Teknologi maklumat dalam pendidikan

47
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI / 2015 HBEF 2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN NO. MATRIKULASI : 820609025691001 NO. KAD PENGENALAN : 820609-02-5691 NO. TELEFON : 0164966460 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : Sungai Petani learning centre 1

Transcript of Teknologi maklumat dalam pendidikan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / 2015

HBEF 2303

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI : 820609025691001

NO. KAD PENGENALAN : 820609-02-5691

NO. TELEFON : 0164966460

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : Sungai Petani learning centre

1

ISI KANDUNGAN

BIL TOPIK UTAMA MUKA

SURAT

CATATAN

1 JADUAL GARIS MASA 3-9

2 PENDAHULUAN 10-12

3 CADANGAN KAEDAH SISTEM PENYAMPAIAN KANDUNGAN MELALUI INTERNET DARI

SUDUT PPBK

13

3.1 INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 13-16

3.2 MEL ELEKTRONIK (E-MAIL) 16-17

3.3 PEMBELAJARAN MELALUI WWW INTERNET 17-18

4 CADANGAN PERKAKASAN 19

4.1 HARDWARE 19-26

4.2 SOFTWARE 27-28

5 CADANGAN BAJET 29-30

2

6 RUMUSAN 31

7 SUMBER RUJUKAN 32-36

3

1969

Internet dikembangkan perama kali di tahun 1969 oleh Departemen Pertahanan Amerika Serikat lewat suatu proyek yang disebut  ARPANET (Advanced

4

1974

Pada tahun 1970, telah lebih dari 10 komputer yang sudah berhasil dihubungkan, sehingga komputer-komputer tersebut bisa saling berkomunikasi satu sama lain serta membentuk suatu jaringan. kemudian pada tahun 1972, Roy Tomlinson sukses menyempurnakan program e-mail yang telah ia ciptakan bagi ARPANET. Program e-mail ini sangat mudah sehingga langsung menjadi terkenal pada waktu itu. Lalu icon ‘@’ juga diperkenalkan pada tahun yang sama yang sebagai lambang penting untuk

Internet dikembangkan perama kali di tahun 1969 oleh Departemen Pertahanan Amerika Serikat lewat suatu proyek yang disebut  ARPANET (Advanced

Kemudian pada tanggal 26 Maret 1976, menjadi sebuah hari yang bersejarah, sebabRatu Inggris sukses mengirim e-mail dari Royal Signals and Radar Establishment di Malvern. Satu tahun kemudian, telah lebih dari 100 komputer bergabung dengan ARPANET

Di tahun 1979, Steve Bellovin, Jim Ellis, serta Tom Truscott membuat sebuah newsgroup pertama serta diberi nama USENET.

5

1984Pada 1987 jumlah komputer yang tersambung ke jaringanmelonjak 10 kali lipat manjadi 10.000 lebih.

6

1990

7

1995

82005

9

ICANN POLICY CHANGES

ICANN opens up applications for internationalized domain names (16 Nov)

skan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes.[9] Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston,Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar

10

2010

World IPv6 Launch is 6 June

Hacks of the Year:Sony Pictures, Home Depot, JP Morgan, eBay

now

PENDAHULUAN

Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi

telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk

minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya

diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran,

kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah

pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk menwujudkan Sekolah Bestari yang

sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia

( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-

luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina

dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka yang berada

dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan mereka yang kurang berada ( KPM,

1997 ).

11

Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentunya akan merubah kandungan

dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran ( Jamaludin, 1989; Nik Azis, 1989). Kurikulum

Perdagangan juga tidak dapat lari daripada arus teknologi ini. Pendidikan komputer dalam

kurikulum melibatkan tiga peranan penting (Nik Azis, 1989 ); 1. Pembelajaran tentang komputer

perisian, perkakasan dan pengaturcaraan computer. Yang kedua pula, Penggunaan komputer untuk

menyelenggara dan memproses data, memproses data penyelidikan, memproses perkataan dan yang

ketiga iatu Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran : pengaturan

murid, pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ).

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara komputer yang

menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar ( Jamaluddin,

1989 ). Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada

program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau

perisian melalui terminal ( Nik Azis, 1989 ).

Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap sebagai tutor atau

guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar

12

(instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara (facilitator). Semua peranan ini boleh diambil

alih oleh komputer dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan

sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi ( PPK, 1993; Jamaludin,

1989 ).

Penggunaan Internet

Internet atau ' International Network of Networks ' ialah sebuah rangkaian komputer

diperingkat antarabangsa. Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh

dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih

daripada 160 buah negara ( Zoraini, 1995 ). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis

sumber yang berjuta-juta bilangannya. Sumber ini termasuklah kertas persidangan, artikel

majalah, perisian komputer, gambar, video dan sebagainya. Seseorang guru boleh mendapat

rancangan pengajaran dari guru lain atau pun dari komputer yang menyimpannya. Atau pun sumber

pengajaran seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh didapati dalam Internet.

Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin

13

terdiri dari beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara

yang sama,.Topik-topik perbincangan bermacam-macam dari Antropologi sehinggalah ke Zoologi.

