organisasi dan pentadbiran 1 m01 - AWS

30
ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01 1 1.1 Pengenalan Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dengan pengambilan orang-orang Melayu dari Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Negeri-negeri Selat di Singapura. Kanun Straits Settlement No 3 tahun 1934, memberi kuasa untuk menubuhkan ‘The Straits Settlement Royal Naval Volunteer Reserve’ (SSRNVR) pada 27 April 1934. SSRNVR kemudian dikenali sebagai Malayan Royal Navy Volunteer Reserve (MRNVR). Keanggotaan pasukan simpanan ini sebelum Perang Dunia Kedua ialah seramai 650 laskar terdiri daripada anak tempatan dan 158 Pegawai Inggeris. Pasukan ini diperbesarkan pada tahun 1938 dengan penubuhan cawangan Pulau Pinang dan ditukarkan nama kepada Pasukan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya. Pasukan ini dikerah sepenuh masa untuk pertama kali pada 4 September 1939. Gambar Sempena Pertukaran Nama Kepada Tentera laut Diraja Malaysia Pada akhir modul peserta kursus memahami Pelajaran Pentadbiran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pentadbiran Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Laut, Pakaian Seragam Lain-Lain Pangkat (LLP) TLDM/PKBM (L), Kepakaran dan Pangkat LLP TLDM serta Watch and Station Bill. 1. Menerangkan Pentadbiran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). 2. Menerangkan Pentadbiran Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Laut. 3. Menerangkan Pakaian Seragam Lain-Lain Pangkat (LLP) TLDM/PKBM (L). 4. Menerangkan Kepakaran dan Pangkat LLP TLDM. 5. Menerangkan Watch and Station Bill. Tajuk Pelajaran 1. Pentadbiran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) HASIL MODUL HASIL PEMBELAJARAN

Transcript of organisasi dan pentadbiran 1 m01 - AWS

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

1

1.1 Pengenalan

Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dengan pengambilan orang-orang Melayu dari Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Negeri-negeri Selat di Singapura. Kanun Straits Settlement No 3 tahun 1934, memberi kuasa untuk menubuhkan ‘The Straits Settlement Royal Naval Volunteer Reserve’ (SSRNVR) pada 27 April 1934. SSRNVR kemudian dikenali sebagai Malayan Royal Navy Volunteer Reserve (MRNVR). Keanggotaan pasukan simpanan ini sebelum Perang Dunia Kedua ialah seramai 650 laskar terdiri daripada anak tempatan dan 158 Pegawai Inggeris. Pasukan ini diperbesarkan pada tahun 1938 dengan penubuhan cawangan Pulau Pinang dan ditukarkan nama kepada Pasukan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya. Pasukan ini dikerah sepenuh masa untuk pertama kali pada 4 September 1939.

Gambar Sempena Pertukaran Nama Kepada Tentera laut Diraja Malaysia

Pada akhir modul peserta kursus memahami Pelajaran Pentadbiran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pentadbiran Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Laut, Pakaian Seragam Lain-Lain Pangkat (LLP) TLDM/PKBM (L), Kepakaran dan Pangkat LLP TLDM serta Watch and Station Bill.

1. Menerangkan Pentadbiran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). 2. Menerangkan Pentadbiran Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Laut. 3. Menerangkan Pakaian Seragam Lain-Lain Pangkat (LLP) TLDM/PKBM (L). 4. Menerangkan Kepakaran dan Pangkat LLP TLDM. 5. Menerangkan Watch and Station Bill.

Tajuk Pelajaran

1. Pentadbiran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

HASIL MODUL

HASIL PEMBELAJARAN

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

2

Untuk memperkuatkan pertahanan Tanah Melayu, pengambilan secara berkumpulan bermula pertengahan tahun 1939 di HMS PELANDOK yang menjadi pangkalan dan Pusat Latihan Malay Navy. Menjelang Perang Dunia Kedua, seksyen Melayu di bawah kepimpinan Lt Kdr H.Vickers, dalam Royal Navy telah ditubuhkan dan kekuatan pasukan ini mencapai jumlah 1430 anggota pada tahun 1941. Selepas kejatuhan Singapura pada tahun 1942, seramai 150 orang anggota Tentera Laut Malaya telah berundur ke Ceylon, India dan Afrika Timur. Anggota -anggota ini kembali ke Malaya apabila perang tamat. Malangnya disebabkan kekurangan kewangan selepas perang, Tentera Laut Malaya telah dibubarkan pada bulan April 1947.

