TUGASAN KUMPULAN HAI O MARKETING

27
KOLEJ SASTERA DAN SAINS TUGASAN BERKUMPULAN KUMPULAN C TEORI DAN AMALAN PERNIAGAAN ISLAM (BPMS 1013) “MENGKAJI MLM DALAM SYARIKAT HAI-O MARKETING DAN PANDANGAN MASYARAKAT” DISEDIAKAN UNTUK: HJ. MUHAMAD HASSAN ZAID B. HJ. RAMLI DISEDIAKAN OLEH: RUSNANI BT ROSLAN 192325

Transcript of TUGASAN KUMPULAN HAI O MARKETING

KOLEJ SASTERA DAN SAINS

TUGASAN BERKUMPULAN KUMPULAN C

TEORI DAN AMALAN PERNIAGAAN ISLAM(BPMS 1013)

“MENGKAJI MLM DALAM SYARIKAT HAI-O MARKETINGDAN PANDANGAN MASYARAKAT”

DISEDIAKAN UNTUK:

HJ. MUHAMAD HASSAN ZAID B. HJ. RAMLI

DISEDIAKAN OLEH:

RUSNANI BT ROSLAN 192325

ZAFIRAH BT ISMAIL 192430

FARIZAH AINI BT FADZIL 193462

MOHAMAD NAFI B JEMARON 195499

SHAHFIZ SYAH B NAWAWI 195754

TARIKH HANTAR:27 MAC 2011

1.0 PENGENALAN

Multi level marketing (MLM) adalah satu sistem penjualan di mana

pengguna sebagai tenaga penyalur/pengedar secara langsung

terhadap sesuatu barang. Harga barang yang ditawarkan pada

tingkat pengguna adalah pada harga produksi dan ditambah

komisen yang menjadi hak pengguna kerana secara langsung telah

membantu kelancaran pembahagian. Selain itu, sistem penjualannya

juga menggunakan beberapa tingkat dalam pemasaran produk

dagangannya. Anggota dalam MLM melibatkan dua jenis iaitu

promoter (upline) dan juga orang bawahan (downline). Promoter

adalah anggota yang sudah mendapat hak keanggotaan terlebih

dahulu berbanding orang bawahan. Manakala orang bawahan pula

merupakan anggota baru yang baru mendaftar atau direkrut oleh

promoter. Namun, tingkat keanggotaan ini boleh berubah-ubah bagi

sistem MLM bersesuaian dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh

sesebuah syarikat dalam pembelian atau pembayaran tertentu.

Individu yang terlibat dengan MLM akan meemperolehi komisen

berdasarkan banyak mana jasa dalam mengedarkan produk

tersebut. Terdapat banyak syarikat yang mengamalkan MLM

antaranya Cosway, Amway, HR-Marketing dan sudah beratus-ratus

perniagaan yang menggunakan pelan pemasaran sebegini bagi

memperkenalkan produknya kepada masyarakat tanpa memerlukan

kos pengiklanan. Sedia maklum, Malaysia mempunyai jumlah

penduduk berbangsa Melayu lebih banyak berbanding bangsa lain

dan orang Melayu merupakan individu yang banyak terlibat dengan

perniagaan yang bersistem MLM ini. Oleh itu, MLM menjadi satu

perniagaan yang penting untuk diperkatakan, maka salah sebuah

syarikat yang menjadi tarikan untuk dilihat dalam pelbagai aspek

untuk mengetahui secara lebih mendalam dan terperinci terhadap

sistem MLM adalah Hai-O Marketing.

2.0 LATAR BELAKANG HAI-O MARKETING

Hai-O Marketing Sdn.Bhd merupakan sebuah anak syarikat yang

disokong 100% oleh Hai-O Enterprise Bhd sejak tahun 1975 lagi.

Syarikat ini menjalankan perniagaan perubatan tradisional china

dengan berlandaskan konsep, Produk berkualiti dengan harga“berpatutan dan sentiasa menjaga kerja amal. Ketika tahun 1996,”Hai-O Enterprise telah melangkah ke era baru setelah berjaya

disenaraikan di papan kedua dalam Bursa Saham Kuala Lumpur

(BSKL) dan mengekalkan rekod gemilangnya dengan mengagihkan

dividennya setiap tahun. Selain itu, ia merupakan syarikat pertama

dan satu-satunya syarikat yang disenaraikan dalam bursa Malaysia

melalui penjualan produk perniagaan kesihatan tradisional. Bahkan,

perniagaan kumpulan Hai-O terdiri daripada memborong,

mengimport, meruncit, jualan langsung, farmaseutikal dan klinik

perubatan tradisional. Hai-O telah berjaya menubuhkan rangkaian

jualan langsung dengan strategi pemasaran yang kukuh dalam masa

30 tahun ini. Sejak penubuhan Hai-O Marketing sekitar bulan

September 1992, syarikat terus melebarkan sayapnya dan menjadi

sebuah syarikat jualan langsung yang unggul di Malaysia.

