Sejarah Olahraga Di Malaysia - baixardoc

10
SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh, pada tahun 1906.Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan ‘Ipoh Athletic Sports’.Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya. Pada 1914 hingga 1919 Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh ‘Amateur Athletic of British Malaya’. Pada 1913, nama diubah kepada ‘Amateur Athletic Association of Malaya’.Nama kejohanan ditukar kepada ‘Championships of Malaya’.Pada 1940 hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua. Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada ‘Federation of Malaya Amateur Athletic Union’ (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya. Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-peraturan baru telah diadakan di Seremban,rekod-rekod kebangsaan telah diiktiraf.Pada 1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta- peserta dari luar negara. Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada ‘Malaysia Amateur Athletics Union’ (MAAU). Presiden MAAU yang pertama ialah Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie.Pada 1964, kejohanan pertama di bawah MAAU diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian. http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/05/sejarah-olahraga-di-malaysia.htm

Transcript of Sejarah Olahraga Di Malaysia - baixardoc

SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA

Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan

Olahraga Ipoh, pada tahun 1906.Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan

‘Ipoh Athletic Sports’.Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya.

Pada 1914 hingga 1919 Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia

Pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk

mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang

pertama.Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh ‘Amateur Athletic

of British Malaya’.

Pada 1913, nama diubah kepada ‘Amateur Athletic Association of

Malaya’.Nama kejohanan ditukar kepada ‘Championships of Malaya’.Pada 1940

hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua.

Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada ‘Federation of Malaya

Amateur Athletic Union’ (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik

Malaya.

Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan

peraturan-peraturan baru telah diadakan di Seremban,rekod-rekod kebangsaan

telah diiktiraf.Pada 1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-

peserta dari luar negara.

Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada

‘Malaysia Amateur Athletics Union’ (MAAU). Presiden MAAU yang pertama ialah

Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie.Pada 1964, kejohanan pertama di bawah

MAAU diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/05/sejarah-olahraga-di-malaysia.htm

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Berlari, melompat dan melontar atau membaling merupakan perlakuan semula jadi manusia

yang melambangkan keupayaan dan kemahiran asas manusia sebagai makhluk yang mempunyai

fikiran. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan dan diperbaiki sehingga menjadi acara sukan

yang kemudianya dipertandingkan.

Dari masa ke semasa, kebolehan manusia ini menjadi satu acara pertandingan yang menarik,

sehingga mampu menarik minat ramai orang dari serata dunia sejak dahulu lagi. Dari situ

lahirlah istilah olahraga (athletics) yang merangkumi acara-acara berlari, melompat dan

melontar. Mereka yang melibatkan diri dalam olaraga ini dikenali sebagai olaragawan (lelaki)

dan olaragawati (perempuan).

SEJARAH AWAL

Berdasarkan catatan sejarah 'olahraga' dipercayai bermula lebih kurang 1000 tahun sebelum

masihi di Greece Kuno. Ini bermakna, olahraga ini sudah diadakan lebih 3000 tahun lampau.

Berdasarkan sejarah ini maka olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia. Sukan

olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece yang merupakan tempat

bermulanya tamadun manusia.

Dengan kata lain orang-orang Greece sudah melibatkan diri dalam olaraga, walaupun matlamat

mereka pada mulanya bukanlah sebagai sukan, tetapi lebih kepada salah satu bidang seni.

Menurut buku The Encyclopedia of sports, acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah

lompat jauh, iaitu oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis pada sukan olimpik tahun 656

sebelum Masihi. Beliau melompat sejauh 23 kaki 1 inci.

PERKEMBANGAN AWAL

Olaraga yang merupakan acara yang menjadi keutamaan dalam perjumpaan Sukan Olimpik kuno

ini mula mendapat perhatian ramai. Ia diadakah empat tahun sekali dan terus berlangsung

sehinga tahun 397 sebelum Masihi. Tetapi ia terus dimatikan oleh Maharaja Rom, Theodosius.

