sejarah ibnu thufail

37
ISI KANDUNGAN BIL. TAJUK MUKA SURAT 1 PENDAHULUAN 2-3 2 BIODATA 4-5 3 SEJARAH MENUNTUT ILMU 6-8 4 KITAB-KITAB KARANGAN 9-11 5 ALIRAN PEMIKIRAN 12-19 6 SUMBANGAN 20-21 7 LAMPIRAN 22 8 PENUTUP 23 9 RUJUKAN 24 1

Transcript of sejarah ibnu thufail

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN 2-3

2 BIODATA 4-5

3 SEJARAH MENUNTUT ILMU 6-8

4 KITAB-KITAB KARANGAN 9-11

5 ALIRAN PEMIKIRAN 12-19

6 SUMBANGAN 20-21

7 LAMPIRAN 22

8 PENUTUP 23

9 RUJUKAN 24

1

PENDAHULUAN

Tamadun Islam melahirkan banyak ahli falsafah yang

terkenal. Namun entah mengapa falsafah dan kesusateraan Islam

tetap dianggap satu kelompok yang hilang dalam sejarah

pemikiran manusia. Tidaklah hairan jika dalam kajian sejarah

pemikiran, dunia lebih mengenal tokoh-tokoh yang berasal dari

Yunani dan Barat berbanding tokoh Islam.

Walaupun para Ulama’ Is;am yang merupakan ahli dalam

bidang pemikiran dan kebudayaan seperti al-Ghazali, Ibnu

Thufail, al-Kindi, al-Farabi, dan Ibn Sina dianggap handal,

namun mereka tidak mendapat tempat yang sewajarnya berbanding

dengan tokoh Yunani seperti Plato dan Aristotle. Hal ini

kerana beberapa Ulama’ dan sarjana kita seolah-oleah kurang

berminat untuk mengakaji dan mengulas karya-karya Ulama’ dan

cendikiawan muslim terdahulu yang karya mereka sememangnya

merupakan sesuatu yang tiada tolok tandingannya. Di antara

pencapaian yang telah mereka perolehi adalah dalam aspek

pemikiran dan falsafah dan tasawwuf yang merupakan rantai yang

paling kuat dalam segala rantai yang menghubungkan falsafah

Yunani , Timur dan Latin Barat, pencapaian mereka semakin

kukuh dan diiktiraf terutama dalam sumbangan mereka yang telah

Berjaya melakukan cubaan untuk mengkompromikan antara wahyu,

akal dan naluri serta agama dan ilmu pengetahuan. 2

Ibnu Thufail merupakan seorang tokoh dan ahli falsafah

muslim Neo-Platonis Sepanyol yang telah mencapai keaslian

karya sedemikian rupa yang hidup pada masa pemerintahan

dinasti Al-Muwahidin. Ibnu Thufail memberikan gambaran tentang

sebuah kehidupan sosial yang mengubah cara situasi fikiran

dari ketiadaan pancaindera menuju kepada pengasingan budaya.

Tujuan utama Ibnu Thufail adalah untuk menunjukkan apa yang

boleh didapati oleh kecerdikan manusia tanpa adanya bantuan

daripada pihak di luar dirinya yang bersifat ketuhanan, yang

menanamkan pengetahuan dan penerimaan mengenai idea-idea dan

kecenderungan untuk melakukan carian secara aktif seperti yang

telah ditegaskan al-Ghazali terhadap dirinya sendiri dan apa

yang telah dikatakan oleh Aristotle di dalam bukunya,

Metaphysics dengan kata-kata : “seluruh manusia secara naluri

ingin mencari tahu”.

Pengetahuan yang dimiliki manusia melalui pengamatan

terhadap alam sekitar merupakan salah satu bentuk pengetahuan

yang ditekankan dan diakui oleh al-Qur’an dalam rangka

menacari kebenaran. Allah S.W.T berfirman dalam surah al-

Baqarah ayat 164 :

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pertukaran

malam dan siang, bahtera yang berlayar di lautan membawa apa

yang berguna bagi manusia, dan apa yang diturunkan dari langit

berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati

(kering) nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan,

3

dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit

dan bumi; sunggug (terdapat) tanda-tanda (kekuasaan) Allah

bagi kaum yang berfikir”.

Maka tidak ada keraguan lagi, bahawa maksud langsung dari

al-Qur’an dengan pemerhatian yang teliti tentang alam itu

ialah untuk membangkitkan kesedaran tentang segala sesuatu

yang ada di alam itu dipandang sebagai satu lambing dari

kekuasaan-Nya. Hal ini sesuai dengan intipati serta tujuan

Ibnu Thufail dalam buku karangannya, Hayy Ibnu Yaqzan.

Ibnu Thufail berada di suatu tahap yang ajaib dalam

ilmunya, yakni berada dalam tahap mistik yang penuh

kegembiraan. Beberapa orang menggapnya sebagai orang panties

iaitu orang yang menganggap tidak ada beza lagi antara dirinya

dengan Tuhan. Anggapan ini ternyata salah. Ia sebernarnya

hanya seperti juga al-Ghazali, merasa telah mencapai tahap

marifat yang tinggi seperti katanya : “Terjadilah sesuatu yang

tidak akan disebutkan akan tetapi sangkalah dia sebagai suatu

kebaikan juga, dan jangan Tanya tentang beritanya”.

4

BIODATA

Abu Bakar bin Abdullah Malik bin Muhammad bin Thufail Al-

Qadisi Al-Andalusi. Orang Barat biasa memanggil dengan

sebutan “Abubacer”. Beliau lahir pada dekad pertama abad ke-6

Hijrah / 1106 Masihi di Guandix, sebuah kota kecil di Sepanyol

kira-kira 60km utara Granada dan termasuk dari suku Arab

Qais.Setelah dewasa, Ibnu Thufail berguru dengan Ibnu Bajjah,

seorang ilmuwan besar besar yang memiliki banyak keahlian. Di

bawah bimbingan Ibnu Bajjah yang mempunyai banyak ilmu, Ibnu

Thufail berkembang menjadi seorang ilmuwan besar. Beliau

adalah seorang ahli falsafah, doktor, novelis, ahli agama, dan

penulis. Beliau menguasai ilmu hukum dan ilmu pendidikan serta

termasyhur sebagai seorang ahli politik ulung sekaligus ahli

falsafah Muslim kedua terpenting (setelah Ibnu Bajjah) di

Barat.

Awalnya beliau adalah seorang ahli dalam bidang

kedoktoran dan menjadi terkenal dalam bidang tersebut.

Kemudian beliau dipindah menjadi setiausaha peribadi Gabenor

Granada. Kemudian beliau dipindah menjadi setiausaha peribadi

Gabenor Ceuta. Nama beliau terkenal sehingga beliau diangkat

oleh Abu Ya’qub Yususf Al-Manshur,khalifah daulah

Muwahhidin,menjadi doktor peribadi sekaligus sebagai wazir

khalifah. Khalifah juga meminta Ibnu Thufail untuk

menghuraikan buku-buku Aristoteles.

