Pembangunan Minda Kelas Pertama Menurut Perspektif Islam. Satu Tinjauan dari Sudut Pemimpin

12
Kertas ini dibentangkan di Seminar Antarabangsa Budaya dan Pemikiran Islam Malaysia Indonesia 2008,16-17 Jun 2008, Institut Agama Islam Negeri Jamiah Ar-Raniry, Banda Acheh, Indonesia Abstrak Minda kelas pertama bukan dinilai berdasarkan oleh banyak idealisme yang diberikan oleh seseorang individu, tetapi meliputi peribadi dan sahsiah diri yang ditonjolkan oleh individu tersebut kepada masyarakat awam. Minda kelas pertama juga tidak semestinya berlatarbelakangkan prasarana yang dimiliki tetapi wajar memiliki ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat dan dunia. Justeru, kejayaan negara sebenar bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki bukan sahaja dari segi intelek, ilmu pengetahuan bahkan juga keperibadian kepimpinan. Masalah jenayah kolar putih, pertelingkahan antara pemimpin semakin menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan masyarakat hari ini. Isu rasuah, menuding kesalahan antara satu sama lain antara beberapa contoh senario pemimpin hari ini yang juga di dapati antara mereka itu ialah beragama Islam. Justeru, pemikiran minda kelas pertama itu perlu wujud dalam kalangan mereka terutamanya pemimpin memandangkan mereka peneraju negara untuk masa hadapan. Teras kedua daripada lima misi nasional seperti yang digariskan kerajaan adalah untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama dalam kalangan rakyat bagi semua golongan. Apa yang akan dibincangkan di sini ialah apakah ciri-ciri yang perlu untuk pemimpin untuk mempunyai pemikiran minda kelas pertama. Oleh: Sofia Elias ([email protected]) Khairul Hamimah M. Jodi ([email protected]) Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) Center For Languages & General Studies 16-5, Jln SS6/12 47301 Kelana Jaya Tel: 03-78092138 / 76277306 Fax: 03-78802409

Transcript of Pembangunan Minda Kelas Pertama Menurut Perspektif Islam. Satu Tinjauan dari Sudut Pemimpin

Kertas ini dibentangkan di Seminar Antarabangsa Budaya dan Pemikiran Islam Malaysia – Indonesia 2008,16-17 Jun 2008, Institut Agama Islam Negeri Jamiah Ar-Raniry, Banda Acheh, Indonesia

Abstrak

Minda kelas pertama bukan dinilai berdasarkan oleh banyak idealisme yang diberikan oleh

seseorang individu, tetapi meliputi peribadi dan sahsiah diri yang ditonjolkan oleh individu

tersebut kepada masyarakat awam. Minda kelas pertama juga tidak semestinya

berlatarbelakangkan prasarana yang dimiliki tetapi wajar memiliki ciri-ciri modal insan yang

mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat dan dunia. Justeru,

kejayaan negara sebenar bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki bukan sahaja dari

segi intelek, ilmu pengetahuan bahkan juga keperibadian kepimpinan.

Masalah jenayah kolar putih, pertelingkahan antara pemimpin semakin menimbulkan perasaan

kurang senang dalam kalangan masyarakat hari ini. Isu rasuah, menuding kesalahan antara satu

sama lain antara beberapa contoh senario pemimpin hari ini yang juga di dapati antara mereka itu

ialah beragama Islam. Justeru, pemikiran minda kelas pertama itu perlu wujud dalam kalangan

mereka terutamanya pemimpin memandangkan mereka peneraju negara untuk masa hadapan.

Teras kedua daripada lima misi nasional seperti yang digariskan kerajaan adalah untuk

meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk minda kelas

pertama dalam kalangan rakyat bagi semua golongan. Apa yang akan dibincangkan di sini ialah

apakah ciri-ciri yang perlu untuk pemimpin untuk mempunyai pemikiran minda kelas pertama.

Oleh:

Sofia Elias ([email protected])

Khairul Hamimah M. Jodi ([email protected])

Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)

Center For Languages & General Studies

16-5, Jln SS6/12

47301 Kelana Jaya

Tel: 03-78092138 / 76277306

Fax: 03-78802409

Kertas ini dibentangkan di Seminar Antarabangsa Budaya dan Pemikiran Islam Malaysia – Indonesia 2008,16-17 Jun 2008, Institut Agama Islam Negeri Jamiah Ar-Raniry, Banda Acheh, Indonesia

Pembangunan Minda Kelas Pertama Menurut Perspektif Islam.

Satu Tinjauan dari Sudut Pemimpin

Oleh: Sofia Elias ([email protected]) & Khairul Hamimah M.Jodi

([email protected])

Abstrak

“Wise in thinking, Clear in talking, Calm in discussing, Skillful in

persuading, Powerful in carrying out his duties”(Dr. Muhammad Al

Buraey, 1991)

Malaysia hari ini banyak berdiskusi membincangkan tentang Pemikiran Kelas Pertama.

Isu ini kembali hangat dibincangkan apabila Perdana Menteri Malaysia Kelima, Dato’ Seri

Abdullah Ahmad Badawi mengemukakan suatu modul kepada rakyat iaitu Modal Insan.

