Tugasan OUMH1103 -LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS

22
Faculty of Business & Management SEMESTER 1 / TAHUN 2013 OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS TAJUK TUGASAN: The Problems Faced By Students In Higher Education In Malaysia In Mastering The English Language And Its Impact On Employability Disediakan oleh: Rasman Abdullah ([email protected] ) PUSAT PEMBELAJARAN : PETALING JAYA

Transcript of Tugasan OUMH1103 -LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS

Faculty of Business & Management

SEMESTER 1 / TAHUN 2013

OUMH1103

LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS

TAJUK TUGASAN:

The Problems Faced By Students In HigherEducation In Malaysia In Mastering The English

Language And Its Impact On Employability

Disediakan oleh:Rasman Abdullah

([email protected])

PUSAT PEMBELAJARAN : PETALING JAYA

OUMH1103

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKASURATPengenalan 2

1. Kepentingan Bahasa Inggeris dan kesan keatas

peluang kerja

1.1 Komunikasi

1.2 Menulis

2

23

2. Sebab-sebab pelajar menghadapi masalah

penguasaan Bahasa Inggeris

2.1 Kurang kesedaran keatas kepentingan

menguasai Bahasa Inggeris

2.2 Kurang motivasi dan galakan

2.3 Asas Bahasa Inggeris yang lemah

2.4 Kurang membaca bahan di dalam Bahasa

Inggeris

4

4

56

7

3. Cadangan bagi meningkatkan penguasaan Bahasa

Inggeris

3.1 Menghadiri kelas komunikasi Bahasa

Inggeris

3.2 Mendapatkan bantuan pensyarah bahasa

88

910

10

1

OUMH1103

Inggeris

3.3 Membaca pelbagai bentuk bahan bacaan

berbahasa Inggeris

3.4 Mendengar dan menonton media massa dalam

Bahasa Inggeris

Kesimpulan 11Rujukan 12

2

OUMH1103

Pengenalan

Saban tahun Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia

menghasilkan beribu graduan. Walau bagaimana pun ramai yang

mengalami kesukaran dalam persaingan mendapatkan pekerjaan.

Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Menurut Jeannie

Khoo (2012), pengarah pemasaran bagi Kelly Services

menyatakan jika seorang calon (pergi untuk temuduga) tidak

mahir dalam Bahasa Inggeris, dia mungkin tidak menyerlah

kerana persaingan sengit (dalam pasaran buruh),dan majikan

kini tidak melihat Bahasa Inggeris anda dan lain-lain bahasa

yang anda mungkin telah belajar di kolej atau universiti.

Ini menunjukkan bahawa pihak yang ingin mengambil pekerja

sangat mementingkan calon-calon boleh menguasai serta

berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Tanpa penguasaan Bahasa

Inggeris ke tahap yang memuaskan, graduan-graduan mungkin

akan terlepas peluang pekerjaan walaupun mempunyai kelayakan

yang diperlukan.

1. Kepentingan Bahasa Inggeris dan kesan keatas peluang

kerja

Peranan bahasa Inggeris dalam pekerjaan adalah sangat jelas.

Graduan yang memiliki kelayakan dari segi akademik,

kemahiran computer atau kemahiran teknikal perlu juga mahir

dalam penguasaan Bahasa Inggeris bagi memastikan mendapat

pekerjaan yang diidamkan dengan lebih senang dan cepat. Di

3

OUMH1103

dalam iklan kerja kosong, biasanya dinyatakan kemampuan

bertutur dan menulis di dalam Bahasa Inggeris menjadi salah

satu keperluan untuk mengisi jawatan yang diiklankan. Secara

umumnya syarikat-syarikat sentiasa mencari pekerja yang

berkelayakan serta berkebolehan dalam berkomunikasi, menulis

dan mempunyai keyakinan untukmembuat perbentangan di dalam

Bahasa Inggeris.

1.1 Komunikasi

Berlos’ SMCR Model of Communication, 1960

Menurut model komunikasi Berlos’s SMCR (1960), penyampai

perlu memiliki kemahiran berkomunikasi dan yang paling

penting, supaya mesej dapat diterima dan difahami dengan

betul. Dengan ini seseorang penyampai harus betul dari segi

pemilihan dan penggunaan bahasa yang hendak disampaikan. Ini

adalah sangat penting supaya apa yang disampaikan dapat

difahami oleh penerima. Salah satu elemen model ini juga

adalah ‘code’(bahasa Malaysia ialah ‘kod’) yang merujuk

kepada bentuk mesej, antaranya adalah bahasa.