Walaupun tiada pertandingan khusus untuk olahraga selepas itu, manusia tetap meneruskan

aktiviti berlari, melompat dan membaling. Tempoh lenyap dari sebarang pertandingan ini tidak

melibatkan negara-negara lain. Ini kerana negara lain meneruskan pertandingan . Ini berlarustan

sehingga abad ke 17.

Di England, Sukan Olaraga berjaya dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst yang

telah mengadakan temasya sukannya pada tahun 1812. Lima tahun kemudian, kelab olaraga

pertama dunia ditubuhkan.Kelab itu ialah The Necton Guild. Selepas itu semakin banyak sekolah

di England turut mengambil bahagian dalam sukan ini. Pada tahun 1850, sebuah kelab olaraga

peringkat Universiti telah ditubuhkan oleh Oxford University, iaitu Exeter College Athletic Club

dan kelab ini masih wujud hingga sekarang.

Tahun-tahun 1860-an merupakan tahun-tahun perkembangan olahraga di England. Kejohanan

olahraga berbentuk terbuka mula diadakan. Pada masa yang sama olahraga diperkenalkan di

Kanada dan Amerika Syarikat. Kejohanan olahraga kebangsaan pertama di dunia diadakan pada

tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club di England dengan Ireland.

Kedatangan olahraga ke Amerika Syarikat telah mendapat sambutan menggalakkan dari negara

itu. Menjelang abad ke-20, ramai ahli olahraga Amerika Syarikat yang menunjukkan peningkatan

yang membanggakan sehingga mampu menguasai banyak pertandingan. Walaupun rekod-rekod

dunia pada ketika itu tidak diikhtiraf oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa sehingga

tahun 1913, namun daripada senarai pemenang pada awal abad ke 20 menunjukkan

sebahagiannya. dikuasai oleh Amerika Syarikat.

Dari tahun ke setahun, sukan olahraga telah benyak berkembang ke beberapa buah negara dan

bilangan negara yang berjaya menghasilkan atlet bertaraf dunia turut meningkat. Bagaimana

pun prestasi yang ditunjukan oleh atlit-atlit Amerika Syarikat masih tidak tergugat. Kemunculan

peserta-pesertanya daripada keturunan Negro terus meningkatkan prestasi dan kejayaan atlet-

atlet Amerika Syarikat ini.

Atlet-atlet dari negara -negara Eropah turut mencatat kejayaan khususnya dalam sukan Olimpik

yang merupakan perjumpaan sukan tidak rasmi yang menjadi ukuran kepada peserta-peserta

Amerika Syarikat dan Eropah. Begitu juga dengan atlet-atlet Amerika Syarikat dari Austarlia dan

New Zealand, yang turut memberikan cabaran kepada peserta-peserta Amerika Syarikat dan

Eropah. Pada peringkat ini, peserta-peserta dari Afrika dan Asia gagal memberikan saingan

kepada atlet-atlet Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan New Zealand.

Selepas tahun-tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari Afrika dan Asia yang mampu

memberikan saingan, walaupun kejayaan yang mereka capai masih belum memberansangkan.

Tetapi kini atlet-atlet Afrika dan Asia sudah mampu menyaingi malah mengatasi penguasan

atlet-atlet Amerika Syarikat dan Eropah, khusunya dalam sukan Olimpik.

Sambutan penduduk dunia terhadap sukan olahraga terus meningkat. Pelbagai kejohanan dan

perjumpaan telah diadakan sama ada peringkat kawasan, kebangsaan ataupun di peringkat yang

lebih kecil. Malaysia juga tidak ketinggalan. Sejak tahun 1926, kejohanan kebangsaan telah

diadakan .

Daripada kejohanan inilah wakil-wakil negara dipilih untuk mengambil bahagian dalam

perjumpaan sukan atau olahraga di pelbagai peringkat antarabangsa. Walaupun kejayaan di

peringkat Oimpik masih belum dicapai oleh atlet negara kita, namun di peringkat yang lebih kecil

seperti sukan Asia ataupun sukan Komanwel, kita pernah mencapai kejayaan.