Menyedari potensi dan keupayaan Internet sebagai wadah komunikasi dan interaksi eletronik yang

berkesan, maka Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk memperkenalkan Internet

kepada para pelajar dan pendidik. Dengan kerjasama serta bantuan kepakaran daripada MIMOS,

Kementerian Pendidikan telah melancarkan projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman, 1996 ). Dalam

perlaksanaan projek ini, Kementerian Pendidikan telah:

1. menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan golongan pendidik di

sekolah dan maktab-maktab perguruan

2. melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan kemudahan yang disediakan

3. merancang, melaksana dan menyelia pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian

meluas ke arah mengembangkan minda dan pengetahuan di samping menggalakkan perlaksanaan pelbagai

aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan teknologi maklumat

Segala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Bidang teknologi maklumat yang

menjadi sebahagian daripada kandungan sukatan kursus akan memberi peluang kepada guru pelatih

14

untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer, khususnya

untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula pada hari ini, terdapat berbagai

program pendidikan yang dicipta dan dipasarkan, yang meliputi hampir semua peringkat.

Pengenalan Kaedah pembelajaran melalui bahan internet telah mula dibincangkan oleh para

penyelidik dalam bidang pendidikan sejak beberapa tahun yang lalu. Contohnya Abtar (1998) telah

mencadangkan bahan internet untuk pembelajaran yang efektif. Jamaludin (1999) telah mencadangkan

teori konstruktivisme dan aplikasinya dalam rekabentuk pembelajaran berasaskan web. Ramai

pengkaji seperti Joerg (1995) Day (1996) dan Hambric (1997) mendapati bahawa pembelajaran

melalui web lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah tradisional. Persoalannya, adakah

guru-guru di negara ini sudah melaksanakannya di sekolah-sekolah mereka pada saat ini atau masih

selesa dengan kaedah yang biasa iaitu pembelajaran yang berpusatkan guru berdasarkan teori

pembelajaran objektivis. Ini adalah kerana melalui perbincangan dengan rakan setugas dalam

bidang pendidikan saya mendapati kebanyakkan mereka berpendapat kaedah yang baru belum pasti

dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan sedangkan kaedah yang digunakan

pada saat ini pun telah berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Kebanyakkan mereka,

samaada di kalangan pentadbir atau guru menganggap teknologi komputer diperlukan di sekolah,

supaya mereka juga dilihat tidak ketinggalan dalam bidang teknologi. Di dalam kertas kerja ini

15

akan dibincangkan bagaimana pembelajaran melalui web dapat dijalankan dengan mudah di sekolah

atau di rumah. Ini adalah kerana teknologi tersebut sudah berada di hadapan pelajar-pelajar kita

pada ketika ini.

Kesimpulannya, penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah

mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan

sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-

institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu

dimanfaatkan sepenuhnya.

CADANGAN KAEDAH SYSTEM PENYAMPAIAN KANDUNGAN MELALUI INTERNET DARI SUDUT PPBK

Mel Elektronik (E-mail)

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli,

1998):

1. Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan

serta kementerian.

2. Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.

16

3. Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran ;

teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu

mengajar dan sebagainya.

4. Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu

program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang

timbul.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:

1. Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain.

2. Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai

berbagai isu semasa.

3. Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan

pena di luar negara.

4. Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "on-

line".

 

             Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar

( Zoraini, 1996):

17

1. Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia

2. Pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer

3. Pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan , dan

4. Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran

berkomunikasi

  

 Internet sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran

Antara bahan berunsurkan pendidikan yang boleh diperolehi daripada internet ialah:

 

Projek

 

Terdapat beberapa projek yang telah dan boleh dijalankan oleh para guru berasaskan kepada

Internet. Projek ialah aktiviti pembelajaran secara individu atau kumpulan yang banyak dilakukan

diluar kelas. Ianya perlu disiapkan dalam tempoh masa tertentu. Sesuatu projek boleh merangkumi

beberapa konsep dan kemahiran yang telah dipelajari.

 

18

Projek berasaskan Internet perlu diintegrasikan ke dalam pelajaran yang biasa diajar di dalam

kelas :

 

1. Kenal pasti terlebih dahulu objektif yang perlu dicapai di dalam kelas.

2. Fikirkan cara Internet boleh digunakan dengan berkesan.

3. Cari bahan yang sesuai dan

4. Rancangkan langkah-langkah yang diperlukan untuk melaksanakan serta   menjayakan projek

tersebut.

 

Bahan maklumat yang menarik dan terkini

 

Sesetengah aktiviti Internet cuma memerlukan sebuah dua komputer di dalam bilik darjah.

Manakala yang lainnya memerlukan setiap pelajar duduk di depan komputer semasa berinteraksi

dengan bahan dari Internet. Oleh itu, guru perlu tahu sedikit sebanyak tentang cara Internet

dapat digunakan semasa mengajar. Antara cara Internet telah dan dapat digunakan ialah:

mendedahkan pelajar kepada pelbagai bahan yang terdapat di dalam Internet. Bahan-bahan ini

seperti imej bumi yang diambil dari satelit di seluruh dunia atau maklumat tentang puting

beliung, fakta-fakta negara, pelbagai jenis penyakit yang susah diperolehi dari sumber biasa.