4

OUMH1103

Komunikasi adalah sangat penting didalam pekerjaan

terutama bagi memastikan sesuatu urusan berjalan lancar.

Bagi pekerja yang kurang mahir untuk berkomunikasi terutama

dalam Bahasa Inggeris akan menyebabkan rasa rendah diri,

takut dan kurang bersemangat apabila berhadapan dengan

pelanggan. Ini akan menjejaskan imej syarikat atau

organisasi yang diwakili.

1.2 Menulis

Menulis dengan betul dari segi ejaan adalah sangat penting

bagi memastikan apa yang ingin digambarkan dapat difahami

oleh penerima. Dalam bidang pekerjaan, maklumat seperti

arahan atau pekeliling yang dikeluarkan biasanya menggunakan

dwibahasa iaitu bahasa kebangsaan dan bahasa inggeris. Jika

dalam sektor korporat kebanyakkan maklumat, arahan dan

pekeliling berkaitan dengan syarikat dikeluarkan dalam

Bahasa Inggeris. Ini menjelaskan bahawa pekerja yang

bertanggungjawap untuk menyediakan bahan-bahan maklumat

tersebut perlu mahir dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Ini

kerana bahan-bahan maklumat tersebut akan diedarkan kepada

pelanggan atau diterbitkan kepada umum. Kesilapan dalam

ejaan atau penggunaan ayat didalam maklumat tersebut akan

mencemarkan dan menjejaskan kredibiliti organisasi atau

syarikat tersebut di mata umum.

5

OUMH1103

Dalam bidang perubatan, penggunaan Bahasa Inggeris

terutama penulisan adalah sangat penting. Menurut Ketua

Eksekutif Sime Darby Nursing and Health Sciences College,

Shanaz F. H. Mawji (2012), dokumen perubatan adalah

sebahagian daripada rekod undang-undang dan disebabkan ini,

penulisan dalam Bahasa Inggeris yang jelas adalah penting.

Tambahan pula, kebanyakan kakitangan perubatan menggunakan

Bahasa Inggeris dalam percakapan dan rekod catatan

perubatan. Sebagai contoh, jika seorang jururawat tersilap

ejaan didalam laporan pesakit akan mendatangkan masalah

bukan sahaja kepada pesakit tetapi melibatkan pihak doktor

yang hendak membuat pemeriksaan susulan terhadap pesakit

tersebut. Disebabkan kesilapan tersebut, pesakit mungkin

menerima rawatan yang salah atau doktor akan tersilap

menganalisa penyakit pesakit tersebut. Oleh itu, kemahiran

bertutur, mendengar, dan menulis dalam Bahasa Inggeris amat

diperlukan di kalangan profesional perubatan.

2. Sebab-sebab pelajar menghadapi masalah penguasaan Bahasa

Inggeris

Dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan institusi

pengajian tinggi di Malaysia dan bagi memastikan mereka

mampu bersaing di peringkat global, faktor-faktor yang

menyumbang kepada situasi ini dan cadangan penyelesaian

perlu dikenal pasti dan difahami. Faktor-faktor utama

6

OUMH1103

pelajar institusi pengajian tinggi menghadapi masalah dalam

menguasai Bahasa Inggeris adalah disebabkan kurangnya

kesedaran keatas kepentingan menguasai Bahasa Inggeris,

kurang motivasi diri, asas Bahasa Inggeris yang lemah, dan

kurang membaca bahan bacaan Bahasa Inggeris.

2.1 Kurang kesedaran keatas kepentingan menguasai Bahasa

Inggeris

Oleh kerana bahasa rasmi di Malaysia adalah Bahasa Malaysia,

peranan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua kurang mendapat

perhatian terutama di kawasan luar bandar. Bahasa Inggeris

dipelajari sebagai syarat untuk lulus peperiksaan dan bukan

digunakan untuk tujuan komunikasi dalam komuniti setempat.

Menurut Dr Che Ton Mahmud (2011), kemahiran Bahasa Inggeris

hanya akan dapat ditingkatkan jika kita menggunakannya dalam

kehidupan seharian. Dalam erti kata lain, usaha ke arah

membudaya penggunaan Bahasa Inggeris itu adalah sangat

penting dan perlu menjadi amalan secara meluas dan

berterusan, Ini secara tidak langsung menunjukkan

ketidaksedaran terhadap kepentingan Bahasa Inggeris. Ia juga

disalah anggap sebagai bahasa yang digunakan dalam bidang

perniagaan dan perkhidmatan serta bidang profesional sahaja.