Setelah HMS PELANDOK musnah akibat serangan Tentera Udara Jepun pada 11 Februari 1942, anak-anak kapal yang terselamat dikumpulkan bersama anggota MRNVR di HMS LABURNUM yang berpangkalan di Teluk Air Basin, Singapura. Setelah tamat perang, semua pasukan sukarela tempatan termasuk MRNVR dibubarkan pada 26 Februari 1946 sementara pasukan Malay Navy pula dibubarkan pada 27 April 1947.

Pada 24 Disember 1948, Ordinan Pasukan Tentera Laut Malaya 1948 diluluskan oleh Majlis Perundangan Singapura, diikuti dengan Warta Peraturan Pasukan Tentera Laut Malaya 1949 pada 4 Mac 1949. Pasukan Tentera Laut Malaya atau Malayan Naval Force (MNF) yang diperintah oleh Captain H.E.H Nicholls telah mendapat sebuah kapal latihan, HMS TEST, daripada Kerajaan Britain. Pada 8 April tahun yang sama, Kerajaan Britain telah menderma sebuah “landing craft tank” yang kemudiannya ditauliahkan sebagai HMS PELANDOK.

Apabila darurat tercetus pada tahun 1948, Tentera Laut Malaya telah dihidupkan semula dan diwartakan pada 4 Mac 1949. Tentera Laut Malaya dianugerahkan gelaran Diraja oleh baginda Queen Elizabeth II dan perubahan nama Royal Malayan Navy selesai pada 29 Ogos 1952. Tentera Laut Diraja Malaya yang selama ini menjadi sebahagian daripada Royal Navy telah dipindahkan dari Singapura ke Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Serentak dengan ini, panji-panji Royal Navy telah ditukarkan dengan panji-panji Persekutuan Tentera Laut Diraja Malaya. Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ia dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia dan bendera putih berlambangkan TLDM telah berkibar buat pertama kali menggantikan bendera biru Tentera Laut Diraja British.

Perkembangan Tentera Laut Diraja Malaysia dalam dekad 70an dengan zaman pembaharuannya adalah berhubungkait, baik dari segi urutan peristiwanya, mahupun dari aspek kepimpinannya. Justeru, di dalam zaman pembaharuan banyak urutan peristiwa berkisar di dalam dekat 70an. Sejajar dengan pembesaran Angkatan Tentera, pada 1hb Jan 1973 Menteri Pertahanan Tun Abdul Razak bin Hussein telah mengumumkan kenaikan pangkat beberapa orang pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia. Di antara pegawai-pegawai itu ialah Komander Dato' K. Tbanabalasingam telah dinaikkan ke pangkat Laksamana Muda,dan Komander Udara Dato' Sulaiman bin Sujak (Ketua Turus Tentera Udara) dinaikkan ke pangkat Naib Marsyal Udara. Setahun kemudian, iaitu pada 1 Februari 1974 Kepten Mohamad Zain bin Mohamad Salleh TLDM telah dinaikkan ke pangkat Komander, menjawat jawatan Timbalan Ketua Turus Tentera Laut.

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

3

Sejak penubuhannya, TLDM telah melaksanakan pelbagai modenisasi dalam memikul tanggungjawab yang digalas. Keupayaan dan kekuatan TLDM ketika itu terdiri daripada pangkalan operasi dan latihan iaitu KD MALAYA di Woodlands, Singapura serta beberapa buah kapal penyapu periuk api yang diambil alih daripada Kerajaan British.

Pembelian kapal-kapal peronda yang lebih besar selepas tahun 1967 menambahkan lagi kekuatan TLDM. Bagi melengkapi kemampuan armadanya, TLDM telah melaksanakan pembelian kapal penyerang laju yang dilengkapi dengan peluru berpandu dari beberapa Negara Eropah pada awal tahun 1970-an. Pada 23 September 1976, peluru berpandu jenis Exocet MM38 dilancarkan buat pertama kali oleh kapal KD PERDANA dalam satu latihan ex TAMING SARI di Laut China Selatan dan tepat mengenai sasarannya sejauh 21.6 bn.

