PENGENALAN NOBAT

19
PENGENALAN NOBAT Muzik merupakan cabangan seni yang makin berkembang pesat dari masa ke semasa. Ia tidak hanya diperdengarkan dikalangan masyarakat kelas rendah sahaja. Sebaliknya turut berperanan dan dimainkan di istana-istana dan tempat terhormat. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di negara- negara nusantara malah turut meliputi negara-negara Eropah. Ini menunjukkan bahawa martabat seni muzik dan lain lain kesenian tidaklah serendah yang disangka sebilangan masyarakat. Salah satu contoh muzik yang berperanan besar di kalangan golongan atasan, adalah seni Nobat. Di Tanah Melayu, Nobat merupakan muzik yang berfungsi besar di istana. Nobat adalah salah satu bahan kesenian melayu yang amat terpelihara sejak 400 tahun yang lalu. Nobat dikenali sebagai seni persembahan istana DiRaja Melayu khususnya di Negeri Perak, Kedah, dan Kelantan. Nobat Kedah adalah nobat yang paling lama bertapak dan kekal sehingga kini. Nobat adalah sejenis pancaragam DiRaja yang hanya dimainkan di istana dan pemain muziknya pula hanya boleh terdiri

Transcript of PENGENALAN NOBAT

PENGENALAN NOBAT

Muzik merupakan cabangan seni yang makin berkembang pesat dari masa ke semasa. Ia tidak hanya diperdengarkan dikalangan masyarakat kelas rendah sahaja. Sebaliknya turut berperanan dan dimainkan di istana-istana dan tempat terhormat. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di negara-negara nusantara malah turut meliputi negara-negara Eropah. Ini menunjukkan bahawa martabat seni muzik dan lain lain kesenian tidaklah serendah yang disangka sebilangan masyarakat.

Salah satu contoh muzik yang berperanan besar di kalangan golongan atasan, adalah seni Nobat. Di Tanah Melayu, Nobat merupakan muzik yang berfungsi besar di istana. Nobat adalahsalah satu bahan kesenian melayu yang amat terpelihara sejak400 tahun yang lalu. Nobat dikenali sebagai seni persembahanistana DiRaja Melayu khususnya di Negeri Perak, Kedah, dan Kelantan. Nobat Kedah adalah nobat yang paling lama bertapakdan kekal sehingga kini.

Nobat adalah sejenis pancaragam DiRaja yang hanya dimainkan di istana dan pemain muziknya pula hanya boleh terdiri

daripada orang-orang tertentu sahaja. Sejak berabad, nobat hanya sinonim di telinga penduduk yang tinggal di sekitar kawasan nobat sering dimainkan seperti Alor Setar, Kuala Kangsar, Kelang dan Kula Terengganu. Manakala masyarakat luar tidak banyak yang mengetahui mengenai Nobat. Bertitik tolak daripada ini, Yang DiPertuan Agong pertama yang dilantik selepas negara mencapai kemerdekaan iaitu yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan telah mengistiharkan muzik Nobat sebagai muzik istana. Nobat telah dimainkan di istana negara sebagai pengesahan kepada pertabalan itu. Sejak itu Nobat mula dikenali masyarakat umum. Namun seiring dengan pergerakan zaman dan peredaran masa, pertabalan ini semakin dilupakan dan ramai generasi muda yang tidak didedahkan dengan maklumat mengenai Nobat.

Nobat ini kurang didedahkan kepada masyarakat umum khususnyagenerasi muda. Sebagai muzik DiRaja, ia hanya dikenali di kalangan masyarakat istana sahaja. Selain daripada itu, didapati tidak banyak kajian yang pernah dibuat mengenainya.Antara lain aspek yang menarik mengenai kesenian muzik nobatini ialah keunikan dan pantang larang dalam permainan Nobat.Selain itu, masih terdapat pertikaian mengenai asal usul kedatangan Nobat ke Tanah Melayu. Ada pendapat yang mengatakan bahawa Nobat dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagangarab dan mubaligh islam. Manakala setengah pendapat pula menegaskan bahawa Nobat dibawa datang dari India.            Muzik Nobat adalah salah satu daripada cabangan kesenian yang unik dan tersendiri di rantau nusantara. Istimewanya kesenian Nobat adalah pengecualiannya daripada dimainkan kepada umum sebaliknya hanya digunakan untuk majlis-majlis tertentu istana. Antara majlis-majlis istana yang menggunakan muzik nobat sebagai penghibur utama atau pengiring majlis adalah seperti majlis perkahwinan, menyambut kelahiran baru di istana, istiadat pertabalan dan lain-lain lagi, daripada sekecil-kecil istiadat sehinggalah ke sebesar peristiwa di istana.