Berdasarkan pencapaian yang menyerlah ini, Hai-O marketing telah

dipilih sebagai sebuah syarikat jualan langsung yang unggul

daripada sepuluh syarikat jualan langsung lain di Malaysia. Di

samping itu, syarikat ini telah meraih gelaran iaitu syarikat yang“paling menakjubkan , syarikat jualan langsung yang berkembang” “paling cepat dan syarikat yang paling stabil . Bahkan, syarikat” “ ”Hi-O kini sudah memiliki lebih daripada 34ribu orang pengedar

aktif dan 50 buah stokis atau pusat jualan di seluruh Malaysia. Hal

ini, memudahkan pembelian produk tersebut kepada pengedar juga

pengguna.

3.0 PELAN PEMASARAN

Pelan pemasaran yang teratur dan terancang yang melibatkan

sistem multi level marketing (MLM) yang telah diamalkan syarikat Hai-

O Marketing dalam menyakinkan orang ramai melabur dalam

syarikat tersebut. Sistem MLM yang diamalkan memfokuskan

syarikat supaya mencari ahli atau pengedar bagi memperkenalkan

dan menjual produknya secara meluas kepada masyarakat. Sebagai

permulaan, pihak syarikat akan mengesyorkan ahli untuk membuat

pinjaman peribadi yang akan diuruskan sendiri oleh agen-agen Hai-

O Marketing. Pinjaman yang akan dibuat adalah sebanyak RM24,000

(untuk memudahkan pengiraan dan memudahkan kerja). Modal

permulaan adalah sebanyak RM 20,800 untuk melibatkan diri dalam

perniagaan ini. Setelah mendaftar dan pinjaman peribadi telah

diluluskan, ahli akan diberikan 10 unit Bio-Aura (penapis air yang

menggunakan nanoteknologi) sebagai aset yang bernilai RM 2, 080

bagi setiap 1 unit penapis air tersebut (1 unit Bio-Aura = RM

2,080). Dengan pendaftaran ini, ahli akan diberikan PV (Point Value)

sebanyak 20,800 PV dan secara automatik telah layak bergelar

sebagai pengurus jualan (Sales Manager). Dengan pangkat ini, ahli

secara automatik layak menerima bonus 21% yang berjumlah RM

4,600 serta jam tangan Bonia yang bernilai RM300. Seterusnya,

dapat disimpulkan yang pendaftaran adalah sebanyak RM20,800

merupakan sama dengan ahli yang akan menerima RM4,600

tamabah 10 Unit Bio-Aura tambah jam tangan Bonia (RM4,600 + 10

unit Bio-Aura + jam tangan Bonia).

Bagi pinjaman peribadi yang ahli lakukan sebanyak RM 24,000

pula akan digunakan sebagai modal semasa. Semasa pendaftaran,

ahli akan dikenakan RM80 untuk urusan peguam dan setem. Ahli

kemudiannya akan mendapat duit poket (duti saku) sebanyak

RM1,000 untuk pembayaran balik yang dilakukan secara bulanan

iaitu RM315 sebulan. Sekiranya ahli mengalami sebarang masalah

untuk pembayaran bulanan, ahli boleh menggunakan baki RM4,600

yang diberikan oleh syarikat semasa mendaftar bagi membuat

pembayaran tersebut. Jadi sekiranya ahli tidak sempat untuk

mencari orang bawahan (downline), ahli masih boleh menggunakan

wang yang telah diberi tersebut untuk membayar ansuran bulanan

selama 13 bulan.

Secara dasarnya, sistem Hai-O tidak memerlukan ahli untuk

mencari orang bawahan (downline) yang ramai untuk berjaya.

Sebenarnya, apa yang ditekankan adalah semangat dan kerjasama

dengan orang atasan (upline) serta orang bawahan (downline) yang

lain. Kaedah yang digunakan oleh Hai-O adalah Kaedah 181.

Kaedah ini melibatkan 4 langkah yang perlu diikuti bagi mencapai

tahap yang diingini oleh setiap ahli yang telah melibatkan diri

dalam MLM ini. Pelan ini dijelaskan secara jelas melalui langkah-

langkah di bawah. Kaedahnya adalah seperti berikut;

Langkah 1 (Bulan Pertama)

10 Unit = RM20,800 = 20,800 Point Value

Jawatan = Sales Manager

Bonus Prestasi = 21%

Pendapatan = RM4,600

Sekiranya ahli dapat mencari rakan kongsi (downline) pada bulan

pertama pendaftaran sebelum akhir bulan tersebut, ahli akan

diberikan bonus sebanyak RM1000 untuk seorang downline. Namun,

jika ahli mendapat 2 downline sebelum akhir bulan tersebut,

pendapatan ahli adalah sebanyak RM4,600 + RM1,000 + RM1,000 =

RM6,600.

Langkah 2 (Bulan Kedua) pula ialah ahli akan tunjuk kepada 2

rakan kongsi baru (A & B).

A & B akan dapat RM4,600 dan Ahli:

Jumlah PV terkumpul = 20,800 + (20,800 x 2) = 62,400

Jawatan = Senior Sales Manager

Bonus Prestasi = 26%

Pendapatan = RM2,000

Oleh itu, pendapatan ahli menjadi RM6600.