Menyedari bahawa modal insan adalah elemen terpenting di era ekonomi yang berlandaskan

pengetahuan, kerajaan telah meletakkan modal insan sebagai teras kedua terpenting di dalam Misi

Nasional 2006-2020. Kriteria modal insan yang diharapkan untuk mencapai Misi Nasional adalah

insan yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan

memiliki kekuatan moral. Ini sejajar dengan perkembangan dan kemajuan Malaysia yang ingin

bersaing di peringkat global dan perlu mempunyai sumber manusia yang berkualiti dan produktif.

Oleh itu, peralihan minda kelas ketiga kepada minda kelas pertama merupakan salah satu langkah

untuk mempersiapkan diri bagi memenuhi keperluan pembangunan modal insan yang bermutu

tinggi. Maka proses pemupukan minda kelas pertama ini disasarkan kepada peringkat pendidikan

awal hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu para pelajar, para pendidik, ibu bapa,

pentadbir bahkan para pemimpin sendiri.

Perbincangan kertas kerja ini adalah berkenaan dengan kriteria seorang pemimpin yang

memiliki atau boleh dikategorikan sebagai pemimpin yang mempunyai pemikiran kelas pertama.

Dalam era globalisasi ini yang berpaksikan pengetahuan yang meluas dari pelbagai aspek,

kerajaan menyedari bahawa uasaha berterusan perlu diambil untuk meningkatkan produktiviti dan

kecekapan sumber manusia samada di sektor perkhidmatan awam mahupun di sektor swasta.

Pemimpin dan kepimpinan sejak lama telah ada dan merupakan elemen penting dalam suatu

organisasi / kelompok, samada secara formal ataupun informal. Pemimpin telah lama menarik

perhatain para ilmuan (scientiest) dan para pengamalnya, kerana istilah pemimpin itu sendiri

sering dihubungkaitkan dengan orang-orang yang dinamik dan kuat, yang secara umumnya

memimpin bala tentera, mengendalikan perusahaan samada besar atau kecil, atau menentukan

arah suatu negara bangsa.

Kepimpinan adalah suatu proses menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu

arah yang telah ditentukan melalui dorongan yang tidak memaksa. Kepimpinan yang baik

menggerakkan manusia untuk memenuhi kehendak jangka panjang. Pengarahan itu boleh

menjadi umum seperti menyebarkan Islam ke serata dunia atau khusus seperti mengadakan

persidangan mengenai sesuatu isu. Walaubagaimanapun, cara dan hasilnya haruslah memenuhi

kepentingan manusia yang terlibat dalam kenyataan sebenar dan jangka panjang. Kepimpinan

adalah suatu peranan dan proses mempengaruhi orang lain. Pemimpin adalah sebahagian

daripada ahli kumpulan yang diberi kedudukan yang tertentu dan dijangka bertindak sesuai

dengan kedudukannya serta mempunyai pemikiran yang lebih baik berbanding pengikutnya.

Kertas ini dibentangkan di Seminar Antarabangsa Budaya dan Pemikiran Islam Malaysia – Indonesia 2008,16-17 Jun 2008, Institut Agama Islam Negeri Jamiah Ar-Raniry, Banda Acheh, Indonesia

Pemimpin juga seorang ahli dalam kumpulan yang diharapkan menggunakan pengaruh dalam

melaksana dan mencapai matlamat kumpulan dalam Hisham Altalib (1996).

Namun, persoalannya disini bukanlah ingin mengetahui bagaimana seseorang itu dilantik

menjadi ketua atau apakah karekteristik seseorang yang dilantik menjadi pemimpin. Pokok

persoalan disini ialah ciri-ciri pemikiran kelas pertama yang boleh diterapkan dikalangan

pemimpin. Di dalam melihat pertumbuhan manusia aspek berfikir boleh menjadi petunjuk kepada

pembangunan diri seseorang. Yang lebih penting adalah aspek berfikir yang dapat

menyumbangkan kepada keefisienan dan keberkesanan dalam melakukan pekerjaan tertentu.

Islam mengakui kepentingan pemimpin kepada masyarakat manusia. Nabi

Muhammad S.A.W bersabda bahawa pemimpin sesuatu jemaah adalah pekerjanya. Oleh itu,

seorang pemimpin hendaklah berkhidmat dan menolong orang lain menuju ke hadapan. Beberapa

kriteria penting yang menggambarkan corak pemikiran tinggi dikalangan pemimpin menurut

perspektif Islam ialah pemikiran saintifik, pemikiran berlandaskan sains Qurani, berfikir secara

holistik, futuristik dan berfikiran secara realistik. Daripada analisis yang dikemukakan oleh Idris

Zakaria (1986) dalam Aminuddin Mohd Yusoff (1999), terhadap konsep kenegaraan yang baik

mengikut pandangan Al-Farabi seseorang pemimpin harus mempunyai keupayaan berfikir.

Pemimpin adalah seorang ahli falsafah yang dengan kekuatan daya fikirannya mendapat ilham

yang hampir menyamai wahyu. Bagi Al- Farabi, sesiapa yang dengan kekuatan fitrah mempunyai

kekuatan melebihi orang lain terutama dari segi pemikiran boleh menjadi pemimpin yang

berkeupayaan untuk memimpin, megajar, mendidik dan membimbing ummah ke jalan

kesempurnaan dan kebahagiaan (Idris Zakaria, 1986). Selain itu, para fuqaha dan ulama Islam

telah menjelaskan bahawa salah satu syarat untuk menjadi khalifah atau pemimpin Islam

hendaklah mempunyai ilmu yang membolehkannya berijtihad. Disamping itu hendaklah

pemimpin mempunyai pandangan yang jauh dan bijaksana dalam pimpinan dan menguruskan

negara atau organisasi.