SEJARAH KEDATANGAN NOBAT

Sejarah Nobat ialah keterangan daripada sejarah Melayu. Mengikut keteangan yang dimuatkan di dalam majalah ‘Malaya In History’, keluaran Julai 1962, menyimpulkan bahawa Nobat Kedah dan Perak telah mula diketahui sejak lebih kurang empat kurun yang lalu. Di dalam sejarah Melayu 1658 diceritakan bahawa negeri Melaka ketika di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Shah 1435 juga telah menggunakan Nobat. Mengikut sejarah Melayu lagi, Nobat diperkenalkan oleh permaisuri Bentan. Baginda mengurniakan Nobat kepada raja yang mula-mula sekali membuka Singapura dan Temasik iaitu raja yang bergelar Sri Tri Buana. Sejak itu Nobat mula dimainkan.

Walau bagaimananapun, rata-rata orang perseorangan yang ditemui, menolak perkaitan antara cerita dongeng rakyat dengan asal-usul Nobat. Ini kerana menurut mereka, cerita

dongeng tidak mempunyai fakta sejarah logik yang mampu membuktikannya. Hasil dari kajian ini, didapati kemungkinan bahawa seni muzik Nobat ini dibawa oleh pedagang atau penyebar agama Islam adalah lebih tinggi berikutan fakta seperti berikut :Pada zaman dahulu terdapat pedagang Arab yang datang ke rantau ini dan turut meninggalkan pengaruh kebudayaan mereka. Puak Arab yang datang ada yang berketurunan raja. Apabila mereka singgah berdagang di India, mereka telah membawa sejenis alat bunyian yang disebut sebagai Naubat di India.Not-not lagu Nobat yang dipanggil “dai” ditulis dalam tulisan Jawi.Waktu Nobat dimainkan adalah pada waktu solat seperti Maghrib, Isyak, Subuh serta hari Jumaat.

ASAL – USUL NOBAT

Pendapat pertama

Perkataan Nobat ini adalah berasal dari Negeri Parsi yang menggunakan perkataan "Naubat" bermakna sembilan jenis. Ianya ialah 'pancaragam' diraja yang telah dipakai dari zaman-berzaman di negeri-negeri Melayu untuk Istiadat Pertabalan Raja-raja. Negeri-negeri Melayu yang mempunyai Nobat ialah Perak, Kedah, Terengganu dan Selangor. Nobat yang digunakan dalam Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah Nobat Negeri Perak.

Pendapat kedua

Ada pihak yang menyatakan bahawa perkataan Nobat berasal daripada bahasa Sanskrit. Perkataan asal Sanskrit tersebut ialah ‘ NAO-BAT’. Ia kemudiannya dipecahkan kepada dua bahagian suku kata iaitu‘NAU - O - NAVA’ yang membawa maksud sembilan. ‘BAT - O - BAH' yang membawa maksud pengabungan.

Ada pula menyatakan bahawa nama Nobat ini sepatutnya disebutsebagai 'Naubat'. Asal perkataan ini pula didatangkan dari Parsi iaitu‘NAU’ yang membawa maksud sembilan.‘BAT’ sembilan alat.Manakala jika dialihbahasakan kepada bahasa Hindi atau Punjabi, perkataan ‘NAU’ bemaksud sembilan. 'BAT' pula bermaksud ragam. Maka makna penuhnya ialah Ragam Sembilan Bunyian.

SEJARAH PEMBINAAN NOBAT

Balai Nobat adalah antara lokasi atau bangunan paling awal mula didirikan di Bandar Alor Setar. Bandar Alor Setar mula dibuka oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah,iaitu sultan Kedah yang ke-19. beliau mula memerintah negeriKedah pada sekitar 1710 sehingga 1778. Balai Nobat mula dibina sejak awal kemunculan bandar tersebut. Ia merupakan sebuah bangunan yang menyimpan alat-alat muzik Nobat ketika tidak digunakan.