Langkah 3 (Bulan Ketiga)

Ahli akan tunjuk lagi kepada dua rakan kongsi baru (C & D)

Dan rakan kongsi ahli (A & B) mendapat rakan kongsi baru

Jumlah Point Value terkumpul = 187,200

Jawatan = Diamond Sales Manager

Bonus Prestasi = 31%

Anda akan mendapat Bonus SMD sebanyak 15% (RM3,000)

Pendapatan = RM7,000

Langkah 4 :

Perniagaan berkembang, Pendapatan ahli meningkat RM10,000 dan

ke atas. Selepas langkah 3 terpulang kepada ahli sama ada ahil

ingin memasarkan 10 unit Bio-Aura. Hal ini bagi memastikan ahli

dalam perniagaan MLM terus berkembang sehingga kewujudan 4

rakan kongsi ahli (A, B, C dan D)tersebut. Bio-aura sebanyak 10

unit yang dimiliki ahli merupakan aset untuk diniagakan. Pihak

syarikat mengesyorkan ahli memasarkan produk ini secara ansuran

kepada pengguna. Kaedah ini bertujuan mengetengahkan produk

Hai-O dengan kos penyelenggaraan RM 200 setahun. Ahli tidak

perlu mengambil semua 10 unit serentak kerana pihak syarikat

akan menyimpannya untuk ahli secara percuma sekiranya ahli tidak

mempunyai tempat untuk menyimpannya.

Kaedah ansuran yang disarankan:

Deposit = RM80 dan RM100 sebulan selama 20 bulan

Sekiranya 10 unit diedarkan dan dipasarkan, ini bermakna:

RM80 x 10 unit = RM800

RM100 x 10 unit x 20 bulan = RM20,000

Jumlah terkumpul = RM20,800 ( ahli akan dapat kembali modal

yang dilaburkan dahulu) ditambah dengan bonus MLM yang lain.

Pangkat ahli akan dinaikkan seperti berikut (berdasarkan prestasi

ahli) :

1. Sales Manager (SM) = Point Value 20,000 (Bonus = 21%)

2. Senior Sales Manager (SSM) = Point Value 60,000 (Bonus 26%)

3. Diamond Sales Manager (DSM) = Point Value 180,000 (Bonus

31%)

4. Double Diamond Manager (DDM) = Point Value 720,000 (Bonus

36%)

5. Crown Diamond Manager (CMD) = Point Value 2 Juta (Bonus

41%)

Langkah ini merupakan satu sistem yang diamalkan oleh Hai-O

Marketing dalam memasarkan produknya iaitu Bio-aura kepada

masyarakat. Pelan ini terbukti berhasil memajukan syarikat

tersebut. Bahkan, pelbagai kemudahan lain juga diberi dalam pelan

pemasaran yang dirancang oleh Hai-O Marketing dalam menarik

lebih ramai lagi menggunakan produknya. Misalnya, ahli juga layak

untuk mendapat pelbagai lagi bonus seperti Bonus SMD, Bonus

Tabung Kereta, BonusWawasan dan Bonus Pencen.

4.0 KEWAJARAN MULTI-LEVEL MARKETING DALAM HAI-O MARKETING

Perniagaan sebenarnya dalam syariah Islam pada dasarnya termasuk

kategori muamalat yang hukum asalnya adalah boleh berdasarkan

kaedah Fiqh, “Al-Ashlu fil muamalah al-ibahah hatta yadullad dalilu ‘ala

tahrimiha yang berrmaksud iaitu pada dasarnya segala hukum”

dalam muamalah adalah boleh kecuali ada dalil atau prinsip yang

melarangnya. Islam memahami bahawa perkembangan budaya

perniagaan berjalan begitu cepat seiring peredaran zaman.

Berdasarkan kaedah fiqh (fekah), maka kita dapat melihat bahawa

Islam memberikan jalan bagi manusia untuk melakukan berbagai

penambahbaikan dan inovasi melalui pelbagai sistem, teknik dan

kaedah-kaedah tertentu dalam melakukan perdagangan.

Namun, Islam mempunyai prinsip-prinsip tentang pengembangan

sistem perniagaan atau keusahawanan iaitu ianya mestilah bebas

dari unsur dharar (bahaya), jahalah (ketidakjelasan) dan zhulm

(merugikan atau tidak adil terhadap salah satu pihak). Sistem

pemberian bonus harus adil, tidak menzalimi dan tidak hanya

menguntungkan orang atasan (upline) sahaja. Perniagaan itu juga

mestilah bebas dari lima unsur iaitu Maysir (judi), Aniaya (zhulm),

Gharar (penipuan), Haram, Riba (bunga), Iktinaz atau Ihtikar dan

Bathil.

Menurut Konteks perniagaan yang kami kaji iaitu kewajaran

sistem multi level marketing dalam Hai-O Marketing, jika kita ingin

menjalankan perniagaan Hai-O, maka ia harus terbebas dari unsur-

unsur di atas. Oleh itu, produk Bio-Aura atau water filter (penapis

air) itu perlu mempunyai cara penjualannya yang halal dan tidak

syubhah (was-was) serta tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip

syariah yang telah dinyatakan dalam Al-Quran dan hadis (hadith).

