Teknologi Maklumat

23
Teknologi Maklumat

Transcript of Teknologi Maklumat

Teknologi Maklumat

Teknologi Maklumat

“Semua jenis TEKNOLOGI yang digunakan untuk memproses (processing),

menyimpan (storing) dan memindahkan (transmitting) MAKLUMAT dalam bentuk

elektronik”

Era Kemajuan ManusiaERA/ZAMAN/MASYARAKAT

TEKNOLOGI SUMBERKEKAYAAN

Pindah-randah Pandai memburu Alat memburu

Pertanian Mempunyai tanah

Alat pertanian

Pelaut/Perdagangan

Mempunyai kapal

Kapal

Perindustrian Tanah, buruh, modal

Mesin

Maklumat/Digital

Maklumat Komputer

Analog dan Digital

Contoh Nombor 1: 00000001 20: 000101002: 00000010 30: 000111103: 00000011 40: 001010004: 00000100 50: 001100105: 00000101 60: 00111100

Organisasi & Teknologi Maklumat

ELEMEN KOMPUTER KOMUNIKASI

(a)Manusia (pengguna komputer ialah orang ramai dan profesional)

(b)Tatacara (kaedah dan peraturan menggunakan komputer)

(c)Data/maklumat (jenis dan jumlah data) (d)Perkakasan atau Peralatan (jenis dan

fungsi perkakasan) (e)Perisian (perisian sistem dan aplikasi) (f)Komunikasi (kemudahan telefon untuk

menghantar dan menerima maklumat).

SALURAN KOMUNIKASI

saluran telefon kabel sepaksi (coaxial cable) kabel pasangan terpiuh

(twisted pairs cable) kabel optik gentian (fibre

optic cable) gelombang mikro (microwave),

dan satelit

PEMINDAHAN DATA SECARA BERSIRIDalam pemindahan data secara bersiri (serial), bit data bergerak satu demi satu secara terus menerus. Keadaannya sama seperti motokar yang melalui jambatan lorong tunggal. Kebanyakan data yang dihantar melalui telefon adalah jenis bersiri (serial). Port modem dibelakang komputer dinamakan port bersiri (serial port). Kabel dan sambungan bersiri dipanggil juga dengan nama ‘RS-232C’ dan port komunikasi.

SECARA SELARIDalam pemindahan data secara selari (parallel), bit data bergerak secara berasingan selari diantara satu dengan lain. Keadaannya adalah sama seperti motokar melalui lebuh raya yang mempunyai banyak lorong dengan kelajuan yang sama. Pergerakan data secara selari adalah terhad kepada jarak dekat sahaj. Pemindahan data dalam komputer dan komputer dengan pencetak adalah secara selari (parallel).

OPERASI KOMPUTER YANG ASAS

(a) Input - Input bermakna memasukkan data ke dalam komputer dan memberikan arahan. Perkakasan yang digunakan ialah papan kekunci, tetikus, pengimbas dan lain-lain

(b) Pemprosesan dan ingatan - Pemprosesan dijalankan dengan menggunakan perisian dan data yang diproses tersimpan dalam memori utama atau RAM

(c) Output - Segala data dan maklumat yang telah diproses akan ditunjukkan melalui monitor dan pencetak

(d) Storan sekunder - Menyimpan maklumat dalam cakera liut, cakera keras, CD-ROM dan pita magnetik

(e) Komunikasi - Cara maklumat dihantar dan diterima oleh komputer

Lebuhraya Maklumat

• ‘Lebuhraya maklumat’ (information Highway atau Information Superhighway) menunjukkan bagaimana mudahnya perhubungan melalui komputer

• Melalui Internet pengguna komputer boleh mendapatkan maklumat dan pengetahuan dari seluruh dunia. Maklumat ini diperolehi dalam masa yang singkat dan murah. Pengguna boleh membaca akhbar tempatan dan luar negeri serta bahan bacaan ‘Edisi Elektronik’.

• Anda boleh melawat perpustakaan maya dan boleh membuat capaian pengkalan data sekiranya mempunyai keahlian perpustakaan tersebut yang sah.

• Penguna di rumah perlu memiliki sebuah komputer dengan sebuah modem dan talian telefon bagi membolehkannya ‘melawat’ ke semua tapak web (web site) didunia.

