TUGASAN SEMESTER SEPTEMBER 2013 KOD KURSUS EIT 311 NAMA KURSUS TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER...

23
TUGASAN SEMESTER SEPTEMBER 2013 KOD KURSUS EIT 311 NAMA KURSUS TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR MOHD AMIN BIN OTHMAN NO. MATRIK E30209121175 NAMA FASILITATOR AKADEMIK EN. SAMRI BIN SUHAILI PUSAT PEMBELAJARAN AEU ( UPM BINTULU) 1

Transcript of TUGASAN SEMESTER SEPTEMBER 2013 KOD KURSUS EIT 311 NAMA KURSUS TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER...

TUGASAN

SEMESTER SEPTEMBER 2013

KOD KURSUS EIT 311

NAMA KURSUSTEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR MOHD AMIN BIN OTHMAN

NO. MATRIK E30209121175

NAMA FASILITATORAKADEMIK EN. SAMRI BIN SUHAILI

PUSAT PEMBELAJARAN AEU ( UPM BINTULU)

1

BAHAGIAN A

Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia

bekerja.  Hjetland (1995) menyatakan bahawa “Technology can

make our lives easier. Everyday tasks are simplified”. Beliau

juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas 

serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan  teknologi

untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran

pembelajaran.  Maka seharusnya pengetahuan tentang teknologi

maklumat khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran

adalah penting bagi guru-guru dalam membentuk generasi yang

akan datang.

        Perkembangan pendidikan masa kini sedang menuju ke arah

penggunaan komputer  sebagai alat pengurusan  pengajaran dan

pembelajaran. Oleh itu guru perlu didedahkan dengan ilmu dan

kemahiran  menggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.  Dengan menggunakan komputer dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran  kualiti dan hasil dalam pengurusan

dan pentadbiran sekolah  dan bilik-bilik darjah dapat

ditingkatkan.

Bermula dari kaedah pengajaran dan pembelajaran

menggunakan papan dan kapur; bertukar kepada penggunaan

komputer, bahan elektronik, Liquid Crystal Display (LCD),kamera

video dan teknologi lain yang terdapat di dalam bilik darjah.

Dari semasa ke semasa,pendidikan melalui perubahan selaras

dengan kemajuan fikiran, kehendak dan teknologi pengajaran.

Teknologi maklumat berasaskan komputer bukan sahaja merupakan

2

bahan perantara yang berpotensi dalam memudahkan kerja-kerja

seharian malah ia juga dapat menjadi bahan untuk menjayakan

lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran (Nor Hashim,

Maznah& Azlinda, 1996). Warga pendidik terutamanya guru

menjadi nadi dan tulang belakang yang menjana keberkesanan

pendidikan secara keseluruhannya, kita dapati semakin ramai di

kalangan mereka sudah celik teknologi maklumat. Bilangan guru

yang mempunyai akses kepada internet sudah semakin bertambah

malahan telah menganggap teknologi maklumat sesuatu yang

perlu untuk memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran

mereka.

Penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran  juga  telah banyak membantu pelajar mengikuti

sesuatu tajuk yang disampaikan. Bahan bantu mengajar yang

sesuai  dengan tahap dan isi kandungan tajuk yang diajar telah

memudahkan pelajar cepat memahami isi pelajaran di samping

menarik minat pelajar untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan

pembelajaran. Contohnya ialah  bahan bantu mengajar yang

digunakan untuk menyampaikan kandungan pengajaran bagi

tajuk  komputer menggunaan  beberapa perisian dalam bentuk CD

ROM  dalam bahasa Inggeris yang bertajuk “How to Build Your Own

PC, PC Maintenance,  Guide To Know PC. Perisian ini amat sesuai

digunakan  untuk mengajar tajuk perkakasan komputer dan ianya

memberikan kesan yang amat besar kepada pelajar dalam memahami

tajuk perkakasan komputer.