5

Kemudian beliau mengajukan Ibnu Rusyd,salah seorang

muridnya untuk memenuhi tugas tersebut. Ibnu Thufail juga

dipercayai oleh Sultan Dinasti Muwahhidun untuk menduduki

jabatan menteri hingga menjadi gabenor untuk wilayah Sabtah

dan Tohjah di Maghribi. Ketika usia beliau sudah lanjut,

beliau meminta berhenti dari jabatnnya. Meskipun sudah bebas

dari jabatan tapi penghargaan Abu Ya’kub masih seperti dulu

bahkan setelah khalifah Abu Ya’kub meninggal dan diganti oleh

puteranya Abu Yusuf Al-Mansyur, penghargaan tersebut masih

diterima oleh Ibnu Thufail. Walaupun banyak menulis buku, Ibnu

Thufail berusaha menerangkan bagaimana manusia mempunyai

potensi untuk mengenal Allah dengan membuat penelitian

terhadap alam sekitar dan sekelilingnya.

Di dalam buku Hayy ibn Yaqzan, Ibnu Thufail cuba merangka

satu sistem falsafah berdasarkan perkembangan pemikiran yang

ada pada diri manusia, akal dan Tuhan. Untuk itu, beliau telah

menggunakan watak Hayibn Yaqzan yang hidup di sebuah pulau di

Khatulistiwa sebagai gambaran percampuran empat unsur penting

dalam kehidupan iaitu panas, sejuk, kering dan basah dengan

tanah. Watak itu hidup terpencil dan dapat mempertahankan

kelangsungan hidupnya dengan pimpinan akal dan bantuan

pancaindera. Langkah Ibnu Thufail melihat alam ini sebagai

baru dan ditadbir oleh Tuhan yang satu dan berkuasa penuh

sementara dalam diri manusia pula terdapat roh yang menjadi

sumber dan asas kehidupan mereka di muka bumi ini.

Falsafah Ibnu Thufail bukan sekadar menyentuh perkara

yang berkaitan dengan metafizik tetapi juga sains tabi’i

seperti fizik di mana beliau mendapati lapisan udara yang6

tinggi lebih sejuk dan nipis daripada lapisan yang rendah. Hal

ini disebabkan kepanasan berlaku di permukaan bumi bukannya di

ruang dan lapisan udara. Meskipun pandangan itu dianggap

sebagai satu perkara yang biasa pada hari ini, pandangan ini

sebenarnya telah menyediakan landasan kepada ahli sains untuk

melakukan kajian terhadap kepanasan dan segala fenomena yang

berkaitan dengannya.

Pemikiran falsafah Ibnu Thufail juga meliputi perkara

yang berhubung dengan masyarakat apabila beliau menyifatkan

masyarakat terdiri daripada sebahagian besar anggota-anggota

yang malas. Lantaran itu,mereka mudah terpengaruh dan terikut-

ikut dengan nilai yang sedia ada tanpa mahu membahaskannya.

Ibnu Thufail seorang yang berpegang kepada logik dalam

mengungkap realiti alam dan kehidupan manusia. Beliau

menghembuskan nafas terakhir pada 1185 Masihi.

7

SEJARAH MENUNTUT ILMU

Ketika umat Islam di Sepanyol sedang berhadapan dengan

serangan orang-orang Kristian yang ingin merampas kembali

Sepanyol terutamanya beberapa buah kota dan bandar yang masih

diperintah oleh Kerajaan Islam, lahirlah Kerajaan Murabitun di

Moroko dengan pengasasnya bernama Sultan Yusuf Ibnu Tasyfin.

Sultan Yusuf telah menyerang dan merampas kembali beberapa

wilayah di Sepanyol daripada kekuasaan raja-raja Kristian.

Apabila Kerajaan Murabitun tumbang, maka tertubuhlah pula

Kerajaan Muwahhidun, yang diasaskan oleh Muhammad bin Tumart

pada tahun 1121.

Muhammad bin Tumart kemudian digantikan oleh Khalifah Abu

Yaqub Yusuf (1163-1184) dan kemudiannya oleh Khalifah Abu

Yusuf Yaqub (1184-1194). Ketika ini, Kerajaan Muwahhidun

dianggap berada pada kemuncaknya. Ibnu Thufail, salah seorang

saintis dan sasterawan yang muncul pada zaman ini. Beliau

pernah menjadi doktor peribadi kepada Khalifah Abu Yusuf Yaqub

dan meninggal dunia selepas setahun Khalifah Abu Yusuf Yaqub

menaiki tahta kerajaan.

Guadix iaitu tempat kelahiran Ibnu Tuhfail terletak

berhampiran dengan Granada. Ketika itu Granada terletak di

bawah pemerintahan Kerajaan Al-Muwahhidun, yang berpusat di

Moroko. Ibnu Thufail menuntut ilmu dengan Ibnu Bajah. Ketika

itu, Ibnu Bajah memang terkenal sebagai seorang cerdik pandai

Islam yang dihormati. Ibnu Thufail telah bekerja di istana

Kerajaan Abu Yaqub Yusuf sebagai Setiausaha Kerajaan. Beliau

8

kemudiannya telah dilantik swebagai menteri di Kerajaan Al-

Muwahhidun. Ibnu Thufail dengan kedudukan beliau yang begitu

rapat dengan Khalifah Abu Yaqub Yusuf, telah memperkenalkan

Ibnu Rusyd kepada baginda. Baginda yang begitu kagum dengan

ilmu yang dimiliki oleh Ibnu Rusyd telah melantik beliau

sebagai kadi.1

Apabila Khalifah Yusuf Yaqub balik ke Moroko dan menjadi

pemerintah di sana, Ibnu Thufail telah ikut serta. Ketika ini,

beliau bukan sahaja bertugas sebagai seorang menteri tetapi

juga dilantik menjadi doktor peribadi baginda. Ada ahli

sejarah mengatakan bahawa beliau pernah dilantik menjadi

Gabenor untuk wilayah Sabtah dan Tonjah di Maghribi. Walaupun

memegang jawatan yang besar dan berpengaruh, Ibnu Thufail

tidak memisahkan diri beliau daripada kegiatan-kegiatan

keilmuan. Beliau tetap meluangkan masa dengan membaca dan

menulis. Salah sebuah hasil karya beliau yang terkenal ialah

sebuah novel yang berjudul ‘Hayy Ibnu Yaqzan’.

Ibnu Thufail dikenali sebagai seorang ahli falsafah dan

juga ahli perubatan. Menurut Ibnu Thufail, adalah wajib bagi

manusia berterima kasih kepada Tuhan. Tambah beliau lagi,

manusia wajib berbuat baik dan menjauhi perbuatan jahat. Dalam

hal-hal seperti ini, wahyu diturunkan kepada manusia untuk

memperkuatkan akal. Wahyu yang tersebut melalui ilham atau

dalam bentuk ilham iaitu Allah mencampakkan ke dalam hati

Rasul-Nya dalam bentuk ilmu dan pengetahuan yang benar. Begitu

juga dengan wahyu yang diturunkan dalam bentuk mimpi-mimpi1 25 Cendikiawan Islam, Shafie Abdul Rahman, Cetakan Pertama 2011, Percetakan Zafar Sd. Bhd., halaman 171-173

9

para Nabi dan Rasul yang benar. Contohnya Nabi Ibrahim

bermimpi menyembelih anaknya Ismail.2

Sebagaimana firman Allah:

Terjemahannya: 102. Maka ketika Anaknya itu sampai (ke

peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama

dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku!

Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan

menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya

menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan

kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-

orang Yang sabar".3

Bagi beliau, walaupun seseorang itu terpencil di sebuah

pulau yang jauh dari masyarakat, ia akan dapat mencapai

kesempurnaan sehingga dia sanggup menerima pancaran ilmu dari

Tuhan. Ibnu Tufail telah menulis “PhilosophusAutodidactus”

yang dikenali di Barat sebagai sebuah karya yang besar dalam

bidang falsafah. Karya ini ditulis oleh beliau bagi menjawab

beberapa permasalahan falsafah yang diperkatakan oleh Imam Al-

Ghazali di dalam bukunya yang dikenali sebagai ‘The

Incoherence of the Philosophers”.

2 Pengantar Ulum Al-Quran, Dr. Rosmawati Ali, Percetakan Salam Sdn. Bhd., Tahun 2010, Halaman 61 dan 633 Surah Al-Saffat ayat 102

10

Ibnu Thufail seorang yang berpegang kepada logik dalam

mengungkap realiti alam dan kehidupan manusia.Barangkali

bertitik tolak daripada sikapnya itu, beliau tidak menyepi dan

mengasingkan diri seperti mana dilakukan oleh segelintir ahli

falsafah lain.Sebaliknya beliau bergiat dalam hal-hal yang

berkaitan dengan kemasyarakatan dan mengambil bahagian secara

aktif dalam urusan pemerintahan serta kenegaraan. Kegiatan ini

dilakukannya sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir pada

1185 Masihi.4

Selain itu, latar belakang sejarah dari Ibnu Thufail

memang sukar dijumpai, demikian juga berkaitan dengan guru-

gurunya dan perjalanan dalam mencari ilmu pengetahuan, dugaan

besar yang pernah beliau hadapi ketika belajar di

Secvillekarana kota tersebut merupakan pusat kegiatan keilmuan

terbesar di Andalus pada waktu itu. Ada yang mengatakan Ibnu

Thufail mempelajari ilmu kedoktoran di Granada dan ada pula

yang mengatakan beliau belajar dari Ibnu Majjah, tetapi beliau

sendiri mengaku yang beliau tidak pernah berjumpa dengan

filosof itu.5

4http://tokoh.blogspot.com/2005/11/ibnu-tufail-pakar-ilmu-hukum-perubatan.html5http://filsafatcoy.blogspot.com/2013/05/ibnu-tufail.html

11

KITAB-KITAB KARANGAN

Ibnu Thufail lebih menggemari merenung daripada

kecenderungan untuk menulis. Disebebkan itu tidak hairan jika

hasil karyanya sedikit yang ditinggalkan untuk generasi

seterusnya. Namun beberapa buku biografi menebutkan bahawa

beliau sempat menulis sejumlah buku dalam beberapa bidang

iaitu bidang falsafah, fizik, kejiwaan dan kedoktoran.

Abdul Wahid al-Marakasy meriwayatkan, Ibnu Thufail telah

meriwayatkan buku yang banyak yang telah ditulis dengan

tangannya sendiri dalam falsafah, kejiwaan dan syair-syair.

Miguel Casiri menyebutkan dua karya yang masih ada iaitu

Risalah Hayy Ibnu Yaqzan dan Naskhah Asrar al-Hikmah al-

Mashriqiyyah.

Menurut Ibnu Khatib pula terdapat dua buku dalam bidang

perubatan yang dikatakan merupakan karya Ibnu Thufail, yang

ditulis oleh dua orang muridnya yang dipersembahkan kepada

Ibnu Thufail. Kedua-dua kitab tersebut berjudul Kitab al-

12

Hai’ah oleh Al-Batruji dan Fi al-Buqa’ al-Maskunah Wa al-Ghair

al-Maskunah oleh Ibnu Rushd.

Ketika membahaskan tentang latar belakang Ibnu Rushd,

Ibnu Abi Ushaibia’ah menyebutkan bahawa nama kitab karya Ibnu

Thufail adalah Fi al-Buqa’ al-Maskunah Wa al-Ghair al-

Maskunah. Ibnu Rushd juga berkata dalam bukunya Ilahiyyat

(Teologi) buku ke-12, bahawa Ibnu Thbufail memiliki pemikiran

yang sangat hebat dan mendalam.

Abu Ishak al-Batruji dalam salah satu risalahnya tentang

ilmu falak menyebutkan bahawa Ibnu Thufail mempunyai pandangan

tentang ilmu falak yang sangat sesuai untuk mengatasi

permasalahan dan memahami pandangan-pandangan Batlimus tentang

falak.

Walaupun Ibnu Thufail dikatakan telah menulis banyak buku

tetapi hanya sebuah kitab sahaja yang diwariskan kepada

generasi umat Islam hari ini. Kitab itu ialah Hayy Ibnu

Yaqzan. Sebenarnya judul buku falsafah ini sangat panjang

iaitu Hayyu Ibnu Yaqzan Fi Asraril Hikmah al-Masyriqiyyah,

Istakhlasha-Min Durari Jawahiri al-Fadhilur-Ra’is Abi’ Ali

Ibnu Sina al-Imam al-Failasuf al-Kamil al-‘Arif Abi Jaafar

Muhammad bin Tufail.

Buku falsafah Hayy Ibnu Yaqzan yang ditulisnya

diterjemahkan oleh Edward Pocoke ke dalam Bahasa Latin,

Philosophus Autodidactus, pertama kali diedar di Barat pada

tahun 1671. Terjemahan ke dalam bahasa Inggeris pertama kali

pula ditulis oleh Simon Ockley dan diterbitkan pada tahun

13

1708. Novelnya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan

Inggeris.

Novel terjemahan tersebut kemudiannya mengaspirasikan

Daniel Defoe untuk menulis Robinson Crusoe, yang juga

menceritakan gurun pasir dan juga novel pertama dalam bahasa

Inggeris. Novel ini juga terinspirasi dari konsep Tabula Rasa

yang dikembangkan dalam An Essay mengenai Human Understanding

oleh John Locke, seorang mahasiswa Pococke.

Hayy Ibnu Yaqzan yang bermaksud ‘Hidup Anak Kesadaran’,

dan di Barat dikenali sebagai Philosophus Autodidactus telah

ditulis di atas lembaran sejarah sebagai salah satu karya

paling berharga yang pernah ada dalam bidang falsafah.

Penulisan Ibnu Thufail yang menakjubkan ini juga disebut

menjadi lambing diri beliau iaitu “Oriental Wisdom”. Buku ini

diinspirasikan oleh Ibnu Sina (Avicennism) dan Suffism

menyebutkan beberapa karangan Ibnu Thufail yang berkait

tentang falsafah fizik, falsafah metafizik, kejiwaan dan

sebagainya. Tetapi hanya karya Hayy Ibnu Yaqzan yang sampai

kepada masyarakat kini.