19

Tambahan pula, maklumat seperti ini lebih terkini daripada apa yang dapat diperolehi dari

sumber lain. Guru juga dapat mengatur supaya pelajar membuat lawatan ke tempat-tempat menarik di

seluruh dunia secara elektronik. Muzium, tempat-tempat bersejarah seperti Melaka dan tempat-

tempat menarik seperti Grand Canyon dan Niagara Falls terdapat di dalam Internet, khususnya

World Wide Web. Gambar dan maklumat tentang tempat-tempat ini dapat diperolehi dengan cepat dan

mudah.

 

Bahan bacaan dan kemahiran berbahasa

 

Di dalam Internet juga terdapat beribu majalah dan jurnal. Begitu juga dengan surat khabar.

Pelajar boleh diminta untuk mendapatkan berita tentang sesuatu perkara melalui akhbar dari

seluruh dunia, dan bandingkan cara penyampaian berita di lain-lain negara. Cara ini mungkin

sesuai bagi pelajar-pelajar peringkat menengah atas. Anda boleh mengunakan kemudahan ‘search

engine’ untuk mendapatkan akhbar , majalah atau bahan-bahan bacaan tertentu dengan menulis tajuk

yang diingini. Untuk membaca beberapa akhbar dari seluruh dunia, sila ke: http://www.ipl.org

 

Guru juga dapat menggunakan Internet untuk mempertingatkan kemahiran menulis. Mel

elektronik merupakan aplikasi utama di sini. Terdapat beberapa tapak web seperti

20

Kidlink ( http://www.kidlink.org/ ) yang menyediakan aktiviti forum untuk disertai pelajar dari

umur 10 tahun hingga 14 tahun untuk berhubung antara satu sama lain dengan membincangkan topik

yang telah ditetapkan. Semasa menyertai forum sebegini melalui mel elektronik, pelajar biasanya

lebih prihatin dan teliti dalam menulis. Mereka akan memastikan ejaan dan nahu betul dan apa

yang dibangkitkan memberi imej yang positif bukan sahaja mereka sendiri tetapi sekolah,

masyarakat dan negara.

Pembelajaran melalui www Internet

Pembelajaran melalui www Internet mula digunakan secara meluas pada tahun 1991 iaitu

selepas larangan penggunaannya untuk perniagaan digugurkan. Sebelum itu internet hanya digunakan

dalam bidang ketenteraan dan penyelidikan (Jamaludin, 1989). Teknologi ini memang amat dikagumi

dari segi keupayaan dan kecanggihannya. Melalui Internet, maklumat dapat disampaikan secara maya

dan global merentasi sempadan geografi yang jauh dengan begitu pantas sekali. Maklumat berkenaan

dapat diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana saja seseorang itu berada. Seperti

kebiasaannya setiap kali sesuatu teknologi yang baru muncul, maka para penyelidik dalam berbagai

bidang akan cuba memanfaatkan teknologi tersebut dalam bidangnya. Sebagai contoh dalam bidang

perniagaan ia telah digunakan secara meluas, samaada untuk mempromosikan perniagaan mereka atau

untuk menjual barangan dan perkhidmatan mereka. Begitulah juga dalam bidang pendidikan Internet

21

boleh dimanfaatkan untuk pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran berasaskan Laman web merupakan

program pengajaran berasaskan hipermedia yang menggunakan atribut dan sumberJejaring Sedunia

(World Wide 4 Web atau WWW) untuk mereka cipta dan mendokong suasana pembelajaran yang bermakna

(Badrul Khan, 1997). Pembelajaran berasaskan laman web ini mungkin berbeza dengan pembelajaran

secara maya ( vitual learning) atau pembelajaran dalam talian (online learning). Ini adalah

kerana pembelajaran secara maya atau online lebih luas dan lebih banyak lagi kos serta kepakaran

yang diperlukan. Ia mungkin boleh dilakukan oleh intitusi yang lebih bersifat koprat kerana ia

mampu menyediakan peralatan, menyediakan dan menguruskan bahan pembelajaran. Ia mungkin tidak

dapat dilakukan oleh guru-guru biasa di sekolah kerana ia melibatkan kepakaran serta masa yang

banyak, sedangkan guru telah sedia dibebankan dengan berbagai tugas dan masa pengajaran yang

banyak. Pembelajaran berasaskan web boleh dilakukan oleh semua guru sebagai tambahan kepada

pengajaran di dalam kelas. Guru boleh menggunakan laman-laman web percuma yang sedia ada atau

membinanya sendiri.