Selain daripada itu slaid Powerpoint  juga digunakan dalam

proses pengajaran  dan  dipaparkan pada skrin menggunakan

projektor ( LCD Panel) untuk menyampaikan isi pelajaran kepada3

pelajar. Penggunaan slaid ini akan menambahkan minat dan

memudahkan pelajar memahami tajuk yang disampaikan . Dalam

usaha untuk membolehkan pelajar lebih memahami tentang komponen

dan perkakasan komputer, beberapa contoh komponen utama sistem

komputer digunakan dan dipamerkan kepada pelajar untuk

mempastikan pelajar melihat secara langsung dan benar-benar

mengetahui dan memahami fungsi setiap komponen perkakasan

tersebut.  Nota disediakan bagi setiap tajuk yang disampaikan

oleh guru. Biasanya nota ini diedarkan pada awal pengajaran.

Teknologi Maklumat pelengkap kepada penyampaian pengajaran

dan pembelajaran yang berkesan . Oleh yang demikian ,

kebanyakan guru di sekolah saya menjadikan teknologi maklumat

berasaskan komputer sebagai alat bantu mengajar utama dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah sesuai dengan

keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan

dalam jangka masa yang munasabah. Penggunaan komputer dalam

pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari dua aspek iaitu

aspek pengajaran (penggunaan oleh guru) dan aspek pembelajaran

(penggunaan oleh murid). Oleh itu, adalah perlu untuk setiap

pendidik menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada yang

berbentuk peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang

dan meningkatkan minat dan kecenderungan murid terhadap sesuatu

topik pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran adalah fokus

utama pihak pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di

peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah.

Justeru, pihak pengurusan pendidikan baik di peringkat negeri

mahupun di peringkat dapat membantu guru dalam proses

4

penyampaian isi pelajaran dengan lebih efektif dan menarik

bersesuaian dengan objektif pembelajaran.

Cabaran-cabaran globalisasi menuntut agar negara

membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker,

celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat

tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri

dan daya saing yang tinggi. Oleh itu, Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) perlu menyediakan program pembangunan Pendidikan

Teknik dan Vokasional yang dapat melahirkan warganegara yang

berilmu pengetahuan, celik IT, berkemahiran, dan berakhlak

mulia bagi memenuhi kehendak ini. Untuk menjayakan pelaksanaan

program PTV dengan lebih berkesan, kemudahan infrastruktur ICT

perlu disediakan dan dirancang dengan baik. Kemudahan ICT dapat

membantu perlaksanaan kurikulum dengan berkesan. Pembelajaran

bukan lagi tertumpu dengan kaedah pengajaran di bilik kuliah

semata-mata. Penggunaan teknologi ICT perlu dieksploit

sepenuhnya supaya memberikan kesan yang positif dalam

pembelajaran pelajar. Penggunaan modul pembelajaran dalam

bentuk CD-ROM, multimedia, simulasi dan sebagainya memerlukan

prasarana yang bersesuaian

Tahap kemahiran guru di sekolah dalam menggunakan teknologi

dapat dilihat dari segi perbezaan jantina, pengalaman dengan

komputer dan sebagainya Guru mempunyai sikap dan persepsi

yang positif terhadap penggunaan IT dalam pendidikan dapat

menggunakan ICT sebagai alat bantu mengajar yang efektif.

5

Downes (1993) menjalankan kajian terhadap guru-guru pelatih

dan mendapati bahawa pengalaman dengan komputer dan pengaruh

model peranan guru yang menggunakan komputer di dalam bilik

darjah membawa sikap positif terhadap penggunaan komputer serta

meningkatkan kemungkinan guru-guru berkenaan akan menggunakan

komputer di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru yang telah

mendapat pendedahan awal terhadap penggunaan komputer telah

memberi impak yang positif terhadap pembentukan sikap para

guru.