Penubuhan persatuan-persatuan olaraga di sesebuah negara telah memberi kesempatan

kepada negara-negara tersebut untuk mengambil bahagian dalam kejohanan atau perjumpaan

sukan olaraga yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau pesatuan yang bergabung di dalam

Sukan Olimpik.

Apabila Sukan Olimpik Moden pertama diadakan pada tahun 1896 di Greece (tempat kelahiran

Sukan Olimpik Kuno), olaraga telah menjadi acara wajib. Malah olahragalah yang menjadikan

Olimpik sebagai sukan sebena. Tanpa olahraga, tidak mungkin sukan Olimpik menjadi begitu

meriah, malah mungkin juga Oimpik tidak dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur

Antarabangsa yang bergabung dibawah Majlis Olimpik Antarabangsa. Orang yang

bertangungjawab untuk menghidupkan Sukan Olimpik ialah Baron Pierre de Coubertin. Pada

Sukan Olimpik yang pertama seramai 295 orang peserta telah mengambil bahagian. Daripada

jumlah, 214 orang adalah peserta tuan rumah, manakala bakinya adalah peserta luar. Olaraga

merupakan acara yang pertama dipertandingkan.

Selepas daripada itu, Sukan Olimpik kian berpengaruh. Pada Sukan Olimpik yang diadakan di

Barcelona 1992 dimana seramai 135 negara telah mengambil bahagian termasuk Malaysia.

Cogan kata Sukan Olimpik ialah ' Perkara yang penting di dalam sukan bukanlah kemenangan,

tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting di dalam hidup ialah berusaha'.

Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik tahun 1959 di Melboune, iaitu di

dalam empat acara sukan iaitu Hoki, olahraga, angkat berat dan renang. Bermula dari tahun itu

Malaysia tidak pernah gagal untuk turut serta kecuali pada tahun 1980, kerana membantah

tindakan Rusia (yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun itu) kerana menceroboh

Afghanistan. Selain Malaysia terdapat lebih kurang 68 negara lain, termasuk Amerika Syarikat

yang tidak turut serta.

Hingga kini kita masih belum memenangi sebarang pingat selain daripada satu pingat gangsa

yang dimenangi oleh pasangan badminton negara di Barcelona pada tahun 1992. Acara olahraga

yang sering mempunyai wakil, belum pernah mencatat sebarang kejayaan atau prestasi

membanggakan. Bagaimanapun semangat Olimpik dan kesukanan serta persahabatan

merupakan faktor kepada penyertaan kebanyakan negara, termasuklah Malaysia.

Perubahan konsep Olimpik sejak Sukan Olimpik tahun 1984 di Los Angelas, iaitu dengan

menswastakan menerusi penajaan yang melibatkan wang berjuta-juta ringgit telah

memeriahkan lagi sukan ini. Begitu jugalah penyertaan ahli-ahli sukan profesional ke dalam

sukan ini, walaupun mendapat tentangan, namun telah meningkatkan kemeriahan dan prestasi

ahli-ahli sukan yang terlibat.

Organisasi badan tertinggi yang bertanggungjawab keatas setiap aktiviti dan kejohanan olahraga

di dunia ialah Persekutuan Olaraga Amatur Antarabangsa (International Amateur Athletic

Federation = IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912. Setiap negara dunia boleh bergabung di

dalam persekutuan ini iaitu menerusi persatuan negara msing-masing ini termasuklah negara

kita.

Setiap kejohanan peringkat antarabangsa dianjurkan sama ada oleh IAAF ataupun mendapat

kebenaran daripadanya. Kini, oleh kerana kebanyakan atlet terkenal di dunia telah digolongkan

sebagai olahragawan profesional, maka skop, peranan dan fungsi badan dunia ini sedikit terjejas.

Bagaimanapun ia masih merupakan satu-satunya persekutuan yang mengikhtiraf sebarang

rekod atau pencapaian yang dicapai oleh eseorang atlet.

