HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI

32
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP PPG MAC / 2012 HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN ( NAMA PENSYARAH : DR. ZAINAL ABIDDIN BIN MASLEH ) NO. MATRIKULASI : 761124135940001 NAMA PELAJAR : NOLIA BINTI HAJI ABDUL KARIM NO. KAD PENGENALAN : 761124-13-5940 NO. TELEFON : 019-8896698 E-MEL : [email protected]

Transcript of HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP PPG MAC / 2012

HBEF3103

PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

( NAMA PENSYARAH : DR. ZAINAL ABIDDIN BIN MASLEH )

NO. MATRIKULASI : 761124135940001

NAMA PELAJAR : NOLIA BINTI HAJI ABDUL

KARIM

NO. KAD PENGENALAN : 761124-13-5940

NO. TELEFON : 019-8896698

E-MEL : [email protected]

HBEF3103PUSAT PEMBELAJARAN : SARAWAK LEARNING CENTRE

1

HBEF3103

Senarai Kandungan

………………………………………………………………………………………

Soalan 1 Pengenalan 2

Prinsip Reka Bentuk Visual

1 Simplisiti 3

2 Dominan 4

3 Pola 5

4 Seimbang 6

5 Variasi 8

6 Harmoni 9

Rumusan 10

Soalan 2 Pengenalan

11

Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif

1 Kemahiran Mengumpulkan dan Mengelaskan

13

2 Kemahiran Mereka Cipta

14

3 Kemahiran Menganalisis

16

2

HBEF31034 Kemahiran Mensintesis

17

Rumusan 19

Soalan 1

PENGENALAN

Visual adalah sesuatu yang boleh dilihat atau

diperhatikan dan ia merupakanalat komunikasi yang lebih baik

berbanding komunikasi verbal. Penggunaan visual dalam

pengajaran dan pembelajaran adalah penting sebab boleh

membantu guru menyampaikan maklumat dengan berkesan terutama

kepada guru yang menggunakan komputer semasa sesi pengajaran

dan pembelajaran dijalankan.

Menurut Baharuddin et al.,(2002) pengajaran

pembelajaran berbantukan komputer adalah satu alternatif

yang dapat mempelbagaikan lagi strategi untuk menjadi proses

3

HBEF3103pengajaran dan pembelajaran sebagai satu sesi yang menarik

dan menyeronokkan.

Pengajaran pembelajaran yang berbantukan komputer dapat

meningkatkan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran,

berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid-murid

terhadap subjek yang diajar dan paling penting guru dapat

mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan serta

mencabar.

Kebenaran pernyataan di atas disokong oleh pendapat

Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir(2003) iaitu penggunaan

pelbagai media dalam penyampaian maklumat mampu meransangkan

minda pelajar di samping ia tidak membosankan. Namun

demikian penggunaan bahan pengajaran pembelajaran

berbantukan komputer ini tidak boleh diambil mudah dalam

penyediaannya. Guru perlu mengambil kira prinsip reka bentuk

visual bagi menghasilkan bahan yang menarik. Oleh itu amat

penting bagi seseorang guru memahami prinsip reka bentuk

visual iaitu simplisiti, dominan, pola, seimbang, variasi

dan harmoni.

Berdasarkan konsep prinsip reka bentuk visual di atas,

saya telah memilih bahan pengajaran dan pembelajaran

bertajuk Makanan Untuk Kesihatan di alamat

http://www.bloggurumalaysia.blogspot.com iaitu BBM berbentuk

slaid MS Powerpoint. Bahan pengajaran dan pembelajaran ini

akan dikaji untuk melihat sama ada ia menepati prinsip reka

bentuk visual atau tidak. Prinsip simplisiti, dominan, pola,

4

HBEF3103seimbang, variasi dan harmoni akan dihuraikan menggunakan

bahan tersebut.

PRINSIP REKA BENTUK VISUAL

1. SIMPLISITI

Simplisiti adalah merupakan prinsip seni grafik yang

bersifat sederhana dan ianya tidak berat komposisinya.