Berdasarkan kajian awal, pemerhatian dan pemantauan terhadap

guru-guru Sains di salah sebuah sekolah rendah telah menunjukkan

bahawa guru-guru Sains jarang menggunakan perisian pendidikan Sains

yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Keadaan ini

dapat dilihat melalui proses penyeliaan guru semasa mengajar di dalam

kelas dan buku log penggunaan perisian pendidikan. Oleh yang demikian,

satu kajian secara umum bagi penggunaan perisian pendidikan telah

dijalankan untuk mengenal pasti tahap kekerapan penggunaan perisian

pendidikan di sekolah selain mengesan kekangan dan mengkaji

kelemahan penggunaan bahan tersebut dalam pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah.

Berdasarkan satu pemerhatian yang telah dibuat di sekolah saya, saya

telah merekod dan menganalisi data yang diperolehi

1. Kekerapan penggunaan perisian pendidikan boleh dilihat pada Jadual

1.

No.

Ite

m

Item Min Tahap

1.

Saya sentiasa menggunakan perisian pendidikan

dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas.

3.54Sederha

na

2. Saya hanya menggunakan perisian pendidikan

apabila diperlukan dalam pengajaran dan

3.90 Tinggi

6

pembelajaran di dalam kelas.

3.Saya menggunakan perisian pendidikan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.3.80

Tinggi

4.

Saya yakin kekerapan menggunakan perisian

kandungan pendidikan membantu pengajaran dan

pembelajaran.

4.00Tinggi

5.Saya menggunakan perisian pendidikan setiap kali

pengajaran dan pembelajaran.3.00

Sederha

na

6.Saya sering membuat catatan penggunaan perisian

pendidikan dalam buku log penggunaan.3.54 Tinggi

7.Saya memanfaatkan sepenuhnya kemudahan

perisian pendidikan yang dibekalkan ke sekolah3.70 Tinggi

Purata Min 3.64Sederha

na

Peratusan tertinggi yang menjawab sangat setuju iaitu sebanyak 78

peratus yang menyatakan persetujuan bahawa kekerapan menggunakan

perisian pendidikan dapat membantu pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah. . Sebanyak 73 peratus bersetuju bahawa mereka hanya

menggunakan perisian pendidikan apabila diperlukan di dalam kelas

dan mereka menggunakan perisian untuk proses pengukuhan pengajaran

dan pembelajaran. Kekerapan penggunaan perisian adalah oleh guru Sains

dan Bahasa Inggeris yang mencatat penggunaan perisian pendidikan Sains

adalah sebanyak 12 sehingga tempoh kajian pada tahun 2013

.

2. Kekangan atau kelemahan yang dihadapi guru mata pelajaran

No.

Ite

m

Item Min Tahap

1.Saya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam

penggunaan komputer.3.45

Sederha

na

2.Saya dapat kandungan dalam perisian pendidikan

mempunyai aras pengetahuan yang sesuai.3.70 Tinggi

3.

Saya mendapat pendedahan yang mencukupi

untuk menggunakan perisian pendidikan dalam

pengajaran dan pembelajaran.

3.65Sederha

na

7

4.Perisian kandungan pendidikan yang dihantar ke

sekolah mencukupi.3.50

Sederha

na

5.Kursus-kursus yang dianjurkan oleh PPD dan BTP

dan JPN mencukupi.3.00

Sederha

na

6.Kawalan kelas tidak terjejas akibat penggunaan

perisian pendidikan di dalam kelas,3.85 Tinggi

7.Kandungan perisian pendidikan yang dihantar ke

sekolah adalah berkualiti tinggi.3.45

Sederha

na

Purata Min 3.52Sederha

na

Jadual 2 menunjukkan kekangan yang dihadapi guru ketika menggunakan

perisian pendidikan dalam penjajaran dan pembelajaran di kelas.

Berdasarkan Jadual 2, menunjukkan hampir kesemua item kecuali item 2

dan item 6, menunjukkan min yang sederhana. Ini menunjukkan mereka

sederhana setuju dengan pernyataan yang diajukan. Min purata adalah

sebanyak 3.52 di mana berada pada tahap sederhana setuju.

