasa dan Pemikiran Melayu. Diambil daripada

http://www.scribd.com/doc/245197340/Konsep-Tabu-Dalam-Bahasa-Dan-

Pemikiran Melayu.

Cikgu Aishah. (2011). Tabu. Diambil daripada

http://www.scribd.com/doc/52082330/tabu.

Page | 38

Darwis Harahap. (1997). Gaya Bahas Halus. Pelita Bahasa, Ogos, Jilid 9 (Bil.

8), 38-39.

Maruwiah Ahmat. (2008). Kenali Negeri Kita Perak Darul Ridzuan. Shah Alam.

Karisma Publications Sdn. Bhd.

Noresah Bahrom et. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Omar Rarouk Bajunid. (1989). Warisan Kesenian Perak. Kulau Lumpur. City

Reprographic Services.

S. Nathesan. (2008). Makna Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka

Teo Kok Seng. (2002). Pragmatik Bahasa dan Keterampilan Berkomunikasi.

Dewan Bahasa, Februari, Jilid 2 (Bil. 2), 7-15.

 Wan Aznita Wan Salim. (2014). Bahasa dan Identiti Budaya. Diambil

daripada http://www.scribd.com/doc/207137504/Bahasa-Dan-Identiti-

Budaya.

http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/08/5-Jurnal-

Bahasa-DBP-KL_Unsur-Eufemisme.pdf.

Page | 39