Secara amnya, kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan

manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka dapat bergiat dan berusaha ke arah

mencapai matlamat organisasi. Para pemimpin tidak menekan atau memaksa suatu kumpulan dari

belakang, sebaliknya mereka meletakkan diri dihadapan kumpulan itu sambil memajukan dan

mengilhamkan ahli-ahli kumpulan itu untuk mencapai matlamat organisasi. Sebagai contoh,

seorang pemimpin sebuah pancaragam (orkestra) yang bertugas untuk menghasilkan bunyi-

bunyian yang diselaraskan dengan irama lagu yang betul, memerlukan usaha-usaha kesepaduan

ahli-ahli muzik di dalam orkestranya itu (John C. Maxwell 1993). Tyson & Jackson (1992 : 84)

menambah walaupun kepimpinan dapat didefinisikan sebagai pengaruh yang meliputi transaksi

terus-menerus antara pemimpin dan pengikut. Selain itu beliau berpendapat bahawa terdapat tiga

kondisi yang perlu dipuaskan jika kepimpinan terjadi iaitu (1) pemimpin harus menunjukkan

penyebab terjadinya sesuatu; (2) hubungan antara perilaku pemimpin dan pengaruhnya harus

dapat diamati; serta (3) harus ada perubahan-perubahan perilaku dikalangan anggota organisasi.

Perkara ini diperkuatkan lagi oleh Stogdill (dalam Tyson & Jackson, 1999 : 85) yang menyatakan

beberapa faktor keperibadian pemimpin lebih kuat jika dibandingkan dengan pengikut sehingga

dapat mempengaruhi perilaku pengikut.

Kertas ini dibentangkan di Seminar Antarabangsa Budaya dan Pemikiran Islam Malaysia – Indonesia 2008,16-17 Jun 2008, Institut Agama Islam Negeri Jamiah Ar-Raniry, Banda Acheh, Indonesia

Kepimpinan dalam Islam

Islam mengakui kepentingan pemimpin kepada masyarakat manusia. Nabi Muhammad

S.A.W bersabda bahawa pemimpin sesuatu jemaah adalah pekerjanya. Oleh itu, seorang

pemimpin hendaklah berkhidmat dan menolong orang lain menuju ke hadapan. Beberapa ciri

penting yang menggambarkan kepimpinan Islam adalah seperti berikut (Hisham Altalib, 1996) ;

A. Setia (Wala)

Pemimpin dan pengikut terikat dengan wala terhadap Allah.

B. Matlamat Islam yang menyeluruh (Global)

Pemimpin melihat matlamat organisasi bukan sahaja berdasarkan kehendak kumpulan tetapi

dalam skop objektif Islam yang luas.

C. Mengikut Syariah dan Akhlak Islam

Pemimpin terikat dengan peraturan-peraturan Islam dan boleh terus memegang amanah

kepimpinan selagi ia mengikut perintah Syariah. Semasa mengendalikan urusannya ia mesti

patuh kepada adab-adab Islam khususnya semasa berurusan dengan mush atau lawan.

D. Memberi Thiqah

Pemimpin menerima kuasa sebagai amanah dari Allah yang disertai oleh

tanggungjawab yang besar. Al-Quran menyaranakan pemimpin supaya

melaksanakan tanggungjawabnya kepada Allah dan menunjukkan kabaikan

kepada pengikutnya.

Perbincangan (Hisham Altalib di dalam bukunya Panduan Latihan bagi Petugas Islam

1996 : 63), beliau benpendapat bahawa walaupun pengertian kita terhadap kualiti pemimpin

berbeza, kita dapat perhatikan bahawa setengah-setengah orang dapat mempengaruhi orang lain

dengan bekesan, manakala yang lain tidak dapat melakukannya. Faktor-faktor yang ditemui untuk

menjelaskan sifat-sifat yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin dibahagikan kepada

tiga iaitu ;

a. ciri-ciri yang dibuktikan melalui penyelidikan saintifik,

b. ciri-ciri yang diambil daripada pengalaman eksekutif dan

c. ciri-ciri yang dinyatakan oleh pengikut.

A. Faktor-faktor yang dibuktikan melalui penyelidikan saintifik.

Faktor-faktor ini biasanya diperolehi daripada projek penyelidikan yang dilakukan

terhadap pemimpin-pemimpin yang berjaya, pengurus-pengurus perniagaan, dan usahawan-

uasahawan :

1. Kemampuan Mental : Dia tidak semestinya seorang yang mempunyai kecerdasan

yang luar biasa.

2. Minat dan Kebolehan yang luas : Dia bukan sahaja aktif dalam satu bidang sahaja.

Dia mempunyai kefahaman yang luas, kecenderungan yang banyak dan pelbagai. Dia

seorang yang peka dan mempunyai minat yang luas terhadap kerja-kerja yang

melibatkannya secara langsung, termasuk pelbagai perkara dan aktiviti penting di

persekitarannya. Jelasnya dia seorang yang dikurniakan kelebihan yang luas.