3. Impak penggunaan perisian pendidikan

Jadual 3 di bawah menunjukkan taburan impak penggunaan perisian

pendidikan sebagai alat bantu mengajar.

No.

Ite

m

Item Min Tahap

1. Murid-murid berasa seronok 4.45 Tinggi

2. Murid-murid mudah memahami isi pengajaran. 4.00 Tinggi

3.Saya yakin penggunaan perisian pendidikan boleh

membantu proses pembelajaran murid.4.40

Tinggi

4.

Perisian kandungan pendidikan dapat

menghidupkan suasana pengajaran dan

pembelajaran.

4.45Tinggi

5. Perisian kandungan pendidikan mengandungi 3.40 Sederha

8

pelbagai yang sesuai mengikut kemampuan murid. na

6.Perisian kandungan pendidikan menggalakkan

murid berfikir secara kritis dan kreatif.3.85 Tinggi

7.Kandungan perisian pendidikan membolehkan

objektif pelajaran dapat dicapai dengan mudah.4.45

Sederha

na

Purata Min 4.14 Tinggi

Berdasarkan Jadual 3 menunjukkan ramai guru bersetuju dan yakin

dengan impak yang ditunjukkan selepas menggunakan perisian pendidikan

Sains sebagai alat bantu mengajar. Hanya pada item 5 dan item 7, guru

sederhana setuju terhadap penyataan bahawa perisian pendidikan Sains

mengandungi pelbagai aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan murid.

Di samping penggunaan perisian kandungan pendidikan,

aplikasi pemprosesan perkataan juga digunakan secara meluas

oleh guru-guru di sekolah kerana terdapat impak yang

signifikan dalam penggunaan aplikasi persembahan dalam bilik

darjah dan penggunaan aplikasi ini adalah dalam trend meningkat

khususnya dalam komunikasi dan penyampaian. Ini disebabkan

perisian persembahan elektronik adalah verstail kerana ia boleh

digunakan oleh guru-guru untuk semua subjek dan kurikulum.

Guru-guru boleh membina dan menyampaikan persembahan slaid

untuk isi pengajaran, peta, projek, carta, nota kelas, kuiz,

peperiksaan dan sebagainya. Ini diperkukuhkan lagi dengan

ulasan daripada How Stuff Works (2005) yang menyatakan bahawa

Microsoft Powerpoint (contoh perisian persembahan elektronik)

adalah aplikasi yang amat bermanfaat dalam menyampaikan

maklumat. Aplikasi ini amat memudahkan pengguna kerana terdapat

banyak templat dan pakej persembahan yang boleh digunakan oleh

pengguna sebagai permulaan.How Stuff Works (2005) juga menambah,

bahawa keupayaan Microsoft PowerPoint yang boleh diintegrasikan

9

dengan media lain seperti audio dan video amat membantu dalam

penyampaian maklumat.

Namun begitu terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh

guru dalam menggunakan komputer dalam pengajaran. Masih

terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan pembelajaran

berbantukan komputer disebabkan kurang latihan . Guru juga

menghadapi masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana

banyak masa perlu diberikan dalam menyediakan bahan . Pelajar

juga kurang berminat menggunakan komputer dalam pengajaran.

Komputer yang digunakan di sekolah sering rosak dan ketinggalan

dari segi kapasiti dan teknologi .

Di samping itu, terdapat kekangan terutamanya penyelenggaaan

komputer yang tidak cekap di sekolah . Ketiadaan bilik

komputer juga menjadi faktor mengganggu kelancaran penggunaan

komputer dalam pengajaran. Namun begitu, bahan yang digunakan

dalam persembahan mestilah relevan dengan mata pelajaran dan

aktiviti yang dijalankan, jika tidak ia tidak akan dapat

membantu guru dalam keberkesanan pengajarannya dan pelajar

secara khusus dalam pemahaman pelajarannya.