Tapi untuk memulakan perniagaan multi level marketing, Hai-O

Marketing ini memerlukan bakal usahawan mestilah yang

bermodalkan RM20,000+++. Jumlah modal ini boleh membebankan

bakal usahawan yang ingin melabur dalam perniagaan multi level

marketing tersebut.

Jadi, bakal usahawan yang ingin terlibat dalam perniagaan ini

sudah tentulah membuat pinjaman peribadi dari Bank Rakyat yang

mudah untuk mendapatnya. Asal sahaja gaji asal tidak kurang 50%

dan boleh buat pinjaman sehingga 10 kali ganda daripada gaji.

Setiap perniagaan pasti berorientasi pada keuntungan. Namun,

Islam sangat menekankan kewajaran dalam memperoleh

keuntungan tersebut. Hal ini bermaksud harga produk harus wajar

dan tidak digandakan sedemikian rupa dalam jumlah yang amat

mahal dan tidak sewajarnya, sebagaimana yang banyak terjadi

terhadap penjualan produk penapis air Bio-Aura ini dan juga

perusahaan-perusahaan lain yang melibatkan jualan langsung

(pemasaran berantai) dewasa kini.

Sekalipun, Al-Quran tidak menentukan secara tetap mengenai

kadar keuntungan nominal yang wajar dalam perdagangan, tetapi

Al-Quran dengan tegas menyatakan agar pengambilan keuntungan

dilakukan secara adil dan saksama, saling redha serta

menguntungkan bagi kedua-dua pihak.

Firman Allah yang bermaksud;

“Hai-Orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta

sesamamu dengan jalan bathil, kecuali dengan jalan perniagaan yang saling

redha di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu,

sesungguhnya Allah maha Penyayang kepadamu . (QS.4:29). ”

Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan multi

level marketing, terutamanya syarikat Hai-O Marketing sangat mahal

dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan

orang bawahan (downline) dan masyarakat. Seterusnya, orang atasan

(upline) yang hanya memperolehi untung yang tinggi, sedangkan

orang bawahan yang menghadapi kesusahan semata-mata. Seringkali

harga produk digandakan sampai empat bahkan lapan kali ganda

dari harga yang sepatutnya untuk sesuatu produk tersebut.

Bayangkanlah produk Water Filter (penapis air) yang serupa

dengannya malah mungkin lebih bagus dan lebih berkualiti pun

dijual dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja. Oleh itu, adakah

patut Water Filter Bio-Aura yang diperbuat dari Taiwan ini yang

mempunyai modal asalnya antara lingkungan RM250.00 sehingga

RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00. Harga yang tidak wajar

dengan modal, sehingga keuntungan yang tercapai berlipat kali

ganda dari yang sepatutnya. Namun, masih ramai yang ingin

membeli hanya kerana tertarik dengan pelan pemasaran yang

menampakkan mereka sebagai pembeli mendapat untung berlipat

kali ganda. Hal ini seharusnya dihindari, kerana cara ini adalah

mengambil keuntungan dengan cara yang bathil, kerana

mengandungi unsur kezaliman, iaitu membebankan masyarakat

pengguna.

Penetapan harga yang terlalu tinggi daripada harga normal,

sehingga membebankan pengguna, dapat dianalogikan dengan

ghabn iaitu menjual satu barang dengan harga tinggi dari harga

modal sepatutnya. Syarikat Hai-O ini memang pandai dalam

merancang strategi berniaga, tapi sebaliknya rancangan perniagaan

yang dikemukan oleh syarikat ini lebih menjurus ke arah penipuan

terutamanya terhadap bangsa Melayu. Hal ini kerana seperti yang

kita sedia maklum bahawa bangsa Melayu kita sendiri begitu suka

mahupun taksub dengan perniagaan yang berkonsepkan multi level

marketing ini. Sedangkan mereka tidak sedar bahawa syarikat ini

dikuasai sepenuhnya iaitu 100% oleh golongan bangsa Cina pada

peringkat atasan seperti Chief Executive Officer (CEO) yang sudah pasti

menjalankan perniagaan dengan cara atau teknik yang tidak

langsung mempunyai unsur syariah Islam.

Dari Abu Abdillah An-Nu man bin Basyiir radliyallaahu anhu ia‘ ’ ‘berkata : Aku mendengar Rasulullah shallallaahu alaihi wasallam‘

(SAW) bersabda : “Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang

haram itu jelas. Dan diantara keduanya ada perkara-perkara yang

mutasyaabihaat (samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga darinya dari syubhat itu, maka ia telah menjaga

kebersihan untuk agamanya dan peribadinya. Dan barangsiapa yang

terjerumus pada syubhat, maka ia telah terjerumus pada hal yang haram.

Seperti seorang penggembala yang menggembala di sekitar hima/tanah

larangan (milik orang lain), maka ia hampir masuk ke dalamnya . [HR.”

Bukhari dan Muslim]. 