Guru boleh membuat sendiri laman web menggunakan perisian yang mudah. Contohnya,

menggunakan Netscape Composer, Publisher dan sebagainya. Dengan menggunakan Puiblisher,

sekiranya kita tiada kemahiran dalam rekabentuk masih boleh melakukannya dengan menggunakan web

site wizard. Guru hanya perlu mengikuti arahan yang diberikan untuk membina sebuah laman web

22

yang baik. Seterusnya guru hanya perlu menukar ilustrasi, tajuk dan kandungan yang sesuai dengan

topik pembelajaran. Ilustrasi boleh diperolehi daripada klip art atau download dari laman-laman

web lain dengan syarat tidak melebihi had yang dibenarkan dalam akta hak cipta. Sebenarnya ada

kebenaran menggunakan sebahagian karya orang lain dengan had yang tertentu dan bukan untuk

tujuan perniagaan ( Debbie, 2000). Sebaiknya guru membuat hiperlink kepada laman-laman web lain

yang berkaitan, dengan tujuan untuk menggalakkan pembelajaran konstruktif. Guru boleh 5

meletakkan (upload) laman web mereka di protel-protel yang memberi perkhidmatan percuma. Sebagai

contoh Yahoo! GeoCities http://geocities.yahoo.com/, Forfree.at http://wwwforfree.at, Tripod,

http://www.tripod.com dan banyak lagi. Selain daripada itu kita juga boleh menggunakan protal

tempatan seperti http://www.cikgu.net.my/, http://www.cerdik2000/index.htm, http:www.ppk.kpm.my/

dan sebagainya.

Selain daripada itu terdapat banyak laman web yang dibina khas untuk tujuan pembelajaran di

merata dunia. Laman web seperti "Cyberdidik", "SchoolNet" , "Laman Pendidikan Seni", "World

Lecture Hall", "Blackboard" dan banyak lagi memaparkan bahan pengajaran dan pembelajaran secara

percuma. Selain daripada itu guru dan pelajar boleh menggunakan engin pencarian (search engines)

untuk mencari maklumat umum. Pengguna hanya perlu menaipkan perkataan tersebut dan

cari..berbagai senarai alamat laman web yang berkaitan akan dipaparkan dan pengguna boleh

23

meneruskan pelayaran. Diantara engin pencarian yang boleh digunakan ialah seperti Yahoo!

http://www.yahoo.com, Magellan htt://magellan.exite.com, http://www.cari.com dan sebagainya.

Antara tapak-tapak web yang boleh kita lawati untuk mendapatkan rancangan pengajaran ialah:

1. Untuk Panduan Guru (http://cikgu.net.my)

2. sains (http://www.sci.lib.Uci.edu/SEP/SEP.Internet )

3. sains sosial: (http://www.csun.edy:80/hceduo13/)

4. Matematik: (http://forum.swarthmore.edu/arithmetic/arith.units.html )

5. English : http://www.teachnet.com/lesson.html

                          http://www.mmserve.com/educ

6. The Lesson Plan Page: (http://www.coe.missouri.edu/~kyle/edu.html )

 

Untuk melihat tapak web pendidikan tempatan bagi mendapatkan sumber yang dapat digunakan untuk

peringkat UPSR, PMR , dan SPM , lawatilah TM School On-Line

Penglibatan pelajar secara aktif merupakan salah satu komponen penting dalam kejayaan

sesuatu proses pembelajaran melalui laman web. Menurut Baharudin (2001) pembelajaran melalui

laman web seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti berikut; • Menghasilkan konteks pembelajaran

24

yang tulen dan melibatkan penyelesaian masalah sebenar. • Pelajar bertanggungjawab dan mempunyai

initiatif belajar secara kendiri dalam membentuk sesuatu kemahiran. • Guru bertindak sebagai

fasilitator dan memberikan panduan, dan bukan sebagai sumber maklumat. 6 • Perbincangan yang

aktif di antara pelajar dan guru. • Kaedah pembelajaran secara berkumpulan-pembelajaran secara

kolaboratif dan kooperatif. • Strategi penilaian pembelajaran yang tulen dalam menilai kemahiran

sebenar.

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan

penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Internet hanya akan bertindak

sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan

teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan. Komputer dan internet tidak

mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang

mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.

 

             Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di

samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik. Internet amat

25

bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era

globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan ,

perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para

ibubapa.

 

Selain itu,Internet juga telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya, E – mail (Mel Eletronik), 

Internet Relay Chat (IRC), Telnet, Kumpulan Diskusi dan Berita , File Transfer Protocal (FTP).

  

 

CADANGAN PERKAKASAN DAN BAJETNYA

PERKAKASAN (HARDWARE)

Perkakasan (hardware) dalam sistem rangkaian kita merangkumi beberapa komponen yang

berbentuk fizikal. Komponen ini termasuk komputer, peralatan rangkaian seperti modem, mesin

cetak, fax, unit backup, peranti simpanan fail dan sebagainya. Komponen perkakasan yang lain

termasuk kabel yang kita gunakan untuk menyambungkan beberapa komputer dan peralatan dalam dua

26

rangkaian melalui penyambung (connector) adalah digunakan demi memudahkan pertukaran maklumat.

Jenis penyambung yang sering kita gunakan dipanggil sebagai bridge.

Perkakasan (hardware), adakah anda tahu maksud ini ? Hmm... perkakasan membawa maksud,

komponen-komponen utama yang terdapat dalam sesebuah sistem komputer. Contoh perkakasan ialah,

PEMPROSES (processor), INGATAN (memory) dan PEMACU (drive). Pada ruangan ini, kita akan

mengenali secara kasar, apakah perkakasan komputer yang membolehkan komputer dapat berfungsi dan

berinteraksi dalam pendidikan. Istilah Bahasa Inggeris juga turut disertakan untuk mengelakkan

kekeliruan dalam mengenali perkakasan komputer.