3. Kemahiran Komunikasi : Salah satu gelaran yang diberikan kepada Nabi Muhammad

S.A.W ialah “Orang yang paling fasih berbahasa Arab”. Dalam setiap revolusi

orang yang dapat menyampaikan sesuatu dengan baik boleh memimpin.

4. Kematangan : Seorang pemimpin yang berjaya bebas dari sifat kebudak-budakan,

sikap dan tingkahlakunya adalah tindakan seorang yang dewasa yang

bertanggungjawab dan matang. Dari segi psikologinya, dia seorang yang

menggambarkan kestabilan dan peribadi kepada pengikutnya-pengikutnya.

Kertas ini dibentangkan di Seminar Antarabangsa Budaya dan Pemikiran Islam Malaysia – Indonesia 2008,16-17 Jun 2008, Institut Agama Islam Negeri Jamiah Ar-Raniry, Banda Acheh, Indonesia

5. Kekuatan Motivasi : Dorongan tenaga inisiatif, ketabahan, keupayaan memuliakan

diri sendiri dan pendirian yang tetap telah lama diterima sebagai tanda pemimpin

yang kuat. Pemimpin yang berjaya suka merancang, mengurus dan mengarah usaha

yang lain. Dia mempunyai keinginan yang kuat untuk mencapai sesuatu.

6. Kemahiran sosial : Pemimpin mesti peka terhadap perasaan dan sikap manusia, sama

ada jelas atau tidak; dia mesti tegas untuk mempengaruhi orang lain dengan berkesan.

7. Keupayaan Mentadbir : Kebolehan membayang, memulakan, merancang, menyusun,

mengarah, menyelesaikan, menilai orang lain, memilih, mengajar, merangsang,

mengkaji, meneliti, memerhati, memperbaiki, melihat dengan pandangan yang jauh,

meringkaskan, memutuskan, memastikan kerja dilaksanakan; perkara-perkara ini

merupakan kamhiran yang dipegang oleh pemimpin lebih daripada teknologi.

B. Faktor-faktor yang diambil daripada Pengalaman Eksekutif.

Faktor-faktor yang berikut telah dikutip daripada pengalaman para eksekutif, pemimpin dan

pengurus perniagaan:

i) Kualiti : Para pemimpin seharusnya mempunyai sifat-sifat yang berikut :

1. Akhlak

2. Daya imaginasi

3. Berfikiran sebagai pengurus

4. Sikap adil kepada semua

5. Minat dalam pelbagai bidang

6. Berfikiran sebagai seorang pendidik

7. Emosi yang matang

8. Berfikiran sebagai perancang

9. Menghormati diri sendiri /orang lain

10. Tekun

11. Tegas

12. Sifat tersusun rapi

13. Boleh dipercayai

14. Bersemangat

15. Bertenaga

16. Berfikiran sebagai jurulatih

17. Penulisan dan percakapan yang jelas

18. Logikal

19. Berfikiran pantas dan tajam

20. Bertanggungjawab

21. Sifat sebagai seorang yang kaya

dengan sumber

22. Sifat sebagai seorang penggerak

23. Kreatif, bekerja kuat

24. Kesetiaan kepada semua yang patut

25. Sifat kemanusiaan

ii) Ilmu pengetahuan : Seorang pemimpin perlu mempunyai pengetahuan dalam

perkara seperti berikut

1. Matlamat, prinsip dan objektif organisasi

2. Struktur dan orientasi organisasi

3. Tugas dan tanggungjawab

4. Polisi, amalan dan peraturan organisasi

5. Asas-asas ekonomi

6. Prinsip dan kaedah pengurusan secara saintifik

7. Hasil, proses dan bidang organisasi

8. Perancangan, penjadualan dan pengawasan

9. Keperluan dan kawalan kos

10. Bidang profesional, kerja dan teknikal

11. Keperluan dan kawaln kos

12. Bidng profesional, kerja dan teknikal

13. Keperluan dan kawlan mutu

14. Asas matematik, bahasa dan sains

15. Undang-undang yang penting

16. Piawaian dalam bidang profesional(nya)

Kertas ini dibentangkan di Seminar Antarabangsa Budaya dan Pemikiran Islam Malaysia – Indonesia 2008,16-17 Jun 2008, Institut Agama Islam Negeri Jamiah Ar-Raniry, Banda Acheh, Indonesia