Antara bangunan terawal lain yang dibina bersama dengan Balai Nobat ketika itu ialah seperti Istana Kota Setar, Balai Besar, Masjid Negeri, dan Balai Nobat. Rekod gambar banggunan asas Balai Nobat ini masih tersimpan. Namun bentuknya kurang jelas dan tidak direkodkan sebarang penerangan mengenai bentuk asal bangunan ini secara terperinci.

Balai Nobat mula diubahsuai semasa pemerintahan Sultan kedahyang ke-25 iaitu Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah yang telah menduduki takhta bermula 1854 hingga 1879. Pengubahsuaian ini telah mengubah rupa balai Nobat asal menjadi sebuah bangunan setinggi lima tingkat dan hanya terbina daripada kayu dan beratap zink.

Pada zaman pemerintahan Sultan Kedah yang ke-26 iaitu SultanAbdul Hamid Halim Shah yang memerintah semenjak tahun 1882 hingga 1943, bangunan Balai Nobat ini sekali lagi telah diperbaharui. Proses memperbaharuinya dilakukan sekitar tahun 1906. Bangunannya telah dikukuhkan lagi dengan binaan yang diperbuat daripada batu dan logam. Namun begitu bentuk asalnya masih lagi dikekalkan. Bangunan ini dibahagikan pulakepada tiga tingkat dan ciri-ciri keislaman diserlahkan melalui kubah yang terletak dibahagian kemuncaknya.

Menurut catatan sejarah, dinyatakan bahawa Balai Nobat yang dibina dalam tahun Hijrah 1325 bersamaan tahun masihi 1970 iaitu semasa zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Sebelum bangunan ini dibina, permainan Nobat dikatakan dilakukan di sebuah anjung istana lama Sultan Kedah iaitu di belakang Balai Besar yang ada sekarang. Terdapat juga ahli sejarah yang mengatakan bahawa tempat yang lebih awal menjadi pusat permainan Nobat adalah sebuah tempat kecil yang dibina di sebuah Makam Langgar.

NOBAT NEGERI PERAK

Nobat Negeri Perak mengandungi alat-alat berikut:• Gendang NobatGendang Nobat ini biasa dikenali sebagai Gendang Nyenyalu.• NafiriNafiri digunakan dalam memulakan sesuatu lagu.• Gendang NengharaGendang Nenghara ialah gendang yang membawa lagu.• SerunaiSerunai ialah alat yang mengiringi lagu-lagu yang dimainkan.• Gendang PenengkahGendang Penengkah ialah gendang yang memasuki irama ke dalamlagu.

Di antara senarai yang tersebut di atas Gendang Nobat adalahpaling dihormati. Ianya menduduki tempat yang tertinggi dan digunakan untuk kegunaan Diraja sahaja. Walau bagaimanapun Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan boleh menitah Nobat ini digunakan untuk mengiringi sesuatu istiadat dan menghormati jenazah. Keperingkatan kehormatan yang diberi adalah bergantung kepada bilangan alat-alat yang digunakan. Untuk Nobat Diraja Perak hanya lima daripada sembilan alat digunakan pada setiap masa.

Pemain-pemain alat Nobat adalah ahli daripada keluarga-keluarga tertentu sahaja iaitu Orang-orang Kalur. Pada zamandahulu kawasan Bilik Nobat dipagarkan dengan bulu ayam dan sesiapa yang mencerobohi kawasan ini akan dihukum dan didenda. Ketua Nobat diberi gelaran Toh Setia Guna dan pembantu Toh Setia Indera.

Mengikut Adat Istiadat Negeri Perak tiada Sultan yang boleh dianggap berdaulat sehingga ianya ditabal dengan bunyian Nobat. Mengikut Adat Lembaga Negeri Perak menyatakan bahawa rangka yang digunakan di dalam membuat Gendang-gendang adalah berasal daripada Teras Kayu Jerun dan kulitnya adalahdaripada Kulit Tumur. Walau bagaimanapun ini telah bertukar dan pembaharuan rangka ini sekarang diperbuat daripada kayu keras dan kulitnya adalah daripada kulit kambing.