Untuk menganjurkan sesuatu kejohanan sukan utama dunia seperti Sukan Olimpik, Sukan

Komanwel, Sukan Asia dan seumpamanya, terdapat pula badan lain yang bertanggungjawab

khusus untuk sukan-sukan. Umpamanya, untuk Sukan Olimpik terdapat Majlis Olimpik

Antarabangsa, Sukan Komanwel pula terdapat Majlis Sukannya sendiri. Dengan demikian IAAF

berperanan sebagai badan penasihat dan pengikhtiraf semua perjumpaan sukan terbesar ini.

Sebagai badan sukan olahraga tertinggi dunia, IAAF bertanggungjawab dalam mengeluarkan

peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan bidang sukan ini.

Bagi menganjurkan sesuatu perjumpaan olahraga, sebuah jawatankuasa khas biasanya dibentuk,

yang terdiri daripada pelbagai bidang individu. Mereka ini menguruskan segala perancangan,

persediaan, penajaan dan sebagainya. Malah dalam kejohanan olahraga sekolah pun persediaan

yang diadakan melibatkan kakitangan sekolah serta sebahagian besar murid.

Olahraga Wanita

Sejarah olahraga wanita tidaklah seawal atau semudah apa yang berlaku kepada kaum lelaki.

Pada peringkat awal perkembangan olahraga dunia, wanita bukan sahaja dilarang mengambil

bahagian, malahan menonton juga tidak dibenarkan, termasuklah Sukan Olimpik Kuno yang

diwujudkan pada zaman sebelum masihi lagi. Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini,

kaum wanita telah mengadakan kejohanan olahraganya sendiri.

Sukan yang dikenal sebagai Sukan Haraea ini telah diadakan pada tahun-tahun sebelum masihi,

tetapi agak lewat daripada tarikh sukan untuk lelaki. Walaupun semasa olahraga sudah

berkembang kekebanyakan negara Eropah, termasuk ke England, Persatuan Olahraga Amatur

England masih tidak mahu menguruskan sukan ini untuk kaum wanita.

Menyedari peryertaan para olahragawati juga perlu untuk sukan-sukan utama dunia, maka pada

tahun 1921 ditubuhkan persatuan olahraga khusus untuk wanita diperingkat dunia iaitu

Federation Sportive Feminine International. Tujuan utama penubuhan ketika itu ialah untuk

mencadangkan agar Sukan Olimpik tahun 1924 dibuka untuk kaum wanita. Namun untuk Sukan

Olimpik pada tahun itu, Majlis Olimpik Antarabangsa menolaknya. Dalam Sukan Olimpik tahun

1928, barulah diadakan acara olahraga untuk wanita. Sejak itu penyertaan peserta-perta wanita

dalam Sukan Olpimpik tidak pernah dilupai.

OLAHRAGA

Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu :

1. Acara balapan

2. Acara-acara padang

Acara Balapan

Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang ditandakan.

Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi sebenarnya ia dijalankan

di jalan raya dan jarang di trek. Acara-acara balapan termasuklah lari pecut, lari berganti-ganti,

lari berpagar, steeplechase, lari jarak sedarhana dan jauh dan berjalan kaki.

Acara balapan ialah :-

1. Lari Pecut

a) 100 meter

b) 200 meter

c) 400 meter

2. Lari berganti-ganti

a) 4 x 100 meter

b) 4 x 200

c) 4 x 400

3. Lari berpagar

a) 100 meter wanita

b) 110 meter lelaki

c) 400 meter

4. Steeplechase

a) 3,000 meter

5. Lari jarak sedarhana dan jauh

a) 800 meter

b) 1,500 meter

c) 3000 meter

d) 5000 meter

e) 10,000 meter

6. Berjalan kaki

a) 20 km

b) 50 km

Acara-acara Padang

1. Acara lompatan

2. Acara balingan

Terdapat dua jenis acara lompatan:

a) untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalah

b) untuk jarak jauh iaitu acara lompt jauh dan lompat kijang.

1. Acara Balingan :

a) lempar cakera

b) rejam lembing

c) lempar tukul

d) lontar peluru.

Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara - acara lain yang

dipertandingkan dalam temasya olahraga :

a) Decathlon

b) Penthathlon

c) Marathon

d) Merentas desa

Decathlon

Ini merupakan pertandingan selama dua hari untuk atlet lelaki di mana atlet-atlet dikehendaki

bertanding dalam acara-acara berikut :

1. lari 100 meter

2. lompat jauh

3. lontar peluru Hari pertama

4. lompat tinggi

5. lari 400 meter

6. 110 meter lari berpagar

7. lemper cakera

8. lompat bergalah Hari kedua

9. merejam lembing

10. lari 1500 meter

Pentathlon

Acara yang dikhaskan untuk peserta wanita sahaja; Antaranya

1) lari berpagar 100 meter

2) ontar peluru

3) lompat tinggi

4) lompat jauh

5) acara 800 meter.

Marathon

Marathon ialah suatu acara larian yang terjauh sekali dipertandingkan. Jarak yang terpanjang

ialah 42.195 km (26 batu, 358 ela) Permulaan dan penamat acara ini biasanya di lakukan di

arena, tetapi perjalanan laluan keseluruhan dijalankan di atas jalan raya.

Merentas desa

Acara merentas desa adalah satu acara dimana individu dan pasukan berlari mengikut laluan

melalui desa. Pelari-pelari boleh bertanding secara individu atau dalam pasukan. Satu larian

boleh mengandungi kedua-dua jenis pertandingan.

Jarak yang dipertandingkan ditetapkan oleh pihak pengelola iaitu antara 2-5 km, atau 14.5 km.

Untuk memastikan skor pasukan, selepas larian perlumbaan, kedudukan ahli-ahli setiap pasukan

akan dikira dan dijumlahkan. Pasukan yang mendapat jumlah terbaik akan diistiharkan sebagai

pemenang. Jikalau berlaku seri, pelari akhir dari pasukan yang mendahului pelari-pelari terakhir

pasukan lain akan diberikan kedudukan yang lebih tinggi.

Kadang kala acara-acara olahraga juga dikumpulkan dalam satu kumpulan seperti :

1) Lari pecut

a) 100 meter

b) 200 meter

c) 400 meter

d) 4 x 100 meter lari berganti-ganti

e) 4 x 200 meter

f) 4 x 400 meter

2) Lari Berpagar

a) 100 meter lari berpagar

b) 110 meter lari berpagar

c) 400 meter lari berpagar.

3) Jarak sedarhana

a) 800 meter

b) 1500 meter

c) 3000 meter

d) 5000 meter

4) Jarak jauh

a) 10 000 meter

b) Marathon

c) Merentas desa

5) Berjalan kaki

a) 20 km

b) 50 km

6) Lompatan

a) lompat jauh

b) lompat tinggi

c) lompat kijang

d) lompat bergalah

7) Balingan

a) lontar peluru

b) lempar cekera

c) rejam lembing

d) lempar tukul

8) Acara beraneka

a) Decathlon

b) Pentathlon

http://olahragaardt.blogspot.com/

http://anakjelapang10.blogspot.com/2010/02/sejarah-sukan-olahraga.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Olahraga

SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA

Sukan olahraga dipertandingkan secara teratur dan formal pada tahun 1906.

Pada tahun itu, Perak Athletics Association (PAA) ditubuhkan di Taiping, Perak, oleh

pegawai-pagawai British yang bertugas di Malaya. Kejohanan olahraga yang pertama di

Malaysia di adakan pada tahun yang sama di Padang Ipoh. Selama lima puluh tahun

kejohanan peringkat kebangsaaan dikelolakan di atas padang rumput dan Padang Ipoh

dianggap padang yang terbaik di Malaya.

Pada tahun 1932, Stadium Bandaraya Pulau Pinang mula dibina, yang

menjadikannya stadium yang pertama di negara kita. Walau bagaimanapun trek bitumen

hanya wujud pada tahun 1957 di stadium tersebut.