Barangsiapa yang merasa sayang terhadap agama dan dirinya,

maka hendaklah ia tinggalkan apa yang meragukan (was-was/ragu-

ragu) termasuklah dalam menjalankan dunia perniagaan di zaman

teknologi canggih kini. Hal ini kerana masih banyak cara dagangan

lain yang telah disepakati kehalalannya oleh pelbagai pihak

termasuk ahli ulama dan majlis fatwa. Berniaga telur dan ayam di

pasar malam lebih baik dari terus-terusan mencari idea untuk

menghalalkan cara, menurut pendapat al-akh Abu Maira

bahawasanya dalam menghukumi multi level marketing (MLM) tidak

bisa dalam satu kata iaitu halal atau haram. Tidak lain adalah

kerana sistem yang dikembangkan masing-masing mempunyai

sistem multi level marketing yang pelbagai.

Adapun yang paling selamat adalah dengan meninggalkan

perniagaan multi level marketing ini. Jika ia meninggalkan suatu

sistem yang dirasakan was-was sama ada haram mahupun halal,

nescaya ia telah selamat dari perbezaan pendapat yang lebih

menjurus ke arah haram kerana adanya unsur gharar

(ketidakjelasan) terhadap sesuatu yang diniagakan. Menurut

Muhammad Hidayat, Dewan Syariah MUI Pusat, kaedah semacam

ini pernah digunakan Rasulullah dalam melakukan dakwah

Islamiyah pada awal-awal Islam. Dakwah Islam pada saat itu

dilakukan melalui teori mulut ke mulut dari sahabat ke sahabat

lainnya. Sehingga pada suatu ketika Islam dapat di terima oleh

masyarakat kebanyakan. Sama halnya seperti cara berniaga yang

lain, strategi pemasaran harus memenuhi rukun jual beli serta

akhlak iaitu etika yang baik.

5.0PANDANGAN ISLAM TERHADAP MULTI LEVEL MARKETING

Jualan pelbagai peringkat atau lebih dikenali sebagai Multi Level

Marketing (MLM) adalah amat popular di Malaysia. Statistik

menunjukkan pada tahun 1993 industri yang menggunakan sistem

MLM di Malaysia ini telah mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM

4 bilion dan lebih 3 juta penduduk Malaysia yang terlibat dalam

perniagaan yang melibatkan sistem ini. Menurut perspektif Islam,

sistem MLM yang kini sangat diminati oleh segenap masyarakat

sebagai satu kaedah memasarkan pasaran produk adalah termasuk

dalam pembahasan Fiqh Muamalah atau bab Buyu’ (perdagangan).

MLM adalah sistem pemasaran langsung sesuatu produk siap

berupa barang atau jasa kepada pelanggan. Selain itu, sistem MLM

adalah seseorang pengedar menjual barang yang bukan miliknya

dan akan mendapat komisyen berdasarkan jualan tersebut. Jika si

penjual dapat mencapai sasaran yang ditetapkan, dia akan

mendapat bonus sesuai seperti yang ditetapkan perusahaan.

Pada dasarnya sistem MLM adalah muamalah atau buyu’ yang

pada prinsipnya adalah harus (mubah) selagi tidak mempunyai

unsur-unsur seperti riba, gharar, dhoror dan jahalah dalam

menjalankan perniagaan tersebut. Pengertian secara umumnya

mengenai MLM adalah suatu yang merupakan cara perniagaan

alternatif yang berkaitan dengan kaedah pemasaran yang dilakukan

melalui banyak level (tingkatan/tahap), yang biasa dikenali dengan

istilah upline (tingkat atas) dan downline (tingkat bawah). Pokok

utama dalam perniagaan yang menggunakan sistem MLM ini

digerakkan dengan jaringan sebegini, sama ada yang bersifat

‘vertikal (mendatar) mahupun ’ ‘horizontal’ (menegak) ataupun

gabungan antara kedua-duanya. Terdapat dua kaedah penting bagi

pengusaha perniagaan untuk mereka memahami hampir seluruh

permasalahan yang berhubungan dalam hukum Islam, sebagaimana

dikatakan Ibnul Qayyim rahimullah:

Pada dasarnya semua ibadah hukumnya halal kecuali kalau ada

dalil yang memerintahkannya atau menyatakan keharamannya.

Sedangkan asal dari hukum transaksi dan muamalah adalah halal

kecuali kalau ada dalil yang melarangnya. ( Ilamul Muwaqiin 1/334).

Dalil ibadah adalah sabda Rasulullah SAW; daripada Aisyah

berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mengamalkan

sesuatu yang tidak ada contohnya dari kami, maka akan tertolak . (HR”

Muslim)

Adapun dalil masalah muamalah seperti dalam firman Allah SWT

yang bermaksud :

“Dia-lah Allah yang telah menjadikan segala yang ada di bumi untuk

kamu . (Al-Baqarah : 29)”

Oleh kerana itu, apa pun nama dan model perniagaan tersebut

pada dasarnya dihukumi halal selagi dilakukan atas dasar sukarela

dan tidak mengandungi unsur haram, sebagaimana firman Allah

SWT yang bermaksud :

“Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba . (Al-”

Baqarah : 275)

Terdapat beberapa perniagaan MLM yang dikategorikan haram.