Kumpulan Nobat memainkan lagu-lagu Nobat berikut:• RAJA BERANGKAT (GENDANG BERANGKAT)• PUTERI MANDI MAYANG• RAMA-RAMA TERBANG TINGGI• KUMBANG SI KUMALI (KUMBANG KEMBALI)• ARAK-ARAK ATANDIS (ENTEALS) (ARAK-ARAK UNTANDAI)• ALEH-ALEH PANJANG• ALEH-ALEH PANDAK• DANG GENDANG• LENGGANG CHE KOBAT• JONG BER-ALEH• ANAK RAJA MEMBASUH KAKI

• GENDANG PERANG• NOBAT TABAL• NOBAT RAJA• NOBAT KHAMIS • NOBAT SUBOH

Nobat Diraja Perak dibunyikan untuk upacara atau tradisi yang berikut:

Sesuatu yang berkaitan dengan peribadi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak

Masa Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri SultanPerak dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri.

o Masa Tabal Pusakao Bersiram Tabal

Hari Meletak Kerja (Memulakan Kerja).o Hari meletak kerja menyambut perayaan ulangtahun

Keputeraaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.

o Hari meletak kerja kerana perkahwinan atau berkhatan Putera dan Puteri Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan.

o Perarakan mengambil Air Bersiram Tabal dan Berlimau Besar (tertaklum kepada titah).

Istiadat di Balairong Sri Menyambut Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.

Istiadat Menjunjung Duli. Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan

Perak melawat keluar negeri (tertakluk kepada titah). Mengiringi Jenazah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Sultan dan Raja Permaisuri ke makam Diraja. Perkahwinan dan Berkhatan Putera dan Puteri Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Istiadat Kebesaran negeri iaitu pada masa lawatan Raja-

Raja negeri lain ke Negeri Perak.

Hendak memulakan Puasa pada bulan Ramadhan  tiga petangberturut-turut iaitu pada 28, 29 dan 30 dalam bulan Syaaban tiap-tiap tahun.

Pada petang 24 Ramadhan menyambut malam 25 Ramadhan danpetang 26 Ramadhan hingga sampai petang malam Hari RayaAidil Fitri.

Pada masa Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan bersiram pada hari Raya Aidil Fitri dan pagi Aidil Adha.

Tiga petang berturut-turut hendak menyambut Hari Raya Aidil Adha, iaitu pada petang 7, 8 dan 9 Zulhijjah.

Menyambut keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak ke masjid kerana bersembahyangHari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha dan berangkat meninggal masjid.

Dalam Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tiga lagu Nobat dimainkan, iaitu, lagu "Raja Berangkat" semasa Seri Paduka Baginda berdua berangkat masuk ke Balirong Seri; lagu "palu" semasa Alat-alat Pertabalan dibawa masuk ke Balairong Seri; lagu "Raja Bertabal" selepas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengangkat Sumpah Diraja dan lagu "Raja Berangkat" sekali lagi apabila Seri Paduka Baginda berdua berangkat pulang dari Balairong Seri.

Alat ini bebentuk seperti 'flute'. Menurut seorang pemain Nobat, batang serunai ini diperbuat daripada batang pokok cili padi dengan tujuan untuk memerdukan lagi bunyinya. Bahagiannya diperbuat daripada salutan perak dan sisinya daripada suasa. Lidah serunai ini diperbuat daripada daun ‘thai’. Ukur panjang serunai ini adalah 43 cm. Mempunyai tujuh lubang dipermukaan atas batang serunai dan satu lubangkecil dibawahnya. Lubang ini akan menentukan not lagu apabila dimainkan.

GENDANG IBU DAN GENDANG ANAK Ukur panjang gendang ini adalah 20' bersamaan dengan 50 cm. Manakala lebar mukanya 7' jejari. Ia diperbuat daripada kayuyang baik dan tahan lasak untuk mengeluarkan bunyi yang baik. Ia menggunakan kulit harimau di sebelah kanan dan kulit kambing di sebelah kiri.

Permukaan kulit kiri dimainkan dengan tangan manakala sebelah kanan pula dimainkan dengan paluan kayu Kemuning.