INTERNET

Internet ialah singkatan bagi perkataan ‘inter-network’. Internet ialah rangkaian (network) bagi rangkaian komputer global (Wide area Network- WAN) yang menghubungkan berjuta-juta komputer didunia.

Ini bermakna jika anda mempunyai sebuah komputer dengan modem dan talian telefon maka anda telah berada dalam rangkaian (network) komputer di Malaysia. Rangkaian komputer (network) dimalaysia dihubungkan dengan rangkaian komputer diluar negara dan ini dinamakan Internet.

BAGAIMANA DATA DAN MAKLUMAT DIWAKILI DALAM KOMPUTER

Kita menggunakan nombor 10 digit (0,1,2,3,4,5,6,7,8,9) dalam kehidupan seharian. Komputer menggunakan nombor perduaan (binary numbers) yang hanya mempunyai dua digit/angka iaitu ‘0’ dan ‘1’. Dalam komputer ‘0’ diwakili oleh arus elektrik dalam keadaan ‘off’ (voltan rendah) dan ‘1’ diwakili oleh arus elektrik dalam keadaan ‘on’ (voltan tinggi). Semua data yang dimasukkan ke dalam komputer akan ditukarkan kepada nombor perduaan (binary numbers).

Contoh Sebagai contoh jika ditaip huruf ‘H’, isyarat elektronik yang dimasukkan ke dalam komputer ialah 01001000.

0

1

00

000

1= HAksara

Contoh Pendua (Binary)AKSARA KOD

PERDUAAN N 0100 1110 O 0100 1111 P 0101 0000 Q 0101 0001 R 0101 0010 S 0101 0011 T 0101 0100 U 0101 0101 V 0101 0110 W 0101 0111 X 0101 1000 Y 0101 1001 Z 0101 1010

AKSARA KOD PERDUAAN A 0100 0001 B 0100 0010 C 0100 0011 D 0100 0100 E 0100 0101 F 0100 0110 G 0100 0111 H 0100 1000 I 0100 1001 J 0100 1010 K 0100 1011 L 0100 1100 M 0100 1101

PTK = 0101 0000 0101 0100 0100 1011

UKURAN SIMPANAN SISTEM PERDUAAN

Bit Dalam sistem perduaan ‘0’ dan ‘1’ dipanggil ‘bit iaitu huruf ringkas bagi Binary digit’

Unit data yang paling Kecil dapat difahami Oleh komputer

Bait Lapan bit akan menjadi Satu bait atau satu aksara (huruf, nombor atau tanda bacaan)

Satu aksara seperti huruf (A,B,C), nombor (1,2,3) atau tanda (?,/,#)

KILOBAIT (KB)

1 kilobait bersamaan kira-kira 1,000 bait (1024 bait)

½ muka surat

MEGABAIT (MB)

1 megabait bersamaan kira-kira 1 juta bait (1,048,576 bait)

500 muka surat

GIGABAIT (GB)

1 gigabait bersamaan kira-kira 1 billion bait (1,073,741,824 bait)

2 set ensiklopedia

Maklumat yang disimpan secara perduaan (binary) didalam ingatan utama (RAM), cakera liut, cakera keras dan CD-ROM adalah seperti berikut:

Jenis Komputer Terbahagi kepada 4 jenis

mengikut kepantasan dan keupayaan menyimpan maklumat.

Superkomputer (Supercomputer) Komputer Kerangka utama (Mainframe Computer)

Minikomputer (Mini Computer) Mikrokomputer atau (Microcomputer/Personal Komputer Peribadi Computer)

PERISIAN KOMPUTER

(a) Perisian Sistem seperti DOS, Windows 3.11. Windows 95, Windows 98, Windows NT, Macintosh OS dan Unix.