Menerusi buku itu, Ibnu Thufail cuba merangka satu sistem

falsafah berdasarkan perkembangan pemikiran yang ada pada diri

manusia. Beliau berusaha mengungkap persoalan serta hubungan

antara manusia, akal, dan Tuhan. Untuk itu, beliau telah

menggunakan watak Hayibn Yaqzan yang hidup di sebuah pulau di

Khatulistiwa sebagai gambaran percampuran empat unsure penting

dalam kehidupan iaitu panas, sejuk, kering, dan basah dengan

tanah.

14

Watak itu hidup terpencil dan dapat mempertahankan

kelangsungan hidupnya dengan pimpinan akal dan bantuan

pancaindera. Langkah Ibnu Thufail menggunakan analogi watak

tersebut dalam bukunya dianggap sebagai suatu perkara yang

luar biasa dalam penulisan karya yang berbentuk falsafah.

Watak itu tidak pernah mengenali kedua-dua ibu bapanya.

Tetapi alam telah memberinya seekor kijang yang menyusu dan

memberinya makan. Setelah dewasa, dia mengarahkan pandangannya

terhadap perkara yang ada di sekelilingnya. Di sini dia mulai

membahaskan tentang kejadian dan rahsia perubahan yang berlaku

disekelilingnya. Pada anggapannya di sebalik alamnya terdapat

sebab-sebab yang tersembunyi yang mentadbir dan membentuknya.

Hayy bin Yaqzan selalu membahas dan menganalisa sesuatu

perkara sehingga dia mampu mengetahui bahawa kebahagian dan

kesengsaraan manusia itu bergantung kepada hubungannya dengan

Allah. Dengan watak "Hayy" itu, Ibnu Thufail berjaya membuat

huraian yang menarik sekaligus membantu untuk memahami

pemikiran falsafahnya.

Buku itu juga mengandungi pengamatan Ibn Thufail mengenai

ilmu metafizik, matematik, fizik, dan sebagainya. Ibnu Tufail

melihat alam ini sebagai baru dan ditadbir oleh Tuhan yang

satu dan berkuasa penuh. Dalam diri manusia pula terdapat roh

yang menjadi sumber dan asas kehidupan mereka di muka bumi

ini. Falsafah Ibnu Thufail bukan sekadar menyentuh perkara

yang berkaitan dengan metafizik tetapi juga sains tabii

seperti fizik. Ibnu Thufail mendapati bahawa lapisan udara

yang tinggi lebih sejuk dan nipis daripada lapisan yang

15

rendah. Hal ini disebabkan kepanasan berlaku di permukaan bumi

bukannya di ruang dan lapisan udara.

Beliau juga mendapati bahawa kepanasan boleh dihasilkan

melalui geselan, gerakan cahaya sama ada daripada api ataupun

matahari. Meskipun pandangan itu dianggap sebagai satu perkara

yang biasa pada hari ini tetapi pandangan ini sebenarnya telah

menyediakan landasan kepada ahli sains untuk melakukan kajian

terhadap kepanasan dan segala fenomena yang berkaitan

dengannya. Pemikiran falsafah Ibnu Thufail juga meliputi

perkara yang berhubung dengan masyarakat. Beliau menyifatkan

masyarakat terdiri daripada sebahagian besar anggota-anggota

yang malas. Lantaran itu, mereka mudah terpengaruhi dan

terikut-ikut dengan nilai yang sedia ada tanpa mahu

memperbahaskannya.

Ibnu Thufail hidup hampir sezaman dengan Ibnu Bajjah.

Maka sebab itu beliau mudah menerima pandangan falsafah Ibnu

Bajjah, al-Farabi, dan beberapa ahli falsafah Islam yang lain

dengan baik. Menurut sesetengah pengkaji dan pemikir, Ibnu

Thufail banyak dipengaruhi oleh falsafah Ibnu Bajjah

sebagaimana yang dapat diperhatikan pada pertengahan buku Hayy

bin Yaqzan yang banyak membawa saranan yang terdapat dalam

kitab al-Mutawwahid. Dalam buku itu, Ibnu Bajjah telah

melakukan pembelaan terhadap tulisan-tulisan al-Farabi dan

Ibnu Sina.

Namun begitu, Ibnu Thufail tidak menerima sarangan itu

bulat-bulat melainkan selepas dibahaskan secara kritis. Selain

16

itu beliau seorang yang berpegang kepada logik dalam

mengungkap realiti alam dan kehidupan manusia.

Barangkali bertitik tolak daripada sikapnya itu, beliau

tidak menyepi dan mengasingkan diri seperti mana yang

dilakukan oleh segelintir ahli falsafah lain. Sebaliknya

beliau bergiat dalam hal-hal yang berkaitan dengan

kemasyarakatan dan mengambil bahagian secara aktif dalam

urusan pemerintahan serta kenegaraan. Kegiatan ini

dilakukannya sehingga beliau menghembuskan nafas yang

terakhir.

ALIRAN PEMIKIRAN

Pemikiran dan hasil karya para tokoh Islam khususnya

dalam bidang falsafah tentunya sangat dipengaruhi oleh keadaan

sosial-budaya dan politik pada masanya, begitu juga masa-masa

sebelumnya. Kerana pemikiran merupakan produk budaya dari

sebuah masyarakat, di mana seseorang itu hidup, tumbuh dan

dibesarkan. Pada masa kuasa Umayyah, Abad pertengahan, Islam

pernah berjaya di Cordova Sepanyol, waktu itu Cordova menjadi

salah satu pusat peradaban dunia.

Budaya seni, sastera, falsafah dan ilmu pengetahuan

berkembang disana. Tokoh-tokoh besar Islam juga banyak yang

lahir di sana. Seperti Ibnu Bajjah, Ibnu Masarrah, Ibnu

'Arabi, Ibnu Hazm, asy-Syathibi dan sejumlah tokoh

lain. Mereka ini berjaya meletakkan falsafah sebagai kajian

yang berkembang disana. Seperti yang dikatakan Abed al-Jabiri,

17

para tokoh tersebut telah berjaya membina tradisi nalar kritis

yang ditegakkan di atas struktur berfikir demonstratif (nizham

al-aql al-burhani). Atau yang kemudian dikenal sebagai

"epistemologi burhani".

Oleh kerana itu, sebenarnya tradisi pemikiran falsafah

sudah dilaksanakan sejak dinasti Umayyah berdiri. Tradisi-

tradisi keilmuan lain, seperti syari'ah, mistik (tasawuf), dan

iluminis (Isyraqi) juga terus mengalami pekembangan. Tradisi-

tradisi keilmuan seperti inilah yang nantinya mempengaruhi

pemikiran Ibnu Tufail. Walaupun perkembangan keilmuan ini

mengalami pasang-surut mengikuti keadaan politik pemerintahan

yang sedang berkuasa.