Gambar yang digunakan adalah mudah difahami dan jelas serta

dapat mendorong audien atau murid-murid untuk terus melihat

dan menghayati grafik tersebut. Cara yang terbaik bagi

seseorang guru adalah mempersembahkan satu perkara atau

gambar pada satu masa, sebab terlalu banyak grafik dalam

satu visual akan mengelirukan audien atau murid-murid yang

melihat.

Di bawah adalah alat bantu mengajar yang digunakan

dalam pengajaran dan pembelajaran yang dipilih. Objek yang

dipaparkan oleh guru amat jelas, hanya mempersembahkan

visual yang berkaitan dengan tajuk pelajaran yang hendak

diajar iaitu makanan berkhasiat. Murid-murid dengan mudah

dan cepat tahu apa yang hendak diajar oleh guru. Visual di

bawah menepati prinsip simplisiti kerana hanya menunjukkan

gambar makanan.

5

HBEF3103

2. DOMINAN

Dominan berasal dari perkataan ‘Dominance’ yang

bermaksud keunggulan. Manakala menurut kamus, ia merujuk

kepada sesuatu yang paling menonjol atau yang sangat

penting. Dominan dalam visual pula boleh dijelaskan dengan

maksud pusat penumpuan atau minat. Dominan mempunyai

beberapa tujuan iaitu menarik perhatian, menghilangkan

kebosanan dan memberi titik fokus pada sesuatu visual yang

dihasilkan. Item utama yang hendak ditunjukkan mestilah

paling menonjol atau menguasai item-item lain yang sekadar

berperanan sebagai item sokongan.Terdapat pelbagai cara

untuk mencapai prinsip dominan, antaranya ialah:

6

HBEF3103a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third).

Peraturan Satu Pertiga adalah didapati perhatian

tertumpu lebih di sudut atas kiri daripada tempat lain.

b) Warna dan bentuk yang kontras.

c) Saiz yang lebih besar.

d) Menggunakan anak panah yang menunjukkan ke arah item

utama.

e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item

utama.

f) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti

pergerakan cecair, guli atau kipas.

g) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.

Objek yang dipaparkan dalam visual di sebelah menepati

prinsip dominan iaitu cara pemilihan warna dan bentuk yang

kontras. Pemilihan warna dan bentuk yang berlainan ini dapat

menarik perhatian murid-murid untuk terus melihat visual

7

HBEF3103tersebut dan seterusnya memberi respons semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan warna yang berbeza

pada huruf untuk nama sayur-sayuran juga dapat membantu

murid-murid untuk mengeja nama sayuran tersebut dengan

betul, manakala warna yang kontras dan terang dapat

mengekalkan penglihatan dan membantu murid-murid memberitahu

nama warna yang betul. Berdasarkan penerangan yang telah

diberikan, ternyatalah visual yang dipilih menepati prinsip

dominan.

3. POLA

Pola atau corak bermaksud penyusunan elemen-elemen

visual untuk menarik dan mengekalkan perhatian audien ketika

proses pengajaran dan pembelajaran. Pola atau corak ini juga

boleh memandu audien melihat maksud yang terkandung dalam

visual. Namun bukan hanya ilustrasi atau gambar rajah yang

harus disusun tetapi huruf dan perkataan juga perlu disusun

kerana ia adalah sebahagian daripada pola atau corak. Pola

adalah berkaitan dengan susunan item-item dalam sesuatu

visual.

Aspek susunan item amat dititikberat dalam sesuatu visual

kerana ia dapat:

a) Menarik penglihatan mata ke arah item utama

b) Menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan

visual dalam arah yang betul

8

HBEF3103c) Mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya

mengikuti aliran persembahan sehingga sampai

titik akhir.

Berdasarkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang telah

dipilih seperti di atas terdapat prinsip pola atau corak

yang dapat menarik perhatian murid-murid semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran. Objek yang dipilih oleh guru

pelbagai dan susunan item juga sesuai serta dapat

menggerakkan penglihatan mata murid-murid kepada keseluruhan

visual tersebut. Namun demikian guru boleh menambah baik

9

HBEF3103pemilihan visual di atas dengan meletakkan carta makanan

seimbang yang berbentuk tiga segi bagi mengekalkan lagi

penglihatan murid-murid dan seterusnya faham tentang isi

pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru iaitu tentang

makanan berkhasiat untuk tubuh badan.

4. SEIMBANG

Keseimbangan amat penting bagi setiap benda kerana jika

tiada keseimbangan, sesuatu benda itu akan tumbang.

Kesimbangan ini juga memainkan peranan penting dalam sesuatu

visual supaya rekaan visual itu tidak nampak janggal dan

tidak menarik. Dalam hal ini elemen grafik yang disusun

hendaklah seimbang dalam setiap reka bentuk, sama ada pada

bahagian kiri dengan kanan ataupun atas dengan bawah. Rekaan

visual yang seimbang akan membuat mata rasa selesa

memandang. Dalam prinsip seimbang ini, terdapat dua jenis

seimbang iaitu seimbang formal atau simetrikal dan seimbang

tidak formal atau asimetrikal.

Seimbang formal atau simetrikal bermaksud pembahagian

yang sama antara dua bahagian visual sama ada kiri dengan

kanan atau atas dengan bawah. Seimbang formal mudah dicapai

dan kesan masih menarik perhatian pembaca atau penonton.

Seimbang tidak formal atau asimetrikal pula bermaksud

pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan

10

HBEF3103kanan atau atas dengan bawah sesuatu rekaan visual. Konsep

seimbang boleh dilihat pada gambar di bawah:

Gambar di atas amat menepati prinsip seimbang formal atau

simetrikal iaitu pembahagian yang sama antara dua bahagian

visual. Pembahagian secara seimbang formal ini memudahkan

murid-murid memberi tumpuan dan memberi kesan yang menarik

pada bahan pengajaran guru.

11

HBEF3103

Gambar di atas pula menunjukkan prinsip seimbang tidak

formal atau asimetrikal, di mana pembahagian antara item

atas dengan bawah tidak sama rata. Dalam visual di atas,

jumlah item atas lebih banyak dari item bawah. Namun

demikian visual di atas masih menarik perhatian mata yang

memandang kerana susun atur gambar yang menarik dari segi

pemiliham warna.

5. VARIASI

Variasi dalam prinsip reka bentuk visual membawa maksud

penggunaan pelbagai elemen bagi menimbulkan perasaan seolah-

olah visual itu hidup dan bergerak. Penggunaan pelbagai

elemen ini supaya ia dapat memberi kesegaran dan menimbukan

minat pada audiens untuk terus melihat visual yang

dipaparkan. Antara contoh-contoh variasi yang boleh

12

HBEF3103digunakan untuk meningkatkan tarikan terhadap visual ialah

bentuk, saiz, tekstur, warna, garis, kedudukan, dimensi,

kontras, susunan, penggunaan gambar foto dan kartun serta

kartun dengan gambar foto. Variasi juga menyokong pola untuk

meningkatkan tarikan terhadap visual. Penggunaan elemen-

elemen tersebut dengan betul dapat menjadikan visual seolah-

olah hidup.

Bahan pengajaran dan pembelajaran di atas menampakkan

penggunaan pelbagai elemen bagi menarik minat mata yang

memandang. Antara elemen-elemen tersebut ialah warna, garis,

kedudukan dan dimensi. Warna yang pelbagai dapat menarik

minat murid-murid untuk terus melihat visual yang disediakan

13

HBEF3103oleh guru. Item di atas menggunakan lebih dari satu warna

dan pemilihan warna juga amat menarik serta memberi

kesegaran kepada visual tersebut. Penggunaan elemen garis

pada perkataan dan lukisan juga menambah daya tarikan pada

visual di atas. Seterusnya, penggunaan elemen kedudukan dan

dimensi juga terdapat dalam visual tersebut. Elemen

kedudukan boleh dilihat pada kedudukan perkataan yang berada

di bahagian atas, tengah dan bawah. Elemen dimensi pula

boleh diperhatikan pada bayang-bayang perkataan yang tidak

berwarna. Berdasarkan penerangan yang telah diberikan,

ternyata visual tersebut menepati prinsip variasi.