10

RUJUKAN

Hayazi Mohd Yasin (2008). Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan“Guru-guru Teknikal di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru”Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Ismail Sheikh Ahmad et. al (2005). Laporan Kajian Keberkesanan“Penggunaan ICT (CDRI dan Rancangan TV Pendidikan) dalam Pengajarandan Pembelajaran di Sekolah International Islamic University Malaysia”(IIUM).

Lee Lai Guan (2000) Pengendalian Pengajaran Pembelajaran Bestari diSekolah Bestari printis negeri Kedah dan Perlis. Prosoding di Seminar“Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2000: Ke arah Peningkatan PrestasiPembelajaran Pelajar 8-11 November 2002.Hotel Bayview, Pulau Langkawi.”Naisbitt, J. (1982). Megatrends New York:Warner Books. “ ”Nor Hashim, Maznah& Azlinda, (1996) Pengajaran Berbantu Komputer,Johor Bahru, UTM

Noor Azliza & Lilia, (2002) Reka bentuk dan keberkesanan pembelajaran“berbantukan multimedia pendekatan konstruktivisme bagi sains KBSM .”Jurnal Teknologi 36(E), 19-38.

Pispa, J. (1994) in William, D.M. (2000). Intergrating Technology into“Teaching and Learning Singapore:Prentice Hill.”

Hamidah B. (2000). Multimedia pendidikan dalam P&P sekolah

bestari. Jurnal Bahagian Teknologi Pendidikan, 2, 7-16.

Penintegrasian ICT dalam pendidikan, penyelidikan, amalan dan

aplikasi, 2008, Norazah Mohd Nordin, Mohamed Amin Embi

Tranformation of knowledge through classroom interaction, 2009

by Routledge, Baruch Schwarz, Rina Hershkowitz

Teaching with Technology, 2003 second edition, Priscilla

Norton, Karin M.Wiburg

Rahmad Sukor, A. S., & Mohd Subhi, M. (2001). Teknologi maklumat dan komunikasi. Issues in Education,

11

BAHAGIAN B :

Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran         :        Bahasa Melayu

Kelas                          :          Tahun 2

Tarikh                :          1 April 2013

Masa                :          10.50 pagi-11.50 pagi

Tema                        :         Kebudayaan

Tajuk                        :          Kuih tradisional

Bilangan Murid        :         25 Orang

Fokus utama Standardkandungan

2.3 Membaca kuat pelbagaibahan bacaan denganlancar, sebutan yangjelas dan intonasi yangbetul.

Standardpembelajaran

2.3.1

Membaca kuat ayatpenyata dengan lancar,sebutan yang jelas,intonasi yang betul danberjeda.

Fokussampingan

StandardKandungan

3.2 Menulis secara mekanisberdasarkan bahan yangdiberi dengan betuldan    kemas

StandardPembelajaran

3.2.6 

Menulis ayat majmukdengan betul dan kemas.

ObjektifPada akhir pembelajaran murid dapat :

I.        Membaca kuat  lapan daripada dua belasayat penyata dengan lancar dengan menggunakansebutan yang  jelas dan intonasi yang betul.

II.        Menulis sekurang-kurangnya lima ayatmajmuk yang lengkap dengan betul dan kemas.

Kemahiran -        Kemahiran membaca

12

Berbahasa -       Kemahiran menulis-       Kemahiran mendengar dan bertutur

Pengisiankurikulum

Pengisian Kurikulum :-       KB : Menghubung kait, menjana idea,

menganalisis.-       KP :  Verbal linguistik, visual ruang,

intrapersonal.-       BCB : Mencatat maklumat, kemahiran membaca

PengetahuanSedia Ada

-       Murid mengetahui jenis-jenis kuihtradisional dan telah mempelajari ayattunggal.