Dua buah kapal Offshore Patrol Vessel (OPV) buatan tempatan dan Korea Selatan telah dibeli pada tahun 1984 untuk mengawal perairan Kawasan Zon Ekonomi Eksklusif. Pada April 1985 dua buah kapal Corvette (Kasturi Class) buatan Jerman Barat telah mula beroperasi di dalam Armada TLDM dalam memperlengkapkan keupayaan armadanya. Dalam meningkatkan keupayaan peperangan menangkis ranjau kerajaan telah membuat pembelian Mine Counter Measure Vessel (MCMV) dari Itali pada tahun 1986. 1.2 Penubuhan Markas Pemerintahan Armada Timur dan Markas Pemerintahan Armada Barat

Tentera Laut Diraja Malaysia telah melaksanakan Pelancaran Penubuhan

Markas Pemerintahan Armada Timur dan Armada Barat pada 27 April 2017. Pelancaran ini dilihat sebagai satu keperluan penting dan kritikal bagi memastikan kedaulatan di kawasan perairan negara sentiasa terpelihara. Penubuhan itu juga sejajar dengan pelaksanaan teras hala tuju kementeriannya yang menekankan aspek kesiapsiagaan serta keselamatan negara berada pada tahap tertinggi.

Lokasi Markas Pemerintahan Armada Timur dan Armada Barat

Markas Pemerintahan

Armada Timur

Markas Pemerintahan

Armada Barat

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

4

Sebelum penubuhannya, segala penugasan operasi di kawasan perairan Semenanjung, Sabah dan Serawak dilaksanakan serta dipantau di Markas Pemerintahan Armada yang berpangkalan di TLDM Lumut, Perak. Melalui pelaksanaan sistem pemerintahan dua wilayah ini, penugasan operasi di perairan Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan di Markas Pemerintahan Armada Timur yang berpangkalan di TLDM Teluk Sepanggar manakala perintah dan kawalan operasi di kawasan perairan Semenanjung kekal di Pangkalan TLDM Lumut.

Penubuhan Markas Pemerintahan Armada Timur dan Armada Barat adalah sejajar dengan Pelan Transformasi 15 kelima yang dilaksanakan oleh TLDM. Selain mengurangkan bilangan pengkelasan kapal daripada 15 kepada lima. TLDM turut merancang penyusunan semula pengurusan organisasi serta aset dari semasa ke semasa bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keberkesanan entiti.

Penubuhan markas pemerintahan ini turut seiring dengan penubuhan Markas Pemerintahan Medan Barat di Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Markas Pemerintahan Medan Timur di Kuching, Sarawak oleh Tentera Darat serta penubuhan Markas Wilayah Udara 1 di Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Markas Wilayah Udara 2 di Labuan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.

1.3 Misi, Visi dan Cogankata TLDM

a. Misi - Melindungi Kedaulatan dan Kepentingan Maritim Negara

Penerangan: Misi ini bermaksud tugas khas yang telah dipertanggungjawabkan dalam menyedia dan mengatur gerak angkatan laut untuk memastikan keselamatan perairan negara semasa aman dan memastikan kemenangan ketika perang.

b. Visi - Menjadi Sebuah Angkatan Laut yang Kredibel dan Versatil Menjelang 2030

Penerangan: Visi ini bermaksud TLDM berhasrat untuk menjadi sebagai sebuah angkatan laut yang sentiasa bersiap sedia dalam aspek operasi, sumber manusia yang berkeupayaan dan pengurusan projek yang cemerlang

c. Cogankata TLDM - SEDIA BERKORBAN

Penerangan: Siap atau sanggup menghadapi sebarang kesulitan dan dengan sukarela kehilangan sesuatu walau nyawa sekalipun demi untuk kepentingan nusa dan bangsa

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

5

1.4 Organisasi TLDM

KD SRI TAWAU SKTLDM Kota Kinabalu Pejabat Wakil Tentera Laut Kuching Unit Udara Kota Kinabalu

MARKAS PEMERINTAHAN ARMADA TIMUR

PANGLIMA ARMADA TIMUR

MARKAS PEMERINTAHAN PASUKAN SIMPANAN TLDM

= Dalam perancangan hadapan

SRI KUANTAN Depot Peluru dan Bahan Letupan Wilayah Laut 1 Depot Logistik Wilayah Laut 1 SKTLDM Kuantan PROTELA Kuantan Kapal-Kapal di Tg Gelang

Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah Stn Lima TLDM Stn Uniform TLDM Stn Mike TLDM Stn Sierra TLDM Stn Papa TLDM Kapal-Kapal di Sabah

KD SULTAN BADLISHAH Depot Logistik Wilayah Laut 3 Unit Bantuan Utara TLDM Pejabat Wakil Tentera Laut Pulau Pinang SKTLDM Langkawi PROTELA Langkawi Kapal-Kapal di Langkawi