17. Keperluan dan kekuatan peribadinya

18. Seni dan sains pemikiran kreatif

19. Prinsip dan kaedah perhubungan sesama manusia

20. Pemilihan dan perletakan alat, kaedah serta prinsip-prinsip

21. Prinsip-prinsip latihan, bahan dan kaedah

22. Sistem penghargaan dalam organisasi

23. Penjagaan mesin, peralatan dan bahan

24. Fungsi kakitangan dan pelbagai unit

25. Komunikasi

26. Keselamatan di rumah, di tempat kerja dan semasa rehat

27. Manusia, peralatan, bahan dan kaedah

28. Mendapatkan penghasilan yang tinggi, berkualiti dan kos yang murah.

iii) Kemahiran : Seorang pemimpin perlu mempunyai kemahiran dalam bidang-

bidang yang berikut,

1. Pemikiran kreatif

2. Perancangan, pengurusan, perlaksanaan dan tindakan susulan

3. Pengajaran dan latihan

4. Mengarahkan kerja

5. Persiapan bahan, peralatan dan bekalan

6. Pemilihan dan penempatan kakitangan

7. Pemakluman kepada kakitangan

8. Penjagaan kualiti

9. Pengurangan atau pembasmian pembaziran

10. Pengawalan kos

11. Keperluan dan penjagaan mutu

12. Perlaksanaan polisi, kontrak dan peraturan

13. Menjaga kebajikan dan amalan pekerja

14. Kerjasama dengan pihak lain

15. Penyimpana rekod

16. Penguatkuasaan peraturan dan undang-undang

17. Pengendalian kecemasan

18. Penjagaan rumah yang baik

19. Pembelajaran untuk memperbaiki diri secara berterusan

20. Mengemaskini makltmat

21. Menjadi contoh yang baik

22. Memimpin ke arah penghasilan kerja yang tinggi, berkualiti dan pengurangan kos

Kertas ini dibentangkan di Seminar Antarabangsa Budaya dan Pemikiran Islam Malaysia – Indonesia 2008,16-17 Jun 2008, Institut Agama Islam Negeri Jamiah Ar-Raniry, Banda Acheh, Indonesia

Kriteria Pemimpin Pemikiran Kelas Pertama. Satu Cadangan

Berfikir Holistik

Berfikir holistik bermakna berfikir secara menyeluruh dengan melihat kepada semua aspek.

Berfikir holistik memerlukan kita meneliti, mengkaji dan membuat kesimpulan terhadap satu isu

berasaskan maklumat dan fakta yang lebih baik dan menyeluruh. Ini secara tidak langsung dapat

membimbing seseorang berfikir dengan betul, mencari pendekatan yang tepat dan menghasilkan

natijah yang lebih sempurna1.

Masalah salahguna dadah, AIDS/HIV sebagai contoh hari ini memerlukan pemikiran dan

penyelesaian secara holistik. Menawarkan penagih tegar kondom, jarum2 dan metadon

3 tidak

boleh menyelesaikan masalah secara keseluruhan. Ini mungkin boleh mengawal penggunaan

secara sistematik tetapi tiada jaminan boleh mengatasi masalah yang berbangkit secara berkesan4.

Berfikir secara holistik boleh membawa berfikir kepada dua perkara. Pertama, mengenal pasti

sebab permasalahan ini. Kedua, mencarai pendekatan terbaik secara jangka pendek dan juga

secara jangka panjang. Sebab utama permasalahan ini ialah kerosakan cara berfikir. Dalam Islam,

tradisi pendekatan mencegah lebih baik daripada mengubati wajar dijadikan panduan kepada

pemimpin.

Pemimpin yang berfikiran holistik, dapat melihat masalah ini dengan berfikir secara jauh, tidak

gopoh dalam membuat penilaian dan membuat keputusan. Berfikir secara futuristik dan

diseimbangi dengan maklumat, data dan fakta yang seimbang dapat menambahkan lagi kualiti

pemimpin yang cemerlang, disegani dan dihormati.

1 Dr. Sidek Baba, ‘Berfikir Holistik’, Laman Web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba

_03.htm 20/7/06- khamis 2.14pm 2 Program ini telah bermula Januari 2006. Lihat ‘Jarum, Kondom Percuma Mulai Januari’, Laman web

Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0905&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fn

egeri&pg=dn_01.htm&arc=hive 5/9/2005 3 Metadon ialah dadah sintetik yang mempunyai kesan yang sama seperti heroin atau morfin tetapi diambil secara oral

(melalui mulut). Antara kesan positifnya ialah dari segi pengurangan risiko dalam membendung jangkitan HIV kerana

ia tidak perlu disuntik seperti dadah heroin lantas tidak akan berlaku perkongsian jarum. Untuk lebih lanjut lihat: ‘Apa

itu Metadon’, laman web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1011&pub=utusan_malaysia&sec=laporan%5Fkhas&pg=l

k_02.htm&arc=hive bertarikh 11/10/2005. Rawatan ini mula diperkenalkan pada penagih pada bulan Oktober 2005.

Lihat ‘Rawatan Metadon Bermula Bulan Ini’ Laman web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1011&pub=utusan_malaysia&sec=laporan%5Fkhas&pg=l

k_01.htm&arc=hive 11/10/2005. rawatan ini menelan kos berjumlah RM1.6juta. 4 Walaupun ada di antara penagih yang mengakui metadon mengurangkan ketagihan namun laporan menunjukkan

seramai 10,949 penagih dadah baru dikesan di seluruh negara sejak Januari hingga Mei tahun 2006 iaitu peningkatan

sebanyak 4.5 peratus berbanding 10,473 orang dalam tempoh sama tahun 2005. Lihat ‘Penagih dadah baru bertambah

di seluruh negara’. Laman web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0718&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=

dn_09.htm&arc=hive 18/7/2006 dan Kementerian Kesihatan menganggarkan 300,000 warga Malaysia akan dijangkiti

HIV/AIDS menjelang tahun 2015. Lihat ‘300,000 dijangka dijangkiti HIV/AIDS tahun 2015’, Laman web Utusan

Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0313&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=

dn_07.htm&arc=hive 13/3/2006. Ini diperkukuhkan lagi laporan akhbar bertarikh 7/6/2007 menyatakan 30% belia,

remaja positif HIV. Lihat ‘30 peratus belia, remaja positif HIV’, Laman web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0607&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn

_09.htm 7/6/07

Kertas ini dibentangkan di Seminar Antarabangsa Budaya dan Pemikiran Islam Malaysia – Indonesia 2008,16-17 Jun 2008, Institut Agama Islam Negeri Jamiah Ar-Raniry, Banda Acheh, Indonesia

Berfikir Islami

Manusia berfikir berdasarkan apa yang dilihat, diketahui, dibaca, didengari, ditonton dan ditatap

apa sahaja dalam kehidupan. Walaubagaimanapun Islam tidak sahaja mengajar berfikir asal

berfikir, tetapi berfikir harus mengandungi maksud dan dihubungkan dengan sumber dan isi agar

lebih bermakna. Ini secara tidak langsung akan membawa kepada asas perimbangan.

Perimbangan memerlukan perkara maaruf dan mungkar, khabar berita dan peringatan, salah dan

benar, berpahala dan dosa. Natijahnya, manusia amnya dan pemimpin khususnya akan berfikir

lebih baik dan membawa satu sumbangan yang baru5.

Berfikir Islami mestilah bersandarkan kepada faktor akidah, ibadat, akhlak serta syariah6. Akidah

yang mantap akan memberi kesan kepada ibadat. Akhlak pula akan memberi asas nilai nilai

dalam berfikir, dan syariah pula akan dipandu oleh wahyu dan fikiran manusia akan dipimpin

oleh elemen-elemen tersebut. Jika dilihat orang Barat berfikir satu ‘benda’ hanya dalam satu

batasan benda, tetapi orang Islam berfikir disebalik ‘benda’ itu berlaku dan mengaitkannya

dengan satu kejadian, penciptaan dan hikmah disebalinya. Sebagai contoh masalah bencana alam

sekitar7, masalah pergolakan sosial dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu berfikir secara Islami memerlukan ilmu pembangunan insan. Ukuran

kemajuan Islam bukanlah berdasarkan kemajuan benda semata-mata kerana benda itupun

asalnnya merupakan ciptaan Allah juga. Hanya benda-benda yang diolah dengan baik akan

berguna sekiranya faktor keinsanan itu diambil kira dan ini akan selaras dengan kemajuan Islam

itu sendiri yang juga mementingkan kualiti manusianya yang amanah, jujur, adil dan bijaksana.

Berfikir Secara Kreatif

Berfikir secara kreatif memberi maksud idea asas dikembangkan, ditumbuhkan dan akhirnya

mengeluarkan idea-idea baru bagi satu masalah atau keadaan. Berfikir secara kreatif ini boleh

membawa seseorang kepada jalan yang baik dan tidak baik. Seorang pemimpin bukan sahaja

akan menerima cadangan daripada pekerja bawahannya tetapi dia juga akan mencari, mengumpul

5 Dr. Sidek Baba, ‘Berfikir Islami’, Laman Web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba

_02.htm 10/8/06- khamis 6 Dr. Sidek Baba, Ibid

7 Kejadian tanah runtuh contohnya yang berkaku pada 22 Mac 2006 di Presint 9, Putrajaya yang dikatakan

berpunca daripada kenaikan paras air bawah tanah dalam cerun bukit bersebelahan. Lihat ‘Paras air bawah

tanah naik punca tanah runtuh’, Laman web Utusan Online :

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0331&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fn

egeri&pg=dn_04.htm&arc=hive bertarikh 31/3/2007 dan Lihat ‘200 bertempiaran lari, tanah runtuh di

Putrajaya’, Laman web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0323&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fh

adapan&pg=mh_02.htm&arc=hive bertarikh 23/3/2007. begitu juga kes tanah runtuh di lereng bukit

berhampiran rumah kakitangan Syarikat Bekalan Air (Syabas) di Jalan Sultan Salahudin pada 4/5/2007

yang dikatakan berpunca daripada kebocoran paip air di tepi kediaman berkenaan. Lihat ‘Tanah runtuh, 4

keluarga selamat’, Laman web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0505&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fn

egeri&pg=dn_06.htm&arc=hive bertarikh 5/5/2007. Banyak lagi masalah bencana alam yang berlaku

seperti banjir kilat di Kuala Lumpur yang masih terus membelengu warga kota

Kertas ini dibentangkan di Seminar Antarabangsa Budaya dan Pemikiran Islam Malaysia – Indonesia 2008,16-17 Jun 2008, Institut Agama Islam Negeri Jamiah Ar-Raniry, Banda Acheh, Indonesia

bukti, membuat kajian dan penyelidikan, berbincang dan meminta pendapat daripada orang lain

dan akhirnya membuat analisis dan mencari jawapan terhadap permasalahan yang berlaku8

Jika kita lihat bagaimana Barat membangun, mereka melakukan dominasi dalam kreativiti sains

dan teknologi. Cara ini diikuti oleh Jepun sehingga mengangkat martabat negara mereka dan

disegani oleh Barat sendiri. Seterusnya ditiru oleh Cina dan India untuk menjadi negara maju dan

berkuasa besar. Seharusnya tindakan ke arah kebaikan ini diambil oleh pemimpin negara kita

untuk memakmurkan dan memajukan sektor-sektor yang agak ketinggalan seperti pertanian,

penciptaan jentera dan kenderaan berat, bioteknologi dan sebagainya.