Oleh itu, bagi graduan yang tidak mempunyai matlamat yang

jelas tentang masa depan dan kemajuan karier serta tidak

bercita-cita tinggi, mereka tidak akan nampak bagaimana

7

OUMH1103

bahasa kedua ini dapat membantu mereka mendapatkan pekerjaan

yang diidamkan.

Organisasi yang besar dan diiktiraf semestinya

mempunyai matlamat untuk berkembang dan bersaing diperingkat

global. Dalam usaha memenuhi misi dan visi organisasi, satu

pasukan yang kuat dan berdaya saing diperlukan bagi membawa

organisasi ke peringkat yang lebih tinggi. Atas sebab ini,

organisasi akan mencari calon pekerja yang berkemampuan

untuk bersama-sama menjayakan misi dan visi syarikat. Salah

satu keperluan untuk bersaing diperingkat antarabangsa

adalah kemahiran Bahasa Inggeris kerana ia digunakan sebagai

bahasa komunikasi antarabangsa. Untuk bersaing di peringkat

global, kemahiran Bahasa Inggeris menjadi kemestian agar

segala urusan dapat berjalan dengan lancar dan mencapai

objektifnya. Pelajar yang masih kurang matang dalam menilai

dan membuat keputusan mengambil jalan mudah dengan memohon

kerja di syarikat-syarikat kecil yang baru ditubuhkan tanpa

menyedari bahawa syarikat kecil tidak menawarkan peluang

pekerjaan yang banyak dan belum stabil dari segi kewangan.

Oleh itu, tiada jaminan untuk pekerja kekal dalam pekerjaan

yang diperolehinya. Kesimpulannya, pelajar-pelajar yang

berfikir seperti ini jelas kurang kesedaran terhadap

kepentingan bahasa Inggeris untuk kerjaya masa depannya.

2.2 Kurang motivasi dan galakan

8

OUMH1103

Pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi di Malaysia datang dari latar

belakang yang berbeza. Walaupun terdapat pelbagai kaum di Malaysia,

mereka mempunyai bahasa ibunda sendiri dan mereka biasanya

menggunakannya apabila bercakap di kalangan keluarga dan rakan-

rakan. Di samping itu, Bahasa Malaysia digunakan untuk berinteraksi

di antara kaum. Oleh itu, Bahasa Inggeris tidak dilihat sebagai penting

untuk dipelajari dan diamalkan terutama dalam masyarakat luar

bandar. Persekitaran juga tidak memerlukan mereka untuk

menggunakan Bahasa Inggeris dalam aktiviti harian mereka seperti

membeli-belah, makan di luar dan sebagainya. Akibatnya, mereka

tidak bermotivasi dan tiada galakan untuk mempelajari Bahasa Inggeris

dengan betul kerana bagi mereka, mereka tidak perlu

menggunakannya.

Persekitaran universiti di Malaysia juga tidak mendorong mereka

untuk menggunakan Bahasa Inggeris dengan cara yang betul. Mereka

tidak merasa perlu untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana

mereka sentiasa boleh berkomunikasi dengan semua orang termasuk

pensyarah dalam Bahasa Malaysia. Keadaan ini selalunya menghalang

peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Sebagai bahasa, ia

mesti sering digunakan untuk menjadikan seseorang itu mahir di

dalam penggunaannya. Tidak dinafikan bahawa pelajar akan

menggunakan sedikit Bahasa Inggeris semasa berinteraksi dengan

pensyarah mereka. Walau bagaimanapun, ia tidak mencukupi untuk

membolehkan mereka menguasai bahasa dengan baik.

2.3 Asas Bahasa Inggeris yang lemah

Bagi menguasai Bahasa Inggeris dengan cemerlang, setiap

pelajar harus mempunyai asas Bahasa Inggeris yang kukuh.

Asas ini biasanya bermula pada peringkat sekolah lagi.

Menurut pakar motivasi Osman Affan (n.d), jika seseorang itu

lemah dalam subjek Bahasa Inggeris di sekolah rendah, dia

akan terus lemah hingga masuk ke sekolah menengah, kolej

9

OUMH1103

mahupun universiti. Ini menjelaskan bahawa asas bahasa

Inggeris adalah bermula pada peringkat sekolah rendah lagi.