Kegiatan intelektual dalam bidang falsafah dan ilmu

pengetahuan mendapat perhatian penuh pada masa khalifah al-

Hakam al-Mustanshir Billah (961-976), putra dari khalifah

pertama, Abdurrahman ad-Dakhil. Pada masa ini juga boleh

dikatan semaraknya transmisi keilmuan dari Timur ke

Barat. Kerana setelah pendirian lembaga ilmu pengetahuan tidak

cukup menampung murid lagi, para cendikian muslim di Barat

berhijrah ke Timur iaitu mulai dari Mesir, Syam, Hijaz, hingga

ke Baghdad untuk menuntut ilmu.

Al-hakam sangat cinta dengan ilmu pengetahuan, sehingga ia

bersedia menanggung kos untuk tujuan ekspedisi ke pelbagai

Negara. Itulah yang menjadi faktor utama bagi kegemaran umat

Islam untuk menuntut ilmu dan mendalami buku-buku

falsafah.Berkenaan hal ini, penulis sejarah falsafah dalam

18

Islam, De Boer berpendapat bahawa peradaban yang dicapai pada

masa al-Hakam lebih megah dan lebih produktif daripada yang

dicapai oleh dunia Islam Timur.

Mengikut masa, sejarah mengatakan tidak selamanya zaman

keemasan ini berlangsung hidup. Setelah tampuk kekuasaan

digantikan oleh putra al-Hakam, Hisyam al-Mu'ayyid

Billah. Kerana dia lebih cenderung kepada pengetahuan syari'at

dan anti falsafah.Akhirnya kegiatan intelektual pun kembali

fakum dan ajaran falsafah kembali dikatan sesat.

Walaupun keadaan sangat tidak mendukung, kegiatan

menekuni falsafah dilakukan secara sembunyi. Sampai akhirnya

berdirilah dinasti al-Muwahhidin, dimana ketika pemerintahan

dipegang oleh Abu Ya'qub Yusuf al-Mansur (558-580 H) falsafah

mulai terlihat titik terangnya. Masa inilah Ibnu Tufail hidup

dengan menekuni bidang falsafah.Kedekatannya dengan penguasa,

bahkan dipercayai sebagai doktor dan penasihat peribadi

khalifah, maka kegiatan falsafah mula diterima kembali. Tapi

hanya dalam lingkungan istana atau terbatas pada kaum elit

sahaja.

Masyarakat masih menganggap falsafah sebagai ajaran yang

sesat dan bertentangan dengan agama Islam. Dalam situasi yang

tidak kondusif inilah Ibnu thufail terus menggali keilmuannya,

sehinga lahir karyanya "Hayy ibnu Yaqzhan". Dan boleh

disimpulkkan mengapa Ibnu Tufail menggunakan bahasa symbol

dalam karyanya tersebut. Dengan bahasa yang mudah, diharapkan

19

masyarakat akan mudah memahami dan lambat laun menerima

falsafah sebagai kajian keilmuan. Bahkan sebagai kaedah

berfikir dan cara pandang hidup.6

Pada tulisan Nadhim Al-Jisr dalam buku Qissat Al-Iman yang

dikutip Ahmad Hanafi, disebutkan bahawa Ibnu Thufail hendak

mengemukakan kebenaran-kebenaran dengan berbagai tujuan yang

hendak dicapai yang menyelaraskan falsafah dengan syara . Tujuan ’ itu

sebagai berikut :

1. Urut-urutan tangga makrifat (pengetahuan) yang ditempuh

oleh akal, dimulai dari objek-objek deria yang khusus

sampai pada fikiran-fikiran universal.

2. Tanpa pengajaran dan petunjuk, akal manusia boleh

mengetahui kewujudan Tuhan, iaitu dengan melalui tanda-

tandanya pada makhluk-Nya, dan menegakkan dalil-dalil

atas kewujudan-Nya itu.

3. Akal manusia ini kadang-kadang mengalami ketumpulan dan

ketidakmampuan dalam mengemukakan dalil-dalil fikiran,

iaitu ketika hendak menggambarkan keazalian mutlak,

ketidakakhiran, zaman, qadim, huduts (baru), dan hal-hal

lain yang sejenis dengan itu.

6 http://secerahpewarna.wordpress.com/2012/06/23/filsafat-islam-pokok-pemikiran-ibnu-thufail/

20

4. Baik akal menguatkan qadim-nya alam atau kebaharuannya,

namun kelanjutan dari kepercayaan tersebut adalah satu

juga, iaitu adanya Tuhan.

5. Manusia dengan akalnya sanggup mengetahui dasar-dasar

keutamaan dan dasar-dasar akhlak yang bersifat amali dan

kemasyarakatan, serta berhiaskan diri dengan keutaman

dasar akhlak tersebut, di samping menundukkan keinginan-

keinginan badan pada hukum fikiran, tanpa melalaikan hak

badan, atau meninggalkannya sama sekali.

6. Apa yang diperintahkan oleh syariat Islam, dan apa yang

diketahui oleh akal yang sihat dengan sendirinya, berupa

kebenaran, kebaikan dan keindahan dapat bertemu kedua-

duanya dalam satu titik tanpa diperselisihkan lagi.

7. Kesimpulan dari semua hikmah ialah apa yang telah

ditetapkan oleh syara’ iaitu mengarahkan pembicaraan

kepada orang lain menurut kesanggupan akalnya tanpa

membuka kebenaran dan rahsia-rahsia filsafat kepada

mereka. Juga pokok pangkal segala kebaikan ialah menetapi

batas-batas syara’ dan meninggalkan pendalaman sesuatu.7

Antara aliran pemikiran falsafah Ibnu Thufail adalah :

1.                     Tentang Dunia

Salah satu masalah falsafah adalah sama ada dunia itu

kekal, atau dicipta oleh tuhan dari ketiadaan atas kehendak-

Nya? Dalam falsafah Islam, Ibnu Tufail, selaras dengan

kemahiran berbahasanya, menghadapi masalah itu dengan

7 Penghantar Filsafat Islam (Konsep, Filsuf dan Ajarannya), Dedi Supriyadi.M.Ag, Cetakan Pertama 2009, Pustaka Setia,Bandung, halaman 218-219

21

tepat.Tidak seperti para falsafah sebelumnya, dia tidak

menganut salah satu ajaran saingannya,  dan tidak berusaha

mendamaikan mereka. Di lain pihak, dia mengecam dengan pedas

para pengikut Aristotle dan sikap-sikap teologi. Kekekalan

dunia melibatkan konsep kewujudan tak terbatas yang tak kurang

mustahilnya berbanding gagasan tentang rentangan tak

terbatas. Kewujudan seperti itu tidak lepas dari kejadian-

kejadian yang diciptakan dan kerana itu tidak dapat mendahului

mereka dalam hal waktu, dan yang tidak boleh sebelum kejadian-

kejadian yang tercipta itu pasti tercipta secara lambat

laun. Begitu pula konsep Creatio Ex Nihilo tidak dapat

mempertahankan penyelidikan yang teliti.