Masalah sosial yang semakin menjadi-menjadi seperti isu mat rempit memerlukan pendekatan

yang kreatif untuk menangani masalah ini. Daripada memperkenalkan sukan malam9 untuk

mereka lebih baik melatih mereka untuk sukan berbentuk ekstrim dan menjadikan mereka sebagai

wakil negara Malaysia ke peringkat antarabangsa. Jika kita boleh memanupulasikan kekreatifan

mat rempit ini dengan mengubah suai motor mereka, Kementerian Belia dan Sukan bolehlah

membina Institut Kemahiran Penciptaan Kenderaan Bermotor misalnya, dengan mengambil mat

rempit ini sebagai tenaga kerja dan menghasilkan penciptaan motor baru berjenama Malaysia atau

mengadakan kerjasama dengan pihak media elektronik untuk mewujudkan program realiti ‘siapa

paling kreatif’.

Sehubungan dengan itu, pemimpin yang berfikiran kreatif mampu untuk menangani

permasalahan negara, membuat dasar dan undang-undang dengan lebih teliti dengan mengambil

kira dari pelbagai sudut.

Berfikir Qurani

Al-Quran merupakan sumber ilmu dan hikmah. Daripadanya terdapat banyak kisah yang boleh

dijadikan pengajaran, terdapat juga prinsip untuk dijadikan sumber ikutan dan pedoman untuk

dijadikan amalan. Al-Quran merupakan pintu mengajak manusia berfikir tentang diri, alam

kejadian dan kehidupan yang secara tidak langsung al-Quran banyak mengajar manusia berfikir.

Berfikir Qurani bermaksud bagaimana menjadikan sumber, hukum, pengajaran dijadikan

pedoman berfikir tentang sesuatu10

. Sebagai contohnya sekiranya tidak berusaha pasti tidak akan

berjaya. Al-Quran banyak mengajar kita bagaimana untuk berjaya dalam kehidupan yang

termasuk juga kerjaya kita. Antaranya ialah sabar, amanah, jujur, berterus terang, memberi

manfaat kepada orang lain dan yang paling penting berusaha, diikuti berdoa dan bertawakal.

Sekiranya pemimpin berfikir begini pasti negara tidak akan menghadapi pelbagai masalah dalam

kalangan pemimpin lebih-lebih lagi apabila tiba waktu pemilihan wakil, mesyuarat agung,

perlantikan jawatan dan sebagainya.

8 Dr. Sidek Baba, ‘Berfikir kreatif’, Laman Web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0629&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=

ba_03.htm&arc=hive 29/6/2006, Khamis 9 Herman Hamid, ‘Program sukan malam dua kali sebulan’, Laman web Utusan Online :

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0211&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fn

egeri&pg=dn_10.htm&arc=hive 11/2/2007, Ahad 10

Dr. Sidek Baba, ‘Berfikir Qurani’, Laman Web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0817&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba

_02.htm 18/8/06, Khamis

Kertas ini dibentangkan di Seminar Antarabangsa Budaya dan Pemikiran Islam Malaysia – Indonesia 2008,16-17 Jun 2008, Institut Agama Islam Negeri Jamiah Ar-Raniry, Banda Acheh, Indonesia

Al-Quran mengandungi sumber ilmu kemasyarakatan, politik, pentadbiran, kekeluargaan, alam

persekitaran, pendidikan dan lain-lain. Pemimpin seharusnya menghayati dan memahami

seterusnya menerapkan sumber-sumber tersebut di dalam diri mereka untuk memastikan mereka

terus menerajui pucuk pimpinan negara.

Punca segala masalah kini berkait rapat dengan akhlak manusia. Tanpa akhlak, manusia akan

menghadapi maslah dalam kehidupan. Sebab itu al-Quran memberikan pedoman tentang

pergaulan, kekeluargaan, muamalah supaya menjadi tunjang dalam pembinaan diri, keluarga dan

masyarakat. Malah Nabi Muhmammad s.a.w sendiri diutus untuk bertujuan untuk

menyempurnakan akhlak manusia dan sewajarnya dicontohi oleh pemimpin bagi memastikan

negara maju menurut kehendak Islam itu sendiri.

Kesimpulan

Minda merupakan anugerah Allah yang agung kepada manusia. Daripadanya dapat membezakan

manusia dan haiwan, daripadanya juga manusia dapat menguasai dunia sama ada memakmurkan

atau sebaliknya. Bahkan pada zaman ini kekuatan yang utama dalam menentukan kejayaan

kepada sesuatu bangsa mahupun negara adalah keupayaan minda mereka.

Apa yang menjadi maslah dalam dunia Islam kini, majoriti umat Islam tidak menggunakan minda

mereka sebaik yang mungkin, tetapi hanya menggunakan minda mereka dalam lingkaran yang

sempit. Hasilnya, umat Islam hidup hidup dalam kesempitan sekalipun mereka berada dalam

negara yang luas. Situasi ini terjadi apabila diri mereka dikongkong oleh pemikiran-pemikiran

yang negatif dan statik.