6. HARMONI

Harmoni adalah sesuatu rekaan bentuk visual yang

melibatkan susunan atau ulangan unsur-unsur visual mengikut

cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkan kesan yang

menarik. Aplikasi prinsip harmoni dapat menimbulkan gambaran

yang sempurna, teratur dan membolehkan mata penonton

mengikuti perkembangan keseluruhan visual. Prinsip harmoni

juga memberikan rasa yakin

kepada penonton kerana mereka dapat melihat hubungan elemen-

elemen, arah aliran persembahan, perspektif dan kesatuan

mesej.

14

HBEF3103

Di atas adalah bahan pengajaran dan pembelajaran yang

dipilih. Objek yang dipaparkan ada menunjukkan konsep

harmoni melalui cara pengulangan warna yang sama pada nama

buah kecuali untuk nama buah rambutan ada terdapat warna

hijau. Konsep harmoni juga boleh dilihat pada pengulangan

bentuk buah pada gambar buah durian, rambutan dan epal iaitu

bentuk bulat.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya bahan pengajaran dan pembelajaran

yang bertajuk Makanan Untuk Kesihatan hampir-hampir menepati

enam prinsip reka bentuk visual, kekurangan yang paling

ketara adalah pada prinsip pola dan harmoni. Kekurangan ini

mungkin disebabkan guru masih belum menguasai prinsip-

prinsip tersebut. Bahan pengajaran dan pembelajaran tersebut

15

HBEF3103masih sesuai untuk sesi pengajaran guru, namun guru boleh

menambahbaikan visual tersebut dengan membuat pemilihan

gambar yang sesuai, contohnya guru boleh menggunakan carta

piramid makanan bagi menepati prinsip pola. Manakala untuk

prinsip harmoni, guru boleh menggunakan gambar buah yang

sama bentuk dan warna.

Soalan 2

PENGENALAN

Kemahiran Berfikir boleh dirumuskan bahawa pemikiran

ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan

pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan

idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar bagi

membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya

membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang

dialami. Dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran

berfikir bertujuan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan

masalah dengan bijak, menghasilkan idea atau ciptaan yang

kreatif dan inovatif, mengatasi kesilapan berfikir terburu-

buru, kabur dan sempit, juga membolehkan murid meningkatkan

aspek kognitif, afektif dan intelek mereka.

Model kemahiran berfikir yang dicipta oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum dikenali sebagai Kemahiran Berfikir

secara Kritis dan Kreatif atau singkatannya KBKK. Model KBKK

ini terdiri daripada empat kemahiran yang dinamakan

16

HBEF3103Kemahiran Berfikir Kritis, Kemahiran Berfikir Kreatif,

Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan. Dalam setiap

kemahiran ini terdapat kemahiran-kemahiran mikro. Penjelasan

tentang kemahiran-kemahiran mikro ini diketengahkan dalam

Rajah 1 di sebelah.

Kemahiran Berfikir Kritis adalah kecekapan dan

keupayaan menggunakan minda untuk menilai kewajaran sesuatu

idea, meneliti kebaikan dan kelemahan sesuatu perkara dan

membuat pertimbangan wajar dengan menggunakan alasan dan

bukti.

Kemahiran Berfikir Kreatif adalah kecekapan menggunakan

minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan dalam

menghasilkan sesuatu yang baru dan asli sama ada bersifat

maujud, abstrak atau idea.