Pusat Latihan Kapal Selam Skn Kapal Selam

KD PANGLIMA HITAM KD SRI SEMPORNA

KD PELANDOK KD SULTAN ISMAIL KD SULTAN IDRIS I Pusat Kepimpinan TLDM Skn Kapal Latihan

Depot Senggara Armada Barat Depot Bekalan Armada Barat Depot Bantuan Barat Depot Peluru dan Bahan Letupan Barat Depot Kenderaan TLDM

KD DUYONG Skn Kapal Penangkis Periuk Api

KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH Skn Kapal Hidro

KD MALAYA Wisma Samudera PROTELA Lumut PPU TLDM Lumut - - - 96 HAT Lumut

= Saluran pemerintahan pentadbiran

KD SRI PINANG KD SRI MANJUNG KD SRI KLANG KD SRI MEDINI KD SRI LIKAS PALAPES UUM PALAPES USM PALAPES UM PALAPES UPM PALAPES UiTM PALAPES UTM PALAPES UMP PALAPES UMT PALAPES UMS PALAPES ALAM

Struktur Organisasi TLDM

SKTLDM Lumut SKTLDM Sitiawan SKTLDM Parit Kapal-Kapal di Lumut

MARKAS PEMERINTAHAN ARMADA BARAT

PANGLIMA ARMADA BARAT

KD RAJAWALI Skn 501 (LYNX) Skn 502 (FENNEC)

MARKAS WILAYAH LAUT 1

PANGLIMA WILAYAH LAUT 1 MARKAS WILAYAH

LAUT 2 PANGLIMA WILAYAH LAUT 2

MARKAS WILAYAH LAUT 3

PANGLIMA WILAYAH LAUT 3

MARKAS UDARA TLDM

PANGLIMA UDARA TLDM

PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

KETUA PENGARAH HIDROGRAFI

MARKAS PEMERINTAHAN PENDIDIKAN DAN

LATIHAN TLDM PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN

PSTL SETIU PSTL KUANTAN PSTL KUCHING PSTL LABUAN PSTL SANDAKAN PSTL TAWAU

MARKAS PANGKALAN LUMUT

KOMANDER PANGKALAN

MARKAS LOGISTIK BARAT

PANGLIMA LOGISTIK BARAT

Depot Senggara Armada Timur Depot Bekalan Armada Timur Depot Bantuan Timur Depot Peluru dan Bahan Letupan Timur

MARKAS LOGISTIK TIMUR

PANGLIMA LOGISTIK TIMUR

MARKAS PEMERINTAHAN KAPAL SELAM

PANGLIMA KAPAL SELAM

MARKAS PEMERINTAHAN PASUKAN KHAS LAUT

PANGLIMA PASUKAN KHAS LAUT

N1 - 1 BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

N1 - 2 BAHAGIAN PENTADBIRAN

N2 BAHAGIAN PERISIKAN LAUT

N3 BAHAGIAN OPERASI DAN EKSESAIS

N4 – 1 BAHAGIAN MATERIEL N10 BAHAGIAN INSPEKTORAT JENERAL

N4 – 2 BAHAGIAN KEJURUTERAAN

N5 BAHAGIAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN

N6 BAHAGIAN KOMUNIKASI DAN SISTEM INFORMASI

N7 BAHAGIAN PERHUBUNGAN STRATEGIK

N8 BAHAGIAN PASUKAN SIMPANAN TLDM

KETUA STAF MARKAS TENTERA LAUT

PANGLIMA TENTERA LAUT

TIMBALAN PANGLIMA TENTERA LAUT

MARKAS SELAM DAN PEPERANGAN PERIUK API

KOMANDER PUSTAKMAR

MARKAS PANGKALAN KOTA KINABALU

KOMANDER PANGKALAN

KD SRI KOTA KINABALU PROTELA Kota Kinabalu PPU TLDM Kota Kinabalu

- - - HAT Kota Kinabalu

PANGKALAN OPERASI HADAPAN SANDAKAN

KOMANDER PANGKALAN OPERASI HADAPAN

KD SRI SANDAKAN

MARKAS WILAYAH LAUT 4

TIMBALAN PANGLIMA ARMADA BARAT

TIMBALAN PANGLIMA ARMADA TIMUR

Lampiran: 1. Struktur Organisasi Markas Tentera Laut. 2. Struktur Organisasi Markas Pemerintahan Armada Barat. 3. Struktur Organisasi Markas Pemerintahan Armada Timur.