Sebagaimana Al-Ghazali, dia mengemukakan bahawa idea

mengenai kewujudan sebelum ketidakwujudan tidak boleh difahami

tanpa anggapan bahawa masa itu telah ada sebelum dunia ada,

tapi masa itu sendiri merupakan suatu kejadian tak dapat

dipisahkan dari dunia, dan kerana itu kemaujudan dunia di

kesampingkan lagi, segala yang tercipta pasti memerlukan

Pencipta. Kalau begitu mengapa Pencipta mencipta dunia saat

itu bukan sebelumnya? Apakah hal itu disebabkan oleh suatu

yang terjadi atas-Nya? Tentu saja tidak, sebab tiada sesuatu

sebelum dia untuk membuat sesuatu terjadi atas-Nya. Apakah

perkara itu mesti berpunca dari suatu perubahan yang berlaku

atas sifat-Nya? Tapi adakah yang menyebabkan berlakunya

perubahan tersebut? Kerana itu Ibnu Thufail tidak menerima

baik pandangan mengenai kekekalan dan penciptaan sementara

dunia ini.

22

2.  Tentang Tuhan

Penciptaan dunia yang berlangsung lambat laun itu

mensyaratkan adanya satu pencipta, sebab dunia tak boleh

maujud dengan sendirinya. Juga Pencipta bersifat immaterial,

sebab bahan yang merupakan suatu kejadian dunia dicipta oleh

satu pencipta. Dipihak lain anggapan bahawa Tuhan bersifat

material akan membawa suatu kemunduran yang tiada akhir yang

adalah musykil. Oleh kerana itu dunia ini pasti mempunyai

pencipta yang tidak berwujud benda. Dan kerana Dia bersifat

immaterial, maka kita tidak dapat mengenalNya melalui deria

kita ataupun melalui imaginasi, sebab imaginasi hanya

menggambarkan hal-hal yang dapat ditangkap oleh pancaindera.

Kekekalan dunia bererti kekekalan geraknya juga, dan

gerak sebagaimana dikatakan Aristotle, memerlukan penggerak

atau penyebab berkesan dari gerak itu.Jika penyebab berkesan

ini berupa sebuah benda, maka kekuatannya tentu terhad dan

oleh itu tidak mampu menghasilkan suatu pengaruh yang tidak

terhad. Oleh sebab itu penyebab berkesan dari gerak kekal

harus bersifat immaterial. Ia tidak boleh dihubungkan dengan

materi ataupun dipisahkan darinya, ada di dalam bahan itu atau

tanpa bahan itu, sebab penyatuan dan pemisahan, keterkandungan

atau berlepas tangan merupakan tanda-tanda material, sedang

penyebab berkesan itu, sesungguhnya lepas dari itu semua.

23

Tuhan dan dunia yang keduanya kekal, bagaimana boleh yang

pertama dianggap sebagai penyebab adanya yang kedua? Dengan

mengikuti pandangan Ibnu Sina, Ibnu Thufail membuat perbezaan

antara kekekalan dalam intipati dan kekekalan dalam waktu, dan

percaya Tuhan ada sebelum adanya dunia dalam hal intipati

tetapi tidak dalam hal waktu. Ambillah satu contoh, jika kau

pegang sebuah benda dengan tangan dan kau gerakkan tangan,

maka benda itu tak gerak lagi, akan bergerak kerana gerak

tangan itu, jadi gerak itu bergantung kepada gerak

tangan.Gerak tangan mendahului gerak benda dalam esensinya,

dan gerak benda diambil dari gerak tangan tersebut, walaupun

dalam soal waktu keduanya tak saling mendahului. 

Mengenai pandangan bahawa dunia dan Tuhan sama-sama

kekal, Ibnu Thufail mempertahankan pendapat misterinya bahawa

dunia ini bukanlah suatu yang lain dari Tuhan. Dan mengenai

intipati Tuhan yang ditafsirkan sebagai cahaya yang sifat

esensialnya merupakan penerangan dan pengejawantahan,

sebagaimana dipercayai oleh Al Ghazali, Ibnu Thufail memandang

dunia ini sebagai pengejawantahan dari intipati Tuhan sendiri

dan bayangan cahaya-Nya sendiri yang tidak bermula atau

berakhir. Dunia tidak akan hancur sebagaimana yang ada pada

kepercayaan akan Hari Penentuan. Kehancurannya berupa

keberalihannya menjadi bentuk lain dan bukannya merupakan

suatu kehancuran sepenuhnya. Dunia mesti terus berlangsung

dalam satu atau bentuk lain sebab kehancurannya tidak sesuai

dengan kebenaran mistik yang tinggi, iaitu bahawa sifat

intipati Tuhan merupakan penerangan dan pengejawantahan kekal.

24

Di dalam roman falsafah yang menarik itu Ibnu Thufail

menggambarkan kepada manusia bahawa kepercayaan kepada Allah

adalah satu bahagian dari fitrah manusia yang tidak dapat

disangkal dan bahawa akal yang sihat dengan memperhatikan dan

memikirkan alam sekitar tentu akan sampai kepada Tuhan.

3. Tentang Kosmologi Cahaya

Ibnu Thufail menerima prinsip bahawa dari satu tidak ada

lagi apa-apa kecuali satu itu. Manifestasi kemajmukan,

kewujudan dari yang satu dijelaskannya dalam gaya Neo-Platonik

yang membosankan, sebagai tahap-tahap berturut-turut

pemancaran yang berasal dari cahaya Tuhan. Proses situ pada

dasarnya, sama dengan refleksi terus menerus cahaya matahari

kepada cermin. Cahaya matahari yang jatuh pada cermin yang

dari sana menuju ke yang lain dan seterusnya, menunjukkkan

kemajmukan. semua itu merupakan pantulan matahari dan bukan

matahari itu sendiri, juga bukan cermin itu sendiri, bukan

pula suatu yang lain dari matahari dan cermin itu. Kemajmukan

cahaya yang dipantulkan itu hilang menyatu dengan matahari

kalau kita pandang sumber cahaya itu, tetapi timbul lagi bila

kita lihat di cermin, yang disitu cahaya tersebut

dipantulkan. Hal yang sama juga berlaku pada cahaya pertama

serta perwujudannya di dalam kosmos. 

25

4. Epistemologi Pengetahuan

Tahap pertama jiwa bukanlah suatu tabularasa atau papan

tulis kosong, imej tuhan telah tersirat di dalamnya sejak

awal, tapi untuk menjadikannya kelihatan nyata, kita perlu

memulakan dengan fikiran yang jernih tanpa prasangka berlepas

tangan dari prasangka dan kecenderungan sosial sebagai keadaan

awal semua pengetahuan, merupakan gagasan sesungguhnya sebalik

kelahiran tiba-tiba Hay di pulau kosong. Setelah hal ini

tercapai pengalaman, inteleksi dan exstasi bermain dengan

bebas peranan mereka secara berturut-turut dalam memberikan

visi yang jernih tentang kebenaran yang melekat pada jiwa.

Bukan hanya disiplin jiwa, tapi pendidikan indra dan akal yang

diperlukan untuk mendapatkan visi semacam itu. Kesesuaian

antara pengalaman dan logik, disatu pihak, dan kesesuaian

antara logik dan gerak hati, dipihak lain membentuk intipati

epistimologi Ibnu Thufail.