Kedua-dua jenis gendang ini mempunyai tali yang memudahkannya untuk digalas ke tempat-tempat permainan. Di sekeliling gendang tersebut dililit dengan rotan kertas sepanjang 1 kaki. Alat ini dibalut dengan kain berwarna kuning.

NAFIRIAlat ini berbentuk yang panjangnya 33 cm. Nafiri diperbuat daripada perak tulen. Ia mempunyai Temeluk yang terdapat pada dua bahagian berbentuk seperti buah 'kandis'. Bahagian serombong Nafiri ini agak leper dan berbunga-bunga.

GONG Alat ini diperbuat daripada tembaga merah daripada tanah Jawa. Batang pemukul gong ini diperbuat daripada kayu keras yang kuat dan disalut dengan kain kuning. Gong ini digantung

pada satu tempat khas dinamakan ‘cagak’. Luas pemukaan gong ini adalah kira-kira 18' dengan bahagian tengahnya membonjolkeluar.

MAHAGURU/SEMAMBU Mahaguru atau Semambu ini adalah alat Nobat yang paling penting sekali. Ia mesti ada bersama dengan kumpulan Nobat semasa dimainkan. Mahaguru merupakan ‘cokmar’ DiRaja yang dipebuat daipada rotan Semambu. Ia bersaiz 5' X 11'. Lilitanpemukaan semambu adalah ½ inci berwarna merah. Semambu dibalut dengan kain berwarna kuning. Kain yang lama tidak akan dibuang sebaliknya akan dibalut dengan balutan kain baru di atas balutan yang telah sedia ada.

PEMAIN NOBAT

TUGAS-TUGAS PEMAIN NOBAT

Penghulu   : Penghulu merupakan orang yang bertanggungjawab menguruskan segala perkara yang berkitan dengan kumpulan Nobat DiRaja Negeri Kedah.

Antara tugas penghulu adalah; • Mencari pengganti jika berlaku kekosongan. Contohnya

akibat kematian. Pemain mesti dipilih secara satu keturunan sahaja. 

• Penghulu kemudian bertanggungjawab untuk melatih pemain baru dan memastikannya benar-benar mahir untuk menganggotai kumpulan Nobat. 

• Mengatur Jadual Peraturan yang perlu diikuti oleh setiap kumpulan Nobat.

• Menjadi orang perantaraan antara pemain Nobat dengan PihakAtasan. Contohnya dengan Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan. 

• Mesti mengetahui cara memainkan semua peralatan muzik Nobat.

• Memastikan keelokan alat muzik Nobat serta pakaian rasmi pemain Nobat, serta menukarkannya apabila perlu. 

• Bertanggungjawab menyelia dan mengetuai kumpulan Nobat tesebut secara keseluruhan.

Kalau Besar   : Kalau Besar merupakan pembantu kepada penghulu. Ia juga akan mengetuai kumpulan Nobat.

Orang Nobat : Orang Nobat adalah pemain-pemain dalam kumpulan Nobat.

PANTANG LARANG

PANTANG LARANG NOBAT

Sesiapa yang melanggar pantang larang Nobat dipecayai akan menerima bala atau bencana. Antara pantang larang yang masihkuat dipegang hingga kini adalah seperti:

·         Alatan muzik Nobat tidak boleh dipersendakan oleh sesiapa dan kedudukannya mestilah tetap dan tidak boleh diubah sesuka hati.

·         Semasa alat muzik Nobat dibawa turun ke BalaiBesar, sesiapa pun tidak dibenarkan melintas dihadapannya.

·         Mahaguru merupakan alat penunjuk dan mesti dihormati. Jika ada yang kurang tertib, mereka akan menerima balasannya.

·         Alat-alat Nobat ini tidak boleh dimainkan di pesta-pesta atau temasya lain.

Orang-orang Nobat tidak dibenarkan mengajar semua lagu yang diketahui kepada keturunannya.

·         Sesiapa pun tidak dibenarkan menyentuh alat muzik Nobat ini.

Semasa Nobat hendak dimainkan, pemian Nobat ini mestilah mengikut jalannya ke tempat letak alat-alat itu sebelum dibenarkan duduk.