PenerapanNilai

-       Bekerjasama, keyakinan diri, keberanian

PenekananKonsep

i.        Penggabungjalinan    : Mendengar,bertutur, membaca dan menulis.Penggabungjalinan topik.

ii.        Penyerapan                  : Kajiantempatan

iii.        Penilaian                    : Menerangkan maksud ayat penyata dan ayat majmuk 

Pemulihan                 : Menulis  danmembaca ayat penyata dengan bimbingan guru.

iv.       Pengayaan                 : Menghasilkanbuku skrap.

Sistem Bahasa -       Tatabahasa : Ayat penyata, ayat majmuk

Media -       Tayangan slaid“ Microsoft power point”,lembaran kerja, LCD, pembesar suara, komputerriba

LANGKAH ISI KANDUNGAN AKTIVITI CATATAN

Set   Video kuih

tradisional

  Guru menayangkan

video kuih

BBM :

-     Video

13

induksi

( 5

minit )

   Apakah yang

kamu lihat ?

   Pernahkah kamu

makan kuih ini?

   Di manakah

biasanya kamu

boleh

mendapatkan kuih

ini?

tradisional.

   Guru meminta murid

agar memberi perhatian

dan meneliti kuih yang

terdapat dalam video

ditunjukkan oleh guru.

   Guru bersoal jawab

berdasarkan kuih-muih

yang telah

ditunjukkan.

   Guru mengaitkan

jawapan murid dengan

tajuk pelajaran hari

ini iaitu “ kuih

Tradisional”.

kuih

tradisional

.

KP :

-     Visual-

ruang

-     Interpe

rsonal

KB :

-    Menghubu

ng kait

Nilai :

-     Kerjasa

ma

Ilmu :

-     Kajian

Tempatan

Langkah

1

( 5

minit )

Power Point: Kuih-

muih tradisional

-     Apakah yang

kamu faham tentang

gambar ini ?

-    Pernah kah kamu

melihat kuih ini?

-    Baca nama-nama

   Guru menayangkan

gambar-gambar kuih-

muih tradisional.

   Murid diminta

menamakan gambar kuih

yang ditunjukkan oleh

guru.

   Murid diminta

membaca nama-nama kuih

BBM :

-    Gambar

( Power

Point )

-    LCD

Skrin

KB :

-    Menganal

14

kuih yang

ditunjukkan.

yang ditunjukkan.

   Guru membetulkan

sebutan murid.

isis

KP :

-    Verbal-

linguistik

BCB :

-   

Melaporkan

maklumat

Langkah

2

( 10

minit  )

Ayat penyata.

   Kuih baulu enak

rasanya.

   Kuih baulu

berwarna

keperang-perangan

apabila telah

masak.

   Kuih lapis

lembut dimakan.

   Kuih lapis manis

rasanya.

   Kuih keria

berbentuk bulat.

   Kuih keria 

berwarna

keperang-perangan.

   Kuih apam

sangat lembut.

   Kuih apam

harum baunya.

   Kuih koci

selalunya

berintikan kelapa.

   Guru  menerangkan

maksud ayat penyata.

   Guru membahagikan

murid kepada enam

kumpulan.

  Guru meminta murid

memilih nombor yang

tertera dalam slaid

power point.

   Murid diminta

membaca kuat ayat yang

ditunjukkan dalam

persembahan power

point. tersebut secara

kelas.

   Kemudian, guru

meminta murid membaca

secara kumpulan.

   Guru memperbetulkan

sebutan dan intonasi

BBM :

-    Gambar

( Power

Point )

-    LCD

Skrin

KB :

-    Menganal

isis

BCB :

-    Kemahira

n membaca

KP :

-    Verbal-

linguistik

-    Intraper

sonal

Nilai Murni

:

15

   Kuih koci

enak rasanya.

   Kuih lempengharum baunya.

   Kuih lempeng

enak dimakan

bersama kuah kari.

murid yang salah. -    

Keberanian

Langkah

3

(10

minit)

Ayat majmuk

    Bapa mengajar

adik berenang

sementara emak

sibuk

menghidangkan

makanan di

pantai.