* Lampiran 1

* Lampiran 2 * Lampiran 3

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

6

2.1 Pengenalan

Kegiatan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) bermula dengan

tertubuhnya Ordinan Kor Kadet Persekutuan Tanah Melayu 1952 (No.46). Ordinan tersebut telah diganti dengan Akta Pasukan Kadet Bersatu Malaysia 1967 (Akta 417) - Disemak 1989. Berdasarkan Akta ini Menteri Pelajaran selepas berunding dengan Majlis Angkatan Tentera (MAT) diberi kuasa untuk membuat kaedah-kaedah berhubung dengan:

a. Tahap latihan yang perlu dijalani dan taraf yang perlu dicapai oleh anggota-anggota PKBM (L) dari semasa ke semasa. b. Kehadiran anggota untuk latihan dan kursus. c. Pakaian seragam, senjata dan kelengkapan pasukan. d. Kelulusan keselamatan untuk anggota-anggota. Akta ini juga membolehkan MAT mengeluarkan perintah-perintah tetap atau peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah berhubung dengan pengelolaan, pentadbiran dan latihan menyeluruh pasukan khususnya perkara-perkara berikut: a. Pengeluaran dan penggunaan senjata, peralatan, bahan letupan, bekalan, pakaian dan kelengkapan. b. Penyata-penyata, buku-buku dan surat menyurat. c. Penyediaan kapal untuk latihan laut.

2.2 Matlamat

Matlamat PKBM (L) adalah untuk melahirkan individu yang sihat, berdisiplin, patriotik dan mempunyai daya kepemimpinan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan memberi kesedaran terhadap budaya maritim TLDM.

2.3 Pendekatan

PKBM (L) ditubuhkan bagi mencapai matlamat di atas, pendekatan berikut diambil untuk memberi kesedaran kepada generasi muda terhadap budaya maritim dan pengenalan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) termasuk:

a. Mengadakan aktiviti fizikal seperti aktiviti kelautan dan pelayaran. b. Mengadakan kelas dan aktiviti yang membina disiplin seperti

Tajuk Pelajaran

2. Pentadbiran Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Laut

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

7

latihan kawad. c. Melaksanakan tugas dan aktiviti yang membina daya kepimpinan yang berkualiti seperti aktiviti pengembaraan dan kepimpinan amali.

d. Menerap dan membina sikap bertanggungjawab melalui pembahagian penugasan. e. Mengadakan aktiviti maritim yang melambangkan TLDM. f. Mengadakan aktiviti untuk meningkatkan kematangan berfikir, berkeyakinan diri, kreatif, berinovasi dan mampu membuat keputusan. g. Mengerat dan meningkatkan kefahaman mengenai TLDM melalui interaksi dengan warga TLDM dan lawatan. h. Mendedahkan anggota-anggota PKBM (L) kepada budaya kerja warga TLDM.

2.4 Penubuhan

Bagi menubuhkan PKBM (L), prosedur berikut hendaklah dipatuhi: a. Pengetua sekolah hendaklah membuat permohonan secara bertulis kepada Pengarah Bahagian Kesenian dan Kokurikulum (BKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Surat tersebut hendaklah melalui Pengarah Pendidikan Negeri masing-masing. b. Bagi sekolah-sekolah bukan di bawah pentadbiran KPM, permohonan mestilah disokong oleh Ketua Penolong Pengarah Kokurikulum Agensi berkenaan terlebih dahulu. c. Bahagian Kesenian dan Kokurikulum KPM atau Agensi Pendidikan yang berkenaan akan membuat kajian keperluan dan majukan permohonan ke Sel PKBM (L) MPPL TLDM. d. Seterusnya, MPPL TLDM akan membuat pertimbangan dari segi kemampuan peruntukan kewangan, peralatan, jurulatih dan unit penyelaras. e. Kelulusan akan diberi setelah mendapat sokongan Panglima Pendidikan dan Latihan (PPL) dan kelulusan Panglima Tentera Laut (PTL). Tatacara permohonan seperti di Kembaran C dan D Bahagian I.