Antaranya ialah harga yang terlampau tinggi daripada biasa iaitu

tidak sesuai dengan harga menghasilkan produk tersebut. Menjual

produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga

yang jauh lebih tinggi daripada harga biasa, ia adalah amat tidak

digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, akad

seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar “Ghabnun Fahisyh”

menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara “Ghabnun

Fahisyh ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan”

haram. Bagaimana Nabi Muhammad SAW pernah

mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada

orang yang tidak mengetahui selok-belok harga sesuatu barang

(produk). [Al Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601]. –Seterusnya, jualan target sebagai syarat komisyen dalam sistem

perniagaan MLM. Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh setiap

ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli

tersebut mencapai target jualan tertentu bagi melayakkannya

mendapat apa jua komisyen dari hasil jualan orang di bawahnya.

Apabila penjualan sesuatu produk gagal mencapai harga target‘ ’yang telah ditetapkan tersebut, maka keahliannya akan hilang atau

tidak memperolehi sebarang komisyen untuknya walaupun orang

bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang

terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM

mereka menjadi bermasalah dari sudut syariah kerana wujudnya

unsur kezaliman terhadap ahli-ahli yang terlibat. Bahkan, wujudnya

kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi

ahli serta berbentuk penindasan. Hal ini bertentangan dengan

prinsip Islam yang yang tidak mengizinkan berlakunya penindasan

terhadap manusia.

Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual

sesuatu barangan adalah harus menurut syariah. Hal ini menurut

pandangan ulama besar Tabi en seperti Muhammad Ibn Sirin,’Ato Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha ie dan ramai lagi (Sohih‘ ’ ’

Al-Bukhari; Al-Musannaf, 5/242; Mawahibul Jalil, 4/452).

Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan sistem piramid ini

boleh bertukar menjadi haram apabila terdapat ciri-ciri seperti yang

akan dijelaskan dalam huraian seterusnya.

Ciri pertama ialah penjualan produk tersebut diikat komisyen

jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia

menimbulkan masalah dari sudut syariah seperti unsur pemaksaan,

syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian. Selain itu,

ciri lain ialah komisyen datang dari orang bawahan (downline) yang

langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah.

Hal ini menjadikan orang atasan (upline) yang seolah-olah mendapat

untung di atas angin tanpa sebarang kerja dan usaha.

Bahkan, peniagaan MLM ini juga boleh dikelaskan sebagai

broker di atas broker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal

berbilangnya rantaian komisyen broker ini, menurut perbincangan

Ustaz Hj. Zaharuddin Hj. Abdul Rahman bersama Syeikh Prof. Dr.

Abdul Sattar Abu Ghuddah (pakar syariah utama dalam bidang

kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI,

Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) perniagaan sebegini

termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan batil

selain terdapat unsur judi. Hal ini kerana sistem MLM seolah-olah

meletakkan syarat kepada semua orang bawahan sama ada mereka

mengetahui ataupun tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil

sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.

Seterusnya dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam

isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil

penjual) atau ‘brokerage (tukang kempen). Hal ini kerana’

sepatutnya komisyen ke atas ‘brokerage tidak harus mensyaratkan’

tukang kempen itu untuk membeli bagi diri sendiri sebagaimana

yang berlaku dalam beberapa jenis MLM. Sesetengahnya pula

mensyaratkan ‘broker atau agen untuk menjual sendiri sebanyak’ ‘ ’

sekian (beberapa) jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker

(ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker atau’

agen menjadi ‘ ’ syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan

sebagai komisyen wakil atau broker. Oleh kerana, terdapat

keraguan dalam penjualan produk tersebut, Islam amat

mengharamkan hal sebegini berlaku. Islam melarang disebabkan

tidak ingin berlaku penipuan atau penindasan terhadap mana-mana

individu yang terlibat.

MLM juga dikategorikan haram sekiranya terdapat syarikat yang

memanipulasi dalam menjual produknya atau memaksa pembeli

untuk menggunakan produknya ataupun yang dijual adalah barang

haram. Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau

“bay'atayn fi bay'ah , (iaitu dua akad jenis jual beli terhadap sesuatu”

produk) yang dilarang oleh Nabi Muhammad SAW dengan pelbagai

sabdanya. Antaranya: “Rasulullah SAW melarang dari membuat dua

belian (akad) dalam satu akad . (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar; Al-”

Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah; 4/84)

Hal ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang

membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar

sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan sama ada

yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian

ataupun membeli produk. Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma Fiqh’Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan

MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia

adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, Syeikh Salim Al-

Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya:

Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan ini yang diminati ramai.“Secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid

dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus

mencari ahli-ahli baru dan begitulah selanjutnya. Setiap anggota

perlu membayar yuran kepada syarikat tersebut dengan jumlah

tertentu dengan mengandaikan akan mendapat bonus, semakin

banyak anggota dan banyak memasarkan produknya, maka akan

semakin banyak bonus yang dijanjikan untuk diperolehi oleh setiap

ahli. Perniagaan jenis ini adalah berbentuk seperti perjudian yang

dikenali sebagai perjudian murni, kerana anggota MLM ini tidak

mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah

menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat

apabila setiap ahli baru membayar yuran.