Sebelum anda mengenali komputer dengan lebih dekat, sebaiknya anda perlu mengenali apa itu

perkakasan luar komputer, seperti, papan kekunci, tetikus, monitor, pencetak, pengimbas, dan

lain-lain.

Pemproses, dikenali juga sebagai PROSESSOR. Ia merupakan pusat utama bagi sesebuah komputer dan

berperanan sebagai 'jantung' untuk memproses data dan laluan data keluar dan masuk. Pemproses bertindak

27

memproses segala data (input/output) untuk diterjemahkan supaya data-data input dapat kita lihat di monitor dan

dikeluarkan melalui Kad Bunyi (sound card).

Antara contoh pemproses yang kita boleh dapatkan dalam pasaran ialah i486, Intel Pentium

II, Intel Pentium III, Pentium IV, Intel Celeron, AMD K6-2, Cyrix 6x86, dan Motorolla PowerPC.

Unit ukuran yang digunakan untuk mengukur nilai kelajuan pemproses ialah HERTZ (Hz). Kelajuan

pemproses pada zaman dahulu adalah dalam lingkungan 1 Mhz (1000 Hz) hingga 75Mhz (75000 Hz).

Manakala, kebanyakan pemproses pada hari ini mempunyai kelajuan yang sangat tinggi, iaitu dalam

lingkungan 100 Mhz (100000 Hz) hingga 1.5 Ghz (1500000 Hz). Antara contoh pemproses yang

berkelajuan tinggi ialah, Intel Pentium II, Intel Pentium III, Intel Pentium IV, Intel Celeron,

dan AMD K6-2.

Jadual dibawah menunjukkan kelajuan-kelajuan pemproses.

Pemproses     Kelajuan

Intel Pentium  75 Mhz, 100 Mhz, 133 Mhz, 166 Mhz, 166 Mhz MMX,

200 Mhz MMX.

Intel Pentium II   200 Mhz, 233 Mhz, 366 Mhz, 400 Mhz.

28

Intel Pentium III   400 Mhz, 466 Mhz, 566 Mhz, 866 Mhz.

Intel Pentium 4   1 Ghz, 1.2 Ghz

AMD K6-2   300 Mhz, 400 Mhz, 450 Mhz, 500 Mhz, 550 Mhz.

AMD Duron   -NA-

AMD Athlon   700 Mhz

Cyrix 6x86 M2   200 Mhz, 233 Mhz

Cyrix 6x86 M3   333 Mhz

 

Ingatan (Memory)

Ingatan komputer disebut 'memory', istilah yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris. Dalam sesebuah sistem

komputer, terdapat berbagai-bagai jenis memori. Antaranya ialah, Cache Memory, BIOS Memory dan SIMM-RAM

(Single Inline Memory Module - RAM) / DIMM-RAM. Pada asasnya, terdapat dua jenis memori, iaitu, Memori

Kekal dan Memori Sementara. Cache Memory dan SIMM-RAM tergolong dalam Memori Sementara atau juga

dipanggil RAM (Random Access Memory), manakala BIOS memory adalah tergolong dalam Memori Kekal atau

juga dipanggil ROM (Read Only Memory).

29

Cache Memory biasanya terdapat pada papan induk dan pada prosessor. Cache memory pada sesebuah

prosessor mempunyai dua peringkat, iaitu Cache Lever 1 dan Cache Lever 2. Keluasan kedua-dua memori ini

mempengaruhi kelajuan sesebuah prosessor. Saiz cache memory pada prosessor biasanya sebesar 128 hingga 256 kb (Kilobytes).

SIMM-RAM / DIMM-RAM adalah merupakan memori utama yang diperlukan oleh sistem komputer untuk

menjalankan operasi. Memori jenis ini biasanya dipanggil dengan perkataan RAM sahaja. RAM mempunyai

berbagai-bagai jenis, seperti FP Mode-RAM, EDO-RAM, SD-RAM dan RD-RAM. Komputer pada masa dahulu

menggunakan FP Mode RAM dan EDO-RAM. RAM jenis ini adalah pendek dan mempunyai 72-pin dan berfungsi

dalam kelajuan 33 hingga 66 Mhz dalam pemindahan data.

EDO-RAM EDO-RAM

Gambar rajah dibawah menunjukkan papan induk socket 7 dan kedudukan slot E DO-RAM...

30

Selain itu, RAM yang berjenis, FP-Mode (Fast Page Mode), adalah RAM yang jarang

didapati dan RAM ini mempunyai kelebihan tertentu dari segi pemindahan data. RAM FP-Mode ini mempunyai

saiz yang sama dengan EDO-RAM. Manakala RD-RAM adalah RAM yang masih jarang didapati. Ini

kerana, RD-RAM hanya digunakan untuk sistem yang berkelajuan 1Ghz ke atas.

SD-RAM

SD-RAM (Sycronize Dynamic-RAM) adalah pilihan RAM yang terbaru dan berfungsi dalam

berbagai-bagai kelajuan. Antaranya ialah, 66 Mhz, 100 Mhz dan 133 Mhz. Kelajuan-kelajuan ini

juga dikenali dengan panggilan 'PC-100' untuk SD-RAM berkelajuan 100 Mhz dan 'PC-133' untuk SD-

31

RAM berkelajuan 133 Mhz. RAM yang mempunyai <null>-pin ini mampu untuk menampung FSB papan induk

dan kelajuan CORE prosessor yang berkelajuan 66 Mhz hingga 133 Mhz. Pada sistem komputer yang

menggunakan prosessor berkelajuan 200 Mhz keatas, SD-RAM menjadi pilihan kerana dapat menyokong

kelajuan prosesor.