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

8

2.5 a. Carta Organisasi PKBM (L)

Carta Pengurusan PKBM (L)

Markas Tentera Laut

Lembaga Gabenor Pendidikan dan Latihan TLDM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Kementerian

Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah

(MARA)

Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan

(Sel PKBM (L)

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian KPM

Bahagian Pendidkan

Menengah MARA

Unit Penyelaras PKBM (L) Setiap Zon

Jabatan Pendidikan Negeri

(Unit Kokurikulum)

Unit PKBM (L) (Sekolah-Sekolah)

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

9

b. Carta Organisasi Perjawatan Unit PKBM (L) Sekolah Nota: Tugas Kadet 1. Setiausaha Pasukan - Mencatat Kehadiran. 2. Bendahari Pasukan - Kewangan. 3. Anggota Stor - Merekodkan pembekalan pakaian awasan masing- masing dan penjagaan stor di sekolah.

Awasan Port (Merah)

1 X Kadet BK (Bendahari Pasukan) 2 X Kadet BM (Anggota Stor) 4 X Kadet LK 9 X Kadet

Awasan Stbd (Hijau)

1 X Kadet BK (Bendahari Pasukan) 2 X Kadet BM (Anggota Stor) 4 X Kadet LK 9 X Kadet

Pengetua (Penaung)

Guru Penyelaras PKBM (L) (1 X Guru)

(Lt PKBM (L)

Penolong Guru Penyelaras PKBM (L) (1 X Guru)

(Lt Dya/Lt Muda PKBM (L)

Ketua Pasukan (1 X Kadet (PW II)

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

10

c. Carta Jawatankuasa Penasihat Latihan PKBM (L)

Setiausaha Bersama 1. AKS Pengurusan Kompetensi dan Kapal Latihan MPPL TLDM. 2. Ketua Penolong Pengarah (Pasukan Badan Beruniform) Bahagian Kesenian dan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia/Agensi Pendidikan yang berkenaan.

Ahli-ahli 1. Pegawai Unit Penyelaras. 2. Ketua Unit Kokurikulum JPN. 3. Pegawai Pendidikan Daerah. 4. Guru Penyelaras PKBM Laut.

Pengerusi Bersama 1. Timbalan Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM. 2. Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia/Agensi Pendidikan yang berkenaan.

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

11

3.1 Pakaian Seragam LLP TLDM

Tajuk Pelajaran

3. Pakaian Seragam Lain-Lain Pangkat (LLP) TLDM/PKBM (L)

Pakaian Seberang Laut No 5 LLP

TLDM

Pakaian Seberang Laut No 5 LLP

TLDM

Pakaian Istiadat (No.1)

Pegawai Waren Lelaki TLDM

Pakaian Istiadat (No.1)

Pegawai Waren Wanita TLDM

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

12

Pakaian Istiadat (No.1)

Bintara Lelaki TLDM

Pakaian Istiadat (No.1)

Bintara Wanita

TLDM

Pakaian Istiadat (No.1)

Lasykar Lelaki TLDM

Pakaian Istiadat (No.1)

Lasykar Wanita TLDM

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

13

Pakaian Bush Jacket No.2

Pegawai Waren Lelaki TLDM

Pakaian Bush Jacket No.2

Pegawai Waren Wanita TLDM

Pakaian Kerja 2A Pegawai Waren Wanita TLDM

Pakaian Kerja 2A Pegawai Waren

Lelaki TLDM

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

14

Pakaian Malam Pegawai Waren

Lelaki TLDM

Pakaian Malam Pegawai Waren Wanita TLDM

Pakaian Kerja 2A Bintara Lelaki

TLDM

Pakaian Kerja 2A Bintara Wanita

TLDM

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

15

Pakaian Operasi Digital (POD) 3C Pegawai Waren

Lelaki TLDM

Pakaian Operasi Digital (POD) 3C Pegawai Waren Wanita TLDM

Pakaian Operasi Digital (POD) 3C

Bintara Lelaki TLDM

Pakaian Operasi Digital (POD) 3C Bintara Wanita

TLDM

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

16

Pakaian Kebangsaan

Lengkap Lasykar Lelaki TLDM

Pakaian Kebangsaan

Lengkap Lasykar WanitaTLDM

Pakaian Operasi Digital (POD) 3C Lasykar Lelaki

TLDM

Pakaian Operasi Digital (POD) 3C Lasykar Wanita

TLDM

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

17

Pakaian Rasmi Malam No.4

Pegawai Waren Lelaki TLDM

Pakaian Rasmi Malam No.4

Bintara Wanita

TLDM

Pakaian Tukang Masak Lasykar

Lelaki TLDM

Pakaian Tukang Masak Lasykar Wanita TLDM

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

18

Pakaian Senyawa LLP Lelaki TLDM

Pakaian Senyawa LLP Wanita TLDM

Pakaian Bertindak (Action Station)