Bagaimanapun, tidak semua perniagaan MLM adalah haram. Jika

kita masih mahu terlibat dengan perniagaan MLM ini, kita harus

memastikan bahawa produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan

yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan

dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan

lainnya). Produknya bukan emas atau perak yang boleh dijual beli

secara tangguh. Hal ini kerana penjualan emas secara bertangguh

adalah riba jenis al-Nasiah. Komisyen yang diberikan kepada ahli

untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada

komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atasan hanya berhak

mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan kepala atau ahli‘ ’

yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya

dijualnya. Perkara ini diperlukan bagi membuktikan ia

menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan

perkhidmatan, serta bukannya seperti permainan wang (money

games). Tidak diwajibkan bagi seseorang ahli menjual jumlah

tertentu bagi memperoleh komisyen dari orang bawahannya. Setiap

‘upline atau orang di bahagian atas mestilah menaruh usaha atas’

jualan orang bawahannya.

Malah, tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk

dulu akan untung selamanya. Bahkan, perniagaan juga perlu

memperkenalkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh

difahami oleh semua pihak terutamanya ahli yang terlibat dalam

perniagaan syarikat tersebut. Pengstrukturan pelan pemasaran di

antara ahli atasan dan bawahannya secara musyarakah iaitu

perkongsian untung atau rugi berdasarkan modal masing-masing

dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan

diperingkat awal lagi adalah cara yang terbaik dan menyakinkan.

Memang pada dasarnya semua hukum muamalah adalah halal

kecuali kalau ada dalil yang mengharamkannya. Namun, kajian

yang dijalankan menunjukkan kebanyakan perniagaan yang

menggunakan sistem MLM yang beroperasi di Malaysia merupakan

perniagaan yang melanggar hukum syariah seperti ternyata dalam

Islam. Walaubagaimanapun, ada juga segelintir perniagaan MLM

yang beroperasi di Malaysia ini menjalankan perniagaan mereka

mengikut hukum-hukum Islam seperti yang ditetapkan oleh syarak.

Jadi kita tidak sepatutnya mengatakan bahawa semua perniagaan

yang menggunakan sistem MLM tersebut sebagai haram seperti

yang telah didakwa oleh sesetengah pihak kerana ternyata ada yang

dijalankan secara syarak iaitu halal disisi agama Islam. Manusia

yang menentukan penilaian mereka sendiri sama ada baik atau

buruknya sesuatu perkara itu. Makanya, kita haruslah melengkapi

diri kita dengan ilmu yang lebih mendalam lagi tentang muamalah

dalam Islam ini supaya kita tidak diperdayakan oleh pihak-pihak

yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanapa

menghiraukan halal dan haram sesuatu yang dijalankan tersebut.

6.0 PANDANGAN MASYARAKAT TERHADAP HAI-O MARKETING (MLM)

Secara amnya, masyarakat mempunyai pandangan dan pendapat

masing-masing terhadap sesuatu perkara. Pandangan ini dapat

dibahagikan kepada dua, iaitu dari sudut positif dan negatif.

Umumnya, masyarakat hari ini sangat prihatin dalam menjaga

kesihatan diri dan keluarga mereka.

Salah satu fungsi penapis air Bio-Aura adalah untuk menjaga

kesihatan dan merawat penyakit. Hal ini kerana produk penapis air

Bio-Aura keluaran Hai-O Marketing ini dikatakan dapat

mengurangkan penyakit. Salah seorang pengguna dan juga

mempunyai pesakit dialisis, mengatakan bahawa susulan daripada

meminun air Bio-Aura didapati keadaan badannya yang berisi

semakin baik dan lebih sihat berbanding selalu. Hal ini kerana,

dikatakan bahawa produk air Bio-Aura ini tidak mengandungi klorin

dan semua logam berat telah ditapis sepenuhnya serta mempunyai

tahap kealkalian air yang tinggi.

Selain daripada itu, penapis air Bio-Aura ini juga mengekalkan

mineral semulajadi air. Oleh sebab itu, dia (individu yang telah

menggunakan produk Bio-Aura) telah mengamalkan meminum air

Bio-Aura mengikut sukatan yang dinasihatkan oleh doktor.

Disebabkan air Bio-Aura ini mengandungi mineral yang baik untuk

badan. Bahkan, airnya turut membantu dalam menstabilkan nutrien

dan juga memudahkan penyerapan nutrien ke dalam sel. Bagi

pesakit dialisis, selain mengamalkan minum air Bio-Aura,

pengambilan garam buruh yang dihasilkan oleh syarikat Hai-O

Marketing yang dapat membantunya mengimbangi antara kalium

dan natrium serta dapat mengurangkan keadaan badan yang berisi

kerana lebihan air dalam badan.