Gambar rajah dibawah menunjukkan dimana kedudukan dan jenis slot SD-RAM...

 

Cache Memory

32

Cache Memory pula terletak di atas papan utama dan kelihatan seperti sekumpulan litar terkamil

(IC). Cache Memory pada prosessor pula terletak pada prosessor.

ROM - BIOS

Memori yang terdapat dalam BIOS adalah bersifat kekal dan tidak boleh diubah-ubah

kandungannya. Memori ini sebenarnya adalah Firmware. Memori ini berfungsi untuk menjalankan

arahan-arahan ringkas untuk permulaan menghidupkan sistem komputer sebelum, arahan-arahan yang

dikeluarkan oleh prosessor. Arahan yang terkandung dalam memori BIOS ini juga adalah digunakan

untuk menyimpan data-data mengenai konfigurasi komputer seperti saiz pemacu cakera keras,

kelajuan prosessor, dan penetapan APM (Advanced Power Management). Untuk menyimpan data-data ini,

sedikit bekalan kuasa elektrik masih diperlukan, dan ini merupakan tugas bateri (yang terdapat

pada papan induk) untuk membekalkan kuasa walaupun komputer telah dimatikan suisnya.

33

Mainboard

Mainboard atau Papan Utama juga dikenali

sebagai Motherboard (Papan Induk) adalah

merupakan papan litar besar yang

menempatkan komponen-komponen utama

komputer seperti pemproses (prosessor),

ingatan (memory) dan juga kad-kad tambahan

seperti Kad Bunyi (Sound Card), Kad Paparan

(Display Card) dan juga Modem Dalaman

(Internal Modem).

Pada papan utama (mainboard), terdapat komponen-komponen elektronik seperti IC, perintang dan juga

kapasitor. Komponen ini menjalankan fungsi-fungsi yang tertentu. Selain itu, terdapat Slot iaitu tempat kad-kad

tambahan dimasukkan.

Papan utama dikelaskan berdasarkan jenis soket atau jenis pemproses yang boleh disokong. Antaranya ialah,

34

papan induk Socket 3, papan induk Socket 7, papan induk Socket 370, papan induk Slot 1, dan papan induk Slot

A. Setiap soket yang terdapat pada papan induk ini, menyatakan jenis pemproses yang boleh dimasukkan.

Jadual dibawah menunjukkan jenis soket dan pemproses yang boleh digunakan.

Jenis Papan Induk Pemproses

Socket 3 i386, i486 dan setaraf

Socket 7 Intel Pentium, AMD K6-2, Cyrix 6x86 dan setaraf

Socket 370Intel Pentium II, Intel Pentium III, Intel Celeron

PPGA, Cyrix 6x86 M3

Slot 1 Intel Pentium II, Intel Celeron

Slot A AMD Duron, AMD Athlon

B) PERISIAN (SOFTWARE)

35

Perisian (software) merupakan sesuatu program komputer. Ia mengandungi suatu set arahan dalam bahasa

spesifik yang mengarah komputer supaya melaksanakan operasi ke atas data terkandung dalam program itu atau

dibekalkan oleh pengguna.

Perisian rangkaian merangkumi program yang dioperasikan oleh komputer-komputer dalam

rangkaian. Sistem Operasi Rangkaian merupakan perisian yang utama dalam rangkaian kerana sistem

ini mengorganisasi dan menyelenggarakan segala aktiviti dalam rangkaian itu. Jenis perisisan

rangkaian yang lain adalah dihuraikan secara ringkas seperti berikut;

1. Pemacu Rangkaian (Network driver) : Perisian ini membenarkan komputer supaya menggunakan

kad antara muka rangkaian (network interface card) untuk berkomunikasi dengan rangkaian

yang berkenaan.

2. Perisian aplikasi (Application Software) : merangkumi program digunakan dalam komputer yang

bersambung kepada sesuatu rangkaian. Program ini termasuk word processors, spreadsheet dan

lukisan.

3. Pelayan (Server Software): Perisian ini merupakan perkhidmat komputer yang membolehkan

maklumat dan sumber disalurkan kepada komputer-komputer lain dalam rangkaian. Perisian ini

36

adalah digunakan untuk membolehkan server itu menjalankan sesuatu tugas spesifik, misalnya

memproses e-mail.

4. Perisian Pengurusan (Management software): Perisian digunakan mengendalikan lebih daripada

20 buah komputer dalam rangkaian. Ia membolehkan pentadbir rangkaian untuk mengorganisasi

dan mengendalikan sesuatu rangkaian secara lebih berkesan.

5. Pakej Perisian : Perisian ini merangkumi pelbagai aplikasi, misalnya Microsoft Office bukan

sahaja boleh berfungsi sebagai pemprosesan perkataan tetapi juga boleh digunakan untuk

mereka bentuk laman web, memanjangkan dan menerima e-mail, memperolehi dan menghantar data

melalui downloading dan uploading, dsb.