Bagi menguasai Bahasa Inggeris, penekanan kepada empat

kemahiran utama iaitu mendengar, membaca, menulis, dan

bercakap adalah sangat penting. Pelajar tidak akan mahir

dalam bahasa kedua ini sekiranya tidak dapat menguasai

keempat-empat kemahiran tersebut. Menurut teori

‘comprehensible input’ Krashen (1982), kemahiran mendengar

dan membaca merupakan dua input penting sebelum seseorang

dapat menghasilkan output melalui penulisan dan percakapan.

Ini juga dapat dijelaskan dalam memahami kenapa perkembangan

bahasa dan pertuturan kanak-kanak pekak adalah tidak

sempurna. Sarah Morales (n.d) menyatakan bahawa kemampuan

bertutur kanak-kanak akan terganggu dengan wujudnya

kecacatan pada sistem pendengaran kanak-kanak, samada input

yang diterima dari persekitaran adalah tidak sempurna atau

langsung tiada input. Begitu juga halnya dengan pelajar yang

kurang menerima input atau mengabaikan input yang diterima

dari persekitaran, tidak akan mampu menghasilkan output,

apatah lagi untuk berkomunikasi dengan lancar dalam bahasa

Inggeris. Inilah yang dimaksudkan dengan asas yang lemah.

Bahasa bukan setakat melibatkan pengetahuan kosa kata

semata-mata, tetapi juga mempunyai struktur tertentu dan

digunakan secara berlainan mengikut fungsinya. Bahasa

Inggeris juga mengandungi struktur dan tatabahasa yang perlu

10

OUMH1103

difahami bagi membolehkan penuturnya berkomunikasi dengan

ayat yang baik dan tersusun serta dapat difahami oleh

pendengar. Bahasa Inggeris mempunyai frasa-frasa tertentu

mengikut fungsinya. Dalam penggunaan rasmi, fungsi memberi

salam adalah sedikit berbeza dengan penggunaan kasual.

Sebagai contoh, ‘what’s up, dude?’ adalah fungsi menyapa

seseorang dalam situasi lebih santai dan tidak sesuai

digunakan dalam situasi rasmi. Perkara ini adalah antara

asas yang perlu difahami sebelum diaplikasikan dalam dunia

sebenar. Oleh itu, tanpa asas yang kukuh, bahasa Inggeris

akan sukar untuk dikuasai.

2.4 Kurang membaca bahan di dalam Bahasa Inggeris

Teori ‘Comprehensible Input’ Krashen (1982) yang telah

disebut sebelum ini jelas menyatakan bahawa kemahiran dan

penguasaan bahasa memerlukan pelajar mendapat atau

memperolehi input yang sedikit lebih tinggi daripada

pengetahuan sedia ada pelajar. Kurang pendedahan oleh

pelajar sendiri kepada bahan-bahan bacaan Bahasa Inggeris

menyukarkan mereka untuk menguasai bahasa ini. Mereka cepat

bosan dan berputus asa apabila tidak dapat memahami apa yang

dibaca.

Mudah bosan dan berputus asa tidak akan membantu

seseorang mencapai matlamatnya untuk menguasai sesuatu

bahasa. Ungkapan ‘practise makes perfect’ dalam hal ini

11

OUMH1103

adalah amat bertepatan. Pendedahan kepada bahan bacaan yang

pelbagai dalam Bahasa Inggeris adalah sangat berguna kepada

pelajar kerana mereka dapat meningkatkan kosa kata, memahami

struktur ayat yang betul, dan belajar memahami berdasarkan

konteks penggunaan perkataan atau ayat untuk tujuan atau

fungsi yang berbeza. Contohnya, terdapat perkataan-perkataan

tertentu dalam Bahasa Inggeris yang sama sebutan dan ejaan

tetapi berbeza dari segi definisi yang mana ia bergantung

kepada konteks penggunaannya, seperti perkataan ‘belt’ yang

mana maksud yang biasa digunakan adalah ‘tali pinggang’ di dalam

Bahasa Malaysia, tetapi boleh membawa erti ‘kawasan yang

panjang dan sempit’ bila digunakan dalam konteks yang berkaitan

dengan kawasan. Untuk seseorang itu mahir dalam penguasaan

bahasa Inggeris, hal ini perlu difahami dan dipelajari.