Kemahiran Membuat Keputusan pula ialah keupayaan minda

untuk memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa

alternatif untuk mencapai objektif yang ditentukan.

Kemahiran Menyelesaikan Masalah ialah langkah-langkah

yang dijalankan dalam mengatasi rintangan dan kekangan yang

menjadi penghalang kepada matlamat yang dituju.

17

HBEF3103

Rajah 1

Perbincangan seterusnya akan mengkaji dan menghuraikan

bahan internet yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir

murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya telah

memilih rancangan pengajaran harian untuk mata pelajaran

Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 1 yang bertajuk BENDA HIDUP

ATAU BENDA BUKAN HIDUP di alamat

http://sainstahun1.blogspot.com bagi mengkaji dan menghuraikan

empat ciri kemahiran berfikir sama ada dalam langkah

18

HBEF3103pengajaran, soalan latihan, lembaran kerja atau alat bantu

mengajar yang digunakan oleh guru.

Empat ciri kemahiran berfikir yang akan dihuraikan

adalah seperti berikut:

KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF

1 MENGUMPULKAN DAN MENGELASKAN

Mengumpulkan dan mengelaskan merupakan kemahiran mikro

dalam kemahiran berfikir kritis. Mengasingkan dan

mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan

masing-masing berdasarkan criteria tertentu seperti

ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan

ciri atau sifat sepunya. Kemahiran mengumpulkan dan

mengelaskan ini digunakan apabila terdapat banyak item

atau maklumat. Selain itu, digunakan apabila jika item

atau maklumat yang tidak tersusun.

Manakala, langkah penggunaannya pula ialah:

a) Kenal pasti ciri umum sekumpulan item.

b) Beri nama kepada kumpulan item itu.

c) Kenal pasti ciri lain.

d) Masukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang

lebih kecil.

e) Ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat

dikumpulkan dalam suatu kumpulan.

19

HBEF3103Dalam rancangan pengajaran harian yang telah dipilih,

aktiviti yang menunjukkan kemahiran di atas ialah pada

bahagian imaginasi pengajaran guru, di mana murid-murid

diminta memerhati gambar bilik darjah seperti contoh di

sebelah dan cuba mencari bentuk-bentuk yang terdapat

dalam gambar tersebut. Seterusnya murid-murid diminta

menyatakan objek-objek dalam bilik darjah tersebut yang

mempunyai bentuk-bentuk yang telah disebut oleh guru.

Ternyata langkah pengajaran guru tersebut telah

menggunakan kemahiran mikro yang terdapat dalam

kemahiran berfikir kritis iaitu mengumpul dan

mengelaskan objek dalam bilik darjah mengikut bentuk-

bentuk yang telah diajar oleh guru. Cara pengajaran

guru tersebut membantu meningkatkan pemahaman murid-

murid tentang pelbagai bentuk dalam kehidupan seharian

dan pasti murid dapat mengaitkan pelbagai bentuk yang

dipelajari dengan objek di sekeliling mereka sama ada

di rumah atau kawasan sekolah. Secara tidak langsung

murid-murid dengan mudah mengingat isi pelajaran yang

diajar oleh guru.

3. Murid-murid diminta untuk memerhatikan dan mencari

bentuk-bentuk yang terdapat di dalam gambar bilik darjah

yang ditunjukkan.

20

HBEF3103

4. Murid-murid diminta menyatakan objek-objek yang

mempunyai bentuk-bentuk segiempat tepat, segiempat

sama, segitiga, bulatan.

2. MEREKA CIPTA

Mereka cipta adalah menghasilkan sesuatu yang baru

atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang

sedia ada dalam bentuk maujud atau mujarad. Mereka

cipta merupakan salah satu kemahiran mikro dalam

kemahiran berfikir kreatif. Langkah penggunaan untuk

kemahiran mereka cipta ialah:

a) Kenal pasti keperluan, cabaran atau persoalan

b) Janakan idea

c) Pilih idea yang paling sesuai untuk memenuhi

keperluan

21

HBEF3103d) Mencuba dan menguji idea

e) Jika tidak memenuhi keperluan, ubah suai atau pilih

idea yang lain.