6. Perisian Sekuriti : Perisian ini mempunyai dinding kebakaran (firewall) yang kuat.

Misalnya, Windows XP SP 2 boleh melindungi pengguna komputer daripada serangan virus dan hacker

dengan menyediakan Windows Firewall dalam perisiannya.

CARA PENGGUNAAN PERISIAN

1. Pastikan anda menggunakan perisian software - Windows 98SE,Me, 2000,XP.

37

2. Kelajuan CPU Pentium ll ke atas

3. Memiliki Ram 64MB dan keatas

4. Pastikan anda telah memasukkan perisian Quick time, media player dan Winamps yang disediakan.

PENGGUNAAN PERISIAN DALAM PENDIDIKAN

1. Membantu kita menjalankan tugas dengan lebih bersistematik.

2. Pelajar dan guru boleh mendapatkan maklumat dengan mengakses data.

3. Terdapat berbagai jenis perisian aplikasi yang guru dan pelajar boleh gunakan dalam

membantu proses P & P.

4. Dapat memotivasikan pelajar dengan lebih yakin dan berkesan.

CADANGAN BAJET

BIL

.

PERKARA UNIT HARGA

SEUNIT

JUMLAH

HARGA1 PROCESSOR

INTEL LGA-1155

1 RM 1030

38

CORE I7 3770K

3.50GHZ, 8MB2 MOTHERBOARD

ASUS

MAXIMUS VI EXTREME

1 RM 1818

3 NVIDIA GE FORCE

GTX TITAN-6GD5

1 RM 3799

4 MONITOR

ACER

T272HL 1920 x 1080

1 RM1969

5 SOUND CARD

CREATIVE

SOUND BLASTER ZXR

PCI-E

1 RM 899

6 INTERNAL WRITER

BLURAY

PIONEER BDR-207EBK

12x

1 RM 388

39

7 SERVER MOTHERBOARD

Z9PE-D16 2011 DUAL

CPU SERVER 2380

1 RM2380

8 RAM

DDR3-1600 - KIT OF 2

1 RM680

9 HARD DISK

BLACK 500GB

1 RM 217

10 MOUSE 1 RM2011 KEYBOARD 1 RM 2512 SPEAKER/EARPHONE

ALTEC LANSING

1 RM50

13 INTERNET NETWORK 1 RM50014 PERISIAN PERCUMA 1 PERCUMA

40

RUMUSAN

Daripada perbincangan di atas, sekarang sudah tiba masanya para guru menggunakan kemudahan

internet yang ada di sekolah atau di rumah, untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Janganlah

kita membiarkan sahaja teknologi tersebut digunakan untuk tujuan hiburan semata-mata.

Pembelajaran melalui bahan internet amat sesuai dengan paradigma konstrtuktif. Kita seharusnya

sudah bersedia untuk merubah fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran yang

berpusatkan pelajar. Maka tidak syak lagi penggunaan bahan internet adalah salah satu kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang amat sesuai pada masa ini, berbanding dengan pendekatan

konvensional yang lazim. Oleh sebab itu aktiviti membangunkan Laman web melalui Internet sebagai

satu bahan perantara atau alat untuk menyebarkan maklumat pendidikan secara global patut sudah

dimulakan oleh para guru. Sebenarnya sekarang ini untuk membina Laman web sangat mudah.

Sekiranya kita tidak mampu menggunakan perisian yang hebat-hebat, setakat menggunakan 'Microsoft

Word' pun sudah memadai. Sekiranya kita tidak mampu juga membinanya sendiri, kita boleh

menggunakan Laman-laman web yang khusus untuk pendidikan yang telah dibangunkan oleh orang lain

secara percuma dari seluruh dunia. Kita seharusnya telah bersedia untuk menyediakan masyarakat

yang boleh bersaing di peringkat dunia pada masa hadapan.

41

SUMBER RUJUKAN

Abtar Kaur, 1999 Designing WEB Pages For Effective Learning, Kertas Prosiding, Konvensyen

Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, Kali ke 11: 1-9 , Persatuan Teknologi Pendidikan

Malaysia, Kuala Lumpur:

Abtar Kaur, 2001 Multimedia dan Internet Dalam Peningkatan Pemikiran Pelajar,

http://mdc.um.edu.my:88/abtar/lamangeeo.insf, Universiti Malaya 14

Bergen Country Technica Schools,2000 The Authoring Process-Student Learning, In Internet design

Projects, http://www.bergen.org/ETTC/courses/Why/Teach/LifeLongLearning.htm

Debbie Candau, Jennifer Doherty, Judi Yost, 2000 Intel Teach To The Future, Intel Corporation.