Unit Kapal TLDM

Pakaian Kuarter Master

Helikopter (LLP) Unit Rajawali TLDM

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

19

Pakaian Tempur PASKAL

Pakaian Celoreng PASKAL TLDM

Pakaian Celoreng Pasukan

Pertahanan Udara (PPU) Lelaki TLDM

Pakaian Celoreng Pasukan

Pertahanan Udara (PPU) wanita TLDM

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

20

3.2 Pakaian Seragam Ahli PKBM (L)

Pakaian Operasi Digital (P) (POD) 3C

Ahli PKBM LAUT TLDM

Pakaian Operasi Digital (L) (POD) 3C

Ahli PKBM LAUT TLDM

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

21

4.1 Kepakaran dan Pangkat Secara umumnya perkhidmatan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia

terbahagi kepada 3 cawangan utama seperti berikut: a. Cawangan Pelaut. b. Cawangan Bekalan dan Urus Setia. c. Cawangan Kejuruteraan.

4.2 Kepakaran. Anggota lain-lain pangkat (LLP) TLDM dipecahkan kepada beberapa jurusan kepakaran. Singkatan kepada kepakaran adalah seperti berikut:

Cawangan Pelaut

Siri Kepakaran Singkatan

a. Provos Tentera Laut PRL

b. Peperangan Atas Permukaan PAP

c. Peperangan Bawah Permukaan PBS

d. Peperangan Bawah Permukaan(Kawalan) PBK

e. Juruplot Taktikal Peperangan JTP

f. Komunikasi KOM

g. Penyelam Ranjau PLM

h. Jurulatih Jasmani JJM

i. Hidrografi HDI

j.

Pasukan Khas Laut

PKL

Cawangan Bekalan dan Pengurusan

Siri Kepakaran Singkatan

1. Pentadbiran dan Kewangan PNK

2. Teknisyen Logistik TNL

3. Bendari BDI

4. Petugas Wisma Pegawai (Pewiga) PWP

5. Pancaragam PGM

Tajuk Pelajaran

4. Kepakaran dan Pangkat LLP TLDM

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

22

Cawangan Teknikal

Siri Kepakaran Singkatan

1. Teknisyen Marin Kuasagerak TMK

2. Teknisyen Elektrik (Radio) TLR

3. Teknisyen Elektrik (Senjata & Kuasa) TLS

4. Teknisyen Marin Serimala TMS

4.3 Bentuk Lencana

a. Cawangan Pelaut

(1) Lencana Kepakaran Provos Tentera Laut (PRL).

(2) Lencana Kepakaran Peperangan Atas Permukaan (PAP).

(3) Lencana Kepakaran Peperangan Bawah Permukaan (PBS).

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

23

(4) Lencana Kepakaran Peperangan Bawah Permukaan (PBK).

(5) Lencana Kepakaran Juruplot Taktikal Peperangan (JTP).

(6) Lencana Kepakaran Komunikasi (KOM)

(7) Lencana Kepakaran Penyelam Ranjau (PLM).

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

24

(8) Lencana Kepakaran Jurulatih Jasmani (JJM).

(9) Lencana Kepakaran Hidrografi (HDI).

b. Cawangan Bekalan dan Urus Setia

(1) Lencana Kepakaran Pentadbiran dan Kewangan (PNK).

(2) Lencana Kepakaran Teknisyen Logistik (TNL)

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

25

(3) Lencana Kepakaran Bendari (BDI).

(4) Lencana Kepakaran Petugas Wisma Pegawai (PWP).

(5) Lencana Kepakaran Pancaragam (PGM).

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

26

c. Cawangan Kejuruteraan

(1) Lencana Kepakaran Teknisyen Marin Kuasa Gerak (TMK).

(2) Lencana Kepakaran Teknisyen Srimala (TMS).

(3) Lencana Kepakaran Teknisyen Letrik Senjata (TLS).

(4) Lencana Kepakaran Teknisyen Letrik Radio (TLR).

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

27

d. Lain-lain Pangkat

(1)

Laskar Muda

- Tiada Lencana kepakaran dan Pangkat.

(2) Laskar Kelas II - Satu sauh kecil menegak yang dilingkari tali dan satu garisan nipis berbentuk ‘V’ di sebelah kiri lengan baju.

(3) Laskar Kelas I - Satu sauh besar menegak yang dilingkari tali dan satu garisan tebal berbentuk ‘V’.

(4) Laskar Kanan - Satu sauh menegak yang dilingkari tali dan dua garisan tebal berbentuk ‘V’.