·         Sesiapa pun tidak dibenarkan melihat permukaan bawah gendang Nahara keana ia dipecayai diperbuat daripada kulit perut perempuan mengandung.

·         Kedudukan alat Nobat ini mestilah tetap dan tidak boleh diubah. Nahara mestilah menghadap ke arah matahari terbit.

·         Semasa hendak menyalin kulit Nahara, pemain Nobat mestilah menggunakan kain selendang berwarna kuning.

·         Apabila alat-alat hendak diturunkan ke tempatlain seperti Balai Besar hendaklah mengikut peraturan iaitu didahului oleh Semambu atau Mahaguru, Serunai, Gendang ibu, Gendang anak, Gong, dan Nafiri.

·         Semua pemain Nobat mestilah megikut keturunandan muzik Nobat selalu diperturunkan kepada anak lelakisahaja.

·         Apabila ayah atau pemain hendak berhenti daribemain Nobat, dia mestilah melatih anaknya dirumah terlebih dahulu dengan menggunakan alat Nobat rekaan. Setelah anaknya mahir, dia boleh menggantikan tempat ayahnya dengan syarat ayahnya mesti menyediakan Nasi Kunyit dan dikemenyankan.

·         Kemudian si anak pelu memakan sekepal Nasi Kunyit sebelum mula bemain.

Semasa bermain Nobat, para pemain mestilah memakai pakaian rasmi berwarna hitam.

ADAB BERMAIN NOBAT

Setiap petang Nobat dipalu sehingga sampai waktu Maghrib.

Aturannya adalah pada waktu hendak memalunya. Iaitu seperti berikut;

Pada saf pertama - Penghulu meniup Nafiri.Pada saf kedua – Dua orang pemukul Nengkara.Pada saf ketiga – Pemukul Gendang Nobat.Pada saf keempat – Peniup Serunai dan Bangsi.Pada saf kelima - Pemukul Kopak dan Cerucup.

Lama Nobat dipalu ialah selama 32 tiupan N afirinya. Setelah itu dipalupula Gendang Perang sebagai penutup.Pada malam Jumaat waktu Isyak, Nobat dipalu tanpa ditentukan lagu.Tetapi lagu Subuh tidak boleh dimainkan pada waktu lain kecuali padawaktu Subuh sahaja.Lagu 'Ibahim Khalil' dipalu semasa Menjunjung Duli dan lagu 'Iskandar Syah'atau 'Arak-arak' dipalu sewaktu raja berangkat.Lagu 'Palu-palu' ketika raja Bersiram Tabal dan dan lagu 'Seri Istana'pula semasa raja memakai pakaian kerajaan.Peraturan memalu Nobat semasa raja bersiram iaitu lagu 'Perang' dimainkan waktu peralatan bersiram mula diangkat dan berhenti apabila semua peralatan selesai disusun.Ketika raja diangkat ke tempat Persiraman, Nobat dibunyikan dengan lagu 'Arak-arak' kemudian lagu 'Palu-palu' semasa raja sampai. Selesai bersiram, lagu 'Arak-arak' dimaiankan sekali lagi dan kemudian disambung pula dengan 'Seri Istana' apabila baginda tiba di istana.Semasa raja berangkat ke Balairung Seri untuk Istiadat Menjunjung Duli,baginda diiringi dengan lagu 'Arak-arak' semasa Istiadat Menjunjung Duli,lagu kerajaan iaitu 'Ibrahim Khalil' dimainkan. Dan lagu 'Arak-arak' dimainkan lagi ketika baginda ingin berangkat pulang ke istana. Tiba di istana paluan Nobat akan dihentikan.Adab memalu Nobat yang betul adalah ahli-ahli Nobat dikehendakimemalunya dengan berdiri bersaf-saf. Peraturan ini biasanya hanyadiikuti ketika memainkan dua lagu iaitu 'Ibrahim Khalil' dan 'Iskandar Syah' sahaja.Semasa memainkan lagu 'Seri Istana' atau memalu sewaktu raja Bersiram Tabal, keadaan memukulnya sambil duduk bersaf-saf.Ketika memainkan lagu lain pula, ia terpulang kepada pemain-pemainnya.

Adab dan tertib memainkan Nobat ini dikatakan berasal dari Riau-Lingga