Dari sudut negatif, segelintir masyarakat berpendapat bahawa

mereka tertipu dengan produk ini. Hal ini kerana, selepas disedari

bahawa harga yang diletakkan pada harga pasaran adalah sangat

mahal daripada produk Water Filter (penapis air) yang seumpama

dengannya malah mungkin lebih baik kualitinya dijual pada harga

yang lebih murah. Mereka menyatakan bahawa penapis air yang

diperbuat dari Taiwan nilai asalnya adalah dalam lingkungan RM250

hingga RM300 dijual pada harga RM2,100.

Bagi mereka yang memang tidak jahil (mengetahui) berkenaan

harga pasaran, mereka menganggap penjual adalah sangat zalim

kerana membebankan masyarakat pengguna dan mengaut untung

yang berlebih-lebihan hasil daripada menipu pembeli. Syarikat

pengeluar produk ini yang dipelopori oleh masyarakat Cina

dikatakan hanya ingin menipu orang Melayu. Hal ini kerana,

mereka mengenakan harga yang terlalu tinggi dari harga normal,

sedangkan soal selidik yang dilakukan menunjukkan bahawa

masyarakat Cina sendiri tidak menggunakan produk Bio-Aura ini.

Rata-rata pengguna produk Bio-Aura beranggapan produk ini

dikeluarkan oleh masyarakat Melayu. Sikap masyarakat terumanya,

Melayu yang sangat mudah tertipu dan mudah tertarik dengan

sesuatu perniagaan yang dikatakan cepat untuk mencapai kekayaan

merupakan suatu sikap negatif yang patut dibuang dari dalam diri.

Oleh sebab itu, masyarakat berasa tertipu dan pelbagai persoalan

yang dilontarkan terhadap syarikat pengeluar dan produk itu

sendiri. Mengapa harga yang diletakkan terlalu tinggi? Apakah yang

membeza produk ini dengan produk keluaran syarikat lain

sehinggakan harga yang diletakkan terlalu tinggi? Mengapa golongan

masyarakat pengeluar itu sendiri tidak ada yang menggunakan

produk ini? Adakah syarikat MLM ini ingin membantu orang

Melayu? Hal ini merupakan persoalan yang dilontarkan oleh

masyarakat berkenaan produk ini setelah mereka mempunyai

kesedaran mengenai perniagaan ini.

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, umumnya memang benar terdapat beberapa

syarikat yang manyalahgunakan sistem MLM dengan

memanipulasikan orang ramai dan menipu untuk mengaut

keuntungan atau memperolehi wang dengan cara yang mudah.

Pelbagai kaedah yang digunakan dalam memasarkan sesuatu

produk, malah dalam dunia siber kini terlalu ramai individu atau

ahli perniagaan melakukan pelan pemasaran yang melibatkan

sistem multi level marketing (MLM) yang lebih mudah untuk

memperkenalkan dan memperkembangkan perniagaan mereka.

Maka tidak hairan jika dikatakan sistem MLM kini telah semakin

diminati oleh segenapa ahli perniagaan kerana mudah diterima oleh

masyarakat juga. Malah, tidak dapat dinafikan lagi syarikat Hai-O

Marketing yang dikaji pelan pemasarannya juga mula dikenali

secara lebih meluas apabila mengamalkan sistem MLM dalam

mejalankan penjualan produknya. Boleh dikatakan sistem

perniagaan ini mendapat sambutan di Malaysia juga, akibat sikap

masyarakat Malaysia terutamanya, Melayu yang amat berminat dan

tertarik terhadap sesuatu barang melalui percakapan dari rakan-

rakan atau lebih tepat mempercayai kata-kata dari mulut ke mulut

menyebabkan sistem ini semakin terkenal dan tersebar luas di

negara ini. Oleh itu, setiap individu harus bijak menilai dan perlu

memiliki ilmu sebelum menjalankan sesuatu perniagaan. Bahkan,

masyarakat terutamanya beragama Islam perlu menitikberatkan

mengenai kehalalan sesuatu yang ingin mereka terlibat.

RUJUKAN

Latar belakang syarikat. (2007). Diakses pada 5 Mac, 2011, daripada

http://www.Freewebs. com/hai-omarketing/

Pemasaran berjenjang. Diakses pada 5 Mac, 2011, daripada

http://id.wikipedia.org/wiki/Multi-level_marketing

Usahawan MLM. Diakses pada 5 Mac, 2011, daripada

http://hiomarketing.webs.com/usaha wanmlm.htm

Ust. Ahmad Adnan Fadzil. MLM: yang halal dan yang haram. Diakses pada

7 Mac, 2011, daripada

http://perniagaansemua.blogspot.com/2009/01/mlm-yang-halal-dan-

yang-haram .html

Ust. Hj. Zaharuddin Hj. Abd. Rahman. (2007). Isu shariah dalam

perniagaan MLM. Diakses pada 6 Mac, 2011, daripada

http://muslimkaya.blogspot.com/2007/03/mlm-haram.html

Ust. Hj. Zaharuddin Hj. Abd. Rahman. (2007). Diakses pada 6 Mac,

2011, daripada http://www.jimieray.com/blog/mlm-sebenar/tidak-

semua-skim-mlm-haram.html