(5) Bintara Muda - Lambang sauh bersilang dan tiga garisan tebal berbentuk ‘V’ di sebelah kiri lengan baju.

(6) Bintara Kanan - Lambang sauh bersilang, dua tangkai bunga padi (bawah) dan tiga garisan tebal berbentuk ‘V’.

(7) Pegawai Waren II - Pangkat di bahu mengandungi lambang sauh bersilang, bunga padi dan tanda kebesaran dua jalur kecil berbentuk ‘W’. Tiada lencana pangkat dan kepakaran di lengan.

(8) Pegawai Waren I - Pangkat di bahu mengandungi lambang sauh bersilang, bunga padi dan satu jalur besar berbentuk ‘W’.

Laskar Kelas II Laskar Kelas I Laskar Kanan

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

28

Bintara Muda Bintara Kanan

Pegawai Waran II Pegawai Waran I

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

29

5.1 Pengenalan Setiap anggota kapal diperuntukkan tugas dan kerja yang disatukan mengikut

bahagian-bahagian tertentu kapal semasa aman dan juga waktu kecemasan/ peperangan. Untuk tujuan ini tugas-tugas semua anggota disenaraikan dan dicatat pada bil awasan dan stesen. Bil ini dipasang kebiasaannya di pejabat juragan atau ruang umum. Semua anggota dikehendaki mengetahui tugas-tugas dan lokasi masing-masing apabila sesuatu keadaan seperti di bil tersebut dikuatkuasakan. Semua hendaklah membaca dan mematuhi keperluan bil awasan dan stesen sebaik sahaja diturunkan di pasukan baru.

5.2 Sistem Penugasan Awasan Sistem Awasan terbahagi kepada 3 iaitu:

a. 2 Awasan – Tugas-tugas dipecahkan kepada 2 bahagian: Awasan Merah(Port) dan Awasan Hijau (Starboard). Awasan jenis-jenis ini sering diamalkan untuk stesen bertahan. Di pelabuhan satu awasan akan bertugas manakala satu awasan bebas untuk mendarat.

b. 3 Awasan – Tugas-tugas dipecahkan kepada 3 bahagian: Awasan Merah (Red), Putih (White), Biru (Blue). Sering diamalkan oleh kapal-kapal kecil. Di pelabuhan bila tugas awasan dilaksanakan, satu awasan akan bertugas manakala 2 awasan lagi dibenarkan mendarat. c. 4 awasan – Ini adalah pecahan dari sistem 2 awasan di mana terdapat Merah Pertama, Merah Kedua, Hijau Pertama, Hijau Kedua. Awasan jenis ini sering diamalkan di kapal-kapal besar dan pangkalan yang mempunyai ramai anak-anak kapal. Di dalam keadaan aman ia boleh dipraktikkan sama ada di laut ataupun didarat.

5.3 Maklumat Dalam Watch and Station Bill

Maklumat-maklumat yang terdapat untuk tiap-tiap anggota di dalam bil adalah: a. Butir-butir peribadi: (1) Nama. (2) Pangkat. (3) Tred.

b. Peruntukkan tugas-tugas awasan: (1) 2 Awasan.

(2) 3 Awasan. (3) 4 Awasan.

Tajuk Pelajaran

5. Watch and Station Bill

ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 1 M01

30

c. Lokasi untuk stesen-stesen: (1) Bahagian Kerja (Part of Ship). (2) Stesen Pengawasan (Watch Keeping Station). (3) Stesen Petugas Khas Laut (Special Sea Dutymen). (4) Stesen Bertindak. (5) Stesen Bertahan. (6) Stesen Kecemasan. (7) Stesen Rakit. (8) Stesen Penerbangan. (9) Stesen Mendarat. (10) Stesen Menggeledah. (11) Stesen Penerbangan. 5.4 Jadual Kerja

Dalam tempoh 24 jam, waktu kerja dibahagikan kepada 7 waktu ditandakan oleh 4 angka di mana 2 angka pertama menunjukkan jam manakala 2 angka belakang menandakan minit. Awasan-Awasan tersebut dikenali:

Siri Awasan Tempoh Masa

1. Middle Watch 0000 - 0400

2. Morning Watch 0400 - 0800

3. Forenoon Watch 0800 - 1230

4. Afternoon Watch 1230 - 1600

5. First Dog Watch 1600 - 1800

6. Last Dog Watch 1800 - 2000

7. First Watch 2000 - 2359