Ini pula membawa kepada persoalan kepentingan

penggunaan kamus. Fungsi kamus bukanlah semata-mata untuk

memberi maksud sesuatu perkataan, tetapi segala bentuk

maklumat berkaitan dengan perkataan tersebut dapat

dipelajari secara mendalam. Kamus mengajar ejaan yang betul,

sebutan yang betul, fungsi tatabahasa dan struktur ayat yang

sesuai digunakan untuk perkataan tersebut. Sebagai contoh,

perkataan ‘present’ memberi dua bentuk sebutan yang berlainan

walaupun ejaannya sama. Fungsi tatabahasanya pula adalah

‘verb’ atau ‘kata kerja’ dan ‘noun’ atau ‘kata nama’ bergantung kepada

bagaimana perkataan itu digunakan dalam konteks. Sememangnya

12

OUMH1103

proses rujukan kepada kamus memerlukan ketekunan dan

kesabaran yang tinggi dalam mempelajari dengan mendalam

tentang satu-satu perkataan bahasa Inggeris. Dengan

menganggap membuat rujukan kepada kamus sebagai membebankan,

menyebabkan mereka lemah Bahasa Inggeris apabila menjejak

kaki ke menara gading.

Oleh yang demikian, sikap malas pelajar untuk membaca

bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris menjadi salah satu sebab

kegagalan penguasaan Bahasa Inggeris.

3. Cadangan bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris

Daripada perbincangan diatas, faktor-faktor yang menjadi

penyebab kepada kelemahan pelajar institusi pengajian tinggi

dalam penguasaan Bahasa Inggeris telah dikenalpasti. Walau

bagaimanapun, isu ini boleh diperbaiki dalam banyak cara

selagi pelajar bersedia untuk maju dan berusaha untuk

mencapai matlamat ini. Dalam usaha untuk meningkatkan

penguasaan Bahasa Inggeris pelajar, mereka boleh

mendaftarkan diri mereka dalam kelas Komunikasi Bahasa

Inggeris di dalam atau di luar universiti, berbincang dengan

pensyarah Bahasa Inggeris di institusi pendidikan masing-

masing, membaca bahan bacaan Bahasa Inggeris pelbagai genre,

dan mendengar serta menonton media elektronik berbahasa

Inggeris.

13

OUMH1103

3.1 Menghadiri kelas komunikasi Bahasa Inggeris

Salah satu daripada sebab lemahnya penguasaan Bahasa

Inggeris seperti yang dibincangkan sebelum ini adalah kerana

pelajar bukan dari latar belakang berbahasa Inggeris. Mereka

tidak mempunyai peluang untuk mempraktikkan bahasa Inggeris

dalam kehidupan seharian mereka. Dengan menghadiri kelas

komunikasi Bahasa Inggeris, mereka akan mendapat peluang

untuk berinteraksi dalam Bahasa Inggeris. Persekitaran

berbahasa Inggeris disediakan untuk mereka di bawah

pengawasan tutor. Mereka akan mengetahui cara untuk bertutur

dalam Bahasa Inggeris dengan betul dan menggunakan ungkapan

yang sesuai bagi situasi perbualan yang berbeza.

Selain belajar cara perbualan dalam situasi formal dan

tidak formal, mereka mendapat peluang untuk melakukan

pengucapan awam dan pembentangan. Ia membina motivasi diri

mereka untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Mereka tidak

akan berasa rendah diri lagi apabila mereka terpaksa

menggunakan Bahasa Inggeris dalam apa jua keadaan. Dengan

kemahiran yang tinggi dalam Bahasa Inggeris, mereka akan

berasa lebih yakin apabila mereka bercakap menggunakan

Bahasa Inggeris.

Jadi, menghadiri kelas Bahasa Inggeris dapat

meningkatkan kesedaran mereka tentang peri pentingnya

penguasaan bahasa Inggeris yang mana mereka kurang

menyedarinya sebelum ini.

14

OUMH1103

3.2 Mendapatkan bantuan pensyarah bahasa Inggeris

Berbeza dengan kelas tambahan yang disebutkan di atas,

berunding dengan pensyarah Bahasa Inggeris di universiti

adalah lebih jimat kerana ia percuma. Pensyarah Bahasa

Inggeris sentiasa bersedia membantu pelajar-pelajar mereka

yang serius untuk belajar. Mereka tidak akan meminta bayaran

tambahan kerana mereka juga bekerja di institusi yang sama

dan mereka berkewajipan membantu pelajar.

