Presentation bola sepak dan bola jaring

26

Transcript of Presentation bola sepak dan bola jaring

kemahiran menendang

Aktiviti 1 - attack!• dilakukan secara berpasangan• jarak antara pasangan - 5 meter• letakkan sekital di tengah• murid A akan menyepak leret untuk menjatuhkan sekital

• murid A menegakkan sekital semula sekiranya perlu• apabila murid B menerima bola, mengawalnya dan menyepak untuk menjatuhkan sekital, dan seterusnya.

• setiap sekital yang dapat dijatuhkan akan mendapat 1 mata.

• individu yang mendapat mata tertinggi dalam 10 kali sepakan dikira menang.

Aktiviti 2- faster!• bahagikan murid kepada dua kumpulan

yang sama banyak• 2 barisan lurus memanjang dan menghadap

antara kumpulan A dan kumpulan B• murid pertama dari kumpulan A dan B

akan menyepak leret ke arah murid kedua.

• sepakan haruslah dilakukan secara bersilang- murid 1A akan menyepak ke murid 2B manakala murid 1B akan menyepak ke arah murid 2A dan dilakukan sehingga ke murid terakhir

• murid terakhir akan menyepak semula ke arah yang sama secara bersilang sehingga bola sampai semula ke murid 1A dan 1B

• kumpulan yang cepat sampai semula di murid pertama dikira pemenang

aktiviti 3-monyet-monyet• aktiviti ini boleh dilakukan secara 5-10 orang

• murid membuat bulatan mengilingi seorang murid A di tengah

• murid yang membuat bulatan harus menyepak bola ke arah murid yang lain.

• murid A akan cuba mendapatkan bola yang di sepak.

• jika murid A dapat menyentuh bola, murid A akan bertukar tempat dengan murid yang membuat kesalahan

• ulangi aktiviti sehingga mahir

kemahiran menanduk

Aktiviti 1-Bakul emas• Secara berpasangan-murid A akan melambung bola dan murid B perlu menanduk bola ke dalam bakul yang disediakan.

• 3 bakul disediakan yang berlainan jarak. Bakul pertama-1 mata. Bakul kedua-2 mata dan bakul ketiga-3 mata.

• Murid yang mendapat mata tertinggi dikira pemenang

aktiviti 2-tandukan gol!• Aktiviti ini dilakukan secara berpasangan. 5 bola diberikan kepada setiap pasangan.

• Murid A akan menendang bola dan murid B akan menanduk ke arah gawang gol. Murid A dan murid B akan bertukar tempat selepas 5 percubaan.

• pasangan yang dapat menanduk bola dan memasuki gawang gol mendapat 1 mata.

• pasangan yang mendapat markah tertinggi dikira pemenang.

Aktiviti 3-tandukkan emas• aktiviti ini boleh dilakukan 5-10 orang.• murid perlu membuat bulatan mengilingi murid A.

• murid A akan melambung bola kepada murid di luar.

• murid di luar perlu menanduk sehingga murid A dapat menangkap semula bola dalam keadaan statik.

• jika murid di luar tidak dapat menanduk dengan tepat, murid tersebut perlu keluar, aktiviti diteruskan sehingga murid tinggal seorang.

• murid terakhir dikira pemenang

kemhiran menangkap

Aktiviti 1- tangkapan berbisaMurid melakukan aktiviti secara berpasangan.

Murid A akan membuat hantaran jauh hingga melepasi palang yang ditanda dengan 2 kon.

murid B akan cuba menangkap bolatangkapan yang kemas akan mendapat 1 mata

tukar peranan selepas 5 kali percubaan.

aktiviti 2-goal keaper murid dibahagikan kepada 2 kumpulan yang sama banyak.

setiap ahli kumpulan A akan menendang lambung dengan menjaringkan gol bergilir-gilir.

kumpulan B pula akan menjaga gol secara bergilir-gilir.

setiap murid diberi 1 peluang untuk menyepak dan menjaga gol.

setiap bola yang dapat di tangkap diberikan 1 mata.

kumpulan yang dapat mata tertinggi dikira menang.