Hizamuddin Awang, 2000 Pembelajaran Sepanjang Hayat, http:// www.borneo-online.com.my Jamaludin

Mohaidin, 1999 World Wide WEB (www) Keberkesanannya Dalam Pendidikan Dan Masalah Yang Perlu

Diatasi, Kertas Prosiding, Konvensyen Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia Kali ke 11: 10-19,

Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur

42

Jamaludin Mohaidin, 1999 Konstruktivisme: Aplikasinya dalam rekabentuk Pembelajaran berasaskan

web, Teknologi Instruksi Dan Pendidikan Bestari: Persediaan Dan Cabaran Dalam Alaf Baru : 1-14,

Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur Sulastri, 2001 Dunia Internet pendidikan,

Perundangan dan Perniagaan,

Amnon Shabo, Mark Guzdial dan John Stasko. 1997. An Apprenticeship-ased Multimedia Cuorseware for Computer Graphics Studies Provided on The World Wide Web. Journal of Science. 29: 2/3. 103-116

Baharudin Husin (2005). Kesediaan Guru Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran diSekolah Menengah Daerah Pasir Putih. Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Kebangsaan 2005, Kota Kinabalu, 1-3 Ogos, Anjuran Bahagian Pendidikan Guru

Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999

P. A. Brett dan M. Nash (1998). Multimedia Language Learning Courseware: a design Solution ti the production of a series of CD-ROMs. Journal of Computer and Education. 32. 19-33

Rosseni Din. (2002). Kemahiran Komputer Guru Sains Dan Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor

Sathiamoorthy Kannan. (2002). Kajian kemampuan Mengurus Integrasi Komputer Di Kalangan Guru-GuruSekolah Bestari, Jurnal Pendidikan Dan Kepimpinan pendidikan, Jilid 12, Bil.02, Disember 2002

43

Wan Noraini binti Wan Daud (2005). Kemahiran Komputer Guru-guru Sains dan Matematik. Universiti Kebangsaan Malaysia

www.ftem.ukm.my/programming/bengkelC/18-zamlinal

www.usm.my/km/24-06

http//www.usm.my/km/24-06/KMART

http//eprints.utm.my/

Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

1. Shaifol Bahary Sulaiman. (2004). Teknologi maklumat untuk institusi perguruan. Kuala

Lumpur: Federal Publication.

2. Zorani Wati Abas. (1993). Komputer dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

3. Zorani Wati Abas. (1994). Pengenalan kepada komputer. Kuala Lumpur: Federal Publications.

4. Jamaluddin Harun & Zaidatun Tahir. (2001). Menguasai perisian pemproses perkataan Microsoft

Word XP. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

5. O.S. Goh. (1993). Kursus lengkap MS-DOS & Microsoft Windows. Kota Bharu: Pustaka Reka.

6. Stephen Haag. (2002). The I-Series Microsoft Windows. UK: McGraw Hill44

7. Rosemarie Wyatt. (2002). Desktop publishing. Oxford: Heinemann Educational Publishers.

8. Baharuddin Aris, Rio Sumarini Shariffudin & Manimegalai Subramaniam. (2002). Reka bentuk

perisian multimedia. Skudai: UTM.

9. Jamalludin Harun, Baharuddin Aris, Zaidatun Tasir. (2001). Pembangunan perisian multimedia : satu

pendekatan sistematik. Kuala Lumpur : Venton Publishing. (TSDAS Digital

Library :QA76.575 Jamh)

10. Cushing, Steve. (2001). GCSE: information and communication technology

for OCR specification B. Oxford: Heinemann.

11. Gips, James. (1991). Mastering Lotus 1-2-3: a problem solving approach. New York: John

Wiley& Sons Inc.

12. Noralila Mat et.al. (2004). Aplikasi komputer. Kuala Lumpur: Prentice Hall.

13. Sellapan, P. (2000). Excell 2000: through examples - a reference for beginners. Shah

Alam: Times.

14. Asha Kalbag. (2001). Jaringan sejagat: peringkat permulaan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa& Pustaka.

15. Donne Florence. (1989). LAN local area networks, A Wiley. New York:

Interscience Publication.

45

16. Margaret Levine Young. (2002). Internet : the complete reference. (2nd ed.). UK: McGraw-Hill.

(TSDAS Digital Library : TK5105.875 I57You)

17. Tanya McGill. (2003). Current issues in IT education. Melbourne, Australia: IRM press.

InfoSCI (OUM Digital Collection)

18. Timothy J. O;Leary. (2002). Microsoft Windows XP. New York: McGraw Hill

19. Tengku Zawawi Tengku Zainal. (2000). Internet dalam pendidikan matematik. Maktab

Perguruan Kuala Terengganu.

20. Tina Lawton. (2002). E0mail. UK: Heinemann Educational Publishers

21. Zainuddin Zakaria. (2001). Memahami E-Mel mudah dipelajari. Kuala

Lumpur: WinPublication.

22. Alessi, S.M. & Trollip, S.R.(1991). Computer-based instruction methods and

development. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

23. Ismail Zain. (2002). Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur : Utusan

Publications. (TSDAS Digital Library : LB1028.3 Ismz)

24. Collis, B.A., Knezek, G.A., Lai, K.W., Miyashita, K.T. Pelgrum, W.J.,

Plomp, T.J. & Sakamoto, T. (1996). Children and computers in school. Mahwah, NJ: Erlbaum.

25. Robert Heinich … [et al.] (1997). Instructional media and technologies for learning. Englewood:

Prentice Hall. (TSDAS Digital Library : LB1028.3 Ins)

46

26. International Society for Technology in Education. (1998). National education

technology standards for students. Eugene, Oregon: ISTE

27. Saettler, P. (1990). The evolution of American educational technology. Englewood, CO:

Libraries Unlimited.

47