Pengalaman akan menjadi suatu proses mengenal

persekitaran melalui deria. Organ-organ deria ini berfungsi

berkat jiwa haiwan yang ada di dalam hati, dari sana pelbagai

data deria yang kacau mencapai otak menyebarkanya ke seluruh

tubuh melalui laluan saraf. Kemudian dihantar ke otak melalui

laluan yang sama, di situ diproses menjadi satu kesatuan

perspektif.

26

Pemerhatian kita tentang pengetahuan mengenai benda-

benda yang oleh akal induktif, dengan alat-alat pembanding dan

pembedaannya, dikumpulkan menjadi mineral, tumbuhan dan

haiwan. Setiap kumpulan benda ini memperlihatkan fungsi-fungsi

tertentu, yang membuat kita menerima bentuk-bentuk atau jiwa-

jiwa (seperti Aristotle) sebagai penyebab fungsi-fungsi

tertentu pelbagai benda. Tapi hipotesis semacam iti tidaklah

dapat dipertahankan atas dasar induktif, sebab bentuk atau

jiwa yang dimaksudkan itu tidak dapat diperhatikan secara

langsung. Tidak syak lagi tindakan-tindakan tampak muncul dari

suatu tubuh tertentu, tapi kenyataannya, mereka tidak

ditimbulkan bukan oleh badan itu atau ruh tubuh itu, melainkan

oleh sebab tertentu yang ada di luarnya dan sebab itu ialah

Tuhan. 

Mengikuti pendapat Al Ghazali dan mendahului pendapat

Hume, Ibnu Thufail tidak melihat adanya kekuatan pada sebab

yang boleh mendatangkan pengaruh sebagaimana

biasanya. Empirisme Hume berakhir dalam keraguan, tapi

ketasawufan Ibnu Thufail membuatnya melihat bahawa ikatan

sebab akibat merupakan suatu tindak perpaduan yang berasal

dari Tuhan, tapi oleh Kant hal itu dianggap berasal dari

bentuk keutamaan pemahaman. Ibnu Thufail sekaligus berada di

depan Bacon, Hume dan Kant. Dia telah mengemukakan terlebih

dahulu kaedah induktif ilmu moden, melihat ketidakupayaan

nalar teorinya untuk menjawab teka-teki mengenai kekekalan dan

penciptaan sementara dunia ini, juga ketidakupayaan akal

induktif untuk menetapkan suatu hubungan yang tegas antara

27

sebab dan akibat, dan akhirnya menjernihkan awan keraguan

dengan membuat kenyataan bersama Al-Ghazali bahawa rangkaian

sebab akibat itu merupakan tindakan bersepadu Tuhan. Selepas mendidik akal dan deria serta memperhatikan

batasan keduanya, Ibnu Thufail akhirnya berpaling kepada

disiplin jiwa yang membawa kepada ekstasi, sumber tertinggi

pengetahuan. Dalam taraf ini, kebenaran tidak lagi dicapai

melalui proses deduksi atau induksi, tapi dapat dilihat secara

langsung dan intiutif melalui cahaya yang ada didalamnya. Jiwa

menjadi sedar diri dan mengalami apa yang tak pernah dilihat

mata atau didengar telinga atau dirasa hati orang mana-

mana. Tarap ekstasi tak terkatakan atau dijelaskan sebab

lingkup kata-kata terhad pada apa yang dapat dilihat, didengar

atau dirasa. Intipati tuhan yang merupakan cahaya suci hanya

boleh dilihat melalui cahaya didalam intipati itu sendiri yang

masuk dalam intipati itu melalui pendidikan yang tepat atas

indra, akal serta jiwa. Kerana itu pengetahuan intipati

merupakan intipati itu sendiri. Intipati dan visinya adalah

sama. 

5. Etika / Akhlak

                        Manusia merupakan suatu perpaduan tubuh,

jiwa haiwan dan intipati yang bukan benda, dan demikian

menggambarkan binatang, benda angkasa dan Tuhan. Kerana itu

mendaki jiwanya terletak pada kepuasan ketiga aspek sifatnya,

dengan cara meniru tindakan-tindakan haiwan, benda-benda

28

angkasa dan Tuhan. Mengenai peniruannya pertama, ia terikat

untuk memenuhi keperluan tubuhnya dan keperluan-keperluan

pokok serta menjaganya dari cuaca buruk dan binatang buas,

dengan satu tujuan iaitu mempertahankan jiwa haiwan. Peniruan

yang kedua menuntut darinya kebersihan pakaian dan tubuh,

kebaikan terhadap objek-objek hidup dan tak hidup, perenungan

atas intipati Tuhan dan perputaran intipati orang dalam

ekstase.

Ibnu Thufail nampaknya percaya bahawa benda-benda angkasa

mempunyai jiwa haiwan dan tenggelam dalam perenungan yang tak

habis-habisnya tentang Tuhan. Terakhir, dia perlu melengkapkan

dirinya dengan sifat-sifat Tuhan baik yang positif maupun yang

negative, iaitu pengetahuan, kekuasaan, kebijaksanaan,

kebebasan dari keinginan jasmaniah, dan

sebagainya. Melaksanakan kewajiban diri sendiri, demi yang

lain-lain dan demi Tuhan, secara ringkas merupakan salah satu

disiplin jiwa yang penting. Kewajipan yang terakhir adalah

suatu akhir diri, dua yang disebut sebelum ini membawa kepada

perwujudannya dalam visi akan rahmat Tuhan, dan visi sekaligus

menjadi serupa dengan intipati Tuhan.8

8http://nartosabdo.blogspot.com/2012/10/pemikiran-dan-flsafat-ibnu-tufail.html

29

SUMBANGAN

Ibnu Thufail dikenali sebagai ahli hukum, ahli perubatan,

dan ahli politik yang handal dan ketika pemerintahan al-Mu’min

Ibnu Ali, Beliau dilantik sebagai pembantu Gabenor Wilayah

Sabtah dan Tonjah di Maghribi. Beliau juga pernah menjadi

doktor peribadi kepada pemerintah al-Muwahidin, Abu Ya’kub

Yusuf dan ketika hayatnya, Ibnu Thufail pernah dilantik

sebagai menteri selain dikenali sebagai ahli politik yang

dihormati oleh pihak pemerintah.

Selain itu, Beliau juga membabitkan diri dalam bidang

pendidikan, pengadilan, dan penulisan. Walaupun banyak menulis

buku, hanya satu sahaja kitab yang diwariskan Ibnu Thufail

kepada generasi Ummat Islam iaitu Kitab Hay Ibnu Yaqzan, yang

memuatkan pandangannya secara umum, dengan gaya bahasa menarik

dan imaginasi yang indah.

Buku itu dianggap sebagai warisan paling unik yang

ditinggalkan oleh seorang ahli falsafah Islam. Menerusi

bukunya itu, Ibnu Thufail berusaha menerangkan bagaimana

manusia mempunyai potensi besar untuk mengenali Allah S.W.T

30

dengan membuat penelitian terhadap alam sekitar dan

sekelilingnya.

Di dalam buku Hay Ibnu Yaqzan, Ibnu Thufail cuba merangka

satu sistem falsafah berdasarkan perkembangan pemikiran yang

ada pada diri manusia serta berusaha mengungkap persoalan

hubungan antara manusia, akal dan Tuhan.