   Guru menayangkan

contoh ayat majmuk

melalui slaid power

point.

   Guru menerangkan

maksud ayat majmuk

kepada murid-murid.

   Guru meminta murid

membaca contoh ayat

majmuk yang dinyatakan

dalam  slaid power

point secara kelas.

Pendekatan

pengajaran 

:

Pendekatan

deduktif

BBM :

-    Gambar

( Power

Point )

-    LCD

Skrin

KB :

-     Mengana

lisis

-     Menyele

saikan

masalah.

BCB :

-    

Kemahiran

membaca

16

KP :

-    Verbal-

linguistik

-    Intraper

sonal

Nilai Murni

:

KerjasamaLangkah

4

(10

minit)

Power point :

Latihan ayat

majmuk

-Pilih ayat

majmuk yang

betul.

-Baca jawapan

anda dengan

kuat.

-Tuliskan ayat

majmuk yang anda

bina dalam

lembaran kerja

yang telah

diedarkan.

   Guru membahagikan

murid kepada enam

kumpulan.

  Guru mengedarkan

lembaran kerja.

  Guru menayangkan

slide power point.

   Setiap kumpulan

diminta untuk memilih

padanan ayat majmuk

yang betul berpandukan

tayangan slide power

point yang disediakan.

   Murid diminta

membaca jawapan yang

betul secara kelas.

   Murid diminta

menulis ayat majmuk

dalam lembaran kerja

berdasarkan ayat

BBM :

-    Gambar

( Power

Point )

-    LCD

Skrin

-       

KB :

-    Menganal

isis

-    Menyeles

aikan

masalah

KP :

-    Visual-

ruang

-    Verbal-

linguistik

BCB :

-    

17

penyata yang

ditunjukkan oleh guru

dalam slaid power

point.

Mencatat

maklumat

-     Kemahir

an membaca

Nilai murni

-     Keberan

ian 

-     Kerjasa

ma Pentaksi

ran

(15

minit)  

  Murid diminta membina

ayat penyata

menggunakan perkataan

yang diberikan oleh

guru.

   Murid diminta

membaca ayat penyata

yang dibina dengan

menggunakan intonasi

dan sebutan yang

betul. 

   Murid diminta

membina ayat majmuk 

berdasar ayat penyata

yang telah dibina.Pengayaa

n/

Pemuliha

n

   Murid diminta

menghasilkan buku

skrap mengenai kuih

tradisional yang

18

(5

minit)

terdapat di Malaysia

dengan menggunakan

ayat penyata yang

sesuai.

Murid diminta 

mengisi tempat kosong

untuk melengkapkan

ayat penyata. Penutup   Meneka nama kuih BBM :

-    Gambar

( Power

Point )

-    LCD

Skrin( Sama

seperti

gambar

untuk

langkah 2)

19

Lembaran Kerja

Bahasa Melayu Tahun 2

Nama : Kelas : Tarikh:

Tulis ayat penyata bagi setiap gambar berikut;

1.

2.

3.

4.

20

5.

Pengayaan

Bahasa Melayu Tahun 2

Nama : Kelas : Tarikh:

1. Tulis lima ayat majmuk tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

siapa / apa ? buat apa / mengapa ? mana / bagaimana ?

21

1

2

3

4

5

1.

2.

3.

4.

5.

Pemulihan

Bahasa Melayu Tahun 2

Nama : Kelas : Tarikh:

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan perkataan atau frasa yang sesuai.

1. Beberapa orang murid ________________________ untuk membeli makanan.

2. Suzie _____________________________________________ yang baru dibelinya.

3. Beberapa orang murid _________________________________________ di kantin sekolah.

4. Muhammad Anwar ________________________________________ ke dalam tong sampah.

22

5. Seorang pekerja kantin ________________________ murid yang hendak membeli makanan.

23