Malaya mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga di peringkat

antarabangsa pada kali pertama dalam pertandingan Empire’s Games di Cardiff, Great

Britain pada tahun 1948. Empire’s Games ditukarkan menjadi Commonwealth Games

atau Sukan Komanwel apabila kebanyakan negara yang di bawah jajahan Great Britain

mencapai kemerdekaan, temasuklah negara kita pada tahun 1957. Negara kita

menyertai acara olahraga di Kejohanan Sukan Olimpik buat kali pertama pada tahun

1956 di Melbourne, Australia. Kita juga mengambil bahagian dalam acara olahraga buat

kali pertama di Sukan Asia ke-4 di Jakarta pada tahun 1962.

Malaysia telah menganjurkan beberapa kejohanan besar di peringkat

antarabangsa. Selain daripada Sukan SEA atau asalnya dipanggil Sukan SEAP,

Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang Asia pada tahun 1991.

Kemuncak penglibatan Malaysia dalam arena olahraga ialah semasa kita menjadi tuan

rumah Sukan Komanwel 1998 yang melibatkan ramai jaguh antarabangsa bertanding.

Di peringkat sekolah, kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah

Malaysia telah menganjurkan kejohanan olahraga yang pertama pada tahun 1958, iaitu

pada tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia ditubuhkan. Semenjak itu,

kejohanan olahraga MSSM diadakan pada setiap tahun secara bergilir-gilir antara

semua negeri di Malaysia.

http://balapanpadangmssns.blogspot.com/2011/06/sejarah-olahraga-di-malaysia.html

SEJARAH OLAHRAGA (History of Sport)

Sejarah olahraga dapat mengajarkan kepada kita arti mengenai perubahan masyarakat dan

mengenai olahraga itu sendiri.

Olahraga sepertinya melibatkan kemampuan dasar manusia yang dikembangkan dan

dilatih untuk kepentingannya sendiri, yang sejalan dengan dilatih demi kegunaannya. Ini

menunjukkan bahwa olahraga itu mungkin sama tuanya dengan keberadaan manusia itu

sendiri, yang memiliki tujuan, dan adalah cara yang berguna untuk meningkatkan

kemampuan mereka dalam menaklukkan alam dan lingkungan.

Namun, jika kita melihat jauh ke belakang bukti-bukti yang makin sedikit kurang

mendukung.

Isi [tutup] 1. Pra-Sejarah 2. Cina Kuno 3. Mesir Kuno 4. Yunani Kuno 5. Eropa dan

perkembangan global

Prasejarah

Banyak penemuan modern di Perancis, Afrika dan Australia pada lukisan gua (lihat

seperti Lascaux) dari jaman prasejarah yang memberikan bukti kebiasaan upacara ritual.

Beberapa dari bukti ini berasal dari 30.000 tahun yang lampau, berdasarkan perhitungan

penanggalan karbon. Lukisan/Gambar-gambar jaman batu ditemukan di padang pasir

Libya menampilkan beberapa aktivitas, renang dan memanah. [1]

(http://www.fjexpeditions.com/) Seni lukis itu sendiri adalah merupakan bukti pada

ketertarikan pada keahlian yang tidak ada hubungannya dengan kemampuan untuk

bertahan hidup, dan adalah bukti bahwa ada waktu luang untuk dinikmati. Ini juga

membuktikan aktivitas non-fungsi lain seperti ritual dan sebagainya. Jadi, meskipun

sedikit bukti yang secara langsung mengenai olahraga dari sumber-sumber ini, cukup

beralasan untuk menyimpulkan bahwa ada beberapa aktivitas pada waktu itu yang

berkenaan dengan olahraga.

Kapten Cook, saat ia pertama kali datang ke Kepulauan Hawaii, pada tahun 1778,

melaporkan bahwa penduduk asli berselancar. Masyarakat Indian Amerika asli

bergabung dalam permainan-permainan dan olahraga sebelum kedatangan orang-orang

Eropa, seperti lacrosse, beberapa jenis permainan bola, lari, dan aktivitas atletik lainnya.

Suku Maya dan Aztec yang berbudaya memainkan permainan bola dengan serius.

Lapangan yang digunakan dahulu masih digunakan sampai sekarang.