Untuk itu, Beliau telah menggunakan watak Hayibn Yaqzan

yang hidup di sebuah pulau di Khatulistiwa sebagai gambaran

percampuran empat unsure penting dalam kehidupan iaitu panas,

sejuk, kering dan basah dengan tanah.

Watak itu hidup terpencil dan dapat mempertahankan

kelangsungan hidupnya dengan pimpinan akal dan bantuan

pancaindera. Langkah Ibnu Thufail menggunakan analog watak itu

dalam bukunya dianggap sebagai suatu perkara yang luar biasa

dalam penulisan karya yang berbentuk falsafah.

Buku itu juga mengandungi pengamatan Ibnu Thufail

mengenai ilmu metafizik, matematik, fizik, dan sebagainya.

Ibnu Thufail melihat alam ini sebagai baru dan ditadbir oleh

Tuhan Yang Satu dan Berkuasa penuh sementara dalam diri

manusia pula terdapat roh yang menjadi sumber dan asas

kehidupan mereka di bumi ini.

Falsafah Ibnu Thufail bukan sekadar menyentuh perkara

yang berkaitan dengan metafizik tetapi juga sains tabii

seperti fizik di mana Beliau mendapati lapisan udara yang

tinggi lebih sejuk dan nipis daripada lapisan yang rendah. Hal

31

ini disebabkan oleh kepanasan berlaku di permukaan bumi

bukannya di ruang dan lapisan udara.

Meskipun pandangan itu dianggap sebagai satu perkara

yang biasa pada hari ini, pandangan ini sebenarnya telah

menyediakan landasan kepada ahli sains untuk melakukan kajian

terhadap kepanasan dan segala fenomena yang berkaitan

dengannya.

Pemikiran falsafah Ibnu Thufail juga meliputi perkara

yang berhubung dengan masyarakat apabila beliau menyifatkan

masyarakat terdiri daripada sebahagian besar anggota-anggota

yang malas. Lanataran itu, mereka mudah terpengaruh dan

terikut-ikut dengan nilai yang sedia ada tanpa mahu

membahasnya.

Ibnu Thufail seorang yang berpegang kepada logik dalam

mengungkap realiti alam dan kehidupan manusia. Barangkali

bertitik tolak daripada sikapnya itu, Beliau tidak menyepi dan

mengasingkan diri seperti mana dilakukan oleh segelintir ahli

falsafah yang lain.

Sebaliknya Beliau bergiat dalam hal-hal yang berkaitan

dengan kemasyarakatan dan mengambil bahagian secara aktif

dalam urusan pemerintahan serta kenegaraan. Kegiatan ini

dilakukannya sehingga Beliau menghembuskan nafas terakhir pada

1185 Masihi. Beliau juga merupakan seorang pemikir yang banyak

menghasilkan karya dalam bidang falsafah, sastera, ilmu

matematik, astronomi dan juga ilmu perubatan.

32

PENUTUP

Dari huraian dan perbincangan di atas dapat disimpulkan

sebagai berikut iaitu Ibnu Thufail dilahirkan di Guadix (Arab:

Wadi Asy), wilayah Granada, Sepanyol pada tahun 506 H / 1110

M. dalam bahasa latin Ibnu Thufail popular dengan sebutan

Abubacer. Selain itu, karya Ibnu Thufail yang terkenal adalah

sebuah buku falsafah yang bertajuk Hayy Ibnu Yaqzan

("kehidupan anak kesedaran"). Ajaran Falsafah Ibnu Thufail

meliputi tentang Dunia, tentang Tuhan, tentang kosmologi

cahaya, dan tentang epistimologi pengetahuan dan etika /

akhlak.

Dari rangkaian penjelasan di atas, akhirnya dapat

disimpulkan bahawa Karya Hayy Ibn Yaqzan adalah karya alegori

34

falsafah bercorak kesufian atau alegori sufi bercorak

falsafah. Karya ini merupakan refleksi perjalanan intelektual

dan spiritualnya. Dan merupakan hasil tafsiran kritisnya

terhadap apa yang di tulis Ibnu Shina, sebagaimana dijelaskan

dalam muqaddimah. Tapi Ibnu Thufail tidak kehilangan

keasliannya dan mampu membuat pokok pemikiran yang berbeza.

Ibnu Thufail dengan kerjayanya, Hayy Ibn Yaqzan,

sebenarnya ingin membina sebuah struktur pengetahuan yang

lebih dari yang telah dirintis oleh Ibnu Bajjah melalui teori

penyatuannya. Ibnu Thufail bahkan telah berjaya menempuh jalan

itu. Setelah menelaah karyanya itu, kami dapatkan struktur

falsafah Ibnu Thufail dibina di atas dua model pengetahuan

sekaligus, iaitu pengetahuan yang tidak bersambungan satu sama

lain yang dibina di atas dasar nisbah (al-'aql) dan

pengetahuan yang misteri (kasyfiyyah-dzauqiyyah) yang

didasarkan pada ketajaman gerak hati. Struktur inilah yang

disebut oleh Ibnu Thufail sebagai rahsia-rahsia falsafah

Timur.

Berkat kebijaksanaannya dalam menghadirkan suatu karya

dengan bahasa yang mudah tetapi mempunyai nilai sastera yang

tinggi, Ibnu Thufail sebagai ahli falsafah, sastera mahupun

agamawan disegani oleh para pemikir dan sasterawan dunia yang

diinspirasikan oleh karyanya. Karya itu sampai sekarang masih

menarik untuk digali dan dikaji. Kerana banyak aspek-aspek

yang terkandung didalamnya, seperti falsafah, sastera, tasawuf

dan masih banyak lagi. Oleh kerana itu sebagai ahli akademik

35

kita harus terus mengkaji khazanah pemikiran Islam yang juga

terdapat pada sasterawan atau ahli falsafah lain selain Ibnu

Thufail.

RUJUKAN

1. 25 Cendikiawan Islam, Shafie Abdul Rahman, Cetakan

Pertama 2011, Percetakan Zafar Sd. Bhd., halaman 171-173

2. Pengantar Ulum Al-Quran, Dr. Rosmawati Ali, Percetakan

Salam Sdn. Bhd., Tahun 2010, Halaman 61 dan 63

3. Penghantar Filsafat Islam (Konsep, Filsuf dan Ajarannya),

Dedi Supriyadi. M.Ag, Cetakan Pertama 2009, Pustaka

Setia,Bandung, halaman 218-219

4. Al-Quran Darul Iman, Pustaka Darul Iman, Percetakan Zafar

Sdn. Bhd.

5. http://secerahpewarna.wordpress.com/2012/06/23/filsafat-

islam-pokok-pemikiran-ibnu-thufail/

6. http://nartosabdo.blogspot.com/2012/10/pemikiran-dan-

flsafat-ibnu-tufail.html

7. http://filsafatcoy.blogspot.com/2013/05/ibnu-tufail.html

8. http://tokoh.blogspot.com/2005/11/ibnu-tufail-pakar-ilmu-

hukum-perubatan.html

36

37