Di samping itu, berunding dengan pensyarah Bahasa

Inggeris akan memberi manfaat kepada pelajar kerana mereka

akan mendapat perhatian individu yang mana pensyarah tidak

mungkin dapat melakukannya di dalam kelas yang besar. Mereka

boleh bertanya kepada pensyarah sebarang keraguan mengenai

bahasa. Pelajar kadang-kadang tidak berani bertanya pada

pensyarah ketika di dalam dewan kuliah kerana mereka bimbang

orang akan melihat mereka sebagai bodoh atau lembab. Ini

berlaku terutamanya kepada mereka yang kurang kesedaran,

kurang keyakinan, dan lemah Bahasa Inggeris. Oleh itu,

berunding dengan pensyarah Bahasa Inggeris adalah langkah

yang baik untuk mendapatkan perhatian individu.

Ini juga adalah cara terbaik untuk mereka mengambil

peluang memperkukuhkan asas Bahasa Inggeris mereka. Oleh

kerana mereka mendapat perhatian secara individu daripada

pensyarah, mereka boleh meminta pensyarah agar memberi lebih

15

OUMH1103

perhatian kepada aspek-aspek tertentu yang mereka kurang

faham. Pensyarah akan mampu berbuat demikian kerana mereka

tidak lagi tertakluk kepada silibus dan rancangan mengajar

yang telah ditetapkan.

3.3 Membaca pelbagai bentuk bahan bacaan berbahasa Inggeris

Seperti yang diketahui umum, setiap bidang mempunyai daftar

istilah khusus yang digunakan dalam konteks bidang tersebut

sahaja. Istilah yang sama mungkin digunakan dalam konteks

yang berbeza dalam bidang yang berbeza. Sebagai contoh,

perkataan ‘mouse’ digunakan dalam bidang teknologi dan

komputer bagi merujuk kepada alat yang menggerakkan kursor

di atas skrin komputer. Bagi mereka yang tidak mempunyai

pengetahuan dalam bidang ini dan tidak pernah menggunakan

komputer, mereka hanya akan memahami maksud ‘mouse’ sebagai

haiwan perosak atau dalam bahasa Malaysia adalah ‘tikus’.

Selain itu, pembacaan yang luas merentasi bidang juga

akan membolehkan pelajar melihat perbezaan dari segi format

yang digunakan dalam bentuk penulisan yang berbeza seperti

laporan akhbar, novel, kertas penulisan akademik, laporan

kajian, penulisan skrip drama dan teater, penulisan laporan

bidang perniagaan dan pemasaran, dan sebagainya. Kebanyakan

contoh-contoh bentuk penulisan yang disebut di atas adalah

penulisan formal atau rasmi. Walaubagaimanapun, terdapat

perbezaan dari segi format, susunan isi, dan focus masing-

16

OUMH1103

masing. Cara penulisan laporan akhbar adalah berbeza

daripada cara menulis laporan teknikal. Walaupun keduanya

mempunyai maklumat berkenaan masa tetapi tarikh, contohnya

adalah lebih terperinci dalam penulisan teknikal.

Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini berkenaan

masalah pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris iaitu kurang

membaca, cara ini akan dapat menggalakkan pelajar membaca

kerana mereka tidak terhad kepada satu bentuk penulisan

sahaja yang mungkin akan menimbulkan kebosanan. Mereka boleh

membaca bahan-bahan yang lebih menarik dan berbentuk

hiburan.

Oleh itu, penting bagi pelajar untuk meluaskan

pembacaannya melangkaui bidang bagi meluaskan pendedahan

kepada pemilihan kosa kata yang betul untuk diaplikasikan

dalam perbualan mahupun penulisan.