Berikut adalah contoh bahan pengajaran dan pembelajaran

yang dipilih mempunyai kemahiran berfikir kreatif bagi

mereka cipta. Murid mereka cipta dengan membina

pelbagai objek daripada bentuk asas 2D dalam permainan

interaktif Geoshapes .

1. Guru meminta beberapa orang murid membina pelbagai

objek daripada bentuk asas 2D dalam permainan

interaktif Geoshapes .

Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan

oleh guru tersebut dapat meningkatkan kemahiran

berfikir kerana murid akan berfikir terlebih dahulu

22

HBEF3103sebelum mereka cipta sesuatu imej menggunakan bentuk

yang terdapat dalam permainan interaktif tersebut.

Dalam usaha untuk mereka cipta imej yang dimahu oleh

guru, murid-murid akan menggunakan pemikiran mereka

untuk menentukan bentuk yang akan digunakan dan mencuba

setiap bentuk yang ada sehingga mereka dapat mereka

cipta objek atau imej yang telah ditetapkan oleh guru

atau daya imaginasi murid itu sendiri. Amat tepat

pemilihan bahan guru jika kemahiran berfikir kreatif

mereka cipta yang hendak dicapai oleh guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

3. MENGANALISIS

Menganalisis adalah kemahiran mengolah maklumat dengan

mrnghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi

memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari

makna yang tersirat. Ia merupakan kemahiran mikro dalam

kemahiran berfikir kritis. Kemahiran ini digunakan

untuk mengenali bahagian-,bahagian, memahami hubung

kait antara bahagian dan mengenali prinsip yang

terlibat. Langkah penggunaan kemahiran menganalisis ini

ialah seperti berikut:

a) Tentukan pendapat atau kenyataan.

b) Cari andaian yang tersirat, huraikannya kepada ciri

yang lebih terperinci.

23

HBEF3103c) Renung semula pendapat atau andaian.

d) Buat pernyataan yang telah diperbaiki dengan sokongan

fakta.

Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang dipilih,

kemahiran menganalisis boleh didapati pada langkah

perkembangan pengajaran guru seperti yang ditunjukkan

di bawah.

2. Murid-murid diminta mengira bilangan bentuk yang terdapat dalam gambar istana.

Dalam langkah pengajaran di atas guru meminta murid-

murid mengira bilangan bentuk yang terdapat pada gambar

istana yang disediakan oleh guru. Perkara yang dimahu

oleh guru ialah jumlah bentuk dalam gambar tersebut.

Tugas murid ialah mengenal pasti terlebih dahulu bentuk

yang ada dalam gambar tersebut dan kemudian barulah

mengira bilangan bagi sesuatu bentuk, contoh bagi

24

HBEF3103bentuk segi tiga bilangannya 4 dan seterusnya untuk

bentuk yang lain. Ini menunjukkan bahawa murid-murid

akan membuat analisis pada gambar istana tersebut bagi

mengenal pasti bentuk-bentuk yang ada dan seterusnya

memberitahu bilangan bagi sesuatu bentuk dengan betul.

Ternyata langkah pengajaran dan bahan yang digunakan

oleh guru sesuai untuk meningkatkan kemahiran berfikir

di kalangan murid-murid Tahun Satu tersebut.

4. MENSINTESIS

Kemahiran ini menggabungkan idea, unsur, item dan

perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran

yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan

dan artifak. Kemahiran berfikir kreatif ini digunakan

untuk membuat kesimpulan, mengitlak atau menyediakan

tajuk. Selain itu untuk menghasilkan bentuk komunikasi

seperti lukisan, peta, rajah, puisi dan laporan.