Sehubungan dengan itu, minda yang dianugerahkan oleh Allah perlu dilatih untuk berfikir secara

positif tidak kira dalam mempelajari ilmu keagamaan ataupun keduniaan. Ini bertepatan dengan

cita-cita negara yang mahukan Malaysia mempunyai Melayu glokal iaitu Melayu yang berakar

nasional, hebat dalam negara dan mempunyai minda yang cemerlang ke peringkat antarabangsa.

Oleh itu, minda umat Islam am khasnya dan pemimpin khususnya perlu dipacu dengan ilmu

pengetahuan, serta wajar diasah dan diasuh agar berfikir mencipta kegemilangan. Ini hanya

dengan kerangka minda yang betul, kita boleh berhadapan dengan dunia yang serba mencabar.

Kertas ini dibentangkan di Seminar Antarabangsa Budaya dan Pemikiran Islam Malaysia – Indonesia 2008,16-17 Jun 2008, Institut Agama Islam Negeri Jamiah Ar-Raniry, Banda Acheh, Indonesia

Bibliografi

A. Mohd Rahimin Sihat, ‘Berhijrah kepada minda kelas pertama’, Laman Web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=

Rencana&pg=re_03.htm ,19/1/2007, Jumaat

Dr. Sidek Baba, ‘Berfikir Holistik’, Laman Web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=

Bicara_Agama&pg=ba_03.htm 20/7/06- khamis

Dr. Sidek Baba, ‘Berfikir Islami’, Laman Web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=

Bicara_Agama&pg=ba_02.htm 10/8/06- khamis

Dr. Sidek Baba, ‘Berfikir Kreatif’, Laman Web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0629&pub=utusan_malaysia&sec=bi

cara%5Fagama&pg=ba_03.htm&arc=hive 29/6/2006 - khamis

Dr. Sidek Baba, ‘Berfikir Proaktif’, Laman Web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=

Bicara_Agama&pg=ba_02.htm 2/8/06 kamis

Dr. Sidek Baba, ‘Berfikir Rasional’, Laman Web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=

Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

6/7/06- khamis

Dr. Sidek Baba, ‘Berfikir Saintifik Qurani’, Laman Web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0907&pub=Utusan_Malaysia&sec=

Bicara_Agama&pg=ba_02.htm 7/9/06 khamis

Dr. Sidek Baba, ‘Celik Minda Celik Hati’, Laman Web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=

Bicara_Agama&pg=ba_02.htm 11/1/07 kamis

Dr. Sidek Baba, ‘Membina Kemahiran Berfikir’, Laman Web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=

Bicara_Agama&pg=ba_01.htm 2/11/06 khamis

Dr. Sidek Baba, ‘Berfikir Qurani’, Laman Web Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0817&pub=Utusan_Malaysia&sec=

Bicara_Agama&pg=ba_02.htm 18/8/06-khamis

Herman Hamid, ‘Program sukan malam dua kali sebulan’, Laman web Utusan Online :

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0211&pub=utusan_malaysia&sec=d

alam%5Fnegeri&pg=dn_10.htm&arc=hive 11/2/2007, Ahad

Kertas ini dibentangkan di Seminar Antarabangsa Budaya dan Pemikiran Islam Malaysia – Indonesia 2008,16-17 Jun 2008, Institut Agama Islam Negeri Jamiah Ar-Raniry, Banda Acheh, Indonesia

Laman Web Utusan Online:

‘Jarum, Kondom Percuma Mulai Januari’,

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0905&pub=utusan_malaysia&sec=d

alam%5Fnegeri&pg=dn_01.htm&arc=hive, 5/9/2005, Isnin

‘Apa itu Metadon’,

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1011&pub=utusan_malaysia&sec=la

poran%5Fkhas&pg=lk_02.htm&arc=hive , 11/10/2005, Selasa

‘Rawatan Metadon Bermula Bulan Ini’

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1011&pub=utusan_malaysia&sec=la

poran%5Fkhas&pg=lk_01.htm&arc=hive ,11/10/2005, Selasa

‘Penagih dadah baru bertambah di seluruh negara’.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0718&pub=utusan_malaysia&sec=d

alam%5Fnegeri&pg=dn_09.htm&arc=hive, 18/7/2006, Selasa

‘300,000 dijangka dijangkiti HIV/AIDS tahun 2015’,

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0313&pub=utusan_malaysia&sec=d

alam%5Fnegeri&pg=dn_07.htm&arc=hive ,13/3/2006, Isnin

‘30 peratus belia, remaja positif HIV’,

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0607&pub=Utusan_Malaysia&sec=

Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm ,7/6/07, Khamis

‘Paras air bawah tanah naik punca tanah runtuh’,

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0331&pub=utusan_malaysia&sec=d

alam%5Fnegeri&pg=dn_04.htm&arc=hive ,31/3/2007, Sabtu

‘200 bertempiaran lari, tanah runtuh di Putrajaya’,

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0323&pub=utusan_malaysia&sec=m

uka%5Fhadapan&pg=mh_02.htm&arc=hive , 23/3/2007, Khamis

‘Tanah runtuh, 4 keluarga selamat’,

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0505&pub=utusan_malaysia&sec=d

alam%5Fnegeri&pg=dn_06.htm&arc=hive , 5/5/2007, Sabtu