3.4 Mendengar dan menonton media massa dalam Bahasa Inggeris

Malaysia mempunyai pelbagai saluran televisyen (tv) dan

radio untuk dimanfaatkan oleh warganya. Oleh kerana Malaysia

terdiri daripada pelbagai bangsa, rakyat Malaysia mempunyai

pilihan untuk mendengar dan menonton dalam bahasa pilihan

mereka. Satu-satunya penyedia perkhidmatan tv satelit di

Malaysia adalah Astro. Dengan adanya perkhidmatan tv

satelit, rakyat Malaysia mempunyai lebih banyak pilihan

saluran tv untuk tontonan mereka. Begitu juga dengan saluran

17

OUMH1103

radio yang pelbagai dalam bahasa yang berbeza, seperti

Bahasa Malaysia, Mandarin, dan Tamil yang mewakili tiga kaum

terbesar di Malaysia, yang amat jelas membuktikan bahawa

rakyat Malaysia mempunyai banyak pilihan. Oleh kerana

Bahasa Inggeris diiktiraf sebagai bahasa kedua di Malaysia,

terdapat banyak saluran tv dan radio yang menggunakannya

sebagai medium perantaraan. Berita arus perdana dalam tv

sebagai contoh, boleh didapati dalam bahasa Malaysia,

Mandarin, Tamil, dan Bahasa Inggeris. TV3 pula contohnya

menetapkan berita bahasa Inggerisnya setiap hari pada jam 12

tengah malam menerusi ‘TV3 Nightline’. Tambahan pula,

rancangan-rancangan hiburan mahupun ilmiah dalam Bahasa

Inggeris menyediakan sarikata dalam Bahasa Malaysia. Begitu

juga dengan drama dan filem yang ditayangkan mempunyai

sarikata Bahasa Malaysia. Memandangkan Bahasa Malaysia

adalah bahasa kebangsaan, Bahasa Malaysia boleh difahami

oleh semua rakyat Malaysia. Selain itu, Astro pula

menyediakan sarikata dengan pilihan bahasa kepada

pelanggannya. Secara tidak langsung, pelajar dapat

memperluaskan kosa kata Bahasa Inggeris mereka.

Dengan adanya pelbagai kemudahan ini, seharusnya

dimanfaatkan oleh para pelajar untuk meningkatkan penguasaan

Bahasa Inggeris mereka.

Kesimpulan

18

OUMH1103

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pelajar di institusi

pengajian tinggi di Malaysia perlu menguasai Bahasa Inggeris

agar dapat menjadi graduan yang mantap dan berkualiti dan

menjadi rebutan syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa.

Ini kerana pelajar adalah generasi yang akan menyumbang

kepada pembangunan Negara. Adalah amat merugikan sekiranya

mereka mahir dalam bidang sendiri tetapi gagal mendapat

pekerjaan yang bagus disebabkan lemah dari sudut bahasa dan

komunikasi. Kepentingan Bahasa Inggeris sudah jelas di sini

dan punca kepada masalah pelajar dalam menguasai Bahasa

Inggeris juga telah dikenalpasti. Kesimpulannya, pelajar

perlu mengambil tindakan sewajarnya melalui cadangan-

cadangan yang diberikan agar mereka dapat mengukuhkan

penguasaan Bahasa Inggeris mereka dan seterusnya menjadi

graduan yang berkualiti.

Rujukan

Berlo’s SMCR Model of Communication 1982. [online]. Available:

communicationtheory.org/berlos. [5 Mac 2013]

Che Ton Mahmud (2011). Minda Intelek: Membudaya Penggunaan Bahasa

Inggeris di IPT. [online]. Available:

http://www.bharian.com.my/bharian/article. [5 Mac 2013]

19

OUMH1103

Fauzi Halim (2005). Ubah Pendekatan Mengajar Bahasa. [online].

Available: http://www.utusan.com.my/info. [4 Mac 2013]

Khoo, Jeannie (2012). Kelly Services Wants Government to Focus On

Training For Fresh Graduates. [online]. Available:

http://www.theborneopost.com/2012/09/20/kelly- services-

wants-government-to-focus-on-training-for-fresh-graduates/

[6 Mac 2013]

Krashen, S.D. (1982). Principle and Practice in Second Language

Acquisition. [online]. Available:

http://www.sdkrashen.com/principle_and_practice/pdf. [5 Mac

2013]

Morales, Sarah(n.d.). Other Speech and Language Impairment and

Related Disorder. [online]. Available:

http://www.childspeech.net/u_v.html. [5 Mac 2013]

Osman Affan (n.d.). Kompilasi Motivasi danKemahiran Belajar.

[online]. Available: http://www.osmanaffan.com/petua-

pandai-bahasa-inggeris.htm. [5 Mac 2013]

Tan Ee Lou (2012). In The Frontline of Patient Care. [online].

Available: http://www.thestar.com.my/education/story. [4

Mac 2013]

20

OUMH1103

21