Langkah penggunaan kemahiran ini ialah:

a) Kenal pasti dan definisikan tajuk, perkara atau

subjek

b) Kumpulkan data atau maklumat yang berkaitan

c) Kelaskan idea, data atau maklumat dalam kategori yang

berkaitan dengan tajuk, perkara atau subjek

25

HBEF3103d) Kenal pasti hubung kait antara kategori dengan

kategori atau kategori dengan tajuk

Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang dipilih,

kemahiran berfikir kreatif ini digunakan oleh guru pada

langkah penutup. Pada langkah pengajaran ini guru

memberi lembaran kerja kepada murid-murid dan lembaran

kerja ini memerlukan murid-murid mengenal pasti perkara

yang dimahukan. Contohnya pada Lembaran Kerja 1, murid-

murid diminta mengisi tempat kosong dengan menulis nama

bentuk asas. Bagi menyempurnakan lembaran kerja ini,

murid-murid mestilah dapat menggabungkan semula semua

item dalam langkah-langkah pembelajaran iaitu dari set

induksi, imaginasi dan perkembangan. Apabila ini

berlaku, maka murid-murid dapat menjawab soalan pada

Lembaran Kerja 1. Perkara yang sama juga murid-murid

lakukan sebelum menjawab soalan Lembaran Kerja 2. Di

bawah adalah contoh lembaran kerja 1 dan 2 yang

disediakan oleh guru. Ternyata bahan pengajaran dan

pembelajaran yang digunakan oleh guru dapat

meningkatkan kemahiran berfikir kreatif di kalangan

murid-murid Tahun Satu.

1. Guru meminta murid-murid menjawab soalan dalam Lembaran 1 dan 2.

26

HBEF3103

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kemahiran berfikir amat penting

untuk diajarkan kepada murid-murid kerana ia dapat membantu

murid-murid belajar dalam suasana pembelajaran yang

menyeronokkan dan seterusnya memahami apa yang diajar oleh

guru. Pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kemahiran

berfikir juga dapat memberi persediaan awal kepada murid-

murid untuk berdepan pembelajaran yang lebih mencabar. Pada

masa akan datang, kemahiran berfikir ini dapat membantu

murid-murid sama ada untuk proses pembelajaran di sekolah

atau di luar sekolah.

Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran yang betul,

kemahiran berfikir pasti dapat dilaksanakan dengan jaya

dalam kelas. Guru memainkan peranan yang besar dalam

merancang dan menyediakan pengajaran bagi meningkatkan

kemahiran berfikir murid-murid. Pemilihan bahan yang betul

akan membantu murid-murid menguasai kemahiran berfikir.

Sebagai kesimpulannya, penting bagi seseorang guru

mendalami dan seterusnya menguasai kemahiran berfikir kritis

dan kreatif sebelum guru mengajar kemahiran-kemahiran

tersebut kepada murid-murid kerana guru yang memahami fungsi

sebenar setiap kemahiran-kemahiran itu pasti dapat

28

HBEF3103mengaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dengan cara yang betul.

( 3040 patah perkataan )

RUJUKAN

Arbak Othman (2005). Kamus Komprehensif Bahasa Melayu.

Selangor:

Oxford Fajar Sdn Bhd.

Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin, dan Manimegalai

Subramaniam (2002).

29

HBEF3103 Reka Bentuk Perisian Multimedia. Skudai: Universiti Teknologi

Malaysia.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003). Multimedia dalam

pendidikan. Bentong:

PTS Publication & Distributors.

Wan Zah, Ramlah Hamzah, dan Rosini Abu (2011). Prinsip

Teknologi Pengajaran.

Selangor: Mateor Doc Sdn Bhd.

Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran & Pembelajaran ( 2002). Kuala

Lumpur:

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (31 Mac 2012).

http://mahirkbkk.tripod.com

Rancangan Pengajaran Harian Dunia Sains dan Teknologi Tahun

1 (Mei 2011).

http://sainstahun1.blogspot.com

Bahan Bantu Mengajar Bertajuk Makanan (2010)

http://www.bloggurumalaysia.blogspot.com

30

HBEF3103

31