(b) Perisian atau program aplikasi dapat dikelaskan sebagai perisian pengguna akhir (end user). Perisian aplikasi seperti Word, Excel boleh dibeli dari kedai komputer Perisian Aplikasi seperti Word, Lotus, Excel & Powerpoint

Contoh Perisian AplikasiPerisian Aplikasi

Kegunaan Contoh

Pemprosesan Perkataan(Word Processing)

Menulis surat, dokumen

Word, Word Perfect,Wordstar, Ami Pro

Hamparan Elektronik(Electronic Spreadsheet)

Pengiraan Lotus, Excel, Quattro Pro

Pangkalan Data (Data base)

Menyusun data dan maklumat

Access, dBase, Approach

Persembahan (Presentation)

Membuat persembahan

Powerpoint

Grafik (Graphic) Lukisan CoreldrawPenerbitan Meja(Desktop Publishing)

Penerbitan akhbar, majalah dan buku

Pagemaker,Publisher

Reka bentuk Berbantukan Komputer (Computer Added Design-CAD)

Lukisan Kejuruteraan

Auto CAD

Teknologi KomunikasiTELEFON SELULARTelefon selular adalah sistem pembahagian kawasan kepada bentuk ‘sel-sel’. Dalam setiap sel telefon mudah alih, ia boleh disambungkan kepada saluran telefon biasa. Dengan sistem ini orang ramai boleh mebuat panggilan dari motokar, keretapi dan tempat-tempat lain yang tiada telefon awam. Negara seperti Malaysia yang sistem komunikasinya masih belum lengkap sangat sesuai menggunakan sistem ini.

MESIN FAKSFaks adalah nama singkatan untuk ‘facsimilie’ yang bermakna ‘a copy’ atau salinan. Mesin faks mengimbas (scan) sesuatu teks dan gambar serta menghantarnya dalam bentuk isyarat elektronik melalui saluran telefon ke satu mesin faks yang lain. Mesin faks yang menerima isyarat elektronik itu akan mencetak teks dan gambar diatas kertas.

Teknologi KomputerKOMPUTER MULTIMEDIAPerkataan ‘multimedia’ telah menjadi sebutan orang ramai mulai pertengahan 1990an. Mulitimedia adalah teknologi yang mempersembahkan maklumat dalam bentuk lebih daripada satu media iaitu teks, grafik, animasi, video, muzik dan suara. Komputer Peribadi Multimedia (MPC) adalah komputer yang boleh menghasilkan bunyi dan video, menjalankan CD-ROM dan memainkan permainan (games).

PEMBANTU DIGITAL PERSONALPada tahun 1988 penjadual Elektronik (electronic organisers) kecil telah dipernalkan. Kegunaannya adalah untuk menyimpan nombor telefon dan senarai tugasan harian. Pada tahun 1993 penjadual elektronik telah digantikan oleh pembantu digital personal (personal digital assistant) atau ringkasnya ‘PDA’. PDA boleh menyimpan kalender temu janji, menulis memo, mendapat perkhidmatan Internet, menghantar faks dan e-mail.

Ergonomi

Ergonomi (ergonomic) ialah kajian mengenai hubungan fizikal antara manusia dan persekitaran tempat kerja mereka. Persekitaran tempat kerja termasuk bangunan, perabot dan peralatan yang mereka gunakan seperti meja, mesin taip, komputer dan lain-lain.

Kajian telah dibuat untuk mencipta papan kekunci (key-board) yang paling sesuai untuk pengguna komputer. Daripada kajian ini terciptalah papan kekunci ergonomi yang reka bentuk sesuai dengan jari dan tangan pengguna.

ERGONOMI: MENGGUNAKAN KOMPUTER

Komputer ialah peralatan elektronik yang paling banyak digunakan pada masa ini. Pekerja jabatan kerajaan dan syarikat swasta ada yang menggunakan komputer melebihi lapan jam sehari. Menggunakan komputer untuk jangkamasa yang lama boleh mendatangkan masalah kepada pengguna. Ada yang sakit mata berair, sakit belakang dan pelbagai kesan lagi.

Kajian mengenai perabot dan kedudukan terbaik untuk menggunakan komputer telah dibuat. Hasil daripada kajian ini, pelbagai jenis meja dan kerusi untuk pengguna komputer telah dicipta. Kedudukan yang sesuai dan baik untuk pengguna komputer juga telah dicadangkan. Dengan teknik yang dicadangkan penggunaan komputer dimasa akan datang diharap akan lebih selesa lagi kepada semua pengguna.

Laman Web Rujukan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_Maklumat