Aktiviti 3-tangkapan kemasa. secara berpasanganb. murid A dikehendaki untuk menendang

lambung melepasi ketinggian gol.c. murid A berada di jarak 10 meter

jauh dari gawang gol.d. Setiap murid diberi peluang membuat

tendangan sebanyak 5 kali.e. murid yang dapat menangkap bola dengan

kemas mendapat 1 mata.

bola jaring

kemahiran hantaran

aktiviti 1-gelung oh gelungaktiviti ini dilakukan secara berpasangan.jarak antara pasangan - 5 meterletakkan gelung rotan di tengah antara pasangan

setiap murid perlu membuat hantaran lantun. Bola mesti dilantunkan ke dalam gelung

bola yang dilantunkan mestilah tepat kepada pasangan untuk menangkap dalam keadaan statik.

bola yang berjaya dilantukan ke dalam gelung dan dapat ditangkap dengan kemas oleh pasangan tersebut mendapat 1 mata.

pasangan yang mendapat mengumpul banyak mata dikira pemenang.

aktiviti 2-halangan monyet aktiviti ini mesti dilakukan secara 3 orang dalam kumpulan.

jarak antara murid A dan murid B- 5 meter

murid A akan menghantar bola kepada murid B secara lantun.

Murid C berada di antara murid A dan B. Murid C akan cuba mendapatkan bola yang dihantar.

tukar posisi jika murid C dapat menangkap bola dan ulangi aktiviti.

aktiviti 3- zig-zag bahagikan murid kepada dua kumpulan yang sama banyak

2 barisan lurus memanjang dan menghadap antara kumpulan A dan kumpulan B

murid pertama dari kumpulan A dan B akan membuat hantaran lantun kepada murid kedua.

hantaran haruslah dilakukan secara bersilang- murid 1A akan menghantar ke murid 2B manakala murid 1B akan menghantar ke arah murid 2A dan dilakukan sehingga ke murid terakhir

murid terakhir akan menghantar semula ke arah yang sama secara bersilang sehingga bola sampai semula ke murid 1A dan 1B

kumpulan yang cepat sampai semula di murid pertama dikira pemenang

kemahiran menjaring

aktiviti 1-jaringan gol secara berpasangan murid A menghantar bola kepada murid B

murid B perlu membuat jaringan menggunakan sebelah tangan

setiap bola yang dapat dijaringkan mendapat 1 mata.

individu yang dapat mata tertinggi akan mendapat ganjaran

aktiviti 2-jaringan belon aktiviti ini dilakukan secara individu

setiap murid perlu membuat balingan mengenai belon yang diikat di tiang gol bola jaring dengan pelbagai aras ketinggian

5 bola diberikan kepada setiap individu

aktiviti 3-palang oh palang aktiviti ini dilakukan secara berpasangan

dua gelung rotan diletakkan berjarak 5 meter dan ditengah diletakkan tiang gol

murid A dan murid B berada di dalam gelung rotan

murid A perlu membuat balingan melepasi palang gol tanpa memasuki atau mengenai palang gol.

murid B perlu menangkap bola dan hanya boleh bergerak dalam gelung rotan sahaja.

kemahiran menangkap

aktiviti 1- pasangan emas aktiviti dilakukan secara berpasangan

murid A akan membaling bola dalam pelbagai arah dan murid B akan cuba menangkap bola.

jika murid B tidak dapat menangkap dengan kemas murid A dan murid B akan bertukar peranan.

aktiviti 2- bulatan besar aktiviti ini dilakukan dalam bulatan setiap murid akan membuat balingan kepada murid lain di dalam bulatan dengan laju.

2 bola digunakan dalam aktiviti ini. jika salah seorang murid menangkap 2 biji bola serentak, murid itu dikira kalah dan harus keluar daripada aktiviti.

teruskan aktiviti sehingga tinggal 2 orang murid.

aktiviti 3-ketinting aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan seramai 3 orang.

murid A dan murid B akan berdiri dengan 1 kaki sambil membaling bola dan menangkap bola aras dada.

jika murid A dan murid B tidak dapat menangkap aras dada, murid berkenaan akan bertukar peranan dengan murid C.

selain itu, murid C akan bertukar peranan jika murid C dapat menangkap dan menyentuh bola yang dibaling.